63 Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera TINGKATAN 4 UNIT 7 Gambar 7.14 Perbuatan vandalisme merugikan diri sendiri dan orang lain 6 Mengancam keselamatan dan kesihatan golongan yang terabai (a) Individu yang tidak mempunyai perasaan simpati tidak memikirkan keadaan dan situasi yang dialami oleh orang disekitarnya (b) Tindakan ini boleh mengancam keselamatan dan kesihatan golongan yang ditimpa musibah, jika bantuan lambat disalurkan atau bantuan yang disalurkan tidak sampai kepada orang yang sepatutnya 7 Pegangan agama dan nilai moral dalam kehidupan menjadi goyah (a) Individu yang mengabaikan sikap berperikemanusiaan mempunyai pegangan agama yang goyah dan nilai moral yang rendah (b) Hal ini kerana, setiap agama sentiasa menganjurkan berbuat baik sesama manusia dan melarang melakukan keburukan dan kemusnahan di muka bumi (c) Selain itu, nilai moral yang diajar dalam agama dan sepatutnya diamalkan dalam kehidupan terjejas disebabkan sikap yang tidak berperikemanusiaan 8 Tekanan jiwa dan emosi (a) Tekanan jiwa dan emosi menyebabkan individu yang mengalaminya kemurungan, keresahan dan sebagainya terhadap musibah yang menimpa (b) Oleh itu, masyarakat sekeliling perlu menunjukkan sikap simpati dan melahirkan rasa empati untuk mengurangkan tekanan yang dialami oleh orang lain (c) Tingkah laku yang tidak berperikemanusiaan seperti buli, peras ugut dan penderaan memberikan kesan terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal, kesejahteraan dan perkembangan sepanjang kehidupan mangsa Gambar 7.15 Aktiviti peras ugut mempengaruhi emosi pelajar 9 Menzalimi haiwan dan tumbuhan (a) Perbuatan memukul, mendera, menendang dan menganiaya haiwan merupakan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan (b) Peningkatan kes menzalimi haiwan menyebabkan timbul desakan daripada orang awam agar pelaku yang menganiaya haiwan dikenakan hukuman yang lebih berat 10 Menjejaskan ekosistem (a) Sikap yang mementingkan kekayaan dan wang menjejaskan keindahan alam sekitar apabila individu tersebut melakukan kemusnahan alam untuk kepentingan peribadinya (b) Sikap yang mementingkan diri ini menjejaskan alam sekitar, malah masyarakat di sekitar kawasan tersebut (c) Justeru, berlaku peningkatan suhu bumi, hakisan tanah, banjir kilat dan sebagainya (d) Selain itu, pemburuan haram juga menyebabkan berlakunya kepupusan terhadap haiwan terancam yang menjejaskan ekosistem hutan Gambar 7.16 Aktiviti pembalakan haram RE P Moral Tg4(B7).indd 63 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
64 Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera TINGKATAN 4 7 Hilang maruah dan harga diri Keselamatan dan kesihatan golongan yang terabai Menjejaskan ekosistem Tekanan jiwa dan emosi Menzalimi haiwan dan tumbuhan Pegangan agama dan nilai moral goyah Kebajikan warga tua terabai Pentingkan diri sendiri dan materialistik Jurang komunikasi dan nilai kehidupan terjejas Bebanan kos Kesan Pengabaian Sikap Berperikemanusiaan i THINK Peta Buih Semak cepat 7.4 1 Huraikan hubungan antara warga tua dengan anak-anak, jika anak-anaknya mengabaikan sikap berperikemanusiaan. 2 Senaraikan tiga kesan terhadap manusia jika mengabaikan keseimbangan ekosistem. 3 Apakah yang akan berlaku jika pengabaian sikap berperikemanusiaan terhadap emosi kanakkanak? RE P Moral Tg4(B7).indd 64 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Petikan di bawah berkaitan penderaan kanak-kanak. KUALA LUMPUR - Masyarakat perlu ada sikap ambil peduli dalam menangani isu penderaan kanak-kanak khususnya yang dilakukan dalam kalangan anggota keluarga sendiri. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, tindakan pantas melaporkan aduan kepada pihak berwajib boleh menyelamatkan kanak-kanak itu daripada terus menjadi mangsa dera. Bagaimanapun, beliau mengakui berdepan cabaran melibatkan kes dera dalam kalangan ahli keluarga kerana isu tersebut tidak dilaporkan. (Sumber: dipetik dan diubah suai daripada Sinar Harian, 12 September 2019) (a) Berdasarkan petikan di atas, apakah perasaan anda? [2 markah] (b) Kanak-kanak merupakan insan yang tiada daya upaya untuk melindungi diri. Mengapakah mereka perlu dilindungi oleh undang-undang? Jelaskan alasan anda berdasarkan nilai murni. [3 markah] (c) Nyatakan tindakan anda sebagai jiran, sekiranya ternampak kes penderaan yang berlaku di kawasan perumahan anda. [2 markah] (d) Mengapakah sikap berperikemanusiaan sangat penting untuk menjamin kesejahteraan masyarakat? [3 markah] Praktis SPM 7 Jawab semua soalan. Soalan Subjektif 65 Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera TINGKATAN 4 UNIT 7 RE P Moral Tg4(B7).indd 65 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Gambar di bawah menunjukkan aktiviti meraikan hari istimewa warga tua. Gambar 1 (a) Jelaskan sebab sambutan hari istimewa wajar dilakukan. [4 markah] (b) Anak-anak perlu mengamalkan sikap berperikemanusiaan yang tinggi kepada ibu bapa. Bincangkan cara untuk membalas jasa ibu bapa. [4 markah] (c) Nyatakan kepentingan sikap berperikemanusiaan untuk membentuk masyarakat penyayang. [2 markah] Soalan Esei 1 Gambar 2 menunjukkan golongan gelandangan. Gambar 2 Berdasarkan gambar di atas, bincangkan cara anda menunjukkan sikap berperikemanusiaan terhadap golongan gelandangan di negara kita. [10 markah] 66 Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera TINGKATAN 4 7 RE P Moral Tg4(B7).indd 66 30/03/2023 8:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
• Kedaulatan – Perihal tentang kekuasaan yang tertinggi. • Pilihan raya – Pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya. • Warganegara – Penduduk sesebuah negara yang terdiri daripada penduduk asli tempatan dan juga orang asing yang diterima menjadi rakyat mengikut undang-undang. Hak dan Tanggungjawab Warganegara Bertanggungjawab Patriotisme Berterima kasih Kebebasan Berdikari 67 Hak dan Tanggungjawab Warganegara TINGKATAN 4 UNIT 8 Konsep 1 Setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing. 2 Hak ialah kuasa atas sesuatu atau kuasa melakukan sesuatu yang ditentukan mengikut peraturan dan undang-undang negara. 3 Tanggungjawab pula merupakan kesanggupan warganegara untuk melaksanakan tugas serta kewajipan dalam menjaga kedaulatan negara daripada anasir yang tidak baik. 4 Hak dan tanggungjawab ini dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan 1 Pertama kali diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada Hari Merdeka, iaitu 31 Ogos 1957. 2 Kemudiannya, diperkenalkan sebagai Perlembagaan Malaysia pada Hari Malaysia, iaitu 16 September 1963. Perlembagaan Malaysia terbentuk selepas Sarawak, Sabah dan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu. Gambar 8.1 Sambutan Hari Malaysia 3 Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. Manamana perundangan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal setakat mana yang bercanggah. 4 Mengandungi 15 Bahagian dan 183 Perkara. Dalam setiap bahagian mengandungi satu perkara atau lebih perkara yang relevan. Bidang 7: Moral dan Kenegaraan Unit 8 RE P Moral Tg4(B8).indd 67 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
68 Hak dan Tanggungjawab Warganegara TINGKATAN 4 8 5 Jadual 8.1 menunjukkan secara ringkas bahagian dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadual 8.1 Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan Bahagian Perkara Peruntukan Bahagian 1 Perkara 1 hingga 4 Negeri-negeri, agama dan undang-undang bagi persekutuan Bahagian 2 Perkara 5 hingga 13 Kebebasan asasi Bahagian 3 Perkara 14 hingga 31 Kewarganegaraan Bahagian 4 Perkara 32 hingga 69 Persekutuan Bahagian 5 Perkara 70 hingga 72 Negeri-negeri Bahagian 6 Perkara 73 hingga 95 Perhubungan antara persekutuan dengan negeri-negeri Bahagian 7 Perkara 96 hingga 112 Peruntukan kewangan Bahagian 8 Perkara 113 hingga 120 Pilihan raya Bahagian 9 Perkara 121 hingga 131 Badan kehakiman Bahagian 10 Perkara 132 hingga 148 Perkhidmatan-perkhidmatan awam Bahagian 11 Perkara 149 hingga 151 Kuasa khas menentang perbuatan subversif, keganasan terancang, dan perbuatan dan jenayah yang memudaratkan orang awam dan kuasa darurat Bahagian 12 Perkara 152 hingga 160 Am dan pelbagai Bahagian 12A Perkara 161 Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak Bahagian 13 Perkara 162 hingga 180 Peruntukan sementara dan peralihan Bahagian 14 Perkara 181 Kecualian bagi kedaulatan, dan sebagainya, raja-raja Bahagian 15 Perkara 182 hingga 183 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja i THINK Peta Dakap Maksud Hak dan Tanggungjawab Warganegara Hak Tanggungjawab Kuasa atas sesuatu atau kuasa melakukan sesuatu yang ditentukan mengikut peraturan dan undang-undang negara Kesanggupan warganegara untuk melaksanakan tugas serta kewajipan dalam menjaga kedaulatan negara Semak cepat 8.1 1 Bilakah Perlembagaan Persekutuan pertama kali diperkenalkan? 2 Namakan suruhanjaya yang menggubal Perlembagaan Persekutuan. 3 Senaraikan dua ciri warganegara yang bertanggungjawab. RE P Moral Tg4(B8).indd 68 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
69 Hak dan Tanggungjawab Warganegara TINGKATAN 4 UNIT 8 Hak dan Tanggungjawab sebagai Warganegara S.P. 7.1.1 Menyenaraikan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara berlandaskan Perlembagaan Malaysia. S.P. 7.1.5 Mengekspresikan perasaan apabila mempunyai hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Perkara 5 (Kebebasan Diri) 1 Perkara 5 (1) “Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya, kecuali mengikut undang-undang”. 2 Ini bermakna di dalam persekutuan setiap orang mempunyai hak untuk hidup dengan aman. 3 Tanggungjawab warganegara ialah perlu memelihara diri sendiri dan nyawa orang lain, kecuali mengikut undang-undang. 4 Tidak boleh mengambil nyawa mana-mana insan, kecuali menyalahi undang-undang yang termaktub hukuman gantung sampai mati seperti memiliki senjata api dan melakukan pengedaran dadah. Perkara 6 (Keabdian dan Kerja Paksa Dilarang) 1 Perkara 6 (2) “Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan mengenai perkhidmatan wajib bagi maksudmaksud negara”. 2 Sesiapa pun penduduk negara ini tidak boleh dijadikan hamba abdi. 3 Hukuman penjara di bawah kawalan pihak berkuasa keselamatan tidak ditakrif sebagai kerja paksa. 4 Dalam hal kepentingan negara tertentu, Parlimen mempunyai kuasa untuk mengerahkan tenaga rakyat. Gambar 8.2 Tiada diskriminasi terhadap pekerja 5 Tanggungjawab warganegara ialah tidak menindas golongan pekerja dengan memberikan layanan yang adil kepada semua pihak. Perkara 8 (Kesamarataan) 1 Perkara 8 (1) “Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undangundang”. 2 Semua penduduk di negara ini mendapat faedah yang sama tanpa mengira negeri kelahirannya. 3 Tidak boleh membezakan seorang individu dengan individu yang lain. 4 Semua warganegara adalah sama walaupun berbeza kedudukan ekonomi, politik dan sosial. 5 Tanggungjawab warganegara ialah tidak mengamalkan sikap diskriminasi kepada mana-mana pihak atas alasan kaum, agama atau jantina. Gambar 8.3 Tidak melakukan penindasan Perkara 10 (Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Berpersatuan) 1 Perkara 10 (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) – menggariskan “tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara”. 2 Dibenarkan berhimpun secara aman walaupun melebihi lima orang dengan kebenaran atau dengan adanya permit polis. 3 Warganegara bebas memberi pendapat tentang apa jua perkara, kecuali isu-isu sensitif. 4 Parlimen boleh membuat sekatan terhadap kebebasan warganegara jika bersikap melampui batas dan menjejaskan keselamatan negara. 5 Warganegara bertanggungjawab untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum mengadakan perhimpunan. RE P Moral Tg4(B8).indd 69 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Semak cepat 8.2 1 Apakah hak yang diperuntukkan dalam perkara berikut? (a) Perkara 5 (b) Perkara 10 2 Mengapakah warganegara perlu melakukan pengisytiharan harta? 70 Hak dan Tanggungjawab Warganegara TINGKATAN 4 8 Gambar 8.4 Isu sensitif tidak boleh disentuh Perkara 13 (Hak terhadap Harta) 1 Perkara 13 (1) “Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undangundang." 2 Ini bermaksud harta seseorang adalah hak miliknya. 3 Tidak boleh merampas harta seseorang dengan sewenang-wenangnya. 4 Seseorang boleh dilucutkan status pemilikan harta jika diperuntukkan melalui undangundang. 5 Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengambil harta secara paksa atau rampasan tanpa kebenaran empunya harta sama ada secara wasiat atau pemberitahuan. 6 Warganegara bertanggungjawab untuk membuat pengisytiharan harta dan membayar cukai kepada kerajaan. Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran http://hrpz2.moh.gov.my/v3/uploads/ Panduan/Manual%20Isytihar%20 Harta%20Melalui%20HRMIS.pdf untuk mengetahui cara mengisytihar harta. Foto 8.1 Logo Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Hak dan Tanggungjawab sebagai Warganegara Perkara 5 (1) (Kebebasan diri) Perkara 6 (2) (Keabdian dan kerja paksa dilarang) Perkara 10 (1) (Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan) Perkara 8 (1) (Kesamarataan) Perkara 13 (1) (Hak terhadap harta) INFO dinamik Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) ialah: 1 Memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia. 2 Menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan serta tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil. 3 Mengesyorkan kepada kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan surat cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia. 4 Menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia. i THINK Peta Pokok RE P Moral Tg4(B8).indd 70 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
71 Hak dan Tanggungjawab Warganegara TINGKATAN 4 UNIT 8 Kepentingan Hak dan Tanggungjawab sebagai Warganegara S.P. 7.1.2 Menghuraikan kepentingan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. S.P. 7.1.6 Mengamalkan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara dalam kehidupan harian. 1 Hak yang diperuntukkan kepada setiap warganegara mengikut perlembagaan wajar dipatuhi. Begitu juga dengan tanggungjawab setiap warganegara terhadap negara. 2 Hal ini demikian, penting bagi memastikan setiap warganegara melaksanakan hak dan tanggungjawab masing-masing. 3 Berikut menunjukkan kepentingan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara: Hak 1 Mewujudkan kemakmuran dan keamanan (a) Memberi jaminan kepada sesebuah negara akan aman dan stabil dengan memberikan hak yang sama (b) Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat untuk bercakap atau menyuarakan pendapat, menganuti agama dan pemilikan harta 2 Mengelakkan perselisihan faham antara kaum (a) Mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia menerusi aktiviti dan program yang disertai semua kaum secara bersama (b) Program rumah terbuka bagi perayaan utama setiap kaum, penubuhan Sekolah Wawasan dan sebagainya (c) Ibu bapa perlu mendorong anak-anak untuk bergaul sesama masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum Gambar 8.5 Bersatu padu untuk memacu kemajuan negara 3 Merapatkan jurang antara kaum (a) Merapatkan jurang antara kaum tertumpu terhadap aspek ekonomi dan sosial warganegara (b) Hal ini, dapat dilihat melalui usaha kerajaan merangka dasar yang dapat meningkatkan perpaduan kaum selepas kemerdekaan negara sehingga ke hari ini (c) Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan integrasi antara kaum dan menghapuskan stereotaip antara kaum 4 Mengelakkan diskriminasi (a) Perlembagaan menetapkan hak setiap warganegara walaupun berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa (b) Setiap warganegara tidak boleh didiskriminasi daripada mendapatkan atau dinafikan haknya sebagai warganegara Malaysia 5 Meningkatkan taraf hidup sosial (a) Mengukuhkan taraf hidup warganegara melalui sistem pendidikan yang ditambah baik dari semasa ke semasa (b) Kerajaan menyediakan peluang melanjutkan pendidikan di dalam mahupun di luar negara sama ada melalui institusi pengajian tinggi awam atau swasta (c) Selain itu, kerajaan telah menaik taraf perkhidmatan kesihatan dan lain-lain perkhidmatan 6 Menjamin kebebasan hak asasi warganegara (a) Menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara yang demokrasi (b) Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat untuk bercakap atau menyuarakan pendapat, menganuti agama dan pemilikan harta Tanggungjawab 1 Melestarikan alam sekitar (a) Tidak melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan kemerosotan alam sekitar (b) Membangunkan teknologi hijau bagi mengurangkan impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar Gambar 8.6 Kompaun dikenakan terhadap pesalah RE P Moral Tg4(B8).indd 71 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Semak cepat 8.3 1 Senaraikan tiga program yang boleh mengukuhkan perpaduan kaum. 2 Apakah kepentingan peningkatan taraf sosial? 3 Apakah kesan dasar yang digubal kerajaan tidak mendapat sokongan rakyat? 72 Hak dan Tanggungjawab Warganegara TINGKATAN 4 8 2 Membangun dan memartabatkan negara (a) Meningkatkan usaha dalam melakukan pembangunan dan penyelidikan teknologi agar setanding dengan negara maju yang lain (b) Melakukan inovasi teknologi agar penambahbaikan dapat dilakukan, di samping dapat mengeluarkan produk baharu 3 Memastikan dasar kerajaan dapat berjalan dengan lancar (a) Menyokong dan melaksanakan dasar yang digubal oleh kerajaan untuk manfaat bersama (b) Berfikiran positif terhadap dasar yang dibuat kerajaan dengan membuang sikap prejudis dalam diri setiap warganegara INFO dinamik Prejudis merupakan kepercayaan dan perasaan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain. Lazimnya, tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka. 4 Mempunyai kesetiaan yang tinggi kepada negara (a) Mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman (b) Menegakkan kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum utama (c) Mempunyai sikap patriotisme dan cintakan negara yang tinggi serta sanggup berkorban harta dan nyawa demi kedaulatan negara Gambar 8.7 Memupuk masyarakat beridentiti Malaysia 5 Melicinkan pentadbiran kerajaan dalam semua aspek (a) Menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan dan ketelusan pentadbiran dalam pemerintahan kerajaan (b) Menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara badan kerajaan serta prinsip umum bidang kuasa tersebut dilaksanakan 6 Pembangunan ekonomi, sosial dan politik yang stabil (a) Menentukan arah politik sesebuah negara (b) Menjamin kestabilan politik dan sosial negara (c) Merancakkan pembangunan ekonomi negara Kepentingan Hak dan Tanggungjawab sebagai Warganegara Hak • Mewujudkan kemakmuran • Mengelak perselisihan faham • Merapatkan jurang kaum • Mengelakkan diskriminasi • Meningkatkan taraf sosial • Menjamin kebebasan hak asasi Tanggungjawab • Melestarikan alam sekitar • Membangunkan dan memartabatkan negara • Melaksanakan dasar kerajaan • Kesetiaan kepada negara • Melicinkan pentadbiran kerajaan dalam semua aspek • Membangunkan ekonomi, sosial dan politik i THINK Peta Pokok RE P Moral Tg4(B8).indd 72 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
73 Hak dan Tanggungjawab Warganegara TINGKATAN 4 UNIT 8 Kesan Pengabaian Hak dan Tanggungjawab sebagai Warganegara S.P. 7.1.3 Mencerakinkan kesan pengabaian hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. 1 Hak dan tanggungjawab perlu dipelihara demi mengekalkan identiti dan memantapkan jati diri sebagai rakyat Malaysia. 2 Pengabaian terhadap hak dan tanggungjawab memberikan pelbagai implikasi kepada diri, masyarakat dan negara. Hak 1 Diri (a) Setiap individu perlu tahu haknya sebagai warganegara seperti kebebasan diri (b) Kebebasan diri penting untuk mengelakkan diri daripada disisihkan oleh masyarakat (c) Pelanggaran hak ini menyebabkan seseorang itu dipandang rendah oleh masyarakat 2 Masyarakat (a) Warganegara yang tidak menitikberatkan kebebasan dan bersuara secara beretika menyebabkan berlakunya perselisihan faham (b) Lebih teruk lagi perselisihan faham yang berlaku mengancam keselamatan dan nyawa orang awam 3 Negara (a) Negara yang mengabaikan hak rakyatnya mencemarkan imej negara di mata dunia (b) Selain itu, semangat patriotik warganegara akan berkurangan sedikit demi sedikit Tanggungjawab 1 Diri (a) Sikap yang mengabaikan tanggungjawab sebagai warganegara menjejaskan hak asasi yang diperoleh (b) Pengabaian tanggungjawab ini menyebabkan berlaku diskriminasi terhadap diri 2 Masyarakat (a) Taraf hidup rakyat terjejas disebabkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu yang hanya mementingkan diri sendiri (b) Misalnya, sikap diskriminasi menjejaskan hubungan dalam masyarakat (c) Kehidupan warganegara tidak sejahtera kerana wujud masyarakat yang tidak bertanggungjawab 3 Negara (a) Pengabaian tanggungjawab menggugat kestabilan negara (b) Sistem pentadbiran negara menjadi kucar-kacir disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pemimpin (c) Berlaku penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dana dan rasuah dalam struktur pentadbiran negara INFO dinamik Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD) ditubuhkan bertujuan memberi perlindungan hak asasi manusia di peringkat antarabangsa. i THINK Peta Buih Diri Negara Masyarakat Kesan Pengabaian Hak dan Tanggungjawab Semak cepat 8.4 1 Senaraikan tiga kesan daripada perselisihan faham yang berlaku. 2 Apakah perkara yang menggugat kestabilan negara? 3 Bagaimanakah semangat patriotisme dapat ditingkatkan? RE P Moral Tg4(B8).indd 73 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
74 Hak dan Tanggungjawab Warganegara TINGKATAN 4 8 Batasan Hak sebagai Warganegara S.P. 7.1.4 Merumuskan batasan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. 1 Hak warganegara mempunyai batasan yang tertentu agar mana-mana individu tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan. 2 Batasan ini perlu dipatuhi agar kesejahteraan rakyat kekal terjamin. 3 Perkara 9 (Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak) (a) Tidak boleh memasuki mana-mana kawasan yang mengenakan sekatan atas alasan keselamatan dan kesihatan di bawah undang-undang (b) Larangan ini perlu diikuti bagi mengelakkan sebarang perkara atau perbuatan yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan seperti mengelakkan penularan virus atau penyakit berjangkit 4 Perkara 10 (Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan) (a) Tidak berhimpun tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa (b) Tidak mengapi-apikan isu perkauman dan menyentuh isu sensitif yang telah termaktub dalam perlembagaan 5 Perkara 12 (Hak berkenaan dengan pendidikan) (a) Tidak bersikap diskriminasi terhadap sesiapa sahaja dalam mendapatkan pendidikan (b) Setiap warganegara berhak mendapat pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat tertinggi Gambar 8.8 Pendidikan melahirkan modal insan 6 Setiap individu perlu mengetahui dan melaksanakan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara di samping batasan yang perlu dipatuhi demi kesejahteraan dan keharmonian diri, masyarakat dan negara. 7 Oleh itu, setiap warganegara harus bergembira dan bersyukur kerana dapat hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai. i THINK Peta Dakap Batasan Hak sebagai Warganegara Perkara 9 Perkara 10 Perkara 12 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan Hak berkenaan dengan pendidikan SEMAK CEPAT 8.5 1 Apakah yang berlaku jika ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah? 2 Apakah implikasi jika perhimpunan tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa? RE P Moral Tg4(B8).indd 74 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Gambar 1 menunjukkan rakyat Malaysia yang menunaikan tanggungjawab untuk memilih pemimpin negara. Gambar 1 (a) Mengundi semasa pilihan raya ialah tanggungjawab rakyat Malaysia. Nyatakan dua tanggungjawab rakyat mengikut perlembagaan. (i) (ii) [2 markah] (b) Terangkan kepentingan hak dan tanggungjawab warganegara. [3 markah] (c) Berikan syarat sah seseorang warganegara yang layak untuk mengundi. [2 markah] (d) Pada pandangan anda, apakah kaitan pilihan raya dengan pembangunan ekonomi negara? Bincangkan. [3 markah] Praktis SPM 8 Jawab semua soalan. Soalan Subjektif 75 Hak dan Tanggungjawab Warganegara TINGKATAN 4 UNIT 8 RE P Moral Tg4(B8).indd 75 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Situasi di bawah menunjukkan suasana proses mengambil kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN). Puan Lim, kad pengenalan anda sudah siap. Puan, foto kad pengenalan saya kurang cantik. Gambar 2 (a) Berdasarkan rajah di atas, pernahkah anda berada dalam situasi ini? [2 markah] (b) Berapakah had umur kanak-kanak yang wajib didaftarkan kad pengenalan dan apakah syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN)? [2 markah] (c) Bincangkan kesan terhadap masa hadapan kanak-kanak yang tidak didaftarkan sebagai warganegara oleh ibu dan bapanya. [3 markah] (d) Pada pendapat anda, apakah kelebihan mempunyai kad pengenalan? [3 markah] Soalan Esei 1 Foto di bawah menunjukkan proses mendapatkan lesen memandu kereta. Foto 1 Pada pendapat anda, adakah wajar kerajaan mewajibkan remaja yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengambil lesen kereta? [10 markah] 76 Hak dan Tanggungjawab Warganegara TINGKATAN 4 8 RE P Moral Tg4(B8).indd 76 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
77 Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara TINGKATAN 4 UNIT 9 Konsep 1 Perpaduan ialah penyatuan masyarakat dalam membentuk satu identiti nasional dan nilai bersama. 2 Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan bahasa. Dalam usaha mewujudkan sebuah negara yang makmur, rakyat perlu mengekalkan perpaduan yang telah dibentuk. 3 Perpaduan bukanlah satu anugerah tetapi ia harus dibina, dipelihara dan diurus dengan baik supaya kestabilan dan keharmonian negara dapat dikekalkan. Contoh Amalan Perpaduan S.P. 7.2.1 Memberikan contoh amalan perpaduan dalam masyarakat yang berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa. Keselamatan Penduduk 1 Persatuan penduduk melakukan rondaan untuk mengelakkan berlakunya kes kecurian dan pecah rumah di sekitar kawasan kediaman. • Adat resam – Adat yang menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum, daerah dan lain-lain. • Bahasa kebangsaan – Bahasa yang diterima dan digunakan oleh rakyat sesebuah negara sebagai alat perhubungan dan kebanggaan negara. • Prejudis – Perasaan atau pendapat yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama dan sebagainya. Bidang 7: Moral dan Kenegaraan Unit 9 Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara Toleransi Kerjasama Baik hati Hormat Kasih sayang 2 Mewujudkan komunikasi melalui penggunaan aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya. 3 Di samping, mengurangkan kes jenayah dan memastikan keselamatan penduduk amalan ini juga turut memperkukuh perpaduan antara kaum di kawasan kediaman. Gambar 9.1 Rondaan persatuan penduduk RE P Moral Tg4(B9).indd 77 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
78 Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara TINGKATAN 4 9 Aktiviti Patriotik 1 Melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Contoh aktiviti sempena hari kemerdekaan ialah pertandingan berpidato, melukis poster, menghasilkan mural dan sebagainya. 2 Selain itu, nilai patriotik juga boleh ditunjukkan dengan melibatkan diri dengan kempen Kibar Jalur Gemilang di kawasan kediaman. 3 Pemupukan semangat cintakan negara secara tidak langsung dapat diserapkan ke dalam diri pelajar melalui program seumpama ini. Gambar 9.2 Kempen Kibar Jalur Gemilang Sukan 1 Aktiviti sukan dan riadah merupakan pendekatan yang terbaik bagi golongan muda, terutamanya murid untuk merapatkan hubungan sesama mereka tanpa mengira warna kulit dan agama. 2 Melalui aktiviti sukan atau beriadah, tiada siapa pun yang akan memikirkan mengenai kaum atau warna kulit, sebaliknya mereka hanya memikirkan cara terbaik untuk bermain dalam satu pasukan serta memenangi pertandingan tersebut. 3 Contohnya, setiap kali pasukan Malaysia bertanding di peringkat antarabangsa, rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa bersatu memberi sokongan padu kepada atlet negara. Gambar 9.3 Sukan medium perpaduan kaum Aktiviti Kesukarelawanan 1 Aktiviti kesukarelawanan mampu melahirkan individu bertanggungjawab terhadap isu sosial kerana mereka perlu membabitkan diri secara langsung bagi membantu menyelesaikan masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat. 2 Sukarelawan boleh didefinisikan sebagai orang yang meluangkan masa lapang dengan memberi khidmat komuniti tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. 3 Aktiviti ini memupuk semangat perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat tidak mengira perbezaan yang wujud. 4 Contohnya, aktiviti ini memberikan bantuan segera kepada mangsa bencana seperti tanah runtuh, banjir, tsunami dan sebagainya. Gambar 9.4 Bekerjasama untuk manfaat bersama Majlis Keramaian 1 Amalan rumah terbuka sudah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia, apabila tiba musim perayaan. 2 Sebenarnya, amalan rumah terbuka mampu mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. 3 Amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat memahami budaya dan adat resam pelbagai masyarakat di Malaysia. 4 Selain itu, amalan rumah terbuka membolehkan rakyat Malaysia merasai kepelbagaian masakan tradisional dan adat masyarakat Malaysia. 5 Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran http://www.myhealth.gov.my/ sukarelawan-remaja/ untuk maklumat lanjut tentang sukarelawan remaja. RE P Moral Tg4(B9).indd 78 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
79 Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara TINGKATAN 4 UNIT 9 Gambar 9.5 Sambutan rumah terbuka mengeratkan hubungan kaum Kelestarian Alam 1 Menjalankan langkah untuk memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. 2 Menyertai program kelestarian alam sekitar seperti kempen kesedaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). 3 Kempen kesedaran bertujuan memberi penerangan dan pemahaman kepada masyarakat tentang sesuatu isu. 4 Contohnya, kempen Save The Day yang dikelolakan World Wide Fund for Nature (WWF) bertujuan untuk menyelamatkan spesies penyu dan harimau di Malaysia. Foto 9.1 Logo WWF INFO dinamik WWF berperanan menghentikan kemusnahan persekitaran alam semula jadi melalui beberapa kaedah, iaitu: • Memelihara kepelbagaian biologi dunia • Memastikan sumber semula jadi boleh diperbaharu dan digunakan secara lestari • Menjalankan penyelidikan dan kempen kesedaran awam Keselamatan penduduk Aktiviti kesukarelawanan Kelestarian alam Majlis keramaian Aktiviti politik Sukan Contoh Amalan Perpaduan i THINK Peta Buih SEMAK CEPAT 9.1 1 Nyatakan nama bendera Malaysia. 2 Senaraikan tiga jenis sukan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia di peringkat antarabangsa. 3 Kenal pasti tiga badan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan dalam melestarikan alam sekitar. RE P Moral Tg4(B9).indd 79 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
80 Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara TINGKATAN 4 9 Agensi Kerajaan yang Berperanan Memupuk Semangat Perpaduan S.P. 7.2.2 Mengenal pasti peranan agensi yang memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat yang berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa. 1 Beberapa agensi kerajaan yang berperanan untuk memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum telah ditubuhkan di Malaysia. 2 Jadual di bawah menunjukkan agensi kerajaan yang berperanan memupuk semangat perpaduan: Jadual 9.1 Agensi kerajaan yang berperanan memupuk semangat perpaduan Agensi Kerajaan Peranan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri) • Mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan • Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan kaum ke arah perpaduan nasional • Mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara agama • Menjalankan wacana perpaduan dan kajian perhubungan kaum • Melaksanakan langkah-langkah intervensi dalam mengurus hal ehwal perpaduan negara dan integrasi nasional • Menyediakan syor kepada kerajaan dalam menyatakan pendirian negara di peringkat antarabangsa (Sumber: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional) Rukun Tetangga • Menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup dalam kalangan anggota masyarakat • Menerima maklumat mengenai, untuk memerhati dan menyiasat, semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhatian dan penyiasatan itu kepada pengarah • Mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan permastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana • Menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan dalam kalangan anggota masyarakat (Sumber: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara • Memantapkan usaha memulihara, mengekal, mengembang dan menyemarak seni budaya warisan bangsa • Menggembleng elemen seni budaya untuk meningkatkan kesejahteraan dan perpaduan bangsa • Menggalakkan penglibatan penggiat seni di dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya • Menyokong pertumbuhan pelancongan negara melalui aktiviti seni dan budaya (Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara) Jabatan Penerangan Malaysia Meningkatkan kefahaman, sokongan, keyakinan dan penglibatan masyarakat terhadap dasar dan program kerajaan ke arah pembinaan negara bangsa yang bermaklumat, progresif, berintegriti, sejahtera serta bersatu padu (Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia) RE P Moral Tg4(B9).indd 80 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
81 Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara TINGKATAN 4 UNIT 9 i THINK Peta Dakap Kepentingan Amalan Perpaduan dalam Masyarakat Majmuk S.P. 7.2.3 Menjelaskan kepentingan amalan perpaduan dalam masyarakat yang berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa. S.P. 7.2.5 Mengekspresikan perasaan apabila mengamalkan perpaduan dalam masyarakat yang berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa. 1 Meningkatkan keyakinan pelabur asing (a) Tidak dapat dinafikan bahawa antara sebab utama pelabur asing berani menanam modal di sesebuah negara adalah kerana kestabilan politik dan perancangan kerajaan yang mesra pelabur (b) Kemasukan pelabur asing merancakkan aktiviti ekonomi dalam negara serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan (c) Hal ini kerana, pelabur tidak mahu modal yang dilaburkan di sesebuah negara akan rugi akibat pergolakan yang berlaku (d) Justeru, masyarakat perlu bersatu padu untuk menjana kemajuan ekonomi negara 2 Rakyat menikmati pelbagai kemudahan berkualiti (a) Pelbagai program atau aktiviti yang diadakan dapat memupuk semangat perpaduan kaum (b) Di samping itu, kerajaan turut meluaskan kemudahan prasarana atau infrastruktur ke seluruh pelosok negara untuk kemudahan rakyat (c) Kerajaan bertekad untuk memberi peluang kepada rakyat merasai kemudahan yang disediakan, tidak hanya tertumpu di sesebuah kawasan sahaja (d) Pemberian kemudahan yang berkualiti yang sama rata adalah untuk mengelakkan perasaan tidak puas hati dalam masyarakat 3 Mengukuhkan ekonomi negara (a) Perpaduan kaum juga secara tidak langsung mampu mengukuhkan ekonomi negara (b) Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung (c) Ekonomi negara akan berkembang maju kesan kemasukan pelancong asing (d) Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara (e) Oleh itu, perpaduan kaum mampu meningkatkan taraf ekonomi negara sekali gus menjadikan Malaysia setaraf dengan negara maju yang lain Gambar 9.6 Kemasukan pelancong mengukuhkan ekonomi negara Agensi Kerajaan yang Berperanan Memupuk Semangat Perpaduan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri) Rukun Tetangga Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Jabatan Penerangan Malaysia SEMAK CEPAT 9.2 1 Nyatakan aktiviti yang dianjurkan oleh Rukun Tetangga untuk meningkatkan semangat kejiranan. 2 Apakah peranan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara? RE P Moral Tg4(B9).indd 81 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
82 Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara TINGKATAN 4 9 4 Rakyat hidup dalam suasana harmoni (a) Perpaduan kaum merupakan faktor penting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia (b) Sekiranya masyarakat berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur Gambar 9.7 Masyarakat harmoni tunjang negara (c) Selain itu, pertikaian dan pergolakan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang seterusnya menjejaskan pembangunan negara (d) Masyarakat perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju 5 Mengekalkan kedaulatan dan keselamatan negara (a) Masyarakat yang harmoni dapat dibentuk melalui penerimaan antara satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan konflik antara kaum (b) Kejadian 13 Mei 1969 banyak mengajar kita supaya menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan (c) Justeru, perpaduan antara kaum dapat dikukuhkan jika perasaan prejudis dan stereotaip dapat dihapuskan dalam masyarakat SEMAK CEPAT 9.3 1 Apakah kesan kemasukan pelabur asing terhadap penduduk setempat? 2 Mengapakah sektor pelancongan penting kepada sesebuah negara? 3 Bagaimanakah usaha untuk membentuk masyarakat yang harmoni di sesebuah kawasan kediaman? Mengekalkan kedaulatan dan keselamatan negara Meningkatkan keyakinan pelabur asing Mengukuhkan ekonomi negara Rakyat menikmati pelbagai kemudahan berkualiti Rakyat hidup dalam suasana harmoni Kepentingan Amalan Perpaduan dalam Masyarakat Majmuk i THINK Peta Pokok \ Cabaran dalam Membentuk Amalan Perpaduan S.P. 7.2.4 Menghuraikan cabaran dalam membentuk amalan perpaduan masyarakat yang berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa. S.P. 7.2.6 Mengamalkan hidup bersatu padu dalam masyarakat yang berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa dalam kehidupan harian. Penyebaran Maklumat Palsu dan Negatif 1 Laman sosial juga antara cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di mana segala maklumat dapat dikongsi dan disebarkan dengan meluas. 2 Media sosial berperanan untuk: (a) Medium menyebarkan maklumat mengenai inisiatif kerajaan untuk menyatupadukan rakyat (b) Mengetahui isu semasa dan maklumat mengenai kebudayaan sesuatu kaum (c) Memupuk semangat perpaduan antara masyarakat 3 Penyebaran fitnah, provokasi dan hal menyentuh sensitiviti kaum dan keagamaan kian berleluasa di laman sosial. RE P Moral Tg4(B9).indd 82 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
83 Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara TINGKATAN 4 UNIT 9 4 Oleh itu, masyarakat harus sedar bahawa peranan media sosial adalah sebagai platfom untuk menjana perpaduan serta rasa cinta dan bangga dengan budaya Malaysia. Penguasaan Bahasa Kebangsaan yang Lemah 1 Kelemahan individu dalam menguasai bahasa kebangsaan disebabkan kurang menitikberatkan bahasa yang menjadi identiti negara. 2 Selain itu, individu juga kurang peka terhadap kepentingan menguasai bahasa kebangsaan. 3 Penggunaan bahasa kebangsaan memainkan peranan penting bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan masyarakat. Kurang Menerima, Menghormati dan Mengurus 1 Sikap yang tidak menerima, menghormati dan mengurus merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. 2 Selain itu, sikap ini meningkatkan semangat kekitaan atau etnosentrisme, iaitu pandangan atau perseptif yang melibatkan kelompok kaum lain melalui kaca mata kaum itu sendiri. 3 Seterusnya, menyebabkan kurangnya sikap toleransi dalam masyarakat yang berbilang bangsa. 4 Pemupukan semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan berkesan kerana masyarakat masih lagi terdapat jurang antara kaum. Gambar 9.8 Perbuatan stereotaip menjejaskan hubungan kaum Kurangnya Pemahaman Agama dan Kebudayaan Kaum Lain 1 Kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazandusun dan lain-lain mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. 2 Perbezaan ini menyukarkan pemupukan amalan perpaduan apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. 3 Hal ini, menimbulkan kesan yang mendalam seperti kurang rasa hormat-menghormati terhadap agama, kepercayaan dan budaya kaum lain. 4 Perbuatan yang tidak menghormati agama dan budaya kaum lain menyukarkan pembentukan masyarakat harmoni. Gambar 9.9 Perselisihan faham disebabkan kurang cakna tentang budaya kaum lain Penyebaran maklumat palsu dan negatif Kurangnya pemahaman agama dan kebudayaan kaum lain Penguasaan bahasa kebangsaan yang lemah Kurang menerima, menghormati dan mengurus Cabaran dalam Membentuk Amalan Perpaduan i THINK Peta Pokok SEMAK CEPAT 9.4 1 Senaraikan tiga peranan media sosial secara umum. 2 Apakah bahasa kebangsaan Malaysia? 3 Bagaimanakah usaha untuk menghakis perasaan kekitaan dalam masyarakat majmuk di Malaysia? RE P Moral Tg4(B9).indd 83 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
84 Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara TINGKATAN 4 9 1 Gambar di bawah menunjukkan kepelbagaian permainan tradisional yang ada di negara kita. Gambar 1 (a) Nyatakan dua jenis permainan tradisional yang terdapat dalam gambar di atas. (i) (ii) [2 markah] (b) Jelaskan kepentingan permainan tradisional terhadap rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. [3 markah] (c) Selain permainan tradisional, nyatakan dua aktiviti lain yang dapat menyatupadukan rakyat Malaysia. (i) (ii) [2 markah] (d) Bincangkan peranan kerajaan dalam usaha menyatupadukan rakyat Malaysia. [3 markah] Praktis SPM 9 Jawab semua soalan. Soalan Subjektif RE P Moral Tg4(B9).indd 84 30/03/2023 8:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
85 Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara TINGKATAN 4 UNIT 9 2 Baca dialog di bawah dan jawab soalan berikut. Lim : Muthu, petang esok jadi tak pergi gotong-royong! Muthu : Aku ada kerja yang hendak diselesaikan. Lim : Jangan begitu Muthu. Semua orang harus bekerjasama untuk membersihkan kawasan taman kita. Tapi awak tidak mahu terlibat. Muthu : Kau pergilah seorang sebagai wakil aku. Aku perlu siapkan kerja ini. Lagipun sudah lama aku tidak ke sana. Lim : Sebenarnya engkau hendak pergi mana? Muthu : Rumah Ahmad. Bapanya jatuh bilik air. Sudah tiga bulan tidak dapat berjalan. Lim : Kalau begitu baiklah Muthu. Jangan lupa bawa buah tangan dan sampaikan salam saya kepada Ahmad. (a) Selain aktiviti gotong-royong, berikan dua aktiviti lain yang dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. (i) (ii) [4 markah] (b) Pada pendapat anda, adakah tindakan Muthu menziarahi ayah Ahmad itu baik? Bincangkan sebabnya. [3 markah] (c) Huraikan cabaran Perdana Menteri Malaysia untuk membentuk amalan perpaduan dalam masyarakat yang berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa. [3 markah] Soalan Esei 1 Gambar di bawah menunjukkan amalan rumah terbuka semasa musim perayaan. Gambar 2 Bincangkan faedah rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan aman damai. [10 markah] RE P Moral Tg4(B9).indd 85 30/03/2023 8:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
228 Kertas Model SPM Bahagian A [50 markah] Jawab semua soalan. 1 Pernyataan di bawah berkaitan dengan budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda. Hedonisme bermaksud pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup sahaja. (a) Nyatakan dua nilai universal yang dapat membantu generasi muda supaya tidak dipengaruhi oleh budaya hedonisme. (i) (ii) [2 markah] (b) Berikan dua contoh budaya hedonisme yang mempengaruhi generasi muda. (i) (ii) [2 markah] (c) Nyatakan faktor yang menyebabkan budaya hedonisme semakin berleluasa dalam kalangan remaja. [2 markah] (d) Terangkan kesan terhadap sosiobudaya tempatan jika budaya ini diamalkan secara berterusan. [4 markah] RS P Moral Tg45(KM)QR.indd 228 30/03/2023 8:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
229 model kertas SPM 2 Petikan di bawah berkaitan dengan pembelian dalam talian. Pembelian dalam talian merupakan suatu proses yang dilakukan oleh pengguna dengan membeli barang atau produk yang diingini melalui perkhidmatan dalam Internet. Pengguna akan membeli barang atau produk yang diperlukan daripada peniaga secara dalam talian. Pada masa ini, pembelian dalam talian semakin mendapat sokongan pengguna dan pengguna lebih gemar membeli barang atau produk secara dalam talian berbanding dengan pembelian di kedai. (a) Nyatakan tiga kebaikan pembelian dalam talian. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Pembelian dalam talian menyebabkan pengguna tidak menguruskan perbelanjaan secara beretika. Ramalkan kesan terhadap setiap pihak yang berikut: (i) Diri (ii) Keluarga (iii) Masyarakat (iv) Negara [4 markah] (c) Bagaimanakah cara pengguna menguruskan perbelanjaan secara beretika semasa berbelanja dalam talian? [3 markah] RS P Moral Tg45(KM)QR.indd 229 30/03/2023 8:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
230 3 Maklumat di bawah adalah mengenai sikap golongan remaja yang mementingkan produk jenama luar. Golongan remaja sering memilih untuk membeli produk yang berjenama luar berbanding dengan produk yang berjenama tempatan. Mereka lebih gemar menggunakan produk yang dihasilkan di luar negara dan diimport ke Malaysia. Pada pandangan mereka, penggunaan produk yang berjenama luar adalah lebih baik daripada produk yang berjenama tempatan kerana status hidup akan kelihatan lebih tinggi. Kadang kala, memang tidak dapat dinafikan bahawa mereka membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk berdasarkan jenama luar tanpa mengambil kira kualiti produk tersebut. (a) Apakah perasaan anda apabila mengetahui bahawa golongan remaja semakin mementingkan produk jenama luar? [2 markah] (b) Senaraikan dua faktor golongan remaja mementingkan produk jenama luar. (i) (ii) [2 markah] (c) Bagaimanakah ibu bapa dapat mengelakkan anak-anak daripada mementingkan produk jenama luar? Berikan dua cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa. (i) (ii) [2 markah] (d) Terdapat sesetengah remaja yang amat mementingkan produk berjenama tanpa mengambil kira sama ada jenama tempatan atau luar semasa membeli sesuatu produk. Huraikan dua kesan yang akan berlaku jika remaja meneruskan tabiat ini. [4 markah] RS P Moral Tg45(KM)QR.indd 230 30/03/2023 8:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
231 model kertas SPM 4 Jadual di bawah menunjukkan hak sebagai seorang warganegara Malaysia. Perkara Hak Perkara 5 Kebebasan diri Perkara 6 Keabdian dan kerja paksa dilarang Perkara 8 Kesamarataan Perkara 13 Hak terhadap harta (a) Apakah maksud hak sebagai warganegara? [1 markah] (b) Nyatakan tiga kepentingan hak sebagai warganegara. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Lengkapkan jadual di bawah dengan menyenaraikan satu implikasi negatif terhadap setiap pihak yang berikut jika hak sebagai warganegara diabaikan. Pihak Implikasi Negatif (i) Diri (ii) Masyarakat (iii) Negara [3 markah] (d) Jelaskan satu batasan hak sebagai warganegara berdasarkan perkara yang berikut: (i) Perkara 9 (Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak) (ii) Perkara 10 (Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan) (iii) Perkara 12 (Hak berkenaan dengan pendidikan) [3 markah] RS P Moral Tg45(KM)QR.indd 231 30/03/2023 8:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
232 5 Maklumat berikut menunjukkan tokoh yang berjaya mengharumkan nama negara Malaysia. Datuk Nicol Ann David Julian Yee • Pemain skuasy profesional negara • Memegang gelaran pemain skuasy Nombor satu dunia selama 9 tahun berturut-turut • Memenangi 5 pingat emas dalam Sukan Asia, 2 pingat emas dalam Sukan Komanwel dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) • Memenangi pingat emas dalam acara luncur ais berirama lelaki dalam Sukan SEA 2017 • Menjadi atlet luncur ais pertama negara dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan • Atlet pertama negara dalam Kejohanan Luncur Ais Berbunga Dunia (a) Namakan dua orang tokoh lain yang berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang sukan. (i) (ii) [2 markah] (b) Apakah faedah yang diperoleh apabila rakyat Malaysia berjaya mengharumkan nama negara? [3 markah] (c) Nyatakan tiga kepentingan sukan kepada negara. (i) (ii) (iii) [3 markah] (d) Sebagai seorang murid, bagaimanakah cara anda mengharumkan nama negara di seluruh dunia? [2 markah] RS P Moral Tg45(KM)QR.indd 232 30/03/2023 8:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
233 model kertas SPM Bahagian B [10 markah] Jawab satu soalan sahaja. 6 Foto di bawah menunjukkan jenis karya yang dilindungi di bawah undang-undang perlindungan hak cipta. Karya sastera Karya terbitan Karya seni Jelaskan langkah melindungi hak cipta pemilik yang menghasilkan karya. [10 markah] 7 Maklumat di bawah berkaitan dengan salah laku dalam sesebuah organisasi. Contoh salah laku yang biasanya dilakukan oleh pekerja adalah seperti yang berikut: • Memberi atau menerima rasuah • Tidak menghadirkan diri ke tempat kerja secara berterusan tanpa mendapat keizinan • Merosakkan harta benda milik majikan dengan sengaja • Melakukan tindakan yang tidak sopan sepanjang tempoh waktu bekerja • Mencuri, menipu dan bersikap tidak jujur terhadap perkara yang berkaitan dengan urus niaga dan harta benda milik majikan Sekarang, anda sudah memahami dan mengetahui tentang salah laku yang sering berlaku dalam sesebuah organisasi. Jika seseorang pekerja melakukan salah laku, maka pihak syarikat akan membuat keputusan untuk membuang kerja pekerja tersebut. Oleh itu, setiap pekerja perlulah berusaha untuk mengelakkan diri daripada sebarang salah laku yang boleh menyebabkan mereka menghadapi risiko dibuang kerja. Huraikan tindakan untuk mengelakkan diri daripada sebarang salah laku dalam sesebuah organisasi. [10 markah] RS P Moral Tg45(KM)QR.indd 233 30/03/2023 8:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
234 Bahagian c [40 markah] Jawab semua soalan. 8 Maklumat yang berikut merujuk kepada gaya keibubapaan yang diamalkan oleh dua buah keluarga. Keluarga Gaya Keibubapaan A • Ibu bapa sentiasa akur dengan permintaan anak-anak yang bersesuaian • Peneguhan berterusan • Ibu bapa bersikap peka terhadap kemampuan dan kehendak anak-anak B • Ibu bapa tidak mewujudkan pelbagai peraturan di rumah • Anak-anak mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam pelbagai perkara • Ibu bapa sentiasa akur dengan setiap permintaan anak-anak tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku (a) Gaya keibubapaan yang manakah menjadi pilihan anda apabila menjalani kehidupan dewasa dan berkeluarga? Jelaskan pilihan anda berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [10 markah] (b) Jelaskan kesan negatif mengamalkan gaya keibubapaan dalam Keluarga B. [10 markah] 9 Rajah di bawah menunjukkan program pertukaran pelajar antara negara. Program pertukaran pelajar antara negara adalah sangat terkenal dan program ini biasanya melibatkan pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Walau bagaimanapun, pelajar yang masih belajar di sekolah menengah juga dapat menyertai program ini jika mereka mempunyai peluang keemasan. Contoh program pertukaran pelajar antara negara yang pernah dilaksanakan ialah Program Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youth (JENESYS) yang melibatkan dua buah negara, iaitu Malaysia dan Jepun. Program ini perlu dijalankan dengan lebih kerap kerana pelbagai faedah yang akan diperoleh pelajar dan negara yang terlibat. (a) Mampukah program pertukaran pelajar antara negara memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat global? Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [10 markah] (b) Jelaskan faedah yang diperoleh melalui program pertukaran pelajar antara negara. [10 markah] RS P Moral Tg45(KM)QR.indd 234 30/03/2023 8:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
235 tingkatan 4 Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan UNIT 1 Semak Cepat 1.1 1 Norma masyarakat merujuk perilaku atau tindakan yang diterima sebagai satu amalan dalam sesuatu kelompok, komuniti dan budaya 2 (a) Mengucapkan salam atau bersalaman dengan tetamu dan orang yang lebih tua (b) Beri atau bertukar makanan istimewa sesama jiran (c) Membawa buah tangan semasa menziarahi orang sakit (d) Bertegur sapa dan beramah mesra dengan jiran tetangga Semak Cepat 1.2 1 (a) Panduan bertingkah laku (b) Membentuk masyarakat yang teratur (c) Sebagai ukuran bertingkah laku (d) Membina masyarakat yang harmoni 2 (a) Berlaku perselisihan faham (b) Berlaku pergaduhan dan kecederaan Semak Cepat 1.3 1 Norma masyarakat ialah benteng kepada perkara yang boleh menyebabkan perpecahan kaum dan perbalahan masyarakat 2 (a) Manusia kurang beradab (b) Hubungan sosial terjejas (c) Menjejaskan keharmonian masyarakat (d) Melahirkan individu yang bersikap individualistik 3 (a) Tidak menerima pandangan orang lain (b) Berasa bangga dengan pencapaiannya (c) Tidak mengakui kesilapan yang dilakukannya Praktis SPM 1 Soalan Subjektif 1 (a) F1 Norma masyarakat ialah peraturan dan amalan yang diterima oleh semua masyarakat secara umum F2 Petunjuk hidup yang berisi perintah dan larangan yang ditetapkan bersama berdasarkan budaya setempat yang mengatur perilaku manusia di dalam kehidupan bermasyarakat (b) F1 Membersihkan kawasan tempat tinggal F2 Membentuk kerjasama masyarakat F3 Menanam nilai tolerasi antara masyarakat F4 Menghapuskan kawasan pembiakan serangga perosak (c) F1 Berlaku perselisihan faham dan pergaduhan. JAWAPAN H1 Nilai tolak ansur tidak diamalkan dan sedikit salah faham akan menimbulkan pergaduhan F2 Rakyat tidak bekerjasama dan hidup tidak tenteram. H2 Masyarakat lebih mementingkan diri sendiri daripada membantu dan memberi pertolongan secara sukarela (d) (i) Ziarah-menziarahi orang yang sakit (ii) Memberi salam dan bersalaman dengan orang yang lebih tua (iii) Menghormati orang yang lebih tua (iv) Beramah mesra dan bertegur sapa dengan jiran (v) Menghormati majlis yang sedang berlangsung 2 (a) F1 Kecewa dengan sikap kenalannya F2 Memutuskan hubungan silaturahim F3 Boleh mengakibatkan kehilangan nyawa F4 Mutthu akan dipulaukan oleh rakan-rakan yang lain (b) F1 Membentuk sikap saling hormatmenghormati antara satu sama lain. F2 Mewujudkan negara yang aman dan harmoni F3 Membentuk sikap dan akhlak yang baik F4 Memantapkan jati diri masyarakat Malaysia (c) F1 Menjalankan kempen berbudi bahasa di seluruh Malaysia F2 Menghapuskan budaya kuning dalam masyarakat F3 Menjatuhkan hukuman dengan adil serta tidak dipengaruhi pangkat dan wang ringgit F4 Menanam nilai-nilai murni dalam sistem pendidikan di sekolah Soalan Esei 1 F1 Mengelakkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan faham H1 Malaysia menjadi huru hara F2 Membentuk akhlak atau sikap yang baik kepada generasi muda H2 Mengurangkan masalah sosial dan kes jenayah F3 Membentuk sikap saling menghormati antara satu sama lain H3 Menjamin keharmonian masyarakat F4 Mengikis sikap pentingkan diri sendiri H4 Menerapkan perilaku mulia dalam kehidupan Peribadi Mulia Hiasan Diri UNIT 2 Semak Cepat 2.1 1 Sifat baik dan terpuji yang dimiliki oleh individu 2 (a) Bercakap dengan nada yang perlahan (b) Menghormati orang tua (c) Saling menyayangi sesama manusia 3 Dipandang rendah oleh masyarakat Semak Cepat 2.2 1 Mempraktikkan keperibadian mulia terhadap diri sendiri, keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan negara 2 (a) Menyanyikan lagu kebangsaan (b) Melukis poster (c) Larian sempena hari kemerdekaan (d) Pertandingan pidato/sketsa 3 Individu cenderung untuk melakukan perbuatan negatif yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarga Semak Cepat 2.3 1 Tidak mudah terpengaruh dengan tabiat negatif 2 (a) Tidak mempunyai ketenangan jiwa (b) Melakukan perkara negatif (c) Disisihkan dalam masyarakat (d) Gagal mencapai matlamat dalam hidup Semak Cepat 2.4 1 Mendisiplinkan diri untuk bersederhana dan tidak berlebihan semasa berbelanja untuk mengelakkan pembaziran 2 (a) Membuat keputusan terburu-buru (b) Menimbulkan pelbagai masalah (c) Menyebabkan pertelingkahan 3 Menjadi punca perpecahan masyarakat Praktis SPM 2 Soalan Subjektif 1 (a) F1 Bertanggungjawab H1 Memikul tugas menjaga tempat tersebut bersama-sama agar dapat digunakan untuk jangka masa panjang F2 Rasional H2 Berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan. Tindakan merosakan tempat tersebut merugikan semua pihak (b) F1 Kurang kasih sayang daripada ibu bapa F2 Melepaskan tekanan F3 Pengaruh rakan sebaya (c) F1 Memberi nasihat supaya menghentikan perbuatan tersebut F2 Melaporkan kepada pihak polis (d) F1 Tidak merosakan harta benda awam F2 Mengunakan perkhidmatan tersebut dengan cara yang betul 2 (a) F1 Kasih sayang F2 Bekerjasama (b) F1 Tenang menghadapi masalah F2 Menjaga percakapan supaya tidak menyakiti perasaan orang lain F3 Mudah untuk menyesuaikan diri dalam apa jua situasi RS P Moral Tg45(Jaw).indd 235 30/03/2023 8:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
236 F4 Disenangi rakan-rakan (c) F1 Berlaku perselisihan faham dan pergaduhan F2 Individu yang pentingkan diri sendiri akan dipulaukan masyarakat (d) (i) Bercakap dengan nada yang sopan (ii) Berfikiran positif (iii) Memberi bantuan dengan ikhlas (iv) Membuang prejudis dan prasangka Soalan Esei 1 Ibu bapa F1 Memberi nasihat dan tunjuk ajar H1 Teguran untuk menghormati orang lain dan cara beradab di rumah orang F2 Mengajar anak-anak cara beradab H2 Cara bercakap juga perlu dijaga dengan baik Pihak sekolah F3 Menanam nilai melalui mata pelajaran moral, sejarah dan sivik F4 Mengadakan bulan bahasa dan budi bahasa H4 Sambutan ini akan menyedarkan pelajar tentang kepentingan berbudi bahasa kepada masa hadapan negara F5 Mengajar kebaikan dan menunjukkan contoh yang baik H5 Teladan yang baik akan membentuk remaja yang berbudi bahasa Kerajaan F6 Mengadakan kempen berbudi bahasa F7 Mencipta lagu berbudi bahasa Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan UNIT 3 Semak Cepat 3.1 1 Sikap dan tingkah laku individu dalam hubungan antara manusia untuk menegakkan kesaksamaan dengan keseimbangan dalam pemikiran, pertuturan, perasaan dan perlakuan 2 Perlakuan yang memberikan pertimbangan moral dalam melaksanakan peranan atau kewajipan terhadap orang lain. 3 (a) Bersikap tidak berat sebelah (b) Layanan sama rata (c) Menghormati hak individu (d) Adil dalam mengagihkan sumbangan (e) Rasional 4 Prinsip keprihatinan Semak Cepat 3.2 1 Tidak menjejaskan kepentingan diri dan orang lain 2 Mengelakkan diri menjadi mangsa keadaan, menjamin keamanan dan mendapat keprihatinan sewajarnya 3 (a) Mengenal pasti konflik atau permasalahan yang timbul (b) Membuat pertimbangan moral (c) Membuat keputusan dalam pemilihan prinsip keadilan atau prinsip keprihatinan (d) Justifikasi kewajaran dalam membuat keputusan Praktis SPM 3 Soalan Subjektif 1 (a) F1 Terpengaruh dengan rakan sebaya H1 Rakan sebaya yang sentiasa memberi bekalan dadah percuma lama-kelamaan menyebabkan ketagihan F2 Perasaan ingin cepat kaya H2 Jual dadah adalah jalan pintas mengumpulkan kekayaan jangka masa singkat (b) F1 Dadah adalah punca jenayah meningkat H1 Remaja yang mengambil dadah tidak dapat bekerja dan akan melakukan pelbagai jenayah untuk mendapatkan wang untuk membeli dadah F2 Penyebaran penyakit H2 Dadah merupakan punca utama penyakit Aids. Penyakit ini berjangkit kepada sesiapa sahaja yang berkongsi jarum suntikan dadah. (c) F1 Tindakan yang terburu-buru merugikan diri sendiri F2 Keputusan yang dibuat tidak mencapai matlamat yang diingini 2 (a) F1 Perasaan sedih F2 Tindakan mahkamah adalah wajar menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah F3 Hukuman tersebut adalah untuk membela nasib suri rumah F4 Hukuman tersebut adalah amaran kepada orang lain agar tidak melakukan perkara yang sama (b) F1 Bertanggungjawab H1 Hakim bertanggungjawab memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna F2 Kes tersebut melibatkan kes bunuh dan kematian yang kejam H2 Hakim bertanggungjawab memberi hukuman yang setimpal (c) F1 Nilai kasih sayang dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas F2 Dapat membentuk negara yang aman damai Soalan Esei 1 F1 Setuju F2 Mangsa buli tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran H2 Menyukarkan mangsa untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas F3 Mereka akan menjadi pasif dan tidak ceria H3 Mereka tidak berani berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru F4 Mereka lebih suka menyendiri sambil memikirkan nasib mereka yang malang H4 Perbuatan ini boleh menyebabkan mangsa tertekan dan ketakutan F5 Pelajar yang dibuli akan berasa takut dan tidak berani datang ke sekolah lagi H5 Mangsa buli bertindak luar batasan untuk menamatkan penderitaan yang mereka tanggung Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika UNIT 4 Semak Cepat 4.1 1 Sistem yang membolehkan pengumpulan maklumat, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk 2 (a) Tidak menyebarkan maklumat palsu (b) Tidak menceroboh dan menyebarkan virus (c) Tidak mengeksplotasi maklumat dan data peribadi pihak lain (d) Berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul (e) Berkomunikasi secara berhemah 3 Rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain 4 Akta Hak Cipta 1987 Semak Cepat 4.2 1 (a) Lazada (b) Shopee (c) Mudah (d) Zalora (e) Carousell 2 Persidangan yang berlangsung dengan para pesertanya berkomunikasi antara satu dengan yang lain dari tempat-tempat jauh yang berlainan melalui rangkaian televisyen, video, telefon dan sebagainya 3 Satelit bumi Semak Cepat 4.3 1 (a) Nama penuh (b) Nombor kad pengenalan (c) Jantina (d) Bangsa (e) Mencipta kata laluan 2 Pengusaha mendedahkan pengguna kepada bahaya serta kemudaratan 3 Dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan Akta Hak Cipta 1987 Semak Cepat 4.4 1 (a) Penyebaran maklumat yang tidak tepat (b) Isu keselamatan (c) Serangan virus yang melumpuhkan sistem komputer (d) Terdedah kepada unsur-unsur negatif (e) Ketagihan penggunaan 2 Waktu belajar yang telah diperuntukkan terjejas disebabkan leka bermain gadget Praktis SPM 4 Soalan Subjektif 1 (a) F1 Berlaku salah faham antara keduadua pihak F2 Boleh merugikan sebelah pihak (b) F1 Telegram F2 Whatsapp F3 Video call RS P Moral Tg45(Jaw).indd 236 30/03/2023 8:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
237 (c) F1 Penipuan dalam talian (scammer) F2 Melayari laman web pornografi F3 Mengodam maklumat perbankan F4 Menjatuhkan imej seseorang F5 Memalsukan maklumat (d) F1 Memberikan maklumat yang betul berkaitan dengan diri F2 Tidak mengubahsuai maklumat atau data yang dikongsi 2 (a) F1 Kejujuran F2 Rasional F3 Bertanggungjawab (b) F1 Mengelakkan diri dari dikenakan tindakan undang undang F2 Pihak yang tertipu boleh mengambil tindakan dengan memberi saman dan menuntut ganti rugi F3 Menambahkan keyakinan masyarakat untuk menggunakan sumber internet yang tepat dan benar. maklumat yang benar dapat menguntungkan semua pihak (c) F1 Membina laman web palsu yang merugikan semua pihak F2 Mengedit gambar atau maklumat bertujuan menjatuhkan imej dan merugikan sesuatu pihak lain (d) (i) Dikenakan tindakan undang undang seperti saman (ii) Menjatuhkan imej diri dan keluarga Soalan Esei 1 F1 Jangan beli barang jika harga terlalu murah H1 Jika harga yang ditawarkan terlalu murah, berhenti berkomunikasi dengan penjual F2 Buat kaji selidik tentang penjual H2 Sebelum membuat bayaran, sila buat kaji selidik mengenai penjual sama ada dengan bertanya dengan kawan atau membuat carian di internet F3 Lihat dengan teliti gambar yang disertakan H3 Didalam iklan yang dibuat penjual pada kebiasaannya ada disertakan gambar koleksi yang ingin dijual F4 Jika penjual baru, buat COD sahaja H4 Membeli dengan penjual yang tidak dikenali, pastikan beliau boleh menerima Cash on Delivery (COD) F5 Jika anda rasa tertipu, bersuaralah H5 Urusan jual beli yang berakhir dengan penipuan amat sukar untuk diketahui kerana pembeli yang ditipu berdiam diri Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri UNIT 5 Semak Cepat 5.1 1 Sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi dan boleh dipercayai 2 Sifat utama yang dapat melahirkan jati diri produktif dan berkualiti dalam setiap perlakuan 3 Kemungkinan besar berlaku salah guna kuasa dan berlaku gejala rasuah Semak Cepat 5.2 1 (a) Melahirkan modal insan (b) Menjamin hasil kerja yang berkualiti (c) Memelihara dan memperkasa imej diri dan keluarga (d) Mengelakkan diri daripada penyalahgunaan kuasa (e) Membentuk keperibadian individu dan jati diri bangsa 2 Modal insan menjadi pengerak kepada pembangunan negara 3 Melakukan tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan tidak menyeleweng Semak Cepat 5.3 1 (a) Ketinggalan terhadap isu-isu di kawasan setempat (b) Tidak dapat menyertai aktiviti kemasyarakatan 2 (a) Peningkatan kes jenayah (b) Peningkatan kawasan perumahan setinggan (c) Penularan penyakit berjangkit yang dibawa dari negara asal 3 (a) Meningkatkan sektor ekonomi (b) Membuka peluang pekerjaan Semak Cepat 5.4 1 (a) Mencapai moksya (b) Melakukan banyak perkara-perkara kebaikan 2 (a) Sikap tamak dan pentingkan diri sendiri (b) Pertimbangan materialistik melampaui batas pertimbangan moral Praktis SPM 5 Soalan Subjektif 1 (a) Tindakan atau perbuatan yang jujur yang boleh menimbulkan keyakinan dan kepercayaan orang terhadap kita (b) F1 Dihalang untuk meneruskan peperiksaan H1 Pelajar tersebut tidak boleh menamatkan kertas tersebut F2 Markah peperiksaan kertas tersebut tidak diambil kira. H2 Gagal dalam peperiksaan tersebut (c) F1 Ibu bapa berperanan memberi nasihat berkaitan nilai murni F2 Anak-anak ditanam dengan nilai murni agar lebih beradab F3 Kerajaan menjalankan kempen kesedaran beradab sopan (d) F1 Tindakan pecah amanah merugikan semua pihak dan memecahkan-belahkan perpaduan F2 Menjatuhkan imej organisasi dan negara 2 (a) F1 Kejujuran F2 Rasional F3 Bertanggungjawab (b) F1 Menunjukkan sikap dan keperibadian mulia yang dimiliki F2 Dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain F3 Bekerja dengan yakin dan bersih dari unsur penipuan F4 Membina hubungan yang lebih harmoni dan mesra dengan masyarakat (c) (i) Masyarakat atau organisasi akan hilang kepercayaan dan keyakinan kepada kita (ii) Dikenakan tindakan undangundang contohnya rasuah dan pecah amanah (d) (i) Menjalankan kempen kesedaran tentang kepentingan nilai integriti (ii) Pendedahan sikap integriti dalam mata pelajaran di sekolah Soalan Esei 1 F1 Menunjukkan sikap dan keperibadian mulia H1 Menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain F2 Bekerja dengan yakin dan bersih dari unsur penipuan H2 Masalah penipuan, rasuah dan pecah amanah dapat dikurangkan dari kalangan pekerja kerajaan/swasta F3 Membina hubungan yang lebih harmoni dan mesra dengan masyarakat H3 Masyarakat yang harmoni dapat membentuk keamanan dan kedamaian kepada generasi seterusnya F4 Bertindak dan membuat keputusan yang menguntungkan semua pihak H4 Orang berintegriti tidak mementingkan diri sendiri tetapi membuat keputusan agar semua pihak mendapat manfaat Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani UNIT 6 Semak Cepat 6.1 1 Pembinaan keluarga yang bahagia, utuh dan penyayang berlandaskan nilai murni 2 (a) Hubungan erat (b) Penyayang (c) Amanah (d) Bertanggungjawab (e) Kuat pegangan agama (f ) Saling menghormati 3 Sikap menerima persamaan dan perbezaan agama dan budaya sesuatu kaum dengan rela hati Semak Cepat 6.2 1 (a) Menjadikan pegangan agama sebagai asas yang kukuh dalam pembinaan keluarga (b) Menjaga kerahsiaan keluarga (c) Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai suami, isteri dan anak-anak (d) Menunjukkan teladan yang baik kepada keluarga (e) Memupuk perasaan kasih sayang dan hubungan baik dalam keluarga 2 Empati merupakan daya menyelami dan memahami perasaan orang lain dan kasihan ialah rasa simpati terhadap sesuatu perkara yang berlaku 3 Sedih dengan sikap anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa RS P Moral Tg45(Jaw).indd 237 30/03/2023 8:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
238 Semak Cepat 6.3 1 Memperingati dan menghargai anggota keluarga 2 Sikap seseorang yang tidak adil atau memihak kepada orang lain untuk sesuatu sebab atau tiada sebab tertentu 3 (a) Berkelah (b) Riadah petang (c) Melawat orang sakit (d) Pergi ke rumah ibadat (e) Membeli belah di pasar raya Semak Cepat 6.4 1 (a) Kerosakan akhlak dalam kalangan anggota keluarga (b) Penglibatan keluarga dalam gejala sosial (c) Meruntuhkan institusi kekeluargaan (d) Diskriminasi dalam keluarga (e) Rumah tangga porak peranda 2 (a) Kurang kasih sayang (b) Tiada tempat mengadu masalah (c) Hilang tempat bergantung Semak Cepat 6.5 1 (a) Memberi angpau semasa perayaan (b) Menghias kolam (c) Memasang pelita semasa malam perayaan (d) Membakar mercun 2 (a) Masalah diselesaikan dengan cara baik (b) Penyelesaian terbaik dapat dibuat Praktis SPM 6 Soalan Subjektif 1 (a) Sedih kerana ibu bapa sentiasa bergaduh dan tertekan dengan keadaan tersebut (b) F1 Menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan rumah kepada keluarga F2 Memberikan kasih sayang seperti melayan dan mendidik anak-anak agar bersidiplin (c) F1 Emosi anak anak menjadi tidak stabil F2 Menjejaskan pembelajaran anakanak (d) F1 Melaporkan kepada datuk dan nenek tetang situasi yang berlaku F2 Mencadangkan ibu bapa untuk berjumpa kaunselor bagi menyelesaikan masalah 2 (a) Tidak wajar kerana mempunyai risiko untuk diculik dan dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab (b) F1 Inginkan hidup bebas F2 Merasa diri terkongkong F3 Ibu bapa yang tidak memahami perasaan anak-anak F4 Pujukan teman lelaki (c) F1 Ibu bapa sentiasa menasihati tentang perkara yang baik terhadap anak-anak F2 Bercakap dan bertindak jujur untuk mendapatkan kepercayaan F3 Membentuk keluarga penyayang (d) F1 Ibu bapa akan berasa sedih F2 Imej diri dan keluarga akan tercemar Soalan Esei 1 F1 Kempen kesedaran tentang masalah penderaan kanak-kanak H1 Menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka terhadap keluarga F2 Berbincang bersama-sama dan mengatasi masalah bersama-sama H2 Mengawal emosi semasa marah agar tidak melepaskan tekanan terhadap anak-anak F3 Ibu bapa bertanggungjawab untuk membesarkan anak-anak H3 Memberi pendidikan yang sempurna kepada kanak-kanak F4 Pihak kerajaan juga harus menguatkuasa undang-undang supaya melindungi hak kanak-kanak H4 Kanak-kanak berhak untuk mendapatkan keselamatan, pendidikan dan keperluan asas Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera UNIT 7 Semak Cepat 7.1 1 Sifat wajar bagi manusia seperti bertimbang rasa, tolong-menolong dan mengasihani 2 Daya menyelami perasaan dan emosi orang lain seperti membantu bencana alam dengan memberikan sokongan moral dan emosi 3 (a) Bertimbang rasa terhadap orang lain (b) Menolong orang lain di dalam kesusahan (c) Mengasihani orang kurang bernasib baik (d) Menolong haiwan di dalam kesusahan (e) Tidak mendera haiwan Semak Cepat 7.2 1 (a) Banjir (b) Kemarau (c) Tsunami (d) Ribut taufan 2 Membentuk suasana yang tidak sihat ditempat kerja dan kualiti kerja merosot 3 Peningkatan suhu di kawasan setempat dan berlaku hakisan tanah dan banjir lumpur Semak Cepat 7.3 1 Kemerosotan alam sekitar memudaratkan kesihatan manusia 2 (a) Bertukar juadah makanan (b) Melawat jiran ketika sakit (c) Sentiasa bertegur sapa (d) Mengambil berat keadaan jiran 3 (a) Bertindak bertentangan dengan norma (b) Berfikiran negatif (c) Pentingkan diri sendiri (d) Keputusan yang dibuat merugikan diri Semak Cepat 7.4 1 Hubungan menjadi renggang disebabkan sikap anak-anak yang tidak mengenang jasa dan budi warga tua yang telah banyak berkorban 2 (a) Kepupusan flora dan fauna (b) Peningkatan suhu setempat (c) Kesihatan terjejas (d) Ancaman cuaca ekstrim (e) Ancaman haiwan liar 3 (a) Hak kanak-kanak diabaikan (b) Tekanan perasaan anak-anak (c) Masa hadapan terjejas (d) Melahirkan modal insan yang bersikap negatif Praktis SPM 7 Soalan Subjektif 1 (a) Sedih, ibu bapa tidak ada perasaan belas kasihan terhadap anak-anak yang bertindak mendera dengan penuh kejam (b) F1 Rasional H1 Ibu bapa perlu bertindak wajar melindungi anak mereka kerana anak-anak tiada kekuatan untuk melindungi diri mereka F2 Bertanggungjawab H2 Ibu bapa juga perlu menjalankan tugas melindungi anak-anak mereka dari sebarang bahaya dan bukannya mendera (c) F1 Melaporkan kepada pihak polis tentang kes tersebut F2 Melindungi dan merawat kanak-kanak tersebut sebelum mendapatkan bantuan (d) F1 Menjaga keharmonian manusia. H1 Sikap perikemanusiaan membolehkan kita hidup berkasih sayang antara satu sama lain F2 Menjadikan manusia prihatin terhadap masalah yang berlaku terhadap mereka yang tidak bernasib baik 2 (a) F1 Meraikan hari penting dalam hidup warga tua F2 Menghargai jasa warga tua mendidik dan membesarkan anakanak F3 Memberi kegembiraan kepada warga tua F4 Menunjukkan rasa prihatin dan ambil berat anak-anak terhadap warga tua (b) F1 Menjaga mereka dengan penuh kasih sayang F2 Menemani dan berbual dengan mesra (c) F1 Melahirkan nilai-nilai murni dan norma masyarakat F2 Bertindak dengan fikiran yang rasional dan mempunyai perasaan kasih sayang terhadap semua benda hidup di dunia F3 Memandu manusia ke arah kesejahteraan negara dan dunia F4 Melahirkan individu, keluarga dan negara yang mempunyai nilai kasih sayang Soalan Esei 1 F1 Menziarahi, bertanya khabar serta memberi sedikit makanan H1 Merasai ada insan yang masih mengambil berat terhadap mereka F2 Memberikan bantuan keperluan asas H2 Dapat digunakan ketika memerlukan F3 Melaporkan kes kepada pejabat kebajikan masyarakat untuk diambil tindakan RS P Moral Tg45(Jaw).indd 238 30/03/2023 8:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.