The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR AINA BATRISYIA BINTI ROSELAN<br>BMH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aina.batrisyia004, 2024-03-14 11:34:05

BUKU LOG PANDU PUTERI

NUR AINA BATRISYIA BINTI ROSELAN<br>BMH

Keywords: BUKU LOG PANDU PUTERI

MASAKAN SOLAR PANDU PUTERI Contoh masakan solar adalah seperti berikut:


Bantu mula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan, kemalangan atau diserang penyakit secara tibatiba. Setiap orang harus tahu cara memberi pertolongan cemas atau bantu mula. Matlamat bantu mula Menyelamatkan nyawa Mengurangkan atau melegakan kesakitan Mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk BANTU MULA PANDU PUTERI


BALUTAN ANDUH


Antara senarai peralatan yang perlu ada ialah: Dresing steril Plaster Bendej segi tiga Pembalut kain kasa Larutan Flavin Larutan atau krim antiseptic Gunting kecil PETI PERTOLONGAN CEMAS


Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada mengeluarkan darah atau tidak yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Contohnya luka terhiris, luka terkoyak, luka lebam, luka tembus dan luka tembakan. Tanda dan gejala luka. 1. Pucat 2. Pening kepala 3. Meloya atau kemuntahan 4. Sesak nafas 5. Gerak nadi cepat 6. Hilang kekuatan atau keupayaan Rawatan am Bawa mangsa ke sempat selamat dan edaran udara sempurna. 1. 2. Tenangkan mangsa. Pastikan magsa sedar. Beri CPR jika memerlukan. 3. 4. Longgarkan pakaian mangsa. Hentikan pendarahan sekiranya luka mengeluarkan darah yang banyak. 5. LUKA


Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada mengeluarkan darah atau tidak yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Contohnya digigit lintah dan pacat. Jangan cuba menarik binatang tersebut kerana sengatnya akan tertinggal pada kulit. Gigitan lintah dan pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak kerana lintah memuntahkan enzim yang menyebabkan pembekuan darah lambat. Cara rawatan. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan untuk melonggarkan gigitan dan menggugurkannya. 1. Bersihkan sekeliling tempat gigitan dengan methylated spirit. 2. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalu keras. 3. 4. Tutup dan balut dengan pembalut kering. GIGITAN


Luka terbakar: Didefinisikan sebagai keruosakan pada tisu badan akibat daripada haba kering seperti tenaga elektrik dan geseran. Luka melecur: Didefinisikan sebagai kerosakan pada tisu kulit akibat daripada bahan kimia atau secair panas. Tiga tahap kecederaan: 1. Tahap 1: Kecederaan lapisan luar kulit. 2. Tahap 2: Kecederaan lapisan bawah kulit. Tahap 3: Kecederaan kepada semua lapisan kulit, juga melibatkan kerosakan pada lapisan otot atau tulang. 3. Rawatan: Burn stop: Buka pakaian dan alihkan objek panas daripada mangsa. 1. Breathing maintain: Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka. 2. 3. Body examine: Periksa tahap kebakaran. 4. Cool: Sejukkan bahagian terbakar Cover: Tutup bahagian yang terbakar dengan kain bersih. 5. Carry: Bawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. 6. TERBAKAR DAN MELECUR


LAPORAN MINGGUAN


Tarikh: 10 Januari 2024 Masa: 8.00 a.m. - 10.00 a.m. Tempat : Pulako Tajuk Perhimpunan rasmi, pengenalan Pandu Puteri Kadet (PPK), pelantikan ahli jawatankuasa induk PPK dan pembentukan kumpulan dalam kalangan ahli-ahli PPK. Jurulatih bertugas 1. Puan Mariani binti Ali 2. Puan Hariatul Hafidzah binti Mohd Khory 3. Puan Talha binti Taufik 4. Puan Hashira binti Hashim Kehadiran 74/74 orang Catatan 1. Ahli-ahli PPK telah diberi pendedahan awal mengenai Kursus MPU3441 pada semester ini melalui nota yang diberikan. 2. Jurulatih juga telah memberikan kerangka AJK Induk untuk dilantik dalam kalangan ahli PPK. 3. Ahli-ahli PPK dibahagikan kepada enam buah kumpulan dan setiap kumpulan diminta untuk melantik ahli jawatankuasa bagi kumpulan masing-masing. 4. Ahli-ahli PPK telah diberi pengenalan tentang lagu yang perlu diketahui oleh PPK yang merangkumi: • Lagu world • Lagu Pandu Puteri Tunas • Lagu kumpulan berenam Pandu Puteri • Lagu taps siang dan malam Pandu Puteri 5. Aktiviti diteruskan dengan mengajukan soalan berkaitan tugasan dan tajuk berkaitan PPK kepada jurulatih. Ahli-ahli telah diberikan tugas untuk menghafal keempat-empat buah lagu yang diperkenalkan. Refleksi kendiri Saya berasa jelas mengenai kursus PPK pada semester ini. Saya dapat mengetahui lagu-lagu yang terkandung dalam PPK. LAPORAN MINGGU 1


Tajuk Perhimpunan rasmi, pendaftaran ahli Pandu Puteri Kadet (PPK) secara dalam talian, pelaksanaan formasi kawad istiadat PPK ‘Ladam Kuda’. Jurulatih bertugas 1. Puan Mariani binti Ali 2. Puan Hariatul Hafidzah binti Mohd Khory 3. Puan Talha binti Taufik 4. Puan Hashira binti Hashim Kehadiran 74/74 orang Catatan 1. Ahli PPK telah menghadiri perhimpunan rasmi tepat pada waktu yang ditetapkan dengan bilangan kehadiran ahli yang penuh. 2. Jurulatih memberi penerangan yang jelas tentang cara mendaftar sebagai ahli baharu dalam pasukan Pandu Puteri Kadet (PPK) di bawah cawangan IPGKPM. Seterusnya, ahli PPK membuat pendaftaran secara dalam talian. 3. Ahli PPK telah didedahkan lagi dengan struktur organisasi pandu puteri Malaysia oleh jurulatih. 4. Ahli PPK berada dalam baris kawad dan diajarkan cara untuk membentuk formasi kawad istiadat PPK ‘Ladam Kuda’ oleh jurulatih dengan cara yang betul dan tepat. 5. Ahli PPK menyanyikan lagu ‘Taps Siang’ sebelum bersurai. Refleksi kendiri Saya dapat memahami cara membentuk formasi kawad istiadat PPK yang betul dengan lebih jelas. Saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai persetiaan dan undangundang yang terkandung di dalam pertubuhan PPK. LAPORAN MINGGU 2 Tarikh: 17 Januari 2024 Masa: 8.00 a.m. - 10.00 a.m. Tempat : Pulako


Tajuk Perhimpunan rasmi, pelaksanaan formasi kawad Istiadat PPK ‘Ladam Kuda’, latihan kawad kaki asas, pendedahan kepada kandungan kursus bagi minggu tiga dan perancangan program/aktiviti. Jurulatih bertugas 1. Puan Mariani binti Ali 2. Puan Hariatul Hafidzah binti Mohd Khory 3. Puan Talha binti Taufik 4. Puan Hashira binti Hashim Kehadiran 72/74 orang Catatan 1. Ahli-ahli PPK telah menghadiri perhimpunan rasmi tepat pada waktu yang ditetapkan dengan bilangan ahli 72 orang (dua orang tidak hadir bersebab). 2. Ahli-ahli PPK telah melaksanakan formasi kawad istiadat PPK ‘Ladam Kuda’. 3. Ahli-ahli PPK telah melakukan latihan kawad kaki asas dan setiap ahli diberi peluang untuk menjadi komander secara bergilir-gilir dalam kumpulan berenam masing-masing. 4. Ahli-ahli PPK telah diberi penerangan yang lebih mendalam oleh jurulatih tentang kandungan kursus bagi minggu ketiga yang merangkumi: Istiadat Pandu Puteri Jurnal Progresif Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan Skim Lencana Kecekapan PP Tunas 5. Semua ahli PPK diberikan masa untuk berbincang dalam kumpulan berenam masing-masing tentang program/aktiviti yang hendak dilaksanakan. 6. Pengerusi PPK membahagikan kumpulan berenam kepada dua kumpulan besar setelah mendapat maklumat program yang dipilih oleh setiap kumpulan untukmemudahkan urusan perancangan program. 7. Setiap kumpulan besar melantik beberapa ahli jawatankuasa dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing bagi melancarkan urusan program yang hendak dilaksanakan. 8. Ahli PPK menyanyikan lagu ‘Taps Siang’ sebelum bersurai. LAPORAN MINGGU 3 Tarikh: 24 Januari 2024 Masa: 8.00 a.m. - 10.00 a.m. Tempat : Pulako Refleksi kendiri Sayadapat mengetahui cara dan arahan kawad kaki asas yang betul. Saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang lima elemen dalam lencanalencana kecekapan melalui tajuk Skim Lencana Kecekapan Pandu Puteri Tunas.


Tajuk 1. Perhimpunan rasmi. 2. Pelaksanaan formasi kawad Istiadat PPK ‘Ladam Kuda‘. 3. Aktiviti ikatan manuk, bunga geti, buku sila dan figure of eight. Jurulatih bertugas 1. Puan Mariani binti Ali 2. Puan Hariatul Hafidzah binti Mohd Khory 3. Puan Talha binti Taufik 4. Puan Hashira binti Hashim Kehadiran 72/74 orang Catatan 1. Ahli PPK telah menghadiri perhimpunan rasmi tepat pada waktu yang ditetapkan dengan bilangan kehadiran ahli seramai 72 orang. 2. Ahli PPK telah melaksanakan formasi kawad, Istiadat PPK ‘Ladam Kuda’. 3. Ahli-ahli PPK telah melakukan latihan kawad kaki asas iaitu kawad kaki statik dan kawad kaki dinamik serta setiap ahli diberi peluang untuk menjadi komander secara bergilir-gilir dalam kumpulan berenam masing-masing. 4. Ahli PPK mempelajari empat jenis ikatan iaitu ikatan manuk, bunga geti, buku sila dan figure of eight. 5. Jurulatih membimbing ahli PPK untuk aktiviti ikatan. 6. Ahli PPK menyanyikan lagu ‘Taps Siang’ sebelum bersurai. Tarikh: 31 Januari 2024 Masa: 8.00 a.m. - 10.00 a.m. Tempat : Pulako LAPORAN MINGGU 4 Refleksi kendiri Saya dapat mengetahui cara dan arahan kawad kaki asas yang betul. Saya dapat mempelajari empat jenis ikatan iaitu ikatan manuk, bunga geti, buku sila dan figure of eight dengan betul dan terperinci.


Tajuk 1. Perhimpunan rasmi. 2. Pelaksanaan formasi kawad Istiadat PPK ‘Ladam Kuda‘. 3. Aktiviti ikatan dan simpulan serta gajet. 4. Pendedahan berkaitan upacara dan istiadat PPK. Jurulatih bertugas 1. Puan Mariani binti Ali 2. Puan Hariatul Hafidzah binti Mohd Khory 3. Puan Talha binti Taufik 4. Puan Hashira binti Hashim Kehadiran 74/74 orang Catatan 1. Ahli PPK telah menghadiri perhimpunan rasmi tepat pada waktu yang ditetapkan dengan bilangan kehadiran ahli seramai 74orang. 2. Ahli PPK telah melaksanakan formasi kawad, Istiadat PPK ‘Ladam Kuda’. 3. Ahli PPK mempelajari beberapa jenis ikatan dan simpulan iaitu ikatan seraya, ikatan serong dan lilitan pemati mudah. 4. Jurulatih membimbing ahli PPK untuk aktiviti ikatan tersebut. 5. Ahli PKK telah menonton video cara untuk membina gajet menerusi aplikasi Youtube. 6. Ahli PPK diberikan masa untuk berbincang mengenai jenis gajet mini yang akan dibina. 7. Ahli PPK telah menonton video berkaitan upacara dan adat istiadat menerusi aplikasi Youtube. 8. Ahli PPK menyanyikan lagu ‘Taps Siang’ sebelum bersurai. Tarikh: 07 Februari 2024 Masa: 8.00 a.m. - 10.00 a.m. Tempat : Pulako LAPORAN MINGGU 5 Refleksi kendiri Saya dapat mempelajari cara membuat beberapa jenis simpulan dan ikatan seperti ikatan seraya, ikatan serong dan lilitan pemati mudah dengan betul dan terperinci. Saya dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk membina gajet mini.


Tajuk 1. Perhimpunan rasmi. 2. Pelaksanaan formasi kawad Istiadat PPK ‘Ladam Kuda‘. 3. Aktiviti mini gajet mengikut kumpulan. Jurulatih bertugas 1. Puan Mariani binti Ali 2. Puan Hariatul Hafidzah binti Mohd Khory 3. Puan Talha binti Taufik 4. Puan Hashira binti Hashim Kehadiran 74/74 orang Catatan 1. Ahli PPK telah menghadiri perhimpunan rasmi tepat pada waktu yang ditetapkan dengan bilangan kehadiran ahli seramai 74 orang. 2. Ahli PPK telah melaksanakan formasi kawad, Istiadat PPK ‘Ladam Kuda’. 3. Ahil PPK telah diberikan masa untuk membuat mini gajet mengikut kumpulan masing-masing. 4. Jurulatih membimbing ahli PPK untuk aktiviti mini gadjet. 5. Ahli PPK diberikan tarikh selanjutnya untuk menyiapkan mini gajet. 6. Ahli PPK menyanyikan lagu ‘Taps Siang’ sebelum bersurai. Tarikh: 21 Februari 2024 Masa: 8.00 a.m. - 10.00 a.m. Tempat : Pulako LAPORAN MINGGU 7 Refleksi kendiri Saya dapat mempelajari cara membuat beberapa jenis simpulan dan ikatan dalam membina mini gajet seperti ikatan manuk, ikatan serong dan sebagainya. Saya dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk membina gajet mini.


Tajuk Perhimpunan rasmi, pelaksanaan formasi kawad istiadat PPK ‘Ladam Kuda’ dan penyediaan gajet mini setiap kumpulan kecil. Jurulatih bertugas 1. Puan Mariani binti Ali 2. Puan Hariatul Hafidzah binti Mohd Khory 3. Puan Talha binti Taufik 4. Puan Hashira binti Hashim Kehadiran 73/74 orang Catatan 1. Ahli PPK telah menghadiri perhimpunan rasmi tepat pada waktu yang ditetapkan dengan kehadiran ahli 73 orang dalam baris. 2. Ahli PPK melaksanakan kawad istiadat PPK ‘Ladam Kuda’. 3. Jurulatih membuat ucapan mingguan dan memberi penerangan lanjut tentang penghantaran tugasan gajet mini setiap kumpulan. 4. Ahli PPK menyiapkan gajet mini bagi setiap kumpulan dalam waktu yang ditetapkan. 5. Jurulatih memberi arahan untuk menyiapkan dapur solar di luar waktu kuliah. 6. Ahli PPK menyanyikan lagu ‘Taps Siang’ sebelum bersurai. Tarikh: 28 Februari 2024 Masa: 8.00 a.m. - 10.00 a.m. Tempat : Pulako LAPORAN MINGGU 8 Refleksi kendiri Saya dapat mengenali dan mempelajari jenis-jenis ikatan dan simpulan yang boleh digunakan dalam penyediaan gajet mini seperti Simpul Manuk dan Ikatan Silang Gunting. Saya dapat mengaplikasikan jenis-jenis ikatan dan simpulan dalam penyediaan gajet mini kumpulan.


BULETIN PANDU PUTERI


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version