INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 3) PRKA3151 Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 (PBS1) DISEDIAKAN OLEH: NAMA AFIQAH ASNA BINTI ZULKIFLI NO. KAD PENGENALAN 021204-08-0472 ANGKA GILIRAN 2021192310079 KUMPULAN PISMP A1 TAJUK TUGASAN PORTFOLIO (KPPB) NAMA PENSYARAH ANUAR BIN MUHAMAD
KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun Semester 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1) 3.1 Pernyataan sebelum PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 4.1 Pemerhatian 4.2 Senarai semak 4.3 Temu bual 4.4 Soal selidik 5 Kolaboratif (Lampiran 1-3) 5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 5.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 5.4 Interaksi dengan murid 5.4 Perbincangan dengan komuniti sekolah 6 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai semak 6.3 Temu bual 7 Refleksi (Lampiran 1-5) 7.1 Aktiviti 7.2 Perbincangan/Interaksi 8 Laporan Akhir Ulasan Penilai: Tandatangan : Tarikh : Nama :
1. MAKLUMAT PENEMPATAN
1.1 SURAT PENGENALAN DIRI
2.0 BIODATA 2.1 NAMA IPGK Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu 2.2 GAMBAR 2.3 NAMA PELAJAR Afiqah Asna Binti Zulkifli 2.4 NO KAD PENGENALAN 021204 – 08 - 0472 2.5 ALAMAT TETAP No.16, Jln U4, Bandar Universiti, Seri Iskandar, 32610, Perak. 2.6 NO. TELEFON 011-21501590 E-MEL [email protected] 2.7 AMBILAN Jun 2022 PENGKHUSUSAN Bahasa Melayu Pendidikan Rendah 2.8 TAHUN DAN SEMESTER Tahun 1 Semester 3 2.9 TARIKH PBS (I) 12 Jun 2023 hingga 23 Jun 2023
3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL/ KONTRAK AKTIVITI 3.1 PERNYATAAN SEBELUM PBS Saya Afiqah Asna Binti Zulkifli telah ditugaskan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 (PBS 1) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2022 selama dua minggu yang bermula pada 12 Jun 2023 hingga 23 Jun 2023. Ini merupakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang pertama yang akan saya laksanakan sebagai seorang guru pelatih PISMP ambilan Jun 2022. Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana yang terletak di Bandar Baru Seri Iskandar, Sri Iskandar, Perak telah saya pilih bagi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang pertama ini. Saya memilih sekolah tersebut kerana perjalanan ke sana hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja dari rumah saya. Sebelum menjalani PBS ini, kami telah menerima taklimat sebagai persediaan ringkas mengenai tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang PBS. Oleh itu, Unit Praktikum telah memberi taklimat pada 6 Jun 2023 (Selasa), pukul 3.00 petang secara bersemuka di Dewan Za’ba, IPGKBM berkaitan dengan perkara yang harus kami lakukan sepanjang PBS yang akan dilaksanakan supaya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik, lancar dan sistematik. Selepas tamat taklimat itu, beberapa bahan lampiran telah dimuat naik dalam Google Classroom sebagai garis panduan untuk melakukan PBS ini. Selain itu, taklimat sebegini amat membantu untuk memberi kefahaman kepada guru pelatih tentang alam persekolahan yang sebenar dan membentuk pemikiran perspektif seorang guru. Tidak dinafikan bahawa sebelum saya menjalani PBS saya sangat berharap agar dapat menimba banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baharu daripada guru-guru sekolah tersebut. Saya ingin mengetahui tentang kaedah dan teknik pengajaran terbaik yang dapat membolehkan saya mengaplikasikannya kepada murid-murid saya di masa akan datang bagi menjamin kemenjadian murid pada tahap optimum. Hal ini kerana, melalui teknik mengajar yang baik dan menarik dapat memberi impak yang positif terhadap tahap pemahaman dan tindak balas pelajar dalam proses pembelajaran. Selain daripada itu, bukan sahaja maklumat mengenai pengajaran dan pembelajaran, bahkan saya juga ingin tahu tentang peranan pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi para pelajar. Sebagai contoh, adakah pihak sekolah menyediakan program-program yang dapat mengembangkan potensi dan prestasi akademik pelajar ataupun sebaliknya. Di samping itu, sebelum menjalani PBS ini saya berhasrat ingin memahami kehidupan sebagai seorang guru dari segi kerjaya,
perwatakan, motivasi dan tugasan yang dapat membantu saya memperoleh pengalaman bersama rakan-rakan guru yang lain. Secara umumnya, melaui program PBS ini guru pelatih dapat memahami dengan lebih jelas bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sekolah. Sebelum mula menjalani PBS, saya telah membuat beberapa persediaan awal antaranya saya telah memastikan segala borang-borang penting yang diperlukan telah disediakan dengan rapi. Selain daripada itu, saya juga telah menyediakan beberapa soalan bagi sesi temu bual bersama pihak sekolah supaya ianya berjalan dengan lancar. Persediaan awal ini adalah amat penting bagi saya agar tidak kelam-kabut dan berasa keliru semasa menjalani PBS di sekolah nanti. Di samping itu, terdapat beberapa strategi pelaksanaan dan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan sepanjang PBS ini telah saya senaraikan dan susun supaya proses pencarian maklumat berkaitan dengan tugasan ini menjadi mudah dan lancar. Saya juga turut berbincang dengan rakan-rakan lain mengenai tugasan yang telah diberikan untuk memperoleh maklumat tambahan. Selanjutnya, antara fokus utama tugasan PBS adalah untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam dan jelas kepada guru pelatih mengenai sistem dan budaya sekolah yang sebenar, melatih untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan di bilik darjah serta memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah juga merupakan salah satu di antara objektif PBS. Pada akhir tugasan, saya dikehendaki untuk membuat satu refleksi berkenaan PBS yang dijalan di sekolah. Segala pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh PBS tersebut perlu didokumentasikan di dalam satu e-portfolio khas seperti yang telah diterangkan oleh pensyarah sewaktu sesi taklimat PBS. 3.2 PERNYATAAN SEMASA PBS Dalam tempoh menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah membuat pemerhatian terhadap pengurusan bilik darjah dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah di mana saya dapat memasuki kelas Tahun 6 Ixora dan 5 Sakura. Sekolah tersebut mempunyai 36 buah kelas bermula dari kelas Tahun 1 sehingga Tahun 6 yang terdiri daripada Orkid, Ixora, Daisy, Tulip, Jasmine dan Sakura. Melalui pemerhatian yang telah saya laksanakan, saya dapat menyelesaikan beberapa soalan yang berkaitan dengan tugasan PBS ini. Seterusnya, saya juga turut
menjalankan sesi temu ramah bersama Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana. Pada masa yang sama, saya juga dapat menemu ramah bersama kakitangan sekolah termasuklah pekerja kantin, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan sekolah, pekerja koperasi sekolah dan muridmurid di sekolah tersebut. Sepanjang tempoh 2 minggu yang diberikan kepada saya untuk menjalani PBS pertama di sekolah ini, saya perlu mendapatkan maklumat-maklumat penting sebagaimana yang telah terkandung dalam tugasan kerja kursus ini. Jadi, saya telah membuat perancangan aktiviti seperti menyediakan senarai semak maklumat yang ingin diperoleh daripada pihak sekolah, menyediakan soalan-soalan untuk dikemukakan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi tugasan kolaboratif. Bahkan, saya juga perlu menyediakan soalan-soalan temu bual untuk mentor saya dan mencatat aktiviti harian di sekolah untuk membuat amalan refleksi. 3.3 PERNYATAAN SELEPAS PBS Selepas menjalani PBS, saya telah mengumpul dan mengemaskini segala maklumat-maklumat yang telah berjaya dikumpulkan semasa menjalani PBS. Saya turut menemui beberapa ilmu pengetahuan baharu yang berguna dan boleh saya praktikannya pada masa hadapan kelak. Saya telah mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sesuatu maklumat daripada mana-mana pihak. Teknik bertanya yang betul dapat membantu saya untuk memperoleh maklumat yang saya perlukan dengan cepat dan mudah. Berdasarkan teknik bertanya yang telah saya perolehi ini, saya dapat simpulkan bahawa jika kita menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akan mendapat penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya. Selain itu, saya juga mendapat pelbagai input yang sangat berguna semasa berjumpa dengan Guru Besar. Beliau telah memberikan banyak nasihat dan dorongan kepada saya agar menjadi seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya agar sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang berada di dada kita sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Nasihat beliau, seorang yang kedekut ilmu, seorang yang sangat rugi sebenarnya. Di samping itu, beliau turut mengingatkan
saya, walau ditempatkan di bandar mahupun pedalaman, janganlah menganggap semua itu sebagai beban, jadikanlah ia sebagai satu ibadah kita sesama manusia. Justeru itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina perkembangan murid-murid sama ada dari segi jasmani, intelek, rohani dan emosi (JERI). Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid. Murid-murid akan lebih tertarik dan bersemangat untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong untuk belajar. Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemudahan yang tidak mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. Tambahan lagi, ruang pembelajaran yang sempit dan tidak terurus akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Keadaan kelas yang mempunyai bilangan murid-murid yang ramai serta saiz kelas yang kecil akan menimbulkan keadaan tidak selesa kepada murid-murid. Guru-guru yang masuk ke kelas juga akan merasa tidak selesa kerana terpaksa bergerak di dalam ruang yang kecil serta terpaksa mengawasi murid-murid yang ramai.
3.4 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS Laporan yang disediakan dalam bentuk jadual ini bertujuan untuk memberikan gambaran dan penerangan yang lebih jelas tentang perjalanan yang telah saya lalui sepanjang tempoh PBS ini, Sepanjang tempoh PBS berlansung saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti telah dirancang dengan berpandukan senarai semak tugasan yang telah disediakan justeru, dalam jadual tersebut telah dimuatkan segala aktiviti dan program yang dijalankan bersama-sama pihak sekolah untuk membantu menyempurnakan PBS pada kali ini. BIL. TARIKH TINDAKAN 1. 12 JUN 2023 - Melapor diri kepada Guru Besar. - Guru Besar meminta untuk berjumpa dengan GPK Pentadbiran. - Menghadiri perhimpunan rasmi pada pukul 7.30 pagi - GPK Pentadbiran memperkenalkan kami guru pelatih kepada guru-guru dan staf sekolah - Sesi kolaborasi bersama pihak Pentadbiran Sekolah termasuk Guru Besar dan barisan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah - Taklimat ringkas daripada GPK Pentadbiran berkaitan hal ehwal sekolah dan pengagihan guru pembimbing - Sesi sual kenal bersama guru pembimbing - Membuat lawatan di persekitaran sekolah 2. 13 JUN 2023 - Mendapat buku pengurusan sekolah melalui guru pembimbing - Mengumpul maklumat sekolah seperti sejarah penubuhan sekolah, carta organisasi, matlamat, visi dan misi sekolah. - Mengambil gambar persekitaran sekolah. - Memasuki kelas guru pembimbing, En. Shah Alim untuk memerhati perjalanan sesi PdP Bahasa Melayu Tahun 6 Ixora. - Sesi refleksi bersama guru pembimbing selepas tamat waktu PdP - Temu bual bersama GPK Pentadbiran iaitu Encik Azhar berkaitan pentadbiran sekolah
3. 14 JUN 2023 - Memerhatikan aktiviti kokurikulum sekolah - Melibatkan diri dalam melatih murid bagi sukan bola baling. - Temu bual bersama GPK Hem iaitu En. Wooi Sin Ho berkaitan hal ehwal murid dan isu disiplin sekolah. - Membantu guru meletakkan ‘check point’ merentas desa di laluan trek yang digunakan. - Melibatkan diri dalam aktiviti roket air bagi kelab STEM. 4. 15 JUN 2023 - Taklimat bersama GPK Kokurikulum berkaitan pelaksanaan aktiviti merentas desa dan pengagihan tugas kepada semua guru termasuk guru pelatih. - Guru sukan menyerahkan contoh senarai tugas guru merentas desa sebagai rujukan. - Temu bual bersama pengawal keselamatan sekolah iaitu En. Ishak mengenai keselamatan sekolah. - Meminta tandatangan pada borang kolaboratif. - Mengambil gambar semasa temu bual sebagai bukti. 5. 16 JUN 2023 - Sesi taklimat ringkas oleh guru sukan sebelum memulakan aktiviti merentas desa. - Mengetuai sesi pemanasan badan dan senamrobik di padang. - Kejohanan merentas desa peringkat sekolah bermula pada jam 8 pagi bagi kategori pelajar lelaki tahun 4,5 dan 6 - Kemudian, 8:05 pagi pelajar perempuan tahun 4,5 dan 6 dilepaskan - Sepanjang tempoh kejohanan berlangsung, saya ditugaskan untuk menjaga checkpoint yang ke-7. Saya perlu memastikan murid sentiasa berlari di bahu jalan. - Pada jam 9:39 pagi, upacara penyampaian hadiah berlangsung di tapak perhimpunan. 6 19 JUN 2023 - Temu bual bersama GPK Kokurikulum berkaitan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum. - Temu bual bersama Guru Besar
- Mengambil gambar setelah selesai sesi temu bual sebagai bukti - Memerhatikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru pembimbing serta penglibatan murid dalam PdPR Bahasa Melayu di kelas 5 Jasmin. 7. 20 JUN 2023 - Melihat murid pancaragam - Membantu guru membuat rakaman murid choral speaking dan public speaking di bilik rakaman. - Temu bual bersama Encik Shah Alim sebagai seorang guru disiplin dan guru Bahasa Melayu. - Temu bual bersama Encik Abdullah sebagai pekebun sekolah mengenai kebersihan sekolah. - Temu bual bersama Qaseh Syaffia yang merupakan murid tahun 6 Ixora. - Temu bual bersama Encik Abdul Wafi sebagai guru data dan maklumat berkaitan keberkesanan program TS25 dan maklumat sekolah 8. 21 JUN 2023 - Mengkaji keakraban antara guru dan murid. - Melatih murid bola baling di padang. - Temu bual bersama Encik Mohd Zaki sebagai pembantu kantin. - Temu bual bersama Encik Yusuf sebagai ketua bahagian RMT sekolah. 9. 22 JUN 2023 - Melatih murid bola baling dan bola jaring di padang. - Membuat pemerhatian tentang cara pengendalian guru dalam aktiviti unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah. - Temu bual bersama Puan Hajar sebagai ketua pentadbir sekolah berkaitan kelancaran pengurusan sekolah. 10. 23 JUN 2023 - Menghantar dan mengambil balik borang kehadiran, borang penilaian diri dan lampiran pengakuan daripada guru besar. - Menghadiri majlis watikah pelantikan pengawas.
- Memberi cendaramata kepada pihak sekolah sebagai tanda terima kasih daripada semua guru pelatih. - Mengambil gambar dengan murid-murid dan guruguru. - Berbual-bual dengan guru sebelum pulang. -
4. INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN Instrumen pengumpulan data yang telah saya gunakan untuk mengumpul maklumat ialah dengan cara pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik. Instrumeninstrumen ini banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran saya mengumpulkan maklumat yang diperlukan dalam tugasan ini. Berdasarkan interaksi dan kolaborasi yang dilakukan bersama pihak sekolah, saya dapat menggunakan instrument pengumpulan data ini dengan lebih berkesan. Hasil maklumat sekolah yang saya perolehi telah dikumpulkan dan boleh dilihat pada bahagian hasil dapatan maklumat sekolah. 4.1 PEMERHATIAN Sepanjang tempoh PBS ini, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian bagi mendapatkan maklumat mengenai SK Iskandar Perdana ini. Saya telah melaksanakan pemerhatian secara holistik di persekitaran kawasan sekolah serta melaksanakan pemerhatian terhadap strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Di bawah menunjukkan bukti-bukti pemerhatian yang telah saya jalankan sepanjang berada di sekolah ini. 4.1.1 SUASANA SEKOLAH Nama Sekolah Pintu Pagar Sekolah
Bahagian Hadapan Sekolah Bangunan Utama Sekolah Bilik Darjah Bangunan Kelas
Taman PPDA Taman Mini Sekolah Kolam Ikan Koi Taman Herba RBT Taman Ilmu
4.1.2 BILIK KHAS SEKOLAH Perpustakaan Bilik Pemulihan Makmal Komputer Bilik Muzik
Bilik Kaunseling Bilik Mesyuarat Bilik JQAF Bilik Guru Bengkel RBT
Bilik Wudhu Bilik Rawatan dan Pergigian Pejabat Bilik Guru PPKI Bilik Guru Disiplin dan Lembaga Pengawas
Bilik Kurikulum Bilik Rakaman Bilik Darjah PPKI Bilik Peralatan Padang Bilik Peralatan Sukan
Surau Dewan Makmal Sains 1 Makmal Sains 2 Bilik Pendidikan Seni
Bilik Koperasi Dewan Sukan Bilik Bantuan Susu
4.1.3 KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH Tempat Perhentian Bas Tempat Letak Kenderaan Sinki “COVID” Pondok Pengawal Kantin Sekolah
Gelanggang Takraw Gelanggang Bola Jaring Dataran Sekolah
Prasekolah Padang Sekolah
4.1.4 SUDUT-SUDUT KHAS SEKOLAH Sudut MBMMBI Sudut Bahasa Melayu Papan Kemenjadian Murid Gallery Walk PPKI
4.1.5 SUSUNAN DAN KEMUDAHAN BILIK DARJAH Sudut Kejayaan Sekolah Sudut NILAM Loker Murid Susunan Meja dan Kerusi Sudut Maklumat
4.1.6 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS
4.2 SENARAI SEMAK SENARAI SEMAK BAGI PENGUMPULAN DATA DI SK ISKANDAR PERDANA (SKIP) Instrumen dalam mengumpul maklumat yang saya gunakan adalah senarai semak. Senarai semak ini mengandungi kemudahan kelas, disiplin murid, nilai/ perwatakan guru-guru semasa proses PdP dan bilik-bilik khas. Senarai semak ini dapat memberi panduan kepada saya tentang perkara yang perlu saya perolehi semasa pengumpulan maklumat berkaitan dengan segala aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). 4.2.1 SENARAI SEMAK KEMUDAHAN KELAS Bil. Perkara Ada Tiada Catatan 1. Papan kenyataan / • Visi dan Misi Sekolah / • Jadual waktu / • Peraturan kelas / • Jadual bertugas / • Carta organisasi / 2. Kecerian Kelas / 3. Kelengkapan Kemudahan / • Kerusi dan Meja / • Tong sampah / • Lampu dan kipas / • LCD projector / • Jam dinding dan papan putih / • Meja guru / • Tingkap dan langsir / • Smart TV / • Pas keluar masuk kelas / • Locker /
4.2.2 SENARAI SEMAK DISIPLIN MURID Bil. Perkara Ada Tiada Catatan 1. Berpakaian kemas / 2. Menghormati guru / 3. Mendengar arahan guru / 4. Tidak menganggu murid lain / 5. Menepati masa / 4.2.3 SENARAI SEMAK NILAI/ PERWATAKAN GURU-GURU SEMASA PROSES PdP. Bil. Perkara Ada Tiada Catatan 1. Menepati masa / 2. Keterampilan yang kemas / 3. Mengamal nilai integriti / 4. Berinteraksi dengan sopan / 5. Mengamalkan budaya ilmu / 4.2.3 SENARAI SEMAK BILIK-BILIK KHAS Bil. Perkara Ada Tiada Catatan 1. Bilik Pejabat / 2. Bilik Guru Besar / 3. Bilik GPK Pentadbiran / 4. Bilik Penolong Kanan. / 5. Bilik Persediaan / 6. Bilik Guru / 7. Bilik Makmal Sains 1 dan 2 / 8. Bilik Peralatan Sukan / 9. Bilik Bimbingan dan Kaunseling / 10. Bilik Guru / 11. Bilik Operasi Buku Teks / 12. Bilik Rawatan dan Pergigian / 13. Makmal Komputer / 14. Bilik Mesyuarat /
15. Bilik Pendidikan Seni / 16. Perpustakaan / 17. Bengkel RBT / 18. Bilik Pemulihan / 19. Bilik Rakaman / 20. Bilik Muzik / 21. Koperasi / 22. Bilik Disiplin dan Lembaga Pengawas / 23. Surau / 24. JQAF / 25. Bilik Bantuan Susu / 4.3 TEMU BUAL Saya telah menemu bual beberapa individu di sekolah ini untuk mengumpul data berkaitan tugasan saya. Sebelum sesi temu bual dilaksanakan, saya telah membina beberapa soalan untuk diajukan kepada mereka sesuai dengan tanggungjawab yang digalas. Seterusnya, saya memaklumkan tentang sesi temu bual yang ingin dijalankan serta mengatur masa yang sesuai. Oleh itu, sesi temu bual dijalankan mengikut kelapangan masa masing-masing. Saya telah menemu bual beberapa orang responden seperti penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, ketua panitia Bahasa Melayu, guru-guru mata pelajaran, kakitangan sekolah serta murid-murid. Sewaktu temu bual ini sedang berlangsung, saya mengemukakan beberapa soalan kepada mereka. Soalan-soalan tersebut adalah soalan yang berkait dengan sekolah. Hasil daripada kerjasama yang baik dan padu, saya telah mendapatkan jawapan yang memuaskan.
BIL. INDIVIDU SOALAN 1. GURU BESAR ENCIK AHAMAD FADZIL BIN ARIFF - Apakah peranan guru besar dalam pengrusan sistem sekolah? - Apakah masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid? - Apakah cabaran menjadi seorang guru besar di sekolah? 2. PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ENCIK MOHD AZHAR BIN JUNUH - Apakah cara yang diaplikasikan untuk meningkatkan prestasi kurikulum murid? - Apakah peranan PK Pentadbiran dalam pengurusan sekolah? - Apakah program-program kurikulum atau akademik yang dilakukan oleh pihak pentadbiran? - Bagaimanakah perlaksanaan TS25 di sekolah ini dilaksanakan? 3. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID ENCIK WOOI SIN HO - Apakah fungsi menjadi PK Hal Ehwal Murid di sekolah? - Adakah HEM melibatkan kesemua aspek - Apakah program yang dianjurkan di bawah HEM? - Apakah aplikasi khas untuk pengurusan rekod kehadiran murid di sekolah ini? - Apakah bantuan yang disalurkan kepada murid? - Bagaimanakah tahap disiplin sekolah ini? 4. PENOLONG KANAN KOKURIKULUM ENCIK MOHD HATTA BIN ADENAN - Adakah penglibatan murid penuh bagi setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap hari Rabu? - Apakah pencapaian yang tertinggi dalam bidang sukan permainan?
- Bagaimana langkah guru menarik minat murid bergiat aktif dalam aktiviti kokurilum di sekolah? - Apakah contoh-contoh aktiviti yang dianjurkan di bawah pihak kokurikulum? 5. PEKERJA KETUA PEMBANTU TADBIR PUAN NOR HAJAR BINTI OTHMAN - Berapakah bilangan kerani di sekolah ini? - Apakah skop kerja puan? - Bagaimanakah hubungan staf dengan guru? - Apakah perkara yang ini ditambah baik? 6. GURU DISIPLIN ENCIK SHAH ALIM BIN BAHAUDIN - Apakah punca utama wujudnya masalah disiplin? - Apakah contoh bimbingan yang diberikan kepada murid bermasalah? - Apakah cara pengurusan badan pengawas? - Apakah ciri pemilihan seorang pengawas? 7. GURU ENCIK SALAM IZWAN RAMLY - Berapakah tempoh cikgu mengajar? - Bagaimanakah cara cikgu melaksanakan PAK-21? - Apakah kaedah dan teknik yang sesuai digunakan? - Bagaiamanakah dengan perwatakan muridmurid di sekolah ini? 8. PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH ENCIK ISHAK BIN ISMAIL - Apakah peranan yang dijalankan oleh pengawal keselamatan di sekolah? - Di manakah kawasan khas yang sering dijalankan rondaan pada setiap hari? - Bagaimanakah pertukaran syif berlaku antara pengawal lain? - Apakah langkah bagi mengukuhkan keselamatan sekolah agar lebih selamat?
9. MURID - Apakah yang membuatkan kamu berminat untuk datang ke sekolah? - Apakah mata pelajaran yang kamu paling minati? - Adakah kamu selesa berada di dalam kelas?
4.4 SOAL SELIDIK Saya telah menjalankan soal selidik kepada komuniti iaitu ibu bapa bagi mengumpul data. Soal selidik ini adalah menggunakan platform google form bertujuan untuk memudahkan para waris untuk menjawab soal selidik ini di rumah masingmasing serta memudahkan kami untuk mengumpul data-data yang diperlukan. Berikut merupakan senarai soalan yang diajukan dalam soal selidik tersebut.
5.0 KOLABORATIF Kolaboratif telah dilaksanakan untuk mengumpul maklumat dan bahan berkaitan pengurusan sekolah. Semua soalan kolaboratif yang dikehendaki dalam tugasan ini telah saya lampirkan di bahagian bawah ini. Demi mendapat maklumat, saya telah menjalinkan komunikasi dan perbincangan bersama beberapa orang yang penting di dalam sekolah ini seperti: 5.1 PERBINCANGAN DENGAN PENGURUS SEKOLAH 5.2 PERBINCANGAN DENGAN GURU-GURU LAIN 5.3 PERBINCANGAN DENGAN KAKITANGAN SEKOLAH 5.4 INTERAKSI DENGAN MURID 5.5 PERBINCANGANDENGAN KOMUNITI SEKOLAH
13