The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazlie.muhamad, 2024-02-28 01:15:57

Buku POWER oleh AKPK

Buku POWER oleh AKPK

49 Seperti jadual di atas, jika baki hutang ialah RM10,000, anda akan mengambil masa selama 7.3 tahun untuk melangsaikan keseluruhan hutang anda. Di samping itu, anda juga terpaksa membayar RM13,897 untuk bayaran yang pada awalnya hanya berjumlah RM10,000. Baki belum jelas RM1,000 RM5,000 RM10,000 Kadar faedah (tahunan) 17.5% 17.5% 17.5% Tempoh pembayaran (tahun) 2.0 5.8 7.3 Jumlah faedah yang dikenakan RM191 RM1,838 RM3,897


50 Kisah dua pembeli TV LCD Mohan menabung 10% daripada pendapatan bersihnya setiap bulan. Manakala sahabat karibnya, Rohan pula adalah seorang yang suka berbelanja mengikut kehendak hati dan langsung tidak mempunyai tabungan. Mohan dan Rohan pergi ke pusat membeli-belah kerana masingmasing ingin membeli sebuah televisyen LCD yang berharga RM3,000. Mohan menggunakan tabungannya dan membayar pembelian televisyen tersebut secara tunai. Rohan pula membeli TV tersebut dengan menggunakan kad kredit di mana kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 17.5% setahun. Oleh sebab Rohan hanya membuat bayaran minimum untuk kad kreditnya pada setiap bulan, dia telah mengambil masa 4½ tahun untuk menjelaskan kesemua hutang kad kredit tersebut. Sementara Mohan hanya membayar RM3,000 untuk TV tersebut, Rohan pula terpaksa membayar sejumlah RM4,014 kerana adanya kos faedah. Rohan bukan sekadar membayar tambahan sebanyak RM1,014 akibat faedah yang dikenakan kerana membuat bayaran minimum, malah dia juga kehilangan peluang untuk melabur jumlah yang sama untuk tujuan membina kekayaannya.


51 • Buat perbandingan terlebih dahulu untuk mendapatkan kad kredit terbaik. Carilah kad yang memberi pengecualian yuran penyertaan dan yuran tahunan • Hadkan bilangan kad kredit berdasarkan keperluan dan kemampuan pembayaran anda (disarankan maksimum 2 kad sahaja) • Membeli secara online hanya di laman web yang dipercayai sahaja • Bayar sebelum tarikh akhir pembayaran untuk mengelakkan daripada dikenakan caj bayaran lewat atau penalti • Untuk mengelak daripada dikenakan faedah, bayar baki belum jelas sepenuhnya apabila anda menerima penyata bulanan. Berwaspada tentang akibat hanya membayar jumlah minimum • Jika anda menghadapi masalah aliran tunai, bayar jumlah minimum terlebih dahulu dan berusaha untuk menjelaskan bayaran sepenuhnya secepat mungkin • Elak menggunakan kad kredit jika anda tidak mampu membayar bayaran minimum bulanan • Jangan menggunakan kad kredit untuk mendapat pendahuluan wang tunai daripada ATM. Ingat, setiap kali anda menggunakan kad kredit untuk mengeluarkan wang tunai, anda meningkatkan komitmen pinjaman di samping dikenakan yuran pendahuluan wang tunai dan faedah harian • Sentiasa periksa penyata bulanan kad kredit untuk memastikan setiap urus niaga dan caj yang dikenakan adalah betul. Penyata ini menunjukkan semua butiran urus niaga, termasuk yuran dan caj, tarikh akhir pembayaran perlu dijelaskan dan bayaran minimum. Hubungi pengeluar kad kredit sekiranya terdapat kesilapan pada penyata atau anda masih belum menerima penyata Tip PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK


52 CARA MELINDUNGI DARIPADA PENIPUAN KAD KREDIT Antara penipuan kad kredit yang paling biasa adalah urus niaga tidak sah dan kecurian identiti. Pengeluar kad kredit sentiasa berwaspada terhadap urus niaga palsu dan penipuan. Anda perlu juga mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.


53 • Tandatangan kad kredit anda sebaik sahaja menerimanya • Jangan biarkan orang lain menggunakan kad kredit anda • Jangan dedahkan butiran kad kredit kepada pihak yang tidak dikenali kerana mereka boleh menggunakannya untuk membuat pembelian melalui telefon, mel atau Internet • Pastikan anda memotong kad kredit yang sudah tamat tempohnya setelah menerima kad gantian untuk mencegah pengklonan atau penyalahgunaan kad • Periksa semua butiran pada slip bayaran sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga • Simpan semua slip bayaran dan semak penyata sebaik sahaja anda menerimanya • Simpan kad kredit di tempat yang sama di dalam dompet atau tas tangan agar anda tahu serta-merta jika kad kredit hilang atau dicuri • Laporkan segera kepada pihak pengeluar kad kredit sekiranya kad kredit anda hilang, dicuri atau terdapat urus niaga yang tidak sah. Jika anda tidak melaporkannya, anda bertanggungjawab ke atas semua urus niaga tersebut sehingga laporan dibuat Panduan melindungi kad kredit anda


54 JENIS KAD YANG LAIN Dengan pengetahuan ini, kami berharap anda mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang apa yang perlu diketahui sebelum memohon dan menggunakan kad kredit dengan bijak. Kad caj Seperti kad kredit, anda boleh membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Beza di antara kad kredit dan kad caj adalah kad kredit membenarkan anda membuat pembayaran minimum manakala untuk kad caj, anda mesti membayar kesemua jumlah mengikut penyata bulanan. Jika tidak, caj bayaran lewat akan dikenakan Kad debit Seperti juga kad kredit, anda boleh membeli barangan dan mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai tetapi had penggunaannya tertakluk kepada baki di dalam akaun deposit anda. Anda boleh menggunakan kad debit di tempat yang menerima kad tersebut. Jumlah yang dicajkan akan ditolak serta-merta daripada akaun anda Jika anda mendapati bahawa anda selalu membayar jumlah minimum pada kad kredit, kami cadangkan supaya beralih kepada kad debit Kad prabayar Boleh digunakan untuk membuat pembelian tertakluk kepada had jumlah nilai wang yang anda masukkan di dalam kad tersebut. Contohnya seperti kad prabayar telefon atau kad Touch‘n Go. Apabila baki telah berkurangan, anda perlu menambah semula nilai kad anda


55 • Kad kredit seharusnya digunakan sebagai kaedah pembayaran secara elektronik bagi menggantikan penggunaan wang tunai • Kad kredit tidak harus digunakan sebagai alat mendapat kredit yang mudah • Sentiasa jelaskan kesemua baki kad kredit tepat pada masanya • Dengan hanya membuat bayaran minimum ke atas kad kredit, anda akan menanggung kos faedah yang lebih banyak (akibat kesan faedah kompaun) • Baca dan fahami semua terma dan syarat sebelum menggunakan kad kredit anda • Sentiasa menjaga kad kredit dan semak butiran transaksi anda Rumusan


56 Senarai Semakan Adakah anda tahu kadar faedah bertingkat kad kredit anda? Berapakah bilangan kad kredit yang anda miliki? Adakah anda tahu jumlah had kredit anda? Jika anda tidak membayar sepenuhnya baki kad kredit, tahukah anda kos sebenar pembelian anda?


57 Penilaian diri 1. Yang manakah diantara berikut adalah kelebihan menggunakan kad kredit? a. Sebagai alternatif kepada wang tunai b. Kaedah pembayaran secara elektronik c. Mudah mengawal dan menjejaki perbelanjaan d. Kesemua di atas 2. Pengeluaran tunai dari kad kredit adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan wang tunai segera, tetapi ianya hendaklah digunakan ____ kerana caj yang akan dikenakan adalah tinggi. a. pada bila-bila masa anda suka b. apabila anda mahu membeli barangan yang mahal c. hanya sebagai pilihan terakhir d. untuk membayar apa sahaja 3. Yang manakah diantara berikut adalah tip penggunaan kad kredit yang bijak? a. Hadkan jumlah kad kredit yang dimiliki b. Amalkan untuk membayar baki kad kredit dengan penuh c. Bayar sebelum tarikh matang untuk mengelak dikenakan caj lewat bayar dan penalti d. Kesemua di atas 4. Jika anda membayar bil kad kredit selepas tarikh matang, anda akan dikenakan ________ a. yuran tahunan b. caj perkhidmatan c. caj bayaran lewat d. caj minimum


58 5. Yang manakah antara berikut TIDAK BENAR mengenai kad kredit: a. Ia adalah kaedah pembayaran yang efisien dan mudah digunakan b. Anda boleh menjejaki perbelanjaan melalui penyata bulanan c. Anda digalakkan untuk sentiasa membuat bayaran minimum d. Sesetengah pengeluar kad kredit menawarkan skim yang menarik seperti skim bayaran bulanan tanpa faedah, skim ansuran fleksibel dan pindahan baki tanpa faedah (0%) 6. Pengguna kad caj perlu membayar ______ yang tercatat dalam penyata bulanan atau boleh dikenakan denda lewat bayar a. separuh dari jumlah b. keseluruhan jumlah c. 5% daripada jumlah d. sebarang jumlah yang mampu dibayar 7. Kad manakah yang paling sesuai untuk digunakan sekiranya hendak mengawal disiplin kewangan? a. Kad kredit b. Kad caj c. Kad debit d. MyKad 8. Untuk mengelak penipuan, anda perlu a. simpan kad anda di tempat yang selamat b. jangan sesekali menandatangani slip caj/jualan kosong c. jangan benarkan orang lain menggunakan kad kredit anda d. kesemua di atas 9. Jika kad anda telah hilang/dicuri, anda terlebih dahulu perlu _________ a. lapor segera kepada pengeluar kad anda b. buat laporan polis c. abaikan sahaja d. mohon kad baru dengan pengeluar lain Sila rujuk jawapan anda di muka surat terakhir buku ini


Bab 4 MEMBELI KERETA


60 Sebaik sahaja anda mula bekerja, salah satu keputusan penting yang anda akan ambil ialah membeli sebuah kereta. Walaupun kereta merupakan kaedah pengangkutan yang selesa, perlu diketahui bahawa memiliki sebuah kereta bukan setakat membayar ansuran bulanan sahaja. Ia juga melibatkan kos lain seperti petrol, bayaran tol, parkir kereta, cukai jalan, insurans, kos penyelenggaraan serta kos membaiki apabila kereta anda rosak. Seandainya anda boleh membayar segala kos yang disebutkan tadi dengan selesa, anda masih perlu tanya diri anda sama ada kereta itu merupakan suatu keperluan ataupun kehendak. KERETA BARU ATAU KERETA TERPAKAI Apabila kereta adalah keperluan, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin membeli kereta baru atau kereta terpakai. Ramai orang beranggapan bahawa membeli kereta baru adalah lebih baik kerana kos penyelenggaraannya lebih rendah tetapi pada hakikatnya, memiliki kereta baru juga ada kelemahannya. Lampiran 4.1 menunjukkan kebaikan dan keburukan kereta baru berbanding kereta terpakai Ketika memutuskan jenis kereta yang diperlukan, anda hendaklah terlebih dahulu menilai kemampuan anda. Jika didapati membeli kereta baru boleh membebankan, belilah kereta terpakai yang masih berkeadaan baik. Lagipun, kereta hanya sebuah kenderaan yang membawa anda bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain


61 • Buat perbandingan untuk mendapatkan kereta yang boleh diharapkan dan memenuhi keperluan anda. Ada baiknya jika anda meminta nasihat daripada ahli keluarga atau sahabat • Jika anda ingin membeli kereta terpakai, dapatkan khidmat mekanik yang boleh dipercayai atau lakukan pemeriksaan PUSPAKOM ke atas kereta tersebut • Pertimbangkan harga jualan semula atau nilai tukar beli kereta sekiranya anda bercadang untuk menukarnya kelak • Sekiranya anda mengambil keputusan untuk memohon pinjaman kereta, cari pakej terbaik berdasarkan kemampuan anda. Dapatkan maklumat mengenai kadar faedah efektif yang akan dikenakan • Rangka bajet mengikut pendapatan anda. Ambil kira ansuran bulanan kereta dan lain-lain kos seperti kos petrol, bayaran tol, parkir kereta, perbelanjaan lain termasuk cukai jalan, insurans dan servis biasa • Cuba tingkatkan tabungan untuk bayaran pendahuluan supaya pinjaman yang diambil lebih rendah dengan tempoh pembayaran yang lebih singkat. Perlu dingatkan bahawa semakin panjang tempoh pinjaman, semakin banyak faedah yang anda perlu bayar. Ini mungkin akan menyukarkan anda untuk menjual kereta tersebut kerana nilai pasaran kereta jauh lebih rendah berbanding dengan baki pinjaman • Jangan gunakan kad kredit untuk membuat bayaran pendahuluan kerana anda akan terikat dengan pinjaman pada kadar faedah yang sangat tinggi • Bersedia untuk menanggung perbelanjaan di luar dugaan seperti membaiki kereta sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan. Ada baiknya untuk mengetahui tentang kemudahan mendapat alat ganti serta kos untuk menggantikannya • Pastikan kereta anda mempunyai perlindungan insurans komprehensif yang mencukupi atau sekurang-kurangnya mempunyai perlindungan insurans pihak ketiga Tip BIJAK MEMBELI KERETA


62 BAGAIMANA MEMBIAYAI KERETA SAYA? Lazimnya, orang akan membeli kereta dengan menggunakan pinjaman sewa beli. Dengan mengambil pinjaman sewa beli, anda akan dikenali sebagai penyewa dan institusi kewangan yang memberi pembiayaan sebagai tuan punya kenderaan. Sebagai penyewa, anda perlu membuat bayaran ansuran berdasarkan terma dan syarat yang telah dipersetujui dibawah perjanjian sewa beli. Setelah semua bayaran ansuran dijelaskan, hak milik kereta tersebut akan dipindahkan kepada anda. Sewa beli adalah penyewaan barangan dengan pilihan untuk membelinya pada akhir tempoh pinjaman


63 BERAPAKAH KEMAMPUAN SAYA? Kadar faedah untuk pinjaman kereta biasanya dikira berasaskan kadar sama rata. Mengikut Akta Sewa Beli 1967, kadar faedah maksimum yang dibenarkan ialah 10% setahun. Kiraan faedah adalah berdasarkan faedah atas jumlah pokok untuk sepanjang tempoh pinjaman sewa beli. Pengiraannya boleh dilihat di dalam contoh berikut: Harga kereta = RM50,000 Bayaran pendahuluan @ 10% = RM5,000 Jumlah pinjaman sewa beli = RM45,000 Kadar faedah (Kadar sama rata) = 5% setahun Tempoh pinjaman = 5 tahun (60 bulan) Pengiraan: Jumlah faedah yang dikenakan = Jumlah pinjaman x Kadar x Tahun = RM45,000 x 5% x 5 = RM11,250 Jumlah pinjaman + Faedah = RM45,000 + RM11,250 = RM56,250 Jumlah ansuran bulanan = RM56,250 ÷ 60 bulan = RM938 Untuk melihat perbandingan senario yang berlainan, sila rujuk Lampiran 4.2


64 Pendapatan kasar bulanan = Bayaran ansuran bulanan kereta ÷ 40% = RM938 ÷ 40% = RM2,345 Ansuran bulanan yang perlu dibayar ialah RM938 sebulan. Untuk mengetahui sama ada anda mampu membayar ansuran tersebut, gunakan formula berikut untuk memperoleh pendapatan bulanan minimum yang anda perlukan. Pengiraan jumlah pendapatan minimum ini atas andaian bahawa anda tidak ada ansuran lain. Jika anda mempunyai pinjaman lain, pastikan jumlah ansuran kesemua pinjaman tidak melebihi 40% daripada pendapatan kasar bulanan anda.


65 Dengan pendapatan RM2,345 tanpa komitmen pinjaman yang lain, anda mampu membayar ansuran tersebut. Walau bagaimanapun anda masih perlu mengambil kira perbelanjaan berkaitan yang ditunjukkan di bawah. Ilustrasi di atas tidak mengambil kira susut nilai kereta dan kos pembaikan. Kiraan di atas menunjukkan bahawa kos memiliki kereta tersebut adalah jauh melebihi bayaran ansuran bulanan yang berjumlah RM938 sebulan. RM/ Kos tetap Bulan Catatan 1 Bayaran Ansuran 938 RM45K @ 5% selama 5 (dibundarkan) tahun 2 Insurans 125 RM1,500 setahun/12 bulan 3 Cukai Jalan 8 RM90 setahun/12 bulan Jumlah kecil 1,071 Kos boleh ubah 1 Petrol 225 Andaian RM0.15/km x 50km/hari x 30 hari 2 Servis dan Penyelenggaraan 100 Berdasarkan anggaran 3 Parkir / Tol dsb 100 Berdasarkan anggaran Jumlah kecil 425 JUMLAH 1,496


66 BERAPAKAH KADAR FAEDAH SEBENAR YANG DIKENAKAN? Selalunya pinjaman sewa beli berdasarkan pada kadar sama rata dan ini menjadikannya lebih mahal. Seperti contohnya tadi, pada kadar faedah sewa beli 5% setahun, kadar faedah efektifnya ialah 9.55% setahun! Ini disebabkan faedah yang dikira adalah atas jumlah pinjaman permulaan (RM45,000) bagi keseluruhan tempoh pinjaman (5 tahun). Pengiraan berdasarkan kadar sama rata tidak mengambil kira bayaran balik bulanan sebagai asas untuk mengurangkan jumlah pokok. Sebaik-baiknya cuba pastikan tempoh pinjaman tidak melebihi 5 tahun. Jika anda mengambil tempoh pinjaman yang lebih panjang dan bercadang untuk bertukar kereta, anda mungkin mendapati bahawa jumlah pinjaman yang perlu dijelaskan melebihi nilai pasaran kereta tersebut. PENYELESAIAN AWAL Anda berhak mendapat rebat ke atas faedah jika anda memilih untuk menyelesaikan lebih awal baki hutang di bawah perjanjian pinjaman sewa beli. Ini berdasarkan kiraan mengikut formula ‘Peraturan 78’ di mana sebahagian besar daripada faedah dikenakan adalah pada peringkat awal pinjaman. Walau bagaimanapun, anda mungkin dikenakan bayaran atau penalti bagi penyelesaian awal. Jika anda memutuskan untuk menjual kereta semasa tempoh pinjaman, anda perlu: • Periksa jumlah penebusan dengan pihak pembiaya • Periksa nilai pasaran kereta • Bersedia untuk menjelaskan baki pinjaman, jika ada, sebelum memindahkan hak milik atau menjual kenderaan kepada orang lain


67 ‘Jualan’ yang bukan sebenarnya jualan Usia : 33 tahun Pekerjaan : Operator Kilang Status Perkahwinan : Berkahwin Salleh telah membeli sebuah kereta bernilai RM60,000 dengan menggunakan pinjaman sewa beli. Jumlah gaji termasuk elaun kerja lebih masanya yang agak lumayan membolehkan dia membayar pinjaman sewa beli tersebut dengan selesa. Tidak beberapa lama kemudian, Salleh telah hilang pekerjaan kerana syarikat telah mengecilkan saiz operasinya. Salleh menganggur hampir setahun dan terpaksa menggunakan tabungannya untuk menampung perbelajaan harian dan juga membayar ansuran keretanya. Akhirnya, dia tidak mampu lagi dan mengambil keputusan untuk menjual keretanya. Salleh memaklumkan kepada kawannya Ahmad bahawa dia ingin menjual kereta tersebut ekoran keadaan kewangan yang semakin meruncing. Ahmad telah menawarkan untuk ‘membeli’ kereta tersebut dan bersetuju menyambung pembayaran ansuran pinjaman sewa belinya di mana baki pinjaman adalah RM40,000. Di samping itu, Ahmad juga menawarkan untuk membayar RM1,000 tunai. Salleh yang sedang dalam kesempitan kewangan bersetuju dan terus menyerahkan kunci keretanya kepada Ahmad. Selepas setahun, Salleh menerima surat peringatan daripada pihak bank kerana kegagalan membayar ansuran pinjaman sewa belinya. Salleh merasa hairan dan cuba menghubungi Ahmad tetapi gagal. Malangnya, kawan berserta keretanya juga tidak dapat dikesan. Oleh kerana baki pinjaman telah mencecah lebih daripada RM30,000, Salleh telah diberi notis kebankrapan oleh pihak bank tersebut. Salleh merasa bimbang dan memaklumkan pegawai bank bahawa dia sebenarnya telah ‘menjual’ keretanya kepada Ahmad. Pegawai bank sebaliknya menjelaskan penyewa tidak boleh menjual keretanya kepada pihak ketiga selagi belum menjelaskan pinjaman dengan sepenuhnya. Salleh cemas dengan penjelasan itu dan terkejut kerana dia masih bertanggungjawab ke atas pinjaman tersebut. Sekarang Salleh tidak tahu apa yang perlu dilakukannya dan tertanya-tanya bagaimana hendak menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya ini. Untuk mengelak tindakan kebankrapan, Salleh telah mendapatkan bantuan AKPK.


68 PERKARA LAIN YANG PERLU DIAWASI Caj bayaran lewat Mengikut Akta Sewa Beli 1967, caj bayaran lewat maksimum terhadap ansuran tertunggak yang dikira setiap hari ialah 8% setahun. Oleh itu disarankan anda membayar ansuran sewa beli sebelum tarikh akhir pembayaran bagi mengelak caj bayaran lewat dan penarikan balik kereta anda. Klausa penarikan balik Institusi kewangan boleh menarik balik kereta dalam keadaan berikut: • Apabila penyewa gagal membayar 2 ansuran berturut-turut atau ansuran terakhir; atau • Sekiranya penyewa meninggal dunia dan ansuran tidak berbayar selama 4 bulan berturut-turut Penyewa dikehendaki membayar kos penarikan balik dan kos penyimpanan disamping pembayaran ansuran tertunggak dan caj bayaran lewat untuk menuntut semula kereta tersebut. Sila rujuk Lampiran 4.3 untuk memahami proses penarikan balik dan apa yang boleh anda buat sekiranya anda terperangkap dalam situasi sedemikian. Apabila anda menjual kereta dalam tempoh pinjaman sewa beli, pastikan baki pinjaman telah dijelaskan sepenuhnya sebelum memindahkan hak milik kereta. Anda bertanggungjawab ke atas baki pinjaman selagi pinjaman sewa beli masih di bawah nama anda


69 Rumusan • Jika anda perlu membeli kereta, dapatkan jumlah pinjaman yang anda mampu bayar • Memiliki kereta melibatkan perbelanjaan tambahan selain dari pembayaran ansuran bulanannya • Pastikan anda membayar ansuran kereta tepat pada masanya untuk mengelakkan bayaran penalti ataupun lebih teruk lagi, kereta anda ditarik • Untuk mendapat nilai maksimum kereta yang dibeli, adalah bijak untuk mengambil jumlah pinjaman yang lebih kecil dengan tempoh bayaran balik yang lebih singkat • Jika anda menjual kereta, pastikan semua pinjaman dijelaskan sebelum hak milik kereta dipindahkan kepada pembeli baru


70 Senarai Semakan Adakah anda memerlukan sebuah kereta? Kenapa tidak sahaja guna pengangkutan awam? Jika anda memiliki kereta, bolehkah anda senaraikan kos penyelenggaraan bulanan/tahunan kenderaan tersebut? Adakah anda tahu kadar efektif yang dikenakan ke atas pinjaman sewa beli anda? Adakah anda tahu nilai pasaran kereta anda?


71 Penilaian diri 1. Sebelum membeli kereta, adalah penting bagi anda untuk ______ a. membuat perbandingan tentang pakej pinjaman sewa beli yang terbaik b. memahami bahawa anda adalah PENYEWA sahaja sehingga pinjaman dijelaskan sepenuhnya dan bank berhak untuk menarik balik kereta tersebut sekiranya anda gagal menjelaskan bayaran bulanan c. mengambil kira kos lain yang terlibat seperti bayaran bulanan, petrol, parkir, cukai jalan dan penyelenggaraan d. kesemua di atas 2. Berdasarkan Akta Sewabeli 1967, anda tidak dibenarkan menjual atau memindah milik kenderaan tersebut kepada pihak ketiga tanpa kebenaran dari ____ anda. a. institusi kewangan b. syarikat insurans c. penjual kereta d. agen 3. Apabila anda mengambil pinjaman kereta, anda perlu _______ a. terima sahaja perjanjian tanpa tandatangan b. abaikan isi kandungan perjanjian pinjaman anda c. menandatangi borang kosong atau yang tidak lengkap d. mengetahui hak anda seperti diperuntukkan di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan undang-undang lain yang berkaitan 4. Salah satu daripada berikut BUKAN berkaitan dengan pinjaman sewabeli: a. Kadar faedah biasanya berasaskan kadar tetap b. Pihak bank berhak menarik balik kereta tersebut sekiranya anda gagal menjelaskan ansuran bulanan c. Anda boleh memindah hak kepada pihak ketiga walaupun pinjaman belum dijelaskan sepenuhnya d. Tiada di atas


72 5. Jika anda gagal/ingkar membayar ansuran kereta selama dua bulan berturut-turut, maka pihak bank boleh ________ a. meminta anda membayar faedah yang rendah b. abaikan anda c. menarik balik kereta anda d. dapatkan ‘Ah Long’ untuk berunding dengan anda 6. Berikut adalah kelebihan membeli kereta baru berbanding kereta terpakai, KECUALI: a. Tidak perlu bimbang tentang latar belakang penggunaannya b. Kos penyelenggaraan tinggi c. Margin pembiayaan tinggi d. Kadar faedah rendah 7. Berikut adalah kenyataan yang BENAR tentang proses penarikan balik kenderaan KECUALI: a. Pihak bank akan mengeluarkan notis Jadual Keempat kepada peminjam yang menyatakan hasrat untuk menarik kenderaan dalam tempoh 21 hari sekiranya tiada penyelesaian penuh dibuat b. Selepas Jadual Keempat, pihak bank akan mengeluarkan Notis Kedua kepada peminjam dengan tambahan masa selama 14 hari dari tarikh notis Jadual Keempat c. Kos penyimpanan dan penarikan kenderaan akan ditanggung oleh pihak bank d. Tindakan selanjutnya yang boleh dilakukan oleh peminjam akibat tindakan penarikan balik kenderaan oleh pihak bank adalah dinyatakan dalam Jadual Kelima Sila rujuk jawapan anda di muka surat terakhir buku ini


Bab 5 MEMBELI RUMAH


74 Bagi kebanyakan orang, membeli rumah idaman, lebih-lebih lagi jika rumah pertama mereka, merupakan suatu pengalaman yang amat menyeronokkan. Rumah adalah salah satu pembelian terbesar dalam hidup seorang dewasa dan oleh itu ianya melibatkan satu keputusan kewangan yang paling penting. Untuk membiayai pembelian rumah, lazimnya anda perlu mengambil pinjaman perumahan. Memahami proses mendapatkan pinjaman perumahan boleh membantu anda menjimatkan masa, mengelakkan ketidakpastian serta mengurangkan tekanan yang tidak perlu. B a b i n i a k a n m e m b e r i a n d a pemahaman tentang pelbagai isu berhubung dengan pembelian rumah dan juga proses mendapatkan pembiayaan rumah. MEMBELI ATAU MENYEWA? Memiliki rumah sendiri membuat anda rasa bangga kerana tercapainya hasrat dan matlamat anda di samping rasa lebih terjamin kerana memiliki tempat tinggal untuk anda sekeluarga berlindung. Apabila membeli rumah, anda berpeluang untuk meningkatkan nilai harta bersih sambil membayar balik pinjaman perumahan. Setiap pembayaran akan mengurangkan baki pinjaman dan juga meningkatkan ekuiti rumah anda (lebihan harga pasaran rumah tolak baki pinjaman). Membayar balik pinjaman juga membolehkan anda memohon pembiayaan semula, jika perlu. Walau bagaimanapun, pembiayaan semula harus dipertimbangkan sekiranya ekuiti rumah anda mencukupi dan juga pinjaman tersebut adalah berguna atau amat diperlukan.


75 Jika menyewa, kadar sewa boleh meningkat dari tahun ke tahun, akan tetapi jika anda membeli rumah sendiri, baki pinjaman pokok berkurangan setiap kali pembayaran dibuat. Tambahan pula, apabila pasaran hartanah meningkat, harga rumah anda juga turut meningkat sekiranya rumah anda terletak di lokasi yang strategik. Walaupun membeli sebuah rumah merupakan suatu perkara yang hebat, bukan semua orang mampu melakukannya. Berikut adalah beberapa komitmen yang perlu diketahui tentang pembelian rumah: • Memiliki rumah memerlukan anda meluangkan banyak masa untuk menyelenggara dan membaikpulih rumah • Kekerapan membuat pengubahsuaian kecil boleh menambahkan kos perbelanjaan. Sebaliknya jika anda menyewa, perbelanjaan ini biasanya ditanggung oleh tuan rumah • Anda juga ‘terikat’ dengan rumah anda kerana tidak seperti seorang penyewa, anda tidak bebas berpindah ke mana-mana dan bila-bila masa sahaja • Jika berasa tidak sesuai dengan kejiranan yang ada, anda akan ‘terperangkap’ dengan situasi itu sehinggalah harga rumah anda meningkat sebelum boleh menjualnya dan berpindah dari situ • Banyak kemungkinan yang boleh menyebabkan harga rumah jatuh. Contohnya rumah anda mungkin terletak di kawasan sering dilanda banjir atau jalan utama yang menuju ke arah kawasan perumahan anda sesak kerana adanya pembangunan baru


76 bila anda harus menyewa • Apabila anda tidak mampu membayar ansuran pinjaman atau menyediakan wang pendahuluan pembelian rumah • Apabila anda menjangkakan pasaran hartanah akan menurun • Apabila anda masih mencari lokasi yang sesuai sebelum membeli • Apabila anda tidak mahu memikirkan tentang kos penyelenggaraan dan kos baik pulih Apabila menyewa, anda bebas bergerak Jika memiliki rumah sendiri, anda menikmati kebebasan kewangan Panduan


77 MEMBELI RUMAH SEBAGAI PELABURAN Melabur dalam hartanah merupakan satu unsur pelaburan kukuh yang membolehkan anda membina kekayaan, terutamanya jika rumah yang dibeli hendak disewakan. Berikut adalah soalan yang perlu ditanya sebelum anda membeli rumah untuk tujuan pelaburan: • Apakah jenis hartanah yang boleh meningkatkan nilai kewangan saya? • Berapakah jumlah sewa yang boleh saya peroleh daripada hartanah saya? • Adakah saya mampu mengurus dan menyelenggarakan hartanah bagi tempoh jangka panjang walaupun aliran tunai saya tidak menentu (terutamanya bila tiada penyewa)? • Oleh sebab hartanah adalah aset bukan mudah cair (tidak mudah untuk dijual), adakah ini mendatangkan masalah kepada saya sekiranya saya memerlukan wang tunai kelak? Tanya diri anda, adakah anda sanggup memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah? Ini bukannya satu tugas yang mudah. Anda perlu mengutip sewa dan berkemungkinan sewa tidak dibayar atau dibayar lewat. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan penyewa, anda terpaksa menyuruh mereka keluar. Di samping itu, anda perlu mengurus baik pulih rumah, mengemaskinikan pentadbiran hartanah, menyediakan perjanjian penyewaan, mengisytiharkan hasil pendapatan dan perbelanjaan serta menjelaskan cukai. Memang tidak dinafikan, anda boleh mengupah orang untuk menguruskan semua hal tersebut tetapi ini juga melibatkan kos!


78 1 Lokasi hartanah – lokasi! lokasi! lokasi! Apabila anda membeli rumah sama ada untuk tujuan pelaburan atau kediaman sendiri, adalah penting untuk menitikberatkan faktor lokasinya. Lokasi yang baik membantu anda mendapatkan penyewa, kutipan sewa yang dikehendaki sambil meningkatkan harga rumah anda. FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN Terdapat dua faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah iaitu faktor bukan kewangan dan faktor kewangan. Faktor bukan kewangan Anda perlu tentukan di mana anda hendak tinggal dan jenis kejiranan anda. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi pilihan lokasi anda. Antaranya adalah: • kemudahan asas seperti kedai, bank, pejabat pos, sekolah, hospital, taman rekreasi dan kejiranan • kemudahan pengangkutan awam • jarak dari tempat kerja • kesibukan lalu-lintas • keselamatan Jika anda membeli hartanah dan merancang untuk menjualnya kemudian, ingat bahawa anda mungkin dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (Real Property Gains Tax) ke atas keuntungan bersih daripada penjualan hartanah anda


79 2 3 Jenis pegangan hak milik – pegangan bebas atau pegangan pajak Harga rumah bertanah biasanya adalah lebih tinggi terutama jika ianya berhampiran dengan kawasan bandar. Manakala harga rumah bertingkat seperti kondominium dan apartmen biasanya lebih mampu dimiliki. Kebiasaannya nilai pasaran rumah bertanah akan meningkat lebih cepat berbanding dengan rumah bertingkat Membeli hartanah pegangan bebas atau dengan hak milik kekal bermakna anda mempunyai hak ke atas tanah tersebut untuk selama-lamanya. Hartanah pegangan pajak pula bermakna anda hanya memiliki tanah tersebut selama tempoh pajakan, biasanya sehingga 99 tahun. Selepas tamat tempoh pajakan, hartanah tersebut hendaklah dipulangkan kepada pihak berkuasa, melainkan tempoh pajakan dilanjutkan dengan membuat bayaran premium. Oleh itu, nilai pasaran hartanah pegangan bebas biasanya lebih tinggi berbanding hartanah pegangan pajak. Nilai hartanah pegangan pajak pula biasanya menurun apabila hampir kepada tamat tempoh pajakan Jenis hartanah – harta bertanah atau harta bertingkat


80 Surat ikatan hak milik membuktikan anda pemilik sebuah hartanah. Anda akan diberikan hak milik individu bagi rumah bertanah sementara hak milik strata kepada pemilik kondominium atau apartmen. Anda perlu periksa sama ada terdapat sebarang halangan atau sekatan ke atas hartanah tersebut kerana ianya menjejaskan pemindahan hak milik atau penjualan hartanah. Sebaik-baiknya berbincanglah dengan perunding hartanah, peguam atau dapatkan nasihat daripada pihak yang berpengalaman mengenai pasaran hartanah sebelum anda membayar wang pendahuluan Kebanyakan pemaju mengamalkan pendekatan ‘jual dulu bina kemudian’. Jika anda membeli rumah dalam pembinaan, anda akan mula membayar sebelum rumah anda siap dibina. Oleh itu, anda perlu mengkaji latar belakang pemaju dan rekod prestasi mereka. Selidik projek lampau mereka sama ada mereka menunaikan janji ataupun tidak. Periksa: • sama ada projek terdahulu mereka disiapkan mengikut jadual • kualiti kerja mereka • semua kemudahan disediakan seperti tertera di dalam brosur 4 Jenis surat ikatan hak milik – milik individu atau milik strata 5 Reputasi pemaju


81 • sama ada pembeli terdahulu berpuas hati dengan pembelian mereka • jika projek perumahan itu terbengkalai, anda masih bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman kepada institusi kewangan walaupun anda tidak mendapat hartanah tersebut Atas sebab inilah, pemaju terkenal yang memiliki rekod prestasi yang baik biasanya meletakkan premium ke atas harga jualan projek hartanah mereka Faktor kewangan Nilai kemampuan anda Periksa aliran tunai dan nilai harta bersih anda untuk menentukan keselesaan kewangan anda. Kedua penyata ini merupakan kad skor kewangan dan menjadi rujukan ketika membuat keputusan berkaitan wang. Biasanya terdapat 2 persoalan tentang kemampuan yang perlu dipertimbangkan: Bayaran pendahuluan dan kos berkaitan Satu anggaran yang baik untuk bayaran pendahuluan sebuah rumah ialah antara 10% hingga 20% daripada harga rumah. Anda harus juga menyediakan peruntukan tambahan sebanyak 5% hingga 10% untuk kos sampingan yang berkaitan, terutamanya yuran guaman dan duti setem. Sila rujuk Lampiran 5.1 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Antara sumber kewangan untuk membayar bayaran pendahuluan dan kos berkaitan termasuk: Tabungan atau pelaburan peribadi Gunakan tabungan atau pelaburan anda sebanyak mungkin untuk bayaran pendahuluan. Lebih banyak bayaran pendahuluan bermakna lebih rendah kos keseluruhan pinjaman anda. Reputasi pemaju (sambungan)


82 Harga rumah = RM250,000 Bayaran pendahuluan @ 10% = RM25,000 Margin pembiayaan @ 90% = RM225,000 (Jumlah pinjaman) Kadar faedah = 7% setahun (Kadar tetap) Tempoh pinjaman = 25 tahun Ansuran bulanan = RM1,590 Akaun simpanan KWSP Anda boleh mengeluarkan wang Akaun 2 untuk bayaran pendahuluan. Sila dapatkan maklumat lanjut tentang kelayakan pengeluaran anda daripada pejabat KWSP. Kelayakan untuk memperoleh pinjaman Kebanyakan orang akan menggunakan pinjaman perumahan untuk membiayai baki pembelian rumah mereka. Sebelum mengambil pinjaman perumahan, anda perlu mempertimbangkan perkara berikut: Nisbah hutang kepada pendapatan Kita telah pun berbincang tentang nisbah hutang kepada pendapatan sebelum ini. Apabila anda ingin membeli rumah, jumlah pembayaran balik bulanan semua pinjaman sebaik-baiknya tidak melebihi 40% daripada pendapatan kasar bulanan. Jika anda sedang membayar ansuran pinjaman kereta, anda perlu periksa sama ada anda boleh menanggung satu lagi ansuran pinjaman baru. Jika pinjaman kereta, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pinjaman lain telah mencapai had 40%, ada baiknya anda menangguhkan keputusan untuk membeli rumah terlebih dahulu. Anda perlu juga pastikan bahawa anda berupaya membayar ansuran mengikut jadual. Mari kita lihat ilustrasi berikut:


83 Berdasarkan pengiraan tadi, ansuran pinjaman perumahan anda ialah RM1,590 sebulan. Untuk memastikan sama ada anda boleh membayar ansuran tersebut dengan selesa, nisbah hutang kepada pendapatan anda tidak boleh melebihi 40%. Ini bermakna pendapatan bulanan anda mestilah sekurang-kurangnya RM3,975 (iaitu RM1,590 ÷ 40%). Pendapatan bulanan minimum di atas dihitung dengan andaian bahawa anda tidak mempunyai ansuran pinjaman lain. Jika ada, anda perlu mengira keseluruhan komitmen pinjaman anda. Contohnya, jika anda membayar ansuran bulanan sebanyak RM938 untuk ansuran kereta, kiraannya adalah seperti berikut: Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (Mortgage Reducing Term Assurance) Ini adalah premium insurans sekali bayar yang melindungi pihak yang diinsuranskan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal yang menyeluruh bagi baki jumlah pinjaman perumahan yang belum dijelaskan. Ansuran pinjaman perumahan = RM1,590 Ansuran kereta = RM938 Komitmen keseluruhan pinjaman = RM1,590 + RM938 = RM2,528 Jika nisbah hutang kepada pendapatan adalah sebanyak 40%: Pendapatan kasar bulanan yang diperlukan = RM2,528 ÷ 40% = RM6.320


84 Nisbah pinjaman kepada nilai (PKN) - margin pembiayaan Jumlah pembiayaan yang disediakan oleh institusi kewangan bergantung kepada nilai pasaran (bagi rumah siap) atau harga belian rumah, mengikut mana yang lebih rendah. Margin pembiayaan boleh mencecah sehingga 90% daripada harga rumah. Walau bagaimanapun, margin pembiayaan mungkin berbeza bergantung kepada jenis dan lokasi hartanah, kedudukan pinjaman semasa dan kemampuan pembayaran balik peminjam. Perbezaan antara jumlah pinjaman yang diperoleh dan harga pembelian rumah adalah jumlah bayaran tunai yang anda perlu sediakan apabila membeli rumah. Untuk tujuan pelaburan hartanah, ada baiknya anda memastikan nisbah PKN yang lebih rendah. Ini adalah kerana jika harga hartanah menurun dengan ketara, pembiaya mungkin akan memerlukan anda mengurangkan baki pinjaman atau memerlukan cagaran tambahan untuk mengekalkan margin PKN yang ditetapkan oleh institusi kewangan. JENIS PINJAMAN Selepas mengetahui kemampuan anda, sekarang anda perlu membuat perbandingan pakej pinjaman yang paling sesuai. Antara jenis pinjaman perumahan ditawarkan di pasaran termasuk: • Pinjaman konvensional atau pembiayaan Islam • Pinjaman kadar tetap atau kadar terapung • Pinjaman bertempoh atau pinjaman fleksibel • Bayaran tetap atau bayaran berperingkat


85 KPA ialah kadar faedah dikira oleh institusi kewangan berdasarkan formula yang mengambil kira kos dana dan lain-lain kos pentadbiran. Sebarang perubahan terhadap KPA akan: a) Menaikkan atau menurunkan bayaran ansuran bulanan; dan b) Memanjangkan atau memendekkan tempoh pinjaman Pada mulanya, memang kelihatan rumit dan mengelirukan jika kita lihat bermacam-macam jenis pinjaman yang ditawarkan. Sekiranya anda meluangkan sedikit masa dan mengkajinya dengan mendalam, anda berupaya membuat pilihan yang tepat. Walau bagaimanapun, kebanyakan pinjaman perumahan yang ditawarkan di pasaran adalah bersandarkan kepada Kadar Pinjaman Asas (KPA). Terdapat pelbagai institusi kewangan yang menawarkan pinjaman pada kadar yang menarik (di bawah KPA). Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana kadar tersebut mempunyai tempoh ‘lock-in’ (biasanya 5 tahun). Seandainya anda ingin menebus pinjaman anda di dalam tempoh tersebut, anda mungkin perlu membayar penalti. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web BNM di www.bankinginfo.com.my


86 Kadar tetap atau kadar terapung? Bagi pinjaman kadar tetap, kadar faedahnya tidak berubah. Oleh itu ansuran bulanannya juga sama sepanjang tempoh pinjaman Manakala pinjaman kadar terapung, kadar faedahnya bersandar kepada KPA. Jika KPA naik, maka kadar faedah yang dikenakan akan meningkat, begitu juga dengan ansuran bulanannya. Sebaliknya, jika KPA menurun, anda akan mendapat manfaatnya kerana ansuran bulanan anda juga akan menurun Pinjaman dengan kadar terapung juga ditawarkan dengan skim bayaran bulanan tetap. Sekiranya berlaku perubahan pada kadar faedah, maka yang berubah hanyalah tempoh masa pembayaran pinjaman Mematuhi komitmen anda Selepas mengetahui kemampuan anda dan sekiranya jawapan kepada soalan berikut adalah ‘ya’, maka anda sekarang sudah pun bersedia untuk membeli rumah: • Adakah saya bersedia untuk komitmen jangka panjang? • Bolehkah saya membayar ansurannya dengan selesa? • Sekiranya saya membeli rumah sebagai pelaburan, mampukah saya terus membayar ansuran walaupun tanpa pendapatan sewa? Jika anda gagal membuat bayaran ansuran pinjaman perumahan, anda boleh kehilangan rumah anda serta semua wang yang telah dibayar kepada pihak institusi kewangan. Jika wang yang diperoleh selepas lelongan tidak mencukupi untuk menjelaskan baki pinjaman, pihak institusi kewangan berhak untuk menuntut baki pinjaman berserta kos daripada anda.


87 Mampukah poket anda? Usia : 31 tahun Pekerjaan : Juruteknik Status perkahwinan : Bujang Kanesan mempunyai 1 kad kredit dan 1 kemudahan pinjaman sewa beli berjumlah RM50,000. Dia hidup secara sederhana, sangat berhemat dalam mengurus perbelanjaan dan berhati-hati ketika menggunakan kad kreditnya. Sebagai anak sulung, dia mahu memikul tanggungjawab untuk menjaga keluarga dan adik-beradiknya, walaupun pendapatan sebagai juruteknik cukup-cukup sahaja untuk menampung perbelanjaan seisi rumah serta komitmen sewa belinya. Selepas beberapa tahun menetap di rumah sewa, dia dipujuk oleh ahli keluarganya untuk membeli sebuah rumah. Mereka menegaskan bahawa mengambil pinjaman perumahan tidak akan merugikan Kanesan kerana rumah tersebut adalah sebuah aset yang akan menjadi miliknya apabila pinjaman dibayar sepenuhnya. Kanesan gembira dengan cadangan tersebut dan merasakan dia mampu membayar ansuran bulanan pinjaman perumahannya dengan menggunakan elaun dan pendapatan kerja lebih masanya. Akhirnya dia bersetuju dan telah mengambil pinjaman berjumlah RM150,000 untuk membeli sebuah rumah.


88 Pada mulanya, Kanesan mampu membayar ansuran pinjaman tersebut dengan selesa, namun krisis ekonomi yang melanda telah menjejaskan kedudukan kewangannya kerana tiada lagi elaun atau pendapatan kerja lebih masa. Akibatnya, dia tidak mampu membayar ansuran pinjaman sewa beli dan pinjaman perumahannya. Kanesan perlu membuat pilihan sama ada membayar pinjaman perumahan atau pinjaman kereta. Oleh sebab dia memerlukan kereta untuk ke tempat kerja, dia memutuskan untuk membayar pinjaman sewa beli keretanya sahaja. Kanesan mengabaikan pinjaman perumahan dan akhirnya rumah itu dilelong oleh pihak bank. Harga lelongan cuma mampu menampung 70% daripada baki pinjaman kerana rumah tersebut berada di lokasi yang tidak berapa strategik. Baki yang perlu dibayar selepas lelongan adalah sebanyak RM50,000. Pihak bank telah mengambil tindakan kebankrapan ke atas Kanesan kerana tidak membayar baki pinjaman tersebut. Bimbang akan kehilangan pekerjaannya sekiranya diisytiharkan sebagai seorang bankrap, dia menghubungi pihak AKPK untuk mendapatkan bantuan.


89 Rumusan • Membeli rumah adalah keputusan kewangan yang sangat penting. Luangkan masa dan fikir panjang, buat pilihan yang terbaik dan bersesuaian dengan bajet anda. Buatlah penyelidikan sendiri! • Sekiranya anda tidak mampu buat masa sekarang, atau tidak ada rumah yang memenuhi cita rasa, anda boleh menyewa terlebih dahulu • Sebelum membuat keputusan membeli rumah, pertimbangkan semua faktor kewangan dan bukan kewangan • Sekiranya membeli rumah untuk pelaburan, pastikan anda masih boleh membayar ansurannya walaupun anda tidak dapat menyewakannya


90 Senarai semakan Sudahkah anda memeriksa latar belakang pemaju jika anda membeli rumah dalam pembinaan? Adakah terdapat sebarang halangan atau sekatan pada surat ikatan hak milik? Adakah anda mempunyai wang yang cukup untuk bayaran pendahuluan? Mampukah anda membuat bayaran ansuran dengan selesa? Tahukah anda tentang yuran atau kos sampingan yang perlu dibayar? Adakah faedah pinjaman pada kadar tetap atau kadar terapung bersandarkan KPA? Adakah terdapat caj penalti jika anda membuat penyelesaian awal?


91 Penilaian diri 1. Apabila membeli rumah, anda perlu _________________ a. selidik latarbelakang pemaju (jika rumah masih dalam pembinaan) b. pertimbangkan lokasi perumahan sama ada memenuhi keinginan c. pertimbangkan bayaran ansuran bulanan dan kos-kos lain yang terlibat mengikut kemampuan kewangan d. kesemua di atas 2. Umumnya, memiliki rumah sendiri bermaksud seperti berikut, KECUALI: a. Perasaan bangga, pencapaian penuh bermakna serta mempunyai tempat berlindung b. Meningkatkan nilai harta bersih anda c. Tidak boleh disewakan d. Membayar cukai pintu dan cukai taksiran tahunan kepada pihak berkuasa tempatan 3. Apabila anda berhasrat untuk memohon pinjaman perumahan, apakah faktor utama yang perlu dipertimbangkan? a. Tentukan kemampuan kewangan untuk membayar balik ansuran bulanan b. Pastikan anda memahami sepenuhnya kandungan perjanjian pinjaman c. Semak laporan kredit (CCRIS) anda d. Kesemua di atas 4. Berikut adalah kos secara langsung dan kos tidak lansung yang terlibat dalam urusan pembelian rumah, KECUALI: a. Yuran guaman untuk Perjanjian Jual Beli b. Yuran guaman untuk perjanjian pinjaman bank c. Cukai Keuntungan Harta Tanah d. Duti setem untuk Perjanjian Jual Beli dan perjanjian pinjaman


92 5. Ali memperoleh pinjaman perumahan pada kadar faedah yang ditetapkan pada Kadar Pinjaman Asas (KPA). Yang manakah antara berikut BENAR jika berlaku kenaikan KPA? a. Bank boleh menaikkan bayaran ansuran bulanan tanpa memanjangkan tempoh pinjaman b. Tiada perubahan ansuran dan tempoh pinjaman c. Bank boleh mengurangkan ansuran tanpa berubah tempoh pinjaman d. Bank boleh menarik balik kemudahan pinjaman sekiranya pembayaran balik tidak mencukupi 6 Jika anda memperoleh pinjaman perumahan secara bersama dengan pasangan anda dan membeli Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan sebanyak RM100,000 secara samarata. Apa akan berlaku sekiranya pasangan anda meninggal dunia? a. Anda akan mendapat pampasan insurans sebanyak RM100,000 b. Pihak bank akan melupus kira sebanyak 50% daripada baki hutang pinjaman atas dasar ihsan/kemanusiaan c. Syarikat insurans akan hanya menjelaskan 50% daripada baki hutang pinjaman d. Syarikat insurans akan menjelaskan keseluruhan hutang pinjaman 7. Berikut adalah perlindungan insurans tambahan, selain daripada Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan, yang berkaitan dengan rumah anda, KECUALI: a. Polisi Marin b. Polisi Pemilikan/Empunya Rumah c. Polisi Isi Rumah d. Polisi Kebakaran Asas Sila rujuk jawapan anda di muka surat terakhir buku ini


Bab 6 MENGURUS HUTANG ANDA


94 Hutang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Kebanyakan daripada kita tidak mampu membeli semua keperluan yang dikehendaki secara tunai, oleh itu kita perlukan hutang untuk membolehkan kita membeli aset seperti rumah dan kereta. Jika digunakan secara bijak, hutang boleh menjadi alat yang berguna untuk membantu mencapai matlamat kewangan anda. Jadi, hutang bukan semestinya sesuatu yang tidak baik kerana ia membolehkan anda memiliki apa yang diinginkan dengan lebih cepat dan selesa. Walau bagaimanapun, jika anda mengambil hutang dengan cara berlebihan, anda mungkin akan m e n g h a d a p i k e s u l i t a n u n t u k m e m b a y a r n y a d a n i n i b o l e h mendatangkan masalah kewangan kepada anda. Oleh sebab itu, adalah penting untuk mengurus hutang secara bijak dan hidup dengan jumlah hutang yang mampu diurus. Mempunyai hutang yang terurus bermakna anda hidup mengikut kemampuan dan tidak melebihi batasan komitmen kewangan anda. Ingat, pengurusan hutang yang baik membantu anda mencapai matlamat kewangan dengan lebih cepat dan sebaliknya pengurusan hutang yang lemah memberikan kesan negatif terhadap kehidupan anda.


95 MENGAPAKAH ANDA HARUS MENGURUS HUTANG SECARA BIJAK? Anda hanya perlu sedikit dorongan serta disiplin untuk mengurus hutang dengan bijaksana. Berikut adalah kebaikan mengurus hutang secara efektif: Jika anda berjaya mengawal hutang pada tahap yang terkawal, anda akan mempunyai lebihan wang untuk tabungan dan seterusnya mempunyai kedudukan aliran tunai yang positif Memiliki aliran tunai yang positif adalah perlu kerana anda mempunyai dana berlebihan untuk membantu membina tabung kecemasan, mengurangkan hutang dan juga boleh memanfaatkan peluang pelaburan yang baik Aliran tunai positif boleh dicapai sekiranya anda mempunyai bajet dan memantaunya dengan baik Sebahagian besar proses membina kekayaan memerlukan anda membuat keputusan bijak mengenai hutang. Melalui pengurusan hutang yang bijak, anda mengurangkan liabiliti sambil meningkatkan kedudukan nilai harta bersih. Semua ini secara efektif akan membawa kepada pengurusan kekayaan yang lebih baik 1 Pengurusan aliran tunai yang lebih baik 2 Pengurusan kekayaan yang lebih baik


96 Jadilah seorang pembayar hutang yang berhemah! Lebih cekap anda mengurus hutang, maka lebih banyak penjimatan faedah dan caj lain yang anda peroleh Ambillah langkah pertama dengan membayar hutang anda mengikut jadual Anda boleh melangsaikan hutang dengan cepat jika mengurus hutang secara bijak dan sentiasa memantaunya. Lebih cepat anda melangsaikan hutang lebih banyak penjimatan kos faedah anda peroleh Pengurusan hutang yang bijak akan membantu anda membina rekod kredit yang lebih baik bagi memudahkan anda mengambil pinjaman di masa hadapan. Ini adalah kerana rekod pembayaran anda akan dijejak melalui Biro Kredit BNM (maklumat lanjut dijelaskan di penghujung bab ini) Setiap kali anda meminjam daripada Institusi Kewangan Berlesen, semua hutang dan rekod pembayaran anda akan dicatatkan. Oleh itu, sekiranya anda pernah terlewat atau gagal menjelaskan pinjaman, ini boleh menjejas keupayaan anda untuk memperoleh pinjaman di masa hadapan 5 Meningkatkan kedudukan kredit 3 Mengelak bayaran lewat dan caj penalti 4 Mengurangkan kos pinjaman


97 Untuk mengelak tindakan undangundang, pastikan anda membayar ansuran bulanan tepat pada masanya. Anda perlu sedar bahawa jika anda tertinggal atau tidak membayar ansuran mengikut jadual, kedudukan kredit anda akan terjejas dan si pemiutang akan mencari atau menghubungi anda Semakin cekap anda menguruskan hutang, semakin baik hubungan anda dengan ahli keluarga. Sering kali pertelingkahan atau salah faham yang berlaku antara ahli keluarga adalah berpunca daripada masalah kewangan Pengurusan hutang yang baik akan mengeratkan hubungan anda dengan keluarga serta kawan dan rakan sekerja Ini pasti memupuk suasana yang lebih harmonis di rumah sambil meningkatkan produktiviti di tempat kerja 6 7 Mengelakkan gangguan atau tindakan undang-undang Hubungan keluarga yang lebih baik


98 Perkahwinan dan hutang Jika anda bakal mendirikan rumah tangga, adalah dinasihatkan anda dan pasangan berbincang terlebih dahulu tentang hutang yang sedia ada dengan sikap terbuka dan jujur. Anda berdua perlu memutuskan bagaimana hendak mengurus hutang ini, sama ada secara bersama ataupun berasingan. Sebaikbaiknya berbincanglah tentang komitmen kewangan anda sebelum mendirikan rumah tangga untuk mengelakkan sebarang salah faham di masa hadapan. Adalah penting juga untuk berbincang tentang bajet perkahwinan. Ramai pasangan bercita-cita ingin mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran dan cenderung untuk berbelanja secara berlebihan dan akhirnya menanggung hutang yang banyak. Anda dinasihatkan supaya merancang majlis perkahwinan mengikut kesesuaian bajet anda. Hutang belanja perkahwinan yang banyak boleh menjejaskan kesejahteraan rumah tangga dan boleh menimbulkan pertelingkahan. Adalah lebih berhemat jika wang yang anda rancang untuk perbelanjaan perkahwinan secara besar-besaran itu digunakan untuk bayaran pendahuluan rumah baru anda.


Click to View FlipBook Version