The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Tatatertib

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Potter, 2023-11-08 23:34:29

Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Tatatertib

Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Tatatertib

Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 42 ii. Tarik Balik Tahan Kerja Nama Pegawai ENCIK ABC (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17 Nombor Gaji Berkomputer 57581200 Butir-Butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.1) Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20.5.2010 telah memutuskan Perintah Tahan Kerja yang dikenakan terhadap pegawai ditarik balik mulai 22.5.2010 dan pegawai layak dibayar semula emolumen yang patut diterima dalam tempoh pegawai dikenakan perintah tahan kerja tersebut. 22.5.2010 P. TERIMA RM 1386.11 P2 T11 RM 115.00 ITKA RM 180.00 ITP RM 300.00 BSH T.TERIMA RM 1386.11 /2 = RM 693.05 RM 115.00 /2 = RM 57.50 RM 180.00 /2 = RM 90.00 RM 300.00 /2 = RM 150.00 KP(PP)S.5090/ 202079/ (21) bertarikh 25.5.2010


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 43 6.3 PENGGANTUNGAN KERJA a) Pelaksanaan i. Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa buang kerja atau turun pangkat hendaklah mengambil tindakan menggantung kerja ke atas seseorang pegawai daripada menjalankan tugasnya jika; a. Pegawai telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah jenayah. b. Perintah tahanan, sekatan, buang daerah dan sebagainya. ii. Tempoh penggantungan kerja hendaklah mulai tarikh sabitan atau tarikh kuat kuasa perintah sehingga Pihak Berkuasa Tatatertib membuat keputusan kes tersebut. iii. Seseorang pegawai yang digantung kerja; a. Tidak boleh menerima apa-apa bahagian emolumen yang tidak dibayar semasa tempoh penahanan kerjanya di bawah Peraturan 44. b. Tidak berhak menerima apa-apa emolumen sepanjang tempoh penggantungan kerja.


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 44 b) Contoh Kes Rujukan surat : KP(PP)S.5020/41279/(19) Tarikh surat : 15 Jun 2010 Nama Pegawai : Puan JKL (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan : PPPLD Gred DGA32 Tarikh Lembaga Tatatertib bersidang : 10 Jun 2010 Hukuman dikenakan : ’Gantung Kerja’ daripada menjalankan tugas mulai 18.4.2010 mengikut Peraturan 28 dan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; Berdasarkan peraturan 45(3) pegawai tidak layak dibayar emolumen dalam tempoh penggantungan kerja ini. c) Contoh Penyata Perubahan i. Gantung Kerja Nama Pegawai PUAN JKL (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PPPLD GRED DGA32 Nombor Gaji Berkomputer 32117288 Butir-butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No. 1) pada 10.6.2010 telah memutuskan pegawai digantung daripada menjalankan tugas-tugas berkuatkuasa mulai 18.4.2010. sebagaimana diperuntukkan dalam Peraturan 28 dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Berdasarkan Peraturan 45 (3) (b), Peraturan-Peraturan yang sama, pegawai adalah tidak layak menerima sebarang emolumen dalam tempoh pegawai digantung kerja. TPG: 1 Julai 18.4.2010 RM 3104.23 RM 160.00 RM 180.00 RM 300.00 P1 T8 ITKA ITP BSH KP(PP)S.5020/41279 /(19) bertarikh 15.6.2010


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 45 ii. Tarik Balik Gantung Kerja Nama Pegawai PUAN JKL (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PPPLD GRED DGA32 Nombor Gaji Berkomputer 32117288 Butir-butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No. 1) pada 20.7.2010 telah memutuskan perintah gantung kerja ditarik balik mulai 22.7.2010 dan pegawai layak dibayar semula emolumen yang patut diterima dalam tempoh pegawai dikenakan perintah gantung kerja tersebut. 22.7.2010 RM 3104.23 RM 160.00 RM 180.00 RM 300.00 P1 T8 ITKA ITP BSH SPP.2.5020/41279/(19) bertarikh 28.7.2010


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 46 6.4 PENAMATAN PERKHIDMATAN DEMI KEPENTINGAN AWAM a) Pelaksanaan Penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, boleh dilaksanakan oleh Kerajaan jika mendapati atau representasi dibuat kepada Kerajaan bahawa adalah wajar perkhidmatan seseorang pegawai ditamat demi kepentingan awam. Seseorang pegawai boleh ditamatkan perkhidmatannya demi perkhidmatan awam mulai dari tarikh yang ditentukan oleh Kerajaan. b) Contoh Kes Rujukan surat : SPP.S.5090/217411/(14) Tarikh surat : 28 Mac 2009 Nama Pegawa i : Puan JKL (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan : Pembantu Am Pejabat Gred N1 Tarikh Lembaga Tatatertib bersidang : 25 Mac 2009 Hukuman dikenakan : ‘Ditamatkan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam’ berkuatkuasa mulai 15.4.2009 mengikut Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tarikh kuatkuasa hukuman : 15 April 2009


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 47 c) Contoh Penyata Perubahan Nama Pegawai PUAN JKL (XXXXXX-XX-XXXX) Jawatan PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 Nombor Gaji Berkomputer 52117200 Butir-butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No. Surat Kebenaran Penamatan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam di bawah Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 mulai..... 15.4.2009 RM 1139.23 RM 95.00 RM 180.00 RM 300.00 P1 T13 ITKA ITP BSH SPP.S.5090/217411/(14) bertarikh 28.3.2009


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 48 7. CONTOH SURAT 7.1 Tindakan Tatatertib SULIT Ruj. Kami : KP(PP)S.5090/202079/(19) Tarikh : 25 November 2010 Encik ABC (No. KP: XXXXXX-XX-XXXX) D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kekwa 82807 Jalan Harmoni SABAH Melalui dan Salinan: Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Kekwa 82807 Jalan Harmoni SABAH Tuan, TINDAKAN TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.1), Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mesyuaratnya pada 18.11.2010 telah menimbang dengan teliti surat pertuduhan ke atas tuan dan representasi tuan yang telah dibuat melalui surat bertarikh 27.7.2010. Lembaga Tatatertib mendapati tuan tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan yang dihadapkan kepada tuan dan memutuskan tuan bersalah dan dikenakan hukuman tatatertib seperti berikut: Terhadap Pertuduhan (i) ‘Amaran’ mengikut Peraturan 38(a), PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 49 (ii) ‘Denda’ bersamaan dengan tujuh (7) hari emolumen berkuatkuasa mulai 18.11.2010 mengikut Peraturan 38(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; (iii) ‘Lucut Hak Emolumen’ bagi tempoh tuan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab-sebab yang munasabah mengikut Peraturan 38(c), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; (iv) ‘Tangguh Pergerakan Gaji’ selama dua belas (12) bulan berkuatkuasa mulai tarikh pergerakan gaji tuan yang berikutnya mengikut Peraturan 38(d), PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; (v) ‘Turun Gaji’ sebanyak satu (1) pergerakan gaji secara mendatar selama dua belas (12) bulan berkuatkuasa mulai 18.11.2010 mengikut Peraturan 38(e), PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; (vi) ‘Turun Pangkat’ daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA34 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA32 berkuatkuasa mulai 18.11.2010 mengikut Peraturan 38(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; dan (vii) ‘Buang Kerja’ berkuatkuasa mulai 18.11.2010 mengikut Peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 50 2. Berdasarkan Peraturan 13 dan 14(1), PeraturanPeraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan 1994 (P.U.(A)458), tuan adalah dengan ini diberi peluang untuk membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan tuan dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh penerimaan keputusan Lembaga Tatatertib ini. Rayuan tuan hendaklah dialamatkan kepada: Pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia Aras 3, Blok B3 Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62526 PUTRAJAYA Melalui: Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Keningau Peti Surat 4 89007 Keningau SABAH 3. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat akuan terima yang disertakan dan kembalikan ke Kementerian ini dengan segera. Sekian. (NAMA PENUH) Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No. 1) Kementerian Pelajaran Malaysia


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 51 s.k : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Perkhidmatan Aras 6-7, Blok C 2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA [Selaras dengan kehendak Peraturan 3D, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993] Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan Tingkat 5, Rumah Persekutuan Jalan Mat Salleh 88604 Kota Kinabalu SABAH (u.p: Unit Tatatertib) [Ruj. tuan: JP(SB)/SULIT/UTT.3375/C2- 06/12182(12) ] - Sila catatkan keputusan ini dalam Kenyataan Perkhidmatan pegawai berkenaan dan semak ikatan perjanjian pegawai dengan Kerajaan (pinjaman perumahan/ kenderaan/ komputer/ biasiswa atau sebagainya). Sekiranya pegawai mengemukakan rayuan, sila kemukakan sesalinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini untuk tindakan Kementerian. SULIT


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 52 7.2 Penahanan Kerja SULIT Ruj. Kami : KP(PP)S.5090/202079/(19) Tarikh : 12 April 2010 Encik ABC (No. KP: XXXXXX-XX-XXXX) D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kemarau 27607 Jalan Kelisa PAHANG Melalui dan Salinan: Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Kemarau 27607 Jalan Kelisa PAHANG Tuan, PERINTAH TAHAN KERJA DI BAWAH PERATURAN 44(1)(a), PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 Dimaklumkan bahawa Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.1), Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Pihak Berkuasa Tatatertib yang ke atas tuan telah menerima laporan daripada Ketua Jabatan tuan bahawa tuan, ABC (No. KP: XXXXXX-XX-XXXX), Pembantu Tadbir Gred N17 yang bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Kemarau, Pahang telah ditangkap oleh polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kemarau, Pahang pada 20. 3. 2010 dan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemarau, Pahang pada 21. 3. 2010 atas pertuduhan berikut; Pertuduhan ”Bahawa kamu mulai April 2008 hingga Disember 2008, bertempat di Pejabat Pelajaran Kemarau, di dalam negeri Pahang sebagai penjawat awam iaitu kakitangan Pejabat Pelajaran Kemarau, telah diamanahkan untuk menjaga harta iaitu wang kutipan Tabung Pelajar Miskin berjumlah RM42,450.00, kamu telah didapati melakukan pecah


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 53 amanah berkaitan harta tersebut dengan menggunakannya untuk kegunaan sendiri, oleh itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah sek. 409 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama”. Hukuman:- Boleh diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari dua puluh dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda. 2. Setelah menimbang laporan dan perakuan mengenainya maka Lembaga Tatatertib ini memutuskan tuan ditahan daripada menjalankan tugas-tugas tuan berkuat kuasa mulai 1. 6. 2010 sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Peraturan 28(4) dan Peraturan 44(1)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Berdasarkan peraturan 44(6), Peraturan-Peraturan yang sama, Lembaga Tatatertib ini membenarkan tuan menerima separuh (1/2) bahagian emolumen bulanan jawatan sepanjang tempoh penahanan ini berkuatkuasa. Perintah tahan kerja ini adalah berkuat kuasa sehingga tuan diberitahu mengenainua oleh Lembaga Tatatertib ini. Sekian, terima kasih. ”BERKHIDMATAN UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (NAMA PENUH) Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No. 1) Kementerian Pelajaran Malaysia Salinan Kepada : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Perkhidmatan Aras 6 – 7, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 54 [Selaras dengan kehendak Peraturan 3D, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993]. Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Pahang Bandar Indera Mahkota 25604 Kuantan PAHANG. [Ruj. Tuan : JPNP.TT(28)(S)/500-6/4/6/C/3-1234 (4)] - Sila catatkan keputusan ini dalam Kenyataan Perkhidmatan pegawai berkenaan. SULIT


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 55 7.3 Penggantungan Kerja SULIT Ruj. Kami : KP(PP)S.5090/202079/(19) Tarikh : 12 September 2010 Encik ABC (No. KP: XXXXXX-XX-XXXX) D/A Pejabat Pelajaran Daerah Tanjung 33300 Jalan Tembusu SELANGOR Melalui dan Salinan: Pegawai Pelajaran Daerah D/A Pejabat Pelajaran Daerah Tanjung 33300 Jalan Tembusu SELANGOR Tuan, PERINTAH GANTUNG KERJA DI BAWAH PERATURAN 45, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 Saya diarahkan memaklumkan bahawa Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.1), Kementerian Pelajaran Malaysia selaku Pihak Berkuasa Tatatertib bagi tuan, telah menerima laporan dari Ketua Jabatan tuan, bahawa tuan Encik ABC, XXXXXX-XX-XXXX, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 telah dihadapkan ke mahkamah pada 27.8.2010 tuan telah disabitkan oleh mahkamah tersebut serta dikenakan hukuman penjara. 2. Setelah menimbang laporan itu maka Lembaga Tatatertib dalam mesyuaratnya pada 8.9.2010 telah memerintahkan tuan digantung daripada menjalankan tugastugas tuan berkuatkuasa mulai 8.9.2010 sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 28 dan 45, PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Berdasarkan peraturan 45(3), Peraturan-Peraturan yang sama, tuan adalah tidak layak menerima sebarang emolumen dalam tempoh tuan digantung kerja itu. Perintah gantung kerja ini


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 56 adalah berkuatkuasa secara berterusan sehinggalah kes tatatertib terhadap tuan dipertimbangkan kelak. Sekian, terima kasih. (NAMA PENUH) Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No. 1) Kementerian Pelajaran Malaysia SULIT


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 57 7.4 Penamatan Demi Kepentingan Awam SULIT Ruj. Kami : KP(PP)S.5090/202079/(19) Tarikh : 21 November 2010 Ketua Pengarah Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Dasar dan Pembangunan Perkhidmatan Paras 6, Blok C2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Putrajaya Tuan, CADANGAN PERAKUAN PENAMATAN PERKHIDMATAN DEMI KEPENTINGAN AWAM DI BAWAH PERATURAN 49, PERATURANPERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 KE ATAS ENCIK PQR, NO. KP XXXXXX-XX-XXXX Saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan berkaitan perkara di atas. 2. Saya selaku Ketua Jabatan/ Pihak Berkuasa Tatatertib kepada Kementerian Pelajaran Malaysia melaporkan kelakuan Encik PQR seperti berikut; i. (Nyatakan dengan lengkap kelakuan pegawai yang menyebabkan ia boleh ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam serta bukti-bukti, jika berkaitan. Salinan dokumen hendaklah dilampirkan. ii. .......................................... iii. ...........................................


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 58 3. Berdasarkan kepada laporan saya di atas dan berasaskan kuasa di bawah Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, maka dengan ini diperakukan pegawai Encik PQR ditamatkan perkhidmatannya demi kepentingan awam. Sekian, terima kasih. (NAMA PENUH) Ketua Jabatan/ Pengerusi Lembaga Tatatertib SULIT


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 59 7.5 Tindakan Surcaj SULIT Ruj.Kami : KP(PP)S.5090/308782/(11) Tarikh : 24 Jun 2011 Encik XYZ (No. KP : XXXXXX-XX-XXXX) No. 24, Lorong Rupawan 7/2A Taman Rupawan, Kepala Batas 13200 SEBERANG PERAI Melalui dan Salinan: Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Dewa Tasek Gelugor 13300 SEBERANG PERAI UTARA Tuan, MAKLUMAN TINDAKAN SURCAJ DIKENAKAN DI BAWAH PERATURAN 51, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB)1993 Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No.2), Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mesyuaratnya yang telah diadakan pada 09.06.2011 telah menimbang dengan teliti surat pertuduhan ke atas tuan dengan mengambilkira representasi tuan yang telah dibuat melalui surat tuan bertarikh 05.10.2009. Sila ambil perhatian bahawa Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No.2) memutuskan agar tuan dikenakan tindakan surcaj sejumlah ....% daripada nilai barang yang hilang mengikut harga semasa belian iaitu berjumlah RM............... Maka dengan itu jumlah surcaj yang hendaklah dibayar oleh tuan adalah sebanyak RM....... 2. Ambil maklum bahawa Lembaga Tatatertib ini boleh memilih untuk menggunakan budibicara menimbang semula tindakan surcaj yang telah dikenakan terhadap tuan sekiranya tuan berpandangan bahawa tuan mempunyai bukti baru yang kukuh berkenaan kehilangan untuk dikemukakan bagi membebaskan tuan daripada tindakan surcaj. Sebarang keterangan dan bukti baru kehilangan hendaklah dikemukakan


Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 60 melalui Ketua Jabatan tuan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan keputusan Lembaga Tatatertib ini. 3. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani akuan terima yang disertakan dan kembalikan ke Kementerian dengan segera. Sekian terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, (NAMA PENUH) Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No. 2) Kementerian Pelajaran Malaysia Salinan kepada: Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia Bahagian Kawalan dan Pemantauan Tingkat 4, Blok Selatan Kompleks Kementerian Kewangan 62592 PUTRAJAYA Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Pulau Pinang 11700 Jalan Bukit Gambir (u.p: Unit Tatatertib) SULIT


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Blok E12, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya, MALAYSIA www.moe.gov.my


Click to View FlipBook Version