The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2025-12-08 20:20:03

Masteri KOMSAS Tingkatan 3

Masteri KOMSAS Tingkatan 3

NERBIT ILMU BAKTI SDN. B


KandunganANTOLOGI BINTANG HATIAspek Kajian Sastera dalam Antologi 1Puisi Tradisional Syair Burung Nuri 6Soalan Pengukuhan 1 9Santap Istiadat 10Soalan Pengukuhan 2 13Praktis PBD 14Sajak Kijang yang Lelah 16Soalan Pengukuhan 3 19Pesan Ibu Beribu-ribu 20Soalan Pengukuhan 4 24Senja di Palang Besi 25Soalan Pengukuhan 5 28Bintang 29Soalan Pengukuhan 6 31Praktis PBD 32Prosa Tradisional Bahagia Sesudah Derita 36Soalan Pengukuhan 7 42Praktis PBD 43Cerpen Legasi Tapai Ubi 45Soalan Pengukuhan 8 51Sekeping Tanah 52Soalan Pengukuhan 9 58Bawod 59Soalan Pengukuhan 10 67Praktis PBD 68Drama Tenang-tenang Air di Tasik 71Soalan Pengukuhan 11 78Praktis PBD 79Mahir KOMSAS 81NOVEL TAWANAN KOMANDER CAUCASUSAspek Kajian Sastera dalam Novel 105Sinopsis 110Soalan Pengukuhan 1 118Tema dan Persoalan 120Soalan Pengukuhan 2 123Plot 124Soalan Pengukuhan 3 126Teknik Plot 127Soalan Pengukuhan 4 130Watak dan Perwatakan 131Soalan Pengukuhan 5 134Latar 135Soalan Pengukuhan 6 140Gaya Bahasa 142Soalan Pengukuhan 7 144Nilai dan Pengajaran 146Soalan Pengukuhan 8 151Praktis PBD 153Mahir KOMSAS 157Jawapan 162Tkt 3 Komsas 1Kandungan.indd 1 2/11/2022 6:15:32 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


1Aspek Kajian SasteraAspek Kajian Sasteradalam AntologiAspek Kajian SasteraNadaLatarBentuk SinopsisUnsur BunyiSudut PandanganGaya BahasaWatak dan PerwatakanTeknik PlotTemaNilaiPersoalanPlotPengajaranSinopsisSinopsis ialah ringkasan cerita yang menggambarkan keseluruhan karya.TemaTema ialah gagasan fi kiran atau persoalan utama yang disampaikan oleh pengarang.PersoalanPersoalan ialah perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya. Peta BuihTkt 3 Komsas 1SasteraA(1-5).indd 1 2/11/2022 6:15:50 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


2Aspek Kajian SasteraPlot 1 Plot ialah rentetan peristiwa yang berdasarkan sebab dan akibat. 2 Plot disusun sama ada mengikut kronologi atau tidak mengikut kronologi. 3 Binaan plot adalah seperti yang berikut:(a) Permulaan/Pengenalan/Eksposisi: Pengenalan watak, latar dan situasi yang dapat memberikan gambaran awal kepada pembaca.(b) Perkembangan: Cerita mula berkembang dan menuju konfl ik(c) Perumitan/Konfl ik: Konfl ik yang berlaku antara watak(d) Puncak/Klimaks: Puncak perumitan yang paling penting dan mula menunjukkan jalan penyelesaian(e) Peleraian: Bahagian akhir cerita sama ada peleraian yang membahagiakan atau sebaliknya KlimaksPerumitanPerkembanganPermulaanBinaan PlotPeleraianTeknik Plot 1 Teknik plot atau teknik penceritaan ialah teknik yang digunakan oleh pengarang untuk menjalinkan cerita supaya lebih menarik. 2 Antara teknik plot yang digunakan oleh pengarang ialah:(a) Pemerian: Menjelaskan kepada pembaca tentang latar, gambaran atau pendirian watak.(b) Dialog: Kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak.(c) Monolog dalaman: Rakaman pengalaman atau emosi watak yang berlaku hanya dalam fi kiran watak serta tidak disuarakan.(d) Monolog luaran: Perbicaraan yang dilakukan dengan diri sendiri, cetusan rasa atau suara hati yang terluah tanpa disedari.(e) Imbas muka: Bahagian plot atau cerita yang memungkinkan pembaca meramalkan atau menjangkakan sesuatu yang akan berlaku.(f) Imbas kembali: Bahagian plot atau cerita yang memperlihatkan peristiwa-peristiwa yang terdahulu.(g) Saspens: Peristiwa yang menimbulkan perasaan tertanya-tanya atau rasa ingin tahu pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku seterusnya.(h) Konfl ik: Pertentangan pendapat, idea, sikap, fi kiran dan emosi sama ada sesama watak, dalam diri watak atau persekitarannya. (i) Kejutan: Sesuatu kejadian, keadaan atau perubahan sikap, perbuatan dan pandangan hidup seseorang yang ditampilkan oleh pengarang pada akhir unsur ketegangan.Tkt 3 Komsas 1SasteraA(1-5).indd 2 2/11/2022 6:15:50 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


3Aspek Kajian SasteraWatak dan Perwatakan1 Watak ialah pelaku yang menggerakkan atau menghidupkan cerita dalam karya. Watak boleh terdiri daripada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan atau objek alam.(a) Watak utama: Watak yang berperanan paling penting dalam cerita dan menggerakkan keseluruhan cerita.(b) Watak sampingan: Watak pembantu yang membantu watak utama dalam sesuatu cerita.(c) Watak protagonis/putih: Watak utama, iaitu watak yang mendokong peranan yang baik (watak baik).(d) Watak antagonis: Watak dalam karya yang merupakan penentang watak utama (watak jahat).(e) Watak bundar/bulat: Watak yang diperjelas segala sifatnya dengan terperinci.(f) Watak pipih/leper: Watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam karya.2 Perwatakan pula ialah penggambaran watak.(a) Perwatakan luaran: Gambaran luaran watak.(b) Perwatakan dalaman: Gambaran dalaman watak yang menyentuh tentang sifat-sifat peribadi watak.LatarLatar merupakan keterangan mengenai waktu, ruang atau suasana terjadinya suatu peristiwa dalam karya.(a) Latar masa: Gambaran tentang zaman, era, sejarah atau musim sesuatu peristiwa itu berlaku.(b) Latar masyarakat: Gambaran tentang kehidupan atau budaya hidup masyarakat dalam sesuatu cerita seperti pekerjaan, agama, amalan, sikap dan sebagainya.(c) Latar tempat: Gambaran tentang tempat sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku.Gaya Bahasa1 Gaya bahasa ialah susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya.2 Antara gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang ialah:(a) Personifikasi: Pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, tumbuh-tumbuhan, keadaan atau peristiwa.(b) Penggunaan dialek(c) Peribahasa(d) Bahasa asing (bahasa Inggeris, bahasa Arab dan sebagainya)Tkt 3 Komsas 1SasteraA(1-5).indd 3 2/11/2022 6:15:50 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


4Aspek Kajian Sastera(e) Imejan/Imej alam: Gambaran alam yang didapati dalam puisi seperti bulan, bintang, bumi, sungai dan sebagainya.(f) Metafora: Perbandingan yang menggunakan ungkapan konkrit dan abstrak untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang sebenarnya. Contohnya, perahu waktu dan istana cinta.(g) Simile: Perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata seperti, bagai, umpama, bak, macam dan laksana.(h) Inversi: Pembalikan kata-kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim. (i) Hiperbola: Gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara melampau atau berlebih-lebihan. Contohnya, bulan jatuh ke riba.(j) Anafora: Pengulangan kata di bahagian hadapan(k) Responsi: Pengulangan kata di tengah baris(l) Repetisi: Pengulangan perkataan(m) Epifora: Pengulangan kata-kata di akhir baris puisi untuk penegasan(n) Sinkope: Penggunaan kata singkatan Sudut Pandangan1 Sudut pandangan ialah cara pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau cara pengarang menyampaikan cerita.2 Antara teknik sudut pandangan yang digunakan oleh pengarang ialah:(a) Sudut pandangan orang pertamaPengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya, pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.(b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu)Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran dan pergolakan jiwa watak-watak.(c) Sudut pandangan orang ketiga terbatasPengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.(d) Sudut pandangan objektifPengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.Tkt 3 Komsas 1SasteraA(1-5).indd 4 2/11/2022 6:15:50 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


5Aspek Kajian SasteraUnsur BunyiAntara unsur bunyi yang dikaji ialah:(a) Asonansi: Pengulangan bunyi vokal, iaitu a, e, i, o dan u yang sama dalam deretan kata.(b) Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan yang sama pada kata-kata yang berurutan. BentukAntara bentuk puisi yang dikaji ialah rima akhir, jumlah perkataan sebaris, jumlah rangkap, jumlah suku kata sebaris, bebas atau terikat.Nada1 Nada ialah perasaan atau emosi penyair atau penyajak yang mempengaruhi tinggi rendahnya bunyi suara.2 Antara nada yang terdapat dalam puisi ialah:(a) Melankolik (mendayu-dayu atau sedih)(b) Romantis (perasaan kasih sayang)(c) Sinis (sindiran atau ejekan kasar) (d) Protes (membantah, mengkritik)(e) Patriotik (semangat cinta akan tanah air)NilaiNilai ialah segala perbuatan baik yang harus dijadikan contoh. Contoh nilai adalah seperti yang berikut:• Baik hati• Berdikari• Hemah tinggi• Hormat-menghormati• Kasih sayang• Keadilan• Kebebasan• Keberanian• Kebersihan mental dan fizikal• Kejujuran• Kerajinan• Kerjasama• Kesederhanaan• Kesyukuran• Rasional• Semangat bermasyarakat• KesabaranPengajaran1 Pengajaran ialah peringatan, pedoman, perutusan, amanat atau mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca atau penonton.2 Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan Kita hendaklah…, Kita seharusnya….3 Jika negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan Kita jangan…, Kita tidak boleh… (… diikuti dengan contoh dalam teks.)Tkt 3 Komsas 1SasteraA(1-5).indd 5 2/11/2022 6:15:51 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Puisi Tradisional6Syair Burung NuriMaksudRangkap Syair Maksud1Bermula warkah surat rencana,Ikatan fakir yang sangat hina,Sajak dan nazam banyak tak kena,Daripada pendapat kurang sempurna.Penyair memulakan syair dengan perasaan rendah diri dengan menyatakan bahawa sajak dan nazamnya banyak yang tidak kena, malah pendapatnya juga kurang sempurna.2Gerangan sungguh amatlah leta,Perinya akal gelap-gelita,Hemat pun rendah daif berserta,Tambahan badan miskin dan nista.Penyair turut menyatakan bahawa dirinya sangatlah hina, akalnya juga tidak bernas ditambah lagi keadaan dirinya yang daif, miskin dan cela.3Beribu ampun kiranya tuan,Atasnya hulu fakir nistawan,Daripada masyghul gundah merawan,Terperilah madah patik nin tuan.Penyair memohon ampun kerana daripada perasaan sedih dia memulakan cerita.4Dituliskan sahifah supaya nyata,Barang yang ghairah di dalam cinta,Terfi kir-fi kir bukan menderita,Dakwat dan kertas tempat berkata.Untuk menjelaskan lagi kisah yang ingin disampaikan, penyair menulis perkara-perkara yang ingin dinyatakannya melalui dakwat dan kertas.5Sudahlah nasib untung yang malang,Mengambah lautan berulangulang,Mudaratnya bukan lagi kepalang,Senantiasa di dalam nasib dan walang.Penyair mengisahkan dirinya yang sentiasa bernasib malang.Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 6 2/11/2022 6:16:08 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Puisi Tradisional7Rangkap Syair Maksud6Hanyutlah badan ke sana ke mari,Segenap pesisir desa negeri,Bertambahlah pula sopan dan negeri,Santap nan tidak minum pun kari.Tubuhnya hanyut ke sana ke mari di sepanjang desa dan negeri tanpa makan dan minumnya pun daripada sisa-sisa.7Bangun terjunun badan suatu,Gundahlah fi kir tiada tertentu,Laksana cermin jatuh ke batu,Remuk dan redam hancur di situ.Fikiran yang gundah umpama cermin yang jatuh ke batu lalu remuk dan hancur.8Remuk dan redam rasanya hati,Lenyaplah fi kir budi pekerti,Jikalau kiranya hamba turuti,Daripada hidup sebaiknya mati.Jika diturut perasaan kecewa, penyair akan hilang pertimbangan fi kiran dan tidak mahu meneruskan hidupnya lagi.TemaAdab dalam kehidupan seseorang. Penyair menjaga adabnya sewaktu menulis dan tetap menjaga kesopanan walaupun hidup dalam kefakiran.PersoalanPersoalanSikap seseorang yang merendah diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Memohon kemaafan andai sesuatu yang ditulis atau yang disampaikan menyinggung perasaan orang lain.Berhati-hati sebelum menulis atau mengarang sesuatu untuk tatapan orang ramai.Orang yang bernasib malang akan sentiasa susah hati.Menjaga adab dan kesopanan apabila berada di tempat orang.Perasaan kecewa yang menyebabkan seseorang itu tidak mahu meneruskan kehidupan.Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 7 2/11/2022 6:16:08 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Puisi Tradisional8Bentuk1 Terdiri daripada lapan rangkap.2 Empat baris serangkap.3 Berbentuk terikat.4 Semua baris merupakan maksud.5 Empat hingga enam patah perkataan sebaris.6 Sepuluh hingga 13 suku kata sebaris.7 Rima akhir aaaa.Unsur BunyiUnsur Bunyi ContohAsonansi Dakwat dan kertas tempat berkata(pengulangan bunyi vokal a)Aliterasi Tambahan badan miskin dan nista(pengulangan bunyi konsonan n)Gaya BahasaGaya Bahasa ContohImej alam lautanBahasa Arab sahifahSimile Laksana cermin jatuh ke batu.Kata ganda berulang-ulang, gelap-gelita, terfikir-fikirBahasa istana hulu (kepala), patikRepetisi Remuk dan redamSinkope Sajak dan nazam banyak tak kenaNilai1 Bersopan santun. Penyair memohon maaf sekiranya perkara yang ditulisnya menyinggung perasaan.2 Berbudi pekerti. Penyair tidak menunjukkan kelebihan diri, malah dia menganggap bahawa dirinya serba kekurangan dan pendapatnya juga kurang sempurna.3 Berfikiran positif. Penyair sedar bahawa kekecewaan boleh menyebabkan seseorang itu bertindak mengikut kehendak hati.4 Merendah diri. Penyair menganggap bahawa buah fikirannya kurang sempurna kerana pengetahuannya tidak luas.Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 8 2/11/2022 6:16:08 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Puisi Tradisional9A Jelaskan maksud bagi rangkap “Syair Burung Nuri” di bawah.B Tulis dua persoalan yang terdapat dalam “Syair Burung Nuri”.1 2Pengajaran 1 Kita hendaklah mempunyai sikap merendah diri agar tidak dianggap sombong. 2 Kita seharusnya mengamalkan sikap bersopan santun walau di mana-mana juga kita berada. 3 Setiap orang mesti berfi kiran positif agar segala pekerjaan yang dilakukan akan memperoleh hasil yang baik. 4 Kita janganlah mudah berputus asa dalam meneruskan ranjau kehidupan. Peta DakapSoalan Pengukuhan 11 Hanyutlah badan ke sana dan ke mari,Segenap pesisir desa negeri,Bertambahlah pula sopan negeri,Santap nan tidak minum pun kari.2 Remuk dan redam rasanya hati,Lenyaplah fi kir budi pekerti,Jikalau kiranya hamba turuti,Daripada hidup sebaiknya mati.Rangkap Syair MaksudTkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 9 2/11/2022 6:16:08 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Puisi Tradisional10MaksudRangkap Seloka Maksud1Santap beradat, santap istiadat,Santap raja di majlis kebesaran,Santap merai, hormatmenghormat; Bukan santap hendakkan kenyang,Santap santun dengan aturan.Santap beradat dan santap istiadat merupakan istiadat santapan diraja pada majlis kebesaran yang bertujuan untuk merai dan menghormati tetamu diraja. Santap istiadat bukan bertujuan untuk kenyang tetapi lebih kepada santap santun yang perlu mengikut peraturan yang ditetapkan.2Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman,Sampai ke mulut mamah perlahan,Tanda tidak gelojoh makan.Selesai santap nasi – Diiringkan seteguk minuman,Isyarat menghormat, muliamemuliakan.Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah nasi disuap di tangan kanan, lauk diangkat dengan sopan dan dimamah perlahan. Tidak boleh makan dengan gelojoh. Selesai santap diiringi pula seteguk minuman sebagai syarat menghormati dan memuliakan majlis.3Santap nasi suap pertama,Berturut dengan suap kedua;Dua suap ketiga sudah,Keempatnya basuh tangan;Kelima halwa juadah,Keenam mengiring buahbuahan.Santap hanya tiga suap sahaja. Selepas itu tangan dibasuh dan disusuli pula dengan memakan hidangan halwa serta buah-buahan.4Ketujuh berkumur-kumur,Ke delapan makan sirih,Kelat jatuh ke rengkungan,Seri naik ke peroman. Seterusnya, berkumur-kumur dan makan sirih untuk menaikkan seri muka.Santap IstiadatZa’baTkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 10 2/11/2022 6:16:09 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Puisi Tradisional11Rangkap Seloka Maksud5Itulah santap beradat kebesaranDi dalam riwayat zaman yang silam. Demikianlah aturan santap beradat orang-orang kebesaran pada zaman silam.TemaAdab sopan dan cara-cara makan serta minum dalam majlis mengikut tertib seperti yang diajarkan oleh generasi terdahulu. Generasi terdahulu mengamalkan tatacara dan adat makan yang perlu dicontohi oleh generasi pada masa kini. Adat makan pada zaman dahulu penuh dengan adab sopan dan menghormati tetamu.PersoalanPersoalanBudaya dan adat istiadat turun-temurun perlu dipertahankan agar tidak lapuk ditelan zaman.Menjaga adab sopan ketika makan merupakan amalan yang mulia.Sikap gelojoh ketika makan perlu dielakkan.Hormati para tetamu ketika makan dalam majlismajlis tertentu.Makanlah dengan tangan kanan dan tidak makan terlalu kenyang.Bentuk 1 Semua baris ialah maksud. 2 Terdiri daripada lima rangkap.(a) Rangkap 1: 5 baris(b) Rangkap 2: 7 baris(c) Rangkap 3: 6 baris(d) Rangkap 4: 4 baris(e) Rangkap 5: 2 barisTkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 11 2/11/2022 6:16:09 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Puisi Tradisional123 Terdiri daripada tujuh hingga 14 suku kata sebaris.4 Jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah perkataan sebaris.5 Rima akhir:(a) Rangkap 1: abacb(b) Rangkap 2: aaaabaa(c) Rangkap 3: aabcbc(d) Rangkap 4: abcc(e) Rangkap 5: abUnsur BunyiUnsur Bunyi ContohAsonansi Santap beradat, santap istiadat (pengulangan bunyi vokal a)Aliterasi Sopan santun dengan aturan (pengulangan bunyi konsonan n)Gaya BahasaGaya Bahasa ContohImej alam buah-buahanKata ganda hormat-menghormati, mulia-memuliakan, berkumur-kumurBahasa istana santapAnafora Santap beradat, santap istiadat,Santap raja di majlis kebesaran,Santap merai, hormat-menghormat;Responsi Santap nasi suap pertama,Berturut dengan suap kedua;Dua suap, ketiga sudah,Nilai1 Berhemah tinggi. Menghormati tetamu dan menjaga adab serta tingkah laku sewaktu menikmati makanan.2 Menghormati tetamu. Menghormati majlis dan menghormati tetamu yang datang bertandang sangat dititikberatkan oleh masyarakat pada zaman dahulu.3 Bersopan santun. Bersopan santun ketika menikmati juadah melambangkan ketinggian budi pekerti seseorang.4 Mematuhi peraturan. Patuh akan peraturan sewaktu majlis santapan supaya majlis berjalan dengan lancar.Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 12 2/11/2022 6:16:09 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Puisi Tradisional13Nyatakan lima persoalan yang terdapat dalam seloka “Santap Istiadat”. 5 2 1 4 3GuruBuku rujukan InternetRakan PersoalanPengajaran 1 Kita mestilah bersopan ketika makan. 2 Kita janganlah gelojoh ketika makan kerana perbuatan itu akan memberikan imej yang buruk kepada kita. 3 Kita hendaklah mengikut peraturan ketika makan dalam majlis-majlis tertentu. 4 Kita mestilah menghormati tetamu dengan menghidangkan makanan kepada mereka. Peta BulatanSoalan Pengukuhan 2Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 13 2/11/2022 6:16:09 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Praktis PBD14Kemahiran MenulisStandard Pembelajaran 3.3.2 Menulis dan menjawab pelbagai soalan secara kritis dengan betul.Berdasarkan “Syair Burung Nuri”, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Dituliskan sahifah supaya nyata,Barang yang ghairah di dalam cinta,Terfi kir-fi kir bukan menderita,Dakwat dan kertas tempat berkata. 1 Berdasarkan rangkap syair di atas, bagaimanakah penyair menyampaikan syairnya? 2 Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya kita mudah berasa kecewa dalam kehidupan? KBAT Menilai 3 Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar dilakukan apabila kita menghadapi kekecewaan? KBAT MengaplikasiPraktis 1Praktis PBDTkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 14 2/11/2022 6:16:09 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Praktis PBD15Kemahiran MenulisStandard Pembelajaran 3.3.2 Menulis dan menjawab pelbagai soalan secara kritis dengan betul.Berdasarkan seloka “Santap Istiadat”, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Santap nasi suap pertama,Berturut dengan suap kedua;Dua suap ketiga sudah,Keempatnya basuh tangan;Kelima halwa juadah,Keenam mengiring buah-buahan 1 Nyatakan santap istiadat yang terdapat dalam rangkap seloka “Santap Istiadat” di atas. 2 Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam seloka “Santap Istiadat”. 3 Pada pendapat anda, mengapakah terdapat segelintir masyarakat tidak mengamalkan cara makan yang bersopan? KBAT MenilaiPraktis 2Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 15 2/11/2022 6:16:09 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


16SajakKijang yang LelahWan Marzuki Wan RamliMaksudRangkap Sajak Maksud1Suara nyaringnya tidak lagi gah bergemaKetika temulang kudratnya bergetar di tengah rimbaDia tidak lagi mampu menobat takhta Mengorak telapak di tanah menghijau.Suara nyaring kijang sudah tidak lagi kedengaran kerana kijang semakin tua untuk melangkah di tanah yang menghijau.2Saat ituSebak menyentap dahan kalbuDedaun resah mula berguguran Pepohon batin akhirnya tumbangAkarnya menguncup di perdu harap.Kijang berasa sebak dan resah kerana batinnya semakin lemah.3Hari iniDia cuba bangkit dengan kekuatan kaki Menghambat waktu yang bersisa Walau dalam jera lelahSeakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.Pada hari ini kijang cuba bangkit dengan bersusah payah menggunakan kekuatan kakinya.4Bimbang tersadung akar dan jeratSang kijang lebih berhati-hati menapakMeski dalam peribadi yang keruhDiredah belantara yang mula teduhNun jauh di batas nuraninya Dia tetap menjinjing tekad dan tabah terus mengorak penuh berhemahdengan akal dan hatidia tidak lagi gundahmenyusun gerak dan langkah. Kijang bimbang tersadung akar dan jerat menyebabkan kijang terpaksa menapak dengan lebih berhati-hati. Dengan penuh tekad, kijang terus mengorak langkah tanpa berasa gundah.Tkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 16 2/11/2022 6:16:30 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


17SajakTemaKeperitan hidup seekor kijang tua. Kijang yang sudah tua, namun berusaha sedaya upaya untuk meneruskan sisa-sisa hidupnya dengan penuh ketabahan. PersoalanPersoalanKehidupan yang dimamah usia merupakan lumrah kehidupan.Semangat untuk meneruskan usaha demi mencapai kejayaan.Sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Ketabahan dan tekad yang tinggi membolehkan seseorang meneruskan perjuangan hidup walaupun dalam keadaan yang sukar.Bentuk 1 Sajak berbentuk bebas. 2 Terdiri daripada empat rangkap. 3 Setiap rangkap mempunyai bilangan baris yang tidak sama.(a) Rangkap 1: 4 baris(b) Rangkap 2: 5 baris(c) Rangkap 3: 5 baris(d) Rangkap 4: 10 baris 4 Terdiri daripada empat hingga 17 suku kata sebaris. 5 Jumlah perkataan antara dua hingga tujuh patah perkataan sebaris. 6 Rima akhir:(a) Rangkap 1: aaab(b) Rangkap 2: aabcd(c) Rangkap 3: aabcb(d) Rangkap 4: abccdeefccUnsur BunyiUnsur Bunyi ContohAsonansi Hari ini (pengulangan bunyi vokal i)Aliterasi Dia terus menjinjing tekad dan tabah(pengulangan bunyi konsonan t)Tkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 17 2/11/2022 6:16:30 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


18SajakNadaMelankolik.Gaya BahasaGaya Bahasa ContohPersonifikasi sebak menyentap dahan kalbuMetafora dahan kalbu, dedaun resah, perdu harap, pepohon batinKata ganda berhati-hatiImej alam rimba, akar, belantaraPerlambangan tanah menghijau (hutan)Responsi Meski dalam peribadi yang keruh Diredah belantara yang mula teduhNilai1 Bersemangat waja. Kijang tua tidak berasa risau ataupun gundah walaupun kudratnya sudah semakin lemah.2 Berhati-hati. Kijang tua melangkah dengan berhati-hati supaya tidak tersadung akar dan jerat.3 Keyakinan. Sifat yakin perlu ada dalam diri setiap individu supaya mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan.4 Rasional. Berfikiran waras ketika menghadapi hari-hari tua dengan cara bertindak mengikut kemampuan diri.5 Keazaman yang tinggi. Kijang berazam untuk terus berdiri dan melangkah walaupun dalam kepayahan.6 Keberanian. Kijang berani bangkit walaupun kudratnya sudah semakin tua.7 Ketabahan. Kijang tetap mengorak langkah penuh tabah dalam menyusun gerak langkahnya yang semakin lemah. Pengajaran1 Kita hendaklah berhati-hati sewaktu bertindak.2 Janganlah kita mudah berputus asa dalam meneruskan kehidupan.3 Walaupun sudah tua atau tidak berupaya, namun janganlah kita cepat patah semangat untuk berusaha.4 Kita mestilah mempunyai keyakinan diri untuk terus berjaya pada masa akan datang.Tkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 18 2/11/2022 6:16:30 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


19SajakA Berikan lima persoalan yang terdapat dalam sajak “Kijang yang Lelah”.B Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak “Kijang yang Lelah”.12 4 2 1 3GuruBuku rujukan InternetRakan PersoalanSoalan Pengukuhan 3 Peta BulatanTkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 19 2/11/2022 6:16:30 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


20SajakPesan Ibu Beribu-ribuRahman ShaariMaksudRangkap Sajak Maksud1Kita ada ibuibu kita satupesanannya beribu-ribu.Semua insan memiliki seorang ibu yang pesannya beribu-ribu.2Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu“Buat begini jangan begitubacalah buku selalukukuhkan diri dengan ilmupilihlah kawan yang mulia hatitolaklah kawan pementing diripilihlah kawan yang punya petunjuktolaklah kawan bertabiat buruk.”Ibu yang satu menyekat kita di pintubertanya ke mana arah tuju“Jagalah diri selaludi luar sana mungkin bencana menunggu.”Kita menjadi jemumendengar pesanan beribu-ributapi ibu tetap ibupesanan bertambah satu dan satu“Jangan dibiar kepala berkutucarilah ubat jerawat batu.”Ibu sentiasa berpesan agar anak-anaknya rajin belajar, pandai memilih kawan dan pesanannya akan bertambah dari sehari ke sehari. Ibu juga berpesan supaya anaknya menjaga kebersihan rambut dan wajah.3Suatu senjaseorang temanku merintihkerana kehilangan kekasihkini baru disedarinyapilihan musang berbulu arnabbiarpun menyamar cekapada masa termasuk perangkapSi Bedul sudah ditangkapSi Bedul di dalam lokap.Suatu senja, teman penyajak merintih kerana kekasihnya telah ditangkap dan disumbat ke dalam lokap.Tkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 20 2/11/2022 6:16:30 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


21SajakRangkap Sajak Maksud4Dia menyatakan kesalnyakerana dia alpaibunya berpesan sejak dulu“Pilihlah kawan yang bermutuJangan dipilih kawan berhantu.”Mengenangkan nasib temanku ituaku merindui pesanan ibu.Ya, pesanan ibu.Rakan penyajak itu menyesal kerana ingkar akan pesanan ibunya supaya memilih kawan yang bermutu. Apabila mendengar nasib rakannya itu, penyajak merindui pesanan ibunya.5Ibu,kuyakini kau mengenaliyang mana permata, yang mana kacayang mana budaya, yang mana buayaberilah pesanan beribu-ribumalah berpuluh ribuaku tidak akan jemuini janjiku kerana aku tahusempurna seorang ibudengan pesanan beribu-ribu.Penyajak mengerti bahawa ibu sebenarnya mengenali yang baik dan yang buruk. Penyajak menyatakan bahawa dia tidak akan jemu mendengar pesanan ibunya kerana pesanan tersebut menyempurnakan peranan seorang ibu.TemaSeorang ibu tidak jemu-jemu berpesan dan memberikan nasihat kepada anak kesayangannya supaya tidak tersalah memilih jalan hidup. Seorang ibu berasa bertanggungjawab untuk berpesan kepada anak-anak agar menjaga diri dengan baik dan bijak memilih kawan.PersoalanPersoalanSeorang ibu sering berpesan kepada anak-anak agar pandai memilih kawan.Seorang ibu juga sering menasihati anak agar pandai mengurus diri.Jika tersalah memilih kawan boleh menyebabkan seseorang itu menyesal.Seorang anak yang patuh akan nasihat dan pesanan ibu.Hargailah ibu dan pesanannya kerana setiap manusia hanya ada seorang ibu di dunia ini.Tkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 21 2/11/2022 6:16:30 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


22SajakBentuk1 Sajak berbentuk bebas.2 Terdiri daripada lima rangkap.3 Setiap rangkap mempunyai bilangan baris yang tidak sama.(a) Rangkap 1: 3 baris(b) Rangkap 2: 18 baris(c) Rangkap 3: 9 baris(d) Rangkap 4: 8 baris(e) Rangkap 5: 10 baris4 Terdiri daripada dua hingga 16 suku kata sebaris.5 Jumlah perkataan antara satu hingga enam patah perkataan sebaris.6 Rima akhir:(a) Rangkap 1: aaa(b) Rangkap 2: aaaabbccaaaaaaaaaa(c) Rangkap 3: abbcdeeee(d) Rangkap 4: aabbbbbb(e) Rangkap 5: abccaaaaaaUnsur BunyiUnsur Bunyi ContohAsonansi Tapi ibu tetap ibu. (pengulangan bunyi vokal i)Aliterasi Yang mana budaya, yang mana buaya(pengulangan bunyi konsonan y)NadaMelankolik.Gaya BahasaGaya Bahasa ContohSinkope janjiku, temankuRepetisi beribu-ribuAnafora yang mana permatayang mana budayaResponsi pilihlah kawan yang mulia hatitolaklah kawan pementing diriEpifora berilah pesanan beribu-ribumalah berpuluh ribuPeribahasa musang berbulu arnabTkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 22 2/11/2022 6:16:30 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


23SajakNilai 1 Kepatuhan/Ketaatan. Seorang anak hendaklah mematuhi setiap nasihat ibu demi kebaikan diri mereka. 2 Bertanggungjawab. Setiap ibu bertanggungjawab memberikan nasihat dan pesanan kepada anak-anak. 3 Prihatin. Seorang ibu yang prihatin akan menjaga kebersihan diri anakanak. 4 Keinsafan. Seorang anak yang insaf kerana tersalah memilih kawan dan begitu menghargai nasihat seorang ibu. 5 Hormat-menghormati. Ahli keluarga yang terdiri daripada ibu dan anak yang saling menghormati antara satu sama lain. 6 Kasih sayang. Seorang ibu yang sayang akan anaknya dan mahu anaknya sentiasa menjaga kebersihan diri. 7 Menghargai ibu. Setiap insan hanya mempunyai seorang ibu kandung. Oleh itu, sebagai seorang anak, hormatilah dan hargailah nasihat ibu.PengajaranPengajaran Kita hendaklah mentaati ibu kerana semua pesanannya adalah untuk kebaikan kita. Janganlah kita sesekali menderhakai ibu yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kita. Kita mestilah menginsafi kesalahan yang telah kita lakukan dan berazam untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu yang telah membesarkan kita. Peta BuihTkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 23 3/11/2022 3:17:40 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


24SajakB Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam sajak “Kijang yang Lelah”. 4 2 1 3GuruBuku rujukan InternetRakan Pengajaran Peta BulatanA Nyatakan tema sajak “Pesan Ibu Beribu-ribu”.Soalan Pengukuhan 4Tkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 24 2/11/2022 6:16:30 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


25SajakSenja di Palang BesiPena AlamMaksudRangkap Sajak Maksud1Senja mula menangis remang membongkar sendumengutus kuntum-kuntum serakan cahayaberlari di celah jambangan bunga dedawaimenari mengikat ramah kekosongandalam kotak tidur sepi nan pedar hati.Suasana senja di dalam penjara yang sunyi dan dikelilingi dawai.2Pilu wajahmu sang senjayang dulu melakar bahagiakini merayap sayu membelai jemari malamdalam keterbuangan yang merangkumdalam keterasingan yang mencengkamdalam kesakitan yang membungkam.Banduan di dalam penjara itu hidup terbuang, kesakitan dan terasing daripada masyarakat.3Tanpa pasir pantai atau silir anginrentet susun bibir palang besi dingin itumenjerut resah berteleku dalam heningbernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkonganmenghantar pergi erti keriuhanjauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diribersama riak samudera jiwa bernama kesunyianhukuman terhebat hikayat kemanusiaan. Banduan itu berasa resah dan kesunyian dalam menjalani hukuman yang telah ditetapkan akibat jenayah yang telah dilakukan olehnya.TemaSuasana di dalam sel, iaitu bilik kecil di penjara. Suasana di penjara yang sunyi bagi menempatkan seseorang yang telah melakukan jenayah.Tkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 25 2/11/2022 6:16:31 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


26SajakPersoalanPersoalanPerasaan sunyi banduan yang berada di dalam penjara.Banduan yang hidup dalam keadaan terbuang, kesakitan dan terasing daripada masyarakat.Banduan yang terpaksa menghadapi kesunyian dan terkongkong sepanjang menjalani hukuman penjara akibat jenayah yang telah dilakukan.Setiap penjenayah mestilah dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal.Bentuk 1 Sajak berbentuk bebas. 2 Terdiri daripada tiga rangkap. 3 Setiap rangkap mempunyai bilangan baris yang tidak sama.(a) Rangkap 1: 6 baris(b) Rangkap 2: 6 baris(c) Rangkap 3: 8 baris 4 Terdiri daripada tujuh hingga 18 suku kata sebaris. 5 Jumlah perkataan antara tiga hingga sembilan patah perkataan sebaris. 6 Rima akhir:(a) Rangkap 1: abcdef(b) Rangkap 2: aabbbb(c) Rangkap 3: abcaadeeUnsur BunyiUnsur Bunyi ContohAsonansi Tanpa pasir pantai atau silir angin.(pengulangan bunyi vokal i)Aliterasi Remang membongkar sendu.(pengulangan bunyi konsonan m)NadaMelankolik.Tkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 26 2/11/2022 6:16:31 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


27SajakGaya BahasaGaya Bahasa ContohKata ganda kuntum-kuntumPersonifi kasi Senja mula menangis, Pilu wajahmu sang senja.Metafora kotak tidur sepi, samudera jiwaAnafora dan responsidalam keterbuangan yang merangkumdalam keterasingan yang mencengkamdalam kesakitan yang membungkamImej alam angin, pasir pantaiNilai 1 Belas kasihan. Perasaan belas kasihan terhadap banduan yang terpisah daripada dunia luar. 2 Kesabaran. Gambaran sifat sabar dalam diri seorang banduan sewaktu menjadi tahanan di penjara. 3 Ketabahan. Setiap banduan perlu tabah menjalani hukuman akibat jenayah yang telah dilakukan olehnya. 4 Keinsafan. Banduan yang hidup dalam keterasingan berasa insaf atas kesalahan yang pernah dilakukan olehnya.PengajaranPengajaranPara banduan hendaklah insaf setelah menerima hukuman penjara agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang lalu.Setiap banduan mestilah bersabar dalam menjalani hukuman penjara.Pihak hakim mestilah tegas dalam menjatuhkan hukuman agar hukuman tersebut setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh penjenayah.Kita hendaklah menghindari diri daripada terjebak dalam gejala negatif.Tkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 27 8/11/2022 5:21:18 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


28SajakA Padankan contoh dengan gaya bahasa yang betul.B Berikan lima nilai yang terdapat dalam sajak “Senja di Palang Besi”. 3 5 2 1 4GuruBuku rujukan InternetRakan NilaiContoh Gaya Bahasa 1 Senja mula menangis Metafora2 dalam kotak tidur sepi nan pedar hati Kata ganda 3 Tanpa pasir pantai atau silir angin Personifi kasi4 mengutus kuntum-kuntum serakan cahayaAnafora 5 dalam keterbuangan yang merangkumdalam keterasingan yang mencengkamdalam kesakitan yang membungkamImej alamSoalan Pengukuhan 5 Peta BulatanTkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 28 2/11/2022 6:16:31 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


29SajakBintangSiti Zaleha M. HashimMaksudRangkap Sajak Maksud1Suatu malam aku dudukdi halaman rumah kulihat cantiknya bintang-bintangmenghias langit yang terbentangaku ingin terbang ke sanamembawa pulang bintang-bintangtentu ibu gembira tentu ayah gembira melihat rumah inipenuh dengan cahaya. Suatu malam, penyajak berkeinginan untuk membawa pulang bintang-bintang di langit bagi menggembirakan hati ayah dan ibunya serta memenuhi rumah mereka dengan cahaya.2Tetapi kata ibuitu tidak perluayah sudah ada bintangbegitu juga iburumah sudah bercahayabegitu juga jiwa mereka bintang itu adalah akubintang hati ayah dan ibu. Namun, ibu dan ayahnya mengatakan bahawa semua itu tidak perlu. Hal ini demikian kerana mereka menganggap bahawa penyajak sebagai bintang di hati mereka.TemaAnak-anak ialah bintang hati ibu dan ayah melebihi bintang-bintang di langit. Anak ialah harta yang sangat berharga buat ayah dan ibu melebihi segala kekayaan yang ada di dunia.Persoalan 1 Anak-anak lebih berharga daripada bintang-bintang di langit. 2 Seorang anak yang bercita-cita untuk membahagiakan hati ibu dan ayahnya. 3 Anak-anak merupakan harta yang sangat berharga kepada ibu dan ayah.Tkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 29 2/11/2022 6:16:31 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


30SajakBentuk1 Sajak berbentuk bebas.2 Terdiri daripada dua rangkap.3 Setiap rangkap mempunyai bilangan baris yang tidak sama.(a) Rangkap 1: 10 baris(b) Rangkap 2: 8 baris4 Terdiri daripada enam hingga 10 suku kata sebaris.5 Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah perkataan sebaris.6 Rima akhir:(a) Rangkap 1: abccdceefe(b) Rangkap 2: aabaccaaUnsur BunyiUnsur Bunyi ContohAsonansi di halaman rumah. (pengulangan bunyi vokal a)Aliterasi tetapi kata ibu. (pengulangan bunyi konsonan t)NadaRomantik.Gaya BahasaGaya Bahasa ContohKata ganda bintang-bintangRepetisi bintang-bintangPersonifikasi menghias langit yang terbentangAnafora • bintang itu adalah akubintang hati ayah dan ibu• tentu ibu gembiratentu ayah bahagiaNilai1 Kasih sayang. Kasih sayang seorang anak terhadap ayah dan ibu sehingga berhasrat untuk membawa pulang bintang-bintang demi membahagiakan hati ayah dan ibunya.2 Keprihatinan. Ibu bapa prihatin terhadap anak-anak kerana anak-anak ialah harta yang sangat berharga.Tkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 30 2/11/2022 6:16:31 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


31Sajak 3 Menghargai ibu bapa. Kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa wajar dihargai oleh anak-anak. 4 Mengenang jasa. Ibu bapa merupakan insan yang banyak berkorban demi anak-anak dan jasa mereka seharusnya dihargai oleh anak-anak. 5 Bertanggungjawab. Anak-anak bertanggungjawab untuk menggembirakan hati ibu dan bapa sementara ibu bapa pula bertanggungjawab untuk memelihara serta memberikan didikan yang sempurna kepada anak-anak.Pengajaran 1 Setiap anak mestilah menghargai dan cuba membalas jasa ibu bapa. 2 Ibu bapa dan anak-anak mestilah menanam sikap berkasih sayang sesama anggota keluarga. 3 Anak-anak mestilah prihatin akan keperluan ibu bapa. 4 Jasa ibu bapa yang membesarkan kita mestilah dikenang dan dibalas selayaknya.A Lengkapkan petikan di bawah dengan perkataan yang sesuai.Suatu malam, penyajak berkeinginan untuk membawa (1) bintang-bintang di (2) untuk menggembirakan hati (3) dan ibunya serta memenuhi (4) mereka dengan (5) . Namun, ibu dan ayahnya mengatakan bahawa semua itu tidak perlu. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka menganggap bahawa penyajak sebagai (6) di (7) mereka.B Tulis contoh bagi setiap gaya bahasa di bawah berdasarkan sajak “Bintang”.Gaya Bahasa Contoh 1 Kata ganda 2 Personifi kasi 3 AnaforaSoalan Pengukuhan 6Tkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 31 2/11/2022 6:16:31 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Praktis PBD32Kemahiran MembacaStandard Pembelajaran 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat.Nyatakan maksud bagi rangkap sajak “Kijang yang Lelah” di bawah.Bimbang tersadung akar dan jeratSang Kijang lebih berhati-hati menapakMeski dalam peribadi yang keruhDiredah belantara yang mula teduhNun jauh di batas nuraninya Dia tetap menjinjing tekad dan tabah terus mengorak penuh berhemahdengan akal dan hatidia tidak lagi gundahmenyusun gerak dan langkah.Praktis 1Praktis PBDTkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 32 2/11/2022 6:16:31 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Praktis PBD33Praktis 2Kemahiran MenulisStandard Pembelajaran 3.3.2 Menulis dan menjawab pelbagai soalan secara kritis dengan betul.Berdasarkan sajak “Pesan Ibu Beribu-ribu”, jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1 Apakah dua pesanan ibu yang terdapat dalam sajak “Pesan Ibu Beribuibu”? 2 Berikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak “Pesan Ibu Beribu-ribu”. 3 Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak “Pesan Ibu Beribu-ribu”. 4 Pada pendapat anda, apakah kebaikan sekiranya kita mematuhi pesanan ibu? KBAT MenilaiTkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 33 3/11/2022 3:17:41 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Praktis PBD34Praktis 3Kemahiran MenulisStandard Pembelajaran 3.3.2 Menulis dan menjawab pelbagai soalan secara kritis dengan betul.Berdasarkan sajak “Senja di Palang Besi”, jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1 Nyatakan tema sajak “Senja di Palang Besi”. dalam keterasingan yang mencengkam 2 Apakah yang dimaksudkan dengan rangkap sajak di atas? 3 Pada pendapat anda, apakah perkara yang perlu kita lakukan jika kita melakukan kesalahan? KBAT Mengaplikasi 4 Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan masalah jenayah di negara kita? KBAT MengaplikasiTkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 34 2/11/2022 6:16:31 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Praktis PBD35Praktis 4Aspek Seni BahasaStandard Pembelajaran 4.4.3 Mempersembahkan karya prosa dan puisi secara kreatif dalam pelbagai aktiviti berbahasa.Secara berpasangan, persembahkan sajak “Bintang” secara kreatif di hadapan guru dan rakan-rakan.BintangSuatu malam aku dudukdi halaman rumah kulihat cantiknya bintang-bintangmenghias langit yang terbentangaku ingin terbang ke sanamembawa pulang bintang-bintangtentu ibu gembira tentu ayah gembira melihat rumah inipenuh dengan cahaya. Tetapi kata ibuitu tidak perluayah sudah ada bintangbegitu juga iburumah sudah bercahayabegitu juga jiwa mereka bintang itu adalah akubintang hati ayah dan ibu. SITI ZALEHA M. HASHIMDipetik daripada sajak “Bintang”, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)Tkt 3 Komsas 3Sajak(16-35).indd 35 2/11/2022 6:16:34 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


36Prosa TradisionalSinopsisPada suatu hari, Si Miskin dan isterinya berjalan untuk mencari rezeki di negeri Anta Beranta. Pada ketika itu, negeri Anta Beranta diperintah oleh Maharaja Indera Dewa. Anta Beranta merupakan sebuah kerajaan yang besar. Ketika Maharaja Indera Dewa sedang dihadap oleh raja-raja, menteri hulubalang dan rakyat, Si Miskin dan isterinya pun sampai ke penghadapan baginda dalam keadaan pakaian mereka yang carik-carik dan berjurai-jurai. Apabila melihat keadaan Si Miskin dan isterinya itu, orang ramai mentertawakan mereka dan melontar kayu dan batu ke arah mereka, sehingga berdarah. Apabila mendengar bunyi bising di luar, Maharaja Indera Dewa pun bertanya lalu diberitahu oleh raja-raja bahawa orang ramai sedang melempar Si Miskin. Lalu, raja pun menitahkan supaya mengusir Si Miskin jauh-jauh. Jadi, Si Miskin pun kembali ke tepi hutan. Oleh sebab Si Miskin dalam keadaan lapar, Si Miskin mencari makanan di dalam timbunan sampah. Si Miskin dan isterinya makan ketupat basi dan tebu. Sebenarnya, Si Miskin berasal daripada raja keinderaan yang disumpah oleh Betara Guru kerana turun ke dunia membawa isterinya tanpa memberitahu Betara Guru. Setelah tiga bulan mereka makan ketupat dan tebu, isteri Si Miskin pun hamil. Sebenarnya, ketupat dan tebu itu ialah anak kepada Betara Karma Jaya yang telah dipuja dan dijatuhkan dari kayangan menjadi ketupat (lelaki) dan tebu (perempuan). Sebulan sebelum bersalin, isteri Si Miskin mengidam hendak makan buah mempelam yang terdapat di dalam taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin memperoleh buah tersebut di pasar tetapi tidak diterima oleh isterinya. Akhirnya, Si Miskin pergi menghadap Maharaja Indera Dewa. Baginda pun menitahkan hambanya menyerahkan setangkai buah mempelam kepada Si Miskin. Isteri Si Miskin berasa gembira kerana hajatnya telah dipenuhi. Selang tiga hari, isteri Si Miskin mengidam buah nangka yang terdapat di dalam taman raja. Sekali lagi Si Miskin menghadap Maharaja Indera Dewa. Baginda memperkenankan hajat Si Miskin. Isteri Si Miskin melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama Marakarma. Si Miskin mendirikan pondok untuk kediaman mereka sekeluarga. Ketika menggali tanah untuk membina pondok, Si Miskin telah menemui tajau besar Bahagia Sesudah DeritaTkt 3 Komsas 4Prosa(36-44).indd 36 2/11/2022 6:16:49 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


37Prosa Tradisionalyang mengandungi emas. Kemudian, Si Miskin telah menemui beberapa orang saudagar untuk membuatkannya kaus, payung, pedang, otar-otar, keris, pelana kuda dan kain menggunakan emas yang ditemuinya itu.Pada hari yang lain, ketika Si Miskin sedang memangku anaknya, Si Miskin mengatakan bahawa sekiranya anaknya itu anak dewa, jadikanlah sebuah negeri di dalam hutan ini. Dengan takdir Allah, wujudlah sebuah negeri dan Si Miskin memberikan nama negeri itu Puspa Sari. Namanya ditukar kepada Maharaja Indera Angkasa, manakala isterinya diberikan nama Tuan Puteri Ratna Dewi. Beberapa tahun kemudian, Tuan Puteri Ratna Dewi melahirkan seorang puteri dan diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma.TemaKecekalan dan ketabahan sepasang suami isteri miskin yang tinggal di negeri Anta Beranta. Si Miskin dan isterinya begitu tabah dan cekal dalam mengharungi keperitan hidup semenjak turun ke dunia. Mereka pernah dipukul oleh orang kampung hanya kerana mahu meminta makanan. Persoalan1 Orang miskin yang dipandang hina. Si Miskin yang dilempar batu dan kayu apabila berjumpa dengan orang ramai.2 Makanan yang diperoleh di tempat pembuangan sampah. Si Miskin mendapatkan makanan seperti ketupat dan tebu di tempat timbunan sampah.3 Kelahiran Marakarma selepas isteri Si Miskin makan ketupat dan tebu.Marakarma dan Tuan Puteri Nila Kesuma lahir selepas isteri Si Miskin makan ketupat dan tebu.4 Kemurahan hati seorang raja. Maharaja Indera Dewa yang pemurah memberi Si Miskin setangkai mempelam dan sebiji nangka.PlotPlot HuraianPermulaan Si Miskin dan isterinya hidup dalam kemiskinan. Mereka tinggal di negeri Anta Beranta. Mereka telah dihalau dan dilempar kayu dan batu sehingga mereka terpaksa melarikan diri di tepi hutan.Perkembangan Si Miskin dan isterinya telah makan ketupat basi dan tebu di tempat pembuangan sampah. Hasilnya, isteri Si Miskin telah hamil. Isteri Si Miskin mengidam hendak makan buah mempelam dan nangka di taman raja. Setelah cukup bulan, isteri Si Miskin pun melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Marakarma.Tkt 3 Komsas 4Prosa(36-44).indd 37 2/11/2022 6:16:49 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


38Prosa TradisionalPlot HuraianKlimaks Si Miskin menjumpai tajau yang berisi emas semasa sedang menggali tanah sewaktu hendak mendirikan pondok untuk mereka sekeluarga. Kemudian, ketika memangku anaknya, Si Miskin mengatakan bahawa sekiranya anaknya itu anak dewa, jadikanlah sebuah negeri di dalam hutan ini. Dengan takdir Allah, wujudlah sebuah negeri dan Si Miskin memberikan nama negeri itu Puspa Sari.Peleraian Si Miskin telah menukar namanya kepada Maharaja Indera Angkasa dan memerintah negeri Puspa Sari dengan adil dan saksama. Negeri Puspa Sari pun menjadi masyhur. Baginda hidup bahagia bersama-sama isteri dan kedua-dua orang anak baginda yang bernama Marakarma dan Puteri Nila Kesuma.Teknik PlotTeknik Plot ContohDialog Maka titah baginda, “Apakah yang digemparkan di luar itu?”Maka sembah segala raja-raja, “Ya, Tuanku Syah Alam, orang melempari Si Miskin, Tuanku.” [halaman 18]Pemerian Maka ia pun bertemu dengan tempat orang membuang sampah di tengah jalan raya itu. Maka ia pun berhentilah ia di situ. Maka dicarinyalah di dalam sampah yang bertimbun-timbun itu barang yang dapat dimakan. [halaman 19]Imbas kembali • Peristiwa asal usul Si Miskin yang disumpah oleh Betara Guru kerana membawa isterinya turun ke dunia tanpa memberitahu Betara Guru. [halaman 19]• Asal usul ketupat dan tebu yang berasal daripada dua orang anak Betara Karma Jaya yang ingin turun ke dunia. [halaman 20]Watak dan PerwatakanBetara Angkasa Indera Dewa/Si Miskin/Maharaja Indera Angkasa 1 Maharaja keinderaan yang terkenal dengan kesaktiannya. 2 Seorang raja yang dermawan, budiman dan penuh kesaktian. 3 Mempunyai kerajaan yang besar. 4 Dimurkai oleh Betara Guru kerana turun ke dunia membawa isterinya tanpa memberitahu Betara Guru.Tkt 3 Komsas 4Prosa(36-44).indd 38 8/11/2022 5:20:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


39Prosa Tradisional 5 Menjadi Si Miskin ketika tiba di dunia, iaitu di negeri Anta Beranta. 6 Seorang yang prihatin dan penyayang. Si Miskin seorang suami yang prihatin dan penyayang terhadap isterinya, iaitu Tuan Puteri Ratna Dewi ketika mereka hidup dalam kemiskinan. Baginda sendiri yang merawat tubuh isterinya yang cedera. 7 Menukar nama kepada Maharaja Indera Angkasa dan memerintah negeri Puspa Sari. 8 Seorang yang pemurah. Baginda memberikan persalinan kepada segala raja, menteri hulubalang dan rakyat jelata sempena kelahiran puteri baginda, Tuan Puteri Nila Kesuma.Dewi Kencana/Isteri Si Miskin/Tuan Puteri Ratna Dewi 1 Isteri Betara Angkasa Indera Dewa. 2 Setia kepada suami. Sangat setia menemani suaminya, Si Miskin ketika turun ke dunia. 3 Mengidam makan buah mempelam dan buah nangka semasa hami. 4 Melahirkan dua orang anak, iaitu Marakarma dan Tuan Puteri Nila Kesuma.Betara GuruTelah menyumpah Betara Angkasa Indera Dewa sebab turun ke dunia dengan membawa isteri tanpa memberitahunya terlebih dahulu.Maharaja Indera Dewa 1 Raja negeri Anta Beranta. 2 Seorang yang pemurah. Baginda memberikan setangkai buah mempelam dan sebiji buah nangka kepada Si Miskin.LatarLatar TempatLatar Tempat HuraianIstana Maharaja Indera DewaKetika Maharaja sedang dihadap oleh raja-raja, menteri hulubalang dan rakyat, tiba-tiba Si Miskin dan isterinya datang lalu ditertawakan serta dilempar kayu dan batu sehingga berdarah.Negeri Anta Beranta/Istana Maharaja Indera DewaSebuah kerajaan yang besar.Tkt 3 Komsas 4Prosa(36-44).indd 39 8/11/2022 5:20:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


40Prosa TradisionalLatar Tempat HuraianTempat pembuangan sampah di tengah jalan rayaTempat Si Miskin menjumpai ketupat dan tebu lalu dimakan oleh mereka berdua.Pasar Si Miskin dan isterinya dilempar batu dan kayu. Sebuah kampung Si Miskin dan isterinya telah diusir dengan kayu oleh penduduk kampung tersebut.Negeri Puspa Sari Negeri yang diperintah oleh Maharaja Indera Angkasa. Latar MasaLatar Masa HuraianWaktu malam Ketika Si Miskin berteduh di bawah pohon kayu untuk membasuh tubuhnya.Waktu siang Ketika Si Miskin keluar hendak mencari rezeki.Selang tiga hari selepas mengidam buah mempelamIsteri Si Miskin mengidam pula buah nangka di taman raja.Malam empat belas hari bulanIsteri Si Miskin melahirkan seorang anak lelaki.Latar MasyarakatLatar Masyarakat HuraianMasyarakat raja di kayanganDiperintah oleh Betara Karma Jaya yang menukarkan dua orang anaknya menjadi ketupat dan tebu sebelum dijatuhkan ke dunia.Masyarakat raja di duniaMengisahkan Maharaja Indera Dewa dan kerajaannya yang amat besar. Masyarakat yang hidup dalam kemiskinanSi Miskin hidup menderita sehingga terpaksa mencari makanan di tempat pembuangan sampah.Tkt 3 Komsas 4Prosa(36-44).indd 40 2/11/2022 6:16:49 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


41Prosa TradisionalGaya BahasaGaya Bahasa ContohBahasa Arab Allah Taala [halaman 25]Sinkope “Wahai kakanda, sangatlah rasa tubuhku tiada berdaya lagi, hancurlah segala anggotaku.” [halaman 19]Bahasa Istana tuanku, baginda dan betaRepetisi ada yang memberi juadah,ada yang memberi nasi,ada yang memberi kain,ada yang memberi buah-buahan, [halaman 21]Sudut PandanganOrang ketiga tidak terbatas (serba tahu)Pengarang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran dan pergolakan jiwa watak-watak.NilaiNilai HuraianKasih sayang Si Miskin berusaha menunaikan hajat isterinya yang mengidam buah mempelam dan nangka dengan menemui Maharaja Indera Dewa.Bertanggungjawab Si Miskin bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan membina pondok untuk mereka sekeluarga tinggal.Hemah tinggi Si Miskin tunduk dan menyembah tanda hormat apabila menemui Maharaja Indera Dewa.Pengajaran1 Kita perlu menghormati orang yang lebih tua. Oleh sebab Betara Angkasa Indera Dewa turun ke dunia membawa isterinya tanpa memberitahu Betara Guru, baginda telah disumpah dan menjadi miskin di dunia.2 Suami hendaklah mengasihi isteri. Si Miskin berusaha menunaikan hajat isterinya yang mengidam buah mempelam dan nangka dengan berusaha mendapatkan buah tersebut.3 Pemerintah perlu bersikap adil terhadap rakyat. Maharaja Indera Angkasa memerintah Puspa Sari dengan adil menyebabkan rakyat menyayanginya dan negerinya makmur.Tkt 3 Komsas 4Prosa(36-44).indd 41 2/11/2022 6:16:49 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


42Prosa TradisionalA Berikan tiga latar masa, latar tempat dan latar masyarakat yang terdapat dalam prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita”.B Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita”.LatarLatar masaLatar tempatLatar masyarakat 1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2 3Soalan Pengukuhan 7 Peta DakapTkt 3 Komsas 4Prosa(36-44).indd 42 2/11/2022 6:16:50 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Praktis PBD43Baca dan fahami petikan prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita” di bawah. Kemudian, nyatakan maklumat penting yang terdapat dalam petikan tersebut.Praktis PBDAdapun akan Si Miskin itu asalnya daripada raja keinderaan kena sumpah Betara Guru sebab ia turun ke dunia membawa isterinya tiada memberitahu Betara Guru. Itulah maka demikian dirasanya. Setelah demikian maka suaminya pun pergilah masuk ke hutan mencari ubat dan taruk kayu mana yang dapat dimakan oleh orang. Maka dibawanya pada isterinya. Maka dimakannya dua laki isteri. Hatta dengan demikian itu juga isterinya pun hamillah. Tiga bulan lamanya ia makan ketupat dan buku tebu itu juga. Adapun akan asalnya ketupat dengan buku tebu itu anak kepada Betara Karma Jaya dua bersaudara, seorang lelaki seorang perempuan. Sekali peristiwa dia bermohon kepada ayahanda baginda hendak turun ke dunia. Maka titah baginda, “Baiklah, hai anakku, tetapi jangan anakku bercerai dua bersaudara.” Maka sembah anak kedua, “Mana titah patik junjung, Tuanku.” Setelah sudah baginda berkata itu anakanda kedua itu pun dipuja oleh baginda. Dengan seketikanya itu juga maka anakanda yang laki-laki menjadi ketupat dan yang perempuan menjadi buku tebu. Maka dijatuhkan oleh baginda keduanya dari kayangan ke dalam dunia lalu masuk ke dalam sampah, itu sebabnya.(Dipetik daripada prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita”, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)Kemahiran MembacaStandard Pembelajaran 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat.Tkt 3 Komsas 4Prosa(36-44).indd 43 2/11/2022 6:16:50 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Praktis PBD44Bahagia Sesudah DeritaMaklumat pentingMaklumat pentingMaklumat pentingMaklumat penting1 2 3 4 Peta DakapTkt 3 Komsas 4Prosa(36-44).indd 44 2/11/2022 6:16:50 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


45CerpenLegasi Tapai UbiGhazali LatehSinopsisParjo ialah anak pengusaha tapai yang bernama Wak Salikon. Sejak kecil Parjo membantu bapanya menghantar tapai ubi ke pasar sehingga dia digelar Parjo Tapai oleh rakan-rakan yang sama-sama menumpang bas sekolah dengannya. Emak Parjo memberitahu bahawa membuat tapai ubi banyak pantang larangnya. Antara pantang larang tersebut ialah tapai tidak boleh terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh bising-bising. Berkat jualan tapai ubi, Parjo berjaya memasuki universiti. Suatu hari, Profesor Haidar meminta Parjo membuat kajian tentang tapai ubi. Menurut Profesor Haidar, tapai ubi dapat mengurangkan serangan kanser. Parjo dan rakan-rakannya telah membuat kajian tentang tapai ubi dan mendalami kajian tentang kanser terutamanya kanser payudara. Seterusnya, bahan pengawet semula jadi yang mesra pengguna terutama makanan beku turut dapat dihasilkan. Hasil kajian Parjo telah dibawa ke peringkat antarabangsa. Ketika menerima ijazah, tajuk kajian Parjo dibacakan, iaitu “Tapai Ubi sebagai Agen Penghalang Kanser: Satu Kajian”. Parjo menganggap bahawa kejayaannya itu ialah inspirasi daripada emak dan bapanya. Hasil kajiannya itu menyebabkan tapai ubi semakin popular dan telah dihidangkan di hotel-hotel. Perusahaan tapai ubi Wak Salikon juga semakin berkembang dan sebuah kilang telah didirikan. Emak dan bapa Parjo selaku pengurus besar syarikat tapai ubi. Parjo juga telah menempah papan tanda besar yang dipasang di hadapan rumah, iaitu “PERUSAHAAN TAPAI UBI WAK SALIKON”. Parjo pula telah menjadi pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada pelbagai penyakit kanser. Parjo berasa bangga kerana hidup dalam legasi tapai ubi.TemaTapai yang boleh dijadikan sebagai bahan pencegah kanser. Parjo telah berjaya menghasilkan bahan yang dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser daripada tapai ubi.Tkt 3 Komsas 5Cerpen(45-70).indd 45 2/11/2022 6:17:06 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


46CerpenPersoalan 1 Sikap anak yang rajin membantu ibu bapa mencari rezeki. Parjo rajin membantu emak dan bapanya membuat tapai ubi. 2 Ibu bapa sebagai inspirasi kejayaan anak-anak. Parjo mengatakan bahawa kejayaannya ialah inspirasi daripada emak dan bapanya. 3 Kajian yang dijalankan terhadap tapai ubi yang boleh menghasilkan bahan pencegah kanser. Parjo telah membuat kajian tentang tapai yang berkhasiat untuk mencegah kanser. Hasilnya, Parjo telah menerima ijazah dengan hasil kajian bertajuk, “Tapai Ubi sebagai Agen Penghalang Kanser: Satu Kajian”. 4 Kanser payudara merupakan kanser yang paling banyak menyerang kaum wanita dan juga lelaki di dunia ini. Kanser payudara mencatatkan 372 965 kematian pada tahun 2000. 5 Perasaan bangga menjadi anak kepada pengusaha tapai ubi. Parjo berbangga kerana hasil daripada menjual ubi kayu itulah yang menyebabkan dia dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. 6 Sikap masyarakat yang memandang rendah akan produk tempatan.Rakan-rakan telah mengejek Parjo yang membantu keluarganya menjual tapai dengan gelaran Parjo Tapai. 7 Usaha untuk meningkatkan pengeluaran dan penjualan tapai ubi.Perusahaan tapai ubi Wak Salikon semakin berkembang dan sebuah kilang telah didirikan. 8 Amalan petua dalam masyarakat Melayu. Emak dan bapa Parjo mengamalkan petua dalam pembuatan tapai seperti tidak boleh berbuat bising ketika membuat tapai. PlotPermulaanParjo telah membantu emak dan bapanya menghantar tapai ubi ke pasar, ke warung dan ke kedai kampung sehingga dia digelar Parjo Tapai. Parjo juga mengetahui pantang larang membuat tapai daripada emaknya.PerkembanganDi universiti, Profesor Haidar telah meminta Parjo menjalankan kajian tentang tapai ubi yang dikatakan mengandungi bahan pencegah kanser. Hasil kajian Parjo dipandang tinggi oleh pihak universiti dan telah dibawa sehingga peringkat antarabangsa.KlimaksParjo berjaya menerima ijazah dengan tajuk kajiannya yang berjudul, “Tapai Ubi sebagai Agen Penghalang Kanser: Satu Kajian”.Tkt 3 Komsas 5Cerpen(45-70).indd 46 2/11/2022 6:17:07 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


47CerpenPeleraianPerusahaan tapai ubi Wak Salikon semakin berkembang maju kesan daripada kajian Parjo yang telah dihebahkan dan mendapat pengiktirafan. Parjo yang telah menjadi pensyarah perubatan meneruskan kajiannya tentang tapai ubi sebagai alternatif untuk mencegah pelbagai jenis penyakit kanser.Teknik PlotTeknik Plot ContohDialog “Projek apa, Prof.?” tanyaku sebagai memberikan respons terhadap pensyarah yang berjambang lebat itu.“Projek tapai ubi!” spontan sahaja jawapan Profesor Haidar. [halaman 34]Pemerian Sehingga kini, bilangan pesakit kanser semakin meningkat. Pada tahun 2000, didapati sebanyak 1 050 346 kes kanser payudara dan 372 965 kematian daripada kanser ini yang dilaporkan di seluruh dunia. [halaman 37]Imbas kembali• Fikiranku melayang ke zaman kanak-kanak. Teringat aku akan bapa dan emak yang masih membuat tapai ubi hingga kini. [halaman 35]• Dahulu, bapa meletakkan bakul itu di atas para. Kini, rumah kami tidak berpara lagi, sudah besar hasil jualan tapai buatan emak. [halaman 34]Monolog dalaman• Ah, betapa bahayanya penyakit kanser! Getus hati kecilku. [halaman 38]• “Wah, ini menarik …!” bisik hati kecilku sendirian.[halaman 39]Imbas muka Barangkali kejayaan ini bakal menjadikan tapai ubi sebagai makanan sampingan yang popular suatu hari nanti.[halaman 42]Watak dan PerwatakanWatak UtamaParjo 1 Anak Wak Salikon. 2 Pernah digelar Parjo Tapai oleh rakan-rakan yang sama-sama menaiki bas sekolah dengannya. 3 Berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. 4 Pelajar di Fakulti Perubatan setelah belajar selama dua tahun di matrikulasi.Tkt 3 Komsas 5Cerpen(45-70).indd 47 2/11/2022 6:17:07 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


48Cerpen 5 Seorang pensyarah perubatan yang masih konsisten dalam mengkaji potensi tapai ubi dalam mencegah pelbagai jenis penyakit terutamanya kanser. 6 Seorang anak yang ringan tulang. Parjo rajin membantu emak dan bapanya dalam perusahaan tapai ubi. 7 Seorang anak yang bijak. Parjo berjaya melanjutkan pengajian sehingga ke universiti. Di universiti, Parjo juga telah berjaya menghasilkan bahan untuk mencegah kanser daripada tapai ubi. 8 Seorang anak yang taat. Parjo akur semua petua yang diberitahu oleh emak dan bapanya dalam pembuatan tapai ubi. 9 Seorang anak yang menghargai jasa ibu bapa. Parjo menyedari bahawa kegigihan emak dan bapanya mengusahakan tapai ubilah yang membolehkannya melanjutkan pengajian hingga universiti.10 Seorang anak yang berbangga dengan kejayaan emak dan bapanya.Parjo menunjukkan perasaan bangga akan kejayaan emak dan bapanya mengusahakan tapai ubi dengan cara menempah papan tanda PERUSAHAAN TAPAI UBI WAK SALIKON yang diletakkan di hadapan rumah bapanya.Watak SampinganWak Salikon 1 Ayah parjo dan berketurunan Jawa. 2 Seorang pengusaha tapai ubi. 3 Seorang yang rajin. Pagi-pagi lagi, Wak Salikon telah ke kebun untuk mencabut berpuluh-puluh pokok ubi. 4 Seorang yang berpegang teguh pada petua. Wak Salikon mengingatkan Parjo tentang petua semasa membuat tapai ubi, iaitu tidak boleh terkena kotoran atau minyak. 5 Seorang yang berfi kiran jauh. Fikiran Wak Salikon sentiasa ligat untuk menambahkan pendapatan sejak dahulu lagi. 6 Seorang pengusaha tapai ubi yang semakin berkembang maju. Wak Salikon telah membina sebuah kilang dan kini Wak Salikon menjadi pengurus besar syarikat pengeluaran tapai ubi bersama-sama isterinya.Emak Parjo 1 Isteri Wak Salikon dan emak Parjo. 2 Pengurus besar syarikat pengeluaran tapai ubi bersama-sama Wak Salikon. 3 Seorang yang rajin. Emak Parjo mengupas kulit ubi kayu, merebus dan meneruskan kerjanya dalam pembuatan tapai ubi selepas sembahyang isyak. 4 Seorang yang berpegang teguh pada petua. Emak Parjo mengingatkan Parjo tentang petua semasa membuat tapai ubi seperti tidak boleh memberitahu orang lain dan tidak boleh bising-bising. 5 Seorang yang tekun. Emak Parjo begitu tekun membuat tapai ubi yang telah menjadi sumber pendapatan mereka sekeluarga.Tkt 3 Komsas 5Cerpen(45-70).indd 48 2/11/2022 6:17:07 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Click to View FlipBook Version