13 Peribadi Mulia Hiasan Diri TINGKATAN 4 UNIT 2 (h) Membentuk negara yang maju dan aman damai – rakyat bersatu padu dalam merencana pembangunan negara dan mengekalkan keamanan yang dikecapi Rajah 2.10 Bersama kita membangunkan negara Semak cepat 2.3 1 Bincangkan kepentingan keperibadian mulia terhadap pembangunan masyarakat. 2 Berikan tiga kesan seseorang individu yang tidak mempraktikkan sikap berkeperibadian mulia terhadap negara. Membentuk negara yang maju dan aman damai Ketenangan jiwa Menjadi contoh dan teladan Menjamin kebahagiaan Mencapai matlamat Disenangi ramai Kepentingan Berkeperibadian Mulia Sentiasa positif Membentuk disiplin i THINK Peta Buih INFO dinamik Pembelot ialah istilah penghinaan yang merujuk seseorang yang menyokong sikap atau mempunyai buah fikiran yang bertentangan dengan kepentingan atau kemurnian bangsanya sendiri atau berpaling tadah terhadap pegangannya kepada sebaliknya. Perbandingan Tingkah Laku Berkeperibadian Mulia dengan Bukan Berkeperibadian Mulia S.P. 5.2.4 Membanding beza keperibadian mulia dan bukan keperibadian mulia. 1 Individu yang berkeperibadian mulia seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 2 Perbandingan antara tingkah laku berkeperibadian mulia dengan bukan berkeperibadian mulia seperti berikut: Berkeperibadian Mulia 1 Sanggup menghadapi cabaran (a) Mempunyai hala tuju matlamat yang jelas (b) Sangat bermotivasi dan bersemangat tinggi untuk mencapai kejayaan (c) Tidak mudah berputus asa dengan kegagalan dan cabaran yang datang Gambar 2.11 Kejayaan memerlukan pengorbanan 2 Sentiasa bersyukur (a) Bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan (b) Menjadikan kekurangan diri sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan (c) Sikap sentiasa bersyukur mampu untuk menghilangkan kegelisahan, buruk sangka, marah dan hasad dengki RE P Moral Tg4(B2).indd 13 30/03/2023 8:54 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 Peribadi Mulia Hiasan Diri TINGKATAN 4 2 3 Berjimat cermat semasa berbelanja (a) Mengutamakan keperluan daripada kehendak (b) Membuat senarai barang keperluan yang ingin dibeli sebelum membeli belah (c) Menggalakkan sikap berjimat cermat dan menggalakkan amalan menabung sejak kecil Gambar 2.12 Mengamalkan amalan menabung 4 Bekerjasama dan saling tolong-menolong (a) Urusan menjadi lebih lancar (b) Jalan penyelesaian terbaik dapat dibuat berdasarkan sumbang saran idea dan pandangan orang lain Gambar 2.13 Sikap bekerjasama mengeratkan silaturahim 5 Bersikap amanah (a) Menjamin keadilan dan ketelusan dalam melaksanakan tugas mahupun keputusan yang dibuat (b) Melatih diri untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai 6 Bersederhana dalam pertuturan dan perlakuan (a) Menjamin tingkah laku mulia dalam masyarakat (b) Mengangkat martabat diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara Gambar 2.14 Percakapan melambangkan keperibadian 7 Mengakui kesilapan diri (a) Boleh menerima komen dan pandangan orang lain (b) Sedar kesilapan yang dilakukan dan segera memohon maaf (c) Berfikiran terbuka dan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain Bukan Berkeperibadian Mulia 1 Mudah berputus asa (a) Tidak bermotivasi untuk mencapai matlamat (b) Usaha yang dilakukan hanya separuh jalan sahaja (c) Sikap mudah berputus asa tidak akan mengubah sesuatu perkara ke arah yang lebih baik (d) Sebaliknya, sikap ini memburukkan keadaan serta menjauhkan seseorang daripada kejayaan 2 Kianat dan bersangka buruk (a) Berfikiran negatif terhadap sesuatu perkara yang berlaku (b) Prejudis dengan kebaikan orang lain dan sentiasa mencari kesalahan orang lain 3 Tamak dan boros (a) Sikap tamak mendorong seseorang untuk melakukan apa sahaja asalkan matlamatnya tercapai, biarpun perbuatan itu bertentangan dengan norma masyarakat (b) Membeli barangan yang bukan keperluan sehingga menyebabkan berlaku pembaziran 4 Mementingkan diri sendiri (a) Mengutamakan kepentingan diri sendiri dan tidak memikirkan kepentingan orang lain (b) Sikap pentingkan diri menjadi punca perpecahan dalam masyarakat RE P Moral Tg4(B2).indd 14 30/03/2023 8:54 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
15 Peribadi Mulia Hiasan Diri TINGKATAN 4 UNIT 2 5 Tidak jujur (a) Menggunakan kuasa dan pangkat untuk kepentingan diri sendiri dan pengikutnya (b) Tidak menjalankan tugas dengan sepatutnya dan melakukan salah guna kuasa 6 Pemarah dan tidak sabar (a) Bertindak mengikut emosi dan nafsu semata-mata (b) Mudah berlaku pertelingkahan dan pergaduhan (c) Tidak disenangi oleh orang ramai dan dipinggirkan masyarakat Gambar 2.15 Sikap pemarah meruntuhkan keharmonian 7 Pendendam dan iri hati (a) Tidak senang melihat kejayaan dan kesenangan orang lain (b) Senang melihat orang lain dalam kesusahan atau masalah i THINK Peta Dakap Tingkah Laku Berkeperibadian Mulia dan Bukan Berkeperibadian Mulia Berkeperibadian Mulia Bukan Berkeperibadian Mulia • Sanggup menghadapi cabaran • Sentiasa bersyukur • Berjimat cermat • Bekerjasama dan saling tolong-menolong • Amanah • Bersederhana dalam pertuturan dan perlakuan • Mengakui kesilapan diri • Mudah berputus asa • Kianat dan bersangka buruk • Tamak dan boros • Mementingkan diri sendiri • Tidak jujur • Pemarah dan tidak sabar • Pendendam dan iri hati INFO dinamik “Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Riwayat Bukhari dan Muslim Semak cepat 2.4 1 Bincangkan kepentingan sikap berjimat cermat terhadap masa hadapan seseorang. 2 Senaraikan tiga kesan individu yang bersikap panas baran dalam masyarakat. 3 Apakah kesan sikap pentingkan diri sendiri dalam masyarakat? RE P Moral Tg4(B2).indd 15 30/03/2023 8:54 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 Peribadi Mulia Hiasan Diri TINGKATAN 4 2 1 Gambar di bawah menunjukkan perbuatan vandalisme. Gambar 1 (a) Nyatakan nilai yang perlu diamalkan oleh remaja tersebut. [4 markah] (b) Bincangkan faktor yang menyebabkan berlakunya gejala vandalisme. [2 markah] (c) Pada pandangan anda, apakah tindakan anda jika ternampak sekumpulan remaja melakukan vandalisme di sekitar kawasan perumahan? [2 markah] (d) Seseorang remaja yang mempunyai keperibadian mulia tidak merosakkan harta benda awam. Berikan langkah menjaga kemudahan awam. [2 markah] Praktis SPM 2 Jawab semua soalan. Soalan Subjektif RE P Moral Tg4(B2).indd 16 30/03/2023 8:54 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
17 Peribadi Mulia Hiasan Diri TINGKATAN 4 UNIT 2 2 Gambar di bawah menunjukkan amalan bersalaman yang menjadi tanda penghormatan masyarakat di Malaysia. Gambar 2 (a) Berikan nilai yang diamalkan masyarakat di atas. [2 markah] (b) Bincangkan ciri individu yang mempunyai sikap berkeperibadian mulia. [4 markah] (c) Nyatakan kesan pengabaian sikap berkeperibadian mulia dalam kehidupan. [2 markah] (d) Berikan dua cara mempraktikkan sikap berkeperibadian mulia. (i) (ii) [2 markah] Soalan Esei 1 Pantun di bawah berkaitan dengan budi bahasa yang perlu diamalkan. Setenang ombak di laut, Sampan berlalu hingga ke tanjung; Fikiran terbayang kata-kata terpaut, Budi dikenang sepanjang zaman. Yang merah saga, Yang korik kundi, Yang indah bahasa. Yang baik budi. Berdasarkan pantun di atas, bincangkan langkah menanam sikap berbudi bahasa terhadap masyarakat Malaysia. Huraian anda perlulah berdasarkan nilai murni. [10 markah] RE P Moral Tg4(B2).indd 17 30/03/2023 8:54 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://www.slideserve.com/ bian/keadilan-sosial-di-sekolah tentang keadilan sosial di sekolah 18 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan TINGKATAN 4 3 Konsep 1 Membuat keputusan bermaksud membuat pilihan untuk mencapai satu matlamat. 2 Dalam membuat keputusan, terdapat dua prinsip yang perlu digunakan, iaitu prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan. Prinsip Keadilan S.P. 5.3.2 Memerihalkan prinsip keadilan dan keprihatinan dalam membuat keputusan. 1 Prinsip keadilan ialah sikap dan tingkah laku individu dalam hubungan antara manusia untuk menegakkan kesaksamaan dengan keseimbangan dalam: (a) Pemikiran (b) Pertuturan (c) Perasaan (d) Perlakuan 2 Prinsip keadilan melibatkan sebarang perbuatan adil terhadap diri sendiri dan orang lain. 3 Prinsip keadilan akan digunakan sebagai nilai asas dalam membuat keputusan untuk sesuatu perkara yang melibatkan dilema moral. 4 Keputusan tidak dipengaruhi oleh sesuatu pihak dan membawa keuntungan serta manfaat bersama. 5 Lazimnya, tuntutan keadilan melibatkan dua pihak yang ingin menuntut keadilan di mahkamah. 6 Tidak melibatkan emosi dan empati seseorang individu kepada individu lain. Rasional Kasih sayang Baik hati Kejujuran Keberanian • Berperikemanusiaan – Perihal sikap simpati terhadap orang lain . • Fauna – Meliputi keseluruhan haiwan yang hidup di sesuatu daerah atau habitat. • Flora – Meliputi keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau habitat. Bidang 5: Insan Bermoral Unit 3 RE P Moral Tg4(B3).indd 18 30/03/2023 8:54 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
19 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan TINGKATAN 4 UNIT 3 Contoh Prinsip Keadilan S.P. 5.3.1 Menyenaraikan contoh prinsip keadilan dan keprihatinan dalam membuat keputusan. 1 Bersikap tidak berat sebelah (a) Memilih calon yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan yang dimiliki (b) Adil dalam memberikan ganjaran atau menjatuhkan hukuman (c) Hukuman yang dijatuhkan bertujuan untuk memberi pembelaan yang sepatutnya kepada orang yang dianiaya (d) Selain itu, hukuman atau denda dikenakan memberi pengajaran terhadap pesalah mahupun orang di sekelilingnya (e) Pemberian ganjaran atau hadiah berperanan untuk memberikan motivasi dan galakan untuk mencapai kejayaan Gambar 3.1 Hukuman diberikan tanpa mengira latar belakang individu 2 Layanan sama rata (a) Setiap individu perlu dilayan sama rata tanpa mengira status sosial dalam masyarakat (b) Selain itu, setiap individu berhak menerima layanan atau keadilan tanpa mengira tahap sosioekonomi 3 Menghormati hak individu (a) Tidak menyalahgunakan kemudahan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tandas awam, tempat parkir kereta dan sebagainya (b) Harus menghormati keperluan untuk golongan yang kurang bernasib baik 4 Bersikap rasional (a) Bijak untuk menganalisis situasi yang dialami agar keputusan yang dibuat tepat (b) Adil dalam membuat pertimbangan moral (c) Sikap rasional akan membawa kepada kejayaan dalam menyelesaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik 5 Adil dalam mengagihkan sumbangan atau bantuan (a) Memberikan bantuan kepada mangsa bencana tanpa mengira bangsa dan agama (b) Sumbangan diberikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan (c) Namun, pihak pengurusan pengagihan sumbangan perlu peka supaya sumbangan yang diberi benar-benar sampai kepada mangsa Gambar 3.2 Bantuan segera diberikan kepada rakyat Prinsip Keprihatinan S.P. 5.3.2 Memerihalkan prinsip keadilan dan keprihatinan dalam membuat keputusan. 1 Prinsip keprihatinan ialah perlakuan yang memberikan pertimbangan moral dalam melaksanakan peranan atau kewajipan terhadap orang lain. 2 Prinsip ini memerlukan individu untuk membuat pertimbangan terhadap kepentingan orang lain dalam situasi yang dihadapi. 3 Prinsip keprihatinan digunakan sebagai asas ukuran dalam membuat keputusan untuk sesuatu situasi yang melibatkan nilai berperikemanusiaan. 4 Melibatkan perasaan empati dan emosi seseorang. 5 Meliputi hal kebajikan sosial dan kepentingan awam. Contoh Prinsip Keprihatinan S.P. 5.3.1 Menyenaraikan contoh prinsip keadilan dan keprihatinan dalam membuat keputusan. 1 Berperikemanusiaan (a) Menunjukkan rasa simpati terhadap mangsa yang ditimpa bencana dengan memberikan bantuan segera kepada mangsa RE P Moral Tg4(B3).indd 19 30/03/2023 8:54 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan TINGKATAN 4 3 (b) Golongan yang menerima bantuan atau mangsa bencana akan berasa disayangi dan diambil berat oleh masyarakat sekeliling (c) Mengambil kira keperluan golongan kurang bernasib baik dengan sepatutnya Gambar 3.3 Membantu Orang Kurang Upaya (OKU) 2 Menunjukkan perasaan kasih sayang (a) Menyayangi dan saling berinteraksi sesama insan tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin mahupun berlainan agama dan bangsa (b) Menyayangi dan menghargai flora dan fauna dengan tidak melakukan kemusnahan alam yang mendatangkan kemudaratan terhadap alam sekitar seterusnya memberi kesan buruk kepada manusia (c) Aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya kepupusan flora dan fauna (d) Contohnya, seorang remaja perlulah prihatin dengan kebersihan kawasan sekeliling dengan menitikberatkan soal kebersihan Gambar 3.4 Mengekalkan keindahan alam sekitar 3 Menjaga kebajikan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri (a) Melibatkan diri dengan program kesukarelawanan bagi membantu orang lain yang lebih memerlukan dan kurang bernasib baik (b) Menyediakan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan seperti bantuan makanan dan pakaian bagi mangsa banjir, gempa bumi dan sebagainya (c) Membentuk masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain 4 Kepedulian (a) Membantu golongan yang memerlukan bantuan seperti memberi makanan, keperluan lain dan sebagainya kepada gelandangan (b) Memberikan bantuan makanan, pakaian dan ubat-ubatan kepada penduduk di negara yang bergolak seperti Palestin, Syria dan sebagainya (c) Selain itu, sikap keprihatinan dapat menghindar sikap suka menganiaya haiwan Gambar 3.5 Menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin 5 Pemurah (a) Memberikan bantuan kewangan apabila diperlukan (b) Meluangkan masa untuk membantu orang lain seperti melawat ke rumah anak-anak yatim (c) Melahirkan perasaan empati terhadap kesusahan dan kepayahan yang dialami oleh orang lain Gambar 3.6 Menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan RE P Moral Tg4(B3).indd 20 30/03/2023 8:54 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
21 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan TINGKATAN 4 UNIT 3 Kepentingan Membuat Keputusan S.P. 5.3.3 Menghuraikan kepentingan membuat keputusan antara prinsip keadilan dan keprihatinan berdasarkan situasi. Prinsip Keadilan 1 Keputusan yang dibuat tidak menjejaskan kepentingan orang lain (a) Keputusan yang diambil tidak berat sebelah (b) Memberikan manfaat kepada semua pihak (c) Tetap pendirian dalam membuat keputusan dengan tidak dipengaruhi oleh sebelah pihak lain yang menginginkan keputusan tersebut berpihak kepadanya 2 Menjaga hak kemanusiaan sejagat (a) Hukuman dan denda yang diberi tidak melampaui batas kemanusiaan (b) Pihak yang melakukan penindasan akan menerima hukuman dan orang yang ditindas menerima pembelaan yang sepatutnya (c) Hukuman berat menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan kesalahan yang sama kelak Gambar 3.7 Hukuman menjadi pengajaran kepada pesalah 3 Keputusan yang dibuat untuk mengelakkan perselisihan faham (a) Perselisihan faham antara masyarakat boleh menyebabkan perbalahan dalam negara (b) Perkembangan ekonomi dan pembangunan negara terbantut 4 Membela nasib golongan yang ditindas (a) Golongan yang ditindas boleh membawa pertikaian ke muka pengadilan dengan bukti yang kukuh (b) Pembelaan perlu adil dan tidak mengira status sosial seseorang yang terbabit (c) Hukuman yang dijatuhkan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan Contoh prinsip keadilan • Bersikap tidak berat sebelah • Layanan sama rata • Menghormati hak individu • Adil dalam mengagihkan sumbangan atau bantuan • Bersikap rasional Contoh prinsip keprihatinan • Berperikemanusiaan • Menunjukkan perasaan kasih sayang • Menjaga kebajikan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri • Kepedulian • Pemurah Prinsip Keadilan dan Keprihatinan i THINK Peta Pokok Semak cepat 3.1 1 Jelaskan maksud prinsip keadilan. 2 Huraikan konsep prinsip keprihatinan. 3 Senaraikan tiga contoh prinsip keadilan. 4 Apakah yang digunakan untuk membuat keputusan dalam situasi berperikemanusiaan? RE P Moral Tg4(B3).indd 21 30/03/2023 8:54 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan TINGKATAN 4 3 Buku teks Majalah Guru Rakan-rakan Contoh Strategi Penyelesaian Konflik Justifikasi kewajaran dalam membuat keputusan Membuat keputusan dalam pemilihan prinsip keadilan atau prinsip keprihatinan Mengenal pasti konflik atau permasalahan yang timbul Membuat pertimbangan moral Prinsip Keprihatinan 1 Mengelakkan daripada menjadi mangsa keadaan (a) Mewujudkan situasi menang-menang (b) Mewujudkan perasaan empati yang tidak berlebihan-lebihan terhadap sesuatu situasi 2 Menjamin keamanan dan keharmonian masyarakat (a) Membentuk suasana yang harmoni antara individu dalam sesebuah komuniti (b) Tidak timbul sebarang rasa tidak puas hati dan pertikaian di kemudian hari yang boleh membawa kepada pertelingkahan 3 Setiap lapisan masyarakat mendapat keprihatinan yang sewajarnya (a) Sumbangan dan bantuan diberikan kepada individu yang layak (b) Memberi golongan kurang berkemampuan peluang merasai nikmat Contoh Strategi Penyelesaian Konflik 1 Mengenal pasti konflik atau permasalahan yang timbul (a) Mengetahui punca yang menyebabkan sesuatu konflik berlaku (b) Pecahkan konflik tersebut kepada beberapa aspek untuk memudahkan pemahaman terhadap masalah yang timbul (c) Susun semula konflik tersebut untuk melihat bagaimana konflik itu berlaku, bila, dari siapa, kepada siapa konflik itu timbul dan seumpamanya 2 Membuat pertimbangan moral (a) Membuat perbincangan untuk menentukan penyelesaian (b) Pelbagaikan pertimbangan jalan penyelesaian lebih daripada satu 3 Membuat keputusan dalam pemilihan prinsip keadilan atau prinsip keprihatinan (a) Pilih jalan penyelesaian yang terbaik agar keputusan yang dibuat mencapai matlamat dan adil (b) Mengambil kira pelbagai aspek dan berdasarkan prinsip keadilan atau keprihatinan 4 Justifikasi kewajaran dalam membuat keputusan (a) Melihat kesan dan hasil daripada tindakan dan keputusan yang dibuat (b) Kenal pasti kewajaran keputusan yang dilakukan i THINK Peta Bulatan RE P Moral Tg4(B3).indd 22 30/03/2023 8:54 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Dilema Moral Charles merupakan atlet yang sering mewakili sekolah ke peringkat negeri dan kebangsaan. Minatnya terhadap bidang sukan amat mendalam. Namun begitu, Charles mempunyai masalah disiplin, terutamanya berkaitan dengan kehadiran hingga dihukum gantung persekolahan. Semasa temasya sukan antara sekolah peringkat negeri sedang berlangsung, Charles membuat rayuan kepada pihak sekolah dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya. Dia memohon agar diberikan kebenaran untuk mengambil bahagian dalam acara larian. Proses Pertimbangan Moral dalam Menyelesaikan Dilema Moral Konflik Membenarkan Charles mewakili sekolah dalam bidang sukan atau pengantungan persekolahannya diteruskan Pertimbangan Moral • Prinsip keadilan – murid yang mempunyai masalah disiplin tidak boleh mewakili sekolah dalam apa-apa aktiviti • Prinsip keprihatinan – murid yang menunjukkan minat dan berbakat dalam bidang sukan tidak patut dipinggirkan • Dilema pihak pentadbiran – murid bermasalah tetapi berpotensi mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan Pemilihan Prinsip Prinsip keadilan: • Setiap murid perlu mematuhi peraturan sekolah • Hukuman yang dijatuhkan memberi pengajaran kepada murid bermasalah yang lain Prinsip keprihatinan: • Memberikan kebenaran bersyarat kepada Charles untuk menyertai temasya sukan tersebut • Charles berjanji untuk mengubah sikapnya kepada lebih baik Justifikasi • Mendorong murid yang berbakat dalam bidang sukan menunjukkan kebolehannya dan kelebihannya • Memberikan peluang kepada murid yang sedar dengan kesilapan yang telah dilakukannya untuk meningkatkan prestasi diri Pertimbangan Moral dalam Menyelesaikan Dilema Moral 23 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan TINGKATAN 4 UNIT 3 Semak cepat 3.2 1 Huraikan kepentingan membuat keputusan berdasarkan prinsip keadilan. 2 Kenal pasti kepentingan membuat keputusan dengan menggunakan prinsip keprihatinan. 3 Senaraikan dua contoh strategi penyelesaian konflik. RE P Moral Tg4(B3).indd 23 30/03/2023 8:54 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Petikan di bawah menunjukkan laporan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja di institusi pengajian tinggi. PARIT - Tujuh pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Seri Iskandar antara sembilan individu ditahan polis setelah disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah dalam serbuan berasingan di dua buah rumah di Seri Iskandar dan Ipoh. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan berkenaan dijalankan di Persiaran Iskandar Perdana di sini semalam dan di Ipoh hari ini. "Dalam ketiga-tiga serbuan itu, kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun ditahan bersama dadah jenis kanabis seberat 355.13 gram dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk menghisap dadah berkenaan. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Sinar Harian, Edisi Perak, 16 Januari 2020) (a) Pada pendapat anda, mengapakah golongan remaja terlibat dengan penyalahgunaan dadah? Jelaskan punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku. [4 markah] (b) Bincangkan sebab mahkamah perlu menjatuhkan hukuman berat terhadap pengedar dadah. [4 markah] (c) Apakah yang berlaku sekiranya keputusan yang dibuat dipengaruhi emosi dan bukannya fakta atau bukti? [2 markah] Praktis SPM 3 Jawab semua soalan. Soalan Subjektif 24 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan TINGKATAN 4 3 RE P Moral Tg4(B3).indd 24 30/03/2023 8:54 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Petikan di bawah menunjukkan hukuman yang dijalankan oleh mahkamah. Kota Bharu - Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini selepas didapati bersalah membunuh dan merogol seorang suri rumah, tiga tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Awari Ahmad, 25 tahun, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Bagi kesalahan rogol tertuduh dikenakan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online, Rabu, 31 Januari 2018) (a) Apakah perasaan anda setelah membaca laporan berita di atas? Bincangkan tindakan mahkamah terhadap pesalah tersebut. [4 markah] (b) Nyatakan nilai murni yang diamalkan oleh mahkamah terhadap perogol tersebut. Mengapakah mahkamah perlu menjatuhkan hukuman berat kepada perogol tersebut? [4 markah] (c) Mengapakah keadilan penting kepada sesebuah negara? [2 markah] Soalan Esei 1 Gambar berikut menunjukkan situasi buli di kawasan sekolah. Gambar 1 Setujukah anda kes buli akan mengganggu proses pembelajaran? Bincangkan kesan lain yang timbul berdasarkan nilai murni yang telah anda pelajari. [10 markah] 25 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan TINGKATAN 4 UNIT 3 RE P Moral Tg4(B3).indd 25 30/03/2023 8:54 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika TINGKATAN 4 4 Unit 4 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika Konsep 1 Etika merupakan panduan dan tatacara penggunaan teknologi atau perkara tanpa melanggar peraturan yang telah ditetapkan. 2 Etika merujuk pilihan yang tersedia serta untuk membezakan antara yang lebih baik atau yang kurang baik secara moral daripada pelbagai situasi yang diberikan. 3 Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan sistem yang membolehkan: (a) Pengumpulan maklumat (b) Pengurusan maklumat (c) Manipulasi maklumat (d) Perolehan maklumat (e) Komunikasi maklumat 4 Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika memberikan manfaat kepada semua pihak. Etika Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi S.P. 5.4.1 Menyenaraikan etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. 1 Tidak memuat naik sebarang bahan dalam pelbagai bentuk tanpa keizinan pemiliknya yang sah (a) Tindakan memuat naik bahan orang lain dikenali sebagai plagiat (b) Plagiat merupakan tindakan yang mempersembahkan semula hasil karya atau bahan orang lain dan mengakui sebagai hasil sendiri (c) Penggunaan bahan milik orang lain tanpa keizinan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hak Cipta 1987 Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://www.slideshare.net/ uyahdon/etika-penggunaaninternet-39587027 tentang etika penggunaan internet Rasional Kebebasan Harga diri Kesederhanaan Kerajinan • E-mel – Maklumat yang dihantarkan secara elektronik dari satu terminal komputer ke terminal komputer yang lain. • Godam – Menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain. • Internet – Rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain. RE P Moral Tg4(B4).indd 26 30/03/2023 8:54 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
27 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika TINGKATAN 4 UNIT 4 (d) Hak cipta ialah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka Gambar 4.1 Plagiat lazimnya berlaku dalam bidang akademik INFO dinamik Karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah: • Karya sastera • Karya muzik • Karya seni • Filem • Rakaman bunyi • Siaran • Karya terbitan 2 Tidak menyebarkan maklumat palsu dan diragui (a) Sesuatu maklumat yang diperoleh perlu disahkan terlebih dahulu (b) Tindakan dan perbuatan menyebarkan maklumat yang diragui kesahihannya boleh menggugat ketenteraman awam (c) Selain itu, tindakan terburu-buru untuk berkongsi maklumat yang diperoleh menyebabkan penyebaran perkara yang disifatkan sebagai fitnah (d) Perkongsian maklumat yang tidak sahih boleh menjatuhkan air muka dan maruah individu mahupun institusi Gambar 4.2 Maklumat palsu menggugat keharmonian rakyat Malaysia 3 Tidak menceroboh dan menyebarkan virus (a) Menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain, terutamanya untuk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan maklumat yang tersimpan dalam sistem komputer (b) Perbuatan ini melumpuhkan sistem yang dimiliki oleh pihak lain (c) Perbuatan yang tidak berfaedah dan merugikan orang lain (d) Akhirnya, menyebabkan kerugian wang ringgit untuk membaik pulih sistem dan menggugat keselamatan 4 Tidak mengeksploitasi data dan maklumat peribadi pihak lain (a) Tidak mengganggu sistem komunikasi orang lain (b) Mengelakkan berlakunya perselisihan faham (c) Aktiviti penipuan dalam talian semakin berleluasa (d) Kebocoran dan ketirisan maklumat menyebabkan peningkatan kes jenayah dan perbuatan tidak bermoral dalam masyarakat 5 Berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul (a) Maklumat disalurkan kepada orang yang sepatutnya (b) Mengelakkan berlakunya penyalahgunaan maklumat (c) Mengenal pasti maklumat yang disalurkan kepada individu yang sepatutnya 6 Berkomunikasi secara berhemah dalam talian (a) Tidak memuat naik komen dan status yang menyentuh hati orang lain (b) Menggunakan kata-kata yang sopan dan menghindari kata-kata kesat (c) Sensitif dengan isu dan situasi yang dialami orang lain (d) Bercakap menggunakan nada suara yang rendah mengikut situasi Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://www.iyres.gov.my/images/imagesrtd/talk%20social%20media.pdf tentang mengenal pasti dan mengatasi maklumat palsu di media sosial. RE P Moral Tg4(B4).indd 27 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika TINGKATAN 4 4 i THINK Peta Bulatan Buku teks Majalah Guru Rakan-rakan Berkomunikasi secara berhemah dalam talian Tidak mengeksploitasi data dan maklumat peribadi pihak lain Berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul Tidak memuat naik sebarang bahan tanpa keizinan pemilik yang sah Tidak menyebarkan maklumat palsu dan diragui Tidak menceroboh dan menyebarkan virus Etika Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kepentingan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika S.P. 5.4.2 Menjelaskan kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika. 1 Meningkatkan kualiti pendidikan (a) Mengubah sistem pengajaran dan pembelajaran melalui multimedia interaktif dan menjadi lebih berinovasi (b) Menjimatkan masa dan wang (c) Mampu menarik minat murid untuk belajar (d) Contohnya, peluang pendidikan untuk ke peringkat yang lebih tinggi menjadi lebih luas dan menjimatkan kos melalui sistem e-pembelajaran 2 Mempelbagaikan perkhidmatan dalam talian (a) Perkhidmatan yang lebih mesra pengguna (b) Pengguna tidak perlu beratur panjang dan bersesak-sesak di kaunter untuk mendapatkan perkhidmatan (c) Terdapat pelbagai pilihan transaksi yang disediakan dalam talian (d) Segala urusan berkenaan kerajaan dan swasta menjadi lebih cepat dan efisien (e) Contohnya, urusan kewangan dan perkhidmatan perbankan dalam talian membolehkan pengurusan wang dengan mudah dan tidak kira di mana jua berada Semak cepat 4.1 1 Jelaskan takrifan mengenai teknologi maklumat dan komunikasi. 2 Senaraikan tiga etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. 3 Apakah yang dimaksudkan dengan Internet? 4 Pengguna yang melakukan plagiat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah akta. Apakah akta tersebut? RE P Moral Tg4(B4).indd 28 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
29 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika TINGKATAN 4 UNIT 4 Gambar 4.3 Perkhidmatan atas talian menjimatkan masa 3 Meningkatkan hubungan sosial (a) Memudahkan komunikasi secara maya dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia (b) Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga yang tinggal berjauhan disebabkan tuntutan tugas atau tanggungjawab (c) Mewujudkan jaringan berasaskan bidang (d) Misalnya, kemudahan Internet meningkatkan integrasi dan perpaduan negara 4 Menjana ekonomi (a) Menyediakan peluang perniagaan dan perkhidmatan atas talian untuk menjana pendapatan sampingan (b) Bagi yang menjalankan perniagaan sepenuh masa, peniaga tidak perlu menyewa premis perniagaan untuk menjalankan operasi (c) Barangan dan perkhidmatan boleh dipromosikan atau diiklankan secara meluas dan mudah (d) Penjualan dan pembelian boleh dibuat secara dalam talian (e) Contohnya, aplikasi Shopee dan Lazada membolehkan para penggunanya untuk melakukan aktiviti penjualan dan pembelian barangan secara dalam talian Gambar 4.4 Pengguna tidak perlu ke kedai untuk membeli barang 5 Perkongsian maklumat (a) Pelbagai maklumat dapat diperoleh dengan mudah (b) Kerja penyelidikan dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih sistematik (c) Maklumat terkini dalam pelbagai bidang dapat disebarkan secara menyeluruh (d) Data dan maklumat dapat disimpan dengan segera dan selamat (e) Contohnya,satelit cuaca dapat memberikan data ramalan cuaca dan fenomena alam dengan lebih tepat dan terperinci (f ) Selain itu, alat telekomunikasi satelit membolehkan penonton menyaksikan siaran langsung di televisyen, telefon dan komputer Gambar 4.5 Pembinaan satelit memudahkan penyebaran maklumat 6 Menjimatkan kos dan masa (a) Pelbagai kos seperti kos panggilan telefon, penghantaran dan pengangkutan dapat dikurangkan (b) Mesyuarat dan perbincangan dilakukan secara telesidang (c) Penggunaan sumber tenaga manusia dapat diminimumkan (d) Contohnya, kos dan masa untuk bergerak ke sesuatu tempat untuk berjumpa dengan seseorang boleh dijimatkan melalui interaksi secara maya INFO dinamik Penerokaan dalam sistem telekomunikasi memasuki satu dimensi baharu dengan pembinaan stesen satelit bumi pertama di Kuantan, Pahang pada 6 April 1970. RE P Moral Tg4(B4).indd 29 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
30 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika TINGKATAN 4 4 Meningkatkan kualiti pendidikan Menjana ekonomi Menjimatkan kos dan masa Perkongsian maklumat Mempelbagaikan perkhidmatan dalam talian Meningkatkan hubungan sosial Kepentingan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika Contoh Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika S.P. 5.4.3 Menghuraikan dengan contoh cara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika. Penggunaan Akaun E-mel 1 Pengguna perlu merahsiakan dan tidak mendedahkan kata pengguna dan kata laluan daripada pengetahuan orang lain. 2 Tidak memalsukan maklumat diri semasa pendaftaran e-mel. 3 Pengguna haruslah menggunakan e-mel dengan bijak dan berhati-hati seperti: (a) Fail atau surat boleh dihantar dan diterima dengan mudah dan pantas walaupun berada pada jarak yang jauh (b) Menyebarkan maklumat yang sahih dan terbukti kebenarannya Penggunaan Pengiklanan 1 Urusan pengiklanan barangan dan perkhidmatan perlulah tidak menyalahi undang-undang dan norma masyarakat. 2 Pengusaha atau pengilang perlu berintegriti bagi memastikan pengguna tidak berasa tertipu. (a) Memaparkan maklumat yang jelas tentang sesuatu produk (b) Barangan yang dijual perlulah menepati sukatan dan spesifikasi yang sepatutnya (c) Barangan yang jual tidak memudaratkan kesihatan pengguna (d) Harga dan kualiti barangan perlulah seimbang 3 Pengusaha perlulah bersaing secara sihat dengan tidak memburukkan barangan dan perkhidmatan daripada pengusaha lain. i THINK Peta Buih Semak cepat 4.2 1 Senaraikan tiga aplikasi yang menyediakan platform untuk urusan jual beli dalam talian. 2 Huraikan maksud telesidang. 3 Apakah alat telekomunikasi yang membolehkan siaran langsung ditonton di seluruh dunia? RE P Moral Tg4(B4).indd 30 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
31 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika TINGKATAN 4 UNIT 4 Memuat Turun dan Memuat Naik 1 Bahan atau karya yang ingin dimuat naik perlu mendapat kebenaran yang sah daripada pemiliknya terlebih dahulu. 2 Bahan dan karya yang diplagiat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hak Cipta 1987. 3 Pengguna tidak memuat turun dan memuat naik bahan negatif seperti berita khabar angin, bahan lucah dan sebagainya. 4 Pengguna tidak memuat turun dan memuat naik perisian yang tidak berlesen untuk mengelakkan berlaku pelanggaran hak cipta. = Penggunaan akaun e-mel Memuat turun dan memuat naik Penggunaan pengiklanan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika i THINK Peta Pokok Semak cepat 4.3 1 Senaraikan tiga maklumat yang perlu dilengkapkan untuk membuka akaun e-mel. 2 Apakah kesan kepada pengguna jika pengusaha tidak menitikberatkan keselamatan pengguna? 3 Apakah yang berlaku jika pengguna melakukan pelanggaran hak cipta? Kesan Pengabaian Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika S.P. 5.4.4 Meramalkan kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika. Ketidaktepatan Maklumat 1 Perkongsian maklumat yang tidak tepat menyebabkan kekeliruan berlaku dalam kalangan masyarakat. 2 Kekeliruan seterusnya menjurus kepada perbuatan fitnah dan mengancam keselamatan. 3 Perkongsian maklumat yang tidak sah boleh menjatuhkan maruah seseorang dan lebih teruk lagi mengalami tekanan perasaan. Isu Keselamatan 1 Semakin maju teknologi maklumat dan komunikasi, semakin tinggi kadar jenayah siber yang berlaku. 2 Risiko data peribadi digodam, seterusnya menyebabkan berlakunya kes: (a) Penipuan secara dalam talian (b) Transaksi palsu (c) Buli siber 3 Kelicikan penjenayah siber mengancam keselamatan diri, keluarga dan harta benda. 4 Penipuan jual beli atas talian juga membawa kerugian besar kepada pembeli atau pengguna. 5 Selain itu, jika sistem pertahanan negara digodam dan kebocoran rahsia kerajaan mendedahkan negara kepada ancaman anasir luar. 6 Contohnya, ketirisan maklumat ketenteraan negara memudahkan anasir luar merangka strategi untuk menyerang negara. Serangan Pelbagai Virus 1 Serangan virus menjejaskan sistem komputer dan data yang disimpan. 2 Serangan virus menyebabkan gangguan terhadap penggunaan harian dalam teknologi maklumat dan telekomunikasi. 3 Operasi sesebuah organisasi lumpuh dan maklumat atau data penting sesebuah organisasi hilang kesan serangan virus tersebut. Terdedah kepada Bahan Berunsur Negatif 1 Generasi muda terdedah kepada laman sesawang yang tidak bermoral atau pornografi. 2 Keadaan ini mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku golongan muda. 3 Seterusnya,mendorong mereka untuk melakukan perbuatan yang tidak diingini dan memberikan kesan yang mendalam terhadap masa hadapan. 4 Penggunaan teknologi maklumat yang disalahgunakan menjadi sebab peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja pada hari ini seperti: (a) Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan (b) Seks bebas (tanpa ikatan perkahwinan) (c) Pembuangan bayi atau anak tidak sah taraf (d) Penagihan dadah (e) Gangguan seksual dan rogol (f ) Gangsterisme dan vandalisme RE P Moral Tg4(B4).indd 31 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
32 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika TINGKATAN 4 4 Gambar 4.6 Pengaruh Barat menghakis nilai ketimuran Ketagihan Penggunaan 1 Pembaziran masa (a) Melayari laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan bermain permainan video dalam talian menyebabkan seseorang itu membazirkan masa (b) Mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar terhadap ibu bapa (c) Mengingkari tanggungjawab terhadap agama (d) Penggunaan telefon dan komputer terlalu lama boleh menyebabkan masalah penglihatan mempengaruhi emosi seseorang Gambar 4.7 Seorang pelajar perlu mengehadkan penggunaan media sosial 2 Mengganggu tugasan harian (a) Pelajar mengabaikan kerja sekolah yang diberi dan waktu belajar yang telah diperuntukkan (b) Kesannya, ketinggalan dalam pelajaran dan mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan (c) Produktiviti pekerja juga merosot 3 Menjejaskan masa berkualiti bersama keluarga (a) Anak-anak tidak menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga dengan baik (b) Ibu bapa mengabaikan peranan terhadap anak-anak seperti mengabaikan keperluan asas anak dan tidak membimbing anak ke arah yang sepatutnya Gambar 4.8 Ketagihan terhadap gajet Semak cepat 4.4 1 Senaraikan tiga kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika. 2 Jelaskan kesan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara berlebihan terhadap pembelajaran seorang pelajar. i THINK Peta Bulatan Buku teks Majalah Guru Rakan-rakan Ketagihan penggunaan Terdedah kepada bahan berunsur negatif Ketidaktepatan maklumat Isu keselamatan Serangan pelbagai virus Kesan Pengabaian Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika RE P Moral Tg4(B4).indd 32 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Jawab soalan berpandukan perbualan antara Tan dengan Sulaiman. Saya minta maaf, Tan. Sebenarnya, saya hendak menghantar pesanan ringkas itu kepada Raju. Sulaiman, adakah kamu tersalah hantar pesanan ringkas kepada saya semalam? Gambar 1 (a) Apakah yang akan berlaku sekiranya seseorang tersalah hantar pesanan ringkas kepada orang lain? [2 markah] (b) Selain aplikasi pesanan ringkas, nyatakan aplikasi lain yang terdapat dalam perkhidmatan media sosial yang digunakan oleh masyarakat untuk menyebarkan maklumat. [2 markah] (c) Bincangkan bentuk penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat Malaysia. [4 markah] (d) Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, bincangkan cara menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika. [2 markah] Praktis SPM 4 Jawab semua soalan. Soalan Subjektif 33 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika TINGKATAN 4 UNIT 4 RE P Moral Tg4(B4).indd 33 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Gambar di bawah merupakan sebahagian aplikasi teknologi maklumat yang terdapat dalam enjin carian Google. Gambar 2 (a) Nyatakan nilai yang perlu diamalkan semasa menggunakan teknologi maklumat. [2 markah] (b) Huraikan kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika. [4 markah] (c) Senaraikan bentuk penyalahgunaan teknologi maklumat. [2 markah] (d) Nyatakan dua kesan penyalahgunaan teknologi maklumat terhadap diri seseorang. (i) (ii) [2 markah] Soalan Esei 1 Situasi di bawah menunjukkan seseorang yang tertipu semasa membeli secara atas talian. Kim Seng telah membuat laporan polis tentang penipuan semasa membeli barang secara dalam talian. Beliau kerugian sebanyak RM5 000 kerana membayar deposit untuk membeli kereta. Kini, beliau menyesal dengan tindakannya. Berdasarkan situasi di atas, terangkan langkah mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan peniaga dalam talian. [10 markah] 34 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika TINGKATAN 4 4 RE P Moral Tg4(B4).indd 34 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://www.slideshare.net/ amirulnazrin1967/integriti tentang falsafah dan konsep integriti • Depresi – Keadaan mental yang mempunyai ciri seperti perasaan sedih dan putus asa serta gangguan terhadap aktiviti harian. • Individualisme – Prinsip atau tindakan yang menekankan kebebasan atau sifat-sifat individu seseorang. • Jati diri – Sifat atau ciri yang unik dan istimewa yang menjadi teras dan lambang keperibadian individu. • Modal insan – Sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Kepercayaan kepada Tuhan Kejujuran Harga diri Kerajinan Bertanggungjawab Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri 35 Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri TINGKATAN 4 UNIT 5 Konsep 1 Perkataan integriti berasal daripada perkataan Latin, iaitu Integer yang bermaksud menyeluruh, sempurna, tulen dan tidak berubah. 2 Menurut Kamus Dewan, integriti ialah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi dan boleh dipercayai. 3 Integriti juga merujuk prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan yang bermoral tinggi. 4 Integriti ialah satu elemen keamanan dan keharmonian dalam kehidupan sejagat. 5 Amalan integriti dalam kalangan semua lapisan masyarakat memerlukan pegangan hidup yang berakauntabiliti, berwibawa dan patuh pada undang-undang. 6 Pengamalan integriti ini boleh mempengaruhi kecemerlangan seseorang dalam pendidikan, kerjaya dan kehidupan harian. 7 Integriti individu merupakan sifat utama yang dapat melahirkan jati diri produktif dan berkualiti dalam setiap perlakuan. Integriti Individu S.P. 6.1.1 Mentakrifkan maksud integriti individu. 1 Sifat jati diri yang merangkumi kejujuran dan keikhlasan (a) Sifat jati diri merupakan satu pegangan yang penting dalam kehidupan setiap insan (b) Jati diri mempunyai kaitan yang rapat dengan akhlak seseorang Bidang 6: Jati Diri Moral Unit 5 RE P Moral Tg4(B5).indd 35 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
36 Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri TINGKATAN 4 5 (c) Sekiranya seorang individu diterapkan dengan nilai murni seperti kejujuran, amanah dan keikhlasan, secara tidak langsung membentuk akhlak mulia (d) Sifat jati diri ditanam dalam diri setiap insan dari awal kanak-kanak, remaja dan ia akan membuahkan hasil ketika menginjak usia dewasa Gambar 5.1 Menyalahgunakan kuasa satu kesalahan besar 2 Penghayatan dan berpegang teguh terhadap ciri dan nilai positif (a) Penghayatan dan pengamalan nilai positif penting untuk membentuk individu yang seimbang dalam membuat pertimbangan (b) Penghayatan dan penilaian penting untuk menentukan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk sebelum membuat keputusan (c) Justeru, amalan ciri dan nilai positif melahirkan individu yang bertingkah laku baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga, agama, masyarakat dan negara. 3 Ketulusan dan keutuhan dalam setiap perlakuan dan pemikiran (a) Aspek pemikiran dan perlakuan termasuk dalam cara individu itu melihat sesuatu perkara daripada aspek positif dan melakukan tindakan (b) Pemikiran yang tidak rasional ialah punca utama menyebabkan terjadinya pemikiran negatif (c) Berfikiran negatif pula akan mewujudkan emosi negatif seperti stres, hasad dengki, benci, takut dan marah (d) Keadaan lebih teruk apabila perkara ini membawa kepada tingkah laku negatif seperti pergaduhan dan pertikaman lidah (e) Oleh itu, pembentukan individu yang berintegriti memerlukan ketulusan dan keutuhan dalam pemikiran dan perlakuan INFO dinamik Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) ditubuhkan pada bulan April 2004 dengan objektif untuk menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (NIP). Pada Januari 2019, Pelan Integriti Nasional telah digantikan oleh Pelan Anti Rasuah Negara (NACP). Buku teks Majalah Guru Rakan-rakan Integriti Individu Ketulusan dan keutuhan dalam setiap perlakuan dan pemikiran Sifat jati diri yang merangkumi kejujuran dan keikhlasan Penghayatan dan pegangan teguh terhadap ciri dan nilai positif i THINK Peta Bulatan RE P Moral Tg4(B5).indd 36 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
37 Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri TINGKATAN 4 UNIT 5 Semak cepat 5.1 1 Jelaskan maksud integriti. 2 Huraikan konsep integriti individu. 3 Apakah kesan jika kuasa dan pangkat diberikan kepada individu yang tidak berintegriti? Kepentingan Integriti Individu S.P. 6.1.2 Memerihalkan kepentingan integriti individu dalam setiap perlakuan. S.P. 6.1.5 Mengekspresikan perasaan apabila mengamalkan integriti individu. 1 Melahirkan modal insan yang dapat berbakti kepada negara (a) Mengharumkan nama negara dalam apa jua bidang yang diceburi (b) Membentuk generasi yang dapat memacu pembangunan negara ke tahap yang terbaik (c) Kejayaan sesebuah institusi atau negara bergantung pada kualiti modal insan yang dimiliki Gambar 5.2 Tidak berkompromi dengan isu keselamatan negara 2 Mendapat keyakinan dan kepercayaan orang lain (a) Kepercayaan ialah perbuatan menaruh harapan ke atas sesuatu perkara berdasarkan kejujuran dan kebaikan untuk menjalankan tanggungjawab (b) Individu yang mendapat kepercayaan boleh menjalankan tugas tanpa diawasi dan tidak menyeleweng 3 Menjamin hasil kerja yang berkualiti (a) Ikhlas dalam melaksanakan kerja atau tugas yang ditanggungjawabkan bagi mendapatkan hasil yang baik (b) Tidak melakukan pecah amanah, salah guna kuasa, pembaziran, ketirisan dana dan penyelewengan yang merencatkan kualiti kerja Gambar 5.3 Usaha sama menghasilkan kerja yang berkualiti 4 Memelihara dan memperkasa imej diri serta keluarga (a) Individu yang berintegriti mendapat tempat dan dipandang mulia dalam masyarakat (b) Perbuatan yang berintegriti dan berperibadi mulia membanggakan keluarga (c) Menjadi contoh dan tokoh dalam masyarakat 5 Meningkatkan kualiti diri untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap (a) Mengukuhkan iltizam untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi memberikan hasil yang berkualiti dan memberi manfaat bersama (b) Pentadbiran yang cekap menjadi pemangkin kepada keberkesanan pengurusan 6 Melahirkan individu yang berpegang pada ketinggian prinsip moral dan etika (a) Budaya integriti berkait rapat dengan isuisu etika dan nilai murni yang diamalkan oleh setiap individu (b) Pengukuhan prinsip moral bagi melahirkan individu dan masyarakat yang berdisiplin tinggi 7 Mengelakkan diri daripada penyalahgunaan kuasa (a) Menjauhkan diri daripada sifat negatif seperti menyeleweng, salah guna kuasa, menipu, terlibat dalam rasuah dan sebagainya dalam pekerjaan Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran http://ucukcoet.blogspot. com/2010/01/modal-insan-berkualitipemacu.html untuk maklumat lanjut berkenaan modal insan. RE P Moral Tg4(B5).indd 37 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
38 Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri TINGKATAN 4 5 Melahirkan modal insan yang dapat berbakti kepada negara Meningkatkan kualiti diri Membentuk keperibadian dan jati diri bangsa Mengelakkan diri daripada penyalahgunaan kuasa Berpegang teguh kepada prinsip moral dan etika Mendapat kepercayaan orang lain Menjamin hasil kerja yang berkualiti Memelihara imej diri serta keluarga Kepentingan Integriti Individu (b) Menjatuhkan kredibiliti diri, keluarga, masyarakat dan organisasi (c) Berlaku pembaziran kesan daripada salah guna kuasa yang dilakukan Gambar 5.4 Integriti dikaitkan dengan usaha menghalang rasuah 8 Membentuk keperibadian individu dan jati diri bangsa (a) Pembentukan keperibadian individu penting untuk menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik (b) Bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan (c) Menaikkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat i THINK Peta Buih Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://www.adk.gov.my/ kesan-rasuan-salah-gunakuasa-kepada-individu/ tentang kesan salah guna kuasa RE P Moral Tg4(B5).indd 38 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
39 Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri TINGKATAN 4 UNIT 5 Implikasi Perbuatan Individu Tidak Berintegriti S.P. 6.1.3 Merumuskan implikasi perbuatan individu yang tidak berintegriti. Implikasi terhadap Diri 1 Menjatuhkan maruah diri (a) Perbuatan tidak berintegriti memberikan kesan dalam kehidupan (b) Masyarakat akan memandang rendah terhadap perlakuan yang tidak berintegriti (c) Contohnya, seseorang murid melakukan perbuatan yang tidak berintegriti akan dipinggirkan dan dipandang rendah oleh murid lain (d) Perbuatan berintegriti perlu diterapkan agar menjadi amalan murid semasa mahupun selepas waktu persekolahan Gambar 5.5 Dipinggirkan rakan menjejaskan pembelajaran 2 Menghilangkan kepercayaan dan keyakinan orang lain (a) Keyakinan dan harapan orang lain terhadap diri seseorang hilang disebabkan perbuatan tidak berintegriti (b) Individu yang memegang jawatan kemungkinan akan diberhentikan serta-merta daripada menjalankan tanggungjawab tersebut (c) Segala perbuatan baik sudah tidak dipercayai dan orang ramai prejudis dengan kebaikan yang dilakukan 3 Menjejaskan masa hadapan (a) Perbuatan tidak berintegriti boleh menjejaskan masa hadapan diri sendiri mahupun negara (b) Pembangunan negara akan mengalami kemerosotan disebabkan ketidakcekapan, ketirisan, salah guna kuasa dan penipuan (c) Individu yang ditangkap menerima hukuman terhadap perbuatan tidak berintegriti akan diberhentikan daripada kerja dan digantung tugas (d) Selain itu, sumber pendapatan untuk menyara keluarga juga terjejas Gambar 5.6 Keperluan diri dan keluarga terabai 4 Bersikap individualistik (a) Sikap individualistik menjadi punca lunturnya pegangan nilai murni dan moral dalam masyarakat (b) Sikap individualistik menjurus individu melakukan perkara mengikut kata hatinya sahaja tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya (c) Selain itu, sikap negatif ini melahirkan sikap ego dan tidak mengaku kesalahan diri Gambar 5.7 Mengabaikan keperluan orang lain untuk manfaat sendiri Semak cepat 5.2 1 Nyatakan dua kepentingan integriti individu. 2 Huraikan kepentingan modal insan terhadap sesebuah negara. 3 Bagaimanakah usaha yang dilakukan untuk mendapatkan kepercayaan orang lain? RE P Moral Tg4(B5).indd 39 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
40 Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri TINGKATAN 4 5 Implikasi terhadap Keluarga 1 Menjatuhkan maruah keluarga (a) Maruah dan nama baik keluarga tercemar disebabkan perbuatan anggota keluarga yang mementingkan diri sendiri (b) Lebih buruk lagi apabila keluarga dipulaukan oleh masyarakat setempat (c) Situasi ini memberikan tekanan terhadap ahli keluarga lain akibat sikap tamak dan tidak bertanggungjawab 2 Menggugat hubungan antara anggota keluarga (a) Hubungan antara ahli keluarga menjadi tegang disebabkan tekanan daripada masyarakat sekeliling (b) Berlaku perselisihan faham dalam keluarga (c) Disisihkan dan berlaku perpecahan antara ahli keluarga 3 Dipinggirkan masyarakat (a) Masyarakat memandang serong terhadap kebaikan yang dilakukan (b) Disisihkan, diboikot dan dipinggirkan daripada aktiviti kemasyarakatan Implikasi terhadap Negara 1 Menjejaskan keharmonian negara (a) Kebocoran maklumat keselamatan negara mengakibatkan ancaman daripada anasir luar (b) Pencerobohan di sempadan negara seperti aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia yang sukar untuk dibanteras (c) Menyebabkan lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam negara yang masuk melalui sempadan negara secara haram (d) Peningkatan masalah sosial, aktiviti jenayah dan pemerebakan penyakit berjangkit yang dibawa dari negara asal Gambar 5.8 Peningkatan kes jenayah 2 Mencemarkan nama negara (a) Pegawai dan pemimpin kerajaan yang menerima dan memberi rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya perbuatan tidak berintegriti mencemarkan nama negara (b) Negara asing akan memandang negatif terhadap situasi di dalam negara (c) Selain itu, meningkatkan indeks persepsi antarabangsa terhadap kemampuan negara membendung amalan rasuah merupakan contoh implikasi negatif yang didorong oleh perbuatan yang tidak berintegriti Gambar 5.9 Warganegara perlu memelihara imej negara 3 Menjejaskan keyakinan pelabur asing (a) Keadaan politik di sesebuah negara menjadi penanda kemasukan pelabur asing sama ada semakin bertambah atau semakin berkurang (b) Pembangunan ekonomi dan sosial dalam negara terjejas (c) Kerancakan pembangunan ekonomi negara terbantut (d) Kemasukan pelabur yang terjejas menyebabkan peluang pekerjaan, perkhidmatan kesihatan dan infrastruktur awam juga merosot Gambar 5.10 Kemasukan pelabur membuka peluang pekerjaan RE P Moral Tg4(B5).indd 40 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Semak cepat 5.3 1 Apakah kesan terhadap individu yang dipulaukan masyarakat? 2 Huraikan kesan lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam negara. 3 Mengapakah kemasukan pelabur asing penting terhadap pembangunan sesebuah negara? 41 Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri TINGKATAN 4 UNIT 5 iPenekanan Sikap Integriti Menurut Perspektif Agama S.P. 6.1.4 Membahaskan cara individu melaksanakan tanggungjawab yang berintegriti seperti dituntut oleh agama atau kepercayaan. 1 Individu yang berintegriti akan berpegang teguh pada prinsip moral, nilai dan etika tanpa mengira situasi atau keadaan. 2 Setiap agama dan kepercayaan di Malaysia amat menekankan kepentingan pegangan hidup yang berintegriti dalam pembentukan imej diri yang positif serta kehidupan yang harmoni. 3 Jadual 5.1 menunjukkan penekanan sikap integriti menurut perspektif agama di Malaysia: i THINK Peta Dakap Implikasi Perbuatan Individu Tidak Berintegriti • Menjatuhkan maruah diri • Menghilangkan kepercayaan dan keyakinan orang lain • Menjejaskan masa hadapan • Bersikap individualistik • Memalukan anggota keluarga • Merenggangkan hubungan antara anggota keluarga • Dipinggirkan oleh masyarakat • Menjejaskan keharmonian negara • Mencemarkan nama negara • Menjejaskan keyakinan pelabur asing Diri Keluarga Negara Jadual 5.1 Penekanan sikap integriti dalam perspektif agama Agama Penekanan Sikap Integriti Contoh Perlakuan Agama Islam Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkianati Allah dan Rasul-Nya serta (janganlah) kamu mengkianati amanah kamu ketika kamu mengetahui (salahnya). (Sumber: Surah al-Anfal 8:27) • Jujur dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan • Tidak melakukan penyelewengan dan berusaha untuk mencari rezeki yang halal • Melakukan perkara/perbuatan mahmudah dan meninggalkan perkara/perbuatan mazmumah Agama Hindu “Kebersihan badan dicapai dari air, kesucian hati dicapai dengan kebenaran.” (Sumber: Kural 298) • Mengaku kesilapan diri walaupun berasa bersalah daripada melakukan pembohongan • Perbuatan buruk akan dibalas dengan kehidupan penuh sengsara kelak • Melakukan kebaikan agar tidak dilahirkan semula apabila berjaya mencapai karma yang penuh kebaikan RE P Moral Tg4(B5).indd 41 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Semak cepat 5.4 1 Bagaimanakah cara untuk mengelakkan kelahiran semula dalam agama Hindu? 2 Apakah punca yang menyebabkan pelanggaran sikap integriti? 42 Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri TINGKATAN 4 5 Agama Penekanan Sikap Integriti Contoh Perlakuan Agama Buddha Tidak melakukan sebarang kejahatan tetapi mengamalkan semua nilai baik dan menyucikan niat hati adalah ajaran agama Buddha. (Sumber: Dhammapada Bab XIV:183) • Setia kepada keluarga, tidak melakukan penipuan dan giat melakukan kerja kebajikan • Harus memilih kerjaya yang halal dan tidak membawa keburukan kepada orang lain • Melakukan perbuatan yang boleh dijadikan teladan oleh orang lain • Sentiasa fokus dan amanah terhadap apa yang dilakukan Agama Kristian “Lebih baik miskin, namun melakukan apa yang benar, daripada kaya tetapi tidak jujur." (Sumber: Al-Kitab, Amsal 16:8) • Tidak memalsukan sesuatu dokumen untuk mendapatkan sesuatu kepentingan atau kejayaan • Tidak mencuri • Tidak boleh mengambil barang/harta milik orang lain Agama Sikh Bertakwa kepada Tuhan, mencari rezeki secara jujur dan berkongsi dengan mereka yang memerlukan merupakan prinsip hidup yang tidak ternilai. (Sumber: Sri Guru Granth Sahib Ji) • Jujur dan amanah dalam mencari nafkah hidup Agama Sikh Agama Hindu Agama Islam Agama Kristian Agama Buddha Penekanan Sikap Integriti Menurut Perspektif Agama i THINK Peta Buih RE P Moral Tg4(B5).indd 42 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Gambar di bawah menunjukkan perbuatan meniru dalam peperiksaan. Gambar 1 (a) Perbuatan meniru ialah sikap yang tidak berintegriti. Apakah yang anda faham dengan integriti? [2 markah] (b) Jelaskan kesan negatif seorang pelajar yang ditangkap meniru semasa peperiksaan rasmi di sekolah. [3 markah] (c) Bincangkan langkah penanaman nilai murni agar dapat membentuk remaja yang berintegriti tinggi. [3 markah] (d) Pada pandangan anda, mengapakah individu yang melakukan perbuatan pecah amanah perlu dikenakan hukuman yang berat? [2 markah] Praktis SPM 5 Jawab semua soalan. Soalan Subjektif 43 Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri TINGKATAN 4 UNIT 5 RE P Moral Tg4(B5).indd 43 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Maklumat di bawah berkaitan dengan kes rasuah. PETRA JAYA: Mahkamah Majistret Kuching, di sini, hari ini membenarkan perintah tahanan reman selama enam hari kepada dua pemain bola sepak Sarawak dan seorang bookie untuk siasatan berhubung kes mengatur perlawanan Liga Perdana baru-baru ini. Perintah tahanan reman itu dibenarkan Majistret Portia Tham Ong Leng selepas dipohon Pegawai Penyiasat SPRM Sarawak Dzulkarnain Rousan Hasbi. Pemain berusia 28 dan 29 tahun itu bersama seorang lelaki yang berperanan sebagai bookie direman sehingga 21 Februari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 16 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online, 15 Februari 2018) (a) Nyatakan nilai yang perlu diamalkan untuk menghindarkan diri daripada jenayah rasuah. [2 markah] (b) Mengapakah integriti penting kepada diri seseorang? [4 markah] (c) Senaraikan kesan perbuatan yang tidak berintegriti akibat mengambil rasuah. (i) (ii) [2 markah] (d) Nyatakan langkah menyemai sikap berintegriti dalam kalangan remaja. (i) (ii) [2 markah] Soalan Esei 1 Baca dan fahami dialog di bawah. Saya tidak merokok cikgu. Aiman, cikgu bau rokok di baju kamu. Ini sudah tiga kali cikgu terhidu bau rokok. Kamu jangan berbohong. Andaikan anda cikgu kepada Aiman, apakah perasaan anda apabila mendapati Aiman berbohong? Bincangkan kepentingan integriti individu terhadap masa hadapan murid. [10 markah] 44 Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri TINGKATAN 4 5 RE P Moral Tg4(B5).indd 44 30/03/2023 8:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
45 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani TINGKATAN 4 UNIT 6 Konsep 1 Keluarga merupakan unit asas yang berkait rapat dengan integriti dalam membentuk sikap dan perlakuan mulia setiap anggotanya. 2 Setiap keluarga yang berintegriti mempunyai peranan yang harus dilaksanakan sebagai seorang ayah, ibu mahupun anak. 3 Integriti keluarga bermaksud pembinaan keluarga yang bahagia, utuh dan penyayang berlandaskan nilai murni. 4 Didikan keluarga menjadi asas kukuh dalam mengikat anggota keluarga supaya tidak terpesong daripada nilai dan norma masyarakat. Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://www.slideshare.net/ yfookng/integriti-15217115 tentang strategi untuk mencapai integriti • Perceraian – Perihal tentang perpisahan antara suami dan isteri. • Pilih kasih – Perbuatan yang berat sebelah atau melebihkan pertimbangan kepada pihak yang disayangi dalam membuat keputusan. • Teladan – Perkara, perbuatan dan lain-lain yang boleh dicontohi oleh orang lain. Bidang 6: Jati Diri Moral Unit 6 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani Ciri Integriti Keluarga S.P. 6.2.1 Menyenaraikan ciri integriti keluarga. 1 Hubungan erat (a) Ciri integriti keluarga ialah sentiasa melakukan aktiviti bersama-sama untuk mengeratkan hubungan (b) Contohnya, berjoging pada hujung minggu, berkumpul pada waktu makan malam dan membersihkan halaman rumah Gambar 6.1 Ibu bapa perlu bijak, meluangkan masa bersama-sama anak Kasih sayang Hormat Toleransi Kerjasama Harga diri RE P Moral Tg4(B6).indd 45 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
46 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani TINGKATAN 4 6 (c) Hal ini, bagi memupuk nilai kerjasama dalam kalangan ahli keluarga dan mengeratkan silaturrahim yang sudah lama terjalin 2 Penyayang (a) Setiap ahli keluarga perlulah saling mengambil berat dan berkongsi masalah antara satu sama lain (b) Mengadakan perbincangan pada waktu tertentu bagi mengetahui perkembangan semasa anak-anak (c) Menyelesaikan konflik yang timbul dalam kalangan mereka (d) Selain itu, perbincangan akan mewujudkan komunikasi dalam keluarga dan perasaan sayang sesama ahli keluarga Gambar 6.2 Sikap mengambil berat mengukuhkan nilai kasih sayang 3 Amanah (a) Menunjukkan ketaatan kepada ibu dan bapa (b) Melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik (c) Perbuatan amanah boleh menggelakkan berlakunya sifat kianat, rasuah, pecah amanah dan membuat sesuatu tindakan untuk kepentingan diri sendiri 4 Bertanggungjawab (a) Suami atau bapa berperanan sebagai ketua keluarga dan menjadi tanggungjawab untuk memimpin keluarga ke arah yang lebih baik (b) Isteri atau ibu memainkan peranan dan membantu suami untuk memimpin keluarga Gambar 6.3 Kejayaan anak membanggakan ibu dan bapa (c) Anak bertanggungjawab untuk membalas dan menghargai setiap pengorbanan ibu bapa dengan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan kelak 5 Kuat pegangan agama (a) Integriti keluarga wujud kerana sikap warga rumah yang mengamalkan kepercayaan dan ajaran agama (b) Bagi mereka Tuhanlah yang memberikan nikmat kepada keluarga mereka (c) Individu yang berpegang teguh kepada agama dan mempunyai nilai moral yang tinggi tidak melakukan penipuan, penindasan dan sebagainya berkaitan perbuatan tidak berintegriti 6 Saling menghormati (a) Sikap ini boleh dicapai apabila ibu bapa dan anak berusaha memahami pandangan masing-masing (b) Ibu dan bapa perlu memulakan nilai ini dengan mengajar anak-anak tentang sikap hormat (c) Contohnya, menggalakkan bersikap jujur dan memupuk sikap saling menghormati dalam keluarga Gambar 6.4 Anak-anak perlu menghormati ibu bapa INFO dinamik Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan di mana para anggotanya tinggal di suatu tempat di bawah suatu atap dalam keadaan saling bergantungan. Keluarga merupakan unit terkecil dalam sesebuah masyarakat yang asasnya terdiri daripada orang tua dan anak, orang tua tersebut ada baik secara berpasangan (sebagai suami isteri) ataupun tunggal. RE P Moral Tg4(B6).indd 46 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
47 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani TINGKATAN 4 UNIT 6 Hubungan erat Bertanggungjawab Saling menghormati Kuat pegangan agama Penyayang Amanah Ciri Integriti Keluarga i THINK Peta Buih Semak cepat 6.1 1 Apakah yang dimaksudkan dengan integriti keluarga? 2 Senaraikan tiga ciri integriti keluarga yang anda tahu. 3 Apakah yang dimaksudkan dengan sikap saling menghormati? Contoh Integriti Keluarga S.P. 6.2.1 Menyenaraikan ciri integriti keluarga. 1 Menjadikan pegangan agama sebagai asas yang kukuh dalam pembinaan keluarga (a) Menerapkan ajaran agama dan kepercayaan dalam setiap anggota keluarga (b) Pemupukan nilai murni dan berlandaskan agama membentuk sikap baik atau buruk dalam setiap perlakuan (c) Sentiasa mengamalkan sikap jujur terhadap anggota keluarga (d) Contohnya, ibu bapa selalu membawa anak-anak ke rumah ibadat untuk mengukuhkan kefahaman tentang agama dan kepercayaan Gambar 6.5 Ibu bapa meluangkan masa bersama anakanak ke rumah ibadat 2 Menjaga kerahsiaan keluarga (a) Tidak menceritakan isu dan masalah yang berlaku dalam keluarga kepada orang luar, kecuali terhadap pihak tertentu (b) Tidak membuka rahsia keluarga, kecuali kepada pihak tertentu (c) Menjaga aib keluarga dengan baik agar maruah keluarga terjamin 3 Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai suami, isteri dan anak-anak (a) Ibu bapa memastikan setiap anggota keluarga melaksanakan kewajipan masingmasing (b) Kewajipan yang dilakukan oleh setiap anggota keluarga melancarkan urusan seharian (c) Menasihati anggota keluarga yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik Gambar 6.6 Keluarga yang harmoni menjalankan peranan masing-masing 4 Menunjukkan teladan yang baik kepada anggota keluarga (a) Ibu bapa mengamalkan sikap yang positif dan proaktif untuk membentuk suasana harmoni dalam keluarga (b) Sentiasa berunding untuk menyelesaikan masalah (c) Mengenal pasti dan membuat keputusan yang adil dan saksama RE P Moral Tg4(B6).indd 47 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
48 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani TINGKATAN 4 6 Gambar 6.7 Ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak 5 Memupuk perasaan kasih sayang dan hubungan baik dalam keluarga (a) Mengambil berat tentang keadaan anggota keluarga sama ada sakit atau tidak berupaya dari segi fizikal dan emosi (b) Memupuk perasaan empati dan belas kasihan terhadap masalah yang menimpa anggota keluarga (c) Selain itu, tindakan yang memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh anggota keluarga boleh mengeratkan kasih sayang dalam keluarga 6 Mendidik anak-anak untuk menyayangi, menghormati dan menjaga warga tua (a) Menghargai sumbangan serta pengorbanan warga tua terhadap keluarga (b) Anak-anak perlu menjaga kebajikan dan keperluan asas warga tua (c) Memperuntukkan masa bersama-sama keluarga untuk melakukan perkara yang bermanfaat (d) Bagi warga tua yang tidak mampu menguruskan diri sendiri anak-anak perlu menjaga makan, minum, pakaian serta perasaan mereka dengan baik (e) Tindakan menghantar warga tua ke pusat jagaan orang tua merupakan perbuatan yang tidak wajar dilakukan oleh anak dan tindakan ini menguris perasaan mereka Gambar 6.8 Menghargai hari penting warga tua 7 Menghentikan pertelingkahan antara anggota keluarga secara adil (a) Mengambil berat tentang perasaan anggota keluarga dalam setiap tindakan (b) Jangan memperkecilkan dan memalukannya, sama ada ketika bersendirian atau di hadapan orang, tidak kira sebesar manapun kesalahan yang dilakukan (c) Jangan gunakan kata-kata kesat walaupun anda sangat marah. Berhati-hati agar tidak mengatakan atau melakukan perkara yang anda fikir boleh diterima, tetapi dianggap memalukan bagi anak anda (d) Kata-kata ibu bapa boleh memberi kesan mendalam terhadap jiwa anak dan perubahan emosi anak-anak Gambar 6.9 Saling mengakui kesilapan diri INFO dinamik Konflik boleh ditakrifkan sebagai pergaduhan, pertelingkahan serta keadaan yang tidak harmoni. Konflik boleh menjadi sesuatu yang positif kerana memberi peluang kepada suami dan isteri untuk memperbaiki kelemahan diri dan juga pasangan. Namun, konflik yang keterlaluan memberi kesan buruk kepada keluarga. Pertengkaran dan pertelingkahan rumah tangga turut menjejaskan anak-anak. Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://theinspirasi.my/cara-menghormatiibu-bapa/ untuk maklumat lanjut berkenaan cara mendidik anak-anak menghormati ibu dan bapa sejak kecil. RE P Moral Tg4(B6).indd 48 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
49 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani TINGKATAN 4 UNIT 6 Cara Memupuk Integriti Keluarga S.P. 6.2.3 Mencerakinkan cara memupuk integriti keluarga. S.P. 6.2.5 Mengekspresikan perasaan apabila mengamalkan integriti keluarga. 1 Memberikan penghargaan kepada anggota keluarga (a) Meraikan hari istimewa keluarga dengan suasana gembira dan meriah Buku teks Majalah Guru Rakan-rakan Contoh Integriti Keluarga Menghentikan pertelingkahan antara anggota keluarga secara adil Mendidik anak-anak untuk menyayangi, menghormati dan menjaga warga tua Memupuk perasaan kasih sayang dan hubungan baik dalam keluarga Menjadikan pegangan agama sebagai asas yang kukuh dalam pembinaan keluarga Menjaga kerahsiaan keluarga Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai suami, isteri dan anak-anak Menunjukkan teladan yang baik kepada anggota keluarga i THINK Peta Bulatan seperti sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya (b) Meraikan kejayaan yang diperoleh untuk menghargai usaha dan penat lelah (c) Sambutan hari istimewa dan meraikan kejayaan dapat mengeratkan kasih sayang dalam keluarga dan menjadi motivasi untuk mencapai pelbagai kejayaan kelak Semak cepat 6.2 1 Senaraikan tiga contoh integriti keluarga yang boleh diamalkan. 2 Bezakan empati dengan belas kasihan. 3 Apakah perasaan yang dialami warga tua jika anak-anaknya menghantar mereka ke pusat jagaan orang tua? RE P Moral Tg4(B6).indd 49 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
50 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani TINGKATAN 4 6 Gambar 6.10 Hadiah sebagai tanda penghargaan 2 Memberikan layanan adil terhadap anggota keluarga (a) Bersabar dengan kerenah setiap anggota keluarga dengan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh mengganggu emosi mereka (b) Tidak pilih kasih terhadap anak-anak dan memberikan layanan yang adil dan sama rata (c) Pilih kasih ialah amalan yang memberikan layanan dan keutamaan yang berat sebelah kepada seorang anak sambil membebani atau mengabaikan seorang anak yang lain (d) Tindakan pilih kasih boleh mengganggu perkembangan anak-anak, malah lebih berisiko mengidap masalah mental seperti bersifat agresif, masalah kurang perhatian dan emosi 3 Menyayangi dan menghormati anggota keluarga (a) Mendengar pandangan atau pendapat anggota keluarga sehingga habis sebelum membuat sebarang keputusan dan kesimpulan (b) Mendengar ialah satu cara untuk menunjukkan rasa hormat terhadap orang yang dilawan bercakap (c) Anda boleh bersetuju atau tidak bersetuju terhadap penjelasannya, tetapi perlu mendengar terlebih dahulu (d) Selain itu, tindakan menyediakan keperluan asas seperti wang belanja harian, tempat tinggal, makanan dan pakaian merupakan perbuatan menyayangi keluarga dan sifat tanggungjawab terhadap keluarga 4 Mempunyai kemahiran keibubapaan yang baik (a) Menjadi teladan yang baik kepada anakanak semasa di rumah dan menjadi contoh yang baik semasa di luar rumah (b) Meluangkan masa berkualiti bersama anggota keluarga dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti membersihkan halaman rumah, berkelah dan sebagainya (c) Aktiviti ini memupuk hubungan yang erat dalam keluarga dan mengukuhkan integriti dalam keluarga Gambar 6.11 Aktiviti istirahat bersama keluarga i THINK Peta Dakap • Meraikan hari istimewa • Memperoleh kejayaan • Tidak pilih kasih • Bersabar • Mendengar pendapat • Menerima nasihat • Menjadi teladan yang baik • Meluangkan masa dengan anak-anak Cara Memupuk Integriti Keluarga Memberikan penghargaan kepada anggota keluarga Memberikan layanan adil terhadap anggota keluarga Menyayangi dan menghormati anggota keluarga Mempunyai kemahiran keibubapaan yang baik RE P Moral Tg4(B6).indd 50 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
51 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani TINGKATAN 4 UNIT 6 Implikasi Perbuatan Tidak Berintegriti terhadap Anggota Keluarga S.P. 6.2.4 Meramalkan implikasi perbuatan yang tidak berintegriti terhadap keluarga. 1 Kerosakan akhlak dalam kalangan anggota keluarga (a) Tidak menghormati anggota keluarga yang lebih tua (b) Menjatuhkan imej keluarga di hadapan orang lain dengan menggunakan kata-kata yang tidak baik dan penggunaan nada suara yang tinggi (c) Individu akan dipandang hina oleh masyarakat sekeliling disebabkan oleh perbuatan yang tidak berintegriti 2 Meruntuhkan institusi kekeluargaan (a) Perbuatan yang tidak berintegriti menyebabkan sesebuah institusi kekeluargaan goyah (b) Peningkatan kes penceraian memburukkan lagi keadaan keluarga yang bermasalah. Perpecahan ini disebabkan pasangan tidak mampu untuk hidup dalam tekanan (c) Seterusnya, timbul pertikaian keluarga dan komplikasi yang timbul daripada tuntutan hak penjagaan dan pemberian nafkah anak (d) Akhirnya, anak-anak juga terpalit dengan masalah yang dihadapi ibu bapa yang gagal menerapkan nilai integriti dalam keluarga 3 Rumah tangga porak-peranda (a) Keluarga tidak harmoni disebabkan kekurangan ilmu rumah tangga dan ilmu agama menyebabkan keadaan rumah tangga semakin hari semakin kritikal (b) Selain itu, kesempitan hidup juga menjadi barah kepada krisis rumah tangga dan pertelagahan antara ibu bapa (c) Anak-anak yang membesar dalam keadaan keluarga yang porak-peranda sering kali jiwanya terluka dan memberontak (d) Hal ini, menyebabkan prestasi diri anakanak terjejas disebabkan bebanan masalah yang dipikul (e) Masalah rumah tangga juga menyebabkan gangguan emosi seperti kemurungan dan kebimbangan Rajah 6.12 Individu yang kemurungan perlukan khidmat kaunselor 4 Penglibatan anggota keluarga dalam gejala sosial (a) Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang tidak berintegriti membesar dengan jiwa yang memberontak (b) Mereka mula keluar rumah untuk melepaskan tekanan dan mencari kawan yang senasib dengannya untuk melepaskan perasaan yang dialami (c) Kawan-kawan yang membawa pengaruh negatif menyebabkan penglibatan anakanak dalam gejala yang tidak bermoral dan tidak bermaruah (d) Anak-anak mula lari dari rumah untuk mencari kebahagiaan di luar dan lebih teruk lagi mereka mula mengambil dadah untuk melupakan tekanan hidup yang dialami (e) Contohnya, berlaku kes anak memukul ibu bapa untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah untuk melepaskan giannya Semak cepat 6.3 1 Apakah kepentingan sambutan hari istimewa dalam keluarga? 2 Apakah faktor yang menyebabkan amalan pilih kasih? 3 Senaraikan tiga aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama anggota keluarga. RE P Moral Tg4(B6).indd 51 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
52 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani TINGKATAN 4 6 Meruntuhkan institusi kekeluargaan Kerosakan akhlak dalam kalangan anggota keluarga Diskriminasi dalam keluarga Penglibatan anggota keluarga dalam gejala sosial Rumah tangga porak-peranda Implikasi Perbuatan Tidak Berintegriti terhadap Anggota Keluarga i THINK Peta Buih Rajah 6.13 Dadah merosakkan generasi muda 5 Diskriminasi dalam keluarga (a) Diskriminasi atau perbuatan pilih kasih ialah perlakuan membeza-bezakan dalam sesuatu hal dan melakukan keputusan yang tidak adil terhadap anak-anak (b) Sikap pilih kasih menyebabkan berlaku perselisihan faham dalam keluarga yang berpunca daripada tidak puas hati dan pemberontakan perasaan (c) Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting untuk mencuba sedaya upaya untuk mengelakkan diskriminasi dalam keluarga dan memberikan layanan yang berbeza dan cuba untuk bertindak seadilnya Semak cepat 6.4 1 Senaraikan dua implikasi perbuatan yang tidak berintegriti terhadap anggota keluarga. 2 Apakah kesan terhadap anak-anak jika berlaku penceraian antara ibu dan bapa? RE P Moral Tg4(B6).indd 52 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
53 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani TINGKATAN 4 UNIT 6 Amalan Integriti dalam Keluarga S.P. 6.2.6 Mengamalkan integriti keluarga demi keharmonian hidup. 1 Saling menyayangi sesama anggota keluarga (a) Menghormati anggota keluarga yang lebih tua (b) Menyelesaikan pertelingkahan antara anggota keluarga dengan aman (c) Mementingkan keamanan dan kebahagiaan dengan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan hubungan kekeluargaan Gambar 6.14 Sikap memaafkan kunci kebahagiaan 2 Mendidik anggota keluarga dengan ajaran agama atau kepercayaan (a) Membimbing anggota keluarga tentang ajaran agama atau kepercayaan (b) Melakukan amalan keagamaan atau kepercayaan bersama-sama dengan anggota keluarga Saling menyayangi sesama anggota keluarga Mendidik anggota keluarga dengan ajaran agama atau kepercayaan Menunjukkan perlakuan mulia supaya anggota dalam keluarga mencontohinya Memastikan penglibatan warga tua dalam setiap aktiviti keluarga Amalan Integriti dalam Keluarga i THINK Peta Pokok (c) Pegangan keagamaan dan moral yang utuh mempengaruhi perlakuan seseorang 3 Menunjukkan perlakuan mulia supaya anggota dalam keluarga mencontohinya (a) Menjaga kebersihan diri mahupun persekitaran dalam keluarga (b) Menangani urusan dan permasalahan keluarga dengan jujur dan adil (c) Membuat keputusan dan tindakan yang wajar berdasarkan penilaian yang sepatutnya 4 Memastikan penglibatan warga tua dalam setiap aktiviti kekeluargaan (a) Menghormati dan mendengar nasihat warga tua (b) Membawa warga tua bersama-sama semasa melancong (c) Menunjukkan rasa menghargai dan penghargaan terhadap sumbangan yang diberikan oleh warga tua terhadap keluarga Gambar 6.15 Meraikan hari penting bersama keluarga Semak cepat 6.5 1 Senaraikan dua amalan keagamaan dan kepercayaan anda. 2 Apakah kelebihan mengamalkan penyelesaian sesuatu masalah secara aman? RE P Moral Tg4(B6).indd 53 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Gambar di bawah menunjukkan situasi pergolakan rumah tangga. Gambar 1 (a) Apakah perasaan anda jika keluarga anda mengalami masalah seperti dalam gambar di atas? Bincangkan. [2 markah] (b) Nyatakan ciri ketua keluarga yang berintegriti. [2 markah] (c) Ramalkan implikasi terhadap anak-anak jika keadaan ini berlarutan sehingga umur mereka meningkat dewasa. [3 markah] (d) Berdasarkan pengetahuan anda, cadangkan langkah untuk mengelakkan anggota keluarga anda bertelingkah sesama sendiri. [3 markah] Praktis SPM 6 Jawab semua soalan. Soalan Subjektif 54 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani TINGKATAN 4 6 RE P Moral Tg4(B6).indd 54 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Petikan di bawah menunjukkan laporan kes lari dari rumah. PETALING JAYA: "Kami bimbang akan keselamatan kamu, pulanglah ke rumah Fifi," rayu Rizal Muny Riz, 37, bapa kepada Nurfitri, 13, apabila anak kedua daripada lima beradik itu hilang sejak Sabtu lalu. Rizal berkata, Nurfitri yang mesra dipanggil Fifi itu menghilangkan diri selepas keluar bersama-sama rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Liana, kira-kira jam 11 pagi. Lebih memburukkan lagi keadaan, ibu bapa kepada Liana juga memaklumkan kepada Rizal bahawa anak perempuan mereka juga tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk berjumpa dengan Fifi. (Sumber: dipetik daripada Berita Harian Online, 22 Januari 2020) (a) Pada pandangan anda, wajarkah tindakan remaja tersebut? [2 markah] (b) Bincangkan punca remaja tersebut lari dari rumah. [2 markah] (c) Bincangkan cara membentuk sebuah keluarga yang berintegriti. [4 markah] (d) Nyatakan implikasi perbuatan yang tidak berintegriti seperti lari dari rumah terhadap keluarga. [2 markah] Soalan Esei 1 Gambar 2 menunjukkan penderaan yang berlaku terhadap kanak-kanak. Gambar 2 Berdasarkan gambar di atas, bincangkan usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak. [10 markah] 55 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani TINGKATAN 4 UNIT 6 RE P Moral Tg4(B6).indd 55 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
• Empati – Daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. • Simpati – Perasaan belas kasihan, timbang rasa dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu perkara yang berlaku. • Materialistik – Perlakuan yang berkaitan dengan kebendaan, sifat kebendaan, mengutamakan dan mementingkan kebendaan. Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera Kepercayaan kepada Tuhan Baik hati Hemah tinggi Kasih sayang Berterima kasih 56 Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera TINGKATAN 4 7 Konsep S.P. 6.3.1 Mentakrifkan maksud perikemanusiaan. 1 Perikemanusiaan merujuk sifat yang wajar dilakukan manusia seperti: (a) Bertimbang rasa (b) Tolong-menolong (c) Mengasihani orang lain atau haiwan 2 Perikemanusiaan amat berkait rapat dengan tindakan yang berasaskan pemikiran yang rasional terhadap manusia, haiwan dan alam sekitar. 3 Perlakuan berperikemanusiaan dapat membantu membentuk masyarakat yang aman dan sejahtera. 4 Tindakan berperikemanusiaan dapat melahirkan nilai umum dan norma masyarakat. 5 Kita harus mempunyai nilai perikemanusiaan agar tidak melakukan tindakan yang agresif yang seterusnya memberi kesan terhadap orang lain. 6 Secara umumnya, terdapat empat cara bagaimana kita dapat menunjukkan sifat perikemanusiaan, iaitu empati, menghargai nyawa, menjaga maruah dan cinta akan negara. 7 Empati (a) Empati bermaksud kebolehan memahami perasaan orang lain atau berkongsi perasaan tersebut (b) Perasaan empati merupakan perasaan yang wujud secara semula jadi dalam diri setiap individu 8 Menghargai nyawa (a) Sebagai manusia, kita patut menghargai nyawa setiap benda hidup di muka bumi Bidang 6: Jati Diri Moral Unit 7 RE P Moral Tg4(B7).indd 56 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
57 Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera TINGKATAN 4 UNIT 7 (b) Membunuh atau mendera nyawa lain merupakan satu kesalahan yang pastinya akan menerima balasan dari segi undangundang atau hukum keagamaan 9 Menjaga maruah (a) Perlakuan menjaga maruah menjelaskan kepentingan kita dalam menjaga maruah diri sepanjang kehidupan kita (b) Maruah merupakan nama dan imej diri seseorang (c) Maruah yang tercemar akan meninggalkan nama buruk dan tanggapan yang negatif terhadap diri oleh orang lain 10 Cinta akan negara (a) Sifat cinta akan negara bermaksud perasaan sayang dan bangga kepada negara (b) Meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri, mematuhi undangundang serta menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang menggugat kestabilan negara Empati Menghargai nyawa Menjaga maruah Cinta akan negara Sifat Perikemanusiaan i THINK Peta Pokok Semak cepat 7.1 1 Huraikan konsep perikemanusiaan. 2 Nyatakan maksud empati dan berikan contoh yang sesuai. 3 Apakah empat cara kita dapat menunjukkan sifat perikemanusiaan? Perlakuan Berperikemanusiaan S.P. 6.3.2 Mengenal pasti perlakuan berperikemanusiaan untuk kesejahteraan masyarakat. S.P. 6.3.5 Mengekspresikan perasaan apabila mengamalkan sikap berperikemanusiaan untuk kesejahteraan masyarakat. 1 Membantu mangsa bencana alam (a) Fenomena bencana alam meliputi kejadian seperti tsunami, gempa bumi, ribut dan banjir (b) Banyak nyawa telah terkorban serta harta benda musnah (c) Mangsa bencana pula hidup dalam derita dan trauma disebabkan kehilangan orang tersayang mahupun tempat tinggal (d) Bantuan segera haruslah diberikan kepada mangsa bencana bagi mengurangkan penderitaan mereka (e) Contohnya, bantuan perubatan perlu disalurkan dengan segera bagi membantu mangsa yang cedera supaya dapat dirawat dengan sempurna Gambar 7.1 Kediaman musnah disebabkan gempa bumi 2 Memberikan perlindungan kepada haiwan (a) Manusia bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara haiwan daripada pupus agar dapat menikmati kehidupan lebih baik (b) Tindakan kejam terhadap haiwan merupakan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan, haiwan juga berhak untuk menerima layanan baik (c) Penganiayaan haiwan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang bertujuan memastikan pemilik haiwan bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 dikuatkuasakan secara menyeluruh oleh agensi berkaitan Gambar 7.2 Perbuatan yang tidak berperikemanusiaan 3 Membantu golongan gelandangan (a) Kemunculan golongan gelandangan disebabkan kemiskinan bandar, konflik keluarga, masalah sosial dan masalah kesihatan emosi RE P Moral Tg4(B7).indd 57 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
58 Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera TINGKATAN 4 7 (b) Golongan ini memerlukan tempat perlindungan, perhatian dan bantuan untuk meneruskan kehidupan di pusat bandar (c) Lebih sedih apabila gelandangan yang mempunyai anak-anak yang terabai daripada mendapat pendidikan, tempat tinggal dan perlindungan yang sewajarnya (d) Golongan ini perlu dibantu agar dapat menikmati kehidupan yang lebih baik kelak Gambar 7.3 Memberi sumbangan dengan seikhlas hati 4 Memberi sumbangan kepada orang miskin (a) Orang miskin ialah seorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasnya tetapi tidak mampu untuk menampung keperluan harian serta menampung orang lain yang di bawah tanggungannya (b) Mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan ibarat “Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” (c) Sumbangan dan bantuan yang diberikan membolehkan mereka merasa diri mereka dihargai 5 Adil terhadap semua pekerja (a) Pekerja berhak mendapat perlindungan, sokongan dan layanan adil di tempat kerja (b) Majikan bertanggungjawab untuk memperbaiki tempat kerja bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, jantina atau fahaman politik 6 Tidak melakukan penderaan (a) Penderaan kanak-kanak merujuk penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial (b) Penderaan memberi impak serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak, kesejahteraan dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka (c) Kanak-kanak perlu diberi perlindungan dan masyarakat sekeliling bertanggungjawab untuk melaporkan kes penderaan kanakkanak, gangguan seksual dan amalan buruh kanak-kanak kepada pihak berkuasa Gambar 7.4 Kanak-kanak perlu dilindungi 7 Mempunyai sikap empati dan simpati (a) Sikap empati ialah kebolehan memahami perasaan orang lain atau berkongsi perasaan tersebut (b) Sikap simpati merupakan suatu perasaan yang dimiliki seseorang terhadap orang lain seperti perasaan belas kasihan, timbang rasa dan sebagainya, terutamanya apabila ditimpa kesusahan (c) Sikap ini boleh dizahirkan dengan tindakan yang berperikemanusiaan terhadap orang lain 8 Menyantuni OKU dengan ikhlas (a) Orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat yang mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain (b) Masyarakat haruslah memberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain dan mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna (c) Contohnya, memberi layanan yang sopan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) supaya mereka tidak berasa tersisih dan mengiktiraf keadaan mereka sebagai insan ciptaan Tuhan Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=czlRaHB5czNjLytpTEloTG4vSWUzUT09 untuk mengetahui cara melaporkan kes penderaan kanak-kanak. RE P Moral Tg4(B7).indd 58 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
59 Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera TINGKATAN 4 UNIT 7 Gambar 7.5 Tidak melakukan diskriminasi terhadap golongan OKU 9 Memelihara dan memulihara alam sekitar (a) Usaha ini perlu dilakukan untuk mengawal kegiatan penerokaan hutan (b) Hutan merupakan khazanah alam yang amat bernilai kepada manusia dalam alam sekitar (c) Aktiviti penyahhutanan perlu dihentikan agar ekosistem terpelihara (d) Contohnya, usaha penanaman semula pokok melahirkan rasa kasih dan sayang kepada alam sekitar Gambar 7.6 Penanaman semula untuk mengelakkan kepupusan flora Buku teks Majalah Guru Rakan-rakan Perlakuan Berperikemanusiaan Memelihara dan memulihara alam sekitar Menyantuni OKU dengan ikhlas Mempunyai sikap empati dan simpati Membantu mangsa bencana alam Memberikan perlindungan kepada haiwan Membantu golongan gelandangan Memberi sumbangan kepada orang miskin Adil terhadap semua pekerja Tidak melakukan penderaan i THINK Peta Bulatan Semak cepat 7.2 1 Senaraikan dua bencana alam yang sering berlaku di Malaysia. 2 Jelaskan kesan jika majikan melakukan diskriminasi terhadap pekerjanya. 3 Apakah yang berlaku jika aktiviti penanaman semula pokok yang telah ditebang tidak dilakukan? RE P Moral Tg4(B7).indd 59 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
60 Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera TINGKATAN 4 7 Kepentingan Berperikemanusiaan S.P. 6.3.3 Menghuraikan kepentingan berperikemanusiaan untuk kesejahteraan masyarakat. S.P. 6.3.6 Mengamalkan sikap berperikemanusiaan untuk kesejahteraan masyarakat dalam kehidupan harian. 1 Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang (a) Pembentukan masyarakat yang penyayang dan prihatin akan memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia (b) Anggota masyarakat akan saling berinteraksi dan mengambil berat antara satu sama lain (c) Contohnya, amalan berkunjung ke rumah rakan yang berlainan agama pada musim perayaan merupakan salah satu amalan yang berjaya memupuk semangat perpaduan (d) Selain itu, keprihatinan terhadap persekitaran juga boleh dipupuk dengan menghargai dan mencintai keindahan flora dan fauna (e) Membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap salah laku individu atau organisasi yang mencemarkan alam sekitar Gambar 7.8 Ekploitasi terhadap alam sekitar secara keterlaluan 2 Persepakatan dalam masyarakat dapat dikukuhkan (a) Sikap berperikemanusiaan yang utuh menjadikan anggota masyarakat bersatu padu dan bermuafakat dalam semua aspek kehidupan (b) Sikap seperti tolong-menolong, bekerjasama dan baik hati akan wujud ketika membantu orang yang dalam kesusahan (c) "Sepakat Membawa Berkat" menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik (d) Contohnya, amalan tolong-menolong sesama jiran, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman Gambar 7.9 Tolong-menolong amalan mulia 3 Melahirkan masyarakat yang harmoni (a) Sikap berperikemanusiaan yang ditunjukkan terhadap mangsa bencana menjadikan golongan yang menerima bantuan akan berasa disayangi dan diambil peduli oleh orang sekeliling (b) Pemberian bantuan dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh mangsa di samping memberi sokongan moral kepada mangsa (c) Masyarakat yang harmoni membentuk individu yang positif, tidak bersikap iri hati dan bersangka buruk terhadap kebaikan orang lain (d) Menjadikan kejayaan yang dicapai oleh orang lain sebagai pembakar semangat untuk berusaha sehingga mencapai kejayaan yang diinginkan Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://www.youtube.com/ watch?v=OfxOsjWiT1Y tentang tabung bantuan kemanusiaan Gambar 7.10 Pusat pemindahan mangsa bencana RE P Moral Tg4(B7).indd 60 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
61 Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera TINGKATAN 4 UNIT 7 4 Keselamatan masyarakat terjamin (a) Sikap perikemanusiaan melahirkan masyarakat yang bertimbang rasa, menghargai nyawa, mengasihani, cinta akan keamanan dan sebagainya (b) Hal ini, mengurangkan berlakunya kes jenayah seperti kecurian, penipuan dan penderaan (c) Sikap berperikemanusiaan akan melahirkan individu yang berintegriti dan tidak akan melibatkan diri dalam perkara yang menyalahi norma masyarakat dan undang-undang (d) Contohnya, kes penderaan kanak-kanak tidak akan berlaku jika pengasuh atau ibu bapa mempunyai sifat simpati dan tanggungjawab terhadap kanak-kanak Rajah 7.11 Kanak-kanak memerlukan kasih sayang ibu bapa i THINK Peta Dakap Kepentingan Berperikemanusiaan Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang Persepakatan dalam masyarakat dapat dikukuhkan Melahirkan masyarakat yang harmoni Keselamatan masyarakat terjamin • Berinteraksi dan ambil berat • Menghargai dan sayangi • Membentuk permuafakatan • Tolong-menolong dan bekerjasama • Melahirkan rasa disayangi • Membuang sikap iri hati • Kes jenayah dikurangkan • Tidak melibatkan diri dengan jenayah Semak cepat 7.3 1 Huraikan kesan terhadap alam sekitar jika masyarakat setempat tidak prihatin dengan isu kebersihan. 2 Senaraikan dua amalan yang mengukuhkan semangat kejiranan. 3 Apakah kesan terhadap individu yang tidak mempunyai sifat berperikemanusiaan? RE P Moral Tg4(B7).indd 61 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
62 Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera TINGKATAN 4 7 Kesan Pengabaian Sikap Berperikemanusiaan S.P. 6.3.4 Meramalkan kesan pengabaian sikap berperikemanusiaan untuk kesejahteraan masyarakat. 1 Hilang maruah dan harga diri (a) Perlakuan dan sikap yang tidak berperikemanusiaan menjejaskan maruah diri, keluarga dan masyarakat (b) Justeru, sikap tidak berperikemanusiaan akan dipandang hina dan menjatuhkan imej seseorang (c) Contohnya, individu yang melakukan kekejaman terhadap haiwan mendapat kecaman daripada orang awam dan perbuatan yang keji ini boleh dikenakan tindakan undang-undang 2 Kebajikan warga tua terabai (a) Warga tua yang tidak mampu untuk menguruskan dirinya sendiri perlu penjagaan rapi daripada anak-anaknya (b) Perbuatan menghantar warga tua ke pusat jagaan orang tua merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan terhadap warga tua (c) Lebih buruk lagi ada anak-anak yang mengabaikan keperluan mereka seperti makanan, minuman dan tempat tinggal sehingga warga merempat dan mengharapkan belas kasihan daripada orang lain Gambar 7.12 Meminta sedekah untuk meneruskan kehidupan 3 Jurang komunikasi dan nilai kehidupan terjejas (a) Perlakuan dan sikap yang tidak berperikemanusiaan menjejaskan komunikasi antara individu dengan masyarakat sekeliling (b) Hal ini, menyebabkan jurang komunikasi yang menjadi punca kepada kesulitan hubungan antara kaum (c) Nilai-nilai murni yang sepatutnya dipraktikkan dalam kehidupan terjejas disebabkan sikap yang tidak berperikemanusiaan (d) Contohnya, nilai kasih sayang dan keprihatinan terjejas disebabkan sikap yang tidak mendalami perasaan dan situasi yang dialami oleh orang lain 4 Pentingkan diri sendiri dan materialistik (a) Sikap pentingkan diri dan materialistik boleh merosakkan perilaku seseorang serta menjejaskan hubungan dalam masyarakat (b) Selain itu, perlakuan mementingkan diri sendiri yang berlebihan menghalang nilai kasih sayang antara manusia (c) Tidak telus dalam membuat keputusan kerana dipengaruhi kepentingan peribadi dan bersikap tidak berperikemanusiaan terhadap musibah yang melanda orang lain Gambar 7.13 Tindakan yang dibuat mempunyai kepentingan tersendiri 5 Bebanan kos (a) Kerajaan mengeluarkan kos yang tinggi untuk membaik pulih kemudahan yang dirosakkan oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab (b) Kos ini melibatkan penggantian barang baharu, baik pulih dan kos pekerja (c) Kos ini merugikan penduduk setempat apabila dana yang sepatutnya disalurkan untuk membina kemudahan lain digunakan untuk membaik pulih kemudahan yang telah sedia ada (d) Contohnya, menconteng pondok hentian bas, merosakkan telefon awam, taman permainan dan sebagainya RE P Moral Tg4(B7).indd 62 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.