IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
DURIAN DAUN,
75400 MELAKA
KERJA KURSUS
SEMESTER 4
TAHUN 2020
NAMA PELAJAR : MUHAMMAD AQIL BIN SALI
ANGKA GILIRAN : 2018142380053
NO KAD PENGENALAN : 970327-01-6387
PROGRAM DAN PDPM KDC - PIM 2
KUMPULAN/UNIT :
KOD DAN NAMA KURSUS PIMKD2143 – PENGAJIAN ULUM AL-HADIS
:
NAMA PENSYARAH : PUAN ZABEDAH BINTI ABD RAZAK
TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2020
NO. Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja Markah Akhir
TUGASAN MARKAH (Selepas
Moderasi)
1 Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3
2
3
4
Jumlah
1 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama : Muhammad Aqil Bin Sali Angka Giliran : 2018142380053
Kod Kursus : PIMKD2143 Nama Kursus : Pengajian Ulum Al-Hadis
Pensyarah : Puan Zabedah Binti Abd Razak
Tarikh Hantar : 17 September 2020 Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah) :
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya
saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan Pelajar : _________________________ Tarikh : ____________________
( MUHAMMAD AQIL BIN SALI )
Perincian Maklum Balas Tugasan Moderator (Jika Berkaitan)
Kekuatan :
Pemeriksa
Kekuatan :
Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :
Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)
Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
2 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
3 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
_________________________________________________________________________
1.0 TIADA KATA SECANTIK BAHASA 5
2.0 PENGENALAN 6-7
2.0 HADIS BERKAITAN ISU SEMASA AQIDAH 8 - 19
3.0 HADIS BERKAITAN ISU SEMASA IBADAH 20 - 34
4.0 HADIS BERKAITAN ISU SEMASA AMALAN
35 - 47
BUDAYA MASYARAKAT 48 - 52
53 - 54
5.0 REFLEKSI IMPAK KERJA KURSUS
6.0 SUMBER RUJUKAN
4 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
Tiada Kata Secantik Bahasa
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…
Dimulakan dengan menyebut, membesarkan dan menyampaikan nama Allah S.W.T
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani sebagai pembuka kata dalam kerja
kursus Pengajian Ulum Al-Hadis. DIAlah yang Maha Mengetahui dan Maha
Berkuasa di atas setiap sesuatu. Segala puji hanyalah untuk-NYA, TUHAN semesta
alam. Selawat dan salam dihulurkan buat junjungan Rasulullah S.A.W tercinta. Betapa suci dan
murninya perjuangan baginda dan para sahabat sehingga Islam akhirnya sampai kepada kita.
Alhamdulillah, berkat pertolongan-NYA, sebuah harapan kini menjadi kenyataan. Ribuan
rasa syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA dapat saya
menyelesaikan tugasan ini yang menyentuh isu-isu semasa berkaitan aqidah, ibadah dan amalan
budaya masyarakat. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Ustazah Zabedah Binti Abd Razak kerana banyak membantu saya menyiapkan tugasan
kerja kursus ini.
Selain itu saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada sahabat dan keluarga yang
banyak membantu, memberi dorongan dan perkongsian ilmu juga masa dan pengorbanan
mereka dalam saya berusaha untuk menyiapkan tugasan ini walaupun dengan kekangan masa
yang sangat terhad.
Saya amat berharap agar buku mini ini mendapat ganjran di sisi Allah S.W.T dan seterusnya
memberi impak dan manfaat yang besar kepada seluruh umat islam dalam mengamalkannya.
Segala yang baik datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu adalah kelemahan saya
sendiri.
Salam ukhuwah,
Muhammad Aqil Sali
5 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
PENGENALAN
6 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
PENGENALAN
Hadith merupakan sumber kedua selepas al-Quran yang merupakan dalil dan hujah
yang disepakati oleh umat Islam. Berpegang dengan hadith sahih merupakan kemestian bagi
mengelakkan daripada terpedaya dengan hadith palsu. Kecenderungan masyarakat ke arah
menghayati ajaran Islam telah membawa kepada timbulnya beberapa isu-isu baru yang tiada
pada zaman Rasulullah SAW yang berteraskan Islam. Dalam hal itu, ramai juga masyarakat
hari ini yang masih keliru dengan perbezaan antara hadis sohih, hasan, dhoif dan maudhu’.
Jika dilihat, hadith sohih merupakan sihat atau tanpa cacat yang boleh dipercayai dan tiada
keraguan di dalamnya untuk digunakan dalam hujjah. Manakala, hadith hasan merupakan
hadith yang diketahui tempat keluarnya dan telah masyhur rawi-rawi sandanya dan
kepadanya tempat berputar kebanyakan hadis dan yang diterima kebanyakan ulama dan
yang dipakai oleh umumnya fuqaha. Sedangkan hadith Dhoif kebiasaannya terdapat cacat
pada matan atau rawi kerana rawi biasanya seorang pendusta, fasiq, tidak kenal, dan berbuat
bid’ah. Lebih-lebih lagi, hadith maudhu’ yang tidak boleh diguna pakai dalam amalan kerana
hadith ini telah direka-reka secara dusta. Justeru itu, hadis berkaitan isu-isu semasa dalam
bidang akidah, ibadah dan amalan budaya masyarakat akan dikupas dalam perbincangan ini.
7 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
ISU SEMASA
BERKAITAN
TENTANG
AKIDAH
8 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
PENGAMALAN YOGA ATAU
TRANSCENDENTAL MEDITATION
ِب َق ْوٍم َت َش َّب َه َم ْن : قال وسلم عليه الله رسول الله صلى قال عنه الله ى عمر رض ابن عن
َْف ُه َو ِم ْنُه ْم
Maksudnya : Daripada Ibnu Umar R. Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada
kalangan mereka.”
❖ Hadith ini adalah hassan sohih.(Riwayat Abu Daud (4031), Ahmad (5114)
(5115) (5667), Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (19401), al-Tabarani
dalam al-Mu’jam al-Awsath (8327), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1154) dan
al-Bazzar dalam Musnadnya (2966).
❖ Imam Ibn Hibban hadis ini isnadnya (sanadnya) jayyid sepertimana disebut
dalam Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim (1/269) oleh Syeikh al-Islam dan dalam al-
Fatwa (25/331) disebut ia adalah hadis jayyid. Imam al-Hafiz Ibn Hajar
menyatakan hadis ini adalah thabit dan sanadnya adalah hasan (baik) di dalam
Fath al-Bari (10/282).
9 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
❖ Al-‘Iraqi berkata sanadnya sohih ketika mengtakhrijkan hadis ini di dalam al-
Ihya’ sepertimana disebutkan di dalam al-Mughni (1/359) . Al-Zahabi berkata,
isnadnya (sanadnya) sohih sepertimana disebut di dalam Irwa’ al-Ghalil (5/109)
bahawa isnadnya (sanadnya) hasan serta rijalnya kesemuanya thiqah kecuali
Ibn Thauban di mana terdapat perselisihan padanya.
❖ Justeru itu, pandangan saya lebih kepada menyatakan bahawa hadis ini adalah
thabit dan sohih daripada Nabi SAW sebagaimana yang telah dijelaskan oleh
para ulama’ walaupun terdapat perawi yang dinilai dhoif seperti Ibn Thauban.
❖ Imam al-Hafiz Ibn Kathir menyatakan bahawa: “Hadis ini menunjukkan larangan
keras dan amaran bagi sesiapa yang menyerupai orang kafir pada ucapan,
perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan lain-lain perkara yang tidak
disyariatkan serta ditetapkan ke atas kita.” (Lihat Tafsir Ibn Kathir, 1/87).
❖ Fatwa berikut oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengenai perkara-
perkara yang dirujukkan kepada Majlis di bawah Seksyen 41 Enakmen
Pentadbiran Hukum Syarak bagi Negeri Selangor, sebagaimana diubahsuai
oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran
Hukum Syarak) 1974.
❖ Majlis menurut seksyen 42 (3) Enakmen mengatakan bahawa ajaran
“Transcendental Meditation” ataupun yoga yang diajar oleh Maharishi Mahesh
Yoga dan kumpulannya bukan daripada ajaran Islam. Oleh itu, orang Islam
adalah diharamkan dan ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya.
(Lihat Himpunan Fatwa Wilayah Persekutuan 1987-2019, m. 21)
❖ Jadi, umat Islam perlu menghindarkan diri daripada mengikut dan
mengamalkan Transcendental Meditation yang mendapat tempat dalam ajaran
New Age Movement (NAM).
10 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
EKTREMIS DALAM BERAGAMA
َب,ح ِ َمف ََدم َْانل َّلَرَهِغ,َ ء-َ ِلْهَهوَأ َتع َلزَّيوهُج َوال ِسنل َسما,َّت ََفوُأ ٌْصفقل ِىطَعَُْلرا ْيل-َّنَِم ِوََاأنليَّنُِصب} َّيو ُُمم,َنْيا{ ُمََأس- ِك ِرنضي ََأع َىنْانا ُلألُهس ََّنص ِِلتعنييهََفوََأل- ٍ"ك َل: ْبَ ِو َنقا َمَلا ِل,َوَأ َْثو َنَعى ْن َعََألَنْي ِهِس
Maksudnya: Aku solat malam tapi juga tidur, aku puasa tapi juga berbuka, dan
aku menikahi wanita. Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan
daripada kalanganku”
❖ Hadis ini adalah Sohih. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari (5063), Muslim(1401).
Berdasarkan kepada perkara ini, kita dapat melihat dan mengkaji apabila
berlaku di zaman Nabi SAW, tiga lelaki bertemu dengan Nabi SAW, seorang
dari mereka berkata, aku akan solat malam dan tidak tidur. Yang lain berkata,
aku akan puasa dan tidak berbuka. Yang ketiga berkata, aku tidak akan
menikah dengan wanita. Nabi SAW menegur tindakan ketiga-tiga mereka
dengan hadis di atas.
11 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
❖ Berdasarkan kepada hadis ini, maka kita memahami bahawa kesungguhan
tanpa kefahaman yang betul juga, tidak mampu untuk membawa kita kepada
jalan yang betul.
❖ Tambahan dari itu juga, akibat daripada ketaksuban dan kefahaman yang
terlampau sempit terhadap pegangan atau anutan bagi sesetengah mazhab
atau kepercayaan menyebabkan mereka ini, menghukum sesiapa sahaja yang
bertentangan atau tidak sependapat dengan mereka.
❖ Gejala suka mengkafirkan, membid’ahkan dan menuduh orang lain sesat, juga
akibat daripada terlalu taksub berpegang kepada anutan mereka, tanpa menilai
atau cuba memahami kehendak dan hujah yang difahami oleh mereka yang
berlainan dengan pegangan mereka.
❖ Rasulullah SAW telah mengharamkan ektremis :
ف ِإ َّن َما َه َل َك َم ْن َق ْب ِل ُك ْم ِبا ْل ُغ ُل ِو ِفى ال ِْد ْين،ِإ َّيا ُك ْم َوا ْل ُغ ُل َّو ِفى ال ِد ْي ِن
Maksudnya: Awasilah kamu dalam melampau dalam beragama,
karena binasanya orang-orang sebelum kamu adalah disebabkan
sikap ghuluw mereka dalam beragama
Hadis ini adalah sohih. Riwayat Ibnu Hibban.(3871).Dalam sunan Ibnu Majah
25, (3144). Sikap keterlaluan atau ekstrem dalam beragama merupakan
perkara berlebih-lebihan dalam pengamalan dan pelaksanaan hukum-hakam
syariat serta mempersulit diri sendiri atau orang lain. Ia juga bersikap teralalu
tegar terhadap orang lain dalam urusan-urusan agama tanpa
mempertimbangkan etika-etika syariat dan kaedah-kaedah agama.
❖ Keterlaluan dalam pegangan adalah seperti sikap menolak sepenuhnya fungsi
akal dalam memahami nas-nas syarak. Sikap dan dakwaan tidak perlu
bermazhab tetapi berpegang terus kepada nas-nas Al-Qur’an dan As-Sunnah
dengan tafsiran sendiri tanpa panduan imam-imam muktabar dan sikap
golongan yang terlalu berkeras dalam perkara-perkara cabang agama.
❖ Selain itu, sikap ekstrem dalam pegangan boleh dilihat pada golongan yang
menolak dan memusuhi pendekatan tasawuf dan tarekat dalam mencapai
makam ihsan atau golongan yang terlalu berpegang dengan pendekatan tarekat
tanpa mengambil kira kemungkinan wujudnya perkara-perkara yang perlu
diperhalusi atau diperbetulkan.
12 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
❖ Paling bahaya adalah sikap terlalu mudah dalam menyesatkan dan
mengkafirkan saudara seIslam atau langsung tidak mempedulikan hal
kemurtadan dan perkara-perkara yang mencabuli kemurnian dan kehormatan
Islam.
❖ Sikap keterlaluan dalam pengamalan adalah seperti sikap golongan
berfahaman liberal yang terlalu memberikan kebebasan, kemudahan dan
keringanan mutlak sehingga merubah hukum-hakam dan syariat Islam.
❖ Selain itu, sikap golongan yang terlalu mudah dan melampau dalam
mengharamkan atau mengharuskan sesuatu perkara. Keterlaluan dalam
pengamalan turut dilihat pada sikap berlebih-lebihan dalam pelaksanaan
hukum-hukum syariat sehingga mempersulit diri sendiri atau orang lain.
❖ Dalam menangani isu ini, sikap bersederhana dan wasatiyyah amat perlu
difahami dengan penuh hikmah serta kefahaman yang benar.
❖ Pujangga pernah menyatakan: “Ibu kepada segala kebaikan adalah tiga
perkara: Hikmah, maruah diri, dan keberanian. Kesemuanya mempunyai sifat
pertengahan samada kearah melampau atau begitu cuai yang akhirnya
menatijahkan kehinaan. Justeru, bersederhana perlu menjadi pakaian Muslim
yang ditambah dengan keadilan sudah barang pasti menjadikan masyarakat,
ummah dan negara dalam keadaan kestabilan yang tinggi.
❖ Antara perkara yang mungkin dapat menyekat kefahaman ekstremis ialah
membetulkan cara berfikir dalam Islam serta memahami hakikat keadilan dan
wasatiyyah. Tambahan pula, bila adanya satu sistem syura di kalangan
masyarakat, sudah barang pasti membawa kebaikan bersama. Dasar wasatiy
bagi ummat yang wasatiy sangat sesuai diterapkan di bumi Malaysia dan dunia
Islam keseluruhannya. Justeru, amat wajar untuk sama-sama dari segenap
lapisan masyarakat berusaha dengan penuh konsisten dalam menghasilkan
kejayaan yang cemerlang dan berterusan dalam kehidupan kita dengan sebaik-
baiknya
❖ Konsep jihad perlu ditafsirkan secara lebih meluas meliputi aspek kehidupan
manusia seperti menuntut ilmu, menguasai sains dan teknologi serta
melaksanakan aktiviti ekonomi. Marilah sama-sama kita berlapang dada dan
saling meraikan antara satu sama lain dengan membuang sikap dan sifat keras
hati dan tidak mungkin menerima pendapat orang lain kerana merugikan diri
sendiri dan tidak berkembangnya dakwah Islamiyyah.
13 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
MENGHINA RASULULLAH SAW
عن ابن العباس أ َّن َأ ْع َمى َكا َن ْت َل ُه أ ُّم َوَل ٍد َت ْش ُت ُم النب َّي ص َّلى الل ُه علي ِه وس َّل َم َوَت َق ُع ِفي ِه
َف َي ْنَها َها َف ََل َت ْن َتهِي َوَي ْز ُج ُر َها َف ََل َت ْن َز ِج ُر َقا َل َف َل َّما َكا َن ْت َذا َت َل ْي َل ٍة َج َع َلت َت َق ُع في ال َّنب ِْي َص َّلى
الل ُه َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َْوَت ْش ُت ُم ُه َف َأ َخ َذ الِم ْغو َل َس ْي ٌف َق ِصي ٌر َف َو َض َع ُه ِفي َب ْطِنَها َوا َّت َكأ َع َل ْيَها َف َق َت َل َها
َف َو َق َع َب ْي َن ِر ْج َل ْيَها ِط ْف ٌل َف َل َّط َخ ْت َما ُه َنا َك ِبال َّد ِم َف َل َّما َأ ْص َب َح ُذ ِك َر َذ ِل َك ِل َر ُسو ِل الل ِه َص َّلى
الل ُه َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َفْ َج َم َع ال َّنا َس َف َقا َل َأ ْن ُش ُد الل َه َر ُج اَل َف َعل َما َف َعل ِلي َع َل ْيه َح ٌّق ِإ ََّّل َقا َم
َف َقا َم ال َأ ْع َمى َي َت َخ َّطى ر َقا َب ال َّنا ِس َو ُه َو َي َت َزْلز ُل َح َّتى َق َع َد َب ْي َن َي َدي النب ِي ص َّلى الل ُه علي ِه وس َّل َم
14 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
َف َقا َل َيا َر ُس ْو َل الل ِه َأ َنا َْصا ِح ُبَها َكا َن ْت َت ْش ُت ُم َك َوَت َقع ِف ْي َك َف َأ ْنَها َها َف ََل َت ْن َتهِي َوَأزج ُر َها َف ََل
َت ْن َز ِج ُر َولي ِم ْنَها ا ْب َنان مث ُل ا ُّلل ْؤُل َؤَتي ِن َو َكا َنت ِبي َر ِف ْي َقة َف َل َّما َكا َن ْت ا ْل َبا ِر َح ُة َج َع َلت َت ْش ُت ُم َ ْك
َوَت َق ُع ِف ْي َك َف َأ َخ ْذ ُت الِم ْغو َل َف َْو َض ْع ُت ُه ِفي َب ْطِنَها َوا َّتك ْأ ُت َع َل ْيَها َح َّتى َق َت ْل ُتَها َف َقا َل النب ُّي ص َّلى
الل ُه علي ِه وس َّل َم أَّل اش َهدوا أ َّن د َمها َه َد ٌْر
Maksudnya: “Daripada Ibnu Abbas RA, dia menceritakan bahawa Seorang lelaki
buta mempunyai Ummu Walad yang menghina Nabi SAW dan ia benar-benar
telah melakukannya (penghinaan). Lelaki tersebut telah melarang dan
mengancamnya namun ia tidak berhenti dan lelaki tersebut terus melarangnya
namun wanita tersebut tidak mengendahkan larangan tersebut. Ibn Abbas
meneruskan lagi: Pada suatu malam, wanita itu kembali mencela Nabi SAW,
maka lelaki tersebut mengambil sebilah pisau yang tajam dan meletakkanya di
perut wanita tersebut lantas menikamnya. Lelaki tersebut telah membunuhnya
sementara antara dua kaki wanita tersebut lahir seorang bayi dalam keadaan
wanita tersebut berlumuran darah. Apabila tiba waktu pagi, kejadian tersebut
diceritakan kepada Nabi SAW, lalu baginda SAW mengumpul orang ramai dan
bersabda: “Aku bersumpah kepada Allah SWT atas seorang lelaki, dia telah
melakukan sesuatu perbuatan kerana aku dan dia adalah benar
(perbuatannya)”. Kemudian lelaki buta itu melangkah di antara manusia hingga
dia duduk di hadapan Rasulullah SAW. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku
adalah suaminya akan tetapi dia (wanita) telah mencela dan menghinamu. Aku
telah melarangnya dan mengancamnya tetapi dia tetap tidak berhenti atau
mengendahkannya. Daripadanya aku telah dikurniakan dua orang anak yang
merupakan permata, isteriku sangat sayang kepadaku. Namun, semalam dia
telah mencelamu dan menghinamu, lalu aku mengambil pisau dan aku letakkan
di perutnya lantas aku menikamnya sehingga meninggal. Nabi SAW bersabda :
“Ketahuilah bahawa darah wanita adalah sia-sia (halal).”
❖ Hadis ini adalah Sohih dan perawi-perawinya adalah thiqah. Diceritakan oleh
Ibnu Abbas RA. Riwayat Abu Daud (4361), Kitab al-Hudud, Bab Hukum Orang
Yang Mencela Rasulullah SAW.
15 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
❖ Jika dilihat baru-baru ini, Presiden Perancis telah menghina Rasulullah SAW
menyebabkan seluruh Dunia Islam amat marah terhadapnya. Tidak syak lagi
bahawa orang yang menghina Nabi SAW wajib dibunuh, seperti yang
difatwakan oleh para ulama sejak sekian lama.
❖ Al-Auza`ie dan Imam Malik berpendapat bahawa pesalah itu dianggap murtad
dan perlu diberikan peluang untuk bertaubat. Lihat Tabsirah al-Hukkaam
(2/212) oleh Syeikh Ibn Farhun.
❖ Begitu juga haram dan dihukum kufur sesiapa yang menghina mana-mana
Nabi atau menjtuhkan darjat dan martabat seperti menuduh kejelikan pada
tubuh badannya sebagai pincang, limpuh atau kurang ilmunya serta jahil. Lihat
al-Fiqh `ala Madzahib al-Arba`ah (5/372) oleh Syeikh Abdurrahman al-Jaziri.
❖ Abu Bakar al-Farisi yang merupakan salah seorang ulama bermazhab al-
Syafie berkata: “Barangsiapa yang menghina Nabi SAW seperti menuduh
beliau secara nyata maka dia dihukum kafir dengan sepakat ulama, sekalipun
dia bertaubat tetap tidak akan gugur hukuman bunuh yang telah ditetapkan ke
atasnya.” Lihat kitab Fath al-Baari (12/348) oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani.
❖ Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku mendengar Abu Abdillah berkata:
“Barangsiapa yang mencerca Nabi SAW atau menjatuhkan maruah Baginda,
sama ada orang Islam atau bukan Islam, maka mereka hendaklah dibunuh.
Aku berpendapat bahawa dia perlu dibunuh tanpa perlu disuruh untuk
bertaubat.” Lihat al-Sarim al-Maslul `ala Syatim al-Rasul (1/9).
❖ Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan betapa beratnya hukuman
dan balasan kepada mereka yang menghina, mencaci dan menjatuhkan
maruah Rasulullah SAW termasuk Nabi-Nabi yang lain. Oleh itu, amat perlu
kita berhati-hati daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan dan pendapat
yang menunjukkan betapa hinanya Rasulullah SAW kerana itu boleh
membawa kepada kekufuran dan kemurkaan Allah SWT.
❖ Sebenarnya mencintai Rasulullah SAW adalah termasuk dalam keimanan dan
termasuk dalam kemanisan iman. Benarlah sabda Nabi SAW dalam riwayat
Anas bin Malik:
عن أنس ابن مالک أن رس ْول الله صلى الله عليه وسلم َثَ َل ٌث َم ْن ُك َّن ِفي ِه َو َج َد
16 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
ق ََذوَأ َْفن ِ ُفييِحالَّ َّبنااِلْر َم ْر َء ََّل،ْ َي َُوكَأ ْونَنَي ْاكل ََّلر َُهه َأَوَْنر َُيس ُعوُلو َُده ِ َفأيَحا َّلبُك ِ ْإ َفل ِْير ِ َهك َِمماَّم َيا ْك ِ َْسر ُهَو َاأ ُ ْهن َمُيا، ِلََّأل ِْهن:َحَ َل َو َةُياِلح ُِّإبي ُهَم ِاإ ََِّّنل
Maksudnya: “Daripada Anas Bin Malik Rasulullah SAW bersabda :Tiga
perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dia akan merasai
kemanisan iman: seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya
sebagai yang paling dicintainya, tidak mencintai seseorang melainkan
keranaNya dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia
tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.”
❖ Hadis ini adalah Sohih. Riwayat Bukhari (16) dan Muslim (43).Kitab Riyad As-
Saihin
❖ Kami menyatakan bahawa Rasulullah SAW adalah insan yang paling mulia
dipilih Allah, tidak seperti manusia lain. Rasulullah SAW mempunyai pelbagai
keistimewaan yang tidak ada pada orang lain.
❖ Justeru kita wajib pertahankan Rasulullah SAW, memuliakan Baginda SAW,
dan haram sama sekali kita menghinanya. Berat dan buruk natijahnya kita dapat
lihat dalam sejarah terhadap penghina Rasulullah SAW. Marilah bersama-sama
kita tekuni ayat al-Quran al-Karim seperti mana firman Allah SWT:
ِْإ َّنا َك َف ْي َنا َك ا ْلمُ ْس َتْه ِزِئي َن
Maksudnya: Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu
dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan
mempersendakanmu
(Surah al-Hijr, 15: 95)
❖ Imam Ibn Katsir berkata: (Ayat ini bererti:) “Lakukanlah (wahai Muhammad)
apa yang diperintahkan kepada kamu dan jangan takut selain Allah, kerana
sesungguhnya Allahlah yang menjaga kamu dan memelihara kamu daripada
gangguan mereka sebagaimana Dia melindungi kamu daripada golongan
yang mencerca dan menghina.”
17 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
PERBUATAN CANDLE LIGHT VIGIL
َم ْن َع ِم َل َع َمَ ال َل ْي َس َع َل ْي ِه َأ ْم ُرَنا َف ُه َو َر ٌّْد
Maksudnya : “Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan berasal dari
kami, maka amalan tersebut tertolak”
(HR. Muslim no. 1718)
❖ Hadis ini adalah Sohih. Riwayat oleh Imam al-Muslim no.1718. Kitab Riyad
as-Salihin. Berkenaan bagi hukum mengadakan candle light vigil, keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia. Muzakarah kali Ke-88 itu yang bersidang pada 2 Oktober
2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti
Candlelight Vigil.
❖ Muzakarah telah memutuskan bahawa Islam melarang umatnya daripada
terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan
Islam.
18 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
❖ Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia
mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan
menjejaskan akidah umat Islam.
❖ Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak
memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya
atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi
memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya
menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam
terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan
Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api
amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.
❖ Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda
protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam
jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup
orang bukan Islam.
❖ Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, beliau bersabda,
ِم ْن ُح ْس ِن ِإ ْسَ َل ِم ا ْلمَ ْر ِء َت ْر ُك ُه َما ََّل َي ْع ِنيه
Maksudnya: “Di antara kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan
hal yang tidak bermanfaat”
(Riwayat al-Tirmizi no. 2317)
❖ Hadis ini adalah Hasan. Maksud hadis ini adalah antara kebaikan Islam
seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat baik berupa
perkataan atau perbuatan. (Lihat Jami’ al-Ulum wa al-Hikam, 1/288) Sesuatu
yang tidak bermanfaat bagi seorang Muslim, boleh sahaja berbentuk
perkataan atau perbuatan. Oleh itu, setiap perkataan dan perbuatan yang
tidak ada manfaatnya samada untuk kepentingan ukhrawi seorang Muslim
ataupun untuk kepentingan duniawinya, sewajarnya ditinggalkan agar sikap
beragamanya menjadi lebih baik.
❖ Jadi, umat Islam telah hendaklah meninggalkan perbuatan ini kerana telah
diharamkan yang boleh merosakkan akidah.
19 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
ISU SEMASA
BERKAITAN
TENTANG
IBADAH
20 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
SUSUNAN SAF SOLAT JENAZAH
SEMASA COVID 19
َت ْس ِوَي َة َف ِإ َّن ُص ُفو َف ُك ْم النبي صلى الله عليه وسلم قال" َس ُّووا عن مالک بن أنس عن
ِ."ال ُّص ُفو ِف ِم ْن ِإ َقا َم ِة ال َّص ََلة
Maksudnya: Daripada Anas Malik Nabi Muhammad SAW bersabda“Luruskan
saf-saf kalian, kerana meluruskan saf termasuk dalam sebahagian
menegakkan solat (berjemaah)”.
❖ Hadis ini adalah sohih. Riwayat Bukhari : 690.Hukum ini perlu kita kembalikan
kepada hukum asal merapatkan saf dalam solat. Hukum merapatkan solat
adalah sunat dan merupakan salah satu daripada Sunat-Sunat Hai`ah,
bukanlah rukun atau, sunat ab`adh.
21 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
❖ Hukum asal bagi merenggangkan saf adalah dimakruhkan dan meluputkan
pahala solat berjemaah, berdasarkan hadis-hadis di atas.
❖ Namun begitu sekiranya merenggangkan saf dilakukan kerana keperluan,
maka hal itu tidaklah makruh atau diharamkan. Ini berdasarkan kaedah:
ْال َّض ُرو َرا ُت ُت ِبي ُح ا ْْ َل ْح ُظو َرا ِت
Maksudnya: “Perkara-perkara darurat itu mengharuskan perkara-perkara yang
dilarang.”
Rujuk al-Asybah wa al-Nazha`ir (ms.84)
Kaedah lain menyeْاةbَّصutاkخaَ nو:ْ ا ْل َحا َج ُة َت ْن ِز ُل َم ْن ِزَل َة ال َّض ُرو َرِة َعا َّم اة َكا َن ْت َأ
Maksudnya: “Keperluan itu menduduki tempat darurat, pada peringkat umum
atau khas.”
Rujuk al-Asybah wa al-Nazha`ir (ms.88)
Oleh sebab itu, para ulama usul menggagaskan kaedah:
ال َك َرا َهة َت ُزو ُل بال َحا َجة
Maksudnya: “Hukum makruh itu hilang apabila wujud keperluan”
Rujuk Ma`lamah Zayed (no.267)
❖ Perkara-perkara yang dimakruhkan di dalam solat tidak menjadi makruh
apabila terdapat keperluan untuk melalukannya.
❖ Syeikh Dr. Labib Najib Abdullah al-Adni, salah seorang ulama bermazhab al-
Syafie daripada Yaman mengatakan bahawa solat sebegitu adalah sah.
Perkara ini disebut oleh para ulama kita, Syafieyyah – semoga Allah merahmati
mereka – bahawa apabila imam berkumpul dengan makmum dalam satu
masjid maka sah iqtida’ (solat berjemaah) dengan syarat makmum mengetahui
perpindahan perbuatan-perbuatan imam, dan makmum tidak mendahului imam
pada tempatnya. Ini yang menepati gambaran tersebut. Di sisi al-Syihab al-
Ramli: ya terhasil. Di sisi Ibn Hajar, tidak terhasil. Ibarat beliau di dalam al-
Minhaj al-Qowim (hlm. 164)
22 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
❖ “[dan] disunatkan [meluruskan saf dan menyuruhnya] bagi sesiapa sahaja [dan]
juga [yang menjadi imam] sama ada dia sendiri atau orang yang diberi izin
[lebih ditekankan] kerana mengikut (Nabi )ﷺdan (menjauhi) ancaman yang
dijanjikan bagi orang yang meninggalkan (meluruskan saf). Maksudnya di sini
ialah dengan menyempurnakan saf pertama dan seterusnya, menutup ruang-
ruang kosong, dan setiap orang berdiri saling bersebalahan daripada sudut
tiada seseorang lebih terkehadapan dadanya berbading yang lain, tidak berada
di atas orang lain yang bersebelahan (seperti memijak kaki), dan tidak segera
membuat saf kedua sehingga saf pertama sempurna dahulu, dan tidak juga
berdiri dalam suatu saf sehingga sempurna saf yang sebelumnya. Jika diselisihi
satu apa pun daripada peraturan itu, maka hukumnya dimakruhkan.”.
❖ “yakni luputlah fadhilat berjemaah di sisi pensyarah (yakni Imam Ibn Hajar),
manakala di sisi al-Syihad al-Ramli: Setiap perkara yang makruh dalam
solat berjemaah meluputkan fadhilatnya melainkan hukum meluruskan
saf-saf.”
❖ Dr. Labib berkata daripada perspektif fiqh “Barangkali hukum makruh di sini
hilang di sisi al-Allamah Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah Taala apabila
keadaannya berlaku akibat hajat dalam melakukannya.”
❖ Berdasarkan kenyataan dan fakta di atas, saya cenderung kepada pendapat
bahawa diharuskan solat berjemaah secara berjarak-jarak bagi makmum
dengan makmum yang bersebelahan pada waktu wabak sekiranya solat
berjemaah itu masih lagi selamat daripada penularan wabak.
❖ Buat masa sekarang, gambaran yang dibolehkan ialah dalam tatacara solat
jenazah. Adapun dalam konteks solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid,
pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan masih sedaya upaya berusaha
untuk memutuskan rantaian jangkitan kerana kadar jangkitan Covid-19 masih
tinggi sekalipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah berlangsung
selama dua minggu.
❖ Oleh itu, kebolehpakaian cadangan ini tertakluk kepada kebenaran pihak
kerajaan selaku Ulil Amri supaya ia tidak menjadi sebab bagi penularan
penyakit dan mendatangkan mudarat kepada pihak yang tidak bersalah.
Justeru, jika solat berjemaah itu boleh membawa kepada penularan wabak
maka solat berjemaah itu sendiri tidak boleh dilaksanakan.
23 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
BERTERUSAN BACA DOA QUNUT
ى،ه َوَأعَّمناهِف،الاصلرلاىزُّص ْابيلِلحهع َف َنلعلْاميل َيهرَبزيْولع َسيبلْق ُمنن َُأقتنَن ََحتس َّت َىعش َْهفن اارَاأرنََيق ْداس ُلع ُّبدوْننَيَعاَلمْياِ)هل ْمكُث َّرم َتض َرَيك ُهالل.ق(أ َبأ َّين اجل َّنعِبفَّىر: عولنفطظرهي
Terjemahan:
Dari jalur Ja’far ar Raazi dari ar Rubai’ bin Anas dari ayahnya , Anas bin Malik,
Anas berkata: “Sentiasa Rasulullah saw berqunut pada solat subuh sehingga
beliau saw berpisah dari dunia (wafat).”
❖ Hadis ini adalah Dhoif. Hadis ini telah diriwayatkan oleh: Abdurrazzaq,
Daruqutni, Ibnu Abi Syaibah , al Bazzar, Musnad Ahmad, at tohawi, al Haakim
dan al Baihaqi.
❖ Semuanya telah meriwayatkan hadith ini dari jalan Abu Ja’far ar-Razi (yang
telah menerima hadith ini) dari Rubaiyyi’ bin Anas, ia berkata: ‘Aku pernah
24 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
duduk di sisi Anas bin Malik, lalu ada (seseorang) yang bertanya: ‘Apakah
sesungguhnya Rasulullah Saw, pernah qunut selama sebulan?’ Kemudian
Anas bin Malik menjawab seperti hadis di atas.
❖ Punca kelemahan ialah perawi Abu Ja’far ‘Isa bin Mahan Ar-Razi, dilemahkan
majoriti ahli ilmu, antaranya, Imam Ahmad, Yahya bin Ma’in, Abu Zur’ah, an
Nasa’iy, Ibnu Hibban dan al Ajli.
❖ Membaca qunut di dalam solat Subuh adalah termasuk di dalam perkara-
perkara sunat di dalam solat mengikut mazhab al-Syafie. Ia dibaca semasa
i’tidal (selepas bangun daripada ruku’) di dalam rakaat yang kedua pada solat
Subuh dan ia juga dibaca di dalam rakaat yang kedua di dalam solat Witir pada
separuh yang kedua di dalam bulan Ramadhan. Begitu juga ia dibaca di dalam
rakaat yang terakhir dalam mana-mana solat bagi qunut Nazilah. [Lihat: al-Fiqh
al-Manhaji, 89]
❖ Tambahan pula, terdapat lagi sebuah hadis yang menyatakan bahawa
Rasulullah SAW melakukan qunut di dalam solat Subuh iaitu:
• Daripada al-Barra’ bin Azib berkata:
َأ َّن ال َّن ِب َّي َص َّلى ال َّل ُه َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َكا َن َي ْق ُن ُت ِفي َص ََل ِة ال ُّص ْب ِح َوال َم ْغ ِر ِ ْب
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW berqunut pada solat Subuh dan Maghrib.”
❖ [Riwayat al-Tirmizi (401)][Imam al-Tirmizi menilai hadis ini sebagai hasan sahih]
❖ Jika mengikut mazhab Imam As-Syafie doa qunut dihukumkan sebagai sunat
abad yang dituntut.
❖ Namun, apabila qunut Subuh dilakukan secara berterusan di sisi ahli hadis ia
adalah bid’ah. Namun begitu, oleh kerana ulama mazhab belum menerima
keputusan tahqiq para muhaqqiqin akan nas-nas qunut Subuh yang semuanya
lemah, maka buat masa sekarang dan ini lebih adil ia masih lagi perkara
khilafiah bukan bid’ah.
❖ Cuma orang yang benar-benar belajar hadith akan mengikuti pendapat ahli-ahli
hadis bahawa qunut Subuh apabila dilakukan secara berterusan ia adalah
gharib atau ganjil.
25 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
LAFAZ USHOLLI DALAM SOLAT
عن عائشة رض ى الله عنها كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يستفتح ال َّصَلة
بالتكبير
Terjemahan:
Daripada Aisyah Radhiallahu’anha berkata“Adapun Rasulullah saw memulai
salatnya dengan takbir”
❖ Hadis ini adalah Sohih. Diriwayatkan oleh Imam Muslim, no.498.
❖ Nabi saw tidak memulakan solat dengan lafaz niat solat.
❖ Kitab Mughni Muhtaj karya Khatib Syarbini dan al-Bahooti. Keduanya dari
mazhab Syafie yang menyatakan hukumnya sunat.
❖ Al-Dardir dari mazhab Maliki menyatakan hukumnya harus.
26 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
❖ Isu ini menjadi semakin panas apabila golongan muhaqqiqin, dan aliran
salafiyah atau ahli hadith dan gerakan sunnah seperti Ibnu Taymiyah rhm,
muridnya Ibnu Qayyim rhm, dan buku Talbis Iblis karya Ibnu Jauzi rhm yang
membid’ahkan talafudz niat. Ini kerana hukum asal di sisi mazhab Syafie
sendiri dan Imam an-Nawawi rhm.
Imam As-Syafie rhm berkata,
الوسوسة في النية الصَلة و الطهارة من جهل بالشرع أو خبل بالعقل
Terjemahan:
“Was-was dalam niat solat dan taharah itu adalah kebodohan terhadap syariat
atau kekurangan warasan dalam akal”
(Al Amru Bil Ittiba’ Wan Nahyu ‘Anil Ibtida’, 28)
Menurut al-Syuyuti:
ولم يكن ذلك من فعل النبي – صلى الله، الوسوسة في نية الصَلة:ومن البدع أيض اا
حسنة ُأسوة الله بش يء َّل ينطقون كانوا،أصحابة عليه وسلم – وَّل الصَلة نية من
رسول كان لكم في لقد:قال تعالى وقد.بسوى التكبير
Terjemahan:
“Termasuk bid’ah, was-was dalam niat solat. Nabi saw dan para sahabat beliau
tidak pernah begitu. Mereka tidak pernah sedikitpun mengucapkan lafaz niat
solat selain takbir”
❖ Hukum muttakhir, lafaz niat adalah bid’ah. Ini hukum asal di dalam mazhab
Syafie. Kajian para muhaqqiqin mendapati banyaknya terjadi masalah akibat
talafudz niat iaitu terjadinya wabak was-was ketika hendak berniat.
❖ Talafudz niat yang dilafazkan untuk membantu hati di mulai oleh Imam Abu
Abdillah al Zubairi. Wafat pada tahun 317H di Basrah, Iraq.
❖ Abu Abdillah al Zubair susur galurnya dari keturunan az Zubair bin Awwam ra.
Imam Abu Abdillah al Zubair telah salah di dalam memahamj perkataan Imam
As-Syafe rhm iaitu ketika menyimpulkan bahawa wajib melafazkan niat dalam
solat dari perkataan beliau. Ini disebabkan oleh salah faham beliau terhadap
ungkapan Imam As-Syafie rhm yang berikut:
27 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
وإ ْن لم يتلفظ وليس كالصَلة َّل تصح إَّل بالنطق،إذا نوى حج اا وعمرة أجزأ
Terjemahan:
“Jika seseorang berniat haji atau umrah maka itu sah walaupun tidak
diucapkan. Berbeza dengan solat, solat tidak sah kecuali dengan an
Nutq (lafaz)”
Imam An Nawawi rhm berkata:
بل مراده، وليس مراد الشافعي بالنطق في الصَلة هذا، غلط هذا القائل:قال أصحابنا
التكبير
Terjemahan:
“Para ulama mazhab kami berkata, yang berkata demikian telah salah.
Bukanlah maksud Imam Asy-Syafi’i rhm itu melafazkan niat di dalam solat,
namun maksud an Nutq adalah takbir”
(Al Majmu’, 3/243)
❖ Menurut pendapat Imam Syafie rhm, bil Nutq adalah takbir bukan usholli.
❖ Imam syafie rhm di dalam al-Umm, ketika membicarakan Ibadah Umrah dan
Haji, di dalam bab Niat di Miqat. Kita disunatkan melafazkan Niat haji dan
umrah dengan kuat, Labbaika Umratan wa Hajjan. Imam Syafie rhm berkata,
ungkapan lafaz itu cuma sunat akan tetapi untuk solat perlu dilafazkan.
❖ Lafaz yang dimaksudkan dengan solat bukan lafaz niat tetapi bertakbiratul
Ihram. Apa yang di fahami oleh Imam Abu Abdillah al Zubairi adalah Imam Asy-
Syafi’iy mewajibkan lafaz niat ketika solat.
❖ Akan tetapi kesilapan Imam az Zubairi telah berkembang menjadi suatu
fenomena talafudz dan ushalli di nusantara. Fenomena ini terjadi kerana tidak
sampainya kalam Imam an-Nawawi rhm kepada umat nusantara.
❖ Talafudz niat adalah bid’ah kerana menyalahi sifat solat Nabi saw dan
merupakan kesilapan dalam memahami matan kenyataan Imam Asy-Syafi’iy
rhm. Inilah kesilapan Imam Abu Abdillah az Zubairi rhm dari Basrah.
❖ Hukum menyebut usholli atau membaca lafaz niat sebelum solat adalah
SUNAT di dalam Mazhab Syafie.
28 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
❖ Imam an-Nawawi di dalam kitab karangannya "Minhajuth - Tholibin" muka surat
9, Bab Sifat ash-Solah, menyatakan: Niat itu dengan hati dan dimandubkan
(disunatkan) bertutur (i.e. berlafaz) sebelum takbiratul ihram.
❖ Di dalam kitab al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah (1/205), Syeikh Abd ar-
Rahman al-Juzairi, menyebutkan : “Disunatkan melafazkan dengan lidah akan
niat seperti dia mengucapkan lidahnya, “Sahaja aku solat fardhu Zohor empat
raka’at” kerana pada yang sedemikian itu peringatan bagi hati… Dan hukum ini
disepakati di sisi Mazhab Syafie dan al-Hanbali. Bagi Mazhab Maliki dan
Hanafi, melafazkan niat tidak disyariatkan pada solat, melainkan apabila orang
yang solat itu was-was”. Pendapat mazhab Hanafi dalam perkara ini boleh
dirujuk dalam kitab Dur al-Mukhtar dan Syarhnya, Mazhab Maliki dalam Syarh
ad-Dardir ‘ala Matn al-Khalil dan al-Mawaqi dan Mazhab Hanbali dalam Kasyf
al-Qina’ ‘ala Matn al-Iqna’.
❖ Hadis sohih riwayat imam Muslim no : 2168 berikut :
أن انس رض ى الله قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول " لبيك
" عمرة و حجا
Dari Anas Ra berkata, aku mendengar Rasulullah Saw mengucapkan “ Labbaik
umrotan wa hajjan “.
❖ Hadis ini adalah sohih berkaitan lafaz niat haji yang Rasulullah SAW lafazkan
dengan lisan, maka membaca lafaz niat adalah sunnah. Ulama memgambil
hadis ini sebagai Qias untuk membaca lafaz niat untuk ibadah selain haji.
29 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
QASAR SOLAT APABILA MELEPASI
2 MARHALAH
.َيْا َا ْه َل َم َّك َة ََّل ُت ْق ِص ُرْو ال َّصَ َل َة ِف ْي َا ْدن َى ِم ْن َا ْرَب َع ِة ُب ُرٍد ِم ْن َم َّك َة ِال َى َع ْس َفا ْن
Wahai penduduk Mekah, janganlah kamu sekalian mengqasarkan
solat (bagi jarak perjalanan) yang kurang dari 4 barid (2
marhalah) iaitu dari Mekah ke Asfan.
❖ Hadith ini maudhu'. Diriwayatkan oleh al-Thabrani dalam Mu'jam al-Kabir
(1/112) dan al-Daruquthni dalam Sunan dengan sanad dari Ismail bin Iyasy dari
Abdul Wahab bin Mujahid dari ayahnya dari Atha' bin Abi Rabah dari Ibn Abbas
r.a. Syeikh al-Albani menjelaskan di dalam kitabnya Silsilah al-Ahadith al-
Dha'ifah wa al-Maudhu'ah (no.439):
❖ “Menurut saya, riwayat ini adalah maudhu' (palsu) disebabkan adanya Abdul
Wahab bin Mujahid yang oleh Sufyan ats-Tsauri dinyatakan sebagai pendusta.
30 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
❖ (Imam) al-Hakim berkata: “Abdul Wahab bin Mujahid terbukti meriwayatkan
hadis-hadis maudhu' (palsu). Ibn al-Jauzi berkata: “Seluruh muhaddithin (ahli-
ahli hadith) sepakat tidak menerima riwayatnya. Adapun Isma'il bin Iyash
adalah dha'if (lemah).
❖ Kenyataan Syeikh al-Albani di atas turut disokong oleh Imam al-Syaukani
dimana beliau menyebut di dalam kitabnya, Nail al-Authar (3/481):
❖ “Hadis ini tidak boleh dijadikan hujah kerana dalam sanadnya (jalur perawi
yang meriwayatkan hadith ini) terdapat Abdul Wahab bin Mujahid bin Jubair,
dia adalah matruk (tertolak). Imam al-Nawawi juga menyatakan beliau
adalah pendusta. Menurut al-Uzdy, riwayat ini tidak sah darinya (iaitu Ibn
Abbas r.a) kerana perawi yang meriwayat darinya adalah Isma'il bin Iyasy
dan dia adalah dha'if (lemah di kalangan orang-orang Hijaz) dan Abdul
Wahab tersebut adalah orang Hijaz. Yang benar, hadith ini adalah mauquf
(terhenti) pada Ibn Abbas, sebagaimana yang ditakhrij oleh al-Syafie darinya
dengan sanad yang shahih.”
❖ Selain itu, hadis ini juga dilihat bercanggah dengan hadis-hadis lain yang
menerangkan baginda s.a.w dan para sahabat r.a tetap meringkaskan (qasar)
solat walaupun jarak perjalanan kurang daripada 4 barid atau 2 marhalah.
Hadis-hadis berikut menjadi rujukan:
❖ َل َث ِةAَثnَ وaْ أsَ لbٍ iاnْم َيM َأaِةlثiَkَ َلrَث.aر َة.َنmْيسِْيeِعم َتrََiwََرْخكa َرyَخىaص َّلtَاkذaَ ِإnمُّك:َ َكا َن َر ُسو ُل الله الله َفَ َص َرال ِىسْاَلخله ُش َعْعَلَبْي ُِةه اَلو ََّسشَّلا
Rasulullah s.a.w apabila keluar dalam satu perjalanan yang berjarak 3 mil
atau 3 farsakh maka baginda bersolat hanya 2 rakaat (qasar).
(Hadis riwayat Muslim dalam Sohih Muslim(no.691).
❖ Jarak bagi satu 1 mil adalah bersamaan dengan 1, 748 meter. Oleh itu, jika 3
mil maka jaraknya ialah 5, 244 meter (sekitar 5 km lebih). Manakala ukuran
bagi 1 farsakh pula adalah bersamaan dengan 5, 541 meter. Oleh itu jarak
sebenar bagi 3 farsakh adalah bersamaan dengan 16, 623 meter (sekitar 16
km lebih). Dalam hadis yang lain, juga riwayat daripada Anas bin Malik r.a,
beliau berkata:
31 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهربلمدينة أربعا وصلى العصربذي الحليفة
.ركعتين
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w solat Zuhur 4 rakaat di Madinah dan
bersolat Asar di Dzil Hulaifah 2 rakaat.
❖ Hadis ini adalah Sohih. Hadis riwayat Muslim dalam Sahih Muslim (no.690).
❖ Sebagaimana yang kita ketahui jarak bagi perjalanan dari Madinah ke Dzil
Hulaifah adalah 7 mil iaitu bersamaan dengan antara 12 hingga 13 kilometer.
Dengan ini maka jelaslah bahawa penetapan jarak 4 barid atau 2 marhalah
bagi membolehkan solat diringkaskan (qashar) adalah bertolak belakang
dengan al-Sunnah Rasulullah s.a.w.
32 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
ZIKIR NYARING SELEPAS
SEMBAHYANG
ان رفع الصوت بالذکرحين ينصرف الناس من المکتوبة کان في عهد النبي وقال ابن
کنت أعلم اذا انصرفوا بذلک اذا سمعته: عباس
“Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir ketika orang ramai sudah
beredar dari sembahyang fardhu sudah ada pada masa Nabi SAW, dan Ibnu
Abbas berkata : Aku mengetahui apabila mereka sudah selesai dari
sembahyang untuk meninggalkan masjid, bila aku mendengar mereka.”
❖ Diriwayatkan Ibnu Abbas. (Riwayat Al-Bukhari, Muslim. Disebutkan di dalam Al-
Majmu’, 3/485, Al-Futuhah Ar-Rabbaniyyah, 3/31, Al-Azkar, ms.67)
❖ Hadis ini adalah Sahih. Melalui hadis ini, sebahagian Ulama Salaf berpendapat
bahawa sunat mengangkat suara dengan takbir dan zikir selepas sembahyang.
33 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
Imam Syafie amat menyukai zikir perlahan selepas sembahyang tetapi Imam
Syafie juga membolehkan untuk menguatkan suara ketika berzikir selepas
sembahyang dengan niat mengajar.
❖ Imam Asy-Syaukani, pengarang Nailul Authar, berfatwa dalam kitabnya
ms.5945, menujukkan bahawa bezikir dianjurkan dengan apa cara sekalipun
sama ada secara perlahan atau kuat, berjemaah atau bersendirian.
❖ Jika dilihat realiti yang ada di negara kita kini menunjukkan ramai lagi yang tidak
menghafal atau ada yang hafal tetapi kurang tepat bacaannya, maka sangat
bagus sekali berzikir selepas sembahyang ini dibaca dengan suara nyaring.
❖ Walaubagaimanapun, jika ia boleh menganggu Jemaah yang sedang
sembahyang, maka lebih baik diperlahankan sedikit suara ketika berwirid atau
berzikir.
34 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
ISU SEMASA
BERKAITAN
AMALAN
BUDAYA
35 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
MEMBACA SURAH YAASIN
SETIAP MALAM JUMAAT
.من قراء ليلة الجمعة حم الدخان ويس أصبح مغفورا له
“Sesiapa yang membaca pada malam jumaat surah Ad-Dukhan dan Surah
Yaasin, maka berpagi-pagilah dia dalam keadaan diampun dosanya.”
❖ Hadis ini adalah dhoif. Imam Sayuti (911H) di dalam kitabnya Khushushiyyat
Yaum al-Jum’ah menulis: Imam Al-Baihaqi di dalam kitabnya Asy-Syu’ab telah
mentakhrijkan daripada Sayyiduna Abu Hurairah.
❖ Dalam syariat Islam, kita dididik agar tidak terhad berpandukan kepada hadis
sohih semata-mata, tetapi kita dibenarkan merujuk hadis dhoif dengan syarat
36 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
ianya dirujuk sebagai hal berkaitan fadhilat akan sesuatu amalan dan bukan
dijadikan sebagai hujah dalam hal hukum hakam.
❖ Rujukan berkenaan status hadis ini boleh dilihat di dalam kitab ‘Al-Maudhuaat’
karangan Imam Ibnu Al-Jauzi, kitab ‘Al-Fawaid Al-Majmuah’ karangan Imam As-
Syaukani dan risalah yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Amru Abdul Latif
(hafizahullah) bertajuk “Hadis Qalbul Quran Yasin, wa Jumlah mimma wuriya di
fadhailiha” (Hadis hati Al-Quran Yasin dalam pertimbangan, dan hadis-hadis
kelebihannya).
❖ Walaubagaimanapun, banyak hadis sohih tentang fahilat atau kelebihan surah
Yasin seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Kathir dalam tafsiranya,
11/342-343.
❖ Tiada dalil yang menyebut waktu-waktu tertentu untuk membaca Surah Yasin
seperti malam Jumaat, ziarahi kubur ketika kematian mahupun ketika musim
menghadapi peperiksaan. Begitu juga tidak ada dalil yang melarang ia dibaca
pada waktu-waktu tersebut.
❖ Maka dalam hal ini, ia lebih cenderung untuk melihatnya sebagai suatu amalan
ibadah yang baik kerana dalam majlis tersebut itu terhimpun pelbagai amalan
kebaikan seperti memupuk budaya membaca Al-Quran paling tidak seminggu
sekali, memupuk semangat berukhuwah sesama muslim serta membudayakan
melakukan amalan baik secara berjemaah.
❖ Namun demikian, masyarakat kita juga perlu dididik supaya memahami bahawa
amalan ini bukanlah suatu amalan ibadah yang wajib dilakukan bermaksud
apabila minggu atau waktu khusus tersebut tidak dilakukan maka boleh
membawa kepada dosa. Jika kesalah fahaman ini yang berlaku dalam
masyarakat kita maka ianya perlu kembali diperbetulkan supaya tidak berlaku
salah faham dalam menokok tambah perkara yang sedia ada dalam syariat.
❖ Amalan membaca Surah Yaasin ini hendaklah dilihat sebagai suatu amalan
sunat yang apabila dilakukan akan mendapat pahala namun jika ditinggalkan
tidak membawa kepada dosa.
37 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
KENDURI TAHLIL ARWAH
عمرو بن خالد قال حدثنا الليث عن يزيد عن أبي حدثنا عن عبد الله بن عمرو رض ي
أن رجَل سأل النبي صلى الله عليه وسلم تطعم: الله عنهما الخيرأي اَّلءسَلم خير؟ قال
الطعام وتقراء السَلم على من عرفت ومن لم تعرف
Telah memberitahu kepada kami oleh ‘Amr Bin Khalid, beliau berkata : telah
memberitahu kepada kami oleh Al-Lais daripada Yazid daripada Abil-Khair
daripada ‘Abdullah Bin ‘Amr RadiaLlahu-‘anhuma bahawa seorang lelaki telah
bertanya kepada Rasulullah : Yang manakah pekerjaan Islam yang lebih baik?
Jawab Nabi : Memberi makanan kepada manusia dan sebarkan salam kepada
orang yang kamu kenali atau pun tidak.
38 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
❖ Hadis ini adalah sohih. Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Memberi makanan
dalam Hadis tersebut bersifat umum, tidak dikaitkan dengan perkara yang
khusus. Termasuklah antaranya kenduri arwah, memberi makanan kepada
peminta-peminta sedekah dan sebagainya. Menurut kaedah, kita tidak boleh
mengkhususkan sesuatu hukum dengan dalil yang umum selagi mana tidak
ada dalil yang mengkhususkannya.
❖ Meskipun begitu, perlu diingatkan di sini bahawa mengadakan kenduri
arwah dengan perbelanjaannya dari harta pusaka si mati yang sebahagian
dari pewarisnya belum baligh yang masih belum tiba masa berhak
menguruskan hartanya , maka haram. Sebaliknya jika harta pusaka tersebut
telah dibahagikan dan diambil dari perwaris yang sudah berhak mengurus
hartanya sendiri, atau harta yang selain dari pusaka si mati misalnya duit gaji
anak / waris si mati sendiri, bukan merupakan wang harta pusaka, maka tiada
halangan keharusannya mengadakan kenduri arwah dengan menggunakan
harta yang begitu.
❖ Hadis Towus ( ) طاوس:
( فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام. ان الموت يفتنون فى قبورهم سبعا. )
Ertinya : Berkata Towus, bahawasanya segala orang yang mati itu difitnah di
dalam kubur mereka dalam masa 7 hari. Maka adalah mereka itu ( para
Sahabat) suka memberi makanan ganti daripada mereka itu ( orang-orang mati
di dalam kubur ) pada demikian hari.
❖ Hadis ini adalah sohih. Rawi sanad atsar semuanya sohih. Towus termasuk
tabiin yang besar. Kitab al- Haawi Lil Fatawai Juz II halaman 168. Maksud
Hadis tersebut ialah orang-orang yang mati akan ditimpa dengan fitnah
selama 7 hari pertama selepas dikebumikan. Para Sahabat suka berbuat
kebajikan dengan memberi makanan pada hari tersebut supaya dengan
pahala kebajikan tersebut dapat sampai kepada si mati dan dengan berkat
amalan kebajikan tersebut dapat menyelamatkannya dari fitnah tersebut.
❖ Berkata Imam as-Sayuti di dalam kitabnya الحاوي للفتاوي, Katanya : ( كانوا
“)يستحبونAdalah manusia pada ketika itu melakukan amalan sedemikian pada
zaman Nabi, dan baginda tidak ingkar akan amalan tersebut.
39 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
❖ Mazhab Syafie telah mengambil pandangan Ibnu Hajar al-Haitami bahawa
membuat tahlil atau arwah selama 3 atau 7 hari dan lain-lain, jika dilakukan
kerana ia adalah amalan turun temurun dan untuk menolak fitnah maka
diharapkan ia mendatangkan pahala bagi orang yang membuatnya.
❖ Fatwa Mufti Kerajaan Johor berpendapat bahawa ini dijadikan sebagai
sedekah bagi orang-orang mati dan hadiah tahlil adalah harus dan jika
berhimpun mengikut sebagaimana yang diperbuat orang zaman sekarang tidak
ada diperbuat oleh orang-orang Islam zaman dahulu. Ulama telah berkata pada
memperbuat makanan kerana orang-orang yang melawat iaitu bid’ah tidak
mustahab. Ibnu Hajar berkata iaitu bid’ah yang makruh iaitu tidak haram.
❖ Adapun tahlil yang dilakukan hari ini bukan bagi orang-orang yang melawat
kerana dihadiahkan tahlil dan doa kepada orang mati maka yang zahir adalah
tidak mengapa, oleh sebab itu, telah memfatwakan setengah ulama seperti
yang tersebut dalam kitab At-Tuhfah iaitu sah wasiat dengan memberi makan
orang yang melawat kerana orang mati dan diluluskan wasiat itu daripada satu
pertiga harta si mati dan ia telah menyalin daripada imam-imam menurut
bagaimana yang tersebut itu maka jika mengadakan makanan bukan kerana
orang yang melawat tetapi bagi orang-orang yang bertahlil dan berdoa tidak
mengapa menurut atas yang zahir dan ini terlebih aula hukumnya sah.
40 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
TALQIN
41 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
“Ertinya: dari Abu Umamah r.a katanya: apabila saya meninggal dunia, maka
lakukanlah untukku sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w
kepada kami untuk melakukannya terhadap orang-orang yang mati di antara
kami dengan sabdanya “Apabila meninggal dunia salah seorang dari saudara-
saudara kamu, kalau kamu ratakan tanah di atas kuburnya maka hendaklah
salah seorang daripada kamu bangkit berdiri pada bahagian kepala kuburnya.
Kemudian hendaklah dia berkata: wahai Fulan bin Fulanah, sesungguhnya
orang yang mati mendengarnya tetapi tidak menjawabnya. Kemudian dia
berkata lagi: wahai Fulan bin Fulanah, sesungguhnya orang mati itu berkata:
tunjukkanalah kami nescaya Allah mengasihanimu, hanya kamu tidak
merasakannya. Maka orang yang berdiri itu hendaklah berkata kepada orang
yang mati itu: ingatlah apa yang pernah kamu lakukan selama hidup di dunia,
seperti kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa
sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan rasul-Nya, dan bahawasanya
engkau redha bahawa Allah adalah tuhanmu, Islam adalah agamamu,
Muhammada sebagai nabimu dan al-Quran sebagai Imammu. Sesungguhnya
Munkar dan Nakir, setiap satu daripadanya menarik tangan temannya sambil
berkata: marilah kita pergi menghindar dari tempat kita disisi orang yang telah
diajar hujjah. Berkatalah seorang lelaki (setelah mendengar sabda Rasulullah
s.a.w): Jika tidak diketahui nama ibunya? Baginda menjawab: Dinisbahkan
kepada ibunya, Hawa.”
❖ Hadis ini adalah Dhoif. Daripada Imam Ath- Thobrani dalam Mu’jam Shaghir
dan Mu’jam Kabir daripada Abi Umamh Al-Bahili. Imam Nawawi di dalam kitab
Al-Majmu’ 5/243 mengatakan bahawa sanad hadis ini adalah boleh digunakan
dan hadis ini telah dikuatkan oleh Imam Al-Hafiz Adh-Dhiya’ dalam kitab Ahkam.
Imam Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya Al-Majmu’ 5/303-304 :
( وأما تلقين الميت بعد الدفن فقد قال جماعة كثيرون من أصحابنا باستحبابه وممن
نص على استحبابه القاض ي حسين في تعليقه وصاحبه أبو سعد المتولي في كتابه التتمة
والشيخ الإمام الزاهد أبو الفتح نصربن إبراهيم بن نصرالمقدس ي والإمام أبو القاسم
)الرافعي وغيرهم ونقله القاض ي حسين عن الأصحاب.
“Ertinya : telah berkata ramai sahabat kita(ulama Syafi’iyyah) : adalah
sunat mentalqin mayat selepas pengkebumiannya. Termasuk yang
mengatakan sunat tentangnya ialah Al-Qadhi Husain (disebut di dalam
Ta’liqnya ), Al-Mutawalli (iaitu Abu Sa’din Al-Mutawalli di dalam At-
Tatimmahnya) dan Syaikh Nasir al-Maqdisi (iaitu Al-Imam Az-Zahid Abu
Fath Nashr Bin Ibrahim Bin Nashr Al-Maqdisi.)”
❖ Syeikh Ibnu Taimiyah, menganjurkan talqin mayat yang telah dimakamkan
dalam Majmu’ Al-Fatawanya 24/165.
42 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
❖ Kiyai Sirajuddin Abbas di dalam bukunya 40 masalah agama menyatakan
secara terperinci maksud Imam Nawawi dan para ulamak syafi’iyah lainnya:
Sekalipun hadis ini bertaraf dha’if, namun ia diperkuatkan dengan bantuan dari
hadis-hadis sahih. Sehinggakan menurut beliau, dengan sokongan darinya,
hadis Umamah naik tarafnya menjadi Hadis Hasan Lighairihi .
فإذا انا: قال... حضرنا عمرابن العاص وهو في سياقه الموت:عن شماسة المهري قال
فإذا دفنتموني فشنوا التراب شنا ثم اقيموا حول قبري.مت فَل تصحبني نائحة وَّل نار
قدرما تنحرجزورويقسم لحمها حتى استأنس بكم وانظرماذا أراجع به رسل ربي.
"Ertinya: Daripada Syamasah al-Mahri beliau berkata: kami menghadiri
pada ketika Umar bin al-’As dalam keadaan akan wafat... Seterusnya
beliau berkata: Maka apabila aku mati janganlah aku diarak dengan
ratapan dan obor api. Apabila aku telah dikuburkan dan tanah telah
diratakan, berhentilah sebentar sekeliling kuburan agak selama waktu
kalau kamu menyembelih kambing menguliti dan membahagi
dagingnya, supaya aku terhibur dengan kamu. Dan aku ketahui apa
yang aku harus jawabkan kepada Malaikat-malaikat yang menjadi
pesuruh tuhanku”.
❖ Hadis ini hadis sahih, dirawikan oleh Imam Muslim. Hadis ini hampir sama
dengan hadis talqin Abu Umamah, iaitu seorang sahabat berwasiat apa yang
perlu dilakukan selepas kematiannya nanti.Wasiat ini diberikan pada ketika ia
hampir wafat, sama dengan hadis Abu Umamah. Beliau meminta, kalau ia
sudah dikuburkan dan tanah sudah diratakan maka jangan tergesa-gesa balik.
Tetapi berhentilah lebih dahulu sebentar kerana ia akan dapat terhibur dengan
orang yang di atas kubur itu, dan ia dapat pula mengetahui jawapan apa yang
akan diberikannya kepada malaikat-malaikat pesuruh tuhan yang akan datang
bertanya kepadanya. Nampaknya beliau minta diajarkan, ditalqinkan, jawapan-
jawapan itu supaya dapat dijawabnya dengan mudah. Hadis ini senada dan
seirama dengan hadis Abu Umamah, isi-mengisi sehingga menjadi satu. Hadis
ini menjadi pembantu dari hadis Abu Umamah, sehingga hadis Abu Umamah
yang mulanya lemah (dha’if) menjadi kuat (Hasan Lighairihi). Hadis Hasan
Lighairihi dapat dijadikan dalil penetapan hukum, dalam hal ini hukum sunatnya
mentalqinkan orang mati.
43 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
SAMBUTAN MAULID NABI
، َف ُقوُلوا َع ْب ُد ال َّل ِه،ْه َف ِإ َّن َما َأ َنا َع ْب ُد ُه،ُ َك َما َأ ْط َر ْت ال َّن َصا َرى ا ْب ََونَر َمُ ْسرَيوَُلم،ََّل ُت ْط ُرو ِني
Maksudnya: “Janganlah kalian berlebihan dalam memujiku seperti kaum
Nasrani yang memuji anak lelaki Maryam. Aku hanyalah hamba-Nya,
maka katakanlah (mengenaiku) “ Hamba Allah dan Rasul-Nya “
(Riwayat al-Bukhari, no. 3445)
❖ Hadis ini adalah Sohih. Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari.
❖ Hukum pertama bagi sambutan Maulidurrasul adalah bid’ah. Ini dipelopori oleh
sebahagian ulama.
❖ Antara hujahnya adalah perayaan ini tidak pernah dilaksanakan pada generasi
yang paling mulia, generasi sahabat, tabiin, tabi’ tabi’in, dan juga tidak pada
44 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
generasi setelahnya. Ia adalah satu bentuk pemujaan yang melampau kepada
Nabi SAW.
❖ Sambutan maulid seperti ini pasti disertai dengan berbagai bentuk
kemungkaran dan hal-hal yang diharamkan dalam agama.
❖ Hukum kedua adalah dibolehkan. Syeikh Abu Shamah atau nama sebenarnya,
Syeikh Abdul Rahman bin Ismail al-Maqdisi (salah seorang Syeikh Dar al-Hadis
di Damsyik) berpendapat: Adalah dibolehkan sambutan Maulidurrasul
berdasarkan amalan oleh tokoh ulama zaman dahulu antaranya di Irbil (salah
satu wilayah di Iraq).
❖ Antara tokoh-tokoh yang berpegang kepada keharusannya dan termasuk
dalam bid’ah hasanah ialah
❖ Imam Jalaluddin al-Suyuti
❖ Imam Ibn Hajar al-Haithami
❖ Syeikh Ibn al-Hajj al-Abdari
❖ Imam Ibn al-Battal
❖ Al-Hafiz Shamsuddin Muhammad bin Nasiruddin al-Dimashqi
❖ Al-Hafiz Shamsuddin bin al-Jazari
❖ Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
❖ Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili
❖ Syeikh Abdul Halim Mahmud
❖ Syeikh Atiyyah Saqr
❖ Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi dan lain-lain.
❖ Para ulama yang mengharuskan Maulid al-Rasul menggunakan hadis di
bawah:
❖ Dari Abu Qatada, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang
puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:
ِفي ِه ُوِل ْد ُت َو ِفي ِه ُأ ْن ِز َل َع َل َّْي
Maksudnya: “Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran)
ke atasku.”
45 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
❖ Hadis ini adalah sohih. Riwayat Muslim, no.( 1162)
❖ Ini menunjukkan bahawa Rasulullah mensyukuri nikmat Allah atas
kelahirannya pada hari Isnin dengan berpuasa. Maka, jika Baginda SAW
berpuasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahirannya
sendiri pada hari itu, maka begitu juga bagi ummatnya untuk mensyukuri nikmat
kelahiran Baginda SAW untuk berpuasa pada hari Isnin, membaca al-Quran,
membaca kisah kelahiran Baginda SAW, bersedekah, atau melakukan
perbuatan baik yang lain.
Sabda Nabi SAW:
ِم ْن َغ ْي ِر َأ ْن،ر ِ َهوَْأم ْجَشُر َْيم ٌْءْن َع ِم َل ِبَها َب ْع َد ُه،ِ ََفصَل ُِهم َْأن ُْأج ُ ُرجَهوا،م ْن َس َّن ِفي ا ْل ِإ ْس ََل ِم ُس َّن اة َح ََيسَْنن ُ اقة
Maksudnya: “Barang siapa yang melakukan (merintis) dalam Islam
sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada
perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang
yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka
sedikitpun”
❖ Hadis ini adalah sohih. Riwayat Muslim, no. 1017
❖ Hadis ini memberikan satu kefahaman bahawa dibenarkan untuk melakukan
perkara perkara baru yang baik dan tidak bertentangan dengan al-Quran, al-
Sunnah, athar mahupun ijmak ulama. Maulid al-Rasul adalah perkara baru
yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu-pun di antara dalil-dalil
tersebut. Dengan demikian, bererti hukumnya diharuskan bahkan sebagai
salah satu jalan untuk mendapatkan pahala jika bertepatan dengan syarak.
❖ Ibn Hajar al-Asqalani ketika ditanya tentang hukum perayaan Maulid al-Rasul
menjawab: “Asal dalam amalan sambutan peringatan Maulid adalah bid’ah
yang tidak diriwayatkan dari ulama Salaf al-Soleh. Akan tetapi Maulid tersebut
mengandungi banyak kebaikannya. Maka barangsiapa yang berusaha meraih
kebaikan dalam Maulid dan menjauhi yang buruk, maka termasuk bid’ah yang
baik (hasanah). Jika tidak, maka tidak disebut bid’ah hasanah.” (Al-Haawi Lil
Fataawa oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti)
46 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
❖ Setelah mengamati pendapat-pendapat ulama, saya berpandangan bahawa
sambutan Maulid al-Rasul adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah
tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:
❖ Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
❖ Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
❖ Menutup aurat.
❖ Tiada unsur maksiat.
❖ Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari
tahun ke tahun.
❖ Sebagai mengukuhkan kenyataan ini, suka saya petik pendapat Imam Abu
Syamah. Antara lain berkata: “Termasuk perkara baru atau bid’ah yang
dilakukan pada masa kita iaitu sambutan setiap tahun pada hari kelahiran
Baginda SAW dengan bersedekah, melakukan yang ma’ruf, menzahirkan
perhiasan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya disamping itu, melakukan
ihsan kepada golongan fakir miskin adalah tanda kecintaan dan memuliakan
Rasulullah SAW dalam hati orang yang menyambutnya. Begitu juga
merupakan tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutus-Nya Rasulullah SAW
sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam.”
47 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
REFLEKSI
IMPAK
KERJA
KURSUS
48 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
IMPAK TERHADAP DIRI DAN PROFESION .
Terlebih dahulu saya ingin merapatkan tangan ke Ilahi sebgai tanda syukur
saya kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, Akhirnya dapat juga saya
menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu pengajian Ulum Hadis (PIMKD2143) ini.
SEBELUM MELAKSANAKAN TUGASAN
Saya telah menerima tugasan ini pada 23 Ogos 2020 dan diberi tempoh
sehingga 17 September 2020 untuk disiapkan. Tugasan ini dijalankan secara individu.
Saya berasa sungguh bersyukur dan berasa gembira kerana ada rakan – rakan saya
yang sudi membuat tugasan ini bersama – sama. Dalam tugasan itu, saya ditugaskan
untuk mencari mengenai hadis-hadis sahih, dhaif dan palsu berkaitan dengan isu
semasa dalam bidang ibadah, akidah dan amalan budaya masyarakat.
Pada peringkat mula saya menerima tugasan ini, saya berasakan tugasan ini,
saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan
memandangkan banyak perkara yang perlu saya kupaskan. Namun, dengan bantuan
pensyarah, rakan – rakan dan sedikit ilmu mengenai hadis melalui mata pelajaran
PIMKD2143 hasil daripada pembelajaran saya semasa kuliah sama ada bersemuka
dan atas talian. Akhirnya, saya mampu menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang
ditetapkan. Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah
Zabedah Binti Abd Razak kerana banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan serta
memberi keyakinan kepada saya serta kepada rakan yang lain untuk menyiapkan
kerja kursus ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
SEMASA MELAKSANAKAN TUGASAN
Semasa menyiapkan tugasan ini, saya banyak belajar tentang perkara baru
seperti mengetahui dengan lebih terperinci mengenai perbandingan di antara hadis
qudsi dan hadis nabawi. Setelah meneliti, hadis qudsi ini ialah segala ucapan Nabi
Muhammad SAW yang disandarkan kepada Allah SWT dan menceritakan
daripadaNya. Manakala hadis nabawi pula ialah segala perbuatan, percakapan,
49 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA
persetujuan mahupun tingkah laku Nabi Muhammad SAW. Jadi, kedua-dua jenis
hadis ini amat berbeza terutamanya dari segi maksud, periwayatan,nilai membacanya
dan mukjizat pada kedua-dua jenis hadis ini.
Selain itu, kerja kursus ini mengajar saya tentang hadis-hadis sohih, hasan,
dhoif dan maudhuk yang semakin menular pada zaman ini sehingga umat Islam tidak
dapat mengenalpasti terhadap taraf hadis tersebut terhadap isu – isu semasa sama
ada berkaitan aqidah, ibadah, amalan budaya dan sebagainya. Jika dilihat hadis sohih
merupakan hadis yang sering digunakan sebagai hujah serta perbahasan dan
penentuan hukum bagi menyelesaikan segala kemaslahatan manusia oleh para alim
ulama. Manakala hadis Dhoif pula sesuai hanya untuk diamal bagi diri sendiri sahaja
dan tidak sesuai untuk dibawa hujah dan perbahasan para alim ulama. Penggunaan
hadis yang yang tidak diketahui ketepatan taraf hadis tersebut amat berbahaya
terutama hadis palsu yang akan memberi kesan mudarat kepada seluruh umat Islam
dalam pengamalannya. Sebagai contoh, umat Islam akan mengamalkan Sunnah Nabi
SAW yang tidak pernah pun Nabi SAW ajar. Jadi, secara tidak langsung, ianya boleh
memesongkan aqidah umat Islam dan sekali gus boleh memecah belahkan komuniti
umat Islam. Oleh sebab itu, umat Islam dinasihatkan supaya mengkaji dan meneliti
terlebih dahulu hadis yang ingin digunakan supaya kita tidak mudah tertipu dengan
agenda orang-orang kafir yang cuba mengelirukan umat Islam terutamanya pada
bahagian sanadnya.
Disamping itu, kerja kursus ini sebenarnya dapat membantu saya
meningkatkan tahap profesion dengan mendalami ilmu-ilmu yang diperlukan setiap
masa. Hadis telah dijadikan sebagai sumber perundangan Islam kedua selepas al-
Quran untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan dalam pengajaran dan hujjah
yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Pada masa yang sama, hadis juga diguna pakai
dalam semua cabang ilmu sama ada aqidah, ibadah dan sebagainya. Selain itu, dapat
mengenali kesahihan hadis supaya tidak tersalah menjadikan hadis dhoif atau
maudhu’ sebagai panduan dalam mengeluarkan hukum lebih-lebih lagi, mengenali
sejauh mana kedhoifan atau kepalsuan sesuatu hadis. Kini pandangan positif saya
semakin meluas terhadap kerja kursus yang diamanahkan kepada saya. Selanjutnya,
dapat membimbing saya dalam proses pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan
kemahiran serta pemindahan pembelajaran berdasarkan kehendak sukatan pelajaran
50 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA