Ingatan : (a) Lenggang tangan ke belakang semaksima yang boleh. Lenggang tangan ke hadapan separas dengan bahu. (b) Melangkah dengan memacakkan tumit tanpa membengkokkan lutut. Kesalahan Biasa ; 1. Jalan mengenjut; 2. Lutut kendur; 3. Lenggang tangan tidak lurus dan tidak separas bahu ke hadapan dan tidak semaksima ke belakang. 4. Hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit 5. Pinggang lemah; pandang ke bawah dan membengkok, dan mengheret tumit semasa berjalan; 6. Semasa berjalan satu tangan tidak lenggang dan lenggang tangan tidak sama. 7. Mendongak secara keterlaluan BERHENTI Hukuman : "Skuad.. ..........Henti“ Perbuatan: Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa beri tumit kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki kanan. ‘Check’ atas kaki kanan. Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan pada masa yang sama kedua - dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia. Kesalahan biasa : 1. Bergoyang selepas berhenti. 2. Badan tidak cukup tegap dan tetap selepas berhenti 3. Mengangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan ke tumit kiri. 4. Lurus, jarak, bersetentang tidak betul selepas berhenti. 5. Turun tangan terlalu lambat. 6. Antara tumit tidak rapat dan antara hujung kaki tidak 30 darjah . 7. Angkat peha melebihi 45 darjah. 8. Perbuatan ‘check’ menjadi hentak kaki
BAHAGIAN 2 : BERJALAN DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN JALAN PERLAHAN JALAN Hendaklah diajar dengan bernombor (ansur maju) untuk mengimbangkan kedudukan badan. Hukuman : "Dari kanan/kiri , perlahan...........Jalan" Perbuatan : Langkah pertama : Tolak kaki kanan ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk, ibu jari rapat pada penjahit seluar. Berat badan di atas kaki kiri. Kemudian, tolak kaki kanan ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30 inci ( satu langkah ) dengan tapak kaki jejak ke tanah. Pada masa yang sama tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci seperti kedudukan kaki kanan tadi. Langkah kedua: Tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk. Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30 Inci (satu langkah) dengan tapak kaki jejak ke tanah dan proses seperti itu dibuat berterusan. Kesalahan Biasa : 1. Tumit mencecah ke bumi dahulu / tapak kaki tidak selari dengan bumi. 2. Siku renggang dari rusuk. 3.Tangan mengikut pergerakan peha, dan bergerak pada setiap kali melangkah. 4. Memandang ke bawah. 5. Tidak menjaga jarak antara anggota Ingatan : 1. Semasa perlahan jalan tidak perlu lenggang. 2.Tangan rapat ke rusuk dan lurus dan tiada pergerakan tangan. Berhenti Semasa Perlahan Jalan Hukuman “ Henti “ diberi apabila kaki kanan mencecah ke bumi, hentak kaki kiri dan kaki kanan.
Bab 4 BAHAGIAN 1 : BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN Hukuman : ' Buka ......... Barisan'' Perbuatan : Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check di atas kaki kiri dan hentak dengan kaki kanan, barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan belakang hentak kaki 4 kali, barisan hadapan berjalan terus. . Hukuman : " Tutup............... barisan “ Perbuatan : Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check dengan kaki kiri, hentak kaki kanan, barisan hadapan hentak kaki 4 kali, dan barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan belakang berjalan terus. BAHAGIAN 2 : BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA PERLAHAN JALAN Hukuman "Barisan" diberi atas kaki kiri, angkat kaki kanan dan letak di sebelah kaki kiri ( seperti perbuatan hentak kaki perlahan diikuti dengan hentak kaki kanan dalam mas yang sama julur kaki kanan dengan pantas. Keterangan: . 1. Ini untuk barisan tengah manakala barisan depan terus perlahan jalan. 2. Bagi barisan belakang, pergerakan angkat kaki kanan dan kiri berterusan sebanyak 4 kali TUTUP BARISAN SEMASA PERLAHAN JALAN Perbuatan sama sebagaimana di atas, kemudian barisan hadapan melakukan perbuatan sebagaimana barisan belakang sama buka barisan. Manakala barisan belakang terus berjalan seperti biasa dan barisan tengah tidak berubah.
BAHAGIAN 3 : TUKAR HALUAN KETIKA BERHENTI DAN BERJALAN DALAM CEPAT DAN PERLAHAN Tukar Haluan Masa Berhenti dalam masa cepat jalan Hukuman : " Tukar haluan ke kanan dan henti, ke kanan........... Tukar " Perbuatan : Anggota yang sebelah kanan, pusing ke kanan, yang lain dalam barisan hadapan pusing separuh kanan, anggota dalam barisan tengah dan belakang diam. Hukuman : ''Cepatjalan'' Perbuatan : Anggota yang sebelah kanan berjalan ke hadapan tiga langkah lalu berhenti. Lain-lain anggota berjalan berturut-turut dan membelok ke hala baru, serta berhenti. Jarak antara barisan ialah satu langkah. Ingatan:- 1. Jika tukar haluan ke kiri buatlah ke sebelah kiri. 2. Pergerakan ini biasa dibuat jika skuad itu lebih daripada enam anggota dalam barisan. 3. Jika tiada hukuman berhenti, mestilah hentak kaki, kemudian akan diberi hukuman maju atau berhenti. 4. Jika pergerakan ini dibuat dalam berjalan,maka anggota dalam barisan hendaklah belok ke hala yang baru. 5. Pergerakan bagi cepat jalan dan perlahan jalan adalah sama. Kesalahan biasa: 1. Tidak memastikan jarak yang betul. 2. Anggota yang disebelah luar mempercepatkan langkah. 3. Memanjangkan langkah. 4. Anggota nombor satu barisan hadapan ( Penanda ) tidak ambil cukup tiga langkah. 5.Tidak berhenti atau hentak kaki di atas kaki yang betul.
Bab 5 – Jadikan dua Barisan Kawat biasanya dijalankan dalam tiga barisan, tetapi terdapat juga yang terpaksa bertukar menjadi dua barisan. BAHAGIAN 1 : JADIKAN DUA BARISAN DARIPADA TIGA BARISAN Hukuman : "Jadikan Dua ....... Barisan "Perbuatan : Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check di atas kaki kiri dan hentak dengan kaki kanan, barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan belakang hentak kaki 4 kali, barisan hadapan berjalan terus. . Hukuman : " Tutup............... barisan “ Perbuatan : Anggota nombor ganjil di barisan tengah hendaklah melangkah kaki kanan ke depan ( 15 inci ), dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci kemudian hentak kaki kanan bersebelahan kaki kiri dalam kedudukan sedia. Seterusnya dalam masa yang sama anggota nombor genap hendaklah melangkah ke belakang dengan kaki kanan selangkah 15 inci dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci dan hentak kaki kanan bersebelahan kaki kiri dalam keadaan sedia. Peringatan : 1. Jika ada deret kosong ( blank files ) di barisan tengah , anggota yang sebelah kiri sekali dalam barisan akan undur , jika nombor ganjil ia akan dilakukan sebagai nombor genap. 2. Lepas itu hendaklah diberi hukuman ke kanan lurus. Biasanya jarak lurus ialah 1 depa tangan dan bergenggam, tetapi dalam dua barisan begini jaraknya hanya 24 inci (1 bahu) dengan tidak payah mengangkat tangan, barisan belakang tetap 2 langkah jaraknya dari barisan hadapan .
BAHAGIAN 2 : JADIKAN DUA BARISAN DARIPADA DUA BARISAN Hukuman: " Jadikan tiga.......... barisan" Perbuatan: Anggota nombor ganjil dan genap barisan tengah kembali ke kedudukan asal. Anggota dalam barisan hadapan hendaklah melangkah kaki kanan ke belakang selangkah 15 inci dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci dan hentak kaki kanan bersebelahan kaki kiri dalam keadaan sedia. Anggota dalam barisan belakang hendaklah melangkah kaki kanan ke hadapan selangkah 15 inci dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci dan hentak kaki kanan bersebelahan kaki kiri dalam keadaan sedia. Kesalahan biasa : 1. Tidak bawa kaki kanan hingga cukup setentang di pergerakan yang kedua
Bab 6 – Memberi Hormat Hormat ialah satu cara bagi menghormati antara anggota-anggota pangkat rendah dengan pegawai-pegawai atasan dan sebaliknya dalam pasukan. Dengan cara inilah terbentuknya disiplin dalam pasukan. Hormat yang dilakukan dengan betul dan cergas. Pegawai yang tidak mengambil berat tentang hormat akan merosakkan tatatertib. Maka menjadi kewajipan anggota semua peringkat mengetahui segala peraturan itu, terutama sekali keterangan keterangan yang ringkas di bawah ini. BAHAGIAN 1 : HORMAT DALAM MASA BERHENTI Hormat dalam berhenti Hukuman : "Hormat , ke hadapan .... hormat “ Perbuatan : Tangan kanan hendaklah diangkat ke hadapan dengan membengkokkan siku rapat ke rusuk. Angkat tangan hingga hujung telunjuk kanan bersetentang dengan hujung kening mata kanan. Tapak tangan kanan menghala ke bawah, jari-jari lurus dan rapat. Pangkal lengan selari dengan bumi Dengan pantas turunkan tangan kanan ke rusuk kanan ikut jalan yang dekat sekali, dengan menjatuhkan siku ke arah hadapan dan jari bergenggam, balik ke kedudukan sedia. Kesalahan Biasa: 1. Badan membongkok. 2. Pergelangan tangan dan jari -jari tidak lurus dan tiada rapat. 3. Tangan terlampau tinggi atau terlampau jauh, ke atas tengah dahi. 4. Kepala senget. 5.Badan dan kepala bergerak semasa mengangkat tangan 6. Menjatuhkan tapak tangan dahulu daripada siku . .
BAHAGIAN 2 : MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN Memberi hormat dalam masa berjalan boleh dilakukan ke kiri, ke kanan atau ke hadapan dan boleh dilakukan juga dalam cepat atau perlahan jalan. HORMAT KE HADAPAN Hukuman : “Hormat ke hadapan .......... hormat .“ Perbuatan : Diberi serupa dengan hukuman " berhenti ", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun tangan kemudian hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan. Hormat ke kanan/kiri : Hukuman: "Hormat ke kanan/kiri ...............hormat” Perbuatan: Hukuman Hormat diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi. Check atas kaki kanan dan langkah kaki kiri ke hadapan, pada masa yang sama bawa tangan kanan ke kedudukan hormat dan palingkan muka ke kanan atau kiri dengan pantas. Langkah kaki kanan, kiri, kanan (Turun tangan dan palingkan muka ke hadapan). Langkah kaki kiri dan terus berjalan dalam cepat masa. Nota: Kiraan masa : Check – hormat – 2 – 3 – potong – lenggang
HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL Hukuman: "Selaku terima sijil, Hormat ke hadapan .......... Hormat“ Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun tangan satu langkah kaki kanan ke hadapan dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia. Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus. Tangan kanan atas tangan kiri, tekup (tidak ditepuk) dan Tarik ke dua-dua belah tangan ke sisi, kemudian langkah kaki kanan ke belakang hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali lagi turun tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan. BAHAGIAN 3 : MEMBERI HORMAT TANPA TOPI ATAU SONGKOK DAN APABILA MEMAKAI PAKAIAN AWAM Jika sedang duduk Jika seseorang Ahli Pangkat Rendah sedang duduk dan datang seorang pegawai kepadanya hendaklah ia bangun sedia dan memandang muka pegawai itu kemudian beri hormat dengan tangan. Jika lebih daripada seorang sedang duduk atau berdiri, anggota yang paling hampir di situ hendaklah mengadap kepada pegawai itu kemudian beri perintah '' skuad sedia'' dan hormat berseorangan Jika hendak menyampaikan perintah,berita, menunjukkan surat atau barang kepada pegawai Seseorang ahli pangkat rendah hendaklah berjalan dengan segak ke arah pegawai itu dalam masa cepat, berhenti kira-kira dua langkah jaraknya dari pegawai itu dan hormat, melangkah selangkah ke hadapan , sampaikan perintah berita, surat atau barang kepada pegawai itu kemudian melangkah selangkah ke belakang, hormat sekali lagi, pusing belakang dan berjalan dari situ dengan cepat masa. Kalau membawa senjata, hendaklah dalam kedudukan rusuk senjata. Tidak memakai pakaian seragam yang lengkap/ memakai pakaian awam Pada bila-bila masa pun ketika tidak memakai pakaian seragam yang lengkap anggota pangkat rendah itu hendaklah memberi hormat dengan keadaan sedia
BAHAGIAN 4 : KAWAD TONGKAT Permulaan a. Memegang tongkat dalam keadaan rusuk - Tentukan tongkat di atas jari telunjuk dengan jari-jari lain menggenggam kepala tongkat, hujung tongkat menghala ke atas dan rapat pada tangan di sebelah dalam . b. Memegang tongkat dalam keadaan bimbit - Tentukan pegang di tengah - tengah tongkat dengan tiga jari sebelah bawah, ibu jari di sebelah dalam dan anak jari di sebelah atas menghala ke dalam, hujung tongkat menghala ke hadapan dan tongkat sama paras dengan bumi Pelajaran 1 Sedia (pertunjukan dan penerangan ) Kedudukan anggota sama seperti kedudukan sedia yang biasa dengan tangan kanan pegang tongkat dalam keadaan rusuk dan tentukan tongkat rapat dihadapan dengan bahu . Pelajaran 2 Senang Diri (pertunjukan dan penerangan) Pergerakan kaki seperti biasa dengan masa yang sama bawa kedua - dua tangan kebelakang dengan tangan kanan terletak diatas tapak tangan kiri jari - jari digenggam rapat hujung tongkat rapat dihadapan bahu kanan. Pelajaran 3 Rehatkan diri ( pertunjukan dan penerangan) 1-2-3 rehat Hanya dengan bilangan tiga saat lembutkan pinggang keatas pandang 30 meter kehadapan tongkat tidak berubah dan apabila dapat hukuman sehingga mendapat hukuman yang lain
Pelajaran 4 Sedia daripada senang diri ( Penerangan dan pertujukan ) Angkat kaki kanan ke hadapan bengkokkan lutut dan hentak di sebelah kaki kiri dalam masa yang sama bawa kedua-dua tangan dan tongkat sampai dalam kedudukan sedia yang betul. Pelajaran 5 Kepit tongkat dari rusuk tongkat( 2 Pergerakan) 1. Latihan tongkat dengan nombor KEPIT TONGKAT SATU. Dengan kepantasan tangan kanan bawa tongkat ke ketiak kiri hujung tongkat ke belakang dalam masa yang sama angkat sedikit tangan kiri untuk membolehkan tongkat dibawa ke ketiak dan terus kepit tongkat, tangan kanan masih memegang kepala tongkat. 2. Skuad Dua. Dengan pantas bawa tangan kanan ke rusuk kanan. 3.Dengan pantas tangan kanan tangkap kepala tongkat ke kedudukan tongkat dan anggota lain tidak berubah Pelajaran 6 Bimbit tongkat dari rusuk tongkat ( 2 Pergerakan ) Latihan tongkat dengan nombor" Bimbit tongkat satu" dengan pantas bawa tangan kiri ke hadapan dan tangkap di tengah-tengah tongkat, tangan paras dengan bumi, rapat pada badan, dalam masa yang sama lepaskan pegangan tangan kanan dan tangkap di tengah-tengah tongkat di bawah pegangan tangan kiri atau siku ke belakang tongkat rapat pada rusuk kanan, hujung tongkat tegak ke atas. Skuad dua. Dengan pantas bawa tangan kanan ke rusuk kiri. Pelajaran 7 Kepit tongkat dari bimbit ( 2 Pergerakan) Latihan tongkat dengan nombor - kepit tongkat 1 . Dengan kekuatan tangan kanan bawa tongkat pada kepitan ketiak dalam masa yang sama tangan kiri angkat sedikit untuk membolehkan tongkat dikepit , tentukan tongkat sama paras. Skuad dua. Dengan pantas bawa tangan kanan ke rusuk kanan.
Pelajaran 8 Bimbit tongkat dari kepit tongkat( 2 Pergerakan) Latihan tongkat dengan nombor- bimbit tongkat satu. Dengan kekuatan tangan kanan bawa tongkat tegak dan rapat dirusuk kanan dengan pantas, lepaskan pegangan tangan kanan dan tangkap kepala tongkat dengan masa yang sama tangan kiri melintang di hadapan badan dan tangkap di tengah tengah tongkat tangan kiri sama paras dengan bumi dan rapat pada badan. Skuad dua. Dengan pantas bawa tangan kiri ke rusuk kiri Pelajaran 9 Jalan dan berhenti dalam rusuk ( pertunjukan dan penerangan) Apabila mendapat hukuman cepat jalan dengan pantas langkah kaki kanan sejauh 30 inci dan pacak tumit dalam masa yang sama lenggang tangan kiri ke hadapan seberapa yang boleh tentukan tongkat rapat dengan tangan dan terus berjalan biasa 120 langkah seminit. Apabila mendapat hukuman berhenti, berhenti seperti biasa dengan betul. Peringatan: Pergerakan ini dilakukan apabila berjalan dalam jarak dekat sahaja Pelajaran 10 Berjalan tongkat dalam keadaan bimbit dari rusuk tongkat dan berhenti tongkat sampai kedudukan rusuk tongkat ( Pertunjukan dan penerangan) 1. Apabila dapat hukuman "cepat jalan " langkah kaki kanan sejauh 30 inci pacak tumit dalam masa yang sama buat pergerakan pertama bimbit tongkat dari rusuk. Dengan tidak mengubah kedudukan tongkat dan kedua-dua tangan langkahkan kaki kiri sejauh 30 inci pacak tumit (berteriak ”check” ). Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci pacak tumit dengan masa yang sama bawa tongkat ke kedudukan bimbit dan bawa tangan kiri ke rusuk kiri ke hadapan sejauh 30 inci pacakkan tumit ( berteriak diam). Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci, pacakkan tumit dengan masa yang sama lenggang tangan kiri ke belakang dan tongkat ke hadapan dan terus berjalan 120 langkah satu minit. 2. Apabila dapat hukuman berhenti seperti biasa dengan betul dan buat pergerakan rusuk tongkat dari bimbit dengan membilang masa 40 pergerakan seminit
Pelajaran 11 Berjalan - tongkat dalam keadaan bimbit dari kepit tongkat sampai kedudukan kepit semua ( pertunjukan dan penerangan) 1. Apabila mendapat hukuman cepat jalan langkahkan kaki kanan sejauh 30 ‘’pacak tumit kedudukan tongkat tidak berubah ( berteriak tangkap diam ), langkah kaki kiri kehadapan sejauh 30 " pacak tumit dengan masa yang sama bawa tongkat dalam kedudukan membawa tangan kiri rapat maju kaki kanan ke hadapan dengan masa lengang tangan kiri ke belakang dan tongkat ke hadapan seberapa yang boleh dan terus berjalan 120 langkah seminit. Pelajaran 12 Hadapan hormat masa berhenti sama ada, tongkat dari rusuk atau bimbit . ( 6 penggerakan) 'Hormat dengan nomrbor -Kehadapan hormat satu ' dengan pantas bawa tongkat ke kepitan ketiak kiri ,tangan kiri rapat di rusuk kiri manakala tongkat menghala ke hadapan. Skuad dua. Dengan pantas bawa tangan kanan merusuk kanan. Skuad tiga. Dengan tidak mengubah kedudukan tongkat dan tangan kiri bawa tangan kanan ke rusuk tangan. Skuad empat. Dengan tidah mengubah kedudukan tongkat dan tangan kiri bawa tangan kanan kerusuk kanan . Skuad lima. Dengan pantas tangan kanan tangkap ditengah - tengah tongkat (jika hendak pergi bimbit ) atau kepala tongkat (jika hendak pergi rusuk ). Skuad enam. . Dengan pantas bawa tongkat sampai kedudukan bimbit tongkat atau rusuk tongkat yang betul.
Pelajaran 13 Hadapan hormat masa cepat jalan Apabila dapat hukuman ' hormat, hormat ke hadapan hormat' , hukuman diberi sama seperti hukuman berhenti dan lakukan pergerakan berhenti dengan betul dan lakukan pergerakan kepit tongkat kemudian berhenti 2 kali, apabila bawa (potong ) tangan kanan kedudukan sedia dari hormat yang kedua tangan kiri dengan pantas tangkap bahagian kepala tongkat empat jari disebelah luar ibu jari disebelah dalam.kemudian pusingkan kebelakang membuat pergerakan ini membilang masa 40 pergerakan seminit , langkahkan kaki ke hadapan tangan kanan tangkap pada tongkat pada masa yang sama bawa tangan kiri ke kedudukan sedia . 110 Dengan tidak mengubah kedudukan tongkat dan tangan kirti langkahkan kaki kanan ke hadapan sejauh 30 " pacak tumit. ( berteriak diam ). Langkahkan kaki kiri ke hadapan dengan masa yang sama bawa tongkat ke pada bimbit atau kepit . Dengan tidak mengubah kedudukan tongkat dan tangan kiri, langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 30" pacak tumit masa yang sama lenggangkan keduadua tangan ( berteriak lenggang ) Pelajaran 14 Bersurai dan keluar baris ( Pertunjukan dan penerangan) Tongkat dalam rusuk. a. Tidak ada pegawai : pusing kekanan dengan betul dan terus berjalan 3 langkah baru bersurai dari barisan. b. ada pegawai : Pusing kekanan kedua buat pergerakan kepit tongkat dan hormat bawa (potong ) tangan ke kedudukan sedia .Maju kaki kiri tangan kanan dengan pantas tangkap tongkat dan seterusnya buat seperti pelajaran 10 para D ( b ) c.Bersama kumpulan senjata : Pusing ke kanan dengan masa yang sama bawa tongkat kepada kepit ke ketiak kiri , hentak kaki ....... masa yang sama bawa ( potong ) tangan kanan sampai ke kedudukan sedia dan seterusnya buat seperti pergerakan para ( A & B ) di atas.
Pelajaran 15 Hormat ke kanan / kiri masa cepat jalan ( 9 Pergerakan) 1. 'Hormat dengan nombor ke kanan / ke kiri hormat satu '.Hukuman diberi diatas kaki kiri sampai kebumi,langkah kaki kanan kehadapan sejauh 30 '' pacak tumit dengan masa yang sama bawa kedua - dua tangan rapat ke peha dan tongkat masih bimbit . ( berteriak check ) langkah kaki kiri kehadapan sejauh 30'' pacak tumit dengan masa yang sama dengan pantas bawa tongkat,kepada kedudukan kepit sebelah kiri ( berteriak kepit ). 2. Skuad dua. Langkah kaki kanan kehadapan sejauh 30'' pacak tumit anggota lain tidak berubah ( berteriak cek ) langkah kaki kehadapan sejauh 30'' pacak tumit dengan masa yang sama bawa tangan kanan ke kedudukan sedia berteriak ( potong ). 3. Skuad tiga. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30'' pacak tumit anggota lain tidak berubah ( berteriak check ) dan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30'' pacak tumit masa yang sama pusingkan kepala ke kiri /ke kanan 90 darjah dengan pantas bawa tangan kanan sampai ke kedudukan hormat yang betul (berteriak hormat ). 4. Skuad empat. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30'' pacak tumit dan langkah kaki kiri ke hadapan 30'' pacak tumit, kedudukan hormat tidak berubah ( berteriak 4-5) 5. Skuad enam . Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 " pacak tumit dengan masa yang sama pusingkan kepala ke hadapan dan dengan pantas bawa tangan ke kedudukan sedia. ( berteriak potong ) 6. Skuad tujuh. Langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 " pacak tumit dengan masa yang sama tangan kanan tangkap di tengah-tengah bahagian tongkat tentukan tangan dan siku tangan kanan rapat pada badan ( berteriak tangkap). 7. Skuad lapan. Langkah kaki kanan.......... tumit anggota lain tidak berubah ( berteriak check ) dan langkahkan lagi kaki kiri 30 " ke hadapan pacak tumit masa yang sama dengan pantas tangan kanan bawa tongkat ke rusuk kanan tongkat dalam keadaan bimbit ( berteriak turun) 8. Skuad sembilan. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 " pacak tumit, anggota lain tidak berubah ( berteriak check ) dan langkah lagi kaki ke hadapan sejauh 30 " pacak tumit pada masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan tongkat sama rata dengan tali pinggang dan tangan kiri ke belakang terus berjalan ( berteriak lenggang ).
Pelajaran 16 Kalih tongkat dari rusuk untuk doa selamat dan memberi 3 kali ....... (2 pergerakan) a. Kalih tongkat dengan nombor Skuad satu Apabila mendapat hukuman kalih tongkat dengan tangan kanan bawa tongkat ke tengah - tengah badan dengan masa yang sama tangan kiri tangkap tongkat dengan dua jari di bawah, ibu jari di depan dan anak-anak jari di dalam. Skuad dua Dengan pantas tangan kanan lepaskan tongkat tarik ke sebelah jahitan seluar di sebelah kanan, dan pada masa yang sama tangan kiri bawa tongkat ke sebelah rusuk kiri, lain-lain anggota diam. Pelajaran 17 Kalih tongkat daripada doa selamat/ 3 kali sorak ( 2 pergerakan) Kalih tongkat dari doa selamat / 3 kali sorak sama dengan pelajaran 17 cuma berlainan tangan. Pelajaran 18 Baring tongkat dari rusuk ( 3 pergerakan) A. Baring tongkat dengan nombor Skuad satu, Dengan pantas tangan kiri tangkap di tengah-tengah tongkat, siku rapat pada badan dengan masa yang sama tangan kanan tangkap di tengahtengah tongkat di bawah tangan kiri siku kanan bengkok ke belakang.
BAHAGIAN 5 : PERKARA -PERKARA LAIN Keterangan di bawah ini ialah untuk kegunaan kepada jurulatih-jurulatih. Keterangan itu hendaklah dijalankan dengan cara " Soal jawab" ketika skuad itu sedang rehatkan diri. Lagu kebangsaaan Pegawai/Kadet yang memakai pakaian seragam yang tidak di bawah perintah ketua / pegawai yang sedang kawat hendaklah berdiri dalam keadaan sedia semasa lagu kebangsaan/negeri dinyanyikan. Sekiranya memakai pakaian awam hendaklah sedia. Seorang pegawai atau ketua yang menjaga sesuatu kumpulan yang sedang berjalan hendaklah memberhentikan kumpulan itu dan berada dalam kedudukan sedia. Menerima Hormat Pegawai-pegawai hendaklah membalas hormat itu dengan penuh hormat. Jika ada lebih daripada seorang pegawai , maka pegawai yang kanan sekali membalas hormat
IKATAN & SIMPULAN 07
Jenis-Jenis Tali Diperbuat daripada sabut, dawai, kapas, rami, hemp ,dan bahan-bahan campuran ( sintetik ). Terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan. Contohnya, tali digunakan untuk mengangkut, menarik, mengikat dan menyelamat. Simpulan 1. Simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. 2. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Jenis-jenis Simpulan 1. Simpulan Buku Sila (Reef Knot) a. Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama besar. b. Mematikan ikatan pada bungkusan. c. Mematikan ikatan semasa membalut luka. d. Senang dibuka kembali
2. Simpul Bunga Geti a. Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar saiznya
4. Simpul Belit i. Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau untuk membuat penyidai kain. ii. Berakhir dengan dua lilitan simpul manuk 5. Simpul Manuk (Clove Bitch) a. Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. b. Simpulan yang digunakan tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik atau diangkat ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. c. Juga digunakan semasa memula dan mematikan ikat seraya dan ikat silang gunting
6. Simpul Lilit Balak i. Digunakan untuk mengikat tali pada kayu atau batang yang lebih besar saiznya. ii. Tujuannya agar kayu itu tidak licin atau mudah digerak-gerakkan Ikatan Digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Jenis-Jenis Ikatan 1. Ikatan Serong a. Digunakan untuk membina jambatan, menara , gadget , dan aktiviti pioneering. b. Apabila kayu atau buluh yang digunakan itu dalam keadaan bersilang, ikat serong digunakan
2. Ikatan Seraya i. Digunakan semasa membina jambatan, menara dan aktiviti pioneering. ii. Digunakan apabila kayu atau buluh itu bersudut tepat. 3. Lilit Kacang Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa mengikat gadget.
4. Ikatan Silang Tunku i. Digunakan untuk membuat gejet dan menyambung kayu, khas bagi mengikat tiga batang kayu / buluh yang sama besar dan panjangnya. ii. Ikatan ini dimulakan dengan menggunakan Lilit Balak atau Simpul Manuk dan bagi mematikan Ikat Silang Tungku, Simpul Manuk digunakan
ORIENTEERING KRS 08
Definisi Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. Jenis-jenis Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu FootO, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah FootO yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :- ●Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering) ●Orienteering Bermarkah (Score Orienteering) ●Orienteering Jalanraya (Street Orienteerin) ●Orienteering Bukit (Mountain Orienteering) ●Orienteering Malam (Night Orienteering) ●Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering) ●Norwegian Event
Sejarah dan Perkembangan Orienteering Peringkat Antarabangsa Peringkat awal Bermula di Scandinavia pada abad ke 19, diperkenalkan sebagai satu bentuk latihan ketenteraan. Orienteering moden (1918) diperkenalkan di Sweden. Major Ernst Killander mempopularkan orienteering kepada orang ramai sehingga beliau digelar sebagai ‘bapa orienteering’. Orienteering telah dikembangkan ke beberapa buah negara seperti di benua Eropah, Britain, Jepun dan Malaysia.
Jenis-jenis Orienteering Orienteering Merentas Desa Objektif orienteering jenis ini diadakan adalah untuk menguji kepantasan mental dan fizikal dalam menentukan haluan terbaik menuju ke stesen semasa merentasi haluan yang dilalui dengan berpandukan peta dan kompas. Aktiviti orienteering jenis ini dikendalikan oleh penyelaras yang akan menentukan haluan yang sesuai dengan adanya beberapa penanda tempat yang sedia ada atau yang direka oleh manusia. Peserta akan memilih 5 hingga 12 tempat yang berbeza aras kesukaran dan kedudukannya, sebagai contoh pada ketinggian 300 – 1500 kaki atau 100 – 500 meter,membentuk bulatan sebesar 1.5 -2.5 batu panjang atau 2.5 -4 km bagi peserta yang lebih muda dan peserta yang pertama kali menyertai aktiviti ini dan 8-10 batu atau 12 – 16 km bagi peserta elit
Para peserta akan dilepaskan di kawasan permulaan secara bergilir-gilir dan dibekalkan dengan sebuah peta kawasan yang akan dilalui dan deskripsi lokasi stesen. Para peserta akan mencari stesen mengikut susunan dalam peta masing-masing tetapi harus ditentukan sendiri setiap kali peserta tiba di satu stesen. Peserta akan menandakan simbol-simbol stesen yang telah dilalui pada atau dalam kad masingmasing sebagai bukti telah melalui kawasan tersebut. Orienteering Bermarkah atau Score Orienteering. Orienteering Bermarkah adalah bertujuan untuk menguji kebolehan peserta merancang suatu siri laluan dengan mengambil kira masa perjalanan dan menguji kemahiran orienteering secara umum. Orienteering Bermarkah berbeza dengan Orienteering Merentas Desa kerana kedudukan stesen terletak secara rawak dan peserta tidak perlu melalui setiap stesen mengikut urutan atau susunan dalam peta. Setiap stesen diberikan nilai skor tertentu. Stesen yang jauh atau yang paling sukar ditemui diberi skor tertinggi iaitu 30 – 50 markah atau mata manakala stesen yang terdekat dengan kawasan permulaan atau yang mudah ditemui diberi mata atau markah 5 – 20 mata Kedudukan stesen-stesen adalah tidak disusun dalam kedudukan teratur,setengah stesen boleh dilalui secara rawak. Stesenstesen terletak dalam lingkungan 1 batu daripada kawasan permulaan dan penamat atau lebih kurang 3 batu persegi. Setiap peserta berusaha untuk mendapatkan skor tertinggi dalam masa yang diperuntukkan. Ini dilakukan dengan melalui seberapa banyak stesen yang mungkin dan mendapatkan simbol daripada stesen yang tercatat pada kad laluan sebagai bukti bahawa mereka telah sampai ke stesen itu.
Relay Orienteering Orienteering jenis diadakan bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dalam sesebuah kumpulan atau kelas serta melatih individu dalam kemahiran orienteering. Diadakan secara berpasukan iaitu penyelaras akan memilih dan menentukan kawasan permulaan,tengah dan penamat aktiviti. Penyelaras juga akan memilih dan menentukan mata bagi setiap stesen. Jika hanya terdapat 3 ahli dalam satu pasukan maka laluan terbahagi kepada 3 peringkat yang tersebar dari tengah kawasan yang dipilih. Bentuk laluan seperti daun ‘clover’ iaitu setiap ahli akan bergerak ke 2 atau 3 stesen. Jika terdapat 4 orang dalam satu pasukan,bentuk laluan seperti kupu-kupu iaitu setiap ahli bergerak dari 1 hingga ke-4 stesen yang berbeza.
Jika terdapat 5 hingga 8 ahli dalam satu pasukan,bentuk laluan seperti bintang, iaitu seseorang ahli akan bergerak ke satu stesen sahaja. Dalam pertandingan yang lebih mencabar kawasan permulaan dan penamat akan terletak di dua tempat yang berbeza, iaitu stesen pertukaran terletak di merata-rata tempat laluan berbentuk bulatan atau garis lurus. Stesen dan peta induk disediakan sama seperti cross-country orienteering. Pada permulaan ini,para peserta pertama daripada setiap pasukan atau kumpulan diberikan satu peta dan senarai lokasi stesen,kemudian mereka akan dilepaskan. Masa akan diambil untuk setiap pasukan. Peserta terakhir tiba di kawasan penamat,akan diambil masa dan skor atau mata pasukan itu akan dikira. Perlumbaan itu akan dimenangi oleh pasukan yang berjaya melalui kesemua stesen dan tamat dalam masa yang singkat. .
Mapfaring atau map Hiking Orienteering jenis ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada individu yang tidak berminat bersaing untuk melakukan aktiviti luar atau orienteering dalam keadaan yang menyeronokkan.Bentuk orienteering ini adalah dikhususkan sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil. Orienteering jenis ini menyediakan peserta dengan cabaran tambahan melebihi kehendak utama dalam ‘hiking dan memberi kepuasan apabila mereka berjaya melepasi stesen-stesen sepanjang perjalanan. Peserta yang mengambil bahagian dalam acara seumpama ini, akan diberikan sebuah peta utama kawasan dengan arah dan titik utama disertakan. Mereka kemudian akan mengikuti arah dengan kepantasan mereka sendiri,berhenti untuk menikmati keindahan kawasan persekitaran, apabila mereka ingin berbuat demikian. Preset – Course Orienteering Orienteering jenis ini, adalah yang lebih berbentuk santai jika dibandingkan dengan point –to – point. Sebenarnya orienteering jenis ini lebih banyak digunakan sebagai acara latihan kelab. Preset orienteering juga boleh digunakan untuk menguji pelbagai kemahiran dalam aktiviti luar yang tidak dikaitkan terus kepada penggunaan peta dan kompas seperti dalam Projek Orienteering atau untuk menambahkan keseronokan Cross Country Skiing seperti dalam Ski Orienteering.
Line Orienteering Orienteering jenis ini bertujuan untuk menguji keupayaan mengikuti arah yang dinyatakan dalam peta asal berpandukan peta dan kompas. Penyelaras akan melaksanakan tugas sama seperti dalam acara Cross – Country Orienteering. Mereka akan memilih laluan yang sesuai dan memilih 5 hingga 12 titik kawalan yang membentuk arah bulatan,tetapi panjangnya hanya kira-kira 2 – 4 batu. Di garisan permulaan, para peserta dibekalkan dengan peta kawasan dan bermula pada masa jeda di kawasan jeda di kawasan peta utama. Seboleh-bolehnya para peserta akan dilepaskan dalam jangka waktu 3 atau4 atau 5 minit bergantung kepada bilangan peserta yang mengambil bahagian. Di kawasan peta utama,para peserta menyalin di atas peta mereka sendiri arah yang perlu diikuti dan kemudian berlepas mengikut arah tersebut dengan menggunakan peta dan kompas. Biasanya mata ditentukan untuk memenangi orienteering jenis ini, tetapi peruntukan had masa untuk menyempurnakan perlumbaan ini patut diumumkan terlebih dahulu. Pemenangnya ialah peserta yang dapat menemui kesemua stesen dan berjaya menandakan dengan tepat kawasankawasan tersebut di atas peta.
Project Orienteering Orienteering jenis ini diadakan bertujuan untuk menguji kebolehan mengikut arah yang dinyatakan di atas peta utama dan kemahiran-kemahiran luar para peserta. Penyelaras akan membuat laluan sama seperti Line orienteering. Pada hari acara akan diadakan, para pegawai projek akan ditempatkan di setiap stesen, di mana mereka akan memberi maklumat tentang projek kepada para peserta dan memberi markah untuk pencapaian peserta. Projek seumpama ini mungkin juga melibatkan perkhemahan atau ikhtiar hidup seperti menyalakan api dengan 2 batang mancis, mengutip sehelai daun daripada 10 jenis pokok yang berlainan dan sebagainya. Para peserta boleh bekerja sebagai individu, berpasangan atau dalam kumpulan kecil seperti dalam petrol pengakap. Penyelenggaraan adalah seperti line orienteering seperti menyiapkan projek berlainan di setiap stesen. Pemenangnya ialah peserta atau pasukan yang mengumpul markah tertinggi untuk projek. Route Orienteering Orienteering jenis ini diadakan bertujuan untuk menguji kemahiran menanda di atas peta lokasi-lokasi stesen yang dilalui oleh peserta-peserta apabila mereka mengikuti jalan yang ditandakan mengikut aliran. Acara ini adalah untuk mereka yang baru melibatkan diri dalam aktiviti ini kerana tidak ada sesiapa yang akan sesat. Jarak perlu dikekalkan antara 1 hingga 3 batu. Arah sepatutnya melalui lorong-lorong, tebing sungai, rabung-rabung atau mana-mana kawasan lapang dengan jarak di antara satu stesen antara 800 -1200 kaki.
Di garisan permulaan, para peserta dibekalkan dengan peta kawasan dan bermula dengan 1 atau 2 minit ruang jeda untuk mengikut arah di atas peta. Apabila mereka tiba pada stesen yang ditandakan, mereka akan membulatkan lokasi di atas peta secepat yang boleh. Masa yang diambil untuk laluan juga boleh dikira sebagai faktor untuk menentukan pemenang. Jika terjadi sedemikian, denda untuk stesen yang ditandakan salah adalah 2 minit untuk setiap 1 atau 16 inci kesalahan. Masa yang diambil untuk laluan juga boleh dikira sebagai faktor untuk menentukan pemenang. Jika terjadi sedemikian, denda untuk stesen yang ditandakan salah adalah 2 minit untuk setiap 1 atau 16 inci kesalahan Short Distance Orienteering Orienteering jenis ini adalah satu ujian untuk menguji kebolehan peserta memandu arah dengan kelajuan yang telah ditetapkan untuk membuat keputusan yang lebih kerap dan konsisten. Orienteering jenis ini boleh dilakukan secara individu iaitu penyertaan dalam acaraacara jarak dekat yang juga dikenali sebagai short - OOrienteering, adalah terhad kepada individu. Oleh kerana kelajuan adalah perlu,peserta-peserta mesti mengatasi perkembangan fizikal dan cabaran-cabaran mental. Pemenang semestinya singgah di semua ‘check point’ yang telah dinyatakan dan melepasi penamat dalam masa yang paling singkat. Perlu diingatkan bahawa ‘short –O- Orienteering baru saja melalui satu peringkat pesat dalam populariti. Oleh itu, peraturannya kekal pada tahap yang formatif
Rogaine Orienteering Rogaine ialah singkatan untuk ‘rugged outdoor group activity involving navigation and endurance iaitu aktiviti yang dilakukan mencabar berbanding dengan score orienteering kepada tahap yang lebih tinggi. Dalam jangka masa 12 hingga 24 jam, acara rogaine menguji kebolehan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian untuk merancang perjalanan jarak jauh dalam hutan sambil berhadapan dengan pelbagai cabaran mental dan fizikal. Orienteering jenis ini biasanya dijalankan dalam bentuk kumpulan. Untuk tujuan keselamatan Rogaine Orienteering sepatutnya disertakan oleh kumpulan seramai 2 hingga 5 orang yang saling mengetahui tentang tugas dan kebolehan masing-masing. Objektif mereka adalah mudah iaitu dengan hanya menggunakan peta dan kompas dan berjalan kaki singgah di sebanyak ‘checkpoint’ yang mereka mampu (setiap pasukan diberi bilangan mata yang spesifik) mengikut had masa.Penyelaras Rogaine menentukan tempat permulaan dan tempat tamat (mungkin tempat yang sama) dan menentukan beberapa ‘check point’ di kawasan yang luas untuk mengelakkan pasukan-pasukan daripada singgah pada kesemua ‘check point’ dalam masa yang diperuntukkan Kesimpulan Hampir keseluruhan acara orienteering yang digambarkan di sini,boleh dijalankan dengan pelbagai cara perjalanan yang berbeza iaitu mengikut bentuk sesuatu kawasan. Terdapat juga acara-acara yang dianjurkan untuk peserta-peserta kayak,mountain bike, penunggang kuda dan sebagainya
TATACARA PEMAKAIAN BAJU KRS 09
1. Pakaian Rasmi KRS i. Lelaki a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green. c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. (Ukuran kaki 40 cm - 46 cm) d. Tali wisel merah. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. e. Spike boot. ii. Perempuan a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna Sherwood Dark Green. c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. d. Spike boot. e. Tali wisel merah. f. Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green
2. Pakaian Rasmi TKRS i. Lelaki a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja lengan pendek warna hijau muda ( L 109 ) c. Seluar sekolah. (Ukuran kaki 20 cm - 30 cm) d. Tali wisel merah. e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. f. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan berstokin Hitam ii. Perempuan a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna hijau muda ( L 109 ). c. Seluar /Kain Sekolah. d. Tali wisel merah. e. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam f. Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.
PERTOLONGAN CEMAS 10
Apa itu Pertolongan Cemas ? Maksud Kecemasan Sesuatu situasi yang kritikal yang boleh mengancam nyawa jika tidak diberi rawatan segera, kesakitan mangsa menjadi lebih serius, lebih memudaratkan dan mungkin menyebabkan kematian. Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna Tujuan dan Prinsip Pertolongan Cemas Asas Bantu Mula Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa: sebelum tibanya bantuan perubatan Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas a. Membantu menyelamatkan nyawa manusia. b. Mengelakkan mangsa daripada kecederaan yang lebih teruk. c. Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa
Ciri-ciri Seorang Penyelamat a. Bertanggungjawab b. Berjiwa cekal, waras dan tenang c. Mengamati prinsip keselamatan diri d. Berpengetahuan dan berkeyakinan e. Terlatih Objektif Pertolongan Cemas a. Menyelamatkan nyawa b. Mengelakkan mangsa cedera lebih serius c. Mengurangkan kesakitan d. Menguruskan pemindahan ke hospital Prinsip Pertolongan Cemas Prinsip-prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi pertolongan cemas: i. Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan ii. Longgarkan pakaian jika perlu iii. Hentikan darah jika berdarah iv. Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit v. Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu vi. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskan berhubung dengan doktor di klinik atau rumah sakit yang terdekat
1. Membuat penilaian keadaan a. Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat b. Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan bantuan. c. Dapat menilaikan keterukan atau keparahan mangsa 2. Membuat diagnosis a. Mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa. 3. Memberi rawatan sementara a. Menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk. 4. Membuat dan memberi laporan a. Mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
Peringatan : 1. Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk 2. Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak sedarkan diri. Yang boleh dilakukan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat. 3. Cuba dapatkan bantuan perubatan dengan segera. 4. Lakukan bantuan berdasarkan mengikut cara-cara yang betul untuk selamatkan nyawa, pendarahan dan kecederaan patah. 5. Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan Tindakan serta merta pertolongan cemas : a. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. b. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. c. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. d. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna. Sifat-sifat pemberi pertolongan cemas yang baik: i. Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri dalam mengendalikan kes-kes kecemasan ii. Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya iii. Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa kepada mangsa. iv. Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes. v. Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan dalam merawat mangsa. vi. Bersifat lemah lembut semasa memberikan rawatan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa
Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang cedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawatan daripada perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang mampu untuk melakukan dengan peralatan yang minimum. Antara peralatan yang umum ialah peti pertolongan kecemasan Peti Pertolongan Cemas
Jenis Anduh a. Anduh Kecil b. Anduh Besar c. Anduh Pergelangan Tangan d. Anduh Menaik Jenis Balutan Anduh i. Anduh lengan ii. Anduh kepala iii. Anduh lutut atau siku iv. Anduh pergelangan tangan v. Anduh tapak kaki Anduh & Balutan
Kesemua balutan hendaklah menggunakan ikatan buku sila: Anduh Lengan a. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera b. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu c. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya lebih kema
Anduh Lutut a. Lipatkan sedikit kain anduh dan letakkannya di atas lutut yang tercedera. b. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut. c. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas. Anduh Kepala a. Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. b. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila. c. Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas
Anduh Pergelangan Tangan atau Tapak Kaki a. Letakkan tapak tangan/kaki yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. b. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. c. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan. d. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecederaan pada bahagian kaki yang mesti dibalut Balutan i. Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan. ii. Pembebatan digunakan untuk menutup luka dengan mengawal pendarahan. Jenis Kain Balutan a. Pembalut Tiga Segi b. Pembalut Lebar c. Pembalut Kecil d. Pembalut Gulung