The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peranan_Komunikasi_Islam_Dalam_Berintera (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitinurashikin2, 2021-04-21 01:07:59

Peranan_Komunikasi_Islam_Dalam_Berintera (1)

Peranan_Komunikasi_Islam_Dalam_Berintera (1)

51

i) Jantina

Rajah 5.1 Taburan responden berdasarkan Jantina

Rajah 5.1 menunjukkan taburan responden kajian berdasarkan jantina. Secara
keseluruhannya, seramai 100 orang responden dipilih secara rawak di Fakulti Pengajian
Peradaban Islam (FPPI) namun hanya 62 orang responden sahaja dipilih untuk
dimuatkan di dalam kajian ini. Berdasarkan rajah di atas, responden melibatkan
daripada dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Responden lelaki berjumlah 31 orang
bersamaan 50% manakala jumlah responden perempuan adalah 31 orang iaitu 50%. Ini
menunjukkan jumlah responden di antara lelaki dan perempuan adalah sama.

52

ii) Umur

Rajah 5.2 Taburan responden berdasarkan Umur

Rajah 5.2 menunjukkan taburan responden kajian berdasarkan umur. Umur responden
terdiri dari empat peringkat iaitu dari umur 18-20 tahun, 21-23 tahun, 24-26 tahun dan
27 tahun ke atas. Pengkaji mendapati data menunjukkan bagi responden yang berumur
18-20 hanya seorang sahaja iaitu 1.61%. Manakala bagi responden yang berumur 21-
23 tahun pula merupakan majoriti dalam kajian ini iaitu berjumlah 52 orang responden
bersamaan dengan 83.87%. Responden yang berumur 24-26 seramai 9 orang iaitu
14.52% manakala responden bagi umur 27 dan ke atas tiada.

53

iii) Jabatan

Rajah 5.3 Taburan responden berdasarkan Jabatan

Rajah 5.3 menunjukkan taburan reaponden berdasarkan jabatan. Fakulti Pengajian
Peradaban Islam (FPPI) mempunyai sebanyak empat jabatan iaitu Jabatan Al-Quran
dan Al-Sunnah, Dakwah dan Usuluddin, Tahfiz dan Qiraat dan Pengajian Bahasa dan
Linguistik Arab. Bagi Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah seramai 13 orang responden
iaitu 20.97% manakala bagi Jabatan Dakwah dan Usuluddin pula seramai 18 orang
responden bersamaan dengan 29.03%. Seterusnya bagi Jabatan Pengajian Bahasa dan
Linguistik Arab pula seramai 19 orang responden iaitu 30.65% dan jabatan terakhir
iaitu Jabatan Tahfiz dan Qiraat seramai 12 orang responden iaitu 19.35%.

54

iv) Kursus Pengajian

Rajah 5.4 Taburan responden berdasarkan Kursus Pengajian

Rajah 5.4 merupakan taburan responden berdasarkan kursus pengajian bagi Ijazah
Sarjana Muda di (FPPI). Kursus pengajian Ijazah Sarjana Muda di (FPPI) terdiri dari
tujuh kursus iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi, Usuluddin dengan
Multimedia, Dakwah dengan Pengurusan Sumber Insan, Tahfiz Al-Quran dan Al-
Qiraat, Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua, Bahasa Arab Terjemahan dan Bahasa
Arab dengan Multimedia. Data menunjukkan responden dari kursus Al-Quran dan Al-
Sunnah dengan Komunikasi seramai 13 orang iaitu 20.97%. Seterusnya bagi kursus
Usuluddin dengan Multimedia jumlah responden seramai 8 orang bersamaan dengan
12.90%. Bagi kursus Dakwah dengan Pengurusan Sumber Insan seramai 10 reponden
yang terlibat dalam kajian ini bersamaan dengan 16.13%. Selain itu, bagi kursus
pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat pula seramai 12 orang responden iaitu

55
sebanyak 19.35%. Bagi kursus Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua pula seramai 10
orang responden iaitu 16.13%. Kursus Bahasa Arab Terjemahan pula seramai 4 orang
responden iaitu 6.45% manakala bagi kursus Bahasa Arab dengan Multimedia pula
hanya 5 orang responden sahaja bersamaan 8.06%. Dua kursus terakhir menunjukkan
bilangan responden yang sedikit berbanding kursus-kursus lain.

5.2.2 Analisis Kefahaman Konsep Komunikasi Islam

Bahagian akan memperincikan berkenaan dengan kefahaman konsep komunikasi Islam
di kalangan mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di
Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI). Bahagian ini mengandungan 10 item soalan
soal selidik yang terdiri daripada butiran konsep komunikasi di bab empat.

56

i) Kepentingan komunikasi dalam kehidupan

Rajah 5.5

Rajah di atas menunjukkan tahap kefahaman responden tentang komunikasi merupakan
aspek terpenting dalam kehidupan seorang individu muslim atau non muslim. Pengkaji
mendapati majoriti responden faham akan konsep komunikasi secara umum. Seramai
48 orang iaitu 77.42% responden sangat setuju, 11 orang iaitu 17.74% responden setuju
dan 2 orang iaitu 3.23% responden tidak pasti. Manakala hanya 1 orang iaitu 1.61%
responden sangat tidak setuju. Bagi responden yang menjawab tidak pasti iaitu 3.23%
dan sangat tidak setuju sebanyak 1.61% pengkaji merasakan mereka tidak teliti dalam
memahamkan kehendak soalan. Hal ini mustahil bagi responden dari pengajian Islam
tidak bersetuju dengan kenyataan berikut.

57

ii) Asas prinsip komunikasi Islam

Rajah 5.6

Rajah di atas menganalisis berkenaan tahap kefahaman responden tentang komunikasi
Islam mempunyai prinsip yang telah digariskan di dalam al-Quran dan hadis. Pengkaji
mendapati majoriti responden faham tentang perkara ini. 48 orang iaitu 77.42%
responden sangat setuju, 10 orang iaitu 16.13% responden setuju dan 3 orang iaitu
4.84% responden tidak pasti. Manakala hanya 1 orang sahaja iaitu 1.6% responden
yang sangat tidak setuju. Pengkaji merasa bagi responden yang menjawab tidak pasti
iaitu 4.84% dan sangat tidak setuju iaitu 1.61% mereka tidak mempunyai pengetahuan
yang terperinci mengenai asas prinsip komunikasi Islam.

58

iii) Komunikasi yang baik sebagai medium dakwah

Rajah 5.7

Rajah di atas membincangkan tentang komunikasi yang baik merupakan satu bentuk
dakwah Islamiyyah kepada semua orang. Pengkaji mendapati bahawa majoriti
responden sangat setuju iaitu seramai 50 orang bersamaan 80.65% responden,
seterusnya seramai 9 orang iaitu 14.52% responden setuju dan 2 orang iaitu 3.23%
responden tidak pasti. Manakala 1 orang tidak setuju iaitu 1.6% responden. Pengkaji
merasakan responden yang menjawab tidak pasti seramai 2 orang dan 1 orang yang
tidak bersetuju itu tidak memahami konsep komunikasi yang baik itu sebagai suatu
bentuk dakwah.

59

iv) Berbohong di dalam Islam

Rajah 5.8

Rajah di atas membincangkan tentang berbohong dalam keadaan terdesak diharuskan
dalam prinsip komunikasi Islam. Majoriti responden iaitu 22 orang bersamaan 35.48%
responden menjawab tidak pasti, 9 orang iaitu 14.52% responden menjawab sangat
tidak setuju dan tidak setuju. Manakala 15 orang iaitu 24.19% responden menjawab
setuju dan selebihnya sebanyak 7 orang iaitu 11.29% sangat setuju. Pengkaji melihat di
sini bahawa majoriti responden tidak memahami prinsip komunikasi Islam yang
sebenar kerana prinsip komunikasi Islam yang dianjurkan didalam al-Quran ialah
bercakap benar.

60

v) Elemen dalam komunikasi Islam

Rajah 5.9

Rajah di atas menganalisis tahap kefahaman mengenai berfikir sebelum berkata-kata
merupakan konsep komunikasi Islam. Sejumlah 39 orang iaitu 62.90% responden
sangat setuju dengan pernyataan tersebut, 17 orang iaitu 27.42% responden setuju
manakala 2 orang iaitu 3.23% responden tidak pasti. Manakala seramai 4 orang
bersamaan 6.45% responden menjawab sangat tidak setuju. Pengkaji merasakan
bahawa responden yang menjawab tidak pasti iaitu 3.23% dan sangat tidak setuju iaitu
6.45% tidak mengetahui bahawa ini merupakan elemen komunikasi Islam berdasarkan
dari hadis Rasulullah SAW.

61

vi) Tuntutan menjawab salam

Rajah 5.10

Rajah di atas menunjukkan kefahaman responden tentang pernyataan tidak suka orang
yang tidak dikenali mengucapkan salam. Pengkaji mendapati bahawa seramai 37 orang
iaitu 59.68% responden sangat tidak setuju, 12 orang iaitu 19.35% responden tidak
setuju dan 6 orang iaitu 9.68% menjawab tidak pasti. Manakala hanya 3 orang iaitu
4.84% responden setuju dan 4 orang iaitu 6.45% menjawab sangat setuju. Pengkaji
merasakan bahawa responden yang bersetuju iaitu 4.84% dan sangat setuju 6.45% tidak
memahami kehendak soalan atau memang berkehendak atas pemilihan tersebut.

62

vii) Mengeratkan silaturrahim

Rajah 5.11

Rajah di atas menyatakan pernyataan iaitu apabila berlaku perselisihan faham di antara
seorang muslim dengan muslim yang lain, Islam menganjurkan agar tidak berdamai
selama 3 malam. Pengkaji mendapati majoriti sebanyak 41 orang iaitu 66.13%
responden menjawab sangat tidak setuju, hanya 2 orang iaitu 3.23% reponden
menjawab tidak setuju dan 10 orang iaitu 16.13% responden menjawab tidak pasti.
Seterusnya 3 orang iaitu 4.84% setuju dan 6 orang iaitu 9.68% sangat setuju dengan
pernyataan di atas. Bagi yang menjawab setuju dan sangat setuju pengkaji dapat
mengenal pasti bahawa responden tidak tahu akan pernyataan tersebut kerana soalan
itu berdasarkan maksud hadis yang telah diolah bagi melihat kefahaman responden.
Maksud hadis yang sebenar ialah “ Tidak halal bagi seorang mukmin yang tidak
berdamai dengan saudaranya lebih dari tiga malam.

63

viii) Tuntutan memberi salam

Rajah 5.12

Rajah di atas menjelaskan pernyataan tentang mengucapkan salam kepada orang
dikenali dan tidak dikenali merupakan anjuran oleh hadis Rasulullah SAW. Pengkaji
mendapati bahawa sejumlah 38 orang iaitu 61.29% responden menyatakan sangat
setuju, seterusnya 15 orang iaitu 24.19% responden menyatakan setuju dan seramai 7
orang iaitu 11.29% responden tidak pasti. Manakala hanya 1 orang iaitu 1.61%
responden mewakili tidak setuju dan sangat tidak setuju. Pengkaji merasa mungkin
responden yang menjawab tidak pasti seramai 7 orang dan 1 orang menjawab tidak
setuju ini tidak pernah mendengar hadis mengenai anjuran Nabi SAW tentang
kelebihan memberi salam.

64

ix) Kelebihan berkomunikasi dengan baik

Rajah 5.13

Rajah di atas menunjukkan tahap kefahaman tentang bercakap dengan lemah lembut
membuatkan pendengar tertarik dan memberikan tumpuan. Bagi pernyataan ini seramai
37 orang iaitu 59.68% responden sangat setuju, 17 orang iaitu 27.42% responden setuju
dan 6 orang iaitu 9.68% responden tidak pasti. Manakala terdapat 2 orang iaitu 3.23%
responden tidak setuju dengan pernyataan di atas. Pengkaji mendapati bahawa
responden yang memilih tidak pasti dan tidak setuju tidak mempunyai kefahaman yang
baik tentang kelebihan berkomunikasi dengan baik.

65

x) Nasihat secara berhikmah

Rajah 5.14

Rajah di atas menunjukkan tahap kefahaman tentang memberikan nasihat secara
berhikmah merupakan prinsip komunikasi Islam. Bagi pernyataan ini seramai 52 orang
iaitu 83.87% responden sangat setuju, 6 orang iaitu 9.68% responden setuju dan 2 orang
iaitu 3.23% responden tidak pasti. Manakala bagi responden yang menjawab tidak
setuju dan sangat tidak setuju masing mempunyai 1 orang sahaja responden dan
berkongsi peratusan yang sama iaitu 1.61%. Pengkaji mendapati bahawa responden
yang memilih tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju ialah mereka kurang
kefahaman akan prinsip komunikasi Islam iaitu memberikan nasihat secara berhikmah.
Hal ini kerana, dengan penyampaian nasihat secara berhikmah dapat menarik minat
orang yang mendengar sekaligus, dapat mengubah mereka ke arah kebaikan.

66

Nilai Purata (Min) Bagi Kefahaman Tentang Konsep Komunikasi Islam

Bil Perkara Min
1. Komunikasi merupakan aspek terpenting dalam

kehidupan seorang individu muslim atau non muslim. 4.69

2. Komunikasi Islam mempunyai prinsip yang telah digariskan di 4.68
dalam al-Quran dan hadis.

3. Komunikasi yang baik merupakan satu bentuk dakwah Islamiyyah 4.74
kepada semua orang.

4. Berbohong dalam keadaan terdesak diharuskan dalam prinsip 3.03
komunikasi Islam.

5. Berfikir sebelum berkata-kata merupakan konsep komunikasi 4.40
Islam.

6. Saya tidak suka orang yang tidak dikenali menggucapkan salam 1.79
salam kepada saya.

7. Apabila berlaku perselisihan di antara seorang muslim dengan 1.89
muslim yang lain, Islam menganjurkan agar tidak berdamai selama 3
malam.

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenali dan tidak dikenali 4.42
merupakan anjuran oleh hadis Rasulullah SAW.

9. Bercakap dengan lemah lembut membuatkan pendengar tertarik dan 4.44
memberikan tumpuan.

10. Memberikan nasihat secara berhikmah merupakan prinsip komunikasi 4.73
Islam.

Jumlah Keseluruhan 3.88

67

Purata keseluruhan bagi soalan-soalan berkaitan kefahaman tentang konsep
komunikasi Islam melebihi 3.00 seperti jadual di atas. Oleh itu, pengkaji melihat secara
amnya responden mempunyai tahap kefahaman yang bagus berkaitan konsep
komunikasi Islam. Purata bagi lapan soalan mengenai kefahaman tentang konsep
komunikasi Islam melebihi 3.00. Walau bagaimanapun, terdapat dua soalan yang
berada di bawah 3.00 iaitu soalan enam dan soalan tujuh. Soalan enam berkenaan
tentang “Saya tidak suka orang yang tidak dikenali mengucapkan salam kepada saya”
dan soalan tujuh iaitu “Apabila berlaku perselisihan di antara seorang muslim dengan
muslim yang lain, Islam menganjurkan agar tidak berdamai selama 3 malam”. Majoriti
responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini dan ini menyebabkan jumlah min pada
soalan tersebut rendah. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa responden memahami
kehendak soalan dan konsep komunikasi Islam dengan menyatakan “sangat tidak
setuju” dan “tidak setuju”. Selain itu, jumlah keseluruhan nilai purata min bagi
bahagian B adalah sebanyak 3.88. Ini membuktikan bahawa rata-rata responden
mempunyai tahap kefahaman yang baik tentang konsep komunikasi Islam.

5.2.3 Analisis Peranan Komunikasi Islam dalam Berinteraksi dengan Isu-Isu
Perkauman

Bahagian akan memperincikan berkenaan tentang peranan komunikasi Islam dalam
berinteraksi dengan isu-isu perkauman dikalangan mahasiswa Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS) di Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI). Bahagian
ini mengandungan 15 item soalan soal selidik yang terdiri daripada butiran konsep
perkauman di bab empat.

68
i) Komunikasi Islam sebagai solusi kepada perbalahan sesama kaum

Rajah 5.15
Rajah di atas menunjukkan tahap kefahaman tentang pernyataan dengan mengamalkan
konsep komunikasi Islam dapat menyelesaikan perbalahan sesama kaum. Bagi
pernyataan ini seramai 41 orang iaitu 66.13% responden sangat setuju, 14 orang iaitu
22.56% responden setuju dan 5 orang iaitu 8.06% responden tidak pasti. Manakala 1
orang bagi responden yang menjawab sangat tidak setuju dan tidak setuju masing
berkongsi peratus yang sama iaitu 1.61% responden. Pengkaji merasakan bagi
responden yang menjawab tidak pasti, tidak setuju, sangat tidak setuju mereka tidak
memberi perhatian ketika menanda soalan soal selidik.

69

ii) Berbuat baik kepada jiran berlainan kaum

Rajah 5.16

Rajah di atas menunjukkan tahap kefahaman tentang pernyataan selalu senyum kepada
jiran yang berlainan kaum. Bagi pernyataan ini seramai 22 orang iaitu 35.48%
responden sangat setuju, 28 orang iaitu 45.16% responden setuju dan 8 orang iaitu
12.90% responden tidak pasti. Manakala 4 orang bagi responden yang menjawab tidak
setuju iaitu 6.45% responden. Bagi responden yang menandakan tidak pasti iaitu
12.90% dan tidak setuju sebanyak 6.45% ini membuktikan mereka tidak senyum
kepada jiran yang berlainan kaum di kawasan kejiranan mereka.

70

iii) Piagam Madinah sebagai ikutan dalam masyarakat majmuk

Rajah 5.17

Rajah di atas membincangkan tahap kefahaman tentang pernyataan piagam madinah
merupakan aspek komunikasi Islam dalam menyatukan masyarakat majmuk. Bagi
pernyataan ini seramai 32 orang iaitu 51.61% responden sangat setuju, 23 orang iaitu
37.10% responden setuju dan 5 orang iaitu 8.06% responden tidak pasti. Manakala 2
orang yang menjawab tidak setuju iaitu 3.23% responden. Responden yang menjawab
tidak pasti iaitu 8.06% dan 3.23% bagi tidak setuju berkemungkinan tiada asas
pengetahuan tentang piagam madinah.

71
iv) Persaudaraan dua kaum sebagai iktibar dalam membina perpaduan

Rajah 5.18
Rajah di atas membincangkan tahap kefahaman tentang pernyataan persaudaraan di
antara kaum Aus dan Khazraj boleh diambil sebagai iktibar kepada masyarakat
berbilang kaum di Malaysia. Bagi pernyataan ini seramai 33 orang iaitu 53.23%
responden sangat setuju, 22 orang iaitu 35.48% responden setuju dan 6 orang iaitu
9.68% responden tidak pasti. Manakala 1 orang yang menjawab tidak setuju iaitu
1.61% responden. Bagi responden yang menjawab tidak pasti iaitu 9.68% dan tidak
setuju iaitu 1.61% pengkaji merasakan mereka kurang pengetahuan tentang peristiwa
persaudaraan di antara kaum Aus dan Khazraj.

72

v) Beramah mesra dengan individu berbangsa lain

Rajah 5.19

Rajah di atas membincangkan tahap kefahaman tentang pernyataan berani memulakan
perbualan apabila duduk di sebelah individu yang berbangsa lain. Bagi pernyataan ini
seramai 11 orang iaitu 17.74% responden sangat setuju, 14 orang iaitu 22.58%
responden setuju dan 25 orang iaitu 40.32% responden tidak pasti. Manakala 11 orang
yang menjawab tidak setuju iaitu 17.74% responden dan 1 orang menjawab sangat tidak
setuju iaitu 1.61% responden. Berdasar jumlah responden yang tertinggi iaitu 40.32%
bagi tidak pasti, 17.74 bagi tidak setuju dan 1.61% bagi sangat tidak setuju, ini
membuktikan bahawa responden tidak akan memulakan perbualan sekiranya individu
tersebut berbangsa lain.

73

vi) Keselesaan berinteraksi dengan individu berbangsa lain

Rajah 5.20

Rajah di atas membincangkan tahap kefahaman tentang pernyataan keselesaan duduk
di sebelah individu berbangsa lain ketika di dalam bas. Bagi pernyataan ini seramai 3
orang iaitu 4.84% responden sangat setuju, 9 orang iaitu 14.52% responden setuju dan
12 orang iaitu 19.35% responden tidak pasti. Manakala 22 orang yang menjawab tidak
setuju iaitu 35.48% responden dan 16 orang menjawab sangat tidak setuju iaitu 25.81%
responden. Berdasarkan jumlah responden yang tertinggi iaitu tidak pasti 19.35%, tidak
setuju 35.48% dan sangat tidak setuju iaitu 25.81% membuktikan rata-rata responden
tidak selesa duduk di sebelah individu berbangsa lain ketika di dalam bas.

74

vii) Perintah Allah SWT berbuat baik sesama manusia

Rajah 5.21

Rajah di atas memperincikan tahap kefahaman tentang pernyataan Allah
memerintahkan agar kita berbuat baik kepada manusia. Bagi pernyataan ini seramai 47
orang iaitu 75.81% responden sangat setuju, 12 orang iaitu 19.35% responden setuju
dan 2 orang iaitu 3.23% responden tidak pasti. Manakala hanya 1 orang sahaja yang
menjawab tidak setuju iaitu 1.61% responden. Bagi responden yang menjawab tidak
pasti iaitu sebanyak 3.23% dan yang menjawab tidak setuju iaitu 1.61% pengkaji
merasakan tidak wajar bagi pelajar yang berlatar belakangkan kursus pengajian Islam
menjawab sedemikian.

75
viii) Berdakwah kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum

dan agama

Rajah 5.22
Rajah di atas memperincikan tahap kefahaman tentang pernyataan Allah
memerintahkan agar kita berbuat baik kepada manusia. Bagi pernyataan ini seramai 44
orang iaitu 70.97% responden sangat setuju, 16 orang iaitu 25.81% responden setuju
dan 2 orang iaitu 3.23% responden tidak pasti. Bagi responden yang tidak pasti iaitu
sebanyak 3.23% pengkaji merasakan mereka tidak faham konsep dakwah yang sebenar.

76

ix) Prinsip komunikasi Islam di dalam al-Quran

Rajah 5.23

Rajah di atas memperincikan tahap kefahaman tentang pernyataan menggunakan
perkataan yang baik dan jelas merupakan prinsip komunikasi di dalam al-Quran dan
ianya boleh mengatasi isu perkauman. Bagi pernyataan ini seramai 41 orang iaitu
66.13% responden sangat setuju, 15 orang iaitu 24.19% responden setuju dan 5 orang
iaitu 8.06% responden tidak pasti. Manakala hanya 1 orang sahaja yang menjawab tidak
setuju iaitu 1.61% responden. Pengkaji merasakan responden yang menanda tidak pasti
sebanyak 8.06% dan tidak setuju sebanyak 1.61% tidak faham tentang prinsip
komunikasi berlandaskan al-Quran.

77

x) Bukti keagungan dan kekuasaan Allah SWT

Rajah 5.24

Rajah di atas membincangkan tahap kefahaman tentang pernyataan perbezaan warna
kulit dan bahasa merupakan bukti keagungan dan kekuasaan Allah SWT. Bagi
pernyataan ini seramai 48 orang iaitu 77.42% responden sangat setuju, 9 orang iaitu
14.52% responden setuju dan 4 orang iaitu 6.45% responden tidak pasti. Manakala
hanya 1 orang sahaja yang menjawab tidak setuju iaitu 1.61% responden. Pengkaji
merasakan responden yang menanda tidak pasti sebanyak 6.45% dan tidak setuju
sebanyak 1.61% tidak faham tentang pernyataan ini kerana soalan ini berdasarkan ayat
al-Quran dari surah al-Rum ayat 22.

78

xi) Keperibadian Rasulullah SAW terhadap kaum lain

Rajah 5.25

Rajah di atas membincangkan tahap kefahaman tentang pernyataan Rasulullah SAW
tidak pernah menyakiti kaum lain tanpa hak. Bagi pernyataan ini seramai 46 orang iaitu
74.19% responden sangat setuju, 13 orang iaitu 20.97% responden setuju dan 2 orang
iaitu 3.23% responden tidak pasti. Manakala hanya 1 orang sahaja yang menjawab tidak
setuju iaitu 1.61% responden. Pengkaji merasakan responden yang menanda tidak pasti
sebanyak 3.23% dan tidak setuju sebanyak 1.61% tidak faham tentang pernyataan ini
dan tidak sewajarnya mereka menanda sedemikian kerana sedia maklum tahu akan
keperibadian Rasulullah SAW yang mulia dan baik.

79

xii) Islam melarang umatnya melakukan perbalahan

Rajah 5.26

Rajah di atas membincangkan tahap kefahaman tentang pernyataan Islam tidak
menganjurkan umatnya berbalah dengan kaum lain. Bagi pernyataan ini seramai 43
orang iaitu 69.35% responden sangat setuju, 16 orang iaitu 25.81% responden setuju
dan 2 orang iaitu 3.23% responden tidak pasti. Manakala hanya 1 orang sahaja yang
menjawab tidak setuju iaitu 1.61% responden. Pengkaji merasakan responden yang
menanda tidak pasti sebanyak 3.23% dan tidak setuju sebanyak 1.61% tidak faham
tentang pernyataan ini atau tidak memberi perhatian semasa menjawab soal selidik.

80
xiii) Toleransi merupakan aspek utama dalam menyelesaikan isu

perkauman

Rajah 5.27
Rajah di atas membincangkan tahap kefahaman tentang pernyataan toleransi dalam
mengatasi masalah yang melibat isu perkauman, merupakan aspek komunikasi Islam
yang sangat ditekankan. Bagi pernyataan ini seramai 39 orang iaitu 62.90% responden
sangat setuju, 20 orang iaitu 32.26% responden setuju dan 1 orang iaitu 1.61%
responden tidak pasti. Manakala 2 orang sahaja yang menjawab tidak setuju iaitu 3.23%
responden. Bagi responden yang menjawab tidak pasti iaitu 1.61% dan tidak setuju iaitu
3.23% membuktikan bahawa mereka tidak faham tentang toleransi adalah aspek dalam
komunikasi Islam.

81

xiv) Menjalinkan hubungan baik sesama kaum

Rajah 5.28

Rajah di atas membincangkan tahap kefahaman tentang pernyataan keselesaan
berkawan dengan kawan yang berlainan kaum. Bagi pernyataan ini seramai 21 orang
iaitu 33.87% responden sangat setuju, 20 orang iaitu 32.26% responden setuju dan 19
orang iaitu 30.65% responden tidak pasti. Manakala 2 orang sahaja yang menjawab
tidak setuju iaitu 3.23% responden. Bagi responden yang menjawab tidak pasti iaitu
30.65% dan tidak setuju iaitu 3.23% pengkaji merasakan mereka tidak mempunyai
kawan dari pelbagai kaum.

82

xv) Sikap asabiyyah dalam masyarakat majmuk

Rajah 5.29

Rajah di atas membincangkan tahap kefahaman tentang pernyataan sikap asabiyyah
kaum Arab jahiliyyah boleh dijadikan ikutan dalam konsep masyarakat majmuk. Bagi
pernyataan ini seramai 42 orang iaitu 67.74% responden sangat tidak setuju, 4 orang
iaitu 6.45% responden tidak setuju dan 3 orang iaitu 4.84% responden tidak pasti.
Manakala 7 orang menjawab setuju iaitu 11.29% responden dan 6 orang iaitu 9.68%
responden sangat setuju. Bagi responden yang menjawab tidak pasti, setuju dan sangat
setuju pengkaji merasa mereka tidak faham akan konsep asabiyyah dalam masyarakat
majmuk.

83

Nilai Purata (Min) Bagi Peranan Komunikasi Islam dalam Berinteraksi dengan Isu-isu
Perkauman.

Bil Perkara Min
1. Dengan mengamalkan konsep komunikasi Islam dapat 4.50
menyelesaikan perbalahan sesama kaum.

2. Saya selalu senyum kepada individu yang berlainan kaum 4.10

3. Piagam Madinah merupakan aspek komunikasi Islam dalam menyatukan

masyarakat majmuk. 4.74

4. Persaudaraan di antara kaum Aus dan Khazraj boleh diambil sebagai 4.37
iktibar kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

5. Saya akan memulakan perbualan apabila duduk di sebelah individu 3.37
berbangsa lain.

6. Saya merasa tidak selesa duduk di sebelah individu berbangsa lain ketika

di dalam bas. 2.37

7. Allah SWT memerintahkan agar kita berbuat baik kepada manusia 4.69
tanpa mengira bangsa.

8. Umat Islam dianju menyampaikan dakwah kepada semua orang tanpa 4.68
mengira kaum dan agama.

9. Menggunakan perkataan baik dan jelas merupakan prinsip komunikasi 4.55
Islam di dalam al-Quran dan ianya boleh mengatasi isu perkauman.

10. Perbezaan warna kulit dan bahasa merupakan bukti keagungan 4.66
dan kekuasaan Allah SWT.

11. Rasulullah SAW tidah pernah menyakiti kaum lain tanpa hak. 4.68

12. Islam tidak menganjurkan umatnya berbalah dengan kaum lain 4.63

13. Toleransi dalam mengatasi masalah yang melibatkan isu 4.55
perkauman, merupakan aspek komunikasi Islam yang

sangat ditekankan 84

14. Saya mempunyai kawan dari pelbagai kaum dan saya berasa 3.97
selesa berkawan dengan mereka. 1.89
4.11
15. Sikap asabiyyah kaum Arab jahiliyyah boleh dijadikan ikutan
dalam konsep masyarakat majmuk.

Jumlah Keseluruhan

Purata keseluruhan bagi soalan-soalan berkaitan kefahaman tentang peranan
komunikasi Islam dalam berinteraksi dengan isi-isu perkauman 3.00 seperti jadual di
atas. Oleh itu, pengkaji melihat secara amnya responden mempunyai tahap kefahaman
yang bagus berkaitan perkara tersebut. Purata bagi tiga belas soalan mengenai
kefahaman tentang peranan komunikasi Islam dalam berinteraksi dengan isi-isu
perkauman melebihi 3.00. Walau bagaimanapun, terdapat dua soalan yang berada di
bawah 3.00 iaitu soalan enam dan soalan lima belas. Soalan enam berkenaan tentang
“Saya merasa tidak selesa duduk di sebelah individu berbangsa lain ketika di dalam
bas” dan soalan tujuh iaitu “Sikap asabiyyah kaum Arab jahiliyyah boleh dijadikan
ikutan dalam konsep masyarakat majmuk”. Majoriti responden tidak bersetuju dengan
kenyataan ini dan ini menyebabkan jumlah min pada soalan tersebut rendah. Soalan
enam mendapat nilai purata yang rendah kerana responden tidak kisah untuk duduk
bersebelahan individu berbangsa lain, rata-rata responden memiliha “sangat tidak
setuju”. Seterusnya soalan lima belas iaitu sikap asabiyyah kaum Arab jahiliyyah boleh
dijadikan ikutan pula tidak mendapat persetujuan oleh responden. Ini membuktikan
mereka menolak sikap asabiyyah dalam kalangan masyarakat majmuk.

85

5.3 Kesimpulan

Secara umumnya, setelah kajian dilakukan pengkaji mendapati bahawa responden yang
terlibat iaitu mahasiswa di Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mempunyai tahap kefahaman yang baik terhadap
kajian yang dijalankan. Mereka memahami dengan baik konsep komunikasi Islam yang
mana setiap garis panduannya telah ditetapkan di dalam al-Quran dan hadis. Selain itu,
persepsi mereka ke atas peranan komunikasi Islam dalam berinteraksi dengan isu-isu
perkauman juga sangat baik dan positif. Ini membuktikan bahawa komunikasi Islam
juga merupakan solusi terbaik dalam membantu menyelesaikan isu-isu perkauman
yang berlaku di Malaysia. Selain itu, jumlah keseluruhan nilai purata min bagi bahagian
B adalah sebanyak 3.88 manakala bahagian C pula adalah sebanyak 4.11. Ini
membuktikan bahawa rata-rata responden mempunyai tahap kefahaman yang baik
tentang peranan komunikasi Islam dalam berinteraksi dengan isu-isu perkauman.
Namun begitu, terdapat juga beberapa orang responden yang mungkin cuai atau tidak
memahami kehendak soalan, ada juga yang menanda sebanyak dua kali di kolum yang
berbeza pada soalan yang sama. Oleh itu, secara keseluruhannya, pengkaji melihat
bahawa inisiatif ini perlukan sokongan daripada pelbagai pihak. Ia tidak akan berhasil
jika hanya sebelah pihak sahaja yang memainkan peranan dan pihak yang tidak
mengambil endah akan perkara tersebut.

86

BAB ENAM
RUMUSAN DAN CADANGAN

6.1 Pendahuluan

Pada bab ini, pengkaji akan membuat rumusan kepada hasil kajian, implikasi serta
saranan dan cadangan yang dikemukakan berdasarkan hasil kajian kepada pihak-pihak
berkenaan sebagai suatu jalan penyelesaian. Kajian ini memfokuskan kepada dua aspek
utama iaitu kefahaman mahasiswa tentang konsep komunikasi Islam serta isu-isu
perkauman dan peranan komunikasi Islam dalam berinteraksi dengan isu-isu
perkauman. Untuk membina masyarakat yang matang dan mempunyai kefahaman yang
baik terhadap cara hidup yang digariskan dalam kehidupan masyarakat majmuk yang
kaya dengan pelbagai kaum, etnik, budaya dan juga agama, masyarakat itu sendiri perlu
mempunyai usaha dalam menyemai keharmonian dalam negara tersebut. Ini kerana
setiap nasib tidak akan berubah melainkan individu atau masyarakat itu sendiri yang
mengubahnya.

6.2 Rumusan Keseluruhan Kajian

Tajuk yang dipilih oleh pengkaji untuk kajian ini adalah sesuatu yang dirasakan amat
penting dan perlu diberi pendedahan kepada masyarakat umum kerana melihat kepada
situasi semasa pada masa kini isu perkauman dilihat semakin menular dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. Perkara ini perlu dibendung dan dirawat dari awal kerana

87
umum sedia maklum Malaysia pernah mempunyai sejarah hitam yang akan diingati
sampai bila-bila iaitu peristiwa 13 Mei 1969. Oleh yang demikian, masyarakat perlu
lebih cakna dan perlu memandang serius terhadap isu-isu perkauman ini kerana ia akan
menjadi barah yang buruk dan sukar dirawat lagi.

Kajian ini dilakukan untuk mengingat dan menyedarkan kembali masyarakat
khsususnya di kalangan mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS) tentang sejauh mana kefahaman dan kesedaran mereka terhadap konsep
komunikasi Islam dalam berinteraksi dengan isu-isu perkauman. Kajian ini bukan ingin
mencari salah mana-mana pihak malah ia hanyalah salah satu cadangan dalam
membendung gejala ini. Kajian ini dilakukan di Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam
(FPPI).

Kajian ini mengguna pakai kaedah kuantitif bagi mendapatkan kefahaman mahasiswa
(KUIS) berkenaan peranan komunikasi Islam dalam berinteraksi dalam isu-isu
perkauman. Ini telah diperincikan oleh pengkaji di dalam bab tiga. Jumlah responden
yang disasarkan seramai 62 orang melibatkan semua jabatan di Fakulti Pengajian
Peradaban Islam (FPPI). Pengkaji membuat penilaian berkenaan kajian ini dengan
melakukan soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 25.

Perbahasan panjang lebar mengenai konsep komunikasi Islam dan juga mengenai
perkauman telah dibahaskan oleh pengkaji di dalam bab empat. Terdapat banyak
prinsip-prinsip komunikasi yang telah digariskan di dalam al-Quran dan hadis yang
boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian agar kehidupan lebih teratur. Selain itu,

88

pengkaji juga membawakan teori-teori komunikasi dari sarjana-sarjana Islam dan juga
Barat bagi memberi kefahaman yang sebenar tentang konsep komunikasi ini. Setelah
itu, pengkaji membawakan ayat-ayat al-Quran dan hadis mengenai kaum, secara umum
terdapat pelbagai hikmah mengapa Allah SWT menciptakan pelbagai jenis bangsa,
warna kulit, dan bahasa. Salah satunya adalah ia membuktikan akan kekuasaan dan
keagungan Allah SWT dalam menciptakan apa yang dikehendaki oleh-Nya.

Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis oleh SPSS versi 25, pengkaji mendapati
bahawa rata-rata mahasiswa di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
faham akan peranan komunikasi Islam dalam berinteraksi dengan isu-isu perkauman
seterusnya memberikan hasil yang positif kepada kajian ini. Nilai purata min bagi
kefahaman tentang konsep komunikasi Islam adalah sebanyak 3.88% manakala bagi
nilai purata min bagi peranan komunikasi Islam dalam berinteraksi dengan isu-isu
perkauman pula adalah sebanyak 4.11%. Berdasarkan peratusan ini membuktikan tahap
kefahaman mahasiswa (KUIS) ditahap yang sangat baik. Namun begitu, terdapat juga
segelintir responden yang tidak memberikan tumpuan semasa menanda soalan soal
selidik. Hal ini dapat dikesan oleh pengkaji kerana terdapat beberapa soalan contohnya
seperti soalan: “ Komunikasi Islam mempunyai prinsip yang telah digariskan di dalam
al-Quran dan hadis” ada segelintir responden yang menjawab tidak pasti dan sangat
tidak setuju. Ini membuktikan mereka tidak peka terhadap soalan yang dikemukakan.
Hal ini kerana tidak wajar pelajar yang berlatar belakangkan pengajian Islam menjawab
dengan jawapan sedemikian. Akhir sekali, pengkaji merasakan kajian seperti mesti
dipergiatkan lagi kerana pengkaji merasakan ia akan mendatangkan impak yang positif
dalam mengharmonikan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

89

6.3 Saranan dan Cadangan

Sepanjang kajian ini, pengkaji mendapati terdapat beberapa saranan dan cadangan yang
boleh dikemukakan kepada pelbagai pihak untuk meningkatkan lagi kefahaman
mengenai peranan komunikasi islam dalam berinteraksi dengan isu-isu perkauman.
Bagi membendung isu-isu ini dari terus berkembang, pendedahan solusi kepada
masalah ini perlu diperkenalkan dan ianya berlandaskan syariat Islam.

6.3.1 Individu

Dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama setiap individu perlu
memainkan peranan masing-masing dalam menjaga keharmonian negara.
Keharmonian yang telah lama dipupuk mestilah dijaga sebaik mungkin agar isu-isu
perkauman yang timbul tidak menjadi barah kepada negara. Setiap individu
dinasihatkan agar tidak menjadi gunting dalam lipatan jika berlaku sesuatu isu
perkauman kerana hal berikut akan mengeruhkan lagi keadaan. Selain itu, setiap
individu juga perlu menjaga tatacara dalam menggunakan media sosial seperti
Facebook, Instagram dan Twitter agar tidak membuat provokasi ke atas isu perkauman
yang timbul. Hal ini kerana, jika dilihat pada hari ini ramai individu yang memuat naik
kenyataan di media sosial jika berlakunya sesuatu isu perkauman dan memberikan
pandangan peribadi dari persepsi yang salah sehingga menimbulkan kekecohan dan
sebagainya. Jadi setiap individu perlu menjaga adab sesama sendiri sama ada ketika
berinteraksi ataupun ketika di dalam media sosial supaya ia tidak mengeruhkan lagi

90
keadaan dan memberikan ruang kepada pihak yang bertanggungjawab menyelesaikan
polimik yang berlaku.

6.3.2 Masyarakat

Perkataan masyarakat adalah dari perkataan society yang berasal dari bahasa Latin iaitu
societas yang bererti “perhubungan baik dengan orang lain”. Jadi secara umumnya
masyarakat ini adalah berkaitan sosial yang melibatkan aspek perhubungan, iaitu
perhubungan manusia dengan manusia yang lain (Mohd Syariefudin bin Abdullah et.al,
2017). Masyarakat merupakan tonggak sesebuah negara. Sikap masyarakat yang hidup
dalam masyarakat majmuk perlulah saling hormat-menghormati, bersikap terbuka,
saling bertoleransi dan mengadakan dialog secara terbuka jika timbul sesuatu isu. Sikap
etnosentrik yang ada dalam sesuatu masyarakat hanya akan mengundang kekacauan
dalam mengeratkan hubungan sesama kaum. Sikap prejudis, stereotaip dan persepsi
mesti di buang kerana ia hanya membawa kepada mentaliti bawahan dan akan sukar
mencapai kejayaan dalam memupukkan keharmonian dalam pelbagai kaum. Akhir
sekali, jadilah sebuah masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap isu-isu
yang berlaku di dalam negara dan berusaha membantu menyelesaikan isu tersebut.

6.3.3 Tokoh Sarjana

Kehidupan masyarakat yang hidup dalam kepelbagaian kaum, budaya dan agama
memerlukan kepada bimbingan para sarjana bagi membolehkan masyarakat hidup
dengan aman dan makmur. Para sarjana perlu ke depan dalam mendepani isu-isu

91

perkauman yang timbul dan mengkaji solusi yang sesuai untuk menyelesaikan isu-isu
tersebut. Peranan sarjana dalam melakukan seminar atau dialog dalam memberi
pencerahan kepada masyarakat perlu dipergiatkan supaya isu yang timbul dapat
diselesaikan tanpa perselisihan atau pergaduhan. Sementara itu, antara tokoh sarjana
Islam yang banyak mengulas hal-hal berkaitan sosial masyarakat ialah Sahibus
Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau merupakan mufti di
Wilayah Persekutuan. Selain itu, antara tokoh sarjana lain di Malaysia yang dilihat
terkedepan dalam memberi kritikan dan pandangan jika sesuatu isu perkauman berlaku
ialah Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong yang merupakan felo utama Institut Kajian Etnik
(KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

6.4 Kesimpulan

Komunikasi merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seorang manusia dalam
menjalani kehidupan. Hal ini kerana, manusia perlu berkomunikasi dan berinteraksi
dalam melakukan sesuatu perkara. Penggunaan komunikasi yang tidak betul akan
mendorong kepada terjadinya salah faham, pergaduhan dan sebagainya. Jadi amat perlu
bagi seseorang itu menitik beratkan aspek komunikasi dalam kehidupannya. Bagi umat
Islam, al-Quran dan hadis merupakan manual panduan dalam kehidupan. Jadi
komunikasi Islam adalah cara terbaik yang perlu diikuti kerana setiap prinsip-
prinsipnya datang dari al-Quran dan hadis. Namun begitu, ianya bukanlah mutlak hak
milik umat Islam sahaja, ianya terbuka kepada semua orang tanpa mengira kaum,
budaya dan agama. Hal ini kerana al-Quran dan hadis bersifat universal dan sesuai di
amal oleh semua manusia di dunia ini. Secara keseluruhannya, pengkaji melihat

92

bahawa peranan komunikasi Islam dalam berinteraksi dengan isu-isu perkauman
merupakan salah satu solusi yang boleh diguna pakai oleh semua orang dalam
menyelesai isu perkauman yang timbul. Seterusnya ia juga dapat mempereratkan
kembali hubungan sesama kaum yang pincang akibat isu-isu perkauman yang
ditimbulkan. Tuntasnya, Islam merupakan jalan penyelesaian kepada segala masalah
yang berlaku pada hari ini. Masyarakat sekarang perlu berbalik kepada al-Quran dan
hadis dalam mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang berlaku. Hal ini kerana,
jika dilihat masyarakat lebih mengutamakan ideologi-ideologi barat, mengambil
pandangan serta hujah tokoh-tokoh mereka sedangkan di dalam al-Quran dan hadis
telah tersedia segala-segalanya dan para alim ulama’ dan para sarjanalah yang perlu
dijadikan sebagai rujukan dalam merungkai masalah yang timbul.

93

Bibliografi

Abdul Hadi Awang. (2019). https://www.harakahdaily.net/idex.php/kolumnis/
presiden/10204-antara-kaum-dan-perkauman. Harakahdaily. 15 Mac

Abdul Mua'ti @ Zamri Bin Ahmad. (2016). Psikologi Dalam Komunikasi. Kuala
Lumpur: Idaman Print Sdn.Bhd.

Amir Aris & Ahmad Rozelan Yunus. (2016). Komunikasi Berkesan. Port Dickson:
Prime Work Press.

Azman Ibrahim. (2018). http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pertahan-institusi-
raja-melayu. Utusan Online. 17 November

BERNAMA. (2019). https.//www.bharian.com.my/nasional/2019/08/595930/khat-
dong-zong-dan-perpaduan-kaum. BH Online. 14 Ogos

al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih al-Bukhari. Maktabah Syamilah versi 3.28

Dian Ismi Islami. (2013). Konsep Komunikasi Islam Dalam Sudut Pandang Formula
Komunikasi Elektif. 55.

Fatimi Hanafi, Zulkarnain Abdul Rahman & Arbaiyah Mohd Noor. (2016). Perpaduan
Politik Asas Integrasi Nasional Malaysia. 2.

Harjani Hefni. (2015). Komunikasi Islam. Jakarta: Prenadamedia Group.

Harjani Hefni. (2014). Perkembangan Ilmu Komunikasi Islam. Jurnal Komunikasi
Islam.

Haslina Halim. (2018). Komunikasi Dalam Konteks Budaya Malaysia. Kuala Lumpur:
Visual Print Sdn.Bhd.

Ibn Majah, Imam Muhammad Bin Yazid Ibn Majah al-Qazwini, Sunan Ibn Majah.
Maktabah Syamilah versi 3.28

Imam Hanbali, Ahmad Bin Muhammad, Musnad al-Imam Ahmad Bin Hanbal.
Maktabah Syamilah versi 3.28

Irwan Shafrizan Ismail. (2019). https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/
594127/tulisan-khat-dilaksanakan-secara-pilihan-maszle. BH Online . 8 Ogos

94

Jazimin Zakaria, Sity Daud dan Muhamad Takiyudin Ismail. (2018). Menelusuri
Pendemokrasian di Malaysia: Impak Terhadap Pencapaian Integrasi Nasional.

Jumali Hj. Selamat, Khaidzir Hj. Ismai, Shaharuddin Hj. Ahmad. (2012). Komunikasi
Berkesan Aplikasi Untuk Remaja. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamal Azmi Abd Rahman, Muhammad Yusuf Marlon Abdullah, Ahmad Faqih
Ibrahim, Nurzatil Ismah Azizan, Zanariah Dimon dan Sahlawati Abu Bakar.
(2017). Metodologi Penyelidikan Asas-Asas Ilmu Penyelidikan Islam. Selangor:
Minda Intelek Agency.

Kusnadi @ Radefatah. (2014). Komunikasi dalam Al-Quran (Studi Analisis
Komunikasi Interpersonal pada Kisah Ibrahim. Intizar.

Marzuki Sepiaail, Rina Fakhizan Mohd Sukri dan Alias Mat Saad. (2016). Komunikasi
dan Penyiaran dalam Islam. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Mashitah Sulaiman et al. (2018). Hubungan Etnik. Bandar Baru Nilai: Universiti Sains
Islam Malaysia.

Mohd Anuar Ramli et.al. (2018). Isu-isu Sensitif Dalam Masyarakat Majmuk di
Malaysia Pasca Pilihanraya Umum (PRU14): Aplikasi Pendekatan
Kesederhanaan . Penyelidikan Serantau Islam dan Alam Melayu, 2-3.

Mohd Kamel bin Mat Salleh. (2015). Perpaduan Nadi Transformasi Negara. Kuala
Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.

Mohd Norzi bin Nasir, Nurul 'Asyikin binti Ismail dan Abur Hamdi bin Usman. (2018).
Refleksi Komunikasi Berkesan Dalam Peribadi Rasulullah s.a.w. Proceeding of
The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran and Hadith
2018 (pp. 1-2). Selangor: Fakulti Pengajian Peradaban Islam.

Mohd Syariefudin bin Abdullah et.al. (2017). Konsep Komuniti dan
Perkembangannya: Suatu Tinjauan Kritikal Terhadap Penggunaannya. Journal
of Social Sciences and Humannities, 2.

Mohd Yahya Mohamed Arifin. (2007). Komunikasi Imam Syafie dalam Penyebaran
Islam. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 1.

95

Muhammad Jeffery Hizwan bin Said. (2018). Kepentingan Teori Komunikasi Kepada
Masyarakat. 1.

Muhammad Yusuf Marlon Bin Abdullah. (t.t). Tips & Panduan Penulisan Proposal
Penyelidikan Pengajian Islam . Selangor: Jabatan Dakwah dan Pengurusan
Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Muslim, Abu al-Husain Muslim Bin al-Hajjaj, Sahih Muslim. Maktabah Syamilah versi
3.28

Nik Siti Khadijah binti Nik Salleh. (2015). Pengurusan Gaya Motivasi Rasulullah
Dalam Pendakwah Masa Kini. Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah
Pemantapan Ummah, 1-4.

Nor Azizah Mokhtar. (2018). https://www.bharian.com.my./berita/kes/2018/12/51035
polis-klasifikasikan-kematian-adib-sebagai-kes-bunuh. BH Online. 18
Disember

Nor Azlan Sham Rambely & Mohamed Ali Haniffa. (2018). Dinamika Pembentukan
Komuniti Dalam Malaysia: Pelajaran Dari Peristiwa 13 Mei 1969. e-Prosiding
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2018 (pp. 341-342).
Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Nur Azuki Yusuf. (2007). Pengajaran Pengalaman Konflik Hubungan Etnik di
Malaysia: Sorotan Faktor Berdasarkan Penganalisaan Masyarakat. Kursus
Induksi Modul Umum Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Phayilah Yama et.al. (2018). Penguasaan Komunikasi Islam dalam Kalangan Pelajar
Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor. Journal of Islamic Studies.

Rosni Binti Wazir et.al. (2015). Komunikasi Dalam Islam: Prinsip-prinsip Berdasarkan
Al-Quran dan Al-Sunnah. Jurnal Ilmiah Berwasit.

Said Sadikin. (2017). Pengaruh Komunikasi Islam Terhadap Motivasi Kerja dan
Dampaknya Pada Kinerja Karyawan LPP TVRI Stasiun Aceh. Jurnal Al-Bayan,
152.

96

Siti Hajar Yusof. (2019). https:www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/537563
kerajaan-digesa-ambil-tindakan-tegas-isu-hina-nabi-muhammad-islam. BH
Online. 5 Mac

Supyan Husin. (2018). http://www.kosmo.com.my/jurnal/bahasa-melayu-di-media-
sosial-mencabar-akal-budi-melayu-1.643449. Kosmo Online. 7 April

Zulkefli bin Aini et.al. (2014). Komunikasi Dakwah Antara Budaya Dalam Masyarakat
Majmuk Di Sabah.

Lampiran A 97
KOD : _________

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
BANDAR SERI PUTRA, 43000 KAJANG, SELANGOR.

SOAL SELIDIK PELAJAR

Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai
“Peranan Komunikasi Islam dalam Berinteraksi dengan Isu-isu Perkauman :
Kajian Terhadap Kefahaman Mahasiswa (KUIS)”

Soal selidik ini mengandungi 4 muka surat bercetak termasuk muka hadapan. Ia
terbahagi kepada tiga bahagian.

BAHAGIAN A : MAKLUMAT DEMOGRAFIK PELAJAR
BAHAGIAN B : KEFAHAMAN TENTANG KONSEP KOMUNIKASI ISLAM
BAHAGIAN C : PERANAN KOMUNIKASI ISLAM DALAM
BERINTERAKSI DENGAN ISU-ISU PERKAUMAN

Maklum balas daripada anda merupakan maklumat yang penting dan ianya dapat
membantu untuk menentukan kefahaman yang jjitu tentang azan sebagai satu tanda
syiar Islam. Jawapan anda adalah sulit dan tidak akan disebarkan kepada mana-mana
pihak yang lain. Bantuan dan sokongan anda amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

98

ZAID BIN SHUIB
ISM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH DENGAN KOMUNIKASI

FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

TEL : 0125309485

SOAL SELIDIK PELAJAR

Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang berkenaan
Saya mohon kerjasama daripada para pelajar untuk menjawab borang kaji selidik ini
dengan iklhas. Segala maklumat anda akan dirahsiakan. Terima kasih di atas kerjasama
melengkapkan borang soal selidik ini.

BAHAGIAN A : FAKTOR DEMOGRAFIK

1. Jantina Lelaki () Perempuan
()

2. Umur 18 - 20 tahun ( ) 24 - 26 tahun
() 21 - 23 tahun ( ) 27 tahun ke keatas
()

3. Jabatan

( ) Al-Quran dan Al-Sunnah ( ) Dakwah dan Usuluddin

( ) Pengajian Bahasa & Linguistik

Arab ( ) Tahfiz dan Qiraat

4. Kursus Pengajian 99
( ) Al-Quran Al-Sunnah Komunikasi
( ) Usuluddin dengan Multimedia ( ) Bahasa Arab Sebagai Bahasa
( ) Dakwah dengan Pengurusan Kedua

Sumber Insan ( ) Bahasa Arab (Terjemahan)
( ) Tahfiz Al-Quran dan Qiraat ( ) Bahasa Arab dengan Multimedia

BAHAGIAN B : KEFAHAMAN KONSEP KOMUNIKASI ISLAM

Sila nyatakan pilihan anda terhadap kenyataan yang diberikan dengan menanda ( / ) bagi
jawapan anda yang berkaitan mengikut skala di bawah :

1 = SANGAT TIDAK SETUJU 4 = SETUJU
2 = TIDAK SETUJU 5 = SANGAT SETUJU

3 = TIDAK PASTI

NO. KENYATAAN 1 SKALA 5
234

Komunikasi merupakan aspek terpenting dalam
1

kehidupan seorang individu muslim atau non muslim.

2 Komunikasi Islam mempunyai prinsip yang telah
digariskan di dalam al-Quran dan hadis.

Komunikasi yang baik merupakan satu bentuk dakwah
3 Islamiyyah kepada semua orang.

Berbohong dalam keadaan terdesak diharuskan dalam
4 prinsip komunikasi Islam.

Berfikir sebelum berkata-kata merupakan konsep
5

komunikasi Islam.

6 Saya tidak suka orang yang tidak dikenali mengucapkan
salam kepada saya.

Apabila berlaku perselisihan di antara seorang muslim

7 dengan muslim yang lain, Islam menganjurkan agar

tidak berdamai selama 3 malam.

100

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenali dan

8 tidak dikenali merupakan anjuran oleh hadis Rasulullah

SAW.

9 Bercakap dengan lemah lembut membuatkan
pendengar tertarik dan memberikan tumpuan.

10 Memberikan nasihat secara hikmah merupakan prinsip
komunikasi Islam.

BAHAGIAN C : PERANAN KOMUNIKASI ISLAM DALAM BERINTERAKSI
DENGAN ISU-ISU PERKAUMAN

Sila nyatakan pilihan anda terhadap kenyataan yang diberikan dengan menanda ( / ) bagi
jawapan anda yang berkaitan mengikut skala di bawah :
1 = SANGAT TIDAK SETUJU
2 = TIDAK SETUJU
3 = TIDAK PASTI
4 = SETUJU
5 = SANGAT SETUJU


Click to View FlipBook Version