The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANAIZ ROZA, 2021-11-10 00:28:38

KOLEKSI SOALAN FIZIK SPM 2021

FIZIK

Keywords: FIZIK

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

MULAI TAHUN 2021

FIZIK
(KOD: 4531)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Diterbitkan oleh:

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© Lembaga Peperiksaan 2020
Cetakan Pertama 2020

Hak Cipta Terpelihara.
Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku

Sijil Pelajaran Malaysia: Format Pentaksiran Mulai Tahun 2021
ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan

dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada:
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

KATA PENGANTAR

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan
untuk menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu,
perekaan bentuk format pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh
LP sebaik sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima mulai tahun 2020. Perekaan bentuk
tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen,
pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen
pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan
peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai. Perekaan bentuk ini
melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Fizik yang merupakan
mata pelajaran elektif pada peringkat SPM.

Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum
kebangsaan sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk
berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Prinsip-prinsip asas
pentaksiran terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan
kualiti juga amat dititikberatkan. Pentaksiran turut memberikan fokus khusus kepada pencapaian
objektif mata pelajaran dan aspek-aspek yang ditaksir, iaitu bidang pengetahuan, kemahiran
dan nilai di samping memastikan keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevanan
dan kecukupcakupan dari aspek standard kandungan dan standard pembelajaran. Melalui
perekaan bentuk, LP berjaya menghasilkan format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut.
Format pentaksiran ini telah diluluskan pada 4 November 2020 oleh
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan (MJKK) Bil.2/2020 dan digunakan sepenuhnya
dalam SPM mulai tahun 2021.

Buku format pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat untuk mendekatkan
pentaksiran dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan.
Harapan LP agar semua maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan huraian
yang jelas tentang perkara, cara dan bentuk pentaksiran dapat dilaksanakan. Usaha murni ini
sangat penting untuk memberikan keadilan kepada semua calon yang menduduki peperiksaan dan
menjaga kewibawaan institusi LP. LP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam perekaan bentuk dan penghasilan
format pentaksiran ini. Semoga pelaksanaan format pentaksiran ini akan dapat mencapai hasrat
dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan serta mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

ISI KANDUNGAN 4
4
1.0 Pengenalan 6
2.0 Asas Pertimbangan Dalam Pentaksiran 6
3.0 Punca Kuasa 7
4.0 Matlamat Mata Pelajaran 7
5.0 Objektif Mata Pelajaran (OM) 8
6.0 Objektif Pentaksiran (OP) 10
7.0 Elemen dan Aspek Yang Ditaksir 10
8.0 Aras Kesukaran Item 12
9.0 Format Pentaksiran 13
10.0 Contoh Item 17
11.0 Lampiran 1 26
12.0 Lampiran 2 46
13.0 Lampiran 3
14.0 Senarai Kod Elemen, Elemen, Penerangan Elemen, Kod

Aspek, Aspek, Penerangan Aspek Dan Kriteria Aspek
Bagi Mata Pelajaran Fizik

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 3

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

1.0 PENGENALAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat
mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk
format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan
bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.

2.0 ASAS PERTIMBANGAN DALAM PENTAKSIRAN

Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format
pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:

2.1 KESAHAN

Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan
kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah
memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan
objektif mata pelajaran. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan
kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi
kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen
pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan
oleh kurikulum standard.

2.2 KEBOLEHPERCAYAAN

Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu
ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka
bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah
untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran
yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan
tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

2.3 KEOBJEKTIFAN

Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap
instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian
tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang
dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran
yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada
skor yang akan diperoleh.

Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang
pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir
memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah
atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang
objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat
penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah
atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin
kebolehpercayaan skor.

2.4 KEBOLEHTADBIRAN

Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi
kos, masa dan personel sama ada program berpusat atau pentaksiran berasaskan
sekolah.

2.5 KEMUDAHTAFSIRAN

Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam
memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir.
Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai
kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab
serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 5

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

2.6 KEKOMPREHENSIFAN

Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu
ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam
kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan
landasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang terlibat
dengan proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur prinsip-prinsip
pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat
dicapai dengan jayanya.

3.0 PUNCA KUASA

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan
format pentaksiran bagi mata pelajaran Fizik mulai tahun 2021. Format tersebut telah
dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 2/2020 pada
4 November 2020.

4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN

KSSM Fizik bermatlamat untuk menghasilkan murid berliterasi sains dengan memberi
pengalaman pembelajaran dalam proses memahami konsep fizik, membangunkan
kemahiran, menggunakan pelbagai strategi dan mengaplikasikan pengetahuan fizik
berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni serta memahami kesan perkembangan
sains dan teknologi dalam masyarakat. Di samping itu, murid boleh berkomunikasi dan
membuat keputusan berdasarkan bukti saintifik, serta menyediakan mereka untuk
meneruskan pendidikan lanjutan dan kerjaya dalam bidang STEM.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 6

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)
Berdasarkan Objektif Mata Pelajaran Fizik, Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) membolehkan murid:

OM1 : Mengukuhkan minat dan kecenderungan dalam bidang fizik;

OM2 : Memantapkan dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik
dan nilai murni dalam fizik melalui penyiasatan saintifik;

OM3 : Meningkatkan keupayaan untuk berfikir secara logik, rasional, kritis
dan kreatif melalui proses pemahaman dan pengaplikasian fizik dalam
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah;

OM4 : Menerima bahawa pengetahuan fizik bersifat sementara dan berkembang;

OM5 : Mengamalkan penggunaan bahasa fizik dan melengkapkan murid dengan
kemahiran dalam menyampaikan idea-idea fizik dalam konteks yang
berkaitan;

OM6 : Membangunkan minda tentang konsep, teori dan hukum fizik, berfikiran
terbuka, objektif dan proaktif;

OM7 : Menyedari implikasi sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi dalam
bidang fizik, dan prihatin terhadap alam sekitar dan masyarakat; dan

OM8 : Menghargai fizik dan aplikasinya dalam membantu menjelaskan fenomena
dan menyelesaikan masalah sebenar.

6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN (OP)

Berdasarkan Objektif Mata Pelajaran Fizik, Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) membolehkan murid melakukan perkara OM 1 hingga OM 8.
Objektif pentaksiran dikenal pasti berdasarkan Objektif Mata Pelajaran. Konstruk
(perkara yang hendak ditaksir) dalam mata pelajaran Fizik ialah:

OP1 : Kebolehan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni serta mempamerkan
pengetahuan dan kemahiran melalui penyiasatan saintifik;

OP2 : Kebolehan mengingat kembali pengetahuan fizik;

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 7

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

OP3 : Kebolehan menjelaskan pengetahuan fizik untuk menyampaikan idea-idea
dalam konteks yang berkaitan;

OP4 : Kebolehan mengaplikasi pengetahuan fizik untuk menjelaskan kejadian
ataufenomena alam secara kritis dan kreatif;

OP5 : Kebolehan menganalisis pengetahuan fizik mengenai kejadian atau
fenomenaalam secara objektif;

OP6 : Kebolehan menilai maklumat dengan menggunakan pengetahuan fizik dan
membuat keputusan secara objektif serta berfikiran terbuka; dan

OP7 : Kebolehan mereka cipta dengan menggabungkan komponen-komponen
untuk menghasilkan keseluruhan idea atau sesuatu yang baharu dan kreatif
menggunakan pengetahuan fizik.

7.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DITAKSIR
7.1 Elemen yang ditaksir dalam mata pelajaran ini ialah:

Elemen 1 : Kemahiran Proses Sains [SF01]
Elemen 2 : Kemahiran Manipulatif [SF02]
Elemen 3 : Sikap Saintifik dan Nilai Murni [SF03]
Elemen 4 : Mengingat [PF01]
Elemen 5 : Memahami [KF01]
Elemen 6 : Mengaplikasi [KF02]
Elemen 7 : Menganalisis [KF03]
Elemen 8 : Menilai [KF04]
Elemen 9 : Mencipta [KF05]

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 8

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

7.2 Senarai Elemen / Konstruk dan Aspek yang Ditaksir

KOD ELEMEN KOD ASPEK
ELEMEN ASPEK
SF0101 Memerhati
SF01 Kemahiran SF0102 Mengelas
Proses Sains SF0103 Mengukur dan Menggunakan Nombor
SF0104 Membuat Inferens
SF02 Kemahiran SF0105 Meramal
Manipulatif SF0106 Berkomunikasi
SF0107 Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
SF03 Sikap Saintifik SF0108 Mentafsir Data
dan Nilai Murni SF0109 Mendefinisi Secara Operasi
SF0110 Mengawal Pemboleh Ubah
PF01 Mengingat SF0111 Membuat Hipotesis
SF0112 Mengeksperimen
KF01 Memahami Menggunakan dan Mengendalikan Peralatan Sains
SF0201 dan Bahan
KF02 Mengaplikasi Mengendalikan Spesimen
SF0202 Melakar Spesimen, Bahan dan Peralatan Sains
KF03 Menganalisis SF0203 Membersihkan Peralatan Sains
KF04 Menilai SF0204 Menyimpan Peralatan Sains dan Bahan
KF05 Mencipta SF0205
Mengamalkan Sikap Saintifik dan Nilai Murni
SF0101
Fakta
PF0101 Konsep
PF0102 Prinsip
PF0103 Teori
PF0104 Hukum
PF0105 Penterjemahan
KF0101 Interpretasi
KF0102 Ekstrapolasi
KF0103 Pemahaman Konsep dan Prinsip
KF0104 Aplikasi Pengetahuan Secara Kualitatif
KF0201 Aplikasi Pengetahuan Secara Kuantitatif
KF0202 Menganalisis Berdasarkan Ciri Sepunya dan/atau
Hubungan Pemboleh Ubah
KF0301 Menilai
Mencipta
KF0401
KF0501

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 9

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

8.0 ARAS KESUKARAN ITEM

Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada
aras kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T).

8.1 Aras R
Item yang mempunyai aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh
lebih 60% calon (sebahagian besar calon).

8.2 Aras S
Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh 40%
hingga 60% calon.

8.3 Aras T
Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh
kurang 40% calon (sebahagian kecil calon).

9.0 FORMAT PENTAKSIRAN

Pentaksiran mata pelajaran Fizik menggunakan tiga instrumen iaitu;
9.1 4531/1 – Fizik Kertas 1 (Objektif)
9.2 4531/2 – Fizik Kertas 2 (Subjektif)
9.3 4531/3 – Fizik Kertas 3 (Ujian Amali)
Format pentaksiran ini ditunjukkan pada halaman 11.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 10

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021
MATA PELAJARAN FIZIK (4531)

Bil. Perkara Kertas 1 (4531/1) Kertas 2 (4531/2) Kertas 3 (4531/3)

1 Jenis instrumen Ujian Bertulis Ujian Amali

2 Jenis item Item Objektif  Subjektif Berstruktur Item subjektif
• Aneka pilihan  Subjektif Respon Terhad • Item berstruktur
• Aneka gabungan  Subjektif Respon Terbuka

Bahagian A: (60 markah)
 8 item

(Jawab semua soalan)

3 Bilangan soalan 40 soalan (40 markah) Bahagian B: (20 markah)  1 soalan
(Jawab semua soalan)  2 item

(Jawab satu soalan)

4 Jumlah Markah 40 markah Bahagian C: (20 markah) 15 markah
5 Konstruk  1 item
6 Tempoh Ujian  Mengingat  Kemahiran Proses Sains
 Memahami 100 markah
 Mengaplikasi • Sesi merancang:
 Menganalisis  Mengingat 5 minit
 Memahami
1 jam 15 minit  Mengaplikasi
 Menganalisis
 Menilai
 Mencipta

2 jam 30 minit

• Masa menjawab:
40 minit

7 Cakupan Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam
Konstruk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

KSSM(Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)

8 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi
5:3:2

9 Kaedah Dikotomus Analitik
Penskoran

10 Alatan Kalkulator saintifik
Tambahan

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 11

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

10.0 CONTOH ITEM

10.1 Contoh item ialah contoh-contoh item yang telah disediakan untuk memberikan
idea kepada pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang
ditaburkan pada keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian
spesifikasi ujian. Rujuk Lampiran 1, 2 dan 3.

10.2 Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian
yang piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi
ujian tersebut tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 12

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

LAMPIRAN 1

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021

FIZIK
(4531)

CONTOH ITEM
4531/1 - FIZIK KERTAS 1

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 13

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

1 Rajah 1 menunjukkan dua troli sebelum dan selepas perlanggaran.
Diagram 1 shows two trolleys before and after collision.

Plastisin
Plasticine

u = 2 m s-1 u=0

m = 1.5 kg m = 1.0 kg

Sebelum perlanggaran v
Before collision

Selepas perlanggaran Melekat bersama
After collision Stick together

Rajah 1
Diagram 1

Berapakah halaju kedua-dua troli selepas perlanggaran?
What is the velocity of both trolleys after collision?

A 0.60 m s–1
B 0.83 m s–1
C 1.20 m s–1
D 2.00 m s–1

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 14

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

2 Rajah 2 menunjukkan kapal yang sama semasa terapung di laut dan di muara sungai.
Diagram 2 shows the same ship while floating at sea and river bay.

Laut Muara sungai
Sea River bay

Rajah 2
Diagram 2
Berdasarkan pemerhatian anda dalam Rajah 8, manakah pernyataan yang betul?
Based on your observation in Diagram 8, which statement is correct?
A Peningkatan ketumpatan kapal akan meningkatkan aras kapal tenggelam
The increasing of the ship density will increase the sinking ship level.
B Penurunan ketumpatan air akan meningkatkan aras kapal tenggelam.
The decreasing of water density will increase the sinking ship level
C Peningkatan kemasinan air akan meningkatkan ketumpatan kapal.
The increasing of water salinity will increase the density of ship.
D Penurunan suhu air akan meningkatkan ketumpatan kapal.
The decreasing of water temperature will increase the density of ship.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 15

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

3 Tenaga nuklear sesuai digunakan untuk menjana tenaga elektrik di Malaysia kerana
A nuclear energy is suitable to generate electricity in Malaysia because

I memerlukan kawasan yang luas dalam pembinaan stesen janakuasa.
it does need a large area to build a power station.

II boleh megurangkan kesan rumah hijau dan boleh mengurangkan pemanasan
global.
it can decrease the greenhouse effect and can decrease the global warming.

III dapat menghasilkan tenaga elektrik yang besar dengan menggunakan sumber
bahan api yang kecil.
it can produce a big amount of electrical energy using a small amount of fuel.

A I dan II sahaja
I and II only

B I dan III sahaja
I and III only

C II dan III sahaja
II and III only

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 16

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

LAMPIRAN 2

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021

FIZIK
(4531)

CONTOH ITEM
4531/2 - FIZIK KERTAS 2

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 17

Bahagian A FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK
Section A
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa

4 Rajah 4.1 menunjukkan struktur sebuah enjin jet. Enjin jet bekerja berdasarkan
prinsip keabadian momentum.
Diagram 4.1 shows the structure of a jet engine. The jet engine works according
to the principle of conservation of momentum.

Udara masuk Gas ekzos
Air intake melalui bukaan
Exhaust gases
through opening

Bilah Kebuk pembakaran
Blade Combustion chamber

Rajah 4.1
Diagram 4.1

(a) (i) Nyatakan prinsip keabadian momentum. 4(a)(i)
State the principle of conservation of momentum. 1

..................................................................................................................... 4(a)(ii)
[1 markah] 3
[1 mark]

ii) Dari segi prinsip keabadian momentum, terangkan bagaimana jet enjin
berfungsi.
In term of the principle of conservation of momentum, explain how the jet
engine works.

....................................................................................................................

....................................................................................................................

....................................................................................................................
[3 markah]
[3 marks]

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 18

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

Untuk (b) Enjin jet itu mempunyai tujah ke depan 1 x 106 N.
Kegunaan Jisim jet itu adalah 4.0 x 105 kg.
Pemeriksa
The jet engine has a forward thrust of 1 x 106 N.
The mass of the jet is 4.0 x 105 kg.

(i) Hitung pecutan jet itu.
Calculate the acceleration of the jet.

4(b)(i) [2 markah]
2 [2 marks]

(ii) Jet itu perlu mencapai kelajuan 85 m s –1 untuk membolehkannya berlepas.
Nyatakan nilai laju awal jet.
Seterusnya, hitung panjang minimum landasan yang diperlukan untuk jet ini.
The jet should reach a speed of 85 m s –1 to take off.
State the value of initial speed of the jet.
Then, calculate the minimum length of runway needed for this jet.

4(b)(ii) Laju awal =............................................... ms-1
3 Initial speed

Jumlah Panjang minimum =............................................... m
A4 Minimum length
9
[3 markah]
[3 marks]

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 19

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

Bahagian B
Section B

5 Rajah 9.1 menunjukkan sebuah sistem radar di sebuah lapangan terbang. Gelombang
dihantar daripada sistem radar untuk menentukan jarak sesebuah kapal terbang dari
lapangan terbang.
Diagram 9.1 shows a radar system at an airport. Waves are transmitted from the radar
system to determine the distance between the aeroplane from the airport.

Penerima isyarat Piring parabola
Signal receiver Parabolic disc

Rajah 9.1
Diagram 9.1

Radar tersebut beroperasi pada frekuensi 3 x 109 Hz dan laju gelombang adalah
3 x 108 m s-1.
Penerima isyarat pada sistem radar menerima isyarat yang dipantulkan 1 x 10-3 s selepas

gelombang tersebut dipancarkan.
The radar operates at a frequency of 3 x 109 Hz and the waves travel at a speed of
3 x 108 m s-1.
The signal receiver of the radar system picks up the reflected waves 1 x 10-3 s after the
waves are transmitted.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 20

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

(a) Apakah.yang dimaksudkan dengan frekuensi?
What is meant by frequency?

[1 markah]
[1 mark]

(b) Hitung jarak kapal terbang tersebut dari lapangan terbang.
Calculate the distance between the aeroplane from the airport.

[3 markah]
[3 marks]

(c) Syarikat anda diberikan satu projek untuk mengenal pasti dan mencadangkan sistem
radar yang boleh digunakan untuk mengesan kapal terbang di lapangan terbang kecil.
Jadual 9 menunjukkan spesifikasi empat sistem radar K, L, M dan N.
Your company is assigned a project to identify and suggest a radar system that can
be used to detect aeroplane at a small airport.
Table 9 shows the specifications of four radar systems, K, L, M and N.

Sistem radar K L M N

Radar system 10 5 7 12

Diameter piring parabola / m Sama dengan Kurang Sama dengan Kurang
Diameter of the parabolic panjang fokus daripada panjang fokus daripada
dish / m Same as the panjang fokus Same as the panjang fokus
focal length Less than the focal length Less than the
Jarak penerima isyarat dari focal length focal length
pusat piring parabola Gelombang Gelombang Gelombang Gelombang
Distance of the signal mikro radio
mikro radio
receiver from the centre of Microwave Microwave Radio wave Radio wave
the parabolic dish
Tinggi Rendah Rendah Tinggi
Jenis gelombang yang High Low Low High
dipancar

Types of wave transmitted

Ketinggian piring parabola
dari bumi

Height of the parabolic dish
from the ground

Jadual 9
Table 9

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 21

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

(i) Kaji spesifikasi dan justifikasi setiap aspek. Pilih sistem radar yang paling sesuai.
Anda perlu menyakinkan pelanggan dengan memberi mereka alasan mengapa
mereka harus memilih sistem radar yang dicadangkan.
Study the specification and justify each aspect. Choose the most suitable radar
system. You have to convince the customer by giving them reason why they should
choose the suggested radar system.
[10 markah]
[10 marks]

(ii) Selain daripada spesifikasi radar yang diberikan dalam Jadual 9, cadangkan satu
faktor lain bagi radar tersebut untuk mengesan kapal terbang dalam kawasan yang
lebih luas. Beri satu sebab.
Apart of the specification of the radar given in Table 9, suggest another one factor
for the radar to detect the aeroplane over a larger area. Give a reason.
[2 markah]
[2 marks]

(d) Rajah 9.2 menunjukkan sebuah keretapi di dalam terowong.
Diagram 9.2 shows a train in a tunnel.

Keretapi
Train

Rajah 9.2
Diagram 9.2

Gelombang bunyi dari keretapi itu boleh didengar dengan kuat dan jelas pada waktu
malam. Terangkan bagaimana situasi ini terjadi.
The sound waves from the train can be heard loudly and clearly at night.
Explain this situation.

[4 markah]
[4 marks]

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 22

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

Bahagian C
Section C

6 Rajah 11.1 menunjukkan penyusutan radioaktif Xenon-133 dan Iodin-131.
Diagram 11.1 shows the rate of decay of radioactive Xenon-133 and Iodine-131
respectively.

Aktiviti (bilangan per minit)
Activity (counts per minute)

2000 Xenon-133

1500 Iodin-131
Iodine-131
1000
5 10 15 20 25 30 35 Masa (minit)
500 Time (minute)
0
0

Rajah 11.1
Diagram 11.1

(a) (i) Apakah maksud penyusutan radioaktif?
What is the meaning of radioactive decay?

[1 markah]
[1 mark]

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 23

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

(ii) Berdasarkan Rajah 11.1, bandingkan bentuk graf, cara aktiviti berubah
mengikut masa dan masa yang diambil untuk aktiviti menjadi separuh
daripada aktiviti asal bagi Xenon-133 dan Iodin-131.
Namakan masa untuk aktiviti menjadi separuh daripada aktiviti asal.
Based on Diagram 11.1, compare the shape of the graphs, the way the
activity changes with time and the time taken for the activity to become half
of the original activity for Xenon-133 and Iodine-131.
Name the time for the activity to become half of the original activity.
[5 markah]
[5 marks]

(b) Uranium-238 mereput ke Thorium (Th) dengan memancarkan zarah alfa.
Uranium-238 decays to Thorium (Th) by emitting an alpha particle.

(i) Tulis persamaan nuklear mewakili pereputan alfa bagi
Write the nuclear equation expressing the alpha decay of

[2 markah]
[2 marks]

(ii) Apa yang berlaku kepada nombor proton dan nombor neutron bagi
U-238 selepas proses pereputan?

What happens to the proton number and neutron number of U-238 after
the decay process?

[2 markah]
[2 marks]

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 24

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

(c) Sebuah reaktor nuklear direka untuk menjana tenaga elektrik.
A reactor nuclear is designed to generate electrical energy.

Rajah 11.2 menunjukkan keratan rentas bagi satu model reaktor nuclear.
Diagram 11.2 shows a cross section of a nuclear reactor model.

Dinding Pam
Shield Pump

Rod kawalan Rajah 11.2
Control rod Diagram 11.2

Moderator
Moderator

Bahan api
Fuel

Menggunakan pengetahuan tentang tenaga nuklear, cadangkan rekabentuk
sebuah reaktor nuklear yang mempunyai kecekapan tinggi untuk menjana
tenaga elektrik. Dalam penerangan anda, berikan penekanan kepada jenis bahan
api dan separuh hayatnya, bahan untuk rod, bahan untuk moderator serta jenis
dinding.

Using the knowledge about nuclear energy, suggest a nuclear reactor design
that has high efficiency to generate electrical energy. In your explanation,
emphasize on the type and the half life of fuel, the material of the rod, the
material of moderator and thetype of shield.

[10 markah]
[10 marks]

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 25

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

LAMPIRAN 3

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021

CONTOH SENARAI AWAL,
SENARAI AKHIR, ARAHAN
PERSEDIAAN & INSTRUMEN

KERTAS 3

4531/3 – FIZIK KERTAS 3

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 26

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

SULIT

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA XXXX 444555453111///333

FIZIK
KIMIA
BIOLOGI
Ujian Amali
Senarai Awal

UNTUK KEGUNAAN PENYELIA MATA PELAJARAN SAHAJA

AMARAN

Dokumen ini mengandungi Senarai Awal. Dokumen ini adalah SULIT dan
Hak Cipta Kerajaan Malaysia. Oleh itu perhatian sepenuhnya hendaklah
diambil supaya maklumat dalam Senarai Awal ini tidak sampai kepada
calon sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebarang maklumat
dalam Senarai Awal ini tidak boleh disalin dalam apa jua bentuk penulisan
atau percetakan.

444555345111///333 Senarai Awal ini mengandungi 4 halaman bercetak.
Cipta Kerajaan Malaysia [Lihat
© XXXX Hak halaman sebelah
SULIT

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 27

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

SENARAI AWAL

SENARAI RADAS DAN BAHAN
JUMLAH KESELURUHAN RADAS DAN BAHAN
YANG DIPERLUKAN BAGI 20 CALON PER SIDANG

JUMLAH MAKSIMUM SIDANG IALAH 3

Bil. Radas dan bahan Kuantiti
1 Buret 1 unit per calon per sidang
3 unit per calon per sidang
2 Bikar 100 cm3 1 unit per calon per sidang
3 Bikar 150 cm3 1 unit per calon per sidang
4 Bikar 250 cm3 3 unit per calon per sidang
5 Pita magnesium 3 cm 1 botol per calon per sidang
6 Botol berisi air suling 4.0 cm3 per calon per sidang
120 cm3 per calon per sidang
7 Asid sulfurik, H2SO4 pekat 120 cm3 per calon per sidang
8 Asid hidroklorik 2.0 mol dm-3 1 unit per calon per sidang
9 Asid sulfurik 2.0 mol dm-3 1 unit per calon per sidang
1 unit per calon per sidang
10 Pembaris setengah meter 1 unit per calon per sidang
11 Kaki retort
12 Botol air mineral 500 ml
13 Silinder penyukat 25 cm3

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

28

14 Silinder penyukat 100 cm3 FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK
15 Larutan natrium hidroksida
16 150 cm3 kelalang kon 1 unit per calon per sidang
17 Jarum (5-6 cm) 100 cm3 per calon per sidang
18 Benang 50 cm 5 units per calon per sidang
19 Gelang getah putih 20.32 cm 1 unit per calon per sidang
20 Skru bercangkuk 3 cm 1 unit per calon per sidang
21 Cawan kertas (9oz) 1 unit per calon per sidang
22 Jam randik 1 unit per calon per sidang
23 Rod kaca 5 unit per calon per sidang
24 Piring petri dan penutup 1 unit per calon per sidang
25 Jam randik 1 unit per calon per sidang
26 Pisau lipat 3 unit per calon per sidang
27 Forsep 1 unit per calon per sidang
28 Jubin putih 1 unit per calon per sidang
29 Plastik aiskrim Malaysia 1 unit per calon per sidang
30 Limau Kasturi 1 unit per calon per sidang
1 unit per calon per sidang
31 Penitis 2 biji per calon per sidang

32 Plastik berzip bersaiz 6 x 8 cm 1 unit per calon per sidang
1 unit per calon per sidang

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

29

SULIT 1 444555543111///333
CATATAN:

1. Per calon
Bahan habis guna yang dibekalkan kepada setiap calon.

2. Per calon per sidang
Radas dan bahan yang dibekalkan kepada calon bagi setiap sidang dan akan digunakan
oleh calon lain pada sidang seterusnya.

3. Per sidang
Radas dan bahan yang akan digunakan oleh calon bagi setiap sidang. Radas dan bahan
tersebut habis guna atau boleh digunakan pada sidang seterusnya.

SENARAI AWAL TAMAT

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

SULIT FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA XXXX 4531/3

FIZIK

Ujian Amali
Senarai Akhir dan Arahan Persediaan

UNTUK KEGUNAAN PENYELIA MATA PELAJARAN SAHAJA

AMARAN

Dokumen ini mengandungi Senarai Akhir dan Arahan Persediaan bagi Ujian Amali.
Dokumen ini adalah SULIT dan Hak Cipta Kerajaan Malaysia. Oleh itu,
perhatian sepenuhnya hendaklah diambil supaya maklumat dalam Senarai Akhir dan
Arahan Persediaan Ujian Amali ini tidak sampai kepada calon sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Sebarang maklumat dalam Senarai Akhir dan Arahan
Persediaan Ujian Amali ini tidak boleh disalin dalam apa jua bentuk penulisan
atau percetakan.

Senarai Akhir dan Arahan Persediaan ini mengandungi 4 halaman bercetak.

4531/3 © XXXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia [Lihat halaman sebelah
SULIT
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
30

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

4531/3

SENARAI AKHIR

RADAS DAN BAHAN

JUMLAH KESELURUHAN RADAS DAN BAHAN YANG
DIPERLUKAN BAGI 20 CALON PER SIDANG

JUMLAH MAKSIMUM SIDANG IALAH 3 SIDANG.

Bil. Radas dan bahan Kuantiti
1 Getah gelang putih 20.32 cm 1 unit per sidang
2 Kaki retort 1 unit per sidang
3 Pembaris setengah meter 1 unit per sidang
4 Jarum (5 – 6 cm) 1 unit per sidang
5 Botol air mineral 500 ml 1 unit per sidang
6 Skru bercangkuk 3 cm 1 unit per sidang
7 Silinder penyukat 100 cm3 1 unit per sidang

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 31

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

4531/3

ARAHAN PERSEDIAAN Kuantiti

A. SENARAI PERSEDIAAN 1 unit per sidang
1 unit per sidang
Calon hendaklah dibekalkan dengan radas dan bahan berikut. 1 unit per sidang
1 unit per sidang
Bil. Radas dan bahan 1 unit per sidang
1 unit per sidang
1 Getah gelang putih 20.32 cm 1 unit per sidang
2 Kaki retort
3 Pembaris setengah meter
4 Jarum (5–6 cm)
5 Botol air mineral 500 ml
6 Skru bercangkuk 3 cm
7 Silinder penyukat 100 cm3

B. CARA PENYEDIAAN

1. Buka pelekat jenama botol air 500 ml.

2. Skru bercangkuk diskrukan ke penutup botol air di bahagian tengah penutup dan
dilekatkan dengan kuat menggunakan gam yang sesuai seperti ‘glue gun’.

3. Jarum dilekatkan di atas penutup botol menggunakan gam seperti rajah di bawah.

Penutup botol Skru bercangkuk
Jarum

Catatan:

(a) Sediakan satu set radas dan bahan untuk Penyelia Mata Pelajaran, bagi setiap sidang.
(b) Sediakan dua set radas dan bahan sebagai keperluan tambahan calon, bagi setiap sidang.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 32

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

4531/3

C. ARAHAN KHAS

1. Tujuan Ujian Amali ini untuk memastikan calon boleh menjalankan sendiri kerja amali.
Pemeriksa sedar adakalanya seseorang calon mungkin tidak dapat menunjukkan kebolehan
menjalankan amali kerana dia tidak memahami sebahagian teori bagi eksperimen itu. Bagi
mengatasi kesukaran ini, Penyelia Mata Pelajaran diminta memberi bayangan kepada calon
yang tidak boleh meneruskan kerjanya dan kemudian membuat laporan tentang segala bantuan
yang telah diberi. Satu catatan hendaklah dibuat pada borang LAPORAN UJIAN AMALI
tentang sebarang bantuan yang diberi kepada calon.

2. Penyelia Mata Pelajaran hendaklah memberitahu Ketua Pengawas Amali supaya membuat
pengumuman berikut sebelum sidang bermula.

“Calon boleh memulakan eksperimen daripada mana-mana kertas peperiksaan.
Sekiranya calon tidak dapat meneruskan eksperimen tersebut, calon boleh meneruskan
eksperimen bagi kertas peperiksaan yang lain. Jika calon masih tidak dapat meneruskan
eksperimen bagi mana-mana kertas peperiksaan, calon bolehlah berjumpa dengan Ketua
Pengawas Amali dan meminta pertolongan. Saya akan melaporkan kepada Pemeriksa
tentang sebarang bantuan yang diberi dan sedikit markah mungkin dipotong.”

3. Penyelia Mata Pelajaran dikehendaki menjalankan eksperimen bagi tiap-tiap sidang dan
merekodkan semua bacaan dalam ruang yang disediakan di halaman “Halaman bagi
merekodkan keputusan eksperimen bagi tiap-tiap sidang oleh Penyelia Mata Pelajaran”
yang terdapat dalam Laporan Penyelia Mata Pelajaran. Laporan Penyelia Mata Pelajaran akan
diberi pada hari peperiksaan.

4. Kepekatan larutan yang dinyatakan dalam Arahan Persediaan Ujian Amali tidak semestinya
sama dengan kepekatan larutan yang dinyatakan dalam kertas peperiksaan.

5. Penyelia Mata Pelajaran dinasihatkan menggunakan kaedah yang betul dalam penyediaan
bahan dan larutan. Langkah keselamatan semasa menjalankan persediaan hendaklah diberi
keutamaan.

6. Bagi Sidang Kedua dan sidang seterusnya, Penyelia Mata Pelajaran hendaklah memastikan
supaya semua radas bersih dan disusun semula seperti pada permulaan Sidang Pertama.

SENARAI AKHIR DAN ARAHAN PERSEDIAAN TAMAT

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 33

SULIT FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA XXXX 4531/3

FIZIK
Ujian Amali
Laporan Penyelia Mata Pelajaran

UNTUK KEGUNAAN PENYELIA MATA PELAJARAN SAHAJA

AMARAN

Dokumen ini mengandungi Laporan Penyelia Mata Pelajaran. Dokumen ini adalah
SULIT dan Hak Cipta Kerajaan Malaysia. Kegunaannya khusus untuk Penyelia
Mata Pelajaran sahaja. Dokumen ini mestilah diserahkan kepada Ketua Pengawas
Amali untuk dihantar bersama skrip jawapan peperiksaan calon pada setiap sidang.

Laporan Penyelia Mata Pelajaran ini mengandungi 5 halaman bercetak.

[Lihat halaman sebelah

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 34

SULIT FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

4531/3

Halaman bagi merekodkan keputusan eksperimen bagi tiap-tiap sidang oleh
Penyelia Mata Pelajaran

Borang ini mesti dilengkapkan dan diserah kepada Ketua Pengawas Amali bersama skrip jawapan
peperiksaan calon.

LAPORAN UJIAN AMALI

Data yang diperoleh mestilah diisi pada ruang yang disediakan.

Nama Penyelia Mata Pelajaran: ...................................................................................

Pusat Peperiksaan: ………………

Tarikh: …………………. Sidang: ……..………

LAPORAN SOALAN 1

Halaman ini bagi merekodkan keputusan eksperimen
bagi tiap-tiap sidang oleh Guru Mata Pelajaran.

m (g) l (cm) x (cm)
100
150
200
250

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 35

SULIT FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

Pemanjangan, x (cm) 4531/3
Extension, x (cm)
Graf x melawan m
Graph of x against m

Jisim, m (g)
Mass, m (g)

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 36

SULIT FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

4531/3

Borang ini mesti dilengkapkan dan diserahkan kepada Ketua Pengawas Amali bersama dengan
laporan Penyelia Mata Pelajaran.

LAPORAN UJIAN AMALI
4531/3

Penyelia Mata Pelajaran diminta memberi butir-butir seperti berikut:

1 Kesukaran am yang dihadapi oleh Pembantu Makmal/Penyelia Mata
Pelajaran semasa membuat persediaan.

…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………...………
2 Kesukaran yang dialami oleh calon seperti:
(a) Kesukaran yang disebabkan oleh radas dan bahan.

..………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………...………
…………………………………………………………………………………………...

(b) Kesukaran lain misalnya sakit atau kecacatan anggota.

..………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………...………
…………………………………………………………………………………………...

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 37

SULIT FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

3 Bantuan yang diberi kepada calon tertentu. 4531/3

Bil. No. Kad Pengenalan Angka Giliran Bantuan yang diberi
1

2
3

4
5

6
7

LAPORAN PENYELIA MATA PELAJARAN TAMAT

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 38

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

SULIT
NO. KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021 4531/3

FIZIK
Ujian Amali
45 minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.
2. Jawapan hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas

peperiksaan ini.
3. Kertas peperiksaan ini adalah dalam dwibahasa.
4. Jawapan boleh ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
5. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.
6. Kerja mengira anda mesti ditunjukkan.
7. Calon diberi masa lima minit untuk menyemak radas dan bahan yang disediakan

sebelum menjalankan ujian amali.
8. Kertas peperiksaan ini hendaklah diserahkan kepada pengawas amali pada

akhir peperiksaan.

Tampal pelekat di sini

Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

[Lihat halaman sebelah

SULIT

39

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

SENARAI SEMAK CALON
CANDIDATE CHECKLIST

ARAHAN

Anda dikehendaki menyemak radas dan bahan, membaca soalan dan merancang eksperimen dalam
tempoh lima minit yang pertama.
Tandakan (✓) pada ruangan kotak yang disediakan untuk menyemak radas dan bahan
yang disediakan.

INSTRUCTION

You are required to check the list of apparatus and materials, read the questions and plan the
experiment in the first five minutes.
Tick (✓) in the box provided to check the apparatus and materials prepared.

Bil. Radas/Bahan Kuantiti Ya (✓) / Tidak (x)
No. Apparatus/Material Quantity Yes (✓) / No (x)

1 Getah gelang putih 20.32 cm 1
White rubber band 20.32 cm

2 Kaki retort 1
Retort stand

3 Pembaris setengah meter 1
Half metre rule

4 Jarum (5 – 6 cm) 1
Needle (5 – 6 cm)

5 Botol air mineral 500 ml 1
500 ml mineral water bottle

6 Skru bercangkuk 3 cm 1
3 cm hook screw 1

7 Silinder penyukat 100 cm3
100 cm3 measuring cylinder

40

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

1. Anda dikehendaki menjalankan satu eksperimen untuk menyiasat hubungan antara jisim
air, m, dengan pemanjangan gelang getah, x.

You are required to carry out an experiment to investigate the relationship between the
mass of water, m and the extension of a rubber band, x.

Metre rule GGelealannggggeetatahh
Rubber band

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Rajah 1.1
Diagram 1.1

Jalankan eksperimen dengan menggunakan langkah-langkah di bawah:
Carry out the experiment by using the steps below:
(i) Susun radas dengan menggantungkan botol kosong pada gelang getah seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Ukur panjang asal gelang getah, lo .
Arrange the apparatus by hanging an empty bottle to the rubber band as shown in
Diagram 1.1. Measure the initial length of the rubber band, lo .

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 41

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

GGelang geettaahh

Metre rule

Rajah 1.2
Diagram 1.2

(ii) Isikan 50 g air ke dalam botol kosong dan catat panjang gelang getah, l, seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2. ( Anggap 1 cm3 = 1 g)
Fill 50 g of water into the empty bottle and record the length of rubber band, l,
as shown in Diagram 1.2. (Assume 1 cm3 = 1 g)

Ukur nilai l apabila jarum berhenti bergerak. Catatkan nilai l dalam ruang di 4(b).
Measure the value of l , when the pin stop moving. Record the value of l in the
space in 4(b).

(iii) Ulang langkah (i) dan (ii) dengan menggunakan jisim air, m = 100 g, 150 g,
200 g dan 250 g.
Repeat step (i) and (ii) by using masses of water, m= 100 g, 150 g, 200 g and 250 g.

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 42

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, anda dikehendaki:
Based on the experiment conducted, you are required:
(a) Nyatakan,

State,
(i) Pemboleh ubah dimanipulasi

Manipulated variable
…………………………………………………………………………

[1 markah]
[1 mark]

(ii) Pemboleh ubah bergerak balas
Responding variable
…………………………………………………………………………
[1 markah]
[1 mark]

(b) Hitung pemanjangan gelang getah, x, dengan menggunakan persamaan di
bawah bagi setiap panjang gelang getah ,l,
Calculate the extension of rubber band, x, by using the equation below for
each length of rubber band, l,
x = l - lo

Jadualkan nilai l dan x bagi setiap nilai m dalam ruang di yang disediakan.
Tabulate the value of l and x for each value of m in the space provided.

[6 markah]
[6 marks]

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 43

SULIT FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

4531/3

F 3DGD NHUWDV JUDI \DQJ GLVHGLDNDQ SORW JUDI x PHODZDQ m.
On the graph paper provided, plot a graph of x against m.

> PDUNDK@
> marks@

G %HUGDVDUNDQ JUDI DQGD GL F Q\DWDNDQ KXEXQJDQ GL DQWDUD x GHQJDQ m.

Based on your graph in F , state the relationship between x and m.
……………………………………………………………………………………..

> PDUNDK@
> mark@

H +LWXQJ NHFHUXQDQ k, EDJL JUDI x PHODZDQ P

Calculate the gradient k, of the graph x against m.

k = …………………………

> PDUNDK@
> marks@

I 6HNLUDQ\D VHXUDW JHODQJ JHWDK GLWDPEDK VHFDUD VHODUL SDGD 5DMDK DSDNDK
\DQJ DNDQ EHUODNX SDGD SHPDQMDQJDQ JHODQJ JHWDK"
If a rubber band is added parallel on Diagram , what will happen to the
extension of the rubber band"
…………………………………………………………………………………….
> PDUNDK@
> mark@

44

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

SULIT FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

Pemanjangan, x (cm) 4531/3
Extension, x (cm)
Graf x melawan m
Graph of x against m

Jisim, m (g)
Mass, m (g)

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
45

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

SENARAI KOD ELEMEN, EL
KOD ASPEK, ASPEK

DAN KRITERIA ASPEK BA

4

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

FORMAT PENTAKSIRAN FIZIK

LEMEN, PENERANGAN ELEMEN,
K, PENERANGAN ASPEK
AGI MATA PELAJARAN FIZIK

46

11.0 SENARAI KOD ELEMEN, ELEMEN, PENERANGAN ELEMEN
ASPEK BAGI MATA PELAJARAN FIZIK

KOD ELEMEN : SF01

ELEMEN : Kemahiran Proses Sains

PENERANGAN ELEMEN : .HEROHKDQ PHQJJXQDNDQ NH
LQIHUHQV PHUDPDO EHUNRP
PHQGHILQLVL VHFDUD RSHUDVL P
PHQMDODQNDQ NDMLDQ DWDX SHQ\

KOD ASPEK ASPEK PENERANGAN

6) 0HPHUKDWLNDQ 0HQJJXQDNDQ GHULD
S HQGHQJDUDQ VHQWXKDQ UDV
6) 0HQJHODVNDQ PHQJXPSXONDQ PDNOXPDW
GDQ IHQRPHQD

0HODOXL SHPHUKDWLDQ PHQ
DWDX IHQRPHQD EHUGDVDUND
SHUEH]DDQ

6) 0HQJXNXU GDQ 0HPEXDW SHPHUKDWLDQ V
PHQJJXQDNDQ GHQJDQ PHQJJXQDNDQ Q
QRPERU EHUXQLW SLDZDL 3HQJXNX

SHPHUKDWLDQ OHELK MLWX

@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


Click to View FlipBook Version