The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bidang Akidah, Ibadah dan Amalan Budaya Masyarakat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by princess exora, 2020-11-09 23:25:03

Isu Semasa Berkaitan Hadith

Bidang Akidah, Ibadah dan Amalan Budaya Masyarakat

ataupun modul. Seterusnya, ia memberikan saya suatu pengalaman kemahiran
mencari makna, pengetahuan dan tindakan bagi meningkatkan kualiti diri saya dalam
kehidupan. Pada masa yang sama, ia dapat meningkatkan kemahiran saya membuat
rujukan dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber, memilih maklumat yang
relevan dan mengorganisasi maklumat secara sistematik dan bermakna. Secara tidak
langsung, dapat mengelakkan daripada kesalahan dalam menyampaikan maklumat
berkaitan hadis.

Mencari semua maklumat berkaitan tugasan ini bukanlah sesuatu yang senang.
Namun, dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pihak pensyarah, ibu bapa, rakan-
rakan seperjuangan yang lain. Akhirnya, saya mampu menyiapkannya dan berharap
ia akan dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pensyarah. Tugasan ini juga
banyak mengajar saya dan rakan-rakan lain tentang erti kerjasama dan saling bantu
antara satu sama lain. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya dan rakan-rakan lain
berusaha dan bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin agar
ia dapat memenuhi ciri-ciri tugasan yang berkualiti dan diingini oleh pihak pensyarah.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat juga masalah dan kekangan yang
saya tempuhi antaranya ialah kekangan masa. Hal ini demikian kerana saya terpaksa
membahagikan masa antara waktu mengajar di sekolah dengan waktu membuat
tugasan ini. Namun, saya berasa sungguh bersyukur kerana tempoh tugasan ini
sangat lama dan memberi kesempatan kepada saya dan rakan-rakan lain untuk
membuat tugasan ini dengan sebaik mungkin. Selain itu, masalah dalam membuat
rujukan mengenai tugasan ini juga turut saya dan rakan saya alami dalam
menyiapkan tugasan ini. Masalah ketiga yang saya hadapi dalam membuat tugasan
ini ialah masalah mengenai laptop saya yang diserang virus secara tiba-tiba semasa
membuat tugasan ini. Laptop itu tidak dapat dibuka dan menyebabkan ia perlu
diformat. Namun, nasib saya begitu baik kerana segala tugasan ini, saya dapat
simpan dalam pendrif. Oleh itu, fail mengenai tugasan ini tidak hilang dan saya dapat
menyambung kembali tugasan saya ini. Masalah tersebut menyebabkan saya lebih
berhati-hati dalam menyimpan fail dalam laptop.

51 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA

SELEPAS MELAKSANAKAN TUGASAN
Secara tuntasnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang

disenaraikan untuk pemarkahan sahaja. Namun, tugasan ini memberi banyak
kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu berkaitan hubungan
etnik di Malaysia kepada saya. Akhir kata, dalam menyiapkan tugasan ini, saya dan
rakan-rakan lain berharap agar hasil penulisan ini dapat menepati kehendak dan
piawaian yang ditetapkan oleh pihak pensyarah. Sekian, terima kasih.

52 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA

SUMBER
RUJUKAN

53 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA

Al-Quranul Karim.
Abdul Razak Muthalib, (2011). 40 Hadis Palsu Popular, Selangor : PTS Islamika Sdn.

Bhd.
Ab.Latif Muda (Dr.),Rosmawati Ali @ Mat Zin (Dr.). (2019). Ulum Al-Hadith. Selangor:

Pustaka Salam.
Bukhari, Muhammad bin Isma‘il al-(1987), al-Jami‘ al-Sahih al-Mukhtasar, c.3, Beirut:

Dar Ibn Kathir.
Dr. Rosmawati Bt. Ali @ Mat Zin, (2005). Pengantar Ulum Hadis, Kuala Lumpur :

Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Nawawi (1995), Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, Beirut: Dar al-Fikr.
Nawawi, Yahya bin Syaraf al-(1995). Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, Dar alFikr.

j.15.
Syed Abdul Majid Ghouri . Edisi keenam (2017). Pengenalan Ilmu Mustalah al-Hadith

(terj.) Bandar Baru Bangi, Selangor: Darul Syakir Enterprise.
Syed Abdul Majid Ghouri Edisi Pertama (2017). Hadis Palsu:Kajian Ringkas

Komprehensif Bandar Baru Bangi, Selangor: Darul Syakir Enterprise.
Umar Muhammad Noor. (2017). Fiqh Hadis. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.Bhd
Ustaz Mustafa Abdul Rahhman, (2000). Hadis Empat Puluh, Selangor : Dewan
Pustaka Fajar.

54 HADIS BERKAITAN ISU – ISU SEMASA


Click to View FlipBook Version