MESYUARAT PROMOSI PENGAMBILAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI
NEGERI PAHANG
Mesyuarat Promosi Pengambilan Pelajar
bagi Kolej Komuniti Wilayah Pahang telah
dilaksanakan pada 10 Disember 2018
bertempat di Kolej Komuniti Paya Besar.
Mesyuarat ini dihadiri oleh pengarah-
pengarah dan pegawai pengambilan kolej
komuniti seluruh negeri Pahang. Objektif
utama adalah untuk membincangkan
aktiviti yang akan dijalankan bagi
meningkatkan pengambilan pelajar bagi
Sesi Disember 2018.
TAKLIMAT PENGARAH KOLEJ KOMUNITI PEKAN BERSAMA PEGAWAI PPD
PEKAN DAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH DI PEKAN
Satu taklimat mengenai kolej telah
disampaikan oleh Pengarah KKPP, Hj
Dusuki Bin Ahmed kepada 14 orang
pengetua sekolah di daerah Pekan
bersama Pegawai Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) Pekan pada 12
Disember 2018 bertempat di bilik
mesyuarat KKPP. Objektif adalah
untuk menjelaskan secara terperinci
mengenai pembelajaran di KKPP dan
memberikan maklumat yang terkini berkaitan pengambilan pelajar serta syarat
kemasukan pelajar ke kolej komuniti. Selain itu, program ini bertujuan untuk
menjalinkan hubungan yang erat dan kerjasama yang padu antara KKPP dengan
PPD serta sekolah-sekolah di daerah Pekan dalam meningkatkan peluang
menyambung pengajian kepada para pelajar di sekolah-sekolah tersebut.
32
UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
STATISTIK PENCAPAIAN
73 KURSUS
JUMLAH
1823PESERTA
PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT TAHUN 2018
Beberapa program dan aktiviti telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018 oleh unit
PSH. Ini termasuk pelbagai kluster kursus pendek. Sebanyak 74 kursus yang
dijalankan sepanjang tahun 2018 bermula dari bulan Januari hingga Disember 2018.
Kursus-kursus dijalankan kepada komuniti setempat serta organisasi luar.
Perlaksanaan kursus berdasarkan permintaan organisasi dan juga kursus terbuka
untuk komuniti. Pembahagian kluster bagi pengajuran kursus kendek tahun 2018
adalah seperti jadual 3 berikut;
Bil Klaster Bilangan Peserta
1 Bahasa 174
2 Elektrik dan Elektronik 35
3 Grafik dan Multimedia 37
4 Hospitaliti dan Pelancongan 82
5 Jahitan dan Pakaian 335
6 Katering dan Sajian 65
7 Kecantikan dan Dandanan 53
8 Kenderaan dan Automotif 209
9 Komputer dan Teknologi Maklumat 214
10 Kraftangan dan Hiasan Dalaman 74
11 Pembangunan Diri / Motivasi 206
12 Perniagaan dan Keusahawanan 149
13 Program Industri 112
14 Sains Kesihatan 54
15 Seni Kreatif 24
Jadual 3 : Kluster kursus pendek PSH Kolej Komuniti Pekan
33
KOLABORASI UNIT PSH TAHUN 2018
Selain kursus pendek, program yang melibatkan organisasi dan institusi
setempat juga telah dilaksanakan. Antaranya adalah kolaborasi dan majlis
penghargaan. Program seperti ini adalah untuk menjalin kerjasama yang berterusan
dengan organisasidan institusi setempat bagi aktiviti dan program jangka masa
panjang. Perincian kolaborasi unit PSH bagi tahun 2018 adalah seperti jadual 4
berikut :
No Aktiviti Bulan Kursus
Perlaksanaan
1 CIDB Green Card (I,II,III)
Sek. Menengah Agama Januari Motivasi Kecemerlangan Spm
2 Julai 2018
Ittafiqiyyah Fire Safety Technician Course
Tentera Udara Diraja (Siri I – VI)
3
Kursus JAIP (Siri I - III
Malaysia (TUDM)
Jabatan Agama Islam
4
Pahang (JAIP)
Majlis Daerah Pekan, November Kursus Jangka Pendek
5 Keusahawanan Untuk Peniaga
Pahang. Kiosk Penjaja Bagi Program
Pembasmian Kemiskinan
Bandar (Ppkb)
Majlis Ugama Islam Disember Kursus Integriti
6 dan Adat Resam
Melayu Pahang, MUIP.
Jadual 4 : Senarai kolaborasi unit PSH Kolej Komuniti Pekan Tahun 2018
34
UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
PENCAPAIAN KPI KURSUS DAN PESERTA PSH BAGI TAHUN 2018
Berikut disertakan pelaporan statistik pencapaian kursus PSH dan PISH bagi tahun
2018 pada jadual 5. Statistik ini adalah berdasarkan KPI unit PSH seperti yang telah
ditetapkan oleh JPPKK iaitu mengikut norma pensyarah seperti dibawah.
1 pensyarah = 90 orang peserta (KPI Pensyarah)
(KPI Kolej Komuniti)
16 pensyarah x 90 peserta = 1440 orang peserta (KPI PISH)
10% x 1440 peserta = 144 orang peserta
Kursus pendek PSH Kursus PISH
Bilangan Kursus Bilangan Peserta Bilangan Kursus Bilangan Peserta
73 1784 7 323
18%
% Prestasi PSH 123.80% % Prestasi PISH
Jadual 5 : Pencapaian KPI unit PSH Kolej Komuniti Pekan bagi tahun 2018
35
KOLEKSI GAMBAR SEKITAR PERLAKSANAAN KURSUS PENDEK PSH
36
UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
KOLEKSI GAMBAR SEKITAR PERLAKSANAAN KURSUS PENDEK PSH
37
KOLEKSI GAMBAR SEKITAR PERLAKSANAAN KURSUS PENDEK PISH
38
UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
PENGANUGERAHAN SIJIL
Seramai 88 orang graduan telah Berjaya menamatkan pengajian dan telah
menerima sijil masing-masing pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Tahun 2018.
Statistik lulusan pelajar mengikut program adalah seperti Jadual 6, Jadual 7 dan
Jadual 8.
BILANGAN LULUSAN MENGIKUT PROGRAM JUMLAH
SKALA HIMPUNAN PURATA NILAI MATA (HPNM) PELAJAR
PROGRAM % 8
16.3
4.00 – % 3.66 – % 2.99 – %
3.67 3.00 2.00
SIJIL 37.5 2 25.0
PELANCONGAN
DAN 3 37.5 3
PENGEMBARAAN
(SPL)
SIJIL SERVIS 2 4.9 32 78 7 17.1 83.7 41
KENDERAAN
RINGAN (SKR)
JUMLAH 5 10.2 35 71.4 9 18.4 100.0 49
Jadual 6 : Statistik lulusan pelajar lulus penuh Sijil Kolej Komuniti (SKK)
lulusan Februari 2017 (kohort 10)
BILANGAN LULUSAN MENGIKUT PROGRAM JUMLAH
SKALA HIMPUNAN PURATA NILAI MATA (HPNM) PELAJAR
PROGRAM %
4.00 – % 3.66 – % 2.99 – %
3.67 3.00 2.00
SIJIL 8.3 60.0 12
PELANCONGAN
DAN 4 33.3 7 58.3 1
PENGEMBARAAN
(SPL)
SIJIL SERVIS 1 12.5 6 75.0 1 12.5 40.0 8
KENDERAAN
RINGAN (SKR)
JUMLAH 5 25.0 13 65.0 2 10.0 100.0 20
Jadual 7 : Statistik lulusan pelajar lulus penuh Sijil Kolej Komuniti (SKK)
lulusan Jun 2017 (kohort 11)
39
PROGRAM BILANGAN LULUSAN MENGIKUT PROGRAM % JUMLAH
SKALA HIMPUNAN PURATA NILAI MATA PELAJAR
(HPNM)
4.00 – % 3.66 – % 2.99 – %
3.67 3.00 2.00
SIJIL
PELANCONGAN
DAN 6 54.5 5 45.5 0 0.0 57.9 11
42.1 8
PENGEMBARAAN
(SPL)
SIJIL SERVIS 3 37.5 5 62.5 0 0.0
KENDERAAN
RINGAN (SKR)
JUMLAH 9 47.4 10 52.6 0 0.0 100.0 19
Jadual 8 : Statistik lulusan pelajar lulus penuh Sijil Kolej Komuniti (SKK) lulusan
Disember 2017 (kohort 10)
40
UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
MAJLIS KONVOKESYEN 2018 KOLEJ KOMUNITI NEGERI KELANTAN,
TERENGGANU DAN PAHANG
Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Kelantan, Terengganu Dan Pahang
telah diadakan pada 15 Julai 2018 di UMK Jeli, Kelantan. Seramai 88 graduan
dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti pada pada Majlis Konvokesyen pada tahun
2018.
BENGKEL PEMBANGUNAN DATA INPUT SISTEM APLIKASI PEPERIKSAAN
BAGI NEGERI PAHANG
Bengkel Pembangunan Data Input
Sistem Aplikasi Peperiksaan bagi
Negeri Pahang telah dilaksanakan
pada 11 – 13 November 2018 di
Grand Darul Makmur, Kuantan,
Pahang. Tujuan bengkel ini adalah
untuk menambah kefahaman
pensyarah terhadap pelaksanaan
inSAn dan menjelaskan peranan
serta tanggungjawab pensyarah di
kolej komuniti. Seramai 58 peserta
terlibat dalam bengkel ini yang terdiri
daripada Pegawai Peperiksaan,
Penyelaras Peperiksaan dan Ketua
Program dari sepuluh buah Kolej
Komuniti di Negeri Pahang.
Penceramah jemputan adalah Encik
Hairul Anuar bin Masrol
(Pengaturcara iSEMS@CC), Encik
Azizol Bin Duralim (Pengaturcara
SRKPlus) dan Encik Johar bin
Masbor (Penyelaras iSEMS@CC).
41
42
UNIT JAMINAN KUALITI
AKREDITASI OLEH MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY (MQA)
Status akreditasi daripada MQA bagi Program Sijil Servis Kenderaan Ringan
Status akreditasi daripada MQA bagi Program Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
43
PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
SENARAI PEGAWAI DAN PENSYARAH LAKSANA PdP
Bilangan pensyarah dan pegawai kanan ( PPPT) di Kolej Komuniti Pekan yang
mengajar bagi program SKR dan SPL bagi tahun 2017 seperti jadual 9 dibawah:
BIL NAMA BIL PENSYARAH / PEGAWAI KANAN JUMLAH
PROGRAM YANG MENGAJAR 7
6
1 Sijil Servis 7 PPPT 6
Kenderaan Ringan (tidak termasuk 1 pensyarah cuti tanpa
gaji)
2 Sijil Pelancongan 5 PPPT
Dan Pengembaraan 1 PSH (mulai jan-disember 2017)
3 Unit Pengajian Am 6 PPPT
Jumlah Keseluruhan 19
Jadual 9 : Senarai pensyarah terlibat PdP tahun 2018
STATUS PENCERAPAN TAHUN 2018
Pensyarah dicerap sekali setahun berpandukan garis panduan PdP. Status
pencerapan PdP pensyarah/pegawai bagi tahun 2018 adalah semua 19 pensyarah
telah dicerap (100%). Satu (1) pensyarah cuti tanpa gaji (menjaga anak). Status
pencerapan adalah seperti jadual 10.
Manakala status kompetensi pengajaran dan pembelajaran pensyarah adalah tinggi
iaitu kesemua 19 pensyarah yang dicerap mendapat markah dari 85 peratus (85%)
ke atas.
MARKAH PENCERAPAN (%) BIL PENSYARAH
96% - 100% 6
91% - 95% 11
85% - 90% 2
JUMLAH 19
Jadual 10 : Markah pencerapan pensyarah
44
UNIT JAMINAN KUALITI
PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
PEGAWAI PENCERAP PEGAWAI/PENSYARAH YANG TARIKH
1. Pengarah DICERAP PENCERAPAN
(Tn. Hj. Dusuki bin Ahmed) 1. Encik Mustafa bin Bakri 08.10.2018
2. TPA 2. Encik Mohd Amin bin Ali 18.10.2018
(Puan Efaradilla binti 1. Tn. Hj. Zulkefli bin 13.12.2018
Shaharuddin) Mohamad 01.08.2018
3. KP Automotif
(Tn. Hj. Zulkefli bin 2. Puan Yusnita binti Abd 18.12.2018
Mohamad) Rahman 13.08.2018
4. KP Pelancongan
(Puan Yusnita binti Abd 1. Encik Faizul Syahidan bin 18.10.2018
Rahman) Rajuli 03.09.2018
5. KU Pengajian Am 2. Encik Izwan Ezadi bin 15.08.2018
(Encik Mohd Amin bin Ali) Ismail
14.08.2018
6. Encik Mustafa bin Bakri 1. Puan Elena binti Anwar 10.10.2018
2. Cik Siti Khairun Naemah
7. Encik Nor Rizal Bin Md Noar 14.09.2018
binti Malek 12.09.2018
8. Pn. Noorul Ilyani binti 07.09.2018
Mahmad 1. Pn. Noorul Ilyani binti 01.10.2018
Mahmad 12.09.2018
2. Puan Zuraini binti Abdul 26.09.2018
Shaer 19.10.2018
1. Encik Mohammad Hisyam 20.12.2018
bin Wahab
2. Encik Muhd Azmir bin
Abdullah
3. Encik Nor Rizal Bin Md
Noar
1. Encik Esham bin Abdullah
2. Puan Nurul Syahida binti
Ahmad Hazmi
3. Pn. Ratinah binti Jaafar
1. Puan Norsyaliza binti Abd
Razak
2. Encik Azpul Rizal bin Mohd
Arif
3. Encik Hairul Nizam bin
Abdul Hamid
Jadual 11 : Pencerapan tahun 2018
45
46
UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT
UNIT MULTIMEDIA
Sepanjang tahun 2018, unit multimedia telah terlibat dengan beberapa program
promosi di media sosial dan penerbitan video promosi. Unit ini diterajui oleh Pn.
Elena Binti Anwar. Unit multimedia menguruskan posting di laman media sosial Kolej
Komuniti Pekan. Kolej Komuniti Pekan mempunyai beberapa laman media sosial
yang bertujuan mempromosikan Kolej Komunuiti Pekan.
Laman Web Admin Pengikut / Followers
sehingga 31/12/2018
Elena
5,721 followers
Norsuziyana
285 followers
Md Shafiq Khairil
633 followers
Efaradilla 20 subscribers
Facebook Kolej Komuniti Mohd Hanafi
Pekan Siti Khairun Naemah
Ratinah
Hairulnizam
Ain Nabiela
Nur Zahidah
Elena
Norsuziyana
Md Shafiq Khairil
Twitter Kolej Komuniti Efaradilla
Pekan Mohd Hanafi
Siti Khairun Naemah
(link dengan Facebook) Ratinah
Hairulnizam
Ain Nabiela
Nur Zahidah
Instagram Kolej Komuniti Elena
Pekan Norsuziyana
Youtube Channel Kolej Norsuziyana
Komuniti Pekan
Jadual 12 : Senarai pentadbir dan pengikut di media sosial.
Antara aktiviti berkaitan multimedia yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
• Mengemaskini laporan aktiviti terkini Kolej Komuniti Pekan di media sosial
• Menyediakan poster perayaan, promosi kolej dan dimuatnaik ke laman
sosial.
• Mengemaskini carta organisasi, gambar dan sijil penghargaan Kolej
Komuniti Pekan
• Mengambil gambar aktiviti di Kolej Komuniti Pekan.
• Mengemaskini gambar aktiviti Kolej Komuniti Pekan di server kolej.
• Menyediakan iklan / video promosi berkaitan pengambilan pelajar.
• Mengemaskini album aktiviti Kolej Komuniti Pekan untuk tujuan promosi.
47
UNIT SUMBER
Sepanjang tahun 2018, unit sumber telah menganjurkan beberapa aktiviti galakguna
di perpustakaan Kolej Komuniti Pekan. Unit ini diterajui oleh Pn. Zahurin bin Zakaria.
Perpustakaan dibuka setiap Isnin – Jumaat bermula jam 8.30 pagi – 5.00 petang. 5
orang AJK Perpustakaan yang terdiri daripada pelajar dilantik setiap semester bagi
membantu aktiviti perpustakaan.
Unit Sumber juga menyediakan perkhidmatan mencetak, mengimbas, fotostat dan
binding di sudut siber Perpustakaan Kolej Komuniti Pekan. Statistik penggunaan
perkhidmatan perpustakaan Kolej Komuniti Pekan adalah sebanyak 4,000 orang
pelajar setahun. Purata 20 orang sehari menggunakan perkhidmatan perpustakaan.
Antara aktiviti pelajar yang dianjurkan di perpustakaan adalah seperti jadual 13
berikut:
Bulan Aktiviti Bil. Peserta (Orang)
Januari Pertandingan Teka Berat Buku & Jumlah Helaian Buku 65
Februari Kuiz Kenali Perpustakaan Anda 50
Program Wakaf Buku 10 naskah
Mac Tayangan Filem (Sudut TV) 60
Program Wakaf Buku -
April Program Wakaf Buku -
Mei Cabutan 3 Orang Pengguna Sudut Siber Bertuah 120 calon
Promosi Keahlian Perpustakaan 8
Jun Tayangan Filem (Sudut TV) 30
Program Jom Baca 10 minit 40
Julai Program Wakaf Buku 16 naskah
Tayangan Filem (Sudut TV) 45
Ogos Program Wakaf Buku -
“World Quran Hour” 50
September Pertandingan Teka Berat Buku & Jumlah Helaian Buku 40
Oktober Program Wakaf Buku -
Promosi Keahlian Perpustakaan & AJK Perpustakaan 103
November Cabutan 3 Orang Pengguna Sudut Siber Bertuah 115 calon
Disember Program Wakaf Buku -
Pertandingan Kolaj Kemerdekaan
Pertandingan Kuiz Kemerdekaan 5
Pertandingan Mewarna Kemerdekaan 55
Pertandingan Swafoto Merdeka – “facebook” & 32
“instagram” 25
Majlis Sambutan Penutupan Kemerdekaan
Program Wakaf Buku 190
Cabutan 3 Orang Pengguna Sudut Siber Bertuah -
Program Wakaf Buku
Peminjam terbanyak 90 calon
Penyumbang buku terbanyak -
1
1
Jadual 13: Program/Aktiviti perpustakaan sepanjang tahun 2018
48
UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT
GAMBAR – GAMBAR AKTIVITI GALAKGUNA PERPUSTAKAAN 2018
KOLEJ KOMUNITI PEKAN
49
GAMBAR – GAMBAR AKTIVITI GALAKGUNA PERPUSTAKAAN 2018
KOLEJ KOMUNITI PEKAN
50
UNIT LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF
BENGKEL PENULISAN DOKUMEN MEA (KATEGORI A)
Bengkel Penulisan Dokumen MEA
(Kategori A) telah dilaksanakan pada
8 Januari 2018 di bilik Mesyuarat,
Kolej Komuniti Pekan Pahang disertai
oleh pensyarah Kolej Komuniti Pekan.
Program ini adalah anjuran Unit
Pembangunan Pelajar yang
melibatkan 10 orang pensyarah.
Tujuan program ini bagi mewujudkan
dukumen yang lengkap yang mana
telah terpilih antara yang terbaik
diantara institusi awam bagi tahun
2017.
BENGKEL PENYEDIAAN INSTRUMEN BAGI PENARAFAN PEMERINGKATAN
PROGRAM TVET MALAYSIA – KOLEJ KOMUNITI
Bengkel Penyediaan Instrumen bagi
Penarafan Pemeringkatan Program
TVET Malaysia telah dilaksanakan pada
30 Januari 2018 di bilik Mesyuarat, Kolej
Komuniti Pekan disertai oleh semua
pensyarah. Program ini adalah anjuran
Unit Latihan dan Pembangunan Staf
yang melibatkan semua kakitangan kolej.
Dengan kerjasama semua yang terlibat
KKPP telah siapkan instrumen dengan
jayanya.
51
KURSUS BUSINESS ONLINE
Kursus Business Online telah dilaksanakan
pada 27 Febuari 2018 di bilik komputer, Kolej
Komuniti Pekan Pahang disertai oleh
pensyarah Kolej Komuniti Pekan. Program ini
adalah anjuran Unit Latihan dan
Pembangunan Staf yang melibatkan 20
kakitangan KKPP. Tujuan program ini bagi
mewujudkan para pensyarah yang tahu
tentang ilmu perniagaan online yang dapat
membantu kakitangan dalam memperoleh
sumber kewangan sampingan.
BENGKEL PENETAPAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT)
Bengkel Penetapan Sasaran Kerja Tahunan
(SKT) telah dilaksanakan pada 27 Febuari
2018 di bilik mesyuarat, Kolej Komuniti
Pekan Pahang dan disertai oleh kakitangan
kolej. Tujuan program ini bagi memudahkan
semua kakitangan untuk mengisi SKT
dengan kaedah yang betul dan mudah.
KURSUS FAIL MEJA
Kursus Fail Meja telah dilaksanakan pada
24 April 2018 di Dewan, Kolej Komuniti
Pekan Pahang disertai oleh kakitangan
pentabiran Kolej Komuniti Zon Pahang.
Program ini adalah anjuran Unit Latihan
dan Pembangunan Staf yang melibatkan
30 kakitangan Pentadbiran Kolej komuniti
Zon Pahang. Tujuan program ini bagi
menyediakan fail meja masing – masing
mengikut kaedah Institut Tadbiran
Negara.
52
UNIT LATIHAN INDUSTRI DAN KOLABORASI
LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri (LI) adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program Sijil
Kenderaan Ringan dan Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan di Kolej Komuniti
Pekan. Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI
diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Latihan Industri ini
memberikan pendedahan dan pengalaman sebenar kepada pelajar dari segi
perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan,
polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan
pelaporan. Latihan Industri ini juga dapat membina semangat dan sikap proaktif di
kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi
pelajar yang cemerlang. Kebanyakan pelajar Kolej Komuniti Pekan memilih untuk
menjalani Latihan Industri di negeri Pahang iaitu 54% (sesi November 2017) 92%
(sesi Mac 2018) dan 45% (sesi Julai 2018) seperti yang ditunjukkan dalam jadual 14.
Sesi Nov 2017 Sesi Mac 2018 Sesi Jul 2018
Bil Negeri Syarikat Pelajar Syarika Pelajar Syarika Pelajar
t t
1 Johor 00 0 0 0 0
2 Kedah 00 0 0 0 0
3 Kelantan 00 0 0 4 6
4 Kuala 88 0 0 1 1
Lumpur 00 00 00
5 Labuan 00 00 00
6 Melaka 00 00 11
7 Negeri
17 19 9 11 9 G1A13MBAR
Sembilan 00 00 1
8 Pahang 00 00
9 Perak 00 00 00
10 Perlis
11 Pulau 00 00
00
Pinang 00 00 00
12 Putrajaya 78 00 00
13 Sabah 00 00 00
14 Sarawak 32 35 11 22
15 Selangor 00 35
16 Terengganu 10 12 21 29
Jumlah Keseluruhan
Jadual 14 : Statistik Bilangan Pelajar menjalani Latihan Industri Mengikut Negeri.
53
KEPUTUSAN PELAJAR YANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI
SESI NOVEMBER 2017, MAC 2018 DAN JULAI 2018
Proses Pemarkahan LI sesi November 2017, Mac 2018 dan Julai 2018 telah
dijalankan dan 100% pelajar telah lulus sepenuhnya. Berikut ialah agihan bilangan
pelajar mengikut keputusan penilaian bagi setiap sesi.
KEPUTUSAN PENILAIAN LATIHAN
INDUSTRI SESI NOVEMBER 2017
24
25
20
15
10 8
5 3 0 0
0 SPL
0
SKR
CEMERLANG KEPUJIAN GAGAL
Rajah 3 : Keputusan Penilaian Latihan Industri Sesi November 2017
KEPUTUSAN PENILAIAN LATIHAN GAMBAR
INDUSTRI SESI MAC 2018
7
7 2 0
6 SPL
5
4
32
21
10
0
SKR
CEMERLANG KEPUJIAN GAGAL
Rajah 4 : Keputusan Penilaian Latihan Industri Sesi Mac 2018
54
UNIT LATIHAN INDUSTRI DAN KOLABORASI
KEPUTUSAN PENILAIAN LATIHAN
INDUSTRI SESI JULAI 2018
18
18 1 0
16 SPL
14
12
10 8
8
6
42
20
0
SKR
CEMERLANG KEPUJIAN GAGAL
Rajah 5 : Keputusan Penilaian Latihan Industri Sesi Julai 2018
55
KOLABORASI
Kolej Komuniti Pekan telah menjalankan aktiviti kolaborasi bersama pihak industri
pada tahun 2018. Sasaran KPI bagi tahun 2018 telah tercapai 100% mengikut
program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Pekan. Kolaborasi aktif bersama dengan
pihak industri telah dijalankan sekurang kurangnya dua aktiviti.
Pada 30 Oktober 2018, telah berlangsung satu Majlis Tandatangan Kolaborasi
Strategik antara Kolej Komuniti Pekan dengan industri baru bertempat di Dewan
Kolej Komuniti Pekan. Kolaborasi ini bertujuan untuk meningkatkan lagi
kebolehpasaran graduan dan peluang penempatan latihan Industri pelajar. Industri
yang telah terlibat dalam Majlis menandatangani Kolaborasi Strategik ialah :
1. Bengkel Cal Auto Spray
2. Bengkel Out Meter Garage
3. Mbari Solution
4. Auto Servis Center
Sijil Kolaborasi Strategik
56
UNIT LATIHAN INDUSTRI DAN KOLABORASI
Sijil Kolaborasi Strategik
Manakala Kolaborasi Strategik bersama Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan
Malaysia Pahang sudah mencapai persetujuan di antara dua pihak.
Surat Pengesahan Kolaborasi Strategik
57
LAWATAN KOLABORASI
Program Lawatan Kolaborasi ke bengkel
dan Kementerian Perlancongan Dan
Kebudayaan Malaysia Pahang telah
dilaksanakan pada 18 September 2018
bertempat di sekitan Bandar Kuantan dan
Pekan, Pahang. Program ini disertai oleh
pelajar-pelajar kolej, Timbalan Pengarah
Akademik, Timbalan Pengarah
Pengurusan, Pegawai Keusahawanan
dan Unit Latihan Industri . Program ini
adalah anjuran Unit Perhubungan Latihan
Industri dan Alumni Kolej Komuniti Pekan,
Tujuan program ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar semester
tiga sebelum menjalani latihan industri. Program ini memberikan impak dalam
menangani isu-isu berkaitan kebolehpasaran lulusan kolej. Bengkel-bengkel yang
telah dilawati ialah Bengkel Cal Auto Spray, Bengkel Out Meter Garage, Mbari
Solution ,Auto Servis Center dan pejabat Kementerian Perlancongan Dan
Kebudayaan Malaysia Pahang.
MAJLIS DIALOG BERSAMA INDUSTRI
Program Majlis Dialog Bersama
Industri ini dilaksanakan pada 30
Oktober 2018 bertempat di Dewan
Kolej Komuniti Pekan. Program ini
disertai oleh 100 orang pelajar dan
staf Kolej Komuniti Pekan. Tujuan
program ini ialah untuk memantapkan
lagi hubungan kerjasama dengan
industri melalui perkongsian idea,
pengalaman dan pandangan antara
pihak industri dan p ihak Kolej
Komuniti Pekan. Program ini juga dapat mengenal pasti faktor-faktor yang perlu ada
bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran pelajar Kolej Komuniti Pekan. Program ini
juga dapat mengukuhkan hubungan antara industri dan Intitusi Pendidikan Tinggi,
Kolej Komuniti dan masyarakat setempat
58
UNIT LATIHAN INDUSTRI DAN KOLABORASI
LAWATAN KOLABORASI
Program Lawatan Rakan Kolaborasi telah dilaksanakan pada 18 September
2018 bertempat di Rilek Cafe, Kuantan, Pahang. Program ini disertai oleh
pelajar-pelajar kolej, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah
Pengurusan, pegawai keusahawanan dan Unit Latihan Industri dan Alumni .
Program ini adalah anjuran Perhubungan Latihan Industri dan Alumni, Kolej
Komuniti Pekan. Program lawatan ini telah dihadiri oleh pelajar dan kakitangan
kolej seramai 22 orang. Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan
dan pengalaman kepada pelajar mengenai bidang keusahawanan yang boleh
diceburi apabila telah bergraduasi kelak.
59
JEJAK ALUMNI KOLEJ KOMUNITI PEKAN
Seramai 23 orang pelajar Kolej
Komuniti Pekan dan 5 orang pensyarah
telah menyertai program Jejak Alumni
dan Lawatan Bengkel Rakan Strategik
Kolej Komuniti Pekan yang dianjurkan
oleh Unit Latihan industri dan Alumni.
Lawatan ini telah diadakan pada 18
September 2018 disekitar kawasan
Pekan dan Kuantan. Antara bengkel
dan premis perniagaan yang dilawati
adalah Bengkel Zulhasymi Enterprise,
Cal Auto Spray, Rilek Cafe dan
Bengkel Outmeter Garage.
ALUMNI USAHAWAN KOLEJ KOMUNITI PEKAN
SHEIKH ASHRAF BIN SH HANAPIAH
UMUR : 24 Tahun
PEKERJAAN : Pemilik bengkel
membaiki kereta, Outmeter Garage/
Tanah Putih Auto, pekan.
ANGGARAN PENDAPATAN : RM 7000
sebulan
LATAR BELAKANG: Merupakan alumni
Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR)
dari Kolej Komuniti Pekan dan
mendapat tajaan daripada MTDC untuk
modal awal pembukaan bengkel. Beliau
dalam perancangan untuk membuka
bengkel cawangan terbaru di kawasan
Pekan, Pahang.
60
UNIT LATIHAN INDUSTRI DAN KOLABORASI
ALUMNI USAHAWAN KOLEJ KOMUNITI PEKAN
AMALIEN BALQIES BINTI MAT RUDIN
UMUR : 23 Tahun
PEKERJAAN : Pemilik perniagaan
Restoran Rilek Cafe.
ANGGARAN PENDAPATAN : RM
1000/SEHARI
LATAR BELAKANG : Merupakan alumni
Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan
(SPL) dari kolej komuniti pekan dan
membuka cafe bersama dengan ahli
keluarga di lokasi yang strategik iaitu
berhampiran dengan Hospital Tunku
Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. Fokus
dalam penjualan menu popular, nasi
kukus dan ayam dara berempah.
ALUMNI USAHAWAN KOLEJ KOMUNITI PEKAN
BASRI BIN AWANG MAT @ SALLEH
UMUR : 50 Tahun
PEKERJAAN : Pemilik bengkel
membaiki kereta, MBARI SOLUTION.
ANGGARAN PENDAPATAN : RM
5000
LATAR BELAKANG : Merupakan
alumni Sijil Servis Kenderaan Ringan
(SKR) dari Kolej Komuniti Pekan
dibawah kursus peralihan tentera,
PERHEBAT dan membuka bengkel di
Kolej Komuniti Pekan dengan
pemantauan Unit Keusahawanan.
beliau kemudiannya berpindah ke
premis baru di luar kolej untuk
mengembangkan perniagaannya.
61
ALUMNI BERKERJAYA KOLEJ KOMUNITI PEKAN
NAMA: MUHAMAD FIRDAUS BIN KASIM
UMUR : 23 Tahun
PEKERJAAN : Junior Technician 1
ANGGARAN PENDAPATAN : RM2,348
LATAR BELAKANG : Merupakan alumni
Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR)
dari Kolej Komuniti Pekan dan
mendapat kerja di Samsung Sdi
Energy Malaysia Sdn.Bhd, Negeri
Sembilan.
ALUMNI BERKERJAYA KOLEJ KOMUNITI PEKAN
NAMA : NURUL AMIRA MOHD ISA
UMUR : 23 Tahun
PEKERJAAN: Senior Tour Coordinator
ANGGARAN PENDAPATAN : RM 1400
LATAR BELAKANG: Merupakan alumni
Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan
(SPL) dari Kolej Komuniti Pekan dan
meneruskan kerjaya di Erwin Travel &
Tours Sdn Bhd, Johor.
62
UNIT KEUSAHAWANAN
KARNIVAL JOM NIAGA PELAJAR SESI NOV 2017
Karnival Jom Niaga bagi pelajar sesi Nov 2017 telah diadakan pada 31 Januari
2018 bertempat di Lobi Kolej Komuniti Pekan. Program ini merupakan satu peluang
bagi pelajar untuk merasai pengalaman menjadi usahawan dan sebagai amali bagi
pelajar kursus Keusahawanan. Program ini telah disertai oleh 9 orang pelajar
kursus Keusahawanan (MPU 1222) yang telah membuka 3 gerai jualan. Karnival ini
telah mendapat sambutan daripada kalangan staf dan pelajar Kolej Komuniti
Pekan.
PROGRAM MaGIC IDEATE @ BAHTERA
Kolej Komuniti Pekan telah menyertai
program IDEATE @ BAHTERA yang
diadakan pada 23 – 25 Februari 2018
bertempat di Sultan Ahmad Shah
International Convention Center,
Kuantan. Seramai 4 orang pelajar
telah menyertai program ini dan
dianjurkan oleh MaGIC khusus buat
golongan belia yang berkecimpung
dalam bidang keusahawanan. Antara
aktiviti yang dianjurkan adalah
Bengkel Problem Solution Design-
Based Approach, Ceramah Keusahawanan dan Karnival Jualan. Seorang pelajar
Kolej Komuniti Pekan, Nurul Faizah binti Abdul Razak telah berjaya memenangi
tempat pertama pertandingan Business Pitching.
KURSUS BUSINESS PITCHING SPL (SESI MAC 2018)
Seramai 20 orang pelajar Kursus
Keusahawanan (MPU1222) sesi Mac
2018 telah mengikuti Kursus Business
Pitching. Kursus ini bertujuan memberi
pendedahan kepada pelajar cara
memperkenalkan produk dan memberi
penerangan tentang produk yang
mereka pilih. Kursus ini diadakan pada
10 April 2018 bertempat di Bilik Kuliah.
63
KARNIVAL YOUNGPRENEURS GO! 2018
Kolej Komuniti Pekan telah
menyertai program Karnival
Youngpreneurs Go! 2018 yang
diadakan pada 13 Mac 2018
anjuran Universiti Tenaga
Nasional (UNITEN), Kampus
Muadzam Shah dan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM). Seramai
31 orang pelajar telah menyertai
program ini yang bertujuan untuk
memberikan pendedahan kepada pelajar tentang penubuhan syarikat dan peluang
keusahawanan. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah sembang usahawan bersama
Elfira Loy, perasmian karnival, karnival jualan dan ceramah penubuhan syarikat
oleh SSM.
KURSUS ASAS BUSINESS ONLINE – FACEBOOK & INSTAGRAM
(SESI MAC 2018)
Seramai 31 orang pelajar Kursus
Keusahawanan (MPU1222) sesi Mac 2018
telah mengikuti Kursus Asas Business
Online – Facebook & Instagram. Kursus ini
bertujuan memberi pendedahan kepada
pelajar cara menghasilkan FB Page dan
akaun Instagram bagi tujuan perniagaan.
Para pelajar dibimbing cara menguruskan
hantaran Facebook dan Instagram serta
cara menulis ayat promosi berserta gambar
yang menarik. Kursus ini telah diadakan
pada 4 – 5 Jun 2018 bertempat di Makmal
Komputer.
JOM NGETEH BERSAMA USAHAWAN TEMPATAN
Pada 17 April 2018, seramai 4 orang
pelajar dan seorang pensyarah
pengiring Kolej Komuniti Pekan telah
menyertai program bual bicara
anjuran Kolej Komuniti Temerloh.
Program bertujuan memberi peluang
kepada pelajar dalam mencari idea
perniagaan dan berkongsi
pengalaman membuka perniagaan
bersama industri tempatan. Seramai
4 orang speaker telah dijemput untuk
membincangkan tentang perjalanan
kerjaya keusahawanan mereka.
64
UNIT KEUSAHAWANAN
PROGRAM CAREER, ENTREPRENEURSHIP AND SKILLS FESTIVALS 2018
(CESF 2018)
Seramai lapan orang pelajar dan
seorang pensyarah pengiring
Kolej Komuniti Pekan telah
mengikuti program Career,
Entrepreneurship and Skills
Festivals 2018 (CESF 2018)
anjuran Universiti Malaysia
Terengganu (UMT) pada 14 April
2018. Program ini bertujuan
untuk mendedahkan laluan
kerjaya kepada pelajar kolej serta
meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi antara universiti dan
industri. Antara aktiviti yang disertai pelajar Kolej Komuniti Pekan adalah
MyCareer@MOHE dengan kerjasama antara UMT dan Jobs Malaysia, pameran
kerjaya, ceramah industri dan temuduga terbuka.
KURSUS BUSINESS PITCHING SKR (SESI MAC 2018)
Seramai 11 orang pelajar Sijil Servis
Kenderaan Ringan bagi kursus
Keusahawanan (MPU1222) sesi Mac 2018
telah mengikuti Kursus Business Pitching.
Kursus ini bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada pelajar cara
memperkenalkan produk dan memberi
penerangan tentang produk yang mereka
pilih. Kursus ini diadakan pada 14 Mei 2018
bertempat di Bilik Kuliah.
KURSUS MENULIS RANCANGAN PERNIAGAAN DAN PENGIRAAN KOS DAN
UNTUNG RUGI (SESI MAC 2018)
Seramai 31 orang pelajar Kursus
Keusahawanan (MPU1222) sesi
Mac 2018 telah mengikuti Kursus
Menulis Rancangan Perniagaan
dan Pengiraan Kos dan Untung
Rugi. Kursus ini bertujuan memberi
pendedahan kepada pelajar cara
menghasilkan sebuah rancangan
perniagaan dan penyata kewangan
perniagaan. Kursus ini telah
diadakan pada 21 hingga 22 Mei
2018 bertempat di Makmal
Komputer.
65
KARNIVAL JOM NIAGA PELAJAR SESI MAC 2018
Karnival Jom Niaga Sesi Mac 2018
telah diadakan pada 2 Mei 2018
bertempat di ruangan lobi Kolej
Komuniti Pekan. Program ini memberi
peluang kepada pelajar untuk merasai
pengalaman menjadi usahawan dan
sebagai amali bagi pelajar kursus
Keusahawanan. Program telah
disertai oleh 31 orang pelajar kursus
Keusahawanan (MPU 1222) yang
telah membuka 8 buah gerai jualan.
Antara barangan jualan yang
ditawarkan adalah makanan dan
minuman, kosmetik, aksesori dan
cucian kereta. Karnival ini telah
mendapat sambutan daripada
kalangan staf dan pelajar Kolej
Komuniti Pekan.
SIMULASI PAKEJ LAWATAN KURSUS OPERASI AGENSI PELANCONGAN
KE MELAKA
Pelajar semester 2 Sijil
Pelancongan dan
Pengembaraan yang mengikuti
Kursus Operasi Agensi
Pelancongan telah
menganjurkan satu program
simulasi pakej lawatan ke
Melaka selama sehari pada 12
Mei 2018. Program simulasi ini
mendedahkan pelajar kepada
aktiviti yang terdapat di sebuah
agensi pelancongan dan
menerapkan ciri-ciri keusahawanan seperti perancangan jadual lawatan,
pengurusan logistik, promosi lawatan, perkhidmatan pelanggan, anggaran
perbelanjaan dan pengiraan untung rugi. Seramai 7 orang pelajar telah
menganjurkan program ini dan telah berjaya menjual 30 pakej lawatan ke Melaka
yang berharga RM 750.00.
66
UNIT KEUSAHAWANAN
PROGRAM CUCIAN KERETA AMAL YS2P 2018
Kolej Komuniti Pekan telah menyertai Program Young Socialpreneur 2018 (YS2P)
anjuran Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan dengan kerjasama
Syarikat PKT Logistics Sdn. Bhd. Program YS2P ini memfokuskan bagaimana pelajar
membangunkan program keusahawanan bagi menghasilkan keuntungan maksimum.
Seramai 28 orang pelajar Kolej Komuniti Pekan telah menyertai program ini. Para
pelajar dibawah bimbingan mentor Cik Siti Khairun Naemah bt Malik dan Pn.
Norsyaliza bt Abdul Razak telah menjalankan program Cucian Kereta Amal YS2P
2018 bertempat di Bengkel Automotif Kolej Komuniti Pekan pada 10 – 11 Ogos 2018.
Hasil kutipan cucian kereta amal ini telah disumbangkan kepada badan-badan amal.
Program cucian kereta amal ini juga turut menerima pengiktirafan The Malaysia Book
of Records (MBOR) bagi kategori Most Number of Participation in A Young
Socialpreneur Charity Programme.
KURSUS CCIC AWARENESS 2018
Seramai 4 orang pelajar Sijil Servis
Kenderaan Ringan (SKR) telah terpilih
untuk mengikuti Inkubator Keusahawanan
Kolej Komuniti (CCIC) Awareness pada
12 September 2018 yang bertempat di
Kolej Komuniti Temerloh. Kursus ini
memfokuskan kepada pembangunan
Business Model Canvas. Peserta telah
membentangkan Business Model Canvas
perniagaan Cucian Kereta dan Servis
Kenderaan. Team CCIC ini dibimbing oleh
En. Mohammad Hisyam bin Wahab.
67
KURSUS KEUSAHAWANAN BERSAMA AL-IKHSAN SPORTS
Al Ikhsan Sports Sdn. Bhd telah
menganjurkan Kursus
Keusahawanan kepada 150
orang pelajar Kolej Komuniti
Pekan. Kursus ini telah diadakan
pada 20 September 2018 dan
disampaikan oleh En. Alif bin
Ismail, wakil daripada syarikat
Al-Ikhsan Sports Retailer. Para
pelajar telah didedahkan dengan
success story Al-Ikhsan Sports
Retailers. Disamping itu, Al-
Ikhsan Sports juga menawarkan
peluang pekerjaan kepada para
pelajar yang berminat.
Perkongsian ini juga dapat memberi inspirasi kepada para pelajar untuk menjadi
usahawan yang berjaya.
ENTREPRENEURSHIP CAMP & CHALLENGE DAY 2018
Kolej Komuniti Pekan telah menyertai
Entrepreneurship Camp & Challenge Day
2018 yang bertempat di Kompleks Darul
Makmur, Kuantan, Pahang. Antara aktiviti
yang diadakan adalah perkongsian ilmu
usahawan tempatan dan cabaran usahawan
lasak. Program ini telah disertai oleh 4 orang
pelajar dan mereka telah berjaya
memenangi saguhati dalam aktiviti cabaran
usahawan lasak. Program ini bertujuan
menguji kebolehan pelajar menjadi seorang
usahawan di tapak pasar tani Kuantan.
KARNIVAL JUALAN MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ KOMUNITI TAHUN 2018
Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti
Negeri Kelantan, Terengganu & Pahang
2018 telah diadakan pada 14 – 15 Julai
2018 bertempat di Universiti Malaysia
Kelantan (UMK) Kampus Jeli, Kelantan.
Bagi memeriahkan karnival jualan
Konvokesyen, Unit Keusahawanan Kolej
Komuniti Pekan telah membuka gerai
jualan makanan, minuman dan aksesori
pada dua hari tersebut. Seramai tiga
orang pelajar kursus keusahawanan
telah menyertai karnival jualan ini bagi
tujuan pendedahan dan pembudayaan
keusahawanan.
68
UNIT KEUSAHAWANAN
KARNIVAL JOM NIAGA @ KOLEJ KOMUNITI PEKAN (SESI JUN 2018)
Karnival Jom Niaga Sesi Jun
2018 telah diadakan pada 10
Oktober 2018 bertempat di lobi
Kolej Komuniti Pekan. Program ini
merupakan satu peluang bagi
pelajar untuk merasai
pengalaman menjadi usahawan
dan sebagai amali bagi pelajar
kursus Keusahawanan. Program
telah disertai oleh 40 orang
pelajar kursus Keusahawanan
(MPU 1222) yang telah membuka
10 gerai jualan yang menawarkan
makanan dan minuman, aksesori,
dan cucian kereta.
BICARA USAHAWAN ‘DOING BUSINESS WHILE STUDY – JANA
PENDAPATAN ATAU TAMBAH BEBAN?’
Unit Keusahawanan telah
menganjurkan ceramah keusahawanan
bertajuk ‘Doing Business While Study –
Jana Pendapatan atau Tambah
Beban?’ Pada 12 Oktober 2018.
Ceramah ini telah disampaikan oleh
Pegawai Keusahananan Kolej Komuniti
Kota Melaka, Pn. Mastura binti Mustaffa
dan dihadiri oleh 100 orang pelajar.
Ceramah ini memberi pendedahan dan
galakkan kepada pelajar untuk
Memulakan perniagaan dari awal memandangkan banyak peluang
bimbingan usahawan muda di Kolej Komuniti.
PROGRAM BUSINESS ACCELERATOR LAB 2018 @ EASTERN REGION
Kolej Komuniti Pekan telah
menghantar 4 orang pelajar bagi
mengikuti program Business
Accelerator Lab 2018 @ Eastern
Region pada 19 – 21 Oktober
2018. Program ini telah
berlangsung di Kolej Komuniti
Kuala Terengganu bertujuan
mendedahkan para pelajar
dengan aktiviti keusahawanan
melalui Online Business seperti
Instagram, Facebook, Lazada
Shopee. Program ini turut disertai oleh 16 buah Kolej Komuniti Negeri Pahang,
Terengganu dan Kelantan.
69
PROGRAM YOUNG SOCIALPRENEUR (YS2P) 2018
Seramai 8 orang pelajar dari
kumpulan BLAZE yang
mewakili Kolej Komuniti
Pekan telah menghadiri
acara pembentangan dan
penjurian akhir Program
Young Socialpreneur (YS2P)
bertempat di Politeknik
Sultan Ahmad Shah
(POLISAS), Kuantan.
Kumpulan BLAZE telah
membentangkan Projek Cucian Kereta Amal dan merupakan salah satu peserta
daripada 68 penyertaan Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia yang hadir
bagi merebut Anugerah Young Socialpreneur 2018. Penjurian telah di adakan pada
16 Oktober 2018 dan diadili oleh wakil dari Universiti Awam dan PKT Logistics Sdn.
Bhd. Mentor kumpulan BLAZE, Cik Siti Khairun Naemah bt Malik dan Pn.
Norsyaliza bt Abdul Razak turut hadir.
KURSUS NEURO-LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP) APPROACH FOR
ENTREPRENUER
Kolej Komuniti Pekan telah menghantar 2 orang pensyarah bagi mengikuti Kursus
Neuro-Linguistic Programming (NLP) Approach For Entreprenuer yang berlangsung
pada 14 November 2018. Program ini telah berlangsung di Hotel Season View,
Kuantan, Pahang bertujuan mendedahkan para pensyarah kepada soft skills
keusahawanan. Program ini turut disertai oleh 16 buah Kolej Komuniti Negeri
Pahang, Terengganu dan Kelantan.
70
UNIT KEUSAHAWANAN
PROGRAM CAREER, ALUMNI, RECREATION & ENTREPRENEURSHIP
FESTIVAL (CARE FEST) 2018 @ PHT
Kolej Komuniti Pekan telah menyertai
Program Career, Alumni, Recreation &
Entrepreneurship Festival (C.A.R.E FEST)
2018 yang telah diadakan pada 21 – 22
Oktober 2018 bertempat di Politeknik Hulu
Terengganu. Program ini bertujuan
mempromosikan Politeknik Hulu Terengganu
dan memperkasakan kerjasama dengan
agensi TVET tempatan. Seramai 8 orang
pelajar dan seorang pensyarah telah
memeriahkan pelbagai aktiviti yang
dianjurkan seperti Dam Ular Gergasi,
Entrepreneur talk, Entrepreneur race dan
Kursus Usahawan online. Pasukan Kolej
Komuniti Pekan telah memenangi saguhati
untuk acara Entrepreneur Race.
PROGRAM FUND & PITCH MY BUSINESS @ EASTERN REGION
Seramai 4 orang pelajar Kolej Komuniti
Pekan telah menyertai Inkubator
Keusahawanan (CCIC) bagi mengikuti
program Fund & Pitch My Business
pada 25 – 27 Oktober 2018. Program
yang telah berlangsung di Hotel Sri
Manja, Kuantan, Pahang ini bertujuan
untuk mendedahkan para pelajar
dengan aktiviti keusahawanan seperti
pengurusan kewangan dan kemahiran
penerangan produk yang baik. Program
ini turut disertai oleh 16 buah Kolej Komuniti Negeri Pahang, Terengganu dan
Kelantan. Pensyarah pembimbing CCIC 2018, En. Mohammad Hisyam bin Wahab
turut hadir menyertai program.
71
KARNIVAL 3L @ KK PEKAN – LIFE-LONG LEARNING
Kolej Komuniti Pekan telah
menganjurkan program Karnival 3L @
KK Pekan – Life-Long Learning pada 30
Oktober 2018. Program ini bertujuan
mempromosikan Kolej Komuniti Pekan
kepada komuniti setempat,
memperkasakan kolaborasi bersama
rakan strategik dan membudayakan
aktiviti keusahawanan di kalangan warga
Kolej Komuniti Pekan. Unit
Keusahawanan telah bertanggungjawab
membuka gerai jualan yang diuruskan
oleh pelajar dan staf Kolej Komuniti Pekan serta penjaja luar. Sebanyak 10 gerai
telah dibuka dan menawarkan pelbagai produk berbentuk makanan, minuman,
pakaian, hasil kraftangan, insurans dan pelbagai lagi. Karnival ini turut mendapat
sambutan hangat daripada para pelajar sekolah berhampiran, agensi kerajaan dan
komuniti setempat.
CCIC LAB EASTERN REGION 2018
Kolej Komuniti Pekan telah menghantar 4 orang
pelajar Inkubator Keusahawanan (CCIC) bagi
mengikuti program CCIC Lab peringkat Zon Timur
pada 12 – 15 November 2018. Program ini telah
berlangsung di Hotel Season View, Kuantan,
Pahang bertujuan untukl mendedahkan para
pelajar dengan aktiviti keusahawanan seperti
pengurusan operasi perniagaan, kepimpinan dan
kemahiran pengucapan awam. Para peserta juga
turut mendengar taklimat pertandingan SME Bank
90 Days Business Challenge yang bakal
berlangsung pada 2019. Program ini turut disertai
oleh 16 buah Kolej Komuniti Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pensyarah
pembimbing CCIC 2018, En. Mohammad Hisyam bin Wahab turut hadir menyertai
program.
72
UNIT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
PENCAPAIAN PELAJAR DAN PENSYARAH DALAM PENYELIDIKAN
DAN INOVASI
BIL PERTANDINGAN PENCAPAIAN
1 Perak
Pertandingan Reka Cipta Inovasi Pelajar Kolej 2 Gangsa
1 Komuniti Peringkat Kebangsaan (MYSKRIP
1 Emas
2018)
2 Gangsa
2 Innovation And Invention Competition Through
Exhibition (iCompEx18)
3 Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET
Peringkat Kebangsaaan (PERISA 2018)
PERTANDINGAN INDEC 2018 PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI PEKAN
Program INDEC ’18 telah berjaya dilaksanakan pada 16 Mei 2018 disertai oleh
pelajar-pelajar Kolej Komuniti Pekan. Penganjuran daripada Unit Penyelidikan dan
Inovasi pada kali ini telah berjaya menghimpunkan 20 inovasi secara
keseluruhannya daripada pelajar-pelajar. Tujuan utama program ini adalah bagi
memberi pendedahan serta perkongsian ilmu kepada semua pelajar di samping
membudayakan penghasilan inovasi di Kolej Komuniti Pekan. Juri jemputan terdiri
daripada pensyarah Kolej Komuniti Kuantan dan Kolej Komuniti Paya Besar dilantik
bagi mendapatkan maklumbalas yang berkualiti daripada pihak luar.
73
74
KOLEJ KOMUNITI PEKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JALAN PEKAN – KUANTAN
PERAMU JAYA,
26600 PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
TEL. : 09-4264000