H2: Bahan mentah ini diproses untuk menghasilkan produk perabot seperti meja, kerusi, almari dan kabinet.C: Contohnya, sebuah kilang perabot menggunakan kayu getah dan papan lapis sebagai bahan utama untuk menghasilkan set meja makan.F2: ModalH1: Modal merujuk sumber kewangan dan aset fizikal seperti mesin, jentera, peralatan dan bangunan yang digunakan dalam proses pengeluaran.H2: Modal membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengeluaran perabot melalui penggunaan mesin dan peralatan moden.C: Contohnya, syarikat perabot menggunakan mesin pemotong kayu automatik, mesin penggilap dan kilang pengeluaran bagi menghasilkan perabot dengan lebih cepat.F3: Modal insanH1: Modal insan merujuk kepada tenaga manusia yang mempunyai kemahiran fizikal dan mental untuk melaksanakan tugas dalam organisasi.H2: Tenaga kerja yang mahir membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran perabot melalui kemahiran pertukangan dan pengurusan operasi.C: Contohnya, pekerja yang mahir dalam pertukangan kayu dan reka bentuk perabot menghasilkan almari atau meja yang berkualiti tinggi.F4: TeknologiH1: Teknologi merujuk kepada penggunaan ilmu pengetahuan, mesin dan kaedah moden dalam proses pengeluaran.H2: Teknologi membantu meningkatkan kecekapan pengeluaran, mengurangkan kos buruh dan meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan.C: Contohnya, kilang perabot menggunakan mesin CNC atau perisian reka bentuk komputer (CAD) untuk menghasilkan reka bentuk perabot yang lebih tepat dan berkualiti.F5: KeusahawananH1: Keusahawanan merujuk kepada keupayaan usahawan menggabungkan semua faktor pengeluaran untuk menjalankan proses pengeluaran.H2: Usahawan bertanggungjawab membuat keputusan perniagaan, mengambil risiko dan mengurus operasi pengeluaran bagi memastikan perniagaan berjaya.C: Contohnya, pemilik syarikat perabot merancang reka bentuk perabot baharu, mengurus pekerja dan menentukan strategi pemasaran untuk meningkatkan jualan.[Maksimum: 20 markah]2 (a) Lima kepentingan perniagaan kepada masyarakat ialah:F1: Meningkatkan kualiti hidup masyarakatH1: Aktiviti perniagaan menyediakan pelbagai barang dan perkhidmatan berkualiti yang dapat meningkatkan taraf kehidupan masyarakat.H2: Masyarakat dapat menikmati kemudahan moden dan teknologi baharu hasil inovasi yang dihasilkan oleh organisasi perniagaan.H3: Keadaan ini membantu masyarakat memperoleh kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera.F2: Mewujudkan peluang pekerjaanH1: Perniagaan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat melalui pengambilan pekerja dalam pelbagai bidang.H2: Peluang pekerjaan ini membantu masyarakat memperoleh pendapatan tetap untuk menyara kehidupan.H3: Keadaan ini juga dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat.F3: Membangunkan masyarakat setempatH1: Perniagaan memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menceburi aktiviti perniagaan kecil atau menjadi pembekal.H2: Aktiviti ini membantu meningkatkan aktiviti ekonomi tempatan dan pendapatan komuniti.H3: Keadaan ini seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi kawasan setempat.F4: Memenuhi keperluan masyarakatH1: Perniagaan menyediakan pelbagai barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan harian masyarakat.H2: Produk yang ditawarkan membantu masyarakat memperoleh kemudahan hidup seperti makanan, pakaian dan perkhidmatan penting.H3: Keadaan ini memastikan masyarakat dapat menjalani kehidupan yang lebih teratur dan selesa.F5: Menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR)H1: Perniagaan melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat bagi membantu masyarakat yang memerlukan.H2: Antara bentuk sumbangan ialah tajaan pendidikan, biasiswa, derma dan bantuan kebajikan kepada komuniti setempat.H3: Usaha ini dapat meningkatkan kesejahteraan sosial dan hubungan baik antara perniagaan dengan masyarakat.[Maksimum: 10 markah](b) Proses perniagaan kilang pembuatan perabot jati ialah: F1: InputH1: Input merujuk faktor-faktor pengeluaran yang digunakan oleh kilang pembuatan perabot jati untuk menghasilkan produk perabot.H2: Faktor pengeluaran tersebut terdiri daripada bahan mentah kayu jati, modal kewangan, tenaga kerja mahir, teknologi mesin pemprosesan kayu dan keusahawanan yang diperlukan dalam pengeluaran perabot.C: Contohnya, kilang perabot jati menggunakan kayu jati sebagai bahan mentah, mesin pemotong kayu, pekerja tukang kayu serta modal kewangan untuk memulakan proses pengeluaran.JawapanJawapan23406 TEfektif STPM 2027 PPniaga (S01) JWP 4pp.indd 234PENERBIT 14/04/2026 4:21 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE