1
BAB SATU
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kajian ini akan membincangkan tentang Peranan Komunikasi Islam Dalam
Berinteraksi Dengan Isu-Isu Perkauman: Kajian Terhadap Kefahaman Mahasiswa
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Dalam konteks ini pengkaji
ingin melihat bagaimana cara atau kaedah interaksi yang digunakan dalam komunikasi
Islam untuk memberi tindak balas terhadap isu-isu perkauman yang berlaku di
Malaysia. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat berkenaan konsep komunikasi yang
terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Rasulullah SAW merupakan contoh
tauladan yang terbaik dalam menyampaikan mesej kepada umatnya. Dalam kajian ini
juga, pengkaji ingin melihat apakah isu-isu perkauman dalam masyarakat majmuk yang
berlaku di Malaysia dan bagaimanakah cara yang telah digariskan di dalam al-Quran
dan al-Sunnah dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan perbezaan kaum dalam
kalangan masyarakat. Setelah itu, pengkaji akan menganalisis peranan komunikasi
Islam dan sejauh mana kefahaman mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS) dalam memahami konsep penggunaan komunikasi Islam sebagai
penyelesaian kepada isu-isu perkauman yang timbul.
2
Islam merupakan agama rahmat dan syumul, jadi setiap masalah yang berlaku telah
diberi garis panduan di dalam al-Quran dan hadis. Oleh itu, kajian ini amat penting
untuk dilaksanakan supaya isu yang timbul dapat diselesaikan dengan pendekatan yang
telah disediakan di dalam al-Quran dan hadis. Hal ini penting bagi penyatuan
masyarakat majmuk yang ada di Malaysia supaya rakyat dapat hidup dalam keadaan
aman dan damai.
1.2 Permasalahan Kajian
Komunikasi berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu communicate. Menurut
maksud di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah perhubungan (secara langsung
atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dll) massa komunikasi atau perhubungan
dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan
(secara langsung atau dengan perantaraa surat, radio, telefon, dll), mengadakan
perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll).
Definisi komunikasi menurut sarjana Barat daripada Bernard Barelson dan Garry A.
Steiner (2005) komunikasi ialah proses pemindahan informasi, gagasan, emosi,
keterampilan dan sebagainya dengan menggunakan simbol-simbol, kata-kata, gambar,
grafik, angka, dan lainnya. Selain itu, menurut Harold D. Lasswell (1960) pula ialah
cara yang tepat untuk menerangkan suatu tindakan komunikasi adalah menjawab
pertanyaan “siapa yang menyampaikan, apa yang disampaikan, melalui saluran apa,
kepada siapa dan apa pengaruhnya” (Marzuki Sepiaail, Rina Fakhizan Mohd Sukri dan
Alias Mat Saad, 2016).
3
Definisi komunikasi menurut Islam pula ialah komunikasi merupakan asas kepada
nilai-nilai keagamaan yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Justeru, segala sesuatu
yang berkait dengan proses komunikasi sama ada secara prinsip, kaedah, mesej,
matlamat, dan media hendaklah bertunjangkan wahyu dan sunnah Rasulullah SAW
(Marzuki Sepiaail, Rina Fakhizan Mohd Sukri dan Alias Mat Saad, 2016).
Selain itu, menurut perspektif Islam komunikasi juga sangat penting dalam kehidupan
manusia kerana ia bersangkutan dengan hubungan kepada Allah SWT secara vertikal
dan ia juga merangkumi komunikasi sesama manusia secara horizontal. Komunikasi
kepada Allah SWT terzahir melalui ibadah-ibadah fardu seperti solat, puasa, zakat dan
haji. Manakala komunikasi sesama manusia pula dapat dilihat melalui semua aspek
kehidupan manusia seperti sosial, budaya, politik, ekonomi, seni dan sebagainya (Dian
Ismi Islami, 2013).
Menurut Saleh (2012) komunikasi adalah proses menarik perhatian individu lain untuk
tujuan peringatan semula. Ia juga ditafsirkan sebagai diskriminasi respon atau
penapisan mesej oleh penerima. Komunikasi juga ditakrifkan sebagai transmisi
informasi yang mengandungi diskriminasi ransangan daripada sumber kepada
penerima. Dari segi tujuan, sumber mempunyai tujuan yang tertentu apabila
menyampaikan mesej kepada penerima (Mohd Norzi bin Nasir, Nurul 'Asyikin binti
Ismail dan Abur Hamdi bin Usman, 2018).
Perkauman pula berasal daripada perkataan kaum yang membawa maksud hal-hal
mengenai kaum (perhubungan saudara, golongan dll), hal atau perbuatan berkaum-
4
kaum. Di Malaysia terdapat kaum majoriti dan minoriti, kaum majoriti adalah kaum
Melayu, Cina, dan India manakala kaum minoriti pula banyak terdapat di Sabah dan
Sarawak. Kemajmukan rakyat di Malaysia merupakan satu keunikkan yang tiada pada
negara lain. Namun sentimen perkauman yang dimainkan oleh sesetengah individu
yang tidak bertanggungjawab telah menimbulkan api pergaduhan sesama kaum.
Terdapat pelbagai permasalahan yang timbul mengenai isu konsep komunikasi pada
hari ini. Sebagai contoh penggunaan bahasa dan cara komunikasi yang kasar dan tidak
sopan sering diamalkan dalam budaya kehidupan mahasiswa sekarang. Tambahan pula
menurut Kosmo Online, hari ini media sosial termasuk Twitter, Whatsapp, Telegram,
WeChat, Viber, Instagram, Facebook dan Youtube membuka ruang seluas-luasnya
kepada ahli masyarakat di seluruh dunia untuk berinteraksi dan berkomunikasi
menggunakan pelbagai bahasa dan cara penulisan. Malangnya penggunaan bahasa
yang kotor, kesat dan jijik sudah membanjiri media sosial. Artikel ini juga menyarankan
supaya semua pengguna media sosial seharusnya merasa terpanggil untuk
menggunakan bahasa yang betul dan baik seterusnya menegur pihak yang
menggunakan bahasa yang melanggar tatasusila sopan santun masyarakat di alam
Melayu ini (Supyan Husin, 2018).
Selain itu, masalah berkaitan perkauman pula menjadi kronik apabila ada sesetengah
pihak cuba meniup api permusuhan antara kaum bagi tujuan tertentu. Antara isunya
ialah, isu penghinaan ke atas institusi raja berpelembagaan. Hal ini sedia maklum
bahawa raja-raja di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu. Pakar sejarah, Prof. Datuk
Dr. Ramlah Adam berkata di dalam Utusan Online, institusi diraja juga tidak boleh
5
dicabar dan disentuh oleh mana-mana pihak seperti mana yang tertera dalam Perkara
181-183 di dalam perlembagaan tersebut. Malah kata Pengarah Pusat Kajian Institusi
Raja, Kepimpinan dan Komuniti, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) itu lagi, kuasa
raja-raja Melayu adalah tertinggi dan menyeluruh merangkumi kuasa eksekutif,
legislatif dan kehakiman. Beliau mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah yang dukacita dengan tindakan pihak tertentu sejak kebelakangan ini yang
secara terbuka menghina dan memperlekehkan institusi raja bagi menghasut serta
mempengaruhi rakyat agar membenci raja-raja Melayu. Lebih mendukacitakan Sultan
Sharafuddin bertitah, hasutan bagi membenci raja-raja Melayu itu dilakukan oleh
segelintir orang Melayu (Azman Ibrahim, 2018).
Isu lain yang hangat dan boleh menimbulkan konflik ialah isu penghinaan ke atas
junjungan besar umat Islam iaitu Rasulullah SAW. Ada setengah pihak sengaja
menimbulkan persepsi ke atas Baginda SAW sekali gus mencetuskan kemarahan umat
Islam di Malaysia. Menurut sumber BH Online, kerajaan digesa mengambil tindakan
tegas terhadap mana-mana individu yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW
dalam laman sosial. Selain itu, menurut Muhammad Shameer Mohamed Sulaiman
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) P.Pinang berkata perbuatan itu
dilihat semakin menular, terutama selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri (DUN) Semenyih, baru-baru ini. Beliau berkata, ia jelas bercanggah dengan
semangat kesatuan antara kaum dan menghormati setiap agama yang sudah lama
terjalin dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini. “Negara kita terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama, justeru sekiranya isu ini tidak dihentikan, ia akan
menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakyat Malaysia (Siti Hajar Yusof, 2019).”
6
Akhir sekali, pengkaji ingin melihat bagaimana kefahaman mahasiswa tentang
komunikasi Islam dalam berinteraksi dengan isu-isu perkauman yang berlaku dalam
masyarakat majmuk. Sebagai contoh melihat kepada satu isu yang menggemparkan
Malaysia iaitu tragedi terbunuhnya seorang anggota bomba iaitu Muhammad Adib,24.
Hal ini berpunca dari insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27
November lalu. Kes itu telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
iaitu bunuh menurut polis yang dilaporkan oleh BH Online (Nor Azizah Mokhtar,
2018).
Jadi di sini pengkaji ingin melihat signifikasi komunikasi Islam dalam menyelesai dan
menggelakan isu-isu perkauman ini timbul dan apakah kefahaman mahasiswa
mengenainya.
Seterusnya, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan
penduduk di Malaysia 2018 dianggarkan sebanyak 32.4 juta orang dengan kadar
pertumbuhan penduduk tahunan 1.1%. Penduduk warganegara mengikut kumpulan
etnik bermula dengan Bumiputera sebanyak 20.07 juta (69.1%). Seterusnya Cina
sebanyak 6.69 juta (23.0%) dan India sebanyak 2.01 juta (6.9%). Akhir sekali, lain-lain
sebanyak 0.29 juta (1.0%). Etnik Bumiputera mencatatkan peningkatan sebanyak 0.3
mata peratus berbanding tahun 2017. (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2018)
Selain itu, terdapat satu artikel yang ditulis oleh Jazimin Zakaria memetik statistik yang
dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang siasatan berkaitan kes hasutan
dari tahun 2010 sehingga tahun 2016 menunjukkan kes berkaitan isu perkauman
7
sebanyak 13%. Antara kes lain berkaitan agama sebanyak 16%, institusi raja sebanyak
14%, pentadbiran keadilan sebanyak pentadbiran keadilan sebanyak 15%,Sabah
Sarawak keluar Malaysia 2% dan akhir sekali lain-lain sebanyak 40% (Jazimin Zakaria,
Sity Daud dan Muhamad Takiyudin Ismail, 2018).
1.3 Persoalan Kajian
1.3.1 Apakah konsep komunikasi di dalam Islam menurut perspektif al-Quran
dan al-Sunnah?
1.3.2 Apakah isu-isu perkauman yang berlaku dahulu dan sekarang?
1.3.3 Bagaimanakah kefahaman mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS) berkenaan peranan komunikasi Islam dalam berinteraksi
dengan isu-isu perkauman?
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengenal pasti konsep komunikasi Islam menurut perspektif al-Quran dan
al-Sunnah.
1.4.2 Mengenal pasti isu-isu perkauman dalam masyarakat majmuk.
1.4.3 Menganalisis kefahaman mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS) tentang komunikasi Islam dalam berinteraksi dengan isu-
isu perkauman.
8
1.5 Limitasi Kajian
Kajian ini ingin mengkaji tentang konsep komunikasi . Penekanan yang difokuskan
adalah dari aspek komunikasi Islam. Fokus kajian pengkaji adalah, tinjauan mengenai
kefahaman mahasiswa Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Pengajian Peradaban Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) semester 6 sesi II 2019/2020
mengenai peranan komunikasi Islam dalam berinteraksi dengan isi-isu perkauman.
Antara jabatan yang terlibat adalah, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Jabatan Dakwah
dan Usuluddin, Jabatan Tahfiz dan Qiraat dan Jabatan Bahasa Arab dan Linguistik.
Kesimpulannya, sebanyak 62 orang responden yang mewakili kesemua jabatan yang
terlibat. Selain yang tidak disebutkan adalah tidak termasuk dalam skop kajian pengkaji
dan tidak mempengaruhi hasil dapatan kajian.
1.6 Hipotesis Kajian
HO: Tidak terdapat hubungan yang signifikan tentang kefahaman mahasiswa Ijazah
Sarjana Muda Fakulti Pengajian Peradaban Islam semester 6 tahun akademik sesi II
2019/2020 mengenai peranan komunikasi islam dalam berinteraksi dengan isu-isu
perkauman.
9
1.7 Kesimpulan
Dalam kajian ini pengkaji mengkaji mengenai kefahaman mahasiswa Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) tentang peranan komunikasi Islam dalam
berinteraksi dengan isu-isu perkauman. Kajian ini dilakukan khusus kepada mahasiswa
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam Fakulti Pengajian
Peradaban Islam di peringkat Ijazah Sarjana Muda semester 6 sesi II 2019/2020.
Selain itu, dalam kajian ini juga, pengkaji ingin mengenal pasti konsep komunikasi
Islam yang berlandas al-Quran dan al-Sunnah serta teori-teori komunikasi daripada
sarjana-sarjana Islam serta Barat. Seterusya, dalam kajian ini juga pengkaji ingin
mengetahui tentang isu-isu perkauman yang berlaku pada zaman dahulu dan sekarang
dalam masyarakat majmuk khususnya di Malaysia. Setelah itu, pengkaji ingin
menganalisis kefahaman mahasiswa KUIS tentang konsep peranan komunikasi Islam
dalam berinteraksi dengan isu-isu perkauman.
Islam memberikan jalan penyelesaian terhadap segala masalah yang berlaku. al-Quran
dan al-Sunnah mestilah dijadikan sebagai pegangan dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Kepelbagaian kaum yang ada di bumi Malaysia ini haruslah dijaga dengan
baik berteraskan kepada prinsip-prinsip keharmonian agar tidak menimbulkan isu-isu
sensitif dikalangan mana-mana kaum.
10
BAB DUA
TINJUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan mengenai kajian-kajian lepas yang akan menyokong
kajian yang akan dilakukan. Dengan adanya kajian-kajian lepas yang telah dilakukan
ia dapat membantu kajian ini dilakukan untuk mengisi kelompongan yang masih
berbaki. Hal ini demikian kerana ia akan menguatkan releven kajian ini dilakukan. Di
dalam bab ini pengkaji membahagikan kepada dua subtopik iaitu tinjauan literatur
mengenai konsep komunikasi Islam dan tinjauan literatur mengenai isu-isu perkauman.
2.2 Huraian Tinjauan Literatur
Di dalam bahagian ini pengkaji membahagikan kepada dua subtopik iaitu tinjauan
literatur mengenai komunikasi dan tinjauan literatur mengenai perkauman. Pengkaji
mendatangkan kajian-kajian lepas kerana ingin melihat apakah kelompongan kajian
yang dapat diisi oleh pengkaji dan seterusnya dapat menambah hasil rujukan pengkaji.
11
2.2.1 Tinjauan Literatur Komunikasi Islam
Antara tinjauan literatur yang diperoleh di bawah tajuk komunikasi Islam yang pertama
ialah dari Amir Aris dan Ahmad Rozelan Yunus (2016) yang bertajuk Komunikasi
Berkesan menyatakan manusia dilahirkan di dalam dunia komunikasi. Dunia
komunikasi merupakan satu alam yang dipenuhi oleh fenomena yang mengandungi
maklumat fenomena tersebut di mana ia mampu ditanggapi oleh pancaindera manusia
dan diproses oleh fikiran manusia supaya menjadi makna yang tertentu. Di dalam dunia
komunikasi ini manusia perlu melibatkan diri di dalam kegiatan komunikasi. Kegiatan
komunikasi seperti bercakap, menelefon, membaca, mendengar radio, atau percakapan,
menonton dan menulis merupakan kegiatan seharian bagi kebanyakan manusia. Selain
itu, kajian ini juga menekankan prinsip-prinsip komunikasi dalam Islam yang mana
komunikasi dalam Islam adalah dengan tujuan untuk menyampaikan kalam Allah SWT
di atas muka bumi ini. Dengan erti kata lain, komunikasi dalam Islam berpaksikan
usaha menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Justeru kajian
seterusnya yang akan dilakukan untuk lebih memfokuskan komunikasi Islam sebagai
jalan penyelesaian kepada isu-isu perkauman yang berlaku.
Di samping itu, kajian oleh Mohd Norzi bin Nasir, Nurul ‘Asyikin binti Ismail dan Abur
Hamdi bin Usman (2018) yang bertajuk Refleksi Komunikasi Berkesan Dalam Peribadi
Rasulullah SAW. Dalam kajian tersebut dibincangkan tentang contoh-contoh
komunikasi berkesan yang diterjemahkan oleh baginda Rasulullah SAW kepada
umatnya melalui komunikasi lisan dan bukan lisan. Mereka menyatakan bahawa
berkomunikasi sangat dituntut di dalam Islam dengan mengikut acuan yang telah
12
ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Kajian ini juga memfokuskan kepada
komunikasi lisan dan bukan lisan terhadap Rasulullah dalam berkomunikasi dengan
umatnya kerana baginda dilihat sebagai suri teladan kepada seluruh umat manusia di
muka bumi ini. Jadi sangat perlulah kita kembali melihat sunnah Rasulullah dalam
segenap aspek kehidupan. Oleh itu kajian yang akan dijalankan aku memberi fokus
terhadap bagaimana komunikasi boleh digunakan dalam menangani masalah
dikalangan kaum di Malaysia dan ingin melihat kepada kefahaman mahasiswa di Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berkaitan isu tersebut.
Kajian oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin (2007) yang bertajuk Komunikasi Imam
Shafie dalam Penyebaran Islam. Menurut beliau menyatakan bahawa satu aspek
perspektif Islam dalam komunikasi ialah penekanannya ke atas nilai sosial, agama dan
kebudayaan dan terhadap penyelidikan secara penglibatan. Hasil daripada konsep
pendekatan penyelidikan secara penglibatan ini ialah aspek komunikasi interpersonal
yang mungkin merupakan suatu aspek teori komunikasi yang paling mengarah kepada
sosio-agama-budaya. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya memfokuskan kepada
komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan yang diaplikasikan oleh Imam Syafii
dalam menyebarkan dakwah islamiyyah. Oleh itu, kajian ini akan dilakukan ini lebih
memberi fokus kepada aspek penyampaian dakwah yang mengguna pakai ilmu
komunikasi Islam dalam mengharmonikan isu-isu perkauman.
Nik Siti Khadijah binti Nik Salleh (2015) dalam kajiannya bertajuk Pengurusan Gaya
Motivasi Rasulullah dalam Pendakwah Masa Kini menyatakan bahawa tokoh motivasi
ulung idola terbaik adalah Rasulullah SAW. Sepanjang sejarah peradaban manusia,
13
Rasulullah SAW telah menunjukkan teladan terbaik dalam pengurusan, kepimpinan,
bahkan dalam motivasi kepada sahabat dan umat sehingga menduduki tangga ke atas
sebagai manusia yang paling berpengaruh. Dalam kajian beliau turut menyatakan
dorongan motivasi Rasulullah SAW ke arah mempertahankan agama dan
menyemarakkan perkara kebaikan dalam masyarakat. Hidup para sahabat penuh
bersemangat dan bermotivasi kerana mereka hidup bersama tokoh motivator ulung,
iaitu Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun kajiannya hanya memfokuskan kepada
pengurusan gaya motivasi Rasulullah yang mana menekankan elemen-elemen motivasi
Rasulullah SAW kepada para sahabat dan sekalian umat manusia. Oleh itu, kajian yang
akan dilakukan ini lebih memfokus dari aspek komunikasi Islam.
Selain itu, satu kajian yang dilakukan oleh Rosni binti Wazir, Jamiurrashid bin
Makmum, Rafiza binti Kasbun dan Khodijah bin Abdul Rahman (2015) yang
membincangkan tentang Komunikasi Dalam Islam Prinsip-prinsip Berdasarkan al-
Quran dan al-Sunnah. Kajian ini menyentuh tentang tips-tips, prinsip serta panduan
yang disimpulkan daripada ayat-ayat al-Quran al-Karim serta hadis Rasulullah SAW
sebagai senjata untuk melahirkan komunikator yang berkesan. Pengkaji kajian ini
berpendapat bahawa seorang Muslim berkomunikasi bukan sekadar untuk
menyampaikan maklumat tetapi membawa tanggungjawab sebagai seorang “daie” atau
pendakwah yang diwajibkan menyampaikan mesej mengikut kadar keupayaan masing-
masing. Setakat ini kajian yang telah dilakukan ini berkisarkan tentang prinsip-prinsip
komunikasi yang telah ditetapkan berlandaskan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis
sahih. Walau bagaimanapun, tidak menyentuh dengan lebih terperinci tentang peranan
komunikasi Islam dalam berinteraksi dengan isu-isu perkauman. Oleh itu, kajian yang
akan dilakukan akan lebih memfokuskan kepada hal berikut.
14
Zulkefli bin Aini, Abd Hakim Mohad, Rosmawati Mohammad Rasit, Muhammad
Faisal Asha’ari, Siti Rugayah Tibek, Muhammad Adib Samsudin, Salasiah Hanin
Hamjah, Ahmad Irdha Mokhtar, S.Salahudin Suyurno (2014) membuat kajian tentang
Komunikasi Dakwah Antara Budaya Dalam Masyarakat Majmuk di Sabah. Kajian ini
membincangkan tentang proses komunikasi antara budaya dalam konteks dakwah yang
melibatkan interaksi antara pendakwah dengan sasaran dakwah (mad’u) khusunya di
Sabah. Kajian ini juga menggabungkan beberapa teknik komunikasi antara pendakwah
dengan mad’u supaya mesej dakwah dapat disampaikan dengan baik. Walau
bagaimanapun, kajian mereka ini hanya tertumpu pada masyarakat di Sabah sahaja
serta tidak membincangkan tentang konsep komunikasi Islam dalam menyelesaikan
isu-isu perkauman yang berlaku . Oleh itu, kajian ini akan meluaskan konsep
komunikasi Islam menurut perspektif al-Quran dan al-Sunnah serta teori-teori
komunikasi.
Satu kajian yang telah dilakukan oleh Harjani Hefni (2014) yang bertajuk
Pekembangan Ilmu Komunikasi Islam menyatakan perkembangan ilmu komunikasi
Islam berkembang mengikut peredaran masa. Beliau berpendapat bahawa ilmu ini telah
berkembang di abad ke-20. Perkembangan tersebut dipengaruhi oleh perkembangan
ilmu komunikasi, terutama ketika teknologi komunikasi dan media komunikasi
berkembang pesat seiring dengan keperluan manusia. Beliau juga turut memuatkan
sejarah yang terdapat di dalam al-Quran dengan tujuan untuk menelusuri okbjektif
kajiannya menurut Islam. Selain itu, beliau juga berpandangan supaya sumber-sumber
tentang komunikasi yang klasik hingga modern perlu diketengahkan serta
dikembangkan sumber ilmu itu untuk kemajuan teknologi. Walau bagaimanapun,
kajian ini tidak membincangka secara khusus pengaplikasian peranan komunikasi
15
Islam dalam kehidupan masyarakat majmuk. Jadi, kajian yang bakal dijalankan akan
memfokuskan pada hal berikut.
Seterusnya kajian lain yang berkaitan ialah kajian oleh Phayilah Yama, Mohd Shairawi
Mohd Noor, Siti Zaliha Ibrahim, Siti Azwanie Che Omar, Mohammad Ikhmal Syamimi
Rozeli (2018) yang bertajuk Penguasaan Komunikasi Islam Dalam Kalangan Pelajar
Sarjana Muda al-Quran dan al-Sunnah Dengan Komunikasi Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor, menyatakan komunikasi merupakan elemen penting yang
harus dikuasai oleh seorang pelajar yang bergelar mahasiswa. Komunikasi juga adalah
salah satu alat yang menghubungkan antara manusia secara verbal ataupum non-verbal.
Hal ini kerana manusia yang hidup di muka bumi ini haruslah saling berkenalan antara
satu sama lain kerana proses komunikasi merupakan tunjang utama yang tidak dapat
dielakkan bagi seseorang itu dalam menjalankan aktivit harian mereka.
Setesrusnya lagi, Kusnadi (2014) di dalam kajiannya yang bertajuk Komunikasi dalam
al-Quran (Studi Analisis Komunikasi Interpersonal pada Kisah Ibrahim) mengkaji
mengenai komunikasi dari perspektif interpersonal tentang kisah Nabi Ibrahim AS.
Dari kisah Nabi Ibrahim AS tersebut dapat disimpulkan bahawa komunikasi
interpersonal dilakukan dalam beberapa bentuk antaranya ialah dalam bentuk dialog
antara Nabi Ibrahim AS dengan Namrud. Komunikasi interpersonal dapat digunakan
untuk mengubah sikap dan tingkah laku seseorang. Namun ianya perlulah dilakukan
dengan menggunakan metode tertentu, contohnya seperti melihat alam semesta dan
planet-planet. Namun begitu, kajian ini tidak mengulas berkaitan kefahaman
masyarakat mengenai skop komunikasi interpersonal yang di ketengahkan. Oleh itu,
16
kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji akan lebih memfokuskan kepada kefahaman
mahasiswa khususnya mengenai peranan komunikasi Islam dalam berinteraksi dengan
isu-isu perkauman.
2.2.2 Tinjauan Literatur Mengenai Perkauman
Pada tajuk ini, pengkaji akan membahaskan berkaitan tinjauan literatur berkenaan
perkauman dari segi perpaduan, perpecahan, penyatuan kaum dan sebagainya. Antara
kajian yang telah dilakukan ialah kajian oleh Fatimi Hanafi, Zulkarnain Abdul Rahman
dan Arbaiyah Mohd Noor (2016) yang bertajuk Perpaduan Politik Asas Integrasi
Nasional di Malaysia yang membincangkan tentang faktor-faktor pengukuhan
perpaduan dan faktor-faktor pemecahbelahan antara kaum di Malaysia yang membawa
kepada konflik antara kaum. Selain itu, kajian ini membincangkan usaha-usaha yang
perlu dijalankan oleh kerajaan kea rah perpaduan dan integrasi nasional bagi menangani
konflik antara kaum. Walau bagaimanapun, kajian mereka tidak memasuk elemen
Islam dalam mendamaikan konflik yang berlaku di antara kaum. Oleh itu, kajian ini
akan mengupas dengan lebih terperinci tentang bagaimana mengharmonikan isu-isu
perkauman menurut komunikasi Islam.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Hamidi Ismail, Kalthum Hassan dan Mohd Nizar
Zakaria (t.t) yang bertajuk Kesederhanaan Ke Arah Perpaduan Kaum di Malaysia
menyatakan bahawa Malaysia mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri dalam
membina perpaduan rakyat disebabkan memiliki pelbagai kaum dan agama. Islam
menjadi pemangkin kepada perpaduan rakyat disebabkan kesederhanaannya, malah
17
menjadi amalan dalam kalangan rakyat di negara ini. Kajian ini memfokuskan kepada
gagasan 1Malaysia yang diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam iaitu Dato’
Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak. Gagasan 1Malaysia ini dilihat mampu
menjadi saluran penting untuk membentuk perpaduan nasional sekiranya setiap kaum
mengamalkan nilai kesederhanaan. Konsep kesederhanaan yang dibawa dalam gagasan
ini juga bertepatan dengan nilai-nilai di dalam Islam iaitu konsep wasatiyyah. Justeru,
nilai kesederhanaan ini penting bagi membentuk perpaduan negara memperlihatkan
bahawa bagi mencapai Wawasan 2020, G1M adalah sebagai payung utama, penunjuk
arah dan pemangkin kepada perpaduan kaum yang selaras dengan tuntutan Islam.
Seterusnya, satu kajian yang pernah dilakukan oleh Nazri Muslim, Nik Yusri Musa dan
Ahmad Hidayat Buang (2011) berkaitan Hubungan Etnik di Malaysia dari Perspektif
Islam. Mereka menyatakan Islam mengiktiraf kemulian setiap manusia tanpa mengira
etnik. Oleh itu, tidak boleh berlaku perbezaaan atau penafian hak berdasarkan etnik.
Manusia secara fitrah dijadikan oleh Allah SWT dalam bentuk, kelompok, dan budaya
yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan
perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku. Selain itu,
kepelbagaian manusia ini adalah bagi meransang serta menggalakkan berlakunya
interaksi, kerjasama serta saling melengkapi dan bukannya pengasingan atau konflik.
Oleh itu, satu kajian akan dilakukan bagi melihat bagaimanakah kaedah yang diberikan
dalam komunikasi Islam dalam mengharmonikan serta menyelesaikan isu perkauman
yang timbul tanpa ada unsur rasis, pilih kasih dan sebagainya.
18
Di samping itu, kajian oleh Halipah Hamzah (2016) membincangkan tentang Kajian
Hubungan Etnik Dalam Kalangan Remaja Muslim. Malaysia sering dikaitkan dengan
kebijaksanaan dalam pengurusan keharmonian kaum. Justeru itu, kajian ini dilakukan
bagi mengenalpasti tahap hubungan etnik dalam kalangan remaja Muslim. Seramai 330
orang respoden terlibat di dalam kajian ini. Kebanyakkan responden mempunyai tahap
hubungan etnik yang baik dengan melibatkan hubungan dengan pelbagai kaum dan
bangsa. Namun, masih ada segelintir remaja Muslim yang hanya menjalinkan
hubungan dengan rakan sesama agama sahaja atas alasan saling memahami kerana
persamaan agama. Menurut hasil dapatan kajian ini menyatakan bahawa hubungan
antara etnik dalam kalangan remaja Muslim adalah baik, tahap hubungan inter etnik
sebanyak 92.4% berbanding intra etnik hanya sebanyak 7.6%. Hal ini menunjukkan
impak positif dalam mengurangkan isu-isu yang melibatkan perkauman. Apabila
terjalinnya hubungan dan persefahaman antara kaum maka tidak akan timbul isu-isu
yang melibatkan perkauman secara langsung dalam mengekalkan keharmonian di
dalam negara.
Akhir sekali, dipetik daripada sebuah jurnal yang bertajuk Isu-isu Sensitif Dalam
Masyarakat Majmuk di Malaysia Pasca Pilihanraya Umum (PRU14): Aplikasi
Pendekatan Kesederhanaan yang ditulis oleh Mohd Anuar Ramli et.al membincangkan
mengenai isu-isu sensitif yang melibatkan masyarakat majmuk di Malaysia selepas
PRU14. Menurutnya, dalam peralihan kuasa pasca PRU14, isu-isu sensitif yang timbul
dalam masyarakat Malaysia merentasi kepercayaan dan pegangan agama, dan juga
etnik perkauman. Berbanding sebelumnya, isu yang timbul lebih bersifat keagamaan
dan perkauman. Tambahan lagi, isu yang tercetus lebih cenderung kepada blok politik
yang utama yang tidak lagi berdasarkan parti politik perkauman, khusus kaum Melayu,
19
Cina dan India. Sebaliknya, isu sensitif yang muncul telah diwarnai dengan latar
belakang parti politik multi agama dan multi kaum. Justeru, isu sensitif yang timbul
juga berkaitan dengan stereotaip agama dan etnik. Dalam kajian ini juga merumuskan
pendekatan yang relevan dengan prinsip kesederhanaan Islam dalam menangani isu
sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya
akan menyentuh dari aspek pendekatan kesederhanaan dalam Islam yang dilihat
sebagai solusi yang efisien dalam menangani isu-isu sensitif tersebut. Oleh itu, kajian
yang akan dilakukan ini akan menyentuh dari aspek komunikasi Islam pula, bagaimana
ia dapat menyelesaikan isu-isu perkauman yang timbul di Malaysia.
2.3 Kesimpulan
Terdapat banyak kajian-kajian lepas yang telah dilakukan. Justeru, ia dapat
mengukuhkan lagi kajian yang bakal dijalankan ini. Terdapat sembilan kajian yang
melibatkan komunikasi Islam dan lima kajian yang berkaitan dengan isu perkauman.
Kajian- kajian tersebut telah dirumuskan oleh pengkaji bagi mengisi kelompongan-
kelompongan yang ada dalam kajian yang telah dijalankan. Justeru, tinjauan literatur
ini sangat membantu pengkaji bagi memdapatkan maklumat-maklumat penting
berkaitan kajian yang dijalankan. Selain itu, tinjauan literatur ini juga dapat
memperbanyakkan lagi sumber rujukan pengkaji sekali gus memudahkan urusan
pengkaji untuk merujuk rujukan yang tepat dan sahih. Akhir sekali, diharap kajian ini
dapat dilakukan dengan lancar dan berjaya. Segala tinjauan literatur yang diperoleh
akan digunakan sebaik-baiknya.
20
BAB TIGA
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Metodologi kajian adalah meliputi kaedah, cara dan pendekatan yang digunakan untuk
mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian akan membuatkan kajian
lebih tersusun dan sistematik serta perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai
objektif yang telah ditetapkan. Bab ini akan menjelaskan metodologi yang digunakan
dalam kajian yang dijalankan. Pengkaji merancang dengan teratur metodologi kajian
dan strategi-strategi yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data melalui
kaedah-kaedah tertentu. Bab ini juga akan membincangkan secara mendalam berkaitan
beberapa perkara penting dalam metodologi dan strategi yang digunakan dalam
menyelesaikan kajian ini. Antara perkaranya ialah:
i. Reka bentuk kajian
ii. Pemilihan sampel
iii. Pengumpulan data
iv. Penganalisaan data
Justeru, metodologi kajian dan strategi yang telah disusun adalah untuk mendapatkan
maklumat dan data bagi mencapai objektif dan matlamat kajian.
21
3.2 Reka Bentuk Kajian
Secara umumnya kajian ini adalah kajian kuantitatif yang berbentuk diskreptif yang
bertujuan untuk mengenalpasti mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan
kefahaman mahasiswa KUIS mengenai peranan komunikasi Islam dalam berinteraksi
dengan isu-isu perkauman. Kajian kuantitatif ini merujuk kepada penggunaan
pengukuran secara objektif untuk menghasilkan data numerikal yang lazimnya
dianalisis menggunakan statistik (Kamal Azmi Abd Rahman, Muhammad Yusuf
Marlon Abdullah, Ahmad Faqih Ibrahim, Nurzatil Ismah Azizan, Zanariah Dimon dan
Sahlawati Abu Bakar, 2017).
Sulaiman Masri (2003) menyatakan reka bentuk kajian adalah satu perancangan yang
menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk menentukan jawapan kepada
permasalahan penyelidikan yang ditetapkan. Ia juga dikatakan sebagai suatu panduan
tentang pendekatan kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam sesuatu kajian. Di
samping itu, reka bentuk kajian dapat menentukan strategi kaedah serta kesesuaian
pemilihan suatu ujian statistik bagi menganalisis data kajian (Muhammad Yusuf
Marlon Bin Abdullah, t.t).
22
3.3 Pemilihan Sampel
Pemilihan sampel dilakukan ke atas mahasiswa Ijazah Sarjana Muda di Fakulti
Pengajian dan Peradaban Islam (FPPI), Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS).
Bagaimanapun, kajian hanya memfokuskan kepada mahasiswa semester 6 sesi II
2019/2020 sahaja. Mereka terdiri daripada pelbagai kursus pengajian antaranya ialah
al-Quran dan al-Sunnah dengan Komunikasi, Usuluddin dengan Multimedia, Dakwah
dengan Pengurusan Sumber Insan, Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Bahasa Arab Sebagai
Bahasa Kedua, Bahasa Arab (Terjemahan) dan Bahasa Arab dengan Multimedia. Oleh
itu, sebanyak 62 orang responden akan dipilih secara rawak mewakili kesemua kursus
pengajian yang akan dimasukkan dalam kajian.
Jumlah Keseluruhan
Bil Program Pengajian Pelajar Semester 6 sesi II
2019/2020
Al-Quran dan al-Sunnah dengan 51
1. Komunikasi
2. Usuluddin dengan Multimedia 12
3. Dakwah dengan Pengurusan Sumber Insan 18
4. Tahfiz al- Quran dan al- Qiraat 57
5. Bahasa Arab dengan Multimedia 7
6. Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua 40
7. Bahasa Arab (Terjemahan) 18
Rajah 3.3.1 Bilangan Mahasiswa (FPPI)
23
Mahasiswa di Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) secara umumnya telah
mencapai tahap matang dalam berfikir dan menganalisis soalan-soalan soal selidik
yang akan dikemukan kelak. Hal ini kerana, responden yang dipilih sudah berada di
semester 6 ketika ini, dan mereka akan mula mempelajari subjek Metodologi
Penyelidikan. Oleh itu, pengkaji merasakan bahawa mereka adalah responden yang
sesuai untuk menjadi responden dalam kajian ini kerana ia akan berkait dengan subjek
yang mereka akan pelajari sekali gus memberi gambaran awal tentang bagaimana cara
untuk mereka melakukan latihan ilmiah kelak.
3.4 Pengumpulan Data
Pada bahagian ini pengkaji akan menerangkan kaedah atau metode yang digunakan
untuk menjalankan kajiannya. Kajian ini telah menggunakan metode-metode yang
dianggap sesuai bagi mencari dan mengumpulkan maklumat yang berkaitan. Menerusi
metode-metode ini juga pengkaji menyakini bahawa ia mampu membantu pengkaji
dalam mengumpul dan memperoleh data-data yang penting kepada pengkaji. Selain itu,
ia juga dapat memberikan penghuraian yang luas terhadap kajian pengkaji. Antara
metode-metodenya ialah:
3.4.1 Metode Borang Selidik
Kaedah kuantitatif yang digunakan oleh pengkaji berikutan daripada instrumen-
instrumen yang dijalankan iaitu set soal selidik, di mana borang soal selidik tersebut
24
akan diedarkan kepada 62 orang pelajar di bawah Fakulti Pengajian Peradaban Islam
(FPPI) di semester 6 2019/2020 sesi II. Borang soal selidik akan diedarkan secara rawak
kepada mahasiswa dan mahasiswi di Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) dan
ianya tidak melibatkan fakulti-fakulti lain yang ada di Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS). Metode ini adalah aspek terpenting kerana ianya untuk
memastikan data yang diperoleh oleh pengkaji adalah kukuh dan melepasi piawaian
yang telah ditetapkan dan ia juga selari dengan pemikiran dan pemahaman mahasiswa
terkini. Oleh hal yang demikian, soal selidik ini merupakan instrumen penting bagi
mendapatkan data-data yang berkaitan.
3.4.2 Metode Tinjauan
Seterusnya, metode lain yang diguna pakai adalah dengan menggunakan kaedah
tinjauan. Kaedah ini dipilih oleh pengkaji kerana pengkaji ingin mengenal pasti
kefahaman mahasiswa di (FPPI) mengenai komunikasi Islam dan isu-isu perkauman
yang berlaku di negara Malaysia. Metode ini akan memberikan gambaran awal
terhadap mahasiswa yang dipilih untuk menjawab soal selidik. Apabila kaedah ini
diaplikasikan pengkaji dapat mengukuhkan lagi hasil kajian yang akan diperoleh
setelah penganalisaan data dilakukan.
25
3.4.3 Metode Dokumentasi
Metode dokumentasi ini juga telah diguna pakai oleh pengkaji ketika menjalankan
kajiannya. Metode ini telah memberi manfaat yang begitu banyak kepada pengkaji
dalam menjalankan kajian yang berkaitan dengan tajuknya serta mendapatkan data
yang berkaitan. Dokumen-dokumen yang digunakan dalam kajian ini ialah al-Quran
dan hadis sebagai sumber utama. Selain itu, dokumen-dokumen lain seperti jurnal,
tesis, artikel, buku, kitab, kamus dan sebagainya turut digunakan oleh penulis dalam
usaha menjalankan kajian ini.
3.5 Penganalisaan Data
Di dalam bahagian ini pengkaji akan membawakan metode-metode yang digunakan
untuk menganalisis data yang diperolehi. Antara metode yang digunakan adalah
metode deduktif, metode induktif dan metode statistik deskriptif. Pengkaji akan
menggunakan ketiga-tiga metode ini dalam menganalisis data kajiannya.
3.5.1 Metode Deduktif
Metode deduktif ini merupakan proses mengalisis data tidak melibatkan struktur,
kerangka, teori yang ditetapkan lebih awal. Pendekatan ini lebih komprehensif dan
paling kerap digunakan untuk menaganalisis data kualitatif. Terdapat banyak kaedah
untuk mengaplikasi pendekatan deduktif dan yang paling lazim ialah dengan
26
menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan tema (Kamal Azmi Abd
Rahman, Muhammad Yusuf Marlon Abdullah, Ahmad Faqih Ibrahim, Nurzatil Ismah
Azizan, Zanariah Dimon dan Sahlawati Abu Bakar, 2017).
Justeru, kajian ini menggunakan kaedah deduktif untuk membuktikan kebenaran
sesuatu teori atau keadah dalam mengumpulakan maklumat melalui sampel yang
digunakan oleh pengkaji dalam bab empat iaitu memperhalusi definisi tajuk serta
kesannya terhadap masyarakat Islam khususnya mahasiswa Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS). Metode ini juga memberi pengkaji peluang untuk
melakukan rumusan keseluruhan kajian dan mengemukakan komentar serta cadangan.
3.5.2 Metode Induktif
Metode induktif pula ialah membuat kesimpulan daripada yang bersifat khusus kepada
umum. Data yang digunakan oleh pengkaji dalam metode ini ialah ketika melakukan
latar belakang masalah, kerangka teori dan data yang diperolehi melalui penyelidikan
perpustakaan, dokumen ataupun fakta-fakta yang didapati. Metode induktif ini
digunakan kerana ia bersesuaian dengan penyelidikan ini bagi menghuraikan data-data.
Data-data akan dihimpunkan dan seterusnya dikaitkan dengan data yang lain supaya
maklumat lebih tepat dan spesifik.
27
3.5.3 Metode Statistik Deskriptif
Statistik deskriptif adalah digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel seperti
demografi responden dan sebagainya. Ia juga bertujuan digunakan untuk membuat
kesimpulan mengenai data numerikal menggunakan sistem SPSS Statiscal Package for
the Social Science. Ia tidak boleh dibuat generalisasi daripada sampel kajian kepada
populasi. Contoh ujian statistik ialah frekuensi, min, median, peratus dan sebagainya.
3.6 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan di dalam bab ini menghuraikan tentang metode yang diguna pakai
dalam menjalankan kajian ini. Secara amnya kajian ini adalah kajian kuantitatif yang
berbentuk diskreptif yang bertujuan untuk mengenalpasti mengkaji secara empirikal
dan sistematik berkaitan kefahaman mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS) mengenai peranan komunikasi Islam dalam berinteraksi dengan isu-
isu perkauman.
Pemilihan sampel bagi kajian ini adalah ke atas mahasiswa di Fakulti Pengajian dan
Peradaban Islam (FPPI), Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS). Selain itu,
pengumpulan data pula menggunakan metode borang soal selidik, tinjauan, dan
dokumentasi. Akhir sekali, penganalisaan data pula mengguna pakai metode deduktif,
induktif dan statistik deskriptif.
28
BAB EMPAT
KONSEP DAN LATAR BELAKANG TEMA KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Di dalam bab ini, pengkaji membincangkan mengenai konsep dan latar belakang umum
tema kajian. Pengkaji membawakan definisi-definisi penting yang menjadi tunggak
utama dalam kajian ini iaitu dengan menyatakan definisi komunikasi dari sudut
pandang sarjana Barat dan juga sarjana Islam. Kemudian melihat pula kepada konsep
komunikasi menurut al-Quran dan al-Sunnah. Pengkaji akan mendatangkan ayat-ayat
al-Quran dan hadis-hadis berkenaan dengan komunikasi. Seterusnya, pengkaji melihat
pula kepada definisi perkauman. Selain itu, melihat konsep perkauman menurut al-
Quran dan al-Sunnah. Akhir sekali, pengkaji mendatangkan isu-isu perkauman yang
berlaku pada zaman dahulu dan juga yang berlaku pada zaman sekarang.
4.2 Komunikasi
Komunikasi adalah suatu proses penyampaian maklumat atau pesanan dari satu pihak
kepada pihak yang lain agar terjadi keadaan yang mempengaruhi perbuatan seseorang.
Saodah, Narimah dan Mohd Yusuf (2003) menerangkan komunikasi merupakan suatu
asas seperti mana keperluan kita untuk makanan, tempat tinggal dan pakaian. Individu
dalam masyarakat akan berkomunikasi sama ada antara rakan sekaum atau dengan
kaum lain dalam proses sosial masyarakat. Kebiasaannya ia melibatkan proses
pertukaran dan koordinasi maklumat. Oleh kerana itu, tanpa komunikasi masyarakat
29
tidak mungkin akan terbentuk, sebaliknya tanpa masyarakat maka manusia tidak
mungkin dapat mengembangkan komunikasi (Schramm, 1988). Komunikasi dikatakan
berhasil apabila terjadinya persefahaman antara penerima dan pemberi isyarat dalam
komunikasi sehingga tujuan utama komunikasi tercapai (Muhammad Jeffery Hizwan
bin Said, 2018).
4.2.1 Maksud Komunikasi Menurut Sarjana Barat dan Islam
Komunikasi atau communication berasal daripada perkataan Latin iaitu communis yang
bermaksud sama. Ia juga dikenali sebagai communico, communication atau
communicare yang bererti membuat sama. Ringkasnya komunikasi akan terjadi apabila
ada persamaan antara penyampai dan penerima. Oleh itu, keberhasilan suatu
komunikasi adalah bergantung pada kemampuan seseorang untuk memahami antara
satu sama lain (Jumali Hj. Selamat, Khaidzir Hj. Ismai, Shaharuddin Hj. Ahmad, 2012).
Istilah komunikasi berasal dari bahasa Inggeris iaitu communication. Di antara maksud
komunikasi ialah suatu proses pertukaran informasi di antara individu melalui sistem
lambang-lambang, tanda-tanda, atau tingkah laku (Harjani Hefni, 2015). Dunn dan
Goodnight (2011) mendefinisikan komunikasi sebagai suatu proses yang melibatkan
pengirim, penerima, dan pemahaman mesej. Ketiga-tiga komponen ini saling
bergantung antara satu sama lain dan tidak boleh dilihat secara berasingan. Komunikasi
bukanlah suatu proses yang mudah kerana setiap seorang daripada kita menggunakan
atau mendefinisikan terma “komunikasi” dengan pelbagai (Haslina Halim, 2018).
30
Seterusnya maksud komunikasi Islam pula ialah mengajak atau memindahkan sekali
gus untuk melakukan amal makruf nahi mungkar hanya untuk mendapatkan reda Allah
SWT. Menurut Mohd. Yusof Hussain et al (1991) mendefinisikan komunikasi Islam
sebagai proses menyampaikan atau bertukar perutusan dan maklumat dengan
menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat di dalam al-Quran dan
hadis (Said Sadikin, 2017)
4.2.2 Konsep Komunikasi Menurut Al-Quran
a) Ayat-ayat Al-Quran Berkaitan Komunikasi
Berikut adalah ayat-ayat penting yang berkaitan dengan komunikasi yang perlu dirujuk
maknanya secara mendalam di dalam kitab-kitab tafsir (Harjani Hefni, 2015):
i. Ayat tentang Hiwar dan Jidal
ُيَ﴿ْسقََمْدُعَََِستََاعُواَلرَُكلَّهُماقَإِْوَّنَلالاََللِّّهَتََِسُيتَاٌعِدلُبَ َِكصيٌِف﴾َزْوِجَها َوتَ ْشتَ ِكي إَِل الَلِّه َوالَلّه
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah mendengar
(dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab
denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia
berdoa merayu kepada Allah SWT (mengenai perkara yang
menyusahkannya), sedang Allah SWT sedia mendengar
perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Melihat.”
(Surah al-Mujadalah 58:1)
31
ii. Ayat tentang Bayan
)3( ) َخلَ َق اِْلنْ َسا َن2( َعَ)لّ َم﴾ الُْقْرآ َن4()1َعَلّ﴿اَلمَّرهُْْاحَلْبَُنيَا(َن
Maksudnya: “(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-
limpah rahmatNya. Dia lah yang telah mengajarkan al-Quran.
Dia lah yang telah menciptakan manusia. Dia lah yang telah
membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima
kenyataan.”
(Surah al-Rahman 55:1-4)
iii. Ayat tentang Tadhkir
﴾﴿فََذِّكْر إِ ْن نََفَع ِت ال ِّذْكَرى
Maksudnya: “Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia
dengan ajaran al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna
(dan sudah tentu berguna)”
(Surah al-A’la 87:9)
iv. Ayat tentang Busyra
ِف)ااآَلّخِذِيخَرَنة2ِو2َ ﴾(دَننْ)يَا2ّنُل ُو4َذ)لَِخَْوََلكُُمٌفُهاَلْوَعبُلَاْيلْْشَِهفَرْْومُىزَاولِلْافَع اِظُهْيْْلَمُميَاَةِ(ْيَزا2ِها3َلآاَم﴿نُتَأَواْبلاِدَيوإَِكََالّننُلِوأاََْكوليِلَِيََتّاَمُقاءَواِلَنتَلِّاه(لَلَّل
Maksudnya: “Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah,
tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap
mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (wali-wali
Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula
sentiasa bertaqwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang
mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang
perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah
kejayaan yang besar.”
(Surah Yunus 10:62-64)
v. Ayat tentang Ittisal
﴾﴿َولََق ْد َو َّصْلنَا ََلُُم الَْقْوَل لََعَلُّه ْم يَتَ َذَّكُروَن
32
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya Kami telah hubungkan
turunnya firman-firman Kami (al-Quran) dengan berturut-turut
kepada mereka, supaya mereka beroleh peringatan (lalu
beriman).
(Surah al-Qasas 28:51)
b) Prinsip Komunikasi Dalam al-Quran
Prinsip-prinsip atau kaedah komunikasi banyak telah digariskan dalam al-Quran supaya
menjadi ikutan kepada manusia agar kehidupan mereka lebih teratur. Antara prinsip-
prinsipnya adalah:
i. Bercakap dengan lemah-lembut (qawla layyina)
Berbicara dengan perkataan yang lemah-lembut akan membuatkan pendengar
merasa tertarik dan memberikan tumpuan kepada apa yang ingin disampaikan.
Firman Allah:
﴾﴿فَُقولا لَهُ قَْولا لَِيّنًا لََعَلّهُ يَتََذَّكُر أَْو َيْ َشى
Maksudnya: “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya,
dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau
takut.”
(Surah Taha 20:44)
ii. Menggunakan perkataan yang baik (qaulan m‘arufa) dan yang mulia (qaulan
karima)
Firman Allah:
ال﴿ََّشوْيقُ ْطلَالَِنعِبََاكاِد َنيلِيَِْلُقنْولَُسواا ِانَلَِّعتُدًِّهوا َيُمبِأَينًْاح َس﴾ ُن إِ َّن ال َّشْيطَا َن يَْنَزغُ بَْينَ ُه ْم إِ َّن
33
Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada
hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata
dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang
menentang kebenaran); sesungguhnya syaitan itu sentiasa
menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang
menentang); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang
amat nyata bagi manusia.”
(Surah al-Isra’ 17:53)
iii. Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik dan berdialog dengan cara yang
baik serta sampai kepada matlmat yang diingini (qaulan baligha)
Firman Allah:
ُه﴿َاوْدأَعُْعلَإَُِملِِبََْسنبِيِلَض َّلَرِبّ َعَكْنبِاَْسْبِلِيلِْكِهَمَِةوُهَوَوَجأَا ِْعدَلَْلُُمْمبِباِلاَْلُّمِْتهتَ ِِدهيَيَن أَ﴾ْح َس ُن إِ َّن َرَبّ َك
Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)
dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang
baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan
itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia
lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari
jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-
orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
(Surah al-Nahl 16:125)
iv. Bercakap benar (qaula sadida)
Firman Allah:
َو﴿ََّصوإِاذَُكا ْمقُْلبِتُِهْملَفَعََالّ ْعُكِدْملُوتاََذََوّلكَُْرووََكنا﴾َن ذَا قُْرََب َوبَِع ْه ِد الَلِّه أَْوفُوا ذَلِ ُك ْم
Maksudnya: “Dan apabila kamu mengatakan sesuatu
(semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah
kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan
kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-
perintah) Allah SWT hendaklah kamu sempurnakan.
Dengan yang demikian itulah Allah SWT perintahkan
kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya).”
(Surah al-An’am 6:152)
34
4.2.3 Konsep Komunikasi Menurut al-Sunnah
i. Hadis-hadis Berkaitan Komunikasi
Berikut adalah hadis-hadis yang berkaitan dengan komunikasi:
a) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA berkata:
تَ ْعَخْيِرٌرْفقَاَل أَ ُّي اِْل ْسلاِم َو َسَلّ َم الَلّهُ َعلَْيِه أتََُّنطْعَِرُمُجاللاَطَّعاَسَأمََلَوتَاْلقَنَّرأَُِّبال َّسَصلَلّاَمى
َْوَعلَى َم ْن ََل َعَرفْ َت َعلَى َم ْن
Maksudnya: “Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW:
Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda:
“Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang
yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. [Riwayat al-
Bukhari, no. Hadis 11, 27, 5767 dan Muslim, no. Hadis 56]
b) Daripada Anas bin Malik RA berkata:
ِف له ََ يُْب َس أ ْن أ َح َّب (َمن ََورَِْسحََلّهَُم لَلّفَهُْليَعِلصيهْل،ِفَصَلّأثَىِرِه ا ِالل َرسوِل أن
له َويُْن َسأ ،ِرْزقِِه
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah
bersabda: Barang siapa yang ingin diluaskan rizqinya
dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia
menghubungi keluarganya.” [Riwayat Bukhari, no
Hadis 5640]
c) Daripada Abu Ayub al-Ansari RA berkata:
35
ْنويََخْْيهُرَُُُُرا،هُيَْلتعَلِقييها ِنَوفَسيَُلّْعَمِر قاُضلهلذاا َِوييُُّْلعِرلُِمُضْسلِهمذاأ،ّاأألنخذاَهُريسفَيَْوْبوَِلَدقأُاثَبللالِلا َّسَِثصلَلّالَِميىا اللَل
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
Tidak halal bagi seorang muslim yang tidak berdamai dengan
saudaranya lebih dari tiga malam, iaitu mereka bertemu, lalu
yang ini berpaling dan yang itu berpaling, tetapi orang yang
paling baik di antara mereka keduanya adalah yang memulai
memberi salam.” [Riwayat Muslim, no. Hadis 2560]
4.3 Perkauman
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik yang pesat dan
membangun. Di semenanjung Malaysia etnik atau kaum yang terbesar ialah Melayu,
Cina dan India. Manakala di Sabah dan Sarawak pula etnik-etniknya lebih berbagai
lagi, termasuk antaranya ialah Kadazan, Bajau, Bidayuh, Iban, Kayan, Kenyah dan
Murut. Etnik-etnik ini dikategorikan kepada bumiputera dab bukan bumiputera (Fatimi
Hanafi, Zulkarnain Abdul Rahman & Arbaiyah Mohd Noor, 2016). Perkauman
merujuk kamus Dewan Bahasa adalah hal-hal mengenai kaum atau hal atau perbuatan
berkaum-kaum.
4.3.1 Definisi Perkauman
Perkataan perkauman itu bermaksud negatif kerana membawa dasar dan konsep yang
merosakkan hubungan kemanusiaan apabila melampaui sempadan ketetapan Allah
36
SWT, ketika manusia itu mencipta ketetapan sendiri dengan akalnya yang lemah tanpa
keizinan Allah SWT. Berlakunya kerosakkan kehidupan manusia sendiri melanggar
sempadan Allah SWT Pencipta Alam Semesta, khususnya apabila melampaui
sempadan hikmah mereka diciptakan. Antaranya , mencipta ideologi fanatik terhadap
kaum dan bangsa tertentu tanpa meraikan kaum lain merupakan sebahagian daripada
ciri perkauman (Abdul Hadi Awang, 2019).
Perkauman menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat ialah yang pertama hal-hal
berkaitan dengan kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak saudara. Kedua pula ialah
yang berkaitan dengan golongan dan puak manakala yang ketiga pula ialah yang
berkaitan dengan sesuatu suku, bangsa, kesukuan (bangsa) dan lain-lain.
4.3.2 Faktor-faktor Berlakunya Isu Perkauman
Kesemua faktor dan pandangan yang diperjelaskan dalam penulisan ini hanyalah
sebahagian kecil cetusan yang diketengahkan oleh segelintir masyarakat Malaysia.
Namun pada tanggapan awalnya, ia sudah mampu menyatakan bahawa hubungan
perkauman di Malaysia ini sangat perlu kepada penjagaan dan perubahan kearah yang
lebih baik lagi (Nur Azuki Yusuf, 2007)
Antara rumusan ringkas yang boleh diulangi, bahawa pengalaman konflik hubungan
perkauman ataupun etnik di Malaysia adalah kerana beberapa faktor, iaitu (Nur Azuki
Yusuf, 2007) :
37
a) Corak pemerintahan penjajah seperti Dasar Pecah Perintah British yang
mewujudkan perbezaan etnik atau kaum, ekonomi, politik dan sistem pendidikan
Vernakular. Begitu juga meminggirkan kesamarataan sosioekonomi.
b) Proses urbanisasinya melibatkan penempatan penduduk berbeza mengikut ras.
c) Penjajah tidak mengambil inisiatif untuk menangani atau lansung mengabaikan
krisis kependudukan majmuk.
d) Perbezaan kebudayaan dan latar belakang sosial kaum.
e) Sikap etnosentrik, steriotaip, prasangka dan iri hati antara kaum.
4.3.3 Sifat-sifat Perkauman
Perkauman sangat berkaitan rapat dengan beberapa sifat lain yang akan menimbul rasa
perkauman dalam setiap kaum. Antara sifat-sifat berikut ialah:
a) Rasis
Rasis atau rasialis menurut kamus dewan edisi keempat bermaksud bersifat perkauman
dan orang yang menganut atau mengamalkan faham rasialisme. Rasis berasal daripada
perkataan ras yang membawa maksud sekumpulan manusia terdiri daripada lelaki dan
perempuan yang memiliki ciri-ciri fizikal yang diwarisi secara genetik. Terdapat tiga
ras yang dominan iaitu Kaukasoid (kulit putih), Negroid (kulit hitam), dan Mongoloid
(kulit kuning) serta Austrloid (kulit putih) (Mashitah Sulaiman et al., 2018).
b) Stereotaip
Secara umumnya, stereotaip adalah satu sikap yang menyatakan bahawa kesemua ahli
sesuatu kumpulan itu mempunyai sifat yang sama. Sifat-sifat ini boleh jadi positif atau
38
negatif. Stereotaip dianggap sebagai suatu hipotesis mengenai manusia. Apabila
seseorang bertemu orang baharu yang boleh disesuaikan dengan kelompok, yang
stereotaip mengenainya telah sedia kita miliki, kita akan mencari maklumat untuk
memastikan bahawa orang tersebut sesuai dengan stereotaip tersebut (Abdul Mua'ti @
Zamri Bin Ahmad, 2016).
c) Prejudis atau Prasangka
Prasangka atau prejudis ini berasal daripada perkataan Latin daripada kata akar
praejudicium, yang bermaksud membentuk pendapat atau keputusan tanpa
pemeriksaan atau penelitian yang cukup. Dengan kata mudah, prasangka ialah
pembentukan keputusan atau kesimpulan mengenai seseorang atau sesuatu keadaan
tanpa maklumat yang mencukupi. Prasangka akan membentuk apabila seseorang
membuat pandangan dengan hanya berdasarkan pengetahuan yang cetek mengenai
perkara terbabit (Abdul Mua'ti @ Zamri Bin Ahmad, 2016)
d) Persepsi
Persepsi boleh ditakrifkan sebagai proses dengan kita menyedari kewujudan objek,
peristiwa dan orang lain melalui deria-deria seperti pengelihatan, bau, rasa, sentuhan
dan pendengaran (DeVito, 2006). Persepsi juga boleh terhasil daripada apa yang wujud
di dunia ini serta daripada pengalaman, keinginan, kemahuan, keperluan, kesukaan dan
kebencian (Haslina Halim, 2018).
39
4.3.4 Konsep Perkauman Menurut al-Quran dan al-Sunnah
Umum mengetahui bahawa al-Quran dan al-Sunnah merupaka pegangan hidup bagi
manusia sepanjang zaman. al-Quran dan al-Sunnah merupakan penyelesaian bagi
segala masalah yang timbul tidak terkecuali dalam isu perkauman. Pengkaji akan
membawakan beberapa ayat al-Quran dan hadis bagi melihat bagaimana mereka
berinteraksi dengan isu-isu perkauman yang timbul dan apakah saranan yang disyorkan
dalam dua kitab suci umat Islam ini.
a) Ayat-ayat Berkaitan Kaum Menurut al-Quran.
Dalam fasa ini pengkaji akan membawakan beberapa ayat di dalam al-Quran yang
merujuk kepada kaum.
i) Surah al-Nisa’ ayat 1
تَِمْن﴿َسيََهاااءَلأَُُيَّوزَْهَوناَجبِاَلِههَنّااَواَلُوسبأَْارََتَّّثحُقاَوما إِِمَرََبْنّّنُهُكالَمَُملّاهَاَلَِّركِذاَجاَنيلاَعَخلََلْكيَثَِقُكًياُكْمْمََورقنِِِميبًَْساناءنًَ﴾ْفَواَتّسُقَواوا ِاحلََلّدهَة َاوَلَّخِذلَ َيق
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada
Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri
yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan
dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang
ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta
peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”
(Surah al-Nisa’ 4: 1)
40
ii) Surah al- Hujurat ayat 13
﴾ٌَوقَ﴿بيََاائِأَُيَلَّهلِاتَ َعالاَنَّرافُواُسإِإََِنّنّاأَ َْكخلََرَْمقنَاُكُكْم ْمِعْنِمَدْن الذََلَِّكهرأَتََْوقأُانْثَُك ْىم إَِوَّنَجَعالْلَلنَّاهَُكَعْملِي ٌمُشعُ َوخبًبِاي
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra
antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia
kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu).
(Surah al-Hujurat 49: 13)
iii) Surah al-Rum ayat 22
﴿َوِم ْن آيَاتِِه َخْل ُق ال َّس َماَوا ِت َواْلأَْر ِض َوا ْختِلَا ُف
﴾أَلْ ِسنَتِ ُك ْم َوأَلَْوانِ ُك ْم إِ َّن ِف َذلِ َك َآخيَات لِْلَعالِِميَن
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit
dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-
keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”
(Surah al-Rum 30: 22)
a) Hadis-hadis Berkaitan Kaum
Dalam fasa ini pula, pengkaji akan membawakan beberapa hadis yang membawa
maksud kaum di dalam pengisiannya.
41
i. Daripada Ibn ‘Umar RA berkata:
لا يزا ُل هذا الأمُر: قال- ِفع قنري النشِبما ب–ِق َىَصَلِّىف االلَنلّاهُ ِسعلايثهناَِونَسَلّ َم
Maksudnya: “Daripada Nabi SAW berkata: Kepimpinan
tetap berada berada pada (tangan) Quraisy sekalipun
manusia hanya tinggal dua.” [Riwayat Ahmad, no. Hadith
6121]
ii. Daripada Ummul Husin RA berkata:
عب ٌد مإ بِنكأُتِّماَرِبعلالْيَلِّهكم:الَولأّهُطيععلوياهماَو َقسَالَّدَمك الِل َصَلّى َرسوِل َسعت
ُفاَسعوا لَه ٌمج َّدع حبش ٌّي
Maksudnya: “Telah mendengar Rasulullah SAW
berkata: Sekalipun jika yang memerintah kamu seorang
hamba Habsyi, maka dengar dan taatlah jika dia
memimpin kamu dengan Kitab Allah.” [Riwayat Ibn
Majah, no. Hadith 2861]
iii. Daripada Abi Nadrah RA berkata:
: قال, أياِم التشريِق َِ ِف أوس :قاخلطبةَرسالونُِلِّبصَلّصَلّىىالالُللُعليعلهيهوسوَلّسمَلّم
، ألا إ َّن رَبّكم واح ٌد، أُيّها النا ُس ألا لا فض َل، ألا وإ َّن أباكم واح ٌد
ولا لعُم ٍّي، عُم ٍّي لعربٍّي على
إلا، ولا أْحَر على أسوَد، ولا أسوَد على أْحَر، على عربٍّي
بالتقوى
Maksudnya: “ Khutbah Rasulullah SAW di akhir hari tasyri’
Baginda telah bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan
kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada
kelebihan orang Arab ke atas ‘Ajam (yang bukan Arab), atau
‘Ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang
berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit
merah melainkan ketakwaan.” [Riwayat Ahmad, no. Hadith
23536]
42
4.3.5 Isu-isu Perkauman Yang Berlaku Pada Zaman Dahulu dan Sekarang
Di dalam fasa ini pengkaji akan membincangkan mengenai isu-isu perkauman yang
pernah berlaku pada zaman dahulu dan sekarang. Pengkaji akan membawakan isu
perkauman yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW seterusnya pada zaman awal di
tanah melayu iaitu tragedi 13 Mei 1969 dan akhir sekali membawakan isu kontemporari
berkenaan perkauman yang berlaku di Malaysia.
Pentingnya isu-isu ini kerana ia dapat mengambil iktibar apakah kesan-kesan buruk
yang terjadi akibat dari pergolakkan kaum ini dan bagaimanakah langkah yang perlu
dimbil bagi menangani isu-isu ini agar tidak berulang di kemudian hari. Ia juga penting
bagi sesuatu kaum mengatasi sekiranya berlaku dan apakah tindakkan yang sewajarnya
dilakukan agar konflik perkauman tidak berlaku.
4.3.5.1 Isu Perkauman Di Zaman Rasulullah SAW
Umum mengetahui persengketaan atau perbalahan antara suku kaum Aus dan Khazraj
pada zaman baginda Rasulullah SAW dahulu. Namun dengan kehebatan Rasulullah
SAW berjaya mendamai dan mempersaudarakan dua kaum yang sudah lama
bersengketa ini. Kemudian kelompok ini dikenali sebagai Ansar iaitu orang yang
tinggal di Madinah.
43
Setelah Rasulullah SAW berjaya mendamai dan mempersaudarakan dua kaum besar di
Madinah ini mereka dipersaudarakan pula oleh kaum Muhajirin iaitu orang Mekah
yang berhijrah ke Madinah. Objektif utama persaudaraan ini ialah untuk mengelakkan
perasaan perkauman sempit atau assabiyyah di kalangan orang-orang Arab. Apabila
mereka dipersaudarakan, tidaklah lagi wujud pembelaan atas nama bangsa atau qabilah
Arab, tetapi lebih utama, ikatan sesama Islam itulah yang diutamakan. Hasilnya,
persengketaan, perbalahan dan peperangan antara kaum Muslimin dapat dielakkan dan
perpaduan bangsa Arab dapat dijalin dan dikukuhkan. Kesan perpaduan inilah, semua
penduduk Madinah bersatu padu membangunkan negara yang dibina melalui tapak
kukuh persaudaraan (Mohd Kamel bin Mat Salleh, 2015).
Perkara di atas membuktikan bahawa isu-isu perkauman ini telah lama berlaku sejak
dari zaman Rasulullah SAW lagi. Namun begitu, Rasulullah SAW berjaya
mengharmonikan kaum-kaum yang berada di bawah pentadbirannya. Secara
keseluruhan, terdapat beberapa perjanjian pada zaman Rasulullah SAW yang
melibatkan kaum dan perjanjian tersebuat mengutamakan kerangka menindas
kekejaman, mencegah kemungkaran dan jenayah sesama penduduk kerana disebabkan
oleh beberapa faktor.
4.3.5.2 Isu Perkauman Selepas Kemerdekaan : Tragedi 13 Mei 1969
13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam yang bersejarah di bumi Semenanjung
Malaysia. Buat pertama kalinya selepas kemerdekaan dikecapi, konflik perkauman
44
antara kaum Melayu dan bukan Melayu terutamanya Cina meletus yang memporak-
porandakan tanah air. Menurut laporan Majlis Gerakan Negara (Mageran), peristiwa
dahsyat yang berlaku pada 13 Mei adalah akibat dari pelbagai perkembangan dalam
sejarah negara ini sejak beberapa tahun yang lalu.
Antaranya ialah ketiadaan perhubungan terus menerus antara generasi dan tafsiran
yang berlainan oleh masing-masing kaum di negeri ini terhadap Perlembagaan, hingga
membawa kepada bertambahnya pencerobohan politik oleh kaum mendatang terhadap
beberapa perkara asasi dalam Perlembagaan berkaitan dengan Bahasa Melayu dan
kedudukan orang Melayu, terutamanya Fasal 152 dan 153; hasutan, kata-kata lancang
dan kelakuan yang provokatif dari ahli dan penyokong parti perkauman dalam masa
pilihan raya 1969.
Selain itu juga, peranan yang dimainkan oleh Parti Komunis Malaya dan kongsi gelap
yang membangkitkan perasaan perkauman dan kecurigaan; dan kegelisahan,
kemudiannya kehampaan orang Melayu dan orang Cina dalam suasana yang memang
sedia diselubungi perasaan saling tidak percaya mempercayai antara kaum Melayu dan
kaum Cina, dan bertambah pula di masa akhir selepas pilihan raya 1969 dengan
berbagai cacian perkauman dan ancaman terhadap kesejahteraan dan kehidupan masa
depan mereka, di tanah air mereka sendiri (Nor Azlan Sham Rambely & Mohamed Ali
Haniffa, 2018).
Antara isu-isu yang bercorak perkauman yang berlaku sewaktu ialah (Nor Azlan Sham
Rambely & Mohamed Ali Haniffa, 2018) :
45
a) Isu hak kerakyatan dan kedudukan istimewa orang Melayu.
Ini merupakan antara isu kontroversi yang berlaku dalam Peristiwa 13 Mei 1969,
berhubung hak kerakyatan dan kedudukan istimewa orang Melayu. Menurut laporan
May 13 Tragedy: A Report, kebebasan bersuara yang dibenarkan oleh Perkara 10
Perlembagaan Persekutuan tidak harus digunakan oleh pihak tertentu untuk bebas
menyatakan pendapatnya sehingga dapat menggugat kestabilan politik dan
keharmonian kaum. Oleh itu kerajaan adalah pihak yang berperanan menjamin
kewujudan kestabilan politik dan keharmonian kaum tersebut dan rakyat diminta
menyokong tindakan tersebut.
b) Isu kewarganegaraan: isu yang belum selesai
Menurut Asri (pemimpin PMIP), kerakyatan adalah isu utama dalam Tragedi 13 Mei
1969. Beliau memberi ulasan kepada kerajaan Amerika bahawa perbezaan utama PMIP
dengan UMNO adalah UMNO telah menerima dasar imigresen kolonial sebagai fait
accompli. Tambahan pula manifesto pilihanraya PMIP mengandungi objektif berikut:
“berusaha untuk melihat bahawa fasal perlembagaan mengenai kewarganegaraan
sekarang ini dipertimbangkan semula sehingga mereka menjadi fasal yang boleh
memastikan kedaulatan bumiputera di negara ini.
c) Akta pengambilan pekerja 1968 (sekatan)
Laporan British juga menjelaskan Peristiwa 13 Mei mungkin ada kaitannya dengan
Akta Pengambilan Pekerja 1968 (Sekatan) yang diumumkan untuk diimplimentasikan
bermula 1 Julai 1969. Berkaitan dengan isu ini juga, menurut laporan British, terdapat
46
sejumlah pekerja kaum India yang bukan warganegara Malaysia ketika ini telah lama
bekerja dengan Syarikat Keretapi Malaya (Malayan Railways).
Berikut merupakan antara faktor mengapa berlakunya tragedi hitam 13 Mei 1969 yang
meragut nyawa hampir seramai 196 orang daripada pelbagai kaum. Dari segi kaum,
jumlah 143 daripada jumlah 196 kematian membabitkan kaum Cina, 25 orang
melibatkan kaum Melayu, 13 orang kaum India dan 15 lagi daripada kaum-kaum lain.
4.3.5.3 Isu perkauman kontemporari : Isu Tulisan Jawi dan Khat dalam Silibus
Bahasa Melayu Tahun Empat
Isu ini pada asalnya hanyalah melibatkan isu pendidikan negara. Menteri Pendidikan di
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memartabatkan semula tulisan jawi
dan seni kaligrafi khat. Menurut portal berita atas talian Bh Online Kabinet (KPM) telah
memutuskan bahawa pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun Empat di semua sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan
Tamil. Menurut menterinya Dr. Maszlee Malik berkata pengenalan tulisan khat ini
dilaksanakan secara pilihan dengan guru diberikan kuasa membuat kaedah
pelaksanaannya di bilik darjah masing-masing (Irwan Shafrizan Ismail, 2019).
Namun begitu, isu ini diputar belitkan sehingga menjadi isu perkauman yang sensitif
sehingga menimbulkan kemarahan kaum-kaum tertentu. Hal ini kerana Pengerusi
Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia ( Dong Zong) Tan
47
Tai Kim dilapor berkata bahawa badan pertubuhan pendidikan Cina itu menggerakkan
kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah pembelajaran khat di sekolah
vernakular selain bertegas langkah kerajaan memperkenalkan tulisan itu di sekolah
sebagai satu bentuk ‘Islamisasi’. Menurut Felo Utama Bersama Institut Kajian Etnik
(KITA) dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Prof Datuk Teo Kok Seong
berkata setiap episod yang berlaku berkaitan isu khat ini adalah tidak baik kepada
perpaduan negara yang sekarang tidak berada dalam keadaan yang baik. Beliau berkata
sepatutnya isu ini sudah selesai selepas keputusan kerajaan memendekkan pendidikan
khat daripada enam kepada tiga halaman serta memberi pilihan terhadap waktu
pembelajarannya (BERNAMA, 2019).
4.4 Kesimpulan
Islam merupakan syariat yang lengkap dan mencakupi seluruh aspek kehidupan
manusia sama ada muslim ataupun non muslim. Hal ini dapat dilihat di dalam al-Quran
dan hadis ada menyentuh perihal komunikasi dan juga kaum yang mana perihal ini
adalah penting dalam kehidupan seluruh manusia.
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik di mana rakyatnya hidup di dalam
kepelbagaian kaum, agama dan budaya. Perkara ini merupakan suatu yang unik kerana
tidak banyak negara-negara di dunia ini perkara tersebut. Namun begitu, terdapat juga
beberapa isu yang melibatkan kaum-kaum di Malaysia yang membawa kepada
perpecahan. Hal ini berlaku kerana terdapat segelintir kaum mempunyai sifat-sifat
48
negatif seperti stereotaip, prasangka, rasis dan persepsi di mana semua sifat-sifat ini
mendorong kepada terjadinya perbalahan di antara kaum.
Justeru, kajian ini ingin mengkaji bagaimana komunikasi Islam dapat memainkan
peranannya agar menjadi wasilah kepada keharmonian kaum dan sekaligus menjadi
penyelesaian kepada isu-isu perkauman yang berlaku di Malaysia. Melihat realiti
masyarakat hari ini yang mengasingkan panduan al-Quran dan al-Sunnah dalam
kehidupan menjadikan suatu landasan kehidupan tidak teratur. Jadi pengkaji
membawakan dalil-dalil dari al-Quran dan hadis yang boleh dijadikan pegangan dalam
kehidupan seharian.
49
BAB LIMA
ANALISIS DAPATAN KAJIAN
5.1 Pendahuluan
Peranan komunikasi Islam merupakan suatu aspek yang penting dan perlu diberi
pendedahan kepada masyarakat tidak mengira muslim atau non muslim. Al-Quran dan
hadis yang diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW merupakan
prinsip utama dalam komunikasi Islam. Dalam bab lima ini, pengkaji akan
memperincikan kajian yang telah dijalankan iaitu mengenai kefahaman mahasiswa
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berkenaan peranan komunikasi
Islam dalam berinteraksi dengan isu-isu perkauman. Dalam bab ini pengkaji
membahagikan kajian ini kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A: Faktor Demografik,
Bahagian B: Kefahaman Konsep Komunikasi Islam dan Bahagian C: Peranan
Komunikasi Islam Dalam Berinteraksi Dengan Isu-Isu Perkauman. Responden terdiri
dari 62 orang mahasiswa dari Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang dipilih secara rawak
sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bab tiga.
5.2 Analisis Dapatan Kajian
Dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan mengenai dapatan hasil kajian yang
didapati berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada responden. Data-data
50
daripada soal selidik yang diedarkan kepada responden telah diproses dan dianalisis
oleh pengkaji dengan menggunakan sistem program komputer SPSS versi 25.
Penjelasan mengenai metodologi yang digunakan telah dinytakan di dalam bab tiga.
5.2.1 Analisis Faktor Demografik
Demografik responden mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS) diklasifikasikan kepada empat item dalam kajian ini. Empat item tersebut
terdiri daripada jantina, umur, jabatan dan kursus pengajian. Analisis di bahagian ini
bertujuan untuk mendapatkan gambaran umum mengenai latar belakang responden.
Jumlah keseluruhan responden adalah seramai 62 orang mahasiswa di jabatan Fakulti
Pengajian Peradaban Islam (FPPI) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS).
Disetiap item yang dinyatakan di atas, pengkaji akan menghuraikan peratusan
responden mengikut hasil data yang telah diperoleh dari sistem komputer SPSS versi
25. Oleh itu, ia akan memudahkan dalam memaham data-data tersebut.