The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alfillah, 2022-12-20 04:32:47

Sabah Aku Datang

Sabah Aku Datang

PRA KATA

Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri
yang terdapat di Malaysia dan merupakan
negeri kedua terbesar di Malaysia selepas
Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo,
iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Ibu
negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang
dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Ia juga
popular dengan panggilan KK sahaja.

Sabah juga sering dirujuk sebagai Negeri di
Bawah Bayu kerana kedudukan negeri
tersebut yang sangat strategik di bawah
laluan angin monsun. Membawa hasrat
pemasaran ke Sabah dalam mencari peluang
menambah pelajar terutama di dalam bidang
yang terpilih yang memberi kesan secara
langsung pada jumlah pertambahan pelajar.
Terdapat atlit Sabah yang berpotensi untuk di
beri peluang mendapat pendidikan selepas
SPM. Perjalanan ini memeberi ruang kepada
perkembangan yang lebih positif di dalam
Bidang Sukan di Unisel.

Sabah merupakan prospek yang sangat baik.
Matlamat memberi pendidikan secara
menyeluruh kerana saya percaya hanya
dengan pendidikan dapat mengubah masa


depan yang lebih baik. Jumlah Pelajar Sabah
di Unisel sehingga Disember 2022 ialah 189
orang di mana pelajar Diploma dan Ijazah
seramai 117 orang serta Master dan Phd
seramai 8 orang. Ini menjadikan jumlah
mereka seramai 189 orang.

Jumlah Alumni Sabah bermula tahun 2007
sehingga 2002 ialah seramai 1829 orang. Di
mana tahun 2006 merupakan graduan
teramai sebanyak 353 orang. Data ini diambil
daripada Laporan Kajian Pengesahan
Graduan yang di sedikan oleh Pegawai yang
bertanggungjawab, Puan. Azlina Azizan.
Harapan kepada pelajar lepasan SPM di
Sabah untuk menjadikan Unisel sebagai
pilihan utama melanjutkan pengajian.
Sasaran yang kita harapkan kepada pelajar
Sabah terutama di beberapa kawasan yang
berhampiran yang dirasakan strategik.

Penduduk Sabah atau suka menggelarkan
sebagai Sabahan, dan terdiri daripada 33
kumpulan peribumi (bumiputera Sabah) yang
berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80
dialek etnik. Terdapat satu dialek Melayu
yang digunakan iaitu Bahasa Melayu Sabah.
Kumpulan etnik terbesar di Sabah
ialah Kadazan Dusun yang merangkumi
hampir 30% penduduk di Sabah.

Mohd Norazwan A. Bakar, Ed.D.


HARI PERTAMA
Khamis, 8 Disember 2022

AKU sampai di KLIA tepat jam

8.15am. Rehat seketika dan menyusun
beg untuk di taging. Seketika menikmati
secawan Americano Costa. Berbaloi
untuk menghabiskan secawan dengan
kenikmatan rasa kopi sebenar.

Perjalanan bermula dari KLIA menaiki
Pesawat MH2464 Berjalan Lancar.
Perjalanan mengambil masa dua jam
lima belas minit. Keadaan agar
mendebarkan setelah satu jam
perjalanan apabila keadaan angin agak
kuat. Paparan skrin pada flight info
menunjukan angin bertiup 45km/jam
dengan suhu di luar sekitar -35 hingga
40 darjah celcius.

Apa yang dicari dalam perjalanan
ini. Perjalanan ini merupakan
perjalanan membuka ruang kepada

1


pengurusan yang seterusnya untuk
memperkenalkan Unisel kepada
sebahagian penduduk Sabah.

Selamat mendarat di lapangan terbang
Kota Kinabalu tepat jam 1.43 petang.
Cuaca sekitar 35 darjah celcius. Setelah
selesai urusan bagasi, perjalanan di
teruskan dengan menaiki van yang telah
menunggu di luar lapangan terbang.
Van yang cukup selesa yang boleh
memuatkan kami dengan jumlah 5
orang satu van besar.

Cuaca yang dingin menyambut ketibaan
di Sabah. Cukup mengembirakan
setelah melalui perjalanan di dalam
kapal terbang yang penuh debaran.

Pengalaman pertama yang menarik hati
apabila duduk bersebelahan dengan
seorang mahasiswa Universiti Malaysia
Sabah ketika di dalam kapal terbang.
Beliau mengambil bidang Teknologi

2


Makanan yang hendak pulang ke Sabah
setelah menamatkan latihan industri di
Kuala Lumpur. Beliau berjaya
menamatkan latihan industri selama
enam bulan di Semenajung. Sedikit
perkongsian tentang Unisel dan amat
mengembirakan beliau juga mengetahui
tentang Unisel yang terdapat dua
kampus di Shah Alam dan Bestari Jaya.

Ini amat menarik untuk dicatat apabila
perut sudah mulai lapar. Setelah
menikmati hidangan ikan tiga rasa di
dalam kapal terbang. Menjamu selera di
Grill Fish. Pengalaman merasai sup ikan
yang cukup luar biasa dengan sayur
pucuk paku goreng.

Penginapan malam ini di Holiday in
Express. Penginapan yang cukup selesa.
Tiada banyak aktiviti yang di buat
apabila hujan agak lebat petang ini.

3


Malam yang penuh bersejarah. Aku cuba
mengupas cerita ABIM di Sabah.
Menarik bercerita tentang rusuhan di
Sabah tahun 1986. Kristian menjadi isu
perdebatan. Namun sebenarnya ia lebih
kepada isu menjadikan cerita sensasi.
Cuma apabila semakin lemah, ABIM
berperanan untuk mengembalikan di
landasan yang sebenar. Menarik apabila
bertemu dengan Saudara Hasanudin
Guliling, Setiausaha WADAH Sabah.

Dicatatkan juga untuk mengetahui pada
generasi nama-nama NGO yang
membawa perubahan yang besar di
Sabah sehingga kini. Mereka yang
berumur 40 tahun ke atas WADAH,
berumur di antara 18-30 tahun ABIM
dan 18-30 tahun Persatuan Kebangsaan
Pelajar Islam Malaysia

Menarik juga apabila topik perbualan
malam itu berkaitan dengan
menceritakan berkaitan USNO,

4


BERJAYA, PBS di Sabah. Peranan dan
penggerak kepada perkembangan dan
cabaran cabaran Islam di Sabah

Isu Kristianisasi adalah tidak tepat. Ia
lebih kepada melihat kepada persepsi
dan tanggapan. Pengalaman ABIM dari
dahulu sehingga sekarang adalah satu
usaha dakwah yang berterusan dan
berprinsip. Pemikiran Islam di Sabah
sekitar 1978 hingga1979 masih agak
jauh.

Menjadikan platform organisasi ini
sebagai usaha mengembalikan
semula kepercayaan masyarakat
Sabah terhadap Unisel. Bersama
Dato Amin Isnin, bekas Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia.
Saya melihat ini satu usaha yang
cukup baik.

Y. Bhg. Dato mengupas “sepucuk surat”,
harapan dan hasrat untuk melihat Unisel

5


maju ke hadapan. ABIM dan WADAH
menjadi platform untuk menjadikan
Unisel sebagai tempat pendidikan
selepas tamat SPM. Menarik apabila
mereka ingin mengetahui berkaitan
SMART Thafiz Unisel. Ini membuka
ruang yang sangat luas untuk Unisel
terus memperkasa bidang bidang
tertentu untuk pengajian Ijazah dan
Diploma

Penerangan oleh Ustaz Abdul Razak b.
Aripin, Pengarah Pusat Islam Unisel,
dengan perkongsian lebih enam tahun
mengendalikan pelajar pelajar ini.
Cabaran sedikit berbeza apabila
menceritakan proses menghafal Al-
Quran dan berfikir sebagai pelajar
Universiti agak berbeza.

Dr. Arsiah Baharon, Presiden Komuniti
Bugis di Sabah. Keturunan Bugis agak
ramai. Isu kewarganegara perlukan
perhatian. Menyambung pengajian

6


selepas SPM apabila tiada kad
pengenalan akan menjadi sukar.
Mencari peluang kepada pelajar
Tingkatan Enam di sekitar Sabah
merupakan pemasaran bersasar.
Ini peluang yang perlu digerakan
secara segera terutama kepada
pasukan pemasaran Unisel.
Peluang untuk mengadakan
koliberasi “Fast Track SPM” di
Sabah. Ini juga merupakan peluang
yang boleh di kembangkan.

7


8


HARI KE-2

Jumaat, 9 Disember 2022

Pagi yang cukup sejuk apabila

semalaman hujan lebat di Kota Kinabalu.
Masa yang awal satu jam dari kebiasaan
menjadikan solat Subuh awal daripada
biasa. Ini apabila alarm di telefon
berdering jam 5.00 pagi. Subuh di sini
jam 5.01 pagi.

Menarik sambil bersarapan di Hotel
bercerita bersama kawan-kawan. Topik
sedikit keluar daripada kerja hakiki.
Bercerita perkembangan bola sepak
tempatan sekitar tahun 80an berkaitan
isu rasuah dan lain lain. Saudara Hafiz
Ab. Rahim selaku Ketua Perpustakawan
Unisel bercerita tentang nama-nama
pemain tempatan dan import yang
mewarni Pasukan Perlis. Di tambah
cerita berdasarkan pengalaman Saudara
Ikhwaniata selaku Pegawai Khas Y. Bhg.

9


Dato Presiden berkaitan perlawanan di
antara Kedah dan Perlis. Pada masa itu
liga Malaysia masih di status Semi Pro.
Nama seperti Pradupan Jarunya dan
Piyapong Pue On menjadi topik
berbualan.

Sedang leka berborak, mata mencari
bagai hilang sesorang. Tak cukup
coroum rasanya. Prof Dr. Md. Sidin
Ahmad Ishak tidak turun bersarapan.
Baru teringat, dia mengatakan sakit
belakang sebab semalam lepas makan
minta pemandu Van cari Farmasi untuk
beli ubat. Terus suruh Hafiz b. Abdul
Rahim, telefon. Tidak berangkat.
Watsup dia reply. Simpati menyelubungi
hati. Terus ke Café, ambil dua buku roti
dan secawan kopi latte. Hendak naik ke
tingkat 4. Rupanya tak boleh. Access
point hanya ke tingkat dua. Sebab bilik
aku di tingkat dua. Apa lagi, naik tangga
… Penting roti dan kopi sampai.

10


Check out hotel dan meneruskan

perjalanan ke Kundasang. Perjalanan

lebih daripada dua jam. Tiada tergambar

perasaan apabila tiba di Kundasang.

Melihat signboard Kundasang

merasakan seakan sudah tergambar

suasana di luar negara yang sering di

ceritakan. Suasana sejuk menerima

kedatangan kami. Mata tertumpu di

kawasan pasar malam yang menjual

longokan baju bundle dan driving range

yang merasakan ia perlu di singgah

nanti.

Mengunjungi Desa Dairy Farm. Jika di
Semenanjung ia seakan seperti ladang
ternakan lembu. Cuma di maklumkan
lembu daripada spesis Fricsaan yang
berwarna putih dan hitam. Seakan
berasa di New Zealand. Makan tengah
hari di H. Benjamin Residence Mount
Kinabalu.Tempat sangat selesa. Nasi
goreng Kampung bersama telur dadar

11


dan secawan Kopi -O. Harga boleh
dikatogerikan murah dan berbaloi.

Meneruskan perjalanan ke tempat
penginapan untuk malam ini. Alpine
homestay. Perjalanan dari H. Benjamin
Residence tadi melalui kawasan yang
menarik dengan melihat lapangan golf di
kiri dan kanan.

Petang di sekitar Alpine Homestay boleh
keluar menikmati cuaca sejuk sambil
merakamkan gambar. Boleh keluar
sedikit dari kawasan homestay untuk
melihat Gunung Kinabalu dalam kabus
yang agak tebal. Boleh juga
merakamkan gambar di lubang Par 3,
Mount Kinabalu Golf Kelab. Menikmati
makan malam di kawasan berhampiran.
Makanan malam seperti, Nasi Goreng
Sea Food, Mee Goreng Basah, Mee
Goreng, Sup Daging adalah sajian yang
biasa.

12


Paling menarik ada kedai bundle di
sebelah kedai makan. Masuk sambil cuci
mata. Ada yang beli seluar trek. Nampak
stokin merah. Beli dengan harga RM3.

13


14


HARI KE-3

Sabtu, 10 Disember 2022

Memulakan pagi dengan solat

berjemaah. Membersihkan diri dan
mengambil wuduk pagi itu terasa
sangatlah sejuk. Berkira-kira untuk
membersihkan diri.

Perjalanan dari Kundasang menuju ke
Institut Perguruan (IPG) Balung
mengambil masa lebih 10 jam. Singgah
menikmati sarapan pagi di Ranau.
Menariknya setiap sajian di sediakan sup
kosong. Singgah di Telupit untuk
berehat seketika sekitar jam 10.40 pagi
dan meneruskan perjalanan ke IPG
Balung untuk menemui Cikgu Hairi
Yahya.

Menariknya perjalanan yang melebihi 10
jam ini membawa pemikiran baharu
dalam kamus hidup. Infrastuktrur jalan

15


yang boleh di katakan seperti berada
jauh dari arus pembangunan dan ada
yang mengatakan “Malaya” tahun 80an.

Bersolat jamak Qasar di Masjid di dalam
Kampus IPG Balung sekitar jam 5.00
petang. Di jamu makan oleh Cikgu Hairi
Yahya. Menariknya di sini rupanya
tempe yang di potong bulat menjadi
menu lazat selain udang goreng dan
ketam yang berkuah. Kalau di
Semenanjung ketam masak lemak.
Tetapi kuah di sini berwarna putih.

Lawatan ke Musollah Ar Redzuaniah
mengajar bahawa kita perlu meletakkan
usaha dakwah untuk Islam. Kita perlu
keluar melihat suasana jauh sedikit
daripada sekeliling kita untuk golongan
umat Islam yang memerlukan bantuan.
Di sini tercatat sejarah perjuangan susuk
tubuh yang berjiwa besar meletakkan
pengorbanan harta untuk terus melihat
Islam bertapak di ceruk kawasan di

16


Sabah. Ia bukan sekadar papan tanda
yang di pacak tetapi ia adalah kisah
cerita sepanjang zaman. Adakah kita
bersedia untuk berkorban seperti itu?

Keadaan Cuaca di Sabah bukan Monsun,
Cuaca yang dijangka hujan adalah
sebaliknya. Pertemuan dengan Cikgu
Hairi Yahya, sangat memberi kesan
mendalam apabila menceritakan
Kampung suluk. Di namakan juga
perkampungan Batu 4, Kampung
Hidayah yang dikatakan telah wujud
sekitar tahun 70an.

Perkongsian oleh Y. Bhg. Dato Presiden
berkenaan Gerakan Kempen Kesedaran
(GKK) 1978 yang diilhamkan oleh Dato
Seri Anwar bin Ibrahim yang pada ketika
itu beliau ialah Presiden Persatuan
Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam
Malaysia (PKPIM). Perkara ini juga
dikongsi oleh Ustaz Abdul Razakb.
Aripin, aktivis yang juga terlibat pada

17


masa itu. Penceritaan ini apabila
merumuskan pertanyaan peranan
mahasiswa pada ketika itu berjaya
mengerjakan usaha dakwah pada ketika
itu. Gerakan pelajar ke kampus adalah
idea Dato Seri Anwar bin Ibrahim untuk
menggerakkan masyarakat serta
mengetahui permasalahan orang
kampung serta mendalami masalah
tersebut.

Menarik apabila di raikan di Sthamin
Café & Bakery. Pertemuan dengan
Persatuan Bugis Sabah di Tawau
membuka peluang kepada Unisel untuk
menawarkan program pendidikan
kepada masyarakat di Sabah.

Peranan Dr. Arsiah Baharon sangat

kita perlu di sini. Penerangan oleh

Y. Bhg. Dato membuat mereka rasa

teruja seperti perkongsian

biasiswa percuma kepada

masyarakat Sabah untuk

18


pendidikan di Unisel. Sempat

berbincang dengan beberapa orang

guru berkaitan penawaran

Program Diploma Sukan yang boleh

memberi ruang kepada pelajar

pelajar lepasan SPM masyarakat

bugis. Bertemu dengan Ustaz Mohd

Amin Bin Nasir merupakan tokoh

Maalhijrah Kebangsaan Sabah

2021 dan Hj. Yalah Bin Hj. Munur

Naib Presiden I, Persatuan

Komuniti Bugis Sabah. Pertemuan

bersama kedua-dua mereka

membuka lembaran baharu dengan

membawa harapan ada sedikit

ruang pendidikan yang boleh di

sampaikan pada komuniti mereka.

Malam itu bermalam bandar Tawau di

Hotel King Park Garden. Perlu aku
catatkan disini, Don’t jugde the book by
its cover. Nama Prof Dr. Md. Sidin
Ahmad Ishak. Keikhlasan hati insan ini

19


benar-benar dikenang. Menghulur duit
untuk membayar penginapan aku. Agak
terkejut serta malu untuk menerima
pembayaran itu. Yang agak teruja,
bayaran untuk dua bilik sekali termasuk
seorang rakan yang lain. Ini sangat luar
biasa.

Malam di Tawau yang cukup happening
di pekan Tawau. Meja penuh semuanya
jam 9.00 malam. Baru teringat rupanya
perlawanan bola sepak suku akhir
perlawanan di antara Maghribi dan
Protugal. Duduk berkongsi meja
bersama dua orang remaja perempuan.
Mereka agak kekok. Sehinggalah datang
kawan yang “macam” lelaki dan
akhirnya mereka beredar. Timbul rasa
menyesal seakan mengganggu urusan
mereka. Rasanya orang Sabah cepat
mesra bukan slogan yang tepat di
Tawau.

20


21


22


HARI KE-4

Ahad, 11 Disember 2022

Pagi yang sangat menginsafkan. Pergi

ke Penempatan Kampung Suluk. Berbual
bersama Sishal Abdul ketua kampung
hidayat Batu 4.5 Tawau. Penerangan
oleh Pak Jamal mantan Ketua Kampung
menerangkan keadaan kampung di sini.
Perkampungan di atas air yang cukup
tidak tersusun menjadikan suasana
bukan rasanya berada di Malaysia.

Perjalanan lebih daripada dua jam,
Tawau ke Semporna. Sampai di Jeti
Pelancong Semporna sekitar jam 11.00
pagi. Pengalaman menaiki bot di Sabah
tiada banyak berbeza dengan perjalanan
menaiki bot di laut di Semenanjung.
Pengalaman penulis menaiki bot charted
dari Pulau Pangkor Telok Nipah
merumuskan tidak banyak beza kedua
dua ombak laut ini. Bot yang boleh di isi

23


seramai 12 penumpang membawa
singgah di lokasi pertama ialah Pulau
Timba-Timba.

Apabila bot memperlahankan kelajuan,
mata melihat di permukaan air dan ia
sangat menakjubkan. Air yang jernih
membuat tangan terus mengambil
telefon. Mengambil gambar dan
merakam video sehingga lupa
sepatutnya sudah boleh turun di Pulau.

Seterusnya bot membawa ke lokasi yang
lebih cantik untuk aktiviti snorkling.
Hampir berbelas tahun tidak melakukan
aktiviti ini. Rasanya kali terakhir sekitar
tahun 2001 di Teluk Sagadas Pulau
Langkawi semasa menjadi pelajar tahun
akhir di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Shah Alam. Pada awalnya turun di air.
Kemudian naik semula ke atas bot.
Sudah beberapa ketika baru teringat
teknik untuk tidak terbalik ketika di air
semasa memakai life jacket.

24


Melawat juga di Pulau Mataking untuk
makan tengah hari di situ. Makanan di
bekalkan oleh operator bot. Kemudian
terus ke Pulau Pom-Pom untuk aktiviti
snorkling. Kawasan di sini lebih cantik
dengan melihat batu karang dan
beberapa spesis ikan dengan warna
warni dan berbelang-belang. Kembali ke
jeti dan mandi “ala kadar” untuk bersiap
dan terus ke Sandakan untuk menginap
di sana.

Perjalanan dari Semporna ke Sandakan
lebih kurang 5 jam. Singgah sebentar
untuk minum malam di Lahad Datu.
Suasana agak happening. Pekena Roti
Canai dan Kopi-O. Cerita Lahad Datu
mengingatkan sejarah hitam negara
pada tahun 2013.

25


26


HARI KE-5

Isnin, 12 Disember 2022

BANGUN seawal pagi adalah rutin

lima hari di Sabah. Mengajak teman
untuk bersarapan terlebih dahulu.
Bersarapan di Restoran Harimau
Menangis. Nama restoran sangat
mengujakan. Menu sarapan pagi sama
sahaja seperti menu sarapan pagi di
Semenanjung. Mengambil nasi goreng,
telur mata dan seketul ayam. Secawan
kopi dan juga sekeping karipap menjadi
pelengkap sarapan pagi ini.

Bergerak dari tempat penginapan
homestay Taman Suria Sandakan ke
Sekolah As Salam. Bertanya apakah
tempat menarik di Sandakan kepada
Aswansha (Pemandu van). Terus dia
mengatakan Sandakan di panggil juga
The Little Hong Kong. Kenapa di
namakan begitu kerana kebanyakan

27


bangunan seakan seperti di Hong
Kong.Tetapi tidak dapat melihatnya
secara terus kerana tidak melalui
bandar-bandar di Sandakan. Sipilok
tempat yang menjadi kunjungan
pelancong ke Sandakan. Makan telur
penyu juga antara yang menarik jika ke
Sandakan.Tetapi perlu menaiki bot
dengan jauh perjalanan satu jam. Pulau
itu berhampiran dengan Filipina.
Menurut beliau lagi, jika kita di Pulau itu,
kita boleh mendengar azan yang
berkumandang dari Negara. Ini
menunjukkan betapa dekat pulau itu
dengan perairan malaysia.

Terus ke sekolah As Salam. Sedikit cerita
yang dapat di kongsi berdasarkan
pencarian di internet

Elias Sani atau lebih mesra dipanggil
Cikgu Alias Sani merupakan bekas
Timbalan Pengerusi Parti Amanah di
Sabah merangkap Pengarah Strategi
parti itu di negeri ini.Bagaimanapun

28


telah lompat parti apabila menyertai
Parti Warisan pada 1 Februari
2020.Beliau juga merupakan mantan
pengetua di sekolah As-Salam sebuah
institusi pendidikan yang telah dibina
pada tahun 1989.Selain itu, calon DUN
Sekong juga mengakui beliau pernah
ditahan di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) namun menafikan
dirinya adalah pengganas.Beliau pernah
ditahan pada 2003 hingga 2007, tetapi
tidak pernah dibicarakan dan disabitkan
bersalah.Sementara itu,
beliau juga sering terlibat dalam
pelbagai gerakan aktiviti
kemasyarakatan dan aktivis
sukarelawan memelihara kebersihan di
daerah Sandakan.Beliau seringkali
menyertai aktiviti program kesedaran
membersihkan sampah-sarap di
kawasan persisiran pantai dan kawasan
perumahan di kawasan Batu Sapi setiap
tahun.
(https://pru.sinarharian.com.my/calon/
6805/alias-sani)

29


Sangat teruja menerima kedatangan
rombongan Unisel. Universiti pertama
yang berkunjung di As-Salam.
Menyatakan untuk meneruskan Program
Nursing di Unisel. Dan terus menetapkan
tarikh untuk membuat kunjung hormat
secara khusus berkaitan menawarkan 80
pelajar di Shah Alam pada 19hb
Disember nanti.

Sedikit tayangan montaj yang
disediakan serta persembahan pelajar
pelajar As Salam. Persembahan yang
menampakkan mereka sangat bersedia
untuk menerima kunjungan rombongan
Unisel. Setelah selesai persembahan,
sebagai tanda menghargai, kami berdiri
dan memberi tepukan.

Pertemuan yang cukup memberi

gambaran perjuangan anak Sabah.

Perkataan “berjiwa besar”

menggambarkan masyarakat Sabah

yang memerlukan pendidikan.

30


Menceritakan salah seorang daripada
anak murid yang terpaksa menjual air
laut kepada peniaga kedai ikan.
Mengambil air laut menggunakan baldi
dengan menjual hanya 50 sen bagi
membayar yuran As salam. Lewat setiap
hari ke sekolah dan berjalan sejauh lebih
5km untuk datang semula ke sekolah.
Menarik untuk dikongsikan tulisan di
dinding sebelah dewan sekolah ini. Kata-
kata yang semakin pudar tetapi
mempunyai makna yang cukup dalam
untuk di hayati. Ini tulisan Arwah Cikgu
Osman Sani, Pengetua sekolah ini tahun
1989-1995.

31


Bila kita gagal menjangkau harapan
Bukan kerana kita terlalu rendah

Bila kita gagal memetik murninya buah-
buah impian

Bukan kerana kita silau terpancar
beberapa waktu

Bila kita gagal memilih warna-warna
kehidupan

Bukan kerana kita terlalu mentafsir
gambar

Bila kita gagal menginsafi rembang &
mega kewujudan

Bukan kerana kita cinta dan merasai
kedhaifan

Kerana segala kelemahan adalah dalil
Untuk kita terus optimis

Menjunjung istiqomah mendaulat
ILTIZAM

Sambil sabar merunut TAKLIF.

32


Sebuah cerita kemanusian dan erti kasih
sayang yang panjang seakan tiada
noktah. Singgh di Tapak Perkuburan
Islam, Jalan Aman Sandakan. Turun dari
Van menemani Mokhtar Dahari b. Dawe
menziarahi kubur abangnya, Hassan
Baseri b. Dawe. Menurut beliau arwah
abangnya terlibat di dalam kemalangan
di Kuala Lumpur. Meninggal dunia
setelah koma lebih enam bulan. Menurut
beliau lagi, hampir setiap hari beliau
akan berjalan kaki pulang dari sekolah
untuk menziarahi kubur abangnya
sepanjang bersekolah di Sandakan.

Meneruskan perjalanan ke KK semula.
Tiada banyak beza perjalanan ini. Cuma
sempat melihat banyak jentera seperti
eskavator tidak bekerja. Pengamatan
aku, ia mungkin kurang pemantauan
sehingga banyak pemandu jentera
releks dari bekerja. Difahamkan laluan
yang sedang dibuat adalah lebuhraya
Pan Borneo.

33


Singgah di Road Check Point (RCP) Sapi
Nangoh. Singgah kerana ada ahli
kumpulan yang hendak ke tandas. RCP
adalah tempat di mana Polis
Hutan@PGA menjaga laluan darat.
Sempat berbual dengan seorang
anggota. Nampak seperti berpangkat.
Berasal dari Kelantan dan sudah
berkhidmat lebih 26 tahun di Sabah.

Singgah juga di Sabah Teh, Tempat satu
satunya ladang teh yang berada di
kawasan panas. Mengikut pencarian di
laman sesawang ia merupakan ladang
teh organik di Malaysia.Menarik untuk
menulis di sini, apabila melihat satu tugu
peringatan. Terdapat bendera Negara
British dan Bendera Negeri Sabah. Cuba
mencari maklumat lanjut di laman
sesawang, tetapi ia amat terhad.

Konflik tercetus di Kawasan tinggi yang
indah ini. Terkilan tetapi bukan
menyesal. Teringat kata-kata arwah Prof

34


Saharuddin, esprit de cores. Sayang
kalau ini terus terjadi. Kerana kita adalah
Pasukan Besar Universiti.Telah aku tulis,
dan ia tetap satu sejarah dalam lipatan
yan cukup indah.

Meneruskan perjalanan dengan melalui
Jambatan Tamaparuli setelah solat
jamak Qasar Zohor Asar dan Maghrib
Isyak di masjid Kundasang. Sedikit cerita
di sini, bacaan imam yang
mengimamkan solat Maghrib bunyi
bacaan sama seperti di Malaysia.Azan
sahaja yang merasakan kita di bumi
Sabah.

Tidak melalui jambatan bersejarah
Tamaparuli apabila agak lewat dan
faktor banjir di persimpangan ke
jambatan. Keazaman penulis dan
mengambil semangat titi@jambatan di
Tasik Lindungan Burung ia membuat
penulis menyimpan azam untuk ke sini
semula suatu waktu yang lain.

35


Keazaman dan proses melengkapkan
titi@jambatan di laluan Tasik Lindungan
Burung merupakan cabaran yang
diharungi. Cabaran kemanusian, iklim
termasuk monsun yang tidak menentu
sekitar Disember. Titi@jambatan akan
tenggelam @ limpah air.

Hari ini seakan cerita benar. Apabila
sampai di persimpangan di Jambatan
Tamaparuli pemandu van meritahu
jambatan jambatan yang bersejarah
tidak boleh di lalui oleh keadaan yang
sama. Limpahan air hujan menjadikan
jambatan itu tengelam. Penceritaan ini
menjadikan ia pelengkap kepada cerita
ini. Ikutilah penulisan di bawah melalui
carian di lama sesawang yang ada.

Kalau London ada Tower Bridge dan San
Francisco ada Golden Gate, Sabah pula
ada jambatan Tamparuli. Jambatan ini
sebenarnya salah satu jambatan kayu
yang hampir sama macam di mana-

36


mana jambatan gantung lain yang ada
di Sabah. Tetapi ia popular disebabkan
sebuah lagu yang ditulis oleh seorang
penyanyi Kadazandusun yang
menceritakan tentang hidup orang kat
sini.

Kalau mengikut kisah orang tempatan,
jambatan untuk kenderaan sebenarnya
dibina oleh jurutera British selepas
perang (sekitar tahun 1950an). Struktur
pembinaan jambatan ini terus-menerus
roboh. Walau apapun yang dilakukan ia
tidak dapat menahan arus sungai
terutamanya pada waktu hujan.

Pada masa yang sama jurutera ini juga
telah jatuh cinta dengan seorang anak
dara tempatan. Akan tetapi beliau
bertambah kecewa sebab bukan sahaja
jambatannya roboh, tapi hatinya juga
hancur apabila mendapat tahu bahawa
buah hatinya bermain kayu tiga.

Pada satu hari beliau menemui seorang
pawang dan bertanyakan tentang

37


masalah jambatan beliau. Beliau
diberitahu bahawa semangat sungai itu
mahukan korban seorang anak dara.
Jurutera ini mengambil keputusan untuk
memperdayakan kekasihnya dan
menjadikannya sebagai korban —
sebagai balasan kerana bermain kayu
tiga dengan nya.
Kekasihnya ditanam di tiang pertama
jambatan ini. Akan tetapi sama seperti
kisah Mahsuri, wanita tersebut
bersumpah jambatan ini akan terus
roboh sehinggalah darah jurutera
tersebut dialirkan di sungai itu. Jurutera
British ini akhirnya membunuh diri beliau
di sungai ini. Jadi kalau anda terdengar
bawa ada yang menggelarnya sebagai
Lovers River, ini adalah antara
sebabnya. Bait-bait kata lagu Jambatan
Tamparuli.

38


Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli

Bakasut tinggi oku
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli

Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku
Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan

Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli
Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli

Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi

39


Terjemahan
Pak pak saya melangkah
Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli

Saya berkasut tinggi
Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli
Pak pak saya melangkah

Saya berkasut tinggi
Celaka* kasut saya
Terjatuh di jambatan
Hanya tinggal stokin
Saya bawa pulang rumah

Pada hari rabu
Tamu di Tamparuli
Saya masuk serata kedai
Mencari kasut tinggi

40


41


42


HARI KE-6

Selasa, 13 Disember 2022

Lawatan Ke Kolej Universiti

Yayasan Sabah (UCSF). Bertukar tukar
pandangan berkaitan hubungan
kerjasama yang boleh dibuat. Mereka
sangat berminat untuk program
kejururawatan. Ia membuka peluang
yang besar kepada Unisel. Berbincang
berkisar berkaitan dengan mencari
penajaan daripada Yayasan Sabah.
Iklan yayasan keluar selepas keputusan
peperiksaan keluar. Penajaan dibuka
setahun sekali. Unisel membuat
pengambilan Ogos. Unisel berbincang
untuk special skim untuk Unisel. Ia
seakan positif apabila proses itu masih
juga berjalan sehingga keputusan tajaan
akan memberi keputusan.
Unisel sebagai Patner atau Potential
Patner untuk melaksanakan program
khas untuk Yayasan Sabah. Memohon

43


ruang pengiklanan sekiranya ada di
peringkat Yayasan Sabah. Ada juga
tajaan yang telah di buat seperti pelajar
Pengajian Islam, Pendidikan Awal
Kanak-Kanak dan Kerujurawatan.
Dihentikan tajaan oleh Yayasan Sabah
program Jururawat apabila beberapa
kolej sebelum ini ada masalah. Alasan
mereka ialah lebihan jururawat.
Unisel mencadangkan tajaan tiket
penerbangan kepada anak-anak Sabah
yang belajar di Unisel. Yayasan Sabah
ada memaklumkan beberapa tajaan lain
yang juga membantu. Melihat ke
hadapan Program Psikologi pada masa
di hadapan untuk bekerjasama dengan
Kolej Universiti Yayasan Sabah.
Melihat beberapa koliberasi melibatkan
Unisel dan UCSF pada masa hadapan
bersama Visual Art dan Fakulti Sains
Kesihatan. Menawarkan tawaran
istimewa berkaitan Enginering dan Sains
Hayat yang baru di luluskan di peringkat
Universiti. Diploma daripada politeknik,

44


yuran semester pertama adalah
percuma jika belajar di UNISEL. Ini
sangat menarik untuk sesuatu yang
baharu di tawarkan di Sabah.
Lawatan diteruskan di Majlis Ugama
Islam Sabah. Seramai 10,500 fakir
terima RM400-RM500 sebulan. Cabaran
untuk memberi pendidikan secara
berterusan selama 5 tahun. Permohonan
zakat di buka sepanjang tahun. Tempoh
permohonan awal adalah selama 6
bulan. Dermasiswa akan di bawa ke
majlis tertinggi agama Islam Sabah.
Malam ini sekali lagi memori yang sangat
indah. Dapat menunaikan solat Maghrib
di Masjid di Bandar KK. Laungan azan
bunyi Sabah masih ada. Imam yang
mengimamkan solat sama bacaan
seperti di Semenanjung. Malam
berkunjung ke rumah Hj. Sulaiman bin
Hj. Osman. Pengurus Rumah anak yatim
tahfiz Tuaran.Kunjungan ini lebih
kepada kunjungan sahabat ke sahabat
setelah sekian lama tidak bertemu.

45


Click to View FlipBook Version