The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teks Efektif STPM Pengajian Perniagaan Sem 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2026-04-28 01:57:36

Teks Efektif STPM Pengajian Perniagaan Sem 1

Teks Efektif STPM Pengajian Perniagaan Sem 1

PENERBIT ILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


BAB 1 Perniagaan dan Persekitarannya1.1 Pengenalan kepada Perniagaan 21.1.1 Perniagaan dan bukan Perniagaan 21.1.2 Faktor Pengeluaran 91.1.3 Proses Perniagaan 111.2 Aktiviti Perniagaan 131.2.1 Jenis Aktiviti Perniagaan BerasaskanPengeluaran 131.2.2 Aktiviti Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan 151.2.3 Sektor Perniagaan 181.2.4 Klasifikasi Perniagaan 261.2.5 Kepentingan Perniagaan Antarabangsa dalam Ekonomi 281.3 Persekitaran Perniagaan 291.3.1 Persekitaran Umum 291.3.2 Persekitaran Tugas 321.4 Entiti Perniagaan 351.4.1 Jenis Pemilikan Entiti Perniagaan 351.4.2 Langkah Penubuhan bagi Setiap EntitiPerniagaan 41Tinjau Bab 44Fokus STPM 1 49BAB 2 Pengurusan2.1 Pengenalan kepada Pengurusan 532.1.1 Fungsi Pengurusan 542.1.2 Konsep Keberkesanan dan Kecekapan 562.1.3 Peranan Pengurus 592.2 Kemahiran Pengurusan 632.2.1 Peringkat Pengurusan 632.2.2 Jenis Kemahiran Pengurusan 662.3 Perancangan 702.3.1 Proses Perancangan 712.3.2 Perancangan Strategik 742.3.3 Perancangan Taktikal 1102.3.4 Perancangan Operasi 1132.4 Pengorganisasian 1152.4.1 Reka Bentuk Organisasi 1212.4.2 Proses Pengorganisasian 1362.5 Kepimpinan 1382.5.1 Jenis Kuasa 1392.5.2 Jenis-jenis Kepimpinan 1422.5.3 Gaya Kepimpinan 1452.5.4 Pemimpin dan Pengurus 1502.5.5 Pemimpin Formal dan Tidak Formal 1522.5.6 Motivasi 1532.5.7 Pasukan Kerja 1612.6 Pengawalan 1652.6.1 Proses Kawalan 1652.6.2 Kaedah Kawalan 1672.6.3 Alat-alat Kawalan 169Tinjau Bab 172Fokus STPM 2 182BAB 3 Pembuatan Keputusan3.1 Jenis Keputusan 1863.1.1 Maksud dan Kepentingan PembuatanKeputusan 1863.1.2 Jenis Keputusan 1883.1.3 Pengaruh Faktor Situasi terhadapPembuatan Keputusan 1893.2 Model Pembuatan Keputusan 1923.2.1 Takrif Model Pembuatan Keputusan 1923.2.2 Model Pembuatan Keputusan 1923.3 Proses Pembuatan Keputusan 1983.4 Gaya Pembuatan Keputusan 2033.4.1 Gaya Direktif (Directive Style) 2033.4.2 Gaya Analitik (Analytical Style) 2043.4.3 Gaya Konseptual (Conceptual Style) 2053.4.4 Gaya Tingkah Laku (Behavioral Style) 206Tinjau Bab 208Fokus STPM 3 211Latihan Kajian Kes 214Kertas Model STPM 226Jawapan 230Skema Pentaksiran STPM ..................................................................................................................................................... iiiJadual Analisis Soalan STPM Semester 1 (2026) ................................................................................................................. ivUlasan Soalan STPM Semester 1 (2026)............................................................................................................................... vKandungan00 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) KDGSKEMA 5pp.indd 2PENERBIT 15/04/2026 2:35 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Semester PengajianKod danNama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa PentadbiranSemester1946/1PengajianPerniagaan 1Ujian Bertulis 100 (33.33%)2 Jam30 minitPentaksiran berpusatBahagian A:• 4 soalan berbentuk esei diberikan.• Jawab 2 soalan sahaja.60Bahagian B:1 soalan kajian kes dan termasuk sebahagiannya soalan berbentukprinsip atau konsep berkaitan dengantajuk-tajuk dalam semesterberkenaan.40Semester2946/2PengajianPerniagaan 2Ujian Bertulis 100 (33.33%)2 Jam30 minitPentaksiran berpusatBahagian A:• 4 soalan berbentuk esei diberikan.• Jawab 2 soalan sahaja.60Bahagian B:1 soalan kajian kes dan termasuk sebahagiannya soalan berbentukprinsip atau konsep berkaitan dengantajuk-tajuk dalam semesterberkenaan.40Semester3946/3PengajianPerniagaan 3Ujian Bertulis 100 (33.33%)2 Jam30 minitPentaksiran berpusatBahagian A:• 4 soalan berbentuk esei diberikan.• Jawab 2 soalan sahaja.60Bahagian B:1 soalan kajian kes dan termasuk sebahagiannya soalan berbentukprinsip atau konsep berkaitan dengantajuk-tajuk dalam semesterberkenaan.40Skema Pentaksiran STPMiii00 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) KDGSKEMA 5pp.indd 3PENERBIT 15/04/2026 2:35 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Jadual Analisis Soalan STPM Semester 1 (2026)Tajuk2026 Target 2027 Target 2028Bahagian Bahagian BahagianA [Esei] B [Kes] A [Esei] B [Kes] A [Esei] B [Kes]60 markah 40 markah 60 markah 40 markah 60 markah 40 markah1 Perniagaan dan Persekitarannya1(a)2(a)3(a)5(a)5(a)2 Pengurusan1(a)2(a)3(a)4(a)5(a)5(c)3 Pembuatan Keputusan3(a)4(a)Jumlah 4 1iv00 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) KDGSKEMA 5pp.indd 4PENERBIT 15/04/2026 2:35 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Bahagian A: Struktur [60 markah]Bil. Soalan Ulasan Kehendak Soalan1 (a) Huraikan lima kepentingan perniagaan kepada negara. [10]• Soalan aras sederhana.• Menguji kefahaman pelajar tentang sumbangan perniagaan kepada pembangunan negara.• Calon perlu memberikan lima fakta kepentingan.• Setiap fakta perlu disertakan satu huraian sahaja.• Jawapan perlu berkaitan kesan kepada negara, bukan kepada pengguna atau masyarakat.• Antara fakta yang boleh diterima:1 Kepentingan meningkatkan pendapatan negara2 Kepentingan meningkatkan pertumbuhan ekonomi atau KDNK3 Kepentingan mewujudkan peluang pekerjaan4 Kepentingan membangunkan industri sokongan5 Kepentingan mengurangkan pertukaran wang asing6 Kepentingan membangunkan modal insan7 Kepentingan membangunkan kemudahan awam atau infrastruktur• Hanya lima jawapan pertama diterima(b) Jelaskan lima langkah dalam proses pembentukan pasukan.[20]• Soalan aras sederhana.• Menguji pengetahuan tentang teori perkembangan pasukan (Tuckman Model).• Jawapan perlu dimulakan dengan mukadimah ringkas.• Calon perlu menjelaskan lima langkah mengikut urutan.• Setiap langkah memerlukan fakta + huraian + contoh.• Antara langkah yang perlu dihuraikan:1 Pembentukan (Forming)2 Peributan (Storming)3 Penyesuaian (Norming)4 Pelaksanaan (Performing)5 Penangguhan (Adjourning)• Contoh perlu berkaitan aktiviti pasukan dalam organisasi.2 (a) Huraikan empat langkah pertama yang terlibat dalam proses perniagaan kilang pembuatan kereta. [8]• Soalan aras mudah.• Jawapan perlu mukadimah sesuai dengan proses perniagaan kilang pembuatan kereta.• Menguji pemahaman tentang proses asas sistem perniagaan.• Calon perlu memberikan empat fakta mengikut urutan proses.• Setiap fakta memerlukan satu huraian sahaja.• Antara langkah yang perlu dijelaskan:1 Input2 Proses tambah nilai atau transformasi3 Output4 Pemasaran• Huraian perlu menunjukkan hubungan antara proses pengeluaran kereta dengan pemasaran kereta.Ulasan Soalan STPM Semester 1 (2026)v00 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) KDGSKEMA 5pp.indd 5PENERBIT 15/04/2026 2:35 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Bil. Soalan Ulasan Kehendak Soalan(b) Huraikan lima jenis kemahiran pengurusan. [10]• Soalan aras sederhana.• Menguji kefahaman calon terhadap kemahiran asas pengurus dalam organisasi.• Calon perlu memberikan lima fakta kemahiran pengurusan.• Setiap fakta perlu disertakan satu huraian.• Antara kemahiran yang boleh diterima:1 Kemahiran konseptual2 Kemahiran antara perorangan atau kemanusiaan3 Kemahiran teknikal4 Kemahiran pengurusan masa5 Kemahiran pembuatan keputusan(c) Jelaskan empat jenis kepimpinan dalam sesebuah organisasi. [12]• Soalan aras sederhana.• Menguji kefahaman calon tentang gaya kepimpinan moden.• Jawapan perlu dimulakan dengan intro ringkas.• Calon perlu memberikan empat jenis kepimpinan.• Setiap jawapan memerlukan fakta + huraian + contoh.• Antara jenis kepimpinan yang diterima:1 Kepimpinan transaksional2 Kepimpinan transformasi3 Kepimpinan karismatik4 Kepimpinan berwawasan3 (a) Huraikan lima aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan. [12]• Soalan aras mudah hingga sederhana.• Menguji kefahaman tentang jenis aktiviti perniagaan sektor perkhidmatan.• Calon perlu memberikan lima fakta sahaja.• Setiap fakta perlu disertakan satu huraian ringkas.• Antara aktiviti yang boleh diterima:1 Peruncitan2 Pemborongan3 Kewangan4 Profesional5 Perhotelan6 Pendidikan7 Gig8 Pengangkutan atau logistik9 Telekomunikasi10 Pelancongan• Hanya lima jawapan pertama diterima.(b) Huraikan empat langkah dalam proses kawalan. [8]• Soalan aras mudah.• Menguji kefahaman tentang proses kawalan dalam fungsi pengurusan.• Calon perlu menyatakan empat langkah kawalan mengikut urutan.• Setiap langkah memerlukan fakta + huraian.• Langkah kawalan ialah:1 Menetapkan standard2 Mengukur pencapaian3 Membandingkan pencapaian dengan standard4 Membuat langkah pembetulanvi00 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) KDGSKEMA 5pp.indd 6PENERBIT 15/04/2026 2:35 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Bil. Soalan Ulasan Kehendak Soalan(c) Jelaskan tiga model pembuatan keputusan.[12]• Soalan aras sederhana hingga tinggi.• Menguji kefahaman pelajar terhadap teori pembuatan keputusan pengurus.• Calon perlu menjelaskan tiga model keputusan.• Setiap jawapan memerlukan fakta + huraian + contoh.• Model yang diterima:1 Model klasik2 Model pentadbiran3 Model politik4 (a) Jelaskan lima langkah dalam proses pengorganisasian. [15]• Soalan aras sederhana.• Menguji kefahaman tentang fungsi pengorganisasian dalam pengurusan.• Calon perlu menjelaskan lima langkah proses pengorganisasian.• Setiap jawapan memerlukan fakta + huraian + contoh.• Langkah yang perlu dijelaskan ialah:1 Penentuan objektif2 Pengenalpastian aktiviti3 Pengelasan aktiviti4 Pengelompokan aktiviti5 Pengagihan tugas, autoriti dan tanggungjawab(b) Jelaskan lima langkah dalam proses pembuatan keputusan rasional dalam sesebuah organisasi. [15]• Soalan aras sederhana hingga tinggi.• Menguji kefahaman pelajar terhadap model rasional pembuatan keputusan.• Jawapan perlu dimulakan dengan intro ringkas.• Calon perlu menjelaskan lima langkah proses keputusan rasional.• Setiap langkah memerlukan fakta + huraian + contoh.• Langkah tersebut ialah:1 Mengenal pasti masalah2 Mengutip data3 Menganalisis data4 Menjana alternatif5 Menilai alternatifvii00 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) KDGSKEMA 5pp.indd 7PENERBIT 15/04/2026 2:35 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Bahagian B: Kajian Kes [40 markah]Bil. Soalan Ulasan Kehendak Soalan5 (a) Jelaskan faktor persekitaran umum terhadap perniagaan ZUS Coffee. [15]• Soalan aras tinggi kerana memerlukan analisis kes.• Calon perlu mengenal pasti lima faktor persekitaran umum daripada petikan kes.• Setiap jawapan perlu mengandungi fakta + huraian + kaitan kes.• Antara faktor yang boleh dikenal pasti:1 Antarabangsa2 Persaingan dan jaringan3 Prasarana4 Ekonomi5 Teknologi6 Sosiobudaya• Calon perlu memetik ayat atau maklumat daripada petikan kes sebagai bukti.(b) Jelaskan faktor persekitaran tugas terhadap perniagaan ZUS Coffee. [12]• Soalan aras sederhana hingga tinggi.• Calon perlu mengenal pasti empat faktor persekitaran tugas dalam kajian kes.• Jawapan perlu mengandungi fakta + huraian + kaitan kes.• Antara faktor yang boleh diterima:1 Masyarakat2 Pemodal atau pelabur3 Pesaing4 Pelanggan5 Pekerja• Jawapan mesti disokong dengan ayat bukti daripada kes ZUS Coffee.(c) Jelaskan tiga tahap perancangan strategik ZUS Coffee. [13]• Soalan aras tinggi kerana memerlukan analisis strategi dalam kes.• Calon perlu menjelaskan tiga tahap perancangan strategik.• Jawapan perlu mengandungi fakta + huraian + kaitan kes.• Tahap strategi ialah:1 Strategi korporat2 Strategi perniagaan3 Strategi operasi atau fungsian• Calon perlu mengaitkan aktiviti ZUS Coffee dalam petikan kes dengan tahap strategi tersebut.viii00 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) KDGSKEMA 5pp.indd 8PENERBIT 15/04/2026 2:35 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


InfografikBABPerniagaan dan PersekitarannyaPerniagaan danbukan PerniagaanAktiviti Perniagaan Berasaskan PengeluaranPersekitaranUmumMilikanTunggalKepentinganPerniagaan Aktiviti Perniagaan Berasaskan PerkhidmatanPersekitaranTugas PerkongsianKepentinganKeuntunganSektorPerniagaanSyarikatFaktorPengeluaranKlasifikasiPerniagaanKoperasiProsesPerniagaanKepentingan Perniagaan Antarabangsa dalam Ekonomi1.1 Pengenalan kepada Perniagaan1.2 Aktiviti Perniagaan1.3 Persekitaran dan Cabaran Perniagaan1.4 Entiti Perniagaan1BAB Perniagaan danPersekitarannya101 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 1PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB1.1 Pengenalan kepada Perniagaan Perniagaan melibatkan interaksi antara manusia dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Selagi ada aktiviti-aktiviti ini, selagi itulah akan wujud peluang-peluang perniagaan. Namun, mengenal pasti peluang perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Kebanyakan jenis perniagaan yang ingin dijalankan sudah pun diusahakan oleh orang lain. Oleh itu, ramai yang berasa takut untuk terlibat dalam dunia perniagaan kerana kesukaran dalam mengenal pasti peluang yang ada. Namun, peluang ini sebenarnya wujud bagi mereka yang memiliki sifat-sifat keusahawanan.1.1.1 Perniagaan dan bukan PerniagaanMaksud serta Perbandingan Perniagaan dan Bukan PerniagaanSesebuah organisasi boleh wujud dan terbentuk dalam dua kategori utama, iaitu organisasi perniagaan dan organisasi bukan perniagaan.Maksud PerniagaanPerniagaan melibatkan aktiviti pertukaran nilai, iaitu urus niaga jual beli barangan dan perkhidmatan antara penjual dengan pembeli pada harga, kuantiti, masa dan tempat tertentu yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum.Maksud Bukan PerniagaanOrganisasi bukan perniagaandibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu agensi kerajaan dan badan sukarelawan.Tahukah AndaHasil PembelajaranMenghuraikan maksud perniagaan dan bukan perniagaan serta membuat perbandingan antara keduaduanya.Agensi kerajaan ditubuhkan untuk melindungi kepentingan rakyat dan menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat seperti hospital, sekolah, bomba dan sebagainya.Info ekstraPerniagaan dan Persekitarannya201 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 2PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BABPerbandingan antara Perniagaan dengan Bukan PerniagaanJadual 1.1 Perbandingan antara perniagaan dengan bukan perniagaanAspek Organisasi Perniagaan OrganisasiBukan PerniagaanTujuan danMatlamatKewanganMatlamat utama ialah keuntungan maksimum untuk kepentingan organisasi.Matlamat utama ialah meningkatkan kebajikan ahli, sosial dan kepentingan bersama.SumberKewanganSumber kewangan daripada modal sendiri dan keuntunganperniagaan.Sumber kewangan daripada yuran ahli dan sumbangan masyarakat, tajaan, derma atau swasta.AktivitiAktiviti utama ialah pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan.Aktiviti utama bercorak kemasyarakatan seperti kempen, kursus/ceramah dan lain lain.AktaPenubuhan tertakluk kepada undang-undang perniagaan (Akta Syarikat 1965, Akta Perkongsian 1974, Akta Koperasi 1948).Penubuhan tertaklukkepada Akta Pertubuhan 1966.PendaftaranPendaftar Syarikat, Pendaftar Perniagaan, Jabatan Pembangunan Koperasi.Pendaftar Pertubuhan.Bentuk Syarikat, perkongsian, milikan tunggal dan koperasi.Badan bukan kerajaan,parti politik, kelab dan persatuan.PengukuranKejayaanKejayaan diukur berdasarkan keuntungan, pertumbuhanpasaran dan kepuasan pelanggan.Kejayaan diukurberdasarkan keberkesanan dalam mencapai matlamatyang ditetapkan seperti peningkatan kesejahteraan komuniti atau kejayaan program yang dijalankan.StrukturOperasiStruktur organisasi biasanya berorientasikan keuntungan dengan hierarki pengurusan yang dirancang untuk memaksimumkan produktiviti dan keuntungan.Struktur organisasi cenderung berfokus pada pemenuhan misi dan lebih fleksibel dengan tumpuan kepada penglibatan masyarakat dan kerjasama.Badan sukarelawan merupakan sekumpulan individu bertujuan menjaga kepentingan ahli serta menyediakan perkhidmatan tertentu kepada ahli atau masyarakat umum seperti FOMCA, PEMADAM, Greenpeace dan sebagainya.Info ekstraPerniagaan dan Persekitarannya301 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 3PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BABKepentingan PerniagaanKepentingan Perniagaan kepada PenggunaBerikut ialah kepentingan perniagaan kepada pengguna:1 Menyediakan barang dan perkhidmatan(a) Perniagaan menghasilkan dan menawarkan barang serta perkhidmatanyang diperlukan bagi memenuhi keperluan asas dan kehendak penggunadalam kehidupan harian.(b) Melalui aktiviti pengeluaran dan pemasaran, pengguna dapat memperoleh produk yang berkualiti dan selamat digunakan mengikut piawaian tertentu.(c) Kewujudan perniagaan membolehkan pengguna mendapatkan bekalan produk secara berterusan di pasaran tanpa perlu menghasilkannya sendiri.2 Mempelbagaikan pilihan produk(a) Perniagaan menawarkan pelbagai jenis produk, jenama dan variasi bagi memenuhi cita rasa pengguna yang berbeza.(b) Persaingan antara perniagaan mendorong pengeluar menghasilkan produk inovatif dan reka bentuk yang lebih menarik.(c) Kepelbagaian produk membolehkan pengguna membuat pilihan terbaik berdasarkan harga, kualiti dan keperluan masing-masing.3 Menyediakan perkhidmatan selepas jualan(a) Perniagaan menyediakan jaminan produk, penyelenggaraan dan khidmat pembaikan selepas pembelian dibuat oleh pengguna.(b) Perkhidmatan selepas jualan membantu meningkatkan kepuasan dan keyakinan pengguna terhadap produk yang dibeli.(c) Sokongan selepas jualan juga memastikan pengguna memperoleh nilai penggunaan yang lebih lama dan berbaloi.4 Menggalakkan penyertaan pengguna sebagai pembekal(a) Perniagaan membuka peluang kepada pengguna setempat untuk menjadi pembekal bahan mentah atau komponen kepada organisasi perniagaan.(b) Penyertaan ini mewujudkan peluang pendapatan dan aktiviti ekonomidalam kalangan masyarakat pengguna.(c) Hubungan ini turut mewujudkan rantaian bekalan tempatan yang lebihkukuh dan stabil antara perniagaan dan pengguna.5 Menawarkan harga yang lebih kompetitif(a) Persaingan antara perniagaan menyebabkan pengeluar menetapkan harga yang lebih kompetitif dan berpatutan kepada pengguna.(b) Promosi seperti diskaun, jualan murah dan pakej penjimatan membolehkan pengguna memperoleh produk pada kos lebih rendah.(c) Situasi ini membantu pengguna membuat pembelian yang lebih menjimatkan dan meningkatkan kuasa beli.6 Memberikan maklumat dan pendidikan pengguna(a) Perniagaan menyediakan maklumat produk melalui label, iklan dan promosi bagi membantu pengguna memahami ciri produk.(b) Maklumat ini membolehkan pengguna membuat keputusan pembelian yang lebih rasional dan bijak.(c) Pendedahan terhadap maklumat produk juga meningkatkan kesedaran pengguna tentang kualiti, keselamatan dan penggunaan produk.Pengguna merujuk individu atau pihak yang memanfaatkan barang, perkhidmatan atau sumber alam semula jadi untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.Info ekstraHasil PembelajaranMenjelaskan kepentingan perniagaan terhadap pengguna, masyarakat, ekonomi dan negara.Perniagaan dan Persekitarannya401 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 4PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BABKepentingan Perniagaan kepada MasyarakatBerikut ialah kepentingan perniagaan kepada masyarakat:1 Meningkatkan kualiti hidup masyarakat(a) Aktiviti perniagaan menyediakan pelbagai barang dan perkhidmatan berkualiti yang dapat meningkatkan taraf kehidupan masyarakat.(b) Masyarakat dapat menikmati kemudahan moden dan teknologi baharu hasil inovasi yang dihasilkan oleh organisasi perniagaan.(c) Keadaan ini membantu masyarakat memperoleh kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera.2 Mewujudkan peluang pekerjaan(a) Perniagaan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat melalui pengambilan pekerja dalam pelbagai bidang.(b) Peluang pekerjaan ini membantu masyarakat memperoleh pendapatan tetap untuk menyara kehidupan.(c) Keadaan ini juga dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat.3 Membangunkan masyarakat setempat(a) Perniagaan memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menceburi aktiviti perniagaan kecil atau menjadi pembekal.(b) Aktiviti ini membantu meningkatkan aktiviti ekonomi tempatan dan pendapatan komuniti.(c) Keadaan ini seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi kawasan setempat.4 Memenuhi keperluan masyarakat(a) Perniagaan menyediakan pelbagai barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan harian masyarakat.(b) Produk yang ditawarkan membantu masyarakat memperoleh kemudahan hidup seperti makanan, pakaian dan perkhidmatan penting.(c) Keadaan ini memastikan masyarakat dapat menjalani kehidupan yang lebih teratur dan selesa.5 Menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR)(a) Perniagaan melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat bagi membantu masyarakat yang memerlukan.(b) Antara bentuk sumbangan ialah tajaan pendidikan, biasiswa, derma dan bantuan kebajikan kepada komuniti setempat.(c) Usaha ini dapat meningkatkan kesejahteraan sosial dan hubungan baik antara perniagaan dengan masyarakat.6 Menyokong pembangunan kemudahan awam (Fakta tambahan)(a) Sesetengah organisasi perniagaan menyumbang kepada pembangunan kemudahan awam seperti pembinaan taman rekreasi, pusat komuniti atau kemudahan sukan.(b) Sumbangan ini membantu meningkatkan kemudahan infrastruktur yang boleh digunakan oleh masyarakat setempat.(c) Keadaan ini mewujudkan persekitaran komuniti yang lebih kondusif dan berkualiti untuk kehidupan masyarakat.Perniagaan dan Persekitarannya501 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 5PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BABKepentingan Perniagaan kepada EkonomiKepentingan Perniagaan kepada EkonomiBerikut ialah kepentingan perniagaan kepada ekonomi:1 Meningkatkan pendapatan negara atau kerajaan(a) Perniagaan yang memperoleh keuntungan perlu membuat pembayaran cukai kepada kerajaan seperti cukai pendapatan syarikat.(b) Kutipan cukai ini menjadi sumber hasil kerajaan untuk membiayai pelbagai perbelanjaan negara.(c) Hasil tersebut digunakan bagi membangunkan infrastruktur, kemudahan awam dan program pembangunan ekonomi.2 Mengurangkan kadar pengangguran(a) Kewujudan perniagaan membuka peluang pekerjaan kepada tenaga buruh dalam pelbagai sektor ekonomi.(b) Peluang pekerjaan ini membolehkan masyarakat memperoleh pendapatan tetap untuk menyara kehidupan.(c) Keadaan ini membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam negara.3 Membantu mengurangkan inflasi(a) Perniagaan menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam kuantiti yang mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran.(b) Penawaran yang mencukupi membantu menstabilkan harga barangan di pasaran.(c) Keadaan ini dapat mengawal kenaikan harga secara berlebihan atau inflasi.4 Membangunkan industri huluan, hiliran dan industri sokongan(a) Aktiviti perniagaan merangsang perkembangan industri huluan yang membekalkan bahan mentah kepada pengeluar.(b) Pada masa yang sama wujud industri hiliran yang memproses dan memasarkan produk kepada pengguna.(c) Perkembangan ini turut melahirkan industri sokongan seperti pengangkutan, logistik dan pembungkusan.5 Mewujudkan penempatan dan bandar baharu(a) Aktiviti perniagaan yang berkembang menyebabkan sesuatu kawasan menjadi pusat ekonomi atau kawasan perindustrian baharu.(b) Kawasan tersebut menarik kemasukan tenaga kerja dan penduduk untuk menetap.(c) Keadaan ini mewujudkan bandar atau penempatan baharu yang pesat membangun.6 Menggalakkan penggunaan sumber ekonomi secara optimum(a) Kewujudan perniagaan membolehkan sumber bahan mentah negara dimanfaatkan secara lebih berkesan.(b) Sumber seperti tanah, buruh dan modal digunakan dalam aktiviti pengeluaran yang produktif.(c) Keadaan ini membantu meningkatkan kecekapan penggunaan sumber ekonomi negara.Ekonomi ialah bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat membuat pilihan yang cekap untuk menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti bahan mentah, modal insan, modal dan keusahawanan bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.Info ekstraPersekitaran ekonomi negara yang stabil dan baik sangat penting untuk merangsang perkembangan sesebuah organisasi perniagaan.Tahukah AndaPerniagaan dan Persekitarannya601 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 6PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BABKepentingan Perniagaan kepada NegaraKepentingan Perniagaan kepada NegaraBerikut ialah kepentingan perniagaan kepada negara:1 Menyumbang kepada pendapatan negara(a) Aktiviti perniagaan menjana hasil cukai kepada kerajaan melalui pelbagai jenis cukai seperti cukai pendapatan syarikat dan cukai jualan.(b) Hasil cukai ini akan menjadi sumber pendapatan negara yang digunakan oleh kerajaan untuk membiayai perbelanjaan pembangunan negara.(c) Syarikat perniagaan yang beroperasi di Malaysia seperti syarikat perkilangan dan peruncitan akan membayar cukai kepada kerajaan, sekali gus meningkatkan pendapatan negara.2 Meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi negara(a) Aktiviti perniagaan meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara.(b) Peningkatan pengeluaran ini akan menyumbang kepada keluaran negara yang diukur melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK atau GDP) atau Keluaran Negara Kasar (KNK atau GNP).(c) Penggunaan teknologi dan inovasi dalam pengeluaran oleh firma akan meningkatkan kecekapan pengeluaran dan seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi negara.3 Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan(a) Aktiviti perniagaan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat dalam pelbagai sektor seperti perkilangan, perkhidmatan dan perdagangan.(b) Penyediaan pekerjaan ini akan mengurangkan kadar pengangguran serta meningkatkan kadar guna tenaga dalam negara.(c) Pembukaan kilang atau cawangan perniagaan baharu akan menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.4 Membangunkan industri dan peluang perniagaan baharu(a) Aktiviti perniagaan menggalakkan pembangunan industri baharu serta memperluas kegiatan ekonomi dalam negara.(b) Kewujudan sesuatu industri akan merangsang pertumbuhan industri huluan,pertengahan dan hiliran serta industri sokongan.(c) Pembangunan industri automotif akan menggalakkan pertumbuhan industri komponen kenderaan dan industri perkhidmatan penyelenggaraan.5 Menjimatkan dan meningkatkan pertukaran asing negara(a) Perniagaan yang menggunakan sumber tempatan dapat mengurangkan kebergantungan kepada import dari luar negara.(b) Hal ini dapat menjimatkan penggunaan mata wang asing serta meningkatkan kestabilan ekonomi negara.(c) Pengeluaran barang tempatan oleh firma tempatan membolehkan keperluan pengguna dipenuhi tanpa perlu mengimport produk dari luar negara.6 Membangunkan modal insan negara(a) Aktiviti perniagaan menyediakan latihan dan pembangunan kemahiran kepada pekerja.(b) Program latihan ini akan meningkatkan kemahiran dan kepakaran tenaga kerja tempatan.Istilah “negara” atau “state”sering dikaitkan dengan konsep bangsa, masyarakat dan kerajaan.Info ekstraPerniagaan dan Persekitarannya701 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 7PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB(c) Organisasi perniagaan menyediakan program latihan kemahiran dan pembangunan profesional kepada pekerja bagi meningkatkan produktiviti.7 Menyediakan kemudahan awam dan membangunkan infrastruktur(a) Aktiviti perniagaan membantu pembangunan kemudahan awam dan infrastruktur dalam negara.(b) Pembangunan ini akan meningkatkan kualiti hidup masyarakat serta menyokong aktiviti ekonomi negara.(c) Organisasi perniagaan membantu kerajaan dalam penyediaan kemudahan seperti pengangkutan, utiliti, kemudahan internet dan pendidikan.Kepentingan Keuntungan kepada PerniagaanSesebuah perniagaan akan berusaha untuk memaksimumkan keuntungan bagi memastikan objektif kewangan perniagaan tercapai. Antara kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan ialah:1 Sumber Modal atau Pelaburan Semula(a) Keuntungan yang diperoleh boleh dilaburkan semula ke dalam perniagaan untuk tujuan pengembangan, inovasi atau pembelian aset baharu seperti peralatan, teknologi atau meningkatkan kapasiti pengeluaran.(b) Langkah ini penting untuk meningkatkan daya saing dan keberkesanan operasi perniagaan.2 Kelangsungan Perniagaan, Survival atau Penakatan(a) Keuntungan membolehkan perniagaan terus beroperasi dengan lancar.(b) Ia membantu menampung kos operasi seperti gaji pekerja, sewa, bahan mentah dan utiliti.(c) Tanpa keuntungan yang mencukupi, perniagaan mungkin menghadapi kesukaran untuk bertahan dan berkembang.3 Menarik Pelabur(a) Perniagaan yang menguntungkan lebih menarik kepada pelabur dan pemodal.(b) Keuntungan yang konsisten memberikan keyakinan kepada mereka untuk melabur kerana ia mencerminkan prestasi kewangan yang kukuh serta potensi pulangan yang tinggi.4 Menjana Nilai kepada Pemilik dan Pemegang Saham(a) Keuntungan memberikan manfaat langsung kepada pemilik atau pemegang saham melalui dividen atau pulangan pelaburan.(b) Hal ini bukan sahaja meningkatkan nilai syarikat tetapi juga menambah kekayaan pemiliknya.5 Meningkatkan Keyakinan Pekerja dan Pelanggan(a) Perniagaan yang menguntungkan lazimnya dianggap stabil dan berjaya dapat meningkatkan keyakinan dalam kalangan pekerja dan pelanggan.(b) Pekerja cenderung lebih bermotivasi kerana mereka merasakan keselamatan pekerjaan yang lebih baik serta peluang kenaikan gaji atau bonus.(c) Pelanggan pula lebih yakin dengan kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan tersebut.6 Menghadapi Risiko dan Ketidakpastian(a) Keuntungan bertindak sebagai penampan terhadap risiko kewangan atau krisis ekonomi yang tidak dijangka.Hasil PembelajaranMenjelaskan kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan.Keuntungan diperoleh dengan mengira perbezaan antara Jumlah Hasil (TR) dengan Jumlah Kos (TC). Dalam teori permintaan, dijelaskan bahawa firma dapat menentukan TR dengan mendarab harga (P) dengan kuantiti permintaan (Q). Tahukah AndaSeorang penternak ayam menjual 1 000 ekor ayam pada harga purata RM10 seekor di pasaran. Jumlah kos yang ditanggung oleh penternak tersebut untuk menternak ayam ialah RM7 000. Oleh hal demikian, jumlah keuntungan yang diperoleh penternak tersebut ialah RM3 000.Info ekstraPerniagaan dan Persekitarannya801 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 8PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB(b) Perniagaan yang menguntungkan mempunyai dana rizab yang boleh digunakan untuk mengatasi situasi buruk atau cabaran yang mungkin timbul seperti perubahan pasaran atau peningkatan kos operasi.7 Menambah Baik Reputasi dan Kredibiliti atau Imej(a) Keuntungan yang berterusan dapat meningkatkan reputasi perniagaan dalam industri dan dalam kalangan pelanggan.(b) Ia mencerminkan keupayaan perniagaan untuk menguruskan kewangan dengan cekap, menyediakan perkhidmatan atau produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran yang kompetitif.8 Meningkatkan Kemampuan untuk Memberi Sumbangan Sosial(a) Perniagaan yang menguntungkan boleh melibatkan diri dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan lebih berkesan seperti memberi sumbangan kepada masyarakat, alam sekitar atau menyokong inisiatif kebajikan.(b) Usaha ini membantu memperkukuh hubungan dengan komuniti dan memperbaiki imej syarikat.Semak Cepat 1.11 Nyatakan perbandingan antara perniagaan dengan bukan perniagaan.2 Apakah kepentingan sesebuah perniagaan kepada ekonomi sesebuah negara?1.1.2 Faktor PengeluaranSetiap perniagaan memerlukan faktor pengeluaran untuk menjalankan aktiviti perniagaan terutamanya aktiviti penghasilan atau pengeluaran barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Faktor pengeluaran merupakan input penting bagi sesebuah perniagaan dalam melaksanakan proses perniagaan.Elemen Faktor PengeluaranBahan MentahBahan mentah merupakan sumber semula jadi seperti bijih timah, minyak, besi, emas,kayu-kayan dan pelbagai jenis bahan sumber alam lain sama ada di dalam atau di atas tanah. Sumber-sumber semula jadi ini akan digunakan sebagai bahan mentah dalam sesuatu proses pengeluaran.Bahan mentah ialah faktor pengeluaran yang paling penting kerana bahan mentah merupakan input utama dalam proses pengeluaran. Tanpa bahan mentah, sesuatu proses pengeluaran akan tergendala.ModalModal merujuk jumlah kewangan dan aset fizikal seperti peralatan, kelengkapan, jentera dan bangunan yang digunakan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan. Modal tidak terhad kepada wang semata-mata kerana wang secara sendiri tidak proaktif. Sebaliknya, apabila wang digunakan untuk membeli kelengkapan organisasi, barulah ia menjadi modal yang proaktif dalam menjana pengeluaran.Antara kepentingan faktor modal sebagai faktor pengeluaran dalam sesebuah perniagaanialah:Hasil PembelajaranMenjelaskan faktor pengeluaran meliputi bahan mentah, modal, modal insan, teknologi dan keusahawanan.Fakta KhususFaktor Pengeluaran• Bahan mentah• Modal• Modal insan• Teknologi• KeusahawananPerniagaan dan Persekitarannya901 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 9PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB1 Modal kewangan dapat membantu menampung kos pengendalian operasi perniagaan.2 Modal berbentuk aset fizikal seperti jentera dan kelengkapan dapat membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan.Modal InsanModal insan merupakan sumber manusia yang merangkumi sumber tenaga fizikal dan mental. Tenaga ini digunakan untuk melaksanakan tugas, mengurus operasi serta menyumbang kepada produktiviti dan kejayaan sesebuah perniagaan atau organisasi.1 Sumber modal insan bentuk tenaga fizikal diperlukan untuk menukarkan bahan mentah kepada barangan dan perkhidmatan.2 Sumber tenaga berbentuk mental pula termasuk semua bentuk kemahiran pengurusan dalam organisasi dari atas hingga ke tahap bawahan.Setiap modal insan memiliki kemahiran dan pengurusan yang berbeza menjadi aspek penting bagi modal insan dalam sesebuah organisasi.TeknologiTeknologi merujuk sebarang perubahan penggunaan sains yang membawa kepada penghasilan sesuatu yang baharu serta pembentukan prosedur kerja yang lebih baik. Teknologi diperlukan untuk melancarkan sesuatu proses pengeluaran, meningkatkan kecekapan, memperkukuh daya saing dan meningkatkan operasi perniagaan.Teknologi berkait rapat dengan:1 Peralatan atau kaedah yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagaan.2 Aplikasi ilmu pengetahuan atau sebagai modal insan dan modal sosial.Antara kepentingan faktor teknologi terhadap sesebuah perniagaan ialah:1 Teknologi akan meningkatkan produk pengeluaran dengan menggunakan teknologi moden.2 Teknologi akan mengurangkan penggunaan tenaga buruh serta kos buruh.3 Teknologi akan meningkatkan kualiti hasil keluaran melalui penyelidikan dan pembangunan.KeusahawananKeusahawanan merujuk kemahiran mengambil risiko serta kebolehanmenggabungkan semua faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran. Usahawan merupakan individu yang bertanggungjawab melaksanakan proses pengeluaran.Walaupun kita memiliki faktor-faktor seperti bahan mentah, modal insan dan modal tanpa tindakan daripada usahawan untuk melaksanakan proses pengeluaran, maka proses pengeluaran serta output, keluaran satu barang atau perkhidmatan itu tidak akan berhasil.Semak Cepat 1.21 Senaraikan lima faktor pengeluaran dalam sesebuah perniagaan.2 Apakah kepentingan teknologi terhadap produk pengeluaran dalam sesebuah perniagaan?• Faktor bahan mentah berkait rapat dengan faktor tanah kerana semua bahan mentah diperoleh daripada tanah. Di atas tanah inilah bangunan kilang dapat didirikan.• Modal merupakan sumber kekayaan yang boleh digunakan untuk menghasilkan lebih banyak kekayaan dalam sesebuah perniagaan.Tahukah AndaKecekapan modal insan bergantung pada tahap pendidikan dan kemahiran yang dimiliki oleh setiap individu. Info ekstra• Contoh kemajuan teknologi termasuklah penambahbaikan dalam penanaman dan kesuburan tanah, latihan buruh yang berpengetahuan dan mahir, reka bentuk pelaburan dalam peralatan dan teknologi yang lebih cekap serta usahawan yang memanfaatkan teknologi jaringan telekomunikasi.• Antara ciri usahawan yang berjaya termasuklah inisiatif yang tinggi, berani mengambil risiko, kreativiti, inovatif, dinamik, kebijaksanaan merebut peluang, berwawasan, keyakinan diri, cekal dan keiltizaman.Info ekstraPerniagaan dan Persekitarannya1001 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 10PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB1.1.3 Proses PerniagaanProses perniagaan melibatkan pelbagai langkah untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan bermula dari peringkat awal hingga ke peringkat akhir penjualan. Berikut ialah langkah-langkah utama dalam proses perniagaan:Rajah 1.1 Langkah-langkah proses perniagaan1 Input(a) Input merujuk faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan.(b) Faktor-faktor pengeluaran tersebut merangkumi bahan mentah, modal, modal insan, teknologi dan keusahawanan.ContohSebuah kilang pembuatan kasut memerlukan bahan mentah seperti kulit, getah, mesin serta tenaga kerja mahir untuk memulakan pengeluaran kasut.2 Proses Tambah NilaiProses tambah nilai merujuk proses transformasi yang melibatkan proses penukaran input seperti bahan mentah kepada output, iaitu produk akhir yang dikehendaki.(a) Proses tambah nilai merupakan proses penukaran input dari segi bentuk,warna, rasa, saiz dan rupa kepada bentuk produk baharu yang dikenali sebagai output.(b) Output yang dihasilkan akan memiliki nilai tambah selepas melalui proses transformasi dan tambah nilai.(c) Penambahan nilai berlaku melalui penggunaan tenaga dan idea manusia, bahan, pengetahuan serta teknologi.ContohDi sebuah kilang kasut, bahan seperti kulit dan getah akan melalui proses pemotongan, jahitan dan pemasangan untuk menghasilkan kasut yang siap. Setiap langkah dalam proses pembuatan ini menambah nilai kepada bahan mentah dan menjadikan kasut tersebut lebih bernilai berbanding bahan asasnya.Rajah 1.2 Proses tambah nilaiHasil PembelajaranMenjelaskan langkahlangkah yang terlibat dalam proses perniagaan yang meliputi input, proses tambah nilai, output, pemasaran dan untungatau rugi.Kemajuan teknologi menyebabkan faktor-faktor pengeluaran sedia ada menjadi usang dan sebahagian keluaran mengalami kejatuhan pasaran secara besar-besaran. Tahukah AndaFakta KhususProses Perniagaan•Input • Output• Proses tambah nilai• Pemasaran• Untung atau rugiPerniagaan dan Persekitarannya1101 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 11PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB3 OutputOutput merujuk hasil akhir yang diperoleh daripada proses pengeluaran sama ada dalam bentuk barang siap atau separuh siap yang sedia untuk dijual kepada pengguna akhir atau pengguna industri.ContohKasut yang telah siap diproses, dipasang dan dilabel merupakan output akhir dari kilang kasut. Kasut ini sedia untuk dipasarkan kepada pengguna.Rajah 1.3 Output dalam proses pengeluaran4 PemasaranPemasaran merujuk usaha pihak pengeluar (output) untuk memastikan hasil keluaran mereka sampai kepada pengguna sasaran.(a) Ia melibatkan urus niaga antara pengeluar dengan pelanggan.(b) Tujuan pemasaran adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang produk di pasaran serta menarik minat pengguna untuk membuat pembelian melalui aktiviti promosi, penjualan dan pengedaran.ContohKasut yang dihasilkan oleh kilang dipasarkan melalui iklan di media sosial, kedai fizikal, laman web e-dagang dan tawaran diskaun untuk menarik minat pembeli.5 Untung atau rugi(a) Setiap proses perniagaan akan berakhir dengan hasil jualan outputyang menentukan sama ada perniagaan memperoleh keuntungan atau menanggung kerugian.(b) Proses perniagaan tidak terhenti setelah memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian. Sebaliknya, sebarang keuntungan akan digunakan semula untuk menambah keluaran, mengembangkan perniagaan, membeli aset perniagaan dan sebagainya.(c) Setelah produk dijual kepada pengguna, keuntungan atau kerugian ditentukan berdasarkan kos input, kos tambah nilai dan hasil jualan.(d) Keuntungan diperoleh apabila jumlah hasil jualan melebihi jumlah kos yang dikeluarkan manakala kerugian berlaku apabila kos melebihi hasil jualan.ContohJika kos pengeluaran sepasang kasut ialah RM50 dan harga jualannya RM80, keuntungan kasar ialah RM30 bagi setiap pasang kasut. Jika kos pemasaran dan lainlain ditolak, syarikat dapat menentukan keuntungan bersihnya.Perniagaan dan Persekitarannya1201 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 12PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BABSemak Cepat 1.31 Nyatakan langkah-langkah proses perniagaan.2 Apakah maksud proses tambah nilai dalam konteks perniagaan?1.2 Aktiviti Perniagaan1.2.1 Jenis Aktiviti Perniagaan Berasaskan PengeluaranAktiviti Perniagaan Berasaskan Pengeluaran Berikut ialah aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran:1 Ekstraktif(a) Aktiviti mengeluarkan sumber bahan mentah daripada sumber semula jadi seperti hasil hutan, mineral, petroleum atau hasil laut yang diperoleh terus daripada alam.(b) Bahan mentah yang diperoleh ini akan digunakan sebagai input dalam proses pengeluaran oleh industri lain bagi menghasilkan produk yang mempunyai nilai tambah.(c) Aktiviti ini penting kerana membekalkan bahan mentah asas kepada sektor perindustrian dan pengeluaran negara.Contoh(i) Petronas menjalankan aktiviti pengekstrakan petroleum dan gas asli dari dasar laut untuk digunakan dalam industri tenaga dan petrokimia.(ii) Syarikat Perhutanan Sabah (Sabah Softwoods) menjalankan aktiviti pembalakan dan pengeluaran kayu balak sebagai bahan mentah bagi industri perabot dan pembinaan.2 Barangan pengguna(a) Aktiviti menghasilkan barangan yang dibeli dan digunakan oleh pengguna akhir untuk kegunaan sendiri, keluarga atau organisasi.(b) Barangan ini biasanya digunakan secara terus tanpa melalui proses pengeluaran seterusnya kerana ia merupakan produk akhir dalam rantaian pengeluaran.(c) Aktiviti ini penting kerana memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dalam kehidupan harian.Contoh(i) Nestlé Malaysia menghasilkan produk makanan dan minuman seperti Milo, Nescafé dan Maggi untuk kegunaan pengguna akhir.(ii) Top Glove menghasilkan sarung tangan getah yang digunakan oleh pengguna dan institusi kesihatan di seluruh dunia.3 Barangan industri(a) Aktiviti menghasilkan barangan yang digunakan oleh organisasi lain sebagai input dalam proses pengeluaran.(b) Barangan ini biasanya diproses semula atau melalui proses transformasi untuk menghasilkan produk akhir yang lain.Hasil PembelajaranMenjelaskan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran termasuk ekstraktif, barangan pengguna, barangan industri, pembuatan, pemasangan dan seumpamanya.Fakta KhususAktiviti Perniagaan Berasaskan Pengeluaran•Ekstraktif• Barangan pengguna• Barangan industri• Pembuatan• PemasanganPerniagaan dan Persekitarannya1301 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 13PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB(c) Aktiviti ini penting kerana menyokong rantaian pengeluaran industridan memastikan kelangsungan aktiviti perindustrian.Contoh(i) Press Metal Aluminium Holdings menghasilkan aluminium yang digunakan oleh industri automotif dan pembinaan.(ii) Petronas Chemicals Group menghasilkan bahan kimia industri yang digunakan oleh pengeluar lain untuk menghasilkan produk hiliran.4 Pembuatan(a) Aktiviti menghasilkan produk dengan memproses bahan mentah menggunakan tenaga kerja, mesin dan teknologi.(b) Proses ini melibatkan transformasi bahan mentah kepada produk siapatau separuh siap yang mempunyai nilai tambah.(c) Aktiviti ini penting kerana meningkatkan nilai bahan mentah dan menyumbang kepada pembangunan sektor perindustrian negara.Contoh(i) Proton Holdings Berhad menghasilkan kenderaan melalui proses pembuatan yang melibatkan penggunaan mesin dan teknologi automotif.(ii) Sony Malaysia menghasilkan produk elektronik seperti televisyen dan peralatan audio melalui proses pembuatan di kilang pengeluaran.5 Pemasangan(a) Aktiviti menggabungkan beberapa komponen atau bahagian produk untuk menghasilkan barang siap yang lengkap.(b) Proses ini melibatkan penyusunan komponen secara sistematik bagi memastikan produk akhir dapat berfungsi dengan baik.(c) Aktiviti ini penting kerana membolehkan komponen yang dihasilkan oleh pelbagai pengeluar digabungkan untuk menghasilkan produk siap yang boleh dipasarkan.Contoh(i) Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. menjalankan pemasangan komponen kenderaan bagi menghasilkan kereta yang siap dipasarkan.(ii) Intel Malaysia menjalankan pemasangan dan ujian cip semikonduktor sebelum produk tersebut dihantar ke pasaran global.Semak Cepat 1.41 Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran?2 Jelaskan peranan bagi aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran berikut:(a) Ekstraktif(b) Barangan pengguna(c) Barangan industriPerniagaan dan Persekitarannya1401 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 14PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB1.2.2 Aktiviti Perniagaan Berasaskan PerkhidmatanPerniagaan berasaskan perkhidmatan merujuk aktiviti penawaran produk tidak ketarakepada pengguna.Berikut ialah aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan:1 Peruncitan(a) Aktiviti perniagaan menjual pelbagai jenis barang keperluan harian dalam kuantiti kecil kepada pengguna akhir.(b) Peruncit memperoleh barang daripada pemborong atau pengeluar dan kemudian menjualnya terus kepada pengguna untuk kegunaan sendiri atau keluarga.(c) Aktiviti ini penting kerana memudahkan pengguna mendapatkan barang keperluan harian dengan mudah dan cepat.Contoh(i) Mydin menjual pelbagai barangan keperluan harian kepada pengguna akhir melalui rangkaian pasar raya di seluruh Malaysia.(ii) 7-Eleven Malaysia menjual makanan ringan, minuman dan keperluan asas kepada pengguna dalam kuantiti kecil.2 Pemborongan(a) Aktiviti perniagaan membeli barang dalam kuantiti yang banyak atau secara pukal daripada pengeluar.(b) Pemborong kemudian menjual semula barang tersebut kepada peruncit atau pelanggan lain dalam kuantiti yang lebih kecil untuk tujuan pengedaran.(c) Aktiviti ini penting kerana memudahkan pengedaran barang daripada pengeluar kepada peruncit secara lebih cekap dan sistematik.Contoh(i) AEON Distribution Centre Malaysia membeli barang secara pukal daripada pengeluar untuk diedarkan ke cawangan pasar raya AEON.(ii) Tesco Distribution Centre Malaysia berfungsi sebagai pusat pengedaran barang kepada pasar raya dan peruncit.3 Kewangan(a) Aktiviti perkhidmatan pembiayaan, pinjaman, simpanan atau pelaburan yang ditawarkan oleh institusi kewangan kepada individu atau organisasi.(b) Institusi kewangan membantu pelanggan mengurus sumber kewangandan menyediakan modal bagi menjalankan aktiviti perniagaan atau keperluan peribadi.(c) Aktiviti ini penting kerana menyediakan sumber pembiayaan kepadaindividu dan perniagaan untuk menjalankan aktiviti ekonomi.Contoh(i) Maybank menyediakan perkhidmatan pinjaman, simpanan dan pelaburan kepada pelanggan.(ii) CIMB Bank menawarkan pelbagai produk kewangan seperti pembiayaan perniagaan dan perkhidmatan perbankan digital.Hasil PembelajaranMenjelaskan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan termasuk peruncitan, pemborongan, kewangan, profesional, perhotelan, pendidikan, gigdan seumpamanya.Dalam ekonomi, perkhidmatan merujuk kerja yang dilakukan oleh individu atau sekumpulan individu yang memberikan manfaat kepada orang lain tanpa menghasilkan barang fizikal. Tahukah AndaFakta KhususAktiviti Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan• Peruncitan• Pemborongan• Kewangan• Profesional• Perhotelan• Pendidikan• GigPerniagaan dan Persekitarannya1501 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 6pp.indd 15PENERBIT 16/04/2026 1:17 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB4 Profesional(a) Aktiviti perkhidmatan yang memerlukan kepakaran dan kemahiran khusus dalam bidang tertentu.(b) Perkhidmatan profesional biasanya ditawarkan oleh pakar seperti akauntan, peguam, jurutera atau doktor untuk membantu pelanggan menyelesaikan masalah tertentu.(c) Aktiviti ini penting kerana memberikan khidmat kepakaran kepadaindividu atau organisasi bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan dan operasi.Contoh(i) PwC Malaysia menyediakan perkhidmatan audit dan perundingan kewangan kepada syarikat.(ii) ZICO Law Malaysia menawarkan perkhidmatan perundangan kepada organisasi dan individu.5 Perhotelan(a) Aktiviti perniagaan yang menyediakan kemudahan penginapan, makanan dan minuman serta hospitaliti kepada pelanggan.(b) Perniagaan ini juga menyediakan kemudahan rekreasi dan perkhidmatan sokongan kepada pelancong atau pengunjung.(c) Aktiviti ini penting kerana menyokong sektor pelancongan dan menyediakan kemudahan penginapan kepada pelawat.Contoh(i) Sunway Resort Hotel menyediakan kemudahan penginapan dan perkhidmatan hospitaliti kepada pelancong.(ii) Hilton Kuala Lumpur menawarkan perkhidmatan hotel, restoran dan kemudahan rekreasi kepada pelanggan.6 Pendidikan(a) Aktiviti institusi yang menawarkan pengajian dan latihan formal kepada masyarakat.(b) Perkhidmatan pendidikan merangkumi pendidikan asas sehingga pendidikan tinggi bagi melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran.(c) Aktiviti ini penting kerana membangunkan modal insan yang berkualiti untuk menyokong pembangunan ekonomi negara.Contoh(i) Universiti Malaya menyediakan pendidikan tinggi kepada pelajar dalam pelbagai bidang pengajian.(ii) INTI International University menawarkan program pengajian dan latihan profesional kepada pelajar tempatan dan antarabangsa.Perniagaan dan Persekitarannya1601 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 16PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB7 Gig(a) Aktiviti pekerjaan atau perniagaan individu yang dilakukan secara bebas dan bersifat sementara atau tidak tetap.(b) Pekerja gig biasanya bekerja secara fleksibel, mengurus masa sendiri dan menerima bayaran berdasarkan tugasan atau projek yang diselesaikan.(c) Aktiviti ini penting kerana menyediakan peluang pekerjaan fleksibel dan membantu individu menjana pendapatan tambahan.Contoh(i) GrabFood menyediakan peluang kepada rider untuk menjalankan aktiviti penghantaran makanan secara fleksibel.(ii) Foodpanda Malaysia menawarkan peluang pekerjaan gig kepada penghantar makanan yang menerima bayaran berdasarkan jumlah penghantaran.8 Pengangkutan atau Logistik(a) Aktiviti perniagaan yang memindahkan atau mengangkut barang dan penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain.(b) Perkhidmatan ini melibatkan penggunaan pelbagai jenis pengangkutan seperti lori, kapal, kapal terbang dan kereta api untuk tujuan pengedaran barang atau pergerakan manusia.(c) Aktiviti ini penting kerana memudahkan pergerakan barang dan manusia serta menyokong aktiviti perdagangan dan ekonomi.Contoh(i) Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan penghantaran barang dan dokumen ke seluruh negara.(ii) DHL Malaysia menawarkan perkhidmatan logistik dan penghantaran antarabangsa kepada pelanggan.9 Telekomunikasi atau Perhubungan(a) Aktiviti perkhidmatan yang membolehkan penyampaian dan penyebaran maklumat kepada pihak lain.(b) Perkhidmatan ini menggunakan teknologi komunikasi seperti telefon,internet dan rangkaian digital untuk memudahkan komunikasi.(c) Aktiviti ini penting kerana mempercepat penyebaran maklumat dan memudahkan komunikasi antara individu dan organisasi.Contoh(i) CelcomDigi menyediakan perkhidmatan telefon mudah alih dan internet kepada pengguna di Malaysia.(ii) Maxis menawarkan perkhidmatan telekomunikasi dan rangkaian digital kepada pelanggan.10 Pelancongan(a) Aktiviti perniagaan yang mengurus perjalanan dan lawatan pelancong ke sesuatu destinasi.(b) Perniagaan ini menawarkan pakej pelancongan yang merangkumi pengangkutan, penginapan dan aktiviti rekreasi kepada pelancong.Perniagaan dan Persekitarannya1701 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 17PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB(c) Aktiviti ini penting kerana menggalakkan sektor pelancongan dan menyumbang kepada pendapatan negara melalui kedatangan pelancong.Contoh(i) Apple Vacations Malaysia menawarkan pakej pelancongan ke pelbagai destinasi dalam dan luar negara.(ii) AirAsia Holidays menyediakan pakej perjalanan yang merangkumi penerbangan dan penginapan kepada pelancong.Semak Cepat 1.51 Nyatakan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan.2 Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti perniagaan peruncitan?1.2.3 Sektor PerniagaanSektor SwastaSektor swasta merangkumi syarikat dan perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh individu atau syarikat tanpa penglibatan langsung kerajaan. Objektif utama sektor swasta ialah menjana keuntungan.Contoh organisasi dalam sektor swasta seperti Nestlé Malaysia, Top Glove Corporation dan AirAsia. Syarikat-syarikat ini beroperasi dengan modal daripada pemilik atau pelabur persendirian dan berusaha untuk mengembangkan perniagaan dan keuntungan.Peranan Sektor Swasta dalam Perkembangan PerniagaanSektor swasta memainkan peranan penting dalam perkembangan perniagaan danpertumbuhan ekonomi melalui pelbagai cara, termasuk mencipta peluangpekerjaan, mendorong inovasi dan meningkatkan produktiviti.Berikut ialah peranan sektor swasta dalam perkembangan perniagaan:1 Menawarkan barang dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak pengguna(a) Sektor swasta menawarkan pelbagai barang dan perkhidmatan kepada pengguna bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.(b) Aktiviti pembelian barangan dan penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor swasta akan merangsang permintaan pasaran dan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara.(c) Hal ini membantu menggalakkan aktiviti ekonomi serta meningkatkan taraf hidup masyarakat.ContohNestlé Malaysia menghasilkan produk makanan dan minuman seperti Milo dan Maggi untuk memenuhi keperluan pengguna.2 Melengkapi usaha sektor awam dalam mempengaruhi ekonomi negara(a) Sektor swasta melengkapi usaha sektor awam dengan menawarkan barang dan perkhidmatan yang tidak dikeluarkan oleh kerajaan.Bentuk perniagaan yang termasuk dalam sektor swasta ialah perniagaan milikan tunggal, perkongsian dan perniagaan syarikat.Tahukah AndaHasil PembelajaranMenjelaskan peranan sektor swasta, awam, badan berkanun dan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) dalam perkembangan perniagaan.Sektor swasta merujuk organisasi perniagaan yang dimiliki secara persendirian oleh individu-individu atau organisasi tertentu.Info ekstraPerniagaan dan Persekitarannya1801 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 18PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB(b) Perniagaan swasta menyediakan pelbagai perkhidmatan penting seperti telekomunikasi, insurans, pengangkutan dan perkhidmatan profesional kepada masyarakat.(c) Hal ini membantu memperluas aktiviti ekonomi serta meningkatkan keberkesanan pembangunan ekonomi negara.ContohMaxis menyediakan perkhidmatan telekomunikasi kepada pengguna dan perniagaan di seluruh Malaysia.3 Menyumbang kepada pendapatan kerajaan(a) Sektor swasta menyumbang kepada pendapatan kerajaan melalui pembayaran cukai seperti cukai pendapatan syarikat, cukai import dan cukai eksport.(b) Hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan digunakan untuk membiayai pembangunan negara serta menyediakan kemudahan awam kepada rakyat.(c) Aktiviti perniagaan swasta juga membantu meningkatkan pendapatan negara melalui aktiviti eksport dan kemasukan pertukaran mata wang asing.ContohTop Glove Corporation menyumbang kepada pendapatan negara melalui pembayaran cukai dan eksport sarung tangan getah ke pasaran antarabangsa.4 Menawarkan peluang pekerjaan(a) Sektor swasta menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat dalam pelbagai bidang seperti pengurusan, pengeluaran dan perkhidmatan.(b) Pertumbuhan syarikat swasta akan mewujudkan lebih banyak jawatan pekerjaan dan membantu mengurangkan kadar pengangguran.(c) Hal ini membantu meningkatkan pendapatan rakyat serta memperbaiki taraf hidup masyarakat.ContohAirAsia menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia sebagai juruterbang, kru kabin dan kakitangan operasi.5 Meneroka dan membangunkan kawasan baharu(a) Sektor swasta meneroka dan membangunkan kawasan baharu untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan perindustrian.(b) Pembukaan kilang atau pusat perniagaan di kawasan baharu akan merangsang pembangunan ekonomi setempat serta meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut.(c) Hal ini membantu mewujudkan pusat pertumbuhan ekonomi baharu dalam negara.ContohPembangunan kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech Park telah menarik banyak syarikat teknologi untuk beroperasi di kawasan tersebut.Perniagaan dan Persekitarannya1901 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 19PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB6 Menggalakkan inovasi dan penggunaan teknologi(a) Sektor swasta menggalakkan inovasi dan penggunaan teknologi baharu dalam pengeluaran dan perkhidmatan.(b) Penggunaan teknologi moden membantu meningkatkan produktiviti, kualiti produk dan kecekapan operasi perniagaan.(c) Hal ini membantu meningkatkan daya saing syarikat tempatan di pasaran domestik dan antarabangsa.ContohGrab Malaysia menggunakan teknologi aplikasi digital untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran makanan secara lebih cekap.Sektor AwamSektor awam merujuk jabatan atau agensi kerajaan yang bertujuan menyediakan perkhidmatan kepada rakyat. Dibiayai sepenuhnya oleh dana awam seperti hasil cukai. Sektor ini bertanggungjawab menjaga kepentingan awam serta memastikan kesejahteraan masayarakat melalui penyediaan perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan dan insfrastruktur.Contoh organisasi dalam sektor awam termasuklah Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Agensi-agensi ini bertujuan menyediakan perkhidmatan asas seperti kesihatan, pendidikan dan infrastruktur tanpa tujuan keuntungan.Peranan Sektor Awam dalam Perkembangan PerniagaanSektor awam memainkan peranan penting dalam perkembangan perniagaan dengan memastikan kestabilan ekonomi, menyediakan sokongan serta melindungi kepentingan rakyat.Berikut ialah peranan sektor awam dalam perkembangan perniagaan:1 Menyediakan kemudahan infrastruktur(a) Sektor awam menyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, pengangkutan, elektrik, air dan telekomunikasi untuk menyokong aktiviti ekonomi dan perniagaan.(b) Infrastruktur ini membolehkan pergerakan barang dan perkhidmatan menjadi lebih cepat serta memperluas pasaran perniagaan ke kawasanlain.(c) Hal ini penting kerana melancarkan urusan pengedaran barang dan meningkatkan kecekapan operasi perniagaan.ContohKerajaan Malaysia melalui Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia membina Lebuhraya Utara–Selatan bagi memudahkan pengangkutan barangan antara negeri.Perniagaan dan Persekitarannya2001 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 20PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB2 Menyediakan kemudahan perkhidmatan awam(a) Sektor awam menyediakan pelbagai perkhidmatan awam seperti keselamatan, pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan penguatkuasaankepada masyarakat dan perniagaan.(b) Perkhidmatan ini membantu melindungi perniagaan daripada jenayah serta menyediakan tenaga kerja yang berpengetahuan dan sihat.(c) Keadaan ini membolehkan aktiviti perniagaan dijalankan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif.ContohPolis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan perkhidmatan keselamatan bagi melindungi premis perniagaan daripada jenayah.3 Menggubal dan melaksanakan dasar kerajaan(a) Sektor awam menggubal dan melaksanakan dasar fiskal, kewangan dan peraturan perniagaan bagi memastikan aktiviti ekonomi berjalan dengan teratur.(b) Kerajaan juga menentukan sistem percukaian, memberi insentif serta menyediakan subsidi kepada sektor tertentu untuk menggalakkan perkembangan perniagaan.(c) Hal ini membantu mengurangkan kos operasi dan merangsang pertumbuhan sektor perniagaan dalam negara.ContohKementerian Kewangan Malaysia memberikan pelbagai insentif cukai dan subsidi kepada sektor pertanian dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).4 Menjaga kepentingan pengguna(a) Sektor awam melindungi hak pengguna melalui penguatkuasaan undangundang serta program pendidikan pengguna.(b) Kerajaan juga menyediakan saluran aduan, kempen kesedaran penggunadan pemantauan harga bagi mengelakkan penipuan atau eksploitasi pengguna.(c) Keadaan ini membantu mewujudkan persaingan perniagaan yang adilserta meningkatkan keyakinan pengguna terhadap pasaran.ContohKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memantau harga barang serta mengambil tindakan terhadap peniaga yang melanggar peraturan.5 Menggalakkan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)(a) Sektor awam menyediakan bantuan kewangan, latihan dan khidmat nasihat kepada usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).(b) Program pembangunan ini membantu usahawan meningkatkan kemahiran pengurusan, produktiviti serta daya saing dalam pasaran.(c) Hal ini penting kerana menggalakkan pertumbuhan perniagaan baharu dan memperkukuh struktur ekonomi negara.Perniagaan dan Persekitarannya2101 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 21PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BABContohSME Corp Malaysia menyediakan latihan, geran dan khidmat nasihat kepada usahawan PKS untuk mengembangkan perniagaan mereka.6 Mengawal selia aktiviti perniagaan(a) Sektor awam mengawal selia aktiviti perniagaan melalui undang-undang,lesen dan peraturan tertentu bagi memastikan perniagaan dijalankan secara sah dan beretika.(b) Kawalan ini membantu mengelakkan penipuan, monopoli tidak sihat serta melindungi kepentingan pengguna dan perniagaan lain.(c) Hal ini mewujudkan persekitaran perniagaan yang stabil, telus dan berdaya saing.ContohSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengawal pendaftaran dan pematuhan syarikat bagi memastikan perniagaan beroperasi secara sah di Malaysia.Badan BerkanunBadan berkanun merujuk organisasi yang ditubuhkan oleh kerajaan melalui undang-undang atau akta khas. Badan berkanun diberikan autonomi tertentu dalam menjalankan fungsi tertentu tetapi masih berada di bawah kawalan dan pengawasan kerajaan. Badan berkanun ini mungkin menjana pendapatan sendiri, namun sering kali menerima geran atau dana daripada kerajaan.Contoh organisasi badan berkanun termasuklah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Meskipun badan berkanun ini berdikari dengan operasi harian mereka, badan berkanun masih tertakluk kepada garis panduan dan kawalan kerajaan dalam aspek tertentu.Peranan Sektor Badan Berkanun dalam Perkembangan PerniagaanBadan berkanun memainkan peranan penting dalam perkembangan perniagaan dengan menyediakan sokongan, menggalakkan pertumbuhan dan membangunkan kemahiran yang diperlukan oleh sektor swasta.Berikut ialah peranan badan berkanun dalam perkembangan sesebuah perniagaan:1 Membantu sektor awam melaksanakan dasar kerajaan(a) Badan berkanun membantu sektor awam melaksanakan dasar dan program pembangunan ekonomi yang ditetapkan oleh kerajaan.(b) Badan berkanun melaksanakan pelbagai program dan inisiatif bagi menyokong pembangunan sektor perniagaan serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.(c) Hal ini membantu memastikan dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dalam sektor perniagaan.ContohSME Corp Malaysia melaksanakan pelbagai program pembangunan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang.Perniagaan dan Persekitarannya2201 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 22PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB2 Membantu sektor awam menjaga kepentingan pengguna(a) Badan berkanun membantu melindungi hak dan kepentingan pengguna dalam aktiviti perniagaan.(b) Mereka menjalankan fungsi pengawasan dan pemantauan bagi memastikan perniagaan mematuhi undang-undang serta tidak menindas pengguna.(c) Hal ini membantu mewujudkan pasaran yang adil dan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap perniagaan.ContohSuruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memantau aktiviti pasaran bagi mengelakkan amalan kartel dan monopoli yang menjejaskan pengguna.3 Menyediakan sumber modal insan terlatih(a) Badan berkanun membantu menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan kepada sektor awam dan swasta.(b) Institusi pendidikan menghasilkan graduan dan tenaga kerja profesional melalui program pengajian dan latihan kemahiran.(c) Hal ini membantu memenuhi keperluan tenaga kerja mahir bagi menyokong perkembangan sektor perniagaan dan industri.ContohUniversiti Teknologi MARA (UiTM) melahirkan graduan dalam bidang perniagaan, teknologi dan kejuruteraan untuk memenuhi keperluan industri.4 Menguatkuasakan undang-undang perniagaan(a) Badan berkanun bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang digubal oleh kerajaan.(b) Penguatkuasaan ini memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara sah, telus dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.(c) Hal ini membantu mewujudkan persekitaran perniagaan yang stabil dan berdaya saing.ContohSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memastikan semua perniagaan berdaftar dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.5 Menggalakkan pembangunan sektor industri dan keusahawanan(a) Badan berkanun menyediakan sokongan kepada pembangunan industri dan aktiviti keusahawanan melalui bantuan kewangan, latihan dan khidmat nasihat.(b) Program pembangunan ini membantu usahawan meningkatkan kemahiran pengurusan serta memperkukuh daya saing perniagaan.(c) Hal ini membantu melahirkan lebih ramai usahawan dan merangsang pertumbuhan sektor perniagaan dalam negara.ContohPerbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) membantu usahawan tempatan memasarkan produk ke pasaran antarabangsa.Perniagaan dan Persekitarannya2301 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 23PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB6 Mengawal selia sektor industri tertentu(a) Badan berkanun bertindak sebagai agensi pengawalselia bagi memastikan sesuatu sektor industri beroperasi secara teratur.(b) Mereka menetapkan garis panduan, piawaian dan peraturan bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi standard yang ditetapkan.(c) Hal ini membantu meningkatkan kualiti produk serta memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap perniagaan.ContohBank Negara Malaysia mengawal selia industri perbankan dan kewangan bagi memastikan sistem kewangan negara stabil.Syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC – Government-Linked Companies)Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) merujuk syarikat komersial yang dimiliki atau dikuasai oleh kerajaan melalui entiti pelaburan seperti Khazanah Nasional,Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP).Walaupun beroperasi seperti syarikat swasta, kerajaan memainkan peranan dalam mentadbir urusan dan kawalan strategik.Antara contoh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Malaysia seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), PETRONAS Berhad, Telekom Malaysia dan Sime Darby. Kerajaan memiliki pegangan saham utama atau kawalan dalam syarikat-syarikat ini. Namun demikian, syarikat-syarikat ini beroperasi secara komersial dengan matlamat untuk menjana keuntungan.Peranan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dalam Perkembangan PerniagaanBerikut ialah peranan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dalam perkembangan perniagaan:1 Memacu sektor strategik negara(a) GLC memacu pembangunan sektor strategik negara seperti tenaga, telekomunikasi, pengangkutan, kewangan dan perladangan yang menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi negara.(b) Syarikat ini mempunyai modal, kepakaran pengurusan dan teknologi yang membolehkan projek berskala besar dilaksanakan bagi memperkukuh daya saing ekonomi negara.(c) Hal ini membantu memperkukuh struktur ekonomi serta merangsang perkembangan sektor perniagaan dalam pelbagai industri.ContohPETRONAS menerajui pembangunan industri petroleum dan gas yang menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia.Perniagaan dan Persekitarannya2401 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 24PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB2 Menyediakan infrastruktur ekonomi(a) GLC menyediakan kemudahan infrastruktur ekonomi seperti bekalan elektrik, telekomunikasi, pengangkutan dan logistik yang penting kepada operasi perniagaan.(b) Infrastruktur ini membolehkan perniagaan menjalankan aktiviti pengeluaran, pengedaran dan komunikasi dengan lebih cekap.(c) Hal ini membantu mewujudkan persekitaran perniagaan yang stabil serta meningkatkan kecekapan operasi industri.ContohTenaga Nasional Berhad (TNB) menyediakan bekalan elektrik yang stabil kepada sektor industri dan perniagaan di Malaysia.3 Menjana hasil negara(a) GLC menjana hasil kepada negara melalui pembayaran cukai, dividen dan keuntungan kepada kerajaan.(b) Keuntungan ini disalurkan kepada kerajaan melalui institusi pelaburan kerajaan seperti Khazanah Nasional Berhad atau Permodalan Nasional Berhad (PNB).(c) Hal ini membantu meningkatkan pendapatan negara dan membiayai pembangunan ekonomi serta kemudahan awam.ContohPETRONAS membayar dividen yang besar kepada kerajaan setiap tahun sebagai hasil kepada negara.4 Membantu pembangunan PKS dan vendor(a) GLC membantu pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)melalui program vendor dan kerjasama rantaian bekalan.(b) Program ini membolehkan syarikat tempatan menjadi pembekal, kontraktor atau rakan niaga kepada syarikat besar.(c) Hal ini membantu meningkatkan daya saing PKS serta memperkukuh ekosistem perniagaan tempatan.ContohPETRONAS Vendor Development Programme membantu syarikat tempatan menjadi pembekal dalam industri minyak dan gas.5 Menggalakkan inovasi dan teknologi(a) GLC melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan inovasi serta penggunaan teknologi baharu.(b) Pelaburan ini membolehkan syarikat menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih berkualiti serta berdaya saing di pasaran global.(c) Hal ini membantu meningkatkan produktiviti industri dan memperkukuh kedudukan ekonomi negara.ContohTelekom Malaysia (TM) membangunkan rangkaian gentian optik dan teknologi digital bagi meningkatkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi.Perniagaan dan Persekitarannya2501 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 25PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB6 Menarik pelaburan domestik dan asing(a) GLC membantu menarik pelaburan domestik dan pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara melalui kerjasama strategik dan projek pembangunan.(b) Pelaburan ini meningkatkan aktiviti ekonomi, pembangunan industri serta pemindahan teknologi kepada syarikat tempatan.(c) Hal ini membantu memperluas peluang perniagaan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.ContohKhazanah Nasional Berhad menjalinkan kerjasama pelaburan strategik dengan pelabur antarabangsa bagi membangunkan sektor industri dan teknologi di Malaysia.Semak Cepat 1.61 Jelaskan peranan sektor swasta dalam perkembangan perniagaan.2 Apakah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?1.2.4 Klasifikasi PerniagaanJadual 1.2 Sektor dalam Klasifikasi PerniagaanSektor Definisi Peranan ContohPrimerMerujuk aktiviti yang melibatkan pengeluaran bahan mentah atau sumber semula jadi daripada alam sekitar.Membekalkan bahan mentah kepada sektor lain seperti sektor sekunder bagi tujuan pemprosesan dan penghasilan produk akhirPertanian (penanaman padi dan sayuran), perikanan, perlombongan (bijih timah dan emas), pembalakan serta industri minyak dan gas.SekunderSektor aktiviti yang melibatkan pemprosesan bahan mentah untuk menghasilkan produk siap atau separa siapmelalui pelbagai proses pembuatan.Meningkatkan nilai bahan mentah dengan memprosesnya menjadi produk yang lebih bernilai, berkualiti dan sesuai untuk dipasarkan kepada pengguna.Industri dalam sektor ini termasuk pembuatan pakaian, perabot, kereta serta makanan yang diproses.TertiarSektor melibatkan pelbagai perkhidmatan yang menyokong aktiviti perniagaanserta memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.Menghubungkan antara pengguna dengan barangan dan perkhidmatan serta memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan pengguna akhir.Perkhidmatan pengangkutan, peruncitan, kesihatan, kewangan, pendidikan dan pelancongan.Fakta KhususKlasifikasi Perniagaan• Primer• Sekunder•Tertiar• Huluan• Aliran pertengahan• Hiliran• Domestik• AntarabangsaHasil PembelajaranMenjelaskan klasifikasi perniagaan yang berikut:1 Primer, sekunder dan tertiar2 Huluan, aliran pertengahan dan hiliran3 Domestik dan antarabangsaPerniagaan dan Persekitarannya2601 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 26PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BABHuluan, Aliran Pertengahan dan Hiliran (Rantaian Nilai)Huluan1 Merujuk peringkat awal dalam rantaian nilai yang melibatkan aktivitipenghasilan atau pemerolehan bahan mentah terus dari sumber semula jadi.2 Peranan: Menyediakan input asas (bahan mentah asas) yang diperlukan dalam industri aliran pertengahan dan hiliran.3 Contoh: Aktiviti perlombongan, pertanian dan pembalakan yang menghasilkan bahan mentah.Aliran Pertengahan1 Tahap di mana bahan mentah diproses atau diolah menjadi produk separa siapatau komponen untuk kegunaan industri lain.2 Peranan: Menambah nilai kepada bahan mentah melalui pemprosesan dan penghasilan komponen yang akan digunakan dalam industri hiliran.3 Contoh: Kilang yang memproses kelapa sawit menjadi minyak mentah sawit atau kilang pemprosesan bijih besi.Hiliran1 Merujuk aktiviti dalam rantaian nilai di mana produk separa siap atau komponen diproses dan diubah menjadi produk siap sedia untuk kegunaan pengguna akhir.2 Peranan: Menyediakan produk siap untuk dijual kepada pengguna akhir serta berfungsi untuk menghubungkan produk dengan pasaran untuk memenuhi permintaan pengguna.3 Contoh: Industri pemasangan seperti syarikat automotif yang memasang komponen menjadi kereta siap serta kilang makanan yang membungkus dan menyediakan produk makanan untuk dijual di pasaran.Domestik dan Antarabangsa (Pasaran Geografi)Domestik1 Merujuk aktiviti perniagaan yang beroperasi dan menjual produk atau perkhidmatan hanya dalam negara asal tanpa melibatkan pasaran antarabangsa.2 Peranan: Memenuhi permintaan pasaran tempatan, menyokong ekonomi negara melalui pekerjaan tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada produk dari luar negara.3 Contoh: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di dalam negara seperti kedai runcit tempatan atau restoran tempatan.Antarabangsa1 Merangkumi perniagaan yang menjalankan operasi atau menjual produk dan perkhidmatan di luar negara asalnya dengan melibatkan pasaran global.2 Peranan: Membuka peluang kepada pasaran global untuk produk dan perkhidmatan, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi melalui aktiviti eksport serta meningkatkan hubungan perdagangan antarabangsa.3 Contoh: Syarikat multinasional seperti Samsung, Toyota dan Nestlé yang beroperasi di banyak negara di seluruh dunia.Semak Cepat 1.71 Senaraikan lapan klasifikasi perniagaan.2 Jelaskan peranan bagi primer, sekunder dan tertiar dalam sesebuah perniagaan.Domestik dan antarabangsa merujuk klasifikasi berdasarkan pasaran geografi.Tahukah Anda• Primer, sekunder dan tertiar merujuk klasifikasi perniagaan berdasarkan sektor ekonomi.• Huluan, aliran pertengahan, dan hiliran merujuk klasifikasi berdasarkan kedudukan dalam rantaian nilai.Tahukah AndaPerniagaan dan Persekitarannya2701 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 27PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB1.2.5 Kepentingan Perniagaan Antarabangsa dalam EkonomiPerniagaan antarabangsa memainkan peranan penting dalam ekonomi sesebuah negara kerana ia menawarkan peluang yang lebih besar berbanding perniagaan domestik.Antara kepentingan utama perniagaan antarabangsa dalam ekonomi ialah:1 Tukaran Asing(a) Perniagaan antarabangsa membolehkan negara memperoleh mata wang asing melalui eksport produk dan perkhidmatan ke pasaran global.(b) Kepentingan: Tukaran asing adalah penting bagi kestabilan ekonomi negara kerana ia digunakan untuk membayar import, melunaskan hutang luar negara dan menyokong rizab mata wang negara. Rizab ini membantu negara mengawal inflasi dan menstabilkan nilai mata wang tempatan.(c) Contoh: Negara yang berjaya mengeksport produk seperti minyak sawit atau elektronik akan menerima pendapatan dalam bentuk dolar AS atau mata wang kukuh lain yang akan mempertingkat rizab tukaran asing negara tersebut.2 Pasaran Luas(a) Perniagaan antarabangsa membuka peluang kepada pasaran yang lebih luas di peringkat global serta melebihi had pasaran domestik sesebuah negara.(b) Kepentingan: Pasaran yang lebih luas membolehkan syarikat meningkatkan skala pengeluaran dan mencapai ekonomi skala sekali gus menurunkan kos pengeluaran per unit. Hal ini turut memperkukuh daya saing syarikat di pasaran antarabangsa serta membantu mereka bertahan dalam jangka panjang.(c) Contoh: Syarikat seperti PROTON yang mengeksport kenderaannya ke negara lain dapat meningkatkan jumlah jualan serta mencapai kedudukan yang lebih stabil berbanding hanya bergantung pada pasaran tempatan.3 Pemindahan Teknologi(a) Perniagaan antarabangsa membolehkan pemindahan teknologi canggih dari negara maju ke negara yang membangun atau negara yang sedang membangun melalui pelaburan langsung asing (FDI) atau perkongsian perniagaan.(b) Kepentingan: Teknologi baharu dapat mempercepat proses pengeluaran, meningkatkan produktiviti serta memodenkan industri dalam negara. Teknologi yang dibawa masuk menjadikan negara lebih kompetitif sekali gus meningkatkan kualiti barangan serta perkhidmatan yang dihasilkan.(c) Contoh: Syarikat luar negara yang melabur dalam kilang elektronik di Malaysia berkemungkinan membawa teknologi automasi terkini yang dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran serta mempertingkat kecekapan pengeluaran tempatan.4 Pemindahan Kepakaran(a) Perniagaan antarabangsa memudahkan pemindahan kemahiran dan kepakaran dalam bentuk latihan, pendidikan atau bimbingan kepada tenaga kerja tempatan.(b) Kepentingan: Kepakaran yang diperoleh daripada negara maju membantu meningkatkan kecekapan tenaga kerja tempatan dan memberi kemahiran baharu yang sangat penting untuk pembangunan industri. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, pekerja tempatan mampu menjalankan tugas yang lebih kompleks, sekali gus meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran.Fakta KhususKepentingan Perniagaan Antarabangsa dalam Ekonomi1 Tukaran asing2 Pasaran luas3 Pemindahan teknologi4 Pemindahan kepakaranHasil PembelajaranMenjelaskan kepentingan perniagaan antarabangsa dalam ekonomi merangkumi tukaran asing, pasaran luas, pemindahan teknologi dan pemindahan kepakaran.Perniagaan antarabangsa merujuk aktiviti perdagangan yang melibatkan urus niaga barangan atau perkhidmatan antara dua atau lebih negara. Tahukah AndaPerniagaan antarabangsa merangkumi aktiviti seperti eksport, import, pelaburan langsung asing (FDI), perjanjian perkongsian, francais dan operasi syarikat multinasional di pasaran antarabangsa.Info ekstraPerniagaan dan Persekitarannya2801 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 28PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB(c) Contoh: Sebuah syarikat antarabangsa yang beroperasi di negara membangun akan menghantar pakar dalam bidang pengurusan dan teknologi untuk memberikan latihan dan bimbingan tenaga kerja tempatan serta meningkatkan tahap profesionalisme dan keupayaan pekerja di negara tersebut.Semak Cepat 1.81 Apakah maksud tukaran asing dalam konteks perniagaan antarabangsa?2 Apakah kepentingan pemindahan kepakaran kepada tenaga kerja tempatan dalam pembangunan industri?1.3 Persekitaran Perniagaan1.3.1 Persekitaran UmumDefinisi Persekitaran UmumPersekitaran umum merujuk persekitaran yang luas dan memberi kesan tidak langsung kepada sesebuah perniagaan.Faktor-faktor dan Pengaruh Persekitaran UmumPersekitaran umum memainkan peranan penting dalam membentuk dan mempengaruhi operasi dan prestasi perniagaan.Antara faktor persekitaran umum yang memberi pengaruh dan cabaran kepadaperniagaan termasuklah:1 Persekitaran Ekonomi(a) Keadaan ekonomi seperti inflasi, kadar faedah, kadar pertukaran mata wang dan tahap pendapatan pengguna yang mempengaruhi daya beli serta permintaan terhadap produk atau perkhidmatan.(b) Pengaruh terhadap perniagaan: Keadaan ekonomi seperti kadar inflasi, faedah, pertumbuhan ekonomi dan pengangguran yang mempunyai impak besar terhadap kuasa beli pengguna dan kos pengeluaran perniagaan. Semasa ekonomi berkembang, permintaan terhadap produk cenderung untuk meningkat, sementara kemelesetan ekonomi boleh mengurangkan permintaan dan meningkatkan risiko kerugian.(c) Cabaran: Kemelesetan ekonomi menyebabkan penurunan dalam permintaan dan memaksa perniagaan menurunkan harga atau menawarkan promosi. Hasil PembelajaranMembincangkan faktor persekitaran umum dan pengaruh serta cabaran terhadap perniagaan yang merangkumi ekonomi, persaingan dan jaringan, sosiobudaya, politik dan perundangan, teknologi, prasarana dan antarabangsa.Fakta KhususFaktor Persekitaran Umum1 Ekonomi2 Persaingan dan Jaringan3 Sosiobudaya4 Politik dan Perundangan5 Teknologi6 Prasarana7 AntarabangsaPerniagaan dan Persekitarannya2901 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 29PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BABSebaliknya, inflasi yang tinggi meningkatkan kos bahan mentah dan tenaga kerja sekali gus mengurangkan margin keuntungan. Selain itu, syarikat juga perlu bersedia untuk menghadapi perubahan kadar faedah yang boleh memberi kesan kepada kos pinjaman dan pembiayaan.(d) Contoh: Ketika kadar inflasi tinggi, kos bahan mentah dan tenaga kerja meningkat akan memaksa perniagaan menaikkan harga produk atau mengambil langkah mengurangkan kos bagi mengekalkan margin keuntungan.2 Persekitaran Persaingan dan Jaringan(a) Persaingan merujuk ancaman yang diberikan oleh perniagaan lain yang mengeluarkan produk yang sama atau hampir sama atau pengganti dan dipasarkan dalam pasaran yang sama. Jaringan perniagaan merujuk hubungan formal atau tidak formal yang dibentuk oleh perniagaan dengan pembekal, pengilang, pesaing atau pengedar untuk menghasilkan produk atau memasarkannya di pasaran.(b) Pengaruh terhadap perniagaan: Persaingan yang sengit mendorong perniagaan untuk meningkatkan inovasi, mengawal kos dan menambah baik kualiti produk bagi menarik pengguna. Sementara itu, jaringan perniagaan yang kukuh memberi peluang kepada perniagaan untuk bekerjasama dalam inovasi, berkongsi sumber dan memperluaskan pasaran.(c) Cabaran: Persaingan sengit di pasaran memaksa perniagaan menurunkan harga atau meningkatkan kos pemasaran bagi mengekalkan bahagian pasaran. Selain itu, ketiadaan hubungan jaringan yang kuat boleh mengakibatkan masalah dalam bekalan dan peningkatan kos terutama apabila berlaku isu seperti kekurangan bahan mentah atau kelewatan penghantaran.(d) Contoh: Syarikat teknologi mungkin perlu memperkenalkan ciri baharu untuk kekal relevan dalam pasaran yang kompetitif manakala jaringan yang kukuh dengan pembekal membantu memastikan bekalan bahan mentah yang stabil dan kos pengeluaran yang lebih terkawal.3 Persekitaran Sosiobudaya(a) Nilai, budaya, gaya hidup dan perubahan dalam demografi masyarakat yang mempengaruhi pilihan dan corak pembelian pengguna.(b) Pengaruh terhadap perniagaan: Faktor ini memainkan peranan penting dalam menentukan jenis produk atau perkhidmatan yang dikehendaki oleh pengguna dan kaedah pemasaran yang paling sesuai. Syarikat perlu peka terhadap keperluan budaya, demografi dan sosial untuk menghasilkan produk yang selaras dengan cita rasa tempatan.(c) Cabaran: Perubahan dalam gaya hidup dan minat pengguna memerlukan perniagaan untuk menyesuaikan produk atau perkhidmatan dengan cepat. Selain itu, perbezaan budaya antara negara boleh menjadi cabaran utama dalam penyesuaian produk dan strategi pemasaran terutamanya bagi perniagaan antarabangsa yang perlu memahami budaya tempatan untuk menarik minat pelanggan.(d) Contoh: Di negara yang memberikan penekanan kesedaran kesihatan, perniagaan dalam sektor makanan mungkin memilih untuk menawarkan produk yang lebih berkhasiat atau organik untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap gaya hidup sihat.Perniagaan dan Persekitarannya3001 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 30PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB4 Persekitaran Politik dan Perundangan(a) Politik merujuk dasar kerajaan yang memerintah dan tekanan berkaitan dengan kuasa serta penguatkuasaan peraturan dan undang-undang. Perundangan merujuk undang-undang dan peraturan yang ada dalam sesebuah negara.(b) Pengaruh terhadap perniagaan: Perubahan dalam dasar kerajaan atau undang-undang boleh memberi kesan besar kepada perniagaan seperti perubahan cukai boleh meningkatkan kos operasi manakala peraturan baharu mengenai keselamatan memerlukan syarikat untuk memenuhi piawaian yang lebih ketat. Kerajaan yang pro-perniagaan biasanya menawarkan insentif dan kemudahan kepada perniagaan manakala ketidakstabilan politik boleh menyebabkan ketidakpastian dalam pasaran. Sebaliknya, keadaan politik yang stabil memberi ruang kepada perniagaan untuk merancang strategi jangka panjang dengan lebih berkeyakinan.(c) Cabaran: Perubahan dasar kerajaan dan undang-undang yang mendadak seperti sekatan import, cukai baharu atau peraturan keselamatan yang lebih ketat boleh meningkatkan kos operasi atau menyukarkan akses ke pasaran tertentu. Ketidakstabilan politik seperti demonstrasi atau perubahankerajaan juga boleh meningkatkan risiko dalam membuat keputusan perniagaan dan pelaburan.(d) Contoh: Sekatan perdagangan yang dikenakan oleh kerajaan boleh mengehadkan akses kepada pasaran luar negara sementara pengecualian cukai atau insentif mungkin memberikan peluang perniagaan kecil untuk berkembang lebih pesat.5 Persekitaran Teknologi(a) Perkembangan teknologi dalam automasi, kecerdasan buatan (AI), e-dagang dan media digital yang boleh meningkatkan kecekapan operasi serta mempengaruhi permintaan pasaran.(b) Pengaruh terhadap perniagaan: Kemajuan teknologi membuka peluang kepada perniagaan untuk mempercepat proses pengeluaran, meningkatkan kualiti produk serta meningkatkan keberkesanan pemasaran melalui teknologi seperti automasi, e-dagang dan data besar (big data). Sebaliknya, tek nologi yang ketinggalan zaman boleh menyebabkan perniagaan kehilangan daya saing dan terlepas peluang-peluang baharu dalam pasaran.(c) Cabaran: Teknologi yang tidak relevan atau tidak sesuai dengan perkembangansemasa boleh menyebabkan perniagaan ketinggalan dan hilang kelebihan kompetitif. Selain itu, kos pelaburan dalam teknologi baharu juga boleh menimbulkan beban kewangan terutamanya bagi syarikat kecil dan sederhana. Kemajuan teknologi juga sering kali mengadakan program latihan semula pekerja yang memerlukan masa dan kos tambahan untuk meningkatkan kemahiran mereka.(d) Contoh: Perniagaan yang mengimplementasikan teknologi automasi atau analisis data besar dapat meningkatkan kecekapan operasi mereka dan mengenal pasti corak tingkah laku pengguna dengan lebih tepat.6 Persekitaran Prasarana(a) Kemudahan asas seperti pengangkutan, komunikasi, tenaga elektrik dan sistem logistik yang menyokong kelancaran aktiviti perniagaan.(b) Pengaruh terhadap perniagaan: Prasarana yang baik dapat mengurangkan kos penghantaran, mempercepat proses logistik dan memperbaiki komunikasi dalaman serta luaran. Sebaliknya, ketiadaan atau kekurangan prasarana yang mencukupi boleh menjejaskan kelancaran operasi dan mengurangkan produktiviti.Perniagaan dan Persekitarannya3101 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 31PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB(c) Cabaran: Kekurangan prasarana terutamanya di kawasan luar bandar boleh meningkatkan kos penghantaran dan pengeluaran serta memperlahankan operasi. Gangguan seperti bekalan elektrik yang tidak stabil atau capaian internet yang lemah boleh memberi kesan negatif terhadap kecekapan perniagaan terutamanya bagi syarikat yang bergantung pada teknologi dan e-dagang.(d) Contoh: Perniagaan yang beroperasi di kawasan bandar besar sering mendapat manfaat daripada akses kepada rangkaian pengangkutan yang baik dan internet berkelajuan tinggi yang memudahkan operasi e-dagang dan komunikasi dengan pelanggan.7 Persekitaran Antarabangsa(a) Faktor global seperti hubungan perdagangan antarabangsa, perjanjian dagangan bebas, ketidaktentuan politik global serta turun naik harga bahan mentah di pasaran dunia.(b) Pengaruh terhadap perniagaan: Faktor antarabangsa membuka peluang untuk memperluas pasaran ke peringkat global. Walau bagaimanapun, perniagaan juga boleh terdedah kepada risiko seperti perubahan kadar pertukaran mata wang yang mempengaruhi serta dasar perdagangan antarabangsa yang boleh membuka atau menutup peluang pasaran baharu.(c) Cabaran: Turun naik dalam kadar pertukaran mata wang secara mendadak boleh menjejaskan kos operasi atau keuntungan terutama bagi syarikat yang bergantung kepada eksport dan import. Sekatan perdagangan atau tarif import juga boleh mengehadkan peluang perniagaan di luar negara. Selain itu, perniagaan perlu memahami peraturan perundangan, budaya dan amalan perniagaan di negara asing bagi memastikan pematuhan undangundang dan membina hubungan perniagaan yang kukuh.(d) Contoh: Turun naik dalam kadar pertukaran mata wang boleh menambah kos kepada perniagaan yang mengimport bahan mentah atau mengeksport produk mereka.Semak Cepat 1.91 Jelaskan faktor ekonomi yang mempengaruhi persekitaran perniagaan umum.2 Jelaskan cabaran yang dihadapi bagi faktor persekitaran umum berikut:(a) Persaingan dan Jaringan(b) Politik dan Perundangan1.3.2 Persekitaran TugasDefinisi Persekitaran TugasFaktor-faktor dan Pengaruh serta Cabaran Persekitaran TugasPersekitaran tugas merujuk faktor-faktor luaran yang secara langsung mempengaruhi operasi harian perniagaan. Faktor ini memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan, keberhasilan dan kelangsungan sesebuah perniagaan.Hasil PembelajaranMembincangkan faktor persekitaran tugas dan pengaruh serta cabaran terhadap perniagaan termasuk pelanggan, pembekal, pembiaya, pemodal/pelabur, pesaing, kerajaan, pekerja, masyarakat dan seumpamanya.Perniagaan dan Persekitarannya3201 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 32PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BABBerikut ialah faktor-faktor persekitaran tugas, pengaruh dan cabarannya terhadap perniagaan:1 Pelanggan(a) Individu atau organisasi yang membeli dan menggunakan produk atau perkhidmatan syarikat.(b) Pengaruh: Pelanggan menjadi asas kepada kejayaan perniagaan kerana mereka menentukan permintaan terhadap produk atau perkhidmatan. Kepuasan pelanggan, pilihan dan tingkah laku pembelian mempengaruhi strategi pemasaran, reka bentuk produk dan penetapan harga.(c) Cabaran: Perniagaan perlu sentiasa peka terhadap keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah untuk memastikan produk atau perkhidmatan kekal relevan. Usaha berterusan diperlukan untuk mengekalkan hubungan baik bagi membina kesetiaan pelanggan. Kegagalan memberi perhatian kepada pelanggan boleh menjejaskan daya saing perniagaan dan boleh menyebabkan kehilangan pelanggan.2 Pembekal(a) Pihak yang menyediakan bahan mentah, peralatan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh perniagaan untuk menjalankan operasi.(b) Pengaruh: Pembekal menyediakan bahan mentah, komponen atau perkhidmatan utama yang diperlukan dalam proses pengeluaran. Hubungan yang baik dengan pembekal dapat memastikan bekalan yang stabil dan kos yang terkawal.(c) Cabaran: Gangguan bekalan atau kenaikan harga bahan mentah boleh menjejaskan kelancaran operasi dan meningkatkan kos pengeluaran. Dalam menghadapi cabaran ini, perniagaan perlu mencari alternatif pembekal yang dipercayai atau berunding untuk mendapatkan harga yang lebih baik.3 Pembiaya(a) Institusi kewangan atau individu yang memberikan pinjaman atau pembiayaan kepada perniagaan.(b) Pengaruh: Pembiaya seperti bank dan institusi kewangan memainkan perananpenting dalam menyediakan modal kepada perniagaan melalui pinjaman atau kredit. Ketersediaan pembiayaan dan syarat-syarat yang dikenakan seperti kadar faedah dan tempoh pembayaran boleh mempengaruhi kelancaran operasi dan keupayaan untuk berkembang.(c) Cabaran: Syarat pembiayaan yang ketat seperti kadar faedah tinggi atau jaminan ketat boleh menjadi halangan besar bagi perniagaan terutamanya perniagaan baharu. Kegagalan memenuhi syarat pembiayaan boleh menyebabkan risiko kewangan atau kebankrapan.4 Pemodal/Pelabur(a) Individu atau institusi yang menyediakan sumber kewangan kepada perniagaan dalam bentuk modal atau pelaburan.(b) Pengaruh:Pelabur menyediakan modal yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan atau melancarkan projek baharu. Selain memberikan sokongan kewangan, pemodal sering menyumbang kepakaran strategik atau rangkaian hubungan perniagaan yang berguna.(c) Cabaran: Pelabur sering mengharapkan pulangan pelaburan yang tinggi dalam tempoh tertentu. Ini boleh menimbulkan tekanan kepada pengurusan untuk mencapai keuntungan yang konsisten. Selain itu, pelabur mungkin menuntut hak kawalan atau pengaruh yang besar dalam keputusan perniagaan yang boleh menyekat kebebasan pengurusan.Fakta KhususFaktor Persekitaran Tugas• Pelanggan• Pembekal• Pembiaya• Pemodal/pelabur• Pesaing• Kerajaan• Pekerja• Masyarakat• Pengaruh dan cabaran yang timbul daripada faktor persekitaran tugas memerlukan perniagaan untuk sentiasa fleksibel, inovatif dan responsif terhadap perubahan persekitaran.• Media sosial dan berita dalam talian menjadikan perniagaan terdedah kepada perhatian umum dalam masa nyata. Sebarang isu boleh tersebar dengan cepat, menjejaskan imej dan reputasi jika tidak ditangani dengan baik.Tahukah AndaPerniagaan dan Persekitarannya3301 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 33PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1BAB5 Pesaing(a) Syarikat lain yang menawarkan produk atau perkhidmatan serupa dalam pasaran yang sama dan bersaing untuk mendapatkan pelanggan.(b) Pengaruh: Kehadiran pesaing dalam pasaran mendorong perniagaan untuk memperbaiki kualiti produk, mengekalkan harga yang kompetitif dan meningkatkan strategi pemasaran. Analisis pesaing penting untuk menentukan kedudukan produk dalam pasaran dan mencipta nilai tambah.(c) Cabaran: Persaingan yang sengit dalam pasaran boleh memaksa perniagaan untuk mengurangkan margin keuntungan atau mengubah strategi secara agresif untuk mengekalkan bahagian pasaran. Kegagalan dalam bersaing boleh menyebabkan kehilangan pelanggan dan merendahkan keuntungan.6 Kerajaan(a) Pihak berkuasa yang bertanggungjawab menggubal undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan pelesenan perniagaan.(b) Pengaruh: Kerajaan mempengaruhi perniagaan melalui dasar, undangundang dan peraturan. Contohnya, dasar cukai, undang-undang buruh dan peraturan alam sekitar boleh mempengaruhi kos operasi, kecekapan dan keupayaan perniagaan untuk berkembang.(c) Cabaran: Perubahan mendadak dalam dasar atau peraturan kerajaan boleh meningkatkan kos pematuhan atau menyebabkan penyesuaian operasi. Sekatan perundangan juga boleh mengehadkan aktiviti perniagaan dalam bidang tertentu.7 Pekerja(a) Individu yang menyumbang tenaga fizikal dan mental kepada sesebuah organisasi yang menjalankan tugas dalam organisasi untuk memastikan operasi berjalan dengan lancar.(b) Pengaruh: Pekerja merupakan aset utama dalam menjalankan operasi harian, pengeluaran dan perkhidmatan pelanggan. Motivasi, produktiviti dan kemahiran pekerja memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan operasi.(c) Cabaran: Kesukaran dalam mendapatkan atau mengekalkan tenaga kerja mahir boleh menjejaskan kualiti produk dan produktiviti. Selain itu, kos gaji dan faedah pekerja yang tinggi boleh menjadi beban kewangan terutama dalam pasaran buruh yang kompetitif.8 Masyarakat(a) Komuniti atau kumpulan sosial yang tinggal berdekatan atau terkesan dengan operasi perniagaan dan boleh mempengaruhi imej serta operasi perniagaan melalui tanggapan, sokongan atau tekanan sosial.(b) Pengaruh: Masyarakat setempat memberikan sokongan atau menerima perniagaan sebagai sebahagian daripada komuniti mereka. Perniagaan yang prihatin terhadap isu sosial dan alam sekitar sering mendapat sokongan daripada masyarakat.(c) Cabaran: Tekanan daripada masyarakat untuk bertanggungjawab sosial menuntut perniagaan melaksanakan program yang bermanfaat kepada komuniti yang boleh meningkatkan kos. Reputasi perniagaan juga terjejas jika terdapat isu yang tidak disukai masyarakat seperti pencemaran atau eksploitasi tenaga kerja.Pengaruh media juga memberi impak besar kepada reputasi perniagaan melalui liputan berita atau ulasan produk. Publisiti yang baik boleh meningkatkan imej dan jualan manakala publisiti buruk boleh menjejaskan reputasi.Info ekstraPerniagaan dan Persekitarannya3401 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) B01 5pp.indd 34PENERBIT 15/04/2026 2:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Masa: Dua jam tiga puluh minitBahagian A[60 markah]Jawab dua soalan sahaja.1 (a) Jelaskan lima faktor pengeluaran bagi sebuah kilang pengeluaran tayar. KBAT [20](b) Huraikan lima jenis kemahiran pengurusan. STPMKLON [10]2 (a) Jelaskan langkah-langkah yang terlibat dalam proses pengorganisasian sebuahperniagaan percetakan. KBAT STPMKLON [20](b) Jelaskan dua jenis keputusan yang biasa dibuat oleh pengurus sebuah kilang pengeluaran kereta. [10]3 (a) Jelaskan lima aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran. [15](b) Jelaskan tiga model pembuatan keputusan serta berikan dua kelebihan dan dua kelemahanbagi setiap model tersebut. STPMKLON [15]4 (a) Jelaskan empat jenis kepimpinan yang biasa dimiliki oleh seseorang pengurus. STPMKLON [12](b) Jelaskan langkah-langkah dalam proses pembuatan keputusan rasional untuk membuka cawanganbaharu perniagaan di luar negara. STPMKLON [18]Kertas Model STPM 946/1Kertas Model STPMKertas Model STPM22605 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) KM STPM 4pp.indd 226PENERBIT 14/04/2026 4:02 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Bahagian B[40 markah]Jawab semua soalan.Farm Fresh5 Farm Fresh merupakan syarikat tenusu terkemuka di Malaysia yang dikenali dengan komitmennya terhadap kualiti, inovasi dan kelestarian. Ditubuhkan pada tahun 2010, Farm Fresh telah berkembang pesat menjadi jenama pilihan utama bagi pengguna yang mengutamakan susu segar dan produk tenusu berkualiti tinggi. Matlamat utama syarikat Farm Fresh ialah menjadi peneraju utama dalam pengeluaran dan penyediaan produk tenusu berkualiti tinggi yang segar, sihat dan berkelestarian di peringkattempatan dan antarabangsa. Sehubungan dengan itu, Farm Fresh komited menyediakan produk tenusu segar dan berkualiti tinggi kepada pelanggan sambil mempromosikan amalan pertanian lestari, menyokong komuniti tempatan dan meminimumkan kesan terhadap alam sekitar. Bagi merealisasikan hasrat visi dan misi tersebut, Farm Fresh komited dalam menghasilkan produk tenusu yang mematuhi piawaian keselamatan makanan dan standard halal bagimemastikan kepercayaan pelanggan terpelihara. Farm Fresh juga berusaha memperluas pasaran domestik dan antarabangsa dengan memberi tumpuan kepada pasaran ASEAN serta peringkat global. Selain itu, Farm Fresh turut memperkenalkan varian baharu seperti susu rendah lemak, yogurt berperisa dan produk organik bagi memenuhi keperluan dan permintaan pengguna yang berbeza-beza. Pada masa yang sama, Farm Fresh juga tidak mengabaikan tanggungjawab sosial korporatnyadengan mengintegrasikan amalan mampan dalam setiap aspek operasi termasuk penggunaan teknologi hijau, pengurangan sisa serta menyokong ladang-ladang kecil melalui koperasi dan program latihan bagi memastikan kualiti bekalan bahan mentah yang konsisten. Farm Fresh menghadapi pelbagai cabaran dalam persekitaran perniagaannya. Namun,Farm Fresh berjaya membuktikan kemampuannya untuk terus bersaing dan berjaya mengekalkan kedudukannya dalam persekitaran perniagaan yang dinamik. Pertumbuhan ekonomi sertapeningkatan kuasa beli pengguna telah mendorong permintaan terhadap produk tenusu premium. Namun, cabaran seperti inflasi dan kenaikan kos bahan mentah seperti makanan ternakan memberi tekanan kepada margin keuntungan.Selain itu, fluktuasi nilai mata wang turut meningkatkan kos operasi apabila syarikat bergantung pada bahan import. Untuk menghadapi kenaikan kos operasi, Farm Fresh mengoptimumkan proses pengeluaran melalui teknologi moden dan menyusun semula rantaian bekalan untuk mengurangkan pergantungan terhadap bahan import. Farm Fresh menghadapi saingan sengit daripada jenama tempatan dan antarabangsa seperti Dutch Lady dan Marigold.Kertas Model STPMKertas Model STPM22705 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) KM STPM 4pp.indd 227PENERBIT 14/04/2026 4:02 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Keupayaan untuk mengekalkan rangkaian pengedaran yang cekap serta imej penjenamaansebagai pengeluar susu segar berkualiti tinggi menjadi antara kekuatan utama syarikat. Walau bagaimanapun, kehadiran pemain global dengan sumber kewangan yang besar memaksa Farm Fresh untuk terus berinovasi. Justeru, syarikat terus memperkenalkan produk baharu seperti yogurtberperisa dan susu rendah lemak bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang.Kesedaran pengguna terhadap gaya hidup sihat semakin meningkat telah mendorongpermintaan terhadap produk tenusu rendah lemak dan organik. Pada masa yang sama, perubahan selera generasi muda menggesa syarikat untuk menawarkan produk yang lebih mudah diakses seperti susu dalam botol kecil atau minuman yogurt. Selain itu, Farm fresh berdepan cabaran dalam memastikan kualiti dan ketahanan produk dalam iklim tropika Malaysia yang menimbulkan isu logistik yang signifikan. Farm Fresh mendapat sokongan daripada dasar kerajaan yang menggalakkan pembangunan sektor pertanian dan produk tempatan. Walau bagaimanapun, cabaran birokrasi serta perubahan dalam dasar perdaganganantarabangsa boleh melambatkan pelaksanaan strategi baharu. Oleh itu, Farm Fresh perlu mematuhi standard keselamatan makanan seperti HACCP serta piawaian halal yang membina kepercayaan pelanggan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Farm Fresh menerapkan automasi dalamproses pengeluaran bagi menjamin kualiti produk yang tinggi dengan kos yang lebih rendah. Di samping itu, pemasaran digital melalui platform e-dagang dan media sosial memainkan peranan penting dalam memperluas jangkauan pasaran, terutama dalam kalangan generasi muda yang celik teknologi. Namun, kos pelaburan dalam teknologi baharu menjadi cabaran bagi syarikatuntuk mengekalkan daya saing.Farm Fresh turut menghadapi cabaran berkaitan dengan infrastruktur di kawasan pedalaman di mana ladang tenusu dan pusat pengeluarannya beroperasi. Walaupun sistem logistik di Malaysia secara keseluruhan adalah baik, kekangan prasarana di luar bandar memerlukan pelaburan tambahan bagi memastikan produk dapat dihantar dengan cepat dan kekal segar. Sehubungan dengan itu, Farm Fresh melabur dalam sistem pengangkutan sejuk bagi memastikan kesegaran produk terjamin sehingga ke tangan pelanggan termasuk di kawasan pedalaman. Farm Fresh juga melihat peluang besar untuk mengembangkan kehadirannya di rantau ASEAN. Namun, syarikat ini perlu menghadapi cabaran seperti sekatan perdagangan, tarif import dan persaingan sengit daripada jenama antarabangsa yang lebih kukuh. Bagi mengatasi halangan ini, Farm Fresh menjalin hubungan strategik dengan pembekal dan rakan kongsi di negara sasaran dan ini dapat membantu syarikat menyesuaikan diri dengan peraturan tempatan serta mempercepat proses pengembangan.Kertas Model STPMKertas Model STPM22805 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) KM STPM 4pp.indd 228PENERBIT 14/04/2026 4:02 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Dengan pendekatan strategik yang berfokus kepada inovasi, kecekapan operasi dan kepekaan terhadap perubahan persekitaran, Farm Fresh terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama tempatan yang berjaya dalam industri tenusu. Syarikat ini membuktikan bahawa komitmenterhadap kualiti, kelestarian dan inovasi merupakan faktor utama dalam mengekalkan daya saingserta mencapai kejayaan jangka panjang. Farm Fresh bukan sahaja memenuhi keperluan pasarantetapi juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan kelestarian dan pembangunan komuniti yang menjadikannya sebagai model unggul dalam industri produk tenusu.(Disesuaikan daripada www.farmfresh.com.my dan Laporan Industri Tenusu Malaysia: Malaysian Milk Boardyang dicapai pada 28 Disember 2024)Berdasarkan kajian kes Farm Fresh,(a) jelaskan visi, misi dan objektif (VMO) bagi syarikat Farm Fresh. [7](b) jelaskan lima faktor persekitaran umum yang mempengaruhi syarikat Farm Fresh. STPMKLON [15](c) jelaskan bagaimana Farm Fresh membuat perancangan strategik berdasarkananalisis PESTEL. KBAT [18]Kertas Model STPMKertas Model STPM22905 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) KM STPM 4pp.indd 229PENERBIT 14/04/2026 4:02 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


BAB 1 Perniagaan dan PersekitarannyaSemak Cepat 1.11 Perbandingan antara perniagaan dengan bukan perniagaan:Aspek Organisasi PerniagaanOrganisasi Bukan PerniagaanTujuan dan Matlamat KewanganMatlamat utama ialah keuntungan maksimum untuk kepentingan organisasi.Matlamat utama ialah meningkatkan kebajikan ahli/sosial/kepentingan bersama.Sumber KewanganSumber kewangan dari modal sendiri dan keuntungan perniagaan.Sumber kewangan dari yuran ahli dan sumbangan masyarakat/tajaan/derma/swasta.AktivitiAktiviti utama ialah pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan.Aktiviti utama bercorak kemasyarakatan seperti kempen, kursus/ceramah dan lain lain.AktaPenubuhan tertakluk kepada undang-undang perniagaan (Akta Syarikat 1965, Akta Perkongsian 1974, Akta Koperasi 1948).Penubuhan tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966.PendaftaranPendaftar Syarikat, Pendaftar Perniagaan, Jabatan Pembangunan Koperasi.Pendaftar Pertubuhan.BentukSyarikat, perkongsian, milikan tunggal, koperasi.Badan bukan kerajaan, parti politik, kelab dan persatuan.Aspek Organisasi PerniagaanOrganisasi Bukan PerniagaanPengukuran KejayaanKejayaan diukur berdasarkan keuntungan, pertumbuhanpasaran dan kepuasan pelanggan.Kejayaan diukur berdasarkan keberkesanan dalam mencapai matlamatyang ditetapkan seperti peningkatan kesejahteraan komuniti atau kejayaan programprogram yang dijalankan.Struktur OperasiStruktur organisasi biasanya berorientasikan keuntungan dengan hierarki pengurusan yang dirancang untuk memaksimumkan produktiviti dan keuntungan.Struktur organisasi cenderung berfokus pada pemenuhan misi dan sering kali lebih fleksibel dengan tumpuan kepada penglibatan masyarakat dan kerjasama.2 Kepentingan sesebuah perniagaan kepada ekonomi sesebuah negara:• Penciptaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)• Penyediaan peluang pekerjaan• Pembangunan infrastruktur• Sumber pendapatan bagi kerajaan• Penggalakan inovasi dan teknologi• Memacu pelaburan• Pengurangan ketergantungan ekonomi• Pembangunan sumber manusia• Penyebaran kekayaan• Sokongan kepada sektor lainSemak Cepat 1.21 Faktor pengeluaran dalam sesebuah perniagaan:• Bahan mentah• Modal• Modal insan• Teknologi• KeusahawananJawapan23006 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) JWP 4pp.indd 230PENERBIT 14/04/2026 4:21 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


2 Kepentingan teknologi terhadap produk pengeluaran dalam sesebuah perniagaan:• Teknologi akan meningkatkan produk pengeluaran dengan menggunakan teknologi moden.• Teknologi akan mengurangkan penggunaan tenaga buruh seterusnya mengurangkan kos buruh.• Teknologi akan meningkatkan kualiti hasil keluaran melalui penyelidikan dan pembangunan.Semak Cepat 1.31 Langkah-langkah proses perniagaan:• Input• Proses tambah nilai• Output• Pemasaran• Untung atau rugi2 Maksud proses tambah nilai dalam konteks perniagaan:Proses tambah nilai merujuk proses transformasi yang melibatkan proses penukaran input seperti bahan mentah kepada output, iaitu produk akhir yang dikehendaki.(a) Proses tambah nilai merupakan proses penukaran input dari segi bentuk, warna, rasa, saiz dan rupa kepada bentuk produk baharu yang dikenali sebagai output.(b) Output yang dihasilkan akan memiliki nilai tambah selepas melalui proses transformasi dan tambah nilai.(c) Penambahan nilai berlaku melalui penggunaan tenaga dan idea manusia, bahan, pengetahuan serta teknologi.Semak Cepat 1.41 Aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran bermaksud:Pengeluaran merangkumi pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang melibatkan penghasilan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pengguna dan industri seperti ekstraktif, barangan pengguna, barangan industri, pembuatan, pemasangan, pertanian dan penternakan serta pembinaan.2 Peranan bagi aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran berikut:(a) Ekstraktif: Membekalkan bahan mentah kepada industri pembuatan untuk diproses menjadi produk siap.(b) Barangan pengguna: Menghasilkan barangan untuk kegunaan langsung oleh pelanggan dan memenuhi keperluan atau kehendak harian mereka.(c) Barangan industri: Membekalkan input kepada sektor lain, memastikan kelancaran rantaian bekalan dan menyokong pertumbuhan sektor pembuatan.Semak Cepat 1.51 Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan:• Peruncitan• Pemborongan• Kewangan • Profesional• Perhotelan• Pendidikan• Gig2 Aktiviti perniagaan peruncitan ialah:• Perniagaan yang melibatkan penjualan barang secara langsung kepada pelanggan akhir untuk kegunaan peribadi.• Menjual pelbagai jenis barang dalam kuantiti yang kecil kepada pelanggan untuk kegunaan peribadi.• Contoh: Kedai Runcit Gmart, Seven Eleven dan sebagainya.Semak Cepat 1.61 Peranan sektor swasta dalam perkembangan perniagaan:• Sentiasa membantu sektor swasta untuk meningkatkan produktiviti.• Memberi bantuan kewangan kepada sektor swasta.• Memberi kemudahan latihan kepada sektor swasta.• Mengeluarkan lesen kepada sektor swasta.• Melaksanakan semua projek berisiko tinggi untuk kepentingan negara.• Menyelaraskan semua perkara berkaitan dengan hal ehwal pengguna.2 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ialah:Syarikat komersial yang dimiliki atau dikuasai oleh kerajaan melalui entiti pelaburan seperti Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Walaupun beroperasi seperti syarikat swasta, kerajaan memainkan peranan dalam tadbir urus dan kawalan strategik.Semak Cepat 1.71 Klasifikasi perniagaan:• Primer• Sekunder• Tertiar• Huluan• Aliran pertengahan• Hiliran• Domestik• Antarabangsa2 Peranan bagi primer, sekunder dan tertiar:• Primer: Membekalkan bahan mentah kepada sektor lain seperti sektor sekunder bagi tujuan pemprosesan dan penghasian produk akhir.• Sekunder: Meningkatkan nilai bahan mentah dengan memprosesnya menjadi produk yang lebih bernilai, berkualiti dan sesuai untuk dipasarkan kepada pengguna.• Tertiar: Menghubungkan antara pengguna dengan barangan dan perkhidmatan serta memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan pengguna akhir.Semak Cepat 1.81 Maksud tukaran asing dalam konteks perniagaan antarabangsa:• Perniagaan antarabangsa membolehkan negara memperoleh mata wang asing melalui eksport produk dan perkhidmatan ke pasaran global.• Penting bagi kestabilan ekonomi negara kerana ia digunakan untuk membayar import, melunaskan hutang luar negara dan menyokong rizab mata wang negara.JawapanJawapan23106 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) JWP 4pp.indd 231PENERBIT 14/04/2026 4:21 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


• Membantu negara mengawal inflasi dan menstabilkan nilai mata wang tempatan.2 Kepentingan pemindahan kepakaran kepada tenaga kerja tempatan dalam pembangunan industri:• Kepakaran yang diperoleh daripada negara maju membantu meningkatkan kecekapan tenaga kerja tempatan dan memberi kemahiran baharu yang sangat penting untuk pembangunan industri.• Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, pekerja tempatan mampu menjalankan tugas yang lebih kompleks, sekali gus meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran.Semak Cepat 1.91 Faktor ekonomi yang mempengaruhi persekitaran perniagaan umum:• Merangkumi keadaan ekonomi sesebuah negara atau rantau yang dapat mempengaruhi permintaan dan penawaran produk serta kos operasi.• Keadaan ekonomi seperti kadar inflasi, kadar faedah, kadar pertumbuhan ekonomi dan kadar pengangguran mempunyai impak besar terhadap kuasa beli pengguna dan kos pengeluaran perniagaan. • Semasa ekonomi berkembang, permintaan terhadap produk cenderung untuk meningkat, sementara kemelesetan ekonomi boleh mengurangkan permintaan dan meningkatkan risiko kerugian.2 Cabaran yang dihadapi bagi faktor persekitaran umum berikut:(a) Persaingan dan Jaringan• Persaingan sengit di pasaran memaksa perniagaan menurunkan harga atau mempertingkat kos pemasaran bagi mengekalkan bahagian pasaran. Selain itu, ketiadaan hubungan jaringan yang kuat boleh mengakibatkan masalah dalam bekalan dan peningkatan kos terutama apabila berlaku isu seperti kekurangan bahan mentah atau kelewatan penghantaran.(b) Politik dan Perundangan• Perubahan dasar kerajaan dan undang-undangyang mendadak seperti sekatan import, cukai baharu atau peraturan keselamatan yang lebih ketat boleh meningkatkan kos operasi atau menyukarkan akses ke pasaran tertentu. Ketidakstabilan politik seperti demonstrasi atau perubahan kerajaan juga boleh meningkatkan risiko dalam membuat keputusan perniagaan dan pelaburan.Semak Cepat 1.101 Empat kebaikan dan keburukan milikan tunggal:Kelebihan KelemahanMudah ditubuhkan Liabiliti tidak terhadKebebasan bertindak Mudah ditutupSokongan persatuan Kekangan masaTanggungjawab terhadap keuntungan dan kerugianSukar mendapat pekerja mahirKelebihan KelemahanKadar cukai rendah Sukar berkembangKawalan penuh Sukar mendapat sumber kewanganTahap kerahsiaan tinggi PembubaranMudah dibubarkan2 Ciri-ciri koperasi:(a) Pemilikan: Dimiliki dan dikendalikan oleh anggota yang berkongsi tujuan atau kepentingan yang sama seperti petani, pekerja atau pengguna. Setiap anggota mempunyai hak undi yang sama tanpa mengira jumlah sumbangan mereka.(b) Tanggungjawab: Tanggungjawab anggota biasanyaterhad kepada jumlah sumbangan modal mereka. Fokus utama koperasi bertujuan untuk memenuhi keperluan anggota dan bukan untuk mengaut keuntungan.(c) Cukai: Koperasi dikenakan cukai sebagai entiti berasingan. Walau bagaimanapun, banyak negara memberikan pengecualian cukai atau insentif khas kepada koperasi bagi menyokong tujuan sosial mereka.Semak Cepat 1.111 Dokumen yang diterima oleh pemilik selepas pendaftaran perniagaan berjaya:• Sijil Pendaftaran Perniagaan daripada SSM2 Langkah-langkah penubuhan syarikat:(a) Pendaftaran nama syarikat• Pemohon perlu membuat carian nama syarikat dan mendaftarkannya melalui sistem MyCoID di SSM. Nama yang dipilih tidak boleh bertentangan dengan undangundang atau mengelirukan.(b) Sediakan Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A)• Dokumen Memorandum dan Artikel Persatuan perlu disediakan. Ia mengandungi tujuan penubuhan syarikat dan peraturan untuk pengurusan syarikat.(c) Pengemukaan borang pendaftaran syarikat• Lengkapkan borang seperti Borang 48A (Deklarasi Pematuhan), Borang 49 (maklumat pengarah dan setiausaha syarikat) serta Borang 24 (butiran pemegang saham) dan kemukakannya kepada SSM.(d) Modal dibenarkan dan modal berbayar• Tetapkan modal dibenarkan (jumlah maksimum modal saham yang boleh diterbitkan) dan modal berbayar (jumlah yang dilaburkan oleh pengarah atau pemegang saham pada peringkat awal).(e) Bayar yuran pendaftaran• Yuran pendaftaran syarikat bergantung pada jumlah modal dibenarkan. Sebagai contoh, sebuah syarikat dengan modal dibenarkan RM400 000, yuran pendaftaran ialah RM1 000.(f) Sijil penubuhan• Setelah semua dokumen lengkap dan yuran pendaftaran dibayar, SSM akan mengeluarkan Sijil Pemerbadanan sebagai pengesahan penubuhan syarikat.JawapanJawapan23206 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) JWP 4pp.indd 232PENERBIT 14/04/2026 4:21 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Tinjau Bab1 Elemen dalam faktor pengeluaran:(a) Bahan mentah (d) Keusahawanan(b) Modal (e) Teknologi(c) Modal insan2 Langkah yang terlibat dalam proses perniagaan:(a) Input (d) Proses pemasaran(b) Proses tambah nilai (e) Untung atau rugi(c) Output3 Jenis aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran:(a) Ekstraktif (d) Pembuatan(b) Barangan konsumer (e) Pemasangan(c) Barangan industri4 Jenis aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan:(a) Peruncitan (d) Profesional(b) Pemborongan (e) Perhotelan(c) Kewangan (f) Gig5 Klasifikasi perniagaan:(a) Primer (e) Aliran pertengahan(b) Sekunder (f) Hiliran(c) Tertiar (g) Domestik(d) Huluan (h) Antarabangsa6 Kepentingan perniagaan antarabangsa (PAB) dalam ekonomi:(a) Tukaran asing (c) Pemindahan teknologi(b) Pasaran luas (d) Pemindahan kepakaran7 Elemen persekitaran umum:(a) Ekonomi (e) Prasarana(b) Politik dan perundangan (f) Teknologi(c) Persaingan dan jaringan (g) Antarabangsa(d) Sosiobudaya8 Elemen persekitaran tugas:(a) Pelanggan (e) Pemodal/pelabur(b) Pembekal (f) Pekerja(c) Pesaing (g) Kerajaan(d) Pembiaya (h) MasyarakatFokus STPM 1Bahagian ASoalan Esei1 (a) Lima kepentingan perniagaan kepada pengguna ialah:F1: Menyediakan barang dan perkhidmatanH1: Perniagaan menghasilkan dan menawarkan barang serta perkhidmatan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan asas dan kehendak pengguna dalam kehidupan harian.H2: Melalui aktiviti pengeluaran dan pemasaran, pengguna dapat memperoleh produk yang berkualiti dan selamat digunakan mengikut piawaian tertentu.H3: Kewujudan perniagaan membolehkan pengguna memperoleh bekalan produk secara berterusan di pasaran tanpa perlu menghasilkannya sendiri.F2: Mempelbagaikan pilihan produkH1: Perniagaan menawarkan pelbagai jenis produk, jenama dan variasi bagi memenuhi cita rasa pengguna yang berbeza.H2: Persaingan antara perniagaan mendorong pengeluar menghasilkan produk inovatif dan reka bentuk yang lebih menarik kepada pengguna.H3: Kepelbagaian produk membolehkan pengguna membuat pilihan terbaik berdasarkan harga, kualiti dan keperluan masing-masing.F3: Menyediakan perkhidmatan selepas jualanH1: Perniagaan menyediakan jaminan produk, penyelenggaraan dan khidmat pembaikan selepas pembelian dibuat oleh pengguna.H2: Perkhidmatan selepas jualan membantu meningkatkan kepuasan dan keyakinan pengguna terhadap produk yang dibeli.H3: Sokongan selepas jualan memastikan pengguna memperoleh nilai penggunaan yang lebih lama dan berbaloi.F4: Menggalakkan penyertaan pengguna sebagai pembekalH1: Perniagaan membuka peluang kepada pengguna setempat untuk menjadi pembekal bahan mentah atau komponen kepada organisasi perniagaan.H2: Penyertaan ini mewujudkan peluang pendapatan dan aktiviti ekonomi dalam kalangan masyarakat pengguna.H3: Hubungan ini mewujudkan rantaian bekalan tempatan yang lebih kukuh dan stabil antara perniagaan dan pengguna.F5: Menawarkan harga yang lebih kompetitifH1: Persaingan antara perniagaan menyebabkan pengeluar menetapkan harga yang lebih kompetitif dan berpatutan kepada pengguna.H2: Promosi seperti diskaun, jualan murah dan pakej penjimatan membolehkan pengguna memperoleh produk pada kos lebih rendah.H3: Situasi ini membantu pengguna membuat pembelian yang lebih menjimatkan dan meningkatkan kuasa beli.F6: Memberikan maklumat dan pendidikan penggunaH1: Perniagaan menyediakan maklumat produk melalui label, iklan dan promosi bagi membantu pengguna memahami ciri produk.H2: Maklumat ini membolehkan pengguna membuat keputusan pembelian yang lebih rasional dan bijak.H3: Pendedahan kepada maklumat produk meningkatkan kesedaran pengguna tentang kualiti, keselamatan dan penggunaan produk.[Maksimum: 10 markah](b) Lima faktor pengeluaran bagi sebuah perniagaan perabot ialah:F1: Bahan mentahH1: Bahan mentah merujuk kepada sumber semula jadi seperti kayu-kayan, besi, paku dan bahan lain yang digunakan sebagai input utama dalam proses pengeluaran.JawapanJawapan23306 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) JWP 4pp.indd 233PENERBIT 14/04/2026 4:21 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Click to View FlipBook Version