The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR AINA BATRISYIA BINTI ROSELAN<br>BMH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aina.batrisyia004, 2024-03-14 11:34:05

BUKU LOG PANDU PUTERI

NUR AINA BATRISYIA BINTI ROSELAN<br>BMH

Keywords: BUKU LOG PANDU PUTERI

BUKU LOG PANDU PUTERI KADET INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PERLIS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUSAN TAHUN 2 SEMESTER 2 NAMA: NUR AINA BATRISYIA BINTI ROSELAN KELAS: BAHASA MELAYU H ANGKA GILIRAN: 2021232340464


ISI KANDUNGAN Kandungan Halaman 1. Biodata 3 2. Senarai nama ahli Kesidang 4 2. Carta organisasi 5-8 3. Lagu-lagu Pandu Puteri 9-12 4. Lambang dan cogan kata 13-17 5. Perlembagaan Pandu Puteri 18-27 6. Orientasi kurikulum UB di sekolah 28-31 7. Istiadat Pandu Puteri 32-41 8. Kemahiran asas Pandu puteri 42-57 8. Laporan mingguan 58-65 9. Buletin mingguan 63-71


BIODATA Nama : Nur Aina Batrisyia binti Roselan Kelas : Bahasa Melayu H Email : [email protected] Angka giliran : 2021232340464 Tempat Pengajian : Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis Nama kumpulan berenam: Kesidang Nama pensyarah: 1. Puan Mariani binti Ali 2. Puan Hariatul Hafidzah binti Mohd Khory 3. Puan Talha binti Taufik 4. Puan Hashira binti Hashim


1. ANIS AZILA BINTI ALATIFF 2. HANISHA ANN A/P MANICAM 3. NOR MAYUZI BINTI MAZALAN 4. NUR ‘AINA NAJWA BINTI MOHD ROSLIN 5. NUR AINA BATRISYIA BINTI ROSELAN 6. NUR AMIRAH BINTI MOHAMMAD RIDHWAL 7. NUR FARISHA IDAYU BINTI KAMARUDDIN 8. NURAINI BINTI SHABUDIN 9. NURSYADATUL YUHANIS BINTI KHUSHAILI 10. PUTERI NURFIRZANAH BINTI AZMY 11. TUAN AQILAH ARIEBAH BINTI TUAN MAKHTAR 12. SOFEA BALQIS BINTI MAZNAN SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN KESIDANG


CARTA ORGANISASI PANDU PUTERI


Timbalan Yang DPertua (Tuanku Soraya binti Al-Marhum Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah) Yang DiPertua (Kebawah duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung) CARTA ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA Ketua Pesuruhjaya (YBhg Dato’ Jeyadhevi Subramaniam) Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas (Puan Foong Poh Lin) Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja (Puan Chempaka Emalin Pahamin) Pesuruhjaya Pandu Puteri Ranjer (Cik Fong Woon Yoke) Pesuruhjaya Pandu Puteri Dewasa (puan Noor Hayati binti Pilus) Pesuruhjaya Guild (Puan Lia Nazirah binti Abdullah) Pesuruhjaya Program (Puan Azizah binti Abdul Majid) Pesuruhjaya Antarabangsa (Cik Chong Soo Hui) Pesuruhjaya Latihan (Puan Hindon binti Ahmad) Pesuruhjaya Keahlian (Cik Lee Yong Yong) Pesuruhjaya Perhubungan Dengan Masyarakat (Puan M Vijaya Letchumi A/P S Murugesu) Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan (Puan Foong Poh Lin) Bendahari Kehormat (Puan Zahridah Hanum binti Mazlan) Setiausaha Kehormat (Puan Noor Hasanh binti Hashim)


YDP Cawangan (Dr. Norsita binti Ali) (Dr. Zanariah binti Ibrahim) Penaung (YBrs. Dr. Rektor) CARTA ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM Ketua Pesuruhjaya Cawangan (Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff) Pesuruhjaya Bahagian PJ Bahagian Tunas (Dr. Hjh Zainab bt Nawab Khan) PJ Bahagian Klover PJ Bahagian Trefoil Guild (Cik Maznah bt Shaari) PJ Keahlian (Cik Luvrina bt Jamaludin) Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (Dr. Noor Habibah binti Kaderan) Pesuruhjaya Perkembangan PJ Latihan (Pn. Ruziaton bt Jamros) PJ Program (Dr. Sholehah binti Ismail) PJ Antarabangsa (Dr. Christina John) PJ Struktur (Dr. Thirumagal a/p Nakar Salapan) PJ Dana PJ Kampus PJ Kemasyarakatan


CARTA ORGANISASI PANDU PUTERI KADET IPGM KAMPUS PERLIS PENGERUSI NUR EMIZA BINTI AZMI 1. MAIZATUL AMNI BT MOHAMAD 2. NURUL AIN NADHIAH BT MD. AZLAN 1. THESIKAH A/P SELVAKKUMAR 2. NUR BATRISYIA FITRI BT ABDUL AZIZ 1. SHARNIYA A/P KUMARA 2. NUR ALYA BATRISYIA BT MAHAZIR 1. NURUL AINA SYAFINA BT MOHD ARIF 2. NOOR DINI BT MOHD SOID 1. IRDINA BALQIS BT JASNI 2. NURUL NAZIRA BT NAHARI 1. AISYATUL HANA BT CHE AZMI 2. ADRIANA YASMIEN BT ANOUR 1. NURUL ATIKAH BT HASBULLAH 2. NUR SYAMIMI BINTI ROSLI 1. NUR AFIQAH AMNI BT ROSLAND 2. NUR AFIQKAH BT ABU BAKAR AHLI JAWATANKUASA NAIB BENDAHARI NUR ADREEANA ARRISA BT AZNUREEN BENDAHARI NURAINI BT SHABUDIN SETIAUSAHA WAN DANIA HANIE BT WAN RANI IZUAN NAIB SETIAUSAHA ARFAH IZZATY BT MUHAMAD FAHDIN NAIB PENGERUSI NUR SYAFIQAH BT MUHAMMAD SHAFI


LAGU-LAGU PANDU PUTERI


LAGU DUNIA Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song LAGU-LAGU PANDU PUTERI LAGU AHLI BARU Ahli baharu suka hati Menjadi Puteri Tunas


TAPS SIANG Kami puji, nikmat diberi, matahari, bintang-bintang, langit biru, mana pergi, hidup kami, Tuhan saksi. Thanks and praise, for our days, Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky, As we go, this we know, God is nigh. TAPS MALAM Malam datang, siang hilang, dari laut, dari gunung, dari langit, semua selamat, sihat rehat, Berkat Tuhan. Day is gone, gone the sun, from the sea, from the hills, from the sky, all is well, safely rest, God is nigh. LAGU-LAGU PANDU PUTERI


LAGU KUMPULAN BERENAM 1. Bunga Siantan (Merah) Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan 2. Bunga Melur (Putih) Melur taat dan setia Berusaha setiap masa 3. Bunga Cempaka (Kuning) Cempaka bersuka ria Menolong orang duka 4. Bunga Kenanga (Hijau) Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga 5. Bunga Teratai (Biru) Teratai nama kami Bekerja setiap hari 6. Bunga Kesidang (Putih) Kami Kesidang datang Menolong pagi petang LAGU-LAGU PANDU PUTERI


LAMBANG DAN COGAN KATA PANDU PUTERI


BENDERA PANDU PUTERI DUNIA Tiga blok/petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar belakang biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.


Lencana Pandu Puteri Malaysia hampir sama bentuknya dengan lencana Pandu Puteri Sedunia. Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia ini diperkenalkan dan digunakan dalam bulan Januari 1962. Lencana dicipta oleh Cik Mary Bowers, Pesuruhjaya Latihan di ibu Pejabat Pandu Puteri Malaysia. Lencana ini mempunyai lambang atau cabang trefoil yang melambangkan tiga bahagian dalam ikrar Pandu Puteri. Bintang pecah empat belas melambangka 13 buah negeri di Malaysia dan satu pecahan lagi menghala ke atas melambangka jarum kompas yang boleh dianggap sebagai petunjuk ke jalan sebenar. 'Pandu Puteri' ialah 'Girl Guides'. Lencana ini dipinkan di tali leher ahli Pandu Puteri dan kadet semasa upacara perlantikan. LOGO PANDU PUTERI MALAYSIA


SIMBOL MAKSUD Trefoil (tiga cabang) - Warna Emas Trefoil Ikrar Pandu Puteri Matahari yang bersinar-sinar di langit Bintang-bintang pada cabang trefoil Bintang petunjuk jalan iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri. Jalur Jarum kompas sebagai petunjuk jalan yang harus dituju dalam Pandu Puteri Tapak Perasaan kasih sayang semua manusia yang sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu Puteri LENCANA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


COGAN KATA 'Selalu Sedia' - Bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan.


PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI


Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. VISI DAN MISI PANDU PUTERI MALAYSIA Menerajui perkembangan potensi gadis V dan wanita untuk membawa perubahan. ISI MISI


Matlamat Untuk melahirkan pelajarpelajar yang bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin, berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Objektif Melahirkan ahli yang mempunyai pengetahuan dalam kepanduan. Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan. Menampilkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni, sihat dan berguna sebagai warganegara. MATLAMAT DAN OBJEKTIF


Boleh dipercayai UNDANG-UNDANG SEORANG PANDU PUTERI Sentiasa taat dan setia Suka menolong orang lain Bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli Sentiasa bersopan santun Melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar Sentiasa menurut perintah Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Sentiasa berjimat cermat Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan


Persatuan Pandu Puteri Malaysia percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: NILAI-NILAI TERAS PANDU PUTERI Integriti Toleransi Kasih sayang Kejujuran Hormat menghormati Bantu membantu


Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya pada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri. PERSETIAAN PANDU PUTERI


SEJARAH PERKEMBANGAN 1916 Bermula di Kuala Lumpur. 1957 1991 1928 1956 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Malaysia sehingga tahun 1956. Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah diganti dengan Akta Pandu Puteri 1953 dan akta ini telah disemak pada tahun 1991. Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.


Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawaipegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua dan juga sesama ahli kumpulan. Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Umumnya, hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan. Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: Perjumpaan dengan pemimpin, ketua dan orang-orang kenamaan di dalam upacara yang kepanduan. 1. 2. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. 3. Upacara mengibarkan bendera. Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: 1. Tiga jari tangan kanan ditegakkan. 2. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkang yang dibengkokkan. 3. Tangan diangkat sehingga sama tinggi dengan dahi. Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah bergerak dari situ. 4. CARA HORMAT PERSATUAN PANDU PUTERI


KEDUDUKAN DALAM HORMAT PANDU PUTERI Pada dasarnya, isyarat Pandu Puteri adalah sama dengan hormat Pandu Puteri. Yang berbeza ialah kegunaan dan kedudukan tangan. Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diminta menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa Pandu Puteri memperbaharui ikrar. Dalam kedua-dua keadaan ini isyarat Pandu Puteri dilakukan. Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya. Caranya adalah seperti berikut: 1. Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. Tangan kanan dinaikkan di atas bahu dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 2. Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat Pandu Puteri. 3. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telingan kanan. 4.


Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Ia juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri Dunia. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri. Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Baden-Powell melawat Kenya. Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup meletaknya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk berjabat tangan. Lantas itu, Lord Baden-Powell terus mengambil perlakuan itu sebagai amalan Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri. BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI


ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH


Perancangan program 1. Penubuhan/ pendaftaran 2. Pembentukan unit organisasi PPK unit kanak-kanak. 3. Mesyuarat pertama diadakan. 4. Pendaftaran ahli. 5. Hari peringatan sedunia Pandu Puteri 22 Februari setiap tahun. 6. Latihan kawad. 7. Ceramah. 8. Gotong-royong. 9. Lawatan/khidmat masyarakat penyayang. 10. Kraftangan perkhemahan. 11. Ujian dan laporan preastasi ahli-ahli oleh guru pemimpin untuk penilaian kecekapan lencana kem kraf. 12. Pertolongan cemas junior 12J AM sukatan pelajaran teori dan praktikal. 13. Keselamatan. 14. Persahabatan dan persefahaman antarabangsa. 15. Disiplin. 16. Pendidikan Pandu Puteri sukatan pelajaran lengkap. 17. Pertolongan cemas dan silaturahim, pengukuhanpraktikal-pertolongan cemas. 18. Lawatan sambil belajar. 19. Penilaian sepanjang tahun. Diperkenalkan kepada murid sekolah rendah bagi tahun 4,5 dan 6. Antara unit beruniform yang ditubuhkan di sekolah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis dan Bulan Sabit Merah.


Skim Lencana Kecekapan Kolektif Lambang budaya dan kreativiti Lambang cabaran dan kecergasan Lambang sains dan teknologi Lambang agen perubahan Lambang hubungan keluarga dan masyarakat


ISTIADAT PANDU PUTERI


Objektif Istiadat Pandu Puteri Melatih ahli supaya memupuk sikap berdisiplin. Mematuhi arahan dan menjalankan tugas dengan betul. Memberi penghormatan kepada tetamu atau ahli yang telah memperoleh pencapaian tertentu. Membina kecergasan rohani dan jasmani. Memupuk kerjasama berpasukan dan semangat perpaduan dalam kalangan ahli. Istiadat Pandu Puteri. -Merupakan upacara yang dilakukan dengan tersusun dan mempunyai tujuan tertentu dalam sesuatu majlis atau perjumpaan. - Istiadat Pandu Puteri kebiasaannya dilengkapi dengan panji-panji serta kawad mengikut majlis yang diadakan. -Contohnya, ‘Ladam Kuda’. Ciri-Ciri Istiadat Pandu Puteri SHORT- Ringkas, merujuk kepada arahan kawad yang pendek dan tepat. SIMPLE- Mudah, merujuk kepada ketepatan formasi yang dilaksanakan. SPECIAL- Istimewa, merujuk kepada tujuan tertentu diadakan kawad. SMART- Kemas, merujuk kepada barisan formasi dan pergerakan semasa istiadat.


Pembentukan Ladam Kuda Kapten mengambil tempat di kiri tiang bendera, jaraknya bergantung kepada bilangan ahli. Kapten dalam keadaan bersedia untuk memberi arahan. 1. Kapten: ‘Pasukan!’ (Ahli pasukan menghadap kapten dalam keadaan bersedia). Pasukan panji-panji, masuk baris! (Pasukan panji-panji berdiri bahu ke bahu empat langkah di hadapan kapten dalam keadaan bersedia). 2. Kapten: ‘Pasukan, masuk baris!’ (Ahli-ahli terus bergerak di belakang kedua-dua pengiring dalam keadaan senang diri). ‘Pasukan sedia’ (Ahli pasukan dalam keadaan bersedia).


Pembentukan Ladam Kuda 3. Kapten: ‘Pasukan, hentak kaki... hentak!’ (Hanya untuk pasukan yang belum mahir berkawad). 4. Kapten: ‘Ke formasi Ladam Kuda... cepat jalan!’. (Ahli Pandu Puteri bergerak ke hadapan dari sebelah kanan dan kiri pengiring sehingga Formasi Ladam Kuda terbentuk dengan baik’. 5. Kapten: ‘Berhen...ti!’ (Arahan berhenti mesti jatuh kaki kiri) 6. Kapten: ‘Ke dalam pusing’ (Semua ahli pusing ke dalam menghadap kapten). 7. Kapten ‘Pasukan bendera, jalankan tugas!’. (Pembawa bendera memberi arahan secara oerlahan untuk di dengar oleh pasukan panji-panji sahaja). Pembawa bendera ‘Pasukan bendera... cepat jalan’. (Mereka bertiga berjalan terus ke tiang bendera, Arahan berhenti diberikan dalam jarak dua langkah di hadapan tiang bendera. ‘Berhen...ti!’. (Pembawa bendera mengambil satu langkah ke hadapan untuk mengibarkan bendera. Ahli lain menyanyikan lagu).


Pembentukan Ladam Kuda 8. Selesai nyanyian, pembawa bendera mengambil satu langkah ke belakang. 9. Pembawa bendera memberi arahan: ‘Pasukan bendera, ke belakang pusing!’. ‘ Cepat jalan!’ (Pasukan bendera balik ke tempat asal) ‘Pembawa bendera: ‘berhen...ti!’ ‘ke belakang pusing!’ 10. Kapten: ‘Bacaan doa’ (Pembaca doa mengambil satu langkah ke hadapan). ‘Up’ (Bacaan doa) 11. Kapten: ‘Kata-kata hikmah’ (Pemberi kata-kata hikmah mengambil satu langkah ke hadapan. Membaca kata-kata hikmah. Selesai membaca, ambil satu langkah ke belakang). 12. Kapten: ‘Pasukan senang diri!’. (Kapten memberi ucapan atau taklimat) 13. Kapten: ‘Pasukan, sedia! Keluar baris!’. (Semua ahli mengambil satu langkah ke hadapan bermula kaki kiri, merapatkan kaki, berpusing ke kanan dan keluar daripada Formasi Ladam Kuda. Jika hendak bersurai Kapten: ‘Pasukan, Ber...su...rai!’ (Semua ahli mengambil satu langkah ke hadapan, bermula dengan kaki kiri, merapatkan kaki, memberi hormat pandu puteri, berpusing kanan dan terus keluar dari Formasi Ladam Kuda).


ISTIADAT TETAP DAN REKAAN Istiadat Tetap Tidak boleh diubah dan dijalankan seragam atau sama bentuknya oleh pasukan di seluruh dunia. Contohnya: a) Lingkungan Puteri Tunas. b) Perlantikan Ahli Baru. c) Hormat Besar. Istiadat Rekaan. Boleh direka atau dicipta oleh pemimpin dan ahli Puteri TUnas semasa mengadakan perjumpaan. Contohnya: a) Pow-wow b) Pembukaan c) Pemeriksaan d) Penutupan e) Terima kasih f) Terbang naik g) Upacara lain berkaitan dengan kepanduan seperti Hari Peringatan


lINGKUNGAN TUNAS Dilaksanakan oleh pemimpin (kakak setia/Siti setia) setiap kali perjumpaan pasukan. Peralatan yang diperlukan ialah penant Tunas Puteri Cara ahli membentuk lingkungan adalah secara rekaan iaitu menggunakan tema. Lagu yang perlu dinyanyikan semasa istiadat ialah lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan lagu Loceng PP Tunas. 1. Lagu Pandu Puteri Tunas: Puteri Tunas bertujuan, menolong dan berkawan. 2. Lagu Ahli Baharu: Ahli baharu suka hati, menjadi Puteri Tunas. 3. Lagu kumpulan berenam: Siantan datang berkawan, berani macam pahlawan. Melor taat dan setia, berusaha setiap masa. Kami bernama kenanga, berjasa bertenaga. Cempaka bersuka ria, menolong orang duka. Bunga teratai nama kami, bekerja setiap hari. Kami kesidang datang, menolong pagi petang.


Istiadat hormat besar dilaksanakan sebagai satu cara ahli Tunas menyambut tetamu dan orang kenamaan. Istiadat ini dilaksanakan semasa ahli dalam bentuk lingkungan seperti berikut: Semua ahli berdiri tegak dan kedua-dua tangan diletakkan dibawah dagu seperti bunga yang belum berkembang. 1. Tetamu akan masuk ke lingkungan dambil di bawa oleh ahli lain. 2. Pemimpin boleh memberi que dan ahli serentak beraksi menggayakan kuntum bunga yang tertutup beransur-ansur berkembang. 3. Semua ahli dalam lingkungan secara serentak bertepuk tangan di atas bahu kiri empat kali sambil mengucap ‘selamat datang’. Kemudian bertepuk tangan di atas bahu kanan empat kali dan menyebut ‘selamat datang’. 4. Semua ahli berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil memberi senyuman. 5. 6. Ahli boleh menyanyikan lagu ‘Selamat Datang’. Tetamu di sambut oleh ahli dalam lingkungan kecil seperti berikut: 7. HORMAT BESAR Lagu Selamat Datang Selamat datang tuan/puan Selamat datang tuan/puan Selamat datang kami ucapkan Selamat datang tuan/puan


Pemimpin menentukan tempat perjumpaan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan seperti tema haiwan, kenderaan dan sebagainya. Pemimpin memanggil kumpulan masuk satu per satu. Contohnya: Arahan: Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulai dengan kumpulan... 1. Respon: Kumpulan kesidang masuk seperti arnab bergerak sebaris mengelilingi pennant dan kemudian berdiri dalam llingkungan besar diikuti dengan kumpulan lain. Apabila semua ahli telah masuk, mereka akan berpegangan tangan dan berskip ke kiri sambil menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. Selesai, skip ke kanan pula dan nyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. 2. ISTIADAT lINGKUNGAN TUNAS


ISTIADAT POW WOW Istiadat ini merupakan satu cara menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow Wow dikendalikan oleh pemimpin. Cara melaksanakannya: Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan memberikan respon dengan berpegangan tangan dan menyebut menyebut Pow Wow berulang kali. 1. Berkumpul membuat lingkungan dan duduk berlutut. 2. Pemimpin akna memberikan arahan kepada ahli sekiranya mereka ingin memberikan pendapat, letak tangan atas telingan seperti arnab (3 jari). 3. Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan di belakang dan tunjuk isyarat seperti genggam jari: tidak setuju/ buka genggaman: setuju. Pemimpin boleh bergerak mengelilingi ahli untuk mengira undian. Apabila undian selesai, Pow Wow semua ahli boleh berdiri dan bersurai. 4.


KEMAHIRAN ASAS PANDU PUTERI


SIMPULAN DAN IKATAN Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad lamanya. Dipercayai bahawa penduduk Mesir telah mengunakan tali sejak lebih kurang 5000 tahun dahulu. Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan. 4 jenis definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan iaitu: 1. Simpulan Menggunakan tali yang kecil dan sederhana Digunakan untuk benda-benda kecil dan sederhana. Contohnya buku sila, tindih kasih, simpul himpit dan lilit dua simpul. 2. Ikatan Digunakan untuk mengikat buluh, kayu, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contohnya ikatan seraya, ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak. 3. Sembat Digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat suatu peralatan. Dapat menyambung tali dengan baik dan selamat. Contohnya sembat balik, sembat pendek dan sembat mata. 4. Mematikan hujung tali. Mematikan hujung tali untuk mengelakkan tali terburai di hujungnya. Contohnya lilit pemati biasa, lilit pemati selit dan sembat balik.


MODEL SIMPULAN DAN IKATAN


MODEL SIMPULAN DAN IKATAN


MODEL SIMPULAN DAN IKATAN


GAJET PANDU PUTERI Gajet merupakan peralatan yang dibuat untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan Tujuan: Meninggikan taraf kehidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan. Mempunyai fungsi tertentu. Memupuk semangat kekitaan. Melahirkan idea-idea baharu. Mengisi masa terluang semasa perkhemahan. Bahan-bahan membuat gajet: Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan. Diperbuat daripada bahan semula jadi. Pergunakan daripada semua bahagian pokok. Jenis-jenis gajet: Gajet kawasan pintu Gajet kawasan dapur dan berkaitan Gajet kawasan tempat basuhan Gajet kawasan tempat tinggal Gajet kawasan pengeringan Lain-lain gajet


CONTOH GAJET PANDU PUTERI


CONTOH GAJET PANDU PUTERI


Sesuai digunakan di negara yang beriklim panas seperti Malaysia. Kebaikannya adalah untuk menjadikan masakan solar sebagai sumber tenaga alternatif murah, mengurangkan penggunaan bahan api dari kayu, tidak mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas. Sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak kerja luar seperti perkhemahan. MASAKAN SOLAR PANDU PUTERI


Click to View FlipBook Version