The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alfillah, 2022-12-20 04:32:47

Sabah Aku Datang

Sabah Aku Datang

Pertemuan yang sangat mesra. Bercerita
berkisar masa lampau. Sesekali bercerita
tentang hal kekeluarga. Ia nampak
sangat akrab sehingga lupa untuk di
jemput makan. Lauk yang di hidangkan
sangat sedap. Penuh meja dengan
pelbagai lauk. Menu ikan putih masak
pedas serta pencuci mulut puding kuah.
Nasi minyak bersama kuah kambing
juga menjadi hidangan yang di sediakan.
Kunjungan ini khusus membincangkan
hubungan kerjasama sama SMART
Thafiz Unisel. Peluang yang lebih besar
untuk pelajar lepasan SPM di Sabah
untuk meneruskan pengajian di Unisel.
Brain storming sebelum pulang semula
ke Semenanjung jam 8.39 malam. Ini
menunjukan ‘serius’ Y. Bhg Dato.Bukan
makan angin. Ada juga yang kebetulan
telefon “Oooo…berjalan-jalan di Sabah
dengan Dato ya”. Sempit otak yang
berkopiah.

46


Tindakan lanjut:

Dato akan membawa idea dan
cadangan kepada Menteri
beberapa perkara yang sangat
penting di antaranya kepada Datuk
Seri Saifuddin Nasution untuk

bincang beberapa perkara. Dato
akan memanggil Visual Art
Department (VAD). Prof Arsiah
akan dilantik sebagai Profesor
Adjung Unisel di dalam bidang
Business Management. Terdapat
lebih 11 ribu komuniti Bugis di
Sabah. Ini merupakan satu peluang
yang sangat terbuka kepada Unisel.

Sharikh Dali bin Mahad di minta
untuk fokus program berkaitan
program kesihatan dan melaporan
ke Mesyuarat Eksekutif. Cikgu Elias
Sani akan melawat pada selasa
20hb jam 9.00 pagi. Ini merupakan
kunjung balas bagi perbincangan
Khas berkaitan program
kejururawatan di Unisel.

47


Moktar Dahari b. Dawe dan Mohd
Firdaus b. Mohd Fathur Rahman
perlu menghubungi Kaunselor dan
Tingkatan 6. Ini menggunakan
platform Wadah Sabah.
Menggunakan pengaruh Dato Amin
Senin bagi tujuan ini. Perancangan

segera pada awal Januari untuk
menghantar rombongan ke Sabah
khusus kepada perkara ini. Kenal
pasti sekolah untuk pemasaran
bersasar. Berhubung dengan
sekolah. Pensyarah dari Fakulti
Perniagaan, Fakulti Pendidikan dan
VAD perlu di gerakan bagi
menawarkan program yang boleh
“dijual”. Pensyarah ini yang akan
memberi “talk” kepada “prospek”
pelajar-pelajar ini.

Hafiz b. Abdul Rahim bersama
bersama Prof Sidin diminta untuk
meniliti perkara yang boleh
memberi impak yang lebih baik
kepada galeri VAD unisel dengan

48


mengambil Universiti College
Sabah Foundation.
Y. Bhg. Dato akan membawa
perkara khas di dalam Eksekutif
akan putuskan sebagai contoh
pakej ambil di airport terus ke
asrama. Minta PM. Dr. Hamdan b
Dato Mohd Salleh untuk
bentangkan dalam eksekutif
alumni di Sabah untuk membantu
urusan pemasaran. Prof Dr. Md
Sidin b. Ahmad Ishak ada
memaklumkan ada meminta data
alumni Sabah untuk membantu
pemasaran sebelum ini.

49


50


HARI KE-7

Rabu, 14 Disember 2022

Aku merasakan, Sabah seakan sama

semuanya seperti di Semenanjung. Hari
terakhir yang pastinya di nanti oleh
setiap pelancong. Masuk ke Pasar
Filipina. Sesak dengan orang dan
barangan. Sebelum itu tawaran pertama
yang akan datang ialah cermin mata dan
tali pinggang yang di jual oleh penjual
jalanan. Tidak perlu risau, ini buka
“Petaling Street” tahun 90an.

Ikan bilis, udang kering, ikan masin,
sotong kering antara tarikan kerana
harga yang murah di banding dengan di
Semenanjung. Paling menarik jika
pembelian melebih kapisiti beg plastik,
penjual rata-rata akan menyediakan
kotak untuk mengisi barang yang dibeli.
Sangat berkemahiran membungkus.
Jangan risau, kotak akan dibuat tangkai

51


pemegang supaya mudah untuk
membawa.

Peringatan, pastikan menulis nama,
Nombor kapal terbang dan Nombor
telefon pada kotak untuk memudahkan
semasa check-in di lapangan terbang
nanti. Cuma di sini peranan marker pen
sangat penting. Carilah atau sediakan
lebih awal sebelum terbang ke Sabah.

Boleh terus mencari barangan lain.
Sama seperti pasar seni di Puduraya.
Baju Sabah, gelang mutiara, keronsang,
butang baju melayu, beg untuk isi
telekong atau Al Quran, key-chain,
fridge magnet dan pelbagai lagi boleh
dipilih untuk membeli.

Sebelum berlepas, risau memikirkan
kuih cincin yang dibeli. Meletak bersama
beg di luggage. Jalan selamat membeli
kuih cincin di Airport sebelum menaiki

52


pesawat. Ini di atas nasihat kawan yang
sekali di dalam rombongan ini.
Sebelum terlupa, bagi beg berzip yang
hendak letak di luggage, elok di ikat.
Kebetulan Mohd Khatta b. Marwah ada
cable tight. Penting untuk memastikan
beg tidak mudah di buka oleh orang lain.
Soal beg tidak di baling-baling itu buka
urusan kita
Penerbangan balik ke Semenanjung
menaiki pesawat MH2607 jam 4.00.
SEKIAN, SABAH AKU DATANG…..

53


54


Rumusan 7 hari

Adakah Sabah market Unisel?

Pemasaran besasar, mengenali

individu yang berpengaruh besar,
hubungan pengurusan Unisel yang
akrab dengan NGO meyakinkan Unisel
mampu “menakluki” bumi Sabah.

“Beshop” pemasaran kena bekerja kuat.
Yang pergi perlu mengambil semangat
perjuangan dan “berjiwa besar”. Alumni
Sabah perlu di gerakan secara total.
Perlu ingat, usaha ini akan tahu menang
apabila jumlah kemasukan pada tiga
pengambilan tahun hadapan.

Mesyuarat setiap minggu atau dua
minggu sekali perlu di gerakan. Perkara
ini bukan main-main. Perjalanan susah
payah, penat lelah perlu di bayar dengan
kedatangan orang Sabah belajar di
Unisel. Bukan ikin bilis mata biru, ikan

55


bilis kopek, butang dan keronsang
Mutiara air masin menjadi cerita di luar.
Kita buktikan jumlah pelajar meningkat
bakal kita raikan hujung tahun 2023.
Berapa jumlah untuk tiga intake itu kita
“lekat” elok kat minda kita.

56


Salam kasih Sayang buat…

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman
Prof. Dr. Md. Sidin Ahmad Ishak
PM Dr. Mohd Norazwan A. Bakar
Hafiz Abdul Rahim
Mohd Khatta Marwah
Hasril Abu Hassan
Moktar Dahari Dawe
Mohd Iqwaniata Taib
Mohd Firdaus Mohd Fathur Rahman
Mohd Sharikh Dali Mahad
Ab. Razak Aripin

57


Click to View FlipBook Version