PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
ii PB Jadual Analisis Soalan STPM Pengajian Perniagaan Semester 3 (2020 – 2022) iii Skim Pentaksiran STPM Pengajian Perniagaan iv Strategi Menjawab Soalan STPM Pengajian Perniagaan Semester 3 v Ulasan Soalan STPM Pengajian Perniagaan Semester 3 (2021 – 2022) vii BAB Keusahawanan 1 1 BAB Rancangan Perniagaan 2 29 BAB Perniagaan Antarabangsa 3 43 BAB Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial 4 67 Latihan Kajian Kes 84 Kertas Model STPM 1 94 Kertas Model STPM 2 97 Jawapan 100 Kandungan N&L STPM PP P3(kand).indd 2 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 1 1.1 Skop Keusahawanan Maksud Usahawan 1 Seseorang yang menubuhkan perniagaan baharu. 2 Seseorang yang sentiasa mencipta sesuatu yang baharu (kreatif) dan melakukan pembaharuan (inovatif). 3 Seseorang yang mengenal pasti peluang dan mengumpul serta menggunakan sumber. 4 Seseorang yang mengambil risiko dan bersedia menghadapi ketidakpastian bagi mendapatkan keuntungan. 5 Seseorang yang menganggap kegagalan sebagai batu loncatan dan panduan untuk mencapai kejayaan. Maksud Keusahawanan i-THINK Peta Bulatan Mengenal pasti peluang dalam pasaran Mengeksploitasi dan menyusun segala sumber yang ada untuk menghasilkan sesuatu yang baharu atau melakukan pembaharuan Sanggup menanggung risiko dan memperoleh ganjaran daripada sesuatu usaha Internet Buku rujukan Guru Majalah Maksud Keusahawanan Memfokus pada matlamat untuk mencapai kejayaan peribadi dan menambah nilai kepada masyarakat NOTA Ekspres BAB 1 Keusahawanan N&L STPM PP P3(1).indd 1 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 3 Perbezaan antara Usahawan, Peniaga dan Pengurus Aspek Usahawan Peniaga Pengurus Motif/tujuan Bermotifkan: – keuntungan – kebajikan masyarakat – sumbangan kepada negara Bermotifkan keuntungan semata-mata • Bekerja untuk mendapatkan gaji dan imbuhan • Mengharapkan kenaikan pangkat Aktiviti • Berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang baharu • Sentiasa melakukan pembaharuan pada produk • Melakukan aktiviti jual beli sahaja • Tiada usaha untuk melakukan pembaharuan/ perubahan pada produk • Memastikan setiap pekerja bawahan melaksanakan kerja dan tugasan yang diberikan • Memastikan kelancaran perjalanan segala aktiviti pengurusan dalam perniagaan Kesanggupan menanggung risiko Sanggup menanggung risiko kerugian dan kegagalan • Tidak sanggup menanggung risiko • Berpuas hati dengan saiz perniagaan sedia ada • Sentiasa berhati-hati semasa membuat keputusan • Sentiasa akur dengan perintah pihak atasan Peranan Usahawan dalam Masyarakat Usahawan secara Mikro dan Makro Peranan usahawan secara mikro (terhadap perniagaan sendiri) Peranan usahawan secara makro (terhadap masyarakat) • Sentiasa menjana idea baharu bagi memastikan perniagaan dapat menikmati keuntungan berterusan • Sentiasa berusaha untuk meningkatkan produktiviti • Sentiasa memastikan setiap pekerja adalah terlatih • Sentiasa memastikan semua faktor pengeluaran digunakan secara optimum • Sentiasa memastikan segala perancangan berjalan lancar • Sentiasa memastikan kos operasi perniagaan adalah pada tahap minimum bagi memaksimumkan keuntungan • Menyediakan pelbagai pilihan produk untuk masyarakat • Menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat • Menyumbangkan sebahagian prasarana untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat • Menjadi sumber inspirasi dan model peranan kepada individu lain dan masyarakat setempat • Membantu pembangunan industri sokongan setempat • Meningkatkan pendapatan penduduk melalui peluang pekerjaan • Sentiasa menunaikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat Peranan Usahawan dalam Mengembangkan Ekonomi Negara 1 Mengurangkan pengangguran dengan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyat. 2 Membangunkan industri sokongan dan perniagaan sampingan. 3 Menggunakan sumber dan bahan tempatan secara optimum. 4 Meningkatkan inovasi dengan melakukan pengubahsuaian pada produk sedia ada. 5 Mengelakkan inflasi melalui penghasilan barang dalam kuantiti yang mencukupi. 6 Meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai pendapatan perniagaan. 7 Mempelbagaikan ekonomi negara melalui penceburan dalam pelbagai kegiatan ekonomi. 8 Mengimport teknologi daripada negara lain bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran dan kualiti produk. N&L STPM PP P3(1).indd 2 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 3 1.2 Teori Keusahawanan Pendekatan Ekonomi 1 Pendekatan ini mengutarakan aspek keuntungan dan kekayaan serta menambahkan ekonomi sebagai faktor yang mendorong seseorang melibatkan diri dalam kegiatan keusahawanan. Jadual 1.1 Pelopor Teori Keusahawanan – Pendekatan Ekonomi Pelopor Huraian/pendapat Joseph Schumpeter Inovasi sebagai inti keusahawanan Alfred Marshall Usahawan melalui proses masa, iaitu berkembang daripada perniagaan kecil kepada perniagaan besar Israel Kirzner Usahawan sebagai orang tengah dan mengaut keuntungan Walker Usahawan hanya mengumpulkan modal dan mengaut keuntungan sebanyak mungkin Pendekatan Psikologi 1 Pendekatan ini mengkaji usahawan dari aspek ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh seseorang usahawan. 2 Seorang usahawan mempunyai ciri yang positif seperti sanggup bekerja kuat, mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi, dan berani menanggung risiko. Jadual 1.2 Model Teori Keusahawanan – Pendekatan Psikologi Model Huraian/pendapat Model Baka Ciri keusahawanan lahir daripada individu itu sendiri Teori Pencapaian McClelland Usahawan mempunyai kehendak terhadap pencapaian yang tinggi dan berani memikul tanggungjawab Model Psikodinamik Ciri keusahawanan lahir daripada tekanan yang dihadapi oleh individu semasa kecil dan kegagalan mendapat kemudahan tertentu Pendekatan Sosiologi 1 Pendekatan ini menerangkan keadaan atau situasi sosial yang mempengaruhi seseorang usahawan. 2 Pendekatan ini menyatakan faktor sosial seperti umur, masyarakat, pengalaman dan latar pendidikan dapat mempengaruhi seseorang untuk menjadi usahawan. Jadual 1.3 Pelopor/Model Teori Keusahawanan – Pendekatan Sosiologi Pelopor/model Huraian/pendapat Max Weber Unsur keagamaan turut menjadi asas kejayaan usahawan Everett Hagen Usahawan lahir daripada kumpulan bawahan yang tidak berpuas hati dengan kepincangan masyarakat Gibb dan Ritchie Peranan sosiolisasi dalam memberi anjakan kaedah melahirkan usahawan baharu Shapero dan sokol Mengaitkan keadaan sosial dan dua faktor yang mempengaruhi keputusan untuk menjadi usahawan iaitu faktor dorongan keusahawanan dan faktor situasi N&L STPM PP P3(1).indd 3 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 5 1.3 Ciri-ciri Usahawan Berjaya Fakta Huraian Inisiatif yang tinggi/bersikap proaktif Mempunyai semangat dalam melaksanakan tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa Berani mengambil risiko Membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko. Hal ini kerana risiko yang terhitung akan menjamin pulangan/ketidaktentuan pada masa akan datang Kreatif Mempunyai banyak idea, panjang akal dan berupaya menghasilkan produk baharu dan canggih serta unik/menghasilkan penyelesaian atau alternatif baharu Inovatif Sentiasa ingin membuat pembaharuan/melakukan sesuatu perubahan Sanggup berkorban • Berkorban dari aspek masa, tenaga dan wang bagi menghadapi rintangan • Seseorang usahawan menunjukkan komitmen dan keazaman yang tinggi untuk memajukan perniagaan/menghadapi pelbagai rintangan dalam menguruskan perniagaannya Dorongan ke arah kejayaan Mempunyai semangat dan keupayaan untuk maju Berkeyakinan tinggi/ optomistik • Sesuatu kejayaan berdasarkan atas kemampuan diri sendiri • Sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil Bijak merebut peluang Dapat meramal dan menganalisis peluang yang boleh membawa keuntungan Berwawasan/berpandangan jauh/berorientasikan matlamat • Seseorang yang sentiasa maju ke hadapan dan membuat penambahbaikan • Dapat menjangka apa yang ingin dicapai pada masa hadapan Lokus kawalan dalaman Kepercayaan seseorang usahawan terhadap kemampuan atau kebolehan dirinya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran Bertanggungjawab • Usahawan perlu mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuat bagi memastikan perniagaannya berjaya • Bertanggungjawab terhadap keputusan apabila berlaku kegagalan Kebolehan membuat keputusan Dinamik dalam membuat keputusan dengan mengambil kira semua faktor dalaman dan luaran organisasi Bersinergi • Tindakan bersama/kerjasama dua atau lebih individu/pihak dalam menggunakan sesuatu yang akan memberi hasil atau manfaat yang lebih berkesan • Hasil lebih baik berbanding dengan hasil yang dilakukan bersendirian Perkaitan antara Sifat Usahawan dengan Tokoh Usahawan Semasa Tan Sri Tony Fernandes (Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd.) 1 Kreatif melalui penubuhan sebuah syarikat penerbangan tambang murah. 2 Inovatif apabila sentiasa melakukan perubahan dengan menambah destinasi baharu penerbangan. 3 Mempunyai inisiatif tinggi untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan yang berkonsepkan tambang murah. 4 Berani menanggung risiko apabila sanggup mencagarkan rumah kepada pihak bank bagi mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan. 5 Bijak merebut peluang dengan menjadikan tambang mahal pengangkutan penerbangan sebagai idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan tambang murah. 6 Mempunyai keyakinan tinggi untuk berjaya apabila beralih daripada bidang hiburan kepada bidang penerbangan. N&L STPM PP P3(1).indd 4 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 5 Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Usahawan Perniagaan) 1 Berani menanggung risiko dengan menceburi pelbagai jenis perniagaan, antaranya rangkaian syarikat tenaga, pelabuhan, hotel, perkilangan dan pasar raya. 2 Mempunyai keazaman yang tinggi apabila mengambil masa 30 tahun untuk membina portfolio perniagaannya dan tidak pernah memandang ke belakang. 3 Bijak merebut peluang dengan menceburi pelbagai jenis perniagaan, antaranya rangkaian syarikat tenaga, pelabuhan, hotel, perkilangan dan pasar raya. 4 Bertanggungjawab apabila tidak pernah mengabaikan kebajikan masyarakat walaupun sudah berjaya, sebaliknya telah menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun bagi membiayai pelbagai projek kebajikan di bawah Yayasan Al-Bukhary. Datuk Wan Mohammad Sani Salleh (Pengasas dan Pengarah Urusan Sani United Sdn. Bhd.) 1 Inovatif apabila berjaya membawa pembaharuan dengan memperkenalkan perkhidmatan pengangkutan bas ekspres yang selesa dan mewah. 2 Kreatif apabila berjaya mempelbagaikan perkhidmatan syarikat pengangkutan bas ekspresnya. 3 Bijak merebut peluang apabila berjaya melihat kekurangan yang wujud dalam perkhidmatan bas ekspres sedia ada sebagai sumber idea perniagaan. 4 Mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjadikan syarikatnya sebagai syarikat pengangkutan bas ekspres terbaik pada masa depan. Ciri Orang yang Efektif menurut Stephen Covey (Tujuh Tabii Orang Berjaya) Tabii Maksud Huraian Proaktif Bertindak tanpa diarah dan berinisiatif • Tidak menunggu arahan ketua untuk memulakan kerja • Mengambil tindakan sebelum sesuatu perkara yang tidak baik berlaku terhadap diri atau jabatan • Mencegah sesuatu perkara yang tidak baik daripada berlaku • Berpandangan jauh • Mempunyai akauntabiliti • Sentiasa mencari idea-idea baharu untuk mengatasi kekurangan Mulakan sesuatu dengan mengingati matlamat Menetapkan matlamat sebelum bertindak • Menetapkan hala tuju atau garis panduan sebelum mengambil sesuatu tindakan • Menetapkan keutamaan kerja • Membentuk senarai tugas • Menyelesaikan tugasan mengikut urutan kepentingan Lakukan perkara yang utama dahulu Melakukan sesuatu perkara yang penting terlebih dahulu • Menyempurnakan tugas mengikut jangka masa yang ditetapkan • Mengelakkan pembaziran masa • Mengenal pasti keutamaan dan kepentingan aktiviti • Menentukan aktiviti dan merancang aktiviti • Menyusun aktiviti mengikut kepentingan • Menyediakan jadual pelaksanaan tugas • Membentuk senarai semakan tugas • Mengamalkan pengurusan masa yang berkesan N&L STPM PP P3(1).indd 5 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 7 Tabii Maksud Huraian Berfikiran menangmenang Membuat sesuatu keputusan yang dapat memberi kebaikan atau manfaat kepada semua pihak • Membuat keputusan yang tidak menjejaskan mana-mana pihak • Membuat keputusan yang adil dan tidak berat sebelah • Memahami matlamat dan peranan dalam kumpulan • Menganggap kejayaan kumpulan sebagai kejayaan semua ahli kumpulan • Mengutamakan faedah bersama • Tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan pihak lain Cuba untuk memahami dahulu, kemudian baru cuba untuk difahami Berusaha untuk memahami sesuatu isu • Boleh mendengar dengan baik • Memahami keadaan orang lain • Mempunyai perasaan empati • Mampu berkomunikasi dengan efektif • Mampu membuatkan orang lain faham • Sentiasa mempunyai fikiran dan persepsi yang positif Bersinergi Menghargai dan mengambil peluang atas kelainan dan perbezaan yang wujud • Menyedari kepentingan koordinasi dan kerjasama dalam sesebuah organisasi memandangkan setiap ahli adalah berbeza, serta bijak mengambil kesempatan daripada luahan idea yang berbeza • Menyedari matlamat dan objektif pengurusan yang berkesan dapat membawa kestabilan kepada organisasi • Mampu menyusun dan menyelaras bagi memastikan organisasi stabil dan semua ahli berkongsi objektif yang sama • Sentiasa berbincang dan berunding dengan orang lain bagi menyelesaikan sesuatu masalah • Menyedari setiap pekerja adalah berbeza dari segi keupayaan mental, pengetahuan dan psikologi • Sentiasa menghargai pandangan orang lain • Memiliki kemahiran interpersonal yang baik • Sentiasa cuba untuk memahami orang lain • Sentiasa menekankan kerjasama dalam kumpulan Tajamkan gergaji Sentiasa meningkatkan kemahiran kendiri dan melakukan perubahan pada diri sendiri serta kemampuan diri dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek • Sentiasa bersedia memperkembang diri sendiri, meningkatkan kemahiran kendiri, dan melakukan pembaharuan pada diri sendiri • Sentiasa berusaha memperbaharui dan mempertingkatkan empat dimensi sifat semula jadi dalam diri sendiri, iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek • Mempunyai kesedaran dan kehendak untuk memperkembang diri sendiri seumur hidup • Mengamalkan peningkatan kendiri supaya produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa Faktor Kejayaan Seimbang Faktor Huraian Contoh Jasmani • Berkaitan dengan kesihatan tubuh badan, kecergasan dan kecerdasan • Menekankan penjagaan badan secara berkesan dengan melakukan senaman seperti aerobik dan joging • Menjaga pemakanan dan menguruskan tekanan agar sentiasa sihat dan cergas • Melakukan senaman selama 10 minit setiap pagi • Mengambil makanan yang seimbang mengikut piramid makanan agar badan sentiasa sihat dan cergas N&L STPM PP P3(1).indd 6 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 7 Faktor Huraian Contoh Emosi • Mampu mengawal perasaan dan tekanan dengan baik, iaitu tidak mudah tertekan dan tidak terlalu mengikut perasaan • Berinteraksi dengan orang lain dan tidak mengasingkan diri • Bersedia berkomunikasi dan bekerjasama dengan orang lain untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah • Tidak mudah marah Berjumpa kaunselor apabila menghadapi sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan Rohani • Memberi penekanan pada hal-hal yang berkaitan dengan akidah dan ibadat • Berpegang teguh pada ajaran agama dan percaya kepada Tuhan • Mendalami pengetahuan agama supaya dapat mengamalkan nilai-nilai baik dalam kehidupan dan menjauhi kejahatan • Membaca buku agama • Majikan menyediakan surau untuk pekerja • Mendekatkan diri kepada Tuhan • Melakukan ibadah yang dituntut oleh agama Intelek • Berkaitan dengan penguasaan pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman • Bersedia memperluas dan memperkaya minda melalui aktiviti membaca dan merancang • Melatih minda melalui pemikiran refleksi dan imaginasi Usahawan meningkatkan ilmu berkaitan perniagaan dan pengurusan melalui pembacaan dan juga mengikut kursus yang berkaitan dengan keusahawanan 1.4 Mencari, Mengembang dan Merealisasikan Idea Perniagaan Sumber Idea Baharu Sumber idea Bagaimana sumber ini memberikan idea Pelanggan • Cadangan daripada pelanggan, soal selidik terhadap pelanggan • Idea diperoleh dengan bertanya atau membuat pemerhatian • Pemerhatian terhadap gelagat pelanggan dalam perniagaan yang ingin diceburi • Mengemukakan pertanyaan melalui kaedah soal selidik untuk cadangan pelanggan • Permintaan daripada pelanggan dapat mewujudkan produk baharu Saluran pengedaran • Terdiri daripada pemborong, agen dan peruncit • Mereka membantu sesuatu keluaran diedarkan daripada pengeluar kepada pengguna akhir • Mereka mengedar pelbagai barang dan jenama, mendapatkan idea terbaharu untuk perniagaan dan membuat perbandingan terhadap pelbagai produk dan maklum balas daripada pengguna • Idea menjalankan perniagaan dengan melihat kepada proses yang terlibat dalam penghantaran barangan daripada pengeluar kepada pengguna akhir, mengenal pasti lompang yang boleh diisi/ mana-mana peluang yang wujud dan mengambil peluang memulakan perniagaan dalam mana-mana peringkat saluran ini, sama ada sebagai pengeluar, pembekal atau peruncit ataupun pengeksport bagi pasaran global Produk sedia ada • Usahawan akan menganalisis produk sedia ada di pasaran dengan menukarkan corak pembungkusan, reka bentuk, kualiti yang lebih baik dan sebagainya • Pembaharuan terhadap produk sedia ada akan menambahkan fungsi produk N&L STPM PP P3(1).indd 7 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 9 Sumber idea Bagaimana sumber ini memberikan idea Syarikat sedia ada/ pesaing • Perniagaan yang dimiliki oleh orang lain yang mendapat pasaran secara meluas • Usahawan boleh mendapat idea untuk memulakan perniagaannya dengan mengaplikasikan atau meniru selepas mengkaji kekuatan dan kelemahan syarikat tersebut • Usahawan juga boleh mendapat idea daripada teknologi baharu yang digunakan oleh syarikat sedia ada atau mengubahsuai teknologi tersebut mengikut kesesuaian syarikatnya nanti Paten • Hak cipta yang dilindungi oleh undang-undang daripada ditiru atau dicetak • Paten ini boleh dijual kepada pengusaha yang ingin mengeluarkan keluaran tersebut secara sah • Hak mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima oleh syarikat yang membolehkan syarikat memiliki kelebihan persaingan Dasar kerajaan • Merangkumi aspek peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan dan juga sebarang bentuk perancangan kerajaan mengikut sektor seperti pertanian, pelancongan, perindustrian, pendidikan dan sebagainya • Beberapa contoh dasar kerajaan seperti galakan pelancongan, galakan industri desa, homestay, kursus persediaan sebelum bersara, proses pengeraman (incubator), konsep payung, skim bantuan dan pinjaman, tabung-tabung kerajaan, dan juga kempen-kempen seperti “Belilah barangan buatan Malaysia”, “satu rumah satu komputer” dan lain-lain Penyelidikan dan pembangunan • Dijalankan oleh tenaga pakar atau badan tertentu yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan atau badan yang ditubuhkan oleh syarikat itu sendiri • Hasil penemuan R&D boleh menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan semasa pengguna Profesional/juru runding • Golongan pakar dalam satu-satu bidang seperti kewangan, pemasaran, perundangan dan lain-lain • Usahawan mendapat idea perniagaan sama ada untuk mengatasi masalah atau membangunkan perniagaan melalui cadangan, nasihat dan bimbingan Pengalaman • Situasi/keadaan yang pernah dilalui @ dialami pada masa lalu Minat • Kecenderungan dan keinginan terhadap sesuatu bidang yang ingin diceburi Kaedah Menjana dan Mengembangkan Idea Soal Selidik 1 Bertujuan menjana pelbagai idea perniagaan. 2 Antara saluran yang boleh digunakan adalah seperti berikut: (a) Borang soal selidik (b) Temu bual (c) E-mel (d) Laman web Sumbang Saran 1 Penjanaan idea perniagaan secara berkumpulan. 2 Setiap ahli kumpulan akan memberi pendapat, idea atau pandangan masing-masing. 3 Peraturan yang perlu dipatuhi semasa sesi sumbang saran adalah seperti berikut: (a) Tidak boleh mengkritik idea ahli lain (b) Menerima semua idea walaupun tidak munasabah (c) Mengemukakan seberapa banyak idea yang mungkin (d) Menggabung dan membaiki idea untuk membentuk idea baharu Pemerhatian 1 Penjanaan idea melalui pemerhatian terhadap perubahan persekitaran perniagaan. 2 Bertujuan mengenal pasti kehendak atau keperluan yang perlu dipenuhi tetapi belum dipenuhi. N&L STPM PP P3(1).indd 8 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 9 Kumpulan Fokus 1 Pengumpulan maklumat dalam format berstruktur. 2 Ahli kumpulan berasal daripada latar belakang sosioekonomi yang berbeza. 3 Kaedah ini bukan sahaja dapat menjana idea baharu, malah merupakan kaedah yang baik untuk menyaring idea dan konsep baharu. Proses Merealisasikan Idea Proses Huraian 1 Idea • Idea dijana, dikumpul dan disenaraikan • Sumber utama idea termasuk sumber dalaman (R&D) dan sumber luaran seperti pelanggan, pesaing, pengedar, pembekal dan lain-lain 2 Menapis idea • Idea-idea yang menjanjikan kejayaan dikenal pasti dan idea-idea yang kurang praktikal digugurkan • Kaedah penilaian yang digunakan pada peringkat ini ialah senarai semakan penilaian sistematik pasaran yang mana setiap idea produk baru dinyatakan dalam bentuk nilai utamanya, merit dan faedah-faedah 3 Membina konsep • Penerangan idea secara terperinci daripada perspektif pelanggan • Bertujuan memberikan kefahaman kepada pelanggan tentang kualiti terbaik dan ciri-ciri produk tersebut • Untuk mengukur penerimaan pengguna, temuduga dengan responden terpilih dijalankan yang mana mereka didedahkan dengan kenyataan yang menggambarkan ciri-ciri dan sifat fizikal idea produk • Konsep idea yang terbaik dan mendapat perhatian ramai akan dipilih 4 Menguji konsep • Mengkaji konsep produk baru dengan kumpulan sasaran pengguna untuk mengetahui konsep produk yang mana paling menarik kepada bakal pengguna • Konsep yang dibina perlu diuji sama ada melalui perbincangan dengan pihakpihak berkuasa dan perunding 5 Membuat rancangan perniagaan • Sekiranya idea tersebut mempunyai asas yang baik satu rancangan perniagaan perlu ditulis sebagai memperincikan idea yang hendak direalisasikan • Tujuan membuat rancangan perniagaan adalah untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan produk, syarikat, medapatkan pembiayaan dan sebagainya 6 Membina fizikal (propotaip) • Selepas idea melepasi semua peringkat itu barulah dibina fizikal atau prototaipnya 7 Mengkomesialkan • Peringkat terakhir dalam proses perancangan dan pembangunan produk • Melibatkan penghasilan produk untuk dijual di pasaran 1.5 Memula dan Menjalankan Perniagaan Kaedah Memulakan Perniagaan Maksud Menubuhkan sendiri satu perniagaan baharu dengan usaha mendaftarkan, mencari lokasi dan membuka perniagaan bermula dari peringkat awal lagi. Memulakan Sendiri Langkah-langkah 1 Menyediakan rancangan perniagaan yang lengkap. 2 Menentukan bentuk perniagaan yang ingin dijalankan, iaitu sama ada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat. 3 Memilih lokasi yang strategik. 4 Menentukan sumber modal. 5 Menghadiri latihan dan kursus berkaitan dengan perniagaan. 6 Menentukan barang atau perkhidmatan yang akan dikeluarkan. 7 Mencari dan mengambil pekerja yang mahir. 8 Memohon lesen perniagaan dengan mendaftarkan perniagaan tersebut. N&L STPM PP P3(1).indd 9 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 11 Kebaikan dan Kelemahan Kebaikan Kelemahan • Pemilik bebas membuat keputusan yang berkaitan dengan perniagaannya • Pemilik bebas membentuk imej perniagaan sendiri • Pemilik bebas menentukan lokasi perniagaan • Pemilik bebas menentukan cara dan prosedur menjalankan perniagaan • Tiada produk asal untuk dijadikan rujukan • Tiada pelanggan sedia ada • Tempoh masa yang lama diperlukan untuk membina asas perniagaan yang kukuh serta dikenali ramai • Sukar mendapatkan pinjaman • Kebanyakan pekerja baharu yang diambil adalah kurang mahir Mengambil Alih Perniagaan Sedia Ada Usaha mewarisi perniagaan keluarga atau membeli perniagaan yang sedia ada dalam pasaran. Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil alih perniagaan sedia ada: 1 Pasaran 2 Persaingan 3 Pembangunan masyarakat pada masa depan 4 Komitmen undang-undang 5 Harga produk 6 Lokasi perniagaan Kebaikan dan Kelemahan Kebaikan Kelemahan • Rekod perniagaan yang baik membolehkan perniagaan terus berkembang • Pelanggan sudah sedia ada • Lokasi sedia ada yang strategik • Hubungan dengan jaringan perniagaan (seperti pembekal) sudah mantap • Pekerja sudah terlatih • Imej perniagaan sedia ada yang baik • Modal perniagaan sudah sedia ada • Rekod perniagaan yang buruk sebelum ini akan menjejaskan masa depan perniagaan • Imej perniagaan yang buruk menyukarkan pemilik baharu untuk memajukan perniagaan • Pemilik baharu terpaksa menanggung hutang lama perniagaan • Pemilik baharu terpaksa menanggung kos perbelanjaan tambahan seperti mengecat semula bangunan pejabat yang uzur dan menggantikan mesin yang usang • Sukar melakukan sebarang perubahan yang ketara • Rekod penghutang tidak disimpan dengan sempurna menyebabkan akaun penghutang tidak dapat dikutip • Pekerja sedia ada tidak mahir Francais Maksud Satu bentuk perniagaan di mana francaisor memberi kebenaran, hak atau keistimewaan seperti nama perniagaan dan cop dagangan kepada seseorang individu atau syarikat tertentu (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh francaisor. Sebagai balasan, francaisi dikehendaki menbayar sejumlah royalti dan yuran-yuran lain. Jenis/Bentuk Francais Francais Berformat 1 Francaisi mendapat lesen daripada francaisor untuk membuat dan memasarkan barangan. 2 Francaisi berhak menggunakan harta intelek milik francaisor seperti logo, jenama dan tanda dagang serta semua strategi yang dirangka oleh francaisor untuk menjalankan perniagaan. 3 Contoh syarikat yang mengamalkan kaedah francais ini ialah KFC dan McDonald’s. N&L STPM PP P3(1).indd 10 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 11 4 Prinsip 5C (a) Kelebihan daya saing (Competitiveness) (b) Kebersihan (Cleanliness) (c) Keselesaan (Convenience) (d) Kemesraan (Courtesy) (e) Keseragaman (Consistency) Francais Pengilang Produk 1 Francaisi mendapat lesen daripada francaisor untuk mengeluarkan sesuatu barang mengikut formula, resipi atau reka bentuk yang disediakan oleh francaisor, dan kemudiannya memasarkan barang tersebut menggunakan sistem pemasaran yang disediakan oleh francaisor. 2 Contohnya, The Coca-Cola Company yang beribu pejabat di Amerika Syarikat memberi hak pengilangan produk minuman ringan berkarbonat, Coca-Cola kepada syarikat pengeluar tertentu di seluruh dunia. Francais Lesen Bertanda Dagang 1 Francaisi diberi lesen untuk menjual barangan francaisor dan diberi ganjaran, biasanya dalam bentuk komisen oleh francaisor. 2 Tahap penglibatan francaisor dalam perniagaan francaisi adalah rendah, iaitu sekadar memastikan audit pulangan atas jualan dilakukan secara betul dan munasabah. 3 Contohnya, perniagaan yang menjual barang dengan watak Walt Disney serta produk berjenama Pierre Cardin dan Dunhill. Francais Wakil Pengedar 1 Francaisi diberi hak untuk memasarkan barangan keluaran francaisor secara eksklusif dengan mengikut peraturan dan kaedah yang ditentukan oleh francaisor. 2 Francaisi diberi kuasa monopoli untuk memasarkan barangan dalam lingkungan kawasan geografi tertentu. 3 Contohnya, perniagaan stesen minyak seperti Shell dan Petron dan perniagaan pengedaran kereta import seperti Toyota dan Hyundai. Francais Penganjur 1 Francaisi bertindak sebagai ejen promosi untuk barang francaisor. 2 Nama setiap perniagaan francaisi adalah sama dan francaisi akan membeli pelbagai jenis keluaran daripada francaisor untuk dijual di premisnya. 3 Tahap penglibatan francaisor dalam perniagaan francaisi adalah tinggi, termasuklah aspek penyediaan modal, bahan mentah, kepakaran pengurusan dan pemasaran. 4 Contohnya, kedai serbaneka G-Mart di bawah Pernas Edar Sdn. Bhd. Kebaikan dan Kelemahan Kebaikan Kelemahan • Diberi latihan dengan kaedah dan sistem yang khusus • Reputasi dan imej yang diketahui • Diberi sokongan kewangan • Risiko perniagaan yang rendah • Mendapat faedah ekonomi bidangan • Memiliki kualiti barangan dan servis yang seragam • Yuran untuk memohon lesen perniagaan agak tinggi • Francaisi terpaksa membayar royalti kepada francaisor, dan biasanya dalam amaun yang agak tinggi • Keputusan penting berkaitan dengan perniagaan masih dibuat oleh francaisor N&L STPM PP P3(1).indd 11 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 13 Kebaikan Kelemahan • Kaedah pengurusan terbukti berkesan • Pemantauan dari francaisor secara berterusan dan diberi bimbingan • Sistem pemasaran, pengiklanan, promosi secara berpusat dan lebih berkesan • Mendapat bantuan pengeluaran dari segi bahan mentah dan bekalan • Imej buruk yang ditunjukkan oleh sebuah perniagaan francaisi akan menjejaskan perniagaan francaisi yang lain • Francaisi menanggung risiko ditipu oleh francaisor, iaitu francaisor mungkin gagal memberikan bantuan yang sepatutnya kepada francaisi Pakatan Strategik Maksud Perniagaan yang dijalankan hasil kerjasama antara dua atau lebih syarikat yang bertujuan mendapatkan teknologi produk, kemahiran, kepakaran dan pengetahuan pada peringkat tempatan (domestik) atau antarabangsa. Kaedah Perniagaan Kaedah perniagaan pakatan strategik terdiri daripada usaha sama, pelesenan dan kontrak pengeluaran. Usaha Sama Perniagaan Usaha Sama Usaha sama domestik Usaha sama antara beberapa syarikat tempatan yang melibatkan perkongsian kos, kepakaran, peralatan dan sebagainya Usaha sama antarabangsa • Melibatkan usaha sama antara syarikat tempatan dengan syarikat asing bagi menikmati manfaat daripada perkongsian teknologi, kepakaran, sumber dan sebagainya • Biasanya dijalankan dengan motif untuk menembusi pasaran negara asing Pelesenan 1 Sebuah syarikat tempatan membuat perjanjian dengan pemegang lesen perniagaan di negara asing dengan tujuan untuk menembusi pasaran negara asing tersebut. 2 Pemegang lesen perniagaan akan memberi hak kepada syarikat tempatan untuk menggunakan proses pengeluaran, tanda dagang dan reka bentuk produk milik pemegang lesen dalam proses pengeluaran produknya (syarikat tempatan). 3 Sebagai balasan, syarikat tempatan (penerima lesen) perlu membayar yuran dan royalti kepada pemegang lesen perniagaan tersebut. Kontrak Pengeluaran 1 Sebuah syarikat pengeluar tempatan (pemberi kontrak) bekerjasama dengan syarikat pengeluar asing (penerima kontrak) untuk mengeluarkan sesuatu produk. 2 Syarikat penerima kontrak (asing) akan menggunakan bahan mentah dan buruh di negara sendiri untuk menghasilkan produk yang diperlukan oleh syarikat pemberi kontrak (tempatan) disebabkan kos pengeluaran yang lebih rendah di negara sendiri. 3 Produk yang siap akan dihantar balik ke negara syarikat pengeluar tempatan (pemberi kontrak). N&L STPM PP P3(1).indd 12 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 13 Kebaikan dan Kelemahan Kebaikan Kelemahan • Penggabungan kepakaran dan pengalaman dapat memberi manfaat kepada perniagaan • Pakatan dengan syarikat yang lebih cekap dan berpengalaman membantu meminimumkan risiko kerugian • Persaingan dalam sesebuah industri dapat dikurangkan • Penggabungan sumber kewangan dapat mengukuhkan kedudukan kewangan perniagaan • Konflik kepentingan mungkin timbul antara perniagaan yang terlibat • Risiko kebocoran rahsia perniagaan agak tinggi • Perselisihan faham dan percanggahan matlamat meningkatkan risiko kegagalan pakatan strategik • Sukar mendapatkan persetujuan dalam pembuatan sebarang keputusan Pembiayaan dan Sumber Modal Maksud Modal 1 Modal merujuk sebarang kekayaan yang boleh digunakan bagi menghasilkan lebih banyak kekayaan untuk sesebuah perniagaan. 2 Modal wujud dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, kemahiran dan pengetahuan, premis kilang, peralatan dan mesin. Bentuk Modal Modal terbahagi kepada modal kewangan dan modal bukan kewangan. Modal Kewangan i-THINK Peta Pokok Modal teroka Modal ekuiti Modal hutang Modal Kewangan Pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi sebuah perkongsian atau pemegang saham sebuah syarikat dengan tujuan meneroka peluang perniagaan baharu Pelaburan yang dibuat oleh pemilik sendiri bagi syarikat sendirian berhad atau pelaburan yang dibuat oleh orang ramai bagi syarikat awam berhad • Modal yang diperoleh melalui pinjaman • Perlu dibayar balik berserta faedah walau perniagaan mengalami kerugian Modal Bukan Kewangan Modal bukan kewangan Huraian Modal tetap/aset tetap Modal yang digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan seperti bangunan, tanah, mesin dan peralatan Pengalaman dan kemahiran Diperoleh dengan bekerja untuk sesebuah organisasi Pengetahuan Diperoleh melalui latihan dan pendidikan N&L STPM PP P3(1).indd 13 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 15 Sumber Modal Sumber modal terbahagi kepada sumber modal formal dan sumber modal tidak formal. Sumber Modal Formal Sumber modal formal Huraian Pinjaman bank • Disediakan oleh bank komersial dan syarikat kewangan • Jenis pinjaman termasuk overdraf, kredit pusingan dan pinjaman berjangka • Contoh: Kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh Maybank, Public Finance dan Bank Rakyat Bantuan kerajaan • Bantuan kewangan yang disediakan oleh agensi kerajaan • Contoh: Bantuan kewangan/pinjaman daripada MARA, TEKUN, SME Bank dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sewa beli • Kemudahan pembelian aset tetap seperti kenderaan, mesin dan bangunan • Nilai pembelian aset tetap dijelaskan secara ansuran bulanan berserta bunga pada kadar tertentu Penjualan saham kepada pelabur • Penerbitan dan penjualan saham oleh syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad • Saham syarikat sendirian berhad dijual kepada pemegang saham dalam syarikat yang terdiri daripada ahli keluarga dan saudara-mara • Saham syarikat awam berhad pula dijual kepada orang ramai melalui urus niaga secara terbuka di Bursa Malaysia Sumber Modal Tidak Formal Sumber modal tidak formal Huraian Simpanan sendiri Pemilik perniagaan menggunakan wang daripada tabungan sendiri dan wang yang diperoleh daripada jualan aset peribadi seperti kereta dan rumah Pinjaman daripada ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan • Pemilik perniagaan meminjam daripada ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan • Tidak melibatkan ikatan perjanjian rasmi Sumbangan rakan kongsi Sumbangan oleh rakan-rakan dalam perniagaan dan sebagai balasan, pemilik perniagaan akan berkongsi sebahagian keuntungan dengan mereka N&L STPM PP P3(1).indd 14 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 15 Kemudahan dan Bantuan Pihak yang Memberi Kemudahan dan Bantuan Kemudahan dan Bantuan • Badan berkanun – MARA – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation) • Syarikat swasta • Fama – Membantu petani atau usahawatani memasarkan hasil keluaran pertanian Kewangan Penyediaan bantuan kewangan untuk usahawan Pembangunan usahawan Program meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan Bantuan Pemasaran Bantuan dalam memasarkan produk • Agensi kerajaan – Bank Negara Malaysia – Majlis Amanah Rakyat (MARA) – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) – Bank Pembangunan Malaysia Berhad • Pihak swasta – bank perdagangan – syarikat kewangan – bank pelaburan Tapak kilang dan prasarana Penyediaan tapak kilang dan ruang niaga untuk usahawan • Badan berkanun – Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) – MARA – Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) – MIDF Property Berhad • Syarikat swasta • Agensi kerajaan – Kementerian Kewangan • Badan berkanun – MARA – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) – Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) – UDA – AgroBank – SME Bank • Pihak swasta – syarikat swasta – Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Khidmat nasihat dan perundingan • Kewangan • Pemasaran • Pengurusan • Perakaunan • Cara menubuhkan perniagaan • Cara menyediakan rancangan perniagaan N&L STPM PP P3(1).indd 15 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 17 Jenis Kemudahan dan Bantuan Kewangan Pihak/agensi Huraian/contoh MARA • Skim Pinjaman Kecil • Skim Pinjaman Profesional • Skim Pinjaman Pengangkutan Bank Negara Malaysia Pinjaman melalui Tabung Industri Bumiputera, Tabung Usahawan Baru dan Tabung IKS PUNB Skim Jaminan Kredit yang meliputi antara lain, Skim Pinjaman Am, Skim Pinjaman Khas dan Skim Pinjaman Utama Bank Pembangunan Malaysia Berhad • Skim Modal Asas • Skim Modal Asas IKS • Tabung Usahawan Baru • Skim Perbankan Syariah Bank perdagangan dan syarikat kewangan Bentuk pinjaman meliputi pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, pinjaman sewa beli dan pinjaman perumahan Tapak Kilang dan Prasarana Pihak/agensi Huraian/contoh MARA • Menyediakan tapak kilang dan ruang niaga untuk usahawan bumiputera • Contoh: Unit kedai di kompleks beli-belah, ruang pejabat, bazar, rumah kedai dan bangunan UDA • Menyediakan ruang pejabat dan bangunan untuk usahawan • Membuka dan memajukan bandar lama dan baharu • Membantu usahawan mencari tapak perniagaan yang strategik di kawasan bandar MDF Property Berhad • Membina dan menyediakan tapak kilang untuk firma perindustrian • Memindahkan industri yang beroperasi di kawasan haram ke lokasi baharu yang diluluskan Kementerian Kewangan • Mengisytihar dan menyediakan Zon Perdagangan Bebas sebagai tapak pengeluaran untuk industri berorientasikan eksport • Pengusaha diberi kelonggaran tertentu dari aspek pematuhan peraturan kastam • Contoh: Pengecualian duti kastam atas produk yang dihasilkan Khidmat Nasihat dan Perundingan Program Huraian/contoh Program Skim Khidmat Nasihat Perniagaan • Ditawarkan oleh MARA • Memberi maklumat dan khidmat nasihat kepada usahawan baharu dan berpengalaman tentang kaedah merancang perniagaan, menganalisis penyata kewangan dan sebagainya Program Meningkatkan Kualiti dan Produktiviti • Ditawarkan oleh SIRIM • Memberi maklumat dan khidmat nasihat dari aspek kawalan kualiti produk dan penggunaan teknologi tinggi dalam proses pengeluaran bagi meningkatkan produktiviti Program Membangun dan Mereka Bentuk Produk • Ditawarkan oleh SIRIM • Memberi maklumat dan khidmat nasihat dari aspek pembangunan reka bentuk produk baharu dan penambahbaikan reka bentuk produk sedia ada N&L STPM PP P3(1).indd 16 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 17 Pembangunan Usahawan Program Huraian Program Pembangunan Usahawan • Bertujuan menggalakkan usaha sama antara usahawan bumiputera dengan usahawan bukan bumiputera melalui penyediaan khidmat nasihat, tunjuk ajar dan peluang pekerjaan • Bentuk usaha sama yang boleh dijalankan ialah: – usahawan bumiputera dan bukan bumiputera bergabung untuk menubuhkan syarikat usaha sama – usahawan bumiputera menyertai syarikat bukan bumiputera melalui pembelian saham syarikat tersebut serta terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut – usahawan bukan bumiputera menyertai syarikat bumiputera melalui pembelian saham syarikat tersebut serta terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut – usahawan bumiputera dan bukan bumiputera bergabung dengan syarikat asing untuk menubuhkan syarikat yang mempunyai ciri tempatan Program Mentor-Mentee • Syarikat besar berfungsi sebagai mentor untuk membantu dan membangunkan usahawan kecil (mentee) supaya mereka dapat berdikari dan lebih berdaya saing • Mentor akan memberi latihan, tunjuk ajar dan peluang perniagaan kepada mentee Program Pembangunan Vendor • Bertujuan mewujudkan hubungan dan rantaian perniagaan yang kukuh antara Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan syarikat besar • IKS berfungsi sebagai industri sokongan yang membekalkan komponen, bahan mentah, peralatan dan barang separuh siap kepada syarikat besar untuk digunakan dalam proses pengeluarannya • Syarikat besar pula berfungsi sebagai pembeli dan pusat pemasaran untuk produk IKS Program Pembangunan Francais • Syarikat induk/besar (francaisor) akan memberi hak kepada usahawan kecil (francaisi) untuk menjalankan perniagaan atau memasarkan produk yang merupakan hak milik asal francaisor • Jenama, resipi dan reka bentuk produk yang dikeluarkan oleh francaisi ditetapkan oleh francaisor Program Latihan Keusahawanan • Bertujuan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan usahawan, terutama usahawan baharu serta melahirkan usahawan yang berkemahiran tinggi • Bahan program disebarkan melalui bengkel, seminar, ceramah dan forum • Contoh: Program Keusahawanan untuk bakal siswazah IPT dan Skim Latihan Perniagaan untuk pegawai kerajaan yang telah bersara Bantuan Pemasaran Memastikan produk-produk yang dihasilkan oleh industri kecil dan sederhana (IKS) dapat dipasarkan secara lebih meluas. Pihak Contoh Kerajaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Antara aktiviti yang dijalankan: • Beli dan edarkan produk IKS • Bantuan iklan dan promosi • Bantuan pembangunan pemasaran • Kawalan mutu Badan Berkanun • FAMA – memasarkan produk berasaskan pertanian • BERNAS – mengedarkan beras nasional Swasta • PERNAS Edar Sdn. Bhd. – memasarkan barangan runcit, Kedai Jimat, G-Mart • BESTA Distributor Sdn. Bhd. – menggunakan Konsep Payung (pemasaran bersepadu – IKS memperoleh pasaran terjamin melalui kontrak kerajaan atau pasaran terbuka dan mendapat bayaran segera) di mana pihak BESTA akan mengedar dan membeli semua produk daripada usahawan dengan meletakkan satu jenama sahaja • Guthrie Furniture Sdn. Bhd. – amalkan konsep payung dengan memasarkan keluaran berasaskan perabot dan logam N&L STPM PP P3(1).indd 17 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 PB 1 Nyatakan lima ciri usahawan berjaya. [5] i-THINK Peta Buih Ciri Usahawan Berjaya (e) (b) (d) (c) (a) 2 Senaraikan empat tabii orang berjaya menurut Stephen Covey. [4] (a) (c) (b) (d) 3 Nyatakan empat kaedah memula dan menjalankan perniagaan. [4] i-THINK Peta Pokok Kaedah Memula dan Menjalankan Perniagaan (a) (b) (c) (d) Latihan Stimulasi N&L STPM PP P3(1).indd 18 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 19 4 Berikan faktor-faktor yang mendorong seseorang menceburi bidang keusahawanan. [4] (a) (c) (b) (d) 5 Senaraikan enam sumber idea baharu. [6] (a) (d) (b) (e) (c) (f) 6 Nyatakan langkah-langkah dalam proses merealisasikan idea perniagaan. [7] i-THINK Peta Alir (a) (d) (b) (e) (c) (f) (g) 7 Berikan empat faktor yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan sebelum memulakan sesuatu perniagaan. [4] (a) (c) (b) (d) N&L STPM PP P3(1).indd 19 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 PB Huraikan tiga ciri orang yang efektif berdasarkan Stephen Covey. [6] Ciri-ciri individu yang efektif menurut Stephen Covey ialah: 1 Bersikap proaktif Individu yang bersikap proaktif dapat menjangkakan sesuatu perubahan, mampu berfikiran jauh, sentiasa bersedia dan berinisiatif. 2 Mulakan dengan mengingati matlamat Individu yang sentiasa memulakan suatu kerja dengan mengingati matlamat sentiasa mempunyai tujuan dan hala tuju, bijak mengurus masa, sentiasa membuat senarai semak dan sentiasa fokus kepada hasil kerja. 3 Berfikiran ‘menang-menang’ Individu yang sentiasa berfikiran menangmenang akan membuat keputusan yang positif yang tidak menjejaskan pihak lain, di mana semua pihak mendapat faedah berdasarkan keputusan tersebut. Kehendak Soalan • Kata kunci ialah “ciri orang yang efektif berdasarkan Stephen Covey” • Kata tugas ialah ‘Huraikan tiga ciri” – ini bermakna calon perlu memberi tiga fakta dan huraikan setiap fakta tersebut. • Sekiranya calon memberikan lebih daripada tiga fakta, fakta ke-4 sudah tidak dikira untuk pemberian markah, hanya tiga jawapan pertama sahaja akan diambil kira. Isi-isi penting Fakta khusus 1 Proaktif 2 Bermatlamat 3 Berfikiran menang-menang/win-win situation 4 Bersinergi 5 Memahami dan kemudian difahami 6 Mengutamakan yang penting 7 Tajamkan gergaji Latihan Pengukuhan Panduan Menjawab Soalan Struktur Bagi soalan ini, calon haruslah memberi perhatian pada aspek berikut: • Bilangan fakta - Hanya tiga jawapan pertama sahaja akan diambil kira • Jawapan merupakan fakta khusus - calon wajib berikan fakta • Fakta diberi salah - huraian tidak diberi markah walaupun betul • Fakta tidak diberikan = huraian = 0 markah Pemeriksa >Rangka Jawapan < Jawapan Lengkap N&L STPM PP P3(1).indd 20 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 21 Jawab semua soalan. 1 Jelaskan konsep usahawan. [3] 2 Terangkan tiga peranan usahawan dalam membantu mengembangkan ekonomi negara. [6] 3 Israel Kirzner telah mengemukakan teori keusahawanan mengikut pendekatan ekonomi. Terangkan. [2] 4 Pengkaji teori keusahawanan mengikut pendekatan psikologi telah mengenal pasti tiga ciri personaliti yang dapat membezakan usahawan dengan bukan usahawan. Huraikan ciri-ciri tersebut. [6] Bahagian A Soalan Struktur STPM KLON STPM KLON N&L STPM PP P3(1).indd 21 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 23 5 ‘Usahawan yang berjaya mempunyai sifat kreatif dan inovatif.’ Bincangkan pernyataan tersebut. [3] 6 Jelaskan bagaimana paten dapat dijadikan sebagai sumber idea baharu. KBAT [5] 7 Perihalkan bagaimana usahawan dapat memperoleh idea baharu daripada pesaing. [3] 8 Nyatakan lima faktor yang mendorong perkembangan dan kejayaan sesebuah perniagaan baharu. [5] 9 Nyatakan lima faktor yang perlu dipertimbangkan oleh seorang usahawan sebelum memulakan sesuatu perniagaan. [5] STPM KLON N&L STPM PP P3(1).indd 22 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 23 10 Berikan lima alasan yang menyokong keputusan seorang usahawan untuk memulakan perniagaan menggunakan kaedah mengambil alih perniagaan sedia ada. KBAT [5] 11 Nyatakan empat kelebihan apabila seorang usahawan membuat keputusan untuk memulakan perniagaan baharu. [4] 12 Berikan empat kelebihan yang dapat dinikmati oleh usahawan yang menjalankan pakatan strategik. [4] 13 Huraikan lima aspek yang perlu ditekankan dalam perjanjian usaha sama sebagai kaedah memulakan perniagaan. [5] 14 Berikan maksud modal. [2] STPM KLON N&L STPM PP P3(1).indd 23 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 25 15 Huraikan perbezaan antara modal tetap dengan modal kerja dalam sebuah entiti perniagaan. [6] 16 Nyatakan empat kelebihan menggunakan modal ekuiti dalam perniagaan. [4] 17 Jelaskan lima ciri pembiayaan modal perniagaan melalui modal hutang. [5] 18 Namakan empat agensi yang menyediakan bantuan maklumat, khidmat nasihat dan perundingan untuk usahawan. [4] 19 Nyatakan tiga agensi yang menyediakan kemudahan infrastruktur dan premis perniagaan untuk usahawan dan jenis kemudahan yang disediakan. [6] STPM KLON STPM KLON N&L STPM PP P3(1).indd 24 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 25 20 Huraikan dua tujuan penubuhan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC). Berikan dua contoh skim kredit CGC. [4] 21 Perihalkan dua jenis subsidi dan insentif dalam bentuk kewangan tidak langsung yang ditawarkan oleh kerajaan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS). [4] Terangkan empat perbezaan antara pembiayaan melalui hutang dengan pembiayaan melalui ekuiti dalam memulakan sesebuah perniagaan. [16] Kehendak Soalan • Kata kunci ialah “pembiayaan hutang dan pembiayaan ekuiti”. • Kata tugas ialah “Terangkan empat perbezaan”. • Calon wajib beri dimensi perbezaan. • Calon boleh menjawab menggunakan jadual untuk menunjukkan perbezaan. • Calon perlu memberikan ayat yang lengkap dalam jadual. Isi-isi Penting Aspek perbezaan 1 Pembayaran balik 2 Risiko pembiayaan 3 Penyelesaian 4 Tuntutan • Perbezaan dalam aspek/ciri yang sama • Jawapan boleh diberikan dalam bentuk jadual tetapi ayat perlu lengkap • Mesti menunjukkan perbezaan walaupun calon tidak menyatakan aspek apabila menjawab dalam bentuk esei atau perenggan yang sama • Calon yang menunjukkan perbezaan dalam perenggan yang berbeza tidak diberi peruntukan markah walaupun jawapan betul Pemeriksa >Rangka Jawapan < Panduan Menjawab Soalan Esei N&L STPM PP P3(1).indd 25 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 27 Bentuk Perenggan Perbezaan antara pembiayaan melalui hutang dengan pembiayaan melalui ekuiti dalam memulakan sesebuah perniagaan ialah boleh dilihat dari aspek pembayaran semula di mana bagi pembiayaan melalui hutang, peminjam perlu membayar semula pinjaman mereka dalam masa tertentu bersama kadar faedah yang ditentukan oleh peminjam, manakala bagi pembiayaan ekuiti pula segala pembiayaan tidak perlu dibayar semula kecuali jika pelabur ingin menarik diri dari perniagaan tersebut. Perbezaan seterusnya boleh dilihat dari aspek risiko di mana bagi pembiayaan secara hutang, peminjam menghadapi risiko yang tinggi kerana peminjam terpaksa membayar semula pokok pinjaman dan faedah dalam tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian tetapi bagi pembiayaan ekuiti, tiada risiko bayaran balik pokok atau pelaburan, sebaliknya hanya keuntungan sahaja perlu dibahagikan mengikut kemampuan pemilik. Selain itu juga, perbezaan dapat dilihat melalui penyelesaian perlanggaran syarat perjanjian. Bagi pembiayaan melalui hutang, penyelesaian terhadap sebarang pelanggaran syarat perjanjian boleh dibuat di mahkamah manakala bagi pembiayaan melalui ekuiti, penyelesaian hanya boleh dibuat pada peringkat pengurusan dan atas tindakan pemilik sendiri. Perbezaan seterusnya ialah dari segi hak tuntutan. Bagi pembiayaan melalui hutang, pemberi pinjaman mempunyai hak untuk membuat tuntutan manakala bagi pembiayaan melalui ekuiti, pemilik tiada hak untuk membuat tuntutan kerana pengagihan keuntungan bergantung pada prestasi semasa perniagaan. Bentuk Jadual Perbezaan antara pembiayaan melalui hutang dengan pembiayaan melalui ekuiti dalam memulakan sesebuah perniagaan ialah: Aspek Pembiayaan hutang Pembiayaan ekuiti Bayaran • Pinjaman perlu dibayar semula dalam masa tertentu • Kadar faedah dibayar kepada pemberi pinjaman • Tidak perlu dibayar semua kecuali jika pelabur ingin tarik diri dari perniagaan tersebut • Untung daripada pelaburan diagihkan kepada pemilik Risiko • Tinggi kerana pokok pinjaman dan faedah mesti dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian • Tiada risiko kerana keuntungan dibahagikan mengikut kemampuan pemilik untuk membuat pelaburan Penyelesaian • Penyelesaian terhadap sebarang pelanggaran syarat perjanjian boleh dibuat di mahkamah • Penyelesaian hanya boleh dibuat pada peringkat pengurusan dan atas tindakan pemilik sendiri Tuntutan • Pemberi pinjaman mempunyai hak untuk membuat tuntutan • Pemilik tiada hak untuk membuat tuntutan kerana pengagihan keuntungan bergantung pada prestasi semasa perniagaan Jawapan Lengkap N&L STPM PP P3(1).indd 26 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 27 Bahagian B Soalan Esei Jawab semua soalan. 1 Huraikan ciri keusahawanan yang perlu dimiliki oleh seseorang untuk berjaya dalam perniagaannya. [12] 2 Jelaskan lima alasan seorang usahawan memilih perniagaan sebagai bidang kerjayanya. [10] 3 Terdapat beberapa tokoh yang mengemukakan teori dan model keusahawanan mengikut pendekatan ekonomi, psikologi dan sosiologi. Bincangkan. [18] 4 Bagaimanakah seorang usahawan yang kreatif dan inovatif dapat mengurangkan pembaziran sumber semasa menjalankan perniagaan? [10] 5 Terangkan lima faktor yang mendorong perkembangan dan kejayaan sesebuah perniagaan. [10] 6 Berdasarkan hasil penyelidikan pasaran yang dijalankan oleh Encik Rafizi baru-baru ini, beliau mendapati wujud peluang perniagaan dalam industri perabot di Johor Bahru, Johor. Oleh itu, Encik Rafizi bercadang untuk membuka perniagaan perabot di bandar tersebut. (a) Terangkan lima faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Encik Rafizi sebelum memulakan perniagaan perabot tersebut. KBAT [10] (b) Terangkan bagaimana hasil penyelidikan pasaran yang dijalankan ke atas pelanggan dapat membantu Encik Rafizi mendapatkan idea baharu perniagaan. KBAT [5] 7 Huraikan sumber modal formal dan sumber modal tidak formal dalam menjalankan perniagaan. [20] 8 Encik Shafiq merupakan seorang graduan daripada universiti tempatan. Beliau bercadang untuk memulakan perniagaan sendiri selepas tamat pengajian. Untuk memulakan perniagaan, Encik Shafiq memerlukan modal yang besar tetapi beliau tidak berminat untuk mendapatkan modal daripada sumber formal. Cadangkan lima sumber modal tidak formal yang boleh digunakan oleh Encik Shafiq untuk memulakan perniagaannya. [10] 9 Encik Ahmad Fikri merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual kereta terpakai di Selayang Baru, Selangor. Pasaran untuk produk perniagaannya banyak tertumpu di Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Baru-baru ini, perniagaan Encik Ahmad Fikri mula mengalami masalah kekurangan modal pusingan dan pembayaran balik pinjaman kepada bank yang tertunggak. Beliau tidak mampu menjelaskan semua hutang dalam tempoh yang ditetapkan. Jelaskan alternatif yang boleh diambil oleh Encik Ahmad Fikri untuk mengatasi masalah pelunasan hutang perniagaan. KBAT [15] 10 Pelbagai program telah diadakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan usahawan baharu. Terangkan tiga program tersebut. [12] STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON N&L STPM PP P3(1).indd 27 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 PB 11 Selain bantuan kewangan, terangkan empat kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk usahawan di negara ini. [12] 12 Nyatakan empat institusi kewangan kerajaan yang menyediakan kemudahan pembiayaan untuk usahawan dan jelaskan bentuk pembiayaan yang ditawarkan oleh setiap institusi kewangan tersebut. [12] STPM KLON N&L STPM PP P3(1).indd 28 22/06/2023 11:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 29 2.1 Rancangan Perniagaan Maksud 1 Rancangan perniagaan ialah dokumen bertulis yang menerangkan secara terperinci perniagaan yang akan dijalankan oleh sesebuah organisasi. 2 Rancangan perniagaan mengandungi pelbagai maklumat tentang organisasi seperti aspek pengeluaran, kewangan, pemasaran, sumber manusia, sumber modal dan produk. Kepentingan Rancangan Perniagaan 1 Sebagai garis panduan memulakan perniagaan • Rancangan perniagaan sebagai satu garis panduan untuk bagi menentukan hala tuju perniagaan. 2 Sebagai alat kawalan segala aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan • Rancangan perniagaan juga dapat digunakan sebagai alat untuk megukur tahap pencapaian perniagaan/prestasi. 3 Merancang penggunaan sumber yang cekap • Mengagihkan sumber-sumber seperti kewangan, tenaga kerja, mesin, bahan dan lain-lain dalam menjalankan operasi perniagaan. 4 Menilai potensi, keunikan perniagaan, nilai komersial, teknologi dan persaingan dalam perniagaan • Penilaian prestasi boleh dilakukan semasa dan selepas sesuatu aktiviti perniagaan dijalankan. 5 Alat komunikasi kepada pihak berkepentingan • Meyakinkan pihak-pihak yang berkepentingan seperti bank, pemegang saham, pembekal dan lain-lain. 6 Mengurangkan kesilapan semasa membuat keputusan atau operasi dalam menjalankan perniagaan • Kesilapan dikenal pasti, penambahbaikan perlu dilakukan dengan segera. Kegunaan Rancangan Perniagaan kepada Usahawan dan Pihak Berkepentingan Kegunaan Rancangan Perniagaan kepada Usahawan 1 Memahami matlamat perniagaan. 2 Membantu usahawan mengendalikan perniagaan mengikut hala tuju yang telah ditetapkan. 3 Membantu usahawan meneliti dan menilai idea atau projek perniagaan secara objektif dan kritis. 4 Memberi gambaran tentang potensi perniagaan yang hendak dijalankan, iaitu sama ada berdaya saing atau tidak. 5 Membantu usahawan mengenal pasti masalah yang mungkin timbul semasa menjalankan perniagaan. 6 Menilai prestasi perniagaan. 7 Dokumen asas untuk memohon pembiayaan. NOTA Ekspres BAB 2 Rancangan Perniagaan N&L STPM PP P3(2).indd 29 22/06/2023 11:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
30 31 Kegunaan Rancangan Perniagaan kepada Pihak Berkepentingan Pihak berkepentingan Huraian Pembiaya Meyakinkan pembiaya seperti pihak bank untuk memberi pinjaman kepada perniagaan berdasarkan kemampuan membayar balik pinjaman Pembekal Meyakinkan pembekal untuk membekalkan bahan mentah atau barang siap kepada perniagaan secara kredit atau hutang Pelanggan Mengetahui sama ada produk yang akan dikeluarkan oleh perniagaan dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka atau tidak Rakan kongsi Mengetahui pencapaian semasa perniagaan dan prospek pertumbuhan pada masa depan, dan seterusnya membuat keputusan sama ada kekal dalam perniagaan atau tidak Pekerja Memahami skop kerja dan tanggungjawab serta langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat perniagaan Pelabur Membantu pelabur membuat keputusan sama ada untuk melabur dalam perniagaan atau tidak berdasarkan pencapaian kewangan semasa dan masa depan Kerajaan/Agensi kerajaan • Menentukan sama ada perniagaan yang akan dijalankan adalah sah atau tidak • Membuat taksiran tentang jumlah cukai yang perlu dibayar berdasarkan pencapaian kewangan perniagaan • Rancangan perniagaan yang berpotensi mendapat keuntungan mempunyai peluang cerah untuk mendapat bantuan daripada agensi kerajaan Usahawan/pengurus Panduan untuk memantau perjalanan segala aktiviti perniagaan bagi memastikan matlamat perniagaan dapat dicapai Format Rancangan Perniagaan (mengikut urutan yang betul) 1 Rumusan Eksekutif 7 Rancangan Organisasi 2 Pengenalan 8 Rancangan Pemasaran 3 Objektif 9 Rancangan Pengeluaran/Operasi 4 Latar Belakang Organisasi Perniagaan/Syarikat 10 Rancangan Kewangan 5 Latar Belakang Pemilik/Rakan Kongsi 11 Kesimpulan 6 Latar Belakang Projek 12 Lampiran Rumusan Eksekutif 1 Ringkasan atau rumusan keseluruhan rancangan perniagaan. 2 Bahagian terawal dalam sebuah rancangan perniagaan dan wajar disediakan dengan sebaik mungkin bagi menarik minat dan membina keyakinan pihak berkepentingan. Elemen Penting dalam Rumusan Eksekutif Elemen Huraian Tujuan disediakan Untuk mendapatkan jumlah pembiayaan Maklumat perniagaan Nama syarikat, lokasi, usahawan, barisan pengurusan, misi syarikat dan matlamat perniagaan Ringkasan perniagaan Untuk menyerlahkan kelebihan dan keunikan perniagaan Kos projek Kos keseluruhan projek yang dijalankan Cara pembiayaan projek Cara perniagaan membiayai projek Produk dan perkhidmatan Menyatakan keunikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan Pasaran Menyatakan produk atau perkhidmatan, prospek produk, pesaing kepada syarikat, bakal risiko dan peluang dalam pasaran Ringkasan rancangan organisasi Bilangan pekerja, latihan yang diberi dan kepakaran pekerja N&L STPM PP P3(2).indd 30 22/06/2023 11:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
30 31 Elemen Huraian Ringkasan rancangan pemasaran Perolehan analisis pasaran dan rancangan 4P secara ringkas Ringkasan rancangan operasi Menyatakan proses menghasilkan produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kapasiti permintaan dengan kualiti terbaik Ringkasan rancangan kewangan Menyatakan rekod kewangan lepas, ujuran kewangan dan jangkaan kewangan Panduan Menyediakan Rumusan Eksekutif 1 Setiap fakta perlu dinyatakan mengikut urutan yang betul dalam keseluruhan rancangan perniagaan. 2 Menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan padat, biasanya antara 100 hingga 130 patah perkataan. 3 Kandungan tidak melebihi satu muka surat. 4 Hanya disediakan selepas semua bahagian disiapkan tetapi dipersembahkan pada awal rancangan perniagaan. Kepentingan Rumusan Eksekutif 1 Memberi gambaran sepintas lalu tentang perniagaan yang akan dijalankan. 2 Memberi gambaran bahawa usahawan benar-benar memahami selok-belok perniagaan dan yakin dengan prospek perniagaan. 3 Menarik minat pihak berkepentingan untuk membaca keseluruhan rancangan perniagaan. 4 Membantu perniagaan mendapatkan dana yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan. Pengenalan 1 Menghuraikan industri atau pasaran yang dimasuki secara umum seperti: (a) Pertumbuhan industri tertentu yang menyebabkan usahawan mengambil peluang di atas pertumbuhan tersebut. (b) Perubahan-perubahan dasar kerajaan yang memberi peluang kepada usahawan untuk menceburi bidang yang berkaitan dengan dasar tersebut. (c) Analisis jurang yang memberi pengaruh dalam sosiobudaya dan sosioekonomi dalam persekitaran yang mempengaruhi pengguna untuk berubah. Objektif 1 Menghuraikan matlamat perniagaan yang selari dengan: (a) visi dan misi syarikat. (b) aktiviti-aktiviti perniagaan yang ditawarkan oleh syarikat. 2 Objektif mesti menunjukkan: (a) Matlamat perniagaan – Usahawan ingin membuka perniagaan baharu yang tiada dalam pasaran. (b) Aktiviti jangka pendek – Berkaitan dengan operasi dan aktiviti perniagaan yang menyokong visi dan misi. (c) Apa yang dinyatakan dalam objektif akan menentukan apa yang kita lakukan dalam strategi pemasaran, harga, sumber manusia dan sebagainya. 3 Objektif hendaklah boleh menarik minat pihak-pihak berkepentingan seperti pembiaya, pelabur dan pembekal. Latar Belakang Organisasi Perniagaan/Syarikat 1 Memperincikan maklumat mengenai jenis perniagaan yang akan dijalankan. 2 Bahagian ini turut menerangkan sejarah penubuhan organisasi, pencetus idea perniagaan yang ingin dijalankan, dan sebab organisasi memilih untuk menjalankan perniagaan tersebut. 3 Butiran yang perlu disertakan semasa menyediakan bahagian ini adalah seperti berikut: (a) Nama organisasi perniagaan/syarikat (b) Nombor pendaftaran N&L STPM PP P3(2).indd 31 22/06/2023 11:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
32 33 (c) Alamat organisasi perniagaan/syarikat (d) Alamat surat-menyurat (jika berbeza daripada alamat syarikat) (e) Nombor telefon (f) Alamat e-mel (g) Alamat laman web (h) Bentuk perniagaan (i) Bentuk milikan organisasi perniagaan/syarikat (j) Kegiatan utama syarikat (k) Tarikh pendaftaran (jika perniagaan sudah dimulakan) (l) Modal permulaan dan sumber pembiayaan (m) Nama dan alamat pemegang saham (n) Nama bank yang digunakan oleh syarikat (o) Jenis akaun yang dibuka oleh syarikat Latar Belakang Pemilik/Rakan Kongsi 1 Memperincikan maklumat berkenaan individu atau sekumpulan individu yang bertanggungjawab mencipta produk atau memulakan perniagaan dan memajukan perniagaan tersebut. 2 Maklumat yang dimasukkan dalam bahagian ini merupakan butiran peribadi pemilik perniagaan dan rakan kongsi (jika ada) seperti berikut: (a) Nama penuh (b) Nombor kad pengenalan (c) Tarikh lahir (d) Umur (e) Jantina (f) Alamat (g) Nombor telefon (h) Taraf perkahwinan (i) Kelulusan akademik 3 Kepentingan menyediakan bahagian ini ialah: (a) menggambarkan kebolehan dan keupayaan pemilik untuk menguruskan sumber organisasi bagi mencapai matlamat organisasi. (b) menggambarkan tahap penglibatan pemilik sebagai peniaga dan pengurus. Latar Belakang Projek 1 Menjelaskan secara lengkap perancangan strategik produk yang ingin ditawarkan dengan memberi latar belakang projek berkaitan hala tuju strategik produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan. 2 Antara maklumat yang perlu disertakan adalah seperti berikut: (a) Kenapa projek hendak dilaksanakan – kaitan dengan persekitaran umum (b) Kaitkan kenapa projek ini boleh dilaksanakan (c) Sebab usahawan memilih untuk melaksanakan projek tersebut (d) Huraikan perniagaan melibatkan aktiviti perkhidmatan atau pengeluaran produk (e) Huraikan projek yang hendak dijalankan iaitu maklumat tentang jenis produk yang akan dihasilkan atau perancangan lain yang berkaitan (f) Menyatakan tapak dan lokasi yang dipilih dan kelebihan lokasi tersebut (g) Huraikan tentang kedudukan fizikal projek dengan menyediakan pelan lokasi dan pelan tapak (h) Jenis, struktur, keadaan, bentuk, ukuran dan nilai bangunan, atau disewa dan nilai sewaan (i) Kemudahan-kemudahan asas yang ada di kawasan lokasi yang dipilih (j) Kelulusan dan lesan atau surat kebenaran untuk menjalankan perniagaan tersebut Rancangan Organisasi 1 Bahagian ini mengandungi lukisan dan penerangan tentang carta organisasi perniagaan. 2 Maklumat tentang nama jawatan dan fungsi setiap jabatan dalam organisasi turut disertakan. N&L STPM PP P3(2).indd 32 22/06/2023 11:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
32 33 Kandungan Rancangan Organisasi Maklumat Huraian Pengenalan kepada organisasi Misi dan objektif organisasi perniagaan Carta organisasi (struktur organisasi) • Hierarki peringkat pengurusan • Fungsi utama setiap jabatan • Penting untuk kerja penyelarasan antara bahagian serta penentuan autoriti, tanggungjawab dan rantaian arahan Jadual senarai jawatan dan bilangan pekerja • Senarai jawatan dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan • Status setiap pekerja (sepenuh masa, kontrak/sambilan) Jadual huraian tugas Butiran lengkap untuk setiap jawatan termasuk senarai tugas dan tanggungjawab, kelayakan akademik, kemahiran dan pengalaman Jadual imbuhan dan insentif • Bentuk ganjaran (kewangan dan bukan kewangan) termasuk jenis insentif yang ditawarkan • Contoh: Gaji/upah, caruman KWSP dan PERKESO, elaun perubatan, elaun kerja lebih masa, elaun pengangkutan dan elaun penginapan Senarai keperluan pejabat dan susun atur pejabat • Senarai peralatan dan kelengkapan dalam pejabat • Contoh: Meja, kerusi, komputer, mesin fotostat/pendua, mesin pencetak dan kabinet • Letakan/kedudukan peralatan dan kelengkapan di pejabat Senarai perbelanjaan pentadbiran • Jenis perbelanjaan pentadbiran dan anggaran nilai perbelanjaan (harian dan bulanan) • Contoh: Sewa pejabat, gaji pekerja, premium insurans dan cukai taksiran Rancangan Pemasaran Memperincikan strategi pemasaran yang akan digunakan (termasuk campuran pemasaran 4P) bagi mencapai matlamat perniagaan. Kandungan Rancangan Pemasaran Maklumat Huraian Pasaran sasaran • Kumpulan pelanggan utama (kanak-kanak, remaja, pelajar sekolah, mahasiswa atau orang dewasa) • Tahap pendapatan pelanggan • Tahap pendidikan pelanggan • Perkaitan antara maklumat di atas dengan campuran pemasaran 4P (produk, harga, promosi dan tempat) Persaingan • Senarai pesaing • Kategori pesaing (perniagaan baharu atau perniagaan sedia ada) • Peratusan pegangan syer pasaran oleh setiap pesaing di sesuatu kawasan • Perkaitan antara maklumat di atas dengan campuran pemasaran 4P Produk (product) • Jenis barang atau perkhidmatan yang ditawarkan dan nilai tambah setiap barang/ perkhidmatan • Kelebihan/keunikan utama produk berbanding dengan produk pesaing • Ciri tambahan lain pada produk yang dapat meningkatkan daya saing N&L STPM PP P3(2).indd 33 22/06/2023 11:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
34 35 Maklumat Huraian Harga (price) • Harga yang ditetapkan haruslah realistik, berpatutan, kompetitif dan dapat menjana keuntungan untuk perniagaan • Faktor penentuan harga ialah: – jenis perkhidmatan tambahan yang disediakan (contohnya, perkhidmatan penghantaran, jaminan/waranti) – permintaan pengguna – harga yang ditetapkan oleh pesaing – darjah tindak balas pengguna terhadap perubahan harga – kos untuk mengeluarkan produk Promosi (promotion) • Bentuk media promosi yang ingin digunakan (contohnya, pengiklanan, publisiti, promosi jualan) • Belanjawan promosi • Kemampuan perniagaan untuk menjalankan promosi dalam talian, contohnya e-dagang Tempat (place) • Kesesuaian lokasi perniagaan dengan pasaran sasaran • Contoh: Lokasi perniagaan berdekatan rumah kediaman atau institusi pengajian tinggi • Jenis kemudahan/prasarana yang disediakan • Contoh: Perniagaan yang beroperasi di kawasan Koridor Raya Multimedia (MSC) dapat menikmati pelbagai kemudahan/prasarana lengkap yang terdapat di sekitar kawasan tersebut Rancangan Pengeluaran/Operasi 1 Bahagian ini menunjukkan satu rangkaian aktiviti yang perlu dijalankan oleh sesebuah organisasi, iaitu merancang, mengguna dan mengawal sumber organisasi bagi menghasilkan sesuatu barang atau perkhidmatan. 2 Sumber organisasi merangkumi buruh/pekerja, bahan mentah, mesin dan peralatan, kaedah pemprosesan, teknologi dan modal kewangan. Elemen Penting dalam Rancangan Pengeluaran/Operasi Elemen Huraian/contoh Produk • Jenis produk • Kuantiti pengeluaran (harian dan bulanan) Proses pengeluaran • Perincian setiap langkah dalam proses pengeluaran • Carta alir proses pengeluaran Kapasiti pengeluaran • Keupayaan pengeluaran optimum dalam sehari atau sebulan • Jangkaan volum jualan (harian dan bulanan) Rancangan pengeluaran produk • Jangka masa pengeluaran • Volum pengeluaran dirancang (bergantung pada kapasiti pengeluaran) Mesin dan peralatan • Spesifikasi setiap mesin dan peralatan yang akan digunakan dalam proses pengeluaran • Contoh: Nama, model, harga dan pembekal Bahan mentah • Perincian setiap jenis bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran • Contoh: Nama, nombor kod, kuantiti, kos seunit dan pembekal Buruh/pekerja pengeluaran • Senarai pekerja di jabatan pengeluaran • Maklumat yang perlu disertakan ialah nama pekerja, bilangan, jawatan, kadar upah sejam/sehari dan gaji bulanan N&L STPM PP P3(2).indd 34 22/06/2023 11:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
34 35 Elemen Huraian/contoh Susun atur pengeluaran Susun atur mesin dan peralatan di lokasi pengeluaran bagi memaksimumkan produktiviti Belanjawan pengeluaran Senarai perbelanjaan operasi yang terlibat (harian dan bulanan) berserta anggaran nilai perbelanjaan Lokasi dan status tapak pengeluaran • Kedudukan fizikal tapak pengeluaran seperti kilang, bangunan dan pejabat • Status tapak pengeluaran, iaitu sama ada disewa, dipajak atau dibeli Rancangan Kewangan Memperincikan perancangan organisasi perniagaan dari segi pembiayaan dan ramalan keuntungan. Elemen Penting dalam Rancangan Kewangan Elemen Huraian Kos perniagaan/kos pelaksanaan projek Perincian kos jangka pendek dan kos jangka panjang Struktur pembiayaan • Jenis dan sumber modal/pembiayaan • Contoh: Tabungan sendiri, pinjaman dan penerbitan saham Tujuan pembiayaan Meliputi keperluan untuk memulakan perniagaan, mengembangkan perniagaan (membuka cawangan baharu) atau mengeluarkan produk baharu Unjuran penyata kewangan • Penyata Perdagangan – anggaran hasil dan perbelanjaan daripada belian dan jualan barang niaga atau penyediaan perkhidmatan serta untung kasar • Penyata Untung Rugi – anggaran hasil dan perbelanjaan yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan serta untung bersih • Kunci Kira-kira – unjuran kedudukan kewangan perniagaan berdasarkan jumlah aset yang dimiliki, jumlah hutang/liabiliti dan jumlah ekuiti pemilik • Penyata Aliran Dana – anggaran perolehan dan penggunaan wang tunai Analisis prestasi kewangan Analisis dibuat berdasarkan penghitungan nisbah kewangan dari segi keuntungan bersih, pulangan daripada pelaburan, keupayaan membayar balik hutang dan sebagainya Kesimpulan Mengandungi rumusan tentang kelebihan dan prospek masa depan projek, kelemahan projek termasuk ancaman dan isu perundangan yang mungkin timbul, dan isu-isu penting lain yang berkaitan dengan projek/perniagaan. Lampiran 1 Bahagian ini menyertakan dokumen-dokumen penting yang menyokong kandungan rancangan perniagaan secara keseluruhan. 2 Antara dokumen yang dilampirkan pada bahagian ini ialah: (a) resume pemilik perniagaan/pengurus tertinggi. (b) dapatan kajian pemasaran. (c) salinan lesen perniagaan, permit dan dokumen undang-undang berkaitan. (d) salinan perjanjian membeli/menyewa bangunan. (e) gambar produk. (f) iklan produk dan artikel daripada surat khabar/majalah. (g) surat rujukan. (h) penghargaan. N&L STPM PP P3(2).indd 35 22/06/2023 11:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
36 PB 1 Nyatakan empat tujuan seorang usahawan menyediakan rancangan perniagaan. [4] i-THINK Peta Dakap (a) (b) (c) (d) Tujuan Menyediakan Rancangan Perniagaan 2 Namakan enam pihak berkepentingan dalam rancangan perniagaan. [6] (a) (d) (b) (e) (c) (f) 3 Senaraikan setiap bahagian dalam rancangan perniagaan mengikut urutan yang betul. [12] (a) (g) (b) (h) (c) (i) (d) (j) (e) (k) (f) (l) Latihan Stimulasi N&L STPM PP P3(2).indd 36 22/06/2023 11:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 37 Jelaskan dua pihak yang berkepentingan sebagai sasaran rancangan perniagaan untuk mendapatkan modal. [6] Pihak berkepentingan sebagai sasaran penyediaan rancangan perniagaan untuk mendapatkan modal ialah: Pembiaya/bank • Pembiaya/bank merujuk kepada pihak yang memberi pinjaman bentuk kewangan kepada usahawan. • Usahawan boleh mendapatkan sumber modal daripada pihak bank kerana pihak ini dapat memberi pinjaman jangka pendek dan panjang untuk mengembangkan perniagaan. Rakan kongsi • Rakan kongsi ialah pihak yang menyumbang modal bentuk kewangan, aset dan tenaga fizikal dan mental kepada perniagaan. • Usahawan boleh mendapatkan sumber modal dari rakan kongsi untuk menambah sejumlah modal ke dalam perniagaan bagi menampung kos yang semakin meningkat. Pelabur • Pelabur merupakan pihak yang melabur dalam sesebuah perniagaan. Kesanggupan para pelabur untuk melabur dalam sesebuah perniagaan adalah bergantung kepada kualiti rancangan perniagaan yang telah disediakan. • Pelabur menilai potensi masa depan sesebuah perniagaan menerusi rancangan perniagaan yang disediakan oleh usahawan. Kehendak Soalan • Kata kunci ialah “pihak berkepentingan bagi rancangan perniagaan untuk mendapatkan modal”. • Kata tugas ialah “Jelaskan dua pihak”. • Ini merujuk calon perlu memberikan fakta khusus dan memberi huraian serta contoh. • Calon perlu ingat semua fakta khusus pihak yang memerlukan rancangan perniagaan. • Kenal pasti pihak yang boleh memberi bantuan modal kepada perniagaan termasuk wang dan juga aset. Isi-isi penting Fakta khusus yang relevan 1 Pembiaya/Bank 2 Rakan kongsi 3 Pelabur 4 Pembekal Latihan Pengukuhan Panduan Menjawab Soalan Struktur Bagi soalan ini, calon haruslah memberi perhatian pada aspek berikut: • Fakta khusus – wajib berikan fakta khusus yang tepat iaitu pihak berkepentingan • Fakta yang diberikan salah atau tidak tepat – huraian tidak akan diberikan markah • Huraian tanpa fakta tidak diberikan sebarang markah • Hanya dua fakta pertama sahaja diterima Pemeriksa >Rangka Jawapan < Jawapan Lengkap N&L STPM PP P3(2).indd 37 22/06/2023 11:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
38 39 Pembekal • Pembekal bertanggungjawab untuk membekalkan bahan mentah kepada sesebuah perniagaan. • Pembekal menggunakan rancangan perniagaan untuk melihat reputasi sesebuah perniagaan. • Ini akan mempengaruhi keputusan pembekal sama ada untuk memberi kredit perniagaan atau pun tidak. • Selain itu, pembekal juga melihat rancangan perniagaan sesebuah perniagaan untuk mengenal pasti jenis, kuantiti, kualiti dan bahan mentah yang perlu dibekalkan. Jawab semua soalan. 1 Apakah maksud Rumusan Eksekutif? [3] 2 Huraikan perkara-perkara penting yang perlu dinyatakan pada bahagian Pengenalan untuk sesebuah rancangan perniagaan. [5] 3 Jelaskan maksud Objektif untuk sesebuah rancangan perniagaan. [3] Bahagian A Soalan Struktur N&L STPM PP P3(2).indd 38 22/06/2023 11:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
38 39 4 Nyatakan lapan butiran yang perlu dinyatakan pada bahagian Latar Belakang Syarikat untuk sesebuah rancangan perniagaan. [4] 5 Senaraikan butiran yang perlu dimasukkan dalam bahagian Latar Belakang Pemilik untuk sesebuah rancangan perniagaan. [4] 6 Huraikan Latar Belakang Projek untuk sesebuah rancangan perniagaan. [4] 7 Nyatakan enam elemen yang perlu dihuraikan dalam Rancangan Kewangan apabila seorang usahawan menyediakan rancangan perniagaan untuk tujuan mendapatkan pinjaman daripada bank. [6] STPM KLON N&L STPM PP P3(2).indd 39 22/06/2023 11:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
40 41 8 Nyatakan enam punca kegagalan rancangan perniagaan untuk meyakinkan para pelabur supaya melabur dalam sesebuah perniagaan. [6] 9 Terangkan perkara yang perlu diambil kira oleh seorang usahawan sebelum menyediakan rancangan perniagaan. [6] 10 Berikan sebab pihak kerajaan memerlukan rancangan perniagaan sesebuah syarikat. [2] Drafkan satu rancangan perniagaan untuk memulakan sesebuah perniagaan. [20] >Rangka Jawapan < Kehendak Soalan • Kata kunci ialah “rancangan perniagaan”. • Kata tugas ialah “Drafkan”. Berikan jawapan secara ringkas yang mengandungi semua perkara-perkara yang perlu ada dalam suatu rancangan perniagaan. • Calon perlu memberikan jawapan mengikut turutan yang betul dengan memberikan fakta khusus iaitu “elemen rancangan perniagaan” dan memberikan huraian bagi setiap elemen. Panduan Menjawab Soalan Esei N&L STPM PP P3(2).indd 40 22/06/2023 11:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
40 41 • Peruntukan markah biasanya fakta = 1 markah dan huraian = 1 markah. Isi-isi Penting Fakta dan langkah khusus bagi penyediaan Rancangan Perniagaan ialah: 1 Rumusan eksekutif 2 Pengenalan 3 Objektif 4 Latar belakang syarikat 5 Latar belakang pemilik/ahli kongsi 6 Latar belakang projek 7 Rancangan organisasi 8 Rancangan pemasaran 9 Rancangan pengeluaran/operasi 10 Rancangan kewangan 11 Kesimpulan 12 Lampiran Draf rancangan perniagaan untuk memulakan perniagaan: Rumusan eksekutif • Ia mengandungi maklumat seperti jenis perniagaan, latar belakang syarikat, jenis produk, modal, ramalan kewangan dan sebagainya. Pengenalan • Gambaran ringkas dan spesifik berkenaan aktiviti utama perniagaan dan mengandungi maklumat seperti jenis perniagaan, nama dan lokasi atau alamat perniagaan,jenis produk, modal, ramalan kewangan dan sebagainya. • Dimasukkan juga maklumat sejarah perniagaan, kedudukan sekarang, kekuatan syarikat, prosedur kawalan. Objektif • Menjelaskan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan bagaimana matlamat tersebut boleh dicapai. • Tujuan rancangan perniagaan ingin mendapat sumber kewangan seperti mendapat pinjaman kewangan daripada pihak bank. Latar belakang syarikat • Senarai butir-butir latar belakang syarikat seperti jenis milikan perniagaan sama ada tunggal, perkongsian atau syarikat. • Sebagai contoh entiti perniagaan syarikat perlu menyenaraikan Ahli Lembaga Pengarah. • Dinyatakan juga inflasi, kadar pengangguran, pendapatan penduduk dan lain-lain. Latar belakang pemilik/ahli kongsi • Maklumat berkenaan individu atau sekumpulan individu yang mencipta atau memulakan perniagaan dan memajukan perniagaan tersebut. • Mengandungi maklumat atau butir-butir peribadi pemilik perniagaan dan rakan kongsi jika ada, seperti nama penuh, kad pengenalan, tarikh lahir, umur, jantina, alamat, telefon, taraf perkahwinan, kelulusan akademik dan sebagainya. Latar belakang projek • Penerangan terperinci tentang projek yang hendak dijalankan serta penerangan jenis, kos dan potensi di masa hadapan projek yang akan dijalankan. • Fakta khusus – calon wajib beri fakta khusus dengan tepat • Turutan khusus – calon wajib menulis fakta khusus dalam urutan yang tepat • Fakta salah diberikan – segala huraian tidak diberikan markah • Turutan diberikan salah – markah hanya diberikan setakat turutan yang betul atau diberi pada langkah/turutan yang betul sahaja • Fakta tidak diberikan – jawapan tidak diberikan markah Pemeriksa Jawapan Lengkap N&L STPM PP P3(2).indd 41 22/06/2023 11:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
42 PB Bahagian B Soalan Esei Jawab semua soalan. 1 Terangkan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan. [12] 2 Jelaskan rancangan perniagaan dari aspek Rancangan Pengeluaran. [10] 3 Huraikan pihak berkepentingan yang memerlukan rancangan perniagaan. [12] 4 Encik Idris perlu menyediakan sebuah rancangan perniagaan yang lengkap mengenai perniagaan kilang perabotnya bagi mendapatkan pinjaman daripada sebuah bank. Jelaskan maksud rancangan perniagaan dan terangkan bahagian Rancangan Organisasi untuk kilang perabot tersebut. [10] 5 Encik Ikram berkelulusan dalam bidang perubatan dan mempunyai pengalaman bekerja di hospital kerajaan selama lapan tahun. Namun disebabkan minat yang mendalam dalam bidang penternakan dan keprihatinan terhadap keperluan dan masalah semasa masyarakat, beliau telah mengambil keputusan untuk menceburi bidang penternakan ayam secara organik. Huraikan bagaimana Encik Ikram perlu menyediakan sebuah rancangan perniagaan yang lengkap dari aspek Rancangan Pemasaran untuk perniagaan baharunya. KBAT [10] 6 Puan Saloma bercadang untuk membuka sebuah butik fesyen muslimah di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Sejumlah modal diperlukan untuk membiayai operasi perniagaannya. Oleh itu, Puan Saloma telah memohon pinjaman daripada pihak bank. Sebagai syarat permohonan pinjaman, beliau diminta untuk menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Sediakan Rancangan Kewangan untuk rancangan perniagaan tersebut. KBAT [15] Rancangan organisasi • Penerangan secara ringkas carta organisasi perniagaan yang dirancangkan seperti nama jawatan dan fungsi utama setiap jabatan diterangkan seperti Jabatan Pentadbiran, Pemasaran, Pengeluaran, Kewangan dan sebagainya. Rancangan pemasaran • Penerangan berkaitan strategi pemasaran yang akan digunakan untuk mencapai matlamat pemasaran perniagaan dan memberi impak positif dalam menjadikan projek yang dirancang berdaya maju dan berdaya saing. Rancangan pengeluaran/operasi • Gambaran semua aktiviti yang terlibat dalam pemprosesan produk dari bahan mentah kepada produk yang telah siap untuk diguna pakai termasuk dalam menentukan kemudahan dan peralatan pengeluaran yang digunakan. Rancangan kewangan • Makluman kepada pihak yang memerlukan rancangan perniagaan bagaimana sesuatu perniagaan itu dibiayai, jenis aset yang dimiliki dan juga kos pengendalian perniagaan. Kesimpulan • Gambaran keseluruhan dalam isi kandungan rancangan perniagaan. Lampiran • Menyertakan dokumen bagi menyokong rancangan perniagaan untuk membuktikan kebenaran pernyataan yang dibuat dalam rancangan perniagaan. STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON N&L STPM PP P3(2).indd 42 22/06/2023 11:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
100 PB BAB 1 Latihan Stimulasi 1 (a) Berinisiatif (b) Berani menanggung risiko (c) Sanggup berkorban (d) Keazaman (e) Bertanggungjawab (f) Sentiasa merebut peluang (g) Kreatif dan inovatif (h) Berwawasan (pilih mana-mana lima; jawapan lain yang betul boleh diterima) 2 (a) Proaktif (b) Mulakan sesuatu dengan mengingati matlamat (c) Lakukan perkara yang utama dahulu (d) Berfikiran menang-menang (e) Cuba untuk memahami dahulu, kemudian baru cuba untuk difahami (f) Bersinergi (g) Tajamkan gergaji (pilih mana-mana empat) 3 (a) Memulakan sendiri (b) Mengambil alih perniagaan sedia ada (c) Francais (d) Pakatan strategik 4 (a) Pengalaman kerja (b) Keperibadian/personaliti (c) Galakan kerajaan (d) Merebut peluang dalam pasaran (jawapan lain yang betul boleh diterima) 5 (a) Pelanggan (b) Produk sedia ada (c) Syarikat sedia ada (d) Saluran pengedaran (e) Paten (f) Penyelidikan dan pembangunan (g) Pengalaman/kemahiran (h) Dasar kerajaan (pilih mana-mana enam; jawapan lain yang betul boleh diterima) 6 (a) Idea (b) Menapis idea (c) Membina konsep (d) Menguji konsep (e) Menyediakan rancangan perniagaan (f) Membina fizikal (prototaip) (g) Mengkomersialkan 7 (a) Keperluan modal (b) Tahap persaingan (c) Lokasi perniagaan (d) Keadaan ekonomi semasa dan masa depan (e) Sumber bekalan bahan mentah (f) Ketersediaan bekalan buruh (g) Peraturan dan undang-undang negara (pilih mana-mana empat; jawapan lain yang betul boleh diterima) Latihan Pengukuhan Bahagian A 1 Konsep usahawan • Usahawan ialah seseorang yang memulakan sesuatu, pandai mencuba atau mencipta sesuatu yang baharu • Usahawan mempunyai ciri-ciri kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang baharu • Contoh: Seorang usahawan boleh membuat pengubahsuaian atau pembaharuan (inovasi), mengatur serta mewujudkan pasaran, sanggup menanggung risiko dan berusaha memajukan sesebuah perniagaan 2 Tiga peranan usahawan dalam membantu mengembangkan ekonomi negara ialah: Mengurangkan pengangguran Pengambilan tenaga kerja tempatan oleh usahawan untuk menggerakkan aktiviti pengeluaran dan pengurusan membantu mengurangkan kadar pengangguran di dalam negara Membangunkan industri sokongan/perniagaan lain Pembelian bahan mentah serta penggunaan perkhidmatan pengangkutan dan kewangan oleh usahawan untuk menggerakkan aktiviti perniagaan menjana pendapatan untuk industri berkaitan Menggunakan bahan tempatan Bagi meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungannya, usahawan akan berusaha menggunakan sumber tempatan. Ini membantu menjana pendapatan untuk penduduk tempatan. Jawapan N&L STPM PP P3(jwp).indd 100 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 101 Meningkatkan inovasi Usahawan melakukan pengubahsuaian pada produk sedia ada dan melakukan penemuan dari segi teknik pengeluaran baharu Mengawal inflasi Usahawan membantu mengawal inflasi dengan menjalankan pengeluaran secara besar-besaran bagi mengelakkan kekurangan barang dalam pasaran selain mengurangkan kebergantungan negara pada barang import Meningkatkan pendapatan negara Pembayaran cukai pendapatan perniagaan oleh usahawan membantu meningkatkan pendapatan negara (pilih mana-mana tiga) 3 Teori keusahawanan mengikut pendekatan ekonomi yang dikemukakan oleh Israel Kirzner • Usahawan ialah seseorang yang peka kepada peluang menjana keuntungan melalui proses pertukaran • Usahawan merupakan perantara antara pembekal dengan pengguna dan tidak perlu memiliki sumber 4 Tiga ciri personaliti yang dapat membezakan usahawan dengan bukan usahawan mengikut pendekatan psikologi ialah: Keperluan pencapaian • Seorang usahawan biasanya mempunyai keinginan yang kuat untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara bersendirian • Usahawan juga suka menetapkan matlamat dan mencapai matlamat tersebut melalui usaha sendiri • Usahawan gemar menerima maklum balas terhadap apa yang telah dilakukannya Lokus kawalan • Usahawan lazimnya mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi • Manusia yang mempunyai lokus kawalan dalaman percaya bahawa mereka dapat mengawal sebahagian besar daripada masa depan mereka melalui usaha sendiri • Manusia yang mempunyai lokus kawalan luaran percaya bahawa setiap perkara berlaku secara kebetulan dan ditentukan oleh nasib/ tuah atau faktor desakan yang berada di luar kawalan mereka Kecenderungan menanggung risiko • Ciri ini berkait rapat dengan keperluan pencapaian • Usahawan ialah seseorang yang gemar menceburi sesuatu usaha penerokaan baharu dan berisiko tinggi • Semakin tinggi keperluan pencapaian, semakin tinggi risiko yang sanggup diambil 5 Pernyataan ‘usahawan yang berjaya mempunyai sifat kreatif dan inovatif’ • Usahawan mesti berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam persekitaran perniagaan • Usahawan perlu bersedia menangani kesan yang timbul berikutan perubahan dari segi ekonomi, teknologi, politik dan sosial • Usahawan yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi berupaya menangani perubahan secara positif dan berkesan 6 Bagaimana paten dapat dijadikan sebagai sumber idea baharu • Paten merujuk kepada hak untuk mengeluarkan sesuatu barang yang hak ciptanya dilindungi oleh undang-undang • Seorang bakal usahawan dapat membuka perniagaan sekiranya dia berjaya mencipta sesuatu rekaan baharu dan rekaan baharu tersebut mempunyai potensi pasaran • Bakal usahawan juga boleh memasarkan rekaan atas paten yang sedia ada dengan memohon kebenaran dan membayar royalti kepada pemilik paten • Usahawan juga boleh mencipta dan mengubah suai paten yang sedia ada dan menjadikannya lebih baik untuk dipasarkan/dikomersialkan 7 Bagaimana usahawan dapat memperoleh idea baharu daripada pesaing • Mengaplikasi/meniru produk atau perniagaan baharu/sedia ada yang dikeluarkan/dijalankan oleh pesaing berdasarkan pemerhatian yang dijalankan untuk suatu tempoh tertentu • Mengkaji kekuatan dan kelemahan produk atau perniagaan baharu/sedia ada yang dikeluarkan/ dijalankan oleh pesaing dan seterusnya melakukan pembaharuan (dari segi kualiti, harga, reka bentuk dan pembungkusan) • Bekerjasama dengan organisasi pesaing dari aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mengeluarkan produk baharu 8 Lima faktor yang mendorong perkembangan dan kejayaan sesebuah perniagaan baharu ialah: • Mempunyai pasaran sasaran yang jelas • Mempunyai modal yang mencukupi N&L STPM PP P3(jwp).indd 101 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
102 103 • Mempunyai pekerja yang cekap dan terlatih • Rekod perniagaan adalah terkini dan lengkap • Memahami dan mematuhi segala peraturan, undang-undang dan dasar kerajaan • Mengeluarkan produk yang berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna • Mempunyai rangkaian perniagaan yang luas • Mempunyai perancangan perniagaan yang jelas (pilih mana-mana lima) 9 Lima faktor yang perlu dipertimbangkan oleh seorang usahawan sebelum memulakan sesuatu perniagaan ialah: • Kesahan perniagaan di sisi undang-undang • Tahap persaingan dalam pasaran/industri serta kewujudan kuasa monopoli • Kemampuan sumber kewangan/modal • Kesesuaian lokasi perniagaan • Keadaan ekonomi semasa/masa depan • Keadaan politik semasa/masa depan • Bekalan tenaga kerja • Kemudahan asas dan prasarana (pilih mana-mana lima) 10 Lima alasan yang menyokong keputusan seorang usahawan untuk memulakan perniagaan menggunakan kaedah mengambil alih perniagaan sedia ada ialah: • Pasaran/pelanggan sudah sedia ada • Aset/inventori/teknologi organisasi sudah sedia ada • Pekerja sudah sedia ada • Rekod perniagaan sudah sedia ada • Hubungan sedia terjalin dengan pembekal, bank dan kerajaan • Premis perniagaan sudah sedia ada • Reputasi perniagaan dalam industri sudah terbina (pilih mana-mana lima) 11 Empat kelebihan apabila seorang usahawan membuat keputusan untuk memulakan perniagaan baharu ialah: • Bebas membangunkan imej sendiri • Bebas memilih lokasi perniagaan yang sesuai • Bebas memilih jenis dan barisan produk yang ingin dipasarkan • Bebas memilih pembekal yang sesuai • Bebas memilih bentuk milikan perniagaan yang sesuai (pilih mana-mana empat) 12 Empat kelebihan yang dapat dinikmati oleh usahawan yang menjalankan pakatan strategik ialah: • Peluang untuk mencapai kejayaan lebih tinggi disebabkan penggabungan firma yang mempunyai pengalaman dan kemahiran pelbagai • Komitmen untuk mencapai kejayaan adalah tinggi memandangkan setiap firma mempunyai kepentingan masing-masing yang perlu dipertahankan dalam pakatan strategik • Berupaya mengumpul modal pelaburan yang besar melalui sumbangan modal daripada beberapa firma • Tahap kepakaran dan teknologi adalah tinggi berikutan sumbangan kepakaran/pengetahuan teknologi oleh setiap firma • Melibatkan perkongsian risiko kerugian secara bersama, tertakluk kepada syarat yang dipersetujui (pilih mana-mana empat) 13 Lima aspek yang perlu ditekankan dalam perjanjian usaha sama sebagai kaedah memulakan perniagaan ialah: • Pihak yang akan menanggung kos pengendalian perniagaan • Nisbah pembahagian untung dan rugi • Terma dan syarat perkongsian maklumat rahsia perniagaan termasuk cara melindungi rahsia perniagaan • Kuasa membuat keputusan • Kawalan ke atas produk/jabatan/projek • Hak ke atas paten dan jenama • Tempoh perjanjian usaha sama • Kaedah pembubaran usaha sama (pilih mana-mana lima) 14 Maksud modal ialah: • Sebarang bentuk kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan lebih banyak kekayaan • Wujud dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, inventori, peralatan dan premis 15 Perbezaan antara modal tetap dengan modal kerja dalam sebuah entiti perniagaan ialah: Modal tetap Modal kerja Terdiri daripada aset tetap Terdiri daripada aset semasa Digunakan dalam proses pengeluaran Digunakan untuk membiayai perbelanjaan semasa perniagaan N&L STPM PP P3(jwp).indd 102 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
102 103 Modal tetap Modal kerja Contoh: Mesin, jentera, peralatan dan bangunan Contoh: Wang tunai dan penghutang 16 Empat kelebihan menggunakan modal ekuiti dalam perniagaan ialah: • Modal tidak perlu dibayar balik sebagaimana pinjaman • Pemerolehannya tidak memerlukan sandaran/ cagaran • Pelabur mungkin diberi kuasa kawalan ke atas perniagaan • Tidak melibatkan pembayaran bunga 17 Lima ciri pembiayaan modal perniagaan melalui modal hutang ialah: • Diperoleh daripada pihak luar yang tidak mempunyai hubungan langsung dengan perniagaan seperti bank • Perlu dibayar balik secara ansuran • Dikenakan bunga • Mempunyai tempoh matang (jangka pendek dan jangka panjang) • Memerlukan sandaran/cagaran • Tidak menjejaskan pemilikan dalam organisasi (pilih mana-mana lima) 18 Empat agensi yang menyediakan bantuan maklumat, khidmat nasihat dan perundingan untuk usahawan ialah: • MATRADE • MARDI • MIDA • SIRIM • MEDEC (pilih mana-mana empat) 19 Tiga agensi yang menyediakan kemudahan infrastruktur dan premis perniagaan untuk usahawan dan jenis kemudahan yang disediakan • Majlis Amanah Rakyat (MARA) – kawasan industri kecil, bazar dan Arked MARA • Malaysian Industrial Estates Sdn. Bhd. (MIEL) – tapak kilang dan taman perindustrian • Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) – unit kedai di kompleks beli-belah • Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) – premis perniagaan di bandar besar • Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) – Skim Kilang Bimbingan dan Skim Nurseri (pilih mana-mana tiga) 20 Dua tujuan penubuhan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan dua contoh skim kredit CGC Tujuan penubuhan • Membantu perniagaan mendapatkan kemudahan pinjaman daripada bank dan syarikat kewangan • Menjadi penjamin untuk perniagaan yang memohon kemudahan kredit, khususnya untuk perniagaan yang tidak mampu menyediakan nilai cagaran yang mencukupi/tidak mampu menyediakan cagaran Contoh skim kredit • Skim Jaminan Utama Baru • Skim Jaminan Tabung Usahawan Baru • Tabung Pinjaman Penjaja dan Peniaga Kecil • Skim Pinjaman Bersepadu (pilih mana-mana dua) 21 Dua jenis subsidi dan insentif dalam bentuk kewangan tidak langsung yang ditawarkan oleh kerajaan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah: Taraf perintis secara automatik Pengusaha perniagaan dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan untuk tempoh tertentu, contohnya lima tahun Elaun pelaburan semula Pemberian elaun sehingga 50% daripada jumlah perbelanjaan modal Pengecualian cukai import Meliputi cukai atas bahan mentah, komponen dan mesin yang diimport dari luar negara Potongan cukai dua kali Potongan cukai atas perbelanjaan latihan perindustrian menerusi institusi latihan yang diluluskan (pilih mana-mana dua) Bahagian B 1 Ciri keusahawanan yang perlu dimiliki oleh seseorang untuk berjaya dalam perniagaannya ialah: Komitmen dan nekad yang tinggi • Usahawan perlu melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam perniagaan mereka • Komitmen yang tinggi dalam menguruskan perniagaan membolehkan usahawan meminimumkan kesilapan yang boleh menjejaskan perniagaan N&L STPM PP P3(jwp).indd 103 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
104 105 • Nekad dalam mengambil tindakan dan membuat keputusan menjamin kemandirian perniagaan dalam jangka panjang Berinisiatif • Memiliki kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu situasi yang akan berlaku pada masa depan dan mengambil tindakan proaktif bagi menangani situasi tersebut • Berusaha secara berterusan dan tidak putus asa dalam mengusahakan sesuatu, terutama usaha baharu yang belum diterokai oleh orang lain Bersedia menghadapi risiko, kekaburan dan ketidakpastian • Usahawan perlu menguruskan risiko yang timbul dalam perniagaan secara berkesan dan memastikan risiko yang diambil setimpal dengan nilai ganjaran/pulangan yang dijangkakan • Usahawan boleh mencari jalan untuk memindahkan sebahagian risiko perniagaan kepada pihak lain Berkeyakinan diri • Usahawan perlu yakin terhadap kebolehan diri sendiri • Sentiasa menimba ilmu dan kemahiran supaya dapat memajukan diri dan membangunkan perniagaan Berfikiran kreatif dan fleksibel • Berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam persekitaran perniagaan, sama ada perubahan ekonomi, teknologi atau sosial • Meningkatkan kreativiti dengan sentiasa berfikir, melakukan sesuatu di luar kebiasaan, melihat sesuatu isu dari perspektif yang berbeza, dan mengaitkan pelbagai idea bagi mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah Berkeupayaan memimpin • Usahawan perlu memimpin semua pekerjanya untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat yang sama • Usahawan juga perlu memotivasi pekerjanya untuk mengekalkan produktiviti yang tinggi Berwawasan • Berupaya menetapkan visi, misi dan matlamat perniagaan yang jelas • Menimbangkan segala kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam perniagaan secara realistik dan merangka strategi yang berkesan untuk menanganinya (pilih mana-mana enam) 2 Lima alasan seorang usahawan memilih perniagaan sebagai bidang kerjayanya ialah: Ingin mencuba sesuatu usaha baharu • Ingin mengusahakan sesuatu secara bebas tanpa mengikut telunjuk orang lain • Ingin mengaut keuntungan lumayan Menyahut seruan kerajaan • Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat untuk menceburi bidang perniagaan • Bantuan menjalankan perniagaan mudah diperoleh daripada agensi berkaitan Menyambung warisan keluarga • Usahawan mewarisi perniagaan keluarga • Kedudukan kewangan perniagaan yang kukuh mendorong usahawan untuk meneruskan usaha tersebut Merebut peluang dalam pasaran • Peluang timbul apabila perniagaan/produk sedia ada gagal memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang semakin meningkat • Usahawan mengenal pasti peluang dan mula memikirkan strategi untuk memenuhi keperluan/kehendak tersebut Perkembangan teknologi yang pesat • Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta internet telah mempermudah usaha menjalankan perniagaan • Melalui ICT dan internet, usahawan kini boleh berniaga tanpa mendirikan premis dan berhubung dengan pelanggan di serata dunia dengan cepat Keadaan hidup yang memaksa • Pengangguran dan kelayakan akademik yang rendah mendorong seseorang untuk menceburi bidang perniagaan • Usahawan menggunakan modal yang terhad untuk berniaga secara kecil-kecilan (pilih mana-mana lima) 3 Tokoh yang mengemukakan teori dan model keusahawanan mengikut pendekatan ekonomi, psikologi dan sosiologi Pendekatan ekonomi Joseph Schumpeter • Mendefinisikan usahawan sebagai orang yang memperkenalkan inovasi sebagai inti keusahawanan • Usahawan juga merupakan seseorang yang berani menanggung risiko, sanggup mengurus, dan menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan sesuatu yang bernilai N&L STPM PP P3(jwp).indd 104 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
104 105 Alfred Marshall • Mendefinisikan usahawan sebagai seseorang yang melalui proses masa, iaitu bermula dengan menubuhkan perniagaan sehinggalah perniagaan itu dibubarkan • Menurut beliau, perniagaan akan berkembang daripada sebuah perniagaan kecil menjadi sebuah perniagaan besar • Beliau turut menerangkan bagaimana seorang usahawan akan memulakan perniagaan secara runcit yang kemudiannya menjadi syarikat yang menjalankan berbagai-bagai jenis perniagaan Israel Kirzner • Mendefinisikan usahawan sebagai orang tengah dan mengaut keuntungan • Usahawan juga akan membeli pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi bagi mengaut keuntungan • Usahawan bertindak sebagai orang tengah yang menanggung risiko perniagaan yang timbul daripada keadaan ketidakpastian Pendekatan psikologi McClelland • Mengemukakan Teori Pencapaian McClelland • Teori ini menyifatkan usahawan sebagai seseorang yang mempunyai kehendak terhadap pencapaian yang tinggi dan berani memikul tanggungjawab De Vries • Mengemukakan Model Psikodinamik • Menyatakan usahawan lahir daripada keadaan yang tertekan serta gagal menikmati kemudahan tertentu semasa kecil Pendekatan sosiologi Max Weber • Beliau berpendapat unsur keagamaan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan seorang usahawan • Kajian beliau berasaskan kehidupan penganut agama Protestan yang berjaya dalam bidang ekonomi Everett Hagen • Menyatakan usahawan lahir daripada kumpulan bawahan yang tidak berpuas hati dengan kepincangan masyarakat • Ketidakpuasan kumpulan bawahan menjadi satu tekanan yang membawa kepada kemunculan usahawan bagi mengatasi kepincangan tersebut Thomas Cochran Memasukkan aspek budaya dan segmentasi sosial sebagai faktor yang menentukan tingkah laku atau gelagat keusahawanan 4 Bagaimana seorang usahawan yang kreatif dan inovatif dapat mengurangkan pembaziran sumber semasa menjalankan perniagaan • Menukarkan bahan atau sumber terbuang menjadi sesuatu yang bernilai, contohnya menghasilkan bunga daripada daun getah, sekali gus mengurangkan pembaziran daun getah • Mengolah bahan atau sumber terbuang untuk menghasilkan sesuatu produk baharu, contohnya sampah dan sekam padi sebagai sumber tenaga • Mengitar semula bahan terbuang kepada bentuk asal yang boleh digunakan semula • Menambah nilai secara kreatif pada bahan terbuang dengan mengubah bentuknya kepada bentuk lain yang berguna seperti menukar botol plastik menjadi bekas bunga yang cantik • Mencipta teknologi dan kaedah pengeluaran baharu yang dapat menjimatkan sumber • Mengoptimumkan penggunaan buruh bagi meningkatkan daya pengeluaran atau produktiviti 5 Lima faktor yang mendorong perkembangan dan kejayaan sesebuah perniagaan ialah: Lokasi perniagaan Kedudukan premis perniagaan yang strategik, contohnya berdekatan bandar besar dan kemudahan infrastruktur Bekalan bahan mentah Pembekal yang menyediakan bekalan bahan mentah secara berterusan dan pada harga berpatutan serta menawarkan syarat kredit yang fleksibel Modal Modal yang mencukupi serta boleh ditambah apabila diperlukan seperti pinjaman daripada bank dan ahli keluarga Kemahiran dan pengetahuan Pengetahuan perniagaan yang mendalam serta kemahiran keusahawanan membantu proses pembuatan keputusan dengan tepat dan mengenal pasti peluang perniagaan Persaingan Tahap persaingan yang rendah dalam pasaran meningkatkan peluang untuk meraih keuntungan 6 (a) Lima faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Encik Rafizi sebelum memulakan perniagaan perabot tersebut ialah: Modal • Kesesuaian jumlah modal sedia ada dengan saiz perniagaan yang ingin ditubuhkan • Keupayaan untuk mendapatkan sumber modal tambahan N&L STPM PP P3(jwp).indd 105 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.