Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia i KATA-KATA ALUAN Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, kerana dengan rahmat kurniaNya membolehkan Bahagian ini menerbitkan Buku Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Kemudahan Bagi Urusan Tatatertib dan Surcaj sebagai bahan rujukan utama semua warga Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan adanya buku panduan ini, semua pegawai dan kakitangan yang menyediakan Penyata Perubahan bagi urusan ini dapat menyediakannya dengan cepat, lengkap, seragam dan teratur. Langkah ini juga sebagai usaha meningkatkan kecekapan pengurusan sesuatu urusan perkhidmatan dan kewangan yang berkaitan dengan pegawai. Keseragaman Penyata Perubahan ini diharapkan dapat meminimumkan kesilapan semasa menyediakan Penyata Perubahan dan merekodkan perkara-perkara tertentu ke dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK). Akhir kata, saya bagi pihak seluruh warga Bahagian Pengurusan Sumber Manusia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menghasilkan buku ini. Semoga semua warga Kementerian dapat memanfaatkan buku panduan ini sewajarnya sekaligus dapat meningkatkan kecemerlangan pengurusan sumber manusia di Kementerian Pelajaran Malaysia. Wassalam. KHADIJAH BINTI KASSIM November 2012
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ii JAWATANKUASA PENYEDIAAN PENAUNG Puan Khadijah binti Kassim Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia PENASIHAT Encik Mohd. Yusof bin Mohd. Siraj Timblan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Sumber Maklmat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KETUA PENYELARAS Encik Mahather bin Smoh Ketua Penolong Setiausaha Unit Rekod Perkhidmatan Encik Syahrul Idzuan bin Mohamad Ketua Penolong Setiausaha Unit Rekod Perkhidmatan PENYELARAS Encik Rosli bin Mohamed Pegawai Eksekutif Kanan Unit Rekod Perkhidmatan AHLI JAWATANKUASA Puan Ashumi Abdullah Penolong Setiausaha Unit Rekod Perkhidmatan Encik Raynur bin Abdul Samad Penolong Setiausaha Unit Keutuhan Pengurusan Puan Esah binti Mohamed Pegawai Eksekutif Tinggi Jabatan Pelajaran Negeri Melaka Encik Mohd Sharif bin Yusof Pegawai Eksekutif Tinggi Jabatan Pelajaran WP Kuala Lumpur Puan Che Hawa binti Abu Bakar Pegawai Eksekutif Kanan Unit Rekod Perkhidmatan Cik Hazriza binti Md Bamuchi Pegawai Eksekutif Kanan Unit Pentadbiran dan Kewangan Cik Nora Azwin binti Ahmad Pegawai Eksekutif Kanan Unit Rekod Perkhidmatan Encik Chang Jau Kuie Ketua Pembantu Tadbir Jabatan Pelajaran Negeri Pahang Cik Shamsiah binti Khamis Ketua Pembantu Tadbir Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Puan Rosni binti Ramly Pembantu Tadbir Unit Rekod Perkhidmatan
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia iii SEKALUNG PENGHARGAAN Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat iaitu wakil-wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Bahagian/Jabatan di KPM di atas sumbangan yang diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan garis panduan ini.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia v KANDUNGAN 1. PENGENALAN 1 2. LATAR BELAKANG 1 3. PUNCA KUASA 8 4. DOKUMEN SOKONGAN 8 5. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB 9 5.1 Amaran 9 5.2 Denda 11 5.3 Lucut Hak Emolumen 13 5.4 Tangguh Pergerakan Gaji 15 5.5 Turun Gaji 21 5.6 Turun Pangkat 26 5.7 Buang Kerja 31 5.8 Pindaan Hukuman 33 6. TINDAKAN 36 6.1 Surcaj 36 6.2 Penahanan Kerja 39 6.3 Penggantungan Kerja 43 6.4 Penamatan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam 46 7. CONTOH SURAT-SURAT 48
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 1 GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN BAGI URUSAN TATATERTIB DAN SURCAJ 1. PENGENALAN Garis Panduan ini dibuat bagi memudahkan urusan penyediaan Penyata Perubahan dan seterusnya tindakan merekodkan ke dalam Buku Perkhidmatan. Ketepatan maklumat semasa proses penyediaan Penyata Perubahan akan memudahkan lagi urusan mencatat ke dalam Buku Perkhidmatan pegawai. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Setiap penjawat awam hendaklah mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan di sepanjang tempoh perkhidmatannya. Pelanggaran peraturan menyebabkan seseorang pegawai itu boleh dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan 50A, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, setiap tindakan tatatertib yang diambil terhadap seseorang pegawai dan dikenakan hukuman hendaklah dicatatkan ke dalam Buku Perkhidmatan pegawai dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang telah dilakukan dan juga hukuman yang telah dikenakan.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 2 2.1.1 Jenis Kesalahan a) Tatakelakuan i. Tidak taat setia kepada Yang Di-Pertuan Agong, Negara Dan Kerajaan ii. Gangguan Seksual iii. Melakukan Pekerjaan Luar tanpa kebenaran iv. Melanggar etiket berpakaian v. Penyalahgunaan Dadah vi. Penerimaan dan pemberian hadiah vii. Penerimaan dan pemberian keraian viii. Pemunyaan Harta ix. Menyelenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen x. Meminjam Wang xi. Keterhutangan Wang Yang Serius xii. Meminjamkan Wang xiii. Penglibatan Dalam Pasaran Niaga Hadapan xiv. Cabutan Bertuah Loteri xv. Penerbitan Buku xvi. Membuat Penyataan Awam xvii. Larangan Sebagai Penyunting xviii. Mengambil Bahagian Dalam Politik; Dan, xix. Tidak Hadir Bertugas b) Tindakan i. Surcaj ii. Penahanan Kerja iii. Penggantungan Kerja iv. Penamatan Demi Kepentingan Awam
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 3 2.1.2 Jenis Hukuman i. Amaran ii. Denda iii. Lucut Hak Emolumen iv. Tangguh Pergerakan Gaji v. Turun Gaji vi. Turun Pangkat; Dan, vii. Buang Kerja 2.2 Bidang kuasa Pihak Berkuasa Tatatertib adalah seperti berikut; Hukuman Bukan Tujuan Turun Pangkat/ Buang Kerja Dengan Tujuan Turun Pangkat/ Buang Kerja 1. Amaran a) Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.1) b) Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.2) c) Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2) a) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam b) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan c) Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.1) d) Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1) 2. Denda 3. Lucut hak emolumen 4. Tangguh pergerakan gaji 5. Turun gaji 6. Turun pangkat 7. Buang kerja
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 4 2.3 Implikasi hukuman yang dikenakan ke atas seseorang pegawai yang didapati bersalah adalah seperti berikut; Hukuman Keterangan Implikasi Tempoh Tidak Layak Dipertimbangk an Kenaikan Pangkat (Pp 3/2009) 1. Amaran Hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan Semua hukuman yang dikenakan kerana pegawai didapati bersalah 12 bulan 2. Denda Hukuman denda dalam bentuk wang oleh Lembaga Jumlah denda yang dikenakan pada satusatu masa tidak melebihi amaun 7 hari emolumen. Jika didenda melebihi sekali dalam tahun kalendar, agregat denda yang dikenakan tidak boleh melebihi amaun 45% daripada emolument bulanan. 18 bulan 3. Lucut Hak Emolumen Amaun yang dilucuthakka n adalah mengikut yang diputuskan oleh Lembaga Pegawai tidak layak mendapat emolumen bagi tempoh yang telah dilucuthak 24 bulan 4. Tangguh Pergerakan Gaji Pergerakan gaji pegawai ditangguh mengikut tempoh selama mana yang diputuskan oleh Tidak berhak mendapat pergerakan gaji sepanjang tempoh kuatkuasa hukuman. Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan akan berubah dan kekal sehingga perubahan 30 bulan
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 5 Hukuman Keterangan Implikasi Tempoh Tidak Layak Dipertimbangk an Kenaikan Pangkat (Pp 3/2009) Lembaga dalam skim perkhidmatan. 5. Turun Gaji Matagaji pegawai akan menurun mengikut yang diputuskan oleh Lembaga Pegawai tidak mendapat pergerakan gaji dalam tempoh hukuman. Tarikh pergerakan gaji turut berubah. 36 bulan 6. Turun Pangkat Berlaku penurunan pada Gred jawatan hakiki pegawai ke Gred jawatan yang lebih rendah dalam skim perkhidmata n yang sama Penetapan gaji baru pegawai di Gred diturunkan pangkat ialah berhampiran dengan matagaji akhir gred hakiki sebelum diturunkan pangkat. 48 bulan 7. Buang Kerja Pegawai dibuang kerja Gaji pegawai hendaklah diberhentikan mulai tarikh berkuatkuasanya ‘Buang Kerja’ oleh Lembaga Tatatertib.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 6 2.4 Hukuman tatatertib dan keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib yang dikenakan oleh Lembaga Tatatertib ke atas seseorang pegawai hendaklah direkodkan segera ke dalam Buku Perkhidmatan pegawai berkenaan. 2.5 Mencatatkan maklumat sepertimana dinyatakan di dalam surat keputusan daripada Pihak Berkuasa Tatatertib perlulah jelas dengan mengambilkira akan implikasi keputusan berkenaan kepada perkhidmatan dan emolumen seseorang pegawai terbabit. Tindakan mencatat ke dalam Buku Perkhidmatan adalah seperti berikut; a) Setiap hukuman yang dikenakan ke atas seseorang pegawai perlu dibuat catatan di Lembaran Kelakuan dan juga di Kenyataan Perkhidmatan, dan b) Catatan dibuat dengan menggunakan dakwat kekal berwarna hitam/ biru.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 7 2.6 Kaedah merekod maklumat di Lembaran Kelakuan yang merangkumi perkara berupa pengiktirafan dan/ atau tindakan tatatertib adalah seperti berikut: Bil Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 1. Tindakan Tatatertib Tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap pegawai hendaklah direkodkan dengan jelas dan lengkap meliputi jenis kesalahan yang disabitkan, jenis hukuman, tarikh hukuman berkuat kuasa dan tarikh Lembaga Tatatertib bersidang. Nombor rujukan surat keputusan Lembaga Tatatertib hendaklah direkodkan di ruangan “Kebenaran”. Keputusan Lembaga Tatatertib yang melibatkan tahan kerja, gantung kerja atau surcaj juga perlu direkodkan. 2. Tahan Kerja Dan Gantung Kerja Nyatakan butir-butir tuduhan dan kuasa yang meluluskan.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 8 3. PUNCA KUASA i. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2011 ii. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 iii. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iv. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 v. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan 1994 vi. Akta Prosedur Kewangan 1957 vii. Surat Perbendaharaan mengenai Kaedah Alternatif Kepada Tindakan Surcaj Bagi Mendapatkan Nilai Harta Mudah Alih (Elektronik) Yang Hilang – surat bil. (15) dlm. KK/BKP/10/535/36 Jld. 4 bertarikh 5 Februari 2009 4. DOKUMEN SOKONGAN i. Surat keputusan dari Lembaga Tatatertib ii. Keputusan rayuan dari Lembaga Rayuan Tatatertib iii. Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 9 5. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Setiap pegawai yang sedang dalam tindakan tatatertib akan dimaklumkan tentang keputusan dari Lembaga Tatatertib atau Lembaga Rayuan Tatatertib secara bersurat. Sehubungan itu, pegawai berkenaan perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatan tentang alamat terkini bagi maksud untuk menyampaikan apa-apa notis atau dokumen kepadanya. 5.1 AMARAN a) Pelaksanaan Hukuman ‘Amaran’ dikenakan kepada pegawai yang didapati bersalah tanpa perlu menyatakan sama ada ia adalah amaran pertama, amaran kedua, amaran ketiga atau amaran terakhir. Amaran yang diberi secara pentadbiran oleh Ketua Jabatan bukanlah satu prosedur tatatertib. b) Contoh Kes Rujukan surat : KP(PP)S.5090/222079/(19) Tarikh surat : 25 November 2010 Nama Pegawai : Encik AB (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Tarikh Lembaga Tatatertib bersidang : 18 November 2010 Hukuman dikenakan : ‘Amaran’ mengikut Peraturan 38(a), PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; Tarikh kuatkuasa hukuman : 18 November 2010
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 10 c) Contoh Penyata Perubahan Nama Pegawai ENCIK AB (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17 Nombor Gaji Berkomputer 44212141 Butir-butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.2) Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18.11.2010 telah memutuskan pegawai dikenakan hukuman tatatertib seperti berikut:- ‘Amaran’ mengikut peraturan 38(a) PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 18.11.2010 RM 1119.84 RM 115.00 RM 180.00 RM 300.00 P1 T7 ITKA ITP BSH KP(PP)S.5090/222079/ (19) bertarikh 25.11.2010
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 11 5.2 DENDA a) Pelaksanaan Denda yang dikenakan mestilah tidak melebihi sebanyak tujuh (7) hari emolumen pegawai berkenaan. Jika pegawai dikenakan denda lebih daripada sekali dalam mana-mana bulan kalendar, amaun yang dikenakan adalah tidak melebihi sebanyak 45% daripada emolumen bulanannya. b) Contoh Kes Rujukan surat : KP(PP)S.5090/217359/(22) Tarikh surat : 14 November 2010 Nama Pegawai : Encik CD (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Tarikh Lembaga Tatatertib bersidang : 8 November 2010 Hukuman dikenakan : ‘Denda’ bersamaan dengan tujuh (7) hari emolumen berkuatkuasa mulai 8.11.2010 mengikut Peraturan 38(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; Tarikh kuatkuasa hukuman : 8 November 2010
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 12 c) Contoh Penyata Perubahan Nama Pegawai ENCIK CD (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17 Nombor Gaji Berkomputer 43651912 Butir-butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.2) Kementerian Pelajaran Malaysia pada 8.11.2010 telah memutuskan pegawai dikenakan hukuman tatatertib seperti berikut:- ‘Denda’ bersamaan tujuh (7) hari emolumen mulai 8.11.2010 mengikut peraturan 38(b) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 8.11.2010 RM 1169.75 X (7/30) = RM 272.94 RM 115.00 X (7/30) = RM 26.83 RM 180.00 X (7/30) = RM 42.00 RM 300.00 X (7/30) = RM 70.00 P1 T8 ITKA ITP BSH KP(PP)S.5090/217359/ (22) bertarikh 14.11.2010 • Perkiraan emolumen mengikut proportionate = emolumen X (jumlah hari didenda/ jumlah hari dalam bulan jatuh hukum)
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 13 5.3 LUCUT HAK EMOLUMEN a) Pelaksanaan Hukuman yang dikenakan adalah kerana pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah. Pelucuthakan emolumen pegawai hendaklah dengan mengambilkira tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir bertugas, melainkan jika diputuskan selainnya oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. Walaubagaimanapun, pelaksanaan hukuman lucut hak emolumen tidak boleh dilaksanakan jika emolumen pegawai telah pun dilucut hak kerana tidak hadir bertugas mengikut Perintah Am Bab C, Perkara 14A. b) Contoh Kes Rujukan surat : KP(PP)S.5090/236209/(10) Tarikh surat : 5 November 2010 Nama Pegawai : Encik EF (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan : Pembantu Am Pejabat Gred N1 Tarikh Lembaga Tatatertib bersidang : 24 September 2010 Hukuman dikenakan : ‘Lucut Hak Emolumen’ bagi tempoh tuan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab-sebab yang munasabah mengikut Peraturan 38(c), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; Tarikh kuatkuasa hukuman : 24 September 2010
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 14 c) Contoh Penyata Perubahan Nama Pegawai ENCIK EF (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 Nombor Gaji Berkomputer 51473240 Butir-butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.2) Kementerian Pelajaran Malaysia pada 24.9.2010 telah memutuskan pegawai dikenakan hukuman tatatertib seperti berikut:- ‘Lucut Hak Emolumen’ bagi tempoh tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah mengikut peraturan 38(c) PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 1.2.2009 hingga 31.12.2009 RM 935.03 RM 95.00 RM 180.00 RM 300.00 P1 T8 ITKA ITP BSH KP(PP)S.5090/236209/ (10) bertarikh 5.11.2010 • Emolumen tidak perlu dikutip balik jika emolumen pegawai telah dikutip mengikut Perintah Am Bab C, Perkara 14A. • Pegawai tidak layak diberi Pengerakan Gaji Tahunan kerana tidak hadir bertugas melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 15 5.4 TANGGUH PERGERAKAN GAJI a) Pelaksanaan Hukuman Tangguh Pergerakan Gaji boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib kepada pegawai yang mendapat pergerakan gaji atau belum mencapai gaji maksimum. Tempoh yang boleh dikenakan ialah tiga (3) bulan, enam (6) bulan, sembilan (9) bulan atau dua belas (12) bulan. Sepanjang tempoh kuatkuasa tersebut pegawai tidak berhak mendapat apa-apa pergerakan gaji. Hukuman hendaklah dilaksanakan pada tarikh pergerakan gaji berikutnya, iaitu selepas tarikh hukuman dikenakan. Kesan daripada pelaksanaan hukuman tersebut, ialah; i. Tarikh pergerakan gaji pegawai berubah ke satu tarikh pergerakan gaji (baru) yang paling hampir selepas tamat tempoh kuatkuasa hukuman. ii. Tarikh pergerakan gaji (baru) akan kekal sehingga pegawai itu mencapai tanggagaji maksimum.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 16 b) Contoh Kes Rujukan surat : KP(PP)S.5090/360723/(9) Tarikh surat : 15 Februari 2009 Nama Pegawai : Encik GH (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan : Pembantu Am Pejabat Gred N1 Tarikh Lembaga Tatatertib bersidang : 2 Februari 2009 Hukuman dikenakan : ‘Tangguh Pergerakan Gaji’ selama tiga (3) bulan berkuatkuasa mulai tarikh pergerakan gaji tuan yang berikutnya mengikut Peraturan 38(d), PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; Tarikh kuatkuasa hukuman : 2 Februari 2009
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 17 c) Contoh Penyata Perubahan i. Tangguh 3 bulan Nama Pegawai ENCIK GH (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 Nombor Gaji Berkomputer 52117222 Butir-butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.2) Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2.2.2009 telah memutuskan pegawai dikenakan hukuman tatatertib seperti berikut:- ‘Tangguh Pergerakan Gaji’ selama tiga (3) bulan berkuatkuasa mulai tarikh pergerakan gaji yang berikutnya mengikut peraturan 38(d) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 TPG Lama : 1 April TPG Baru : 1 Julai 2.2.2009 1.4.2009 Hingga 30.6.2009 1.7.2009 RM 771.67 (P1 T 4) RM 771.67 (P1 T4) RM 812.51 (P1 T5) KP(PP)S.5090/360723/(21) bertarikh 15. 2. 2009 * P.U. (A) 246 40. (2) -Tarikh kuat kuasa hukuman adalah pada tarikh pergerakan gaji berikutnya (pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya bagi pegawai itu) selepas tarikh hukuman dikenakan oleh Lembaga Tatatertib * P.U. (A) 246 40(4)(a) – Pergerakan gaji hendaklah diubah ke tarikh pergerakan gaji yang paling hampir selepas tamat tempoh hukuman.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 18 ii. Tangguh 6 bulan Nama Pegawai ENCIK IJ (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 Nombor Gaji Berkomputer 52217250 Butir-butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.2) Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2.2.2009 telah memutuskan pegawai dikenakan hukuman tatatertib seperti berikut:- ‘Tangguh Pergerakan Gaji’ selama enam (6) bulan berkuatkuasa mulai tarikh pergerakan gaji yang berikutnya mengikut peraturan 38(d) PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 TPG Lama : 1 April TPG Baru : 1 Oktober 2.2.2009 1.4.2009 hingga 30.9.2009 1.10.2009 RM 771.67 (P1 T 4) RM 771.67 (P1 T4) RM 812.51 (P1 T5) KP(PP)S.5090/360723/(21) bertarikh 15. 2. 2009 * P.U. (A) 246 40. (2) -Tarikh kuat kuasa hukuman adalah pada tarikh pergerakan gaji berikutnya (pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya bagi pegawai itu) selepas tarikh hukuman dikenakan oleh Lembaga Tatatertib * P.U. (A) 246 40(4)(a) – Pergerakan gaji hendaklah diubah ke tarikh pergerakan gaji yang paling hampir selepas tamat tempoh hukuman.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 19 iii. Tangguh 9 bulan Nama Pegawai ENCIK KL (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 Nombor Gaji Berkomputer 52147870 Butir-Butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.2) Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2.2.2009 telah memutuskan pegawai dikenakan hukuman tatatertib seperti berikut:- ‘Tangguh Pergerakan Gaji’ selama sembilan (9) bulan berkuatkuasa mulai tarikh pergerakan gaji yang berikutnya mengikut peraturan 38(d) PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 TPG Lama : 1 April TPG Baru : 1 Januari 2.2.2009 1.4.2009 hingga 31.12.2009 1.1.2010 RM 771.67 (P1 T 4) RM 771.67 (P1 T4) RM 812.51 (P1 T5) KP(PP)S.5090/360723/(21) bertarikh 15. 2. 2009 * P.U. (A) 246 40. (2) -Tarikh kuat kuasa hukuman adalah pada tarikh pergerakan gaji berikutnya (pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya bagi pegawai itu) selepas tarikh hukuman dikenakan oleh Lembaga Tatatertib * P.U. (A) 246 40(4)(a) – Pergerakan gaji hendaklah diubah ke tarikh pergerakan gaji yang paling hampir selepas tamat tempoh hukuman.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 20 iv. Tangguh 12 bulan Nama Pegawai ENCIK MN (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 Nombor Gaji Berkomputer 52117200 Butir-butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.2) Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2.2.2009 telah memutuskan pegawai dikenakan hukuman tatatertib seperti berikut:- ‘Tangguh Pergerakan Gaji’ selama dua belas (12) bulan berkuatkuasa mulai tarikh pergerakan gaji yang berikutnya mengikut peraturan 38(d) PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 TPG Lama : 1 April TPG Baru : 1 April 2.2.2009 1.4.2009 hingga 31.3.2010 1.4.2010 RM 771.67 (P1 T 4) RM 771.67 (P1 T4) RM 812.51 (P1 T5) KP(PP)S.5090/360723/(21) bertarikh 15. 2. 2009 * P.U. (A) 246 40. (2) -Tarikh kuat kuasa hukuman adalah pada tarikh pergerakan gaji berikutnya (pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya bagi pegawai itu) selepas tarikh hukuman dikenakan oleh Lembaga Tatatertib * P.U. (A) 246 40(4)(a) – Pergerakan gaji hendaklah diubah ke tarikh pergerakan gaji yang paling hampir selepas tamat tempoh hukuman.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 21 5.5 TURUN GAJI a) Pelaksanaan i. Turun Gaji bermaksud penurunan gaji dalam jadual gaji yang sama bagi pegawai yang diperuntukkan mata gaji. Penurunan ini tidak melebihi tiga (3) pergerakan gaji. Tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada dua belas (12) bulan tetapi tidak boleh melebihi daripada tiga puluh enam (36) bulan pada satu-satu masa. ii. Tarikh hukuman ialah tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib dan jika tiada tarikh ditetapkan, pada tarikh hukuman itu dijatuhkan. iii. Tarikh pergerakan gaji berubah kepada tarikh pergerakan gaji selepas hukuman tamat. Pegawai juga tidak berhak mendapat apa-apa pergerakan gaji di sepanjang tempoh kuatkuasa hukuman. iv. Kaedah pengerakan turun gaji seperti contoh di bawah; JADUAL GAJI : DGA32 3 2 1 T6 T7 T8 T9 T10 T11 P1 2907.61 3005.92 3104.23 3202.54 3300.85 3399.16 P2 3163.25 3270.64 3378.03 3485.42 3592.81 3700.2
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 22 b) Contoh Kes Rujukan surat : KP(PP)S.5090/1311524/(19) Tarikh surat : 25 November 2010 Nama Pegawai : Puan OP (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan : PPPLD Gred DGA32 Tarikh Lembaga Tatatertib bersidang : 18 September 2010 Hukuman dikenakan : ‘Turun Gaji’ sebanyak satu (1) pergerakan gaji secara mendatar selama dua belas (12) bulan berkuatkuasa mulai 1.10.2010 mengikut Peraturan 38(e), PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; Tarikh kuatkuasa hukuman : 1 Oktober 2010
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 23 c) Contoh Penyata Perubahan i. Turun Gaji sebanyak 1 pergerakan gaji Nama Pegawai PUAN OP (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PPPLD GRED DGA32 Nombor Gaji Berkomputer 63334200 BUTIR-BUTIR PERUBAHAN TARIKH GAJI BULANAN CATATAN NO. SURAT KEBENARAN Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.2) Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18.9.2010 telah memutuskan pegawai dikenakan hukuman tatatertib seperti berikut:- ‘Turun Gaji’ sebanyak satu (1) pergerakan gaji selama dua belas (12) bulan berkuatkuasa mulai 1.10.2010 mengikut peraturan 38(e) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 TPG Lama: 1 Julai TPG Baru: 1 Okt 1.10.2010 hingga 30.9.2011 P. TERIMA RM 3202.54 (P1 T9) T. TERIMA RM 3300.85 (P1 T10) KP(PP)S.5090/1311524/(19) bertarikh 25. 11. 2010 • Turun Pergerakan Gaji mulai 1.10.2010 – 30.9.2011. • Pergerakan Gaji Tahunan seterusnya pada 1.10.2011.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 24 ii. Turun Gaji sebanyak 2 pergerakan gaji Nama Pegawai ENCIK QR (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PPPLD GRED DGA32 Nombor Gaji Berkomputer 52117200 Butir-butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.2) Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18.9.2010 telah memutuskan pegawai dikenakan hukuman tatatertib seperti berikut:- ‘Turun Gaji’ sebanyak dua (2) pergerakan gaji selama dua belas (12) bulan berkuatkuasa mulai 1.10.2010 mengikut peraturan 38(e) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 TPG Lama: 1 Julai TPG Baru: 1 Okt 1.10.2010 Hingga 30.9.2011 P. TERIMA RM 3104.23 (P1 T8) T. TERIMA RM 3300.85 (P1 T10) KP(PP)S.5090/1311524/(19) bertarikh 25.11.2010 • Turun Pergerakan Gaji mulai 1.10.2010 – 30.9.2011. • Pergerakan Gaji Tahunan seterusnya pada 1.10.2011.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 25 iii. Turun Gaji sebanyak 3 pergerakan gaji Nama Pegawai PUAN ST (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PPPLD GRED DGA32 Nombor Gaji Berkomputer 51457200 Butir-butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.2) Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18.9.2010 telah memutuskan pegawai dikenakan hukuman tatatertib seperti berikut:- ‘Turun Gaji’ sebanyak tiga (3) pergerakan gaji selama tiga puluh enam (36) bulan berkuatkuasa mulai 1.10.2010 mengikut peraturan 38(e) PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 TPG Lama: 1 Julai TPG Baru: 1 Okt 1.10.2010 Hingga 30.9.2013 P. TERIMA RM 3005.92 (P1 T7) T. TERIMA RM 3300.85 (P1 T10) KP(PP)S.5090/1311524/(19) bertarikh 25.11.2010 • Turun Pergerakan Gaji mulai 1.10.2010 – 30.9.2013. • Pergerakan Gaji seterusnya pada 1.10.2013.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 26 5.6 TURUN PANGKAT a) Pelaksanaan Hukuman Turun Pangkat ialah penurunan gred pegawai ke satu gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama. Hukuman ini boleh dikenakan bagi pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat. Penetapan gaji pegawai yang dikenakan hukuman turun pangkat adalah seperti berikut; i. Pegawai diperuntukkan dengan mata gaji, gaji pegawai hendaklah terlebih dahulu diturunkan sebanyak tiga (3) mata gaji daripada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai itu dalam gred hakikinya sebelum hukuman dikenakan, kemudian gajinya hendaklah ditentukan pada suatu mata gaji yang lebih rendah, tetapi paling hampir, dalam jadual gaji bagi gred turun pangkat tersebut; ii. Pegawai diperuntukkan dengan mata gaji tetapi berada pada mata gaji tiga atau kurang semasa hukuman dikenakan, gaji terakhir di gred hakikinya sebelum hukuman itu hendaklah ditolak dengan suatu amaun yang bersamaan dengan amaun tiga kali pergerakan gaji di gred hakikinya itu, dan berdasarkan amaun yang diperoleh, gaji pegawai itu hendaklah ditentukan pada suatu mata gaji yang lebih rendah, tetapi paling hampir, dalam jadual gaji bagi gred turun pangkat, atau pada gaji minimum gred turun pangkat tersebut; iii. Pegawai yang tidak diperuntukkan dengan mata gaji, gaji terakhir di gred hakikinya sebelum hukuman
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 27 dikenakan hendaklah dikurangkan terlebih dahulu amaunnya sebanyak lima belas (15) peratus tanpa mengira sama ada amaun yang telah dikurangkan itu menjadi sama atau kurang daripada gaji minimum di gred sebelum pegawai dikenakan hukuman dan jumlah itu hendaklah menjadi gaji bagi pegawai itu di gred turun pangkat, dengan syarat sekiranya gaji itu lebih tinggi daripada gaji maksimum di gred turun pangkat, gaji maksimum di gred turun pangkat itu hendaklah menjadi gaji pegawai itu di gred turun pangkat; atau iv. Pegawai yang tidak diperuntukkan dengan mata gaji tetapi telah diturunkan pangkat ke gred yang diperuntukkan dengan mata gaji, gaji hakikinya di gred sebelum hukuman dikenakan hendaklah dikurangkan terlebih dahulu sebanyak lima belas (15) peratus dan kemudian gajinya hendaklah ditentukan pada suatu mata gaji yang lebih rendah, tetapi paling hampir, dalam jadual gaji bagi gred gred turun pangkat, dan sekiranya mata gaji yang paling hampir itu adalah sama atau kurang daripada gaji minimum di gred turun pangkat, gaji pegawai itu hendaklah ditentukan pada mata gaji minimum gred turun pangkat itu.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 28 Kaedah pengerakan turun gaji seperti contoh di bawah; JADUAL GAJI : DGA32 (Sebelum hukuman) T1 T2 T3 T4 T5 T6 P1 2416.06 2514.37 2612.68 2710.99 2809.3 2907.61 P2 2626.3 2733.69 2841.08 2948.47 3055.86 3163.25 JADUAL GAJI : DGA29 (Selepas hukuman) T16 T17 T18 T19 T20 T21 P1 2381.31 2446.35 2544.66 2642.97 2741.28 2839.59 P2 2515.85 2618.70' 2721.55 2824.4 2927.25 3030.10' P3 2689.86 2797.25 2904.64 3012.03 3119.42 3226.81 3 2 1
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 29 b) Contoh Kes Rujukan surat : KP(PP)S.5090/335121/(11 Tarikh surat : 28 Mac 2009 Nama Pegawai : Encik UV (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan : PPPLD Gred DGA32 Tarikh Lembaga Tatatertib bersidang : 25 Mac 2009 Hukuman dikenakan : ‘Turun Pangkat’ daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA32 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 berkuatkuasa mulai 25.3.2009 mengikut Peraturan 38(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tarikh kuatkuasa hukuman : 25 Mac 2009
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 30 c) Contoh Penyata Perubahan Nama Pegawai ENCIK UV (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PPLD GRED DGA32 Nombor Gaji Berkomputer 52127200 Butir-butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.1) Kementerian Pelajaran Malaysia pada 25.3.2009 telah memutuskan pegawai dikenakan hukuman tatatertib seperti berikut:- ‘Turun Pangkat’ dari Gred DGA32 ke Gred DGA29 berkuatkuasa mulai 25.3.2009 mengikut peraturan 38(f), PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. TPG : 1 April 25.3.2009 (DGA 29) P. TERIMA RM 2446.35 (P1 T17) RM 180.00 RM 210.00 RM 300.00 (DGA 32) T. TERIMA RM 2809.30 (P 1 T5) RM 180.00 ITKA RM 210.00 ITP RM 300.00 BSH KP(PP)S.5090/335121/ (11) bertarikh 28.3.2009 * P.U. (A) 246, 42(2)(a-d) – Gred pegawai diturunkan ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan skim yang sama iaitu pergerakan turun 3 mata gaji daripada gaji terakhir di gred hakiki pegawai. * P.U. (A) 246, 42(2)(a-d) – Penetapan gaji pegawai yang diturunkan pangkat ialah matagaji yang lebih rendah tetapi paling hampir dalam jadual gaji bagi gred turun pangkat.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 31 5.7 BUANG KERJA a) Pelaksanaan Hukuman ini menyebabkan pegawai tidak lagi berkhidmat sebagai seorang pegawai awam. Tarikh kuatkuasa hukuman adalah dari tarikh yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib. b) Contoh Kes Rujukan surat : KP(PP)S.5090/217411/(14) Tarikh surat : 2 April 2009 Nama Pegawai : Puan WX (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan : Pemb. Peng. Murid Gred N17 Tarikh Lembaga Tatatertib bersidang : 25 Mac 2009 Hukuman dikenakan : ‘Buang Kerja’ berkuatkuasa mulai 15.4.2009 mengikut Peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tarikh kuatkuasa hukuman : 15 April 2009
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 32 c) Contoh Penyata Perubahan Nama Pegawai PUAN WX (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17 Nombor Gaji Berkomputer 23157020 Butir-butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.1) Kementerian Pelajaran Malaysia pada 25.3.2009 telah memutuskan pegawai dikenakan hukuman tatatertib seperti berikut:- ‘Buang Kerja’ berkuat kuasa pada 15.4.2009 mengikut peraturan 38(g), PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 15.4.2009 RM 1219.57 RM 115.00 RM 180.00 RM 300.00 P1 T9 ITKA ITP BSH KP(PP)S.5090/ 217411/(14) bertarikh 2.4.2009
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 33 5.8 PINDAAN HUKUMAN a) Pelaksanaan Rayuan secara bertulis yang dibuat oleh perayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatannya setelah keputusan Lembaga Tatatertib dikeluarkan. Setelah menimbangkan rayuan itu, Lembaga Rayuan Tatatertib boleh:- i. Menghantar balik kes itu kepada Lembaga Tatatertib untuk ditimbang semula; ii. Mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib; iii. Mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib tentang salahlaku perayu itu, tetapi mengubah hukuman itu kepada hukuman yang lebih ringan; atau iv. Mengakaskan keputusan dan hukuman Lembaga Tatatertib dan membebaskan perayu. Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib adalah muktamad. Segala keputusan Lembaga Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib berkenaan akan diberitahu kepada pegawai berkenaan secara bertulis.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 34 b) Contoh Kes Lembaga Tatatertib telah mengeluarkan keputusan seperti berikut; Rujukan surat : KP(PP)S.5090/217411/(14) Tarikh surat : 2 April 2009 Nama Pegawai : Puan ABC (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan : Pemb. Peng. Murid Gred N17 Tarikh Lembaga Tatatertib bersidang : 25 Mac 2009 Hukuman dikenakan : ‘Turun Gaji’ sebanyak tiga (3) pergerakan gaji secara mendatar selama tiga puluh enam (36) bulan berkuatkuasa mulai 1.10.2010 mengikut Peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; Tarikh kuatkuasa hukuman : 15 April 2009 Bagaimanapun, pegawai telah mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib dan berkeputusan seperti berikut; Rujukan surat : SPP.S.5020/105517/(7) Tarikh surat : 10 Ogos 2009 Nama Pegawai : Puan ABC (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan : Pemb. Peng. Murid Gred N17 Tarikh Lembaga Rayuan Tatatertib bersidang : 8 Ogos 2009 Hukuman dikenakan : ‘Turun Gaji’ sebanyak dua (2) pergerakan gaji secara mendatar selama dua puluh empat (24) bulan berkuatkuasa mulai 1.10.2010 mengikut Peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; Tarikh kuatkuasa hukuman : 15 April 2009
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 35 c) Contoh Penyata Perubahan Nama Pegawai PUAN ABC (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17 Nombor Gaji Berkomputer 52117200 Butir-butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan selaku Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dalam Mesyuaratnya kali ke 531 pada 8.8.2009 telah memutuskan untuk meminda keputusan hukuman tatatertib daripada hukuman ‘Turun Gaji’ sebanyak tiga (3) pergerakan gaji selama tiga puluh enam (36) bulan kepada ‘Turun Gaji’ sebanyak dua (2) pergerakan gaji selama dua puluh empat (24) bulan mengikut peraturan 38(e) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. TPG lama: 1 Julai TPG Baru: 1 Julai 15.4.2009 hingga 14.4.2011 P. TERIMA RM 1369.39 (P1 T13) T. TERIMA RM 1552.40 (P 1 T15) SPP.S.5020/ 105517/(17) bertarikh 10.8.2009 • Turun Pergerakan Gaji mulai 15.4.2009 – 14.4.2011. • Pergerakan Gaji seterusnya pada 1.7.2011.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 36 6. TINDAKAN 6.1 SURCAJ a) Pelaksanaan i. Peraturan 51, Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan surcaj ke atas seseorang pegawai mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957. ii. Keputusan surcaj hendaklah direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan pegawai berkenaan. iii. Sebarang penarikan balik keputusan surcaj oleh Lembaga Tatatertib akan mengakibatkan; a. Mana-mana amaun surcaj yang telah dibayar oleh pegawai perlu dikembalikan semula b. Pembatalan keputusan surcaj tersebut hendaklah dicatatkan di dalam Buku Perkhidmatan pegawai. iv. Kaedah Alternatif Kepada Tindakan Surcaj a. Kehilangan peralatan elektronik, komunikasi dan ICT iaitu walkie talkie, kamera digital, kamera video, komputer riba, palmtop/pocket PC, personel digital assistant (PDA), pemain CD/DVD dan smartphone tanpa mengira nilai perolehan asal hendaklah dikemukakan ke Perbendaharaan untuk pertimbangan dan kelulusan.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 37 b. Kehilangan peralatan elektronik, telekomunikasi dan ICT yang nilai semasanya tidak melebihi RM5,000.00 diberi pengecualian daripada tindakan surcaj tetapi dibenarkan membayar balik mengikut nilai semasa. c. Bayaran balik tersebut hendaklah direkod dalam Buku Perkhidmatan pegawai berkenaan. b) Contoh Kes Rujukan surat : KP(PP)S.5020/10118127/(7) Tarikh surat : 25 Ogos 2010 Nama Pegawai : Encik PQR (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan : PPPS Gred DG41 Tarikh Lembaga Tatatertib bersidang : 18 Ogos 2009 Hukuman dikenakan : ’Tindakan Surcaj’ sejumlah RM540.00 iaitu 10% daripada nilai barang yang hilang mengikut harga semasa belian yang berjumlah RM5,400.00 mengikut Peraturan 51(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; Tarikh kuatkuasa hukuman : 18 Ogos 2009
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 38 c) Contoh Penyata Perubahan Nama Pegawai ENCIK PQR (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PPPS GRED DG41 Nombor Gaji Berkomputer 52117200 Butir-Butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.2) Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18.8.2010 telah memutuskan pegawai dikenakan tindakan surcai seperti berikut:- Surcaj berjumlah 10% daripada nilai barang yang hilang mengikut harga semasa belian iaitu berjumlah RM5,400.00. Jumlah surcaj yang hendak dibayar oleh pegawai sebanyak RM540.00. Catatan: Pegawai telah bayar surcaj berjumlah RM540.00 melalui resit no. 135668 pada 29.8.2010. 18.8.2010 RM 540.00 Surcaj KP(PP)S.5020/ 10118127/(7) bertarikh 25.8.2010
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 39 6.2 PENAHANAN KERJA a) Pelaksanaan Mengikut Peraturan 43, Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa buang kerja atau turun pangkat boleh menahan (tahan kerja) bagi satu tempoh tidak melebihi dua (2) bulan seseorang pegawai daripada menjalankan sebarang tugas bagi maksud penyiasatan sekiranya disyaki secara munasabah, pegawai berkenaan telah; i. Secara langsung berhubungan dengan bidang tugas. ii. Kehadirannya akan mengganggu kerja penyiasatan. Sepanjang tempoh penahanan kerja, tersebut pegawai berhak menerima emolumen sepenuhnya. Tahan Kerja ini terhenti dengan sendirinya jika prosiding jenayah dimulakan ke atas pegawai atau tindakan tatatertib diambil ke atas pegawai dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat. Manakala Peraturan 44, dilaksanakan ekoran terhentinya penahanan kerja atas sebab-sebab di atas dan mengambil kira faktor ia berkaitan secara langsung dengan tugas pegawai, kehadiran pegawai menghalang penyiasatan dan juga mendatangkan keadaan serba salah kepada Ketua Jabatan maka tindakan penahanan kerja seterusnya perlu dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib seperti berikut; i. Pembayaran emolumen tidak kurang ½ (50% - 100%) ii. Tempoh penahanan kerja sehingga kes selesai iii. Pihak Berkuasa Tatatertib boleh memberhentikan perintah tahan kerja dan memanggil pegawai untuk menjalankan tugas semula. Emolumen dibayar penuh mulai tarikh pegawai menjalankan tugas.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 40 iv. Apa-apa bahagian emolumen yang tidak dibayar semasa penahanan kerjanya tidak boleh dibayar sehingga prosiding jenayah atau tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat selesai atau sesuatu keputusan berkaitan emolumen dibuat oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. b) Contoh Kes Rujukan surat : KP(PP)S.5020/202079/(19) Tarikh surat : 12 April 2010 Nama Pegawai : Encik ABC (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan : Pembantu Tadbir (/P/O) Gred N17 Tarikh Lembaga Tatatertib bersidang : 8 April 2010 Hukuman dikenakan : ’Tahan Kerja’ daripada menjalankan tugas mulai 8.4.2010 mengikut Peraturan 44, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; Berdasarkan peraturan 44(6) pegawai layak dibayar separuh (½) daripada emolumen sepenuhnya.
Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 41 c) Contoh Penyata Perubahan i. Tahan Kerja Nama Pegawai ENCIK ABC (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17 Nombor Gaji Berkomputer 57581200 Butir-Butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.1) Kementerian Pelajaran Malaysia pada 8.4.2010 telah memutuskan pegawai ditahan daripada menjalankan tugas-tugas berkuatkuasa mulai 8.4.2010 sebagaimana diperuntukkan dalam Peraturan 44, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Berdasarkan Peraturan 44(6), Peraturan-Peraturan yang sama, Lembaga ini membenarkan pegawai menerima separuh (½) daripada emolumen bulanan jawatan. Perintah Tahan Kerja ini berkuatkuasa secara berterusan sehinggalah pegawai diberitahu mengenainya oleh Lembaga. • Pegawai telah menerima Surat Tahan Kerja pada 12.4.2010. 12.4.2010 P. TERIMA RM 1386.11 /2 = RM 693.05 RM 115.00 /2 = RM 57.50 RM 180.00 /2 = RM 90.00 RM 300.00 /2 = RM 150.00 T. TERIMA RM 1386.11 P2 T11 RM 115.00 ITKA RM 180.00 ITP RM 300.00 BSH KP(PP)S.5090/ 202079/ (19) bertarikh 12. 4. 2010