The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazlie.muhamad, 2024-02-28 01:15:57

Buku POWER oleh AKPK

Buku POWER oleh AKPK

99 Semakan kewangan Menyediakan bajet dan pelan perbelanjaan bulanan serta menjejak perbelanjaan dengan menggunakan penyata aliran tunai merupakan suatu amalan yang sihat. Dalam konteks ini, nilai harta bersih keluarga anda juga perlu dipantau selalu sekurang-kurangnya setahun sekali. Anda dan pasangan hendaklah selalu mengkaji komitmen perbelanjaan isi rumah dan kedudukan nilai harta bersih. Jadikan ini suatu amalan bulanan yang dilakukan dalam suasana penuh keceriaan. Berbincang secara positif dan cari idea kreatif serta bernas dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangan anda dan keluarga. APA YANG MENYEBABKAN HUTANG BERLEBIHAN? Anda dikatakan telah berhutang secara berlebihan jika beban hutang anda terlalu berat untuk ditanggung. Dalam keadaan ini mungkin pendapatan anda tidak mencukupi dan terpaksa menggunakan tabungan atau pelaburan untuk membayar hutang anda. Tamak Salah satu punca utama yang menyebabkan keadaan hutang berlebihan adalah sifat tamak. Mahatma Gandhi pernah berkata, “Earth provides enough to satisfy every man’s need, but not every man’s greed!” Maksudnya, sumber di muka bumi ini sememangnya mencukupi untuk memenuhi keperluan setiap manusia, tetapi tidak mencukupi untuk memuaskan ketamakan mereka. Ada orang yang terlalu tamak sehingga mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya dan berkesudahan dengan kerugian besar. Lebih teruk lagi, ada di kalangan mereka yang sanggup menggunakan pinjaman untuk melabur dalam skim penipuan tersebut dan terperangkap dalam belenggu hutang yang lebih besar.


100 Gaya hidup Ada orang yang hidup mewah dengan membeli barangan mahal padahal mereka tidak mampu. Mereka merasakan adalah penting mengekalkan imej mereka mengikut tanggapan orang lain. Orang dalam kategori ini sentiasa menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan mereka dan hanya membuat bayaran minimum setiap bulan. Mereka berhutang secara berlebihan kerana mengamalkan hidup di luar kemampuan mereka. Keadaan tidak diduga Tidak kurang juga, ada orang yang terpaksa berhutang disebabkan oleh peristiwa yang tidak dapat dielakkan. Mungkin anda telah mengambil langkah sewajarnya untuk meminjam mengikut had kemampuan tetapi keupayaan membayar balik hutang boleh terjejas jika berlaku peristiwa di luar kawalan anda. Peristiwa ini adalah seperti kehilangan pekerjaan, hilang upaya, menghidapi penyakit kritikal atau lain-lain bentuk kecemasan. Malangnya, ada orang yang masih tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya mengalami masalah kewangan tetapi berterusan menafikannya dan menjadikan situasi mereka bertambah buruk hari demi hari.


101 Selalu berwaspada Usia : 29 tahun Pekerjaan : Pengurus Jualan Status Perkahwinan : Berkahwin Allen telah menjalani kehidupan yang selesa sebagai seorang pengurus jualan dengan pendapatan 4 angka. Dia juga pandai mengurus kewangannya dan selalu berbelanja secara berhemat. Hidupnya tibatiba berubah apabila dia telah diberhentikan kerja oleh majikannya yang terpaksa menutup operasi akibat kemelesetan ekonomi. Walaupun telah mencuba pelbagai cara, Allen masih belum mendapat pekerjaan. Keadaan Allen sememangnya terdesak kerana terpaksa menanggung kos rawatan perubatan ibunya yang sedang tenat. Isterinya pula tidak boleh bekerja kerana terpaksa menjaga ibunya. Oleh kerana Allen tidak ada saudara mara yang boleh membantu, dia terpaksa bersendirian dalam mengurus segala perbelanjaan menyara keluarganya. Kerana terdesak memerlukan wang, Allen mula menggunakan pinjaman peribadi dan kad kreditnya untuk memastikan semua keperluan ibu dan isterinya terjaga. Kedudukan kewangan Allen mula tergugat apabila dia tidak mampu lagi membuat bayaran balik pinjaman peribadi serta membuat bayaran minimum bagi 3 kad kreditnya. Lama kelamaan, hutang terkumpul Allen telah mencecah RM150,000. Allen mula menerima surat guaman dan diancam dengan tindakan kebankrapan. Allen menjadi takut dan mula membuat kerja sambilan untuk membayar balik hutangnya. Oleh kerana pendapatannya masih tidak mencukupi, Allen terpaksa ‘ikat perut’ bagi memastikan dia mempunyai wang yang cukup untuk membeli ubat ibunya. Apabila keadaan menjadi genting, barulah dia mendapat tahu akan kewujudan AKPK. Akhirnya Allen memutuskan untuk memohon bantuan AKPK bagi meringankan bebanan hutang yang ditanggungnya.


102 BEBERAPA TANDA MASALAH KEWANGAN Kad Kredit • Membayar baki minimum sahaja setiap bulan • Baki tertunggak meningkat setiap bulan • Menggunakan kad pada had maksimum • Kerap mengambil pendahuluan wang tunai • Tidak membayar atau lewat membuat bayaran • Kad kredit dibatalkan oleh pihak bank Pinjaman • Kerap kali menggunakan overdraf atau kemudahan pinjaman automatik daripada akaun semasa • Menerima notis bayaran daripada pemiutang kerana tidak membayar hutang • Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit tidak memuaskan • Meminjam wang daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang • Kerap kali dihubungi oleh pihak pemungut hutang Simpanan • Menggunakan simpanan pada kadar yang membimbangkan • Mempunyai sedikit ataupun tiada langsung simpanan untuk menangani perbelanjaan kecemasan


103 Perbelanjaan • Hidup semata-mata bergantung pada pendapatan bulanan • Bergantung kepada kerja sampingan, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membiayai sara hidup • Tidak mengetahui berapa banyak hutang sehinggalah penyata diterima • Kerap kali bertengkar dengan pasangan mengenai wang Apakah akibat tidak membayar hutang? Kegagalan membayar ansuran pinjaman atau hutang kad kredit boleh membawa padah buruk. Apabila anda gagal menjelaskan sesuatu pinjaman, institusi kewangan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap anda. Sekiranya pinjaman itu adalah pinjaman kereta, institusi kewangan akan menarik balik dan menjualkan kereta tersebut. Jika ianya pinjaman perumahan, institusi kewangan akan merampas rumah tersebut dan melelongnya. Seandainya hasil lelongan tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang sepenuhnya, institusi kewangan akan mengambil tindakan terhadap anda (dan/atau penjamin, jika ada) untuk menuntut baki hutang. Bagi pinjaman tanpa cagaran, institusi kewangan mempunyai beberapa pilihan untuk melaksanakan penghakiman yang diperoleh untuk mendapatkan semula hutang mereka. Ini termasuk perintah rasmi rampasan dan jualan, saman prosiding ‘garnishee’, saman penghutang penghakiman dan petisyen kebankrapan ke atas peminjam (dan/ atau penjamin, jika ada). Buat masa ini petisyen kebankrapan hanya boleh dimulakan sekiranya jumlah hutang terkumpul telah mencecah RM30,000 ke atas.


104 Sekiranya anda telah diisytiharkan bankrap, terdapat banyak sekatan dari segi undang-undang yang akan dikenakan. Pada umumnya anda tidak boleh melakukan perkara berikut: • Memegang apa-apa jawatan awam tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (KPJIM) • Meneruskan sebarang tindakan mahkamah tanpa izin KPJIM • Meninggalkan negara tanpa perintah mahkamah atau kebenaran KPJIM • Menjadi pengarah syarikat atau menjalankan perniagaan atau terlibat dalam pengurusan syarikat tanpa kebenaran mahkamah atau KPJIM • Melibatkan diri dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja di syarikat yang dimiliki oleh pasangan atau saudara terdekat dan pasangan mereka • Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana badan yang berdaftar • Tidak boleh membuat sebarang pinjaman melebihi RM1,000 tanpa memaklumkan kepada pemiutang tentang status kebankrapan Jika anda gagal membuat bayaran ke atas pinjaman, dapatkan nasihat dengan segera. Jangan tunggu sehingga masalah berlarutan dan tidak terkawal. Lebih cepat anda mendapatkan bantuan, semakin mudahlah untuk menyelesaikan masalah anda.


105 1 2 Akui anda mempunyai masalah hutang tidak terkawal APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA MEMPUNYAI HUTANG TIDAK TERKAWAL? Akui. Analisis. Ambil tindakan Berikut adalah 3 langkah yang boleh anda gunakan untuk menangani masalah hutang tidak terkawal. • Jangan menafikannya. Mengaku bahawa anda mempunyai masalah terutamanya jika anda sedang mengalami beberapa tanda yang dibincangkan di awal bab ini • Jangan menambahkan lagi hutang. Ini termasuk membeli barangan dan perkhidmatan menggunakan kad kredit anda • Kemas kini semua penyata pinjaman anda untuk mengetahui jumlah hutang yang sebenarnya • Bandingkan jumlah pembayaran balik hutang dengan pendapatan anda • Bayar balik hutang anda mengikut keutamaan. Bayar pinjaman dan hutang tertunggak dengan kadar faedah yang tinggi terlebih dahulu Analisis situasi untuk menilai kedudukan kewangan anda


106 • Sediakan bajet, sekiranya anda masih belum berbuat demikian. Bajet anda mesti mengambil kira semua pembayaran bulanan dalam senarai perbelanjaan anda • P e r t i m b a n g k a n u n t u k menggunakan tabungan atau menjual aset pelaburan bagi mengurangkan hutang • Kurangkan perbelanjaan anda • Berusaha untuk meningkatkan pendapatan, contohnya dengan membuat kerja sambilan • Berunding dengan institusi kewangan untuk memohon penstrukturan atau penjadualan s e m u l a p i n j a m a n y a n g bersesuaian dengan kedudukan aliran tunai anda • Dapatkan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) jika institusi kewangan tidak dapat membantu anda 3 Ambil tindakan segera untuk membetulkan keadaan


107 Terdapat beberapa organisasi yang boleh dihubungi sekiranya anda memerlukan bantuan dan nasihat. Walau bagaimanapun, anda perlu mengambil langkah proaktif seperti yang diterangkan untuk menyelesaikan masalah termasuklah berbincang dengan pihak institusi kewangan anda. AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK) AKPK ditubuhkan oleh BNM dengan visi “amalkan pengurusan kewangan berhemat sebagai budaya hidup”. Ia bertujuan untuk memastikan warga Malaysia hidup dengan mempunyai kemahiran pengurusan kewangan yang baik dan hutang yang terkawal. AKPK menawarkan 3 jenis perkhidmatan percuma kepada individu untuk membantu menguruskan kewangan dengan lebih baik: • Program pendidikan kewangan mengenai penggunaan kredit dan asas pengurusan wang termasuklah petua menggunakan kredit secara bertanggungjawab • Kaunseling dan nasihat mengenai pengurusan kewangan, membuat penilaian mendalam mengenai masalah kewangan dan cara untuk mengatasinya • Program Pengurusan Kredit (PPK), di mana peminjam dan AKPK bekerjasama untuk menyediakan pelan penstrukturan/ penjadualan semula pinjaman melalui rundingan dengan institusi kewangan


108 Untuk layak mendapatkan perkhidmatan PPK, individu perlu memenuhi kriteria berikut: • Tidak mampu menguruskan tanggungan hutang • Mempunyai pinjaman daripada institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM • Mempunyai jumlah pinjaman tidak melebihi RM2 juta • Mempunyai sumber pendapatan yang positif selepas menolak perbelanjaan • Tidak berada di peringkat tindakan undang-undang yang telah lanjut • Tidak diisytiharkan sebagai bankrap Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AKPK, sila layari laman web www.akpk.org.my LAMAN INFORMASI DAN KHIDMAT NASIHAT BNM (BNMLINK) Ini adalah saluran penting BNM untuk berhubung dengan orang ramai. Ia berperanan sebagai pusat perhubungan untuk memudahkan maklum balas yang cepat dan cekap kepada orang ramai dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berhubung dengan perkara berkaitan dengan sektor kewangan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang BNMLINK di www.bnm.gov.my/bnmlink/index.htm


109 BIRO PENGANTARAAN KEWANGAN (BPK) BPK adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan aduan, pertikaian atau tuntutan di antara anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda. Walau bagaimanapun, perkara-perkara yang tidak dipertimbangkan oleh BPK termasuk: • Penentuan harga umum • Dasar produk dan perkhidmatan • Keputusan kredit • Kes yang melebihi had masa 6 tahun • Kes yang telah dibawa atau dirujuk ke mahkamah Maklumat lanjut tentang BPK boleh didapati di www.fmb.org.my


110 BIRO KREDIT Biro Kredit BNM mengumpul maklumat kredit peminjam, termasuk individu peribadi, perniagaan (perniagaan milik tunggal dan perkongsian), syarikat dan entiti kerajaan, dan menyalurkan semula maklumat tersebut kepada pihak institusi kewangan. Setiap kali anda memohon pinjaman baru, institusi kewangan akan membuat rujukan berhubung dengan status kredit anda melalui Biro Kredit. Maklumat ini akan digunakan bagi tujuan meluluskan pinjaman anda ataupun sebaliknya melalui Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau Central Credit Reference Information System (CCRIS). Anda dinasihati mendapatkan salinan laporan CCRIS untuk mengetahui rekod pembayaran anda sama ada ianya teratur, tertunggak atau terlewat bayar. Adalah berbaloi jika anda membuat bayaran mengikut jadual kerana ini akan tertera di dalam laporan kredit anda. Maklumat lanjut tentang BIRO KREDIT boleh didapati di http://creditbureau.bnm.gov.my


111 Rumusan • Berbincanglah tentang tanggungan hutang dengan pasangan sebelum mendirikan rumah tangga • Sentiasa mempunyai hutang yang terkawal dan jangan melebihi komitmen kewangan anda • Ambil tindakan segera apabila anda menghadapi keadaan hutang tidak terkawal • Hutang berlebihan mungkin disebabkan oleh sifat tamak, gaya hidup atau keadaan yang tidak dapat dielakkan • Kegagalan membayar pinjaman akan memberi kesan negatif kepada laporan CCRIS dan ianya akan menjejaskan kelayakan pinjaman masa depan • Kegagalan membayar pinjaman boleh membawa padah buruk termasuk kebankrapan


112 Senarai semakan Adakah anda tahu jumlah keseluruhan hutang semasa anda? Adakah anda berupaya membayar semua ansuran bulanan anda dengan selesa dan tepat pada masanya? Pernahkah anda tertinggal atau tidak membayar mana-mana bil anda? Sudahkah anda berbincang tentang kedudukan kewangan dengan pasangan atau keluarga anda? Sudahkah anda mengambil salinan laporan CCRIS terkini?


113 Penilaian diri 1. Pengurusan hutang yang baik membolehkan kita ________ a. mengukuhkan kedudukan aliran tunai b. menjelaskan hutang dengan lebih cepat c. mengelak gangguan atau tindakan undang-undang d. kesemua di atas 2. Yang manakah antara berikut akan memberi kesan negatif terhadap kedudukan kredit anda? a. Tidak membayar ansuran mengikut jadual b. Membayar bil sepenuhnya sebelum tarikh matang c. Sentiasa membuat bayaran minimum kad kredit d. Memiliki 3 kad kredit 3. Berikut adalah tanda awal yang boleh menyebabkan masalah kewangan, KECUALI: a. Sedikit atau tiada langsung simpanan b. Seringkali membuat pengeluaran tunai c. Hidup mengikut kemampuan d. Mengharapkan gaji untuk menampung perbelanjaan bulanan 4. Berikut adalah langkah susulan yang boleh diambil oleh seseorang bagi mengawal masalah kewangan: a. Berbincang semula dengan institusi kewangan tentang syarat pinjaman dan mengemukakan pelan pembayaran balik yang bersesuaian dengan aliran tunai b. Mempertimbangkan penggunaan wang simpanan atau mencairkan aset tertentu untuk mengurangkan hutang c. Mulakan usaha menambah pendapatan seperti membuat kerja sambilan d. Kesemua di atas


114 5. Yang manakah diantara berikut TIDAK BENAR berkenaan dengan seseorang yang telah diisytiharkan bankrap? a. Tidak boleh menjadi pengarah syarikat b. Tidak boleh bekerja di mana-mana organisasi c. Dilarang keluar negara tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia d. Tiada di atas 6. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediakan kesemua perkhidmatan berikut, KECUALI: a. Memberi pinjaman kepada mereka yang mengalami masalah kewangan b. Kaunseling kewangan dan khidmat nasihat c. Program pendidikan kewangan tentang pengurusan kewangan yang bijak d. Menyediakan perkhidmatan program pengurusan kredit 7. Anda boleh mengetahui kedudukan kredit anda melalui laporan kredit (CCRIS) di Bank Negara Malaysia. Akronim ‘CCRIS’ ini merujuk kepada: a. Corporate Credit Reference Inquiry System b. Current Corporate Reference Inquiry System c. Central Credit Reference Information System d. Central Corporate Reference Information System Sila rujuk jawapan anda di muka surat terakhir buku ini


Diterbitkan oleh:


Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Aras 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Faks : 03-2616 7601 E-mel: [email protected] © AKPK Edisi Pertama 2011 Hak cipta buku ini adalah milik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Buku ini atau mana-mana bahagiannya boleh diterbitkan semula, diterjemahkan atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dengan mendapat izin bertulis terlebih dahulu daripada AKPK dan hanya untuk tujuan pendidikan. Tiada sebarang bentuk keuntungan kewangan boleh diperoleh, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung daripada penerbitan semula seperti di atas. ISBN 978-983-44004-3-9 Penafian: Maklumat yang terkandung di dalam buku ini bertujuan untuk pendidikan sematamata. Maklumat tersebut bukanlah pengganti kepada nasihat atau saranan yang mungkin anda terima daripada penasihat kewangan profesional. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menafikan sebarang liabiliti kepada mana-mana pihak yang menggunakan maklumat di dalam buku ini sebagai asas untuk membuat sebarang keputusan atau tindakan. Walaupun segala usaha telah dibuat untuk memastikan ketepatan maklumat di dalam buku ini, AKPK mengharapkan pemahaman anda sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kekurangan. Nama dan maklumat individu yang terkandung di dalam kisah benar telah diubah bagi melindungi identiti mereka.


115 LAMPIRAN 1.1 Contoh Bajet dan Penyata Aliran Tunai kepunyaan En Johan (berumur 29 tahun) Aliran Tunai Butiran Bajet Sebenar RM RM Gaji (nilai bersih selepas KWSP, PERKESO and cukai) 3,900 3,900 Lain-lain Sumber – – Jumlah Pendapatan Bulanan 3,900 3,900 Tolak: Simpanan tetap bulanan (10% daripada pendapatan bulanan) 390 390 Simpanan untuk dana kecemasan 100 100 Jumlah Pendapatan (selepas ditolak Simpanan) 3,410 3,410 Tolak: Perbelanjaan Tetap Bulanan Sewa 400 400 Bayaran rumah – – Bayaran kereta 938 938 Insurans kereta 125 125 Cukai jalan 50 50 Jumlah Perbelanjaan Tetap 1,513 1,513


116 Aliran Tunai Butiran Bajet Sebenar RM RM Tolak: Perbelanjaan Boleh Ubah Makanan 600 630 Utiliti rumah 140 143 Bil telefon bimbit 100 115 Petrol 225 300 Perkhidmatan dan Penyelenggaraan 100 150 Parkir kereta dan tol 102 120 Kerja baiki kereta 50 – Jumlah Perbelanjaan Boleh Ubah 1,317 1,458 Tolak: Perbelanjaan Budi Bicara Perbelanjaan perubatan 40 – Pakaian 100 80 Hiburan 50 100 Peralatan rumah 90 50 Barangan kegunaan peribadi 100 129 Hadiah 100 – Lain-lain perbelanjaan 100 50 Jumlah Perbelanjaan Budi Bicara 580 409 Lebihan / (Defisit) 0 30


117 1.2 Gunakan templat ini untuk menyediakan bajet dan menjejaki aliran tunai anda Aliran Tunai Butiran Bajet Sebenar RM RM Gaji (nilai bersih selepas KWSP, PERKESO and cukai) Lain-lain Sumber Jumlah Pendapatan Bulanan Tolak: Simpanan tetap bulanan (10% daripada pendapatan bulanan) Simpanan untuk dana kecemasan Jumlah Pendapatan (selepas ditolak Simpanan) Tolak: Perbelanjaan Tetap Bulanan Jumlah Perbelanjaan Tetap


118 Aliran Tunai Butiran Bajet Sebenar RM RM Tolak: Perbelanjaan Boleh Ubah Jumlah Perbelanjaan Boleh Ubah Tolak: Perbelanjaan Budi Bicara Jumlah Perbelanjaan Budi Bicara Lebihan / (Defisit)


119 1.3 Contoh Penyata Nilai Harta Bersih En Johan Butiran Aset Liabiliti RM RM Simpanan Akaun simpanan 3,100 – Akaun semasa 1,800 – Akaun simpanan tetap 25,600 – Wang tunai di tangan 500 – Harta/Milik Peribadi Pangsapuri – – Rumah – – Tanah – – Barangan kemas 7,600 – Kereta 50,000 56,250 Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 63,000 – Amanah Saham 16,000 – Saham 6,000 – Pinjaman Kad Kredit – 1,200 Pinjaman pelajaran – 7,200 Pinjaman daripada rakan & keluarga – – Lain-lain – – Jumlah 173,600 64,650 Nilai Harta Bersih (Aset – Liabiliti) = RM108,950


120 1.4 Gunakan templat ini untuk menyediakan penyata nilai harta bersih anda Butiran Aset Liabiliti RM RM Simpanan Harta/Milik Peribadi Pelaburan Pinjaman Jumlah Nilai Harta Bersih


121 4.1 Kebaikan dan keburukan kereta baru berbanding kereta terpakai Kereta baru Kereta terpakai Kebaikan Keburukan Ciri: • Lebih banyak pilihan untuk memenuhi keperluan anda (jenama, warna dsb) • Teknologi terkini – hibrid dsb • Keselamatan (penggera, ABS, beg udara dsb) Kebolehpercayaan: • Tidak perlu bimbang tentang sejarah latar belakang • Kos penyelenggaraan rendah • Tempoh jaminan lebih panjang Kewangan: • Mudah diperoleh • Margin pembiayaan lebih tinggi • Kadar faedah lebih rendah • Tempoh pinjaman lebih panjang • Harga lebih tinggi • Susut nilai tinggi – sekurangnya 10% dalam tahun pertama. Oleh itu, kerugian lebih tinggi akan dialami apabila kenderaan dijual semula • Premium insurans lebih tinggi • Kos kewangan lebih tinggi sepanjang tempoh pinjaman Kebaikan Keburukan • Biasanya lebih murah − Lebih mampu dibeli − Boleh dibeli secara tunai dan memudahkan • Premium insurans lebih rendah Ciri: • Kurang pilihan Kebolehpercayaan: • Sejarah latar belakang yang tidak pasti • Kos penyelenggaraan lebih tinggi • Tanpa jaminan • Pemeriksaan PUSPAKOM Kewangan: • Mungkin sukar diperoleh • Margin pembiayaan lebih rendah • Kadar lebih tinggi • Tempoh pinjaman lebih singkat


122 Harga Kereta (RM) 55,000 55,000 55,000 55,000 Kadar Faedah (Kadar sama rata) 5% 5% 5% 5% Bayaran Pendahuluan 10% 10% 30% 30% Tempoh Pinjaman (Tahun) 5 7 5 7 Pengiraan Bayaran Pendahuluan (RM) 5,500 5,500 16,500 16,500 Pinjaman Diambil (RM) 49,500 49,500 38,500 38,500 Jumlah Faedah (RM) 12,375 17,325 9,625 13,475 Jumlah Pinjaman (Pokok + Faedah) (RM) 61,875 66,825 48,125 51,975 Ansuran Bulanan (RM) 1,031 796 802 619 4.2 Latihan interaktif – jadual pengiraan sewa beli 4.3 Langkah penarikan balik kereta Langkah 1 Notis sebelum penarikan kereta Anda dan penjamin anda akan menerima notis (yang dikenali sebagai notis jadual keempat) sebelum kereta anda ditarik balik, yang dihantar atau diserah secara peribadi atau melalui pos berdaftar kepada alamat terakhir yang diketahui. Ini merupakan notis bertulis 21 hari daripada institusi kewangan anda untuk memberitahu bahawa kenderaan anda akan ditarik. Ini disusuli oleh notis kedua yang dikeluarkan 14 hari selepas notis jadual keempat diserahkan. Apa yang anda boleh lakukan? Anda ada 2 pilihan, dan kedua-dua pilihan tersebut perlu dilakukan sebelum tamat tempoh 21 hari yang dinyatakan pada notis jadual keempat untuk mengelakkan kenderaan anda ditarik: • Menyelesaikan kesemua ansuran tertunggak seperti yang dinyatakan pada notis jadual keempat; atau • Memulangkan kenderaan kepada institusi kewangan dan menyelesaikan kesemua ansuran tertunggak.


123 Langkah 2 Penarikan balik kenderaan anda Selepas tamat tempoh 21 hari pada notis jadual keempat, institusi kewangan berhak menarik balik kenderaan anda jika anda gagal menjelaskan ansuran tertunggak. Langkah 3 Notis selepas kereta ditarik balik Anda ada 3 pilihan, dan ketiga-tiga pilihan tersebut perlu dilakukan sebelum tamat tempoh 21 hari yang dinyatakan pada notis jadual kelima: • Menyelesaikan semua ansuran tertunggak dan perbelanjaan berkaitan (termasuk kos penyimpanan, kerja membaiki atau penyelenggaraan, kos penarikan balik dan penghantaran semula) yang ditanggung oleh institusi perbankan sewaktu menarik balik kenderaan; atau • Menyelesaikan baki pinjaman dan perbelanjaan yang berkaitan dengan sepenuhya; atau • Memperkenalkan seorang pembeli untuk membeli kenderaan pada harga yang ditetapkan pada notis. Langkah 4 Notis menjual kenderaan Jika jumlah tertunggak di dalam notis kelima tidak dijelaskan dalam tempoh 21 hari, institusi kewangan berhak menjual kenderaan tersebut melalui lelongan awam atau memberi anda notis 14 hari sebelum tarikh lelongan awam, atau mengendalikan jualan peribadi untuk menjual kenderaan tersebut. Langkah 5 Menjual kenderaan Kenderaan boleh dijual selepas notis 14 hari. Oleh sebab harga lelongan berasaskan nilai jualan paksa, harganya lebih rendah berbanding nilai di pasaran semasa. Harga lelongan mungkin dikurangkan lagi pada setiap lelongan berikutnya yang dijalankan. Jika hasil jualan kenderaan yang diperoleh tidak mencukupi untuk menyelesaikan jumlah tertunggak, institusi bank anda akan menuntut baki tunggakan daripada anda. Anda juga perlu menanggung segala perbelanjaan lelongan.


124 5.1 Membeli rumah: lain-lain yuran dan caj Apabila membeli rumah, anda perlu menyediakan peruntukan untuk bayaran yuran dan caj tertentu. Antaranya adalah: a) Perjanjian Jual Beli: • Yuran guaman • Yuran pengeluaran pinjaman (yuran pelbagai, carian hak milik, dsb) • Duti Setem Duti Setem (pindahan) = 1% untuk RM100,000 yang pertama 2% untuk RM100,001 – RM500,000 3% untuk RM500,001 – RM2 juta 4% untuk jumlah melebihi RM2 juta b) Perjanjian Pinjaman: • Yuran guaman • Yuran pengeluaran pinjaman (yuran pelbagai, yuran penilaian, dsb) • Duti Setem Duti Setem = 0.5% dari jumlah pinjaman • Yuran Guaman = 1% untuk RM100,000 yang pertama; 0.5% untuk RM100,001 – RM5 juta 0.25% untuk jumlah melebihi RM5 juta • Yuran pengeluaran pinjaman = Antara RM1,000 – RM3,000 & caj pelbagai (bergantung kepada hartanah) • Kos insurans = 0.055% dari jumlah perlindungan (Kebakaran/Empunya rumah) Sebaik-baiknya peruntukkan bajet tambahan sebanyak 5% hingga 10% daripada harga pembelian untuk menanggung semua caj ini. Yuran dan caj di atas tertakluk kepada perubahan oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Peringatan : Membeli rumah bukan sekadar membayar ansuran bulanan sahaja, malah ada kos lain seperti cukai taksiran, cukai tanah, yuran penyelenggaraan, utiliti dsb


125 Glosari Amaun Pokok Jumlah yang dipinjam daripada institusi kewangan tetapi tidak termasuk faedah dan cajcaj yang lain. Caj Lewat Penalti yang dikenakan oleh institusi perbankan kerana gagal membuat bayaran ansuran mengikut jadual. Caj Terma Jumlah faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan sewa beli dan dikira pada kadar tetap ke atas jumlah yang dibiayai. CCRIS Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat, iaitu satu sistem pangkalan data berkomputer yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh Biro Kredit untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit. Duti Setem Duti yang perlu dibayar kepada kerajaan (Pejabat Duti Setem) untuk memeterai perjanjian, dalam kes ini, Perjajian Pembiayaan. Duti yang perlu dibayar berdasarkan jumlah pembiayaan. Buat masa ini kadar yang dikenakan ialah 0.5% atas jumlah pinjaman atau RM5 setiap RM1,000. Fi Pengeluaran Pinjaman Pelbagai jenis fi yang berkaitan dengan pengeluaran pinjaman seperti fi pendaftaran cagaran, fi carian tanah dan fi carian kebankrapan yang dilakukan oleh pihak institusi kewangan dan peguam yang mengendalikan proses dokumentasi berhubung pinjaman tersebut. Fi tersebut dibayar dahulu oleh pihak institusi kewangan atau peguam dan kemudiannya dikenakan ke atas peminjam. Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTA) Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan adalah sejenis insurans berjangka yang nilainya berkurang mengikut tempoh pinjaman. Insurans jenis ini memberi perlindungan gantirugi ke atas baki terhutang pinjaman sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal kepada peminjam. Insurans ini biasanya dikira bagi memenuhi keseluruhan jumlah terhutang sesuatu pinjaman. Insurans Pihak Ketiga Polisi insurans bermotor yang memberi perlindungan daripada tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga bagi kecedaraan atau kematian orang lain (pihak ketiga) termasuklah kerugian atau kerosakan kepada harta pihak ketiga disebabkan oleh kenderaan anda. Kadar Pinjaman Asas (KPA) Kadar faedah minimum yang dikira oleh sesebuah institusi kewangan berdasarkan satu formula yang mengambil kira kos dana dan lain-lain kos pentadbiran.


126 Kecurian Identiti Satu bentuk penipuan atau transaksi yang tidak dibenarkan dengan menggunakan identiti seseorang oleh pihak ketiga untuk mendapat maklumat atau memohon kredit dan sebagainya. Margin Pembiayaan Amaun pinjaman yang diberi oleh institusi perbankan yang dinyatakan secara peratusan ke atas nilai harta benda yang dicagarkan untuk pinjaman tersebut. Overdraf Sejenis kemudahan kredit yang diberikan kepada pemegang akaun semasa yang layak. Peminjam dibenarkan untuk mengeluarkan cek dengan jumlah yang melebihi baki kredit yang terdapat dalam akaun, tetapi terhad kepada jumlah maksimum yang telah diluluskan dahulu oleh institusi kewangan. Penilaian Kredit Ukuran pemiutang terhadap keupayaan individu membayar balik pinjaman. Perlindungan Komprehensif Polisi insurans bermotor yang memberi perlindungan terhadap kehilangan dan kerosakan harta benda sendiri dan pihak ketiga akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian dan melibatkan kematian atau kecederaan tubuh badan dan kehilangan atau kerosakan harta benda pihak ketiga. Perampasan Tindakan perundangan yang boleh diambil oleh pihak institusi kewangan untuk mendapatkan semula jumlah yang terhutang daripada seorang peminjam yang telah ingkar membayar balik pinjamannya. Harta benda yang dicagarkan oleh peminjam bagi pinjaman berkenaan akan dijual untuk menjelaskan jumlah yang terhutang tersebut. Pendapatan Kasar Bulanan Pendapatan kasar bulanan sebelum ditolak cukai pendapatan, Socso, KWSP, ansuran pinjaman atau potongan potongan lain, dicampur pula dengan pendapatan tambahan seperti gaji kerja lebih masa, komisen dan lain lain. Polisi Empunya Rumah Perlindungan insurans terhadap isi kandungan dalam rumah seperti perabot, kecurian, banjir dan kebakaran. Walau bagaimanapun, polisi ini tidak melindungi kerosakan kepada rumah. Polisi Insurans Pemilik Rumah/Kebakaran Sejenis insurans polisi yang menggabungkan tanggungan dan perlindungan kepada pemilik rumah terhadap kerugian yang disebabkan oleh ribut taufan, kebakaran, perbuatan khianat dan risiko-risiko lain. Pembayaran Terdahulu Pembayaran sebahagian atau keseluruhan daripada pinjaman sebelum tempoh matang.


127 Penalti Pembayaran Terdahulu Fi yang dikenakan oleh institusi kewangan ke atas pembayaran terdahulu keseluruhan pinjaman. Fi yang dikenakan biasanya dikira berdasarkan peratusan tertentu daripada jumlah pinjaman atau bersamaan dengan jumlah faedah untuk tempoh ‘X’ bulan. Tempoh ‘Lock-in’ Pinjaman Ini adalah tempoh minimum peminjam yang perlu patuhi tanpa dikenakan penalti. Tempoh Pinjaman Jumlah tahun yang diambil untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman dan faedah mengikut jadual pembayaran balik yang telah dipersetujui. Pembiayaan Semula Proses pembayaran balik sebahagian atau keseluruhan pinjaman yang sedia ada dengan tujuan untuk mendapatkan pinjaman baru sama ada daripada institusi kewangan yang sama atau institusi kewangan yang lain. Penarikan Balik Apabila pemilik kenderaan bermotor (iaitu institusi perbankan) mengambil balik kenderaan bermotor daripada penyewa. Perjanjian Jual Beli Kontrak bertulis yang ditandatangani oleh pembeli dan penjual, di antaranya menyatakan terma dan syarat-syarat bagi penjualan hartanah. Prinsip Shariah Undang undang Islam yang menyentuh segala aspek kehidupan yang berlandaskan al Quran, Sunnah (perlakuan dan sabda Nabi Muhammad s.a.w.), Ijma’ (konsensus para ulama’) dan Qiyas (analogi). Rebat Pembayaran balik sebahagian caj terma (faedah) yang dikira berdasarkan formula yang ditetapkan di bawah Akta Sewa Beli 1967, sekiranya penyewa membuat penyelesaian awal. Urus Niaga Fraud Transaksi yang tidak dibenarkan oleh pemegang kad. Transaksi tersebut berlaku disebabkan kad kredit hilang, dicuri, tidak diterima, pengeluaran kad kredit berasaskan permohonan fraud, pemalsuan atau lain-lain bentuk fraud menurut tafsiran pengeluar kad kredit.


128 Jawapan: Bab 1 1. A 2. D 3. D 4. B 5. C 6. C 7. B Bab 2 1. B 2. D 3. A 4. D 5. A 6. D Bab 3 1. D 2. C 3. D 4. C 5. C 6. B 7. C 8. D 9. A Bab 4 1. D 2. A 3. D 4. C 5. C 6. B 7. C Bab 5 1. D 2. C 3. A 4. C 5. A 6. C 7. A Bab 6 1. D 2. A 3. C 4. D 5. B 6. A 7. C Penilaian diri


Click to View FlipBook Version