The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-11-15 20:36:13

Lembaran PBD BM Thn 5

WM: RM6.50/ EM: RM6.90

PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Jadual Rekod Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu KSSR (Semakan) Tahun 5 TEMA 1 : Kemasyarakatan Tutorial Video Vdi eo Tutorial 9 LK1 – LK9 Unit 1: Masyarakat Penyayang Unit 2: Kerjasama Eratkan Hubungan Unit 3: Masyarakat Celik Ilmu TEMA 2 : Kesihatan dan Kebersihan LK10 – LK18 Unit 4: Bahaya dalam Senyap Unit 5: Kebersihan Diri dan Persekitaran Unit 6: Minda Sihat TEMA 3 : Keselamatan LK19 – LK27 Unit 7: Bijak Bertindak Unit 8: Awasi Langkahmu Unit 9: Beringat Sebelum Terkena TEMA 4 : Perpaduan Tutorial Video Vdi eo Tutorial 29 LK28 – LK35 Unit 10: Memupuk Perpaduan Unit 11: Meraikan Penyatuan Unit 12: Jalinan Perpaduan TEMA 5 : Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaan LK36 – LK44 Unit 13: Sikap Bertanggungjawab Unit 14: Sayangi Malaysia Unit 15: Keranamu Malaysia TEMA 6 : Sains, Teknologi dan Inovasi Tutorial Video Vdi eo Tutorial 52 LK45 – LK52 Unit 16: Sains dan Kehidupan Unit 17: Mesra Teknologi Unit 18: Inovasi Bertambah Mutu TEMA 7 : Kelestarian Alam LK53 – LK60 Unit 19: Ceriakan Buana Kita Unit 20: Selamatkan Alam Kita Unit 21: Teknologi Hijau TEMA 8 : Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan LK61 – LK66 Unit 22: Ekonomi Dinamik Unit 23: Usahawan Berwawasan Unit 24: Pintar Kewangan TEMA 9 : Integriti LK67 – LK72 Unit 25: Insan Berketerampilan Unit 26: Dahulukan yang Utama Unit 27: Hormati Hak Sesama Kita Kandungan Lembaran PBD BM T5-Prelims (LLH).indd 7 9/25/2023 5:42:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 1 : Kemasyarakatan Lembaran Kerja 1 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons. Baca petikan di bawah. Kemudian, berikan respons terhadap maklumat tersurat. Persatuan Penduduk Taman Harmoni telah melancarkan Program Gerobok Rezeki di pekarangan Balai Raya Taman Harmoni. Program Gerobok Rezeki memberi peluang kepada penduduk untuk berkongsi rezeki. Di samping itu, program ini dapat meringankan bebanan mereka yang memerlukan. Program itu mendapat sokongan daripada seluruh penduduk Taman Harmoni. Selain menyumbangkan tenaga, mereka juga aktif mengumpulkan barangan keperluan harian untuk diletakkan di Gerobok Rezeki. Makanan yang boleh disumbangkan ialah makanan kering dan makanan basah. Antaranya ialah beras, biskut, telur, buah-buahan dan sayur-sayuran. Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana kesepakatan yang kukuh oleh semua pihak. Isi Tersurat Respons Program ini dapat meringankan bebanan mereka yang memerlukan. Membantu – orang miskin – anak yatim – orang tua Kita mestilah membantu orang miskin, anak yatim dan orang tua bagi meringankan kesusahan mereka. Program itu mendapat sokongan daripada seluruh penduduk Taman Harmoni. Menyokong – dianjurkan – kesejahteraan Kita perlu menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh penduduk untuk kesejahteraan masyarakat. Makanan yang boleh disumbangkan ialah makanan kering dan makanan basah. Makanan – penting – kelangsungan hidup Makanan sangat penting kepada semua manusia untuk kelangsungan hidup. Unit 1 Halaman Buku Teks: 2 – 6 Masyarakat Penyayang Kemahiran: Membaca Untitled-5 1 9/25/2023 6:10:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 1 : Kemasyarakatan Lembaran Kerja 2 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 1 Halaman Buku Teks: 2 – 6 Masyarakat Penyayang Kemahiran: Menulis Tulis petikan di bawah menggunakan tulisan berangkai dengan kemas. Penduduk Taman Harmoni bersepakat untuk mengadakan Projek Taman Rekreasi. Mereka menanam pokok dan membaik pulih alat-alat permainan yang telah rosak. Setiap ahli komuniti membawa anak pokok, baja dan peralatan untuk bertukang. Mereka juga mendapat kerjasama daripada majlis perbandaran dari segi sumbangan anak pokok dan peralatan permainan baharu. Aktiviti tersebut telah selesai dengan sempurnanya. Pokok-pokok di taman kembali menghijau dan alat-alat permainan telah digantikan semula. Suasana di taman rekreasi semakin ceria. Semua penduduk berasa bangga dengan usaha mereka berganding bahu dalam menjayakan projek tersebut. Penduduk Taman Harmoni bersepakat untuk mengadakan Projek Taman Rekreasi. Mereka menanam pokok dan membaik pulih alat-alat permainan yang telah rosak. Setiap ahli komuniti membawa anak pokok, baja dan peralatan untuk bertukang. Mereka juga mendapat kerjasama daripada majlis perbandaran dari segi sumbangan anak pokok dan peralatan permainan baharu. Aktiviti tersebut telah selesai dengan sempurnanya. Pokok-pokok di taman kembali menghijau dan alat-alat permainan telah digantikan semula. Suasana di taman rekreasi semakin ceria. Semua penduduk berasa bangga dengan usaha mereka berganding bahu dalam menjayakan projek tersebut. SP 3.1.1 Menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai. Peta Pemikiran 1 Murid-murid menjalankan aktiviti ini secara berkumpulan. 2 Guru meminta murid menyenaraikan aktiviti yang dapat mewujudkan masyarakat penyayang. 3 Murid diminta menyenaraikan jawapan mereka dalam bentuk peta pemikiran. 4 Seorang wakil diminta membentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas. PdPc PdPc Aktiviti PAK-21 Aktiviti PAK-21 PAK-21 PdPc Didik Hibur Untitled-5 2 9/25/2023 6:10:18 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 1 : Kemasyarakatan Lembaran Kerja 3 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 1 Halaman Buku Teks: 2 – 6 Masyarakat Penyayang Aspek: Tatabahasa Kenal pasti kata nama am dalam petikan di bawah. Kemudian, senaraikan dalam peta bulatan. Akmal dan Chong selalu berjalan kaki pulang dari sekolah. Mereka tinggal berjiran. Pada waktu petang, mereka selalu bermain badminton bersama-sama. Pada suatu hari, Akmal dan Chong ternampak seekor anak kucing terjatuh ke dalam longkang. Akmal menyelamatkan anak kucing tersebut. Kaki anak kucing itu luka. Tanpa membuang masa, mereka membawa anak kucing tersebut ke klinik haiwan. Doktor memeriksa keadaan anak kucing itu lalu memberi ubat. Mereka membawa anak kucing itu ke rumah Akmal. Anak kucing itu kelihatan lapar. Akmal memberi anak kucing itu minum susu. Selepas itu, Akmal memandikan anak kucing itu. Akmal menyediakan sangkar untuk anak kucing itu tidur dan berehat. Pada waktu petang, Akmal dan Chong membawa anak kucing itu ke taman permainan dan bermain dengannya. Mereka sepakat memberi nama anak kucing itu, Si Manja. Kata Nama Am kaki sekolah badminton taman permainan anak kucing klinik haiwan doktor ubat rumah longkang susu sangkar Buku Teks Guru Internet Rakan-rakan SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks; (i) kata nama am. Peta Bulatan Untitled-5 3 9/25/2023 6:10:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 1 : Kemasyarakatan Lembaran Kerja 4 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 2 Halaman Buku Teks: 7 – 12 Kerjasama Eratkan Hubungan Kemahiran: Membaca Baca petikan di bawah. Kemudian, berikan respons terhadap maklumat tersurat. Kerjasama yang terjalin dalam kalangan penduduk Taman Harmoni sangat erat. Semua program dan aktiviti yang diadakan berjalan dengan lancar. Persatuan penduduk sangat cakna akan kesihatan dan kesejahteraan penduduk. Mereka sangat prihatin antara satu sama lain. Sekiranya ada penduduk yang kurang sihat, mereka akan mengambil berat dan mendoakan kesejahteraannya. Selain itu, mereka turut mewujudkan tabung bantuan. Hasil sumbangan dan derma akan diberikan kepada golongan yang memerlukan Bantuan ini dapat meringankan beban dan kesusahan yang dihadapi oleh jiran-jiran. Di samping itu, mereka juga menganjurkan sukaneka. Pelbagai acara sukaneka dianjurkan untuk kanak-kanak dan dewasa. Jadi, tidak hairanlah Taman Harmoni menerima Anugerah Contoh Perpaduan daripada kerajaan negeri. SP 2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons. Isi Tersurat Respons Semua program dan aktiviti yang diadakan berjalan dengan lancar. bekerjasama – program – dianjurkan Kita perlu bekerjasama untuk menjayakan program yang dianjurkan. Persatuan penduduk sangat cakna akan kesihatan dan kesejahteraan para penduduk. ambil peduli – kesihatan – jiran – harmoni Kita harus ambil peduli tentang kesihatan jiran-jiran agar hidup lebih harmoni. Hasil sumbangan dan derma akan diberikan kepada golongan yang memerlukan. meringankan beban – kesusahan Kita harus membantu meringankan beban jiran yang berada dalam kesusahan. Untitled-5 4 9/25/2023 6:10:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 1 : Kemasyarakatan Lembaran Kerja 5 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 2 Halaman Buku Teks: 7 – 12 Kerjasama Eratkan Hubungan Kemahiran: Menulis Teliti maklumat di bawah. Kemudian, jawab semua soalan. Ceramah Masyarakat Penyayang Tarikh: 24 Mac 20__ Masa: 8:00 pagi – 12:00 tengah hari Sasaran: Penduduk Taman Harmoni Penceramah: Profesor Haji Kassim bin Hussein (Pakar Kaunseling) Matlamat • Melahirkan masyarakat yang penyayang • Mengeratkan hubungan kejiranan Atur cara 8:00 pagi: taklimat 8:15 pagi: ketibaan penceramah 8:30 pagi: sesi ceramah 11:30 pagi: cabutan bertuah 12:00 tengah hari: jamuan tengah hari dan bersurai 1 Bilakah ceramah itu akan diadakan? Ceramah itu akan diadakan pada 24 Mac 20___. 2 Apakah matlamat ceramah itu diadakan? Mengapakah ceramah perlu diadakan untuk penduduk Taman Harmoni? Matlamat ceramah itu adalah untuk melahirkan masyarakat yang penyayang serta mengeratkan hubungan kejiranan. 3 Adakah program seperti ini sesuai diadakan pada hari Ahad? Mengapa? Ya. Program seperti ini sesuai diadakan pada hari Ahad kerana kebanyakan penduduk tidak bekerja pada hari itu. 4 Pada pendapat kamu, apakah faedah-faedah yang akan diperoleh daripada ceramah tersebut? Pada pendapat saya, antara faedah yang akan diperoleh ialah kita akan mengetahui cara-cara menjadi masyarakat yang penyayang serta kepentingan menjadi masyarakat yang penyayang. SP 3.2.1 Membina atau menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada sesuatu bahan multimedia. Untitled-5 5 9/25/2023 6:10:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 1 : Kemasyarakatan Lembaran Kerja 6 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 2 Halaman Buku Teks: 7 – 12 Kerjasama Eratkan Hubungan Aspek: Tatabahasa SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks (ii) kata nama khas. Lengkapkan ayat di bawah dengan kata nama khas yang betul. Profesor Harraz Tuan Haji Rahim Doktor Laila Inspektor Lim Rally Robin 1 Murid duduk dalam kumpulan. 2 Guru memberikan topik “Program Gotong-royong Membersihkan Taman Perumahan”. 3 Setiap ahli kumpulan berbincang secara berpasangan. 4 Murid memberikan respons secara bergilir-gilir dengan pasangan. PdPc PdPc Aktiviti PAK-21 Aktiviti PAK-21 PAK-21 PdPc 1 Profesor Harraz bertugas di Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya. 2 Rawatan pergigian yang diberikan oleh Doktor Laila amat berkesan. 3 Mereka melaporkan kejadian pecah rumah itu kepada Inspektor Lim . 4 Lelaki muda daripada kerabat diraja Perak itu bernama Tengku Izzudin . 5 Datin Munirah sudah berkahwin dengan Datuk Mansor selama 30 tahun. 6 Adrina menghadiahi Cikgu Lokman sebatang pen bersempena dengan Hari Guru. 7 Datuk saya yang baru pulang daripada mengerjakan haji dipanggil Tuan Haji Rahim . 8 Tetamu kehormat dalam majlis perkahwinan yang gilang-gemilang itu ialah Tan Sri Aiman . Datuk Mansor Tan Sri Aiman Tengku Izzudin Cikgu Lokman Untitled-5 6 9/25/2023 6:10:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 1 : Kemasyarakatan Lembaran Kerja 7 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 3 Halaman Buku Teks: 13 – 18 Masyarakat Celik Ilmu Kemahiran: Menulis SP 3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara ktitis dan kreatif. Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab semua soalan. Semua peserta dan penonton Pertandingan Video Pendek yang bertemakan masyarakat penyayang berdebar-debar. “Tempat pertama Pertandingan Video Pendek disandang oleh Haura Hayfa binti Dayyan,” umum pengacara majlis. Tepukan gemuruh memenuhi segenap ruang dewan. Haura yang sedang duduk di sebelah ibu bapanya sangat gembira. Dia seakan-akan tidak percaya akan pengumuman tersebut. “Tahniah, Haura! Kamu juara,” ujar ibunya lantas memeluk anak kesayangannya itu. Dia dan suaminya tersenyum gembira. Mereka berasa amat bangga dan bersyukur. Sepanjang pembikinan video yang bertajuk “Kasih kepada Jiran,” Haura telah menunjukkan kemahiran dan idea yang cukup kreatif. Video itu menggambarkan kasih sayang sebuah keluarga kepada jiran-jirannya. Video pendek yang dihasilkannya mendapat pujian daripada semua juri. 1 Apakah reaksi ibu Haura sejurus selepas pengumuman tentang kejayaan Haura? Sejurus selepas pengumuman tentang kejayaan Haura, ibu Haura segera memeluknya. 2 Senaraikan nilai yang boleh dicontohi daripada sikap Haura. (a) Tidak mudah berputus asa (b) Kreatif dan kritis (c) Menghormati ibu bapa 3 Adakah tajuk “Kasih kepada Jiran” menepati tema masyarakat penyayang? Jelaskan. Ya. Video yang menunjukkan kasih sayang sebuah keluarga kepada jiran-jirannya menepati tema masyarakat penyayang. 4 Pada pendapat kamu, apakah kebaikan kita menyertai pertandingan seperti itu? Pada pendapat saya, kebaikan kita menyertai pertandingan seperti itu ialah kita dapat meningkatkan kemahiran kritis dan kreatif. Selain itu, kita dapat mempelajari ilmu dalam kemahiran menyunting video yang berkualiti. Untitled-5 7 9/25/2023 6:10:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 1 : Kemasyarakatan Lembaran Kerja 8 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 3 Halaman Buku Teks: 13 – 18 Masyarakat Celik Ilmu Aspek: Seni Bahasa SP 4.2.2 Mendeklamasikan sajak dengan nada yang sesuai dan menyatakan maksud sajak. Deklamasikan sajak di bawah. Kemudian, lengkapkan maksud sajak tersebut. Masyarakat Harmoni Jauh atau dekat semua muafakat agar hidup nikmat bertambah berkat masyarakat celik ilmu sama sepakat begitulah harmoninya hidup bersyariat. Hidup bermasyarakat rukun dan damai setiap masalah dibawa bermesyuarat agar terurai kekusutan tidak melarat masyarakat berilmu harmoni dan selamat. Dalam hidup bermasyarakat masing-masing mempunyai hajat tolong-menolong selagi ada kudrat bergotong-royong sama-sama buat. Biarpun kita berbeza adat biarpun kita berlainan pendapat kita tetap satu hati, satu jiwa, satu rasa nikmatnya kita kongsi bersama. Kita perlu hidup (1) bermuafakat tidak mengira usia demi keharmonian bersama. ✒ Kita perlu berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, hidup kita akan (2) harmoni dan (3) selamat . ✒ Kita perlu sentiasa (4) tolong-menolong dan (5) bergotong-royong melakukan sesuatu perkara. ✒ Walaupun kita berbeza bangsa dan budaya, kita perlu (6) bersatu hati, bersatu jiwa dan rasa untuk berkongsi nikmat yang sama . ✒ Didik Hibur Untitled-5 8 9/25/2023 6:10:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 1 : Kemasyarakatan Lembaran Kerja 9 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 3 Halaman Buku Teks: 13 – 18 Masyarakat Celik Ilmu Aspek: Tatabahasa SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks; (iv) penjodoh bilangan. Bina ayat berdasarkan gambar dan perkataan di bawah. 1 2 3 4 5 kaki cendawan pokok Beberapa kaki cendawan tumbuh pada batang pokok itu. Nelayan itu sedang menjahit serawan jala yang koyak. Puan Ainun meletakkan sesikat pisang emas di atas meja. Suhara memetik sekuntum bunga ros di halaman rumahnya. Wahida membeli seutas jam tangan untuk anaknya. Video Tutorial nelayan menjahit jala sesikat pisang memetik sekuntum bunga membeli seutas jam tangan Untitled-5 9 9/25/2023 6:10:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran Kerja 10 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 4 Halaman Buku Teks: 24 – 30 Bahaya dalam Senyap Kemahiran: Membaca SP 2.1.2 Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan. Teliti poster di bawah. Kemudian, cari maksud perkataan tersebut di dalam kamus atau media elektronik. kerap menutup sesak berkongsi selalu menghalang sempit berpakat mendekati peralatan sempurna menyentuh menghampiri berbagai-bagai alat lengkap memegang Untitled-5 10 9/25/2023 6:10:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran Kerja 11 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 4 Halaman Buku Teks: 24 – 30 Bahaya dalam Senyap Kemahiran: Menulis SP 3.2.3 Mencatat maklumat berdasarkan bahan yang dibaca, dilihat dan didengar. Teliti poster di bawah. Kemudian, lengkapkan peta dakap. Penyakit Taun Maksud penyakit taun Tanda-tanda Langkah-langkah pencegahan Penyakit cirit-birit bawaan makanan dan air yang disebabkan oleh bakteria Vibro Colera. • Cirit-birit yang teruk • Dehidrasi yang teruk • Makan makanan yang dimasak dengan sempurna • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih • Pilih pengendali/premis makanan yang bersih • Minum air yang telah dimasak • Cuci buah-buahan atau sayur-sayuran dengan air yang bersih • Gunakan tandas yang sempurna Untitled-5 11 9/25/2023 6:10:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran Kerja 12 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 4 Halaman Buku Teks: 24 – 30 Bahaya dalam Senyap Aspek: Tatabahasa SP 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif mengikut konteks. Bina ayat berdasarkan gambar dan perkataan di bawah. 1 2 3 4 5 memakai membasuh membuang berehat berbual Amir memakai pelitup mulut dan hidung semasa berada di luar rumah. Ibu membasuh buah-buahan yang baru dibelinya di pasar. . Ayah membuang air yang bertakung di dalam pasu supaya nyamuk aedes tidak dapat membiak. Kakak berehat di halaman rumah sambil membaca buku. Abang berbual dengan rakannya di halaman rumah. pelitup mulut dan hidung buah-buahan air membaca buku rakan bertakung Kuiz Untitled-5 12 9/25/2023 6:10:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran Kerja 13 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 5 Halaman Buku Teks: 31 – 36 Kebersihan Diri dan Persekitaran Kemahiran: Membaca SP 2.2.1 Membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk membuat pertimbangan dan keputusan. Baca maklumat di bawah. Kemudian, lengkapkan perbualan. Penjagaan Kesihatan Mulut Membersihkan plak gigi atau sisa makanan dengan berkesan pada semua permukaan gigi Kegunaan Membersihkan plak gigi atau sisa makanan dengan berkesan pada semua permukaan gigi Tidak menggunakan bateri Kuasa Menggunakan bateri Murah Harga Mahal Mudah didapati di kedai-kedai runcit Cara untuk mendapatkan Hanya dijual di kedai-kedai besar Aiman : Danial, apakah kegunaan berus gigi manual dan berus gigi automatik ini? Danial : Berus gigi manual dan automatik mempunyai fungsi yang sama, iaitu membersihkan plak gigi atau sisa makanan dengan berkesan pada semua permukaan gigi. Aiman : Setelah meneliti maklumat ini, berus gigi yang manakah menjadi pilihan kamu? Danial : Saya akan memilih berus gigi manual kerana ianya tidak menggunakan kuasa bateri untuk berfungsi. Selain itu, harganya murah dan mudah didapati di kedai-kedai runcit. Berus gigi manual Berus gigi automatik Untitled-5 13 9/25/2023 6:10:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran Kerja 14 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 5 Halaman Buku Teks: 31 – 36 Kebersihan Diri dan Persekitaran Kemahiran: Menulis SP 3.2.4 Menulis teks prosa yang diimlakkan. Kenal pasti kesalahan ejaan yang terdapat dalam petikan di bawah. Kemudian, tulis semula petikan tersebut. Kita hendaklah menjage kebersihan diri dengan baik. Gosuk gigi sekorang-korangnya dua kali sehari. Kuku yang panjang juga perlu dipotong pendik. Rambut perlu dicuci dengan syampoo dan disekat dengan kemas. Pakailah pakaian yang berseh. Kita juga perlu makan makanan yang berhasiat supaye badan mendapat zat yang mencukupi. Selain itu, kita hendaklah bersenam agar tuboh kita sentiase sihat. Kita hendaklah menjaga kebersihan diri dengan baik. Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kuku yang panjang juga perlu dipotong pendek. Rambut perlu dicuci dengan syampu dan disikat dengan kemas. Pakailah pakaian yang bersih. Kita juga perlu makan makanan yang berkhasiat supaya badan mendapat zat yang mencukupi. Selain itu, kita hendaklah bersenam agar tubuh kita sentiasa sihat. The Yarn Yarn 1 Guru memberikan topik “Cara-cara Melindungi Diri daripada COVID-19”. 2 Setiap kali murid memberikan pendapat, seutas benang akan dililit pada tangannya. 3 Pada akhir perbincangan, kumpulan yang memberikan pendapat paling banyak dapat dikenal pasti. PdPc PdPc Aktiviti PAK-21 Aktiviti PAK-21 PAK-21 PdPc Didik Hibur Untitled-5 14 9/25/2023 6:10:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran Kerja 15 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 5 Halaman Buku Teks: 31 – 36 Kebersihan Diri dan Persekitaran Aspek: Tatabahasa SP 5.1.3 Memahami dan menggunakan pelbagai kata adjektif mengikut konteks. Bina ayat berdasarkan kata adjektif yang terdapat dalam gambar di bawah. bersih merah nipis segar panjang Kuiz segar bersih nipis merah panjang Nenek mencuci sayur-sayuran segar itu sehingga bersih. Kakak mengelap meja makan sehingga bersih. Ayah memakai baju yang nipis di dalam rumah agar tidak kepanasan. Adik bermain kereta kawalan jauhnya yang berwarna merah. Ibu meletakkan penyapu yang panjang itu di belakang pintu. 1 2 3 4 5 Untitled-5 15 9/25/2023 6:10:25 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran Kerja 16 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 6 Halaman Buku Teks: 37 – 43 Minda Sihat Kemahiran: Membaca SP 2.3.1 Membaca dan meneliti kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat rumusan. Baca petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan grafik dan tulis rumusan. Stres ialah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu situasi harian. Murid selalu mengalami situasi ini sama ada di sekolah mahupun di rumah. Antara punca stres dalam kalangan murid ialah persekitaran yang tidak selesa. Contohnya, bilik tidur dan meja belajar yang tidak teratur menyebabkan murid-murid berasa tidak selesa untuk belajar lalu mengakibatkan mereka stres. Selain itu, faktor keluarga yang tidak prihatin terhadap masalah murid juga menjadi punca stres. Keluarga yang sibuk bekerja dan ibu bapa yang mempunyai masalah rumah tangga menyebabkan murid berasa tertekan. Di samping itu, murid juga akan stres jika mereka menjadi mangsa gejala buli di sekolah. Pihak sekolah perlu memantau gejala ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Seterusnya, murid yang tiada masa rehat juga menyebabkan mereka stres. Contohnya, tekanan daripada guru dan ibu bapa yang sentiasa menginginkan yang terbaik dengan memberi banyak kerja sekolah. Kesimpulannya, semua murid perlu bijak mengawal stres agar sentiasa sihat dari segi mental dan fizikal. Punca-punca Murid Stres Persekitaran yang tidak selesa Keluarga yang tidak prihatin Mangsa gejala buli Tidak ada masa rehat Rumusannya, terdapat empat punca stres, iaitu [Punca 1] persekitaran yang tidak selesa, [Punca 2] keluarga yang tidak prihatin, [Punca 3] mangsa gejala buli dan [Punca 4] tidak ada masa rehat. Untitled-5 16 9/25/2023 6:10:25 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran Kerja 17 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 6 Halaman Buku Teks: 37 – 43 Minda Sihat Kemahiran: Menulis SP 3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat. Tulis karangan pidato yang bertajuk “Minda Sihat, Murid Cemerlang” berpandukan rangka karangan yang diberi. Pendahuluan Kata alu-aluan Isi 1 Maksud minda sihat – sentiasa berfikiran positif dan berusaha Isi 2 Cara menjaga minda sihat – sentiasa bersedia – membuat persediaan awal Isi 3 Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu – mengurangkan stres Isi 4 Makan makanan yang berkhasiat – badan kita akan lebih sihat dan bertenaga Penutup Minda sihat – murid cemerlang [Pendahuluan] Yang saya hormati Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan. Tajuk pidato saya pada hari ini ialah “Minda Sihat, Murid Cemerlang”. Hadirin yang saya hormati, [Isi 1] Minda sihat ialah minda yang sentiasa berfikiran positif untuk berjaya. [Huraian Isi] Murid yang ingin berjaya akan sentiasa berusaha ke arah yang lebih cemerlang. [Isi 2] Antara cara menjaga minda yang sihat ialah kita perlu sentiasa bersedia dengan cabaran yang akan dihadapi. [Huraian Isi] Kita hendaklah sentiasa membuat persediaan awal agar tidak stres untuk belajar pada saat-saat akhir. Hadirin yang dikasihi, [Isi 3] Selain itu, kita harus melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. [Huraian Isi] Aktiviti seperti ini dapat mengurangkan stres setelah penat belajar di sekolah mahupun di rumah. [Isi 4] Di samping itu, minda yang sihat boleh dibentuk dengan makan makanan yang berkhasiat. [Huraian Isi] Makanan yang berkhasiat memastikan badan kita lebih sihat dan bertenaga. [Penutup] Kesimpulannya, minda yang sihat mampu melahirkan murid yang cemerlang. [Ayat Harapan] Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat agar kita sentiasa sihat dan cemerlang. Sekian, terima kasih. Untitled-5 17 9/25/2023 6:10:25 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran Kerja 18 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 6 Halaman Buku Teks: 37 – 43 Minda Sihat Aspek: Tatabahasa SP 5.1.3 Memahami dan menggunakan pelbagai kata adjektif mengikut konteks. Garis kata adjektif yang betul. 1 Amir sangat (kecewa, benci, marah) kerana mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam Ujian Akhir Sesi Akademik. 2 Hana tidur (laju, awal, cepat) supaya badannya mendapat rehat yang secukupnya. 3 Yuki suka berjoging dan menanam pokok bunga pada masa (sempit, rapat, lapang). 4 Puan Laila berasa (terharu, cemas, malu) apabila menerima hadiah daripada anakanaknya bersempena dengan Hari Ibu. 5 Pusat peranginan yang popular itu sungguh mendamaikan kerana terletak (dekat, hampir, jauh) daripada kebisingan kota. 6 Semua kenderaan bergerak (perlahan, laju, gopoh) kerana berlaku kemalangan jalan raya di Jalan Parlimen. 7 Siti sangat (sayang, malu, risau) akan Si Putih yang comel dan lincah. 8 Mun Ying hanya berjalan kaki ke tempat kerja kerana (dekat, jauh, nyaris) dengan rumahnya. 9 Latihan bola sepak sekolah akan diadakan pada petang ini sekiranya cuaca (mendung, basah, cerah). 10 Hang Tuah sangat terkenal sebagai pahlawan Melayu yang (elok, berani, takut) pada zaman dahulu. 11 Kita hendaklah makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana (cantik, baik, lazat) untuk kesihatan. 12 Faizul memakai baju yang (ketat, nipis, besar) kerana cuaca pada hari itu agak panas. Untitled-5 18 9/25/2023 6:10:25 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 3 : Keselamatan Lembaran Kerja 19 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 7 Halaman Buku Teks: 48 – 54 Bijak Bertindak Kemahiran: Membaca SP 2.3.1 Membaca dan meneliti kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat rumusan. Baca maklumat di bawah. Kemudian, susun langkah menggunakan alat pemadam api dalam peta alir dan tulis rumusan. Langkah-langkah Menggunakan Alat Pemadam Api Langkah-langkah Menggunakan Alat Pemadam Api Langkah 1 Tarik pin keselamatan pada alat pemadam api. Langkah 2 Arahkan pemadam api kepada sumber api. Langkah 5 Lepaskan tuil selepas selesai menggunakannya. Langkah 4 Sembur pada api sehinggalah api itu semakin perlahan dan seterusnya padam. Langkah 3 Pegang pemegang, tekan ke bawah tuil hingga semburan keluar. Rumusannya, terdapat lima langkah menggunakan alat pemadam api. [Langkah 1] Pertama, tarik pin keselamatan pada alat pemadam api. [Langkah 2] Kedua, arahkan pemadam api kepada sumber api. [Langkah 3] Ketiga, pegang pemegang, kemudian tekan tuil ke bawah hingga semburan keluar. [Langkah 4] Keempat, sembur pada api sehinggalah api itu semakin perlahan dan seterusnya padam. [Langkah 5] Kelima, lepaskan tuil selepas selesai menggunakannya. Untitled-5 19 9/25/2023 6:10:27 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 3 : Keselamatan Lembaran Kerja 20 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 7 Halaman Buku Teks: 48 – 54 Bijak Bertindak Kemahiran: Menulis SP 3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat. Tulis sebuah karangan berdasarkan rangka karangan di bawah. Mulakan karangan kamu dengan “Semasa aku membaca buku di dalam bilik, tiba-tiba aku ternampak asap keluar dari cermin tingkap bahagian dapur rumah jiran. Aku terus ...” Pendahuluan Keluar bilik – memberitahu ayah – menelefon bomba Isi 1 Segera ke rumah jiran – tidak menyedari – semua di dalam bilik – berlari ke luar rumah Isi 2 Menutup semua bekalan elektrik – alat pemadam api – memadamkan api – berjaya dipadamkan Isi 3 Bomba datang – menyiasat punca kebakaran – litar pintas Isi 4 Bomba – memberi pujian – bertindak pantas – mengucapkan terima kasih Penutup Bersyukur – selamat – bomba menasihati – sentiasa menjaga keselamatan [Pendahuluan] Semasa aku membaca buku di dalam bilik, tiba-tiba aku ternampak asap keluar dari cermin tingkap bahagian dapur rumah jiran. Aku terus berlari keluar bilik lalu memberitahu ayah tentang perkara tersebut. Ayah segera menelefon bomba. [Isi 1] Aku dan ayah bergegas ke rumah jiran untuk memaklumkan kepada mereka. Jiranku tidak menyedari kejadian itu kerana pada masa itu mereka berada di dalam bilik. Mereka sekeluarga berlari keluar rumah untuk menyelamatkan diri. [Isi 2] Ayah segera menutup semua bekalan elektrik di rumah itu. Aku pula mencapai alat pemadam api lalu cuba memadamkan api yang semakin marak di bahagian dapur. Akhirnya, api berjaya dipadamkan. [Isi 3] Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba tiba. Mereka menyiasat punca kebakaran. Mereka mendapati kebakaran itu berpunca daripada litar pintas. [Isi 4] Pihak bomba memberi pujian kepada aku dan ayah kerana bertindak pantas dalam usaha memadamkan api. Jiran kami, Encik Kamil sekeluarga juga mengucapkan terima kasih kepada kami. [Penutup] Kami bersyukur kerana semua dalam keadaan selamat. Anggota bomba menasihati kami agar sentiasa menjaga keselamatan di dalam rumah. Untitled-5 20 9/25/2023 6:10:27 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 3 : Keselamatan Lembaran Kerja 21 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 7 Halaman Buku Teks: 48 – 54 Bijak Bertindak Aspek: Tatabahasa SP 5.1.3 Memahami dan menggunakan pelbagai kata adjektif mengikut konteks. SP 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks; (i) kata pemeri. Tandakan (✓) bagi kata adjektif yang betul. 1 Walaupun datuk Ramli sudah tua, kulitnya masih kerana dia mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. tegang ( ✓ ) teguh ( ✓ ) tegap ( ✓ ) 2 Adik tidak dapat menghabiskan mi goreng itu kerana terlalu . pahit ( ✓ ) kelat ( ✓ ) pedas ( ✓ ) 3 Puan Khoo melabuhkan kain batiknya yang kelihatan itu. sempit ( ✓ ) singkat ( ✓ ) tinggi ( ✓ ) 4 Bayi itu tidur dengan di pangkuan ibunya. kaku ( ✓ ) nyenyak ( ✓ ) riang ( ✓ ) 5 Bahagian hadapan kereta itu telah kerana terlanggar lori. retak ( ✓ ) kempis ( ✓ ) remuk ( ✓ ) Isi tempat kosong dengan kata pemeri yang betul. ialah adalah 1 Dr. Azhar yang berucap di perhimpunan sekolah ialah bekas murid sekolah ini. 2 Tiada siapa yang menyangka dia adalah sangat garang orangnya. 3 Tujuan Perintah Kawalan Pergerakan adalah untuk menyekat penularan wabak COVID-19. 4 Pemuda yang kita jumpa tadi ialah seorang lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia. 5 Keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah itu adalah sangat adil. Untitled-5 21 9/25/2023 6:10:27 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 3 : Keselamatan Lembaran Kerja 22 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 8 Halaman Buku Teks: 55 – 62 Awasi Langkahmu Kemahiran: Menulis SP 3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat. Tulis sebuah karangan bertajuk “Aku Sebuah Bas Sekolah” menggunakan rangka karangan di bawah. Pendahuluan Sebuah bas sekolah – tugas membawa murid ke sekolah – lahir di kilang bas Isi 1 Panjang dan berwarna oren – diperbuat daripada besi dan kaca – dihantar ke sebuah kedai pameran kenderaan Isi 2 Seorang lelaki membeli – sayang – dilengkapi tempat duduk yang selesa – mengingatkan murid-murid supaya sentiasa memakai tali pinggang keledar Isi 3 Tiba di sekolah – berhenti di kawasan khas – menjaga lalu lintas – murid turun dengan tertib dan berbaris – semua murid turun dengan selamat Isi 4 Badan aku diselenggara – dihantar ke bengkel untuk membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan – sentiasa dibersihkan – wangi dan selesa Penutup Bersyukur – harap dapat berkhidmat kepada tuanku hingga akhir hayat [Pendahuluan] Aku ialah sebuah bas sekolah. Tugasku ialah membawa murid-murid berulang-alik ke sekolah. Aku dilahirkan di sebuah kilang bas yang terletak di Pulau Pinang. [Isi 1] Tubuhku panjang dan berwarna oren. Aku diperbuat daripada besi dan kaca. Setelah siap dipasang ,aku dan rakan-rakan dihantar ke sebuah kedai pameran kenderaan. [Isi 2] Pada suatu hari, seorang lelaki telah membeli aku. Dia sangat sayang akan aku. Aku dilengkapi dengan tempat duduk yang selesa. Tuanku sentiasa mengingatkan murid-murid sekolah supaya sentiasa memakai tali pinggang keledar semasa duduk di dalam badanku. [Isi 3] Apabila tiba ke sekolah, aku akan berhenti di kawasan khas yang telah disediakan. Tuanku akan menjaga lalu lintas. Semua murid turun dengan tertib dan berbaris. Tuanku akan memastikan semua murid turun dengan selamat. [Isi 4] Setiap bulan, badan aku akan diselenggara. Aku akan dihantar ke bengkel untuk membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan. Badan aku juga sentiasa dibersihkan supaya sentiasa wangi dan selesa untuk dinaiki. [Penutup] Aku bersyukur atas jagaan tuanku. [Ayat Harapan] Aku berharap dapat membantu tuanku menghantar murid-murid ke sekolah sehingga akhir hayatku. Untitled-5 22 9/25/2023 6:10:28 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 3 : Keselamatan Lembaran Kerja 23 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 8 Halaman Buku Teks: 55 – 62 Awasi Langkahmu Aspek: Seni Bahasa SP 4.4.2 Mempersembahkan keindahan seni tulisan jawi melalui perumpamaan. Tulis perumpamaan di bawah dalam bentuk tulisan khat. Didik Hibur Untitled-5 23 9/25/2023 6:10:28 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 3 : Keselamatan Lembaran Kerja 24 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 8 Halaman Buku Teks: 55 – 62 Awasi Langkahmu Aspek: Tatabahasa SP 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks; (ii) kata penguat (iii) kata bantu. Isi tempat kosong dengan kata penguat dan kata bantu yang betul. harus masih akan sangat pernah baru dapat hendak telah sekali sungguh boleh 1 Ibu saya sangat sayang akan koleksi barangan antiknya yang telah disimpan sejak 20 tahun yang lalu. 2 Walaupun sudah lewat malam, Siti masih tekun mengulang kaji pelajarannya. 3 Kerap sungguh Aidil dan kawan-kawannya mengadakan perbincangan dalam kumpulan. 4 Pasukan sekolah Syafiq telah menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam. 5 Salmiah pernah tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu. 6 Cikgu Kalsom dan rombongan sekolah akan ke Pulau Tioman pada hujung minggu hadapan. 7 Pesawat itu mendarat dengan laju sekali lalu terbabas di hujung landasan. 8 Amir hendak ke sekolah petang nanti kerana ada latihan bola baling. 9 Sharifudin yang kuat makan itu dapat menghabiskan dua pinggan nasi ayam. 10 Kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Tan harus disiapkan sebelum waktu rehat. 11 Mereka boleh pergi ke taman permainan sekiranya dibenarkan oleh ibu. 12 Bas ekspres yang membawa rombongan itu baru tiba di Kuala Lumpur. Untitled-5 24 9/25/2023 6:10:28 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 3 : Keselamatan Lembaran Kerja 25 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 9 Halaman Buku Teks: 63 – 67 Beringat Sebelum Terkena Kemahiran: Mendengar dan Bertutur SP 1.3.1 Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai. Teliti maklumat di bawah. Kemudian, lengkapkan perbualan dan lakonkan di hadapan kelas. Cara Penipuan Internet ✒ Penipu membuat panggilan dan berlakon sebagai pegawai polis ✒ Penipu menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh mangsa, contohnya saman polis ✒ Mangsa berasa takut ✒ Mangsa berasa selamat kononnya dibantu oleh “polis” ✒ Penipu memberi tunjuk ajar cara pemindahan wang dalam talian ✒ Mangsa akan memindahkan wang tanpa berfikir panjang ✒ Penipu mendapat wang dengan mudah ✒ Wang bertukar akaun dengan cepatnya Cikgu Hadi : Alya, mula-mula sekali, apakah yang dinyatakan oleh penipu ketika membuat panggilan? Alya : Penipu akan memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai polis. Cikgu Hadi : Bagaimanakah cara penipu itu menipu mangsa? Alya : Penipu itu akan menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh mangsa, contohnya saman polis. Cikgu Hadi : Apakah perasaan penerima panggilan itu? Alya : Mangsa berasa takut dan percaya bahawa penipu itu akan membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Seterusnya, penipu itu akan memberi tunjuk ajar cara pemindahan wang dalam talian. Team Word-Web 1 Murid-murid menjalankan aktiviti ini secara berkumpulan. 2 Guru memberikan topik “Cara-cara Mewujudkan Sekolah Selamat”. 3 Murid menulis topik di tengah-tengah kertas sebak. 4 Setiap ahli kumpulan menulis idea masing-masing di atas kertas tersebut menggunakan warna pen yang berbeza menunjukkan sumbangan idea daripada mereka. PdPc PdPc Aktiviti PAK-21 Aktiviti PAK-21 PAK-21 PdPc Untitled-5 25 9/25/2023 6:10:28 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 3 : Keselamatan Lembaran Kerja 26 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 9 Halaman Buku Teks: 63 – 67 Beringat Sebelum Terkena Kemahiran: Menulis SP 3.3.2 Mengedit dan memurnikan perenggan dari aspek ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat. Edit dan murnikan petikan di bawah dari aspek ejaan, tanda baca dan imbuhan. Keselamatan di Kawasan Perkhemahan Kita perlu mengutamakan aspek keselamatan ketika menyertai aktiviti perkhemahan. Kita tidak mahu aspek keselamatan diabaikan. Kita harus memastikan keselamatan murid-murid sentiasa dalam perhatian. Pergerakan murid-murid perlu kita awasi selalu. Tambahan pula, kawasan perkhemahan itu merupakan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Di samping itu, kita harus memastikan mereka sentiasa memakai pakaian yang sesuai kerana hal ini mencerminkan imej sekolah kita. Aspek kebersihan juga perlu kita titik beratkan. Sisa-sisa makanan perlu dimasukkan ke dalam plastik sampah agar kawasan ini sentiasa bersih. Kita perlu mengutamakan aspek keselamatan ketika menyertai aktiviti perkhemahan. Kita tidak mahu aspek keselamatan diabaikan. Kita harus memastikan keselamatan murid-murid sentiase dalam perhatian? Pergerak murid-murid perlu kita awasi selalu! Tambahan pula, kawasan perkhemahan itu merupakan kawasan yang menjadi ditumpuan orang ramai? Di samping itu, kita haros memastikan mereka sentiasa memakai pakai yang sesuai kerana hal ini mencerminkan imej sekolah kita. Aspek kebersihan juga perlu kita titik beratkan. Sisa-sisa makanan, perlu memasukkan ke dalam pastik sampah agar kawasan ini sentiasa bersih? Rotating Review 1 Murid duduk dalam kumpulan. 2 Guru meminta murid menyenaraikan peralatan yang perlu dibawa ketika berkhemah. 3 Setiap kumpulan mencatat jawapan di atas kertas sebak lalu memaparkannya di tempat masing-masing. 4 Setiap kumpulan akan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain untuk menilai hasil kerja mereka. 5 Setiap kumpulan boleh membuat komen, idea tambahan atau persoalan pada kertas berkenaan menggunakan pen yang berbeza warna. PdPc PdPc Aktiviti PAK-21 Aktiviti PAK-21 PAK-21 PdPc Untitled-5 26 9/25/2023 6:10:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 3 : Keselamatan Lembaran Kerja 27 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 9 Halaman Buku Teks: 63 – 67 Beringat Sebelum Terkena Aspek: Tatabahasa SP 5.2.1 Memahami dan menggunakan kata berimbuhan mengikut konteks; (i) kata berimbuhan awalan (ii) kata berimbuhan akhiran. Pilih jawapan yang betul. 1 Pengunjung yang bercuti di Pulau Perhentian tidak melepaskan peluang untuk di lautnya yang biru. A berenang B perenang C merenangi D merenangkan 2 Kilang yang menghasilkan serondeng segera itu menggunakan teknologi moden untuk daging. A diproses B terproses C pemproses D memproses 3 Sawah padi yang terdapat di kawasan Sungai Kuala Kedah itu luas saujana mata memandang. A dibentang B terbentang C membentang D pembentangan 4 Kakak Akmal merupakan graduan Universiti Sains Malaysia. A lepasan B berlepas C terlepas D kelepasan 5 pada tangan Ahmad hanya akan dibuka setelah lukanya benarbenar sembuh. A Balutan B Berbalut C Membaluti D Membalutkan 6 Pesawat yang mengalami kerosakan itu akhirnya berjaya dengan selamat. A daratan B mendarat C pendaratan D mendaratkan 7 Puan Kalsom menasihati jirannya yang sakit itu agar segera mendapatkan di hospital. A dirawat B rawatan C merawat D jururawat 8 mencari mangsa yang hanyut di sungai itu masih dijalankan. A Gerakan B Tergerak C Bergerak D Pergerakan 9 Mereka bernyanyi sambil memetik gitar untuk setelah penat bekerja. A hiburan B berhibur C penghibur D menghibur 10 Generasi muda kini merupakan kepada kebudayaan Malaysia yang unik. A pewaris B warisan C berwaris D mewarisi Untitled-5 27 9/25/2023 6:10:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 4 : Perpaduan Lembaran Kerja 28 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 1.3.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan yang betul dan intonasi serta gaya yang sesuai. Lakonkan dialog di bawah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Unit 10 Halaman Buku Teks: 74 – 80 Memupuk Perpaduan Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Pada suatu hari, Cik Patin bersama-sama Cik Tilapia, Encik Tapah, Cik Keli, Encik Haruan, Cik Jelawat dan Encik Lampam berenang-renang untuk mencari makanan. Cik Tilapia : Cik Patin, cepat. Kita perlu berada dalam kumpulan. Ini lebih selamat jika ada buaya atau biawak besar yang lalu di sini. Cik Patin : Ya, maafkan saya. Saya terleka melihat keindahan di sini. Makanan pula banyak dan berbagai-bagai rasa. (Cik Patin kembali bersatu dalam kumpulannya. Tidak lama kemudian, Cik Patin terleka lagi. Dia tertinggal agak jauh daripada kumpulannya. Tiba-tiba dia terdengar satu jeritan.) Encik Tapah : Tolong! Tolong! Tolong! Kami terperangkap di dalam jaring. (Cik Patin bergegas ke sana.) Cik Patin : Bagaimanakah kamu semua boleh termasuk ke dalam jaring ini? Tidakkah sesiapa nampak jaring ini tadi? Cik Keli : Entahlah, tiba-tiba sahaja kami sudah berada di sini. Apakah kamu ada cara supaya kami dapat melepaskan diri? (Semua yang berada di dalam jaring itu meronta-ronta untuk keluar.) Cik Patin : Wahai, kawan-kawan sabarlah! Hanya ada satu cara, iaitu dengan permuafakatan. Kamu semua perlu bersatu dan menolak jaring itu ke dasar sungai. Kesepakatan membawa kekuatan. Saya pasti jaring itu akan terlepas daripada tangan nelayan-nelayan itu. Encik Haruan : Terima kasih, Cik Patin. Mari semua, kita mulakan sekarang! Apabila jaring itu tertarik ke dasar sungai, salah seorang daripada nelayan itu pun ikut terjatuh ke dalam sungai. Namun begitu, dia dapat diselamatkan oleh rakannya. Akhirnya, ikan yang terperangkap di dalam jaring itu pun dapat membebaskan diri masing-masing dan terselamat. Didik Hibur Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 28 9/25/2023 5:16:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 4 : Perpaduan Lembaran Kerja 29 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 10 Halaman Buku Teks: 74 – 80 Memupuk Perpaduan Aspek: Seni Bahasa Nyatakan peribahasa yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah. Kemudian, nyatakan maksud. SP 4.1.1 Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun. Video Tutorial 1 2 3 4 5 Peribahasa: berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud: melakukan kerja yang berat bersama-sama Peribahasa: ringan tulang Maksud: rajin Peribahasa: bagai pinang dibelah dua Maksud: sama cantik, sama padan Peribahasa: rambang mata Maksud: sukar membuat pilihan Peribahasa: makan angin Maksud: bersiar-siar, melancong Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 29 9/25/2023 5:16:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 4 : Perpaduan Lembaran Kerja 30 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan dan menyebut semula ujaran yang terdapat dalam situasi formal. Unit 11 Halaman Buku Teks: 81 – 86 Meraikan Penyatuan Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Lengkapkan perbualan di bawah menggunakan ayat yang sesuai. Guru besar menyampaikan pesanan kepada ketua pasukan bola sepak sekolah iaitu, Haikal. Saya berharap agar kalian menjuarai perlawanan bola sepak peringkat negeri nanti. Jangan bergaduh semasa bermain dan usah sesekali memandang rendah terhadap lawan. Raikan kepelbagaian kaum dalam pasukan dengan bersatu padu. Bersalamlah dengan pasukan lawan sebelum dan selepas pertandingan. Tunjukkan bahawa sukan juga boleh menyatukan kita. Pasukan kita boleh menang. Sebagai ketua pasukan, Haikal mengadakan pertemuan rasmi dengan semua ahli pasukan bola sepak. Guru besar menyampaikan amanat supaya kita menjuarai perlawanan bola sepak peringkat negeri nanti. Jangan bergaduh semasa bermain dan usah sesekali memandang rendah terhadap lawan. Raikan kepelbagaian kaum dalam pasukan dengan bersatu padu. Bersalamlah dengan pasukan lawan sebelum dan selepas pertandingan. Tunjukkan bahawa sukan juga boleh menyatukan kita. Pasukan kita boleh menang. Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 30 9/25/2023 5:16:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 4 : Perpaduan Lembaran Kerja 31 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 3.1.1 Menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai. Unit 11 Halaman Buku Teks: 81 – 86 Meraikan Penyatuan Kemahiran: Menulis Tulis ucapan di bawah menggunakan tulisan berangkai dengan kemas. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh penduduk Taman Muhibah yang telah membantu menjayakan Program Rumah Terbuka Hari Raya pada tempoh hari. Berkat kerjasama daripada semua penduduk, kita dapat menjayakan program tersebut dengan penuh gilang-gemilang. Diharapkan program seperti ini dapat dianjurkan pada setiap tahun untuk menjalinkan hubungan perpaduan dalam kalangan penduduk. Daripada: Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Muhibah Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh penduduk Taman Muhibah yang telah membantu menjayakan Program Rumah Terbuka Hari Raya pada tempoh hari. Berkat kerjasama daripada semua penduduk, kita dapat menjayakan program tersebut dengan penuh gilang-gemilang. Diharapkan program seperti ini dapat dianjurkan pada setiap tahun untuk menjalinkan hubungan perpaduan dalam kalangan penduduk. Daripada: Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Muhibah Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 31 9/25/2023 5:16:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 4 : Perpaduan Lembaran Kerja 32 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.2.1 Memahami dan menggunakan kata berimbuhan mengikut konteks; (iv) kata berimbuhan sisipan. Unit 11 Halaman Buku Teks: 81 – 86 Meraikan Penyatuan Aspek: Tatabahasa Bubuh imbuhan sisipan yang betul bagi perkataan di dalam kurungan. 1 Rumput hiasan itu mempunyai akar (sabut) serabut yang banyak dan halus. 2 Dia berasa (gentar) gementar ketika hendak menemu ramah Sejarawan Negara itu. 3 Mak Cik Habibah menyusun pinggan mangkuk yang baru dicuci itu secara (tangkup) telangkup . 4 Air minuman berkarbonat itu mengeluarkan (gembung) gelembung udara apabila dibuka. 5 Kak Lin menyembur minyak wangi yang harum (serbak) semerbak baunya. 6 Adik berasa gatal pada (tapak) telapak tangannya kerana bermain pasir sewaktu berkelah. 7 Akibat kemalangan itu, jari (tunjuk) telunjuk abang telah patah. 8 Kawasan itu agak bising kerana kerja-kerja memasang (cucuk) cerucuk untuk pembinaan jejantas sedang dilakukan. 9 Ibu sukar membasuh seluar Nabil yang dipenuhi (kuncup) kemuncup . 10 Sambutan Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn berlangsung dengan sungguh (gilang) gemilang pada tahun lepas. 11 Haziq berbakat dalam memainkan alat muzik (suling) seruling . 12 Negara bakal menghadapi (kelut) kemelut ekonomi jika wabak COVID-19 ini berterusan. Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 32 9/25/2023 5:16:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 4 : Perpaduan Lembaran Kerja 33 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada sesuatu bahan multimedia. Unit 12 Halaman Buku Teks: 87 – 92 Jalinan Perpaduan Kemahiran: Menulis Nyatakan pandangan kamu berdasarkan situasi pada setiap gambar di bawah menggunakan frasa yang diberi. meningkatkan semangat cinta akan negara – mendapat ilmu pengetahuan mengeratkan hubungan – mengenali jiran sikap tolong-menolong – simpati berkongsi rezeki – bersyukur 1 2 3 4 Pada pandangan saya, sambutan ini perlu diadakan untuk meningkatkan semangat cinta akan negara. Selain itu, murid juga mendapat ilmu pengetahuan tentang kemerdekaan negara. Pada pendapat saya, aktiviti seperti ini sangat baik kerana mengeratkan hubungan antara penduduk. Selain itu, kita dapat mengenali jiran. Pada pandangan saya, kita perlu mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Malah, nilai simpati kepada orang yang mengalami kesusahan patut kita contohi. Pada pendapat saya, kita wajar berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang berkemampuan. Selain itu, sikap seperti ini juga mendidik diri kita untuk sentiasa bersyukur. Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 33 9/25/2023 5:16:53 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 4 : Perpaduan Lembaran Kerja 34 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 4.2.2 Mendeklamasikan sajak dengan nada yang sesuai dan menyatakan maksud sajak. Unit 12 Halaman Buku Teks: 87 – 92 Jalinan Perpaduan Aspek: Seni Bahasa Deklamasikan sajak di hadapan kelas. Kemudian, nyatakan maksud sajak tersebut. Didik Hibur Malaysia bumiku bertuah Terserlah aman dan maju negaranya Pelbagai adat dan budaya Melayu, Cina, India hidup bersama. Berpegang dengan rasa cinta yang sama Mesranya perhubungan Biar tidak sama adat dan budaya Itulah yang dinamakan perpaduan. Perpaduan simbol kekuatan negara Bersatu kita teguh Bercerai kita roboh Kita ialah rakyat Malaysia. Tidak tergapai jika tiada kesepakatan Hanya dicapai dengan kesepaduan Hanya perpaduan menjamin kesejahteraan negara Kami sayang negara Malaysia. Maksud Rangkap 1: Negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, adat dan budaya. Mereka hidup bersama dan menjadikan negara semakin aman dan maju. Maksud Rangkap 2: Walaupun berbeza adat dan budaya, rakyat Malaysia tetap bersatu padu dan melahirkan rasa cinta kepada negara. Maksud Rangkap 3: Kekuatan negara terletak kepada perpaduan rakyat. Rakyat Malaysia mesti bersatu untuk memajukan negara dalam semua bidang. Maksud Rangkap 4: Kesejahteraan negara hanya dicapai melalui perpaduan dan kesepakatan rakyat membangunkan negara Malaysia tercinta. Tajuk yang sesuai untuk sajak di atas ialah “Perpaduan Tonggak Kesejahteraan Negara” . Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 34 9/25/2023 5:16:53 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 4 : Perpaduan Lembaran Kerja 35 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.2.2 Memahami dan menggunakan kata majmuk mengikut konteks; (i) kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap. Unit 12 Halaman Buku Teks: 87 – 92 Jalinan Perpaduan Aspek: Tatabahasa Kuiz Pilih jawapan yang betul. 1 Azlan menukar bingkai nya yang rosak kerana terjatuh ke lantai. A cahaya mata B cermin mata C mata pisau D matahari 2 syarikat itu menikmati cuti selama tujuh hari semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. A Suruhanjaya B Kakitangan C Pilihanraya D Olahraga 3 Larian Maraton itu terbuka kepada Malaysia sahaja. A antarabangsa B warganegara C setiausaha D matahari 4 Hakim menggunakan nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu. A budi bahasa B budi pekerti C budi bicara D balas budi 5 Fikri akan menghadiri terbuka di syarikat itu pada minggu depan. A temu janji B temu bual C temu duga D temu ramah 6 Perarakan Hari Kebangsaan akan disiarkan secara dari Dataran Merdeka. A lalu lintas B lintas akal C litar pintas D lintas langsung 7 Munir memasukkan sehelai kertas kecil yang mengandungi cadangannya ke dalam . A peti besi B peti sejuk C peti wang D peti cadangan 8 Cikgu Lee memastikan lagu patriotik itu difahami oleh murid-murid. A seni kata B tutur kata C kata putus D kata laluan 9 Keluarga Wendi berasa atas pemergian datuk mereka. A sukarela B sukacita C peribadi D dukacita 10 persatuan itu sedang menyediakan minit mesyuarat. A Jawatankuasa B Warganegara C Suruhanjaya D Setiausaha Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 35 9/25/2023 5:16:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 5 : Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Lembaran Kerja 36 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 13 Halaman Buku Teks: 98 – 102 Sikap Bertanggungjawab Kemahiran: Membaca SP 2.1.2 Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan. Baca petikan di bawah. Kemudian, cari maksud perkataan yang berhuruf tebal di dalam kamus. Pada hari Sabtu yang lepas, penduduk Taman Muhibah telah mengadakan aktiviti gotongroyong membersihkan longkang di kawasan perumahan mereka. Semua penduduk bekerjasama dengan pihak bomba. Mereka sangat mengalu-alukan kehadiran pihak bomba untuk membantu mereka. Kaum bapa masing-masing membawa peralatan seperti cangkul dan penyapu untuk melakukan kerja pembersihan longkang. Kaum wanita pula ditugaskan untuk menyediakan jamuan ringan. Mereka juga telah dibantu oleh pertubuhan amal di taman berhampiran. Aktiviti gotong-royong ini diadakan bertujuan untuk membersihkan longkang yang tersumbat. Terdapat sebilangan peniaga yang tidak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam longkang. Penduduk berharap agar pihak berkuasa sentiasa memantau aktiviti para peniaga tersebut. Tindakan tegas dan kompaun akan dikenakan kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab. perumahan kawasan tempat tinggal mengalu-alukan menyambut baik membawa memegang menyediakan menghidangkan pertubuhan persatuan bertujuan bermaksud memantau mengawasi kompaun denda Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 36 9/25/2023 5:16:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 5 : Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Lembaran Kerja 37 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 13 Halaman Buku Teks: 98 – 102 Sikap Bertanggungjawab Kemahiran: Menulis SP 3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif. Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab semua soalan. Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia akan mengadakan Program Motivasi untuk [S1]murid-murid tahun lima. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menghubungi komuniti setempat untuk mendapatkan kerjasama. Dalam mesyuarat yang diadakan itu, satu cadangan telah dibentangkan oleh guru besar. Antara program yang dijalankan termasuklah [S2]bengkel teknik menjawab soalan, ceramah motivasi dan kuiz. Mata pelajaran yang diberikan keutamaan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Ceramah motivasi akan disampaikan oleh [S3]bekas murid sekolah tersebut yang telah menjadi usahawan yang berjaya di daerah itu. Pihak sekolah berterima kasih kepada ibu bapa yang telah memberikan sumbangan kepada pihak sekolah. Sikap bertanggungjawab ibu bapa ini sentiasa menjadi bualan masyarakat setempat demi pendidikan anak-anak mereka. Pelbagai program akan dianjurkan oleh sekolah dan ibu bapa untuk meningkatkan prestasi murid dalam pendidikan. Pihak sekolah berharap semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. 1 Program motivasi tersebut diadakan untuk murid-murid tahun lima . 2 Apakah aktiviti yang diadakan semasa Program Motivasi tersebut? Aktiviti yang diadakan semasa Program Motivasi tersebut ialah bengkel teknik menjawab soalan, ceramah motivasi dan kuiz. 3 Siapakah yang menyampaikan ceramah motivasi? Bekas murid sekolah tersebut yang menyampaikan ceramah motivasi. 4 Apakah nilai yang terdapat dalam petikan tersebut? Nilai yang terdapat dalam petikan tersebut ialah sikap bekerjasama dan sikap bertangggungjawab. 5 Pada pendapat kamu, apakah kebaikan program seperti itu kepada murid-murid? Pada pendapat saya, [Apa] kebaikan program seperti itu kepada murid-murid ialah murid-murid dapat mengetahui teknik menjawab soalan dengan betul. Selain itu, [Apa] murid-murid dapat meningkatkan motivasi mereka dalam mencari ilmu pengetahuan. Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 37 9/25/2023 5:16:55 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 5 : Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Lembaran Kerja 38 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.2.2 Memahami dan menggunakan kata majmuk mengikut konteks; (ii) kata majmuk kiasan. Unit 13 Halaman Buku Teks: 98 – 102 Sikap Bertanggungjawab Aspek: Tatabahasa Pilih jawapan yang betul. 1 Karim tidak sampai hati makan hati sampai hati meninggalkan ibu dan ayahnya yang sudah tua di kampung. 2 Alia tidak suka bercerita apa-apa kepada Jenny yang terkenal sebagai mulut tempayan mulut tempayan berat mulut itu. 3 Puan Radna menyediakan dua keping roti untuk anaknya sebagai alas perut alas perut ikat perut sebelum ke sekolah. 4 Pemuda-pemuda itu ber mandi peluh mandi kerbau mandi peluh semasa melakukan kerja-kerja pembersihan di ladang kelapa sawit. 5 Kecemerlangan Aiman dalam peperiksaan telah menjadi buah mulut buah mulut buah hati orang kampungnya. 6 Kakak menjadi rambang mata mata duitan rambang mata apabila melihat pakaian-pakaian di pusat membeli-belah itu. 7 Puan Saleha makan hati berat hati makan hati dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab. 8 Pak Mat tidak dapat membaca surat itu kerana dia buta huruf . buta hati buta huruf Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 38 9/25/2023 5:16:55 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 5 : Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Lembaran Kerja 39 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 1.2.1 Bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan tentang bahan multimedia secara bertatasusila mengikut konteks. Unit 14 Halaman Buku Teks: 103 – 108 Sayangi Malaysia Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Teliti maklumat di bawah. Kemudian, lengkapkan perbualan. Kelas Tahun 5 Aktif akan mengadakan lawatan sambil belajar. Beberapa orang murid berbual-bual untuk memilih tempat lawatan yang sesuai. Hakimi : Cikgu Siti menyuruh kita mencari maklumat tentang tempat yang ingin kita lawati. Apakah cadangan kamu? Diyana : Saya mencadangkan agar kita melawat ke Muzium Negara. (1) Muzium Negara terletak di Kuala Lumpur. Banyak barang dan artifak dipamerkan di sana. Lawatan itu juga memberi banyak ilmu pengetahuan kepada kita. Albert : Pada pendapat saya, kita membuat lawatan ke Kota A Famosa. (2) Kota A Famosa terletak di negeri Melaka. Bangunan ini ditinggalkan sejak zaman penjajahan Portugis. Malah, terdapat banyak bangunan bersejarah di kawasan sekitarnya. Hakimi : Saya juga ada mencari maklumat tentang Menara Condong. (3) Menara Condong terletak di Teluk Intan, Perak. Menara ini menyerupai Menara Pisa di Itali. Menara Condong ini merupakan tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Cikgu Siti : Baiklah, kita akan melawat (4) Kota A Famosa . Di sana kita akan dapat (5) melawat banyak tempat bersejarah di kawasan sekitarnya . • Terletak di Kuala Lumpur • Banyak barang dan artifak dipamerkan • Memberi banyak ilmu pengetahuan tentang sejarah Malaysia • Terletak di Teluk Intan, Perak • Menyerupai Menara Pisa, Itali • Tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan • Terletak di Melaka • Bangunan zaman penjajahan Portugis • Terdapat banyak bangunan bersejarah di kawasan berhampiran Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 39 9/25/2023 5:16:55 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 5 : Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Lembaran Kerja 40 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 2.2.1 Membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk membuat pertimbangan dan keputusan. Unit 14 Halaman Buku Teks: 103 – 108 Sayangi Malaysia Kemahiran: Membaca Teliti iklan di bawah. Kemudian, lengkapkan perbualan. Pertandingan Sketsa Kemerdekaan Tarikh: 30 Ogos 20__ Tempat: Dewan Sekolah Syarat-syarat pertandingan: 1 Terbuka kepada semua murid Tahap Dua. 2 Setiap kumpulan tidak melebihi tiga orang. 3 Sketsa yang dipersembahkan tidak boleh menyentuh isu sensitif seperti isu perkauman, agama dan bangsa. 4 Persembahan sketsa tidak melebihi lima minit. 5 Sketsa mesti bertemakan patriotik dan kenegaraan. Pilihan tajuk sketsa: “Kita Anak Malaysia” “Tokoh Negara” “Negara Merdeka” Fakrul : Pertandingan Sketsa Kemerdekaan akan berlangsung tidak lama lagi. Kita belum memilih tajuk sketsa. Wong : Betul. Sketsa kita tidak boleh menyentuh (1) isu sensitif seperti isu perkauman, agama dan bangsa . Krishnan : Benar, Wong. Tempoh masa persembahan juga hendaklah (2) tidak melebihi lima minit . Fakrul : Kita juga perlu memilih tajuk sketsa bertemakan (3) patriotik dan kenegaraan . Wong : Saya mencadangkan agar kita memilih tajuk sketsa “Kita Anak Malaysia”. Tajuk ini sesuai kerana (4) kita boleh mempersembahkan kita sebagai rakyat yang telah berjaya mengharumkan nama negara . Krishnan : Pada pendapat saya, kita pilih tajuk “Tokoh Negara” kerana (5) banyak maklumat yang dapat kita peroleh tentang tajuk tersebut di Internet . Fakrul : Oleh itu, kita sepakat memilih tajuk sketsa “Tokoh Negara”. Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 40 9/25/2023 5:16:55 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 5 : Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Lembaran Kerja 41 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.2.3 Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut konteks; (i) kata ganda penuh (ii) kata ganda separa. Unit 14 Halaman Buku Teks: 103 – 108 Sayangi Malaysia Aspek: Tatabahasa Bina ayat berdasarkan gambar dan kata ganda di bawah. 1 2 3 4 5 Pesawah meletakkan orang-orang di kawasan tanaman padi itu untuk menghalau burung yang merosakkan tanaman. Baju yang dipamerkan di butik pakaian itu cantik-cantik. Tin-tin kosong yang terdapat di tempat pembuangan sampah itu menjadi tempat pembiakan jentik-jentik. Beberapa ekor pepatung berterbangan di kawasan taman itu. Asrul mencantas reranting pokok yang sudah mati. Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 41 9/25/2023 5:17:00 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 5 : Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Lembaran Kerja 42 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 2.3.1 Membaca dan meneliti kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat rumusan. Unit 15 Halaman Buku Teks: 109 – 114 Keranamu Malaysia Kemahiran: Membaca Baca petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan grafik dan buat rumusan. Program Bulan Bahasa Kebangsaan berlangsung sepanjang bulan Oktober setiap tahun. Program ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang. Selain itu, tujuannya adalah untuk memantapkan jati diri bangsa Malaysia dan memupuk rasa cinta akan bahasa kebangsaan. Seterusnya, penggunaan bahasa kebangsaan dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Semua pihak wajar memberikan sokongan dengan mengadakan aktiviti di tempat masing-masing. Misalnya, pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan berbalas pantun, persembahan drama, syarahan, pameran dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dan mendidik mereka supaya berbangga dengan bahasa kebangsaan negara. Tujuan Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan adalah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang, memantapkan jati diri bangsa Malaysia, memupuk rasa cinta akan bahasa kebangsaan, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dan mendidik murid-murid supaya berbangga dengan bahasa kebangsaan negara. Memartabatkan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang Memantapkan jati diri bangsa Malaysia Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum Memupuk rasa cinta akan bahasa kebangsaan Meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan Mendidik murid-murid supaya berbangga dengan bahasa kebangsaan Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 42 9/25/2023 5:17:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 5 : Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Lembaran Kerja 43 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 3.2.4 Menulis teks prosa yang diimlakkan: (i) ayat Unit 15 Halaman Buku Teks: 109 – 114 Keranamu Malaysia Kemahiran: Menulis Tulis teks prosa yang diimlakkan oleh guru kamu. Negara Malaysia ialah negara cantik yang mempunyai pemandangan yang indah dan persekitaran yang bersih. Malah, rakyatnya juga berbilang kaum, bangsa dan agama. Setiap bangsa mempunyai adat dan budaya tersendiri. Mereka juga berpegang teguh pada agama masing-masing. Selain itu, ketika mengadakan kenduri, semua tetamu diundang tanpa mengira bangsa dan agama. Walaupun hidup dalam masyarakat majmuk namun wujudnya budi bahasa dan sikap bekerjasama menyebabkan rakyat hidup aman bahagia. Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 43 9/25/2023 5:17:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 5 : Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Lembaran Kerja 44 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.2.3 Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut konteks; (iii) kata ganda berentak. Unit 15 Halaman Buku Teks: 109 – 114 Keranamu Malaysia Aspek: Tatabahasa Garis jawapan yang betul. 1 Anggota penyiasat itu menyamar sebagai pengemis dengan pakaian (compang-camping, tunggang-langgang, kusut-masai). 2 Bunyi jantungnya (riuh-rendah, degap-degup, liang-liuk) sewaktu menanti keputusan daripada pengadil. 3 Salah satu tanda keracunan makanan ialah pesakit akan mengalami (huru-hara, cirit-birit, calar-balar). 4 Bintang yang berkerdipan pada waktu malam menjadikan langit (gelap-gelita, senanglenang, terang-benderang). 5 Keadaan menjadi (huru-hara, lintang-pukang, riuh-rendah) apabila penunjuk perasaan merusuh di tempat-tempat awam. 6 Khemah itu akan disewa oleh penduduk kampung setiap kali majlis (beli-belah, soraksarai, kenduri-kendara) diadakan. 7 Dalam keadaan (kacau-bilau, kelam-kabut, lintang-pukang), Rajesh terlupa untuk memakai stoking semasa ke sekolah. 8 Kamil mempelajari (selok-belok, serba-serbi, lenggak-lenggok) perniagaan daripada ayahnya yang lebih berpengalaman. 9 Anita tidak (selang-seli, segan-silu, teka-teki) menceritakan rahsia peribadinya kepada Jessica. 10 Jason berasa curiga melihat seorang pemuda yang berjalan (simpang-siur, lintangpukang, mundar-mandir) di hadapan rumah jirannya. 11 (Riuh-rendah, Sorak-sorai, Hiruk-pikuk) para penyokong menaikkan lagi semangat pasukan bola sepak Malaysia untuk menjaringkan gol. 12 Budak lelaki itu tahu (selok-belok, kusut-masai, simpang-siur) jalan di kawasan pedalaman itu. Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 44 9/25/2023 5:17:02 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 6 : Sains, Teknologi dan Inovasi Lembaran Kerja 45 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 1.2.3 Bersoal jawab untuk menjana idea tentang sesuatu perkara. Unit 15 Halaman Buku Teks: 120 – 126 Sains dan Kehidupan Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Lengkapkan perbualan di bawah. Kemudian, lakonkan bersama-sama rakan kamu. berkongsi saat-saat indah alat kawalan jauh lebih mudah dibawa menjimatkan ruang membantu kita menyiapkan tugasan Irfan : Pelbagai teknologi yang terdapat dalam kehidupan kita pada masa ini. Semua ini menjadikan kehidupan kita semakin mudah dan ringkas. Suria : Betul kata kamu, Irfan. Komputer riba (1) membantu kita menyiapkan tugasan yang diberikan dengan cepat. Selain itu, komputer riba ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Irfan : Televisyen pula semakin nipis dan ringan. Tambahan pula, dapat dilekatkan pada dinding. Ini tentunya dapat (2) menjimatkan ruang dalam rumah kita. Suria : Telefon bimbit pula memudahkan kita menghubungi seseorang yang jauh. Telefon pintar yang dilengkapi kamera memudahkan kita untuk (3) berkongsi saat-saat indah dengan seseorang tanpa perlu mengirimkan gambar lagi. Pesanan juga dapat disampaikan pada bila-bila masa dan diterima dengan cepat. Irfan : Tablet juga menjadi pilihan golongan remaja pada masa ini. Lagipun, tablet (4) lebih mudah dibawa ke mana-mana berbanding dengan komputer riba. Suria : Kanak-kanak pun tidak kurang gembiranya dapat bermain dengan permainan yang mempunyai (5) alat kawalan jauh . Mereka tidak perlu bergerak ke sana ke sini yang tentunya memenatkan diri. Irfan : Betul kata kamu, Suria. Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 45 9/25/2023 5:17:03 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 6 : Sains, Teknologi dan Inovasi Lembaran Kerja 46 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat. Unit 16 Halaman Buku Teks: 120 – 126 Sains dan Kehidupan Kemahiran: Menulis Tulis karangan yang bertajuk “Kebaikan Sains dan Teknologi dalam Kehidupan” berpandukan rangka karangan yang diberi. [Pendahuluan] Perkembangan sains dan teknologi merujuk perubahan dalam penghasilan alat-alat yang memudahkan kehidupan manusia. Sesungguhnya, kemajuan dalam bidang ini mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia. [Isi 1] Faedah yang pertama ialah dapat memudahkan urusan seharian kita. [Huraian Isi] Contohnya, perkembangan Internet memudahkan kita mencari maklumat dengan pantas. Penggunaan Internet juga memberi banyak ilmu pengetahuan. [Isi 2] Selain itu, sains dan teknologi turut memudahkan komunikasi sesama manusia. [Huraian Isi] Penggunaan Internet membolehkan kita berhubung dengan sesiapa sahaja. Perkara ini boleh merapatkan hubungan antara ahli keluarga, sahabat, dan kenalan kerana kosnya yang begitu murah. [Isi 3] Tambahan pula, penggunaan komputer menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah lebih menarik serta menyeronokkan. [Huraian Isi] Lantaran itu, murid-murid akan lebih mudah dan cepat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru mereka. [Isi 4] Seterusnya, tahap kesihatan manusia juga dapat ditingkatkan. [Huraian Isi] Kemajuan teknologi membolehkan pakar-pakar perubatan menghasilkan ubat-ubatan yang lebih berkesan serta mencipta peralatan canggih untuk menyembuhkan penyakit. [Penutup] Kesimpulannya, sains dan teknologi membawa kesan positif kepada manusia. Walau bagaimanapun, setiap lapisan masyarakat hendaklah menggunakan kemajuan sains dan teknologi yang ada dengan sebaik-baiknya. Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 46 9/25/2023 5:17:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 6 : Sains, Teknologi dan Inovasi Lembaran Kerja 47 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.3.1 Memahami dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat mengikut konteks. Unit 16 Halaman Buku Teks: 120 – 126 Sains dan Kehidupan Aspek: Tatabahasa Bina ayat majmuk berdasarkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan menggunakan kata hubung yang diberi. Taman bunga itu dilengkapi dengan lampu warna-warni automatik. Lampu warna-warni automatik bernyala sendiri. Cuaca gelap. Aidil membeli sebuah kereta kawalan jauh. Kereta kawalan jauh cantik. Kereta kawalan jauh agak mahal harganya. Ibu menggunakan air. Air disimpan di dalam tempayan. Ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah. Fazli menggunakan pen pintar. Chong menggunakan pen pintar. Pen pintar dapat mengenal pasti kesilapan ejaan dalam tulisan. Cikgu Qasdina menggunakan teleskop. Cikgu Qasdina dapat melihat sel daun dengan lebih jelas. Sel daun telah dibelah dua. 1 2 3 4 5 yang apabila yang tetapi yang untuk dan yang supaya yang Taman bunga itu dilengkapi dengan lampu warna-warni automatik yang bernyala sendiri apabila cuaca gelap. Aidil membeli sebuah kereta kawalan jauh yang cantik tetapi agak mahal harganya. Ibu menggunakan air yang disimpan di dalam tempayan untuk menyiram pokok bunga di halaman rumah. Fazli dan Chong menggunakan pen pintar yang dapat mengenal pasti kesilapan ejaan dalam tulisan. Cikgu Qasdina menggunakan teleskop supaya dapat melihat sel daun dengan lebih jelas yang telah dibelah dua. Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 47 9/25/2023 5:17:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 6 : Sains, Teknologi dan Inovasi Lembaran Kerja 48 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 3.3.2 Mengedit dan memurnikan perenggan dari aspek ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat. Unit 17 Halaman Buku Teks: 127 – 132 Mesra Teknologi Kemahiran: Menulis Baca petikan di bawah. Kenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan. Kemudian, salin semula petikan tersebut. Jika dahulu, Internet hanya digunakan menerusi komputar? hari ini Internet boleh menyambungkan dengan mana-mana peranti mudah aleh seperti tablet, telefon pintar, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan terbaharu televisyen pintar! Televisyen pintar mempunyai capaian Internet dan dilengkapi dengan kepelbagaian aplikasi seperti hiburan, berite dan pendidikan yang lazimnya, mempunyai perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar untuk disambungkan kepada Internet. Aplikasi televisyen pintar juga merangkumi aplikasi permainan video dan akses laman web rangkaian sosial? televisyen pintar juga dilengkapi dengan capaikan laman sosial. Dengan perkembangan teknologi terkini televisyen generasi kini sudah bolih digunakan untuk dilayari Internet? Jika dahulu, Internet hanya digunakan menerusi komputar? hari ini Internet boleh menyambungkan dengan mana-mana peranti mudah aleh seperti tablet, telefon pintar, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan terbaharu televisyen pintar! Televisyen pintar mempunyai capaian Internet dan dilengkapi dengan kepelbagaian aplikasi seperti hiburan, berite dan pendidikan yang lazimnya, mempunyai perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar untuk disambungkan kepada Internet. Aplikasi televisyen pintar juga merangkumi aplikasi permainan video dan akses laman web rangkaian sosial? televisyen pintar juga dilengkapi dengan capaikan laman sosial. Dengan perkembangan teknologi terkini televisyen generasi kini sudah bolih digunakan untuk dilayari Internet? Jika dahulu, Internet hanya digunakan menerusi komputer. Hari ini Internet boleh disambungkan dengan mana-mana peranti mudah alih seperti tablet, telefon pintar, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), televisyen dan terbaharu televisyen pintar. Televisyen pintar mempunyai capaian Internet dan dilengkapi dengan pelbagai aplikasi seperti hiburan, berita dan pendidikan yang lazimnya mempunyai perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar untuk disambungkan kepada Internet. Aplikasi televisyen pintar juga merangkumi aplikasi permainan video dan akses laman web rangkaian sosial. Televisyen pintar juga dilengkapi dengan capaian laman sosial. Dengan perkembangan teknologi terkini, televisyen generasi kini sudah boleh digunakan untuk melayari Internet. Meja Bulat (Round Table) 1 Murid duduk dalam kumpulan. 2 Guru mengemukakan topik “Kegunaan Peranti Mudah Alih dalam Kehidupan Seharian”. 3 Secara bergilir, murid mencatat satu idea. 4 Murid menggunakan pen dan kertas yang sama. 5 Hasil dapatan dibentangkan di hadapan kelas. PdPc PdPc Aktiviti PAK-21 Aktiviti PAK-21 PAK-21 PdPc Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 48 9/25/2023 5:17:07 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version