33 Unit 3 Haiwan Unit 3 Kanggaru • Kanggaru betina mempunyai satu kantung di perutnya. • Anak kanggaru disusukan dalam kantung ibunya sehingga mencapai usia 18 bulan. Anak kanggaru juga dilindungi dalam kantung ibunya daripada musuh. Tikus • Tikus merupakan haiwan sosial dan hidup secara berkumpulan. • Tikus membina sarang untuk tujuan perlindungan dan untuk mendapatkan haba. • Tikus betina menjaga dan menyusukan anaknya. Harimau • Harimau betina melahirkan 3 hingga 4 ekor anak. • Harimau betina menjaga anaknya sehingga mencapai usia 18 bulan. • Harimau betina menyusukan anaknya. Arnab • Arnab membina sarang di dalam lubang di dalam tanah untuk melindungi diri daripada musuh. • Arnab betina menjaga dan menyusukan anaknya. Rajah 3.5 Haiwan yang menjaga anaknya Info Sains Jerumun ialah tempat berteduh atau rumpunan semak yang ditimbuni oleh daun-daun kering. 1 Badan siput babi yang lembut dilindungi oleh . 2 Unta mempunyai yang bertindak sebagai tempat simpanan makanan. 3 Beruang pada musim sejuk untuk mengurangkan penggunaan tenaga. 4 Flamingo ke kawasan yang lebih panas sebelum musim sejuk bermula. 5 Ikan lumba-lumba memburu ikan kecil dalam untuk anak-anaknya. 6 Ikan keli jantan menyimpan telurnya di dalam sehingga telur itu menetas. 7 Penguin telurnya sehingga menetas. 8 Labah-labah menyimpan telurnya di dalam di bawah badannya. 9 Katak mengeluarkan telur yang dalam bilangan yang banyak. Semak Cepat 3.1 Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 33 2/12/2024 6:14:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
34 Unit 3 Haiwan Unit 3 3.2 Mereka Cipta Model Haiwan TP 5: Meramal tentang cara haiwan lain melindungi diri berdasarkan pengetahuan tentang ciri atau tingkah laku khas haiwan tersebut TP 6: Mereka bentuk model haiwan imaginasi dengan mengaplikasikan pengetahuan tentang ciri dan tingkah laku khas haiwan serta membuat penaakulan tentang ciri tersebut Tujuan: Mereka cipta dan membina model haiwan imaginasi yang boleh hidup dalam keadaan sejuk dan dapat melindungi diri daripada musuh. Langkah-langkah: 1 Bayangkan keadaan dan cuaca persekitaran haiwan mengikut imaginasi kamu. Apakah ciri-ciri khas yang perlu ada pada haiwan imaginasi itu untuk hidup dalam keadaan yang sangat sejuk dan dikelilingi oleh musuh? (a) Ciri-ciri khas: Wajah dan suara yang garang, duri yang tajam, lapisan lemak yang tebal dan kaki yang panjang. (b) Kelakuan khas: Berhibernasi pada musim sejuk. 2 Lakarkan haiwan imaginasi kamu. Cadangkan alat dan bahan untuk membina haiwan imaginasi itu. 3 Sediakan bahan dan alat yang sesuai untuk membina model haiwan imaginasi kamu. 4 Bina model haiwan imaginasi kamu. Haiwan imaginasi Aktiviti 3.1 Cipta satu model haiwan imaginasi yang boleh melindungi diri daripada musuh dan cuaca yang melampau. Sediakan bahan dan alat yang sesuai, kemudian terangkan model haiwan imaginasi itu. KBAT Mencipta Semak Cepat 3.2 3.3 Hubungan Makanan antara Hidupan TP 4: Menaakul kepentingan hubungan makanan antara hidupan dari aspek perpindahan tenaga Rantai Makanan 1 Rantai makanan ialah hubungan makanan antara hidupan. 2 Semua rantai makanan bermula dengan tumbuhan hijau sebagai pengeluar. TP 1: Menyatakan sumber tenaga utama dalam hubungan makanan 3 Tumbuhan hijau tidak memerlukan makanan untuk mendapatkan tenaga. Tumbuhan hijau memperoleh tenaga daripada cahaya matahari untuk mensintesiskan makanannya sendiri. Maka, Matahari merupakan sumber utama tenaga dalam suatu rantai makanan. 4 Haiwan ialah pengguna dalam sesuatu rantai makanan. 5 Haiwan makan haiwan lain atau tumbuhan untuk memperoleh tenaga. Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 34 2/12/2024 6:14:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
35 Unit 3 Haiwan Unit 3 TP 2: Mengenal pasti pengeluar dan pengguna dalam rantai makanan 6 Suatu rantai makanan terdiri daripada pengeluar dan pengguna dan disusun seperti berikut: Pengeluar → pengguna primer → pengguna sekunder → pengguna tertier 7 Tanda anak panah (→) dalam sesuatu rantai makanan membawa maksud “dimakan oleh”. 8 Contoh rantai makanan: Rumput → Belalang → Katak → Helang (pengeluar) (pengguna primer) (pengguna sekunder) (pengguna tertier) (a) Rumput dimakan oleh belalang. (b) Belalang dimakan oleh katak. (c) Katak dimakan oleh helang. 9 Contoh-contoh rantai makanan dalam habitat yang berlainan. (a) Habitat di padang Rumput Belalang Katak Ular Rajah 3.6 Rantai makanan di padang (b) Habitat di hutan Tumbuhan Rusa Harimau Rajah 3.7 Rantai makanan di hutan (c) Habitat di sawah padi Padi Tikus Ular Helang Rajah 3.8 Rantai makanan di sawah padi (d) Habitat di ladang Tumbuhan Kambing Ular sawa Rajah 3.9 Rantai makanan di ladang Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 35 2/12/2024 6:14:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
36 Unit 3 Haiwan Unit 3 (e) Habitat di kolam Rumpai air Berudu Ikan kecil Ikan besar Rajah 3.10 Rantai makanan di kolam Hubungan Makanan antara Hidupan dengan Fotosintesis TP 4: Menaakul kepentingan hubungan makanan antara hidupan dari aspek perpindahan tenaga 1 Cahaya matahari menjadi sumber tenaga kepada tumbuhan untuk menjalankan fotosintesis. 2 Perpindahan tenaga berlaku apabila pengguna makan pengeluar dan seterusnya. 3 Contoh: Rumput → Belalang → Katak → Helang (a) Belalang mendapat tenaga dengan memakan rumput. (b) Katak mendapat tenaga dengan memakan belalang. (c) Helang mendapat tenaga dengan memakan katak. 4 Tanda anak panah (→) juga menunjukkan aliran perpindahan tenaga. 5 Oleh itu, hubungan makanan antara hidupan atau rantai makanan adalah penting untuk hidupan meneruskan kehidupan. Siratan Makanan 1 Terdapat pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan dalam suatu habitat. 2 Suatu haiwan mungkin makan lebih daripada sejenis makanan dalam satu habitat. 3 Suatu haiwan juga mungkin dimakan oleh lebih daripada sejenis haiwan dalam satu habitat. 4 Contohnya, dalam suatu ekosistem padang, terdapat cacing, burung, helang, belalang dan ayam. Rantai makanan yang boleh dibina dalam habitat ini ialah: (a) Tumbuhan → cacing → burung → helang (b) Tumbuhan → cacing → ayam → helang (c) Tumbuhan → belalang → burung → helang (d) Tumbuhan → belalang → ayam → helang 5 Rantai-rantai makanan ini boleh digabungkan dan terbentuklah satu siratan makanan. TP 3: Membina siratan makanan suatu habitat Tumbuhan Ayam Cacing Helang Burung Belalang Rajah 3.11 Contoh siratan makanan 6 Satu siratan makanan mempunyai dua atau lebih rantai makanan. Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 36 2/12/2024 6:14:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
37 Unit 3 Haiwan Unit 3 7 Contoh-contoh siratan makanan dalam habitat yang berlainan. (a) Belalang Rumput Katak Ular Burung Helang Cacing Rajah 3.12 Siratan makanan di padang (b) Berudu Ikan kecil Ikan besar Alga Larva nyamuk Rajah 3.13 Siratan makanan di kolam (c) Tumbuhan Kambing Ular sawa Katak Belalang Tupai Helang Rajah 3.14 Siratan makanan di hutan (d) Padi Tikus Belalang Ular Katak Beluncas Helang Burung Rajah 3.15 Siratan makanan di sawah padi Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 37 2/12/2024 6:14:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
38 Unit 3 Haiwan Unit 3 Kesan Perubahan Populasi dalam Siratan Makanan TP 5: Meramal kesan perubahan populasi hidupan dalam siratan makanan 1 Benda hidup bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan. 2 Populasi sesuatu spesies bergantung pada spesies yang lain sebagai sumber makanan. 3 Perubahan yang berlaku pada populasi sesuatu spesies akan mempengaruhi populasi spesies yang lain. Contohnya, Tumbuhan Belalang Burung pipit Katak Berdasarkan siratan makanan di atas, (a) jika bilangan burung pipit bertambah, bilangan belalang akan berkurang. (b) jika populasi belalang berkurang, bilangan katak dan burung pipit juga akan berkurang kerana tidak mendapat makanan yang secukupnya. (c) jika semua tumbuhan mati, maka semua haiwan dalam habitat itu akan turut mati atau berpindah ke habitat lain. 4 Ada sebilangan spesies haiwan yang makan sejenis makanan sahaja. 5 Haiwan-haiwan ini mungkin akan mengalami kepupusan jika sumber makanan berkurangan. Contohnya, (a) panda hanya makan pucuk buluh. Populasi panda akan dipengaruhi jika berlaku kekurangan pucuk buluh. (b) tenggiling hanya makan semut. Tenggiling mungkin mengalami kepupusan jika populasi semut berkurangan. (c) beruang koala hanya makan daun pokok kayu putih. Populasi beruang koala akan berkurangan jika populasi pokok kayu putih berkurangan. 1 Tandakan () untuk pernyataan yang betul dan () untuk pernyataan yang salah. (a) Semua rantai makanan bermula dengan haiwan sebagai pengeluar. ( ) (b) Haiwan merupakan pengguna dalam sesuatu rantai makanan. ( ) (c) Pengeluar boleh membuat makanannya sendiri. ( ) (d) Herbivor merupakan pengguna sekunder dalam sesuatu rantai makanan. ( ) (e) Tanda “→” bermaksud “dimakan oleh” dalam sesuatu rantai makanan. ( ) 2 Soalan-soalan yang berikut berdasarkan siratan makanan di bawah. Rumpai Larva nyamuk Ikan kecil Ikan besar Berudu Tandakan () untuk pernyataan yang betul dan () untuk pernyataan yang salah. (a) Ikan kecil dan larva nyamuk makan rumpai. ( ) (b) Jika populasi rumpai berkurang, maka bilangan berudu bertambah. ( ) (c) Jika bilangan ikan kecil bertambah, maka bilangan berudu dan larva nyamuk berkurang. ( ) (d) Terdapat tiga rantai makanan yang membina siratan makanan di atas. ( ) Semak Cepat 3.3 Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 38 2/12/2024 6:14:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
39 Unit 3 Haiwan Unit 3 1 Rajah 1 menunjukkan seekor ikan buntal sedang mengembangkan badannya. Rajah 1 Mengapakah badan ikan buntal itu berduri tajam? A Untuk mencederakan musuh yang mendekatinya B Untuk menukarkan warna badannya C Untuk menarik perhatian haiwan lain D Untuk berenang dengan lebih cepat 2 Rajah 2 menunjukkan tingkah laku seekor ayam betina. Mengeram telur Melindungi anak Rajah 2 Apakah tujuan tingkah laku ayam betina yang ditunjukkan dalam Rajah 2? A Kemandirian spesies B Hubungan makanan C Persaingan D Kerjasama 3 Bagaimanakah sotong gurita memastikan kemandirian spesiesnya? A Menyamar B Berbau busuk C Menggulungkan diri D Menyembur dakwat hitam 4 Rajah 3 menunjukkan siratan makanan dalam satu habitat. Tikus Ayam Padi Belalang Burung pipit Ular Rajah 3 Berapakah bilangan herbivor yang terlibat dalam siratan makanan ini? A 1 B 2 C 3 D 4 5 Maklumat yang berikut adalah tentang interaksi antara hidupan. • Berudu makan alga. • Ikan besar makan berudu dan ikan kecil. • Ikan kecil makan alga dan berudu. Siratan makanan manakah yang mewakili maklumat tersebut? A Berudu Alga Ikan besar Ikan kecil B Berudu Alga Ikan kecil Ikan besar C Berudu Alga Ikan kecil Ikan besar D Berudu Alga Ikan kecil Ikan besar Arahan: Jawab semua soalan. Praktis Formatif 3 Soalan Objektif Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 39 2/12/2024 6:14:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
40 Unit 3 Haiwan Unit 3 Soalan Subjektif 1 Rajah 1 menunjukkan satu siratan makanan dalam suatu habitat. Kambing Lembu Tumbuhan Rusa Harimau Rajah 1 (a) Namakan habitat yang sesuai bagi siratan makanan itu. [1 markah] (b) Berapakah bilangan rantai makanan yang terdapat dalam siratan makanan itu? [1 markah] (c) Apakah yang akan berlaku jika bilangan populasi harimau bertambah? [1 markah] (d) Beri satu inferens berdasarkan jawapan di 1(c). KBAT Menganalisis [1 markah] 2 Sekumpulan murid menjalankan suatu penyiasatan di sebuah hutan. Keputusan penyiasatan ditujukkan dalam Jadual 1. Minggu 1 2 3 4 Bilangan tupai 30 25 20 15 Bilangan helang 6 7 8 9 Jadual 1 (a) Apakah tujuan penyiasatan ini? [1 markah] (b) Apakah corak perubahan bilangan tupai? [1 markah] (c) Berdasarkan Jadual 1, tulis satu pemerhatian yang dapat dibuat. [1 markah] (d) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini? [2 markah] Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 40 2/12/2024 6:14:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
41 Unit 3 Haiwan Unit 3 3 (a) Rajah 2 menunjukkan haiwan Q. Rajah 2 (i) Nyatakan keadaan cuaca di habitat haiwan Q. [1 markah] (ii) Nyatakan satu ciri khas yang terdapat pada haiwan Q untuk melindungi dirinya daripada cuaca melampau. [1 markah] (iii) Tandakan (✓) bagi haiwan yang mempunyai ciri khas yang sama untuk melindungi diri daripada cuaca melampau seperti haiwan Q. Bison Beruang kutub Singa laut [1 markah] (b) Ikan paus dan sesetengah jenis burung berhijrah merentasi benua dan lautan bagi mengelakkan cuaca sejuk di habitat asalnya. Penghijrahan ini dikenali sebagai __________________. Bulatkan jawapan yang betul. Hibernasi Migrasi Lawatan [1 markah] (c) Mengapakah haiwan perlu melindungi diri daripada cuaca melampau? Beri satu alasan. [1 markah] Unit 3 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 41 2/12/2024 6:14:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
42 4.1 Kemandirian Spesies Tumbuhan TP 2: Memerihalkan ciri khas tumbuhan bagi memastikan kemandirian spesiesnya TP 3: Menjelas dengan contoh ciri khas tumbuhan bagi memastikan kemandirian spesiesnya TP 5: Menyokong ramalan tentang cara tumbuhan lain melindungi diri dan menyesuaikan diri berdasarkan pengetahuan ciri khas tumbuhan tersebut Ciri-ciri Khas Tumbuhan untuk Melindungi Diri daripada Musuh 1 Tumbuhan tidak boleh bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk melindungi diri daripada musuh. 2 Oleh itu, tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi diri daripada dimakan atau dimusnahkan oleh manusia dan haiwan. Berduri tajam 1 Sesetengah tumbuhan mempunyai duri pada daun, batang atau buahnya. 2 Duri-duri ini akan mencederakan haiwan yang menyentuh atau memakannya. 3 Contohnya, pokok bunga ros, kaktus, nanas, durian dan semalu. Durian Kaktus Semalu Fotograf 4.1 Tumbuhan yang berduri tajam Mengeluarkan getah 1 Sesetengah tumbuhan menghasilkan getah di dalam daun atau buah untuk menghindarkan musuh daripada memakannya. 2 Contohnya, pokok betik, mangga, nangka, getah dan keladi. Pokok betik Pokok getah Pokok mangga Pokok keladi Fotograf 4.2 Tumbuhan yang mengeluarkan getah Unit Tumbuh-tumbuhan Tema 2: Sains Hayat 4 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 42 2/12/2024 6:14:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
43 Unit 4 Tumbuh-tumbuhan Unit 4 Berbulu halus 1 Sesetengah tumbuhan mempunyai bulu halus pada buah, batang atau daunnya. 2 Bulu halus ini akan menyebabkan kegatalan. 3 Contohnya, kiwi, buluh, tebu, labu dan lalang. Pokok buluh Pokok tebu Pokok labu Fotograf 4.3 Tumbuhan yang berbulu halus Beracun 1 Sesetengah tumbuhan menghasilkan bahan beracun yang akan mencederakan atau membunuh haiwan atau manusia yang memakannya. 2 Contohnya, sesetengah jenis cendawan dan keladi, pokok pong-pong dan pokok Oleander. Cendawan Pokok keladi Pokok pong-pong Fotograf 4.4 Tumbuhan yang beracun Berbau busuk 1 Bunga pakma atau Rafflesia menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama seperti bau daging atau bangkai yang mereput. 2 Contoh tumbuhan lain yang berbau busuk ialah pokok tembakau, pokok jeremin dan pokok bunga tahi ayam. Rafflesia Pokok tembakau Fotograf 4.5 Tumbuhan yang berbau busuk Ciri-ciri Khas Tumbuhan untuk Menyesuaikan Diri dengan Iklim dan Perubahan Musim 1 Tumbuhan mempunyai penyesuaian bagi membantunya terus hidup di kawasan yang tertentu. 2 Penyesuaian merupakan ciri-ciri khas yang membenarkan tumbuhan untuk menyesuaikan diri di sesuatu tempat atau habitat. Unit 4 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 43 2/12/2024 6:14:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
44 Unit 4 Tumbuh-tumbuhan Unit 4 3 Untuk terus hidup, tumbuhan mesti membentuk penyesuaian bagi membantunya menyesuaikan diri dalam keadaan kering, panas dan angin kencang. Penyesuaian tumbuhan semasa iklim panas dan musim kering 1 Tumbuhan yang hidup di kawasan kering mempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi diri daripada iklim panas dan musim kering. 2 Pokok kaktus yang sering didapati di kawasan gurun mempunyai akar panjang bagi menyerap air jauh ke dalam tanah. 3 Pokok pisang dan kaktus mempunyai batang tebal yang dapat menyimpan air. 4 Pokok ru, pokok pain dan pokok kaktus mempunyai daun berbentuk jarum halus bagi mengurangkan kehilangan air ke persekitaran. Fotograf 4.6 Pokok kaktus dengan daun berbentuk jarum halus Fotograf 4.7 Daun pokok pain berbentuk jarum 5 Pokok pisang, pokok keladi dan jagung menggulungkan daunnya pada hari panas bagi mengurangkan kehilangan air ke persekitaran melalui penyejatan. 6 Sesetengah tumbuhan menggugurkan daunnya pada iklim panas. Contohnya, pokok getah dan pokok bunga kertas. Penyesuaian tumbuhan semasa musim angin kencang 1 Tumbuhan yang terdapat di kawasan berangin mempunyai ciri-ciri khas yang berikut untuk melindungi diri daripada angin kencang. 2 Tumbuhan seperti pokok buluh, kelapa, ru dan tebu mempunyai batang yang mudah melentur apabila ditiup oleh angin kencang. 3 Tumbuhan seperti pokok kelapa dan buluh mempunyai daun berpecah-pecah supaya tidak mudah koyak apabila ditiup oleh angin kencang. 4 Pokok ru pula mempunyai daun berbentuk jarum halus. Fotograf 4.8 Pokok tebu mempunyai batang yang mudah melentur Fotograf 4.9 Pokok kelapa mempunyai daun yang berpecah-pecah Info Sains Gurun merupakan kawasan kering dan panas. Jumlah hujan tahunannya kurang daripada 10 inci setahun. Tanahnya berpasir atau berbatu dan tidak dapat menyimpan air yang banyak. Angin di sini bertiup kencang dan mengeringkan tumbuhan. Tumbuhan terdedah kepada cahaya matahari, suhu yang melampau dan kemarau. Tumbuhan di kawasan ini perlu tahan kehilangan air yang banyak. Unit 4 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 44 2/12/2024 6:14:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
45 Unit 4 Tumbuh-tumbuhan Unit 4 1 Pokok bunga ros mempunyai yang akan mencederakan musuh yang mendekatinya. 2 Pokok keladi menghasilkan yang menyebabkan kegatalan. 3 Labu mempunyai di bahagian daun dan batang yang boleh menyebabkan kegatalan. 4 Mengapakah pokok getah meluruhkan daunnya dalam cuaca panas? 5 Bagaimanakah pokok pisang menyesuaikan dirinya pada hari yang panas? 6 Nyatakan ciri-ciri kaktus yang membolehkannya tumbuh di kawasan gurun. 7 Mengapakah tumbuhan yang terdapat di pinggir laut mempunyai daun yang berpecah-pecah? Semak Cepat 4.1 4.2 Pencaran Biji Benih 1 Udara, cahaya matahari dan air ialah keperluan asas tumbuhan. Tumbuhan memerlukan semua ini untuk menjalankan proses fotosintesis untuk membuat makanannya sendiri. 2 Biji benih atau anak benih tidak dapat tumbuh dengan sihat di bawah pokok induk atau dalam keadaan yang terlalu sesak. 3 Persaingan untuk mendapatkan keperluan asas akan berlaku jika tumbuhan tumbuh di dalam kawasan yang sama. 4 Disebabkan tumbuhan tidak bebas bergerak untuk mendapatkan keperluan asasnya, maka tumbuhan memerlukan agen-agen lain untuk membantunya memencarkan biji benih atau buah jauh dari pokok induk. 5 Biji benih atau anak benih dapat tumbuh dengan baik jika dipencarkan jauh dari pokok induk. 6 Persaingan untuk mendapatkan keperluan asas dikurangkan, maka biji benih atau anak benih dapat tumbuh dengan sihat. TP 1: Menyatakan cara tumbuhan memencarkan biji benih atau buah 7 Tumbuhan memencarkan biji benih atau buah dengan pelbagai cara: (a) melalui angin (b) melalui air (c) melalui haiwan dan manusia (d) melalui mekanisme letupan Peta Bulatan Mekanisme letupan Air Angin Haiwan Manusia Agen pencaran biji benih atau buah Guru Buku teks Internet Perpustakaan Rajah 4.1 Agen pencaran biji benih atau buah Unit 4 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 45 2/12/2024 6:14:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
46 Unit 4 Tumbuh-tumbuhan Unit 4 8 Biji benih atau buah yang dipencarkan dengan cara yang berlainan mempunyai ciri-ciri yang berlainan. TP 4: Membina pengurusan grafik untuk menunjukkan hubung kait ciri biji benih dengan cara pencaran 9 Ciri-ciri fizikal khas membantu biji benih dan buah dipencarkan oleh agen yang berlainan dengan mudah. Jadual 4.1 Ciri-ciri khas biji benih atau buah dan fungsinya Cara pencaran Ciri-ciri khas Fungsi Contoh tumbuhan Melalui air • Ringan • Mempunyai ruang udara atau berongga • Membolehkan buah terapung di permukaan air dan dihanyutkan oleh air. Buah teratai • Disaluti kulit berlilin atau kalis air • Mencegah air daripada memasuki buah. Buah Buah kelapa pong-pong • Mempunyai sabut yang berongga • Membantu buah terapung di atas air. Buah kelapa Buah nipah Melalui angin • Bersaiz kecil • Ringan • Kering • Bersayap • Buah atau biji benih mudah diterbangkan oleh angin. Biji benih Biji benih meranti angsana • Bersaiz kecil • Kering • Ringan • Berbulu • Buah atau biji benih boleh diterbangkan oleh angin ke tempat yang jauh. Biji benih kapas Biji benih lalang Biji benih kekabu Melalui mekanisme letupan • Lenggai menjadi kering dan merekah apabila matang • Lenggai pada biji benih atau buah menjadi kering dan meletup apabila matang. Biji benih tersebar jauh dari pokok induk. Biji benih keembung Biji benih getah Kacang bendi Buah berangan Unit 4 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 46 2/12/2024 6:14:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
47 Unit 4 Tumbuh-tumbuhan Unit 4 Cara pencaran Ciri-ciri khas Fungsi Contoh tumbuhan Melalui haiwan atau manusia • Berwarna cerah • Boleh dimakan dan sedap rasanya • Berbau harum • Biji yang keras • Buah yang berwarnawarni menarik perhatian haiwan untuk memakannya. • Biji benih tersebar selepas buah dimakan. Rambutan Mangga Durian • Mempunyai biji benih yang kecil dan keras • Buah dan biji benih dimakan oleh haiwan. • Biji benih yang tidak tercerna keluar bersama najis haiwan. Jambu batu Tembikai • Mempunyai cangkuk • Biji benih mempunyai cangkuk yang dapat melekat pada bulu atau kulit haiwan untuk disebarkan. Kemuncup Biji benih semalu Pepulut Kepentingan Kemandirian Spesies Haiwan dan Tumbuh-tumbuhan TP 6: Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang kepentingan kemandirian spesies haiwan dan tumbuhan dalam memastikan keseimbangan alam 1 Semua hidupan saling bergantung antara satu sama lain. 2 Tumbuhan merupakan sumber makanan kepada hidupan lain. Sesetengah spesies haiwan menjadi sumber makanan kepada spesies haiwan yang lain. 3 Oleh itu, sekiranya terdapat tumbuhan yang pupus, haiwan juga tidak dapat meneruskan hidup akibat kekurangan makanan. 4 Tumbuhan juga bergantung pada hidupan lain untuk kemandirian spesiesnya seperti: (a) memerlukan karbon dioksida untuk menjalankan fotosintesis. (b) membantu memencarkan biji benih atau buah. 5 Banyak haiwan mendapat perlindungan daripada tumbuhan dengan membina sarang atau dijadikan sebagai tempat tinggal. 6 Banyak hidupan akan diancam kepupusan sekiranya tumbuhan tidak mampu memastikan kemandirian spesiesnya. 1 Udara, air, dan ialah keperluan asas tumbuhan. untuk mendapatkan keperluan asas akan berlaku jika tumbuhan tumbuh di kawasan yang sama. 2 Terdapat empat yang berbeza yang membantu tumbuhan memencarkan biji benih atau buah. 3 Buah teratai yang dipencarkan melalui . 4 Biji benih meranti mempunyai supaya dapat dipencarkan oleh . 5 Kelulut mempunyai untuk melekat pada bulu haiwan. Semak Cepat 4.2 Unit 4 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 47 2/12/2024 6:14:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
48 Unit 4 Tumbuh-tumbuhan Unit 4 1 Rajah 1 menunjukkan sejenis tumbuhan. Rajah 1 Tumbuhan manakah yang mempunyai ciri khas yang sama dengan tumbuhan dalam Rajah 1 untuk melindungi diri daripada musuh? A Rafflesia B Pokok betik C Pokok semalu D Pokok keembung 2 Rajah 2 menunjukkan sejenis tumbuhan yang hidup di gurun. Rajah 2 Apakah ciri khas yang terdapat pada tumbuhan ini untuk terus hidup di gurun? A Daun berpecah-pecah B Daun pokok akan luruh C Daun pokok akan bergulung D Daun berbentuk jarum halus 3 Rajah 3 menunjukkan daun pokok tomato yang bergulung pada hari panas. Rajah 3 Mengapakah perkara tersebut berlaku? KBAT Menganalisis A Untuk mengurangkan kehilangan air ke persekitaran melalui penyejatan B Untuk menyerap air jauh ke dalam tanah C Untuk menghasilkan air di dalam batang D Untuk menyimpan air 4 Rajah 4 menunjukkan dua jenis tumbuhan yang dapat melindungi diri daripada musuh. Rajah 4 Apakah ciri yang terdapat pada kedua-dua tumbuhan itu? A Berduri tajam B Berbulu halus C Menghasilkan getah D Menghasilkan bahan beracun 5 Rajah 5 menunjukkan sebiji buah kelapa. Rajah 5 Mengapakah buah kelapa disaluti kulit berlilin? A Menarik perhatian haiwan lain untuk memakannya B Membantu buah terapung di permukaan air C Mencegah air daripada memasuki buah D Mudah diterbangkan oleh angin Arahan: Jawab semua soalan. Praktis Formatif 4 Soalan Objektif Unit 4 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 48 2/12/2024 6:14:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
105 Unit 10 Mesin Unit 10 1 Rajah 1 menunjukkan sebuah basikal. Rajah 1 Antara yang berikut, yang manakah merupakan mesin ringkas yang terdapat pada basikal itu? A Roda dan gandar dan baji B Roda dan gandar dan gear C Roda dan gandar, gear, skru dan baji D Roda dan gandar, gear, skru dan tuas 2 Rajah 2 menunjukkan penggunaan suatu alat. Rajah 2 Antara alat berikut, yang manakah mempunyai kegunaan yang sama seperti alat yang ditunjukkan dalam Rajah 2? A B C D 3 Rajah 3 menunjukkan seorang budak sedang mengemop lantai. X Y Z Rajah 3 Apakah yang diwakili oleh X, Y dan Z? X Y Z A Daya Fulkrum Beban B Daya Beban Fulkrum C Fulkrum Daya Beban D Beban Fulkrum Daya Arahan: Jawab semua soalan. Praktis Formatif 10 Soalan Objektif Unit 10 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 105 2/12/2024 6:14:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
106 Jawapan TEMA 1 INKUIRI DALAM SAINS Unit 1: Kemahiran Saintifik Semak Cepat 1.1 1 – Pemerhatian secara kuantitatif – Pemerhatian secara kualitatif – Pemerhatian perubahan 2 Ramalan ialah membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu. Praktis Formatif 1 Soalan Objektif 1 A 2 A 3 D 4 B 5 D Soalan Subjektif 1 (a) Menyiasat hubungan antara minggu dengan ketinggian anak pokok. (b) (i) Minggu (ii) Ketinggian anak pokok (c) Anak pokok akan layu. 2 (a) (i) Masa pemanasan air (ii) Suhu air (b) 100 80 60 40 20 0 0 Masa (minit) Suhu air (°C) 10 15 20 (c) 100 °C TEMA 2: SAINS HAYAT Unit 2: Manusia Semak Cepat 2.1 (a) Melindungi otak (b) Melindungi organ dalaman (c) Menyokong badan (d) Untuk sokongan dan pergerakan Semak Cepat 2.2 Tubuh manusia Jantung Peparu Darah lebih karbon dioksida Darah lebih oksigen Semak Cepat 2.3 1 terganggu; bernafas 2 membengkak; pengaliran 3 berdegup; otak 4 Sistem rangka; sistem pencernaan Praktis Formatif 2 Soalan Objektif 1 A 2 B 3 C 4 D 5 D 6 B Soalan Subjektif 1 (a) Tulang rusuk (b) (i) S (ii) Pengaliran darah pada tangan Amirul terganggu. (iii) Untuk melindungi otak 2 (a) (i) P: Peparu (ii) Q: Jantung (iii) R: Tubuh badan (b) Peparu ke jantung dan ke seluruh tubuh (c) Tubuh ke jantung dan ke peparu (d) (i) Organ P: Tempat pertukaran antara gas oksigen dengan gas karbon dioksida. (ii) Organ Q: Mengepam darah ke peparu dan ke seluruh tubuh. (e) 1. Mengangkut oksigen, nutrien dan air ke seluruh tubuh. 2. Menyingkirkan karbon dioksida dan bahan kumuh lain daripada tubuh badan. TEMA 2: SAINS HAYAT Unit 3: Haiwan Semak Cepat 3.1 1 cangkerang 2 bonggol 3 berhibernasi 4 bermigrasi 5 kumpulan 6 mulut 7 mengeram 8 kantung 9 berlendir Semak Cepat 3.2 Jawapan murid Semak Cepat 3.3 1 (a) ✗ (b) (c) (d) ✗ (e) 2 (a) (b) ✗ (c) (d) Praktis Formatif 3 Soalan Objektif 1 A 2 A 3 D 4 B 5 B 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 106 2/12/2024 6:14:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
107 Jawapan Jawapan Soalan Subjektif 1 (a) Hutan (b) 3 (c) Populasi kambing, lembu dan rusa akan berkurang. (d) Kambing, lembu dan rusa merupakan makanan bagi harimau. 2 (a) Menyiasat hubungan antara bilangan minggu dengan bilangan tupai dan bilangan helang. (b) Berkurang (c) Bilangan tupai semakin berkurang manakala bilangan helang semakin bertambah. (d) Semakin bertambah bilangan minggu, semakin berkurang bilangan tupai dan semakin bertambah bilangan helang. 3 (a) (i) Cuaca panas melampau (ii) Bonggol yang menyimpan makanan dalam bentuk lemak (iii) Bison ✓ (b) Migrasi (c) Untuk memastikan kemandirian spesiesnya TEMA 2: SAINS HAYAT Unit 4: Tumbuh-tumbuhan Semak Cepat 4.1 1 duri 2 getah 3 bulu halus 4 Untuk mengelakkan kehilangan air yang banyak daripada daun. 5 Dengan menggulungkan daun. 6 Batang yang boleh menyimpan air, daun berbentuk jarum halus dan akar yang panjang. 7 Untuk mengurangkan rintangan angin kencang. Semak Cepat 4.2 1 ruang, cahaya matahari; Persaingan 2 agen 3 berongga; air 4 struktur bersayap; angin 5 cangkuk Praktis Formatif 4 Soalan Objektif 1 C 2 D 3 A 4 C 5 B 6 B 7 B 8 A 9 C 10 B 11 D Soalan Subjektif 1 (a) (i) M akan terus tumbuh. (ii) N akan layu. (b) (i) M boleh menyimpan air di dalam batangnya. (ii) N tidak boleh menyimpan air di dalam batangnya. (c) Jenis tumbuhan dan keadaan tumbuhan selepas seminggu (d) Siram dengan air TEMA 3: SAINS FIZIKAL Unit 5: Elektrik Semak Cepat 5.1 1 Dinamo 2 cahaya; elektrik 3 empangan Semak Cepat 5.2 1 (a) (b) (c) (d) 2 (a) Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya. (b) Membenarkan arus elektrik mengalir melalui litar. (c) Membekalkan tenaga elektrik dalam litar. (d) Memutuskan dan menyambungkan litar. Semak Cepat 5.3 1 Cedera atau kematian akibat renjatan elektrik, kebakaran dan melecur 2 – Jangan sentuh alat elektrik dengan tangan yang basah. – Jangan guna alat elektrik yang rosak atau mempunyai wayar penyambung yang terdedah. – Jangan baiki sendiri alat elektrik yang rosak. Praktis Formatif 5 Soalan Objektif 1 B 2 A 3 A 4 A Soalan Subjektif 1 (a) (i) Litar elektrik M N Kecerahan mentol Kurang cerah Lebih cerah (ii) Kecerahan mentol dalam M kurang cerah berbanding dengan N kerana mentol- mentol dalam M berkongsi tenaga elektrik daripada sel kering, manakala mentol- mentol dalam N tidak berkongsi tenaga elektrik. (b) (i) Litar bersiri (ii) Litar selari (c) (i) Mentol-mentol yang lain tidak menyala (ii) Mentol-mentol yang lain masih menyala Jawapan 1-110_sains_T5_MASTER 213X148.indd 107 2/12/2024 6:14:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD