NERBIT ILMU BAKTI SDN. BH
Kandungan Nota Berdiagram N1 ― N16 Tema 1 Inkuiri dalam Sains Unit 1 : Kemahiran Saintifik 1 1.1 Kemahiran Proses Sains 1 Praktis Formatif 1 11 Tema 2 Sains Hayat Unit 2 : Manusia 14 2.1 Sistem Rangka Manusia 14 2.2 Sistem Peredaran Darah Manusia 16 2.3 Perkaitan antara Sistem di dalam Tubuh Manusia 18 Praktis Formatif 2 20 Unit 3 : Haiwan 23 3.1 Kemandirian Spesies Haiwan 23 3.2 Mereka Cipta Model Haiwan 34 3.3 Hubungan Makanan antara Hidupan 34 Praktis Formatif 3 39 Unit 4 : Tumbuh-tumbuhan 42 4.1 Kemandirian Spesies Tumbuhan 42 4.2 Pencaran Biji Benih 45 Praktis Formatif 4 48 Tema 3 Sains Fizikal Unit 5 : Elektrik 51 5.1 Sumber Tenaga Elektrik 51 5.2 Litar Bersiri dan Litar Selari 53 5.3 Keselamatan Pengendalian Peralatan dan Penjimatan Elektrik 60 Praktis Formatif 5 62 Unit 6 : Haba 64 6.1 Haba dan Suhu 64 Praktis Formatif 6 70 Tema 4 Sains Bahan Unit 7 : Pengaratan 72 7.1 Pengaratan Bahan 72 Praktis Formatif 7 76 Unit 8 : Jirim 78 8.1 Keadaan Jirim 78 8.2 Perubahan Keadaan Jirim Air 82 Praktis Formatif 8 87 Tema 5 Bumi dan Angkasa Unit 9 : Fasa Bulan dan Buruj 91 9.1 Fasa Bulan 91 9.2 Buruj 94 Praktis Formatif 9 97 Tema 6 Teknologi dan Kehidupan Lestari Unit 10 : Mesin 99 10.1 Penggunaan Alat dalam Kehidupan 99 105 Jawapan 106 Praktis Formatif 10 • Pentaksiran Pertengahan Tahun • Ujian Akhir Sesi Akademik Imbas dan muat turun i_ii_sains_T5_MASTER 213X148.indd 2 2/12/2024 6:17:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Kemahiran proses sains ialah satu daripada kemahiran saintifik yang diamalkan semasa menjalankan suatu penyiasatan secara saintifik. Memerhati 1 2 3 4 5 6 12 11 10 9 8 7 Mengelas Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens Meramal Mentafsir data Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mengeksperimen Membuat hipotesis Mendefinisi secara operasi Berkomunikasi Kemahiran proses sains Membolehkan kita mempersoalkan tentang sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem Mengawal pemboleh ubah Kemahiran Proses Sains N1 Unit 1: Kemahiran Saintifik Tema: Inkuiri dalam Sains Kemahiran proses sains ialah satu daripada kemahiran saintifik yang diamalkan semasa menjalankan suatu penyiasatan secara saintifik. Memerhati 1 2 3 4 5 6 12 11 10 9 8 7 Mengelas Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens Meramal Mentafsir data Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mengeksperimen Membuat hipotesis Mendefinisi secara operasi Berkomunikasi Kemahiran proses sains Membolehkan kita mempersoalkan tentang sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem Mengawal pemboleh ubah Kemahiran Proses Sains N1 Unit 1: Kemahiran Saintifik Tema: Inkuiri dalam Sains Nota Berdiagram Nota Berdiagram N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 1 6/12/2024 8:41:29 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
N2 Sistem rangka manusia terdiri daripada 206 tulang. Sistem rangka manusia memberikan bentuk tubuh, menyokong tubuh agar manusia dapat berdiri tegak dan membantu pergerakan. Sistem Rangka Manusia dan Fungsinya Tengkorak Tulang bahu Tulang rusuk Tulang belakang Tulang pinggul Tulang tangan Tulang kaki Sistem rangka manusia Fungsi rangka utama manusia Tengkorak Melindungi otak daripada kecederaan. Tulang rusuk Melindungi organ dalaman. Tulang belakang Menyokong tubuh. Tulang tangan dan tulang kaki Untuk sokongan dan pergerakan. Peparu Jantung Hati Perut Unit 2: Manusia Tema: Sains Hayat N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 2 6/12/2024 8:41:29 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
N3 Satu rangkaian salur darah yang mengangkut darah dari jantung ke semua bahagian tubuh. Sistem peredaran darah ini bekerjasama dengan sistem pernafasan. Laluan Peredaran Darah Manusia Darah lebih karbon dioksida dipam oleh jantung ke peparu. 5 Peparu menyingkirkan karbon dioksida apabila kita menghembus nafas. 6 Apabila kita menarik nafas, udara memasuki peparu dan oksigen diserap ke dalam salur darah. 1 Darah yang mengandungi lebih oksigen mengalir ke jantung dan dipam ke seluruh bahagian tubuh. 2 Darah yang mengandungi lebih karbon dioksida dibawa ke jantung. 4 Tubuh kita menggunakan oksigen untuk membuat kerja. Karbon dioksida yang terhasil diserap oleh darah. 3 Udara Tubuh manusia Jantung Peparu Salur darah Tikus Burung hantu n oleh dimakan oleh Ular Helang n oleh dimakan oleh 1 6 5 4 2 3 Darah lebih oksigen Darah lebih karbon dioksida • Darah juga mengangkut bahan kumuh lain ke organ perkumuhan seperti ginjal untuk disingkirkan. Info Ekstra N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 3 6/12/2024 8:41:29 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
N4 Sesetengah haiwan mempunyai ciri-ciri khas pada anggota badan untuk melindungi diri daripada musuh. Ciri-ciri Khas Haiwan untuk Melindungi Diri Unit 3: Haiwan Cangkerang keras Sisik keras Sengat yang berbisa Tanduk tajam Kulit tebal dan keras Corak palsu Otot kaki yang kuat Bau yang busuk Cangkerang yang keras pada penyu, kura-kura dan siput dapat melindungi badannya yang lembut. Rusa, kambing dan kerbau mempunyai tanduk yang kuat dan tajam untuk mempertahankan diri. Corak yang menyerupai mata palsu pada sayap kupu-kupu akan memperdayakan musuhnya. Kuda, arnab dan katak dapat bergerak pantas untuk menyelamatkan diri daripada musuh. Lipas, kumbang dan pepijat mengeluarkan bau yang busuk agar musuh tidak mendekatinya. Sisik yang keras pada badan buaya dan tenggiling melindunginya daripada kecederaan. Kala jengking, ular dan lipan mempunyai sengat yang mengeluarkan racun berbisa untuk menyakitkan atau membunuh musuh. Kulit gajah, badak dan kerbau yang tebal dan keras melindungi badannya daripada sinaran matahari dan gigitan serangga. Tema: Sains Hayat N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 4 6/12/2024 8:41:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
N5 Sesetengah haiwan mempunyai tingkah laku khas untuk melindungi diri daripada musuh dan memastikan kemandirian spesiesnya. Tingkah Laku Khas Haiwan untuk Melindungi Diri • Ikan buntal akan mengembungkan badannya yang berduri untuk menakutkan musuh. • Apabila terancam, duri tajam pada badan landak akan terpacak. Mengembangkan duri pada badan • Cicak dan sotong gurita memutuskan ekor atau anggota badannya apabila diserang untuk mengelirukan musuh. Memutuskan anggota badan • Kura-kura dan siput memasukkan bahagian badan ke dalam cangkerang untuk melindungi diri. Memasukkan anggota badan ke dalam cangkerang • Ikan bilis, gajah, monyet dan rusa hidup berkumpulan untuk mengurangkan kemungkinan diserang oleh musuh. Hidup berkumpulan N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 5 6/12/2024 8:41:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
N6 • Ulat gonggok dan tenggiling akan menggulungkan diri untuk melindungi bahagian badan yang lembut daripada diserang oleh musuh. Menggulungkan diri • Sotong dan sotong gurita menyemburkan dakwat hitam sebelum melarikan diri daripada musuh. Menyemburkan dakwat hitam • Kupu-kupu, kuda belang dan sumpah-sumpah menggunakan warna, corak dan bentuk badan untuk menyamarkan diri dengan keadaan sekeliling. Menyamar • Sesetengah haiwan seperti arnab dan tupai menyorok dalam tanah, lubang pada pokok atau tempat selamat yang lain apabila dikejar oleh musuh. Menyorok N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 6 6/12/2024 8:41:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
N7 Seperti haiwan, tumbuhan juga mempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi diri daripada musuh. Ciri-ciri Khas Tumbuhan untuk Melindungi Diri daripada Musuh Berduri tajam Pokok ros, kaktus, semalu, pokok nanas dan buah durian mempunyai duri tajam yang akan melukakan haiwan yang cuba memakannya. Bergetah Pokok nangka dan pokok keladi mempunyai getah yang melekit untuk menghindarkan haiwan daripada memakan buahnya. Berbulu halus Pokok buluh, tebu dan lalang dilitupi bulu halus pada daun atau batangnya. Bulu ini menyebabkan kegatalan pada musuh. Berbau busuk Pokok jeremin dan bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindarkan haiwan daripada memakannya. Beracun Buah pong-pong dan sesetengah cendawan mengeluarkan racun yang menyebabkan musuh sakit atau mati apabila memakannya. Unit 4: Tumbuh-tumbuhan Tema: Sains Hayat N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 7 6/12/2024 8:41:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
N8 Tumbuh-tumbuhan perlu memencarkan biji benih atau buah ke tempat lain yang jauh daripada induknya dengan pelbagai cara untuk memastikan kemandiran spesies. Pencaran Biji Benih atau Buah Pencaran melalui angin Pencaran melalui air • Biji benih lalang adalah kecil, ringan dan berbulu halus agar boleh ditiup angin. • Biji benih pokok meranti adalah nipis dan mempunyai struktur bersayap seperti helikopter yang membolehkannya diterbangkan oleh angin. • Buah kelapa mempunyai sabut yang berongga serta kulit yang berlilin, untuk membolehkannya terapung dan dibawa oleh air ke tempat lain. • Buah teratai yang berongga memerangkap udara untuk membolehkannya terapung di permukaan air. Pencaran melalui mekanisme letupan Pencaran melalui haiwan dan manusia • Apabila matang, lenggai tumbuhan seperti pokok getah, pokok saga dan keembung menjadi kering dan merekah. • Biji benihnya akan tercampak jauh daripada induknya. • Buah kemuncup adalah kecil, ringan dan bercangkuk. Buah itu akan melekat pada bulu haiwan atau baju manusia dan dibawa ke tempat lain. • Sesetengah buah seperti betik dan rambutan mempunyai isi yang boleh dimakan. Buahnya berwarna terang dan berbau harum. Bijinya dibuang setelah isinya dimakan. 5-62 5-59 5-57 5-58 5-61 5-59 55-6Ment5-62 5-59 5-63 5-57 5-58 5-61 5-59 5-62 5-59 5-57 5-58 5-61 5-59 5-73 5-72 5-71 5-70 5-69 Sel kering Wayar penyambung Mentol Suis (tertutup) Sel Kering Wayar penyambung Mentol Suis (tertutup) 5-62 5-59 5-63 5-57 5-58 5-61 5-59 55-6Ment5-62 5-59 5-57 5-58 5-61 5-59 N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 8 6/12/2024 8:41:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
N9 Mentol atau komponen elektrik yang lain boleh disambungkan dalam litar elektrik dengan dua jenis susunan, iaitu litar bersiri atau litar selari. Litar Bersiri dan Litar Selari Litar bersiri Litar selari • Dalam litar bersiri, tiga mentol disambung secara bersebelahan antara satu sama lain dalam bentuk satu rantai. • Dalam litar bersiri ini, hanya ada satu laluan untuk arus elektrik mengalir. • Semua mentol berkongsi arus elektrik yang sama. Maka, mentolmentol kurang cerah berbanding dengan mentol-mentol yang disusun secara selari. • Dalam litar selari, tiga mentol disambung dalam tiga cabang yang selari. • Dalam litar selari ini, terdapat tiga laluan berlainan untuk arus elektrik. • Jumlah tenaga elektrik yang mengalir melalui setiap laluan adalah sama. Maka, mentol-mentol dalam litar ini lebih cerah berbanding dengan mentol-mentol dalam litar bersiri. Sel kering Mentol Wayar Suis Sel kering Mentol Wayar Suis Unit 5: Elektrik Tema: Sains Fizikal Laluan 1 Laluan 2 Laluan 3 N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 9 6/12/2024 8:41:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
N10 Tenaga elektrik sangat penting dalam kehidupan harian. Namun, kecuaian dalam pengendalian peralatan elektrik boleh menyebabkan renjatan elektrik atau kebakaran. Mengendalikan Peralatan Elektrik dengan Selamat bumi bumi bumi bumi Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan peralatan elektrik Elakkan membersih atau memperbaik peralatan elektrik dalam keadaan plag atau suis terpasang. Jangan memasang terlalu banyak plag pada sesuatu soket untuk mengelakkan litar pintas. Elakkan memasang plag di tempat yang basah. Jangan cucuk objek yang bersifat konduktor elektrik ke dalam soket. Matikan suis sebelum mencabut plag daripada soket. Elakkan mengguna peralatan elektrik atau wayar elektrik yang rosak. Elakkan menyentuh suis dengan tangan yang lembap atau basah. N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 10 6/12/2024 8:41:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
N11 Bahan akan mengembang apabila menerima haba, dan mengecut apabila kehilangan haba. Pengembangan dan Pengecutan Bahan Unit 6: Haba Kesan haba ke atas pepejal (bebola besi) ❶ Bebola besi dapat melalui gelang besi dengan mudah. ❷ Selepas dipanaskan, bebola besi tidak lagi dapat melalui gelang besi. Bebola besi telah mengembang. ➌ Selepas dibiarkan sejuk, bebola besi itu dapat melalui gelang besi semula. Bebola besi telah mengecut. Kesan haba ke atas cecair (air) Kesan haba ke atas gas (udara) Kelalang kon berisi air berwarna dan dipasangkan salur kaca direndam di dalam air panas, dan kemudian di dalam ais. Kelalang kon dengan sebiji belon yang dipasang pada mulutnya direndam di dalam air panas. Kemudian, kelalang kon itu dipindahkan ke dalam besen berisi ais. Belon mengempis kerana udara mengecut Ais Belon mengembang kerana udara mengembang Air panas Air panas Ais Aras air berwarna turun kerana air mengecut apabila disejukkan. Aras air berwarna naik kerana air mengembang apabila dipanaskan. Tema: Sains Fizikal Gelang besi Bebola besi N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 11 6/12/2024 8:41:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
N12 Cara dan Kepentingan Mencegah Pengaratan Objek berkarat kelihatan pudar dan buruk. Objek yang diperbuat daripada besi akan berkarat dan tidak tahan lama. Alatan besi yang sudah berkarat tidak berfungsi dengan baik dan perlu diganti. Besi yang berkarat menjadi lemah dan rapuh. Tangga yang berkarat mudah patah dan tidak selamat digunakan. Pakaian yang terkena karat akan menjadi kotor. Kesan karat sukar ditanggalkan. Kepentingan mencegah pengaratan Cara mencegah pengaratan Unit 7: Pengaratan Tema: Sains Bahan Peta Pokok Peta Buih N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 12 6/12/2024 8:41:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
N13 Air wujud dalam tiga keadaan jirim, iaitu pepejal, cecair dan gas. Air (atau jirim lain) boleh berubah keadaan melalui proses-proses yang berlainan. Tiga Keadaan Jirim Air Air yang dipanaskan akan mendidih pada suhu 100 °C. bumi Pakaian basah yang disidai di bawah cahaya matahari akan menjadi kering apabila air tersejat. Wap air di udara terkondensasi dan berubah kepada titisan air apabila tersentuh permukaan yang sejuk. Air yang disejukkan di dalam peti sejuk akan membeku menjadi ais. Aiskrim menjadi cair apabila dibiarkan pada suhu bilik. PENDIDIHAN PENYEJATAN Wap air (GAS) Ais (PEPEJAL) Air (CECAIR) kehilangan haba KONDENSASI Gas Cecair menerima haba Cecair Gas kehilangan haba PEMBEKUAN Cecair Pepejal menerima haba PELEBURAN Pepejal Cecair Unit 8: Jirim Tema: Sains Bahan N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 13 6/12/2024 8:41:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
N14 Bentuk Bulan pada setiap fasa kelihatan seolah-olah berbeza. Perbezaan bentuk Bulan ini disebut sebagai fasa bulan. Fasa Bulan Fasa bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 1 1 , 2 3, 4, 5, 6 7, 8, 9, 10 11, 12, 13 14, 15, 16 17, 18, 19, 20 21, 22, 23, 24 25, 26, 27, 28 29, 30, 1 Tarikh Qamari Takwim Qamari dibina berdasarkan fasa bulan: 1 Hari pertama setiap bulan Qamari ditandakan setelah anak bulan jelas kelihatan. 15 Bulan purnama muncul pada pertengahan setiap bulan Qamari. Bulan separa Bulan separa Bulan purnama Bulan hampir purnama Bulan hampir purnama Bulan sabit Bulan sabit Anak bulan Cahaya matahari 3 4 5 6 7 8 1 2 Putaran Bumi Unit 9: Fasa Bulan dan Buruj Tema: Bumi dan Angkasa Takwim Qamari 5-145 5-144 N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 14 6/12/2024 8:41:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
N15 Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam. Buruj Empat buruj yang mudah dilihat Buruj Belantik Buruj Pari Buruj Skorpio Buruj Biduk 5-146 5-145 5-144 5-147 5-148 Bulan separa Bulan hampir purnama Bulan sabit 2 3 4 5-146 5-145 5-144 5-147 5-148 5-146 5-145 5-144 5-147 5-148 Bulan separa Bulan hampir purnama Bulan sabit 3 5-146 5-145 5-144 5-147 5-148 Bulan separa Bulan hampir purnama Bulan sabit 3 4 • Bercorak seperti seorang pemburu bertali pinggang dan memegang pedang. • Muncul di antara hemisfera utara dengan hemisfera selatan. • Gugusan empat bintang yang tersusun berbentuk corak seperti layanglayang. • Muncul di sebelah hemisfera selatan. • Membentuk corak seperti seekor kala jengking. • Muncul di sebelah hemisfera selatan. • Gugusan tujuh bintang yang membentuk corak biduk, iaitu sebuah gayung dan tangkainya. • Muncul di sebelah hemisfera utara. Kegunaan buruj 1 Petunjuk arah Selatan Utara • Buruj digunakan oleh pengembara dan pelayar sebagai kompas untuk menentukan arah. 2 Petunjuk musim • Digunakan oleh petani di kawasan empat musim di hemisfera utara. • Buruj Biduk yang hanya dapat dilihat pada musim bunga ialah petunjuk musim menanam bagi petani. • Buruj Skorpio ialah petunjuk musim luruh dan permulaan musim menuai. N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 15 6/12/2024 8:41:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
N16 Mesin kompleks ialah alat yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih mesin ringkas. Kebanyakan alat yang terdapat di sekeliling kita ialah mesin kompleks. Mesin dan Kehidupan Unit 10: Mesin Mesin ringkas 1 Satah condong Roda dan gandar 4 Takal 3 Tuas 2 Skru Baji Gear 5 7 Contoh-contoh mesin kompleks Roda dan gandar Satah Tuas condong Skru Gear Tuas Roda dan gandar Skru Kren • Gear • Tuas • Takal Basikal • Roda dan gandar • Gear • Skru • Tuas Kereta sorong • Roda dan gandar • Satah condong • Tuas • Skru 6 Beban Fulkrum Takal Gear Daya Tuas Tema: Teknologi dan Kehidupan Lestari N1-N16_sains_T5_MASTER 213X148.indd 16 6/12/2024 8:41:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
1 1.1 Kemahiran Proses Sains TP 1: Mengingat kembali kemahiran proses sains Kemahiran proses sains terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. Asas (a) Memerhati (b) Mengelas (c) Mengukur dan menggunakan nombor (d) Membuat inferens (e) Meramal (f) Berkomunikasi (g) Menggunakan perhubungan ruang dan masa Bersepadu (a) Mentafsir data (b) Mendefinisi secara operasi (c) Mengawal pemboleh ubah (d) Membuat hipotesis (e) Mengeksperimen Kemahiran proses sains Memerhati 1 Pemerhatian dilakukan menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena seperti bentuk, warna dan saiz. Jadual 1.1 Deria dan organ deria yang terlibat Deria Organ deria yang terlibat Penglihatan Mata Pendengaran Telinga Sentuhan Kulit Rasa Lidah Bau Hidung 2 Jenis pemerhatian (a) Pemerhatian secara kualitatif Pemerhatian ini melibatkan penggunaan deria sahaja. Pemerhatian ini direkodkan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan. Ciri-ciri objek atau fenomena seperti warna, tekstur, bau, bentuk, berat, isi padu dan suhu diperhatikan. Contohnya, rasa peria yang pahit dapat dirasai melalui organ lidah. TP 2: Memerihalkan kemahiran proses sains Rajah 1.1 Kemahiran proses sains Unit Kemahiran Saintifik Tema 1: Inkuiri dalam Sains 1 Peta Pokok 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 1 2/12/2024 6:14:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 2 (b) Pemerhatian secara kuantitatif Pemerhatian ini melibatkan pengumpulan maklumat yang lebih tepat dengan menggunakan alat untuk mengukur atau menyukat. Contohnya, panjang meja boleh diukur dengan menggunakan pembaris meter. (c) Pemerhatian perubahan Pemerhatian tentang fenomena yang mengalami perubahan kimia dan fizikal. Perubahan ini boleh diperhatikan secara kualitatif dan kuantitatif. 3 Contoh pemerhatian terhadap ciri-ciri fizikal yang terdapat pada haiwan untuk melindungi diri daripada musuh adalah seperti berikut. Cangkerang yang keras Kura-kura Duri tajam Landak Sisik keras Tenggiling Fotograf 1.1 Ciri-ciri fizikal pada haiwan Mengelas 1 Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpul objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama. 2 Objek-objek yang mempunyai ciri yang sama dikelaskan dalam kumpulan yang sama. Contohnya, pengelasan tumbuhan mengikut ciri-ciri fizikal untuk melindungi diri daripada musuh. Jadual 1.2 Satu cara pengelasan tumbuhan Ciri khas tumbuhan untuk melindungi diri daripada musuh Berduri tajam Berbau busuk • Pokok semalu • Kaktus • Bunga pakma atau Rafflesia • Daun tembakau Mengukur dan Menggunakan Nombor 1 Membuat pemerhatian secara kuantitatif iaitu menyatakan ukuran dalam bentuk nombor. 2 Alat digunakan dengan teknik yang betul untuk mengukur kuantiti seperti panjang, isi padu, berat, masa, suhu dan kelajuan. 3 Alat piawai digunakan untuk menjamin keseragaman semasa pengukuran. Jadual 1.3 Alat dan unit piawai yang betul bagi pengukuran kuantiti Kuantiti Alat pengukuran piawai Unit piawai Panjang Pembaris, pita pengukur Milimeter (mm), sentimeter (cm) dan meter (m) Isi padu Bikar, silinder penyukat, kelalang kon, bekas bersenggat Mililiter (m) dan liter () Sentimeter padu (cm3 ) dan meter padu (m3 ) Unit 1 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 2 2/12/2024 6:14:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 3 Kuantiti Alat pengukuran piawai Unit piawai Jisim Neraca tuas, neraca tiga palang Miligram (mg), gram (g) dan kilogram (kg) Masa Jam randik Saat (s), minit (min) dan jam (j) Suhu Termometer Darjah Celsius (°C) Membuat Inferens 1 Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. 2 Contoh: Aktiviti: Kertas litmus biru Kertas litmus biru Kertas litmus biru Kertas litmus merah Kertas litmus merah Kertas litmus merah Merah Merah Biru Biru Merah Biru Syampu Larutan gula Cuka Rajah 1.2 Susunan radas Pemerhatian: Bahan Perubahan warna kertas litmus Sifat Kertas litmus biru Kertas litmus merah Larutan cuka Merah Tiada perubahan Berasid Syampu Tiada perubahan Biru Beralkali Larutan gula Tiada perubahan Tiada perubahan Neutral Perbincangan: Nyatakan inferens bagi pemerhatian yang diberi dalam jadual. (a) Larutan cuka menukarkan warna kertas litmus biru menjadi merah kerana larutan itu adalah berasid. (b) Larutan syampu menukarkan warna kertas litmus merah menjadi biru kerana larutan itu adalah beralkali. (c) Larutan gula tidak menukarkan warna kedua-dua kertas litmus kerana larutan itu adalah neutral. Unit 1 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 3 2/12/2024 6:14:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 4 Meramal 1 Ramalan ialah membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data yang didapati daripada penyiasatan. 2 Contoh: Kaki retort Termometer Rod kaca Bikar Kasa dawai Tungku kaki tiga Penunu Bunsen Rajah 1.3 Susunan radas eksperimen Berdasarkan rajah di atas, ramalkan apa yang akan berlaku kepada air itu selepas dipanaskan selama 10 minit. Ramalan: Suhu air akan meningkat. Berkomunikasi 1 Melaporkan maklumat atau bercerita tentang hasil penyiasatan kepada orang lain. 2 Maklumat boleh dipersembahkan melalui percakapan, penulisan, graf, rajah, lukisan, model, peta atau formula. 3 Kemahiran seperti menyoal, berbincang dan memberi penerangan juga merupakan kemahiran berkomunikasi. Maklumat dipersembahkan melalui poster Maklumat dipersembahkan melalui percakapan Maklumat dipersembahkan melalui lukisan Rajah 1.4 Cara berkomunikasi dalam sains Unit 1 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 4 2/12/2024 6:14:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 5 Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa 1 Memerihalkan perubahan parameter seperti kedudukan, arah, bentuk, saiz, isi padu dan jisim dengan masa. 2 Menceritakan tentang objek dengan merujuk ruang dan masa yang melibatkan perbandingan antara objek dari segi kedudukan, arah, saiz dan bentuk sepanjang suatu jangka masa tertentu. 3 Contoh: Sebatang tiang bendera diletakkan tegak di atas tanah. Bayang-bayang tiang bendera diperhatikan dan kedudukannya ditandakan bagi setiap dua jam bermula dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Rajah 1.5 Tiang bendera Keputusan: Masa Kedudukan bayang-bayang 8.00 pagi Barat 10.00 pagi Barat 12.00 tengah hari Tiada bayang-bayang 2.00 petang Timur 4.00 petang Timur Perbincangan: Nyatakan hubungan antara masa dengan kedudukan bayang-bayang tiang bendera. Pada waktu pagi, kedudukan bayang-bayang tiang bendera di sebelah barat, pada waktu tengah hari bayang-bayang tidak kelihatan dan pada waktu petang, kedudukan bayangbayang di sebelah timur. TP 3: Mengaplikasikan kemahiran proses sains untuk melaksanakan sesuatu tugasan TP 4: Menganalisis kemahiran proses sains untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan sesuatu tugasan Unit 1 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 5 2/12/2024 6:14:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 6 Mentafsir Data 1 Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpul. 2 Contoh: Ali telah menjalankan satu penyiasatan untuk mengetahui hubungan antara sumber makanan dengan bilangan haiwan pengguna. Penyiasatan ini dijalankan di kawasan kebun rumahnya. Masa yang diambil untuk menjalankan penyiasatan ini ialah empat minggu. Keputusan: Minggu 1 2 3 4 Bilangan belalang 20 15 10 5 Bilangan ayam 2 3 4 5 Daripada data dan maklumat yang dikumpul, murid dapat menyatakan: (a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Minggu (b) Pemboleh ubah bergerak balas: Bilangan belalang dan bilangan ayam (c) Tujuan penyiasatan: Menyiasat hubungan antara minggu dengan bilangan belalang dan bilangan ayam. (d) Pola/Corak: Bilangan belalang berkurang atau bilangan ayam bertambah. (e) Hubungan: Semakin bertambah bilangan minggu, semakin berkurang bilangan belalang dan semakin bertambah bilangan ayam. (f) Kesimpulan: Semakin bertambah bilangan minggu, semakin berkurang bilangan belalang dan semakin bertambah bilangan ayam. Mendefinisi secara Operasi 1 Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan. 2 Contoh: Langkah-langkah: (1) 10 m air dituang ke dalam dua bekas yang berlainan secara berasingan. L M Rajah 1.6 Susunan radas eksperimen Unit 1 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 6 2/12/2024 6:14:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 7 (2) Kedua-dua bekas itu diletakkan di tempat yang sama. (3) Isi padu air di dalam kedua-dua bekas disukat selepas dua jam. Keputusan: Bekas Isi padu air yang tinggal (m) L 2 M 5 Perbincangan: Nyatakan definisi secara operasi bagi kadar penyejatan. Kadar penyejatan ialah isi padu air yang tinggal di dalam bekas selepas dua jam. TP 5: Menilai kemahiran proses sains untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan sesuatu tugasan Mengawal Pemboleh Ubah 1 Dalam sesuatu penyiasatan, satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhati hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama, pemboleh ubah yang lain dimalarkan. 2 Contoh: Satu penyiasatan dijalankan untuk mengkaji hubungan antara jarak objek dari lampu suluh dengan ketinggian bayang-bayang yang terbentuk. A B C D E Skrin Objek Lampu suluh Rajah 1.7 Susunan radas eksperimen Pemerhatian: Kedudukan objek dari lampu suluh Ketinggian bayang-bayang (cm) A 30 B 25 C 20 D 15 E 10 Unit 1 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 7 2/12/2024 6:14:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 8 Perbincangan: Kenal pasti pemboleh ubah yang terlibat dalam penyiasatan ini. (a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jarak objek dari lampu suluh (b) Pemboleh ubah bergerak balas: Ketinggian bayang-bayang (c) Pemboleh ubah dimalarkan: Kedudukan skrin dan lampu suluh Membuat Hipotesis 1 Hipotesis ialah hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerak balas. 2 Hipotesis perlu diuji untuk menentukan kesahihannya. 3 Contoh: Satu penyiasatan dijalankan terhadap dua model yang mempunyai ketinggian yang sama, tetapi luas tapak yang berbeza. Kedua-dua model ini ditiup dengan menggunakan kipas elektrik pada kelajuan yang sama. Rajah 1.8 Susunan radas eksperimen Keputusan: Model Masa yang diambil untuk jatuh (minit) X 2 Y 4 Perbincangan: Tulis hipotesis bagi penyiasatan ini. Semakin luas tapak model, semakin lama masa yang diambil untuk model jatuh. Unit 1 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 8 2/12/2024 6:14:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 9 TP 6: Mereka bentuk eksperimen bagi menyelesaikan masalah secara sistematik, dan bertanggungjawab ke atas diri, rakan dan alam sekitar Mengeksperimen 1 Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data dan mentafsir data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu. 2 Langkah-langkah yang terlibat dalam melakukan eksperimen: (a) Merancang eksperimen (i) Mengenal pasti masalah (ii) Membuat hipotesis (iii) Menentukan pemboleh ubah (iv) Menyenaraikan alat dan bahan (b) Menjalankan eksperimen dan mengumpul maklumat data (c) Mentafsir data (d) Membuat kesimpulan (e) Melaporkan keputusan eksperimen 3 Contoh: 1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. 2 Setiap kumpulan diberikan peralatan seperti yang berikut: (a) Sel kering (b) Wayar penyambung (c) Mentol (d) Suis 3 Guru menerangkan tujuan eksperimen iaitu menyiasat hubungan antara bilangan mentol dengan kecerahan mentol dalam suatu litar bersiri. 4 Murid menjalankan eksperimen mengikut arahan yang diberikan oleh guru. (a) Menyambungkan satu litar bersiri dengan satu sel kering, satu suis dan satu mentol. (Litar J) (b) Menyambungkan satu litar bersiri dengan satu sel kering, satu suis dan dua mentol. (Litar K) (c) Menyambungkan satu litar bersiri dengan satu sel kering, satu suis dan tiga mentol. (Litar L) (d) Suis dalam litar-litar itu dihidupkan. (e) Kecerahan mentol-mentol diperhatikan dan dicatatkan. Litar J Litar K Litar L Unit 1 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 9 2/12/2024 6:14:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 10 5 Murid mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen. (a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Bilangan mentol (b) Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis litar / bilangan sel kering (c) Pemboleh ubah bergerak balas: Kecerahan mentol 6 Murid melengkapkan jadual yang berikut. Litar Bilangan mentol Kecerahan mentol J 1 Cerah K 2 Kurang cerah L 3 Malap 7 Guru bersoal jawab dengan murid tentang eksperimen yang telah dijalankan. Guru : Apakah yang dapat diperhatikan pada kecerahan mentol apabila bilangan mentol bertambah? Murid : Semakin berkurang. Guru : Mengapakah kecerahan mentol semakin berkurang? Murid : Sebab lebih banyak mentol dalam satu litar berkongsi sumber tenaga. 8 Murid menganalisis dan mentafsir data. 9 Murid membuat kesimpulan bahawa apabila bilangan mentol bertambah dalam suatu litar bersiri, semakin malap mentol tersebut. 10 Setelah melakukan eksperimen, murid dapat: (a) membuat pemerhatian (b) menimbulkan soalan serta membuat inferens (c) membuat hipotesis (d) menentukan peralatan yang diperlukan bagi sesuatu eksperimen (e) mengawal pemboleh ubah (f) menganalisis dan mentafsir data (g) membuat kesimpulan 1 Nyatakan tiga jenis pemerhatian dalam kemahiran proses sains asas. 2 Apakah maksud ramalan? Semak Cepat 1.1 Unit 1 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 10 2/12/2024 6:14:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 11 1 Rajah 1 menunjukkan satu pengelasan tumbuhan. Menggulungkan daun Daun berpecahpecah Pokok tomato X Pokok kelapa Y Ciri khas tumbuhan untuk menyesuaikan diri daripada perubahan iklim dan musim Rajah 1 Apakah tumbuhan X dan Y? KBAT Menganalisis X Y A Pokok jagung Pokok buluh B Kaktus Pokok jagung C Pokok buluh Kaktus D Kaktus Pokok buluh 2 Rajah 2 menunjukkan sejenis biji benih. Rajah 2 Apakah ciri yang membolehkan biji benih itu dipencarkan melalui angin? A Ringan B Kalis air C Struktur bersayap D Warna yang menarik 3 Aina mengenal pasti jenis buah-buahan melalui bau. Apakah organ deria yang digunakan oleh Aina? A Kulit B Mata C Lidah D Hidung 4 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah pemboleh ubah dimanipulasikan? A Bilangan wayar penyambung B Bilangan sel kering C Kecerahan mentol D Jenis litar 5 Rajah 3 menunjukkan reaksi Sabrina apabila dia terdengar bunyi mercun yang kuat di belakangnya. Rajah 3 Apakah organ deria yang terlibat dalam situasi itu? A Kulit B Lidah C Hidung D Telinga Semakin bertambah bilangan sel kering dalam suatu litar, semakin bertambah kecerahan mentol. Arahan: Jawab semua soalan. Praktis Formatif 1 Soalan Objektif Unit 1 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 11 2/12/2024 6:14:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 12 Soalan Subjektif 1 Rajah 1 menunjukkan carta palang pertumbuhan sebatang anak pokok dalam tempoh empat minggu. Ketinggian anak pokok (cm) Minggu 1 2 3 4 0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 Rajah 1 (a) Apakah tujuan penyiasatan ini? [1 markah] (b) Berdasarkan Rajah 1, nyatakan (i) pemboleh ubah dimanipulasikan: [1 markah] (ii) pemboleh ubah bergerak balas: [1 markah] (c) Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya anak pokok itu tidak disiram dengan air pada minggu keempat. KBAT Menganalisis [1 markah] Ketinggian anak pokok (cm) Minggu 0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 1 2 3 4 Unit 1 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 12 2/12/2024 6:14:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 13 2 Rajah 2 menunjukkan susunan radas yang digunakan oleh sekumpulan murid untuk menyukat suhu 100 m air semasa pemanasan. Suhu air setiap 5 minit direkodkan dalam Jadual 1. Rajah 2 Masa pemanasan air (minit) 0 5 10 15 Suhu air (°C) 30 60 80 100 (a) Nyatakan (i) pemboleh ubah dimanipulasikan: [1 markah] (ii) pemboleh ubah bergerak balas: [1 markah] (b) Berdasarkan Jadual 2, lukis satu carta palang masa pemanasan air melawan suhu air. KBAT Mengaplikasi [1 markah] (c) Ramalkan suhu air sekiranya pemanasan diteruskan sehingga 20 minit. [1 markah] Unit 1 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 13 2/12/2024 6:14:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
14 Tulang kaki Tulang belakang Tulang tangan Tulang rusuk Tengkorak 2.1 Sistem Rangka Manusia Sistem Rangka Manusia dan Fungsinya 1 Sistem rangka manusia merupakan sistem sokongan badan kita. Rangka manusia terdiri daripada 206 tulang. 2 Struktur dalam badan ini dikenali sebagai rangka dalam. Bahagian rangka dalam yang berbeza mempunyai nama yang berbeza. 3 Rajah 2.1 menunjukkan sistem rangka manusia. TP 1: Melabel rangka utama manusia Rajah 2.1 Sistem rangka manusia 4 Setiap rangka utama manusia mempunyai fungsi yang tertentu. (a) Tengkorak berfungsi untuk melindungi otak. (b) Tulang rusuk berfungsi untuk melindungi organ-organ dalaman yang lembut seperti jantung, peparu dan hati. (c) Tulang belakang berfungsi untuk menyokong tubuh. Rangka ini bersifat fleksibel untuk membenarkan badan membengkok ke hadapan, belakang, kiri atau kanan. (d) Tulang tangan dan tulang kaki berfungsi sebagai sokongan dan membantu pergerakan. Imbas kod QR atau layari https://youtu.be/gPbF-Edpx64 untuk menonton video fakta menarik tentang rangka manusia. Kod QR Untuk tujuan pembelajaran Unit Manusia Tema 2: Sains Hayat 2 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 14 2/12/2024 6:14:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 2 Manusia Unit 2 15 5 Jadual 2.1 meringkaskan fungsi rangka utama manusia. Jadual 2.1 Fungsi rangka utama manusia Rangka utama Fungsi Tengkorak Melindungi otak Tulang rusuk Melindungi organ dalaman Tulang belakang Menyokong tubuh Tulang tangan dan tulang kaki Untuk sokongan dan pergerakan Info Sains Setiap tulang memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan semua mekanik badan berfungsi dengan baik. Sekiranya salah satu tulang patah, semua tulang lain di sekitarnya tidak dapat menjalankan tugas dengan betul. Kedudukan dan Fungsi Sendi 1 Sendi ialah tempat penyambungan dua atau lebih tulang. 2 Rajah 2.2 menunjukkan kedudukan sendi dalam sistem rangka manusia. Rajah 2.2 Kedudukan sendi dalam sistem rangka manusia 3 Sendi membolehkan pergerakan dan kebolehlenturan badan. Bahu Pergelangan tangan Siku Leher Lutut Buku lali Pinggul Unit 2 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 15 2/12/2024 6:14:07 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 2 Manusia Unit 2 16 Kepentingan Sistem Rangka Manusia TP 4: Menaakul kepentingan sistem rangka dan sistem peredaran darah kepada tubuh manusia 1 Manusia mempunyai sistem rangka untuk menyokong tubuh. 2 Berikut ialah kepentingan sistem rangka kepada tubuh manusia: (a) Menyokong berat badan. (b) Mengekalkan bentuk badan. (c) Melindungi organ-organ dalaman yang lembut seperti otak, jantung dan peparu. (d) Membenarkan pergerakan badan. Info Sains Terdapat 360 sendi di dalam tubuh manusia. Nyatakan fungsi bagi rangka utama manusia yang berikut: (a) Tengkorak (b) Tulang rusuk (c) Tulang belakang (d) Tulang tangan dan tulang kaki Semak Cepat 2.1 2.2 Sistem Peredaran Darah Manusia 1 Sistem peredaran darah ialah satu sistem yang penting dalam tubuh kita. Sistem ini mengalirkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk semula ke jantung. 2 Sistem peredaran darah manusia terdiri daripada: (a) jantung (b) peparu (c) salur darah (d) darah TP 2: Memerihalkan fungsi setiap bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah 3 Jadual 2.2 menunjukkan fungsi bahagian utama dalam sistem peredaran darah. Jadual 2.2 Fungsi bahagian utama dalam sistem peredaran darah Bahagian Fungsi Jantung Mengepam darah ke peparu dan seluruh tubuh Peparu Tempat pertukaran gas karbon dioksida dengan gas oksigen Salur darah Mengangkut darah ke seluruh badan Darah Mengangkut oksigen, nutrien, air dan bahan kumuh Info Sains Jantung mempunyai dua bahagian. Bahagian kanan mengepam darah lebih karbon dioksida ke peparu. Bahagian kiri mengepam darah lebih oksigen ke seluruh badan. Unit 2 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 16 2/12/2024 6:14:07 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 2 Manusia Unit 2 17 4 Sistem peredaran darah manusia merupakan suatu peredaran yang berterusan. (a) Peparu merupakan organ tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan gas karbon dioksida. (b) Semasa menarik nafas, udara yang mengandungi lebih oksigen masuk ke peparu dan diserap ke dalam salur darah. (c) Dari peparu, darah lebih oksigen ini kembali ke jantung melalui salur darah (vena pulmonari). (d) Jantung kemudiannya mengepam darah lebih oksigen ke seluruh bahagian tubuh yang lain melalui salur darah (aorta). (e) Oksigen akan diserap oleh sel badan manusia dari salur darah (kapilari). Karbon dioksida yang terhasil selepas tubuh menggunakan oksigen akan meresap masuk ke dalam darah. (f) Kemudian, salur darah (vena) mengangkut darah lebih karbon dioksida ini ke jantung. (g) Jantung mengepam darah lebih karbon dioksida ini kembali ke peparu. (h) Karbon dioksida disingkirkan dari peparu semasa menghembus nafas. Proses ini berulang secara berterusan. TP 3: Melakar laluan peredaran darah manusia 5 Laluan peredaran darah dalam sistem peredaran darah manusia ditunjukkan dalam gambar rajah blok kitaran di bawah. Darah lebih karbon dioksida Darah lebih oksigen Tubuh manusia Jantung Peparu Rajah 2.3 Gambar rajah blok kitaran laluan peredaran darah di dalam tubuh manusia Kepentingan Sistem Peredaran Darah TP 4: Menaakul kepentingan sistem rangka dan sistem peredaran darah kepada tubuh manusia 1 Manusia tidak boleh menjalankan proses hidup tanpa sistem peredaran darah. 2 Sistem peredaran darah memainkan peranan yang sangat penting kepada tubuh manusia: (a) Mengangkut oksigen, nutrien dan air ke dalam tubuh. (b) Mengangkut karbon dioksida dan bahan kumuh lain untuk disingkirkan daripada tubuh. Info Sains Jantung kita berdegup sekitar 115 000 kali dan mengepam sekitar 2 000 gelen darah setiap hari. Unit 2 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 17 2/12/2024 6:14:07 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 2 Manusia Unit 2 18 Semak Cepat 2.2 Lengkapkan gambar rajah blok di bawah. Jantung 2.3 Perkaitan antara Sistem di dalam Tubuh Manusia 1 Semua sistem di dalam tubuh manusia terdiri daripada organ-organ yang mempunyai fungsifungsi yang tertentu. 2 Setiap sistem saling berkait dan saling bergantung antara satu sama lain untuk berfungsi dengan baik. 3 Rajah 2.4 menunjukkan beberapa sistem di dalam tubuh manusia. Sistem otot Sistem saraf Sistem rangka Sistem pencernaan Sistem peredaran darah Sistem pernafasan Rajah 2.4 Sistem di dalam tubuh manusia Unit 2 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 18 2/12/2024 6:14:07 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 2 Manusia Unit 2 19 4 Berikut ialah contoh-contoh perkaitan antara sistem di dalam tubuh manusia: (a) Apabila seseorang tercekik makanan, sistem pernafasan akan terganggu. Makanan yang tersumbat di bahagian esofagus menghalang udara daripada memasuki trakea. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian sekiranya berpanjangan. (b) Apabila tulang tangan seseorang patah, sistem rangkanya terjejas. Tangan akan membengkak kerana pengaliran darah dalam sistem peredaran darah juga terganggu. (c) Sistem rangka bergantung pada nutrien yang diperoleh daripada sistem pencernaan untuk membina tulang yang kuat dan sihat. Info Sains Tubuh manusia dewasa terdiri daripada 100 trilion sel, 206 tulang, 600 otot, dan 22 organ dalaman. Kepentingan Penjagaan Semua Sistem di dalam Tubuh TP 5: Menjana kepentingan penjagaan semua sistem dalam tubuh manusia TP 6: Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang perkaitan antara sistem dalam tubuh manusia 1 Tubuh kita terdiri daripada rangkaian organ dan sistem yang berbeza yang bekerjasama antara satu sama lain. 2 Setiap bahagian badan kita mestilah dijaga dengan baik agar kita dapat hidup dengan sihat. 3 Berikut ialah cara-cara penjagaan sistem di dalam tubuh untuk kesihatan diri: (a) Sistem rangka (i) Makan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan kalsium seperti susu dan produk tenusu. Makanan ini boleh menguatkan tulang kita. (ii) Bersenam secara kerap agar otot dan sistem rangka kita kekal kuat dan aktif. (iii) Memakai topi keledar semasa menunggang basikal atau motosikal. Topi keledar boleh mengurangkan hentakan kepala apabila berlaku kemalangan. (b) Sistem pencernaan (i) Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya serat untuk memudahkan proses penyahtinjaan. (ii) Minum air secukupnya. (c) Sistem pernafasan (i) Jangan merokok. (ii) Pastikan persekitaran tempat tinggal bersih tanpa pencemaran. (iii) Kerap basuh tangan untuk mengelakkan penyakit berjangkit. (d) Sistem peredaran darah (i) Amalkan pengambilan makanan yang kurang lemak dan kurang gula. Makanan berlemak menyebabkan pengumpulan kolesterol dan pembentukan plak di dalam salur darah. Plak meningkatkan risiko serangan penyakit jantung. (ii) Lakukan senaman untuk menguatkan otot jantung. 1 Apabila Aiman tercekik makanan, saluran pernafasannya akan _____________________. Keadaan ini boleh mengakibatkan Aiman tidak boleh _____________________. 2 Apabila tulang tangan Benjamin patah, tangan Benjamin akan _____________________. Perkara ini disebabkan oleh _____________________ darah yang terganggu. 3 Jantung _____________________ apabila _____________________ dan sistem saraf menghantar isyarat ke jantung. 4 _____________________ bergantung pada nutrien yang diperoleh daripada _____________________ untuk membina tulang yang kuat dan sihat. Semak Cepat 2.3 Unit 2 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 19 2/12/2024 6:14:07 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 2 Manusia Unit 2 20 1 Rajah 1 menunjukkan rangka utama manusia. P R Q S Rajah 1 Antara yang berikut, yang manakah berfungsi untuk melindungi otak manusia? A P B Q C R D S 2 Apakah fungsi tulang belakang di dalam tubuh manusia? A Melindungi otak B Menyokong tubuh C Melindungi peparu D Untuk sokongan dan pergerakan 3 Antara aktiviti berikut, yang manakah tidak patut dilakukan oleh seseorang untuk menjaga kesihatan tubuhnya? A Berenang B Bersenam C Mengambil dadah D Makan buah-buahan 4 X mengangkut darah ke seluruh tubuh. Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah merupakan organ yang dimaksudkan? A B C D 5 Apakah yang menyebabkan seseorang tersedak? A Jantung tidak berdegup B Badan kekurangan nutrien C Pengaliran darah terganggu D Saluran pernafasan tersumbat 6 Rajah 2 menunjukkan salah satu bahagian utama dalam sistem peredaran darah manusia. Rajah 2 Apakah fungsi bahagian itu? A Tempat pertukaran gas karbon dioksida dengan gas oksigen B Mengepam darah ke peparu dan seluruh tubuh C Mengangkut darah ke seluruh tubuh D Menghasilkan gas oksigen Arahan: Jawab semua soalan. Praktis Formatif 2 Soalan Objektif Unit 2 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 20 2/12/2024 6:14:07 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 2 Manusia Unit 2 21 Soalan Subjektif 1 (a) Maklumat yang berikut menunjukkan fungsi satu rangka utama manusia. Padankan maklumat dengan rangka utama manusia yang betul. [1 markah] (b) Rajah 1 menunjukkan rangka utama manusia. P Q R S T Rajah 1 (i) Berdasarkan Rajah 1, bahagian manakah yang membantu pergerakan pergelangan tangan? [1 markah] (ii) Didapati tangan Amirul bengkak apabila tulang tangannya patah. Beri satu inferens tentang pemerhatian di atas. KBAT Menganalisis [1 markah] (iii) Nyatakan satu fungsi bagi bahagian P. [1 markah] Fungsi Melindungi organ-organ dalaman seperti jantung, peparu dan hati Rangka utama manusia Tengkorak Tulang belakang Tulang rusuk Unit 2 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 21 2/12/2024 6:14:07 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 2 Manusia Unit 2 22 2 Rajah 2 menunjukkan laluan peredaran darah manusia. P Q R Rajah 2 (a) Namakan bahagian P, Q dan R. (i) P: (ii) Q: (iii) R: [3 markah] (b) Nyatakan laluan bagi darah yang lebih oksigen. [1 markah] (c) Nyatakan laluan bagi darah yang lebih karbon dioksida. [1 markah] (d) Apakah fungsi organ P dan organ Q? (i) Organ P: (ii) Organ Q: [2 markah] (e) Nyatakan dua kepentingan sistem peredaran darah kepada manusia. [2 markah] Unit 2 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 22 2/12/2024 6:14:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
23 3.1 Kemandirian Spesies Haiwan 1 Kemandirian spesies ialah keupayaan haiwan dan tumbuhan untuk mengekalkan spesiesnya bagi mengelakkan kepupusan. 2 Haiwan perlu melindungi diri bagi memastikan kemandirian spesiesnya. 3 Setiap haiwan mempunyai ciri dan tingkah laku khas untuk melindungi diri daripada ancaman haiwan lain, manusia dan cuaca melampau. TP 1: Menyatakan ciri dan tingkah laku khas haiwan bagi memastikan kemandirian spesiesnya TP 2: Memerihalkan ciri dan tingkah laku khas haiwan bagi memastikan kemandirian spesiesnya TP 3: Menjelas dengan contoh ciri dan tingkah laku khas haiwan bagi memastikan kemandirian spesiesnya Ciri-ciri Khas Haiwan untuk Melindungi Diri daripada Musuh Duri tajam 1 Landak mempunyai duri-duri tajam pada badannya. Landak akan menegakkan duri-duri itu untuk menakutkan musuh. Duri-duri ini boleh mencederakan musuh yang cuba menyentuh atau menyerang landak. 2 Badan ikan buntal diliputi duri-duri tajam. Ikan ini akan mengembungkan badannya dan menyebabkan duri menegak untuk menakutkan musuh. Fotograf 3.1 Haiwan dengan duri tajam Landak Ikan buntal Cangkerang yang keras Penyu, belangkas, ketam dan siput babi mempunyai cangkerang yang keras untuk melindungi diri daripada musuh. Fotograf 3.2 Haiwan yang mempunyai cangkerang keras Penyu Belangkas Ketam Siput babi pt Unit Haiwan Tema 2: Sains Hayat 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 23 2/12/2024 6:14:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
24 Unit 3 Haiwan Unit 3 Sisik keras Tenggiling dan buaya mempunyai sisik keras untuk melindungi dirinya daripada kecederaan. Tenggiling Buaya Fotograf 3.3 Haiwan yang mempunyai sisik keras Tanduk tajam Herbivor seperti rusa, kambing dan kerbau mempunyai tanduk yang kuat dan tajam untuk melindungi diri daripada musuh. Rusa Kambing Fotograf 3.4 Haiwan yang mempunyai tanduk Sengat yang berbisa 1 Sesetengah serangga mempunyai sengat yang menghasilkan bisa untuk mempertahankan dirinya daripada musuh. 2 Lebah dan tebuan mengeluarkan bisa yang boleh melemahkan musuh. 3 Kala jengking, lipan dan ular mempunyai bisa beracun yang boleh membunuh musuh. Lebah Lipan Kala jengking Fotograf 3.5 Haiwan yang mempunyai sengat yang berbisa Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 24 2/12/2024 6:14:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
25 Unit 3 Haiwan Unit 3 Bau busuk Haiwan seperti skunk, lipas, kumbang dan pepijat mengeluarkan bau yang kuat dan busuk untuk menghalau musuhnya. Kuku tajam Haiwan seperti singa, harimau, helang dan beruang menggunakan kuku tajam untuk melindungi diri dan memburu mangsa. Berkaki panjang dan berotot kuat Haiwan seperti kuda dan katak mempunyai kaki yang panjang dan berotot kuat yang membantu untuk bergerak pantas bagi melepaskan diri daripada musuh. Tingkah Laku Khas Haiwan untuk Melindungi Diri daripada Musuh Menggulungkan diri 1 Ulat gonggok dan tenggiling menggulungkan diri bagi melindungi dirinya daripada bahaya. 2 Dengan berbuat demikian, haiwan ini dapat menyelamatkan diri dengan berpura-pura mati apabila diserang atau diganggu oleh musuh. Ulat gonggok Tenggiling Rajah 3.1 Haiwan yang menggulungkan diri Menyamar 1 Sesetengah haiwan boleh menukar warna badannya menyerupai warna persekitarannya dan sesetengah haiwan menyesuaikan warna atau corak badan dengan persekitarannya. 2 Penyamaran digunakan untuk menyembunyikan diri daripada musuh dan mangsa. 3 Harimau dan kuda belang mempunyai jalur supaya dapat bersembunyi di dalam semak. 4 Rusa, arnab dan tupai berwarna coklat yang sepadan dengan warna batang pokok dan tanah. 5 Belalang ranting menyembunyikan diri daripada pemangsanya dengan bersepadu dengan persekitarannya. Serangga ini mempunyai badan yang panjang dan kurus seperti kayu atau ranting. 6 Sesetengah kupu-kupu mempunyai dua tompok besar pada sayapnya yang kelihatan seperti dua biji mata palsu. 7 Sumpah-sumpah menukar warna kulitnya untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya. 8 Musang Artik mempunyai bulu berwarna kelabu atau biru pada musim panas yang akan bertukar menjadi tebal dan berwarna putih semasa musim sejuk. Keupayaan ini membantunya menyesuaikan diri dengan suhu Artik yang sejuk dan bertindak sebagai penyamaran untuk melindungi diri daripada beruang kutub. Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 25 2/12/2024 6:14:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
26 Unit 3 Haiwan Unit 3 9 Mentadak menyamar melalui warna badannya yang sama dengan persekitaran seperti daun. Kuda belang Harimau Sumpah-sumpah Belalang ranting Fotograf 3.6 Haiwan yang menyamar Memutuskan anggota badan 1 Cicak memutuskan ekornya apabila diserang oleh musuh. 2 Sotong gurita mempunyai dua biji mata dan empat pasang lengan. Sotong gurita akan memutuskan lengannya apabila diserang oleh musuh. Cicak Sotong gurita Rajah 3.2 Haiwan yang memutuskan anggota badan Memasukkan anggota badan ke dalam cangkerang Siput babi, kura-kura dan penyu memasukkan anggota badannya ke dalam cangkerang apabila diserang atau diganggu oleh musuh. Siput babi Kura-kura Fotograf 3.7 Haiwan yang mempunyai cangkerang Menyembur dakwat hitam Sotong dan sotong gurita mengeluarkan dakwat hitam bagi melepaskan diri daripada musuh. Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 26 2/12/2024 6:14:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
27 Unit 3 Haiwan Unit 3 Hidup berkumpulan 1 Sesetengah haiwan tinggal dan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam kumpulan. 2 Tingkah laku ini membolehkan haiwan mempertahankan diri bersama-sama ketika dalam bahaya. Contoh haiwan yang hidup berkumpulan ialah antelop, gajah, kuda belang, singa dan ikan bilis. Sekumpulan gajah Sekumpulan ikan bilis Fotograf 3.8 Haiwan yang hidup berkumpulan Info Sains • Penyamaran ialah satu kaedah haiwan melindungi diri daripada dikesan oleh musuh. • Beberapa contoh haiwan yang melakukan penyamaran ialah sotong mimik, katak pokok Pasifik, burung Tawny Frogmouth dan sumpah-sumpah. Berlindung daripada Cuaca Melampau TP 1: Menyatakan ciri dan tingkah laku khas haiwan bagi melindungi diri daripada cuaca melampau TP 2: Memerihalkan ciri dan tingkah laku khas haiwan bagi melindungi diri daripada cuaca melampau Cuaca sejuk 1 Kutub ialah kawasan yang paling sejuk di permukaan Bumi. Haiwan-haiwan yang tinggal di kawasan ini mempunyai ciri-ciri dan tingkah laku khas untuk melindungi diri daripada cuaca sejuk. 2 Beruang kutub dan serigala Artik mempunyai bulu tebal untuk memerangkap haba dan menghangatkan badannya supaya dapat hidup dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk. Beruang kutub Serigala Artik Fotograf 3.9 Haiwan yang berbulu tebal Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 27 2/12/2024 6:14:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
28 Unit 3 Haiwan Unit 3 3 Penguin, singa laut, walrus dan anjing laut mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulit untuk memanaskan badan. Penguin Singa laut Fotograf 3.10 Haiwan dengan lapisan lemak yang tebal 4 Sesetengah haiwan bermigrasi ke kawasan yang lebih panas sebelum musim sejuk bermula. Contohnya, burung bangau, ikan paus, kelawar, flamingo dan karibu. Burung bangau Ikan paus Fotograf 3.11 Haiwan yang bermigrasi 5 Sesetengah haiwan tidur hampir sepanjang masa atau berhibernasi apabila makanan sukar didapati pada musim sejuk. Hal ini membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Contohnya, beruang, kelawar, tupai dan tikus. Beruang Tupai Fotograf 3.12 Haiwan yang berhibernasi 6 Kebanyakan haiwan yang tinggal di kawasan sejuk mempunyai cuping telinga yang kecil untuk mengelakkan kehilangan haba. Contohnya, singa laut dan walrus. Cuaca panas 1 Cuaca melampau boleh menjejaskan aktiviti haiwan. Dalam cuaca panas, masalah utama yang dihadapi oleh haiwan ialah kehilangan air yang banyak. Haiwan-haiwan yang tinggal di kawasan ini mempunyai ciri-ciri dan kelakuan khas bagi melindungi dirinya daripada cuaca panas. Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 28 2/12/2024 6:14:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
29 Unit 3 Haiwan Unit 3 2 Unta mempunyai bonggol di belakang badan. Bonggol ini merupakan tisu lemak yang digunakan sebagai simpanan makanan. Tisu ini bertindak sebagai sumber tenaga. Ciri ini membenarkan unta hidup tanpa makan dan minum untuk beberapa hari. Contoh haiwan lain yang mempunyai bonggol ialah bison. Unta Bison Fotograf 3.13 Haiwan yang mempunyai bonggol 3 Badak air, kerbau dan badak sumbu menyejukkan badan semasa cuaca panas dengan berendam di dalam lumpur atau air. Kerbau Badak air Fotograf 3.14 Haiwan yang berendam di dalam lumpur atau air 4 Musang gurun dan tikus gurun mempunyai cuping telinga yang besar untuk menghilangkan haba dengan mudah. Info Sains Unta mempunyai telinga yang sangat kecil berbanding dengan haiwan lain. Telinga unta dilitupi oleh bulu yang banyak untuk mencegah pasir dan habuk daripada memasuki telinganya semasa bergerak di gurun. Imbas kod QR atau layari https://youtu.be/m2MibjJgyjs untuk menonton video tentang bagaimana haiwan menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca. Kod QR Untuk tujuan pembelajaran Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 29 2/12/2024 6:14:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
30 Unit 3 Haiwan Unit 3 Cara Haiwan Melindungi Telurnya 1 Haiwan yang berlainan mempunyai cara yang berlainan dalam menjaga telur serta anaknya. 2 Sesetengah haiwan menjaga telurnya dan sesetengah haiwan tidak menjaga telurnya. 3 Haiwan yang tidak menjaga telurnya mempunyai cara yang berlainan untuk memastikan kemandirian spesiesnya. 4 Haiwan menjaga telur dan anak-anaknya untuk memastikan kemandirian spesiesnya. 5 Rajah 3.3 menunjukkan cara haiwan menjaga telurnya. Ayam • Ayam hidup secara berkumpulan. • Ayam betina mengeram telurnya sehingga menetas dan menjaga anaknya. Labah-labah • Labah-labah menyimpan telurnya di dalam kantung di bawah badannya. Ikan keli • Ikan keli jantan menyimpan telur di dalam mulutnya sehingga telur menetas. Ular • Ular melindungi telur dan anaknya jika diganggu. • Sesetengah ular melingkari telurnya sehingga menetas. Burung • Semua burung bertelur dengan cangkerang yang keras. • Burung bertelur dan mengeram telurnya di dalam sarang. • Kebanyakan sarang burung dibina di tempat yang tersembunyi untuk memastikan keselamatan telur dan anakanak burung. Kuda laut • Kuda laut jantan mempunyai satu kantung di badannya. Kuda laut betina bertelur di dalam kantung kuda laut jantan. • Kuda laut jantan menjaga telur sehingga menetas. Telur menetas di dalam kantung kuda laut jantan. Rajah 3.3 Haiwan yang menjaga telurnya Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 30 2/12/2024 6:14:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
31 Unit 3 Haiwan Unit 3 6 Rajah 3.4 menunjukkan cara haiwan melindungi telur tanpa menjaganya. Katak • Katak mengeluarkan telur yang berlendir dalam bilangan yang banyak. • Telur dibiarkan menetas sendiri. • Katak melindungi telurnya dengan sejenis bahan seperti mukus yang menyaluti telur supaya tidak dimakan oleh haiwan lain. Penyu • Penyu naik ke pantai dan bertelur di dalam lubang pasir. • Penyu bertelur dalam bilangan yang banyak dan menimbus telurnya dengan pasir. • Penyu kembali ke laut dan meninggalkan telurnya untuk menetas. Rama-rama • Rama-rama bertelur di permukaan bawah daun supaya telur tidak mudah dilihat oleh haiwan lain. Siput • Siput bertelur di celah batu untuk menyembunyikannya daripada musuh. • Siput tidak menjaga telurnya. Buaya • Buaya bertelur dan menyembunyikan telurnya di dalam jerumun sehingga menetas. Belalang • Belalang bertelur dengan banyak di dalam tanah. • Dengan cara ini, telur tidak mudah dilihat oleh musuh. Cicak • Cicak bertelur di tempat yang tersembunyi dan gelap supaya tidak mudah dilihat oleh haiwan lain. Lalat dan nyamuk • Lalat dan nyamuk merupakan serangga yang bertelur dengan banyak. • Kedua-dua serangga ini tidak menjaga telurnya. Rajah 3.4 Haiwan yang tidak menjaga telurnya Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 31 2/12/2024 6:14:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
32 Unit 3 Haiwan Unit 3 Cara Haiwan Memastikan Anaknya Terus Hidup Lembu • Lembu betina menghasilkan susu untuk menyusukan anaknya. • Lembu betina melindungi anak-anaknya sehingga boleh mencari makanan sendiri. Gajah • Gajah hidup secara berkumpulan. • Anak gajah dilindungi dan dijaga oleh gajah-gajah lain dalam kumpulan. • Ibu gajah menyusukan anaknya. Penguin • Penguin betina kembali ke laut untuk mencari makanan selepas bertelur. • Penguin jantan menjaga dan mengeramkan telur itu sehingga menetas. • Penguin betina kembali dengan makanan yang disimpan di dalam perut dan memberi makan kepada anak penguin. • Penguin jantan dan penguin betina mengambil giliran untuk menjaga anaknya. Ikan lumba-lumba • Ikan lumba-lumba hidup secara berkumpulan. • Ikan lumba-lumba betina melahirkan seekor anak dan menyusukannya selama dua tahun. • Ikan lumba-lumba menangkap ikan secara berkumpulan dan melindungi anakanaknya daripada musuh. Dugong • Dugong betina melahirkan seekor anak pada satu masa. • Anak dugong disusukan selama 18 bulan. • Dugong menjaga anak-anaknya sehingga mampu mencari makanan sendiri. Kelawar • Anak kelawar boleh melekatkan dirinya pada bulu ibunya. • Ibu kelawar menyusukan anaknya. • Kelawar hidup secara berkumpulan dan membuat sarang di dalam gua. Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 32 2/12/2024 6:14:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD