The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AININ SOFIYA BINTI MOHD SUEFI IPG-Pelajar, 2024-06-29 00:34:39

PRKA 3171 - PORTFOLIO PBS II

T1-PORTFOLIO

PENTAKSIRAN BERTERUSAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II PRKA3171 Nama : NUR AININ SOFIYA BINTI MOHD SUEFI Angka Giliran 2021292340297 No. Kad Pengenalan : 030226-04-0038 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Kumpulan/Unit : BAHASA MELAYU 4 Nama Pensyarah Kursus : PN. KHALIDAH BINTI KHALID Nama Sekolah : SK BATU BERENDAM 2 Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah Wajaran 1. Portfolio 23.6.2024 3.7.2024 /60 2. Laporan Refleksi 4.7.2024 20.7.2024 /40 Jumlah


MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM 2 2 No. Telefon Sekolah 06-3177589 3 Alamat e-mel/ Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) BANDAR 5 Nama Pengurus Sekolah PN. MASTURA LIM BINTI A.GHANI 6 Nama PK Pentadbiran HJ NORAZMAN BIN GHAUTH 7 Nama PK HEM EN. NOR RAMLEE BIN ISMAIL 8 Nama PK Kokurikulum EN. MOHD AMIN ATFI BIN NAJIB 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah B 11 Bilangan Guru Lelaki: 24 Perempuan: 63 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 87 Bukan Siswazah: - 13 Bilangan Kelas 43 14 Purata Saiz Kelas 34 orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lai n Lelaki 734 - 6 - Perempuan 592 - 5 - 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini ● Pelaksanaan program Pendidikan Inklusif ● Mempunyai Perancangan Strategik Organisasi (PSO) untuk perancangan sekolah dalam jangka masa panjang.


● Pengurusan sekolah diurus dengan baik dimana mudah untuk mendapat info berkenanan sekolah.


KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan 1 Maklumat Penempata n 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun 2 Semester 3 2.9 Tarikh PBS: 10 Jun – 21 Jun 2024 3 4 5 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 2-8) Kurikulum Kokurikulum 3.1 Pernyataan sebelum PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4.1 Carta Organisasi 4.2 Bidang Tugas Panitia 4.3 Takwim kurikulum 4.4 Program-program peningkatan kurikulum berkaitan : 4.4.1 Perancangan dan Pelaksanaan PdP 4.4.2 Pendekatan dan strategi pengajaran 4.4.3 Bahan Bantu Mengajar ( Inovasi) 4.4.4 Pentaksiran dan Penilaian 5.1 Carta Organisasi 5.2 Komponen Kokurikulum 5.3 Takwim Kokurikulum


5.4 Program-program peningkatan kokurikulum berkaitan : 5.4.1 Kolaborasi komuniti 5.4.2 Program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan 6 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai semak 6.3 Temu bual 6.4 Soal selidik 7 Kolaboratif (Lampiran 2-11) 6.4.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 6.4.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 7.1 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 7.2 Interaksi dengan murid 7.3 Perbincangan dengan komuniti sekolah 8 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 8.1 Pemerhatian 8.2 Senarai semak 8.3 Temu bual 9 Kajian Lapangan 1(Kurikulum) 10 Kajian Lapangan 2 (Kokurikulum) 11 Rumusan Akhir Ulasan Penilai: Tandatangan : Nama :


1.1 SURAT PENGENALAN DIRI


BIODATA DIRI Nama IPGK IPGM Kampus Tun Hussein Onn Nama Pelajar NUR AININ SOFIYA BINTI MOHD SUEFI No. Kad Pengenalan 030226-04-0038 Alamat Tetap NO.3, JALAN SS8, TAMAN SERI SELENDANG, BATU BERENDAM, MELAKA. No. Telefon 011- 40358726 E-mel [email protected] Ambilan PISMP Pengkhususan BAHASA MELAYU Tahun dan Semester TAHUN 2 SEMESTER 3 Tarikh PBS 10 JUN - 21 JUN 2024


3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL 3.1 Pengenalan Pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah bersepakat untuk melaksanakan satu program yang dikenali sebagai Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang berfungsi sebagai salah satu daripada komponen Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Oleh itu, saya Nur Ainin Sofiya Binti Mohd Suefi, selaku pelajar PISMP Ambilan Jun 2021 yang sedang melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO) telah berjaya menjalankan PBS 2 selama 2 minggu yang bermula dari 11 Jun 2022 hingga 21 Jun 2024. Saya juga memilih Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2, Melaka iaitu sebuah sekolah yang terletak di kawasan bandar yang pesat dan telah berjaya mencapai Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) sejak tahun 2021. Hasil daripada pemerhatian saya terhadap persekitaran sekolah sepanjang tempoh pelaksanaan program PBS II ini, secara jelas saya dapat memperoleh gambaran awal secara menyeluruh tentang fungsi sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang mampu melahirkan modal insan yang dihasratkan. Pada masa yang sama, saya juga dapat merasai pengalaman yang berharga sepanjang mengendalikan pelbagai program-program yang dilaksanakan di sekolah. Inisiatif saya untuk menjayakan program PBS II ini adalah dengan menetapkan objektif, hala tuju, strategi PBS sebagai panduan untuk melengkapkan tugasan kerja khusus dengan baik bahkan program PBS II ini juga dapat melatih saya untuk berkolaborasi dan berinteraksi bersama seluruh warga sekolah sama ada guru-guru, muridmurid atau kakitangan sekolah. Hasil pengumpulan data-data juga akan dianalisis sebagai satu portfolio lengkap bagi PBS II. Berdasarkan pelaksanaan PBS II ini, saya sebagai guru baharu berjaya mencapai matlamat serta pencapaian yang sangat bermakna dalam meningkatkan profesionalisme keguruan. Antara pencapaian yang telah diperoleh adalah: a) Mampu menghayati kerjaya profesional guru b) Mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah terutama dan pengurusan dan budaya sekolah


c) Mengumpulkan dan merekodkan maklumat berkaitan pengurusan sekolah, pentadbir, guru, murid serta kakitangan sekolah d) Mengetahui secara terperinci mengenai aktiviti kurikulum, kokurikulum, komuniti dan hal ehwal murid e) Pembinaan nilai positif terhadap profesion keguruan f) Refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab sepanjang PBS II 3.2 Tujuan Pernyataan Profesional Tujuan utama pernyataan profesional ini adalah untuk menyatakan hala tuju dan fokus tugasan yang akan dilaksanakan di sekolah. Oleh itu, melalui pernyataan profesional ini juga dapat membantu dan melatih saya untuk merancang strategi pelaksanaan secara sistematik supaya program PBS II dapat berjalan dengan lancar serta dapat mengumpul dan merekodkan data-data melalui pelbagai kaedah secara tersusun. Pada masa yang sama, pelaksanaan PBS II juga membolehkan pelajar untuk mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan serta membuat pemerhatian semasa aktiviti tersebut dilaksanakan. Setelah itu, membuat laporan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung. Hasil dapatan pemerhatian tersebut akan menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan atau penambahbaikan sekaligus dapat meningkatkan profesionalisme seorang guru. 3.3 Pernyataan Profesional 3.3.1 Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) II merupakan suatu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Tujuan pelaksanaan PBS II ini adalah untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru malah memberi peluang kepada pelajar untuk memahami cara pengurusan dan pentadbiran sekolah, pengurusan bilik darjah, tingkah laku murid, peranan guru dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen serta interaksi guru dan komuniti sekolah. a) Fokus Utama Tugasan Saya menjalani PBS di sebuah sekolah di Melaka iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2, Melaka. Sebelum menjalani PBS II, kami telah diberi taklimat khas mengenai


PBS II yang disampaikan oleh pensyarah dari unit Praktikum oleh Encik Ismadi Bin Bani. Maka, hasil daripada taklimat dan bahan yang telah kami perolehi, kami dapat memahami objektif PBS II ini dijalankan serta arahan dan panduan yang telah diberikan akan kami turuti. Selain daripada memahami objektif, kami juga berpeluang untuk mengenali budaya sekolah. Sebagai seorang pelajar dalam kursus Bahasa Melayu serta elektif Pendidikan Kesihatan, saya ditugaskan untuk melaksanakan soal selidik dengan beberapa orang guru bahasa Melayu sebagai pembimbing. Mereka ditugaskan untuk membantu kami semasa proses menjalani PBS dengan memberikan tunjuk ajar. Bagi melaksanakan tugas ini, saya juga telah merujuk beberapa bahan bercetak dan sumber internet yang berkaitan dengan PBS II, pengurusan dan pentadbiran serta aspek hal ehwal murid. Tujuan saya menggunakan pelbagai rujukan adalah untuk menambah ilmu melalui pembacaan dan pemahaman bahkan sebagai langkah persediaan supaya saya dapat mencapai objektif semasa menjalani PBS II. Berpandukan senarai semak tugasan yang telah dimuat turun, beberapa perkara penting telah saya dapati untuk diperolehi semasa menjalani PBS II seperti rekod kolaboratif, temu bual dan cara pengurusan dan pentadbiran sekolah dari segi kurikulum dan kokurikulum, maka saya bercadang untuk menyusun beberapa strategi pelaksanaan pada setiap hari supaya proses mencari maklumat dapat berjalan dengan lancar. i) Pemerhatian meliputi aspek kurikulum Saya mencari maklumat berkenaan program-program peningkatan kurikulum berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan PdP serta pendekatan dan strategi pengajaran. Maklumat berkenaan dapat dicapai melalui pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada anggota pelaksana, staf sokongan, Ketua Panitia dan Guru Besar (GB). ii) Pemerhatian meliputi aspek KoKurikulum Melalui bahagian ini pula, saya akan meneliti serta mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan KoKurikulum yang meliputi bahagian pengurusan KoKurikulum, Kelab dan Persatuan, Unit Beruniform, Sukan dan Permainan, Ko Akademik serta berkenaan dengan 1 Murid 1 Sukan yang menjadi amalan di sekolah penempatan. Maklumat ini akan dapat dicapai melalui perjumpaan bersama Guru Penolong Kanan KoKurikulum (GPK KoKu). iii) Pemerhatian meliputi aspek prasarana sekolah Bahagian ini pula akan memperincikan maklumat umum sekolah serta peranan komuniti dalam pembangunan di sekolah. Maklumat ini akan dapat diperoleh melalui pihak pengurusan serta Guru Besar yang mengemudi pengurusan di sekolah.


b) Tujuan Tugasan Tujuan tugasan-tugasan yang telah diberikan sepanjang tempoh PBS II ini ialah untuk mendokumentasikan kemahiran, pengalaman dan pengetahuan pelajar melalui PBS. Hal ini demikian kerana tugasan ini dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap profesionalisme dan akauntabiliti sebagai seorang guru baharu dengan cara melatih guru novis ini untuk mengumpul dan merekodkan data-data yang diperolehi secara sistematik. Selain itu, tugasan ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan gambaran awal tentang persekitaran sekolah, kaedah pentadbiran sekolah, budaya dan tingkah laku murid dan guru. Oleh itu, pelajar akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan sebelum menjadi seorang guru yang sebenar. Bagi melengkapkan tugasan mata pelajaran PRKA 3171 Pengalaman Berasaskan Sekolah II, pelajar perlu memperlihatkan cara pengurusan dan pentadbiran sekolah, program-program yang dilaksanakan dan tingkah laku murid-murid dan guru. Pada masa yang sama, sepanjang PBS II ini berlangsung pelajar perlu menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan soal selidik bagi mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam. Sementara itu, tugasan ini diberikan untuk memupuk dan menggalakkan para pelajar untuk terlibat aktif dengan cara berinteraksi dengan setiap warga sekolah yang terdiri daripada guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Hal ini supaya tugasan kolaboratif yang dikehendaki dapat diselesaikan. Secara terperinci, para pelajar diminta untuk membuat pemerhatian mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah iaitu daripada aspek kokurikulum, kurikulum, hal ehwal murid, komuniti dan pendidikan masa kini. Oleh itu, pelajar perlu menemu bual guru-guru atau pihak pentadbir yang berkaitan untuk memperoleh maklumat yang sahih. Pada masa yang sama, kami diberi kesempatan untuk melihat cara pengendalian kelas yang ditunjukkan oleh guru Ketua Panitia Bahasa Melayu. Tujuan tugasan yang diberikan adalah untuk menguji dan meningkatkan kemahiran sosial pelajar ketika berkomunikasi sekaligus meningkatkan keyakinan pelajar untuk berinteraksi secara bersemuka. Pelbagai perkara yang telah dilakukan sepanjang keberadaan di sekolah iaitu merancang strategi pelaksanaan tugasan dan mengumpul serta merekod maklumat berkaitan pengurusan dan pentadbiran sekolah. a) Merancang Strategi Pelaksanaan


Tempoh pelaksanaan PBS II ini adalah dua minggu. Oleh itu, saya perlu merancang strategi yang rapi untuk mendapatkan maklumat tersebut secara menyeluruh. Antaranya ialah: ● Merekod kehadiran di pejabat ● Lapor diri dan perjumpaan bersama Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK PENTADBIRAN), Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK KOKU), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) dan Ketua Panitia Bahasa Melayu untuk mendapatkan maklumat pengurusan dan pentadbiran sekolah. ● Perjumpaan dan berkenalan dengan semua warga SK Batu Berendam 2 bagi mendapatkan maklumat berkenaan peranan komuniti luar di dalam pembangunan sekolah. ● Menyediakan senarai semak maklumat dan data yang ingin diperoleh. ● Menyediakan soalan-soalan untuk diajukan kepada pihak yang berkenaan. ● Meninjau persekitaran dan melihat prasarana yang terdapat di sekolah. Semua gambar akan dimasukkan ke dalam bahagian lampiran. ● Catatan aktiviti harian yang dijalankan. b) Instrumen Penilaian Kendiri Instrumen penilaian kendiri merujuk kepada suatu kaedah pengumpulan data yang akan dilaksanakan dalam program PBS II. Tujuan penilaian ini dilaksanakan ialah untuk memudahkan pelajar mendapatkan maklumat berkaitan dengan murid-murid, guru-guru, kakitangan sekolah dan cara pengurusan dan pentadbiran sekolah. Oleh itu, bagi memastikan setiap maklumat yang diperoleh, maka pelajar perlu menyediakan senarai semak, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Oleh itu, garis panduan PBS yang telah diberikan oleh pihak IPGKBM akan digunakan untuk merangka portfolio, laporan pemerhtian dan refleksi. 3.3.2 Semasa PBS a. Melaksanakan tugasan / strategi yang dirancang Tempoh ini dimanfaatkan sepenuhnya dalam melaksanakan pemerhatian dan perbincangan mengikut aspek-aspek yang telah ditetapkan sebelum PBD. Perjumpaan bersama peneraju utama dalam pentadbiran sekolah sangat membantu dalam melancarkan program PBS dan mencapai tujuan pelaksanaan PBS mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, melalui PBS II ini saya dapat melihat sendiri perjalanan pengurusan Panitia bahasa


Melayu di sekolah ini dan menilai keberkesanan pengurusan panitia. Hal ini dapat membantu saya memahami selok belok pengurusan panitia, yang akan dapat dimanfaatkan selepas tamat pengajian di IPGKTHO. Melalui tugasan ini juga, saya dapat menilai sendiri tahap penguasaan bahasa Melayu dan mengaplikasikan ilmu bahasa Melayu yang dipelajari oleh saya sebelum ini. Hal ini dapat dilihat melalui pemerhatian semasa PdP subjek bahasa Melayu di kelas 6 Pattani. b. Mengumpul dan merekod maklumat Pelaksanaan PBS II ini adalah mengikut senarai semak dan fokus tugasan yang telah dikemukakan di bahagian sebelum PBS II. Proses mengumpulkan dan merekodkan maklumat dilakukan pada setiap hari. Maklumat yang diterima serta catatan aktiviti harian dicatat agar tiada keciciran semasa melapor. Setelah tamat tempoh PBS II selama dua minggu ini, data dan maklumat-maklumat yang diperoleh dikumpulkan dan dikemas kini bagi tujuan memudahkan proses penulisan portfolio, laporan pemerhatian dan melaksanakan refleksi dalam PBS II ini. Penilaian dalam laporan PBS II ini akan dilaksanakan dengan penuh profesional. 3.3.3 Selepas PBS Secara keseluruhan, PBS II ini dapat memberikan saya peluang untuk mengaplikasikan teori dan ilmu yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian. Selain itu, saya sendiri juga dapat merasai pengalaman sebenar di persekitaran sekolah iaitu mengenai kehidupan di sekolah termasuklah interaksi dengan murid, guru-guru dan pentadbir sekolah. Melalui pengalaman PBS II ini juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi terutama ketika berurusan dengan orang atasan dan pihak sekolah sekaligus mampu meningkatkan keyakinan untuk berinteraksi di khalayak ramai. Akhir sekali, berlaku peningkatan profesionalisme dan akauntabiliti disebabkan pengalaman yang diperoleh sebagai seorang guru praktikal terutama ketika menggalas tanggungjawab terhadap tugas-tugas guru. Hal ini dapat membantu saya untuk mengembangkan lagi sikap profesional sebagai seorang guru. a. Menilai Melalui kaedah temu bual dalam mendapatkan maklumat, saya juga belajar untuk menyedia dan mengemukakan soalan yang bernas dan menepati fokus saya. Penyediaan soalan yang tepat akan menjimatkan masa dan jawapan yang diberikan juga berfokus. Saya dan rakan-rakan juga mendapat pelbagai nasihat, motivasi dan kata-kata perangsang yang menjentik semangat saya untuk terus berjuang dalam era perguruan.


b. Melapor Kaedah pemerhatian yang melibatkan secara bersemuka telah memberi peluang dalam mengetahui cara pelaksanaan sesuatu program dan gaya pengajaran dan pembelajaran. Saya juga berpeluang mengganti kelas yang ketiadaan guru untuk menambah sedikit sebanyak ilmu pengetahuan. Melalui PBS II ini, saya berasa seronok dan lebih selesa untuk ke sekolah kerana telah menjalin hubungan baik dengan pihak sekolah yang selama ini kurang berinteraksi dengan mereka. Di samping itu, saya juga lebih memahami organisasi, struktur dan prasarana yang terdapat di sekolah saya, pada akhirnya akan memberi manfaat kepada saya. 4. Penilaian Kendiri Terhadap Pernyataan Profesional a) Pencapaian Objektif Pencapaian objektif merupakan refleksi kendiri terhadap tugasan yang dilaksanakan ini. Refleksi kendiri ini akan melibatkan bahagian laporan pemerhatian saya terhadap budaya sekolah, aktiviti yang dilaksanakan serta cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh para pentadbir serta guru di sekolah penempatan PBS II saya ini. Pemerhatian ini akan membantu saya dalam mencapai objektif PBS dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh saya untuk menjadi seorang guru yang cukup profesional dalam kerjaya. b) Cadangan Tindakan Susulan atau Penambahbaikan Bagi bahagian ini, tindakan dan cadangan saya di dalam refleksi adalah berdasarkan pemerhatian yang saya rasakan penting untuk saya bincangkan. Cadangan ini seharusnya diambil sebagai penambahbaikan untuk saya bergerak dengan maju dan positif terhadap profesion keguruan. Sebagai guru pelatih, pemerhatian melatih aspek membuat inferens dan mengkaji permasalahan selain melatih cara berfikir kritis dalam kalangan guru.


3.5 Laporan Pelaksanaan Aktiviti Berfokus Sepanjang melaksanakan PBS II selama dua minggu ini, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang dirancang dengan berpandukan senarai semak tugasan yang telah disediakan sepanjang PBS II ini. Berikut merupakan aktiviti yang telah dilakukan sepanjang pelaksanaan PBS II di SK Batu Berendam 2. Bil. Tarikh Perkara / Tindakan 1 10.06.2024 (Isnin) ● Cuti peristiwa hari keusahawanan 2 11.06.2024 (Selasa) ● Melapor diri di kepada guru besar dan gpk 1 Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2. ● Mengisi borang kehadiran yang disediakan oleh pihak sekolah. ● Menghadiri perhimpunan mingguan serta memperkenalkan diri kepada murid-murid. ● Diberi tempat duduk di pusat sumber sekolah/ bilik mesyuarat) ● Temu bual bersama guru besar dan gpk 1. ● Meronda kawasan persekolahan untuk melihat prasarana dan bilik khas yang disediakan oleh pihak sekolah. ● serta mengambil gambar. ● Perbincangan bersama Guru Jawatankuasa PPKI (Pn….) tentang pendidikan inklusif dan cabaran murid PPKI yang sertai program inklusif. ● Membantu Cikgu Wina dalam melatih murid bermain bola jaring. (pukul 2 - 6 petang)


3 2.06.2024 (Rabu) ● Senamrobik pagi bersama murid-murid di tapak perhimpunan. ● Program MBMMBI (poem, story telling, singing) ● Melatih dan membuat pemilihan murid prasekolah dalam sukan bola jarring (kemahiran balingan) (8.15 - 9.15 pagi) ● Temu bual bersama GPK Koku. 4 13.06.2023 (Khamis) ● Melatih murid bola jaring yang wakil sekolah (7 - 8.15 pagi) ● Melatih murid prasekolah sukan bola jarring (kemahiran menjaringkan bola) ● Temu bual bersama guru pengakap serta gambar + laporan aktiviti pengakap ● Temu bual bersama setiausaha pibg ● Membuat pemerhatian cara mengajar ketua panitia Matematik ● Temu bual bersama Ketua Panitia Matematik serta inovasi 5 14.06.2023 (Jumaat) ● Bacaan Yasin ● Pelancaran Program Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi ● Ucapan perpisahan GPK koku (En. Amin) ● Melatih prasekolah dalam sukan bola jarring (kemahiran balingan) ● Membuat pemerhatian terhadap ketua panitia bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran murid tahun enam di makmal komputer (9.45 - 10.45 pagi) ● Temu bual bersama ketua panitia bahasa Melayu ● Jumpa ustaz Azahar untuk perbincangan pengakap ● Ambil tanda tangan gpk koku 6 17.06.2023 (Isnin) ● Cuti Raya Haji


7 18.06.2023 (Selasa) ● Cuti peristiwa Raya Haji 8 19.06.2023 (Rabu) ● Mengganti kelas 4 Al-Kawarizme. ● Menyebarkan borang soal selidik kepada murid darjah 4. ● Mengajar prasekolah bermain bola jaring. 9 20.06.2023 (Khamis) ● Melengkapkan tugasan. ● Membantu cikgu prasekolah membuat garisan gelanggang bola jaring. ● Mendapatkan tanda tangan daripada guru besar. ● Mengelilingi sekolah serta menyebarkan borang soal selidik kepada murid tahun 6. 10 21.06.03 (Jumaat) ● Mengambil gambar prasarana prasekolah Meminta tandatangan kepada Guru Besar untuk borang kehadiran dan borang perkembangan dan penilaian diri.


4.1 CARTA ORGANISASI KURIKULUM


4.2 BIDANG TUGAS PANITIA


4.3 TAKWIM KURIKULUM


4.4 Program-program peningkatan kurikulum 4.4.1 Perancangan dan Pelaksanaan PdP Bagi subjek Matematik, Guru Matematik di SK Batu Berendam 2 menyatakan bahawa perancangan pengajaran akan dirujuk melalui DSKP, RPH dan RPT. Ia dijadikan sebagai panduan supaya pengajaran silibus selari dengan masa dari awal tahun hingga akhir tahun. Pengurusan perancangan untuk mengajar tajuk tersebut tidak dapat dihabiskan sepenuhnya. Oleh hal yang demikian, guru yang sama yang akan mengajar kelas tersebut untuk tahun berikutnya. Selain itu, bagi subjek Bahasa Melayu, Guru Bahasa Melayu di SK Batu Berendam 2 menyatakan murid dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Namun, terdapat segelintir murid yang tidak sepenuhnya melengkapkan tugasan tersebut kerana faktor hadir ke sekolah agama sehingga lupa untuk menyiapkan tugasan yang tidak diberikan. Namun begitu,guru tersebut tidak menghukum murid sekiranya murid melakukan kesalahan sebaliknya, murid tersebut dengan sendirinya sedar tentang kesilapan yang telah dibuat dengan teguran yang diberikan oleh guru. Seterusnya, sekolah juga telah memperkenalkan Program Pendigitalan Sekolah yang dilaksanakan di luar waktu sesi persekolahan. Hal ini untuk memastikan murid mempunyai akses yang mencukupi kepada peranti digital dan internet untuk dapat mengambil bahagian dalam sesi pembelajaran dengan lancar. Bukan itu sahaja, penglibatan ibu bapa dalam menyokong pembelajaran dalam talian anaknya di luar waktu persekolahan membantu meningkatkan tahap pembelajarannya anak mereka. Contohnya, kumpulan yang ditubuhkan di WhatsApp bukan sahaja dapat memberikan maklumat yang jelas tentang murid, jadual dan kemajuan murid kepada ibu bapa mereka. Seterusnya, program yang dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi kurikulum di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 adalah sekolah juga turut mengadakan Program D’Rock Stem Vaganza di mana ia merupakan satu karnival STEM yang memberi pendedahan kepada murid berkaitan dengan ilmu STEM iaitu Science Technology Engineering Mathematics. Program ini dijalankan bagi menarik minat murid terhadap mata pelajaran STEM dan membudayakan STEM di dalam kehidupan seharian mereka.


4.4.2 Pendekatan dan Strategi pengajaran Strategi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini adalah bercampur, iaitu secara kaedah lama dan digital. Kaedah digital dapat mengurangkan kos perbelanjaan yang besar dan lebih mudah. Contohnya, tayangan menggunakan slaid dan projektor seperti berdasarkan pemerhatian kami semasa guru tersebut mengajar. Namun, terdapat juga guru yang menyediakan bahan bantu belajar seperti jam analog dimana murid boleh menggerakkan jarum dan minit jam. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap SK Batu Berendam 2 ini, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan laman web skbatuberendam2.com. Ia merupakan laman web yang diwujudkan dengan kerjasama PIBG, PPD Melaka Tengah dan Vendor dalam usaha mewujudkan pendigitalan sekolah selaras dengan dasar pendidikan digital Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamat program ini adalah berpandukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Teras Utama Pendidikan iaitu peningkatan keupayaan Pendidikan Digital di luar waktu sekolah Pendekatan yang diberikan di dalam Program D’Rock Stem Vaganza untuk meningkatkan prestasi kurikulum adalah dengan memberi pendedahan kepada murid tentang ilmu STEM yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian murid itu sendiri. Hal ini kerana murid tersebut perlu mengalami pengalaman itu sendiri terlebih dahulu untuk faham sesuatu masalah. Malah, pendekatan ini dapat mewujudkan budaya sihat dalam kehidupan seharian dan semangat berpasukan melalui aktiviti berkumpulan. 4.4.3 Bahan Bantu Mengajar (Inovasi) Berdasarkan pemerhatian kami, bahan bantu mengajar bergantung kepada guru itu sendiri. Guru yang menentukan sama ada bahan bantu mengajar itu sesuai ataupun tidak untuk diaplikasikan di dalam kelas. Secara umumnya, guru di sekolah ini akan melakukan inovasi atau bahan bantu mengajar secara tidak langsungnya. Namun, penggunaan tersebut tidak di bawa ke peringkat seterusnya. Guru hanya melakukan inovasi tersebut ke atas muridnya sendiri. Malah, guru tersebut telah mencipta satu inovasi yang dikenali sebagai kit peratus dan telah menang tempat ketiga peringkat kebangsaan. Selain itu, GrabMath yang dicipta semasa musim pandemik. Idea tercetus apabila guru tidak dibenarkan membawa murid keluar daripada kelas, dimana guru memberi gaji kepada murid untuk datang ke kelas lain untuk mengajar dan memberi perkongsian tentang ciri-ciri bentuk 3 Dimensi di hadapan kelas.


Di dalam program Pendigitalan Sekolah, program tersebut akan menyediakan E-Latihan dengan kaedah menarik sebagai bahan pembelajaran. Malah, program tersebut juga turut menyediakan video ulasan guru mengikuti mata pelajaran dan pecahan topik atau kemahiran. Seterusnya, di dalam program D’Rock Stem Vaganza, program ini akan menjalankan sesuatu aktiviti yang dapat membimbing pelajar kepada kaedah penyelesaian masalah dan membina keyakinan diri. Malah, dapat menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan murid. Hal ini dapat membantu murid meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan. 4.4.4 Pentaksiran dan Penilaian Berdasarkan pemerhatian saya terhadap pengajaran guru tersebut di dalam kelas, murid dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Namun, terdapat segelintir murid yang tidak sepenuhnya melengkapkan tugasan tersebut kerana faktor hadir ke sekolah agama sehingga lupa untuk menyiapkan tugasan malah, guru tersebut menyatakan bahawa mereka akan melakukan penilaian dan pentaksiran secara pemerhatian di dalam kelas dan hasil kerja murid. Pentaksiran dan penilaian yang dibuat di dalam Program Pendigital Sekolah adalah sistem di dalam program tersebut akan menghantar laporan pemarkahan latihan terus ke emel ibu bapa. Hal ini memudahkan ibu bapa untuk mengetahui tahap perkembangan anaknya semasa di sekolah sama ada cemerlang ataupun kurang memuaskan. Contohnya, ibu bapa boleh membuat pemantauan terhadap pembelajaran anak-anak mereka di sekolah dengan membantu mereka dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru.


5.1 CARTA ORGANISASI


5.2 KOMPONEN KOKURIKULUM


4.2 BIDANG TUGAS PANITIA


4.3 TAKWIM KURIKULUM


5.4 Program-program peningkatan kokurikulum berkaitan: 5.4.1 Kolaborasi komuniti Kolaborasi antara komuniti dengan pihak sekolah memberikan pelbagai manfaat yang signifikan kepada kedua belah pihak. Kolaborasi yang berjaya dengan komuniti dapat meningkatkan nama baik dan identiti sekolah dalam komuniti yang lebih luas. Hal ini dapat membina meningkatkan keterlibatan yang kukuh di kalangan murid, kakitangan sekolah, dan ibu bapa. Misalnya, sekolah ini telah berkolaborasi dengan pihak bomba (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) sebagai langkah positif untuk meningkatkan kesedaran dan kebolehan komuniti dalam menghadapi kecemasan serta menyediakan pendidikan keselamatan kepada murid sekolah. Pihak bomba memberikan pendedahan kepada murid, guru, dan kakitangan sekolah tentang keselamatan kebakaran, teknik pemadaman kebakaran, dan langkah-langkah pencegahan yang perlu dititikberatkan. Hal ini dapat meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesiapsiagaan terhadap bencana kebakaran di sekolah. Dengan adanya pihak yang bertanggungjawab seperti bomba dapat membantu sekolah merancang dan melaksanakan latihan kebakaran. Contohnya, pihak bomba akan melakonkan simulasi tentang cara penggunaan pemadam api, dan tindakan untuk mengendalikan pemadam api. Selain itu, pihak bomba juga memberikan nasihat teknikal kepada pihak pengurusan sekolah tentang pengurusan risiko kebakaran, penilaian risiko, dan penyelenggaraan bangunan. Hal ini dapat membantu sekolah mematuhi peraturan keselamatan kebakaran serta meningkatkan kecekapan dalam pengurusan risiko keselamatan. Di samping itu, pihak bomba yang terlibat akan membantu dalam penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan keselamatan di sekolah, seperti pemadam api, sistem isyarat kebakaran, dan jalan keluar darurat. Hal ini agar dapat memastikan bahawa semua peralatan berfungsi dengan baik dan boleh digunakan dengan efektif dalam keadaan kecemasan. Selain itu, kolaborasi dengan pihak bomba juga dapat membina hubungan yang kuat antara sekolah dan komuniti tempatan. Hal ini kerana dapat memperkuatkan rasa tanggungjawab bersama terhadap keselamatan dan kesejahteraan komuniti pendidikan secara keseluruhan. Oleh itu, kerjasama yang efektif antara pihak bomba dan sekolah dalam memastikan kepentingan keselamatan semua anggota komuniti pendidikan perlu diutamakan, malahan dapat membina persekitaran yang selamat dan kesediaan untuk menghadapi kebakaran dan keadaan darurat. Bukan itu sahaja, sekolah ini juga telah berkolaborasi dengan komuniti di sekolah rendah dalam hari keusahawanan. Hal ini merupakan salah satu inisiatif yang bagus untuk memupuk semangat keusahawanan dan kreativiti di kalangan pelajar. Penglibatan komuniti


dalam hari keusahawanan di sekolah rendah adalah kunci untuk meningkatkan pengalaman sedia ada dalam kalangan murid dan menyokong perkembangan keusahawanan mereka dengan lebih berkesan. Hal ini bukan sahaja memberi mereka pengalaman praktikal dalam menjalankan perniagaan, tetapi juga memupuk keberanian dan keterampilan dalam berkomunikasi. Hari Keusahawanan ini adalah hari di mana memahami apa itu keusahawanan dan pentingnya ekonomi dan masyarakat. Hal ini dapat membuka mata mereka terhadap peluang-peluang dalam bidang keusahawanan. Bukan itu sahaja, hari Keusahawanan membantu murid untuk mengembangkan kemahiran yang penting dalam keusahawanan seperti perancangan perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran, dan keberanian mengambil risiko. Kemahiran ini penting tidak hanya dalam keusahawanan tetapi juga dalam kehidupan secara umum. Komuniti luar seperti ibu bapa pula dapat mengambil bahagian sebagai pengedar atau pelanggan dalam "pasaraya perniagaan" yang diatur oleh sekolah. Mereka dapat membeli produk atau perkhidmatan yang dipersembahkan oleh pelajar, yang membantu mempromosikan perniagaan mereka. Bukan itu sahaja, murid juga dapat membangunkan hubungan yang positif antara guru dan masyarakat sekeliling. Hal ini bukan sahaja membuka lebih banyak peluang untuk pembelajaran praktikal, malahan memperkukuhkan lagi ikatan sosial dalam komuniti pendidikan dan sekitarnya. Secara keseluruhannya, Hari Keusahawanan bukan sahaja memberi murid pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam keusahawanan, tetapi juga membantu mereka untuk mengembangkan ciri-ciri kepemimpinan, kreativiti, menguatkan ikatan sosial dan ketahanan mental yang penting untuk kejayaan dalam kehidupan mereka. Seterusnya, pihak sekolah juga telah mengadakan kolaborasi komuniti bersama pihak luar seperti sukarelawan Multimedia Universiti (MMU) dalam aktiviti gotong royong tahunan. Aktiviti gotong royong dapat mengajar murid tentang nilai-nilai kerjasama antara satu sama lain. Hal ini dapat memberi pengalaman dan meluaskan jaringan komuniti antara satu sama lain untuk membentuk ikatan yang lebih erat. Kolaborasi ini memupuk semangat gotong-royong dalam kalangan murid sekolah rendah dan pelajar daripada universiti. Mereka belajar untuk bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat bersama, yang mengukuhkan nilai-nilai sosial seperti kerjasama, kesetiaan, dan kebergantungan antara ahli komuniti. Bukan itu sahaja, aktiviti ini dapat mewujudkan hubungan yang baik antara pihak sekolah dan pihak MMU. Hal ini jelas terbukti melalui kerjasama yang diberikan oleh murid dan pelajar MMU. Contohnya, bekerjasama dalam mengecat dan menceriakan bangunan sekolah yang telah pudar, menebang pokok-pokok yang membahayakan keselamatan murid-murid semasa berada di padang serta membersihkan kawasan persekitaran sekolah.


Click to View FlipBook Version