PANDU DENGAN Tag RFID
DI LEBUHRAYA PLUS
Dikemaskini pada : 2 Ogos 2021
Kandungan
Apakah Tag RFID?
Mengapakah pembayaran tol menerusi Tag RFID diperkenalkan?
Apakah faedah bertukar kepada Tag RFID?
Adakah Tag RFID ini boleh digunakan di semua plaza tol di seluruh negara?
Siapakah penyedia sistem transaksi Tag RFID ini?
Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan dan menggunakan Tag RFID?
Apakah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan berkenaan pemasangan tag RFID? Bagaimanakah Tag RFID digunakan untuk membayar tol?
Di manakah saya boleh mendapatkan Tag RFID?
Di manakah saya mendapatkan senarai pusat pemasangan Tag RFID? Berapakah kos pemasangan Tag RFID ini?
Setelah Tag RFID dipasang pada kenderaan, berapakah tempoh yang diperlukan sebelum ia boleh digunakan untuk transaksi tol di lebuhraya?
Bagaimakah saya boleh mendapat Tag RFID? Apakah Touch ‵n Go eWallet?
Dimanakah saya boleh memuat turun aplikasi Touch ‵n Go eWallet?
Bagaimana untuk memastikan baki pada Touch ‵n Go eWallet sentiasa mencukupi? Bagaimanakah cara menambah nilai eWallet untuk Tag RFID saya?
Apakah yang berlaku sekiranya pelanggan Tag RFID mengalami masalah kekurangan baki sewaktu di lorong keluar?
Berapa lamakah tempoh masa yang diambil untuk jumlah tambah nilai dikemaskinikan di dalam Touch ’n Go eWallet??
Bagaimanakah cara untuk menyemak baki Tag RFID?
Apa yang boleh dilakukan sekiranya pemandu jarang menggunakan lebuhraya dan tidak mempunyai kad Touch ‵n Go atau SmartTAG atau Tag RFID?
Muka Surat
1 2 3 4 5
6-7 8
9 10
11 12
13
14 15
16 17 18
19 20
21 22
Kandungan
Bolehkah SmartTAG saya ditukarkan kepada Tag RFID tanpa dikenakan sebarang caj tambahan?
Apa yang perlu saya lakukan kepada peranti SmartTAG yang sedia ada?
Mengapa saya perlu membeli Tag RFID apabila saya telah mempunyai SmartTAG untuk membayar tol? Adakah pelangganan Tag RFID diwajibkan?
Adakah pembayaran menerusi kad Touch ‘n Go atau SmartTAG masih diterima? Berapakah had laju ketika melalui lorong MyRFID?
Apakah kaedah pelangganan Tag RFID yang betul?
Apakah akan terjadi sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik di plaza tol? Apakah yang boleh dilakukan sekiranya saya menghadapi masalah di lorong tol? Bagaimanakah teknik penjagaan Tag RFID apabila ia telah dipasang?
Apa boleh dilakukan apabila lorong MyRFID tidak boleh digunakan/ditutup? Mengapakah tidak ada lorong khas MyRFID di sesetengah plaza tol?
Adakah lorong Touch ‵n Go atau SmartTAG akan dikurangkan?
Mengapa lorong SmartTAG telah berkurang di plaza tol dan digantikan dengan lorong MyRFID? Apakah perbezaan di antara kad Touch ‵n Go, SmartTAG dan Tag RFID?
Apakah perbezaan Tag RFID di Tambak Johor berbanding Tag RFID di lebuh raya-lebuh raya lain? Bolehkah ia digunakan untuk pembayaran tol?
Apakah perbezaan di antara Tag RFID dan PayDirect?
Apakah kaedah pembayaran lain selain daripada tambah nilai melalui pra-bayar?
Apa yang boleh saya lakukan sekiranya saya dikenakan penalti caj tol maksima apabila melalui lorong MyRFID? Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Tag RFID rosak dan tidak berfungsi?
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut atau membuat aduan tentang Tag RFID? SayabercadanguntukmenjualkenderaansayabersamaTagRFID ApayangakanberlakupadaTagRFIDsaya?
Muka Surat
23
24
25
26
27
28
29 30 31
32 33 34
35 36 37
38
39 40 41 42 43 44
Kandungan
Bolehkah saya memindahkan Tag RFID saya kepada orang lain?
Apakah akan berlaku jika saya tidak menamatkan Tag RFID saya selepas menjual kenderaan saya? Apa yang berlaku kepada Tag RFID saya jika kenderaan saya hilang /dicuri?
Muka Surat
45
46 47
Bolehkah saya memasuki lebuhraya menerusi Lorong Touch ‵n Go atau SmartTAG, tetapi keluar menerusi Lorong MyRFID? 48 Bolehkah saya memasuki lebuhraya menerusi Lorong MyRFID tetapi keluar menerusi Lorong Touch ‵n Go atau SmartTAG? 49
TAWARAN DISKAUN 20% BAGI PELANGGAN RFID DI JAMBATAN PULAU PINANG
Apakah yang ditawarkan kepada pelanggan?
Adakah permohonan diskaun 20% RFID dibuka kepada semua kelas kenderaan? 51 Siapakah yang layak menikmati diskaun kadar tol 20% RFID di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang? 52 Apakah dokumen yang perlu disediakan semasa melakukan permohonan? 53
Bagaimana cara untuk memohon dan menikmati diskaun tol 20% tersebut? 54
Bagaimana cara untuk menjadi ahli PLUSMiles bagi permohonon diskaun tol 20%?
Bagaimana cara untuk mencapai semula kata laluan PLUSMiles? 57 Bagaimana cara untuk memohon melalui portal https://jimatdipenang.plusmiles.com.my? 58 Bagaimana cara untuk memohon melalui portal https://jimatdipenang.plusmiles.com.my (versi telefon bimbit)? 59
Berapakah tempoh masa permohonan diskaun tol 20% sehingga diluluskan? 60 Sekiranya saya adalah pemegang Kad PLUSMiles atau Kad Touch ‘n Go diskaun 20%, 61
adakah saya layak untuk memohon diskaun RFID 20%?
Berapakah tempoh sahlaku diskaun 20% RFID? 62
50
55-56
Soalan Jawapan
Tag RFID
Cermin hadapan
Apakah Tag RFID?
lampu hadapan
1
Kaedah pembayaran tol terkini menggunakan teknologi Tag RFID.
Secara amnya, terdapat lima jenis kelas kenderaan untuk kegunaan pelanggan tetapi buat masa kini, Tag RFID hanya digunakan oleh Kenderaan Penumpang Persendirian sahaja.
Tag RFID ditampal pada kenderaan dan dipautkan pada Touch ‵n Go eWallet.
Bayaran tol ditolak daripada Touch ‵n Go eWallet.
Soalan Jawapan
Mengapakah pembayaran tol menerusi Tag RFID diperkenalkan?
Langkah awal menuju
MLFF
2
Selaras dengan hasrat Kerajaan ke arah sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF)
Pelaksanaan RFID adalah langkah awal ke arah mencapai matlamat tersebut.
Teknologi RFID membolehkan transaksi tol dilakukan secara lebih pantas dan mengurangkan kesesakan di lorong tol
Menggalakkan penggunaan Touch ‵n Go eWallet dan pembayaran tol tanpa tunai.
Soalan Jawapan
Apakah faedah bertukar kepada Tag RFID ?
Transaksi lebih lancar dan mudah.
Tambah nilai menerusi Touch ‵n Go eWallet. Layari www.tngdigital.com.my
X
XCAJ TAMBAHAN
Tiada caj tambahan untuk tambah nilai.
TAMBAH NILAI
Tidak perlu ke pusat tambah nilai
Tag RFID tidak memerlukan bateri.
3
Soalan Jawapan
Nota:
*Plaza tol sistem terbuka – pembayaran tol berdasarkan jenis kenderaan dan dikenakan setiap kali kenderaan melalui plaza tol
**Plaza tol sistem tertutup - kadar tol berdasarkan jarak perjalanan serta jenis kenderaan dan pembayaran tol hanya dibuat di plaza tol keluar dari lebuh raya
Adakah Tag RFID ini boleh
digunakan di semua plaza tol di seluruh negara?
Tag RFID boleh digunakan di seluruh lebuh raya di Malaysia.
RFID di 10 plaza tol sistem terbuka* PLUS telah dilaksanakan pada 1 Januari 2020
Mulai 22 Julai 2020, Ujian Awam pertama RFID diperkenalkan di 9 buah plaza tol sistem tertutup** PLUS di utara melibatkan Plaza Tol Sungai Dua, Bertam, Sungai Petani Selatan, Sungai Petani Utara, Gurun, Pendang, Alor Setar Selatan, Alor Setar Utara dan Hutan Kampung
Mulai 31 Oktober 2021 (tbc), tag RFID boleh digunakan di 73 plaza tol di Lebuhraya PLUS melibatkan laluan di antara Juru-Skudai bagi Kenderaan Penumpang Persendirian sahaja.
RFID akan diperluaskan bagi kegunaan kelas kenderaan yang lain di Lebuhraya PLUS dan di Lebuhraya LPT2 secara berperingkat pada masa akan datang.
Sila rujuk laman web Touch ‵n Go untuk sebarang maklumat terkini. www.touchngo.com.my
Jambatan Pulau Pinang
Juru
Kubang Semang
Lunas
Lukut
Mambau
Perling
Skudai
4
Lima Kedai
Tanjung Kupang
SINGAPURA
Kempas
Soalan Jawapan
Siapakah penyedia sistem transaksi Tag RFID ini?
5
Touch ‵n Go Sdn Bhd.
Soalan Jawapan
Bagaimanakah
caranya untuk
mendapatkan dan
menggunakan
Tag RFID?
Muat turun Aplikasi
Touch ‵n Go eWallet menerusi Google Play Store (bagi telefon Android) atau Apple App Store (bagi iPhone).
1
Langkah Pertama
2 Langkah Kedua
Kunjungi Pusat Pemasangan RFID untuk memasang dan mendapatkan Tag RFID.
Rujuk
https://mx.touchngo.com.my/fit ment-centres untuk senarai pusat pemasangan RFID.
Pelanggan yang telah membeli Tag RFID secara online digalakkan untuk ke pusat-pusat pemasangan RFID yang terdekat untuk memeriksa dan menguji Tag RFID bagi mengelakkan kesulitan ketika melalui plaza tol.
Langkah-langkah mendapatkan & menggunakan tag RFID
3
Langkah Ketiga
Petugas pemasangan mengadakan ujian bacaan RFID untuk mengesan kedudukan yang paling sesuai untuk melekatkan Tag RFID pada kenderaan.
Data pada Tag RFID dihubungkan dengan Touch ‵n Go eWallet di dalam telefon bimbit.
Sekiranya Tag RFID gagal melaksanakan transaksi di lorong tol, kembali semula ke pusat pemasangan terbabit untuk memasang Tag RFID di titik alternatif. Tag gantian diberikan secara percuma.
6
Bersambung
Soalan Jawapan
Langkah demi langkah yang perlu dilakukan apabila pemasangan dibuat di Pusat Pemasangan Tag RFID berdaftar
4
Langkah Keempat
JAM
Tunggu notifikasi pengesahan dalam masa 24-jam selepas data Tag RFID dikemaskini di semua plaza tol di seluruh negara.
Langkah Keenam
5 Langkah Kelima
Buat Tambah Nilai Touch ‵n Go eWallet secara online menerusi aplikasi Touch ‵n Go eWallet.
Tag RFID tidak mempunyai baki.
Tambah nilai Touch ‵n Go eWallet juga boleh ditetapkan secara automatik dengan nilai RM10, RM100 dan sebagainya bagi mengelakkan insiden baki rendah dan tidak mencukupi apabila melalui plaza tol.
Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan dan menggunakan Tag RFID?
6
7
Setelah memastikan kesemua langkah-langkah di atas telah diikuti, anda kini bersedia untuk masuk dan keluar dari lebuhraya menerusi Lorong Khas MyRFID di plaza tol.
Soalan Jawapan
BOLEH TIDAK BOLEH
Apakah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan berkenaan pemasangan Tag RFID?
Sekiranya Tag RFID dibeli secara dalam talian dan pelanggan memilih untuk memasang sendiri, tag RFID yang dipasang di kenderaan masing-masing mestilah mengikut panduan yang telah ditetapkan. Sekiranya memerlukan bantuan untuk pemasangan, sila hubungi Touch ‵n Go Careline di [email protected]
X
Tag RFID tidak boleh dipasang di kenderaan pada kedudukan yang tidak boleh dibaca oleh alat pengimbas tag RFID (berdekatan dengan besi atau atas cermin yang gelap) kerana ia boleh menyebabkan tag RFID sukar diimbas oleh alat pengimbas di plaza tol
Tidak memandu terlalu laju apabila melalui lorong khas RFID.
Tag RFID tidak boleh dipegang oleh tangan ketika melalui plaza tol. (Tag RFID anda boleh disenarai hitam jika berbuat demikian).
Tag RFID tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh digunakan untuk kenderaan lain yang tidak didaftarkan. (Tag RFID anda boleh disenarai hitam jika berbuat demikian).
Sebaik-baiknya Tag RFID dipasang di Pusat
Pemasangan tag RFID yang terpilih bagi membolehkan
tag RFID tersebut diuji
sebelum dapat digunakan
untuk transaksi tol di lebuh
raya. X
Memandu mengikut had laju yang ditetapkan iaitu di antara 10km/j – 30 km/j ketika melalui lorong khas RFID.
Tag RFID hanya boleh digunakan untuk satu kenderaan yang didaftarkan sahaja.
X
X
8
Soalan Jawapan
Bagaimanakah Tag RFID digunakan untuk membayar tol?
lampu utama
Tag RFID
Cermin hadapan
9
Tag RFID dipasang pada kenderaan & dipautkan melalui Touch ‵n Go eWallet.
Bayaran Tol ditolak daripada baki Touch ‵n Go eWallet tersebut setiap kali berlaku transaksi tol.
Baki Touch ‵n Go eWallet boleh ditambah secara online.
Soalan Jawapan
Di manakah saya boleh mendapatkan Tag RFID ?
Tag RFID boleh dipasang di Pusat Pemasangan Tag RFID di seluruh negara (klik di sini untuk senarai)
10
Soalan Jawapan
Di manakah saya boleh mendapatkan senarai pusat pemasangan Tag RFID ?
11
Imbas kod QR ini untuk mendapatkan senarai pusat pemasangan Tag RFID di seluruh negara.
Soalan Jawapan
Berapakah kos pemasangan Tag RFID ini?
RM35
12
1 Tag RFID berharga RM35 untuk 1 kenderaan.
Soalan Jawapan
Setelah Tag RFID dipasang pada
kenderaan, berapakah tempoh yang diperlukan sebelum ia boleh digunakan untuk transaksi tol di lebuhraya?
Tag RFID
Cermin hadapan
lampu utama
selepas 24 jam pemasangan
13
24 jam.
Tag RFID boleh dipasang di bahagian luar cermin hadapan kiri atas atau lampu hadapan kiri.
Soalan Jawapan
Bagaimanakah saya boleh mendapat Tag RFID?
Muat turun aplikasi Touch ‵n Go eWallet pada telefon bimbit.
Kunjungi pusat pemasangan Tag RFID yang disenaraikan di https://mx.touchngo.com.my/fitment-centres
14
Soalan Jawapan
Apakah Touch ‵n Go eWallet?
15
Touch ‵n Go eWallet adalah dompet elektronik (eWallet) yang menyimpan wang elektronik (e-money).
Touch ‵n Go eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, pemindahan dana di mana-mana dan bila-bila masa.
Ia juga boleh dipautkan bersama Tag RFID untuk membayar tol anda.
Soalan Jawapan
Di manakah saya boleh memuat turun aplikasi Touch ‵n Go eWallet?
untuk telefon pintar iPhone
untuk telefon pintar Android
Anda boleh memuat turun aplikasi mudah alih Touch ‵n Go eWallet terus dari Google Play Store (untuk telefon pintar Android) atau dari Apple App Store (untuk iPhone). Cari “Touch ‵n Go eWallet” oleh Touch ‵n Go Digital Sdn Bhd dan muat turun aplikasinya. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tngdigital.com.my
16
Soalan Jawapan
Bagaimana untuk memastikan baki pada Touch ‵n Go eWallet sentiasa mencukupi?
17
Pelanggan digalakkan untuk mengaktifkan fungsi tambah nilai Touch ‵n Go eWallet secara automatik (Auto-Reload).
Ini bagi memastikan Touch ‵n Go eWallet sentiasa mempunyai baki yang mencukupi dan dapat mengelakkan isu kekurangan baki untuk menikmati perjalanan yang lancar ketika melalui plaza tol.
Soalan Jawapan
Bagaimanakah cara menambah nilai eWallet untuk Tag RFID saya?
18
Anda boleh membuat transaksi tambah nilai melalui perbankan internet menerusi (FPX), kad debit/kredit dan pin tambah nilai
Touch ‵n Go eWallet.
Soalan Jawapan
Apakah yang berlaku sekiranya pelanggan Tag RFID mengalami masalah kekurangan baki sewaktu di lorong keluar?
19
Sentiasa memastikan Touch ‵n Go eWallet mempunyai baki yang mencukupi untuk transaksi tol.
Urusan menambah nilai Touch ‵n Go eWallet boleh dilakukan secara online menerusi aplikasi Touch ‵n Go.
Baki Touch ‵n Go eWallet boleh disemak dengan mudah menerusi aplikasi tersebut.
Soalan Jawapan
Berapa lamakah tempoh masa yang diambil untuk jumlah tambah nilai dikemaskinikan di dalam Touch ‵n Go eWallet?
SAAT
20
Tempoh kemaskini baki di dalam
Touch ‵n Go eWallet hanya mengambil masa beberapa saat selepas ia dimuktamatkan.
Nota:
Pelanggan dinasihatkan untuk membuat tambah nilai lebih awal untuk mengelakkan kesulitan di lorong tol
Soalan Jawapan
Bagaimanakah cara untuk menyemak baki Tag RFID ?
21
Anda boleh menyemak baki Tag RFID dengan menggunakan aplikasi Touch ‵n Go eWallet.
Soalan Jawapan
Apa yang boleh dilakukan sekiranya pemandu jarang menggunakan lebuhraya dan tidak mempunyai
kad Touch ‵n Go atau SmartTAG atau Tag RFID?
22
Kad Pengenalan dilengkapi dengan cip Touch ‵n Go dan boleh digunakan untuk memasuki lebuhraya.
Pastikan ianya mempunyai baki yang mencukupi atau tambah nilai secara manual di kaunter tambah nilai seluruh negara.
KAD PENGENALAN
MALAYSIA
000000-00-0000
WARGANEGARA
JOHN DOE
B-10-100 CONDO SERI MURNI, 500000 KUALA LUMPUR
Soalan Jawapan
Bolehkah SmartTAG saya ditukarkan kepada Tag RFID tanpa dikenakan
sebarang caj X tambahan?
23
SmartTAG TIDAK BOLEH ditukarkan kepada Tag RFID.
Anda perlu membeli Tag RFID yang berharga RM35.
Soalan Jawapan
Apa yang perlu saya lakukan kepada peranti SmartTAG yang sedia ada?
24
Transaksi tol menggunakan SmartTAG masih lagi dikendalikan sehingga satu tempoh yang ditetapkan kelak.
Soalan Jawapan
Mengapa saya perlu membeli Tag RFID apabila saya telah mempunyai SmartTAG untuk membayar tol?
Harga Tag RFID lebih murah dan mampu milik dengan hanya RM35.
Tag RFID tidak menggunakan bateri.
Tidak perlu tambah nilai kad Touch ‵n Go secara fizikal di lokasi tambah nilai.
Urusan tambah nilai dan menyemak baki lebih mudah menerusi Touch ‵n Go eWallet.
Mengurangkan risiko baki kad Touch ‵n Go tidak mencukupi.
Mengurangkan interaksi fizikal dengan kakitangan tol akibat baki kurang di plaza tol.
Mengurangkan kesesakan dan gangguan perjalanan di plaza tol.
25
Soalan Jawapan
Adakah penggunaan Tag RFID diwajibkan?
26
Tidak, Tag RFID merupakan salah satu kemudahan dan pilihan pelanggan bagi pembayaran tol selain daripada
Touch ‵n Go dan SmartTAG.
Soalan Jawapan
Adakah pembayaran menerusi kad Touch ‘n Go atau SmartTAG masih diterima?
27
Pembayaran tol menerusi kad
Touch ‵n Go atau SmartTAG masih diterima (sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kepada pelanggan).
Soalan Jawapan
Berapakah had laju ketika melalui lorong MyRFID?
15km/j
30km/j
10km/j
28
Di antara 10km/j sehingga 30km/j.
(TBC dev team)
Soalan Jawapan
SAHAJA
Apakah akan terjadi sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik di plaza tol?
29
PLUS mempunyai prosidur yang telah ditetapkan sekiranya ianya berlaku bagi memastikan keselesaan pelanggan terus diutamakan.
Petugas tol PLUS akan menggunakan pengimbas mudah alih untuk membantu transaksi tol.
Soalan Jawapan
Pengguna Tag RFID
Pengguna Tag RFID / Kad Touch ’n GO
Pengguna SmartTAG
Apakah kaedah penggunaan Tag RFID yang betul?
Sekiranya anda memilih untuk menggunakan Lorong MyRFID, pastikan anda masuk dan keluar dari lebuhraya menerusi Lorong MyRFID yang disediakan.
Jangan memasuki lebuhraya menggunakan kad Touch ‵n Go atau SmartTAG tetapi keluar dari lebuhraya menggunakan Tag RFID.
Sekiranya kenderaan anda mempunyai SmartTAG dan Tag RFID, simpan peranti SmartTAG sekiranya anda memilih untuk menggunakan Tag RFID.
30
Soalan Jawapan
Apakah yang boleh dilakukan sekiranya saya menghadapi masalah di lorong tol?
31
Tekan Butang Interkom di lorong.
Petugas Tol akan datang memberikan bantuan.
Dalam keadaan norma baharu, pelanggan disaran memakai pelitup muka untuk mendapatkan bantuan dan ketika berada di tempat awam untuk keselamatan bersama.
Soalan Jawapan
Bagaimanakah teknik penjagaan Tag RFID apabila ia telah dipasang?
Cermin hadapan
lampu hadapan
Bagi memastikan Tag RFID tidak rosak dan memastikan anda menikmati perjalanan yang selesa, berikut merupakan perkara penting yang pelanggan perlu ambil tahu:
Elakkan mencuci cermin hadapan atau lampu hadapan kenderaan anda dalam masa 24 jam selepas Tag RFID dipasang.
Elakkan mengeluarkan atau menanggalkan Tag RFID kerana ia tidak akan berfungsi sebagaimana yang asal.
Elakkan menggunakan cecair kimia sewaktu membersihkan cermin atau lampu hadapan.
Ketika menghantar kenderaan anda dicuci, nasihatkan pekerja tersebut untuk berhati-hati pada Tag RFID dan kawasan sekitarnya.
32
Soalan
Jawapan
Apa boleh dilakukan apabila lorong MyRFID tidak boleh digunakan/ ditutup?
Petugas Tol akan menyediakan pengimbas mudah-alih untuk membantu transaksi di lorong tol.
33
Soalan Jawapan
SAHAJA
Mengapakah tidak ada lorong khas MyRFID di sesetengah plaza tol?
34
Disebabkan terdapat kekangan lorong dan lokasi di plaza tol tertentu.
Soalan Jawapan
SAHAJA
Adakah lorong Touch ‵n Go atau SmartTAG akan dikurangkan?
35
Di plaza-plaza tol utama, lorong Touch ‵n Go atau SmartTAG akan dinaiktaraf kepada lorong MyRFID secara berperingkat.
Soalan Jawapan
Mengapa lorong X SmartTAG telah
berkurang di plaza tol dan digantikan dengan lorong MyRFID?
Bagi memberi laluan memudahkan pemasangan lorong khas RFID di plaza tol terpilih, beberapa lorong SmartTAG yang sedia ada perlu ditutup.
Kedua-dua sistem tidak dapat digunakan di lorong yang sama memandangkan ia menggunakan teknologi yang berbeza.
Statistik juga menunjukkan lebih ramai pelanggan membuat pembayaran tol melalui kad Touch ‵n Go berbanding SmartTAG di plaza tol yang terjejas.
Ia sebagai salah satu langkah menggalakkan pelanggan lebuhraya beralih kepada sistem pembayaran tol yang mudah, selamat dan lebih selesa melalui RFID.
36
Soalan Jawapan
SmartTAG
Touch ‵n Go Tag RFID
Apakah perbezaan di antara kad
Touch ‵n Go, SmartTAG dan Tag RFID?
Kad fizikal yang menggunakan cip MIFARE dan ia perlu disentuh pada alat pengesan untuk menjayakan sesuatu transaksi.
Kad pra-bayar
yang menggunakan wang tunai.
Tambah nilai dilakukan secara fizikal di lokasi tambah nilai.
Lorong keluar Touch ‵n Go mengendalikan kira-kira 450 transaksi tol dalam masa satu jam.
Peranti (yang digunakan bersama kad Touch ‵n Go).
Menggunakan isyarat teknologi inframerah dan berbeza teknologi berbanding dengan tag RFID bagi transaksi tol
Lorong SmartTAG mampu mengendalikan kira-kira 1,000 transaksi tol dalam masa satu jam.
Tag yang dipasang pada kenderaan.
Tag diimbas oleh alat pengesan menggunakan frekuensi radio bagi transaksi tol.
Sumber dana transaksi melalui akaun eWallet.
Tambah nilai dilakukan secara dalam talian menerusi akaun eWallet.
Lorong RFID mampu mengendalikan kira-kira 1,000 transaksi tol dalam masa satu jam.
37
Soalan Jawapan
TAG VEP RFID
TAG RFID
Dipasang khusus bagi kenderaan asing/berdaftar dari Singapura oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
Boleh digunakan untuk membuat pembayaran Pas Masuk Kenderaan (Vehicle Entry Pass) ketika memasuki Malaysia melalui Tambak Johor.
Boleh digunakan untuk pembayaran tol di lebuh raya yang menyediakan laluan RFID di Malaysia (Tag VEP RFID perlu dipautkan ke Touch ‵n Go eWallet untuk pembayaran tol dan penambahan nilai).
Digunakan untuk pembayaran tol di lebuh raya yang menyediakan laluan RFID.
Tidak boleh digunakan untuk membuat pembayaran Pas Masuk Kenderaan (VEP) di Tambak Johor.
Apakah perbezaan Tag RFID di Tambak Johor berbanding Tag RFID di lebuh raya-lebuh raya lain? Bolehkah ia digunakan untuk pembayaran tol?
38
Soalan Jawapan
Apakah perbezaan di antara Tag RFID dan PayDirect?
PERSAMAAN :
Kedua-duanya menggunakan Touch ‵n Go eWallet.
PERBEZAAN :
(i) RFID Touch ‵n Go menggunakan pelekat khas yang dipanggil Tag RFID untuk pembayaran tol.
(ii) Dengan PayDirect pelanggan boleh membuat pembayaran tol melalui
Touch ‵n Go eWallet dengan memautkan kad fizikal Touch ‵n Go mereka.
39
Soalan Jawapan
Apakah kaedah pembayaran lain selain daripada tambah nilai melalui pra-bayar?
SEKARANG
AKAN DATANG
Buat masa sekarang, hanya tambah nilai secara pra-bayar melalui kad Touch ‵n Go atau Touch ‵n Go eWallet (bagi pelanggan PayDirect atau Tag RFID).
Pelbagai pilihan pembayaran akan diperkenalkan pada masa akan datang menerusi kad debit atau kredit.
40
Soalan Jawapan
Apakah yang boleh saya lakukan sekiranya saya dikenakan caj tol maksima apabila melalui Lorong MyRFID?
30 HARI
Sekiranya berlaku masalah teknikal & dikenakan caj tol maksima, sila layari https://mx.touchngo.com.my/main untuk membuat sebarang permohonan.
Pihak Touch ‵n Go dan syarikat Konsesi akan melakukan semakan terhadap transaksi tersebut.
Sebarang permohonan bayaran balik hendaklah dilakukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kejadian.
Nota:
Permohonan bayaran balik daripada Touch ‘n Go berkenaan kad tidak aktif (dormant), tamat tempoh, rosak atau sebagainya; Untuk kad Touch ‘n Go, sila hantar permohonan di pautan berikut https://www.touchngo.com.my/erefund/
41
Soalan Jawapan
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Tag RFID rosak dan tidak berfungsi?
Sekiranya Tag RFID anda rosak atau tidak berfungsi, anda perlu membawa kenderaan anda kembali ke Pusat Pemasangan Tag RFID. Sebaik sahaja maklumat telah disahkan oleh pegawai di Pusat Pemasangan Tag RFID, kenderaan anda akan digantikan dengan
Tag RFID yang baharu. Tag RFID anda akan diaktifkan dalam masa 24 jam daripada masa pemasangan dan akan diberikan notifikasi melalui SMS. Secara alternatif, anda boleh memeriksa Tag RFID di dalam aplikasi
Touch ‵n Go eWallet.
42
ROSAK
Soalan Jawapan
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut atau membuat aduan tentang Tag RFID ?
Emel:
[email protected]
Careline:
+603 2714 8888
Waktu Operasi di antara 8:30 pagi hingga 5:30 petang, Isnin – Jumaat (termasuk cuti umum)
Facebook:
www.facebook.com/MyTouchnGo
Twitter:
www.twitter.com/MyTouchnGo
Webform:
https://www.touchngo.com.my/eservices/customerSe rvices.aspx
Maklumat dan transaksi Touch ‘n Go kad
https://tngportal.touchngo.com.my/
Bayaran balik Touch ‘n Go kad
https://www.touchngo.com.my/erefund/
Bayaran balik RFID
https://mx.touchngo.com.my/main
43
Soalan Jawapan
DIJUAL
Saya bercadang untuk menjual kenderaan saya bersama Tag RFID Apa yang akan berlaku pada Tag RFID saya?
44
Sebelum menjual kenderaan anda, sila e-mel [email protected] untuk menamatkan Tag RFID pada kenderaan berdaftar anda. Pemilik kenderaan baru kemudian perlu mendaftar untuk Tag RFID di bawah akaun Touch ‵n Go eWallet mereka.
Soalan Jawapan
Bolehkah saya
memindahkan Tag RFID
saya kepada orang lain?
X
45
Tidak, malangnya anda tidak dibenarkan melakukan ini kerana Tag RFID adalah unik kepada pelanggan dan kenderaan berdaftar. Sekiranya anda tidak lagi mahu menggunakan Tag RFID atau telah menjual kenderaan anda, anda perlu menamatkan Tag RFID melalui e-mel [email protected]
TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK
Soalan Jawapan
Apakah akan
berlaku jika $
saya tidak
menamatkan Tag RFID
saya selepas menjual kenderaan saya?
46
Bayaran tol akan ditolak daripada akaun Touch ‵n Go eWallet anda walaupun kenderaan tersebut digunakan oleh pemilik kenderaan baru. Touch ‵n Go tidak akan membuat bayaran balik tol yang telah ditolak jika pelanggan gagal untuk memohon penamatan Tag RFID. Sila e-mel [email protected] untuk menamatkan tag anda.