The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syeramansz, 2021-04-12 15:22:33

SELF-DEVELOPMENT JOURNAL

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DENGAN KEPUJIAN

KOD SUBJEK:
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MANUSIA (KKD 3103)

TAJUK:
SELF-DEVELOPMENT JOURNAL

NAMA:
NURSHAHIRAH BINTI MANZOR

(D20202097297)

NAMA PENSYARAH:
DR. PAU KEE

TARIKH HANTAR:
13 APRIL 2021

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan....................................................................................................................................... 1
2.0 Perkembangan Semasa Bayi......................................................................................................... 2
3.0 Perkembangan Awal Kanak-kanak............................................................................................... 4
4.0 Perkembangan Akhir Kanak-kanak............................................................................................... 6
5.0 Perkembangan Awal Remaja......................................................................................................... 7
6.0 Perkembangan Awal Dewasa........................................................................................................ 9
7.0 Perkembangan Peringkat Dewasa.............................................................................................. 11
8.0 Perkembangan Peringkat Tua......................................................................................................12
9.0 KESIMPULAN................................................................................................................................. 13



1.0 Pengenalan

Manusia merupakan satu kejadian yang unik. Perkembangan hidup manusia adalah
satu bidang yang merangkumi segala aspek pertumbuhan dan perubahan manusia
sepanjang hayat bermula dari detik persenyawaan hingga tua. Secara umumnya
dapat dikatakan bahawa psikologi perkembangan mengkaji tentang perkembangan
manusia mengikut perubahan fizikal, kognitif dan afektif serta faktor-faktor yang
mempengaruhi tingkah laku manusia dari masa pralahir hingga ke tua. Dalam
penulisan jurnal ini, saya akan menceritakan perkembangan semasa saya bayi
hingga ke peringkat tua. Saya juga akan menjelaskan perkembangan diri saya yang
dipengaruhi oleh aspek fizikal, kognitif, persekitaran dan emosi yang dilalui sepanjang
hidup.

Secara umumnya, perkembangan manusia berasaskan keluarga yang
kemudiannya wujud dalam sistem-sitem kecil dan kait-mengait dan saling
bergantungan. Ahli keluarga saya terdiri daripada enam orang ahli iaitu ayah, ibu,
abang, saya, adik lelaki dan adik perempuan (Rajah 1.1). Struktur keluarga saya
berbentuk keluarga nuclear dimana kami tinggal sekeluarga sahaja di dalam rumah
yang sama. Ibu bapa saya mengamalkan cara gaya keibubapaan bersifat autoritatif
dengan memberi saya dan adik-beradik membuat keputusan sendiri dan berdikari.
Saya dan adik beradik dapat mempelajari tentang kepentingan memberikan pendapat
dan kami menjadi semakin berdikari dan bertanggungjawab. Ibu dan ayah sentiasa
bersikap adil dengan semua anak-anak dengan memenuhi kehendak kami tanpa
melebih atau mengurangkan antara satu sama lain. Seterusnya, saya akan
menjelaskan peringkat-peringkat perkembangan yang saya lalui sepanjang hidup.

Rajah 1.1

1

2.0 Perkembangan Semasa Bayi

Peringkat bayi bermula apabila saya dilahirkan hingga berumur 2 tahun. Bermula
dengan perkembangan fizikal semasa saya bayi dilahirkan dengan berat purata 3.2
kilogram dan berat badan bertambah satu kilogram pada akhir bulan pertama (Rajah
2.1). Seterusnya, pada usia empat bulan, berat badan saya telah meningkat naik dua
kali ganda dan saya sudah mampu meniarap dan mengangkat dagu secara
perlahan-lahan. Semasa berusia lima bulan, saya sudah pandai memberi senyuman
mengikut keadaan tertentu kerana otot mata bayi sudah dapat melihat dan
membezakan warna yang cerah dan gelap. Dalam masa enam bulan, saya mampu
menahan lengan sambil mengangkat dada dalam kedudukan meniarap. Saya juga
mampu duduk dengan bantuan dalam masa satu hingga dua minit ketika berusia
tujuh bulan. Apabila mencapai usia tujuh bulan, saya sudah pandai duduk sendiri dan
boleh memegang sesuatu seperti botol susu dan mainan. Pada usia ini juga saya
sudah pandai mengenali orang, tetapi ibu berkata saya akan menangis apabila orang
yang tidak dikenali mendukung saya.

Seterusnya saya telah melalui peringkat merangkak semasa berumur lapan
hingga sepuluh bulan dan seterusnya cuba berdiri dan belajar berjalan apabila
mencapai umur 11 bulan (Rajah 2.2). Apabila saya sudah mencapai usia satu tahun
empat bulan, saya sudah boleh berjalan dengan baik dan banyak membuat kegiatan
melompat, berlari dan memanjat kerana pergerakan badan bertambah stabil dan
seimbang. Seterusnya, ketika berumur 18 bulan saya sudah boleh bermain
bersendirian, jika diberi bahan permainan yang sesuai. Secara keseluruhannya,
perkembangan fizikal dan motor bayi ketika saya berusia 0-2 tahun berlaku secara
tersusun dan berperingkat.

Rajah 2.1 Rajah 2.2

2

Perkembangan kognitif semasa saya baru lahir hingga satu bulan yang telah
dilengkapi dengan pelbagai kebolehan motor yang berbentuk pantulan, misalnya
pantulan genggaman. Pada peringkat ini, saya akan mengenggam apabila sesuatu
objek diletakkan pada bahagian tapak tangan. Apabila ingin tidur, saya akan
memegang tuala kecil kerana ibu sudah membiasakan saya dengan pegangan tuala
tersebut. Jika tiada tuala saya akan merengek kerana mahukan tuala. Melalui
pengalaman memegang botol dan jari ibu, saya dapat mengenal bahawa botol adalah
keras dan licin, berbeza dengan jari ibu yang lembut dan berstektur. Semasa berusia
1-4 bulan saya sudah pandai menghisap jari menandakan lapar dan ingin menyusu.
Semasa berusia 4-8 bulan pula, saya berkemahiran untuk duduk dan mencapai,
memegang dan memanipulasi objek untuk meneroka persekitaran (Rajah 2.3). Ketika
itu ahli keluarga selalu bermain “cikucak” (main sorok-sorok) bersama saya. Pada
hujung peringkat ketika berusia 8-12 bulan saya sudah boleh mengawal bahasa
dengan menggunakan dua perkataan iaitu “ayah” dan “mama”. Saya juga
menggunakan strategi menjerit atau menangis apabila ingin mendapat perhatian
daripada ibu.

Rajah 2.3

3

3.0 Perkembangan Awal Kanak-kanak

Peringkat awal kanak-kanak adalah antara umur 3 hingga 6 tahun. Di peringkat ini,
saya mengalami zaman yang menyeronokkan di mana saya suka melibatkan diri
dengan permainan. Perkembangan fizikal yang dilalui saya suka melibatkan diri
dalam aktiviti bergurau senda, lumba lari bersama rakan, adik beradik dan ibu bapa.
Saya gemar bermain anak patung dan telah mengumpul anak patung dalam jumlah
yang banyak. Pada berusia 5-6 tahun saya telah dimasukkan ke sekolah Tadika
(Rajah 3.1). Di Tadika saya sering menangis kerana tidak pandai bergaul dengan
rakan-rakan. Saya seorang yang pendiam dan tidak aktif sehingga saya dijadikan
mangsa buli oleh rakan. Akan tetapi, saya suka kelihatan cantik apabila ke sekolah
dengan menghias rambut saya yang panjang dengan pelbagai jenis getah dan hiasan
rambut. Saya sering dibuli oleh rakan yang selalu mencuri getah, sepit rambut saya.
Pada awal persekolahan saya tidak menyiapkan kerja sekolah dan cikgu memarahi
saya dengan mencampak buku saya ke luar pagar sekolah. Saya berasa sangat takut
sehingga tidak mahu ke sekolah kemudian hari. Semenjak dari peristiwa itu, saya
sentiasa menyiapkan kerja sekolah saya.

Rajah 3.1
Perkembangan kognitif yang berlaku yang berlaku dalam diri saya ialah ketiga
berusia tiga tahun saya suka beraksi terhadap kendiri dan orang lain dengan
menggunakan ejen aktif, misalnya saya beraksi sebagai ibu, menyuap makanan
kepada anak patung, menukar pakaian dan menghias anak patung yang dibayangkan
sebagai diri saya sendiri. Saya juga suka bermain dengan permainan olok-olok
bersama rakan seperti berperanan menjadi seorang cikgu dengan membuat cara
mengajar dengan pelbagai kreativiti. Ini disebabkan saya bercita-cita ingin menjadi
seorang guru apabila dewasa kelak.

4

Dari segi perkembangan emosi, perasaan sedih saya akan timbul apabila
keinginan saya tidak tercapai seperti apabila pergi ke pasaraya, saya wajib membeli
satu anak patung atau perhiasan sendiri dan ada suatu ketika ibu saya tidak
membenarkan saya membeli anak patung kerana harga yang terlalu mahal dan saya
menangis di pasaraya kerana inginkan anak patung tersebut. Akhir sekali, dari segi
perkembangan sosial ialah ibu akan membawa saya ke taman permainan setiap
hari pada waktu petang (Rajah 3.2). Di taman permainan, saya akan bermain seorang
sendiri sehingga rakan yang lain menghampiri untuk mengajak saya bermain
bersama. Dengan sifat saya yang pendiam dan tidak peramah, saya tidak pandai
memulakan pergaulan dahulu terhadap rakan yang lain. Tetapi saya hanya bermain
dengan kanak-kanak perempuan sahaja kerana kanak-kanak lelaki terlalu kasar bagi
saya di saat itu.

Rajah 3.2

5

4.0 Perkembangan Akhir Kanak-kanak

Perkembangan akhir kanak-kanak ketika saya berumur 7 hingga 11 tahun. Pada saat
ini saya telah menjalani pendidikan formal dari Tahun Satu hinggalah Tahun Enam di
sekolah rendah. Perkembangan fizikal yang dilalui di saat itu ialah saya suka
melibatkan diri dalam aktiviti bermain layang-layang, lumba lari dan teng teng. Saya
juga sudah pandai membaca, mengira dan menulis dengan lebih lancar semasa
berusia tujuh tahun. Semasa berumur 10 tahun, ibu mengajar saya untuk menolong
ibu memasak di dapur, mengemas bilik tidur, melipat baju dan menghias diri. Saya
suka bergaya dengan pelbagai jenis pakaian dan alat perhiasan. Saya juga dihantar
ke Sekolah Agama dan kelas mengaji. Saya pandai membaca tulisan jawi dan
mengaji seawal usia tujuh tahun.

Perkembangan kognitif yang berlaku ialah ketika berumur tujuh tahun, saya
sudah pandai membuat kerja rumah seperti mengemas mainan yang bersepah
apabila sudah bermain. Di usia lapan tahun saya mempunyai perasaan ingin tahu
yang amat tinggi seperti bertanya kepada ibu bapa tentang perkembangan ahli
keluarga dan diri saya semasa kecil. Saya juga akan menyiapkan semua tugasan
sekolah dan ibu akan memberi galakan jika semua kerja sekolah saya mendapat
markah yang penuh dengan memberi anak patung baharu kepada saya (Rajah 4.1).

Dari segi perkembangan emosi, semasa berada di sekolah agama saya hanya
bergaul dengan kawan perempuan sahaja kerana saya berasa malu dan janggal
untuk berkawan dengan lelaki. Ibu saya juga melarang saya untuk bergaul dengan
lelaki sejak tadika lagi. Perkembangan sosial yang berlaku ialah semasa di sekolah
saya mempunyai rakan baik yang terdiri daripada lima orang perempuan. Kami
sentiasa melakukan apa saja aktiviti sekolah bersama-sama. Ini kerana kami tinggal
dengan perumahan yang sama berdekatan. Ibu sentiasa ada bersama memantau
apabila saya bersiar-siar di waktu petang dengan rakan. Ibu akan mengizinkan saya
keluar bermain di taman permainan pada pukul lima petang hingga tujuh petang
sahaja.

Rajah 4.1

6

5.0 Perkembangan Awal Remaja

Peringkat awal remaja semasa saya berusia 12 hingga 20 tahun. Pada saat ini saya
baru sahaja meninggalkan ciri-ciri keanak-anakan apabila saya sudah mencapai ke
peringkat akil baligh dimana saya sudah menunjukkan sifat-sifat kewanitaan dalam
diri. Perkembangan fizikal yang saya lalui dengan ketara ialah punggung melebar
dan lemak mula berkumpul di bahagian dada, punggung, peha dan pinggang. Ketika
itu kemahiran jasmani saya sudah berkurang kerana saya sudah mula menunjukkan
sifat keperempuanan seperti usaha untuk mencantikkan badan dan mula untuk
belajar bersolek. Saya juga berupaya menerima satu set kepercayaan dan nilai
tentang manusia serta masyarakat. Ideologi ni telah membantu saya membentuk
falsafah hidup. Saya juga dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.
Saya juga mula mengamalkan norma dan nilai yang pernah dipelajari daripada ibu
bapa dan guru.

Perkembangan kognitif yang berlaku di saat itu ialah tahap pemikiran saya
sudah semakin kompleks kerana saya sedang mencuba untuk mewujudkan identiti
dan persepsi sendiri terhadap dunia saya. Pada usia 18 tahun selepas tamat sekolah,
saya menyambung Diploma Kaunseling di KUIM Melaka. Pada saat itu saya
mempunyai perkembangan emosi dimana saya mengalami pelbagai konflik dalam diri
saya seperti saya inginkan kebebasan tetapi pada masa yang sama saya perlu
bergantung kepada ibu bapa untuk keperluan kasih sayang, kewangan dan
sebagainya. Hal ini disebabkan ibu saya tidak bersetuju dengan keputusan saya
untuk menyambung belajar kerana berjauhan dengannya. Ibu saya amat berat hati
untuk melepaskan saya menyambung belajar di KUIM kerana risau akan
keselamatan saya. Akhirnya saya menyambung juga pelajaran kerana berjaya
memujuk ibu dan ayah dan saya berjanji dengan ibu dan ayah akan belajar
bersungguh-sungguh untuk mendapat GPA yang baik. Saya berjaya menamatkan
Diploma Kaunseling saya dengan memperoleh GPA 3.59. (Rajah 5.1)

Rajah 5.1

7

Seterusnya, perkembangan sosial yang saya lalui semasa berada di kolej ialah
saya mula tidak berasa janggal dengan kaum lelaki apabila saya membuat tugasan
kumpulan bersama-sama. Pada mulanya saya tidak berasa selesa tapi
lama-kelamaan saya semakin senang berurusan dengan kawan lelaki. Meskipun
saya mempunyai kawan lelaki, ibu tetap mengawal diri saya dengan tidak memberi
kebebasan untuk keluar bersama kawan-kawan lelaki lebih-lebih lagi ingin
mempunyai teman lelaki. Dari segi pemilihan rakan, ibu saya sangat mengambil berat
tentang latar belakang dan sosioekonomi rakan-rakan saya. Ibu berharap supaya
rakan-rakan saya mendatangkan pengaruh yang positif dan dapat membantu untuk
mencapai kemajuan tingkah laku dan akademik. Walaupun saya sudah mencapai
usia 21 tahun, ibu tidak memberi kebebasan untuk saya keluar berjalan dengan
rakan-rakan. Apabila keluar, ibu dan ayah menetapkan arahan untuk pulang ke
rumah seawal jam tujuh petang. Begitu juga dengan adik-beradik saya yang lain. Ibu
akan memastikan saya keluar dengan kawan perempuan sahaja.

Selain itu saya suka berkongsi masalah dengan ibu mengenai apa jua yang
berlaku dalam diri saya sepanjang hari. Saya tidak berkongsi masalah dengan rakan
kerana saya meletakkan kepercayaan terhadap seseorang disebabkan kisah silam
saya dimana rakan saya telah membocorkan rahsia saya kepada rakan yang lain.
Disebabkan peristiwa itu, sehingga kini saya sukar untuk mempercayai orang lain.
Pada usia ini juga saya mencantikkan diri dari segi solekan, pakaian dan lain-lain.
Saya banyak menghabiskan masa remaja saya dengan rakan-rakan dimana saya
dapat mengenal pelbagai jenis personaliti rakan-rakan. Di peringkat ini nilai-nilai
kumpulan rakan sebaya menjadi pengaruh yang kuat terhadap sikap, pakaian dan
nilai dalam diri saya. Sebagai contoh, rakan saya yang suka menyerupai fesyen
baggy seperti berpakaian sexy. Saya tidak patuh kepada kehendak rakan sebaya
kerana saya masih sayang dan ingin mematuhi nilai-nilai ibu bapa. Walaupun saya
berminat dalam fesyen tetapi saya hanya bergaya mengikut kemampuan dan
menutup aurat. (Rajah 5.2)

Rajah 5.2

8

6.0 Perkembangan Awal Dewasa

Peringkat akhir remaja ketika saya berusia 21 tahun hingga 35 tahun dimana
perkembangan saya sekarang yang berumur 22 tahun. Pada berumur 21 tahun saya
telah menamatkan pengajian dalam Diploma Kaunseling. Semenjak PKP
dilaksanakan saya tidak berniat untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda pada masa
terdekat kerana tidak mahu belajar secara atas talian. Jadi saya mencari kerja
sambilan dan bekerja sebagai cashier di Petronas. Di sana saya dapat banyak
pengalaman dan dipengaruhi oleh persekitaran yang pelbagai jenis ragam
pelanggan.

Perkembangan kognitif yang saya alami ialah saya berlumba-lumba untuk
mendapatkan kecemerlangan akademik dan seterusnya bercita-cita untuk
mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan diri saya iaitu sebagai guru kaunseling.
Saya telah menyambung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling
di UPSI. Saya mengambil jurusan ini kerana saya bercita-cita ingin menjadi seorang
guru kaunseling sejak tadika lagi (Rajah 6.1). Saya terpaksa lalui pembelajaran
secara atas talian kerana pihak universiti tidak membenarkan pelajar pulang ke
kampus. Pekembangan emosi yang dilalui ialah saya berasa sangat tertekan
dengan pembelajaran atas talian kerana sudah biasa belajar dan mengulangkaji
pelajaran bersama rakan di kolej semasa diploma. Akan tetapi saya tidak berasa
putus asa untuk menyiapkan semua tugasan yang diberi dengan sokongan daripada
ibu bapa yang banyak membantu dan memahami apabila saya menghadapi banyak
tugasan.

Pada umumnya, pada peringkat ini saya berasa ingin bebas dan ingin
membentuk personaliti yang tersendiri dan tidak suka dikongkong dan diganggu oleh
orang yang tertentu. Saya menganggap semua remaja sudah mempunyai
kematangan mental-emosi. Ibu mengatasi dan mengawal saya dengan cara
memahami keadaan dan dengan memberikan peluang kepada saya untuk
bertanggungjawab serta mendapatkan kemahiran dalam tugas kerja saya. Ibu yakin
keadaan ini patut didapati oleh saya melalui pelajaran dan pendidikan. Saya akan
menamatkan pengajian pada umur 25 tahun dan saya berharap mendapat keputusan
yang cemerlang agar memudahkan saya memohon kerja. Jika saya tidak mendapat
kerja sebagai seorang guru dalam masa terdekat, saya akan mencari kerja sambilan
dan membuat business online untuk mengumpul wang kahwin.

9

Dari segi perkembangan sosioemosi jika saya sudah berjaya ke tahap yang
ingin dicapai dan akan membentuk suasana mesra dan senang memberikan
komitmen terhadap kerja serta tanggungjawab. Pada tahap ini, saya akan mula
membentuk hubungan yang akrab dan rapat terutama dengan berlainan jantina. Saya
mula meimikir tentang soal teman hidup dan percintaan hinggalah membawa ke
dunia perkahwinan (Rajah 6.2). Saya merancang untuk berkahwin pada umur 27
tahun dan ketika itu saya telah mempunyai sebiji kereta dan rumah yang saya
impikan (Rajah 6.3). Saya juga berharap telah mendapat kerja sebagai seorang guru
kaunseling dalam masa yang cepat. Apabila sudah berkahwin saya akan mengasuh
dan mendidik anak-anak. Saya juga akan memantapkan diri dalam pekerjaan dan
akan membentuk gaya hidup (lifestyle). Saya juga akan mencari kumpulan sosial
yang mempunyai sistem etika dan nilai-nilai yang sama. Tanggungjawab sivik mula
dipupuk dan saya akan memikirkan tanggungjawab kepada masyarakat.

Rajah 6.1 Rajah 6.2

Rajah 6.3

10

7.0 Perkembangan Peringkat Dewasa

Perkembangan peringkat dewasa dari umur 36 tahun hingga 64 tahun. Di peringkat
awal dewasa, perkembangan kognitif sudah semakin kompleks. Saya mempunyai
pemikiran yang bermatlamat, bertanggungjawab, berkeupayaan untuk memanipulasi
konsep abstrak dan saya akan menilai semula tentang matlamat dan merancang
kepada kehidupan selepas bersara atau apabila mencapai peringkat tua. Pada
lingkungan 50 hingga 55 tahun satu peluang akan diberikan oleh keadaan
persekitaran atau kehidupan untuk membetulkan diri sendiri kerana peluang seperti
ini tidak akan berulang lagi. Di peringkat ini juga perhubungan utama adalah kasih
sayang dan bertambah luas seperti dengan majikan, teman hidup, adik beradik dan
ahli keluarga.

Peringkat pertengahan dewasa ini akan berlaku di mana ‘bermula dan
berakhirnya sesuatu episod’ saya sedang dalam proses menyiapkan tugas-tugas
semasa awal dewasa dan dalam masa yang sama sedang mempelajari perkara
baharu untuk masuk ke alam pertengahan dewasa. Ini adalah masa yang amat
penting kerana akan bersedia dengan segala persiapan utama dari segi kewangan,
sama ada melabur atau membeli insurans atau sebagainya untuk persediaan jika
berlaku kecemasan, keperluan anak untuk melanjutkan pelajaran. Tugas
perkembangan yang sangat penting dalam peringkat ini ialah membesarkan
anak-anak dengan penuh tanggungjawab dan didikan yang positif. Saya sebagai ibu
bapa akan mengekalkan perhubungan yang positif, dan bersifat penyayang dan
menjadi role model untuk anak-anak.

Peringkat fizikal di akhir peringkat akhir dewasa saya akan memikirkan kembali
apa yang telah berlaku dalam kehidupan selama ini. Peringkat ini merupakan
peringkat refleksi kehidupan masing-masing. Refleksi yang akan berkisar kepada
kejayaan ataupun kegagalan yang telah ditempuhi dalam kehidupan saya. Tugas
perkembangan yang penting pada peringkat ini ialah penyesuaian dengan usia yang
semakin menignkat dan tenaga fizikal yang semakin berkurangan. Saya berharap
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya dan akan mengubah
kecenderungan ke arah lain selepas bersara dari pekerjaan seperti beribadat dan
kerja-kerja amal.

11

8.0 Perkembangan Peringkat Tua

Perkembangan ini semasa saya sudah berusia 65 tahun ke atas dimana saya
dianggap sebagai satu kumpulan unik dalam masyarakat kerana mereka merupakan
kumpulan minoriti yang telah lama hidup dan berpengalaman (Rajah 8.1).
Perkembangan kognitif yang akan dilalui ialah akan menyebabkan kelamahan
keupayaan mengasimilasikan informasi baharu dan sukar untuk mempelajari sesuatu
yang baharu. Saya berharap dapat melalui keusiaan yang berjaya apabila
berkebolehan mengekalkan kesihatan yang baik, tahap penyakit dan ketidakupayaan
yang rendah. Begitu juga mempunyai kemampuan kognitif, dan fungsi fizikal yang
tinggi, menjalani kehidupan yang aktif termasuk mengekalkan hubungan
interpersonal dan meneruskan aktiviti yang produktif. Penyesuaian juga terpaksa
dibuat terhadap sumber pendapatan yang semakin berkurangan kerana bergantung
kepada duit pencen. Saya akan melakukan perkhidmatan sosial dan menunaikan
tanggungjawab sivik bersama warga emas yang lain.

Pada peringkat ini juga, saya akan sentiasa melakukan refleksi kendiri dimana
mengingat kembali kejayaan dan kegagalan yang dialami pada peringkat awal. Saya
yakin saya akan berasa puas hati kerana telah berjaya mengatasi masalag yang
dialami pada peringkat awal dan akan mencapai rasa kesepaduan. Pada usia lanjut,
pelbagai masalah dan kecelaruan akan timbul dari segi emosi, fizikal dan mental juga
biologikal. Sokongan sosial yang kuat daripada keluarga, anak-anak dan masyarakat
diperlukan oleh saya untuk berhadapan dengan kehidupan yang lebih mencabar.
Akhir sekali, saya harus bijak menangani pelbagai kehilangan berkaitan dengan
keusiaan termasuk kehilangan pekerjaan, sumber ekonomi, tahap kesihatan baik,
kematian orang dikasihi dan menghadap kematian diri sendiri. (Rajah 8.2)

Rajah 8.1 Rajah 8.2

12

9.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, perkembangan hidup adalah diumpamakan seperti sebatang jalan
raya yang lebar yang mesti dilalui oleh tiap-tiap orang. Tiap-tiap orang yang
mempunyai perwarisan dan alam sekeliling yang unik akan berjalan di atas jalan raya
ini dengan kederasan mereka yang sendiri dan akan mencapai saiz, bentuk dan
kesanggupan status perkembangan yang unik bagi dirinya sendiri pada tiap-tiap
peringkat hidupnya. Sejajar dengan tugas mendapatkan ketentuan untuk pencapaian
ekonomi, saya perlu memastikan matlamat pekerjaan tertentu yang hendak dipilih
seperti ingin mencari seorang guru kaunseling.

Di akhir peringkat keseluruhannya akan menjadikan saya sebagai ibu dalam
keluarga. Saya berharap saya berjaya dalam peringkat-peringkat pemasyarakatan
sebelumnya agar dapat menumpukan perhatian kepada keluarga dan masyarakat.
Saya akan menjadi orang dewasa yang matang dan berada di kemuncak
perkembangan dan penyesuaian diri, iaitu mencapai keutuhan hidup. Saya percaya
pada diri sendiri, mempunyai kebebasan dan berani menyuarakan pendapat. Saya
juga akan bekerja kuat dan mempunyai peranan dan objektif yang tertentu dalam
hidup dan dapat membentuk konsep kendiri yang menyenangkan.

Akhir sekali, saya juga berharap dapat membuat perhubungan dengan orang di
sekeliling dengan tidak menimbulkan pergeseran, perasaan bersalah, menyesal dan
seterusnya berada dalam keadaan yang realistik. Saya ingin berasa bangga dengan
apa yang sudah dihasilkan, baik kepada anak-anak, kerjaya, kegemaran dan
sebagainya. Sebaliknya jika gagal, saya akan mengalami bukan saja putus harapan
tetapi juga rasa menyesal kerana tidak melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan dalam keluarga. Saya berharap apa yang saya inginkan akan tercapai
di masa hadapan begitu juga dengan perkembangan psikologi berjalan dengan
teratur.

13


Click to View FlipBook Version