BUKU PENGURUSAN
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI
34520 BATU KURAU , PERAK
1
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
BARISAN PENTADBIR
2
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
BARISAN GURU
3
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
BARISAN AKP
4
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
IKRAR GURU MALAYSIA
5
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
ISI KANDUNGAN
Kata-kata Aluan Guru Besar/Pengetua
Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ikrar Perkhidmatan Awam
Teras Perkhidmatan Awam
Budaya Kerja Sekolah
Etika Kerja
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM)
Tatasusila Profesion Perguruan
Penggal Persekolahan
Jadual Gaji
Cuti Perayaan
Latar Belakang Sekolah
Unit Pentadbiran dan Kurikulum Sekolah
Unit Hal Ehwal Murid Sekolah
Unit Kokurikulum Sekolah
Takwim Tahunan Sekolah Sesi 2023/2024
Lampiran
6
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
KATA-KATA ALUAN
GURU BESAR/PENGETUA
PUAN SITI ALPIAH BINTI MAT ALI
GURU BESAR GAMBAR
SK JELAI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, julung-julung kalinya Buku
Pengurusan Sekolah bagi sesi 2023/2024 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan
dapat memberikan panduan kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan baik dan berkesan.
Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan
sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di negeri Perak. Tahniah dan syabas kepada
semua Penolong Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah
kecemerlangan sekolah.
Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, warga
sekolah perlu berkerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi
matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan kejayaan dan kecemerlangan
memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan ini.
Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita
lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua.
Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih
kita agar sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita
bersama.
Selamat bertugas, sekian terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
..............................................………
( Puan Siti Alpiah Binti Mat Ali )
Guru Besar
SK JELAI
7
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
VISI DAN MISI KPM
VISI KPM IKRAR RUKUN NEGARA
“Pendidikan BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
Berkualiti Insan Mendukung cita-cita hendak
Terdidik Negara
Sejahtera” Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara
hidup yang demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
Kemakmuran Negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama;
MISI KPM
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai corak;
“Melestarikan Sistem
Membina satu masyarakat progresif yang akan
Pendidikan yang menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA
Berkualiti Untuk KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
Membangunkan untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
Potensi Individu Bagi atas prinsip-prinsip yang berikut:-
Memenuhi Aspirasi Kepercayaan Kepada Tuhan
Negara” Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
8
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan masyarakat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
❖ Percaya dan patuh kepada Tuhan.
❖ Berilmu pengetahuan
❖ Berakhlak mulia UNSUR ROHANI DAN EMOSI
❖ Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama
dan negara
❖ Berbakti dan memberi sumbangan kepada Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi
masyarakat dan negara aspek berikut :
❖ Memiliki sahsiah yang seimbang yang sepadu
❖ Keyakinan terhadap Tuhan
WARGANEGARA MALAYSIA ❖ Kepercayaan beragama
❖
Kemantapan jiwa
YANG BAIK
❖ Penghayatan nilai-nilai murni dan norma
Unsur intelek ini mengambil kira aspek berikut : masyarakat
❖ Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada ❖ Berbudi pekerti mulia
kebenaran ❖ Berbakti dan berkorban
❖ Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
❖ Daya pemikiran yang logik dan analisis
❖ Ilmu yang bermanfaat UNSUR JASMANI
❖ Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan
memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu Ciri-ciri unsur jasmani ialah :
pengetahuan.
❖ Kecergasan fizikal dan kesihatan diri
❖ Dapat menggunakan anggota dan tenaga
UNSUR INTELEK fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup
bermasyarakat.
9
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
IKRAR PERKHIDMATAN
AWAM
KAMI YANG TELAH DILANTIK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, MEMBUAT
IKRAR DI SINI, BAHAWA SEMASA DAN SELAGI KAMI BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN
MALAYSIA, KAMI PATUH DAN MENGAMALKAN TERAS-TERAS PERKHIDMATAN SEMASA
MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KE ARAH INI, KAMI:
BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN
BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB
BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI
BERKHIDMAT DENGAN MUHIBBAH DAN KEMESRAAN
BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PENBANGUNAN NEGARA
BEKERJASAMA DALAM MEMBANTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH-MUSUH NEGARA
BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA
Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam Malaysia
Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuh rela hati mempertahan dan memperkukuhkan
intergrti Perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah,
salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut :
PERTAMA Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
KEDUA Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;
KETIGA Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan
dan etika jabatan;
KEEMPAT Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi
sebarang perlakuan jenayah rasuah;
KELIMA Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej
pegawai awam;
KEENAM Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni
yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
10
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
TERAS PERKHIDMATAN
AWAM
Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan.
Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
sendiri.
Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan
kemesraan.
Bekerjasama dalam membanteras
kelemahan dan musuh-musuh negara.
Bekerja ke arah memajukan pemikiran
rakyat dan pembangunan negara.
Berpegang teguh kepada ajaran agama.
11
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
HALA TUJU KPM
12
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
HALA TUJU KPM
13
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
ASPIRASI MURID
14
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
7 TERAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
15
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
BUDAYA KERJA SEKOLAH
Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Falsafah, Matlamat dan Objektif
sekolah.
Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah,
Jabatan dan Kementerian Pendidikan setiap masa.
Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.
Menentukan objektif bagi setiap tugasan.
Mengamalkan kerja sepasukan serta
bermesyuarat.
Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan
amanah.
Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.
Mengamalkan perkhidmatan penyayang.
Kepimpinan melalui tauladan.
Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.
Kerja adalah ibadah.
16
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
ETIKA KERJA
Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing. Sesebuah
organisasi amat bergantung kepada pekerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan tugas-
tugas yang diberikan. Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian untuk mendapat
keredhaan Tuhan seterusnya meningkatkan kualiti sesebuah organisasi.
BEKERJA DENGAN AZAM MENGABDIKAN DIRI KEPADA TUHAN
Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan adalah amanah
Tuhan. Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka bererti dia tidak menunaikan amanah
Tuhan. Bekerja juga adalah seperti ibadat. Maka sewajarnya setiap pekerja menunaikan tugas sebaik-baiknya demi
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar. Setiap gerak
seseorang itu tidak lepas daripada pandangan-NYA.
BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH
Seseorang pekerja itu harus menyedari bahawa jawatan yang dipegang adalah hasil permohonannya
sendiri. Oleh yang demikian, wajarnya dia menjalankan tugasnya dengan penuh kerelaan dalam usaha
mengabdikan diri kepada Tuhan di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarga dengan rezeki yang
halal.
BEKERJA DENGAN TEKUN DAN CEKAP
Ketekunan adalah suatu sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja. Setiap pekerja
akan dapat meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masing-masing sekiranya meeka tekun.
Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu
melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. Mutu kecekapan seseorang itu akan meningkat sekiranya
pekerja itu sanggup belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya
sepanjang masa.
BEKERJA DENGAN SEMANGAT SATU PASUKAN DAN BERPADU
FIKIRAN
Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam
melaksanakan tugas amat penting. Sikap saling bantu membantu di antara pekerja akan menimbulkan
suasana bekerja yang aman dan gembira.
17
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 1 : MEMBINA NEGARA BANGSA
Dalam tempoh PIPP, KPM akan membina Negara Bangsa melalui pendidikan dengan memberi
tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut :
1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan
❑ Menggerakkan gelombang baru Memperkasakan Bahasa Kebangsaan.
❑ Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara (DBN) dengan membentuk jawatankuasa
induk penggerak DBN dan lima jawatankuasa kerja penggerak DBN.
❑ Mengkoordinasi peranan semua pihak yang terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan,
kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.
❑ Mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara.
2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional
❑ Meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati
Perlembagaan Malaysia.
❑ Meningkatkan semangat patriotik melalui Rukun Negara, penyebaran maklumat, Kempen
Cintakan Warisan Bangsa Negara dan aktiviti kokurikulum.
❑ Menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai
kaum.
❑ Mempergiatkan aktiviti RIMUP dengan mewujudkan JK RIMUP di semua peringkat
pernacangan, pelaksanaan dan pemantauan aktviti RIMUP.
3. Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa
❑ Membina kurikulum kesenian.
❑ Membina Sekolah Seni.
❑ Meningkatkan kerjasama dengan KeKKWa.
❑ Membudayakan penggunaan tulisan Jawi.
4. Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari
❑ Mempelbagai aktiviti untuk membimbing pelaksanaan Islam Hadhari dalam pembentukan
pemikiran dan kehidupan.
18
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan membangunkan modal insan dengan memberi fokus dan strategi
pelaksanaan berikut:
1. Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar
❑ Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang
pengkhususan.
❑ Meningkatkan peruntukan belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan.
❑ Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara.
2. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan
❑ Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras
tinggi (higher order thinking skills)
❑ Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan.
❑ Melaksanakan Program Pembestarian Sekolah.
❑ Menyediakan pusat akses.
❑ Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
❑ Melaksanakan Program Pengkomputeran Sekolah.
❑ Melaksanakan perisisan yang lengkap dan pelbagai.
❑ Mengadakan latihan dan bimbingan.
❑ Mewujudkan sistem penyelenggaraan yang berterusan.
3. Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan
❑ Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills.
❑ Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan
adab.
❑ Memastikan sekolah memberi penekanan kepada keselamatan dan kebersihan dan kesihatan
pelajar.
4. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik
❑ Menyediakan pentaksiran alternatif.
❑ Memantapkan pentaksiran sedia ada dengan unsur-unsur berasaskan kompetensi.
❑ Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak
terlalu berorientasikan peperiksaan.
19
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
5. Memantapkan program kokurikulum dan sukan
❑ Penambahbaikan aktiviti sukan dan kokurikulum.
❑ Meningkatkan penyertaan murid.
❑ Meningkat semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati
sepenuhnya bermula daripada peringkat awal persekolahan.
❑ Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua.
❑ Memantapkan pelaksanaan kokurikulum bagi menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih
menyeluruh.
❑ Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan.
❑ Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat kokurikulum,
kolej matrikulasi dan IPG.
❑ Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian dan pihak luar KPM.
6. Memperkukuh disiplin pelajar
❑ Meningkatkan serta memantapkan mekanisme pengurusan dan pemantauan disiplin sekolah.
❑ Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengurusan penguatkuasaan peraturan disiplin
pelajar.
❑ Mempelbagaikan saluran aduan terus.
7. Memantapkan kurikulum
❑ Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, serta
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
❑ Mempergiatkan pelaksanaan aktiviti kerjasama dengan pelbagai agensi.
❑ Memantapkan kurikulum sains dan matematik.
20
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 3 : MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
Dalam tempoh PIPP ini, fokus dan strategi pelaksanaan berikut akan diberi tumpuan bagi
memperkasakan SK :
1. Peluasan Program Prasekolah
❑ Menambahkan bilangan kelas prasekolah KPM.
❑ Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
❑ Memastikan murid berkeperluan khas mendapat program prasekolah.
❑ Memastikan guru dan pembantu guru prasekolah mencukupi dan terlatih.
2. Pemantapan Kepimpinan Pengetua/Guru Besar dan Kualiti Guru
❑ Memantapkan kepimpinan Pengetua/Guru Besar.
❑ Meningkatkan kualiti guru.
3. Pengukuhan Budaya Sekolah
❑ Mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat.
4. Pemantapan Kurikulum
❑ Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M.
❑ Memperluas j-QAF.
❑ Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil.
❑ Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas.
❑ Meningkatkan akses dan pilihan program di peringkat menengah.
5. Pemantapan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan
❑ Menambah baik aktiviti kokurikulum dan sukan.
❑ Meningkatkan penyertaan murid.
6. Penambahbaikan Sistem Sokongan
❑ Menambahbaik sistem sokongan.
❑ Menambah bilangan jawatan pembantu guru.
7. Peningkatan Prestasi Akademik
❑ Memastikan semua pelajar mendapat peluang bersekolah.
❑ Memantapkan program intervensi.
8. Menyediakan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas Mencukupi Dan Berkualiti
❑ Meningkatkan kualiti prasarana SK.
❑ Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan.
❑ Menambah bilangan sekolah rendah satu sesi.
❑ Pembestarikan sekolah.
21
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi tumpuan kepada
fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut:
1. Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar
❑ Menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar dan pedalaman.
❑ Menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM).
❑ Merapatkan jurang digital.
2. Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran
❑ Penguasaan 3M.
❑ Pengurangan kadar keciciran.
❑ Pemantapan program pendidikan bagi murid orang kurang upaya.
❑ Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua kecacatan.
❑ Memantapkan program pendidikan khas inklusif.
❑ Menghasilkan kaedah penilaian yang diiktiraf.
❑ Menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak dari umur satu hari di
pusat perkhidmatan.
❑ Meminda Peraturan- Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua
kecacatan.
❑ Memantapkan instrumen saringan untuk kenal pasti murid berkeperluan khas.
❑ Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas.
❑ Mengeratkan kerjasama antara KPM, Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Kem. Kesihatan, KPT dan Kem. Sumber Manusia.
3. Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman
❑ Peningkatan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman.
❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman.
❑ Menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman.
❑ Menyediakan asurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar.
❑ Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna.
4. Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan
kumpulan minoriti
❑ Pemantapan sistem pengagihan bantuan.
❑ Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SMM).
❑ Memantau pelaksanaan program bantuan secara berterusan.
❑ Menilai impak program secara berkala.
❑ Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD).
❑ Mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta.
22
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN
Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan
kepada fokus dan strategi pelaksanaan berikut:
1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru
❑ Memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru.
❑ Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST),
temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris.
❑ Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan
keperluan opsyen.
❑ Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalui iklan dan tapisan rapi.
❑ Pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum.
2. Memantapkan latihan perguruan
❑ Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).
❑ Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan
Majlis Kurikulum Pendidikan Guru.
❑ Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru.
❑ Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem
Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management
System.
❑ Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi,
kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care.
❑ Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber
tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah meningkatkan
profesionalisme guru.
❑ Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program
Peningkatan Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh
(PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa.
❑ Meningkatkan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan.
❑ Memperkasakan peranan Institut Aminudin Baki.
3. Memantapkan kerjaya guru
❑ Penambahan perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G.
23
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN
4. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru
❑ Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif.
❑ Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman, luar
bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia
ada.
❑ Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga dan
memelihara kepentingan dan kebajikan guru.
❑ Mensifarkan GSTT.
❑ Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan.
❑ Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan
tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran.
❑ Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan
pedalaman.
❑ Menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan kualiti
kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan dan pembinaan baru.
❑ Menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.
❑ Menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen.
❑ Menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan
lokasi.
5. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia
❑ Penyediaan mekanisme bekalan guru.
❑ Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru.
❑ Menambahbaik sistem maklumat guru.
❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman.
24
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN
Sebanyak 300 institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan
tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen utama dan elemen sokongan.
Bagi sekolah-sekolah yang terpilih, fokus akan diberikan terhadap perkara-perkara berikut :
1. Memastikan kepemimpinan teguh dan berkesan
❑ Pemantapan latihan kepemimpinan guru besar dan pengetua.
❑ Mengenalpasti memilih pengetua, guru besar dan guru penolong kanan.
❑ Menentukan KPI yang perlu dicapai oleh pengetua, guru besar dan guru penolong kanan.
2. Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi
❑ Memilih guru dan jurulatih melalui iklan, permohonan dan temu duga.
❑ Pengetua, guru besar dan guru bersama-sama akan menentukan KPI yang perlu dicapai
oleh guru dan jurulatih.
❑ Prestasi guru dan jurulatih akan menentukan sama ada jawatan dikekalkan.
3. Memilih kelompok sekolah cemerlang
❑ Perlantikan sekolah.
❑ Menigkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah.
4. Mewujudkan akauntabiliti
❑ Menyediakan pelbagai prosedur untuk memudahkan pelaksanaan program.
❑ Melaksanakan penilaian sekolah kluster.
❑ Melaksanakan penarafan kendiri.
❑ Memperkukuh mekanisme pemastian kualiti kolej matrikulasi.
❑ Memastikan semua program dan ijazah keluaran IPG diiktiraf di dalam dan luar negara.
5. Mewujudkan piawaian dan penandaarasan
❑ Menyediakan pengurusan perubahan dan mengenal pasti amalan terbaik.
❑ Melaksanakan penarafan kendiri.
25
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN
6. Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan
❑ Meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara.
❑ Meningkatkan jalinan antara IPG dengan universiti luar negara.
❑ Meningkatkan jalinan Bestari (Smart partnership) antara universiti luar negara.
❑ Mempakejkan dan memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali sebagai
pusat pendidikan guru.
❑ Mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa untuk menarik minat
pelajar.
❑ Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing negara
dalam bidang pendidikan di rantau Asia.
❑ Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada peringkat
antarabangsa.
❑ Meningkatkan jalinan kerjasama antara sekolah-sekolah cemerlang di dalam dan luar
negara.
❑ Penglibatan dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA.
❑ Menyertai lebih banyak kajian pada peringkat antarabangsa.
❑ Memperkasa kolej matrikulasi.
7. Merintis perubahan dan pembaharuan
❑ Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah.
❑ Mengadakan P&P berasaskan Model Hasil Pembelajaran (outcome based learning).
❑ Memperkenalkan program alternatif untuk kemasukan ke IPT seperti International
Baccalaureate dan peperiksaan Standard Admission Test (SAT)
Rujukan : 1) RMK-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Edisi Pelancaran. BPPDP,
2006.
Kad Laporan keempat seperti Disember 2008.
26
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
TATASUSILA PROFESION
PERGURUAN
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju
ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab
dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke
arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan
dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP
PELAJAR
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi,
politik ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-
mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang
baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami
mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP
IBU BAPA
1. Menghormati tenggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga.
3. Mengganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga
atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan
maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu
bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjelaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
27
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
TATASUSILA PROFESION
PERGURUAN
3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP
MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing
mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan,
keturunan dan ugama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab
sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN
SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan
nama bagi seorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-
sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
CATATAN Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang
menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat
rendah, menengah dan tinggi, (termasuk guru terlatih yang bertugas dalam
pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan).
28
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
ANJAKAN PPPM
Menyediakan kesamarataan akses kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan
mempelajari bahasa tambahan.
Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.
Mentransformasi profesion keguruan menjadi
profesion pilihan.
Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah.
Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk
menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia.
Mentransformasi kebolehan dan keupayaan
penyampaian kementerian.
Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor
swasta secara meluas.
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap
ringgit.
Meningkatkan ketelusan untuk
kebertanggungjawaban awam secara langsung.
29
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
PENGGAL PERSEKOLAHAN
KUMPULAN B
Penggal Persekolahan
KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya
30
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
CUTI PERAYAAN
31
MEMANTAPKAN PEMBELAJARAN BERKUALITI
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI
34520 BATU KURAU , PERAK
Logo Sekolah 1
Bendera Sekolah 2
Visi dan Misi Sekolah 3
Ikrar Murid 4
Lagu Sekolah 5
Piagam Pelanggan 6
Sejarah Sekolah 7
Pelan Sekolah 8
Tugas-tugas Jawatankuasa Unit Kokurikulum 9
Takwim Tahunan Unit Kokurikulum 10
32
LOGO SEKOLAH
MAKSUD LOGO SEKOLAH
MICKROSKOP Menandakan kemajuan
DAN BULAT perkembangan pelajaran dan
GEAR pembelajaran zaman sains dan
teknologi.
BUNGA JELAI Tanda asal nama sekolah.
TIGA BULATAN Tanda kesukaan, perpaduan dan
GELANG disiplin
MOTO “ILMU SUMBER KEMAJUAN”
SEKOLAH
33
VISI DAN MISI SEKOLAH
VISI SEKOLAH
“PENDIDIKAN BERKUALITI,
INSAN TERDIDIK, NEGARA
SEJAHTERA”
MISI SEKOLAH
“MELESTARIKAN SISTEM
PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI IMPIAN
NEGARA”
34
IKRAR MURID
Bahawasanya kami pelajar-pelajar SK Jelai,
Berjanji dan berikrar akan,
Mema!uhi pera!uran dan undang-undang sekolah Belajar
bersungguh-sungguh,
Menjaga disiplin diri dan,
Memelihara nama baik sekolah sepanjang masa
Kami juga berjanji,
Sentiasa menghormati ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan,
Berteraskan prinsip-prinsip Rukunegara
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kese!iaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
35
LAGU SEKOLAH
“Ilmu Sumber Kemajuan”
Bersama kita semua
Mencipta cita mulia
Bersama kita gembeling tenaga
Maju jaya selamanya
Marilah sama berbakti
Kepada ibu pertiwi
Dengan semangat untuk jaya diri
Mencapai cita yang murni
Ilmu sumber kemajuan
itu pedoman kita
Berasas dan berlandaskan
Pada rukun negara
Padamu Tuhan yang esa
Kami mohon limpah kurnia,
Berkatilah sekolah yang tercinta
Maju Jaya selamanya
36
PIAGAM PELANGGAN
SEKOLAH
Kami warga Sekolah Kebangsaan Jelai dengan penuh tekad
dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk:
1. Memastikan semua murid dapat belajar dengan selesa
pada setiap hari persekolahan
2. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan oleh guru-guru dengan penuh
tanggungjawab dan berkesan.
3. Mewujudkan warga sekolah berdisiplin, berdikari,
penyayang, bekerjasama, harmonis dan patriotik.
4. Memastikan semua murid berpeluang sama rata
menyertai aktiviti kokurikulum dan sukan untuk
mencapai kecemerlangan dalam pelbagai peringkat
penyertaan.
5. Memastikan semua guru dan staf melaksanakan tugas
dengan komited dan berintergriti.
6. Menyediakan prasarana pendidikan kondusif untuk
pengajaran dan pembelajaran.
7. Memastikan data dan maklumat yang disampaikan
kepada stakeholder dan pelanggan adalah tepat,
lengkap dan terkini.
8. Menjalinkan hubungan sarana komuniti dan sekolah
dengan baik.
9. Bersedia dan menerima pendapat, cadangan dan
teguran pelbagai pihak demi mempertingkatkan
kecemerlangan sekolah.
37
OBJEKTIF DAN MATLAMAT
SEKOLAH
OBJEKTIF SEKOLAH
Kurikulum
95% murid menguasai 3M dan
mencapai sekurang-kurangnya TP3
dalam PBD semua matapelajaran.
HEM
1. Kehadiran murid 95%
2. Skurang-kurangnya 90% murid
mengamalkan sahsiah terpuji.
Kokurikulum
1. 95% murid menyertai acara sukan
2. Pencapaian di peringkat zon
meningkat.
3. 100% murid tahap 2 menyertai unit
beruniform.
MATLAMAT SEKOLAH
Melahirkan Bangsa Malaysia
yang Taat Setia dan bersatu
padu. Melahirkan insan yang
beriman, Berakhlak Mulia,
Berilmu,Berketrampilan dan
Sejahtera. Menyediakan sumber
Tenaga Manusia untuk Keperluan
Kemajuan Negara.
Memberi Peluang Pendidikan
Kepada Semua Warganegara
Malaysia.
38
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Jelai, Batu Kurau, Perak bermula pada tahun 1898 atas daya usaha penduduk
tempatan di mana sebuah bangunan telah didirikan di seberang Sungai Jelai lebih kurang 1.6km jauhnya
dari tapak sekarang. Sekolah ini diberi nama Sekolah Melayu Jelai , bersempena dengan nama kampung ini.
“JELAI” ialah sejenis tumbuhan liar yang banyak terdapat di kawasan ini. Ia juga disebut “Jelai Batu”. Guru besar
yang pertama En. Mat Saman. Jumlah murid pada ketika itu adalah seramai 30 orang sahaja.
Pada tahun 1908 sekolah ini telah dipindahkan ke kawasan sekarang kerana kawasan asal selalu ditenggelami
banjir daripada air Sungai Jelai. Malangnya pada tahun 1909 bangunan tersebut telah terbakar.Pada tempoh
darurat Persekutuan Tanah Melayu iaitu semasa Encik Hashim Bin Mat Aris menjadi Guru Besar, tanah lot 6489
seluas 1 rod 13.2 pol telah dibeli oleh kerajaan sebagai tapak rumah guru.
Memandangkan betapa pentingnya pelajaran kepada penduduk kawasan ini, maka pada tahun 1957, kerajaan
telah mendirikan sebuah bangunan sementara seluas 90’ x 20’ bagi menampung pertambahan bilangan murid
(blok KP 3355) di atas tapak lot 1585. Pada tahun 1958, atas arahan Kementerian Pelajaran, Sekolah Melayu Jelai
di tukar nama kepada Sekolah Umum. Seterusnya ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Jelai pada 21 Mac
1959. Ahli Lembaga Pengurus Sekolah yang pertama dengan dianggotai oleh Wakil Ibu Bapa Tn. Hj. Saud bin Hj.
Din, Tn. Hj. Yahya bin Sirun dan En. Talib bin Abu Bakar. Wakil Murid Tua, En. Bahari bin Sirun, En. Othman bin
Nakim dan En. Ibrahim bin Mat iIsa. Wakil Kerajaan, En. Ismail bin Dirun, En. Md. Janid bin Md. Yasin dan En.
Yahaya bin Che Omar. Walaupun bangunan sementara berjaya didirikan oleh kerajaan, namun keperluan tempat
belajar masih tidak mencukupi hingga menyebabkan sebuah kelas terpaksa menumpang belajar di bangunan
tambahan Masjid Jelai. Pada tahun 1969, sekolah terpaksa diadakan dua sesi.
Pada 1979, Ahli Lembaga Pengurus dan PIBG sekolah telah mendesak kerajaan supaya mendirikan sebuah
bangunan baru bagi menampung bilangan murid yang semakin meningkat. Pada 27 Februari 1982, sebuah
bangunan dua tingkat mula dibina oleh kerajaan. Bangunan ini (JKR 342) mengandungi enam bilik darjah, bilik
guru, pusat sumber, stor, tandas dan kantin serta mendapat bekalan air dan elektrik. Pada 22 Ogos 1983,
bangunan baru siap dibina dan mula digunakan sepenuhnya. Semua murid belajar di sesi pagi sahaja dalam
keadaan selesa dan sempurna. Pada 4 Februari 1987 bersamaan 5 Jamadilakhir 1407 merupakan detik bersejarah
yang abadi di mana bangunan baru telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Ramli Ngah Talib SPCMJP, Menteri
Besar Perak.
Pada tahun 2000, dengan usaha PIBG yang di bawah pimpinan En. Adnan Bin Mohd Isa telah berjaya mendirikan
sebuah dewan terbuka di antara bangunan JKR 342 dan KP 3355. Dewan ini digunakan untuk kegunaan umum
seperti mengadakan acara kecil-kecilan sekolah. Pada tahun 2001, sekolah telah mendapat faedah daripada
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Sebuah makmal komputer telah didirikan
bersebelahan bangunan kayu JKR 23. Ia hanya mengandungi 11 buah komputer bersama sebuah pelayar server.
Pada akhir tahun 2002, pihak Jabatan Pelajaran Perak telah mengarahkan sekolah ini menyediakan satu bilik
darjah untuk dijadikan kelas prasekolah.Bilik yang disediakan ialah bilik bangunan KP 3355. Mulai Januari 2003,
sekolah ini telah memulakan satu kelas prasekolah dengan 25 orang murid yang terdiri daripada anak-anak
berumur 6 tahun. Guru prasekolah yang pertama ialah Pn. Maznah binti Mat Saari dengan dibantu oleh
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) iaitu Pn. Anaton binti Mohamed Di. Pada penghujung tahun 2008,
sebuah bilik darjah diwujudkan di bangunan KP 3355 bagi melaksanakan Kelas Pemulihan.
Kelas ini di bawah bimbingan En. Mohamad Daud bin Mohd Noor.
39
PELAN SEKOLAH
4 IKHLAS
5 IKHLAS
5 JUJUR
6 IKHLAS 4 JUJUR 4 IKHLAS 3 IKHLAS
BILIK KEDAI
GERAKAN BUKU
PAGAR
D
40
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI
34520 BATU KURAU , PERAK
Kata-kata Aluan Penolong Kanan Kurikulum 1
Pengenalan Unit Kurikulum 2
Visi dan Misi Unit Kurikulum 3
Objektif dan Matlamat Unit Kurikulum 4
Piagam Pelanggan Unit Kurikulum 5
Panduan Am Staf Sekolah 6
Jawatankuasa Induk Unit Kurikulum 7
Jawatankuasa-jawatankuasa Unit Kurikulum 8
Bidang Tugas Unit Kurikulum 9
Takwim Tahunan Unit Kurikulum 10
41
KATA-KATA ALUAN
GURU PEN. KANAN KURIKULUM
GAMBAR
PN NORLIA BINTI ISMAIL
GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
SK JELAI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan nama Allah, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta
sekalian sahabat-sahabat baginda,guru-guru, kaum keluarga dan warga sekolah SK JELAI .
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya Buku Pengurusan Sekolah sesi
2023/24 telah dapat dihasilkan dengan membawa harapan buku pengurusan ini dapat
membantu dan menjadi panduan semua warga SK JELAI. Adalah diharapkan dengan
terhasilnya Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2023/24 ini akan memacu SK JELAI ke arah
kecemerlangan.
Hasrat murni ini akan menjadi realiti apabila semua panduan yang disediakan
ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Selain itu, kepimpinan peringkat
sekolah perlulah efektif dan efisien, mempunyai barisan guru yang berkualiti, berilmu
pengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap serta sahsiah yang unggul.
Adalah diharapkan pengemblengan tenaga semua pihak dapat melahirkan
generasi murid yang cemerlang. Buatlah sesuatu yang terbaik pada anak-anak didik kita
berdasarkan kerelaan dan keikhlasan yang sejati. Tahun 2023 sudah bermula. Justeru,
persiapan yang rapi semaksimum mungkin perlu kita persiapkan bagi menghadapi cabaran
pendidikan masa kini. Seluruh warga sekolah wajar membuat tranformasi ke arah peningkatan
minda, nilai kualiti kerja serta pembentukan sahsiah terpuji agar sekolah ini dapat duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi di arena Pendidikan Negara.
Selamat bertugas, sekian terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
..............................................………
( PN NORLIA BINTI ISMAIL)
Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
SK JELAI
42
JAWATANKUASA INDUK
UNIT KURIKULUM
Pengerusi
PN SITI ALPIAH BINTI MAT ALI
Guru Besar
Timbalan Pengerusi
PN NORLIA BINTI ISMAIL
Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2
EN ABDUL AZIZ BIN AHMAD PN AZLIANA BINTI ABD AZIZ
Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha Kurikulum
PN FARIDAH BT MAHADI
Setiausaha Peperiksaan
PN ROSAZLINA MASTURA BT ABD AZIZ
Ketua Panitia Ketua Panitia Ketua Panitia
Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Sains
PN NURUL RAIHANA BT EN MOHD IZHAR BIN BRAHIM PN ROSAZLINA MASTURA BT
KAMARULHISHAM ABD AZIZ
Ketua Panitia Ketua Panitia Ketua Panitia
Pendidikan Islam Bahasa Arab Sejarah
EN MOHD FAIZ BIN MOHD PN LIZAWATI BT ZAINUDDIN PN AZIRAH BT KAMARUDDIN
TOHIR
Ketua Panitia Ketua Panitia Ketua Panitia
Pendidikan Jasmani & Kesihatan Matematik RBT dan TMK
EN MOHD SAFUAN BIN SENAWI PN RADZIAH BT OMAR PN FARIDAH BT MAHADI
Ketua Panitia Guru Penyelaras Guru Penyelaras PAK 21 & PLC
Pendidikan Muzik Pusat Sumber & NILAM
PN NOR SUSARA BT PN AZIRAH BT KAMARUDDIN PN ROHAYA BT ABD RAHIM
ABDULLAH PASEK
Guru Penyelaras ICT Guru Pemulihan Khas
Ketua Panitia PSV PN SITI HAJAR BT MOHD EN MOHD SILMI BIN OTHMAN
PN HAMIDAH BT HASANAL KASER
BASRI
Guru Prasekolah Guru Penyelaras MBMMBI Guru Penyelaras PBD
PN MAZNAH BT MAT SAARI EN MOHD IZHAR BIN BRAHIM PN SITI HAJAR BT MOHD
PN NURUL RAIHANA BT KASER
KAMARULHISHAM 43
VISI DAN MISI
UNIT KURIKULUM
VISI UNIT KURIKULUM
” PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN
TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”
MISI UNIT KURIKULUM
“MELESTARIKAN SISTEM
PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUN POTENSI
INDIVIDU MEMENUHI ASPIRASI
NEGARA”
44
OBJEKTIF DAN MATLAMAT
UNIT KURIKULUM
OBJEKTIF UNIT KURIKULUM
Untuk melahirkan kumpulan murid yang
‘Tangkas, Cerdas, Ceria’
Mahir dalam kemahiran asas
Berpengetahuan tinggi
Menguasai serta menyumbang dalam kemajuan
sains dan
teknologi
Berdisiplin serta berakhlak mulia
Cekal, sentiasa berusaha untuk meraih
kecemerlangan
Berpegang teguh kapada “Rukun Negara”.
MATLAMAT UNIT KURIKULUM
“Melahirkan murid yang seimbang,
berdaya tahan, bersemangat ingin
tahu, berprinsip, bermaklumat,
patriotik, serta mempunyai
kemahiran berfikir berkomunikasi,
dan bekerja berpasukan”
45
SASARAN AKADEMIK
UNIT KURIKULUM
TAHAP 1
MENINGKATKAN PENGUASAAN (3M)
(KEMAHIRAN ASAS)
MENGURANGKAN BUTA HURUF
TAHAP 2
MENINGKATKAN PENCAPAIAN KUALITI &
MENCAPAI MTM
Catatan
Dijangka pada akhir pertengahan tahun persekolahan,
kelemahan pelajar sudah dapat dikenalpasti oleh guru-
guru darjah/mata pelajaran serta menyediakan pelan
tindakan susulan yang harus diambil sebelum pelajar ini
melangkah masuk ke Tahap 2 dan ke Tahun 6.
46
GURU BERTUGAS
MINGGUAN
MINGGU TARIKH GURU BERTUGAS TAJUK
MINGGUAN
20.03.2023- Pn Ruhil Hayati bt Yusoff PERSEDIAAN PERSEKOLAHAN
1
24.03.2023 Pn Hamidah bt Hasanal Bashri & ABC
GURU BESAR
MINGGUAN
27.03.2023- Pn Asma bt Mohamed Aziz
2 PEMATUHAN SOP & ABC
31.03.2023 Pn Norsusara bt Abdullah Pasek
PK PENTADBIRAN
MINGGUAN
03.04.2023- En Mohd Silmi bin Othman
3 SENYUM, SALAM, SAPA & ABC
07.04.2023 En Mohd Nor bin Mat Daud
PKHEM
MINGGUAN
10.04.2023- Pn Radziah bt Omar
4 DISIPLIN DIRI & ABC
14.04.2023 Pn Rohaya bt Abdul Rahim
PK KOKURIKULUM
MINGGUAN
17.04.2023- En Muhammad Safuan bin Senawi
5 KEBERSIHAN DIRI & ABC
21.04.2023 En Mohd Faiz bin Mohd Tohir
GURU BESAR
MINGGUAN
01.05.2023- Pn Azirah bt Kamaruddin AMALAN DI BULAN RAMADAN
6
05.05.2023 Pn Rosazlina Mastura bt Abd Aziz & ABC
PK PENTADBIRAN
MINGGUAN
08.05.2023- En Mohd Izhar bin Brahim HORMAT-MENGHORMATI &
7
12.05.2023 Pn Nurul Raihana bt Kamarulhisham ABC
PK HEM
MINGGUAN
15.05.2023- Pn Lizawati bt Zainuddin SEMANGAT KESUKANAN &
8
19.05.2023 Pn Salmah bt Mohd Nor ABC
PK KOKURIKULUM
MINGGUAN
22.05.2023- Pn Faridah bt Mahadi
9 PERPADUAN & ABC
26.05.2023 Pn Siti Hajar bt Mohd Kaser
GURU BESAR
MINGGUAN
05.06.2023- Pn Ruhil Hayati bt Yusoff
10 HOBI DAN MINAT & ABC
09.06.2023 Pn Hamidah bt Hasanal Bashri
PK PENTADBIRAN
MINGGUAN
12.06.2023- Pn Asma bt Mohamed Aziz BADAN SIHAT OTAK CERGAS &
11
16.06.2023 Pn Norsusara bt Abdullah Pasek ABC
PK HEM
47
GURU BERTUGAS
MINGGUAN
MINGGU TARIKH GURU BERTUGAS TAJUK
MINGGUAN
19.06.2023- En Mohd Silmi bin Othman JAUHI SIFAT NEGATIF & ABC
12
23.06.2023 En Mohd Nor bin Mat Daud
PK KOKURIKULUM
MINGGUAN
26.06.2023- Pn Radziah bt Omar BADAN YANG CERGAS & ABC
13
30.06.2023 Pn Rohaya bt Abdul Rahim
GURU BESAR
MINGGUAN
03.07.2023- En Muhammad Safuan bin Senawi ADAB BERKUNJUNG & ABC
14
07.07.2023 En Mohd Faiz bin Mohd Tohir
PK PENTADBIRAN
MINGGUAN
10.07.2023- Pn Azirah bt Kamaruddin KESELAMATAN DI SEKOLAH &
15 ABC
14.07.2023 Pn Rosazlina Mastura bt Abd Aziz
PK HEM
MINGGUAN
17.07.2023- En Mohd Izhar bin Brahim KESELAMATAN DI JALAN RAYA
16 & ABC
21.07.2023 Pn Nurul Raihana bt Kamarulhisham
PK KOKURIKULUM
MINGGUAN
24.07.2023- Pn Lizawati bt Zainuddin AMANAH & ABC
17
28.07.2023 Pn Salmah bt Mohd Nor
GURU BESAR
MINGGUAN
31.07.2023- Pn Faridah bt Mahadi ERTI KEJAYAAN & ABC
18
04.08.2023 Pn Siti Hajar bt Mohd Kaser
PK PENTADBIRAN
MINGGUAN
07.08.2023- Pn Ruhil Hayati bt Yusoff KERJASAMA & ABC
19
11.08.2023 Pn Hamidah bt Hasanal Bashri
PK HEM
MINGGUAN
14.08.2023- Pn Asma bt Mohamed Aziz SEMANGAT PATRIOTIK & ABC
20
18.08.2023 Pn Norsusara bt Abdullah Pasek
PK KOKURIKULUM
MINGGUAN
21.08.2023- En Mohd Silmi bin Othman CINTAKAN NEGARA KITA &
21
25.08.2023 En Mohd Nor bin Mat Daud ABC
GURU BESAR
48
GURU BERTUGAS
MINGGUAN
MINGGU TARIKH GURU BERTUGAS TAJUK
MINGGUAN
04.09.2023- Pn Radziah bt Omar
22 ERTI KEMERDEKAAN & ABC
08.09.2023 Pn Rohaya bt Abdul Rahim
PK PENTADBIRAN
MINGGUAN
11.09.2023- En Muhammad Safuan bin Senawi BERDIKARI & ABC
23
15.09.2023 En Mohd Faiz bin Mohd Tohir
PK HEM
MINGGUAN
18.09.2023- Pn Azirah bt Kamaruddin MASA ITU EMAS & ABC
24
22.09.2023 Pn Rosazlina Mastura bt Abd Aziz
PK KOKURIKULUM
MINGGUAN
25.09.2023- En Mohd Izhar bin Brahim CINTAI ALAM SEKITAR & ABC
25
29.09.2023 Pn Nurul Raihana bt Kamarulhisham
GURU BESAR
MINGGUAN
02.10.2023- Pn Lizawati bt Zainuddin ANAK YANG SOLEH & ABC
26
06.10.2023 Pn Salmah bt Mohd Nor
PK PENTADBIRAN
MINGGUAN
09.10.2023- Pn Faridah bt Mahadi SEMANGAT SETIAKAWAN &
27 ABC
13.10.2023 Pn Siti Hajar bt Mohd Kaser
PK HEM
MINGGUAN
16.10.2023- Pn Ruhil Hayati bt Yusoff CABARAN MASA DEPAN & ABC
28
20.10.2023 Pn Hamidah bt Hasanal Bashri
PK KOKURIKULUM
MINGGUAN
23.10.2023- Pn Asma bt Mohamed Aziz JATI DIRI & ABC
29
27.10.2023 Pn Norsusara bt Abdullah Pasek
GURU BESAR
MINGGUAN
30.10.2023- En Mohd Silmi bin Othman KESIHATAN DIRI & ABC
30
03.11.2023 En Mohd Nor bin Mat Daud
PK PENTADBIRAN
MINGGUAN
06.11.2023- Pn Radziah bt Omar
31 JIMAT CERMAT & ABC
10.11.2023 Pn Rohaya bt Abdul Rahim
PK HEM
49
GURU BERTUGAS
MINGGUAN
MINGGU TARIKH GURU BERTUGAS TAJUK
MINGGUAN
13.11.2023- En Muhammad Safuan bin Senawi BELAJAR UNTUK MASA
32
17.11.2023 En Mohd Faiz bin Mohd Tohir HADAPAN & ABC
PK KOKURIKULUM
MINGGUAN
20.11.2023- Pn Azirah bt Kamaruddin
33 KEBAIKAN MENABUNG & ABC
24.11.2023 Pn Rosazlina Mastura bt Abd Aziz
GURU BESAR
MINGGUAN
27.11.2023- En Mohd Izhar bin Brahim PENGGUNAAN GAJET YANG
34 BETUL & ABC
01.12.2023 Pn Nurul Raihana bt Kamarulhisham
PK PENTADBIRAN
MINGGUAN
04.12.2023- Pn Lizawati bt Zainuddin MANFAATKAN CUTI SEKOLAH
35 & ABC
08.12.2023 Pn Salmah bt Mohd Nor
PK HEM
MINGGUAN
11.12.2023- Pn Faridah bt Mahadi BUDAYA MEMBACA & ABC
36
15.12.2023 Pn Siti Hajar bt Mohd Kaser
PK KOKURIKULUM
MINGGUAN
02.01.2024- Pn Ruhil Hayati bt Yusoff MENGHAYATI RUKUN NEGARA
37 & ABC
05.01.2024 Pn Hamidah bt Hasanal Bashri
GURU BESAR
MINGGUAN
08.01.2024- Pn Asma bt Mohamed Aziz SAYANGI SEKOLAH KITA &
38 ABC
12.01.2024 Pn Norsusara bt Abdullah Pasek
PK PENTADBIRAN
MINGGUAN
15.01.2024- En Mohd Silmi bin Othman DADAH MUSUH NEGARA &
39 ABC
19.01.2024 En Mohd Nor bin Mat Daud
PK HEM
MINGGUAN
22.01.2024- Pn Radziah bt Omar JENAYAH SIBER & ABC
40
26.01.2024 Pn Rohaya bt Abdul Rahim
PK KOKURIKULUM
MINGGUAN
29.01.2024- En Muhammad Safuan bin Senawi
41 HOBI & ABC
02.02.2024 En Mohd Faiz bin Mohd Tohir
GURU BESAR
MINGGUAN
05.02.2024- Pn Azirah bt Kamaruddin MANFAATKAN CUTI SEKOLAH
42
09.02.2024 Pn Rosazlina Mastura bt Abd Aziz & ABC
PK PENTADBIRAN
50