The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AININ SOFIYA BINTI MOHD SUEFI IPG-Pelajar, 2024-06-29 00:34:39

PRKA 3171 - PORTFOLIO PBS II

T1-PORTFOLIO

Melihat dari segi sudut positif, Pelajar universiti sedikit sebanyak dapat menyumbangkan tenaga mereka untuk melakukan kerja-kerja pemulihan dan pembaikan di sekolah rendah. Hal ini membantu meningkatkan keindahan dan kebersihan persekitaran sekolah, yang memberi kesan positif kepada suasana pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pelajar daripada MMU ini juga turut menjadi contoh teladan bagi murid sekolah rendah dalam memahami dan mengamalkan nilai-nilai seperti bertanggungjawab terhadap lingkungan, kepedulian terhadap kebersihan, dan kesedaran terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar. Kolaborasi ini juga membawa peluang untuk menjalinkan hubungan jaringan antara murid sekolah rendah dengan pelajar universiti. Secara keseluruhan, kolaborasi antara sekolah rendah dengan pelajar universiti dalam aktiviti gotong royong bukan sahaja memberi manfaat praktikal dalam meningkatkan fasiliti sekolah, tetapi juga mengukuhkan nilai-nilai sosial, pendidikan kelestarian, dan semangat kewarganegaraan aktif dalam komuniti pendidikan dan masyarakat setempat. 5.4.2 Program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan Program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan adalah penting dalam melengkapi pendidikan formal di sekolah dengan pengalaman dan kemahiran tambahan yang dapat memperkukuh pembangunan holistik murid. Antara program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan yang telah dijalankan di sekolah ini ialah Hari Keusahawanan. Program ini membantu meningkatkan kesedaran kepada murid terhadap bidang keusahawanan adalah salah satu pilihan kerjaya masa depan. Mereka dapat melihat secara langsung apa itu keusahawanan dan bagaimana bidang tersebut boleh menjadi salah satu jalan untuk mencapai kejayaan. Melalui hari keusahawanan, murid dapat mengembangkan pelbagai kemahiran keusahawanan seperti perancangan perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran, dan keberanian dalam mengambil risiko. Kemahiran ini bukan sahaja penting dalam keusahawanan tetapi juga dalam kehidupan seharian. Aktiviti seperti perniagaan mendorong kerjasama guru dan murid. Mereka belajar bekerja sebagai pasukan, memanfaatkan kekuatan individu untuk mencapai matlamat bersama. Aktiviti jual beli ini membolehkan pihak sekolah berhubung dengan komuniti luar seperti ibu bapa. Hal ini dapat membina hubungan yang positif dan memberi peluang untuk berkolaborasi dengan masyarakat disekelilingnya. Tambahan pula, hari Keusahawanan juga membantu menyokong pendidikan holistik dengan menggabungkan aspek akademik dengan pembelajaran praktikal dan pembangunan kemahiran kehidupan. Dengan melaksanakan program Hari Keusahawanan secara sistematik dan terancang, sekolah rendah dapat memberi peluang yang berharga


kepada murid untuk membangunkan diri mereka secara menyeluruh, tidak hanya dari segi akademik tetapi juga kemahiran keusahawanan dan kehidupan. Secara keseluruhannya, hari keusahawanan yang dianjurkan memberikan latihan, bimbingan dan sokongan profesional kepada sekolah yang terlibat daripada aspek pedagogi dan kepimpinan oleh Rakan ELIT secara berterusan serta komitmen komuniti yang padu. Hal ini selaras dengan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah untuk mentransformasikan sekolah sebagai institusi pembelajaran (learning school), dan memastikan kemenjadian murid yang holistik melalui peningkatan keupayaan kepimpinan dan profesional guru secara berterusan. Seterusnya, pendidikan inklusif dalam kokurikulum memberikan pelbagai manfaat yang penting untuk perkembangan keseluruhan murid, tanpa mengira latar belakang atau keupayaan mereka. Sekolah ini hanya melaksanakan inklusif separa sahaja yang terlibat dalam kokurikulum. Contohnya, murid berkeperluan khas (MBK) di dalam kelas inklusif separa belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran pendidikan Jasmani. MBK yang mengikuti kegiatan kokurikulum bersama-sama murid arus perdana secara berjadual juga diambil kira sebagai inklusif separa. Murid yang terlibat dalam kokurikulum inklusif belajar untuk menerima dan menghargai kepelbagaian. Hal ini kerana mereka belajar untuk bekerjasama dengan rakan-rakan yang mungkin mempunyai keperluan pendidikan khas atau latar belakang yang berbeza. Melalui interaksi dengan murid yang berbeza, seperti mereka yang mempunyai keperluan pendidikan khas, murid dapat membangunkan kemahiran sosial seperti empati, kesabaran, dan komunikasi yang berkesan. Wujudnya pendidikan inklusif ini adalah untuk memperkuatkan nilai-nilai kesaksamaan dan keberagaman dalam kalangan murid. Hal ini membantu membentuk generasi yang lebih terbuka dan hormat terhadap perbezaan individu. Dengan menyediakan persekitaran yang inklusif dalam kokurikulum, sekolah dapat membantu mempersiapkan murid untuk hidup dalam masyarakat yang adil dan berkecuali, di mana setiap orang diterima dan dihormati. Pendekatan pendidikan inklusif separa dalam kokurikulum, walaupun mempunyai niat yang baik untuk menyediakan peluang yang lebih meluas kepada pelajar berkeperluan khas, juga boleh menghadapi beberapa kelemahan. Contohnya, sekolah mungkin tidak mempunyai cukup sumber atau sokongan yang mencukupi untuk menyokong keperluan pelajar berkeperluan khas dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini termasuklah kekurangan guru yang sememangnya mahir dalam pendidikan khas. Aktiviti dalam kokurikulum separa inklusif mungkin tidak memberikan persekitaran pembelajaran yang sepenuhnya integratif bagi pelajar berkeperluan khas. Untuk mengatasi kelemahan ini, penting untuk pihak sekolah mengambil langkah-langkah proaktif dalam menyediakan sokongan yang sesuai, membangunkan persekitaran yang


inklusif dan sensitif terhadap keperluan murid berkeperluan khas, serta menyediakan latihan yang mencukupi untuk guru dan kakitangan sekolah yang terlibat. Dengan melakukan ini, pendidikan inklusif dalam kokurikulum boleh menjadi lebih efektif dan memberikan manfaat yang sebenar kepada semua pelajar. Selain itu, aktiviti senamrobik di sekolah tidak hanya menyumbang kepada kesihatan fizikal pelajar, tetapi juga berpotensi untuk membentuk kepimpinan dalam kalangan murid. Semasa sesi senamrobik, murid yang menunjukkan inisiatif untuk mengambil peranan dalam mengatur senaman atau memimpin kumpulan dapat memupuk kepimpinan. Murid yang dihadapan mungkin menjadi contoh yang menggalakkan rakanrakan untuk membuat pergerakan senamrobik. Bukan itu sahaja, sekolah ini juga mengadakan senamrobik pagi selama tiga hari dalam seminggu. Dengan ini murid yang bertugas untuk mengetuai senamrobik juga perlu mengatur jadual dalam mengendalikan latihan senamrobik dengan cekap dan sistematik. Sepanjang sesi senamrobik, terdapat peluang untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya dan pengajar. Contohnya, murid menggunakan kemahiran komunikasi mereka untuk memberi arahan tentang lagu yang ingin dimainkan kepada juru teknikal murid. Meskipun senamrobik adalah aktiviti peribadi, terdapat peluang untuk bekerja sebagai pasukan, terutamanya dalam sesi yang melibatkan senaman berpasangan atau kumpulan. Contohnya, murid bekerjasama dalam berlatih dalam kumpulan ini dapat memupuk kepimpinan melalui pengetahuan dan kemahiran dalam bekerjasama dengan orang lain. Murid yang mendorong rakan-rakan untuk menyertai senamrobik atau menyokong mereka dalam mencapai matlamat kesihatan boleh menunjukkan kepimpinan yang cemerlang. Hal ini membina semangat masyarakat di kalangan pelajar dan mengajar mereka tentang pentingnya menggalakkan dan menyokong orang lain. Oleh itu, aktiviti senamrobik bukan hanya tentang latihan fizikal tetapi juga merupakan platform yang berpotensi untuk membentuk kepimpinan dalam pelbagai aspek kehidupan. Ini adalah peluang yang baik untuk sekolah memupuk dan membangunkan bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar mereka serta dapat memenuhi keperluan dasar pendidikan kebangsaan dalam 1 Murid 1 Sukan.


6.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA 6.1 PEMERHATIAN Saya telah memilih untuk melengkapkan tugasan ini dengan menggunakan kaedah pemerhatian selama dua minggu. Maka, hasil daripada pemerhatian adalah berkaitan dengan budaya di sekolah iaitu murid-murid diajar untuk menghormati guru-guru dan kakitangan sekolah dengan mengucapkan salam apabila berjumpa. Tindakan tersebut sememangnya menunjukkan bahawa pihak sekolah berjaya melahirkan murid-murid yang mengaplikasikan nilai hormat-menghormati dalam kehidupan seharian. Seterusnya, saya juga mendapati bahawa terdapat kekurangan dari segi infrastruktur dan prasarana di sekolah. Misalnya, prasarana dewan tertutup yang sangat terhad yang mana dewan tersebut tidak mampu untuk menampung bilangan guru-guru dan murid-murid di sekolah. Begitu juga dengan kemudahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu masih terdapat kekurangan kelengkapan TMK di sekolah. Hanya beberapa guru yang menggunakan pendekatan pembelajaran TMK. Hal ini demikian kerana guru masih kurang mahir mengintegrasikan bahan TMK dalam pengajaran kerana berasa kurang yakin terhadap aspek kegunaan teknologi dalam pengajaran. Secara keseluruhan, walaupun infrastruktur dan prasarana yang disediakan di sekolah terdapat kekurangan namun masih mencukupi dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, sekolah ini juga mengaplikasikan gaya pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakkan susun atur meja di kelas adalah berbentuk kumpulan. Oleh itu, dapat memudahkan guru-guru untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahkan dapat memberi pendedahan awal kepada murid-murid untuk bekerja secara berkumpulan serta melatih mereka untuk lebih berkeyakinan untuk berinteraksi, berkongsi idea dan menyuarakan pendapat di khalayak ramai. Selain itu, penyediaan “parking lot” di setiap penjuru kelas seperti sudut bacaan juga menunjukkan pengaplikasian PdP abad ke-21. Sudut bacaan tersebut berfungsi untuk menggalakkan murid-murid memupuk amalan membaca pada setiap hari. Bukan itu sahaja, sekolah ini juga dilengkapi dengan pelbagai prasarana khas seperti bilik akses, bilik muzik, bilik kaunseling, makmal komputer, makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan bilik pemulihan.


Tambahan pula, saya juga mengambil peluang untuk melihat cara pengajaran guru panitia Bahasa Melayu. Pelbagai pendekatan yang digunakan ketika mengendalikan kelas iaitu penggunaan TMK seperti slaid projektor dan aplikasi ‘YouTube’ untuk menjadikan proses PdP itu lebih seronok bahkan ada juga guru yang menggunakan pendekatan PdP yang berpusatkan murid di mana murid-murid perlu belajar sendiri tetapi dengan bimbingan guru. Pendekatan ini juga dapat mengajar murid untuk berdikari dengan mencari maklumat sendiri. Maka, boleh dikatakan setiap pendekatan yang digunakan oleh guru-guru adalah berbeza kerana setiap murid yang diajar mempunyai potensi dan kebolehan yang berbeza. Akhir sekali, saya juga dapat memerhati cara pengurusan dan pentadbiran kokurikulum iaitu semasa program Hari Keusahawanan diadakan. Saya mendapati bahawa guru-guru serta murid-murid juga terlibat secara aktif semasa aktiviti kokurikulum dengan membantu melancarkan program tersebut malah pengurusan Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang dikatakan baik kerana mampu mengaturkan tentatif dan aktiviti muridmurid dengan baik. Begitu juga dengan kehadiran guru-guru dan murid-murid semasaaktiviti kokurikulum dijalankan kelihatan memuaskan walaupun terdapat segelintir daripada muridmurid yang tidak dapat menyertainya disebabkan masalah kesihatan. 6.2 SENARAI SEMAK Pengumpulan maklumat dan data adalah mengikut senarai semak yang diberikan. Hasil dapat pemerhatian mengikut senarai semak akan disertakan dalam bahagian lampiran. 6.3 TEMU BUAL Kaedah temu bual yang dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara menyeluruh berkenaan tajuk tugasan PBS II. Pada pendapat saya, untuk mendapatkan maklumat secara menyeluruh, saya juga akan menggunakan kaedah temu bual selain daripada kaedah pemerhatian. Sesi temu bual ini melibatkan Guru Besar, Guru Penolong Kanan KoKurikulum, Ketua Panitia, Wakil Guru dan Ketua Pembantu Tadbir dan yang lain. Antara guru yang ditemubual adalah: ➢ Pn. Mastura Lim Binti A.Ghani (Guru Besar) - berkenaan program yang dianjurkan untuk KoKurikulum di sekolah. ➢ En. Hj Norazman Bin Ghauth (GPK Kurikulum) - berkenaan peranan ibu bapa dalam komuniti


➢ En. Mohd Amin Atfi Bin Najib (GPK Kokurikulum) - berkenaan Program yang dianjurkan di bawah unit Bimbingan dan Kaunseling untuk membantu murid membentuk karakter positif. ➢ Pn. Sulaila Binti Ibrahim (Guru Ketua Panitia bahasa Melayu) - Proses Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Melayu ➢ En. Mohd Razif Bin A.Rahman (Guru Ketua Panitia Matematik) - Pengajaran Matematik ➢ Pn. Nursaidatul Fasihah binti Mansor (Setiausaha PIBG) - peranan ahli dalam PIBG ➢ Pn. Norbaidura Hainie Binti Badrul Hisham (Guru Jawatankuasa Pendidikan Inklusif) – program pendidikan Inklusif ➢ En. Muhammad Adley Bin Yusof (Pelajar Universiti Multimedia (MMU)) - aktiviti gotong-royong ➢ Pn. Hasnah Binti Kassim (Staf kantin Sekolah Sk Batu Berendam 2) - peranan pihak kantin


6.4 SOAL SELIDIK BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Pengurusan dan perancangan di sekolah Nama : Puan Mastura Lim binti A. Ghani Jawatan : Guru Besar SK Batu Berendam 2 Soalan temu bual: 1. Peranan guru besar dalam mengawasi pelaksanaan SKPMG2, TS25 dan PBD? ● Peranan saya adalah memastikan bahawa dasar-dasar pendidikan yang diturunkan KPM kepada sekolah dilaksanakan oleh guru-guru dan tiada keciciran yang berlaku. Antaranya, maklumat atau pekeliling terkini yang diperoleh melalui maya atau surat pekeliling akan dikongsikan kepada semua guru dan staf melalui group ‘Whatsaap’ dan ‘Telegram’. Kemudian, jika ada guru yang berkaitan dengan maklumat yang diberikan, maka pihak atasan akan memaklumkan terus kepada guru tersebut selebihnya jika perlukan bimbingan, mereka akan adakan perjumpaan di bilik perjumpaan. Inisiatif lain juga kami akan menampal info tersebut di papan kenyataan. 2. Bagaimanakah sekolah melaksanakan PBD? ● PBD dilaksanakan secara berterusan, tidak dirancang dan tiada penjadualan, jadi pelaksanaannya akan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran sama ada formal atau tidak formal dengan gunakan soalan yang mereka sediakan atau buku latihan. Selain itu, guru juga menilai muridmurid melalui pemerhatian dari segi cara mereka bekerja dalam kumpulan sama ada wujud kerjasama atau tidak. 3. Apakah inisiatif yang sekolah ambil untuk laksanakan TS25? ● Pelbagai inisiatif yang kita ambil. Pertama sekali, kita ada hala tuju TS25 jadi kita berpegang kepada hala tuju itu kemudian sentiasa memberi kemahiran dan kepakaran kepada guru bagi memastikan guru dan sekolah berkualiti sekaligus kemenjadian murid tercapai. Untuk mencapai TS25 juga bukan sahaja peranan pentadbir namun peranan guru-guru, ibu bapa serta komuniti setempat dan murid sendiri. Sekolah yang melaksanakan TS25 ini adalah sekolah yang sudah melaksanakan pendigitalan. Oleh itu, semua


guru perlu mahir menggunakan digital dan tidak menjadikan alasan PdP sukar untuk dilaksanakan. 4. Apakah hasil ketara yang boleh dilihat apabila TS25 ini dilaksanakan? ● Hasil ketara yang boleh kita lihat ialah kemenjadian murid-murid berubah drastik. Sekolah ada mewujudkan sebuah studio yang mana memberi peluang kepada murid-murid untuk menjadi wartawan cilik dan jurugambar. Seterusnya, murid-murid juga jadi semakin berani untuk bercakap, tiada rasa takut untuk bersemuka dengan orang lain serta bertanyakan soalan. 5. Bagaimanakah sekolah menilai dan memperbaiki prestasi SKPM Kualiti @ School? ● SKPM Kualiti @ School dianggap sebagai nadi sekolah kerana kita boleh lihat prestasi sekolah bermula dari kualiti guru, sekolah dan pencapaian murid serta dibahagikan kepada beberapa peringkat standard iaitu standard 1, 2, 3 dan 4 mengikut kategori dan unit. Standard 1 merangkumi pengurusan sekolah, standard 2 tentang hala tuju dan bagaimana kurikulum dilaksanakan, standard 4 mengenai kualiti guru dan standard 5 dicapai untuk kemenjadian murid. 6. Apakah bentuk sumbangan dan insentif yang diberikan kepada guru yang melaksanakan program dengan baik? ● Bagi insentif, pihak KPM sendiri telah menyediakan satu anugerah iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Anugerah ini diberikan kepada guru yang betul-betul cemerlang dan menunjukkan markah prestasi yang tinggi. Bagi pihak sekolah pula akan menguar-uarkan guru yang mempunyai prestasi yang baik begitu juga dengan pihak PPD yang akan mengadakan majlis anugerah dan guru-guru yang cemerlang akan dipanggil untuk menerima anugerah di peringkat negeri. Secara tidak langsung, sumbangan dan insentif ini akan memberi motivasi kepada guru dan menjadikan mereka sebagai ikon kepada guru-guru lain. 7. Bagaimanakah cara untuk menggalakkan kerjasama dalam perkongsian amalan terbaik dalam kalangan guru? ● Kita sering mengadakan mesyuarat dalam mesyuarat guru dan dialog prestasi serta sesi perjumpaan dan bengkel. Oleh itu, guru-guru yang berkepakaran akan mengetuai PLC antara rakan iaitu menjadi fasilitator untuk membimbing rakan-rakan guru yang lain. 8. Bagaimanakah cara untuk melibatkan murid supaya mereka faham tentang dasar pendidikan masa kini?


● Banyak cara yang digunakan untuk melibatkan murid bermula daripada perkara kecil sehingga besar. Perkara kecil berlaku apabila seawal 7.45 pagi, mereka perlu berkumpul di tapak perhimpunan untuk menyertai program yang akan diketuai oleh guru bertugas sama ada program Bahasa Melayu atau aktiviti lain. Pada setiap hari isnin sehingga jumaat juga, pelbagai input telah diberikan kepada murid-murid termasuk guru-guru dan warga sekolah. Pada hari Jumaat pula kebiasaannya program keagamaan seperti bacaan yasin dan qasidah yang akan diketuai oleh murid-murid. 9. Apakah peranan ibu bapa dalam menyokong pelaksanaan dasar ini? ● Peranan ibu bapa tidak kurang penting kerana mereka ada lebih banyak masa bersama anak-anak. Ketika mesyuarat agung PIBG bersama ibu bapa, sekolah akan menerangkan peranan mereka sebagai penentu kerana peranan sekolah hanyalah membimbing. Maka, ibu bapa yang akan menentukan kemenjadian murid di rumah. Guru kelas juga akan sentiasa berhubung dengan ibu bapa melalui aplikasi ‘Whatsapp’ untuk memberikan maklumat penting, maka ibu bapa akan memberikan maklum balas sama ada positif atau negatif. Bukan itu sahaja, dalam mesyuarat PIBG juga pihak sekolah akan menerangkan hasrat atau aktiviti yang akan dilaksanakan untuk meminta sumbangan daripada pihak ibu bapa. 10. Bagaimanakah guru besar pantau pelaksanaan dasar di sekolah? ● Pertama sekali melalui pemerhatian kemudian pemantauan, pencerapan yang dalamnya ada data-data, prestasi guru yang akan dicatatkan dalam skor. Selain itu, PBPPP iaitu pentaksiran berasaskan penilaian pegawai pendidikan. Oleh itu, kita akan menilai prestasi guru melalui pencerapan dan sebarang aktiviti yang dilaksanakan akan dibuat laporan. Kebanyakan aktiviti dan program yang dijalankan ini menjurus kepada TS25. Contohnya, minggu lepas pelaksanaan karnival STEM dan Hari Keusahawanan. 11. Apakah cabaran utama pendidikan masa kini dan cara mengatasinya? ● Cabaran masa kini ialah pendigitalan. Semua guru perlu mahir dalam menggunakan teknologi sama ada untuk kepentingan diri sendiri atau kemudahan dalam melaksanakan PdP. Hal ini juga telah ditegaskan oleh KPM untuk melaksanakan dasar pendidikan digital, maka pelbagai kemudahan ICT telah diberikan seperti komputer dan LCD. Begitu juga dengan murid-murid yang dibekalkan kemudahan telefon pintar untuk mendapatkan maklumat manakala kepakaran guru dalam menggunakan teknologi juga perlu dititkberatkan kerana zaman kini yang hanya perlu


mendapatkan maklumat di hujung jari namun sebagai seorang guru perlulah mempunyai integriti dalam menggunakan teknologi.


BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Pengurusan dan perancangan dalam bidang kokurikulum Nama : En. Mohd Amin Atfi bin Najib Jawatan : Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Batu Berendam 2 Soalan temu bual: 1. Cara guru rancang aktiviti kokurikulum supaya selari dengan objektif pendidikan sekolah ? ● Aktiviti kokurikulum ini dirancang mengikut takwim sekolah iaitu setiap tahun kita akan mengadakan mesyuarat dan berbincang mengenai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang akan dijalankan sepanjang tahun. Pada masa yang sama, kita juga akan sesuaikan atau selarikan dengan objektif pendidikan sekolah yang ingin melahirkan murid seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Maka, guru-guru akan mengadakan programprogram seperti Sukan Tahunan, Sukantara, Hari Keusahawanan dan lainlain. Secara tidak langsung, perancangan dan penyusunan aktiviti tersebut mampu mencapai objektif pendidikan sekolah serta kemenjadian murid. 2. Apakah faktor utama yang dipertimbangkan dalam merancang aktiviti kokurikulum? ● Faktor utama kita sebelum merancang aktiviti ialah kita perlu tahu dan tetapkan tujuan yang jelas untuk aktiviti kokurikulum itu sama ada bertujuan untuk pembangunan diri murid atau menggalakkan kerjasama antara murid atau selain itu. Kedua, guru perlu tahu minat dan kebolehan murid sebelum merancang aktiviti. Contohnya, aktiviti yang dirancang perlulah menarik dan releven bagi murid supaya mereka teruja untuk melibatkan diri seperti Aktiviti 1 Murid 1 Sukan, Hari Keusahawanan dan lain-lain. Ketiga, kita lihat dari sumber daya dan kemudahan untuk menganjurkan aktiviti itu sama ada sesuai atau tidak untuk dijalankan. 3. Cara guru pastikan penyertaan seimbang dalam pelbagai jenis aktiviti kokurikulum? ● Penyertaan seimbang dalam pelbagai jenis aktiviti kokurikulum ini sukar sebenarnya kerana setiap murid mempunyai minat yang berbeza, jadi kita tidak boleh memaksa mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum tersebut


semata-mata untuk seimbangkan penyertaan. Kebiasaannya sekolah memberi kebebasan kepada mereka untuk terlibat aktif dalam mana-mana aktiviti atau sukan yang diminati dan tugas kami hanyalah memberi sokongan sepenuhnya kepada mereka.Namun, inisiatif lain guru untuk seimbangkan penyertaan ini ialah guru boleh memberi pendedahan tentang aktiviti kokurikulum yang lain secara tidak langsung mereka boleh meminati dan cuba untuk melibatkan diri. 4. Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dan cara mengatasinya? ● Wujud juga beberapa cabaran yang perlu beliau hadapi sepanjang memegang jawatan sebagai seorang Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Koku) iaitu kekangan kewangan. Hal ini terjadi apabila wakil sekolah yang dihantar bertanding kalah, maka segala perbelanjaan yang digunakan seperti yuran penyertaan akan menjejaskan kewangan sekolah. Seterusnya, tiada sokongan ibu bapa terhadap bakat dan potensi anak mereka. Hal ini kerana, mereka lebih menumpukan anak mereka dalam bidang kurikulum sehingga mengabaikan bakat yang ada pada diri anak mereka. Selain itu, murid-murid yang kurang masa untuk latihan, maka mereka perlulah dididik sejak dari kecil supaya bakat yang ada boleh terus berkembang. Sementara itu, kekurangan guru yang berkemahiran akan menyebabkan murid-murid sukar untuk menguasai sukan tersebut. Akhir sekali, cabaran kekurangan prasarana untuk melaksanakan sukan tersebut seperti gelanggang tenis sehingga pihak sekolah terpaksa menyewa gelanggang tersebut. 5. Apakah tindakan-tindakan yang akan dilaksanakan oleh unit kokurikulum sekiranya kehadiran murid tidak memuaskan bagi aktiviti kokurikulum? ● Tindakan yang akan dilaksanakan oleh guru sekiranya kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum kurang memuaskan. Antaranya, murid yang kerap tidak hadir akan diberikan surat amaran pertama, diikuti kedua dan ketiga, namun jika masalah tersebut masih berterusan, maka guru-guru akan memaklumkan kepada ibu bapa untuk memberi kerjasama dengan memantau aktiviti harian anak mereka. 6. Cara guru galakkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum secara aktif? ● Cara yang pertama ialah kenal pasti minat dan bakat murid, jadi pihak atasan akan mengadakan mesyuarat untuk berbincang mengenai aktiviti yang sesuai untuk ditawarkan berdasarkan minat mereka. Kedua ialah menawarkan


pelbagai jenis aktiviti daripada bidang yang berlainan seperti akademik, sukan, seni dan kemahiran sosial. Maka, murid-murid dapat mencuba pelbagai aktiviti yang berlainan. Ketiga ialah melalui pemberian penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang aktif dalam aktiviti kokurikulum mereka akan diberikan penghargaan dalam bentuk trofi, sijil dan pengiktirafan dalam majlis sekolah secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi murid untuk terus melibatkan diri secara aktif. 7. Cara guru urus murid yang mempunyai komitmen akademik dan kokurikulum yang tinggi? ● Caranya ialah guru akan cuba untuk seimbangkan penyertaan murid ini dalam kedua-dua bidang dengan merancang jadual yang fleksibel. Pada waktu belajar, murid akan berada dalam kelas untuk menjalankan sesi pembelajaran dan hanya akan keluar sekiranya aktiviti kokurikulum yang disertai memerlukan latihan semasa waktu pembelajaran. Seterusnya.hubungan dan komunikasi dengan ibu bapa iaitu guru boleh berbincang dahulu bersama ibu bapa murid yang aktif ini sama ada mereka ingin memberi kebebasan kepada anak untuk melibatkan diri dalam keduadua bidang atau sebaliknya.


BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Program Pendidikan Inklusif Nama : Pn. Norbaidura Hainie Binti Badrul Hisham Jawatan : Guru Jawatankuasa Pendidikan Inklusif Soalan Temubual : 1. Pada tahun bilakah program inklusif ini diperkenalkan dan bagaimanakah murid PPKI ini ditapis untuk mengikuti program inklusif ini? ● Sejak tahun 2018 dan murid PPKI ini ditapis dengan menggunakan borang Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI). 2. Bagaimanakah program inklusif ini dilaksanakan? ● Murid PPKI diinklusifkan dalam kelas aliran perdana dalam subjek yang dipilih iaitu Pendidikan Jasmani. Jadi, murid PPKI ini akan sertai sekali dengan kelas aliran perdana. Guru kelas memberi penerangan jelas terhadap tanggapan yang negatif daripada murid aliran perdana supaya mereka terbuka hati untuk menerima kehadiran murid tersebut. 3. Bagaimanakah pengurusan dan pelaksanaan Pendidikan Inklusif ini? ● Untuk setakat ini, sekolah ini hanya menjalankan pendidikan inklusif separa. Guru inklusif perlu selaraskan jadual untuk murid inklusif dengan jadual kelas aliran perdana. 4. Adakah pendidikan inklusif ini terdapat juga dalam kokurikulum? ● Tiada. Murid pendidikan khas hanya menjalani aktiviti kokurikulum di kelas PPKI sahaja.


BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Pengajaran Matematik pada masa kini Nama : En. Mohd Razif Bin A Rahman Jawatan : Guru Ketua Panitia Matematik SK Batu Berendam 2 Soalan Temubual : 1. Bagaimanakah perancangan dan pelaksanaan PdP untuk subjek Matematik? ● Perancangan pengajaran akan dirujuk melalui DSKP, RPH dan RPT. Ia sebagai panduan supaya pengajaran silibus selari dengan masa dari awal tahun hingga ke akhir tahun. 2. Adakah perancangan tersebut dapat dihabiskan dalam tempoh satu tahun tersebut? ● Secara jujurnya tidak, namun pengurusan di SK Batu Berendam 2 ini akan mengajar murid dari kelas yang sama ke tahun berikutnya hingga tahun akhir mereka belajar di sekolah ini iaitu Tahun 6. 3. Bahan bantu mengajar atau inovasi yang dilakukan di dalam kelas? ● Secara umumnya, guru matematik di sekolah ini akan melakukan inovasi atau bahan bantu mengajar secara tidak langsungnya.Namun, penggunaan tersebut tidak di bawa ke peringkat seterusnya. Guru akan melakukan inovasi tersebut atas muridnya sendiri. 4. Apakah inovasi yang dicipta oleh cikgu untuk membantu murid di dalam kelas? ● Saya telah mencipta satu inovasi yang dikenali sebagai kit peratus dan telah menang tempat ketiga peringkat kebangsaan. Selain itu, GrabMath yang dicipta semasa musim pandemik. Idea tercetus apabila guru tidak dibenarkan membawa murid keluar daripada kelas, dimana guru memberi gaji kepada murid untuk datang ke kelas lain untuk mengajar dan memberi perkongsian tentang ciri-ciri bentuk 3 Dimensi di hadapan kelas. 5. Pentaksiran dan Penilaian yang dilakukan oleh guru semasa di dalam kelas? ● Secara pemerhatian di dalam kelas dan hasil kerja murid.


BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Nama : Pn. Sulaila Binti Ibrahim Jawatan : Ketua Panitia Bahasa Melayu Soalan Temubual : 1. Apakah strategi yang digunakan dalam proses PdP bahasa Melayu ? ● Strategi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah bercampur, iaitu secara kaedah lama dan digital. Kaedah digital dapat mengurangkan kos perbelanjaan yang besar dan lebih mudah. 2. Apakah bahan bantu mengajar yang digunakan dalam proses PdP? ● Bahan bantu mengajar bergantung kepada cikgu itu sendiri. Cikgu yang menentukan sama ada bahan bantu mengajar itu sesuai ataupun tidak untuk diaplikasikan di dalam kelas. 3. Bagaimanakah cikgu mengawal kelas? ● Cikgu tidak menghukum murid sekiranya murid melakukan kesalahan sebaliknya, murid tersebut dengan sendirinya sedar tentang kesilapan yang telah dibuat. 4. Adakah murid menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru? ● Setakat ini, murid dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Namun, terdapat segelintir murid yang tidak sepenuhnya melengkapkan tugasan tersebut kerana faktor hadir ke sekolah agama sehingga lupa untuk menyiapkan tugasan. 5. Adakah pemansuhan UPSR menyebabkan murid tidak lagi bersungguhsungguh untuk belajar bersungguh-sungguh? ● Ya, benar sekali. Murid tidak lagi bersungguh-sungguh untuk belajar kerana mereka rasa tiada hala tujuan untuk belajar dengan cemerlang. 6. Adakah program MBMBI di sekolah ini dilaksanakan? ● Ada, setiap hari rabu, murid akan berpidato, bercerita, berpantun untuk meningkatkan lagi kemahiran berbahasa di dalam diri murid.


BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Peranan Pihak Kantin Sk Batu Berendam 2 Nama : Puan Hasnah Binti Kassim Jawatan : Staf Kantin Sekolah SK Batu Berendam 2 Soalan Temubual : 1. Pada tahun bilakah Anjung Selera Qaseh mula beroperasi dan bagaimana proses untuk mendapatkan tempat di kantin SKBB2 ini? ● Kantin ini dibuka kira-kira 10 tahun lalu, dan menggunakan sistem “tender” selama 2 atau 3 tahun mengikut kebenaran pihak sekolah. 2. Apakah menu yang disediakan dan adakah menu itu ditetapkan oleh pihak KPM atau sekolah? ● Menu utama yang disediakan ialah nasi lemak, nasi ayam dan juga terdapat makanan yang dilarang untuk dijual seperti sosej, nugget dan makanan segera yang lain. Menu tidak ditetapkan oleh mana-mana pihak, namun harus mengikut panduan pemakanan untuk menjamin kesihatan warga sekolah. 3. Bagaimanakah cara untuk pihak kantin ini memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar sentiasa terjamin? ● Penyediaan makanan diambil kira dengan aspek keselamatan, contohnya penyediaan makanan dengan menggunakan sarung tangan, tudung dan topi. Bahan-bahan masakan juga dibeli secara harian untuk mengelakkan bahan dari luput.


BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Dasar Pendidikan Masa Kini yang dilaksanakan di sekolah Nama : Ariff Mikail Bin Mohd Faizal Jawatan : Murid 6 Al-Battani Soalan Temubual : 1. Adakah terdapat kemudahan penggunaan ICT di dalam dalam kelas? ● Kemudahan penggunaan ICT di dalam kelas ialah projektor. 2. Adakah susunan meja di dalam kelas bercirikan abad ke-21? ● Ya, sebab kami duduk secara berkumpulan. 3. Adakah kamu gembira dengan pembelajaran hari ini? ● Ya, sebab dapat belajar bersama rakan-rakan sekelas. 4. Adakah kamu faham dengan kandungan pembelajaran hari ini? ● Ya, kami faham dengan apa yang guru mengajar. 5. Adakah kamu seronok jika kamu memulakan pengajaran dengan aktiviti yang menarik? ● Ya, kerana akan lebih bersemangat. 6. Adakah carta ganjaran atau lebih dikenali sebagai reward chart terdapat dalam kelas anda? ● Ya, ada. Contoh ganjaran yang saya pernah terima ialah pensil box. 7. Adakah anda pernah mengaplikasikan peta i-Think dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) semasa belajar? ● Ya, ada. 8. Adakah aktiviti Kokurikulum seperti Sukan dan Permainan dapat meningkatkan semangat anda untuk hadir ke sekolah? ● Ya, sebab saya suka bersukan.


BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Sukarelawan pelajar MMU dalam aktiviti gotong-royong sekolah Nama : Encik Muhammad Adley bin Yusof Jawatan : Pelajar Universiti Multimedia (MMU) Soalan Temubual : 1. Apakah tujuan utama program gotong-royong yang dilakukan oleh Sukarelawan Pelajar MMU di sekolah? ● Tujuan utama kami melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong bersama warga SK Batu Berendam 2 adalah untuk membantu membaiki dan menceriakan persekitaran sekolah agar dapat menyumbang kepada komuniti setempat serta memberikan kesedaran sosial. 2. Apakah yang anda dapat apabila berkolaborasi dengan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti gotong-royong? ● Kolaborasi yang dijalankan dengan SKBB2 melalui aktiviti gotong-royong mengajar saya tentang nilai-nilai kerjasama, kesukarelawan, dan tanggungjawab. Hal ini dapat memberi pengalaman dan meluaskan jaringan komuniti antara satu sama lain untuk membentuk ikatan yang lebih erat. 3. Bagaimana hubungan anda dengan warga sekolah sepanjang aktiviti berlangsung? ● Hubungan saya dengan warga sekolah sangat baik. Hal ini jelas terbukti melalui kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Misalnya, kami bekerjasama dalam mengecat dan menceriakan bangunan sekolah yang telah pudar, menebang pokok-pokok yang membahayakan keselamatan murid-murid semasa berada di padang serta membersihkan kawasan persekitaran sekolah. 4. Bagaimana pengalaman sukarelawan ini dapat mempengaruhi anda secara peribadi atau akademik? ● Pengalaman sukarelawan ini dapat mengembangkan kemahiran sosial dan kepimpinan antara guru, staf sekolah, murid dan ibu bapa melalui komunikasi atau interaksi secara dua hala. Hal ini pelbagai input atau ilmu baharu yang dapat diperoleh melalui perkongsian antara satu sama lain. 5. Apakah cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan aktiviti gotong-royong di sekolah? ● Cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan aktivitigotong-royong ialah kecederaan ringan atau kecelakaan disebabkan terkena ranting atau dahan pokok


yang agak tajam semasa membersihkan kawasan di rantau padang sekolah. Hal ini langkah keselamatan perlu diambil kira dan dilakukan dengan berhati-hati. Selain itu, peralatan kebersihan seperti kain buruk, mop, berus cat dan lain-lain yang kurang mencukupi untuk digunakan.


BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Peranan ahli PIBG SK Batu Berendam 2 Nama : Puan Nursaidatul Fasihah binti Mansor Jawatan : Setiausaha PIBG SK Batu Berendam 2 Soalan Temubual : 1. Bilakah mesyuarat agung PIBG SK Batu Berendam 2 diadakan? ● Mesyuarat agung PIBG SK Batu Berendam 2 telah diadakan pada 27 April 2024 yang lalu di Dewan SKBB2. 2. Adakah kehadiran ibu bapa menggalakkan? ● Jumlah kehadiran ibu bapa agak kurang memberangsangkan iaitu hanya seramai 139 orang sahaja kerana mesyuarat agung tersebut dilaksanakan pada hari raya atau bulan Syawal. 3. Apakah peranan ibu bapa atau komuniti dalam PIBG? ● Ibu bapa digalakkan untuk membayar yuran PIBG sebanyak RM 50 sekeluarga yang telah ditetapkan dalam mesyuarat dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dianjurkan di sekolah seperti Gotong-Royong Perdana yang turut melibatkan pelajar dari Universiti Multimedia (MMU) dan Hari Perjumpaan Waris untuk menandatangani buku rekod pencapaian murid-murid. 4. Bagaimana hubungan antara guru dan ibu bapa dalam PIBG? ● Hubungan antara guru dan ibu bapa sangat baik. Hal ini jelas terbukti melalui perjumpaan AJK PIBG yang dilaksanakan sebanyak empat kali setahun dan bergantung kepada sesuatu isu yang berbangkit. Ibu bapa juga mudah memberikan sumbangan atau bantuan apabila diperlukan oleh guru. 5. Apakah yang dilakukan terhadap kutipan melalui PIBG tersebut? ● Antaranya untuk membantu murid yang kurang kemampuan, membaiki prasarana sekolah dan diperuntukkan bagi guru membeli set peralatan tertentu untuk menghantar murid-murid bertanding ke peringkat yang lebih tinggi. 6. Apakah cabaran yang sering dihadapi oleh pihak PIBG? ● Masalah kewangan merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh PIBG. Hal ini sumbangan kewangan yang diperoleh bergantung kepada peranan dan tanggungjawab yang dipertua PIBG. Kebiasaannya, YDP PIBG yang berpengaruh mudah menerima sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menjayakan aktiviti atau program sekolah yang tertentu. Sebagaimana yang kita ketahui, dana penting untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang menarik di sekolah.


7.0 KOLABORATIF 7.1 Perbincangan bersama pengurus sekolah- Puan Mastura Lim binti A. Ghani Perbincangan bersama Guru Besar adalah menyeluruh yang merangkumi pengurusan dan perancangan kurikulum dan kokurikulum pengurusan dan perancangan aktiviti kokurikulum di sekolah melibatkan pelbagai aspek penting yang memerlukan kerjasama antara guru besar, guru, murid, dan ibu bapa. Guru besar memainkan peranan utama dalam memastikan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan seperti SKPMG2, TS25, dan PBD di sekolah. Tanggungjawab mereka termasuk memastikan semua maklumat dan pekeliling terkini dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disampaikan kepada guru dan staf melalui medium seperti WhatsApp dan Telegram, serta melalui perjumpaan dan papan kenyataan di sekolah. Dengan cara ini, tiada guru atau staf yang ketinggalan dalam menerima maklumat penting yang perlu dilaksanakan di sekolah. Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolah dilakukan secara berterusan dan tidak formal. Guru-guru menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, soalan yang disediakan sendiri, dan buku latihan untuk menilai prestasi murid. Selain itu, guru juga memantau kerjasama dan interaksi murid dalam kumpulan sebagai sebahagian daripada penilaian. Ini memastikan penilaian yang lebih holistik dan realistik terhadap kemajuan akademik dan sosial murid. Pendekatan ini membolehkan guru memahami lebih mendalam keperluan dan perkembangan setiap murid secara individu. Inisiatif untuk melaksanakan Transformasi Sekolah 2025 (TS25) melibatkan pelbagai langkah untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan kemenjadian murid. Hala tuju TS25 dijadikan panduan utama, dengan penekanan kepada peningkatan kemahiran dan kepakaran guru. Sekolah yang melaksanakan TS25 juga telah didigitalisasi, membolehkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Kerjasama antara pentadbir, guru, ibu bapa, komuniti, dan murid adalah penting untuk mencapai matlamat TS25. Dengan adanya studio di sekolah, murid diberi peluang untuk terlibat dalam aktiviti seperti menjadi wartawan cilik, yang membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran komunikasi mereka.Guru besar memantau pelaksanaan dasar di sekolah melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, pemantauan, dan pencerapan prestasi guru.


Penilaian prestasi guru dilakukan melalui skor yang dicatatkan dalam Pentaksiran Berasaskan Penilaian Pegawai Pendidikan (PBPPP). Aktiviti dan program seperti karnival STEM dan Hari Keusahawanan dijalankan untuk menyokong pelaksanaan TS25. Cabaran utama pendidikan masa kini adalah pendigitalan, yang memerlukan guru untuk mahir dalam menggunakan teknologi untuk PdP. Kemudahan ICT seperti komputer dan LCD telah disediakan oleh KPM untuk memudahkan pelaksanaan dasar pendidikan digital. Guru perlu mempunyai integriti dan kemahiran dalam menggunakan teknologi untuk memastikan proses pembelajaran yang efektif dan berkesan. 7.2 Perbincangan dengan guru-guru lain ● Perbincangan bersama Guru Penolong Kanan Kokurikulum- Encik Mohd Amin Atfi bin Najib Pengurusan dan perancangan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah aspek penting dalam mencapai objektif pendidikan yang seimbang. Guru merancang aktiviti kokurikulum berdasarkan takwim sekolah dengan mengadakan mesyuarat tahunan untuk membincangkan aktiviti yang akan dijalankan. Aktiviti seperti Sukan Tahunan, Sukantara, dan Hari Keusahawanan dirancang untuk selari dengan objektif pendidikan sekolah, yang bertujuan melahirkan murid seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Dengan perancangan dan penyusunan aktiviti yang teliti, sekolah dapat mencapai objektif pendidikan dan membantu dalam kemenjadian murid. Dalam merancang aktiviti kokurikulum, beberapa faktor utama perlu dipertimbangkan. Pertama, tujuan yang jelas perlu ditetapkan untuk setiap aktiviti, sama ada untuk pembangunan diri murid atau menggalakkan kerjasama antara murid. Kedua, minat dan kebolehan murid perlu diketahui agar aktiviti yang dirancang relevan dan menarik. Contohnya, program seperti Aktiviti 1 Murid 1 Sukan dan Hari Keusahawanan direka untuk menarik minat murid. Ketiga, sumber daya dan kemudahan juga penting untuk memastikan aktiviti boleh dijalankan dengan lancar dan berkesan. Untuk memastikan penyertaan seimbang dalam pelbagai jenis aktiviti kokurikulum, guru perlu mengelolakan strategi yang bijak. Walaupun murid mempunyai minat yang berbeza, penting untuk memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih aktiviti yang diminati. Guru juga boleh memberi pendedahan tentang pelbagai aktiviti kokurikulum untuk menarik minat murid secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan melalui pameran, demonstrasi, atau sesi percubaan yang memberi peluang kepada murid untuk mencuba dan mungkin mengembangkan minat baru dalam pelbagai bidang.


Cabaran dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum termasuk kekangan kewangan, kurangnya sokongan ibu bapa, masa latihan yang terhad, kekurangan guru berkemahiran, dan kekurangan prasarana. Mengatasi cabaran ini memerlukan strategi yang komprehensif seperti mencari sumber dana tambahan, meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan kokurikulum, merancang latihan yang efisien, dan memperbaiki kemudahan sukan. Selain itu, untuk mengurus murid yang mempunyai komitmen akademik dan kokurikulum yang tinggi, guru perlu merancang jadual yang fleksibel, memastikan komunikasi yang baik dengan ibu bapa, dan menggalakkan keseimbangan antara pembelajaran akademik dan kokurikulum. Dengan pendekatan yang holistik dan penyelarasan yang baik, guru dapat membantu murid mencapai kejayaan dalam kedua-dua bidang. ● Perbincangan bersama Ketua Panitia Bahasa Melayu - Puan Sulaila Binti Ibrahim Setiap mata pelajaran akan diketuai oleh ketua panitia. Perbincangan ini melibatkan ketua panitia bahasa Melayu iaitu Puan Sulaila Binti Ibrahim berkaitan program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang selaras dengan dasar pendidikan masa kini yang diseru oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berdasarkan perbincangan, antara aktiviti yang dianjurkan oleh guru-guru bahasa Melayu di sekolah ini seperti Program Cakna Bahasa yang diadakan pada setiap pagi hari khamis semasa perhimpunan. Misalnya, aktiviti seperti mengeja, kuiz simpulan bahasa, peribahasa dan sebagainya. Bukan itu sahaja, strategi yang digunakan dalam proses PdP bahasa Melayu adalah bercampur iaitu secara kaedah lama dan digital. Kaedah digital dapat mengurangkan kos perbelanjaan yang besar dan lebih mudah. Bahan bantu mengajar yang digunakan juga ditentukan sendiri oleh guru mata pelajaran tersebut. Hal ini supaya bahan bantu mengajar yang digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan menarik minat murid. Selain itu, guru boleh mengesan murid-murid yang lemah ini daripada penglibatan murid yang secara aktif dan pasif. Malah, murid-murid yang melakukan kesalahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini juga tidak dihukum sebaliknya mereka dengan sendirinya sedar akan kesilapan yang telah dibuat. Dari sini juga guru dapat mengenalpasti murid yang lemah dan murid yang cemerlang. Contohnya, murid-murid yang


lemah akan diasingkan dan didudukkan di dalam satu kumpulan supaya guru dapat memberikan perhatian yang lebih kepada mereka. ● Perbincangan bersama Guru Ketua Panitia Matematik - Encik Mohd Razif Bin A Rahman Matematik merupakan antara mata pelajaran yang sangat sukar bagi murid-murid. Oleh yang demikian, sebagai guru ketua panitia Matematik, Encik Mohd Razif Bin A Rahman telah mencipta satu inovasi yang dikenali sebagai Kit Pecahan untuk membantu murid faham cara menukarkan pecahan ke peratus. Kit tersebut mempunyai kotak seratus dimana murid perlu meletakkan gambaran pecahan yang disediakan pada kotak seratus dan kira berapa kotak yang tinggal di dalam kotak seratus apabila kotak seratus tersebut ditutup dengan pecahan. Inovasi ini telah dipertandingkan dan beliau telah berjaya mendapat tempat ketiga pada peringkat kebangsaan. Beliau menyatakan bahawa perancangan pengajaran akan dirujuk melalui DSKP, RPH dan RPT. Ia dijadikan sebagai panduan supaya pengajaran silibus selari dengan masa dari awal tahun hingga akhir tahun. Pengurusan perancangan untuk mengajar tajuk tersebut tidak dapat dihabiskan sepenuhnya. Oleh hal yang demikian, guru yang sama yang akan mengajar kelas tersebut untuk tahun berikutnya. Strategi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini adalah bercampur, iaitu secara kaedah lama dan digital. Kaedah digital dapat mengurangkan kos perbelanjaan yang besar dan lebih mudah. Contohnya, tayangan menggunakan slaid dan projektor seperti berdasarkan pemerhatian kami semasa guru tersebut mengajar. Namun, terdapat juga guru yang menyediakan bahan bantu belajar seperti jam analog dimana murid boleh menggerakkan jarum dan minit jam. Selain itu, antara inisiatif guru untuk menarik perhatian murid dalam pembelajaran matematik pada masa kini ialah dengan menekankan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Hal ini bermaksud murid tidak lagi hanya mendengar pengajaran guru sahaja tetapi mereka perlu melibatkan diri secara aktif dalam PdPc manakala guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara. Tamsilnya, kaedah pembelajaran masa kini yang digunakan seperti memainkan peranan melalui lakonan, kotak beracun, ‘Gallery Walk’ dan sebagainya. Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa guru-guru wajib menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) seperti yang termaktub dalam silibus masa kini


Akhir sekali, dari segi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pula dilakukan sepanjang tahun di dalam kelas setelah murid dan guru selesai menghabiskan topik pembelajaran. Dalam mata pelajaran Matematik, guru-guru panitia telah menghasilkan modul PBD matematik sendiri mengikut topik dan tahap penguasaan (TP) murid bermula dari TP1 hingga TP6 yang digunakan dari semasa ke semasa. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu guru menilai tahap perkembangan murid-murid. 7.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah Kantin Sk Batu Berendam 2 ini telah dibuka kira-kira 10 tahun lalu, dan menggunakan sistem “tender” selama 2 atau 3 tahun mengikut kebenaran pihak sekolah. Menu utama yang disediakan oleh pihak kantin ialah nasi lemak, nasi ayam dan juga terdapat makanan yang dilarang untuk dijual seperti sosej, nugget dan makanan segera yang lain. Menu tidak ditetapkan oleh mana-mana pihak, namun harus mengikut panduan pemakanan untuk menjamin kesihatan warga sekolah. Penyediaan makanan diambil kira dengan aspek keselamatan, contohnya penyediaan makanan dengan menggunakan sarung tangan, tudung dan topi. Bahan-bahan masakan juga dibeli secara harian untuk mengelakkan bahan dari luput. Bukan itu sahaja, pengurusan kantin juga sangat baik kerana murid-murid beratur untuk membeli makanan. Tambahan pula, murid-murid akan meletakkan pinggan dan cawan yang telah guna di dalam besen yang telah disediakan. Sampah-sampah juga dibuang di tempat yang disediakan. Setakat ini tiada lagi aduan murid-murid menolak-nolak semasa membeli makanan atau mengambil makanan tanpa membayar. 7.4 Perbincangan dengan murid Interaksi dengan murid sekolah mengenai Dasar Pendidikan Masa Kini yang dilaksanakan di sekolah seperti ICT, PAK-21, Set induksi, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Oleh itu, saya telah menjalankan kajian ke atas murid Tahun 6 seramai 5 orang. Berdasarkan borang soal selidik tersebut, hasil memaparkan bahawa murid-murid ini telah terdedah dengan perkembangan teknologi zaman kini. Maka, tidak menjadi masalah kepada mereka mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan. Di samping itu Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan satu daripada dasar utama dalam sistem pendidikan masa kini iaitu guru menggunakan ICT untuk menjadikan pembelajaran


lebih menarik, penggunaan alat-alat teknologi seperti komputer dan tablet untuk mengakses maklumat dan lain-lain. Selain itu, murid-murid juga bersetuju bahawa pembelajaran abad ke-21 telah diterapkan dalam proses PdP. Hal ini kerana, pembelajaran ini lebih menekankan kepada pembelajaran berpusatkan murid, berkolaborasi dan berinovasi. Kebanyakan murid-murid juga mengatakan bahawa mereka bekerja dalam kumpulan dan berbincang untuk menyelesaikan masalah. Penglibatan aktif murid dalam kerja berkumpulan akan menjadikan mereka lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain sekaligus meningkatkan lagi kemahiran sosial mereka. Selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan murid yang berketerampilan, maka Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga diterapkan dalam proses PdP yang mana guru boleh melihat kemampuan dan kebolehan murid untuk menganalisis, menilai dan mencipta idea atau penyelesaian baru. Melalui KBAT ini juga, murid akan menggunakan kemahiran berfikir kreatif dan kritis mereka. 7.5 Puan Nursaidatul Fasiha binti Mansor – Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan yang bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan dan persefahaman antara ibu bapa serta guru-guru. Oleh yang demikian, mesyuarat agung PIBG akan diadakan pada setiap tahun. Menurut Puan Fasiha selaku setiausaha PIBG Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 (SKBB2), mesyuarat agung telah dijalankan pada 27 April 2024 yang lalu di Dewan SKBB2. Namun, jumlah kehadiran ibu bapa agak kurang memberangsangkan iaitu hanya seramai 139 orang sahaja. Hal ini demikian kerana mesyuarat agung tersebut dilaksanakan pada hari raya atau bulan Syawal. Walau bagaimanapun, permuafakatan yang terjalin antara ibu bapa dan guru sangat rapat. Hal ini jelas terbukti melalui kehadiran ibu bapa yang datang pada Hari Perjumpaan Waris untuk menandatangani buku rekod atau pencapaian anak-anak mereka. Kesannya, ibu bapa dapat mengetahui tahap perkembangan penguasaan pembelajaran anak-anak mereka. Begitu juga dengan bantuan awal persekolahan RM100 dapat dihadiri oleh semua ibu bapa. Sebagaimana yang kita ketahui, mesyuarat agung dilaksanakan setahun sekali manakala hanya ahli jawatankuasa tertinggi (AJK) PIBG akan bermesyuarat sebanyak


empat kali setahun. Namun begitu, keperluan mesyuarat bergantung terhadap isu yang berbangkit dalam kalangan murid, ibu bapa mahupun guru-guru. Misalnya, pada tahun lepas, mesyuarat yang dijalankan oleh AJK tertinggi PIBG adalah sebanyak enam kali. PIBG bukan sahaja melibatkan ibu bapa dan guru-guru bagi aliran perdana mahupun pendidikan khas tetapi turut melibatkan prasekolah. Menurut Puan Fasiha, dalam tiga tahun ini ibu bapa dalam kalangan murid prasekolah telah turut melibatkan diri dalam program atau aktiviti PIBG termasuk menyertai mensyuarat agung PIBG, gotong-royong, Hari Perjumpaan Waris, Hari Keusahawanan dan sebagainya. Malah, guru prasekolah juga boleh meminta peruntukkan daripada pihak PIBG untuk membeli peralatan atau kemudahan tertentu untuk murid-murid. Tamsilnya, guru prasekolah pernah mendapatkan peruntukan untuk membeli set peralatan senamrobik bagi menghantar murid-muridnya bertanding ke peringkat yang lebih tinggi. Namun begitu, terdapat juga cabaran yang dihadapi dalam mengelolakan PIBG iaitu masalah dari sudut kewangan. Sumbangan kewangan yang diperoleh bergantung kepada peranan dan tanggungjawab yang dipertua PIBG. Kebiasaannya, YDP PIBG yang berpengaruh mudah menerima sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menjayakan aktiviti atau program sekolah yang tertentu. Pada ketika ini dana hanya bergantung sepenuhnya melalui sumbangan PIBG. Justeru itu, sekolah ini telah menetapkan bayaran yuran PIBG sebanyak RM50 sekeluarga dalam tempoh setahun. Hal ini bermaksud bayaran dilakukan secara sekeluarga dan bukannya mengikut bilangan anak dalam sesebuah sekolah. Impaknya, dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh ibu bapa.


ILMU / PENGETAHUAN BARU 8.1 PEMERHATIAN Berdasarkan kaedah pemerhatian yang dijalani di sekolah sewaktu menjalankan PBS, saya berjaya mendapatkan pengalaman tentang suasana dan budaya di sekolah masing-masing. Saya perhatikan, setiap sekolah mempunyai budaya sekolah mereka yang tersendiri, yang juga bergantung kepada cara budaya bekerja para guru, cara pentadbir menguruskan sekolah dan cara manusia bersosial dan duduk di dalam lingkungan sekolah termasuklah ideologi dan kepercayaan. Tetapi, walaupun mereka mempunyai perbezaan tersebut, pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dari peringkat induk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi satu hala tuju yang berkesan dalam menjalankan tugas dengan komited. Program pendidikan di SK Batu Berendam 2 dijalankan secara inklusif separa. Dimana guru inklusif mengambil subjek pendidikan jasmani sebagai subjek untuk pendidikan inklusif. Oleh itu, setiap kali waktu Pendidikan Jasmani, murid inklusif yang terpilih melalui Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI) akan bergabung dengan satu kelas perdana. Mereka akan belajar sekali pada waktu tersebut. Guru PPKI akan mengambil maklum balas daripada cikgu dan rakan sekelas lain serta ibu bapa tentang pembelajarannya di kelas inklusif aliran perdana. Jika prestasi seseorang murid itu baik, murid tersebut akan duduk di kelas perdana, dan murid tersebut juga bukan lagi murid pendidikan khas. Sebelum pihak sekolah memilih untuk menghantar murid ke kelas inklusif, murid tersebut perlu menduduki ujian SSKI, sama ada murid itu sudah bersedia ataupun tidak untuk tahap pendidikan yang normal. Namun begitu, ada juga kelas yang paling kritikal, tidak boleh dibawa lagi untuk diinklusifkan. Saya juga ada bertanya tentang aktiviti PdP untuk kelas inklusif, Guru inklusif tersebut mengatakan bahawa aktiviti kelas inklusif sama sahaja seperti jadual aliran perdana. Cikgu perdana dan cikgu PPKI akan berkolaborasi dalam penyediaan RPH. Namun begitu, aktiviti Kokurikulum bagi murid inklusif ini belum lagi selaras dengan murid normal. Tiada Pendidikan Inklusif bagi Kokurikulum. Murid Pendidikan Khas hanya menjalankan aktiviti Kokurikulum di dalam kelas PPKI sahaja.


Pada 11 Mei 2024, warga Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 (SKKB2) telah menjalinkan kerjasama dengan pihak sukarelawan pelajar dari Universiti Multimedia (MMU) dalam aktiviti gotong-royong sekolah. Aktiviti ini juga turut melibatkan murid-murid, ibu bapa dan seluruh warga sekolah SKBB2. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti mengecat dan menceriakan dinding atau bangunan sekolah yang telah pudar, menebang pokok-pokok yang membahayakan keselamatan murid-murid di padang, membersihkan kawasan persekitaran sekolah dan sebagainya. Menurut Encik Adley selaku wakil pelajar sukarelawan dari MMU, beliau berpendapat bahawa kolaborasi yang dijalinkan dengan pihak sekolah mengajarnya pelbagai nilai-nilai dalam kehidupan seperti kerjasama dan tanggungjawab. Hal ini dapat memberi pengalaman dan meluaskan lagi jaringan komuniti antara satu sama lain untuk membentuk ikatan yang lebih erat. Impaknya, meningkatkan lagi semangat untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Dalam pada itu, seluruh warga sekolah juga sangat ramah mesra dan mudah memberikan kerjasama yang baik. Hal ini secara tidak langsung melahirkan hubungan yang baik antara pelajar MMU dengan seluruh warga sekolah. Misalnya, kami bekerjasama dalam mengecat, membersih dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah termasuk juga prasekolah. Kesannya, melahirkan semangat kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah bagi menimba ilmu. Murid-murid juga dapat menimba ilmu dengan keadaan yang kondusif dan efektif. Secara kesimpulannya, pengalaman gotong-royong yang telah saya peroleh bersama warga sekolah secara tidak langsung dapat mengembangkan lagi kemahiran sosial dan kepimpinan antara guru, staf sekolah, murid-murid dan ibu bapa melalui komunikasi atau interaksi secara dua hala. Hal ini pelbagai input atau ilmu baharu yang dapat diperoleh melalui perkongsian antara satu sama lain. Impaknya, murid-murid turut dalam membentuk keyakinan diri untuk berhubung atau berkomunikasi dengan komuniti setempat. 8.2 SENARAI SEMAK Pelaksanaan PBS ini dapat dilaksanakan dengan baik melalui senarai semak yang telah dirangka terlebih dahulu sebelum PBS. Senarai semak merupakan suatu borang yang sangat penting dalam menjalankan sesuatu tugasan dan salah satu aspek penting yang mampu menjamin kualiti sesuatu perkara. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya telah mengetahui cara menggunakan senarai semak dengan betul. Apabila saya ingin mencari


maklumat berkaitan sekolah dan tugasan ini, senarai semak digunakan sepenuhnya agar tiada lagi perkara yang dikehendaki tertinggal. Semasa proses mencari dan mengumpul maklumat-maklumat ini, banyak ilmu serta pengetahuan baru tentang dunia pendidikan telah saya perolehi. Antara perkara yang terdapat dalam senarai semak yang signifikan bagi saya adalah pengurusan dan organisasi sekolah, prasarana, maklumat murid dan berkenaan dengan kokurikulum sekolah. Semasa proses mencari dan mengumpul maklumat-maklumat ini, banyak pengetahuan mengenai pendidikan, pengurusan pentadbiran telah saya pelajari dan perolehi. Contohnya, bilangan murid dan guru yang terdapat di sekolah tersebut,bilangan kelas dan bilangan bilik-bilik khas. Dengan penggunaan senarai semak ini juga telah menjimatkan masa saya untuk menyiapkan tugasan ini. Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) II ini. Antara yang telah saya perolehi adalah peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS) dalam kalangan murid serta bagaimana proses perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di ukur sama ada melalui pemerhatian, peperiksaan bertulis atau Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. 8.3 TEMU BUAL Kaedah temu bual juga digunakan ketika menjalankan tugasan ini. Bagi melengkapkan PBS II, saya telah menemu bual responden seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan KoKurikulum (KoKu), dan pekerja am sekolah seperti pengawal keselamatan sekolah. Sewaktu proses temubual ini, saya akan merekodkan maklum balas para responden untuk proses menterjemahan maklumat yang didapati di dalam portfolio ini dan seterusnya mendapat jawapan yang diinginkan. Sepanjang proses temubual, para responden memberikan kerjasama yang sangat baik dan tidak kedekut dalam ilmu pengurusan. Mereka menjawab soalan yang diberi dengan baik dan tidak kedekut dalam memberikan dokumendokumen perjalanan harian sekolah untuk dilampirkan sebagai dokumentasi di dalam PBS ini. Laporan dokumentasi sewaktu temubual diletakkan di bahagian lampiran.


9.1 AKTIVITI 9.0 REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: 1. Isu / Perkara yang difokuskan Pemerhatian ketika waktu perhimpunan di sekolah. KEKUATAN: 1. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan ● Perhimpunan berjalan dengan lancar dan teratur. ● Penyampaian maklumat yang diberikan jelas. ● Kehadiran murid-murid sangat memuaskan. ● Murid-murid disusun teratur mengikut kelas. KELEMAHAN: ● Segelintir murid tiba lewat di tapak perhimpunan. ● Murid-murid kurang memberi perhatian semasa guru menyampaikan maklumat. ● Suasana yang agak bising. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Guru bertugas perlu mengingatkan murid-murid untuk datang awal ke tapak perhimpunan. ● Guru-guru perlu meminta bantuan pengawas untuk mengawal murid-murid ketika pehimpunan sedang berlangsung


PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: 1. Isu / Perkara yang difokuskan ● Membuat pemerhatian di kelas 6 Al-Battani ketika mata pelajaran bahasa Melayu sedang berlangsung. KEKUATAN: 1. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan ● Guru berjaya mengawal kelas dengan baik. ● Objektif pembelajaran berkaitan tatabahasa iaitu mengkategorikan empat jenis kata imbuhan dengan betul dapat dicapai. ● Penglibatan semua murid sangat aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung. ● Pengaplikasian pembelajaran abad ke-21 iaitu aktiviti berkumpulan. KELEMAHAN: ● Segelintir murid tidak fokus semasa pembelajaran. ● Murid-murid mengambil sedikit masa yang lama semasa menjalankan aktiviti berkumpulan. ● Murid-murid kurang keyakinan diri untuk memberikan jawapan dalam aktiviti berkumpulan. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Guru-guru perlu mencari inisiatif untuk menarik minat murid-murid semasa proses pdp berlangsung. ● Guru perlu set masa yang berpenggara agar murid peka dengan penggunaan masa semasa melakukan aktiviti berkumpulan.


● Guru perlu melatih murid-murid untuk meningkatkan keyakinan diri dengan melakukan aktiviti berkumpulan supaya mereka lebih berkebolehan untuk berinteraksi antara ahli kumpulan.


PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: 1. Isu / Perkara yang difokuskan ● Program Hari Keusahawanan Sekolah KEKUATAN: 1. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan ● Dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara murid, guru dan ibu bapa. ● Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid yang membantu guru membuka gerai atau berniaga. ● Murid dapat memperoleh ilmu melalui aktiviti di luar bilik darjah. ● Memupuk nilai keusahawanan dalam diri murid. KELEMAHAN: ● Terdapat segelintir murid yang tidak menghadiri program. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Guru perlu mengenal pasti bilangan murid dan sebab ketidakhadiran.


PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: 1. Isu / Perkara yang difokuskan - Menemu bual Guru Besar - Menemu bual GPK Kokurikulum - Menemu bual guru-guru lain - Menemu bual ibu bapa - Menemu bual kerani sekolah KEKUATAN: 1. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan ● Semua responden telah memberi tindak balas dan kerjasama yang baik semasa temu bual dilaksanakan. ● Sesi temu bual dijalankan secara santai. ● Tempat temu bual yang selesa dan kondusif. KELEMAHAN: ● Perlu menyediakan soalan dan membuat temu janji dengan lebih awal supaya tidak menganggu masa para responden. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Perlu menyediakan soalan dan membuat temu janji dengan lebih awal supaya tidak mengganggu masa para responden.


PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: 1. Isu / Perkara yang difokuskan Pemerhatian terhadap persekitaran sekolah. KEKUATAN: 1. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan ● Persekitaran sekolah dipenuhi dengan sudut pembelajaran dan sudut NILAM. ● Persekitaran sekolah yang bersih dan kemas. ● Maklumat-maklumat sekolah dipaparkan dengan jelas. ● Terdapat mural yang cantik dan menarik perhatian di beberapa kawasan sekolah. KELEMAHAN: ● Terdapat beberapa maklumat sekolah yang masih belum dikemaskini. ● Komputer-komputer di dalam makmal agak lama dan ada juga yang telah rosak untuk digunakan oleh murid-murid. ● Ruangan berkumpul murid-murid di perhimpunan mudah berasa panas ketika cuaca terik. ● Bilangan buku di dalam perpustakaan agak kurang. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Pihak sekolah perlu mengemaskini maklumat sekolah berdasarkan maklumat terkini. ● Komputer-komputer di makmal komputer perlu diperbaharui. ● Pihak sekolah perlu mencari inisiatif untuk memasang bumbung di tapak perhimpunan rasmi sekolah untuk murid-murid berkumpul. ● Pihak sekolah boleh menambah bilangan buku dan mempelbagaikan jenis buku.


PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: 1. Isu / Perkara yang difokuskan ● Mendapatkan tandatangan guru besar untuk dokumen yang berkaitan seperti borang Laporan Perkembangan Pelajar dan Borang Kehadiran. KEKUATAN: 1. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan ● Aktiviti yang dilakukan mengambil masa yang singkat sahaja. ● Guru besar amat mesra dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik. ● Guru besar dan GPK Kokurikulum memberi serba sedikit nasihat dan perkongsian yang bermanfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan. KELEMAHAN: ● Mengganggu waktu peribadi guru besar. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Temu janji perlu dibuat dengan lebih awal supaya tidak mengganggu waktu peribadi guru besar.


9.2 PERBINCANGAN / INTERAKSI Berdasarkan perbincangan dan interaksi yang dijalankan bersama warga sekolah, saya telah didedahkan dengan lebih banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat saya pelajari dan mendalami untuk menjadi guru yanq berkualiti pada masa hadapan. Hal ini kerana menjadi pendidik di sekolah bandar ini, guru perlu 'terkini' kerana dalam keadaan negara yang menuju ke arah pembangunan teknologi yang pesat dan cepat, pelajar juga lebih pantas. Malah, kebanyakan ibu bapa kini beranggapan bahawa keputusan akademik anak adalah fokus utama, tetapi hakikatnya selain mencapai keputusan baik, keperibadian pelajar itu yang perlu digilap dulu dan merupakan salah satu cabaran guru-guru sekarang. Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah meletakkan garisan panduan untuk sekolah melaksanakan dasar pendidikan masa kini seperti PAK21, TS25, PBD dan 1 Murid 1 Sukan. Selain itu, saya juga memperoleh pengetahuan baru melalui kolaborasi dengan guru-guru berfokuskan pengaplikasian PAK 21 dalam PBD. Seperti maklum, PBD dapat membantu guru untuk mengukur perkembangan pembelajaran murid secara holistik dan mewujudkan peluang pembelajaran yang sama rata untuk semua murid. Berpandukan soalan tugasan berkenaan dasar pendidikan masa kini, interaksi saya dengan warga sekolah banyak mengajar saya bahawa sistem pendidikan juga perlu mengikut peredaran zaman. Contohnya, kurikulum sekolah tidak boleh hanya menggunakan “Chalk and Talk”, namun penggunaan TMK dan set induksi perlu diterapkan dalam kalangan guru. Dasar pendidikan masa kini mengajar sava untuk tidak menjadi guru antik sekaligus menjadi pembakar semangat kepada saya untuk lebih rajin di IPG dengan harapan merangkul segulung ijazah sebagai guru yang berdedikasi.


LAPORAN AKHIR Berdasarkan PBS II yang telah dilaksanakan pada 10 Jun 2024 hingga 21 Jun 2024 selama 2 minggu di SK Batu Berendam 2, pelbagai maklumat dan pengalaman yang telah saya perolehi. Antaranya pengurusan sekolah dari segi prasarana sekolah, pengurusan akademik murid,, pengurusan kokurikulum dan juga peranan ibu bapa ketika Mesyuarat PiBG dilaksanakan. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini serba sedikit telah memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan semangat saya untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang dan berkaliber suatu hari nanti. Di samping itu, pertemuan di antara Guru Besar, barisan pentadbiran dan guru-guru mudah dijalankan untuk mengetahui maklumat lanjut tentang sekolah. Pelbagai ilmu dan nasihat yang diberikan sebagai persiapan untuk menjadi seorang pendidik suatu hari nanti. Malah, saya juga dapat membina keyakinan di dalam diri saya untuk berinteraksi dan bersosial dengan warga sekolah. Secara tidak langsung, hal ini telah mengajar saya untuk berkomunikasi secara formal dan baik ketika sesi temubual bersama guru-guru dilaksanakan. Selain itu, saya juga dapat membuat pemerhatian tentang cara untuk mengawal kelas supaya murid-murid dapat hormat kepada kita lebih-lebih lagi apabila bergelar guru muda di sekolah. SK Batu Berendam 2 juga turut menerapkan sahsiah yang baik dalam diri murid apabila murid akan memberi salam hormat ketika bertembung dengan warga sekolah yang lebih tua daripada mereka. Malah mereka juga turut mengamalkan nilai murni dalam diri mereka. Setiap kali perhimpunan rasmi pada hari isnin, guru yang bertugas akan memaklumkan dan mengingatkan kepada murid-murid tentang nilai murni beserta maksudnya agar murid dapat membentuk sahsiah diri yang teguh. Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) II yang telah saya laksanakan di SK Batu Berendam 2 telah membentuk jiwa sebagai pendidik di dalam diri saya. Malah, tanpa disedari banyak lagi cabaran yang saya harus tempuhi dan belajar untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya di masa depan.


LAMPIRAN SENARAI SEMAK BIL. PERKARA ADA TIADA CATATAN / X 1. Pengurusan dan organisasi sekolah / 1.1 Carta organisasi sekolah / 1.2 Peranan pihak pengurusan & guru · Guru Besar / · Guru Penolong Kanan / · Ketua Panitia / · Guru / 1.3 Pelan fizikal sekolah / 2. Prasarana sekolah 2.1 Kemudahan Asas · Bekalan air / · Bekalan elektrik /


2.2 Kemudahan sekolah · Sudut pembelajaran / · Dewan / · Kantin / · Tandas murid / · Tandas guru / · Padang / · Padang permainan / · Pusat sumber / · Makmal sains / · Makmal komputer / · Bengkel / 2.3 Bilik darjah · Ruang pembelajaran / · Pengudaraan dan pencahayaan / · Jadual waktu / · Jadual tugas / · Peraturan / · Meja dan kerusi guru / · Meja dan kerusi murid / · Rak / · Lampu / · Kipas /


2.4 Mural sekolah / 2.5 Kata-kata hikmah / 2.6 Keselamatan · Pengawal sekolah / · Prosedur keluar/masuk sekolah / · Alat pemadam api / 2.7 Falsafah Pendidikan Kebangsaan / 2.8 Rukun Negara / 2.9 Bilik-bilik khas · Pejabat · Bilik GPK Pentadbiran, Kokurikulum, HEM dan Guru Besar · Bilik peralatan sukan · Bilik bimbingan dan kaunseling · Bilik guru · Bilik SPBT · Bilik Mesyuarat / / / / / / / 3. Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum / 3.1 Sukatan Pelajaran / 3.2 Buku Rekod Pengajaran Guru / 3.3 Sumber pengajaran · Bahan bantu mengajar / · Bahan bantu belajar / · Sudut nilam /


3.4 Kokurikulum · Persatuan · Permainan · Badan Beruniform · Rumah sukan / / / / 3.5 Program Pemulihan / 4. Penyediaan jadual waktu 4.1 Jadual waktu induk / 4.2 Jadual waktu kelas / 4.3 Jadual waktu persendirian guru X 4.4 Jadual waktu guru ganti / 4.5 Jadual penggunaan makmal sains / 4.6 Jadual penggunaan makmal komputer / 4.7Jadual penggunaan bengkel / 4.8 Jadual penggunaan Pusat Sumber Sekolah / 5. Disiplin murid 5.1 Berpakain kemas / 5.2 Menghormati guru / 5.3 Mendengar arahan guru / 5.4 Menepati masa / 6. Perwatakan guru-guru semasa proses PdP 6.1 Menepati masa / 6.2 Berinteraksi dengan sopan / 6.3 Mengamalkan budaya ilmu /


Click to View FlipBook Version