KOLEJ KOMUNITI PEKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
© Kolej Komuniti Pekan
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-
mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada KOLEJ KOMUNITI PEKAN.
Diterbitkan oleh :
KOLEJ KOMUNITI PEKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Jalan Pekan – Kuantan,
Peramu Jaya, 26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-4264000
Faks : 09-4264141
SIDANG REDAKSI
Penaung
DUSUKI BIN AHMED
Penasihat
Efaradilla Binti Shaharuddin
Md Shafiq Khairil Bin Ismail
Ketua Editor Rekabentuk Grafik
Ratinah Binti Jaafar Nor Idayu Binti Nordin
Nur Ain Nabila Bt Amzan
Editor
Mohd Hanafi Bin Hashim Jurufoto
Noorul Ilyani Binti Mahmad Norsuziyana Binti Abdul Rashid
Shah Affandi Bin Hasmoni
i
ISI KANDUNGAN
SIDANG REDAKSI i
PERUTUSAN PENGARAH iii
PENGENALAN 1
- Sejarah Penubuhan 1
- Visi, Misi & Moto 2
- Kursus Yang Ditawarkan 3
- Carta Organisasi 4
PENGURUSAN TERTINGGI 5-6
- Pencapaian 2018
UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN 7-8
UNIT SERVIS KENDERAAN RINGAN 9 - 10
UNIT PELANCONGAN & PENGEMBARAAN 11 - 20
UNIT PENGAJIAN AM 21 - 22
PEGAWAI KANAN 23 - 26
- Unit Pembangunan Pelajar 27 - 32
- Unit Pengambilan Pelajar 33 - 38
- Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat 39 - 42
- Unit Peperiksaan Dan Penilaian 43 - 46
- Unit Jaminan Kualiti 47 - 50
- Unit Pengurusan Maklumat dan ICT 51 - 52
- Unit Latihan dan Pembangunan Staf 53 - 62
- Unit Latihan Industri dan Kolaborasi 63 - 72
- Unit Keusahawanan 73 - 74
- Unit Penyelidikan dan Inovasi
ii
PERUTUSAN
PENGARAH
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat
dan kurniaNya, Kolej Komuniti Pekan telah
meneruskan kesinambungan sebagai salah
sebuah institusi pendidikan dan latihan teknikal
serta vokasional (TVET) di Malaysia.
Sepanjang tahun 2018, Kolej Komuniti
Pekan telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program selaras dengan perancangan
yang telah digariskan melalui pelan strategik Kolej Komuniti Pekan 2018.
Dengan tenaga kerja yang efektif serta bakat yang dikembangkan di Kolej Komuniti Pekan,
pelbagai pencapaian dan kejayaan telah diraih sepanjang tahun 2018. Keseluruhan unit
yang menggerakkan Kolej Komuniti Pekan menunjukkan prestasi yang memberansangkan
sama ada Unit Pentadbiran, Pengurusan, Akademik, Sukan, Penyelidikan dan Inovasi,
Pembangunan Pelajar, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Perhubungan Industri mahupun
peperiksaan.
Kerjasama yang mantap dan berkesan diantara pihak pengurusan, staf akademik, staf
sokongan dan pelajar juga menjadi budaya kerja yang menyumbang kepada
kecemerlangan dan pencapaian matlamat pada tahun 2018. Di atas maksud itu, laporan
tahunan Kolej Komuniti Pekan 2018 ini diterbitkan bagi mempersembahkan pencapaian
dan kejayaan seluruh warga Kolej Komuniti Pekan sepanjang Tahun.
Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga Kolej
Komuniti Pekan di atas komitmen dan dedikasi bagi memastikan Kolej Komuniti Pekan
terus cemerlang pada masa hadapan.
Tuan Haji Dusuki Bin Ahmed
Pengarah
Kolej Komuniti Pekan
iii
We weren’t born to “just teach”. We were born to
INSPIRES others, to change people and to never
give up; even when faced with challenges that seem
impossible.
iv
PENGENALAN
Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi institusi
yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi
peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau
melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Kolej Komuniti Pekan (KKPP) merupakan antara sebelas buah kolej komuniti
dalam negeri Pahang. KKPP mula beroperasi pada bulan April 2011 dengan
menumpang di kampus Kolej Komuniti Rompin. Pembinaan kampus tetap kolej telah
bermula pada Julai 2010 dan telah mula beroperasi pada 12 Oktober 2012. Kampus
tetap telah dirasmikan pada 17 Mei 2014 olen mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib
Bin Abdul Razak. KKPP telah melaksanakan pelbagai program komuniti dan pada masa
sekarang pihak kolej aktif menjalankan kursus-kursus pendek di sekitar Daerah Pekan.
KKPP menawarkan dua program Sijil Kolej Komuniti untuk lepasan SPM iaitu
Sijil Servis Kenderaan Ringan dan Sijil Pelancongan & Pengembaraan. Kolej ini juga
menawarkan dua kali pengambilan pelajar setahun iaitu Sesi Jun dan Sesi Disember.
Selain daripada program sepenuh masa, KKPP juga menawarkan pelbagai bidang
kursus pendek seperti kursus bahasa, kejuruteraan, jahitan, masakan dan sebagainya.
Kampus tetap KKPP yang beralamat di Jalan Pekan-Kuantan, dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan seperti ruang kelas, bengkel, perpustakaan, makmal
komputer dan peralatan mengajar yang canggih dan terkini serta tenaga pengajar yang
berpengalaman bagi memastikan setiap program yang dijalankan adalah berkualiti.
1
MISI, VISI
DAN MOTO
VISI
Membangun komuniti setempat sebagai tenaga
kerja berpengetahuan dan terlatih untuk
memenuhi tuntutan dunia pekerjaan melalui
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
MISI
Menjadi peneraju pendidikan dan latihan teknikal
dan vokasional serta hab pembelajaran sepanjang
hayat menjelang 2025
MOTO
“Peneraju Komuniti Berilmu dan Berkemahiran”
2
KURSUS YANG
DITAWARKAN
SIJIL SERVIS SIJIL PELANCONGAN
KENDERAAN RINGAN DAN
PENGEMBARAAN
BAHASA AUTOMOTIF
KECANTIKAN & DANDANAN
KATERING & SAJIAN
KOMPUTER & TEKNOLOGI ASAS REKREASI
KEROHANIAN & KEAGAMAAN
MAKLUMAT
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN SENI KREATIF
PEMBANGUNAN DIRI & MOTIVASI
3
4 LANTIKAN TETAP/HAKIKI
1 LANTIKAN DALAMAN /MENJALANKAN TUGAS
BELUM DI ISI
PENGURUSAN
TERTINGPGEINGURUSAN
TERTINGGI
Pengarah
Tn. Hj. Dusuki Ahmed
TPA TPP
Pn. Efaradilla En. Md. Shafiq Khairil
Shaharuddin
Ismail
PENCAPAIAN
KOLEJ KOMUNITI PEKAN
iCompEx’18 : Pingat Emas
MYSKRIP 2018 : Pingat Perak MYSKRIP 2018 : Pingat Gangsa
5 MYSKRIP 2018 : Pingat Gangsa
PENCAPAIAN
KOLEJ KOMUNITI PEKAN
MyCCSkilss 2018 : Tempat Ketiga PERISA’18 : Pingat Gangsa
Pertandingan CC All Starz
2018 Kolej Komuniti Pahang
: Anugerah Pelakon Terbaik
6
UNITSTAF ADMIN
PENTADBIRAN DAN
KEWANGAN
PENGURUSAN KEWANGAN
KOLEJ KOMUNITI PEKAN
PRESTASI PERBELANJAAN MENGIKUT BUTIRAN PERBELANJAAN
MENGURUS TAHUN 2018
Kolej Komuniti Pekan telah diperuntukkan sebanyak RM2,866,232.79 dan telah
membelanjakan sebanyak RM2,858,608.91 atau 99.73%.
Perbelanjaan yang telah dibelanjakan meliputi kod 10000 iaitu Bayaran Emolumen
sebanyak 100.00% diikuti kod 20000 (Perkhidmatan dan Bekalan) sebanyak 99.25%
dan kod 40000 (Pemberian dan Bayaran Tetap) 99.29% seperti di Jadual 1.
Kod Perihal Peruntukan Perbelanjaan %
Perbelanjaan (RM) (RM)
10000 Emolumen 1,841,011.59 1,841,011.05 100.00
20000
PENERBITAN PENULISAN KOLEKSI BUKU INOVASI
KOLEJ KOMUNITI PAHANG (2016-2018)
Perkhidmatan & 773,441.20 767,617.86 99.25
Bekalan
30000 Aset - --
40000 Pemberian & 251,780.00 249,980.00 99.29
Bayaran Tetap
Jumlah (RM) 2,866,232.79 2,858,608.91 99.73
Jadual 1 : Prestasi Perbelanjaan Mengikut Butiran Perbelanjaan
Mengurus Tahun 2018
7
PECAHAN PERBELANJAAN MENGIKUT BUTIRAN PERBELANJAAN
MENGURUS TAHUN 2018
2,000,000.00
1,800,000.00
1,600,000.00
1,400,000.00
1,200,000.00
1,000,000.00
800,000.00
600,000.00
400,000.00
200,000.00
-
Emolumen Perkhidmatan Aset Pemberian &
& Bekalan Bayaran Tetap
Peruntukan Perbelanjaan
Rajah 1 : Pecahan Perbelanjaan Mengurus Secara Keseluruhan Tahun 2018
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Kedudukan kumpulan perjawatan bagi Tahun 2018
BIL KUMPULAN SKIM JUMLAH JUMLAH
PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN PERJAWATAN PENGISIAN
JAWATAN
1 Pensyarah PPPT 16
15
Pengurusan & 7 7
10
2 Bukan Pensyarah Profesional 9
31
Anggota Kumpulan
Pelaksana
JUMLAH 33
Jadual 2 : Perjawatan yang diluluskan
8
STAF SKR UNIT
SERVIS KENDERAAN
RINGAN
PERTANDINGAN KEMAHIRAN KOLEJ KOMUNITI MYCCSKILLS 2018
BIDANG TEKNOLOGI AUTOMOBIL
Pertandingan Kemahiran Kolej
Komuniti MyCCSKILLS 2018 Bidang
Teknologi Automobil telah
dilaksanakan pada 27 September
2018 – 01 Oktober 2018 di Kolej
Komuniti Bandar Darulaman, Kedah
disertai oleh pelajar Unit SKR.
Program ini adalah anjuran Jabatan
Pendidikan Politeknik Dan Kolej
Komuniti yang melibatkan dua orang
pelajar Unit SKR dan tiga orang
pensyarah pengiring. Program ini
bertujuan untuk melahirkan bakat
dan melayakkan pelajar ke
Pertandingan WorldSkills Malayisa
2018.
PERTANDINGAN “NATIONAL INNOVATION AND INVENTION
COMPETITION THROUGH EXHIBITION” (iCompEx ’18)
Pertandingan iCompEx telah berlansung
pada 20 – 22 Mac 2018 bertempat di
Dewan Wawasan Jitra, Kedah.
Pertandingan ini disertai oleh lima
pensyarah dari Program Servis
Kenderaan Ringan iaitu En. Mohammad
Hisyam Bin Wahab, En. Faizul Syahidan
Bin Rajuli, En. Izwan Ezadi Bin Ismail,
Tn. Haji Zulkefli Bin Mohamad dan Tn.
Haji Mustafa Bin Bakri. Pertandingan ini
melibatkan penglibatan daripada variasi
institusi dan agensi bagi mengumpul idea
baharu dan projek pelajar serta
pensyarah dalam satu pertandingan dan
mengenalpasti projek terbaik yang
mempunyai potensi untuk dilindungi hak
cipta dan harta inteleknya serta yang
mempunyai potensi pengkomersialan.
9
LATIHAN DI PUSAT TEKNOLOGI KENDERAAN HIBRID & ELEKTRIK
Pelajar Sijil Servis Kenderaan
Ringan telah mengikuti latihan di
Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid
dan Elektrik di Kolej Komuniti
Kepala Batas, Pulau Pinang pada
16-19 Oktober 2018. Latihan ini
bertujuan untuk memberi
kemahiran tambahan kepada
pelajar-pelajar berkenaan
prosedur keselamatan dalam
menyelenggara kenderaan hibrid
dan elektrik. Seramai 30 orang
peserta telah mengambil
bahagian dalam latihan ini.
10
UNIT STAF SPL
PELANCONGAN DAN
PENGEMBARAAN
AMALI RENANG SPL 2 SESI MAC 2018
Program amali pelajar ini di
jalankan sepanjang April 2018 di
Ancasa Royale Resort & Spa
Pekan, Pahang. Objektif program
dijalankan adalah untuk
memenuhi silibus SPL 2064
(Rekreasi Pelancongan) dan
menghubungkaitkan teori yang
dipelajari dengan keadaan
sebenar di dalam industri. Ia juga
membolehkan pelajar
mengaplikasikan pembelajaran
dan kemahiran terutama dalam
bidang rekreasi air dan
seterusnya membina keberanian dan keyakinan kepada pelajar. Objektif terakhir adalah
untuk menerapkan nilai-nilai dan isu-isu keselamatan dalam aktiviti rekreasi air. Aktiviti
yang dijalankan sewaktu program ialah pelajar mempelajari teknik water confident,
teknik apungan dan teknik gaya renang. Program ini disertai oleh Pelajar-pelajar SPL 2
Sesi Mac 2018 bagi memenuhi silibus SPL 2064 – Rekreasi Pelancongan.
AMALI KOMENTAR PEMANDU PELANCONG SPL 3 SESI MAC 2018
Program ini di jalankan pada 23
April 2018 di Sungai Lembing,
Kuantan, Pahang. Ia merupakan
program amali pelajar semester 3
Sesi Mac 2018 bagi kursus SPL
3044 – Komentar Pelancongan
dibawah topik latihamal dan
simulasi. Pelajar telah diberi
peluang melaksanakan aktiviti
komentar pelancongan dengan
bantuan dan dibawah
pemerhatian pensyarah. Objektif
program dijalankan adalah untuk
melatih dan memberikan pendedahan kepada pelajar situasi sebenar sebagai sesorang
pemandu pelancong. Aktiviti yang dijalankan sewaktu program ialah pelajar
mengaplikasikan semula teknik-teknik komentar pelancongan yang telah dipelajari di
dalam kelas.
11
INTROCAMP SPL 3 SESI MAC 2018
Program ini di jalankan pada 23-26
April 2018 di Taman Pertanian
Jubli Perak Sultan Haji Ahmad
Shah, Kuantan, Pahang. Program
amali bagi kursus SPL 3074 –
Rekreasi Darat ini diwajibkan
kepada pelajar-pelajar SPL 3
dibawah topik 3, 4 dan 5 melalui
aktiviti perkhemahan bersepadu.
Aktiviti yang dijalankan sepanjang
program berkenaan adalah seperti
tali temali, kraf perkhemahan dan
navigasi. Objektif program
dijalankan adalah untuk
memberikan pendedahan kepada pelajar tentang suasana sebenar pergerakan
industri pelancongan dan merasai pengalaman memimpin kumpulan masing-masing.
Di samping itu pelajar diberikan pendedahan tentang kepimpinan dalam kejurulatihan
rekreasi darat.
SIMULASI PAKEJ LAWATAN SPL 2 SESI MAC 2018
Program ini di jalankan pada 12 Mei
2018 di Melaka Bandaraya
Bersejarah. Ia merupakan program
amali bagi kursus SPL 2084 –
Operasi Agensi Pelancongan bagi
pelajar SPL 2 Sesi Mac 2018 di
bawah topik 5 iaitu Simulasi Pakej
Lawatan. Pelajar diberikan
pendedahkan tentang cara
mendapatkan maklumat lawatan,
mengatur jadual lawatan dan
mengadakan hubungan dengan
pembekal-pembekal komponen
pelancongan. Program simulasi ini
diberikan penilaian oleh pensyarah dan pelancong yang mengikuti lawatan tersebut.
Objektif program dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar
tentang pengalaman sebenar menyediakan sesebuah pakej pelacongan atau lawatan.
Pelajar juga mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari ke dalam program
simulasi ini. Melalui program simulasi ini juga, pelajar dapat belajar cara berhadapan
dengan pelanggan dan pembekal. Pengalaman ini dilihat dapat membantu pelajar
membina keyakinan diri sebelum memasuki alam pekerjaan kelak.
12
KONSERVASI DARAT DI CHERATING SPL 2 & 3 SESI MAC 2018
Program ini di jalankan pada 1 Jun
2018 di Pusat Konservasi &
Penerangan Penyu Cherating,
Kuantan, Pahang. Program ini
merupakan program amali bagi
kursus SPL 3074 – Rekreasi Darat
bagi pelajar SPL 3 Sesi Mac 2018 di
bawah topik Konservasi Darat.
Pelajar dikehendaki menyediakan
kertas kerja program konservasi dan
seterusnya melaksanakan program
konservasi yang telah dicadangkan. Objektif program dijalankan adalah untuk
memberikan pendedahan kepada pelajar tentang suasana sebenar industri
pelancongan dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah
dipelajari di dalam kelas. Di samping itu pelajar juga diberikan pendedahan tentang
kepentingan konservasi kepada industri pelancongan dan program-program
konservasi yang dijalankan bagi kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan
pelancongan di Malaysia.
AMALI PELAJAR KE GOPENG DAN IPOH SPL 2 SESI MAC 2018
Program ini di jalankan pada 4-5 Jun 2018 di
Gopeng dan Ipoh, Perak. Ia merupakan
lawatan sambil belajar dan amali bersepadu
bagi kursus SPL 2064 – Rekreasi Pelancongan
dan SPL 2073 – Budaya Malaysia yang
melibatkan pelajar SPL 2 Sesi Mac 2018.
Pelajar diberikan pendedahkan tentang
budaya-budaya yang terdapat di Malaysia dan
menjalankan aktiviti rekreasi iaitu meneroka
gua batu kapur dan white water rafting.
Program ini merupakan industrial exposure
yang mendedahkan pelajar kepada situasi
sebenar industri pelancongan di Malaysia.
Objektif program dijalankan adalah untuk
menerangkan hubungkait teori yang dipelajari
dengan keadaan sebenar industri dan
mewujudkan jaringan kerjasama pihak kolej
bersama industri. Ia juga dapat menerapkan minat pelajar terhadap budaya dan
rekreasi di Malaysia. Pelajar juga dapat mengaplikasikan pembelajaran dan kemahiran
sepanjang aktiviti berlangsung.
13
AMALI KOMENTAR PEMANDU PELANCONG SPL 3 SESI JULAI 2018
Program ini di jalankan pada 6 Ogos 2018
di Kuala Rompin dan Bandar Muadzam
Shah, Pahang. Ia merupakan program
amali bagi kursus SPL 3044 – Komentar
Pelancongan yang memberikan
pendedahan kepada situasi sebenar
sebagai seorang pemandu pelancong. Di
samping itu pelajar merasai pengalaman
sendiri menjadi pemandu pelancong
berdasarkan pembelajaran di dalam kelas
serta mengetahui peranan, etika dan ciri-ciri
seorang pemandu pelancong. Program ini melibatkan pelajar SPL 3 Sesi Julai 2018.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk melatih dan memberikan pendedahan
kepada pelajar tugas-tugas sebenar dan etika sebagai seorang pemandu pelancong.
Ia juga bertujuan untuk mengaplikasikan teknik komentar di lapangan (on-site) dan
mengaplikasikan pembelakaran dan kemahiran yang telah dipelajari.
PROGRAM START IN TIOMAN (SIT) 2018
Program ini di jalankan pada 8-
12 Ogos 2018 di Kampung
Genting, Pulau Tioman,
Pahang. Ia merupakan satu
program yang dianjurkan oleh
Pejabat Kementerian
Pelacongan, Seni dan Budaya
Malaysia Negeri Pahang dan
Kolej Komuniti Pekan telah
dijemput untuk menyertai
acara-acara yang berkaitan
seperti konservasi di sekitar
pantai, snorkeling, trail walking
dan selam scuba. Ia
merupakan acara tahunan yang
dianjurkan bagi mempromosikan Pulau Tioman sebagai salah satu destinasi tarikan
pelancongan dan mengekalkan Pulau Tioman di dalam peta pelancongan dunia.
Objektif program dijalankan adalah untuk meningkatkan dan mempraktikkan
kemahiran pelajar dalam bidang rekreasi darat dan rekreasi air. Pelajar-pelajar juga
akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti pelancongan di Negeri Pahang. Di samping
itu, ianya untuk meningkatkan kemahiran dalam pengelolaan aktiviti rekreasi darat
yang berunsurkan alam semulajadi.
14
LATIHAMAL KOMENTAR ENGLISH FOR TOURISM SPL 3 SESI JULAI 2018
Program ini di jalankan pada 11-12
September 2018 di Cameron Highlands,
Pahang. Ia merupakan program amali
bagi kursus SPL 3011 – English For
Tourism di mana pelajar-pelajar diminta
untuk memberikan komentar
pelancongan di dalam bahasa inggeris.
Pelajar yang terlibat ialah pelajar SPL 3
Sesi Julai 2018. Pelajar telah diberikan
tugasan awal mengenai lokasi-lokasi
pelancongan di Cameron Highlands dan
pelajar perlu melakukan komentar sepanjang program berlangsung. Objektif program
dijalankan adalah untuk melaksanakan amali berdasarkan silibus SPL 3011 dan
melatih pelajar untuk berkeupayaan menguruskan maklumat serta melibatkan diri
dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ia juga bertujuan untuk melatih pelajar untuk
berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan berkesan dan menyesuaikan diri di
persekitaran kerja bidang pelancongan dan pengembaraan. Selain itu, objektif
program dilaksanakan adalah untuk membina sifat yakin diri dan berani untuk
berhadapan dengan komuniti dan mempelajari aspek kerjasama di dalam satu
kumpulan.
INTROCAMP DI REDMA MELAKA SPL 3 SESI JULAI 2018
Program ini di jalankan pada 13-16
September 2018 di REDMA Ayer Keroh,
Melaka Bandaraya Bersejarah. Intro
Camp SPL merupakan aktiviti PdP bagi
pelajar SPL 3 Sesi Mac 2018. Dalam
aktiviti ini, pelajar diberikan pendedahan
kepada situasi sebenar berdasarkan
topik yang dipelajari dalam kursus SPL
3074 – Rekreasi Darat. Di samping itu
juga, pelajar dapat merasai sendiri
pengalaman menjadi pemimpin atau
pengerak rekreasi. Pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi boleh diadaptasikan oleh pelajar sekiranya ingin menjadi
pemimpin rekreasi yang profesional. Objektif program adalah untuk memberikan
pendedahan kepada pelajar tentang tugas-tugas dan etika sebagai seorang pemimpin
rekreasi atau pengerak rekreasi. Di samping itu pelajar diberikan pendedahan tentang
kepimpinan dalam kejurulatihan rekreasi darat.
15
LAWATAN KE MUZIUM SULTAN ABU BAKAR PEKAN SPL 1B SESI JUN 2018
Program ini di jalankan pada 13
September 2018 di Muzium Sultan Abu
Bakar, Pekan, Pahang. Matlamat
program ini dijalankan adalah untuk
pelajar menjalankan amali tugasan
berbentuk audio dan video dalam topik
Kaedah Interpretasi dalam kursus SPL
1074 – Interpretasi Pelancongan. Pelajar-
pelajar mengaplikasikan teknik-teknik
yang dipelajari di dalam kelas secara
praktikal dan meningkatkan kemahiran
bagi memenuhi keperluan industri. Lawatan ini disertai oleh pelajar SPL 1B Sesi Jun
2018. Objektif program dijalankan adalah untuk memenuhi silibus kursus SPL 1074 –
Interpretasi Pelancongan dan menghubungkaitkan teori yang dipelajari dengan
keadaan yang sebenar. Ia juga mewujudkan jaringan kerjasama pihak kolej bersama
dengan industri. Di akhir program pelajar dapat menghasil satu video interpretasi
pelancongan yang baik dan berkesan.
LAWATAN KE MUZIUM SULTAN ABU BAKAR PEKAN SPL 1A SESI JUN 2018
Program ini di jalankan pada 18
September 2018 di Muzium Sultan Abu
Bakar, Pekan Pahang. Matlamat
program ini dijalankan adalah untuk
pelajar menjalankan amali tugasan
berbentuk audio dan video dalam topik
Kaedah Interpretasi dalam kursus SPL
1074 – Interpretasi Pelancongan.
Pelajar-pelajar akan mengaplikasikan
teknik-teknik yang dipelajari di dalam
kelas secara praktikal dan meningkatkan
kemahiran bagi memenuhi keperluan
industri. Lawatan ini disertai oleh pelajar
SPL 1A Sesi Jun 2018. Objektif program dijalankan adalah untuk memenuhi silibus
kursus SPL 1074 – Interpretasi Pelancongan dan menghubungkaitkan teori yang
dipelajari dengan keadaan yang sebenar. Ia juga mewujudkan jaringan kerjasama
pihak kolej bersama dengan industri. Di akhir program pelajar dapat menghasil satu
video interpretasi pelancongan yang baik dan berkesan.
16
AMALI TALI TINGGI SPL 3 JULAI 2018
Program ini di jalankan pada 21
September 2018 di Kolej Komuniti Pekan,
Pahang. Ia merupakan program amali bagi
kursus SPL 3074 – Rekreasi Darat
dibawah topik Pengendalian Tali Temali.
Pada program ini, pelajar diberikan
peluang untuk melaksanakan aktiviti
abseiling dengan bantuan dan dibawah
pemerhatian pensyarah. Matlamat aktiviti
ini adalah untuk memberikan pendedahan
kepada pelajar tentang suasana sebenar
industri pelancongan dan merasai sendiri pengalaman mengajurkan aktiviti tali temali.
Pelajar juga bepeluang mengendalikan aktiviti ini dengan pelajar-pelajar dari Politeknik
Palembang, Indonesia yang menghadiri program pertukaran pelajar bersama dengan
Kolej Komuniti Kuantan. Objektif program dijalankan adalah untuk memberikan
pendedahan kepada pelajar tentang suasana sebenar pergerakan industri pelancongan
dan mewujudkan jaringan kerjasama pihak kolej dengan institusi lain yang mempunyai
pelajar dalam bidang hospitaliti. Program ini juga memberikan pendedahan kepada
pelajar untuk menjadi seorang jurulatih rekreasi yang mengamalkan sikap-sikap dan etika
serta menitikberatkan aspek keselamatan semasa melaksanakan aktiviti tali tinggi.
AMALI KAEDAH DEMONTRASI SPL 1 SESI JUN 2018
Program ini di jalankan pada 21 September
2018 di Kolej Komuniti Pekan, Pahang
melibatkan pelajar-pelajar SPL 1A dan SPL
1B Sesi Jun 2018. Ia merupakan aktiviti
amali bagi kursus SPL 1074 – Interpretasi
Pelancongan di bawah topik Kaedah
Interpretasi. Pelajar dikehendaki melakukan
demonstrasi di luar kelas. Sehubungan itu,
bagi memenuhi keperluan amali ini, satu
aktiviti demonstrasi masakan tradisi
masyarakat dan sukan rakyat telah
diadakan. Aktiviti di luar kelas ini merupakan
salah satu bentuk industrial exposure yang diperlukan oleh pelajar Sijil Pelancongan dan
Pengembaraan. Semasa program ini berlangsung, pelajar akan menjalani latihan amali
yang telah ditetapkan bagi memenuhi keperluan silibus kursus. Objektif program
dijalankan adalah untuk memenuhi silibus kursus SPL 1074 – Interpretasi Pelancongan
dan menghubungkaitkan teori yang dipelajari dengan keadaan yang sebenar. Ia juga
melatih pelajar untuk menguruskan penganjuran pertandingan dan demonstrasi.
17
PERTANDINGAN BOLING SPL 3 SESI JULAI 2018
Pertandingan boling yang dianjurkan
merupakan projek akhir bagi pelajar-
pelajar SPL 3 Sesi Julai 2018 yang
mengambil kursus MPU1421 - Ko-
Kurikulum Sukan. Sukan boling ini
dapat membantu pelajar untuk
menguasi teknik-teknik asas bagi
melahirkan pengiat rekreasi yang
cergas, berdisiplin dan berketrampilan
dalam industri pelancongan. Kursus
ini mendedahkan pelajar tentang asas
pengurusan acara bagi sukan dan
permainan pilihan yang merangkumi perancangan aktiviti dan pengelolaan
pertandingan. Objektif penganjuran pertandingan boling ini adalah supaya para
pelajar dapat mengenalpasti kemahiran asas bidang sukan pilihan dan dapat
mempelajari cara-cara pengelolaan sesebuah pertandingan sukan. Pertandingan ini
dijalankan selepas para pelajar menjalani beberapa siri amali dan pemarkahan projek
yang dibuat sebelum, semasa dan selepas pertandingan berlangsung.
LATIHAMAL DAN SIMULASI KOMENTAR PEMANDU PELANCONG SPL 3
SESI JULAI 2018
Program ini di jalankan pada 7-8
Oktober 2018 di Kuala Lumpur. Ia
merupakan program amali bagi
kursus SPL 3044 – Komentar
Pelancongan dibawah topik latihamal
dan simulasi. Pelajar melaksanakan
aktiviti komentar pelancongan
dengan melaksanakan simulasi
sebagai pemandu pelancong
sebenar mengikut pemanduan
pelancongan bandar, alam
semulajadi dan setempat. Objektif program dijalankan adalah untuk melatih dan
memberikan pendedahan kepada pelajar situasi sebenar sebagai seseorang
pemandu pelancong: Aktiviti yang dijalankan sewaktu program ialah pelajar
mengaplikasikan semula teknik-teknik komentar pelancongan yang telah dipelajari
di dalam kelas dan ianya disertai oleh pelajar-pelajar SPL 3 Sesi Julai 2018.
18
KONSERVASI BUKIT PANORAMA 2018
Program ini di jalankan pada 13-14
Oktober 2018 di Bukit Panorama,
Sungai Lembing, Kuantan, Pahang. Ia
merupakan projek rekreasi
pelancongan yang mendedahkan
pelajar kepada pelbagai aktiviti yang
bertujuan meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan keyakinan pelajar. Ia
juga bagi mendidik pelajar supaya
menjaga alam sekitar mengikut
konteks rekreasi dengan
mengamalkan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan. Objektif program dijalankan
adalah untuk memenuhi silibus kursus SPL 3074 – Rekreasi Darat. Ia juga
memberikan pendedahan kepada pelajar tentang suasana sebenar industri
pelancongan dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah
dipelajari di dalam kelas. Di samping itu pelajar juga diberikan pendedahan tentang
kepentingan konservasi kepada industri pelancongan dan program-program
konservasi yang dijalankan bagi kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan
pelancongan di Malaysia
INTERNATIONAL ORIENTEERING CHALLENGE 2018
Pertandingan ini dianjurkan oleh
Politeknik Malaysia pada 13-14 Oktober
2018 di Politeknik Sultan Haji Ahmad
Shah (POLISAS). Ia merupakan acara
yang mengabungkan elemen pendidikan
dan keseronokan melalui sukan
orienteering yang mengunakan
kemahiran membaca peta dan pandu
arah. Acara ini juga disertai oleh wakil
dari negara Indonesia, German dan
Sweden. Seramai 8 orang pelajar SPL
terpilih untuk menyertai pertandingan ini.
Pertandingan ini memberikan pendedahan kepada pelajar dalam menguruskan dan
menganjurkan pertandingan sukan rekreasi di peringkat antarabangsa. Ia juga
memberikan pengalaman kepada pelajar tentang suasana sebenar industri
pelancongan dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah
dipelajari di dalam kelas.
19
LATIHAMAL PELAJAR SPL SEMESTER 1 KE MELAKA
Program ini di jalankan pada 29-30
Oktober 2018 di Melaka Bandaraya
Bersejarah melibatkan pelajar SPL
1A dan SPL 1B Sesi Jun 2018.
Lawatan ini merupakan salah satu
bentuk industrial exposure yang
diperlukan oleh pelajar Sijil
Pelancongan dan Pengembaraan.
Semasa program ini berlangsung,
pelajar akan menjalani latiham amali
yang telah ditetapkan bagi memenuhi
keperluan silibus kursus. Bandaraya
Melaka dipilih kerana di sini terdapat pelbagai jenis produk pelancongan seperti
pelancongan etnik dan sejarah, pelancongan pendidikan, pelancongan eko,
pelancongan acara, pelancongan keagamaan dan sebagainya. Objektif program
dijalankan adalah bagi memenuhi silibus SPL 1053 – Pengenalan Pelancongan,
SPL 1074 – Interpretasi Pelancongan dan SPL 1083 – Geografi Pelancongan. Ia
juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai aktiviti-
aktiviti berkaitan pelancongan dan memberikan pengalaman kepada pelajar
mengenai produk-produk pelancongan yang terdapat di Malaysia.
KURSUS PERTOLONGAN CEMAS SPL 1 SESI JUN 2018 DAN SPL 3 SESI
JULAI 2018
Kursus ini dijalankan memberikan
pendedahan kepada pelajar
berkenaan proses pertolongan
cemas dari persatuan Red Cressent
yang bergerak aktif di sekitar
Pahang. Pihak Red Cressent yang
bergerak aktif di sekitar Pahang.
Pihak Red Cressent telah berkongsi
cara-cara terkini dalam rawatan
pertolongan cemas mengikut
prosedur dan piawaian
antarabangsa. Pelajar juga
berpeluang mencuba pelbagai
rawatan lain yang terkandung di dalam silibus kursus SPL 1064 – Pertolongan
Cemas. Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan graduan yang holistik,
seimbang dan dinamik. Ia memberikan pendedahan baru kepada pelajar mengenai
kaedah rawatan kecemasan yang terkini dan memberikan peluang kepada pelajar
untuk menyertai Red Cressent Pahang.
20
PSTEANFGAJIANUANM IT
PENGAJIAN AM
USRAH WANITA “KANSER DIKALANGAN WANITA”
Program Usrah Wanita telah
dilaksanakan pada 12 Januari, 16
Mac dan 02 Mei 2018 bertempat
di Bilik Seminar KKPP dan
Dewan KKPP. Program ini
disertai oleh pelajar-pelajar
perempuan, kakitangan kolej dan
juga masyarakat luar. Program ini
adalah anjuran Unit Pengajian
Am. Usrah Wanita kali pertama
telah dihadiri oleh pelajar dan kakitangan kolej seramai 18 orang. Usrah Wanita kali
kedua pula dihadiri oleh pelajar, kakitangan kolej dan masyarakat luar seramai 36
orang, manakala Usrah Wanita kali ketiga dihadiri oleh pelajar, kakitangan kolej dan
masyarakat luar seramai 36 orang, manakala Usrah Wanita kali ketiga dihadiri oleh
pelajar, kakitangan kolej dan masyarakat luar seramai lebih kurang 20 orang. Tujuan
program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang isu-isu fiqh
dan semasa khusus untuk kaum wanita.
BACAAN SURAH YASIN
Program Bacaan Surah Yasin dan
tafsirnya telah dilaksanakan pada 09
Februari 2018 bertempat di lobi KKPP.
Program ini disertai oleh pelajar-pelajar
dan kakitangan kolej. Program ini adalah
anjuran Unit Pengajian Am dan
dilaksanakan sempena kedatangan bulan
Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Pada
bulan Rejab dan Syaaban. Tujuan
program ini ialah untuk membudayakan
cintakan al-Quran disamping menambah
ilmu dengan perkongsian tadabbur ayat-
ayat dalam surah Yasin.
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN
Program Ihya’ Ramadhan telah dijalankan
pada 11 – 24 Mei 2018 dan pelancarannya
telah dibuat pada 15 Mei 2018. Program ini
telah disertai oleh pelajar-pelajar dan
kakitangan kolej. Program ini adalah anjuran
Unit Pengajian Am. Antara aktiviti yang
dilakukan ialah tadarrus Al-Quran, tazkirah,
ceramah dan iftar perdana. Tujuan program
ini ialah sebagai mengimarahkan bulan
Ramadhan yang barakah, menambahkan
ilmu, membudayakan bacaan Al-Quran dan
syariat Allah di Kolej Komuniti Pekan.
21
KEMPEN TILAWAH AL-QURAN
Program kempen Tilawah Al-Quran
adalah program tadarrus Al-Quran
yang telah dilaksanakan pada 30 Mac
hingga 24 Mei 2018 bertempat di bilik
pameran (perempuan) dan surau
(lelaki). Program ini disertai oleh
pelajar-pelajar dan kakitangan kolej.
Program ini adalah anjuran Unit
Pengajian Am. Pada bulan Rejab dan
Syaaban, tadarrus al-Quran dijalankan
pada setiap hari jumaat, manakala
pada bulan Ramadhan, ia dilaksanakan
setiap hari. Tujuan program ini ialah
untuk menyuburkan budaya cintakan Al-Quran disamping menghidupkan bulan-bulan
yang barakah dengan bacaan Al-Quran.
BICARA ILMU DAN KLINIK BACAAN AL-FATIHAH
Bicara Ilmu dan klinik bacaan Al-Fatihah
telah dilaksanakan semasa program
Karnival 3L iaitu pada 30 Oktober 2018
di Dewan Kolej Komuniti Pekan.
Program ini telah disertai oleh semua
pelajar Kolej Komuniti Pekan dan
masyarakat luar. Program ini adalah
anjuran Unit Pengajian Am. Bicara Ilmu
membentangkan tentang perkara-
perkara asas dalam Islam. Tajuk
ceramah ialah “ Sayonara Jahiliyyah”.
Manakala klinik bacaan al-Fatihah menyemak bacaan peserta dan membetulkan
apabila perlu. Tujuan utama prgoram ialah memberi fahaman kepada pelajar tentang
perkara yang asasi dalam Islam.
MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 22
Majlis sambutan Hari Kememrdekaan telah dijalankan pada
07 September 2018 di Lobi KKPP. Program ini telah disertai
oleh pelajar-pelajar dan kakitangan kolej. Program ini adalah
anjuran Perpustakaan Kolej Komuniti Pekan dengan
kerjasama Unit Pengajian Am. Antara aktiviti yang dilakukan
di dalam majlis ini ialah ceramah kenegaraan, ucapan
pengarah, persembahan pelajar dan staf, penyampaian
hadiah dan sesi bergambar. Sebelum daripada majlis ini
dilaksanakan, beberapa aktiviti sempena hari Kemerdekaan
telah dilakukan seperti pertandingan Kolaj Kemerdekaan,
pertandingan Mewarna Kemerdekaan, pertandingan Swafoto
Instagram dan Facebook, pertandingan Kuiz Kemerdekaan
dan cabutan bertuah Pengguna Sudut Siber. Tujuan program
ini adalah untuk memupuk dan menyemarakkan semangat
patriotisme di dalam jiwa warga Kolej Komuniti Pekan
disamping menanam sikap sayang dan cinta kepada kolej
dan seterusnya negara.
PEGAWAI KANAN
PEGAWAI KANAN
UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
MAJLIS APRESIASI PELAJAR SEMESTER AKHIR KOLEJ KOMUNITI PEKAN
2018
Bahagian Pembangun Pelajar telah
menganjurkan Majlis Apresiasi Pelajar
Semester Akhir Kolej Komuniti Pekan 2018
bagi Sesi November 2017 yang telah
diadakan pada 14 Februari 2018. Majlis ini
diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar
semester akhir sebelum menjalani latihan
industri. Penyampaian sijil kecemerlangan
dalam akademik turut diadakan disamping
persembahan daripada pelajar yang
telibat.
PROGRAM KANTIN BERMAKLUMAT
Program sukarelawan ini diadakan
pada 02 Jun 2018 bertempat di
Sekolah Kebangsaan Sri Terentang
melibatkan 21 orang peserta.
Program ini adalah anjuran Sekolah
Kebangsaan Sri Terentang dengan
kerjasama Sukarelawan KK Pekan.
Antara aktiviti yang dijalankan
adalah seperti menampal maklumat-
maklumat pada meja di kantin,
membalut alas meja, memasang
scallop dan mengecat tiang-tiang
yang ada di kantin tersebut.
23
KEJOHANAN WOODBALL KOLEJ KOMUNITI 2018
Kejohanan Woodball Kolej
Komuniti 2018 telah berlangsung
dengan jayanya di Laman
Woodball KK Rompin, Pahang
pada 04 – 05 September 2018.
Kejohanan ini dianjurkan oleh
Bahagian Ambilan &
Pembangunan Pelajar, JPPK,
dan diketuai oleh Kolej Komuniti
Pekan dengan kerjasama Kolej
Komuniti Rompin dan Persatuan
Woodball Pekan Kejohanan ini diadakan bagi mengukuhkan hubungan
kolaborasi dengan kelab dan persatuan luar yang berkaitan dengan sukan
woodball. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan pihak Kolej
Komuniti Pekan yang bertindak sebagai penganjur dengan semua peserta dari
Kolej Komuniti di Malaysia yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.
Kolej Komuniti Pahang telah merangkul Naib Johan bagi keputusan keseluruhan
dalam kejohanan tersebut.
MELODRAMA CC ALL STARZ 2018
Kolej Komuniti Pekan telah berjaya
merangkul Anugerah Pelakon Terbaik
dalam Pertandingan Melodrama CC All
Starz yang dianjurkan oleh Bahagian
Ambilan & Pembangunan Pelajar,
Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej
Komuniti (JPPKK) Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan
kerjasama Kolej Komuniti Bentong.
Pertandingan ini diadakan pada 06
September 2018 bertempat di Institut
Aminuddin Baki, Genting Highlands.
Persembahan melibatkan nyanyian dan
drama ini bertujuan untuk mencungkil
bakat seni pelajar dan memberi peluang kepada pelajar Kolej Komuniti berkarya
dalam medium pementasan drama berdasarkan tema yang dipilih mengikut kolej
masing-masing.
24
UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
CSR PANTAI AIR LELEH PEKAN
Kolej Komuniti Pekan selaku pengerusi
BriSK Negeri Pahang telah menganjurkan
Majlis Pelancaran BriSK untuk negeri
Pahang pada 27 September 2019
bertempat di Pantai Air Leleh Pekan,
Pahang. Sebanyak 120 peserta dari 10
buah Kolej Komuniti di Negeri Pahang
yang terlibat dalam menjayakan majlis
pelancaran ini. Antara aktiviti yang
dijalankan ialah menanam papan tanda,
Pertandingan Mengecat Longkang
Vshape untuk dijadikan tempat duduk dan
Pertandingan Kutipan Sampah Terbanyak
serta lukisan mural pada dinding surau.
FUNWALK 1000 LANGKAH MERDEKA
Kolej Komuniti Pekan telah menyertai
FunWalk Langkah Merdeka
Peringkat Daerah Pekan pada 22
September 2018 bertempat di
Dataran Pekan melibatkan 26 orang
peserta. Program ini juga turut
melibatkan pertandingan sorakan
dari pelbagai agensi di daerah
Pekan. Kolej Komuniti Pekan telah
berjaya meraih tempat kedua dalam
pertandingan tersebut.
25
KEJOHANAN SILAT KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA EDISI-2 2018
Dua orang pelajar Sijil Servis Kenderaan
Ringan Kolej Komuniti Pekan iaitu Fazrul
Arhan bin Fauzi dan Muhammad Fikry bin
Mohd Azam telah mewakili pasukan Kolej
Komuniti Pahang dalam Kejohanan Silat
Kolej Komuntii Malaysia Edisi 2 2018.
Kejohanan tersebut telah berlangsung di
AEON Mall Kota Bharu, Kelantan pada 03 –
07 Oktober 2018. Kolej Komuniti Pahang
telah menjadi juara keseluruhan dalam
kejohanan silat tersebut.
CSR SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MAULANA
Program CSR ini bertujuan untuk merapatkan
hubungan di antara Kolej Komuniti Pekan
dengan komuniti setempat di Sekolah
Kebangsaan Maulana, Pekan pada 28
Disember 2018 sempena hari orientasi pelajar
baru di sekolah tersebut. Sukarelawan
mendekati ibu-bapa dan guru-guru untuk
memberi sebarang pertolongan yang
diperlukan, membantu murid sekolah
mengawal emosi, menceriakan keadaan
serta beramah mesra bersama murid seperti
membuat pendekatan dengan berswafoto.
Selain itu, sukarelawan membantu mengemaskan kerusi dan meja semasa taklimat,
membantu menyusun kerusi dan meja didalam kelas yang terlibat dan membantu
membersihkan kelas pelajar.
26
UNIT PENGAMBILAN PELAJAR
PROGRAM EDUFEST@RTC KUALA PAHANG
Bahagian Ambilan Pelajar telah
menyertai pameran pendidikan
sempena Program EDUFEST@RTC
bertempat di Kuala Pahang. Program
ini telah berlangsung pada 24 – 25
Februari 2018 melibatkan 20 booth
IPTA, Kolej Komuniti, IKM, ILP, IPTS
dan lain-lain. Seramai 11 orang
kakitangan kolej terlibat dalam
menjayakan aktiviti pameran,
demonstrasi ikatan tali dan promosi
kemasukan Kolej Komuniti Pekan.
Tujuan program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai
maklumat kemasukan ke institusi pengajian tinggi yang terlibat dalam program
tersebut.
KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2018 ZON PAHANG
Kolej Komuniti Pekan (KKPP)
telah menyertai Karnival
Pendidikan Tinggi Negara 2018
Zon Pahang anjuran Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan
kerjasama Universiti Malaysia
Pahang (UMP) pada 03 – 04 Mac
2018 bertempat di Kompleks
Sukan UMP, Kampus Gambang.
Objektif penganjuran ini adalah
untuk memberi maklumat yang
tepat dan terkini mengena
peluang pendidikan tinggi untuk
pelajar sekolah menengah, lepasan diploma/setaraf, ibubapa, guru, komuniti
setempat. KKPP telah mengadakan pameran, demostrasi ikatan tali dan promosi
kemasukan kolej melibatkan 8 orang kakitangan kolej. Terdapat lebih 100 booth
pameran dibuka dengan penyertaan daripada 20 institusi pengajian yang terpilih
dan agensi-agensi berteraskan pendidikan.
LAWATAN BERMAKLUMAT DARI SMK WAKAF TAPAI, MARANG
KKPP berbesar hati menerima kunjungan
daripada Sekolah Menengah Wakaf Tapai,
Marang dalam satu sesi lawatan akademik
ke KKPP pada 12 April 2018 yang lalu.
Seramai 40 orang pelajar dan guru pengiring
diberi taklimat mengenai Kolej Komuniti
Pekan oleh Pegawai Pengambilan Pelajar
KKPP. Guru dan para pelajar juga dibawa
melawat ke sekitar kawasan kolej bagi
melawat ke sekitar kolej bagi mendedahkan
mereka dengan kehidupan dan proses pembelajaran pelajar di sini.
27
PROMOSI KEMASUKAN PELAJAR KE KOLEJ KOMUNITI PEKAN SEMPENA
PENGUMUMAN SPM
Bahagian Pengambilan Pelajar telah
mengadakan aktiviti promosi
kemasukan pelajar ke KKP pada 15
Mac 2018. Antara lokasi yang
dikunjungi ialah Sek. Men. Keb.
Pekan, Sek. Men. Keb. Indera
Syahbandar, Sek. Men. Keb. Peramu
Jaya, Sek. Men. Keb. Mat Kilau dan
Sek. Men. Keb. Ubai bagi sesi
mempromosikan kemasukan pelajar
ke KKPP. Aktiviti yang dijalankan
adalah pameran dan taklimat
kemasukan pelajar.
PROGRAM TAUTAN MESRA KEMAS 2018
Program Tautan Mesra anjuran
KEMAS Pekan dan JKKK Kg.
Pahang Tua telah diadakan pada
24 Mac 2018 bertempat di
Padang Awam Kampung Pahang
Tua bertujuan merapatkan
silaturrahim dan semangat
kekitaan di antara penduduk.
Seramai 3 orang pensyarah dan
6 orang pelajar terlibat dan
menjayakan aktiviti membuka
booth pameran, promosi
kemasukan pelajar, demonstrasi
ikatan tali dan jualan.
PROGRAM EDUFEST @ RTC KUALA PAHANG
KKPP telah mengadakan Program My
Future dan Hari Kerjaya PLKN pada 31
Mac 2018 di Pusat Latihan Khidmat
Masyarakat (PLKN) Hijrah, Penor.
Objektif program ini adalah untuk
memberikan taklimat kerjaya kepada
pelatih-pelatih PLKN. Selain itu, diadakan
juga promosi dan taklimat kemasukan
pelajar ke KKPP. Taklimat tersebut telah
disampaikan oleh Pn Zuraini Binti Sahaer
kepada 90 orang pelatih PLKN.
28
UNIT PENGAMBILAN PELAJAR
PROGRAM KPT4U PARLIMEN PAYA BESAR
KKPP turut menjayakan Program
KPT4U Parlimen Paya Besar
yang dikelolakan dan dianjurkan
oleh Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti
Negeri Pahang pada 08 April
2018. Program KPT4U
dijalankan di Padang KRT RRM
Permatang Badak ini
berkonsepkan ‘Student Giving
Back to Community’
menyediakan pelbagai aktriviti
khidmat sosial (CSR) yang
dirancang dan dilaksanakan
mengikut bidang kepakaran institusi terlibat. Melalui aktiviti yang dilaksanakan
dalam Program KPT4U ini dapat meningkatkan kesejahteraan dan memberikan
impak positif kepada masyarakat setempat. Pensyarah dan pelajar Sijil Servis
Kenderaan Ringan KKPP telah memberikan komitmen yang baik dalam
menjalankan aktiviti menyelenggara motosikal kepada masyarakat setempat.
Secara tidak langsung pelajar yang terlibat mempraktikkan ilmu yang dipelajari ke
lapangan sebenar. Antara aktiviti yang diadakan adalah promosi Jom Masuk
Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti, pertandingan mewarna kanak-kanak,
demonstrasi makanan dan pertandingan hiasan, senamrobik rakyat, kenduri rakyat
dan pemeriksaan kesihatan.
PROMOSI KOLEJ KOMUNITI PEKAN SEMPENA KARNIVAL KOKURIKULUM
DAN HARI KEUSAHAWANAN SMK PEKAN
Dua orang pegawai dari KKPP telah
menyertai Karnival Kokurikulum dan
Keusahawanan yang bertempat di SMK
Pekan. Pegawai terlibat adalah Pn.
Ratinah Binti Jaafar dan Pn. Zuraini
Binti Abdul Shaer mewakili KKPP untuk
memeriahkan lagi karnival tersebut
dengan melakukan aktiviti membuka
booth promosi berkaitan dengan KKPP
yang mana secara tidak langsung dapat
memperkenalkan dan mempromosikan lagi KKPP kepada pelajar-pelajar
SMK Pekan khasnya yang akan tamat pembelajaran pada tingkatan 5.
Program ini juga diserikan dengan beberapa pameran dari wakil-wakil agensi
kerajaan dan juga gerai-gerai jualan yang menjual pelbagai juadah makanan
dan minuman.
29
TAKLIMAT KEMASUKAN PELAJAR DI SMK DATO’ MAHMUD MAT
Bahagian Ambilan Pelajar Kolej Komuniti Pekan
telah menjalankan promosi dan taklimat kemasukan
pelajar ke KKPP pada 18 September 2018
bertempat di Dewan Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Mahmud Mat. Taklimat telah
disampaikan oleh Pegawai Pengambilan Kolej
Komuniti Pekan , Puan Ratinah Binti Jaafar kepada
100 orang pelajar mengenai maklumat terkini,
peluang kemasukan ke Kolej Komuniti Pekan dan
pendedahan aktiviti pembelajaran di kolej.
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2018
Pendaftaran pelajar baharu sesi Jun
2018 KKPP telah berlangsung pada 26
Jun 2018. Seramai 118 pelajar baharu
telah mendaftar di KKPP. Pada minggu
tersebut berlangsungnya program
Minggu Suaikenal bagi pelajar baharu
bertujuan untuk memberi pendedahan
awal kepada para pelajar mengenai
sistem pembelajaran di kolej komuniti
dan mewujudkan hubungan akrab
dikalangan pelajar serta berpeluang
mengenali KKPP dengan lebih dekat
melalui aktiviti yang telah dijalankan.
PAMERAN HARI TERBUKA KOMUNITI MILENIA KOLEJ KOMUNITI
PAYA BESAR
Pameran dan promosi kemasukan pelajar
telah dijalankan sempena Hari Terbuka
Komuniti Milenia Kolej Komuniti Paya
Besar diadakan pada 17 November 2018
yang lalu. Pelbagai aktiviti disediakan
seperti pameran, kursus pendek, gerai
jualan dan pendaftaran terbuka bagi
kemasukan pelajar sesi Disember 2018.
Selain itu, pertandingan larian, berbasikal,
fotografi, style your shawl dan mewarna
bagi kanak-kanak turut diadakan. Objektif
penganjuran bertujuan untuk mendekatkan lagi kolej komuniti dengan komuniti
setempat di samping membuat penawaran kemasukan terus kepada pelajar yang
berminat untuk belajar di kolej komuniti.
30
UNIT PENGAMBILAN PELAJAR
PROGRAM POLYCC TVET OUTREACH 2018
Sempena Program PolyCC TVET
Outreach 2018, KKPP tekah membuka
booth pameran dan secara langsungnya
membuat promosi kemasukan pelajar ke
kolej. Program yang berlangsung pada 20
Oktober 2018 ini bertempat di Kolej
Komuniti Bentong telah mendapat
sambutan yang baik daripada komuniti
setempat dan sekolah-sekolah yang
berdekatan. Objektif program ini diadakan
adalah sebagai salah satu paltform untuk
mendekatkan institusi polteknik dan kolej komuniti dengan masyarakat disamping
memberi informasi terkini mengenai pengajian di institusi. Terdapat pelbagai aktiviti
yang dijalankan antaranya adalah pameran robotik, demonstrasi puding,
pertandingan mewarna, selfie run and ride, kursus-kursus pendek dan sebagainya.
PROGRAM MOH NGEMPING 2018
Program Moh Ngemping 2018
menggamit kenangan penduduk
setempat mengenai acara tradisional
yang terkenal suatu ketika dulu telah
berlangsung pada 11 November 2018 di
Padang Awam Kampung Pahang Tua,
Pekan. Program yang diadakan secara
tahunan ini mendapat kerjasama
sepenuhnya daripada Pejabat Daerah
Pekan, Jabatan Pelancongan Pahang
dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.
KKPP telah membuka booth pameran dan kaunter pendaftaran bagi pelajar baharu
untuk Sesi Disember 2018 melibatkan 21 orang kakitangan dan 6 orang pelajar
menyertai program ini. Terdapat pelbagai pertandingan yang dianjurkan iaitu
pertandingan mengemping, mewarna, moh ngail, pukul bantal, sepakan penalti dan
bola tampar paya. Aktiviti pemeriksaan kesihatan, jualan hasil pertanian dan kaunter
bayaran saman turut diadakan.
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2018
Pada 03 Disember 2018 telah diadakan
pendaftaran pelajar baharu sesi Dis 2018
KKPP. Seramai 19 pelajar baharu telah
mendaftar di KKPP dan disusuli dengan
program Minggu Suaikenal pada minggu
tersebut untuk mengeratkan hubungan
antara pelajar serta memberi
pendedahan mengenai KKPP. Selain itu
beberapa taklimat yang berkaitan
dengan pembelajaran dan sahsiah turut
diberikan kepada para pelajar baharu.
31