6. ILMU/ PENGETAHUAN BARU MELALUI Bagi menjalani PBS di sekolah ini, beberapa kaedah telah saya gunakan untuk mengumpul data dan maklumat yang efektif. Contoh kaedahnya adalah seperti pemerhatian, senarai semak dan temu bual. Teknik-teknik ini amat membantu saya dalam menimba ilmu pengetahuan baru ketika menjalani PBS di SK Iskandar Perdana, Perak. 6.1 PEMERHATIAN Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya telah menghadapi dan mengharungi banyak pengalaman baru yang terdiri daripada beberapa aspek. Antaranya ialah: Ciri-ciri Keterangan Kebersihan kawasan sekolah - Kebersihan pada tahap sederhana dan masih dapat dikawal. - Ramai pekerja pembersihan dan kebun sekolah iaitu seramai 7 orang yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 3 orang perempuan. - Terdapat banyak peralatan yang dapat membantu proses pembersihan berjalan dengan lancar Keceriaan sekolah - Dalam keadaan baik dan sentiasa ceria - Pihak pengurusan memastikan perkembangan sekolah sentiasa berkembang dalam proses pembuatan binaan yang berlangsung Tingkah laku - Berkelakuan sopan semasa warga sekolah antara guru, kakitangan sekolah, murid dan komuniti - Mengamalkan sikap interaksi dua hala dan lebih - Dapat memberi perhatian sewaktu proses PdP dan memberi tindak balas yang cepat terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru - Sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan kurikulum - Saling bantu-membantu dalam sebarang aktiviti yang dijalankan
Disiplin - Disiplin murid masih dalam keadaan terkawal - Mengamalkan hormat-menghormati adalah kunci melahirkan sikap yang baik - Menekankan aspek agama bagi membentuk sahsiah diri - Mengamalkan dan berpegang pada peraturan serta undang-undang sekolah bagi mengawal tingkah laku Pelaksanaan tugasan dan tanggungjawab - Saling bantu-membantu dalam melaksanakan tugasan yang diberi - Bertanggungjawab ke atas tugasan yang telah diamanahkan - Patuh kepada arahan dalam melaksanakan sebarang tugasan yang diberi - Pelajar berusaha untuk menyiapkan kerja atau tugasan yang diamanahkan kepada mereka dalam masa yang telah ditetapkan Pergaulan sosial guru-guru - Bergaul antara satu sama lain secara ikhlas - Memiliki pemikiran yang positif - Menunjukkan pergaulan yang baik dengan semua golongan - Berkeupayaan berkomunikasi dengan pelbagai golongan atau komuniti - Sentiasa bersemangat dalam membantu melaksanakan sesuatu tugasan Oleh itu, berdasarkan daripada pemerhatian di bahagian pengurusan sekolah yang telah saya peroleh. Saya dapat memahami dengan jelas mengenai tugas-tugas pihak pengurusan dan cara pelaksanaan yang dilaksanakan dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN). Hasil daripada kerjasama semua pihak seperti guru-guru, kakitangan sekolah, murid-murid serta komuniti berganding bahu bersama-sama bagi menjayakan sebarang aktiviti. Hasil daripada pemerhatian saya, tunjang utama dalam sesebuah sekolah ialah pihak pengurusan yang menjadi penggerak dalam sebarang gerak kerja. Oleh hal yang demikian, perancangan dalam menjalankan rancangan yang telah disusun dengan baik akan membawa kepada kejayaan sesebuah sekolah.
6.2 SENARAI SEMAK Kaedah lain yang telah saya gunakan ialah kaedah senarai semak. Melalui senarai semak yang dibuat, saya telah mengumpul beberapa informasi berkaitan kemudahan di dalam bilik darjah dan sekolah, perwatakan guru semasa proses PdP, disiplin murid serta saya juga telah membuat catatan yang lebih terperinci tentang bilikbilik khas serta infrastruktur di SK Iskandar Perdana, Perak. Melaui senarai semak yang telah dibuat, didapati bahawa bilik darjah di sekolah ini mempunyai kemudahan yang mencukupi dan dapat berfungsi dengan baik. Seterusnya, semua bilik darjah di sekolah ini mempunyai kemudahan asas seperti papan putih, kipas, lampu, kerusi, meja dan sebagainya malah, hampir semua bilik khas di sekolah ini mempunyai penghawa dingin. Dengan ini, murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan dapat meningkatkan minat mereka dalam proses PdP. Hal ini kerana, susunan yang kondusif dapat meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain daripada itu, dari aspek disiplin murid didapati bahawa kebanyakan murid di sekolah ini amat berdisiplin seperti menepati masa ketika hadir ke sekolah pada waktu awal pagi dan masuk ke kelas, menghormati guru dan rakan lain, mendengar arahan guru serta ringan tulang untuk membantu guru. Selanjutnya, murid-murid ini berpakaian kemas yang juga mewujudkan tanggapan baik terhadap mereka. Oleh itu, murid-murid yang berdisiplin ini dapat mewujudkan satu persekitaran yang positif semasa proses PdP kerana tiada perselisihan faham ataupun kekacauan yang timbul dalam kalangan mereka. Di samping itu, terdapat juga analisis tentang perwatakan guru yang ditunjukkan dalam kelas semasa proses PdP. Berdasarkan analisis yang dibuat saya dapati bahawa guru-guru di sekolah ini telah menunjukkan sahsiah yang terpuji dalam pergaulan seharian mereka dengan murid. Hal ini dapat memberi implikasi yang positif dalam diri murid-murid. Seterusnya, guru-guru juga telah menunjukkan disiplin yang baik dari segi pemakaian, tingkah laku dan pertuturan malah mereka juga telah mengamalkan budaya berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berkesan kepada anak murid mereka tanpa mengira kaum justeru hal ini dapat mendorong murid-murid untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka
Akhir sekali, antara analisis lain yang telah dibuat ialah saya telah mengumpul maklumat tentang bilik-bilik khas yang ada serta kemudahan yang sedia ada di sekolah tersebut. Secara kesimpulannya, melalui pelaksanaan kaedah senarai semak ini saya mendapati bahawa banyak kemudahan infrastruktur yang diperlukan oleh pelajar lengkap, canggih dan dapat berfungsi dalam keadaan yang baik. 6.3 TEMU BUAL Saya juga telah menggunakan kaedah temubual untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan sekolah, kurikulum dan kokurikulum untuk memenuhi kehendak tugasan. Temu bual ini telah dijalankan dengan beberapa orang responden seperti Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, guru-guru, murid dan ramai lagi. Dalam temu bual yang telah dijalankan, beberapa soalan telah diketengahkan. Pada mulanya saya agak malu untuk menemu bual pihak berkenaan memadangkan ia adalah persekitaran yang baru, tetapi saya cuba diadaptasi. Melalui temu bual yang telah saya jalankan, terdapat banyak ilmu yang telah saya perolehi. Antara ilmu yang telah saya perolehi adalah peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di ukur sama ada melalui ujian khas atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Banyak soalan lain yang telah diajukan, soalan-soalan yang tersebut telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut. Hal ini kerana mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada soalan. Antara soalan yang ditanyakan ialah: ▪ Nama ▪ Pengalaman ▪ Bidang tugas ▪ Usaha yang ingin dilakukan untuk memajukan sekolah dari pelbagai bidang ▪ Cabaran berhadapan dengan pelbagai karenah murid ▪ Cabaran pembelajaran semasa PdPR ▪ Adakah keselamatan sekolah ini terjamin? ▪ Bagaimanakah penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar? ▪ Bagaimana perkembangan kanak-kanak diukur?
7. REFLEKSI 7.1 AKTIVITI AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Temu bual dan perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: a. Kekuatan: • Dapat berkomunikasi secara berkesan dengan pihak pengurusan SK Iskandar Perdana, Perak seperti Guru Besar, GPK Pentadbiran, mentor dan guru. • Dapat mengumpul banyak maklumat melalui temu bual dan perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah. b. Kelemahan: • Tidak mendapat jawapan yang tepat terhadap sesetengah soalan yang ditanya kepada mereka. 3. Cadangan Penambahbaikan: • Soalan-soalan temu bual harus disediakan lebih spesifik mengikut bidang tugas pihak yang ditemu bual.
AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Program NILAM dan Minggu MBMMBI dengan kerjasama pihak pusat sumber serta ketua panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: a. Kekuatan: • Murid dilepaskan mengikut tahun dan jantina untuk mengelakkan kemalangan atau kecederaan ringan. • Semua guru memberi kerjasama yang sangat baik dan menolong antara satu sama lain ketika menjaga ‘check point’ dan mengendalikan murid. b. Kelemahan: • Segelintir murid yang agak nakal tidak dapat dikawal oleh guru. • Terdapat beberapa orang murid tidak dapat melibatkan diri atas faktor kesihatan dan tidak mendapat mendapat kebenaran ibu bapa malahan mereka tidak melakukan apa-apa sepanjang kejohanan merentas desa berlangsung. 3. Cadangan Penambahbaikan: • PK Koku dan guru-guru perlu bertindak tegas dan memastikan surat kebenaran yang diberikan kepada murid sampai kepada ibu bapa serta mendapat pengesahan yang benar. • Guru perlu memberi arahan yang jelas dengan suara yang lantang agar murid lebih fokus.
AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Pemerhatian aktiviti PdP bagi kelas Bahasa Melayu tahun 6 Ixora. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: a. Kekuatan: • Murid memberi respon dengan baik terhadap PdP. • Murid bergerak aktif ketika melakukan aktiviti. • Murid memberi kerjasama yang baik sepanjang PdP. b. Kelemahan: • Terdapat segelintir murid sering keluar ke tandas. • Terdapat beberapa orang murid masih menyertai latihan choral speaking dan aktiviti sukan yang lain. 3. Cadangan Penambahbaikan: • Pihak kokurikulum menetapkan jadual bagi latihan kokurikulum supaya murid tidak mempunyai masalah ketinggalan pembelajaran. • Guru bersikap tegas di dalam kelas supaya murid menerima arahan dengan terbuka.
AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Pemerhatian terhadap program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pada waktu rehat. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: a. Kekuatan: • Makanan diletakkan dalam bekas tertutup oleh pihak kantin. • Makanan yang disediakan mengikut seperti arahan yang ditetapkan dengan menetapkan kuantiti makanan di dalam setiap bekas secara sama rata dan seimbang. b. Kelemahan: • Murid berebut-rebut untuk mendapatkan makanan dan pengagihan berlaku secara kelam-kabut. • Terdapat beberapa bekal makanan tidak diambil oleh murid RMT. 3. Cadangan Penambahbaikan: • Guru RMT perlu memantau murid RMT di kantin pada waktu rehat dan memastikan mereka mengambil makanan. • Guru perlu tegas dalam pengagihan makanan RMT supaya tidak berlaku pembaziran.
AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Program motivasi Tahun 6. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: a. Kekuatan: • Semua murid hadir di dewan tepat jam 10.30 pagi dan duduk di tempat yang disediakan. • Pihak sekolah menjemput motivator yang sangat bagus dalam memberi motivasi. • Semua guru tahun 6 turut hadir bagi memeriahkan program. b. Kelemahan: • Murid tidak memberi sepenuh perhatian sepanjang program berlangsung. • Motivator kurang memberi perhatian kepada murid yang di belakang. • Aktiviti hanya berlangsung di dewan semata-mata dan tiada aktiviti luar. 3. Cadangan Penambahbaikan: • Pihak sekolah melibatkan ibu bapa dalam program motivasi supaya dapat menyuntik semangat murid tahun 6. • Menyediakan aktiviti yang lebih menarik sama ada secara berkumpulan atau individu.
AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Pemerhatian terhadap aktiviti 1M1S berlansung. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: a. Kekuatan: • Guru mengarahkan murid bergerak dengan teratur mengikut sukan masingmasing. • Guru membuat aktiviti yang menarik untuk menyuntik semangat kesukanan kepada murid. b. Kelemahan: • Terdapat beberapa isu seperti kekurangan peralatan sukan kerana murid terlalu ramai. • Terdapat segelintir murid yang mengelak untuk menyertai aktiviti 1M1S. 3. Cadangan Penambahbaikan: • Pihak sekolah meneydiakan peralatan sukan dengan kuantiti yang cukup. • Guru perlu tegas dalam mengendalikan aktiviti 1M1S.
7.2 PERBINCANGAN/ INTERAKSI Melalui sesi perbincangan yang dijalankan bersama guru-guru dan murid berkaitan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah di SK Iskandar Perdana, dapat saya nyatakan bahawa pembelajaran menggunakan pendekatan didik hibur merupakan salah satu strategi yang sering digunakan oleh guru dalam usaha untuk membina pembelajaran yang bermakna kepada murid. Murid juga sering didedahkan dengan penggunaan aplikasi seperti Youtube dalam pembelajaran Bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan pembelajaran mereka berdasarkan sistem pendidikan masa kini. Guru di SKIP sering menggunakan “Smart Television”, LCD dan laptop sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas untuk menarik minat murid dan meningkatkan keberkesanan PdP. Selain itu, aktiviti perbincangan berkaitan pengurusan dan pentadbiran kokurikulum di SKIP pula membolehkan saya untuk menyatakan bahawa murid-murid sangat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan. Kejayaan yang dikecapi oleh SKIP membuktikan keberkesanan kokurikulum di sekolah ini. Antara pencapaian tertinggi yang berjaya diraih oleh murid SKIP dalam bidang kokurikulum adalah seperti pada peringkat kebangsaan dan pencapaian kedua tertinggi pula adalah pada peringkat negeri. Murid sekolah ini telah berjaya meraih gelaran juara dalam pertandingan “Dron” dan roket air peringkat negeri Perak dan beberapa orang murid telah terpilih untuk latihan pusat sukan bola sepak peringkat negeri. Bukan itu sahaja, programprogram pembelajaran yang dilaksanakan di luar waktu kelas juga membolehkan murid untuk belajar secara aktif agar dapat mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada mereka serta membantu untuk menambahkan pengetahuan baharu mereka dengan cara yang efektif. Seterusnya, melalui sesi temu bual yang dilaksanakan berdasarkan topik pengurusan dan pentadbiran hal ehwal murid di SKIP, dapat saya kemukakan pernyataan saya di sini bahawa warga sekolah ini sentiasa menitikberatkan pengamalan budaya penyayang serta budaya membaca ketika berada di sekolah. Pelbagai bantuan juga turut disalurkan dalam pelbagai bentuk yang bertujuan untuk membantu murid-murid yang memerlukan supaya mereka dapat menjalani pembelajaran di sekolah dalam keadaan yang baik. Sekiranya kita melihat ke arah perspektif yang lain pula, Guru Besar bersama pihak pengurusan sekolah berserta ahli Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid telah melaksanakan inisiatif terbaik dalam usaha untuk membantu murid untuk meneruskan pembelajaran mereka di
sekolah dalam kedaaan yang harmoni. Mereka berusaha mencari dana dan bantuan tambahan untuk murid-murid yang memerlukan. Bukan itu sahaja, perbincangan berkaitan aspek komuniti pula membolehkan saya untuk menyatakan bahawa ibu bapa atau penjaga murid sentiasa memberikan kerjasama yang tinggi serta sokongan yang padu terhadap sama ada ketika mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta terhadap pelaksanaan aktivitiaktiviti atau program-program tertentu di SKIP. Perbincangan terakhir pula, iaitu berkaitan dengan dasar pendidikan masa kini yang dilaksanakan di SKPT memberikan peluang kepada saya untuk menyatakan bahawa semua guru di SKIP sangat cakna terhadap perkembangan semasa murid serta terhadap keperluan pembelajaran murid berdasarkan sistem pendidikan masa kini yang membolehkan murid untuk menguasai pelbagai kemahiran yang diperlukan dengan baik dan berkesan. 8. LAPORAN AKHIR Pada hari pertama saya menjejakkan kaki ke SKPT, saya mendapati terdapat banyak pembaharuan pada bangunan serta kelengkapan sekolah yang telah dibina. Pada waktu awal pagi, saya telah berjumpa dengan pengawal keselamatan untuk melaporkan diri lalu segera pergi ke pejabat sekolah untuk mendaftarkan diri. Sambutan baik dari Guru Besar, En. Ahmad Fadzil Bin Ariff menjadikan saya berasa lebih bersemangat untuk menjalankan tugasan PBS ini. Saya juga telah diberi seorang guru pembimbing iaitu Encik Shah Alim Bin Bahaudin selaku salah seorang guru Bahasa Melayu sekolah ini yang sangat komited dan berdedikasi dalam membimbing saya sepanjang saya berada di sekolah. Sepanjang menjalankan program PBS di sekolah ini, saya telah diberi kesempatan oleh pihak sekolah untuk bergerak sendiri di sekeliling kawasan sekolah untuk mencari maklumat yang diperlukan bagi tujuan memenuhi keperluan tugasan. Malah, saya juga dialualukan untuk bertanya kepada pihak pentadbiran sekolah sekiranya terdapat sebarang persoalan yang hendak diajukan. Seterusnya, saya telah mengikuti guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk masuk ke dalam kelas untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini telah memberikan kesan yang cukup besar kepada saya dalam mengetahui dan memahami teknik-teknik, kaedah-kaedah dan pendekatan yang telah digunakan oleh guru berpengalaman terhadap murid yang berbeza mengikut tahap kecerdasan bagi memastikan setiap anak didiknya memahami dan mencapai objektif pengajaran yang diinginkan. Saya juga dapat memperhatikan bagaimana kawalan kelas
sangat penting ketika guru sedang mengajar. Saya juga turut memanfaatkan segala ilmu yang dikongsikan oleh guru-guru berkaitan proses pengajaran yang berkesan dengan cara mencuba untuk mengaplikasikannya ketika saya masuk ke dalam kelas untuk mengajar secara sementara. Selain itu, saya juga diberi peluang untuk menjadi jurulatih rugby rimau bagi pasukan sekolah ini. Encik Noh sebagai jurulatih utama banyak membimbing saya dalam melatih murid-murid. Ini merupakan pengalaman baru bagi saya untuk menjadi jurulatih walaupun saya hanya pernah bermain rugby sentuh. Saya diminta oleh PK Koku iaitu Encik Hatta untuk mengendalikan kumpulan rugby rimau sekolah dan sedikit sebanyak mengajar mereka cara untuk bermain. Walaupun murid-murid pasukan sekolah ini baru mengenali mereka, tetapi keakraban kami seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain. Mereka sangat menghormati saya dan mendengar arahan dengan baik. Saya juga berpeluang untuk mengendalikan ‘friendly match’ rugby rimau dengan lima buah sekolah. Encik Noh memberi tugas kepada saya untuk menjadi pengadil dan pembimbing dalam permainan. Bukan itu sahaja, dalam melengkapkan tugasan PBS, saya perlu mengumpulkan data mengenai sekolah ini. Data yang telah dikumpulkan termasuk mengenai organisasi sekolah, prasarana sekolah, jumlah murid dan maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian saya tentang sekolah akan direkodkan. Melalui aktiviti pengumpulan data ini telah melatih kami supaya lebih bersikap proaktif dan hal ini sekaligus memberi pengetahuan kepada saya mengenai perkara yang sewajarnya ada dalam sebuah sekolah. Tambahan pula, saya juga menjalankan temu bual dengan guru besar, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Saya dapat mengetahui peranan, harapan dan pandangan mereka berdasarkan isi perbincangan yang dibincangkan. Melalui temu bual ini telah melatih saya supaya bersikap berani dan kemahiran interpersonal dapat diwujudkan dalam diri saya. Selain itu, saya juga dapat mengetahui peranan kakitangan sekolah dalam memastikan sekolah berada dalam keadaan sangat baik. Kesimpulannya, segala pengalaman saya dalam melaksanakan program PBS kali pertama ini akan menjadi panduan kepada saya sebagai seorang guru. Saya akan sentiasa mengingati segala pandangan dan cadangan yang diberi oleh guru sekolah sebagai bantuan untuk menghadapi cabaran seterusnya. Pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan perkara yang amat bermakna dan berguna untuk saya praktikkannya di sekolah nanti. Hal ini demikian kerana, pengalaman dan pengetahuan tersebut memberi gambaran dan pengajaran kepada saya apabila bertugas sebagai seorang guru pada masa akan datang. Akhirnya, pengalaman dan pengetahuan tersebut merupakan satu ilmu yang baik untuk saya aplikasikan semasa menjadi seorang guru
nanti. Sesungguhnya, PBS ini memberi impak terbesar kepada guru dapat membantu guru pelatih mengenal pasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu diperbaiki untuk mendapat hasil yang baik.
LAMPIRAN MAKLUMAT UMUM SEKOLAH Sekolah ini mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Bagi sesi pagi bermula pada pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari bagi murid tahun 4,5 dan 6, manakala bagi sesi petang bermula pada pukul 1:10 tengah hari hingga 6:00 petang bagi murid tahun 1,2 dan 3.
KURIKULUM
Gambar bersama Guru Besar Gambar bersama PK Kokurikulum Gambar bersama Guru Pembimbing Highly Immersive Programme (HIP) Program MBMMBI
Aktiviti di Prasekolah Aktiviti Membaca di Prasekolah Program NILAM
Penggunaan DELIMA
HAL EHWAL MURID
Gambar Bersama PK HEM gunaan DELIMA Program susu 1 Malaysia gunaan DELIMA
Program Motivasi Tahun 6 gunaan DELIMA
KOKURIKULUM Kejohanan Merentas Desa gunaan DELIMA Gambar Bersama Murid gunaan DELIMA
Dashboard Kokurikulum di Laman Web Sekolah gunaan DELIMA
Program Sinar Pagi Bermain Bola Jaring Bersama Pasukan Wakil Sekolah
Melihat Latihan Hoki Latihan Takraw Latihan Bola Baling
Latihan Badminton Latihan Ping Pong MSSD Takraw
Robotik dan Inovasi Kelab STEM Membuat Roket Air Melihat Rakaman Public Speaking Melihat Rakaman Choral Speaking
PPKI
KOMUNITI Gambar Bersama Pekebun Sekolah Gambar Bersama Pengawal Sekolah
RUJUKAN Jabatan Pendidikan Terengganu. (2020). Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). https://jpnterengganu.moe.gov.my/pendidik/program-transformasi-sekolah-2025 Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman & Khairul Anuar Bahrin. (2019). AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21) DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) GURU-GURU SEKOLAH RENDAH. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/download/8022/3377/ Praktikum IPGKDRI. (2006). Pengalaman Berasaskan Sekolah. https://praktikumipgkdri.weebly.com/uploads/5/3/0/1/53014837/pbs_pismp.pdf Salleh Said. (2011). Tahukah anda apa itu KSSR? Kurikulum Standard Sekolah Rendah. https://www.academia.edu/27322483/Tahukah_anda_apa_itu_KSSR Sistem Guru Online. (2018). Konsep & Objektif Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). https://www.sistemguruonline.my/2014/11/konsep-objektif-pengalamanberasaskan.html#:~:text=Pengalaman%20Berasaskan%20Sekolah%20(PBS)%2 0merupakan,Technologies%2C%20Australia%20(QUT).