The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-11-15 20:36:13

Lembaran PBD BM Thn 5

WM: RM6.50/ EM: RM6.90

Nama: Kelas: Tarikh: Tema 6 : Sains, Teknologi dan Inovasi Lembaran Kerja 49 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 4.4.2 Mempersembahkan keindahan seni tulisan jawi melalui perumpamaan. Unit 17 Halaman Buku Teks: 127 – 132 Mesra Teknologi Aspek: Seni Bahasa Tulis perumpamaan di bawah dalam bentuk tulisan khat. Didik Hibur Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 49 9/25/2023 5:17:07 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 6 : Sains, Teknologi dan Inovasi Lembaran Kerja 50 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.3.1 Memahami dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat mengikut konteks. Unit 17 Halaman Buku Teks: 127 – 132 Mesra Teknologi Aspek: Tatabahasa Berdasarkan ayat dan gambar yang diberikan, bina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat yang betul. 1 Ayat tunggal dengan peluasan subjek 2 Ayat tunggal dengan peluasan predikat 3 Ayat majmuk dengan peluasan subjek 4 Ayat majmuk dengan peluasan predikat Basikal lipat itu milik abang. Basikal lipat baharu itu milik abang. Abang menunggang basikal lipat itu di taman rekreasi. Abang menunggang basikal lipat itu di taman rekreasi pada waktu petang. Aiman dan Steven sedang melayari Internet untuk mencari maklumat. Aiman dan Steven murid Tahun 5 Cemerlang sedang melayari Internet untuk mencari maklumat. Mereka melayari Internet untuk mencari maklumat sambil menulis nota. Mereka melayari Internet untuk mencari maklumat sambil menulis nota di perpustakaan sekolah. Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 50 9/25/2023 5:17:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 6 : Sains, Teknologi dan Inovasi Lembaran Kerja 51 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 2.1.2 Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan. Unit 18 Halaman Buku Teks: 133 – 137 Inovasi Bertambah Mutu Kemahiran: Membaca Baca petikan di bawah. Kemudian, cari makna perkataan yang berhuruf tebal. Jumlah sembelihan yang semakin meningkat saban tahun sempena Hari Raya Korban dan kesukaran menumbangkan lembu serta masa yang terlalu lama, akhirnya mendorong Hamzan bin Hashim dari Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis mencipta sebuah sangkar khas untuk memudahkan proses penyembelihan lembu. Proses menyembelih seekor lembu dengan kaedah biasa mengambil masa 20 hingga 30 minit dengan lima orang petugas. Bagaimanapun, dengan sangkar khas tersebut cuma mengambil masa selama lapan hingga 10 minit dengan tiga orang petugas. Penggunaan sangkar khas ini lebih mudah. Lembu atau haiwan sembelihan yang tidak diikat tidak tertekan berbanding kaedah sebelum ini apabila banyak orang mengerumuninya. Lebih buruk lagi apabila lembu bertindak ganas sehingga mencederakan orang di sekitarnya. Peralatan ini mudah dioperasikan dan boleh diturunkan sehingga 180 darjah. Lubang untuk memuatkan kepala haiwan sembelihan juga boleh dilaraskan mengikut kesesuaian dan saiz kepala. Selain itu, empat buah tayar dipasang untuk memudahkan pergerakannya. Produk ini mendapat perhatian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi sebuah agensinya, iaitu Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) setelah rekaan ini memenangi tempat pertama dalam pertandingan yang dikelolakan oleh YIM. Sangkar yang berharga RM30 000 itu telah dipatenkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Alat tersebut juga diluluskan penggunaannya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Perkataan Maksud 1 menumbangkan menjatuhkan 2 mencipta menghasilkan 3 mengerumuninya mendekatinya 4 dioperasikan diuruskan 5 dilaraskan disesuaikan 6 dikelolakan dianjurkan 7 dipatenkan dibuat Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 51 9/25/2023 5:17:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 6 : Sains, Teknologi dan Inovasi Lembaran Kerja 52 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.3.2 Memahami dan membina pelbagai jenis ayat mengikut konteks; (i) ayat seruan (ii) ayat perintah. Unit 18 Halaman Buku Teks: 133 – 137 Inovasi Bertambah Mutu Aspek: Tatabahasa Video Bina ayat seru dan ayat perintah berdasarkan gambar di bawah. Tutorial 1 2 3 4 5 nah “Nah, saya pulangkan buku yang saya pinjam semalam!” kata Faizi kepada Amirul sambil menghulurkan buku. syabas “Syabas, kerana telah memenangi pertandingan mencipta robot!” kata guru besar kepada Haikal. jemput “Jemput masuk ke dalam rumah,” pelawa Puan Fauziah kepada tetamu yang datang. jangan “Jangan petik bunga di taman ini,” kata Cikgu Nurul kepada muridmuridnya. tolong “Tolong angkat meja ini ke belakang kelas,” kata Cikgu Halim kepada Fizi dan Ehsan. Lembaran PBD BM T5 (LK28-52) LLH.indd 52 9/25/2023 5:17:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 7 : Kelestarian Alam Lembaran Kerja 53 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 3.3.2 Mengedit dan memurnikan perenggan dari aspek ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat. Unit 19 Halaman Buku Teks: 144 – 150 Ceriakan Buana Kita Kemahiran: Menulis Edit dan murnikan kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat. Hadif menyertai ekspedisi berbasikal yang dianjorkan oleh persatuan alam sekitar sk taman muhibah. Hadif berasa teruja kerana inilah kali pertama baginda menyertai ekpedisi ini? Para peserta meredah jalan yang bengkang-bengkok tetapi melalui bukit-bukau. Mereka sangat terpesonakan dengan keindahan alam semula jadi di sepanjang jalan tersebut. Semasa ekspedisi itu! mereka juga terlibat dengan aktiviti kebersihan kawasan rehat di tepi air terjun. Kawasan itu dikunjungi ramai pengunjong untuk mandi-manda di air terjun pada Hujung Minggu. Selepas itu, mereka berpeluang mandi-manda di air terjun. Air di sangat jernih kawasan itu. cikgu haikal mengingatkan mereka lalu tidak mandi di kawasan air yang dalam. Hadif menyertai ekspedisi berbasikal yang dianjorkan oleh persatuan alam sekitar sk taman muhibah. Hadif berasa teruja kerana inilah kali pertama baginda menyertai ekpedisi ini? Para peserta meredah jalan yang bengkang-bengkok tetapi melalui bukit-bukau. Mereka sangat terpesonakan dengan keindahan alam semula jadi di sepanjang jalan tersebut. Semasa ekspedisi itu! mereka juga terlibat dengan aktiviti kebersihan kawasan rehat di tepi air terjun. Kawasan itu dikunjungi ramai pengunjong untuk mandi-manda di air terjun pada Hujung Minggu. Selepas itu, mereka berpeluang mandi-manda di air terjun. Air di sangat jernih kawasan itu. cikgu haikal mengingatkan mereka lalu tidak mandi di kawasan air yang dalam. Hadif menyertai ekspedisi berbasikal yang dianjurkan oleh Persatuan Alam Sekitar SK Taman Muhibah. Hadif berasa teruja kerana inilah kali pertama dia menyertai ekpedisi ini. Para peserta meredah jalan yang bengkang-bengkok dan melalui bukit-bukau. Mereka sangat terpesona dengan keindahan alam semula jadi di sepanjang jalan tersebut. Semasa ekspedisi itu, mereka juga terlibat dengan aktiviti membersihkan kawasan rehat di tepi air terjun. Kawasan itu dikunjungi ramai pengunjung untuk mandi-manda di air terjun pada hujung minggu. Selepas itu, mereka berpeluang mandi-manda di air terjun. Air di kawasan itu sangat jernih. Cikgu Haikal mengingatkan mereka supaya tidak mandi di kawasan air yang dalam. Untitled-3 53 9/25/2023 5:31:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 7 : Kelestarian Alam Lembaran Kerja 54 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Unit 19 Halaman Buku Teks: 144 – 150 Ceriakan Buana Kita Aspek: Tatabahasa SP 5.3.3 Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif mengikut konteks. Teliti gambar di bawah. Kemudian, tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 1 Amira dan Faiz menanam pokok di dalam pasu bunga. 2 Haziq dan Lim mencangkul tanah untuk menanam anak pokok bunga. 3 Sandra dan Fatimah menyiram pokok bunga di tepi kolam ikan. 4 Jamal dan beberapa orang murid mendirikan papan tanda di kawasan taman bunga. 5 Cikgu Rohani memerhati murid-muridnya menceriakan taman bunga. Untitled-3 54 9/25/2023 5:31:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 7 : Kelestarian Alam Lembaran Kerja 55 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 2.3.1 Membaca dan meneliti kandungan teks karya sastera dan bukan sastera untuk membuat rumusan. Unit 20 Halaman Buku Teks: 151 – 156 Selamatkan Alam Kita Kemahiran: Membaca Lengkapkan grafik di bawah berdasarkan maklumat yang diberikan. Kemudian, buat rumusan. Kempen Cintai Alam Kita Kempen Cintai Alam Kita Tujuan • Memberikan kesedaran • Memupuk rasa cinta kepada alam • Mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersihan alam Aktiviti • Pameran dan ceramah • Menanam pokok • Kitar semula Harapan • Alam sekitar terus terpelihara • Masyarakat terus menjaga alam sekitar • Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Rumusannya, Kempen Cintai Alam Kita adalah [Tujuan 1] untuk memberikan kesedaran, [Tujuan 2] memupuk rasa cinta kepada alam dan [Tujuan 3] mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersihan alam. Aktiviti yang diadakan ialah [Aktiviti 1] pameran dan ceramah, [Aktiviti 2] menanam pokok dan [Aktiviti 3] kitar semula. Harapan daripada kempen ini ialah agar [Harapan 1] alam sekitar terus terpelihara, [Harapan 2] masyarakat terus menjaga alam sekitar dan [Harapan 3] meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Untitled-3 55 9/25/2023 5:31:39 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 7 : Kelestarian Alam Lembaran Kerja 56 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 3.1.1 Menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai. Unit 20 Halaman Buku Teks: 151 – 156 Selamatkan Alam Kita Kemahiran: Menulis Tulis surat di bawah menggunakan tulisan berangkai dengan kemas. Kepada sahabatku, Kamalia, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan kepada saudari tentang amalan keluarga saya menyokong kempen Cintai lam Sekitar. Ibu saya akan menggunakan beg kertas apabila membeli barang di pasar raya. Kami juga mengasingkan sampah sarap yang boleh dikitar semula. Contohnya, surat khabar, botol-botol kaca dan plastik serta tin aluminium. Kami menjual kepada peraih yang datang ke rumah kami. Selain itu, kami selalu membuka tingkap dan langsir pada siang hari supaya aliran udara boleh masuk ke dalam rumah. Sekali gus, kami dapat menjimatkan tenaga elektrik. Untuk pengetahuan saudari, ayah saya berkongsi kereta ke pejabat bersama-sama rakan sekerjanya. Saya dan adik pula berjalan kaki ke sekolah. Kepada sahabatku, Kamalia, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan kepada saudari tentang amalan keluarga saya menyokong kempen Cintai Alam Sekitar. Ibu saya akan menggunakan beg kertas apabila membeli barang di pasar raya. Kami juga mengasingkan sampah sarap yang boleh dikitar semula. Contohnya, surat khabar, botol-botol kaca dan plastik serta tin aluminium. Kami menjual kepada peraih yang datang ke rumah kami. Selain itu, kami selalu membuka tingkap dan langsir pada siang hari supaya aliran udara boleh masuk ke dalam rumah. Sekali gus, kami dapat menjimatkan tenaga elektrik. Untuk pengetahuan saudari, ayah saya berkongsi kereta ke pejabat bersamasama rakan sekerjanya. Saya dan adik pula berjalan kaki ke sekolah. Untitled-3 56 9/25/2023 5:31:39 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 7 : Kelestarian Alam Lembaran Kerja 57 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.3.3 Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif mengikut konteks. Unit 20 Halaman Buku Teks: 151 – 156 Selamatkan Alam Kita Aspek: Tatabahasa Bina ayat aktif dan ayat pasif berdasarkan gambar di bawah. 1 2 3 4 5 menggunakan beg kertas menanam pokok menggali tanah disiram diasingkan Alia menanam pokok di halaman rumah agar kelihatan ceria. Ayah menggali tanah di belakang rumah untuk menanam sampah sarap. Pokok di halaman rumah disiram oleh kakak pada setiap petang. . Botol-botol kaca dan plastik diasingkan oleh pemuda itu untuk dikitar semula. Puan Azlin menggunakan beg kertas semasa membeli-belah di pasar raya. Untitled-3 57 9/25/2023 5:31:39 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 7 : Kelestarian Alam Lembaran Kerja 58 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara kritis dan kreatif. Unit 21 Halaman Buku Teks: 157 – 162 Teknologi Hijau Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Lengkapkan perbualan di bawah berdasarkan maklumat yang diberikan. Dinesh: Kawan-kawan, amalan kitar semula dapat memulihara sumber alam semula jadi. Contohnya dengan mengamalkan kitar semula. Amalan ini dapat (1) mengelakkan pembaziran . Hal ini demikian kerana (2) aktiviti ini menghasilkan barangan baharu yang dapat digunakan semula . Chong: Betul, tu. Aktiviti kitar semula dapat (3) mengurangkan penebangan pokok . Secara tidak langsung aktiviti ini dapat (4) menjimatkan sumber alam . Azila: Selain itu, kita juga seharusnya mencari sumber tenaga alternatif yang lain. Contohnya menghasilkan kenderaan yang menggunakan tenaga hibrid, solar atau elektrik. Hal ini dapat (5) mengurangkan pergantungan kepada sumber tenaga yang berasaskan petroleum dan gas asli . Kesan penggunaan kenderaan ini ialah dapat (6) mempelbagaikan sumber tenaga baharu seperti tenaga solar, tenaga angin dan tenaga air . Dinesh: Cara yang paling mudah untuk memulihara sumber alam semula jadi adalah dengan berbasikal atau berjalan kaki sekiranya tempat yang ingin dituju itu dekat. Cara ini dapat (7) mengurangkan jumlah kenderaan bermotor di jalan raya . Kesannya terhadap sumber alam semula jadi ialah dapat (8) mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida yang terhasil daripada asap kenderaan . • Mengelakkan pembaziran – mengitar semula bahan buangan • Mengurangkan aktiviti penebangan pokok – menjimatkan sumber alam • Mengurangkan pergantungan sumber petroleum – gas asli • Mempelbagaikan sumber tenaga baharu – tenaga solar, tenaga angin • Mengurangkan kenderaan bermotor – di jalan raya • Pembebasan gas karbon dioksida daripada asap kenderaan – dikurangkan Untitled-3 58 9/25/2023 5:31:40 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 7 : Kelestarian Alam Lembaran Kerja 59 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 4.2.2 Mendeklamasikan sajak dengan nada yang sesuai dan menyatakan maksud sajak. Didik Hibur Unit 21 Halaman Buku Teks: 157 – 162 Teknologi Hijau Aspek: Seni Bahasa Deklamasikan sajak di bawah. Kemudian, nyatakan maksud sajak tersebut. Sayangi Bumi Kita Lihatlah bumi ini laut terbentang luas tumbuhan segar menghijau menyejukkan mata memandang mendamaikan hati dan perasaan. Wahai manusia usahlah engkau leka hargailah alam ini jangan rakus mengejar kekayaan jangan rakus mengejar kemajuan. Hingga akhirnya dunia yang terbentang ini hancur dan musnah angkara kejahilan. Sedarlah wahai manusia cintailah dan hargailah bumi kita. Maksud Rangkap 1 Penyajak mengajak kita melihat bumi yang terbentang luas. Tumbuhan-tumbuhan yang segar dapat menyejukkan pemandangan dan menenangkan perasaan. Maksud Rangkap 2 Penyajak mengajak kita menghargai alam sekitar. Janganlah kita merosakkan alam sekitar untuk mengejar kekayaan dan kemajuan. Maksud Rangkap 4 Penyajak mengajak kita menyayangi dan menghargai bumi dan alam sekitar yang menjadi tempat kita berteduh dan berlindung. Maksud Rangkap 3 Alam sekitar akan musnah akibat sikap kita yang tamak dan tidak bertanggungjawab. Untitled-3 59 9/25/2023 5:31:41 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 7 : Kelestarian Alam Lembaran Kerja 60 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.3.4 Memahami dan membina ayat susunan biasa dan susunan songsang mengikut konteks. Unit 21 Halaman Buku Teks: 157 – 162 Teknologi Hijau Aspek: Tatabahasa Bina ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang di bawah. Ayat Susunan Biasa Ayat Susunan Songsang 1 Murid-murid di kelas itu masih belajar. Masih belajar murid-murid di kelas itu. 2 Ramli menyiram pokok bunga setiap petang. Setiap petang Ramli menyiram pokok bunga. 3 Taman permainan di kawasan itu sangat cantik. Sangat cantik taman permainan di kawasan itu. 4 Para penonton merempuh masuk ke dalam dewan. Ke dalam dewan para penonton merempuh masuk. 5 Kanak-kanak yang comel itu mandi di sungai. Mandi di sungai kanak-kanak yang comel itu. 6 Pada waktu pagi, suhu di puncak Gunung Kinabalu sungguh dingin. Suhu di puncak Gunung Kinabalu sungguh dingin pada waktu pagi. 7 Rumah yang telah usang itu roboh akibat angin kencang. Akibat angin kencang, rumah yang telah usang itu roboh. 8 Puan Zarith berasa sangat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu. Berasa sangat bersyukur Puan Zarith dengan kelahiran anak sulungnya itu. 9 Pegawai itu masih belum sampai. Masih belum sampai pegawai itu. 10 Dia ke Pulau Langkawi petang kelmarin. Petang kelmarin dia ke Pulau Langkawi. Untitled-3 60 9/25/2023 5:31:41 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Lembaran Kerja 61 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif. Unit 22 Halaman Buku Teks: 168 – 172 Ekonomi Dinamik Kemahiran: Menulis Teliti poster di bawah. Kemudian, jawab semua soalan. 1 Siapakah menganjurkan Karnival Keusahawanan tersebut? Sekolah Kebangsaan Taman Muhibah yang menganjurkan Karnival Keusahawanan tersebut. 2 Berapa harikah karnival itu berlangsung? Karnival itu berlangsung selama dua hari. 3 Selain jualan makanan dan minuman, nyatakan dua jualan yang sesuai dijual pada karnival tersebut. Selain jualan makanan dan minuman, pakaian terpakai, buku rujukan serta majalah juga sesuai dijual pada karnival tersebut. 4 Mengapakah karnival tersebut diadakan pada hari Sabtu dan Ahad? Karnival tersebut diadakan pada hari Sabtu dan Ahad supaya orang ramai berpeluang datang ke karnival itu. 5 Pada pendapat kamu, apakah kebaikan kita menganjurkan karnival seperti itu di sekolah? Pada pendapat saya, kebaikan kita menganjurkan karnival seperti itu di sekolah ialah kita dapat belajar ilmu keusahawanan. Selain itu, keuntungan daripada karnival tersebut boleh digunakan untuk meningkatkan infrastruktur di sekolah. Karnival Keusahawanan Anjuran: Sekolah Kebangsaan Taman Muhibah Tarikh: 6 dan 7 Februari 20__ (Sabtu dan Ahad) Tempat: Padang Serbaguna SK Taman Muhibah Aktiviti: Jualan makanan dan minuman, sukaneka, pertandingan nyanyian, cabutan bertuah, zoo mini dan pertandingan permainan interaktif. Datanglah beramai-ramai Masuk percuma Untitled-3 61 9/25/2023 5:31:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Lembaran Kerja 62 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks; (i) kata pemeri, (ii) kata penguat, (iii) kata bantu. Unit 22 Halaman Buku Teks: 168 – 172 Ekonomi Dinamik Aspek: Tatabahasa Pilih jawapan yang betul. 1 Wang peruntukan itu untuk semua murid. A ialah C supaya B adalah D kepada 2 Cerita yang dikarang oleh Maniam itu menarik. A amat C benar B betul D sekali 3 Puan Sopiah menjahit baju sutera itu esok. A akan C belum B telah D pernah 4 Suhu di dalam bilik hotel sejuk sehingga saya menggigil. A nian B betul C sekali D sangat 5 Pasukan sekolah Adam menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam. A akan B telah C mesti D harus 6 Pantas kuda putih itu berlari meninggalkan kuda-kuda yang lain. A agak C paling B sekali D terlalu 7 Khalid, Safawi dan Badrul menyertai pasukan bola sepak negara setelah menjalani beberapa sesi ujian. A dapat C masih B mesti D sedang 8 Walaupun telah dinasihati oleh guru, namun ramai murid yang melakukan kesalahan. A akan C masih B dapat D hendak 9 Rumah besar di lereng bukit itu rumah Pak Abu. A ialah C untuk B harap D adalah 10 Cikgu Fuad menjadi guru saya pada suatu ketika dahulu. A akan B telah C sudah D pernah Talking Chips 1 Murid menjalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2 Guru memberikan topik “Faedah Berjimat Cermat” untuk dibincangkan oleh murid dalam kumpulan. 3 Setiap ahli dalam kumpulan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap atau memberikan pendapat. 4 Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberikan peluang untuk bercakap. PdPc PdPc Aktiviti PAK-21 Aktiviti PAK-21 PAK-21 PdPc Untitled-3 62 9/25/2023 5:31:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Lembaran Kerja 63 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 2.1.2 Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan. Unit 23 Halaman Buku Teks: 173 – 178 Usahawan Berwawasan Kemahiran: Membaca Baca petikan di bawah. Kemudian, nyatakan maksud perkataan yang berhuruf gelap. Encik Zulhilmi Rais ialah Pengarah Urusan Zul Rais Holding Sdn. Bhd. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan menjahit dan menjual pakaian tradisional, terutamanya baju Melayu. Syarikat itu ditubuhkan oleh beliau sendiri pada tahun 1990. Perniagaan tersebut menjadi peniagaan keluarga dan semakin berkembang maju dengan pembukaan beberapa buah kedai dan butik pakaian yang menjual koleksi pakaian Zul Rais. Syarikat yang diterajui oleh beliau sendiri ini juga menerima tempahan baju kurung, kebaya, sut korporat dan pakaian seragam daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan serta swasta. Encik Zul merupakan anak bongsu daripada sepuluh orang adik-beradik. Beliau merupakan graduan bidang ekonomi dari University of Manchester, England. Beliau berazam untuk mengembangkan perniagaan ini ke seluruh dunia. Beliau amat menitikberatkan mutu jahitan dan peredaran fesyen semasa bagi memenuhi cita rasa pelanggan. Perkataan Maksud 1 menyediakan menawarkan 2 ditubuhkan diwujudkan 3 berkembang meningkat 4 koleksi kumpulan barangan 5 diterajui diketuai 6 agensi badan yang menjalankan urusan tertentu 7 graduan mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari konvokesyen 8 berazam bercita-cita 9 peredaran perubahan dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain 10 cita rasa minat Untitled-3 63 9/25/2023 5:31:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Lembaran Kerja 64 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.2.1 Memahami dan menggunakan kata berimbuhan mengikut konteks; (i) kata berimbuhan awalan (ii) kata berimbuhan akhiran Unit 23 Halaman Buku Teks: 173 – 178 Usahawan Berwawasan Aspek: Tatabahasa Baca petikan di bawah. Kemudian, kenal pasti perkataan berimbuhan dan senaraikan. Perkataan Berimbuhan Produk daging burger jenama Sari Alam merupakan satu lagi produk makanan halal yang terdapat di pasaran kini. Produk ini dihasilkan oleh usahawan wanita bersemangat waja, iaitu Sariyanti binti Nur Alam. Beliau mengeluarkan produk tersebut menerusi syarikatnya, Cita Rasa Maju Sdn. Bhd. Banyak golongan dalam masyarakat tertarik dengan produk keluaran syarikat ini. Hal ini demikian kerana harganya amat berpatutan. Pegawai Teknologi Pemakanannya pula sentiasa memastikan kualiti produk sentiasa terjamin. Secara dasarnya, Cita Rasa Maju Sdn. Bhd. yang mempunyai 30 orang kakitangan di pelbagai peringkat ialah syarikat milik seratus peratus bumiputera. Syarikat ini diperbadankan pada 21 Julai 2000. Pada masa itu, syarikat ini bertindak sebagai pembekal utama daging burger melalui pengilangan berkontrak bersama-sama Agro Emas Sdn. Bhd. mulai tahun 2004 hingga 2007. Walau bagaimanapun, bermula enam tahun yang lalu, Cita Rasa Maju Sdn. Bhd. mengeluarkan produk sendiri, iaitu daging burger, nuget, daging kisar dan bebola berasaskan daging dan ayam. Pusat pengeluaran produk ini beroperasi di Pusat Perindustrian Shah Alam, Selangor. Awalan • terdapat • pembekal • bersemangat • berkontrak • tertarik • bersama-sama • terjamin • bermula • peratus • beroperasi • bertindak Akhiran • makanan • pasaran • usahawan • golongan • keluaran Gallery Walk 1 Murid berbincang dalam kumpulan. 2 Guru meminta murid mencadangkan barangan yang sesuai dijual pada Hari Usahawan Sekolah. 3 Murid menampal hasil kerja pada dinding supaya dapat dilihat oleh kumpulan lain. 4 Murid daripada kumpulan lain boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan. 5 Komen ditulis pada nota pelekat dan ditampal pada hasil kerja tersebut. PdPc PdPc Aktiviti PAK-21 Aktiviti PAK-21 PAK-21 PdPc Didik Hibur Untitled-3 64 9/25/2023 5:31:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Lembaran Kerja 65 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 1.2.3 Bersoal jawab untuk menjana idea tentang sesuatu perkara. Unit 24 Halaman Buku Teks: 179 – 184 Pintar Kewangan Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Lengkapkan dialog di bawah. Kemudian, lakonkan di hadapan kelas. Sudahkah kamu membuka akaun simpanan untuk anak-anak di Bank Sejahtera? Simpanlah wang tabungan mereka di tempat yang selamat. Bank Sejahtera menawarkan pembukaan akaun baharu dengan jumlah serendah RM10. Kanak-kanak juga akan diberikan hadiah berupa tabung istimewa. Mereka juga layak untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang akan dilakukan setiap dua bulan sekali. Apa tunggu lagi? Simpanlah wang di Bank Sejahtera untuk kesejahteraan masa depan. Hakim : Kakak, tengok iklan ini. Alangkah bagusnya kalau kita dapat membuka akaun bank. Dania : Bukankah kita sudah ada tabung buluh? Hakim : Ya, tetapi menyimpan wang di bank lebih selamat. Sekarang Bank Sejahtera (1) menawarkan pembukaan akaun baharu dengan jumlah serendah RM10 sahaja. Dania : Betulkah? Apakah lagi keistimewaan yang ditawarkan oleh Bank Sejahtera itu? Hakim : Kanak-kanak juga akan (2) diberikan hadiah berupa tabung istimewa. Kita juga layak untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang akan dilakukan setiap dua bulan sekali. Dania : Sangat menarik tawaran itu. Maknanya, setiap tahun mereka mengadakan cabutan bertuah sebanyak enam kali. Kita perlu memberitahu ayah tentang hal ini. Hakim : Duit tabungan perlu (3) kita simpan di bank untuk kesejahteraan masa depan kita. Dania : Kita patut bersyukur dan sentiasa berjimat kerana banyak kelebihan kita menabung. Hakim : Betul, kakak. Antara kelebihan kita menabung ialah (4) kita dapat menyimpan wang sebagai keperluan kita pada masa hadapan. Untitled-3 65 9/25/2023 5:31:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Lembaran Kerja 66 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.2.3 Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut konteks; (i) kata ganda penuh (ii) kata ganda separa (iii) kata ganda berentak Unit 24 Halaman Buku Teks: 179 – 184 Pintar Kewangan Aspek: Tatabahasa Tandakan (✓) bagi kata ganda yang betul berdasarkan ayat di bawah. 1 Dua orang pemuda itu di bawah pokok mangga sejak tadi. berkata-kata ( ✓ ) berbual-bual ( ✓ ) bertanya-tanya ( ✓ ) 2 Sorakan penonton di dalam dewan itu menjadikan suasana . riuh-rendah ( ✓ ) kusut-masai ( ✓ ) lintang-pukang ( ✓ ) 3 Keluarga Encik Zain seronok di kawasan air terjun yang popular itu. ulang-alik ( ✓ ) lalu-lalang ( ✓ ) mandi-manda ( ✓ ) 4 Rancangan itu dilakukan secara sehingga tiada sesiapa pun yang mengetahuinya. sayup-sayup ( ✓ ) senyap-senyap ( ✓ ) sorok-sorok ( ✓ ) 5 Rambut budak lelaki itu kelihatan kerana tidak disikat rapi. compang-camping ( ✓ ) comot-momot ( ✓ ) kusut-masai ( ✓ ) 6 Skru besar itu tidak dapat digunakan kerana nya sudah haus. bebenang ( ✓ ) sesendi ( ✓ ) kekuda ( ✓ ) 7 Puan Kumari menggunakan yang diimport khas dari India untuk melazatkan masakannya. kuih-muih ( ✓ ) rempah-ratus ( ✓ ) sayur-mayur ( ✓ ) 8 Kami masih dapat melihat kilauan permata itu walaupun dalam cahaya yang samar-samar ( ✓ ) pinar-pinar ( ✓ ) suram-suram ( ✓ ) 9 Kos untuk membina di sepanjang pantai itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. kekisi ( ✓ ) tetambak ( ✓ ) bebola ( ✓ ) 10 Emak memetik di belakang rumah untuk dibuat sambal. sesiku ( ✓ ) rerambut ( ✓ ) lelada ( ✓ ) Untitled-3 66 9/25/2023 5:31:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 9 : Integriti Lembaran Kerja 67 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat. Unit 25 Halaman Buku Teks: 190 – 196 Insan Berketerampilan Kemahiran: Menulis Teliti rangka karangan di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan berpandukan rangka karangan tersebut. Mulakan karangan kamu dengan “Sewaktu pulang dari sekolah, aku ternampak sebuah dompet di tepi jalan. Aku ...” Pendahuluan Membawa dompet ke balai polis – tidak jauh dari rumah Isi 1 Menyerahkan kepada pegawai polis – memberitahu lokasi kejadian Isi 2 Pegawai polis melihat maklumat di dalam dompet – menghubungi pemilik dompet Isi 3 Datang ke balai polis – mengucapkan terima kasih – seorang ahli perniagaan Isi 4 Dipanggil oleh guru besar – pemilik dompet menghadiahkan sebuah komputer riba – tanda terima kasih Penutup Perhimpunan – guru besar memuji – memberi sijil keterampilan terpuji – kejujuran [Pendahuluan] Sewaktu pulang dari sekolah, aku ternampak sebuah dompet di tepi jalan. Aku mengambil dompet tersebut. Aku terus membawa dompet itu ke balai polis yang terletak tidak jauh dari rumahku. [Isi 1] Aku menyerahkan dompet itu kepada pegawai polis yang bertugas. Aku memberitahu beliau bahawa aku menemukan dompet itu di tepi jalan berhampiran sekolah. [Isi 2] Pegawai polis itu membuka dompet dan melihat maklumat peribadi yang ada dalam dompet tersebut. Pegawai itu menghubungi pemilik dompet tersebut. [Isi 3] Pemilik dompet itu terus datang ke balai polis. Pemilik dompet itu mengucapkan terima kasih kepada aku kerana menjumpai dompetnya. Pegawai polis memberitahu bahawa pemilik dompet itu ialah seorang ahli perniagaan yang terkenal dan berjaya. [Isi 4] Pada keesokan harinya, aku dipanggil oleh guru besar ke pejabatnya. Aku terkejut melihat pemilik dompet itu ada di dalam bilik guru besar. Beliau menghadiahkan sebuah komputer riba kepada aku sebagai tanda terima kasih kerana menjumpai dompetnya. [Penutup] Semasa perhimpunan, guru besar memuji sikap jujur aku di hadapan murid-murid. Guru besar menyampaikan sijil keterampilan terpuji kepada aku atas kejujuran aku. Untitled-3 67 9/25/2023 5:31:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 9 : Integriti Lembaran Kerja 68 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.3.1 Memahami dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat mengikut konteks. Unit 25 Halaman Buku Teks: 190 – 196 Insan Berketerampilan Aspek: Tatabahasa Bina ayat tunggal dengan peluasan subjek berdasarkan frasa-frasa di bawah. 1 Haji Zikir – ketua kampung – menyampaikan ucapan Haji Zikir ketua kampung sedang menyampaikan ucapan. 2 Datuk Mohni – tokoh usahawan – merasmikan majlis Datuk Mohni tokoh usahawan akan merasmikan majlis itu. 3 Faizal – mahasiswa universiti – program khidmat masyarakat Faizal mahasiswa universiti menyertai program khidmat masyarakat. 4 Doktor Lim – jiran saya – sebuah klinik di bandar Doktor Lim jiran saya ada sebuah klinik di bandar. Bina ayat majmuk dengan peluasan predikat berdasarkan ayat-ayat di bawah. 1 Hani dan Shema menonton televisyen. Hani dan Shema berbual-bual. Hani dan Shema menonton televisyen sambil berbual-bual. 2 Hani memberitahu Shema bahawa iklan itu menarik. Iklan itu sangat berfaedah. Hani memberitahu Shema bahawa iklan itu menarik dan sangat berfaedah. 3 Cikgu Zain dan abangnya meminati bidang reka cipta. Cikgu Zain dan abangnya hendak menyertai pertandingan robotik. Cikgu Zain dan abangnya yang meminati bidang reka cipta hendak menyertai pertandingan robotik. Untitled-3 68 9/25/2023 5:31:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 9 : Integriti Lembaran Kerja 69 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif. Unit 26 Halaman Buku Teks: 197 – 202 Dahulukan yang Utama Kemahiran: Menulis Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab semua soalan. Raffi termenung di pondok ilmu sekolahnya. Dia duduk bersendirian di situ. Dia [S1]dalam dilema. Dia tidak tahu untuk membuat keputusan. Semalam, Raffi telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak antara sekolah di daerahnya. Dia telah diamanahkan untuk menjadi kapten untuk pasukan sekolah pada pertandingan itu nanti. Pada hari ini pula, Cikgu Nisa memaklumkan tarikh pertandingan pidato peringkat kebangsaan berlangsung pada tarikh yang sama dengan pertandingan bola sepak. Dia akan mula berlatih pidato pada keesokan harinya. Pada tahun ini, Raffi telah mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak dalam beberapa kejohanan. Dia juga telah menjadi [S2]johan pertandingan pidato peringkat negeri seterusnya layak ke peringkat kebangsaan. Raffi bercadang untuk berjumpa dengan guru kaunseling sebelum balik sekolah nanti. Dia berharap dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat. 1 Apakah perkara yang mengganggu fikiran Raffi? Perkara yang mengganggu fikiran Raffi ialah dia dalam dilema untuk memilih sama ada pertandingan bola sepak atau pertandingan pidato. 2 Apakah pencapaian Raffi dalam pertandingan pidato? Raffi telah menjadi johan dalam pertandingan pidato peringkat negeri. 3 Jika kamu Raffi, pertandingan manakah yang akan kamu pilih? Mengapa? Jika saya Raffi, saya akan menyertai pertandingan pidato kerana pertandingan pidato itu merupakan pertandingan peringkat kebangsaan. Peluang untuk menjadi johan peringkat tersebut sangat memberi kepuasan kepada saya. 4 Apakah langkah-langkah yang akan kamu ambil jika kamu menghadapi dilema untuk memillih sesuatu perkara? Antara langkah yang akan saya ambil jika saya menghadapi dilema untuk memilih sesuatu perkara ialah saya [Bagaimana] akan berfikir masak-masak untuk membuat keputusan. Saya akan memberitahu ibu bapa dan guru kaunseling sekolah untuk membantu saya membuat keputusan. Untitled-3 69 9/25/2023 5:31:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 9 : Integriti Lembaran Kerja 70 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.3.3 Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif mengikut konteks. Unit 26 Halaman Buku Teks: 197 – 202 Dahulukan yang Utama Aspek: Tatabahasa Tukarkan ayat aktif dan ayat pasif di bawah. 1 2 3 4 5 Ayat aktif: Ibu telah memasak kari kepala ikan. Ayat pasif: Kari kepala ikan telah dimasak oleh ibu. Ayat aktif: Nenek sedang menganyam tikar mengkuang itu. Ayat pasif: Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh nenek. Ayat aktif: Kedai itu menjual barang-barang runcit. Ayat pasif: Barang-barang runcit dijual di kedai itu. Ayat aktif: Datuk Bandar merasmikan dewan itu. Ayat pasif: Dewan itu dirasmikan oleh Datuk Bandar. Ayat aktif: Pak Cik Mail telah meracun rumput di kawasan itu semalam. Ayat pasif: Rumput di kawasan itu telah diracun oleh Pak Cik Mail semalam. Untitled-3 70 9/25/2023 5:31:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 9 : Integriti Lembaran Kerja 71 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 2.2.1 Membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk membuat pertimbangan dan keputusan. Unit 27 Halaman Buku Teks: 203 – 206 Hormati Hak Sesama Kita Kemahiran: Membaca Teliti situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu. Situasi 1 Hadif sedang menyiapkan kerja sekolah. Tiba-tiba, Aiman menelefon untuk mengajaknya bermain badminton. Pada pendapat saya, Hadif perlu menyiapkan kerja sekolah terlebih dahulu. Aiman harus menunggu Hadif menyiapkan kerja sekolah sebelum bermain badminton bersama-sama. Situasi 2 Lim duduk di dalam bas. Selepas beberapa hentian bas, seorang nenek tua menaiki bas itu. Nenek tua itu berdiri kerana semua tempat duduk telah penuh. Pada pendapat saya, Lim harus bangun dari tempat duduk dan memberikan tempat duduknya kepada nenek tua tersebut. Situasi 3 Nurul dan tiga orang rakannya ingin berbincang tentang kerja kursus subjek Sejarah di perpustakaan. Mereka mendapati ramai pengunjung di perpustakaan. Pada pendapat saya, mereka sepatutnya menempah bilik khas bagi membincangkan kerja kursus mereka. Hal ini agar mereka tidak mengganggu pengunjung lain yang sedang belajar di perpustakaan. Situasi 4 Shima suka membawa bekal makanan dari rumah. Pada waktu rehat, dia akan makan bersama-sama rakan-rakannya di kantin. Pada pendapat saya, amalan Shima itu sangat baik kerana dapat menjimatkan wang. Selain itu, makanannya juga dijamin bersih. Malah, dia juga tidak perlu berebut untuk membeli makanan di kantin. Untitled-3 71 9/25/2023 5:31:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nama: Kelas: Tarikh: Tema 9 : Integriti Lembaran Kerja 72 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 SP 5.3.4 Memahami dan membina ayat susunan biasa dan susunan songsang mengikut konteks. Unit 27 Halaman Buku Teks: 203 – 206 Hormati Hak Sesama Kita Aspek: Tatabahasa Baca ayat-ayat di bawah. Tandakan (✓) pada ayat susunan biasa atau ayat susunan songsang. 1 Datuk sedang sakit tenat di hospital sejak semalam. Ayat susunan biasa ✓ Ayat susunan songsang 2 Sungguh cantik cincin yang bertatahkan berlian itu. Ayat susunan biasa Ayat susunan songsang ✓ 3 Rumah Haji Talib tidak berpenghuni sejak sepuluh tahun yang lalu. Ayat susunan biasa ✓ Ayat susunan songsang 4 Anak-anak Pak Mail itu berkejar-kejaran di taman pada waktu petang. Ayat susunan biasa ✓ Ayat susunan songsang 5 Masih belum pulang dari pejabat ibu Adam. Ayat susunan biasa Ayat susunan songsang ✓ 6 Dia menulis rencana itu di bilik bacaan. Ayat susunan biasa ✓ Ayat susunan songsang 7 Akan balik ke kampung saya esok. Ayat susunan biasa Ayat susunan songsang ✓ 8 Ke dalam longkang kanak-kanak itu terjatuh. Ayat susunan biasa Ayat susunan songsang ✓ 9 Atlet itu berlari dengan penuh semangat. Ayat susunan biasa ✓ Ayat susunan songsang 10 Luas dan cantik halaman rumah Yani. Ayat susunan biasa Ayat susunan songsang ✓ Untitled-3 72 9/25/2023 5:31:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version