The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI NORHADAYA BINTI JALALI, 2023-04-22 12:38:34

BUKU LOG KRS

SITI NORHADAYA JALALI

Lipatan Segi Tiga Jenis Balutan Luka 1. Luka Tangan 2. Luka Dada 3. Luka Bahu 4. Luka Peha 5. Luka Siku 6. Luka Lengan 7. Luka Lutut 8. Luka Jari


Anduh dan balutan digunakan sekiranya : Luka Tusukan Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda tajam seperti jarum, paku, duri, kaca dan lain-lain. Ia biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk. Seelok-eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberi. Kemudian balut dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit ke hospital untuk rawatan lanjut. Terkena Selumbar Cara merawat : a. Cuci bahagian yang terkena selumbar dab beri tuaman sejuk. b. Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendaki. c. Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagian yang luka. Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-ulang membasahkannya supaya sejuk. Merawat luka a. Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet b. Bersihkan luka c. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai d. Balut luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih.


Melecur Cuci bahagian yang terbakar atau kena wap itu dengan sabun dan air hangat. Kemudian sapukan petroleum atau vaselin dan balut dengan teliti. Jika terasa amat pedih berilah pesakit 2 pil aspirin dan ulangi setiap dua jam bila anggap perlu untuk mengurangkan sakit. Gigitan Digigit Hama Rumput Hama-hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar. Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat. Rawatan: 1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun 2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan antiseptik 3. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak 4. Bagi melegakan rasa gatal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti-histamine


Digigit lintah dan Pacat Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya akan tertinggal pada kulit. Rawatan: a. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk melonggarkan gigitan dan menggugurkannya. b. Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit. c. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalukeras ataupun dengan minyak antihistamine. d. Tutup dan balut dengan pembalut kering. Dipatuk Ular Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yang digigit dan bisa Rawatan: a. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akan bahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah ke jantung. Jangan ikan sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki. b. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untuk menawarkan racun yang ada pada luka. c. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memotong ke dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu.


d. Longgarkan ikatan ‘tourniquet’ selama ½ minit tiap -tiap ½ jam e. Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup. f. Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas. g. Jika ia tidak bernafas Bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan. h. Hantar ke rumah sakit yang terdekat i. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan oleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikkan Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular. Ini dapat diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X di atas gigitan itu. Buatlah beberapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah mengalir dengan leluasa. Tidak ada bahayanya jikalau tidak ada luka pada mulut anda. Bisa itu tidak beracun meskipun tertelan KERACUNAN Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap paa kulit dan mata. Tanda- tanda Kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun: a. Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah. b. Daya sedar yang lemah. c. Rasa sakit dan perit yang membakar. d. Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran. e. Latar belakang pendedahan/tertelan f. Cirit-birit g. Pening kepala dan demam. h. Tanda-tanda renjatan. i. Perut sakit dan kejang


Rawatan Awal Keracunan i. Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya. ii. Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu. iii. Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum. iv. Tunggu arahan dan bertindak segera. v. Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan. vi. Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan. V vii. Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minum air atau susu sejuk dari masa ke semasa sementara menunggu bantuan perubatan. TERSELIUH Tanda-tanda dan gejala a. Rasa kesakitan pada sendi itu. b. Bengkak c. Lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera. Rawatan i. Letak beg ais pada sendi yang cedera ii. Tinggikan bahagian yang tercedera. iii. Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa. iv. Ampu bahagian yang tercedera. v. Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan


PEMULIHAN PERNAFASAN Asfiksia ( Terhenti pernafasan) Asfiksia adalah satu keadaan di mana system pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi. Punca – punca Asfiksia a. Lemas b. Keracunan gas dan asap yang merbahaya. c. Tersekat saluran udara – tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda-benda asing lain. d. Tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke dalam. e. Ketika tidak sedarkan diri. f. Disambar petir atau kilat g. Terhimpit dada – runtuhan tanah. h. Serangan penyakit i. Termakan racun. Tanda – tanda Pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas, dan akhirnya terhenti. Bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan.Kebanyakannya menyebabkan tidak sedarkan diri


Peraturan Am Memulihkan Asfiksia. A – Airways (saluran pernafasan) i. Terbuka atau tersekat ii. Keluarkan bendasing seperti gigi palsu,rumput, tanah, bahan mentah daripada mulut jika ada. B – Breathings ( pernafasan ) i. Boleh bernafas atau tidak ii. Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera. C – Circulation ( peredaran darah ) i. Pastikan adakah denyutan nadi atau tidak. ii. Jika tiada, lakukan pemulihan CPR ( Cardio-pulmonary Resuscitation) ( pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar) Jenis – jenis Pemulihan Pernafasan a. Pemulihan pernafasan mulut ke mulut. b. Pemulihan pernafasan Holgen Nielson c. Pemulihan pernafasan mulut ke hidung. d. Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (external cardiac compression) e. Pemulihan kardio-palmonari (Cardio- Pulmonary Risucitation) CPR


LAMPIRAN 11 ADA REZEKI, JUMPA LAGI


KAWAD KAKI KRS https://www.youtube.com/watch?v=lrhsgioIXac LAGU KRS https://youtu.be/B6QOg5NJpPk LATIHAN KAWAD (INDIVIDU) https://www.youtube.com/watch?v=8G2xaz4eoc0 IKATAN https://youtu.be/b7bTJltPmz8 ORIENTEERING KRS https://www.youtube.com/watch?v=IptWByo8Uxc TATACARA PEMAKAIAN BAJU KRS https://www.youtube.com/watch?v=_un4exr-vv0 PERTOLONGAN CEMAS https://youtu.be/dGDy8PoeUps https://youtu.be/NCI3TtQDgDs https://youtu.be/x7Vwn7wMMyQ SEJARAH KRS https://www.youtube.com/watch?v=Xl_fBpSOCl0


Click to View FlipBook Version