106 107 Lokasi perniagaan • Kedudukan strategik atau tidak • Berhampiran pelanggan/pembekal bahan mentah/kemudahan pengangkutan Persaingan • Mengenal pasti bilangan pesaing • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pesaing Jenis perniagaan yang ingin ditubuhkan • Menubuhkan milikan tunggal/perkongsian/ syarikat • Mengenal pasti kebaikan dan kelemahan setiap jenis perniagaan Bekalan buruh • Mengenal pasti kadar upah semasa dalam pasaran buruh • Keperluan terhadap buruh mahir dan buruh kurang mahir • Mudah mendapat buruh atau tidak (b) Bagaimana hasil penyelidikan pasaran yang dijalankan ke atas pelanggan dapat membantu Encik Rafizi mendapatkan idea baharu perniagaan • Maklum balas/komen/kritikan terhadap produk sedia ada – kritikan terhadap reka bentuk produk sedia ada yang ketinggalan zaman akan memberi idea kepada Encik Rafizi untuk mengeluarkan produk perabot yang lebih moden • Pandangan/idea tentang produk yang belum ada dalam pasaran – kekurangan produk perabot yang mempunyai gabungan ciri moden/kontemporari dan tradisional memberi idea kepada Encik Rafizi untuk menjual perabot yang menggabungkan reka bentuk baharu dan lama • Kelas pendapatan pelanggan – memberi idea kepada Encik Rafizi sama ada menjual rangkaian perabot yang lebih ringkas/ murah atau menjual rangkaian perabot mewah/antik 7 Sumber modal formal dan sumber modal tidak formal dalam menjalankan perniagaan Sumber modal formal • Melibatkan pemprosesan dokumen yang banyak dan rumit • Modal diperoleh daripada institusi kewangan dan syarikat kredit swasta dan kerajaan • Peminjam perlu menyediakan cagaran/penjamin Overdraf • Pinjaman berbentuk jangka pendek yang diberikan kepada penyimpan akaun deposit semasa • Peminjam boleh mengeluarkan sejumlah wang yang melebihi baki akhir dalam akaun deposit semasanya • Bunga akan dikenakan ke atas jumlah wang yang dikeluarkan oleh peminjam Pinjaman berpenggal • Berbentuk pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang • Peminjam perlu menjelaskan pokok pinjaman berserta bunga secara ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan Pemfaktoran • Penggunaan akaun belum terima/akaun penghutang sebagai cagaran bagi mendapatkan sumber kewangan • Usahawan boleh mengutip sendiri hutang daripada pelanggannya atau menyerahkan tugas mengutip hutang kepada pemberi pinjaman Sewa beli • Pinjaman bagi membiayai pembelian aset perniagaan seperti mesin dan kenderaan • Aset akan menjadi hak milik peminjam selepas peminjam selesai menjelaskan nilai pinjaman berserta bunga dalam tempoh yang ditetapkan Penerbitan saham • Melibatkan penerbitan saham untuk pelabur yang menyumbangkan modal kepada perniagaan • Pelabur/pemegang saham akan dibayar dividen, iaitu peratusan tertentu daripada nilai keuntungan tahunan perniagaan Sumber tidak formal • Tidak melibatkan proses permohonan yang rumit/hanya memerlukan dokumen sokongan yang minimum • Pembiaya terdiri daripada pihak yang mempunyai hubungan baik dengan pemilik perniagaan Simpanan sendiri • Usahawan boleh mendapatkan modal daripada wang tabungan sendiri • Usahawan juga boleh melaburkan wang yang diperoleh daripada hasil jualan aset peribadinya Pinjaman daripada ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan N&L STPM PP P3(jwp).indd 106 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
106 107 • Diperoleh atas prinsip kepercayaan yang timbul daripada hubungan rapat antara usahawan dengan ahli keluarga, saudara-mara dan rakanrakan • Pinjaman yang diberikan tidak dikenakan bunga Kredit dagangan • Kemudahan pembiayaan tidak langsung yang disediakan oleh pembekal • Pembekal akan membekalkan barang dagangan/ bahan mentah secara kredit kepada usahawan, dan usahawan hanya akan menjelaskan bayaran pada masa depan, bergantung pada syarat dan tempoh kredit yang ditetapkan 8 Lima sumber modal tidak formal yang boleh digunakan oleh Encik Shafiq untuk memulakan perniagaannya ialah: Simpanan sendiri Wang daripada tabungan sendiri, harta pusaka dan wang daripada hasil jualan harta persendirian seperti tanah, rumah dan kereta Pinjaman daripada ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan Sumber modal yang mudah diperoleh, tidak memerlukan cagaran dan tidak melibatkan pembayaran bunga Sumbangan daripada rakan kongsi • Mengajak saudara-mara atau rakan-rakan untuk menyertai perniagaan secara tidak langsung dengan menyumbangkan modal • Keuntungan atau kerugian akan dikongsi bersama Kredit daripada pembekal (kredit dagangan) • Pembekal akan membekalkan barang niaga kepada usahawan terlebih dahulu • Hutang hanya dibayar selepas barang niaga dijual • Tidak memerlukan cagaran Modal teroka • Meminjam wang daripada organisasi lain • Sekiranya perniagaan mendapat keuntungan, peratusan tertentu daripada keuntungan akan diberikan kepada penyumbang modal teroka 9 Alternatif yang boleh diambil oleh Encik Ahmad Fikri untuk mengatasi masalah pelunasan hutang perniagaan ialah: Pinjaman Penstrukturan semula (restructuring) • Meliputi tempoh pinjaman yang lebih panjang pada kadar bunga yang tetap • Praktikal kerana Encik Ahmad Fikri dapat mengurangkan jumlah bayaran ansuran yang perlu dijelaskan pada setiap bulan Pembiayaan semula (refinancing) • Jumlah pinjaman akan dinilai berdasarkan baki pinjaman yang belum dijelaskan • Mengikut kaedah ini, nilai pinjaman (kredit) yang lama akan direbatkan amaunnya dan menjadikan jumlah pinjaman yang perlu dibuat oleh Encik Ahmad Fikri lebih rendah • Kadar bunga yang dikenakan juga lebih rendah dan tempoh pinjaman lebih panjang • Bayaran ansuran bulanan yang perlu dibuat juga lebih rendah berbanding dengan bayaran ansuran bulanan sebelumnya, dengan tempoh pembayaran balik pinjaman yang lebih panjang Pinjaman daripada ahli keluarga/saudara-mara • Mudah diperoleh • Tidak perlu membayar bunga • Tempoh pembayaran balik pinjaman lebih fleksibel • Tidak perlu menyediakan cagaran Pinjaman daripada rakan-rakan • Mudah diperoleh • Tidak perlu membayar bunga/kadar bunga yang dikenakan amat rendah/melibatkan perkongsian keuntungan • Tempoh pembayaran balik pinjaman lebih fleksibel • Tidak perlu menyediakan cagaran Pinjaman daripada koperasi • Mudah diperoleh (jika Encik Ahmad Fikri menjadi ahli) • Kadar bunga yang dikenakan lebih rendah • Tempoh pembayaran balik pinjaman lebih panjang • Tidak perlu menyediakan cagaran Ekuiti Penerbitan saham baharu • Jualan saham baharu kepada pelabur/pemegang saham baharu • Tidak melibatkan kos/bunga • Jika perniagaan mengalami kerugian, pelabur akan menanggung kerugian setakat jumlah sumbangan modal Sumber lain Rizab/perolehan tertahan Encik Ahmad Fikri boleh menggunakan semua perolehan tertahan yang ada untuk membayar semua hutang tertunggak kepada pihak bank N&L STPM PP P3(jwp).indd 107 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
108 109 Simpanan sendiri • Encik Ahmad Fikri menggunakan wang daripada simpanan peribadinya • Kaedah yang paling mudah dan cepat 10 Tiga program yang telah diadakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan usahawan baharu ialah: Program Pembangunan Vendor • Bertujuan membangunkan IKS dan meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera dalam IKS • Tumpuan diberikan kepada usahawan yang terlibat dalam sektor automotif, elektrik dan elektronik, pengeluaran plastik, getah dan mesin, kejuruteraan dan perkayuan • Syarikat induk akan menyediakan pasaran dan institusi kewangan akan memberi pembiayaan kepada usahawan • Jenis bantuan kewangan yang diberikan termasuk pinjaman mudah, pinjaman komersial, modal teroka dan jaminan kredit ansuran • Bantuan lain yang turut diberikan ialah latihan dari aspek pengurusan teknikal, kewangan, sistem teknologi maklumat dan infrastruktur Program Mentor-Mentee • Syarikat besar(mentor) memberi bimbingan dan pendedahan tentang pengurusan perniagaan kepada bakal usahawan IKS (mentee) • Bantuan lain yang diberikan termasuk latihan teknikal dan bukan teknikal, khidmat nasihat serta bantuan kewangan Program Pembangunan Francais • Syarikat induk (pemberi francais/francaisor) membenarkan usahawan (francaisi) memasarkan keluaran syarikat induk dengan menggunakan paten/tanda niaga dan jenama yang dibangunkan oleh syarikat induk • Francaisor menyediakan modal, bahan mentah, premis serta kepakaran pengurusan dan pemasaran untuk francaisi • Francaisi turut menggunakan kaedah pengurusan dan kaedah pemasaran yang dibangunkan oleh francaisor • Sebagai balasan, francaisi perlu membayar royalti, iaitu peratusan tertentu daripada nilai keuntungannya kepada francaisor 11 Empat kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk usahawan di negara ini selain bantuan kewangan ialah: Kemudahan pemasaran • Membantu usahawan mengedar dan memasarkan produk mereka di dalam dan di luar negara • Pasar tani dan pameran/ekspo perdagangan diadakan untuk memberi peluang kepada usahawan mempromosikan produk mereka • Bantuan pemasaran produk dijalankan oleh agensi seperti FAMA dan MATRADE serta melalui jenama Malaysia’s Best Tapak kilang/infrastruktur/prasarana/ruang niaga • Disediakan di lokasi strategik, contohnya berdekatan kawasan pasaran sasaran dan di zon perindustrian bebas yang dilengkapi oleh pelbagai kemudahan infrastruktur • Usahawan turut diberikan lot perniagaan di kompleks beli-belah atau ruang niaga di bazar • Agensi yang menyediakan kemudahan ini adalah seperti PKEN, MARA dan UDA Khidmat nasihat dan perundingan/bantuan teknikal/penyelidikan dan pembangunan (R&D) • Bertujuan membantu usahawan melengkapi diri dengan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan • Merangkumi perundingan pengurusan, cara meningkatkan kualiti keluaran dan produktiviti organisasi serta pembangunan reka bentuk keluaran • Agensi yang menyediakan kemudahan ini adalah seperti MARA, UDA, MEDEC dan SIRIM Program pembangunan usahawan/latihan keusahawanan • Melibatkan penyediaan kursus dan latihan untuk usahawan bumiputera • Dilaksanakan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan • Contoh program ialah Program Pembangunan Vendor, Program Mentor-Mentee dan Program Pembangunan Francais 12 Empat institusi kewangan kerajaan yang menyediakan kemudahan pembiayaan untuk usahawan dan bentuk pembiayaan yang ditawarkan oleh setiap institusi kewangan tersebut Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) • Menyediakan pembiayaan jangka panjang dalam bentuk modal permulaan, modal kerja dan modal tambahan untuk usahawan dalam sektor yang berkaitan dengan pembangunan dan industri • Bentuk pembiayaan yang disediakan termasuk pinjaman projek dan sewa pajak N&L STPM PP P3(jwp).indd 108 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
108 109 SME Bank • Menyediakan pembiayaan khusus untuk semua usahawan IKS dalam pelbagai bidang perniagaan • Bentuk pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti pinjaman modal kerja, pinjaman modal peralatan, pembiayaan kredit eksport dan surat kredit Bank Negara Malaysia • Menyediakan kemudahan pembiayaan khusus untuk usahawan dalam sektor tertentu menerusi geran yang diperuntukkan oleh kerajaan • Bentuk pembiayaan yang disediakan termasuk Tabung Khas Pelancongan, Tabung Usahawan Baru, Tabung untuk Makanan dan Tabung Perindustrian Bumiputera EXIM Bank • Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk usahawan yang terlibat dalam kegiatan eksport dan import • Bentuk pembiayaan yang disediakan termasuk pembiayaan eksport, pembiayaan import dan pembiayaan untuk membeli mesin dan peralatan Malaysian Industries Development Finance (MIDF) • Menyediakan pembiayaan untuk usahawan yang terlibat dalam sektor perindustrian • Bentuk pembiayaan yang ditawarkan termasuk pinjaman projek, pinjaman membeli mesin, pinjaman gadai janji kilang dan sewa pajak. (pilih mana-mana empat) BAB 2 Latihan Stimulasi 1 (a) Panduan menjalankan perniagaan (b) Mengurangkan kesilapan dan penyelewengan (c) Memudahkan proses kawalan (d) Meyakinkan pihak berkepentingan (e) Menjamin peruntukan sumber dengan cekap (f) Menilai prestasi perniagaan (pilih mana-mana empat; jawapan lain yang betul boleh diterima) 2 (a) Pembiaya (b) Pembekal (c) Pelanggan (d) Rakan kongsi (e) Pekerja (f) Pelabur (g) Kerajaan (h) Pengurus (pilih mana-mana enam) 3 (a) Rumusan Eksekutif (b) Pengenalan (c) Objektif (d) Latar Belakang Organisasi (e) Latar Belakang Pemilik/Rakan Kongsi (f) Latar Belakang Projek (g) Rancangan Organisasi (h) Rancangan Pemasaran (i) Rancangan Pengeluaran/Operasi (j) Rancangan Kewangan (k) Kesimpulan (l) Lampiran Latihan Pengukuhan Bahagian A 1 Maksud Rumusan Eksekutif ialah: • Ringkasan atau rumusan keseluruhan tentang rancangan perniagaan sesebuah organisasi • Bahagian paling awal dalam rancangan perniagaan dan perlu disediakan sebaik mungkin bagi meyakinkan pihak berkepentingan • Mengandungi maklumat seperti jenis perniagaan, latar belakang perniagaan, jenis produk, sumber pembiayaan dan unjuran kewangan 2 Perkara-perkara penting yang perlu dinyatakan pada bahagian Pengenalan untuk sesebuah rancangan perniagaan ialah: • Penyataan tentang idea perniagaan supaya pembaca dapat memahami bentuk perniagaan atau projek yang akan dijalankan • Latar belakang cetusan idea perniagaan • Jenis kajian yang telah dijalankan berkenaan perniagaan atau projek dan dapatan yang diperoleh daripada setiap kajian • Strategi utama perniagaan yang mampan dan berkesan • Dapatan/hasil analisis kewangan (sekiranya penekanan rancangan perniagaan adalah pada aspek kewangan) 3 Maksud Objektif untuk sesebuah rancangan perniagaan ialah: • Penjelasan tentang matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang sesebuah perniagaan dan bagaimana matlamat tersebut dapat dicapai • Menerangkan tujuan penyediaan rancangan perniagaan untuk organisasi berkenaan • Contoh: Tujuan penyediaan rancangan perniagaan Syarikat X adalah untuk mendapatkan pinjaman kewangan daripada N&L STPM PP P3(jwp).indd 109 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
110 111 pihak bank bagi membiayai kos pemasaran produk pertanian organik syarikat ini 4 Lapan butiran yang perlu dinyatakan pada bahagian Latar Belakang Syarikat untuk sesebuah rancangan perniagaan ialah: • Nama syarikat • Nombor pendaftaran syarikat • Alamat syarikat • Alamat surat-menyurat (jika berbeza daripada alamat syarikat) • Nombor telefon • Alamat e-mel • Alamat laman web • Bentuk perniagaan • Kegiatan utama syarikat • Tarikh pendaftaran syarikat (jika perniagaan sudah dimulakan) (pilih mana-mana lapan) 5 Butiran yang perlu dimasukkan dalam bahagian Latar Belakang Pemilik untuk sesebuah rancangan perniagaan ialah: • Nama penuh • Nombor kad pengenalan • Tarikh lahir • Umur • Jantina • Alamat • Nombor telefon • Taraf perkahwinan 6 Latar Belakang Projek untuk sesebuah rancangan perniagaan ialah: • Menerangkan projek yang akan dijalankan oleh perniagaan secara terperinci • Mengandungi maklumat seperti jenis projek, latar belakang cetusan idea projek, jangkaan jumlah kos yang terlibat dan prospek pertumbuhan masa depan • Butiran lain yang perlu disertakan ialah lokasi tapak projek, kemudahan asas di tapak projek dan produk yang bakal dihasilkan daripada projek tersebut 7 Enam elemen yang perlu dihuraikan dalam Rancangan Kewangan apabila seorang usahawan menyediakan rancangan perniagaan untuk tujuan mendapatkan pinjaman daripada bank ialah: • Kos perniagaan/kos pelaksanaan projek • Struktur pembiayaan • Tujuan pembiayaan • Penyediaan unjuran penyata kewangan • Kepentingan unjuran penyata kewangan • Analisis prestasi kewangan 8 Enam punca kegagalan rancangan perniagaan untuk meyakinkan para pelabur supaya melabur dalam sesebuah perniagaan ialah: • Matlamat perniagaan yang tidak jelas/tidak realistik • Maklumat yang diberikan tentang latar belakang perniagaan adalah kabur • Tiada maklumat tentang unjuran kewangan • Pasaran sasaran untuk produk tidak dinyatakan • Produk yang ingin dikeluarkan tiada keunikan atau sudah dikeluarkan oleh banyak organisasi lain • Tiada maklumat jelas tentang bagaimana modal pelaburan akan digunakan 9 Perkara yang perlu diambil kira oleh seorang usahawan sebelum menyediakan rancangan perniagaan ialah: • Mengenal pasti struktur dan format rancangan perniagaan • Mengenal pasti produk yang akan dikeluarkan/ projek yang akan dijalankan • Mengenal pasti peruntukan dan sumber kewangan • Mengenal pasti cara produk akan dihasilkan/ anggaran tempoh pelaksanaan projek • Mengenal pasti keperluan sumber manusia • Membuat analisis terhadap semua data/angka kewangan 10 Sebab pihak kerajaan memerlukan rancangan perniagaan sesebuah syarikat ialah: • Menentukan sama ada perniagaan yang dijalankan oleh syarikat adalah sah atau tidak • Membuat taksiran tentang jumlah cukai yang perlu dibayar oleh syarikat berdasarkan unjuran keuntungan Bahagian B 1 Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah: Panduan untuk menjalankan perniagaan • Memberi panduan kepada usahawan tentang cara menjalankan perniagaan dengan cekap dan berkesan • Hal ini kerana rancangan perniagaan merupakan perancangan yang jelas tentang misi dan matlamat perniagaan serta aspek pengeluaran, pemasaran, kewangan dan sumber manusia N&L STPM PP P3(jwp).indd 110 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
110 111 Mengurangkan kesilapan • Membantu mengurangkan kesilapan yang dilakukan oleh pihak pengurusan atau pekerja • Kesilapan dan penyelewengan diminimumkan apabila semua warga organisasi berusaha ke arah pencapaian matlamat yang sama Memudahkan kawalan • Membantu usahawan menjalankan perniagaan mengikut perancangan • Kegagalan mencapai matlamat yang diperincikan dalam rancangan perniagaan menunjukkan usahawan telah tersasar dari perancangan Meyakinkan pihak berkepentingan Rancangan perniagaan yang baik dapat meyakinkan pihak berkepentingan seperti bank untuk memberi pinjaman, pembekal untuk membekalkan bahan mentah secara kredit, dan pelabur untuk menyumbangkan modal dalam perniagaan Menilai prestasi dan prospek pertumbuhan perniagaan • Unjuran kewangan termasuk keuntungan yang terdapat dalam rancangan perniagaan dapat membantu usahawan untuk mengetahui prospek pertumbuhan pada masa depan, dan seterusnya mengenal pasti keperluan pengambilan sumber manusia • Unjuran keuntungan juga membantu usahawan untuk menganggar jumlah dividen yang perlu dibayar kepada pemegang saham Menggalakkan penggunaan sumber dengan cekap • Anggaran kos yang akan dilibatkan dalam pelaksanaan sesuatu projek/pengeluaran sesuatu produk akan menggalakkan usahawan untuk mengagih dan menggunakan sumber dengan cekap • Hal ini dapat mengurangkan pembaziran 2 Rancangan perniagaan dari aspek Rancangan Pengeluaran Produk • Jenis produk • Kuantiti pengeluaran (harian dan bulanan) Proses pengeluaran • Perincian setiap langkah dalam proses pengeluaran • Carta alir proses pengeluaran Kapasiti pengeluaran • Keupayaan pengeluaran optimum dalam sehari atau sebulan • Jangkaan volum jualan (harian dan bulanan) Rancangan pengeluaran produk • Jangka masa pengeluaran • Volum pengeluaran dirancang (bergantung pada kapasiti pengeluaran) Mesin dan peralatan • Spesifikasi setiap mesin dan peralatan yang akan digunakan dalam proses pengeluaran • Contoh: Nama, model, harga dan pembekal Bahan mentah • Perincian setiap jenis bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran • Contoh: Nama, nombor kod, kuantiti, kos seunit dan pembekal Buruh/pekerja pengeluaran • Senarai pekerja di jabatan pengeluaran • Maklumat termasuk nama pekerja, bilangan, jawatan, kadar upah sejam/sehari dan gaji bulanan (pilih mana-mana lima) 3 Pihak berkepentingan yang memerlukan rancangan perniagaan ialah: Usahawan Panduan untuk memantau perjalanan segala aktiviti perniagaan bagi memastikan matlamat perniagaan dapat dicapai Pembiaya Meyakinkan pembiaya seperti pihak bank untuk memberi pinjaman kepada perniagaan berdasarkan kemampuan membayar balik pinjaman Pembekal Meyakinkan pembekal untuk membekalkan bahan mentah atau barang siap kepada perniagaan secara kredit atau hutang Pelanggan Mengetahui sama ada produk yang akan dikeluarkan oleh perniagaan dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka atau tidak Rakan kongsi Mengetahui pencapaian semasa perniagaan dan prospek pertumbuhan pada masa depan, dan seterusnya membuat keputusan sama ada kekal dalam perniagaan atau tidak Pekerja Memahami skop kerja dan tanggungjawab serta langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat perniagaan Pelabur Membantu pelabur membuat keputusan sama ada untuk melabur atau tidak dalam perniagaan berdasarkan pencapaian kewangan semasa dan masa depan N&L STPM PP P3(jwp).indd 111 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
112 113 Kerajaan • Menentukan sama ada perniagaan yang akan dijalankan adalah sah atau tidak • Membuat taksiran tentang jumlah cukai yang perlu dibayar berdasarkan pencapaian kewangan perniagaan (pilih mana-mana enam) 4 Maksud rancangan perniagaan dan bahagian Rancangan Organisasi dalam rancangan perniagaan kilang perabot Encik Idris Maksud rancangan perniagaan Dokumen bertulis yang memperincikan latar belakang perniagaan kilang perabot yang akan dijalankan oleh Encik Idris serta aspek pengeluaran, pemasaran, kewangan dan sumber manusia untuk perniagaan tersebut Rancangan Organisasi dalam rancangan perniagaan kilang perabot Encik Idris Pengenalan kepada organisasi Misi dan objektif kilang perabot Carta organisasi (struktur organisasi) • Hierarki peringkat pengurusan • Fungsi utama setiap jabatan • Penting untuk kerja penyelarasan antara bahagian serta penentuan autoriti, tanggungjawab dan rantaian arahan Butiran jawatan dan bilangan pekerja • Senarai jawatan dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan • Status setiap pekerja (sepenuh masa, kontrak/ sambilan) Huraian tugas Butiran lengkap untuk setiap jawatan termasuk senarai tugas dan tanggungjawab, kelayakan akademik, kemahiran dan pengalaman Imbuhan dan insentif • Bentuk ganjaran (kewangan dan bukan kewangan) termasuk jenis insentif yang ditawarkan • Contoh: Gaji/upah, caruman KWSP dan PERKESO, elaun perubatan, elaun kerja lebih masa, elaun pengangkutan dan elaun penginapan Keperluan pejabat dan susun atur pejabat • Senarai peralatan dan kelengkapan dalam pejabat • Contoh: Meja, kerusi, komputer, mesin fotostat/ pendua, mesin pencetak dan kabinet • Kedudukan peralatan dan kelengkapan di pejabat Perbelanjaan pentadbiran • Jenis perbelanjaan pentadbiran dan anggaran nilai perbelanjaan (harian dan bulanan) • Contoh: Sewa pejabat, gaji pekerja, premium insurans dan cukai taksiran (pilih mana-mana lima) 5 Butiran yang perlu ada dalam rancangan perniagaan penternakan ayam secara organik dari aspek Rancangan Pemasaran Pasaran sasaran • Kumpulan pelanggan utama (suri rumah di kawasan bandar dan luar bandar, peniaga, peruncit) • Tahap pendapatan pelanggan • Tahap pendidikan pelanggan Persaingan • Senarai pesaing • Status pesaing (perniagaan baharu atau perniagaan sedia ada) • Peratusan pegangan syer pasaran oleh setiap pesaing di sesuatu kawasan Produk (price) • Jenis produk yang ditawarkan (daging ayam organik dan telur organik) dan nilai tambah setiap produk • Kelebihan/keunikan utama produk berbanding dengan produk pesaing • Ciri tambahan lain produk yang dapat meningkatkan daya saing Harga (price) • Penetapan harga yang realistik, berpatutan, kompetitif dan dapat menjana keuntungan • Faktor-faktor penetapan harga (permintaan pengguna, ciri demografi pasaran sasaran, kos pengeluaran, harga yang ditetapkan oleh pesaing, dan perkhidmatan selepas jualan seperti perkhidmatan penghantaran ke rumah/ kedai) Promosi (promotion) • Kaedah promosi yang akan digunakan, contohnya jualan terus kepada pelanggan melalui pasar tani; risalah atau poster • Belanjawan promosi Tempat (place) • Darjah ketersampaian antara pusat penternakan dengan pasaran sasaran (kawasan kampung/ pinggir bandar/berdekatan pembekal) • Jenis kemudahan/prasarana yang ada (bekalan air dan elektrik, kawasan berpagar) N&L STPM PP P3(jwp).indd 112 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
112 113 6 Rangka kasar Rancangan Kewangan dalam rancangan perniagaan butik fesyen muslimah Kos projek Menyenaraikan kos membeli premis dan segala peralatan serta kelengkapan seperti bangunan/ kedai, mesin jahit, almari dan rak peragaan Contoh: Sewa kedai = RM2 500.00 sebulan Mesin jahit = 3 unit RM1 500.00 seunit Almari = 2 unit RM500.00 seunit Bayaran deposit kedai = RM1 000.00 Peralatan/kelengkapan lain (seperti patung peragaan/komputer/mesin daftar tunai/penyaman udara) = RM6 000.00 Modal pusingan = RM25 000.00 Sumber pembiayaan/kewangan Menyatakan sumber pembiayaan bagi membiayai kos projek Contoh: Modal sendiri = RM50 000.000 Pinjaman jangka pendek = RM20 000.00 Pinjaman jangka panjang = RM50 000.00 Sewa beli = RM5 000.00 Pinjaman • Menyatakan tujuan memohon pinjaman, contohnya membiayai pembelian aset tetap atau sebagai modal pusingan • Menyenaraikan jenis harta cagaran berserta nilainya Sewa beli dan sewa pajak • Menyenaraikan aset yang diperoleh melalui sewa beli berserta syarat kreditnya • Contoh: Mesin jahit, dengan bayaran ansuran sebanyak RM520.00 sebulan untuk 24 bulan • Menyenaraikan aset yang diperoleh melalui sewa pajak berserta syarat kreditnya • Contoh: Tanah untuk bangunan sebanyak RM1 000.00 sebulan selama lima tahun Susut nilai aset tetap • Menyenaraikan aset tetap yang mengalami susut nilai berserta jangka hayat penggunaan (anggaran) • Menyatakan kaedah pengiraan susut nilai untuk setiap aset tetap • Contoh: Mesin jahit dengan jangka hayat penggunaan selama lima tahun disusut nilai mengikut kaedah garis lurus, iaitu 20% setahun Penyata kewangan proforma Menyediakan penyata kewangan (dengan nilai anggaran) yang terdiri daripada Penyata Perdagangan, Penyata Pendapatan, Belanjawan Tunai, Kunci Kira-kira dan Penyata Aliran Dana Pengiraan nisbah kewangan dan analisisnya • Bertujuan mengukur prestasi kewangan perniagaan dari segi keupayaan membayar balik pinjaman dan hutang, margin keuntungan, margin jualan dan kecepatan stok bertukar ganti dalam tempoh tertentu • Contoh: Pengiraan nisbah cepat dan nisbah semasa (keupayaan membayar hutang jangka pendek); pusing ganti stok; margin untung kasar dan untung bersih; dan nisbah hutang atas aset BAB 3 Latihan Stimulasi 1 (a) Menembusi pasaran baharu (b) Mendapatkan sumber pengeluaran (c) Memperoleh teknologi baharu (d) Meningkatkan keuntungan organisasi (e) Meningkatkan kecekapan pengurusan (f) Meningkatkan imej organisasi (pilih mana-mana empat; jawapan lain yang betul boleh diterima) 2 (a) Domestik (b) Antarabangsa (c) Multinasional (d) Global 3 (a) Risiko ekonomi (b) Risiko politik (c) Risiko kredit (d) Risiko pemilikan negara (e) Risiko penghantaran balik modal dan dividen (f) Risiko kadar pertukaran asing (pilih mana-mana empat) 4 (a) Taraf perintis (b) Zon Perdagangan Bebas (c) Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia (d) Pengecualian cukai (jawapan lain yang betul boleh diterima) 5 (a) Kuota (b) Subsidi eksport (c) Embargo (d) Kawalan pertukaran asing (e) Kempen membeli barangan tempatan (f) Piawai kesihatan dan keselamatan (g) Polisi bekalan kerajaan (pilih mana-mana enam) N&L STPM PP P3(jwp).indd 113 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
114 115 Latihan Pengukuhan Bahagian A 1 Konsep perniagaan antarabangsa • Merujuk kepada urus niaga yang dijalankan antara dua atau lebih negara • Pihak yang terlibat dalam urus niaga ini termasuk individu, syarikat, gabungan antara syarikat dan agensi kerajaan • Contoh: – Pembelian bahan mentah oleh sebuah negara daripada negara lain – Penjualan produk siap oleh sebuah negara kepada negara lain – Pembinaan kilang oleh sebuah syarikat di negara asing yang menyediakan bekalan buruh yang lebih murah 2 Lima ciri syarikat multinasional ialah: • Syarikat besar yang beroperasi melalui cawangannya yang terdapat di beberapa buah negara • Semua cawangan berada di bawah kawalan syarikat induk • Terlibat secara langsung dalam pelaburan asing • Produknya dipasarkan ke negara-negara di serata dunia • Menggunakan tenaga kerja tempatan dan asing • Mempunyai kedudukan kewangan yang agak kukuh (pilih mana-mana lima) 3 Strategi memasuki perniagaan antarabangsa dengan mewujudkan subsidiari • Merujuk kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh syarikat lain melalui pemegangan saham dalam syarikat itu • Bagi mewujudkan perniagaan subsidiari pada peringkat antarabangsa, syarikat dalam negara perlu membuat pelaburan modal secara terus dalam syarikat luar negara • Syarikat dalam negara juga boleh membuat pelaburan berbentuk tenaga kerja dalam syarikat luar negara bagi membolehkannya menjadi syarikat induk yang mempunyai kuasa kawalan sepenuhnya ke atas operasi dan perjalanan syarikat luar negara tersebut • Syarikat induk akan menanggung semua kos dan risiko yang berkaitan dengan perniagaan subsidiari tersebut 4 Empat sebab yang mewujudkan proses globalisasi ialah: • Keperluan untuk mengimport keluaran pada harga yang lebih rendah • Keperluan untuk mengimport keluaran yang lebih berkualiti • Keperluan untuk meningkatkan eksport sebagai salah satu cara untuk meluaskan pasaran produk • Keperluan untuk meningkatkan eksport bagi memperbaiki kadar pertukaran asing dan mengurangkan defisit dalam imbangan perdagangan negara 5 Cabaran yang dihadapi oleh pengurus syarikat multinasional yang mengamalkan struktur organisasi berbentuk fungsian ialah: • Pengkhususan tugas mengikut fungsian mudah menimbulkan kebosanan • Kekurangan penyelarasan antara jabatan • Tahap kemahiran dan skop pengetahuan terhad kerana pengurus dan pekerja hanya memfokus pada bidang tugas dalam fungsian masingmasing • Melambatkan proses penyelesaian masalah yang melibatkan keseluruhan syarikat • Hanya sesuai untuk syarikat yang mengeluarkan barangan yang sama atau seragam 6 Masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan syarikat multinasional yang mengamalkan struktur organisasi mengikut wilayah ialah: • Menyukarkan proses kawalan sekiranya wilayah terletak terlalu jauh dari satu sama lain • Menyukarkan penyeragaman kualiti produk antara wilayah • Percanggahan dari segi penetapan objektif korporat untuk setiap wilayah dan strategi yang sesuai untuk mencapai objektif tersebut • Pertindihan tugas fungsian antara wilayah • Perbezaan dari segi gaya pengurusan setiap pengurus wilayah • Melambatkan proses pembuatan keputusan yang melibatkan keseluruhan syarikat 7 Cabaran yang dihadapi oleh sebuah syarikat multinasional dari segi kepelbagaian sistem ekonomi ialah: • Monopoli sektor tertentu oleh perniagaan yang telah lama beroperasi dalam sistem ekonomi kapitalis • Kawalan kerajaan yang ketat ke atas pemilikan sumber dan kekayaan dalam sistem ekonomi sosialis/perancangan pusat • Pembentukan dasar kerajaan yang lebih mementingkan kebajikan masyarakat berbanding dengan kepentingan perniagaan dalam sistem ekonomi sosialis • Turun-naik keadaan ekonomi yang hebat sehingga menjejaskan keuntungan perniagaan dalam sistem ekonomi kapitalis N&L STPM PP P3(jwp).indd 114 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
114 115 • Peraturan percukaian yang membebankan perniagaan dalam sistem ekonomi sosialis 8 Lima contoh risiko politik yang dihadapi oleh sebuah syarikat multinasional ialah: • Pemiliknegaraan ke atas aset syarikat tanpa diberi pampasan • Kerugian perniagaan akibat peperangan, pemberontakan rakyat dan serangan pengganas • Perubahan dasar kerajaan yang membebankan syarikat asing berikutan pertukaran kerajaan pemerintah • Kawalan penghantaran balik keuntungan pelaburan ke negara asal • Pembekuan pengambilan tenaga buruh asing akibat konflik antara kerajaan pemerintah di dua negara 9 Risiko pemilikan negara yang dihadapi oleh syarikat multinasional dan cara untuk mengatasi risiko tersebut Risiko pemilikan negara • Risiko kerajaan negara tempatan mengambil alih perniagaan syarikat multinasional • Biasanya, berlaku di negara yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis • Syarikat multinasional yang terlibat dalam pengeluaran produk yang penting kepada kerajaan negara tempatan lebih terdedah kepada risiko ini • Kekurangan atau ketiadaan bayaran pampasan menyebabkan syarikat multinasional menanggung kerugian yang amat teruk Cara mengatasi risiko tersebut • Syarikat multinasional boleh menandatangani perjanjian persefahaman dengan kerajaan negara tersebut sebagai jaminan pemilikan negara tidak akan berlaku • Memperbanyak pengambilan buruh tempatan 10 Lima galakan pelaburan yang disediakan oleh kerajaan bagi meningkatkan penyertaan syarikat dalam perniagaan antarabangsa ialah: Taraf perintis Pengecualian cukai pendapatan sehingga suatu tempoh tertentu Pengecualian cukai Pengecualian cukai import, cukai eksport, cukai transit dan cukai pelabuhan Galakan cukai Penyediaan elaun cukai pelaburan sehingga 60% daripada jumlah perbelanjaan modal untuk tempoh tertentu Pembiayaan eksport Bantuan kewangan untuk pengeluar tempatan yang terlibat dalam kegiatan eksport Zon Perdagangan Bebas Barang yang dihasilkan di zon ini dikecualikan daripada duti kastam 11 Fungsi dan kesan penubuhan Persatuan NegaraNegara Asia Tenggara (ASEAN) Fungsi • Mempercepat pertumbuhan ekonomi, sosial dan kebudayaan dalam kalangan negara anggota • Mengekalkan keamanan dan kestabilan politik serantau • Meningkatkan kerjasama dan bantuan dalam bentuk latihan dan penyelidikan • Meningkatkan taraf hidup penduduk serantau melalui kerjasama dalam bidang perindustrian, pertanian dan perdagangan antara negara anggota Kesan penubuhan • Pengisytiharan rantau ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), iaitu mengamalkan pendekatan berkecuali dalam apa-apa isu serantau dan antarabangsa dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak tertentu • Negara anggota mencapai kata sepakat tentang isu sejagat seperti penjagaan alam sekitar selain bersedia menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul dengan cara baik (diplomasi) 12 Maksud tarif sebagai alat perlindungan pasaran domestik dan kesan tarif terhadap negara yang mengenakan tarif Maksud tarif Cukai yang dikenakan terhadap barangan yang dibawa masuk ke dalam negara daripada negara lain (import) Kesan tarif terhadap negara yang mengenakan tarif • Mengurangkan import negara akibat kenaikan harga barang import • Meningkatkan eksport negara kerana harga barang eksport menjadi relatif lebih murah • Penduduk tempatan akan membeli lebih banyak barangan tempatan disebabkan harga barang import yang lebih mahal • Peningkatan permintaan terhadap barangan tempatan membantu meningkatkan daya saing industri tempatan • Pengurangan import dan peningkatan eksport membantu membaiki imbangan perdagangan negara N&L STPM PP P3(jwp).indd 115 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
116 117 Bahagian B 1 Lima kepentingan perniagaan antarabangsa dalam ekonomi: Pertukaran mata wang asing • Kegiatan perniagaan antarabangsa yang melibatkan pertukaran mata wang asing antara negara dapat meningkatkan pendapatan negara berkenaan • Selain itu, lebihan keluaran yang terdapat dalam sesebuah negara dapat menghasilkan pendapatan dan keuntungan untuk negara tersebut apabila dijual dalam pasaran antarabangsa • Peningkatan pendapatan negara seterusnya menyebabkan pendapatan per kapita turut meningkat Meluaskan pasaran/membuka pasaran baharu • Melalui perniagaan antarabangsa, pengeksport dapat menembusi pasaran negara lain yang lebih luas dengan jumlah penduduk yang lebih banyak • Hal ini dapat meningkatkan keuntungan pengeksport, lebih-lebih lagi dalam keadaan pasaran tempatan yang sudah tepu Meningkatkan guna tenaga • Peningkatan kegiatan pengeluaran di dalam negara bagi memenuhi keperluan pasaran eksport dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak dalam sektor-sektor yang menghadapi masalah kekurangan guna tenaga • Kesannya, masalah pengangguran di dalam negara akan berkurang dan taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan Menggalakkan pemindahan teknologi • Perdagangan yang dijalankan antara perniagaan tempatan dengan perniagaan luar negara membolehkan teknologi dari luar negara dipindahkan ke dalam negara • Kemahiran pekerja tempatan dapat dipertingkatkan melalui latihan dalam mengendalikan peralatan dan jentera berteknologi tinggi Menggalakkan penggunaan sumber pengeluaran dengan lebih cekap • Permintaan terhadap bahan mentah yang tinggi untuk digunakan dalam proses pengeluaran menggalakkan industri pengeluar bahan mentah untuk membekalkan bahan mentah berkualiti tinggi dalam kuantiti yang besar pada harga yang lebih murah • Sumber pengeluaran yang terhad dalam ekonomi juga menggalakkan peruntukan sumber dengan lebih cekap bagi mengelakkan masalah kekurangan yang dapat menjejaskan proses pengeluaran Meningkatkan kepakaran dan pengetahuan pengurusan • Seminar, pameran dan ekspo yang diadakan berkaitan dengan perdagangan antarabangsa menyediakan ruang untuk pengeksport dan pengimport berkongsi idea, pendapat dan ilmu perniagaan • Secara tidak langsung, kepakaran teknikal dari aspek pengendalian peralatan dan pengetahuan dalam bidang pengurusan sumber manusia, kewangan, pelaburan serta pemasaran dapat dipertingkatkan (pilih mana-mana lima) 2 Faktor-faktor yang menyebabkan syarikat asing berminat untuk beroperasi di Malaysia ialah: Tenaga buruh yang banyak dan murah • Penduduk Malaysia yang berjumlah 30 juta orang menyediakan bekalan buruh yang banyak pada kos yang lebih murah berbanding dengan negara lain • Selain itu, syarikat asing juga bebas mengambil kategori buruh yang berlainan, sama ada buruh mahir, buruh separuh mahir atau buruh tidak mahir Bekalan bahan mentah yang banyak dan murah • Malaysia kaya dengan pelbagai jenis bahan mentah seperti getah, kelapa sawit, petroleum dan hasil perhutanan • Syarikat asing boleh mendapatkan bahan mentah pada kos yang rendah dan ini membantu menjimatkan kos pengeluaran Pasaran yang luas • Penduduk Malaysia yang berbilang kaum semestinya mempunyai cita rasa yang pelbagai, ekoran daripada perbezaan latar belakang, gaya hidup dan tingkat pendapatan • Hal ini membuka peluang kepada negara asing untuk menghasilkan pelbagai jenis produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang berbeza • Hal ini dapat meningkatkan keuntungan syarikat Galakan kerajaan • Dasar kerajaan Malaysia yang menggalakkan kemasukan pelaburan asing melalui penyediaan N&L STPM PP P3(jwp).indd 116 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
116 117 pelbagai insentif menyebabkan syarikat asing berminat untuk beroperasi di negara ini • Pemberian taraf perintis, pengecualian cukai dan penyediaan Zon Perdagangan Bebas yang dilengkapi kemudahan infrastruktur telah membantu menjimatkan kos pengeluaran dan kos pengurusan syarikat asing Pemindahan teknologi • Kerajaan Malaysia turut menggalakkan pemindahan dan perkongsian teknologi antara syarikat tempatan dengan syarikat asing • Pemindahan teknologi daripada negara luar yang lebih moden dan canggih telah membantu syarikat asing meningkatkan produktiviti Keadaan politik yang stabil • Keadaan politik yang agak stabil di Malaysia berbanding dengan banyak negara lain di dunia menyebabkan syarikat asing tidak ragu-ragu untuk beroperasi di negara ini • Pendekatan dan amalan kerajaan yang fleksibel dan mesra terhadap pelabur asing menyebabkan syarikat asing kurang menghadapi risiko pemilikan negara/pemiliknegaraan, sekali gus menjamin keselamatan pelaburan mereka (pilih mana-mana lima) 3 Empat sebab sebuah syarikat memilih untuk menjalankan operasi di luar negara ialah: Mendapatkan sumber yang lebih murah • Bertujuan mendapatkan bahan mentah dan tenaga buruh yang lebih murah di negara lain • Hal ini berlaku kerana bekalan bahan mentah dan buruh di negara tersebut adalah lebih banyak dan pelbagai berbanding dengan negara asal syarikat berkenaan Meningkatkan pulangan atas pelaburan/keuntungan • Kos bahan mentah dan buruh yang lebih rendah dan penggunaan teknologi yang lebih moden dalam proses pengeluaran di negara lain membantu syarikat menjimatkan kos pengeluaran, sekali gus meningkatkan keuntungannya • Selain itu, penyediaan pelbagai insentif dan galakan pelaburan oleh kerajaan negara tersebut membantu syarikat menjimatkan kos pengurusan dan pemasaran Mengelakkan tarif dan kuota • Tindakan syarikat menjalankan operasi secara langsung di negara lain, dan bukannya mengimport daripada negara lain membantu syarikat mengelakkan sekatan perdagangan seperti tarif dan kuota • Dengan cara ini, syarikat tersebut dapat memasarkan produknya dalam pasaran tempatan dengan lebih bebas dan selamat Meningkatkan syer dan saiz pasaran • Pasaran negara sendiri yang sudah tepu turut menyebabkan sesebuah syarikat untuk beroperasi di negara lain • Saiz pasaran yang lebih luas di negara lain membolehkan produk syarikat bersaing dengan lebih sihat dengan produk syarikat lain • Volum jualan yang lebih tinggi memberi keuntungan yang lebih besar kepada syarikat tersebut 4 Lima sebab Seri Anjung Sdn. Bhd. ingin mengembangkan perniagaannya ke Arab Saudi dan China ialah: Mencari pasaran baharu • Potensi pasaran di kedua-dua negara adalah tinggi disebabkan bilangan penduduk yang banyak di China dan kuasa beli penduduk yang tinggi di Arab Saudi • Pasaran dalam negara yang sudah tepu menyebabkan syarikat ingin menjual lebihan keluarannya di kedua-dua negara itu bagi meningkatkan jualannya Memperoleh sumber pengeluaran • Membantu syarikat mendapatkan sumber seperti buruh dan bahan mentah pada harga yang lebih murah di kedua-dua negara • Contohnya, syarikat boleh menggunakan tenaga buruh mahir yang lebih murah di China untuk menghasilkan perabot • Hal ini dapat mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan keuntungan syarikat Pempelbagaian pasaran (diversification) • Usaha syarikat mempelbagaikan pasaran sasarannya dalam pemasaran produknya membantu menyebarkan risiko perniagaan syarikat • Kerugian yang dialami akibat kemerosotan jualan di satu pasaran dapat diimbangkan dengan keuntungan yang diperoleh kesan peningkatan jualan di pasaran lain Meningkatkan imej syarikat • Pengembangan perniagaan syarikat ke Arab Saudi dan China dapat meningkatkan keyakinan pelabur terhadap kedudukan kewangan syarikat • Pengguna di luar negara juga dapat mengenali produk perabot yang dikeluarkan oleh syarikat • Oleh itu, imej syarikat akan bertambah baik N&L STPM PP P3(jwp).indd 117 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
118 119 Mempertingkat pengetahuan pengurusan • Melalui hubungan perniagaan yang dijalin antara syarikat dengan firma lain di Arab Saudi dan China, pihak pengurusan syarikat dapat mempelajari teknik dan kaedah pengurusan baharu yang lebih cekap dan berkesan • Pengalaman bekerja dalam persekitaran perniagaan yang lebih dinamik membantu pengurus meningkatkan kemahiran pengurusan mereka, sekali gus dapat memanfaatkan perniagaan syarikat dalam jangka panjang Memperoleh teknologi baharu • Syarikat juga dapat menikmati manfaat daripada perkongsian teknologi dengan syarikat perabot lain di Arab Saudi dan China • Hal ini dapat membantu syarikat untuk meningkatkan kualiti produknya dan seterusnya, lebih berdaya saing dalam pasaran antarabangsa (pilih mana-mana lima) 5 Kebaikan dan keburukan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sebuah syarikat multinasional kepada negara asal dan negara di mana syarikat itu beroperasi Negara asal syarikat multinasional Kebaikan Keburukan Mengurangkan kos pengeluaran kesan harga sumber yang lebih murah Berlaku pengaliran modal ke luar negara dan ini menjejaskan imbangan pembayaran negara Meningkatkan status ekonomi negara di mata dunia kesan pencapaian syarikat multinasional yang positif di luar negara Pembaziran sumber berlaku kerana sumber dalam negara tidak digunakan sepenuhnya Meningkatkan pendapatan negara melalui penghantaran balik keuntungan pelaburan dan pembayaran cukai pendapatan perniagaan Sekatan yang dikenakan oleh kerajaan negara lain terhadap penghantaran balik keuntungan pelaburan akan menjejaskan ekonomi negara Negara operasi syarikat multinasional Kebaikan Keburukan Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan Bekalan sumber negara cepat haus/kehabisan disebabkan permintaan tinggi terhadap sumber tempatan Kemasukan pelaburan asing menjana pertumbuhan ekonomi negara yang pesat Menjejaskan syer pasaran firma tempatan sekiranya produk syarikat multinasional mendominasi pasaran Firma tempatan dapat menikmati manfaat daripada perkongsian teknologi dan kepakaran pengurusan Tumpuan operasi perniagaan syarikat multinasional di bandar-bandar besar menyebabkan kegiatan ekonomi di pinggir bandar dan luar bandar sukar berkembang Membangunkan industri sokongan yang diusahakan oleh firma tempatan Jurang pertumbuhan antara sektor menjadi lebih luas apabila kegiatan syarikat multinasional hanya bertumpu pada sektor tertentu sahaja Penduduk domestik dapat menikmati pilihan barangan yang lebih banyak Menjejaskan imbangan pembayaran negara kesan penghantaran balik keuntungan pelaburan ke negara asal (pilih mana-mana tiga) 6 Risiko politik dan cara syarikat multinasional dapat menguruskan risiko politik Konsep risiko politik • Risiko yang dikaitkan dengan persekitaran politik negara tempatan termasuk penguatkuasaan undang-undang serta peraturan yang memberi kesan kepada perniagaan syarikat multinasional • Risiko politik yang terpaksa dihadapi oleh syarikat multinasional termasuk: – Perampasan aset syarikat tanpa diberi pampasan atau diberi sedikit pampasan N&L STPM PP P3(jwp).indd 118 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
118 119 – Penguatkuasaan undang-undang percukaian dan undang-undang buruh yang membebankan – Kawalan ke atas penghantaran balik pendapatan ke negara asal – Kawalan ke atas pertukaran mata wang asing – Kerosakan harta benda milik syarikat atau kerugian yang disebabkan kekacauan politik seperti peperangan, pemberontakan rakyat dan serangan pengganas Cara menguruskan risiko politik • Mengekalkan kawalan ke atas operasi penting syarikat • Melaksanakan strategi rancangan pemberhentian pelaburan secara berperingkatperingkat • Membuat pinjaman daripada institusi kewangan tempatan • Menggaji lebih banyak buruh tempatan • Membeli insurans pelaburan 7 Empat cara sebuah firma boleh terlibat dalam perniagaan antarabangsa selain eksport dan import ialah: Pelesenan • Pemberian hak kepada syarikat tempatan untuk mengeluarkan barang milik syarikat asing yang kemudiannya dijual dalam pasaran tempatan • Keluaran dihasilkan menggunakan jenama dan paten yang dimiliki oleh syarikat asing (pemberi lesen) tersebut • Contoh: The Pepsi Company (PepsiCo) di Amerika Syarikat memberi hak kepada Permanis Sandilands Sdn. Bhd. di Malaysia untuk membotol dan memasarkan produk Pepsi dalam pasaran tempatan Subsidiari • Usaha syarikattempatan mewujudkan subsidiari di negara asing dengan membuat pelaburan dalam bentuk modal kewangan, bahan mentah dan buruh secara terus dalam syarikat asing • Syarikat tempatan mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas operasi dan perjalanan syarikat asing tersebut Usaha sama • Melibatkan penggabungan dua atau lebih syarikat tempatan dan syarikat asing untuk mengeluarkan sesuatu barang atau perkhidmatan secara bersama di sesebuah negara (sama ada negara asal syarikat tempatan atau negara asal syarikat asing) bagi menikmati keuntungan atau mencapai matlamat tertentu • Melalui usaha sama, syarikat asing dapat menggunakan sumber milik syarikat tempatan dalam proses pengeluaran, manakala syarikat tempatan dapat menikmati manfaat daripada pengalaman, pengetahuan dan kepakaran milik syarikat asing Operasi serah kunci • Usaha syarikat asing mereka bentuk, membina dan menyiapkan sesuatu kemudahan di negara syarikat tempatan, dan seterusnya melatih pekerja tempatan untuk mengambil alih kemudahan yang siap dibina • Syarikat tempatan perlu membayar yuran dan sejumlah wang pendahuluan kepada syarikat asing BAB 4 Latihan Stimulasi 1 (a) Rasuah (b) Penyelewengan (c) Pecah amanah (d) Konflik kepentingan (e) Penyalahgunaan kuasa 2 Pihak berkepentingan primer (a) Pekerja (b) Pemegang saham (c) Pembiaya (d) Pembekal (e) Pelanggan (f) Peruncit (g) Pemborong (pilih mana-mana lima) Pihak berkepentingan sekunder (a) Kerajaan (b) Media (c) Masyarakat (d) Kumpulan pendesak 3 (a) Hak mendapat keperluan asas (b) Hak mendapat keselamatan (c) Hak mendapat maklumat (d) Hak membuat pilihan (e) Hak menyuarakan pendapat (f) Hak mendapat ganti rugi (g) Hak mendapat pendidikan kepenggunaan (h) Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat (pilih mana-mana enam) N&L STPM PP P3(jwp).indd 119 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
120 121 Latihan Pengukuhan Bahagian A 1 Maksud etika perniagaan • Satu set nilai dan peraturan yang menerangkan betul atau salah perlakuan seorang peniaga semasa menjalankan aktiviti perniagaan • Contoh: Perbuatan peniaga menaikkan harga barang keperluan sewenang-wenangnya merupakan perlanggaran etika perniagaan 2 Maksud tanggungjawab sosial • Kewajipan sebuah organisasi perniagaan terhadap masyarakat, iaitu kesanggupan menanggung kos daripada sesuatu usaha yang tidak berkaitan dengan perniagaannya dan bertujuan meningkatkan kebajikan masyarakat • Contoh: Melaksanakan sistem pelupusan bahan buangan industri secara sistematik dan mesra alam/menyediakan kemudahan jejantas dan perhentian bas/menderma kepada pusat jagaan kanak-kanak 3 Lima etika kerja kakitangan hospital swasta ialah: • Bersedia memberi perkhidmatan kepada semua pesakit tanpa mengira bangsa, agama dan status sosial • Memberi rawatan perubatan yang paling baik kepada pesakit mengikut keupayaan/kemahiran masing-masing • Merahsiakan maklumat kesihatan pesakit daripada pihak tidak berkaitan/tiada kepentingan • Mengekalkan suasana/persekitaran yang bersih, selamat dan selesa untuk pesakit • Mengendalikan setiap kes kecemasan dengan segera dan tanpa sikap berat sebelah 4 Maksud warga korporat dan perbezaan antara warga korporat dengan penjawat awam Maksud warga korporat Terdiri daripada pemegang saham, ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan sebuah organisasi perniagaan Perbezaan antara warga korporat dengan penjawat awam Aspek Warga korporat Penjawat awam Sektor Terdiri daripada individu yang bekerja dalam sektor swasta Terdiri daripada individu yang bekerja dalam sektor awam/ kerajaan Aspek Warga korporat Penjawat awam Matlamat Mencapai matlamat syarikat (majikan), iaitu memperoleh keuntungan Memberi perkhidmatan kepada orang ramai 5 Tiga tanggungjawab sosial lembaga pengarah sebuah syarikat sebagai warga korporat ialah: • Sentiasa menjaga kepentingan pemegang saham syarikat • Membuat keputusan pelaburan/perniagaan yang dapat membawa keuntungan kepada syarikat • Tidak menggunakan kedudukan di dalam syarikat bagi mendapatkan maklumat untuk kepentingan peribadi • Memberi maklumat yang lengkap dan benar berkenaan pencapaian/prestasi perniagaan • Menggunakan sumber syarikat dengan cekap dan berkesan (pilih mana-mana tiga) 6 Maksud jenayah kolar putih ialah: • Perbuatan salah (salah laku) yang dilakukan oleh golongan pertengahan atau atasan dalam sebuah organisasi • Salah laku tersebut mempunyai perkaitan dengan bidang tugas, jawatan atau kuasa yang dimiliki dalam organisasi • Contoh: Rasuah/penyelewengan/pecah amanah 7 Maksud rasuah ialah: • Tindakan menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu yang ada hubungan dengan prinsipalnya • Contoh: Membuat tuntutan palsu/meminta atau menerima rasuah 8 Maksud jenayah kolar putih dan dua faktor persekitaran yang membawa kepada jenayah kolar putih Maksud jenayah kolar putih Salah laku yang dilakukan oleh golongan pertengahan atau atasan dalam sebuah organisasi yang berkaitan dengan bidang tugas, kuasa atau jawatan yang dipegang dalam organisasi tersebut Dua faktor persekitaran yang membawa kepada jenayah kolar putih N&L STPM PP P3(jwp).indd 120 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
120 121 • Persaingan sengit yang berlaku dalam sesuatu industri, terutama yang berkaitan dengan tender menyebabkan pihak tertentu sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan tender demi kepentingan syarikat/peribadi • Budaya memberi hadiah dalam masyarakat menyebabkan penularan aktiviti memberi insentif/suapan bagi mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu demi kepentingan sendiri 9 Bagaimana faktor kelemahan individu boleh membawa kepada kegiatan rasuah • Kekurangan didikan agama dan moral – kurang berpegang pada ajaran agama/tidak mengamalkan nilai-nilai murni • Tamak – sentiasa tidak berpuas hati dengan kehidupan sedia ada • Ingin cepat kaya – ingin mengaut keuntungan dengan cara mudah dan cepat • Suka akan kemewahan – gemar membeli barang berjenama/berprestij • Boros – cenderung berbelanja melebihi pendapatan • Suka berhutang – gemar membeli barang secara kredit • Tabiat buruk – suka berjudi, minum arak atau pergi ke kelab malam (pilih mana-mana tiga) 10 Maksud kepenggunaan • Segala aktiviti sosial atau kemasyarakatan yang bertujuan melindungi kepentingan dan hak pengguna • Pergerakan yang terdiri daripada sekumpulan pengguna yang bekerjasama secara sukarela untuk menangani isu kepenggunaan seperti persatuan pengguna, kelab belia dan jawatankuasa keselamatan kampung • Pertubuhan yang dibentuk secara kolektif dan ahlinya terdiri daripada pembeli atau pengguna barang dan perkhidmatan serta orang awam yang memperjuangkan kepentingan pengguna 11 Dua hak pengguna yang perlu diberi perhatian oleh sebuah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan menguruskan badan ialah: Hak mendapat maklumat • Hak mengetahui kaedah/teknik rawatan yang akan digunakan bagi mengatasi masalah berat badan pelanggan • Hak mengetahui kesan sampingan yang akan timbul daripada setiap kaedah/teknik rawatan itu Hak mendapat ganti rugi • Hak menuntut ganti rugi sekiranya perkhidmatan yang diberikan telah memudaratkan kesihatan pelanggan • Hak membuat tuntutan sekiranya hasil akhir rawatan tidak sepadan dengan jaminan yang diberikan semasa sesi perundingan Bahagian B 1 Faedah yang dapat dinikmati oleh sebuah perniagaan apabila melaksanakan tanggungjawab sosial ialah: Meningkatkan jualan dan keuntungan • Perniagaan yang melaksanakan tanggungjawab sosial lebih dikenali ramai kerana sering mendapat publisiti dalam media cetak dan media elektronik • Produk mereka cenderung mendapat lebih sambutan, sekali gus membantu meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan Meningkatkan rantaian perniagaan • Perniagaan yang melaksanakan tanggungjawab sosial sering menjadi sasaran pembekal barang dan perkhidmatan disebabkan jenama produknya yang lebih terkenal dan pasaran untuk produknya yang lebih luas • Pembekal sanggup menawarkan syarat kredit yang menarik supaya dapat dikaitkan dengan perniagaan tersebut Meningkatkan imej perniagaan • Perniagaan yang melaksanakan tanggungjawab sosial akan dipandang tinggi oleh masyarakat disebabkan kesanggupan mereka untuk menggunakan sebahagian keuntungan bagi meningkatkan kebajikan orang awam • Secara tidak langsung, imej perniagaan dalam industri akan meningkat Mudah menarik sokongan daripada masyarakat • Segala aktiviti yang dijalankan oleh perniagaan yang melaksanakan tanggungjawab sosial mudah menarik sokongan daripada orang awam • Ini termasuk penjenamaan semula produk sedia ada, inovasi/pembaharuan pada ciri produk, dan pengenalan produk baharu Mendapat sokongan kerajaan • Imej perniagaan yang terbina melalui pelaksanaan tanggungjawab sosial turut menarik perhatian dan sokongan daripada pihak kerajaan N&L STPM PP P3(jwp).indd 121 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
122 123 • Kerajaan cenderung memberi keistimewaan tertentu kepada perniagaan tersebut seperti mempercepat kelulusan permit untuk sebarang program yang dianjurkan oleh perniagaan dan keutamaan dari segi jemputan untuk menyertai program yang dianjurkan oleh kerajaan 2 Isu-isu berkaitan dengan etika perniagaan yang dapat memberi kesan kepada pihak berkepentingan dalam perniagaan ialah: Pemilik perniagaan • Menjalankan perniagaan dengan menggunakan lesen yang sah • Memastikan setiap projek/aktiviti yang dijalankan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar Pembekal • Menjelaskan hutang kepada pembekal dalam tempoh yang ditetapkan • Memberi notis secukupnya apabila ingin menamatkan kontrak dengan pembekal Pelanggan • Menghasilkan barangan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan • Menghasilkan barangan yang berkualiti dan selamat digunakan Kerajaan • Melaksanakan tanggungjawab sosial • Mematuhi undang-undang dan peraturan perniagaan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan • Membayar cukai pendapatan perniagaan Pekerja • Memberi layanan yang sama rata kepada semua pekerja • Menyediakan persekitaran tempat kerja yang selesa dan selamat • Membayar gaji atau upah yang setimpal dengan sumbangan pekerja Pesaing • Bersaing secara sihat • Tidak menjatuhkan pesaing melalui taktik penipuan Pemegang saham • Melaporkan kedudukan kewangan perniagaan secara jujur dan tepat • Membayar dividen kepada pemegang saham apabila mendapat keuntungan • Berusaha untuk mengembangkan saiz perniagaan Pembiaya • Membekalkan maklumat yang tepat dan saksama tentang kedudukan kewangan perniagaan • Menjelaskan bayaran ansuran pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan (pilih mana-mana enam) 3 Kepentingan undang-undang perlindungan pengguna ialah: Melindungi pengguna daripada amalan curang peniaga • Bertujuan melindungi pengguna daripada amalan perniagaan yang tidak beretika • Contoh: Amalan menyorok barang/menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya/ pengiklanan tidak tepat Melindungi alam sekitar • Mengawal kegiatan perniagaan yang mengakibatkan pencemaran alam sekitar • Mengawal kegiatan penerokaan sumber alam secara keterlaluan yang boleh menyebabkan kehausan sumber negara • Contoh: Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai/penebangan hutan secara haram Mendidik pengguna untuk menjadi pengguna yang bijak • Undang-undang yang mewajibkan peniaga untuk mempamerkan harga barangan dan mengeluarkan barangan yang selamat serta tidak memudaratkan kesihatan memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menjadi pengguna yang bijak • Pengguna akan melaporkan sebarang amalan perniagaan yang tidak beretika kepada pihak berkuasa Mengawal inflasi • Undang-undang yang melarang amalan menyorok barang dan menaikkan harga barang keperluan tanpa kebenaran kerajaan dapat membantu meningkatkan taraf hidup penduduk • Hal ini kerana undang-undang tersebut dapat mengelakkan kenaikan tingkat harga barang dan masalah kekurangan barang dalam pasaran, sekali gus membendung inflasi Mengurangkan beban kerajaan • Undang-undang yang dikuatkuasakan dapat menghindari lebih banyak peniaga daripada melakukan penipuan/diskriminasi terhadap pengguna N&L STPM PP P3(jwp).indd 122 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
122 123 • Kes mahkamah yang berkaitan dengan kepenggunaan akan berkurang, sekali gus mengurangkan masalah kes mahkamah yang tertangguh 4 Empat langkah yang dapat diambil untuk mencegah rasuah ialah: Penguatkuasaan undang-undang • Undang-undang sedia ada perlu dikemas kini bagi memastikan hukuman yang lebih berat dikenakan ke atas pesalah • Ini termasuk hukuman penjara, sebatan dan denda Memperbaiki polisi/prosedur organisasi • Pihak pengurusan organisasi harus memperketat peraturan, polisi dan prosedur sedia ada dan memastikan semua kakitangan mematuhi peraturan, polisi dan prosedur tersebut • Amalan bekerja secara telus, jujur dan amanah perlu diterapkan melalui seminar dan kem bina diri/pasukan Pendidikan • Pendidikan disekolah harus memberi penekanan pada amalan nilai-nilai murni dalam segala aspek kehidupan, termasuk di alam pekerjaan • Ini termasuk pengajaran mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Didikan agama • Didikan agama perlu ditekankan oleh setiap keluarga • Hal ini kerana didikan agama dapat melahirkan individu yang berhemah tinggi dan berkeperibadian mulia • Insan yang beriman/berpegang pada ajaran agamanya tidak mudah terpengaruh dengan kesenangan dan kemewahan dunia 5 Empat kesan negatif jenayah rasuah kepada masyarakat dan negara ialah: Taraf hidup merosot • Kegiatan rasuah menyebabkan barangan termasuk kemudahan awam yang dikeluarkan mempunyai kualiti yang rendah • Penggunaan barangan dan kemudahan awam yang kurang bermutu akan membahayakan keselamatan dan kesihatan pengguna • Akhirnya, taraf hidup masyarakat merosot Menimbulkan huru-hara dalam masyarakat • Peningkatan kes jenayah yang berkaitan dengan rasuah pasti akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang awam • Hukuman penjara yang dikenakan ke atas pesalah yang juga merupakan ketua keluarga akan mengakibatkan keruntuhan institusi kekeluargaan Menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara • Penyelewengan wang syarikat oleh pesalah rasuah dan pecah amanah akan menjejaskan pendapatan syarikat tersebut • Kemerosotan pendapatan syarikat akan menjejaskan pendapatan kerajaan dari segi hasil kutipan cukai pendapatan perniagaan • Projek pembangunan negara akan terjejas akibat ketidakcukupan dana kerajaan Menjejaskan imej negara • Kegiatan rasuah yang berleluasa di sesebuah negara pasti akan menjejaskan kedudukannya dalam Indeks Persepsi Rasuah Dunia • Imej negara yang kurang baik akan menjejaskan keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara berkenaan 6 Tiga peranan warga korporat dalam melahirkan masyarakat penyayang ialah: Memupuk budaya penyayang dalam organisasi • Warga korporat dalam sesebuah organisasi perlu menunjukkan teladan yang baik dengan memupuk budaya penyayang dalam kalangan warga organisasi itu sendiri • Usaha perlu diambil untuk menjalin hubungan yang baik antara pelbagai peringkat pengurusan dalam organisasi supaya suasana tempat kerja yang mesra dan kondusif dapat diwujudkan Menjalankan perniagaan secara beretika • Seterusnya, warga korporat dalam organisasi perlu menekankan amalan perniagaan yang beretika semasa berurusan dengan pihak berkepentingan seperti pembekal, pelabur, pembiaya dan pelanggan • Oleh sebab pembekal, pelabur, pembiaya dan pelanggan merupakan sebahagian daripada masyarakat, usaha warga korporat ini sememangnya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam masyarakat Mengadakan program kemasyarakatan • Warga korporat dalam organisasi boleh melahirkan masyarakat penyayang dengan menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan seperti gotong-royong, larian amal dan kutipan derma untuk membantu anak yatim, ibu tunggal dan warga tua yang tersisih N&L STPM PP P3(jwp).indd 123 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
124 125 • Program sedemikian dapat memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat tentang kepentingan menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan memerlukan 7 Perlanggaran hak pelajar sekolah yang menjadi mangsa kejadian keracunan makanan dari aspek berikut: (a) Hak mendapat keselamatan • Pelajar gagal menikmati makanan yang bersih dan selamat • Pelajar telah terdedah kepada makanan yang beracun/basi sehingga menyebabkan kesihatan mereka terjejas • Peniaga kantin gagal menggunakan bahan yang segar dan bermutu serta menjaga kebersihan kawasan dapur semasa proses penyediaan makanan (b) Hak mendapat maklumat • Pelajar lazimnya tidak mempunyai peluang untuk bertanya kepada peniaga kantin berkenaan tahap kualiti makanan yang disediakan • Pelajar gagal dimaklumkan tentang tarikh luput barang makanan disebabkan kegagalan peniaga kantin untuk menyediakan maklumat ini • Pelajar gagal dinasihati oleh peniaga kantin tentang khasiat makanan yang dijual (c) Hak membuat pilihan • Pelajar mempunyai pilihan terhad dari segi jenis makanan yang dijual di kantin, dan terpaksa membeli makanan yang ada tanpa menyedari makanan itu sudah basi/tidak bermutu • Pelajar juga gagal membuat perbandingan harga antara jenis makanan yang ada kerana semua makanan dijual oleh peniaga kantin yang sama • Pelajar juga tidak berpeluang memilih peniaga kantin yang sesuai/beretika untuk berniaga di kantin sekolah Latihan Kajian Kes Soalan 1 (a) Konsep usahawan dan pengurus dalam konteks perniagaan yang dijalankan oleh Helen Elizabeth Read Usahawan • Usahawan ialah seseorang yang memulakan sesuatu usaha baharu • Perkaitan dengan kes: Helen Read berjaya membangun dan memajukan perniagaan pakaian fesyen wanita untuk wanita berbadan gempal • Usahawan ialah seseorang yang pandai mencuba atau mencipta sesuatu yang baharu (kreatif) • Perkaitan dengan kes: Helen Read berjaya memperkenalkan pelbagai jenis pakaian untuk golongan wanita yang suka bergaya dengan pakaian fesyen terkini tetapi memiliki bentuk badan yang gempal • Usahawan ialah seseorang yang mengatur dan mewujudkan pasaran • Perkaitan dengan kes: Helen Read telah mewujudkan pasaran pakaian formal untuk wanita bekerja seperti blazer, seluar dan kemeja daripada saiz 11 sehinggalah saiz 24 • Usahawan ialah seseorang yang sanggup menanggung risiko • Perkaitan dengan kes: Walaupun Helen Read risau tentang kemungkinan idea dan usaha perniagaannya akan menemui kegagalan, namun beliau tetap melaksanakan idea perniagaan tersebut Pengurus • Pengurus ialah seseorang yang bertanggungjawab menjalankan fungsi pengurusan dalam organisasi perniagaan • Perkaitan dengan kes: Helen Read merupakan Pengarah Urusan perniagaan gedung pakaian Ms Read dan perniagaan kafe DELIcious • Pengurus bertanggungjawab mengarah pekerjanya ke arah mencapai matlamat organisasi • Perkaitan dengan kes: Helen Read menjadi pengurus kepada 60 orang pekerja di kilangnya sebagai usaha untuk mengeluarkan pakaian fesyen wanita Ms Read • Seorang pengurus tidak semestinya merupakan seorang usahawan tetapi seorang usahawan merupakan seorang pengurus • Perkaitan dengan kes: Helen Read merupakan pengurus dan usahawan perniagaan pakaian fesyen wanita Ms Read dan perniagaan kafe DELIcious (b) Tiga sumbangan Helen Elizabeth Read dari sudut makro ialah: Mewujudkan peluang pekerjaan • Usahawan memberi peluang kepada masyarakat tempatan untuk bekerja di organisasinya N&L STPM PP P3(jwp).indd 124 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
124 125 • Perkaitan dengan kes: Helen Read mengambil pekerja untuk bekerja di butik pakaian Ms Read dan kafe DELIcious Menggunakan sumber tempatan • Usahawan membeli bahan mentah dan mengambil buruh dari persekitaran perniagaan • Perkaitan dengan kes: Helen Read mendapatkan kain/fabrik untuk perniagaan pakaiannya dan bahan untuk menyediakan makanan di kafe DELIcious daripada pembekal terpilih Penggerak ekonomi yang sihat • Usahawan menyediakan barang atau perkhidmatan baharu bagi memenuhi keperluan pengguna • Perkaitan dengan kes: Helen Read telah berjaya memperkenalkan rangkaian pakaian fesyen wanita Ms Read untuk golongan wanita berbadan gempal, sekali gus memenuhi keperluan golongan ini yang juga suka bergaya Menjadi sumber inspirasi dan model peranan kepada masyarakat • Usahawan memberi pendidikan, galakan dan motivasi kepada usahawan baharu serta melaksanakan tanggungjawab sosial melalui penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan • Perkaitan dengan kes: – Helen Read telah melancarkan Program ‘Privilege To Care’ (PTC) bagi menggalakkan anggota masyarakat untuk menceburi bidang keusahawanan dan pada masa yang sama, memberi sumbangan kembali kepada masyarakat – Helen Read turut melibatkan diri dalam banyak aktiviti kemasyarakatan seperti menjadi Kaunselor untuk Kementerian Sumber Manusia dan menjadi peserta dalam Program Kebajikan Penjara Kajang (pilih mana-mana tiga) (c) Tiga sumbangan Helen Elizabeth Read dari sudut mikro ialah: Mengenal pasti peluang perniagaan • Usahawan mengenal pasti masalah sebagai peluang untuk menceburi bidang perniagaan • Perkaitan dengan kes: Kesukaran golongan wanita berbadan gempal termasuk Helen Read sendiri untuk mencari pakaian yang sesuai dengan bentuk badan mereka dan mempunyai ciri-ciri moden telah mendorong beliau untuk memperkenalkan rangkaian pakaian Ms Read bagi memenuhi keperluan golongan tersebut Mengurus faktor pengeluaran • Usahawan mengurus sumber pengeluaran seperti wang, aset tetap dan buruh dengan cekap dan berkesan supaya aktiviti pengeluaran dapat berjalan lancar • Perkaitan dengan kes: – HelenReadbertanggungjawabmengagihkan modal, pekerja dan kelengkapan secara cekap ke 16 buah butik pakaian Ms Read di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak bagi memastikan aktiviti perniagaan dapat berjalan lancar – Helen Read juga perlu mengagihkan modal, pekerja dan peralatan secara cekap ke 13 buah kafe DELIcious bagi memastikan operasi kafe dapat berjalan lancar Memaksimumkan keuntungan perniagaan • Usahawan sentiasa mencari dan mengenal pasti peluang atau cara bagi memaksimumkan keuntungan perniagaannya • Perkaitan dengan kes: Helen Read telah berjaya membuka 16 buah butik pakaian Ms Read di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak malah produknya turut dipasarkan ke luar negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Singapura Menghadapi persaingan dalam perniagaan • Usahawan perlu merangka strategi yang berkesan untuk mengatasi pesaingnya • Perkaitan dengan kes: Bagi menghadapi persaingan sengit daripada pengeluar jenama pakaian lain, terutama dari Taiwan dan China, Helen Read terus berusaha menawarkan produk yang berkualiti kepada pelanggannya dengan membuat kajian ke atas pelbagai jenis fabrik terbaik dunia. Hasilnya, kualiti pakaian Ms Read masih terpelihara sehingga kini dengan menggunakan fabrik terbaik dari Eropah (pilih mana-mana tiga) Soalan 2 (a) Teori Keusahawanan mengikut pendekatan sosiologi yang dapat dikaitkan dengan penglibatan Pak Embong dalam bidang perniagaan Maksud: Pendekatan yang menjelaskan keadaan sosial yang mempengaruhi kemunculan seorang usahawan dan faktor sosial yang mempengaruhi keputusan seseorang untuk menjadi usahawan Pengalihan negatif • Penyisihan seseorang individu/kumpulan individu daripada masyarakat teras N&L STPM PP P3(jwp).indd 125 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
126 127 • Individu/kumpulan individu tidak mempunyai sesiapa untuk bergantung hidup dan keadaan ini menimbulkan dorongan untuk berjaya dalam kehidupan • Perkaitan dengan kes: Pendapatan tidak seberapa yang diperoleh Pak Embong sebagai buruh telah menyukarkan beliau untuk menyara tujuh orang anaknya. Akhirnya, beliau bertekad untuk memulakan perniagaan menghasilkan keropok lekor untuk keluar daripada kepompong kemiskinan Tempoh peralihan • Fasa tertentu dalam kehidupan yang menimbulkan kesedaran dalam diri seseorang sehingga mendorongnya untuk membuat sesuatu keputusan/mengambil sesuatu tindakan • Perkaitan dengan kes: Akhirnya, dengan hanya berbekalkan modal sebanyak RM200, beliau mengetepikan perasaan malunya lalu mula mengayuh beca sejauh 25 kilometer setiap hari untuk mendapatkan bekalan ikan dari jeti Jabatan Perikanan di Pulau Kambing. Dari saat itulah, Pak Embong mula menceburi perusahaan menghasilkan keropok lekor Tarikan positif • Pengaruh yang timbul daripada pihak lain dalam bentuk galakan, tawaran dan perkenalan • Perkaitan dengan kes: Keropok keluaran Pak Embong menerima sambutan hangat, terutama daripada orang luar yang bertandang ke perkampungan tersebut. Ini sedikit sebanyak telah menggalakkan beliau untuk melebarkan sayap perniagaan dengan membuka empat cawangan kedai menjual keropok lekor di Cameron Highlands, Pahang dan Gua Musang, Kelantan Tolakan positif • Situasi yang memberi dorongan dan mewujudkan momentum dalam bentuk laluan menarik • Perkaitan dengan kes: Cawangan kedai Pak Embong berjaya memperoleh keuntungan yang amat lumayan, iaitu purata RM30 000 hingga RM100 000 sebulan. Dengan menjadikan pepatah `di mana ada kemahuan di situ ada jalan’ sebagai prinsip kehidupannya, Pak Embong berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan (b) Sumbangan Pak Embong kepada masyarakat sebagai seorang usahawan ialah: Mencipta peluang pekerjaan • Seorang usahawan mampu mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan yang tinggal di kawasan sekitarnya • Perkaitan dengan kes: Pembukaan empat cawangan kedai menjual keropok lekor milik Pak Embong di Cameron Highlands, Pahang dan Gua Musang, Kelantan telah mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk setempat Menggunakan sumber tempatan • Seorang usahawan cenderung mendapatkan sebahagian sumber seperti bahan mentah dari persekitaran premis perniagaannya • Perkaitan dengan kes: Pak Embong mendapatkan bekalan ikan daripada pembekal tempatan, dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat Penggerak ekonomi yang sihat • Perkembangan perniagaan usahawan membawa kepada pertumbuhan industri sokongan yang menyediakan pelbagai barang dan perkhidmatan untuk perniagaan usahawan • Perkaitan dengan kes: Perkembangan pesat perniagaan Pak Embong mampu menyumbang kepada pertumbuhan industri pemprosesan sos cili, industri pengangkutan (penghantaran bahan mentah dan keropok lekor) dan industri perbankan (tabungan keuntungan perniagaan Pak Embong) Menjadi sumber inspirasi dan model peranan kepada masyarakat • Pencapaian cemerlang seorang usahawan mampu memberi galakan dan motivasi kepada usahawan baharu • Perkaitan dengan kes: Kejayaan Pak Embong untuk keluar daripada belenggu kemiskinan berdasarkan keuntungan lumayan yang diperolehnya menyebabkan beliau dipandang tinggi oleh masyarakat sebagai usahawan yang amat berjaya dalam bidang yang diceburinya Soalan 3 (a) Peranan usahawan dari aspek berikut: (i) Meningkatkan taraf hidup • Mewujudkan peluang pekerjaan dan memenuhi keperluan serta kehendak pengguna melalui penyediaan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan N&L STPM PP P3(jwp).indd 126 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
126 127 • Perkaitan dengan kes: Syarikat Faiza Sdn. Bhd. menawarkan pekerjaan kepada 200 orang pekerja tetap dan lebih daripada 300 orang pekerja kontrak serta menjual pelbagai jenis beras bagi memenuhi cita rasa dan keperluan pengguna yang berlainan (ii) Meningkatkan ekonomi negara • Penawaran produk yang mempunyai permintaan yang tinggi akan meningkatkan keuntungan usahawan, dan ini menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara melalui hasil kutipan cukai keuntungan yang lebih tinggi • Perkaitan dengan kes: Produk utama Syarikat Faiza Sdn. Bhd. ialah beras yang merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Penawaran pelbagai jenis beras yang bermutu tinggi dan halal menyebabkan pengguna beragama Islam tidak ragu-ragu untuk membeli produk syarikat tersebut. Jualan dan keuntungan syarikat akan meningkat, dan seterusnya pendapatan negara meningkat dan ekonomi negara turut berkembang pesat memandangkan sebahagian besar penduduk negara ini beragama Islam (iii) Membangunkan industri sokongan • Pencapaian usahawan yang cemerlang dalam perniagaan menyumbang kepada pertumbuhan industri sokongan berikutan pengeluaran produk hiliran untuk menyokong produk utama • Perkaitan dengan kes: Syarikat Faiza Sdn. Bhd. merupakan pengedar untuk lebih daripada 21 jenama beras di negara ini, termasuk jenama berasnya yang paling terkenal, iaitu ‘Herba Ponni Taj Mahal’. Anak syarikat beliau, iaitu Faiza Marketing Sdn. Bhd. pula terlibat dalam pengilangan pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaharu, rempah rendang (b) Faktor yang melahirkan usahawan seperti Faiza Bawumi Sayed Ahmad ialah: Warisan keluarga • Bakal usahawan dilahirkan dalam keluarga usahawan yang menjalankan perniagaan melalui pembentukan barisan usahawan pelapis yang terdiri daripada ahli keluarga dan saudaramara terdekat • Perkaitan dengan kes: Bapa Puan Faiza merupakan seorang peniaga dan Puan Faiza pernah bekerja sebagai juruwang di kedai bapanya. Pengalaman bekerja ini telah menjadi sumber dorongan kepada beliau untuk bergiat dalam bidang perniagaan Dorongan kerajaan • Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan untuk usahawan muda dan baharu seperti insentif, subsidi, pembiayaan/pinjaman, tapak perniagaan dan khidmat nasihat • Perkaitan dengan kes: Kerajaan memberi sokongan kepada Puan Faiza dengan mengeluarkan lesen pemborong beras kepada beliau supaya syarikatnya dapat menawarkan pelbagai jenis beras yang bermutu tinggi dan halal kepada penduduk negara ini, khususnya umat Islam (c) Sifat peribadi yang ada pada Faiza Bawumi Sayed Ahmad sebagai usahawan yang berjaya ialah: Komitmen dan nekad • Kecenderungan untuk melakukan sesuatu dengan usaha yang gigih dan tidak mudah putus asa • Perkaitan dengan kes: Sikap Puan Faiza yang tidak betah duduk diam menyebabkan beliau mula mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur. Puan Faiza turut membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya ke kedaikedai Sentiasa melihat dan merebut peluang • Berupaya mengenal pasti sesuatu kekurangan dalam pasaran sebagai peluang untuk menjana keuntungan • Perkaitan dengan kes: Selepas mempunyai kedai beras sendiri, Puan Faiza mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau akan pergi dari sebuah kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas daripada peruncit, iaitu sama ada mereka akan membeli berasnya atau tidak. Memandangkan respon yang diberikan adalah positif, Puan Faiza telah memohon lesen pemborong beras dan mula menjual pelbagai jenis beras, termasuk beras Ponni, beras Basmathi, beras wangi dan beras Siam Peka kepada keperluan pelanggan • Sentiasa berusaha untuk mengenal pasti keperluan pelanggan yang tidak dipenuhi dan mencari jalan untuk memenuhi keperluan tersebut N&L STPM PP P3(jwp).indd 127 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
128 129 • Perkaitan dengan kes: Penceburan Syarikat Faiza Sdn. Bhd. dalam industri menjual beras telah memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk beras yang bermutu tinggi tanpa perlu meragui status halalnya Berinisiatif • Berupaya menganalisis sesuatu situasi dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar serta proaktif • Perkaitan dengan kes: Syarikat Faiza Sdn. Bhd. merupakan pengedar untuk lebih daripada 21 jenama beras di negara ini, termasuk jenama berasnya yang paling terkenal, iaitu ‘Herba Ponni Taj Mahal’. Selain itu, Puan Faiza berusaha mempelbagaikan produknya. Anak syarikat beliau, iaitu Faiza Marketing Sdn. Bhd. terlibat dalam pengilangan pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaharu, rempah rendang Soalan 4 (a) (i) Program yang telah dijalankan oleh MARA bagi membantu usahawan bumiputera ialah: Program Mentor-Mentee • Program yang melibatkan sebuah syarikat besar (mentor) dan sebuah syarikat/ perniagaan kecil (mentee) • Perkaitan dengan kes: Berteraskan konsep ‘Mentor-Mentee’, kerajaan negeri Perak telah mengenal pasti beberapa syarikat tempatan untuk menjadi mentor kepada usahawan baharu (mentee) tersebut (ii) Tujuan Program Mentor-Mentee • Bertujuan menghulurkan bantuan kepada usahawan baharu supaya mereka dapat menguruskan perniagaan dengan baik • Perkaitan dengan kes: Syarikat mentor akan memberi bimbingan kepada usahawan baharu tentang selok-belok menjalankan perniagaan. Di samping itu, syarikat mentor akan membekalkan produk kepada usahawan baharu pada peringkat awal supaya mereka dapat memulakan perniagaan dengan segera (iii) Cara Program Mentor-Mentee dilaksanakan dalam konteks pembangunan usahawan • Melalui program tersebut, syarikat mentor akan membantu membangunkan perniagaan mentee melalui sokongan kewangan, bimbingan dan peluang perniagaan • Perkaitan dengan kes: – Syarikat mentor akan memberi bimbingan kepada usahawan baharu tentang selok-belok menjalankan perniagaan. Di samping itu, syarikat mentor akan membekalkan produk kepada usahawan baharu pada peringkat awal supaya mereka dapat memulakan perniagaan dengan segera – Wang geran yang disalurkan oleh MARA akan ditadbir secara telus oleh syarikat mentor bagi memanfaatkan perniagaan mentee. Segala kos permulaan perniagaan mentee turut ditanggung oleh syarikat mentor (b) Tiga faedah yang dapat dinikmati oleh seorang usahawan apabila menjalankan perniagaan francais ialah: Risiko lebih rendah • Risiko yang perlu ditanggung oleh usahawan francais lebih rendah berbanding dengan usaha memulakan perniagaan baharu • Hal ini kerana usahawan francais akan menerima bimbingan dan bantuan daripada francaisor/syarikat mentor • Perkaitan dengan kes: – Syarikat mentor akan memberi bimbingan kepada usahawan baharu tentang selokbelok menjalankan perniagaan – Syarikat mentor juga akan membekalkan produk kepada usahawan baharu pada peringkat awal supaya mereka dapat memulakan perniagaan dengan segera Produk sudah dikenali di pasaran • Usahawan francais berpeluang memasarkan produk yang sudah terkenal di pasaran • Perkaitan dengan kes: Antara syarikat mentor yang akan terlibat dalam Program MentorMentee ialah Ayamas, Olala dan Vida Beauty. Olala mengusahakan perniagaan warung makanan segera secara francais, manakala Vida Beauty merupakan syarikat pengeluar produk kecantikan dan rawatan rambut selain menyediakan perkhidmatan urut tradisional Kos perniagaan lebih rendah • Usahawan francais turut menerima bantuan pembiayaan daripada francaisor dan ini akan membantu mengurangkan kos perniagaan usahawan francais N&L STPM PP P3(jwp).indd 128 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
128 129 • Perkaitan dengan kes: Di bawah Program Mentor-Mentee, MARA akan menyalurkan wang geran kepada syarikat mentor untuk ditadbir secara telus bagi memanfaatkan perniagaan mentee. Segala kos permulaan perniagaan mentee akan ditanggung oleh syarikat mentor (c) Bagaimana seorang usahawan dapat dilatih Galakan kerajaan • Kerajaan mengadakan banyak program pembangunan usahawan untuk mendidik usahawan tentang cara menjalankan perniagaan • Perkaitan dengan kes: Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui kerajaan negeri Perak telah mengagihkan geran berjumlah RM700 000 kepada usahawan bumiputera baharu di negeri tersebut di bawah Program Mentor-Mentee. Program ini bertujuan membantu antara 200 hingga 250 usahawan bumiputera baharu yang terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan Dorongan daripada usahawan lain • Dorongan yang diberikan oleh syarikat mentor dalam bentuk bimbingan dan bantuan dapat meningkatkan keyakinan usahawan untuk berjaya dalam perniagaan • Perkaitan dengan kes: Di bawah Program Mentor-Mentee, kerajaan negeri Perak telah mengenal pasti beberapa syarikat tempatan untuk menjadi mentor kepada usahawan baharu tersebut. Antara lain, syarikat mentor akan memberi bimbingan kepada usahawan baharu tentang selok-belok menjalankan perniagaan Soalan 5 (a) Empat kepentingan rancangan perniagaan yang akan disediakan oleh DZafran Enterprise kepada pekerja syarikat ialah: Sebagai panduan • Panduan untuk pekerja tentang cara untuk menjalankan tugas harian • Perkaitan dengan kes: Rancangan perniagaan DZafran Enterprise menyediakan panduan untuk pekerja pengeluaran tentang cara melaksanakan tugas dalam proses pengeluaran makanan konfeksioneri dan sejuk beku yang meliputi penyediaan bahan mentah seperti tepung dan mentega, penggunaan peralatan serta proses pembuatan, pembungkusan dan pelabelan Sebagai alat kawalan • Memastikan segala aktiviti yang dijalankan dalam perniagaan adalah selaras dengan perancangan • Perkaitan dengan kes: Penyediaan rancangan perniagaan oleh DZafran Enterprise dapat memastikan operasi pengeluaran berjalan lancar, selaras dengan perancangan pengeluaran yang ditetapkan, contohnya dari segi penjadualan waktu bekerja pekerja pengeluaran dan piawai pengeluaran produk makanan yang berkualiti serta memenuhi spesifikasi Menggalakkan penggunaan sumber secara optimum • Membantu pekerja menggunakan sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mengelakkan pembaziran • Perkaitan dengan kes: Penetapan volum pengeluaran harian/bulanan untuk setiap produk makanan konfeksioneri dan sejuk beku dalam rancangan perniagaan DZafran Enterprise dapat membantu pekerja untuk mengagih dan menggunakan bahan/ramuan dengan cekap bagi menghasilkan kuantiti produk yang dikehendaki Memotivasi pekerja untuk mencapai hala tuju dan matlamat organisasi • Membolehkan pekerja mengetahui hala tuju dan matlamat perniagaan dan bekerja kuat untuk mencapai hala tuju dan matlamat tersebut • Perkaitan dengan kes: Perancangan yang baik melalui penyediaan rancangan perniagaan juga meliputi usaha memotivasi pekerja DZafran Enterprise untuk berusaha ke arah hala tuju syarikat yang sama dengan pihak pengurusan, iaitu mengembangkan perniagaan memasarkan produk makanan konfeksioneri dan sejuk beku bukan sahaja di sekitar kawasan Taman Sri Gombak, malah merentasi sempadan negara pada suatu hari nanti (b) Dua pihak berkepentingan yang menjadi sasaran rancangan perniagaan Dzafran Enterprise bagi mendapatkan modal ialah: Pembiaya/bank • Pihak yang memberi pinjaman berbentuk jangka pendek dan jangka panjang kepada perniagaan • Perkaitan dengan kes: Pemilik Dzafran Enterprise, iaitu Puan Asmah ingin mengemukakan rancangan perniagaan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memohon pembiayaan berjumlah RM30 000 N&L STPM PP P3(jwp).indd 129 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
130 131 Rakan kongsi/pelabur • Pihak yang melabur atau menyuntik sejumlah wang ke dalam perniagaan • Perkaitan dengan kes: HasratDzafran Enterprise untuk mengembangkan perniagaannya pada masa depan menyebabkan Puan Asmah perlu mencari lebih banyak rakan kongsi/pelabur bagi mendapatkan modal yang lebih besar (c) Bagaimana DZafran Enterprise mendapat idea untuk memulakan perniagaan melalui pihak berikut: (i) Pelanggan • Pelanggan merupakan pihak yang membeli barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah perniagaan • Pelanggan memberi maklum balas/komen/ pendapat/idea tentang produk sedia ada atau produk yang tiada dalam pasaran • Perkaitan dengan kes: – Hasil penyelidikan yang dijalankan ke atas pasaran mendapati produk makanan konfeksioneri dan sejuk beku sememangnya mempunyai potensi pasaran yang besar di Malaysia – Hasil temu bual dengan pelanggan turut memberi idea kepada Dzafran Enterprise untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, iaitu perkhidmatan tempahan dan penghantaran terus barang pesanan ke rumah dan pejabat (ii) Pesaing • Pihak yang mengeluarkan barang atau perkhidmatan yang sama atau hampir sama dengan sesebuah perniagaan • Usahawan boleh memerhatikan ciri produk sedia ada atau produk baharu yang dikeluarkan oleh pesaing dan seterusnya mendapatkan idea untuk mengeluarkan produk lain berdasarkan ciri yang diubah suai/ciri yang serupa • Perkaitan dengan kes: Produk makanan yang berasaskan konfeksioneri seperti bakeri dan pastri (roti, kek dan piza) serta produk makanan sejuk beku seperti karipap, sandwic dan popia adalah agak lazim di Malaysia. Oleh itu, Dzafran Enterprise boleh menawarkan produk dengan perisa/ inti baharu yang belum dikeluarkan oleh pesaing (iii) Saluran pengedaran • Terdiri daripada pembekal, peruncit, ejen dan sebagainya • Usahawan boleh mendapatkan maklum balas daripada saluran pengedaran kerana mereka sentiasa berinteraksi dengan pengguna akhir serta lebih peka terhadap keperluan pasaran • Perkaitan dengan kes: Selain menyediakan perkhidmatan tempahan dan penghantaran terus ke rumah dan pejabat pelanggan, Dzafran Enterprise turut menjadi pembekal produk makanan konfeksioneri dan sejuk beku untuk perniagaan kafe dan kantin di kawasan sekitarnya Soalan 6 (a) Alasan yang membolehkan perniagaan Bata dikategorikan sebagai sebuah syarikat multinasional ialah: • Perniagaan Bata meliputi operasi di dua atau lebih negara • Perkaitan dengan kes: Perniagaan kasut Bata telah berkembang ke seluruh dunia termasuk Malaysia dan Indonesia. Dengan jumlah pekerja sebanyak 40 000 orang, operasi pemasaran kasut Bata dijalankan oleh 4600 kedai, antaranya di Brazil, Perancis, Belanda, Britain, Amerika Syarikat dan India (b) Ciri keusahawanan yang dimiliki oleh Thomas J. Bata ialah: Berani menanggung risiko • Usahawan sanggup berhadapan dengan keadaan ketidakpastian dalam perniagaan • Perkaitan dengan kes: Thomas J. Bata telah mengaplikasikan banyak revolusi baharu dalam operasi pengeluaran termasuk mengamalkan kaedah pengeluaran secara besar-besaran Bijak merebut peluang • Usahawan sentiasa bersedia untuk merebut peluang yang dapat membantu meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan • Perkaitan dengan kes:ThomasJ. Bata menyedari kepentingan teknologi sebagai alat untuk memajukan sesebuah perniagaan. Usaha beliau untuk mengeluarkan produk kasut pada kos yang lebih rendah melalui kaedah pengeluaran secara besar-besaran telah membolehkan lebih banyak orang memiliki kasut jenama Bata. Kesannya, hasil jualan kasut Bata meningkat berkali ganda N&L STPM PP P3(jwp).indd 130 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
130 131 Berwawasan • Usahawan mempunyai keinginan untuk mengembangkan perniagaan ke satu tahap yang lebih tinggi • Perkaitan dengan kes: Usaha Thomas J. Bata menyebabkan perniagaannya berjaya muncul sebagai pengeksport utama produk kasut di dunia. Selain itu, perniagaan Bata turut berkembang ke negara lain seperti Brazil, Perancis dan Belanda (c) Peranan Thomas J. Bata kepada masyarakat ialah: Mewujudkan peluang pekerjaan • Mencipta peluang menjana pendapatan untuk penduduk tempatan dan penduduk negara lain • Perkaitan dengan kes: Perniagaan Bata mempunyai bilangan pekerja sebanyak 40 000 orang dengan operasi pemasarannya dijalankan oleh 4600 kedai di negara-negara seperti Britain, Amerika Syarikat dan India Meningkatkan taraf hidup masyarakat • Menawarkan produk berkualiti pada harga yang rendah bagi memenuhi keperluan pelanggan • Perkaitan dengan kes: Usaha Thomas J. Bata menggunakan teknologi dan kaedah pengeluaran secara besar-besaran dalam proses pengeluaran membolehkan produk kasut Bata dihasilkan pada kos yang lebih rendah. Kesannya, lebih banyak orang dapat memiliki kasut Bata yang diyakini kualitinya Membangunkan industri sokongan • Peningkatan jualan sesebuah perniagaan membantu meningkatkan permintaan terhadap bahan mentah atau barang siap yang dihasilkan oleh industri berkaitan • Perkaitan dengan kes: Permintaan terhadap kasut Bata yang tinggi berikutan peluasan saiz pasaran perniagaan Bata menyebabkan permintaan kilang Bata terhadap bahan mentah seperti getah, glu/gam dan tali kasut turut meningkat (d) Tiga jenis cabaran yang perlu dihadapi oleh perniagaan Bata apabila beroperasi di luar negara seperti Perancis, Belanda, Amerika Syarikat dan India ialah: Cabaran kawalan pengurusan • Kesukaran melaksanakan kawalan pengurusan ke atas cawangan yang banyak terdapat di luar negara • Perkaitan dengan kes: Ibu pejabat perniagaan Bata di Lausanne, Switzerland mengalami kesukaran untuk mengawal operasi 4600 kedainya yang terdapat di serata dunia Cabaran politik • Keadaan politik yang tidak menentu dan sikap parti pemerintah yang dingin akan memberi kesan kepada perniagaan • Perkaitan dengan kes: Kekacauan yang sering ditimbulkan oleh rakyat akibat ketidakpuasan terhadap kerajaan Brazil mungkin akan membawa kepada kemusnahan premis perniagaan termasuk kedai cawangan Bata di negara itu Cabaran ekonomi • Amalan sistem ekonomi dan kadar pertukaran asing yang berlainan antara negara memberi kesan kepada keuntungan perniagaan • Perkaitan dengan kes: Pelaksanaan sistem ekonomi kapitalis oleh kerajaan sesetengah negara seperti Rusia mungkin melibatkan sekatan penghantaran balik sejumlah keuntungan dan pendapatan pelaburan perniagaan Bata ke negara asal Soalan 7 (a) Jenis perikatan/pakatan strategik yang wujud antara KUB Malaysia Bhd. dengan IHI Enviro Corporation Usaha sama • Kerjasama atau gabungan dua atau lebih firma untuk suatu tempoh tertentu bagi mencapai objektif ekonomi yang telah dipersetujui bersama, contohnya menguasai syer pasaran yang lebih besar • Perkaitan dengan kes: – KUB Malaysia Bhd. akan bekerjasama dengan IHI Enviro Corporation, sebuah syarikat yang berpangkalan di Jepun untuk membangun dan melaksanakan sistem pengurusan sampah dan sisa industri di tapak-tapak pelupusan sampah di seluruh Malaysia – Kerjasama ini menggabungkan kepakaran dan sumber bagi memanfaatkan keupayaan perniagaan masing-masing serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan pengurusan sisa kepada pelanggan (b) Tiga kebaikan perikatan strategik yang dijalankan oleh kedua-dua syarikat itu ialah: Berkongsi kepakaran dan teknologi • Perkongsian kepakaran dan teknologi pelupusan sampah dan sisa industri yang dibangunkan oleh IHI Enviro dapat membantu N&L STPM PP P3(jwp).indd 131 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
132 133 mempercepat proses pembakaran sisa buangan dan seterusnya mengurangkan kos perniagaan KUB • Perkaitan dengan kes: Teknologi pembakaran sampah yang dicipta oleh IHI Enviro yang diberi nama IHI Advance Stocker mempunyai kemampuan untuk membakar kira-kira 100 tan metrik sisa buangan sehari dengan penghasilan tenaga sebanyak tiga watt sehari. Tenaga yang dihasilkan akan digunakan semula untuk proses pembakaran seterusnya, manakala selebihnya dijual kepada Sistem Grid Kebangsaan Mengurangkan pencemaran alam sekitar • Penggunaan teknologi pelupusan sampah dan sisa buangan yang lebih mesra alam dan menjimatkan penggunaan tenaga dapat membantu memelihara kualiti alam sekitar • Perkaitan dengan kes: Penggunaan teknologi IHI Advance Stocker akan menggantikan sepenuhnya kaedah pengurusan sampah yang lama dan tidak lagi sesuai pada hari ini. Kaedah lama pengurusan sampah melibatkan kerja pengumpulan sampah dan sisa buangan yang kemudiannya dilupuskan di lapangan terbuka. Oleh itu, penggunaan kaedah baharu ini akan mengurangkan pencemaran alam sekitar Meningkatkan keuntungan perniagaan • Syarikat atau agensi yang menyediakan perkhidmatan pengurusan sampah di Malaysia akan terdorong untuk menggunakan teknologi tersebut bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos • Ini bermakna peluang KUB dan IHI Enviro untuk mendapat tender projek adalah tinggi dan ini akan membawa keuntungan kepada perniagaan usaha sama tersebut • Perkaitan dengan kes: Kerjasama terawal antara KUB dengan IHI Enviro akan bermula dengan pembidaan tender pengurusan sisa pepejal yang bakal ditawarkan oleh kerajaan di Labuan. Hal ini kerana pihak pengurusan syarikat telah menyuarakan hasrat mereka untuk menyertai pembidaan tersebut. Selain itu, kerjasama antara kedua-dua pihak akan diperluas untuk menjayakan projek berpotensi di negeri Melaka dan Johor (c) Tiga kelemahan perikatan strategik yang dijalankan oleh kedua-dua syarikat itu ialah: Perselisihan faham • Konflik yang timbul akibat perbezaan pendapat, idea dan gaya pengurusan antara kedua-dua pihak • Perkaitan dengan kes: Konflik mungkin timbul antara KUB dengan IHI Enviro berkenaan syarat-syarat dalam tender projek yang bakal dikemukakan kepada pihak kerajaan. Hal ini berlaku kerana setiap pihak ingin menjaga kepentingan organisasi masing-masing Kebocoran rahsia perniagaan • Risiko rahsia perniagaan dimanipulasi oleh pihak tertentu demi mengaut keuntungan peribadi • Perkaitan dengan kes: Pihak dalaman yang tidak berpuas hati dengan pembentukan usaha sama tersebut mungkin akan mengambil kesempatan untuk mencuri maklumat rahsia perniagaan supaya pakatan tersebut gagal dilaksanakan. Contohnya, penjualan maklumat tentang spesifikasi proses pelupusan sampah dan sisa buangan menggunakan teknologi IHI Advance Stocker Jangka hayat perniagaan tidak kekal • Perniagaan usaha sama biasanya akan ditamatkan selepas matlamat perniagaan tersebut berjaya dicapai, atau lebih awal sekiranya pertikaian serius timbul antara keduadua pihak • Perkaitan dengan kes: KUB dan IHI Enviro akan menamatkan usaha sama ini selepas teknologi pelupusan sampah yang baharu dilaksanakan di semua tapak pelupusan sampah di Malaysia, atau mungkin lebih awal akibat perselisihan yang tidak dapat diselesaikan (d) Bentuk cabaran yang perlu ditangani oleh KUB bagi menjayakan perikatan strategik tersebut ialah: Menetapkan matlamat strategik • Bertujuan menembusi pasaran baharu, memperoleh teknologi dan kepakaran baharu, mencapai ekonomi bidangan, menyebarkan risiko dan mengurangkan persaingan • Perkaitan dengan kes: – KUB ingin mencapai ekonomi bidangan melalui penyediaan perkhidmatan pelupusan sampah dan sisa buangan yang dapat membakar kuantiti sampah yang lebih banyak dalam jangka masa yang lebih pendek serta menjimatkan penggunaan tenaga – KUB ingin menembusi pasaran yang lebih luas melalui pengenalan teknologi pelupusan N&L STPM PP P3(jwp).indd 132 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
132 133 sampah dan sisa buangan yang lebih mesra alam, iaitu IHI Advance Stocker yang mampu membakar kira-kira 100 tan metrik sisa buangan sehari dengan penghasilan tenaga sebanyak tiga watt sehari Mengenal pasti rakan kongsi yang sesuai • Usaha mengenal pasti rakan kongsi yang sesuai dari segi saiz dan gaya pengurusan organisasi, teknik dan jangka masa proses pembuatan keputusan, pendekatan yang diambil oleh organisasi untuk menyelesaikan sesuatu isu/ masalah, sikap pihak pengurusan, dan tahap penerimaan organisasi terhadap perbezaan budaya dapat menentukan kejayaan sesuatu perikatan strategik • Perkaitan dengan kes: Sebelum majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara KUB dengan IHI Enviro, pihak pengurusan KUB telah melawat kilang IHI Enviro di Tokyo untuk menilai kesesuaian teknologi dan kemudahan yang digunakan di kilang tersebut untuk dibangunkan di Malaysia Soalan 8 (a) Konsep Selatan-Selatan dan pasaran menimbul dalam konteks perniagaan antarabangsa Selatan-Selatan • Pembentukan kumpulan/pakatan/kerjasama antara negara yang terletak di Hemisfera Selatan • Sebahagian besar negara anggota terdiri daripada negara membangun dan negara belum membangun • Bertujuan menjaga kepentingan ekonomi negara anggota, membangunkan ekonomi negara anggota, dan meningkatkan kerjasama dalam bidang teknikal • Perkaitan dengan kes: Sepuluh negara ASEAN yang rata-rata terdiri daripada negara membangun dan negara belum membangun membentuk sebahagian daripada pakatan Selatan-Selatan Pasaran menimbul • Pasaran yang baharu dan berpotensi untuk menjadi pusat pemasaran produk negara lain disebabkan peningkatan kuasa beli penduduk di negara tersebut • Pasaran menimbul wujud apabila terdapat usaha dan tindakan oleh sesebuah negara untuk mengubah dan meningkatkan taraf ekonominya supaya setanding dengan negara membangun lain melalui pembukaan pasarannya kepada pelabur/peniaga antarabangsa • Perkaitan dengan kes: Pasaran negara ASEAN merupakan pasaran menimbul. Walaupun saiz pasaran ASEAN tidak dapat menandingi saiz pasaran negara China yang mempunyai hampir dua bilion penduduk dengan tawaran kos upah yang lebih rendah, namun kuasa beli penduduk ASEAN yang lebih tinggi telah berjaya menarik perhatian pelabur asing (b) Tiga kepentingan perniagaan antarabangsa kepada ekonomi sesebuah negara ialah: Menembusi pasaran baharu/meluaskan pasaran • Menyediakan pasaran yang lebih luas untuk pengusaha tempatan yang merentasi sempadan negara • Perkaitan dengan kes: – Pembentukan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) telah membuka ruang baharu kepada pengusaha tempatan di Malaysia untuk meluaskan pasaran produk mereka ke negara ASEAN yang lain – Gabungan 10 buah negara ASEAN yang mewujudkan sejumlah 513 juta orang pengguna sememangnya merupakan satu kawasan pasaran bersama yang amat besar dan boleh diterokai oleh pengusaha tempatan Mendapatkan sumber pengeluaran yang lebih murah • Persaingan dalam perniagaan antarabangsa menyebabkan pengusaha tempatan dapat menikmati manfaat dari segi penawaran bahan mentah dan buruh pada kos yang lebih rendah • Pengusaha tempatan juga dapat menikmati faedah daripada pengenalan teknik pengeluaran yang dapat menjimatkan kos pengeluaran • Perkaitan dengan kes: Penggunaan teknik pengeluaran secara besar-besaran dalam kalangan pengusaha negara ASEAN untuk menjimatkan kos pengeluaran turut membantu memaksimumkan penggunaan input pengeluaran termasuk tenaga buruh, jentera dan keupayaan pengeluaran. Industri besar seperti industri automotif akan berusaha mencapai ekonomi bidangan dengan memastikan kecekapan pengeluaran berada pada tahap optimum Memperoleh teknologi baharu • Kegiatan eksport dan import turut meliputi pemindahan teknologi antara negara • Hal ini dapat memanfaatkan pengusaha tempatan kerana penggunaan teknologi terkini dapat meningkatkan produktiviti dan menjimatkan kos pengeluaran N&L STPM PP P3(jwp).indd 133 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
134 135 • Perkaitan dengan kes: Kewujudan AFTA juga menggalakkan kemasukan teknologi baharu yang akan digunakan dalam proses pengeluaran sesebuah negara. Penggunaan teknologi moden yang dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti barang adalah penting bagi mempertahankan syer pasaran tempatan dan menguasai sebahagian pasaran negara ASEAN lain Meningkatkan pengaliran masuk wang dan modal dari luar negara • Kegiatan eksport barangan ke luar negara melibatkan aliran masuk wang ke dalam negara • Kemasukan pelaburan asing pula melibatkan aliran masuk modal ke dalam negara • Hal ini dapat membantu membaiki imbangan pembayaran negara • Perkaitan dengan kes: – Malaysia menerima pendapatan daripada eksport getah dan minyak kelapa sawit ke Singapura – Pembentukan AFTA yang turut mempromosikan rantau ASEAN sebagai pusat pelaburan antarabangsa semestinya akan menjadi daya tarikan kepada pelabur asing untuk datang ke negara ASEAN termasuk Malaysia (pilih mana-mana tiga) (c) Tiga kesan pembentukan AFTA kepada negara anggota ASEAN ialah: Mengurang atau menghapuskan sekatan perdagangan • Melalui AFTA, tarif atau cukai import yang dikenakan ke atas barangan yang didagangkan antara negara ASEAN akan dihapuskan • Keadaan ini telah mewujudkan satu pasaran negara ASEAN yang besar dan terbuka • Perkaitan dengan kes: – Persaingan dalam kalangan negara ASEAN untuk memasarkan produk yang berkualiti pada harga yang lebih kompetitif pasti meningkat apabila tarif atau cukai import dalam kalangan negara anggota dihapuskan – Pelaksanaan AFTA telah berjaya mewujudkan satu skala pasaran baharu yang cukup besar untuk semua negara anggota Meningkatkan imej semua negara anggota • Imej negara ASEAN akan meningkat kerana mampu menawarkan produk yang berkualiti pada harga yang lebih rendah, mampu menawarkan faktor pengeluaran pada kos yang lebih rendah, dan mampu menggunakan teknologi yang lebih moden dalam proses pengeluaran • Status ekonomi negara anggota dari pandangan negara maju turut meningkat kerana rantau ASEAN kini menjadi pusat pelaburan antarabangsa • Perkaitan dengan kes: – Persaingan dalam kalangan pengusaha negara ASEAN untuk memasarkan produk yang berkualiti pada harga yang lebih kompetitif pasti meningkat melalui pembentukan AFTA – Penggunaan teknik pengeluaran secara besar-besaran untuk menjimatkan kos pengeluaran di negara ASEAN turut membantu memaksimumkan penggunaan input pengeluaran termasuk tenaga buruh, jentera dan keupayaan pengeluaran – Pembentukan AFTA juga menggalakkan kemasukan teknologi baharu yang akan digunakan dalam proses pengeluaran – Pembentukan AFTA yang turut mempromosikan rantau ASEAN sebagai pusat pelaburan antarabangsa pasti menarik kemasukan pelabur asing ke rantau tersebut Meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara anggota • Amalan perdagangan bebas tanpa sebarang bentuk sekatan perdagangan dapat memupuk sikap saling mempercayai dan saling menghormati dalam kalangan negara anggota • Hubungan dalam kalangan negara anggota akan bertambah baik dan seterusnya, keamanan serantau akan terus terpelihara • Perkaitan dengan kes: Hubungan perdagangan yang lebih erat antara Malaysia dengan Indonesia sedikit sebanyak dapat mengurangkan pergeseran yang sering timbul berkenaan isuisu tertentu seperti pertindihan wilayah dan masalah jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia Soalan 9 (a) (i) Pihak yang digelar sebagai warga korporat dalam Mydin Mohamed Holdings Bhd. ialah: Pihak pengurusan N&L STPM PP P3(jwp).indd 134 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
134 135 • Terdiri daripada golongan profesional yang menguruskan sesebuah syarikat bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan termasuk memaksimumkan keuntungan • Perkaitan dengan kes: Warga korporat Mydin terdiri daripada Dato’ Ameer Ali sebagai pengurus tertinggi (pemilik), pengurus atasan, pengurus pertengahan dan pengurus bawahan (ii) Peranan warga korporat, iaitu pihak pengurusan Mydin dalam melahirkan masyarakat penyayang ialah: Dalam organisasi Pekerja • Menawarkan syarat pekerjaan (termasuk imbuhan) yang baik untuk pekerja, selaras dengan jawatan dan bidang tugas mereka • Mewujudkan suasana tempat kerja yang kondusif, selamat dan selesa untuk pekerja • Perkaitan dengan kes: Walaupun Dato’ Ameer Ali amat dikenali ramai sebagai seorang usahawan yang amat berjaya, beliau lebih selesa melabelkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang rendah diri, bertanggungjawab, penyayang dan sering mengambil berat tentang kebajikan pekerja serta masyarakat Luar organisasi Pelanggan • Menawarkan produk yang berkualiti kepada pelanggan pada harga yang murah • Menawarkan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan • Perkaitan dengan kes: – Mydin mengamalkan kegiatan pembelian secara pukal untuk menikmati harga yang lebih rendah daripada pengeluar. Konsep penjimatan kos ini bertepatan dengan falsafah perniagaan Mydin yang menawarkan pelbagai pilihan barang kepada pengguna pada harga borong – Mydin turut berjaya meraih keyakinan para pembeli beragama Islam dengan menawarkan pelbagai produk yang dapat memenuhi keperluan golongan ini seperti sejadah, barang hiasan berkonsepkan Islam dan pakaian ihram Masyarakat • Melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan • Memberi latihan keusahawanan kepada golongan muda dan bakal usahawan yang berminat menceburi bidang perniagaan • Perkaitan dengan kes: – Mydin berusaha membantu golongan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan anak-anak yatim. Antaranya, Mydin memberi duit raya kepada anakanak yatim, selain membawa mereka membeli-belah dan menjamu selera menjelang perayaan Hari Raya Puasa – Dato’ Ameer Ali sering mewakili Mydin bagi memberi ceramah motivasi kepada pelajar dan usahawan muda. Dalam ceramah tersebut, Dato’ Ameer Ali akan berkongsi ilmu dengan mereka tentang selok-belok perniagaan dan cara-cara untuk berjaya dalam perniagaan (b) Sebab Mydin Mohamed Holdings Bhd. menyokong konsep tanggungjawab sosial ialah: Meningkatkan taraf hidup masyarakat • Pelaksanaan tanggungjawab sosial merupakan saluran berkesan untuk membantu golongan yang memerlukan • Bantuan kewangan dan bukan kewangan yang diberikan dapat membantu golongan memerlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik • Perkaitan dengan kes: Mydin berusaha memenuhi keperluan golongan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan anak-anak yatim dengan memberi duit raya kepada anak-anak yatim, dan membawa mereka membeli-belah serta menjamu selera menjelang perayaan Hari Raya Puasa Memberi sumbangan balik kepada masyarakat • Perniagaan Mydin yang semakin berkembang telah mendorong Dato’ Ameer Ali untuk membalas jasa dan sokongan masyarakat terhadap perniagaan selama ini (tetap membeli barangan Mydin walaupun terdapat banyak pesaing di pasaran) • Salah satu cara ialah berkongsi ilmu perniagaan dengan generasi pelapis bagi melahirkan usahawan muda yang berkebolehan N&L STPM PP P3(jwp).indd 135 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
136 137 • Perkaitan dengan kes: Dato’ Ameer Ali melalui Mydin sering memberi ceramah motivasi kepada pelajar dan usahawan muda bagi berkongsi ilmu dengan mereka tentang selokbelok perniagaan dan cara-cara untuk berjaya dalam perniagaan Meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan • Konsep pembelian secara pukal bagi mendapatkan harga borong yang rendah dan pilihan barang yang luas di gedung beli-belah Mydin menjadi daya tarikan kepada banyak pelanggan • Kesannya, jualan dan keuntungan perniagaan Mydin meningkat • Perkaitan dengan kes: – Mydin mengamalkan kegiatan pembelian secara pukal untuk menikmati harga yang lebih rendah daripada pengeluar. Konsep penjimatan kos ini bertepatan dengan falsafah perniagaan Mydin yang menawarkan pelbagai pilihan barang kepada pengguna pada harga borong – Sifat Dato’ Ameer Ali yang amat prihatin dan pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat dengan baik dan berkesan telah memberi kelebihan kepada Mydin untuk mengatasi pesaingnya dari segi jualan dan keuntungan Meningkatkan imej korporat perniagaan • Penglibatan Mydin dalam aktiviti kemasyarakatan mampu mendekatkan pihak pengurusan syarikat dengan orang awam • Nama perniagaan lebih dikenali ramai dan ini akan meningkatkan imej korporat perniagaan di mata masyarakat dan pelabur/pemegang saham • Perkaitan dengan kes: – Pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat oleh Mydin yang memfokus pada usaha memenuhi keperluan golongan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan anakanak yatim, telah membantu meningkatkan imej perniagaan di mata orang ramai – Penglibatan Mydin dalam aktiviti kemasyarakatan setempat telah memperkukuh penjenamaan korporat syarikat ini Menunjukkan sokongan kepada kerajaan • Pelaksanaan tanggungjawab sosial oleh Mydin juga merupakan salah satu cara untuk menunjukkan sokongan kepada pihak kerajaan • Hal ini kerana usaha Mydin sedikit sebanyak dapat meringankan beban kerajaan dari segi masa dan kos untuk menjalankan program kemasyarakatan • Perkaitan dengan kes: Mydin berusaha membantu golongan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan anak-anak yatim dengan memberi duit raya kepada anak-anak yatim, membawa mereka membeli-belah serta menjamu selera menjelang perayaan Hari Raya Puasa. Usaha ini telah dapat meringankan beban agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Soalan 10 (a) Hak-hak pengguna produk SimplySiti ialah: Hak mendapat keselamatan • Hak pengguna untuk dilindungi daripada produk dan proses pengeluaran produk yang membahayakan keselamatan atau kesihatan pengguna • Perkaitan dengan kes: – Dato’ Siti Nurhaliza, iaitu pemilik perniagaan SimplySiti telah membuat pelaburan besar bagi menghasilkan produk kecantikan yang bermutu tinggi – Pihak pengurusan SimplySiti berusaha memastikan kandungan produk SimplySiti Dermagic adalah selamat pada kulit dengan menjalankan kajian dan ujian ke atas pengguna Hak mendapat maklumat • Hak pengguna untuk diberikan maklumat yang lengkap dan benar tentang sesuatu produk seperti kandungan, tarikh luput, harga, tanda halal dan manfaat penggunaan • Perkaitan dengan kes: – Pengguna yakin bahawa produk SimplySiti adalah halal berdasarkan pengesahan yang diberikan oleh JAKIM – Pengguna dimaklumkan bahawa kandungan produk SimplySiti Dermagic mampu meningkatkan perasaan gembira dalam diri pemakai – Semasa majlis pelancaran produk SimplySiti Dermagic di Sunway Hotel Resort & Spa, pengguna berupaya mendapatkan maklumat lanjut tentang produk itu, N&L STPM PP P3(jwp).indd 136 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
136 137 khususnya dari segi faedah penggunaan, harga dan jenis subproduknya Hak membuat pilihan • Hak pengguna untuk memilih barang yang dapat memenuhi keperluan/kehendaknya serta membuat perbandingan harga • Perkaitan dengan kes: Setelah mengetahui jenis subproduk yang terdapat dalam produk SimplySiti Dermagic, harga dan manfaat penggunaannya, pengguna kini diberi pilihan sama ada untuk membeli produk tersebut atau tidak. Pengguna yang ingin membeli produk tersebut boleh mendapatkannya di semua rangkaian kedai yang menjual produk SimplySiti di seluruh Malaysia dan Brunei seperti Guardian, Aeon Jusco, Aeon Big (Carrefour) dan Tesco Hak menyuarakan pendapat • Hak pengguna untuk menyuarakan pendapat berkenaan ciri produk sedia ada dan ciri yang diinginkan pada sesuatu produk • Perkaitan dengan kes: Selain memastikan kandungan produk SimplySiti Dermagic adalah selamat pada kulit, kajian dan ujian yang dijalankan ke atas 50 orang wanita juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada pengguna berpuas hati atau tidak dengan produk tersebut. Hasilnya, respon yang diberikan sangat positif, iaitu pengguna amat gembira dan sangat berpuas hati selepas menggunakan produk tersebut Hak mendapat keperluan asas • Hak pengguna untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan • Dari skop yang lebih sempit, manusia juga perlu menjalani kehidupan dengan perasaan gembira dan wanita pula memerlukan kecantikan wajah supaya dapat melayari kehidupan dengan lebih yakin dan bermakna • Perkaitan dengan kes: Produk SimplySiti Dermagic ternyata dapat memenuhi keperluan wanita untuk memiliki wajah yang cantik dan hidup dengan lebih gembira. Hal ini kerana hasil kajian dan ujian yang dijalankan mendapati campuran Advanced Hydro Collogen, Korean Plant Stem Cell dan endorphine (endorfin) yang terdapat dalam produk tersebut sememangnya dapat meningkatkan perasaan gembira dalam diri pemakai Hak mendapat ganti rugi • Hak pengguna untuk mendapat ganti rugi atau pampasan untuk pembelian/penggunaan barang yang rosak, tidak berkualiti atau membahayakan kesihatan pengguna • Perkaitan dengan kes: Seperti perniagaan lain yang mementingkan kebajikan pengguna, perniagaan SimplySiti semestinya memberi hak kepada pelanggannya untuk menuntut ganti rugi atas penggunaan produk yang tidak berkualiti atau gagal memenuhi keperluan mereka Hak mendapat pendidikan kepenggunaan • Hak pengguna untuk mendapat pendidikan kepenggunaan supaya dapat membuat keputusan pembelian yang bijak • Perkaitan dengan kes: Atas kesedaran bahawa pengguna berhak mendapat maklumat yang benar, tepat dan lengkap tentang produk terbaharunya, iaitu SimplySiti Dermagic, pihak pengurusan SimplySiti telah mengadakan majlis pelancaran produk tersebut di Sunway Hotel Resort & Spa. Maklumat seperti manfaat penggunaan dan harga produk serta terma/ syarat waranti dapat membantu pengguna untuk membuat keputusan pembelian yang bijak (b) Tiga manfaat yang dapat dinikmati oleh pihak pengurusan SimplySiti apabila melaksanakan tanggungjawab sosial ialah: Meningkatkan imej perniagaan • Keprihatinan perniagaan terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan seterusnya menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dapat meningkatkan imej perniagaan di mata orang ramai • Perkaitan dengan kes: Inisiatif pihak pengurusan SimplySiti dalam melancarkan kempen ‘SimplySiti Di Hati’ bagi membantu kanakkanak yang menghidap penyakit jantung telah membuktikan keprihatinan syarikat terhadap golongan yang memerlukan Mendekatkan perniagaan dengan masyarakat • Pelaksanaan tanggungjawab sosial dapat mendekatkan warga organisasi perniagaan dengan orang awam, sekali gus merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak serta menghapuskan persepsi bahawa perniagaan hanya mementingkan keuntungan semata-mata • Perkaitan dengan kes: Pihak pengurusan N&L STPM PP P3(jwp).indd 137 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
138 139 SimplySiti dan AirAsia X telah menganjurkan kempen SimplySiti Dermagic bagi memberi peluang kepada pembeli produk untuk memenangi percutian Stress-Free Getaway bersama-sama Dato’ Siti Nurhaliza ke Sydney, Australia. Selain bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia produk SimplySiti, kempen tersebut juga membolehkan peminat Dato’ Siti Nurhaliza untuk meluangkan masa bersama-sama beliau dan mengenali beliau dengan lebih dekat Meningkatkan daya saing perniagaan • Publisiti yang diadakan berkenaan program kemasyarakatan yang dijalankan oleh perniagaan pasti dapat membantu meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan • Hal ini kerana jenama produk perniagaan semakin dikenali oleh orang ramai • Perkaitan dengan kes: Selain status Dato’ Siti Nurhaliza sebagai penghibur terkenal, produk SimplySiti yang berkualiti dan penyertaan aktif perniagaan ini dalam program kemasyarakatan telah membantu menaikkan nilai pasaran SimplySiti. Oleh itu, tidak hairanlah pelancaran produk kosmetik dan penjagaan kulit atas jenama SimplySiti terus mendapat sambutan hangat daripada pelanggan, bukan sahaja dalam pasaran tempatan, malah di negara lain seperti Singapura, Brunei dan Indonesia Kertas Model STPM 1 Bahagian A 1 Maksud usahawan dan keusahawanan ialah: Usahawan: • Manusia yang mengenal pasti dan merebut peluang, berani mengambil risiko seterusnya mengambil inisiatif bagi memulakan perniagaan atau usaha teroka baharu • Dengan mengurus sumber-sumber (faktor pengeluaran) dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan keuntungan Keusahawanan: • Satu proses merebut peluang perniagaan di dalam situasi yang berisiko • Melibatkan perubahan, revolusi, perpindahan dan pengenalan pendekatan baharu 2 Antara faktor kejayaan seimbang ialah: • Jasmani – Aspek fizikal yang merujuk kepada jasad atau tubuh badan – Melibatkan penjagaan kesihatan, pengamalan pemakanan seimbang, senaman, istirahat dan lain-lain • Emosi – Emosi merupakan perkara dalaman individu – Melibatkan perubahan psikologi seperti gembira, sabar, syukur, tabah, tenang, marah, meradang, kecewa, sedih dan sebagainya • Rohani – Aspek dalaman berkaitan dengan jiwa – Bagi mendapatkan keseimbangan rohani, seseorang individu itu hendaklah mendekatkan diri kepada Tuhan dan melakukan ibadah-ibadah yang dituntut oleh agama – Menyemai nilai-nilai murni dan sifat-sifat terpuji dalam diri seseorang • Intelek – Berhubung dengan minda atau mental manusia – Bagi meningkatkan kemahiran intelek, seseorang itu hendaklah menganalisis, menulis, membentang, berbincang dan berkomunikasi 3 Antara kelebihan dan kelemahan mengambil alih perniagaan sedia ada ialah: Kelebihan mengambil alih perniagaan sedia ada • Pekerja mahir sedia ada • Perniagaan yang telah teguh dan mantap – nama telah dikenali, sistem pemasaran dan pengurusan yang telah teruji, telah ada hubungan yang baik dengan pembekal dan pihak bank • Pasaran sedia ada – telah ada pelanggan • Lokasi yang strategik Kelemahan mengambil alih perniagaan sedia ada • Menanggung beban kewangan kerana perniagaan yang diambil alih mungkin sedang mengalami kerugian • Reputasi dan rekod yang buruk kerana kemungkinan pemilik asal menjual perniagaan tersebut berpunca daripada masalah urus niaga tidak jujur yang menimbulkan kemarahan pembekal, pelanggan dan sebagainya • Pekerja lama mungkin berpindah ke organisasi lain apabila berlaku pertukaran pihak pengurusan • Pekerja sedia ada mungkin tidak sesuai dengan perubahan yang hendak dilakukan dan memberi masalah kepada pemilik baharu N&L STPM PP P3(jwp).indd 138 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
138 139 4 Antara kegunaan rancangan perniagaan kepada pihak berkepentingan ialah: • Pembiaya – Rancangan perniagaan yang baik dapat menggambarkan maklumat kewangan perniagaan untuk meyakinkan pembiaya seperti bank untuk memberi pinjaman – Rancangan perniagaan digunakan oleh bank untuk menilai sama ada usahawan mampu membayar balik pinjaman atau sebaliknya • Pembekal – Rancangan perniagaan yang baik dan berpotensi akan meyakinkan pembekal untuk membekalkan bahan mentah atau produk secara jualan kredit atau hutang • Pelanggan – Melalui rancangan perniagaan pelanggan dapat mengetahui sama ada produk yang dikeluarkan memenuhi kehendaknya atau tidak – Pelanggan juga rasa lebih selamat dan selesa kerana yakin produk yang digunakan selamat dan bersih • Pekerja – Pekerja dapat memahami tugasnya dengan jelas – Matlamat yang dapat dikongsi bersama,tahap hala tujunya, harapan syarikat kepadanya dan sumbangan yang perlu diberikan bagi mencapai matlamat syarikat • Pelabur – Untuk mengetahui secara terperinci perniagaan dan menilai sama ada perniagaan itu boleh maju, bersaing atau tidak – Ini perlu untuk pelabur membuat keputusan melabur dalam perniagaan itu • Kerajaan/agensi kerajaan – Sekiranya rancangan perniagaan yang disediakan dengan baik serta berpotensi ke arah keuntungan dan menyeluruh, maka pihak kerajaan menerusi agensi yang berkaitan akan meluluskan bantuan • Rakan kongsi – Rancangan perniagaan yang baik akan dapat menarik rakan kongsi untuk melabur dalam perniagaan, ini kerana rakan kongsi dapat mengetahui kedudukannya atau prestasi syarikat itu sama ada kukuh atau tidak • Pengurusan/usahawan – Garis panduan, hala tuju 5 Strategi memasuki perniagaan antarabangsa: (a) Import • Sebarang aktiviti perniagaan yang membabitkan pembelian produk atau perkhidmatan dari negara luar • Negara yang mengalami kekurangan sesuatu jenis produk atau perkhidmatan membeli daripada negara luar • Dilakukan untuk tujuan kepelbagaian produk untuk memenuhi cita rasa pengguna (b) Eksport • Penghasilan produk di dalam negara untuk dijual ke luar negara • Modal dan risiko yang dihadapi adalah rendah • Pengaliran masuk tukaran mata wang asing adalah lebih tinggi • Cara berkesan untuk meluaskan pasaran perniagaan 6 Tujuan Sebuah Organisasi Menjadi Syarikat Multinasional ialah: • Mendapatkan faktor pengeluaran seperti buruh dan bahan mentah pada harga yang lebih murah • Mengelak daripada dikenakan tarif atau cukai • Menikmati faedah daripada pemindahan teknologi dan kepakaran dari negara luar • Memperluas pasaran untuk produk • Menambah cawangan baharu di luar negara • Meningkatkan imej organisasi supaya dipandang tinggi oleh pelabur tempatan dan asing • Meningkatkan keuntungan organisasi 7 Antara kaedah melindungi pasaran domestik ialah: Kaedah Tarif • Melalui tarif import, iaitu cukai yang dikenakan ke atas barang yang diimport menyebabkan harga barang yang diimport daripada sesebuah negara adalah lebih tinggi berbanding barang keluaran tempatan • Secara tidak langsung, ia mengurangkan kuantiti barang yang diimport untuk melindungi industri baharu tempatan Kaedah Bukan tarif • Kuota – bertujuan untuk mengehadkan jumlah kemasukan sesuatu produk dalam kuantiti tertentu dalam tempoh tertentu • Subsidi eskport – kerajaan membayar sejumlah wang subsidi eskport terus kepada pengeluar (pengeksport) untuk mengurangkan bebannya kerana menjual produk baharu di pasaran antarabangsa bagi membolehkan produk ini bersaing dari aspek harga N&L STPM PP P3(jwp).indd 139 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
140 141 • Kawalan tukaran asing – jika negara mengimport barang dari luar negara, maka wujud penawaran mata wang asing melebihi mata wang tempatan, maka mata wang tempatan akan menurun • Embargo – sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Malaysia ke atas negara lain iaitu sama ada import/eksport terhadap semua kategori produk 8 Takrif etika perniagaan dan etika kerja ialah: Etika perniagaan • Pengajian yang mengandungi betul atau salah, baik atau buruk tindakan manusia dalam konteks perniagaan • Menekankan kepada standard moral yang digunakan dalam polisi perniagaan, institusi dan sikap peniaga • Contohnya, menjalankan perniagaan secara jujur, tidak menyorok barangan dan lain-lain Etika kerja • Etika kerja merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap manusia apabila melalukan suatu bidang kerja di tempat kerja berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia • Prinsip dan nilai yang terkandung di dalam etika kerja akan menjadi pegangan setiap warga organisasi • Contohnya, kod etika doktor, Tonggak Dua Belas, Kod Etika Pengarah dan sebagainya 9 Kelemahan melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap organisasi ialah: • Organisasi merasakan kurang bertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap masyarakat awam • Melibatkan kos yang tinggi • Pelanggaran matlamat mencapai keuntungan maksimum • Hanya dinikmati oleh masyarakat luar dan tidak memberikan faedah kepada perniagaan tersebut • Syarikat telah membayar cukai korporat kepada kerajaan 10 Antara peranan Better Business Bureau ialah: • Membekalkan maklumat luaran tentang sesebuah organisasi perniagaan kepada pengguna • Mengambil tindakan susulan ke atas aduan yang dibuat oleh pengguna tentang sesebuah organisasi perniagaan • Menyebarkan maklumat kepenggunaan melalui media massa • Menggalakkanamalanpenjualandanpengiklanan yang beretika dalam kalangan peniaga • Membantu menyelesaikan pertikaian antara pengguna dengan peniaga Bahagian B 11 (a) Antara ciri usahawan yang ada pada Datuk Wan Mohammad Sani Salleh ialah: Inovatif • Perubahan/penambahbaikan/pembaharuan produk atau perniagaan sedia ada • Perkaitan dengan kes: – Sani United meningkatkan perkhidmatan dengan menukarkan Bus kepada Dua Deck (double decker) dengan servis yang lebih baik kepada penumpang • Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan • Teknologi kemudahan dalam basjuga sangat memberi keselesaan pada penumpang Sanggup Berkorban • Komitmen dan keazaman yang tingi untuk memajukan perniagaan • Perkaitan dengan kes: – Ketika memulakan perniagaan tersebut, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat Berinisiatif • Mengambil tindakan yang proaktif sebelum sesuatu berlaku • Perkaitan dengan kes: – Beliau memulakan perniagaannya dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di Kuala Lumpur dan Terengganu. Selepas itu, beliau mula bergiat aktif dalam bidang pengangkutan Berani Menanggung Risiko • Mengambil tindakan yang tidak pasti hasilnya • Perkaitan dengan kes: – Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa • Pada tahun 2006, pinjaman sebanyak RM2 juta diterima dan sehingga kini menerima RM100 juta untuk keseluruhan perniagaannya Berwawasan/ Berpandangan jauh • Sentiasa maju ke hadapan dan mempunyai matlamat masa hadapan yang jelas N&L STPM PP P3(jwp).indd 140 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
140 141 • Perkaitan dengan kes: – Datuk Sani mempunyai visi yang jelas dan minat yang mendalam kerana keinginan beliau mengubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri Berkeyakinan/Keyakinan diri yang tinggi/ Optimistik • Sentiasa berpegang teguh terhadap keupayaan diri sendiri • Perkaitan dengan kes: – Datuk Sharifuddin dijadikan inspirasi dan memberi keyakinan kepada Datuk Sani selepas melihat rakannya itu berjaya dalam perniagaan sebagai Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn. Bhd. (b) Antara sumber pencetus idea Datuk Wan Mohammad Sani Salleh untuk menjalankan perniagaan pengangkutan ialah: Produk sedia ada • Produk sedia ada dalam pasaran dan boleh digunakan sebagai sumber idea untuk menghasilkan sesuatu produk baharu melalui pengubahsuaian dengan melakukan inovasi • Perkaitan dengan kes: – Sani United meningkatkan perkhidmatan dengan menukarkan Bus kepada Dua Deck (double decker) dengan servis yang lebih baik kepada penumpang • Segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan • Teknologi kemudahan dalam basjuga sangat memberi keselesaan pada penumpang Minat • Kecenderungan dan keinginan terhadap sesuatu bidang yang ingin diceburi • Perkaitan dengan kes: – Minat yang mendalam kerana keinginan beliau mengubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri Pengalaman • Situasi atau keadaan yang pernah dilalui atau dialami pada masa lalu • Perkaitan dengan kes: – Pengalaman silam menaiki pelbagai jenis bas mendorong beliau untuk mengusahakan perkhidmatan bas yang lebih baik berdasarkan pengalaman – Belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja – Dengan pemandu bas saya belajar; dengan mekanik pun saya belajar 12 Lima jenis kemudahan yang boleh diberikan kepada seorang usahawan ialah: Bantuan kewangan • Skim bantuan kewangan dan pinjaman untuk usahawan Bumiputera • Pinjaman mudah untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS), • Pinjaman Penempatan Semula Kilang (www. smidec.gov.my dan www.midf.com.my) • Kemudahan pinjaman daripada pihak bank dan institusi kewangan • Kemudahan kredit biasa dengan kadar faedah ditentukan oleh institusi kewangan Tapak kilang • Membantu usahawan mendapatkan premis atau lokasi perniagaan • Agensi utama yang menyediakan kemudahan ini termasuklah: – Malaysian Industrial Estate Limited (MIEL) – Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) – MARA • MIEL membina unit-unit kilang, ruang-ruang pejabat dan kilang dapat diperoleh melalui beberapa skim termasuklah sewa, skim pinjaman pajak dan skim sewa beli • UDA membantu usahawan mendapatkan ruang perniagaan yang sesuai termasuklah ruang pejabat dan kedai runcit di kawasan-kawasan bandar • MARA menyediakan tapak kilang, kompleks jualan dan pejabat, rumah-rumah kedai, bazar serta gerai untuk usahawan bumiputera Khidmat nasihat dan perundingan • Perkhidmatan pengurusan perundingan – Dari aspek merancang perniagaan, kaedah mengurus perakaunan, kaedah menganalisis penyata kewangan dan keputusan pelaburan, keperluan menyediakan penyata pendapatan, pelaburan tunai, sumbersumber menggunakan tabung serta kaedah menganalisis kos pengeluaran – Agensi kerajaan utama yang terlibat ialah NPC, MARA dan MEDEC N&L STPM PP P3(jwp).indd 141 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
142 143 • Program peningkatan kualiti barangan dan produktiviti – Perkhidmatan berkaitan pendaftaran kawalan mutu, membuat penyelidikan dan pembangunan serta bantuan bagi meningkatkan penggunaan teknologi tinggi, memodenkan sistem pengeluaran serta meningkatkan mutu barangan dan produktiviti – Agensi utama yang terlibat ialah Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) • Khidmat nasihat membangun dan mereka bentuk keluaran – Mempertingkatkan pembangunan dan reka bentuk barangan yang sedia ada, mempertingkat teknologi tempatan dengan menggalakkan syarikat tempatan mencipta keluaran baharu dan memperbaiki aktiviti perkilangan yang berkaitan dengan pengeluaran keluaran Pembangunan usahawan • Program Pembangunan Vendor – sebuah program khusus untuk membangunkan syarikat/ usahawan Bumiputera dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dalam industri berteknologi tinggi • Program Pembangunan Francais – satu program pemasaran berteraskan Konsep Persyarikatan Malaysia. Bertujuan untuk membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana dalam sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian • Program Mentor – syarikat besar iaitu syarikat mentor memberi latihan, bimbingan dan pendedahan kepada bakal-bakal usahawan serta usahawan kecil dan sederhana bumiputera (mentee) supaya mereka boleh berdikari dan bersaing dalam pasaran terbuka Pemasaran dan penyelidikan pasaran • Menyediakan bantuan pemasaran khususnya di peringkat pengurusan asas pemasaran • Sediakan kursus jangka pendek termasuklah: – Bidang-bidang pemasaran – Promosi jualan – Pengeksportan – Reka bentuk produk – Pembungkusan dan sebagainya • Agensi seperti MEDEC, NPC, Bank Pembangunan, SMIDEC, MARA, FAMA dan lain-lain • Contoh FAMA – membantu petani atau usahawantani memasarkan hasil keluaran pertanian seperti buah-buahan, sayur-sayuran, koko, kopi dan sebagainya 13 Berikut ialah cabaran yang dihadapi oleh syarikat multinasional: Struktur organisasi • Struktur organisasi syarikat berbeza • Bergantung pada persekitaran perniagaan, pasaran sasaran, keupayaan dan kemahiran pekerja dan kaedah operasi yang diamalkan oleh kedua-dua syarikat • Sukar memilih bentuk penjabatan • Sukar untuk menentukan pengagihan autonomi kepada subsidiari Kawalan pengurusan • Kaedah kawalan berbeza • Lokasi yang jauh menyukarkan penetapan kepada satu bentuk struktur pentadbiran sama ada pentadbiran berpusat atau tidak berpusat • Tidak berpusat, bermakna anak syarikat membuat keputusan, walaupun keputusan lebih tepat kerana anak syarikat lebih tahu selok-belok perniagaan di negara luar, namun syarikat induk sukar mengawal aktiviti anak syarikat • Pentadbiran berpusat, walaupun syarikat induk dapat mengawal aktiviti anak syarikat, keputusan yang diperoleh mungkin kurang tepat kerana syarikat induk tidak mahir selok-belok perniagaan di luar Politik dan perundangan • Kestabilan politik – kekuatan sistem politik dalaman tetapi juga ancaman dari luar • Dapat menjamin supaya pelaburan asing tidak terancam malah berterusan • Ketidakstabilan politik sering mengganggu operasi syarikat multinasional Undang-undang • Sistem perundangan antara negara berbeza • Contoh: produk yang dikeluarkan oleh anak syarikat multinasional mestilah berasaskan bahan mentah atau komponen-komponen tempatan • Peraturan-peraturan perdagangan yang ketat • Tarif – kos mengimport barangan meningkat/ GST • Pemiliknegaraan N&L STPM PP P3(jwp).indd 142 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
142 143 Ekonomi • Sistem ekonomi berbeza antara sesebuah negara dan ini mempengaruhi aktiviti PAB • Contoh: Sistem ekonomi, perancangan pusat kerajaan akan menentukan dan mengawal kegiatan ekonomi, negaranya seperti harga, cukai, jenis produk dan sebagainya • Ketidakstabilan ekonomi/inflasi/tukaran wang/ risiko kredit/perubahan kadar faedah • Berlaku pengangguran, hilang pekerjaan, maka permintaan terhadap produk multinasional kurang Sosiobudaya • Sikap dan penerimaan penduduk negara yang dimasuki terhadap produk luar dari negara tersebut • Kepelbagaian atau perbezaan agama di negara yang dimasuki seperti isu halal atau haram produk dari negara yang tidak pasti status halal dan haram • Bahasa yang digunakan di negara yang dimasuki perlu digunakan semasa berurusan dengan penduduk tempatan • Budaya/adat resam/cita rasa/gaya hidup yang sukar menerima produk luar negara Kertas Model STPM 2 Bahagian A 1 Aspek Usahawan Peniaga Pengurus Aktiviti • Berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang baharu • Sentiasa melakukan pembaharuan pada produk • Melakukan aktiviti jual beli sahaja • Tiada usaha untuk melakukan pembaharuan/ perubahan pada produk • Memastikan setiap pekerja bawahan melaksanakan kerja dan tugasan yang diberikan • Memastikan kelancaran perjalanan segala aktiviti pengurusan dalam perniagaan 2 Bagaimana ciri-ciri kreatif, inovatif dan berani telah membantu Tan Sri Tony Fernandes menjadi seorang yang berjaya dalam Air Asia Berhad • Kreatif melalui penubuhan sebuah syarikat penerbangan tambang murah • Inovatif apabila sentiasa melakukan perubahan dengan menambah destinasi baharu penerbangan • Berani menanggung risiko apabila sanggup mencagarkan rumah kepada pihak bank bagi mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan 3 Takrif francais pengilang produk dan francais lesen bertanda dagang berserta contoh Francais pengilang produk • Francaisi mendapat lesen daripada francaisor untuk mengeluarkan sesuatu barang mengikut formula, resipi atau reka bentuk yang disediakan oleh francaisor, dan kemudiannya memasarkan barang tersebut menggunakan sistem pemasaran yang disediakan oleh francaisor • Contohnya, The Coca-Cola Company yang beribu pejabat di Amerika Syarikat memberi hak pengilangan produk minuman ringan berkarbonat Coca-Cola kepada syarikat pengeluar tertentu di seluruh dunia Francais lesen bertanda dagang • Francaisi diberi lesen untuk menjual barangan francaisor dan diberi ganjaran, biasanya dalam bentuk komisen oleh francaisor • Tahap penglibatan francaisor dalam perniagaan francaisi adalah rendah iaitu sekadar memastikan audit pulangan atas jualan dilakukan secara betul dan munasabah • Contohnya, perniagaan yang menjual barang dengan watak Walt Disney serta produk berjenama Pierre Cardin dan Dunhill 4 Empat faedah seseorang usahawan menyediakan rancangan perniagaan • Dapat memberi panduan perjalanan sesebuah perniagaan untuk mencapai matlamat • Memahami perniagaan yang diceburi oleh seseorang usahawan itu secara menyeluruh • Usahawan itu juga dapat memahami dengan terperinci keadaan ekonomi, persaingan, peraturan kerajaan dan lain-lain faktor persekitaran N&L STPM PP P3(jwp).indd 143 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
144 145 • Usahawan juga dapat memahami strategi pemasaran, pengeluaran dan perniagaan yang akan digunakan • Usahawan dapat memahami kedudukan kewangan dan menyusun strategi kewangan pada tahun-tahun akan datang • Rancangan perniagaan boleh menjadi pengukur prestasi perniagaan • Dapat memberi keyakinan kepada pihak luar terutamanya pihak berkepentingan tentang keupayaan syarikat • Sebagai alat kawalan di samping dapat mengurangkan kesilapan • Dapat memaksimakan sumber-sumber organisasi 5 Syarikat Telco Galaxy boleh menceburi perniagaan antarabangsa melalui subsidiari apabila: • Syarikat Telco Galaxy membuat pelaburan modal kewangan secara terus dalam syarikat di luar negara (asing) • Syarikat Telco Galaxy juga boleh membuat pelaburan dalam bentuk tenaga kerja dan bahan mentah dalam syarikat asing • Pelaburan tersebut akan membolehkan syarikat Telco Galaxy (syarikat induk) mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas operasi dan perjalanan syarikat asing (subsidiari) tersebut Syarikat Telco Galaxy menghadapi risiko pemilikan negara apabila menceburi perniagaan antarabangsa di mana: • Kemungkinan kerajaan pemerintah negara syarikat subsidiari yang dimiliki oleh syarikat Telco Galaxy mengambil alih perniagaan tanpa membayar sebarang pampasan disebabkan perubahan sistem pemerintahan • Keadaan ini berlaku apabila kerajaan membuat keputusan untuk mengubah sistem ekonomi daripada sistem ekonomi kapitalis kepada sistem ekonomi sosialis (perancangan pusat) • Perubahan kepada pemerintahan komunisme menyebabkan berlaku pengambilalihan syarikat multinasional tanpa membayar apa-apa pampasan kepada syarikat Telco Galaxy 6 Empat fungsi surat pengesahan penghantaran laut • Resit penerimaan dan penghantaran • Bukti terma kontrak untuk penghantaran barang • Instrumen boleh niaga • Dokumen memindahkan hak milik 7 Risiko politik yang mungkin dihadapi oleh firmafirma Malaysia apabila beroperasi di peringkat antarabangsa Nasionalisasi Negara tuan rumah akan mengambil alih firma milik Malaysia tanpa membayar sebarang pampasan atau dengan sedikit pampasan Mengenakan cukai yang tinggi terhadap firma Malaysia Negara tuan rumah mungkin mengenakan cukai tinggi ke atas firma Malaysia untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dengan sesuatu tindakan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia Kawalan penghantaran pulang wang ke Malaysia Negara tuan rumah menghalang pengaliran keluar dana oleh firma Malaysia sama ada dalam bentuk untung dividen, royalti dan lain-lain ke Malaysia Kawalan pertukaran mata wang yang ketat Ada negara yang tidak membenarkan mata wang mereka ditukar kepada mata wang negara lain menyebabkan firma Malaysia tidak boleh menghantar pulang dana ke Malaysia tanpa tukaran mata wang Kerosakan/kerugian disebabkan oleh faktor-faktor di luar jangkaan • Banyak faktor berlaku memberi kesan ke atas kejayaan firma Malaysia • Contoh peperangan, pemberontakan, ancaman dan lain-lain 8 Tiga kelebihan komitmen warga korporat terhadap persekitaran dalam jangka panjang • Menjamin kelestarian persekitaran dalam jangka masa panjang (keberterusan atau kekal lama atau tidak pupus) / sustainability • Persekitaran akan bebas daripada sebarang masalah pencemaran • Penggunaan bahan mentah atau bahan semula jadi secara optimum untuk mengelakkan pembaziran • Mengelakkan masalah terhadap persekitaran seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain 9 Tiga kelebihan pelaksanaan Asean Free Trade Area (AFTA) kepada negara anggota • Menghapuskan cukai atau tarif dalam kalangan negara anggota membolehkan keluaran tempatan dijual kepada pengguna pada harga yang lebih murah • Persaingan sihat yang wujud dalam kalangan pengeluar serantau menggalakkan penghasilan barangan yang lebih berkualiti • Perpaduan yang dipupuk dalam kalangan negara anggota mengukuhkan integrasi antara penduduk dari negara berlainan yang berasal daripada pelbagai latar belakang N&L STPM PP P3(jwp).indd 144 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
144 145 • Kewujudan pasaran yang lebih luas dan peningkatan aliran modal menggalakkan pertumbuhan perusahaan baharu yang dapat menyumbang kepada kestabilan ekonomi ASEAN 10 Koridor Raya Multimedia (MSC) ialah zon pelaburan khas yang dibentuk untuk membolehkan syarikat berteknologi tinggi tempatan dan antarabangsa mencipta teknologi baharu Antara matlamat MSC ialah: • Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi dan kreativiti dalam penghasilan produk multimedia • Menggalakkan kerjasama antara syarikat tempatan dengan syarikat antarabangsa dalam memajukan industri teknologi multimedia supaya syarikat tempatan menjadi lebih berdaya maju dan berdaya saing • Mengkomersialkan hasil R&Duntuk menikmati manfaat optimum daripada hasil R&D tersebut Bahagian B 11 (a) Cara Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memulakan dan mengembangkan perniagaan Mengambil alih/pengambilalihan perniagaan sedia ada • Membeli perniagaan orang lain, menjadi rakan kongsi atau mewarisi perniagaan keluarga • Perkaitan dengan kes: – Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan memulakannya semula dengan menjual daging – Membeli syarikat Spark Manshop Memulakan sendiri • Menubuhkan sendiri satu perniagaan baharu dengan usaha mendaftarkan, mencari lokasi dan membuka perniagaan bermula pada peringkat awal lagi • Perkaitan dengan kes: – Menubuhkan Syarikat Shah untuk menjalankan perniagaan beras – Menubuhkan syarikat Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian Pakatan strategik – Usahasama • Satu kerjasama antara dua atau lebih syarikat atau unit-unit perniagaan bagi mencapai objektif masing-masing secara bersama. Usaha perkongsian atau gabungan antara dua buah firma atau lebih dalam urusan perniagaan • Kesemua pihak yang terlibat akan menyumbang modal • Kawalan dan kepunyaan entiti perniagaan itu akan dikongsi bersama • Perkaitan dengan kes: – Menubuhkan syarikat usahasama dengan dua orang peniaga Cina iaitu Ng Ghiak Gee, pedagang beras dan Chua Chong Tan, pengilang beras Pakatan strategik – Pelesenan • Persetujuan sebuah syarikat utama atau pemegang lesen memberi hak-hak tertentu kepada sesebuah syarikat atau penerima lesen di negara lain atau pasaran berbeza dengan syarikat utama untuk menghasilkan atau menjual produk syarikat berlesen tersebut • Perkaitan dengan kes: – Hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile (b) Ciri-ciri peribadi Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary yang menjadi rahsia kejayaan beliau Inisiatif yang tinggi • Mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa • Kecenderungan untuk mengenal pasti dan menganalisis sesuatu situasi serta mengambil tindakan secara proaktif • Perkaitan dengan kes: – Tan Sri Syed Mokhtar beralih daripada perniagaan daging kepada perniagaan pengangkutan – Menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada LPN – Menubuhkan syarikat usahasama dengan dua orang peniaga Cina Berani mengambil risiko • Mengambil tindakan yang tidak pasti hasilnya dengan membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko • Perkaitan dengan kes: – Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan dan memulakannya semula dengan menjual daging N&L STPM PP P3(jwp).indd 145 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
146 147 – Tan Sri Syed Mokhtar beralih daripada perniagaan daging kepada perniagaan pengangkutan Inovatif • Sentiasa ingin membuat pembaharuan/ perubahan/penambahbaikan produk/ perniagaan sedia ada • Perkaitan dengan kes: – Membeli daging yang tidak terjual dan kemudian membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar Bijak merebut peluang • Dapat meramal dan menganalisis peluang yang boleh membawa keuntungan • Peka kepada perubahan persekitaran • Perkaitan dengan kes: – Berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras kepada pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan Sergam Sdn. Bhd. – Berjaya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan (c) Peranan agensi kerajaan yang terlibat dalam membantu kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary Kewangan • Menyediakan bantuan dalam bentuk skim, tabung atau geran dengan memberi pinjaman wang sebagai sumber modal • Perkaitan dengan kes: – Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memberikan bantuan sebanyak RM110 000 dalam bentuk pinjaman yang digunakan untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS Pemasaran • Membantu mencari dan menyediakan peluang pemasaran produk • Perkaitan dengan kes: – Kontrak membekalkan beras kepada pihak kerajaan seperti FELDA, MARA, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor – Kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Kesihatan Khidmat Nasihat dan Perundingan/ Pendaftaran dan Pelesenan • Mengeluarkan permit dan lesen untuk menjalankan perniagaan • Perkaitan dengan kes: – Memberi permit kenderaan bagi empat lori Kelas A – LPN memberi lesen perdagangan beras 12 Sekiranya memilih memulakan sendiri: Kebaikan memulakan sendiri: • Bebas untuk memilih lokasi yang sesuai – restoran atau warung makanan yang strategik • Peluang untuk membentuk imej yang tersendiri – jenis-jenis makanan yang hendak dipasarkan. Contohnya, makanan tradisonal, Cina, Barat dan lain-lain • Bebas untuk memilih kakitangan, pembekal, produk baharu, bahan-bahan mentah dan lainlain • Bebas untuk membuat keputusan tanpa campur tangan pihak luar seperti kaedah susun atur kedai restoran dan lain-lain • Bebas memilih kemudahan fizikal yang diperlukan seperti perabot, peralatan dapur dan lain-lain Kelemahan sistem francais kepada Cik Julia: • Tiada kebebasan kerana perlu mengikut peraturan oleh francaisor. Sebagai contoh bahan mentah serta susun atur premis perniagaan perlu ikut peraturan francaisor • Yuran yang dikenakan oleh francaisor mahal. Sebagai contoh makanan segera KFC RM800 000 • Undang-undang yang mengawal perniagaan francais kurang ketat • Risiko ditipu oleh francaisorseperti tiada bantuan yang diberikan Sekiranya memilih untuk mengikut sistem francais, kebaikannya: • Berisiko rendah • Berpeluang untuk memperdagangkan produk yang sudah terkenal jenamanya seperti McDonalds dan KFC • Berpeluang untuk memperoleh kaedah pengurusan yang telah terbukti berjaya • Mendapat panduan dan bimbingan, pemasaran serta bantuan kewangan daripada francaisor Kelemahan memulakan sendiri: N&L STPM PP P3(jwp).indd 146 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
146 147 • Tiada rekod perniagaan terdahulu sebagai panduan • Perlu mencari pelanggan baharu • Usaha yang memakan masa • Kesukaran mendapatkan pinjaman atau kemudahan pembiayaan • Pekerja yang tidak terlatih • Lokasi yang tidak strategik 13 Rancangan perniagaan mengenai aspek pemasaran perniagaan tersebut Sasaran pasaran • Siapakah pelanggan utama • Golongan remaja • Mahasiswa, pelajar sekolah, kanak-kanak dan lain-lain • Tahap pendapatan pelanggan • Tahap pendidikan pelanggan Persaingan • Senarai pesaing • Syarikat baharu atau syarikat sedia ada • Peratusan sumbangan dalam pasaran di kawasan setempat Dan kaitkan kedua-duanya ke dalam 4 campuran pasaran • Produk • Barangan atau perkhidmatan yang diberikan, nilai tambah produk • Ciri-ciri perkhidmatan yang unik berbanding dengan pesaing • Ciri-ciri lain yang mendapat kelebihan bersaing Harga • Perlu realistik, berpatutan, kompetitif dan menjana keuntungan • Perlu juga diambil kira • Selaras dengan kemudahan / perkhidmatan yang disediakan • Permintaan pengguna • Harga pesaing • Sensitiviti pengguna terhadap perubahan harga • Kos Promosi • Pilihan media/publisiti yang ingin digunakan • Belanjawan • Keupayaan untuk promosi melalui ICT Tempat • Sesuai atau tidak dengan sasaran pasaran • Kelebihan lokasi • Berhampiran dengan kawasan tumpuan remaja seperti universiti, kilang dan asrama • Masuk dalam kawasan MSC sesuai dengan perniagaan yang dijalankan dari segi kemudahan dan prasarana • Di kawasan celik teknologi maklumat– terdapat tahap pendidikan dan pendedahan terhadap teknologi maklumat merupakan satu kelebihan N&L STPM PP P3(jwp).indd 147 22/06/2023 11:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.