25 TINGKATAN 4 2 Trend Semasa dalam Perniagaan 4 PBT juga bertanggungjawab: (a) Memastikan setiap pembinaan bangunan dalam keadaan baik dan sempurna. (b) Merangka dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan setempat. (c) Menggubal sesuatu undang-undang kecil yang berkaitan dengan perniagaan, iaitu pengawalan premis perniagaan, pengawalan pengiklanan dan mengatur sebarang jualan awam. semak cepat 2.1 1 Senaraikan kementerian yang sedia membantu perniagaan bersaing pada peringkat domestik dan antarabangsa. 2 Berikan empat peranan MATRADE dalam mempromosikan aktiviti yang berkaitan dengan perdagangan di luar Malaysia. 3 Apakah matlamat undang-undang perlindungan pengguna? 2.1.2 Peranan Kerajaan dari Aspek Pertumbuhan Ekonomi 1 Pertumbuhan ekonomi merujuk peningkatan dalam sesuatu kegiatan yang berkaitan dengan ekonomi. i THINK Peta Alir Pendapatan Isi Rumah • Meliputi perubahan dalam nilai mata wang, kemampuan atau pendapatan isi rumah, perubahan nilai pasaran dalam sektor ekonomi dan sebagainya. • Turut dipengaruhi oleh faktor-faktor pada peringkat tempatan, negara dan serantau. Kuasa Beli Pengguna • Perbelanjaan isi rumah akan menyebabkan berlakunya peningkatan permintaan. • Permintaan yang meningkat akan menyebabkan perniagaan berusaha untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Keuntungan Negara Meningkat • Peningkatan dalam aktiviti perniagaan akan meningkatkan pendapatan penduduk setempat. • Apabila perniagaan berkembang, hal ini akan membantu perkembangan ekonomi sesebuah negara. Rajah 2.5 Pertumbuhan ekonomi negara Gambar 2.4 Antara pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Taiping Majlis Daerah Sabak Bernam 2 Terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Contohnya: (a) Program Transformasi Kerajaan (GTP) • Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) • Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) (b) Program Transformasi Ekonomi (ETP) • Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA) • Inisiatif Transformasi Strategik (SRI) Peringkat Tempatan 1 Perkembangan yang wujud dalam perniagaan pada peringkat tempatan akan membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat. 2 Ini membolehkan penduduk berbelanja lebih dan membantu memacu pertumbuhan ekonomi setempat. Peringkat Negara 1 Dasar fiskal • Dilaksanakan melalui tindakan perbelanjaan pihak kerajaan dan pelaksanaan cukai tertentu yang boleh mempengaruhi permintaan. • Kesannya, perniagaan akan berusaha meningkatkan pengeluaran barang atau perkhidmatan tertentu seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk setempat. 03 Revisi sukses Perniagaan Form 4.indd 25 15/03/2023 2:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 TINGKATAN 4 2 Trend Semasa dalam Perniagaan • Seterusnya, dapat membantu perkembangan ekonomi sesebuah negara. 2 Dasar kewangan • Ia dilaksanakan melalui peranan bank pusat, iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) yang berupaya untuk mengurangkan kadar faedah bagi menggalakkan penduduk berbelanja dan aktiviti pelaburan oleh perniagaan. • Seterusnya, ia dapat menstabilkan kewangan negara. Peringkat Serantau 1 Perbelanjaan penduduk akan meningkatkan penawaran dan membantu mengukuhkan ekonomi negara. 2 Kerajaan boleh menyediakan elaun eksport untuk menggalakkan perniagaan mengeksport lebih banyak barang dan perkhidmatan ke luar negara. 2.1.3 Peranan Kerajaan dari Aspek Guna Tenaga 1 Guna tenaga penuh berlaku apabila sesebuah negara mencapai kadar pengangguran kurang daripada empat peratus. 2 Apabila tenaga penuh ini dicapai, hal ini membolehkan pekerja memperoleh pendapatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam kehidupan. 3 Sebaliknya, jika ia gagal, hal ini akan menyebabkan wujud pengangguran. 4 Terdapat empat jenis pengangguran: Jadual 2.3 Jenis-jenis pengangguran dan cara mengatasinya Pengangguran Bermusim Pengangguran Kitaran Pengangguran Struktur Pengangguran Teknologi • Pekerja bekerja dalam jangka masa pendek pada setiap tahun. • Apabila pekerjaan telah tamat, pekerja terpaksa mencari pekerjaan yang lain. • Contoh: Pekerja kontrak yang tamat kontrak pekerjaan dan nelayan yang tidak dapat turun ke laut menangkap ikan ketika musim tengkujuh. • Keadaan ekonomi meleset menyebabkan perniagaan kehilangan sebahagian pendapatan. • Majikan tidak mampu membayar gaji pekerja. • Majikan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja. • Contoh: Syarikat Penerbangan Tambang Murah Air Asia terpaksa mengurangkan pekerjanya susulan daripada Pandemik Covid-19 kerana tidak mampu membayar gaji pekerja • Perubahan dalam industri secara keseluruhan yang tidak memerlukan kemahiran pekerja. • Contoh: Apabila struktur ekonomi sesebuah perniagaan berubah daripada sektor pertanian, maka, pekerja sektor pertanian tersebut yang tidak mempunyai kemahiran untuk bekerja di sektor perindustrian terpaksa menganggur. • Sektor perniagaan m e n g u t a m a k a n p e n g g u n a a n teknologi. • Hal ini menyebabkan pekerja yang sedia ada kehilangan pekerjaan. • Pekerja baharu pula tidak memperoleh pekerjaan. Cara mengatasi: Pemberian insentif kepada perniagaan seperti pengecualian cukai atas pembayaran gaji pekerja yang diambil terus bekerja dalam satu tempoh masa tertentu. Cara mengatasi: • Menjalankan dasar fiskal dan dasar kewangan dalam mengekang kemelesetan ekonomi. • Aktiviti perniagaan dapat terus beroperasi dan pengecilan bilangan pekerja dapat dikurangkan. Cara mengatasi: • Kerajaan membuat perancangan ekonomi yang sesuai dengan trend perubahan ekonomi dan perniagaan. • Setiap perubahan boleh dihadapi dengan lebih mampan kerana persiapan telah dibuat, terutama dalam keperluan tenaga pekerja yang selari dengan perubahan tuntutan semasa. Cara mengatasi: • Penggunaan mesinmesin moden hanya digunakan untuk proses tertentu sahaja yang tidak dapat dilaksanakan oleh pekerja. 03 Revisi sukses Perniagaan Form 4.indd 26 15/03/2023 2:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
27 TINGKATAN 4 2 Trend Semasa dalam Perniagaan Gambar 2.5 Temu duga pekerjaan 2.1.4 Peranan Kerajaan dari Aspek Ekonomi In asi 1 Inflasi merupakan satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan. 2 Ia berlaku disebabkan peningkatan permintaan barang atau perkhidmatan melebihi jumlah penawaran barang atau perkhidmatan di pasaran. 3 Inflasi juga boleh berlaku disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan yang dikenali sebagai inflasi tolakan kos. 4 Peranan kerajaan dalam mengawal inflasi seperti berikut: (a) Mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan. (b) Memastikan kebajikan pengguna atau pelanggan sentiasa dilindungi dan dipelihara. (c) Menangani masalah kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. 5 Langkah-langkah bagi mengatasi inflasi: (a) Melaksanakan dasar galakan pelaburan bagi meningkatkan kadar pengeluaran sesuai dengan jumlah permintaan. (b) Memberi subsidi kepada pengeluar supaya tidak berlaku peningkatan kos pengeluaran yang dihadapi oleh pengeluar dan mengelakkan berlaku peningkatan harga barang dan perkhidmatan. (c) Meningkatkan kadar faedah bagi menggalakkan penduduk menyimpan wang. (d) Melaksanakan dasar kerajaan yang mendorong kepada peningkatan permintaan terhadap produk tempatan daripada pengguna negara luar. Gambar 2.6 Jualan barang keperluan Gambar 2.7 Aktiviti import dan eksport De asi 1 Satu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan. 2 Faktor-faktor deflasi: (a) Permintaan jatuh disebabkan oleh penduduk tidak mampu membeli barang di pasaran. (b) Penduduk meramalkan harga barang dan perkhidmatan akan terus jatuh, kesannya pembeli akan menangguhkan pembelian. 3 Kesan-kesan deflasi: i THINK Peta Pokok Membantutkan aktiviti perniagaan Penduduk kehilangan pekerjaan Kuasa beli penduduk menurun Kesan Deflasi 4 Peranan kerajaan dalam mengawal deflasi seperti berikut: (a) Mengurangkan kadar cukai supaya dapat meningkatkan pendapatan boleh guna penduduk. (b) Memberi khidmat nasihat dan perundangan agar sumber dapat digunakan secara optimum. (c) Menurunkan kadar faedah supaya pengguna mengurangkan simpanan dan meningkatkan perbelanjaan. (d) Melaksanakan dasar fiskal bagi meningkatkan permintaan yang akan meningkatkan harga barang serta merancakkan aktiviti perniagaan. 03 Revisi sukses Perniagaan Form 4.indd 27 15/03/2023 2:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 TINGKATAN 4 2 Trend Semasa dalam Perniagaan Jadual 2.4 Perkembangan sesuatu perniagaan Arah Aliran Perkembangan Sesuatu Perniagaan Trend Faktor Dalaman Faktor Luaran 2.2.1 Meningkat • Menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan semakin meningkat. • Hal ini menggambarkan situasi persekitaran perniagaan yang dihadapi oleh sesebuah organisasi perniagaan dapat memacu perkembangan sesebuah perniagaan. • Pekerja yang bermotivasi tinggi, kreatif, inovatif, rajin, berdisiplin dan berkemahiran tinggi dapat meningkatkan daya pengeluaran sesebuah perniagaan. • Perniagaan dapat menawarkan barang dan perkhidmatan yang lebih banyak akan meningkatkan keuntungan. • Pengurusan yang cekap dan sistematik dapat membantu meningkatkan aktiviti dan operasi perniagaan. • Ekonomi berkembang pesat. • Politik dan perundangan stabil. • Perkembangan teknologi terkini dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan kos. • Kewujudan persaingan dan jaringan perniagaan yang positif boleh menjana kreativiti dan inovasi sesebuah perniagaan. 2.2. Menurun Menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan semakin menurun. • Gaya pengurusan tidak sesuai. • Sumber manusia kurang produktif. • Aktiviti pemasaran kurang berkesan. • Pengeluaran yang tidak mencukupi. • Tiada teknologi maklumat dan penyelidikan. • Ekonomi lembap dan perlahan. • Politik dan perundangan tidak stabil. • Kejadian bencana alam menyukarkan memperoleh bahan mentah. • Persaingan dan jaringan perniagaan yang negatif akan menyebabkan kurang menjana kreativiti dan inovasi perniagaan. 2.2.3 Mendatar Menggambarkan keadaan konsisten dalam perniagaan (malar). Tiada perubahan ketara terhadap faktor dalaman. Tiada perubahan ketara terhadap faktor luaran. Trend Persekitaran Perniagaan 2.2 S.P. 1.2.2 Mengimbas dan menggariskan trend persekitaran perniagaan. S.P. 1.2.3 Mengaplikasikan peranan kerajaan dalam perubahan persekitaran perniagaan. 1 Trend persekitaran perniagaan bermaksud arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan. 2 Ia dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor luaran. 3 Faktor dalaman merupakan faktor yang dikawal oleh organisasi yang dikenali sebagai faktor persekitaran tugas. 4 Faktor ini terdiri daripada: (a) Gaya pengurusan (b) Sumber manusia (c) Pemasaran (d) Pengeluaran (e) Kewangan dan perakaunan (f ) Teknologi maklumat (g) Penyelidikan dan pembangunan 5 Faktor luaran pula dikenali sebagai persekitaran umum. 6 Faktor ini terdiri daripada: (a) Ekonomi (b) Politik dan perundangan (c) Pelanggan (d) Masyarakat (e) Persaingan (f ) Jaringan SPM 1 Cuba jawab semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda akan membuang masa jika mengambil masa yang lama. 2 Bulatkan nombor-nombor soalan yang tidak dapat dijawab. 3 Setelah menjawab semua soalan, kembali kepada soalan-soalan yang dibulatkan itu. 03 Revisi sukses Perniagaan Form 4.indd 28 15/03/2023 2:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
29 TINGKATAN 4 2 Trend Semasa dalam Perniagaan 2.2.4 Pasaran 1 Pasaran merupakan suatu keadaan berlakunya urus niaga antara penjual dengan pembeli, pada suatu tingkat harga dan masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 2 Jenis-jenis pasaran: (a) Pasaran untuk semua (mass market) – produk yang dikeluarkan adalah untuk ditawarkan kepada semua pengguna. Contohnya, barangan keperluan harian. (b) Pasaran produk – berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua jenis produk. Contohnya, perumahan dan pendidikan. (c) Pasaran kewangan – berkaitan dengan jual beli saham dan sekuriti, pertukaran wang asing, pinjaman dan pelaburan. Contohnya, jual beli saham di Bursa Saham Malaysia. 2.2.5 Trend Guna Tenaga, Pendapatan dan Pertumbuhan Ekonomi Trend Guna Tenaga 1 Guna tenaga ialah pekerja yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam sesuatu pekerjaan. 2 Pembangunan negara banyak dipengaruhi oleh aktiviti pengeluaran dan bidang penyelidikan pada awalnya. Namun, perkembangan teknologi telah berjaya membantu ramai usahawan mengembangkan aktiviti perniagaan mereka. Bidang Profesional • Negara maju terkenal dalam bidang industri dan perkhidmatan. • Negara maju juga mempunyai ramai pekerja berkemahiran tinggi. Aktiviti Pembinaan • Mengutamakan penggunaan modal dalam menjalankan aktiviti pekerjaan. • Contohnya, menggunakan mesin, komputer, perkakas, robot dan teknologi. • Trend penggunaan tenaga pekerja negara maju berkurangan, kesannya kadar upah semakin meninggi. Pembangunan Negara Aktiviti Pengeluaran • Terlibat dalam aktiviti sektor utama seperti pertanian dan hasil semula jadi. • Tidak memerlukan pekerja berkemahiran tinggi. • Mengutamakan penggunaan tenaga pekerja manusia dalam menjalankan aktiviti pekerjaan. Bidang Penyelidikan • Mempelbagaikan sektor ekonomi dengan menceburi sektor perindustrian dan perkhidmatan bagi mengurangkan kebergantungan pada sektor utama. • Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) agar berkembang seiring dengan negara maju. Perubahan dalam Guna Tenaga i THINK Peta Alir • Pengambilan pekerja sambilan oleh sesetengah sektor menyebabkan angka bilangan pekerja tidak begitu tepat. • Contohnya, sektor peruncitan dan hospitaliti. Penambahan bilangan pekerja Bilangan pekerja yang diperlukan semakin berkurang. Perkembangan dalam teknologi Sangat diperlukan untuk menggunakan teknologi dan secara tidak langsung meningkatkan nilai kebolehpasaran guna tenaga dalam sesebuah industri. Kepakaran guna tenaga berkemahiran tinggi Rajah 2.6 Perubahan dalam guna tenaga 03 Revisi sukses Perniagaan Form 4.indd 29 15/03/2023 2:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
30 TINGKATAN 4 2 Trend Semasa dalam Perniagaan Trend Pendapatan 1 Keuntungan dalam perniagaan diperoleh melalui hasil jualan ditolak dengan kos dan perbelanjaan perniagaan yang sedang dijalankan. 2 Perniagaan yang beroperasi dengan cekap memberi keuntungan maksimum terhadap perniagaan. 3 Sumber pendapatan lain yang boleh diperoleh seperti: (a) Penyewaan bangunan. (b) Dividen daripada pelaburan saham. (c) Faedah daripada simpanan wang di bank. Pertumbuhan Ekonomi 1 Keuntungan yang meningkat akan menyebabkan perniagaan membayar cukai keuntungan yang tinggi kepada kerajaan. 2 Pekerja juga akan dibayar dengan gaji dan upah yang tinggi. 3 Cukai pendapatan yang dibayar oleh pekerja turut meningkat. 4 Dengan jumlah pendapatan yang diperoleh, kerajaan dapat membangunkan negara seterusnya mendorong perkembangan sesebuah perniagaan. i THINK Peta Dakap Trend Pertumbuhan Ekonomi Fasa Kemelesetan Fasa Melambung • Penduduk tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli produk. • Pendapatan kerajaan merosot. • Kadar pengangguran meningkat. • Menyebabkan wujudnya deflasi. • Peningkatan permintaan terhadap produk. • Memerlukan pekerja yang ramai untuk menjalankan aktiviti perniagaan. • Mampu membayar gaji dan upah yang tinggi. • Melibatkan aktiviti eksport dan pelaburan di luar negara. Rajah 2.7 Huraian kitaran ekonomi 2.2.6 Undang-undang Perniagaan 1 Undang-undang merupakan suatu peraturan yang termaktub dan ditentukan oleh sesebuah masyarakat untuk mengawal kelakuan dan tingkah laku anggota sendiri. 2 Ia bertujuan untuk memastikan setiap aktiviti perniagaan dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 3 Perkara yang terdapat dalam organisasi perniagaan mengikut kerangka perundangan adalah seperti kesihatan dan keselamatan, pekerjaan, maklumat, perancangan, perlindungan pengguna, persaingan, pengiklanan, undang-undang syarikat dan persekitaran. Jadual 2.5 Undang-undang yang berkaitan perniagaan boleh memberi kesan terhadap aspek persekitaran di bawah Organisasi Perniagaan dalam Kerangka Perundangan Kesihatan dan keselamatan • Berkaitan dengan peraturan kebakaran dan perlindungan pemakanan pekerja. • Undang-undang memastikan organisasi perniagaan mematuhi peraturan keselamatan dalam menjalankan operasi perniagaan. Pekerjaan • Menekankan kadar upah minimum, tempoh waktu bekerja dan diskriminasi pekerjaan. • Undang-undang melarang perniagaan mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja berdasarkan kaum, agama dan jantina. Maklumat • Dunia mengalami ledakan maklumat yang membolehkan maklumat mudah diperoleh dan boleh dicapai dengan cepat. • Undang-undang perlindungan maklumat penting untuk mengelakkan berlakunya cetak rompak dan perlindungan data sulit daripada diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 03 Revisi sukses Perniagaan Form 4.indd 30 15/03/2023 2:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
31 TINGKATAN 4 2 Trend Semasa dalam Perniagaan 4 Persekitaran perniagaan dari aspek undangundang seperti berikut: (a) Akta Kontrak 1950 (b) Akta Jualan Barangan 1957 (c) Akta Sewa Beli 1967 (d) Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 1974) (e) Akta Syarikat 1965 (Pindaan 1992) (f ) Akta Kerja 1955 (Pindaan 1980) (g) Akta Perhubungan Industri 1967 (Pindaan 1980) (h) Akta Hak Cipta 1987 semak cepat 2.2 1 Jelaskan jenis pengangguran yang terdapat di sesebuah negara dan cara mengatasinya. 2 Apakah yang dimaksudkan dengan inflasi? 3 Nyatakan peranan kerajaan dalam mengawal deflasi. 4 Jelaskan pengaruh trend pertumbuhan ekonomi dalam membantu perkembangan perniagaan. KBAT Mengaplikasi Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada Persekitaran Perniagaan 2.3 S.P. 1.2.4 Menganalisis faktor-faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan. 1 Faktor yang membawa kepada perubahan persekitaran perniagaan terbahagi kepada dua, iaitu dalaman dan luaran. 2 Kedua-dua faktor ini boleh dianalisis dengan menggunakan analisis SWOT. 3 Analisis SWOT merupakan analisis persekitaran keseluruhan yang melibatkan organisasi dalam aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. 4 Analisis ini digunakan untuk menggubal strategi perniagaan bagi merealisasikan visi, misi dan objektif perniagaan. 2.3.1 Faktor Dalaman 1 Faktor ini merujuk faktor-faktor yang dimiliki oleh syarikat yang boleh memberi kekuatan dan kelemahan kepada sesebuah organisasi. Organisasi Perniagaan dalam Kerangka Perundangan Perancangan • Perniagaan memerlukan bangunan sebagai premis untuk menjalankan operasi perniagaan. • Lesen perniagaan diperoleh berdasarkan undang-undang persekutuan sementara bangunan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Perlindungan pengguna • Bertujuan untuk melindungi hak-hak pengguna daripada amalan perniagaan yang menyalahi undang-undang. • Perniagaan perlulah mengeluarkan makanan yang tidak mengandungi pengawet yang boleh menjejaskan kesihatan. Persaingan • Sistem ekonomi negara menggalakkan unsur persaingan dengan harga yang berdaya saing untuk memberikan faedah yang besar kepada pengguna. • Untuk mewujudkan persaingan yang sihat, undang-undang diperlukan untuk mengawal aktiviti persaingan, iaitu dalam persaingan harga, pasaran dan antarabangsa. Pengiklanan • Aktiviti ini merupakan satu komponen dalam campuran promosi yang menyebarkan maklumat produk kepada pengguna dengan menggunakan media massa. • Undang-undang berkaitan pengiklanan perlu digubal atau meminda undang-undang sedia ada supaya sesuai dengan keperluan semasa. Undangundang syarikat • Undang-undang diwujudkan sebagai garis panduan untuk memulakan dan menjalankan operasi sesebuah perniagaan. • Butiran undang-undang syarikat berkaitan dengan entiti perniagaan termasuklah aspek pengurusan dan bidang kuasa pihak pengurusan yang ada dalam organisasi. Persekitaran • Aktiviti perniagaan pada masa ini memerlukan inisiatif penggubalan undang-undang berkaitan alam sekeliling dengan mengambil kira kepentingan masyarakat. • Ia termasuklah pengurusan perniagaan dalam pembuangan sisa pengeluaran yang berbahaya kepada manusia. 03 Revisi sukses Perniagaan Form 4.indd 31 15/03/2023 2:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
74 TINGKATAN 4 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan Bahagian A Kertas 2 Jawab semua soalan. 1 Pengurus Besar Pengurus Sumber Manusia Pengurus Pengeluaran Pengurus Pemasaran Pengurus Kewangan Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan (a) Berikan dua aspek penting dalam carta organisasi bagi sesebuah perniagaan. [2 markah] (b) Jelaskan empat tujuan bahagian fungsian yang terlibat dalam memastikan sesebuah organisasi dapat mencapai visi, misi dan objektif dalam jangka masa panjang. [4 markah] (c) Rajah berikut menunjukkan peranan bahagian fungsian pengeluaran bagi syarikat pembersihan kereta WFW. Input Proses Transformasi Output • Premis perniagaan • Pekerja pembersihan • Te k n o l o g i m e s i n pembersihan • Z • Mencuci • Menyembur sabun • Mengelap • Mengilap • Mengering • Pembersihan habuk Kereta pelanggan bersih (i) Nyatakan input Z. [1 markah] (ii) Jelaskan peranan pengurus bahagian fungsian pengeluaran. Berikan tiga jenis kawalan yang perlu dititikberatkan agar perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat pembersihan kereta WFW dapat menepati kehendak pelanggan. [3 markah] 2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan struktur organisasi yang perlu ada bagi setiap entiti organisasi? [2 markah] (b) Jelaskan empat kepentingan pasaran baharu kepada sesebuah perniagaan. KBAT Menganalisis [4 markah] (c) Bagaimanakah sesebuah perniagaan dapat menerokai pasaran baharu? KBAT Menganalisis [4 markah] 03 Revisi sukses Perniagaan Form 4.indd 74 15/03/2023 2:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
75 TINGKATAN 4 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan Bahagian B Jawab semua soalan. 3 Situasi di bawah berkaitan dengan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa kini, teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia juga digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan. Ia berfungsi sebagai media yang menyampaikan maklumat dalam bidang perniagaan. Selain menjadi komponen yang penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni antara teknologi dengan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global. Selain itu, pembangunan teknologi akan bertambah pantas dan bukan sebaliknya. Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan operasi mereka selaras dengan teknologi yang semakin maju ini. Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada https://idzulsyahril.wordpress.com/2013/04/03/penggunaanteknologi-dalam-perniagaan/ (a) Terangkan maksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). [2 markah] (b) Terangkan empat tujuan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sesebuah organisasi. [8 markah] (c) Bagaimanakah sesebuah organisasi dapat mengaplikasikan teknologi maklumat dalam perniagaan mereka? KBAT Menganalisis [5 markah] 4 Situasi di bawah berkaitan dengan saluran agihan yang digunakan oleh Casandra Enterprise. Setelah menamatkan pengajian di Amerika Syarikat (AS), Puan Mawar dengan suami telah menubuhkan Casandra Enterprise yang bercadang mengamalkan saluran agihan berikut: Pengeluar Pengguna/Pelanggan Namun begitu, mereka telah mendapat khidmat nasihat daripada pihak MARA untuk mengamalkan saluran agihan yang dicadangkan oleh pegawainya dalam menangani persaingan era ICT. 03 Revisi sukses Perniagaan Form 4.indd 75 15/03/2023 2:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
76 TINGKATAN 4 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan (a) Apakah saluran agihan yang digunakan oleh Casandra Enterprise? Jelaskan. [3 markah] (b) Nyatakan empat jenis produk dan perkhidmatan yang menggunakan saluran agihan tersebut. [4 markah] (c) Jelaskan lapan langkah dalam pembangunan produk baharu. KBAT Menganalisis [8 markah] Bahagian C Jawab semua soalan. 5 Puan Sonia Abdullah merupakan pemilik D’Kasih Rottan Craft Enterprise yang telah ditubuhkan di Kemaman, Terengganu. D’Kasih Rottan Craft Enterprise ini menghasilkan barangan kraf tangan dan perhiasan dalaman yang diperbuat berasaskan rotan dan buluh. D’Kasih Rottan Craft Enterprise telah menghasilkan pelbagai jenis produk kraf tangan seperti perabot dan perhiasan dalaman yang diperbuat daripada rotan dan buluh yang berkualiti tinggi. Bagi menghasilkan produk kraf tangan dan perhiasan dalaman berasaskan rotan dan buluh, Puan Sonia memperoleh rotan dan buluh yang berkualiti tinggi daripada pembekal dari Rompin dan Raub, Pahang serta Jemaluang, Johor. Jumlah rotan dan buluh yang dibeli atau dipesan bergantung pada tempahan yang dibuat oleh pelanggannya serta jenis produk kraf dan perhiasan dalaman yang dikehendaki oleh pelanggannya. Tempahan yang diterima oleh D’Kasih Rottan Craft Enterprise amat menggalakkan walaupun kini terkesan dengan pandemik COVID-19. Kebiasaannya, pelanggan membuat tempahan menerusi telefon, emel, laman sesawang atau datang ke premisnya. Semua tempahan pelanggan yang diterima akan direkodkan dan diuruskan oleh Puan Norazlin, iaitu pengurus pengeluaran syarikat. Puan Norazlin juga bertanggungjawab menguruskan penghantaran produk kepada pengguna. Kebiasaannya, Puan Norazlin akan menghantar pesanan menggunakan lori atau perkhidmatan kurier swasta. Penghasilan produk kraf tangan dan perhiasan dalaman dilakukan sendiri oleh Puan Sonia Abdullah bersama-sama pasukan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan (R&D). Beliau turut dibantu oleh tiga orang pekerja tetap yang berkemahiran dalam seni kraf tangan. Ketiga-tiga pekerja ini merupakan graduan dari Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (IKBN). Disebabkan tempahan kian meningkat menjelang musim perayaan, Puan 03 Revisi sukses Perniagaan Form 4.indd 76 15/03/2023 2:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
77 TINGKATAN 4 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan Sonia Abdullah menghadapi masalah untuk memenuhi tempahan para pelanggannya. Setelah mendapat khidmat nasihat daripada Puan Norazlin, beliau membuat keputusan untuk menambah bilangan pekerja baharu, iaitu seramai lima orang pekerja sambilan dengan gaji minimum RM1 100 sebulan. Tugas mendapatkan pekerja yang berkelayakan dan berkemahiran akan diuruskan oleh Encik Muhammad Imran. Segala urusan yang berkaitan dengan pembayaran gaji pekerja serta penyediaan rekod dan penyata kewangan perniagaan akan diuruskan oleh Cik NurHusna Fatihah, pegawai kanan kewangan syarikat. Dalam tahun 2020 ini, Puan Sonia Abdullah dan pihak pengurusan telah menjalinkan rangkaian perniagaan dengan syarikat di Indonesia, iaitu Syarikat Wijoyo Bumi Jati untuk berkongsi kepakaran, sumber dan pemasaran di pasaran ASEAN. Jaringan usaha sama ini akan mewujudkan keadaan “menang-menang”, meluaskan pasaran serta berlaku penjimatan kos pengeluaran. Justeru, kerjasama ini mampu memberikan impak positif dalam perniagaan produk kraf tangan dan perhiasan, selain menjalinkan hubungan akrab dalam kalangan anggota negara serantau. Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut: (a) Nyatakan lima bahagian fungsian utama yang boleh anda kenal pasti daripada D’Kasih Rottan Craft Enterprise. KBAT Mengaplikasi [5 markah] (b) Jelaskan kepentingan bahagian fungsian pembelian kepada D’Kasih Rottan Craft Enterprise. [5 markah] (c) (i) Apakah bahagian fungsian yang Encik Muhammad Imran terlibat? (ii) Terangkan skop tugas Cik NurHusna Fatihah. KBAT Menganalisis [4 markah] (d) Selain terlibat dengan bahagian fungsian pengeluaran, Puan Norazlin juga bertanggungjawab di bahagian fungsian pengagihan. Jelaskan peranan bahagian fungsian pengagihan. [6 markah] INFO dinamik Datin Vivy Yusof Pengasas dua jenama kukuh dalam industri fesyen dan e-perdagangan, iaitu Duck Scarves dan Fashion Valet, Datin Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofina binti Yusof menjadi inspirasi kepada peniaga-peniaga muda untuk terus berusaha mencipta nama dalam dunia perindustrian. Antara anugerah yang telah dimenanginya termasuk Bella Business Award 2013, Wanita Inspirasi Nona, Young Entrepreneur Award from Tribute to Women Malaysia dan banyak lagi anugerah lain. 03 Revisi sukses Perniagaan Form 4.indd 77 15/03/2023 2:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
78 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 1.0 Pengenalan 1 Secara umumnya, pengurusan sumber manusia merujuk penerapan objektif, falsafah, polisi, amalan dan prosedur yang dilakukan oleh organisasi dalam menguruskan sumber manusia. 2 Pengurusan sumber manusia merujuk pengurusan tenaga kerja yang perlu dirangka, dirancang dan dilaksanakan secara teliti, profesional dan teratur bagi mencapai matlamat perniagaan. 3 Pengurusan sumber manusia merupakan usaha pembangunan sistem dalam organisasi bertujuan menarik, membangun dan mengekalkan tenaga kerja berprestasi tinggi. 4 Terdapat pelbagai perspektif pengurusan sumber manusia: (a) Dianggap menguruskan pekerja sebagai menimba pengalaman dan membina bakat seseorang. (b) Sebagai membina kemahiran teknikal dari segi penilaian, pemilihan, latihan dan sebagainya. (c) Menjadikan pekerja sebagai aset dan sumber dalaman bagi sesebuah organisasi. Definisi Pengurusan Sumber Manusia 1.1 SP 3.1.1 Menyatakan definisi pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan. 1 Usahawan seharusnya mempunyai sifat kepimpinan yang dapat dijadikan panduan dan amalan baik pada tenaga sumber manusia dalam perniagaan. 2 Usahawan haruslah berwawasan, bersikap tegas, adil, tidak memilih kasih, bertimbang rasa dan memberi layanan yang positif kepada kakitangannya. 3 Usahawan mestilah memberikan teladan yang baik serta berkebolehan untuk menggembleng tenaga kerja sumber manusia sesebuah organisasi ke arah matlamat dan visi yang ditetapkan. Gambar 1.1 Antara buku yang membantu dalam pembangunan modal insan Pengurusan Sumber Manusia Tajuk 1 : Sumber Perniagaan BAB 1 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 78 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
79 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 INFO dinamik Definisi pengurusan sumber manusia oleh beberapa pengkaji: Pengkaji Tahun Definisi Bohlander et al. 2001 Pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan semua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. Ivencevich 2010 Mentakrifkan pengurusan sumber manusia sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan pengurusan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu. Maimunah Aminuddin 2011 Pengurusan sumber manusia ialah satu usaha pembangunan dan pelaksanaan sistem dalam organisasi bertujuan untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi. i THINK Peta Alir Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia • Sumber manusia sentiasa mencukupi • Sumber manusia diberikan latihan yang cukup dan terkini • Pengagihan sumber manusia secara berkesan • Kebajikan pekerja sentiasa dijaga • Prestasi sumber manusia sentiasa dipantau • Tahap motivasi pekerja sentiasa tinggi Rajah 1.1 Kepentingan pengurusan sumber manusia Peranan Pengurusan Sumber Manusia dalam Sesebuah Perniagaan 1.2 SP 3.1.2 Menjelaskan peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan. 1 Pengurusan sumber manusia merujuk amalan, dasar dan sistem yang mempengaruhi tingkah laku, sikap dan prestasi pekerja. 2 Secara tidak langsung, ia melibatkan proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal keperluan sumber manusia dalam perniagaan. 3 Berikut ialah peranan pengurusan sumber manusia: Jadual 1.1 Peranan Pengurusan Sumber Manusia Bil. Peranan Huraian 1 Keperluan pekerja, merekrut pekerja, kontrak pekerjaan dan deskripsi tugas • Teknik merekrut yang baik dan proses pemilihan boleh menarik calon yang berkelayakan menyertai sesebuah syarikat. • Keterangan berkaitan tugas yang jelas dapat memastikan pekerja menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. • Tawaran kerja yang menarik dapat memastikan kesetiaan pekerja. 2 Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran • Menimbulkan budaya dan semangat berpasukan. • Prestasi pencapaian kerja setiap pekerja yang berusaha dapat dilihat dalam capaian Indek Pencapaian Utama (KPI) pasukan. • Wujud kerjasama melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman, kemahiran untuk mencapai sasaran pasukan. 3 Prestasi pasukan • Prestasi pasukan akan mempengaruhi produktiviti, kuantiti dan kualiti pengeluaran sesuatu perniagaan. • Mengadakan latihan dan kursus secara intensif dapat meningkatkan prestasi dan motivasi pasukan. 4 Latihan peningkatan kemahiran • Sentiasa mengadakan program latihan dan pembangunan secara berterusan mengikut keperluan semasa. • Setiap program latihan dan pembangunan seperti latihan sambil bekerja, latihan di luar tempat bekerja dan pembelajaran kendiri boleh melengkapkan pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan yang khusus. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 79 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
80 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 Bil. Peranan Huraian 5 Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni • Persekitaran kerja yang kondusif akan meningkatkan produktiviti, motivasi, kepuasan kerja, mengurangkan kesilapan tugas, menangani tekanan kerja dan mengekalkan pekerja. • Bagi jangka masa panjang, persekitaran kerja yang harmoni akan menjana banyak idea baharu dan perniagaan mampu menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan pihak luar. 6 Pemantapan budaya profesional • Amalan kerja yang beretika, berintegriti dan mementingkan kecemerlangan dapat mewujudkan dan memantapkan budaya profesional di tempat kerja. • Contoh, konsep pengurusan Jepun seperti Kualiti Pengurusan Menyeluruh (TQM), Kaizen, 5S, Zero Defect dan sebagainya boleh diamalkan dalam memberikan perkhidmatan dan produk terbaik kepada para pelanggan. 7 Menggalakkan kreativiti dan inovasi • Pengurusan sumber manusia perlu menggalakkan pembangunan bakat pekerja menerusi pelbagai aktiviti simulasi dan sumber pembiayaan pendidikan untuk menggalakkan proses menambahkan pengetahuan, keupayaan, kemahiran dan penyelidikan oleh pekerja untuk jangka masa panjang. • Pekerja yang kreatif dan inovatif akan dilahirkan menerusi kerjasama syarikat dengan pihak swasta dan kerajaan yang menyediakan dana penyelidikan, kursus dan latihan profesional. • Pekerja yang kreatif dan inovasi akan diberikan ganjaran atas penghargaan kerana sumbangan, produktiviti dan motivasi kerja mereka. 8 Pemberian insentif yang munasabah • Pengurus sumber manusia perlu menyediakan skim kesihatan dan keselamatan yang bersesuaian bagi membolehkan pekerja memberi sumbangan maksimum dalam mencapai matlamat syarikat. • Fungsi ganjaran dan faedah kepada pekerja adalah untuk meningkatkan pencapaian prestasi kerja, motivasi diri, kesetiaan pekerja dan memastikan pekerja rasa dihargai. 9 Pemberhentian pekerja • Terdapat beberapa jenis penamatan kontrak perkhidmatan seperti persaraan, penamatan perkhidmatan secara sukarela, penamatan perkhidmatan secara pemberhentian, tindakan disiplin dan pemecatan terhadap pekerja. • Pekerja yang diberhentikan atau menamatkan perkhidmatan akan diberikan ganjaran atau pampasan setimpal oleh majikan seperti pembayaran gratuiti, persaraan dan pencen sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka. • Syarikat perlu ada sistem pemberhentian kerja yang sistematik supaya: 1 Tidak ada pembaziran sumber. 2 Mewujudkan suasana harmoni dan hubungan baik antara majikan dengan pekerja di dalam syarikat. 3 Memberi motivasi kepada pekerja. Aplikasi Pengurusan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan yang Mampan 1.3 SP 3.1.3 Mengaplikasikan peranan pengurusan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan. 1 Sesebuah perniagaan yang memiliki kekuatan yang tersendiri dapat dilihat dari segi berkembang yang pesat dan memiliki prestasi yang baik. 2 Perniagaan yang mampan dapat dilihat juga dalam aspek penciptaan nilai. 3 Perniagaan yang mampan mampu mengekalkan pencapaian prestasi kedudukan kewangan dan penarafan yang meningkat secara berterusan. 4 Sehubungan itu, setiap perniagaan yang wujud perlulah mempunyai semangat yang kompetitif dalam usaha membangunkan pengurusan sumber manusia secara berterusan. • Inovasi – proses penambahbaikkan ke atas produk yang sedia ada untuk terus bersaing di pasaran • Produktiviti – daya pengeluaran output yang dihasilkan berbanding input yang digunakan 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 80 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
81 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 semak cepat 1.1 1 Jelaskan pengurusan sumber manusia dalam perniagaan dari aspek membentuk persekitaran kerja dan menggalakkan kreativiti dan inovasi. 2 Terangkan kepentingan pengurusan sumber manusia kepada sesebuah perniagaan. Contoh Perniagaan: Syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah membina satu elemen terasnya dalam mengukuhkan strategi korporat perniagaan tersebut. Sehubungan itu, mereka telah membentuk pemimpin korporat serta meningkatkan kecekapan teknikal tenaga kerja. Sewaktu penubuhan syarikat ini, mereka mengetahui industri petroleum merupakan salah satu industri yang mencabar. Jadi, mereka telah memperkukuh bahagian sumber manusia kerana bahagian ini merupakan aset paling bernilai untuk mencapai matlamatnya. 1 Pada tahun 1979, PETRONAS telah membuka jabatan latihan dalaman yang pertama, iaitu PETRONAS Management Training Sdn. Bhd. (PMTSB). Matlamat PMTSB ialah menjadi salah satu perniagaan yang membangun serta memiliki kecekapan teknikal dan menjadi pembekal khidmat latihan yang terkenal. Seiring dengan perkembangan perniagaan, PMTSB telah berubah menjadi sebuah anak syarikat PETRONAS sejak 16 tahun yang lepas. Seiring dengan keperluan perniagaan jangka panjang PETRONAS, PMTSB diamanahkan menjadi sebuah syarikat yang kompetensi dalam modal pembangunan insan. 2 Pada tahun 1992, PMTSB telah dijadikan sebagai anak syarikat PETRONAS. Sebagai salah satu kumpulan PETRONAS yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, perniagaannya berasaskan pembangunan, pembentukan dan penyampaian dalam setiap program latihan industri gas dan minyaknya. Dengan menyediakan programprogram pembelajaran inovatif serta latihan teknikal ‘hands on’, ia dapat membantu semua pekerja PETRONAS meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam pekerjaan. Ia seiring dengan tanggungjawab PMTSB sebagai anak syarikat PETRONAS. 3 PMTSB telah melaksanakan beberapa program latihan yang berlainan dengan tenaga kerja di PETRONAS. Antara program tersebut ialah Pusat Latihan Pengurusan PETRONAS (PERMATA) yang terletak di Putrajaya serta Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) yang terletak di Batu Rakit, Terengganu. PERMATA bermatlamat menjadi sebuah institusi pengurusan perniagaan yang dapat membantu penyelesaian pembelajaran bertumpu serta khidmat rundingan kepada PETRONAS. 4 Seiringan dengan itu, PERMATA telah menawarkan lebih daripada 100 program latihan. Ia meliputi julat luas disiplin pengurusan, kemahiran fungsi serta modul-modul pembangunan. Jawatankuasa Teknikal Rekabentuk dan Pembangunan Program (PDDTC) bertindak sebagai penilaian dalaman untuk setiap program dan modul latihannya dibangunkan. Tindakan ini dititikberatkan bagi memastikan ia selaras dengan keperluan pertubuhan serta standard antarabangsa. PETRONAS dengan kerjasama University of Melbourne telah membentuk program Menjana Kecemerlangan Pengurusan (BME) dan Program Pembangunan Pengurusan (MDP). Sehubungan itu, PERMATA dengan kerjasama INSEAD dari Perancis juga telah membentuk Program Pembangunan Pengurusan Kanan (SMDP). Kerjasama ini dapat meningkatkan strategik kepintaran dalam perniagaan serta keupayaan pengurusan di kalangan pengurus kanan serta pengurus besar. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 81 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
82 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 5 Dalam keperluan jangka panjang PETRONAS, mereka bertanggungjawab membangunkan kumpulan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi terutamanya dari segi teknikal. Sehubungan itu, INSTEP bertanggungjawab membangunkan kumpulan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Jadi, INSTEP mengambil langkah menjadi sebuah pusat kecemerlangan teknikal. 6 Semua kakitangan dan tenaga kerja di PETRONAS bermatlamat menjadi satu pasukan serta dapat memberi tanggungjawab sepenuhnya terhadap syarikat. Setiap amanah yang dipikul secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi pasukan serta nama syarikat. Oleh itu, peningkatan PETRONAS sejak tiga tahun lepas dapat dilihat apabila disenaraikan sebagai antara 20 perbadanan dunia yang paling menguntungkan, selain disenaraikan dalam kedudukan 500 teratas Perbadanan Terkemuka Dunia oleh Majalah Fortune Global 500. (Dipetik dan disesuaikan daripada https://www.mstar.com.my/lain-lain/ rencana/2009/02/26/menerap-budaya-kerjacemerlang-di-petronas) Huraikan peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi perniagaan dengan menggunakan contoh syarikat pengeluar barang dan perkhidmatan yang bersesuaian di tempat anda. Contoh Perniagaan: Syarikat Media Prima Berhad Media Prima Berhad merupakan salah satu syarikat media dan hiburan bersepadu di Malaysia. Ibu pejabat Media Prima terletak di Bandar Utama. Syarikat merupakan firma perniagaan yang terbesar dari segi pendapatan, pendapatan operasi, pendapatan bersih, aset, ekuiti, permodalan pasaran dan bilangan pekerja. Pada tahun 2003, Media Prima menjalankan pemecahan aset media Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB). Sehubungan itu, Media Prima telah tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia. Kini, syarikat ini memiliki 100 peratus kepentingan ekuiti dalam TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Media Prima juga memegang lebih 98 peratus kepentingan ekuiti dalam The New Straits Times Press, iaitu syarikat penerbitan akhbar terbesar di Malaysia yang menerbitkan akhbar-akhbar terkemuka seperti New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro. Selain itu, Media Prima juga memiliki empat buah stesen radio, iaitu Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM. Media Prima juga terlibat dalam bidang penerbitan karya seperti pengurusan acara dan bakat. Kumpulan ini menjadi peneraju dalam bidang pengiklanan luar melalui Big Tree Outdoor, UPD, The Right Channel dan Kurnia Outdoor. Kumpulan ini juga telah mengembangkan sayapnya dengan melancarkan video portal yang lebih canggih dan berkemampuan definisi tinggi (HD). Secara tidak langsung, mereka menawarkan kebebasan memilih kandungan secara individu dan rangkaian sosial yang interaktif melalui Alt Media dengan pelancaran portal Internet gaya hidup, gua.com.my dan Tonton.com.my. 1 Media Prima telah dianugerahkan sebagai ‘Syarikat Terbaik untuk Kerja HR Asia’ pada tahun 2017. Ini merupakan salah satu pencapaian terbesar kerana Media Prima merupakan salah satu daripada 45 syarikat di Malaysia yang mendapat anugerah tersebut. Penganugerahan ini telah meyakinkan Media Prima bahawa pekerja merupakan aset terbesar dalam sesebuah syarikat. Secara tidak langsung, ia dapat merangsang pasukan pengurusan sumber manusia untuk lebih ke hadapan serta berinovatif supaya manfaat tersebut dapat diterima oleh semua pekerja di Media Prima. 2 HR Asia merupakan syarikat penerbitan berwibawa di Asia untuk bidang profesional HR kanan. Dalam anugerah kategori ini, ia meliputi 12 pasaran di rantau ini. Pada tahun 2017, terdapat 320 buah syarikat daripada pelbagai industri di Malaysia yang menyertai anugerah ini. Setiap perincian yang dititikberatkan dalam penganugerahan ini termasuklah 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 82 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
83 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 cara proses audit dengan tumpuan pada pembabitan pekerja, budaya kerja dan peluang pembangunan. 3 Antara anugerah yang pernah dirangkul oleh Media Prima seperti Anugerah Rekrutmen Sumber Manusia Asia 2016 bagi kategori `Best On-boarding Experience’ (anugerah perak) dan kategori Laman Web Kerjaya Terbaik oleh Pasukan HR Syarikat (anugerah gangsa); Anugerah HR Malaysia (Terbaik dalam Inovasi Sumber Manusia (perak)); Anugerah Menteri Sumber Manusia 2016 (Untuk Max Airplay Sdn Bhd), Anugerah Kecemerlangan Sumber Manusia 2015 dan Anugerah Kecemerlangan Sumber Manusia 2014. (Dipetik dan disesuaikan daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Media_Prima_ Berhad, https://www.bharian.com.my/berita/ nasional/2017/10/337003/media-prima-antarasyarikat-terbaik-di-asia) Aspek Pengelolaan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan 1.4 SP 3.1.4 Menganalisis aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan. Kebanyakan pencari kerja akan menitikberatkan beberapa faktor dalam pemilihan pekerjaan. Antara faktor utama ialah aspek ganjaran dan pampasan, kelulusan akademik, faedah sampingan, suasana tempat bekerja, pengalaman dan kemahiran, jarak lokasi, prospek pekerjaan, keadaan ekonomi serta pengaruh keluarga dan rakan sekerja. Namun begitu, Jadual 1.2 menunjukkan perbandingan antara peluang kerjaya dan pekerjaan mengikut sektor ekonomi di Malaysia. Jadual 1.2 Perbandingan antara peluang kerjaya dan pekerjaan mengikut sektor ekonomi Perbezaan Sektor Utama Sektor Kedua Sektor Ketiga Bidang pekerjaan Kerjaya dalam bidang pertanian, perikanan, perhutanan, penternakan, dan perlombongan serta kuari. Kerjaya dalam bidang perkilangan, pembinaan dan pembuatan. Kerjaya dalam bidang perkhidmatan. Kelayakan akademik Kerjaya yang memerlukan kelayakan khusus seperti Pegawai Pertanian (Ijazah Sarjana Muda Sains Bioteknologi), Pegawai Perhutanan (Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan). Kerjaya yang memerlukan kelayakan khusus seperti jurutera (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan) dan Arkitek (Ijazah Sarjana Muda Seni Bina). Kerjaya yang memerlukan kelayakan khusus seperti Akauntan (Ijazah Sarjana Muda Sains Perakaunan), Pegawai Pentadbiran Perniagaan (Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran Perniagaan atau Ekonomi). Faedah sampingan Faedah sampingan yang diterima adalah terbatas. Petani dan nelayan tidak mempunyai faedah sampingan. Banyak faedah sampingan yang dinikmati seperti kemudahan pengangkutan, rawatan perubatan percuma, elaun makan, cuti tahunan, bonus produktiviti dan pakaian seragam. Banyak faedah sampingan yang dinikmati seperti kemudahan pengangkutan, rawatan perubatan percuma, elaun makan, cuti tahunan dan bonus produktiviti. Suasana tempat bekerja Kebanyakan masa dihabiskan di luar pejabat dan sanggup menghadapi risiko pekerjaan yang tinggi. Individu mestilah berminat dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Individu yang sanggup bekerja di kilang dan tapak pembinaan dan menghadapi risiko pekerjaan yang tinggi terutama di kilang kimia dan pembuatan. Individu mesti mempunyai kemahiran dan daya kreativiti yang tinggi. Individu menghadapi risiko pekerjaan yang rendah. Individu perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan dinamik. Biasanya, pekerja bekerja di pejabat atau premis komersial. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 83 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
84 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 Perbezaan Sektor Utama Sektor Kedua Sektor Ketiga Tingkat ganjaran Upah dan gaji yang diterima tidak menentu kerana mengikut musim dan pengeluaran. Upah dibayar mengikut harian dan biasanya rendah kerana tidak ada kesatuan sekerja untuk menuntut upah yang lebih tinggi. Upah yang diterima adalah tetap dan dibayar secara berkala. Pekerja mendapat ganjaran yang tinggi apabila bekerja lebih masa dan mempunyai kesatuan sekerja yang membela nasib mereka khususnya syarikat elektrik dan elektronik. Upah yang diterima adalah tetap dan dibayar secara berkala. Sesetengah pekerja mendapat komisen dan bonus daripada jualan dan keuntungan tahunan syarikat. Contoh pekerjaan Petani, nelayan, peladang, pekerja kuari, penoreh getah, pelombong, penternak. Operator pengeluaran, inspektor kawalan mutu, jurutera kilang, pengurus kilang, arkitek, kontraktor dan pengurus projek. Akauntan, peguam, doktor, pensyarah, guru, pengurus hotel, pegawai bank, pengurus kredit, pengawai perhubungan dan pelanggan. Namun begitu, pengurus sumber manusia memainkan peranan penting untuk menganalisis aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan. Jadual 1.3 Aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan Aspek Huraian Contoh Penempatan pekerja dan fasiliti • Penempatan pekerja adalah mengikut aspek kemahiran, kebolehan, minat kerjaya dan pengalaman selari dengan keperluan perniagaan. • Maklumat dalam inventori kemahiran pekerja adalah sejarah kerjaya, pengalaman kerja, pendidikan, kemahiran bahasa, program latihan yang diikuti, tanggungjawab luar, sejarah penilaian prestasi dan hubungan antarabangsa pekerja amatlah penting. • Kegunaan inventori kemahiran ialah untuk tujuan kenaikan pangkat, menjalankan projek tertentu, pemindahan, aliran perubahan demografi dan penempatan pekerja serta fasiliti yang bersesuaian. • Fasiliti yang sesuai dapat meningkatkan kecekapan dan prestasi kerja. • Seorang pakar komputer perlu memgetahui perisian dan perkakasan ICT yang terkini. • Seorang pensyarah memerlukan kemahiran pengajaran secara atas talian sebagai pelengkap kepada kaedah konvensional. Standard prosedur operasi tugas • Standard Prosedur Operasi (SOP) merupakan dokumen arahan bertulis untuk mencapai keseragaman pelaksanaan tugas dan fungsi-fungsi tertentu. • Penghuraian kerja ialah satu dokumen formal yang merupakan ringkasan bagi sesuatu kerja yang khusus seperti maklumat tajuk kerja, ringkasan kerja, tanggungjawab kerja, hubungan autoriti, hubungan antara pekerja, suasana kerja dan kemudahan fizikal tempat kerja. • Ini memastikan kerja dilakukan mengikut piawaian serta meminimumkan risiko di tempat kerja dan keselamatan pekerja. • Seorang doktor perlu menggunakan prosedur perubatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam merawat pesakit. • Setiap bangunan awam atau swasta perlu mempunyai alat pemadam kebakaran yang diperakui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 84 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
85 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 Aspek Huraian Contoh Sistem Penggajian • Pemberian penggajian merupakan satu pematuhan majikan terhadap peruntukan undang-undang seperti Akta Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 dan Akta Keselamatan Sosial 1969 supaya dapat menjaga kebajikan pekerja agar mempunyai tahap kesihatan yang baik, produktif dan berupaya menyara diri. • Program penggajian yang setimpal akan meningkatkan tahap motivasi, sumbangan kerja, kepuasan kerja, menggerakkan pekerja, mengurangkan isu pusing ganti pekerja dan membiayai persaraan yang menarik untuk para pekerja memberi sumbangan terbaik dan pencapaian kepada matlamat organisasi. • Anggota Keselamatan Malaysia perlu mempunyai perlindungan insurans berkelompok kerana mereka sering melakukan tugas yang berisiko tinggi. • Pekerja senior biasanya mendapat skim imbuhan penggajian yang tinggi berbanding dengan pekerja yang baharu. Penghargaan dan Hukuman • Pekerja yang telah diterima bekerja di dalam sesebuah organisasi akan diberikan imbuhan dan pampasan oleh majikan sebagai satu tindak balas ke atas sumbangan fizikal dan mental terhadap organisasi. • Pekerja yang didapati melakukan kesalahan tersebut, akan diberi tindakan disiplin terhadap pekerja tersebut berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan. • Antara jenis kesalahan yang boleh membawa kepada tindakan disiplin: – Pecah amanah – Menerima rasuah – Ponteng kerja – Tidak beretika – Menyalahgunakan aset syarikat bagi tujuan peribadi – Mengingkari arahan pihak atasan tanpa sebab yang kukuh • Tujuan hukuman sebagai pengajaran, peringatan dan kes supaya pekerja lebih berdisiplin, komited dan integriti. • Pekerja menonjol dan mempunyai prestasi yang meningkat akan menerima kenaikan gaji, kenaikan pangkat, insentif dan faedah sampingan. • Pekerja yang semakin merosot prestasinya akan dikenakan potongan gaji, insentif, tukar jabatan dan tatatertib. Penyelesaian Masalah • Perhubungan industri merupakan hubungan yang wujud antara majikan dengan pekerja atau kesatuan sekerja di dalam sesebuah organisasi. • Perhubungan perindustrian meliputi pengurusan pekerja daripada aspek perundangan buruh dan pekerjaan, terma atau syarat perkhidmatan serta hak pekerja dan majikan. • Perhubungan harmoni antara majikan dan pekerja dapat mewujudkan suasana tempat kerja yang sejahtera bagi merangsang pencapaian matlamat peribadi pekerja dan organisasi. • Kejayaan organisasi turut dipengaruhi keupayaan majikan dan kesatuan sekerja untuk bertolak ansur dalam menyelesaikan pertikaian yang wujud. • Hak-hak pekerja akan dijamin dan diselesaikan oleh kesatuan sekerja manakala hak-hak majikan di bawah bidang kuasa kesatuan majikan. • Perundingan kesatuan sekerjamajikan boleh mewujudkan keharmonian dalam organisasi. Struktur Organisasi • Struktur organisasi adalah untuk memberi penjelasan tentang tanggungjawab, jawatan, jalur berkomunikasi dan deskriptif tugasan. • Struktur organisasi akan membolehkan pengurusan menguruskan sumber-sumber dalaman organisasi dengan cekap dan berkesan. Terdapat struktur organisasi seperti fungsian, produk, matriks, rangkaian, pelanggan dan wilayah mengikut kesesuaian dan sumber dalaman organisasi. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 85 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
86 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 Mengagihkan sumber dalam organisasi mengikut keperluan setiap unit, bahagian atau jabatan dalam organisasi dengan lebih cekap dan berkesan. Mewujudkan rantaian arahan dan komunikasi membolehkan bahagian atau jabatan diwujudkan untuk mengendalikan bidang tugas tertentu selari dengan matlamat organisasi. Menghuraikan kedudukan setiap individu dalam organisasi dengan jelas dan terperinci. Membolehkan penyelarasan antara fungsian kerana setiap bahagian atau jabatan dalam organisasi mempunyai objektif yang berlainan serta penyelarasan antara jabatan adalah sangat penting bagi menentukan aktiviti-aktiviti selaras dengan matlamat organisasi. Menetapkan bidang tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang pekerja untuk melaksanakan tugas dengan baik berdasarkan kompetensi, pengetahuan dan kepakaran. Kepentingan Struktur Organisasi Hubung Kait antara Kemahiran Kebolehkerjaan Pekerja dengan Kejayaan Sesebuah Perniagaan 1.5 SP 3.1.5 Menilai hubungkait antara kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dimiliki pekerja dengan kejayaan sesebuah perniagaan. Kebolehkerjaan boleh didefinisikan sebagai kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh para pekerja yang membuatkan bakal majikan berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka. Kemahiran kebolehkerjaan ini tidak meliputi kemahiran kualiti yang diperlukan dalam sesuatu bidang pekerjaan yang khusus sahaja malah merangkumi semua bidang kerjaya. Antara kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan ialah kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, perancangan dan pengurusan diri, keupayaan pembelajaran, penggunaan teknologi terkini, berinisiatif dan keusahawanan. Kemahiran kebolehkerjaan akan membantu pekerja melaksanakan kerja dengan cekap dan sistematik serta menyumbang kepada kejayaan organisasi. Jadual 1.4 Keperluan kemahiran kebolehkerjaan dalam membantu pekerja melaksanakan kerja dengan cekap Elemen Keterangan Contoh Kelayakan yang sesuai Seseorang pekerja perlu mempunyai kelayakan akademik mengikut bidang pengkhususan bagi proses pemadanan dengan tugas dan kriteria yang diperlukan oleh majikan. Seorang pekerja yang menjawat jawatan setiausaha perlu memiliki kelayakan akademik dalam bidang kesetiausahaan dan mempunyai pengetahuan dalam pentadbiran. Berpengalaman Seseorang pekerja yang berpengalaman akan membolehkan mereka melakukan pekerjaan dengan cekap dan berkesan. Pengalaman boleh diperoleh secara formal dan bukan formal. Usahawan restoran lebih mengutamakan pengambilan chef yang berpengalaman dalam bahagian kulinari kerana mereka terlatih, berkebolehan, berkreativiti dan secara tidak langsung mengurangkan kos latihan serta pembangunan. Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan Seseorang pekerja yang dinamik dan kreatif perlu memahami kelebihan dan keunikan produk dan perkhidmatan agar pengguna mendapat manfaat daripada penggunaannya. Pegawai bank bukan sahaja perlu tahu produk perbankan terkini tetapi juga perkhidmatan sampingan yang ditawarkan untuk memberikan nilai tambah kepada pelanggannya. Pengalaman dalam industri tertentu Seseorang pekerja yang mempunyai kepelbagaian maklumat dan pengalaman dalam pelbagai industri boleh menjadi satu kelebihan, inovasi dan kreativiti dalam memperkasakan kelangsungan perniagaan mereka. Kejayaan usahawan terkemuka, Dato’ Dr. Haji Ramly Mokni yang terkenal dengan Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Ramly Burger telah berkecimpung dalam industri makanan berasaskan daging burger serta telah 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 86 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
87 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 Elemen Keterangan Contoh mendapat status halal Bumiputera. Beliau menetapkan sasaran untuk menjadi usahawan pada umur 45 tahun dan menetapkan penguasaan pasaran makanan berasaskan daging sekitar 45% pada tahun 2016. Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan/ jabatan Seseorang pekerja yang mempunyai pengalaman, kreativiti dan potensi boleh penyumbang kepada pencapaian sasaran individu dan pasukan/jabatan. Pengalaman yang bersesuaian dengan kerja yang ditawarkan akan meningkatkan produktiviti organisasi. Kejayaan usahawan terkemuka D’Herbs, bukan hanya sebagai pengerusi D’Herbs Healthy Marketing tetapi terlibat secara langsung dalam pengiklanan produk D’Herbs. Beliau telah berjaya mencapai sasaran jualan syarikat sekitar RM5 juta dengan penguasaan pasaran 15% pada 2015 seperti yang dirancangkan. Kemahiran berkomunikasi Kerja berpasukan Penyelesaian masalah Inisiatif dan keusahawanan Perancangan dan pengurusan diri Penggunaan teknologi terkini Keupayaan pembelajaran Jenis Kemahiran Kebolehkerjaan i THINK Peta Buih Rajah1.2 Jenis kemahiran kebolehkerjaan semak cepat 1.2 1 Bincangkan secara ringkas hubung kait antara kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dimiliki pekerja dengan matlamat pengurusan untuk kejayaan sesebuah perniagaan. 2 Kenal pasti tujuh kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan oleh seseorang majikan dalam menyumbang kejayaan perniagaan mereka. Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://www.youtube.com/ watch?v=xLIWvaaXq74 merujuk pengurusan sumber manusia. Maklumat berikut berkaitan dengan iklan jawatan kosong berasaskan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh majikan di media massa. Iklan jawatan kosong berasaskan produk Iklan jawatan kosong berasaskan perkhidmatan Jelaskan keperluan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu ada pada calon yang ingin memohon jawatan-jawatan di atas. SPM Bagi menjawab soalan struktur/esei: Jawapan yang dikemukakan hendaklah selaras dengan jumlah markah yang diperuntukkan. • Biar ringkas tetapi menepati keperluan kehendak soalan • Bagi soalan kajian kes, masukkan nama individu/syarikat yang terlibat dalam kajian kes. Ingat! Anda perlu menjawab lima soalan di Bahagian A, dua soalan di Bahagian B dan satu soalan di Bahagian C dalam masa dua jam lima belas minit. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 87 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
88 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 Mencipta Satu Struktur Organisasi dalam Sesebuah Perniagaan 1.6 SP 3.1.6 Mencipta satu struktur organisasi dalam sebuah perniagaan. 1 Struktur organisasi merupakan satu kumpulan sumber yang diwujudkan oleh pihak pengurusan secara formal untuk menjalankan pelbagai tugas dalam organisasi. 2 Terdapat empat aspek penting dalam struktur organisasi, iaitu: Jadual 1.5 Aspek penting dalam struktur organisasi Aspek Penerangan Pembahagian kerja Pengagihan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Hubungan antara ketua – pekerja Ketua mempunyai kuasa mengarah kepada pekerja di bawahnya. Jenis tugas Tugas dan tanggungjawab. Hierarki pengurusan Peringkat atasan, pertengahan dan bawahan. 3 Tujuan setiap fungsian dapat dilakukan dengan pantas dan efisien dengan mencapai visi, misi dan objektif: Tujuan Pengkhususan dan pembahagian tugasan dalam melakukan kerja yang sama. Meningkatkan kemahiran dan bakat pekerja. Mudah untuk melatih pekerja baharu kerana bidang yang sama. Mengurangkan kos dan masalah pengurusan dengan mengamalkan sistem perkongsian sumber organisasi. 4 Ianya dianggap usaha untuk mengumpulkan pelbagai sumber yang berkaitan dalam satu kelompok (jabatan/unit/bahagian) dan kelompok-kelompok tersebut disusun secara sistematik. 5 Terdapat beberapa jenis struktur organisasi bagi memenuhi keperluan perniagaan: (a) Struktur organisasi berdasarkan fungsi • Kebanyakan organisasi menggunakannya kerana ia mudah dibentuk dan dipraktikkan. • Diwujudkan berdasarkan fungsifungsi utama dalam organisasi seperti pemasaran, pengeluaran, kewangan, penyelidikan dan pembangunan, serta pengurusan sumber manusia. • Menempatkan pekerja berdasarkan kemahiran atau kepakaran dalam sesuatu fungsi. Contoh: Pekerja yang mempunyai kelulusan dalam bidang pemasaran akan ditempatkan di Jabatan Pemasaran. i THINK Peta Pokok Pengurus Jabatan Pengeluaran Pengurus Jabatan Pemasaran Pengurus Jabatan Sumber Manusia Pengurus Jabatan Kewangan Pengurus Jabatan R&D Pengurus Besar Rajah 1.3 Contoh struktur organisasi berdasarkan fungsi (b) Struktur organisasi berdasarkan produk • Organisasi berskala besar melakukan pengeluaran pelbagai jenis produk. • Diwujudkan untuk memudahkan pihak pengurusan menyelaraskan operasi atau perkhidmatan yang berkaitan. • Setiap pekerja akan ditempatkan mengikut pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam penghasilan produk tertentu. Contoh: Pekerja yang mempunyai kebolehkerjaan dalam penghasilan produk C akan ditempatkan dalam jabatan produk C. i THINK Peta Pokok Pengurus (Produk A) Pengurus (Produk C) Pengurus (Produk E) Pengurus (Produk B) Pengurus (Produk D) Pengurus Besar Rajah 1.4 Contoh struktur organisasi berdasarkan produk • Struktur organisasi – satu kumpulan sumber yang diwujudkan oleh pihak pengurusan secara formal untuk menjalankan pelbagai tugas dalam organisasi 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 88 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
89 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 (c) Struktur organisasi berdasarkan geografi/wilayah • Struktur organisasi ini diwujudkan berdasarkan kawasan pasaran yang menjadi tumpuan syarikat. • Struktur organisasi ini memerlukan sejumlah kakitangan yang besar di ibu pejabat bagi tujuan penyelarasan jabatan/unit/bahagian di pelbagai wilayah. • Contoh: Pekerja yang tinggal di Kelantan dan Terengganu akan ditempatkan di wilayah timur. i THINK Peta Pokok Pengurus (Wilayah Utara) Pengurus (Wilayah Timur) Pengurus (Wilayah Sarawak) Pengurus (Wilayah Selatan) Pengurus (Wilayah Sabah) Pengurus Besar Rajah 1.5 Contoh struktur organisasi berdasarkan wilayah/geografi (d) Struktur organisasi berdasarkan pelanggan • Struktur ini diwujudkan mengikut keperluan dan kehendak pelanggan syarikat. • Barangan akan ditempatkan di lokasi tertentu seperti di pasar raya. Contoh: Pelanggan boleh membeli barang keperluan harian di tingkat satu, pakaian di tingkat dua, peralatan alat tulis di tingkat tiga dan barangan elektrik dan elektronik di tingkat empat. i THINK Peta Pokok Pelanggan A (Perkhidmatan kaunter) Pelanggan C (Pembantu jualan) Pelanggan E (Perkhidmatan lain-lain) Pelanggan B (Pembantu khidmat pelanggan) Pelanggan D (Pegawai keselamatan) Pengurus Besar Rajah 1.6 Contoh struktur organisasi berdasarkan keperluan pengguna di pasar raya (e) Struktur organisasi berdasarkan matriks • Dikenali sebagai sistem berbilang arahan. • Kombinasi dua jenis struktur organisasi mengikut fungsi dan struktur organisasi mengikut produk. • Contoh: Kaedah yang digunakan dalam syarikat pembinaan dan pengurusan projek. Pengarah Produk Pengarah Pereka Grafik Pengarah Pengilangan Pengarah Kewangan Pengarah Pemasaran Pengarah Sumber Manusia Pengurus Produk A Pengurus Produk B Pengurus Produk C Pengurus Produk D Pengurus Besar Rajah 1.7 Contoh struktur organisasi berdasarkan matriks 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 89 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
90 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 semak cepat 1.3 1 Huraikan struktur organisasi berdasarkan struktur matriks yang diamalkan oleh industri pembinaan. 2 Berikan maksud struktur organisasi dan nyatakan empat kepentingan struktur organisasi kepada sesebuah perniagaan. INFO dinamik Antara struktur organisasi yang lain: Struktur organisasi jaringan/rangkaian 1 Organisasi maya berbentuk rangkaian di mana boleh diselaraskan dengan penggunaan Internet dan media komunikasi. 2 Contoh syarikat maya seperti Amazon.com, Dell, Axiata 3 Teras perniagaan syarikat: (a) Syarikat pembuatan (b) Syarikat pemasaran dan promosi (c) Syarikat pengedaran (d) Syarikat reka bentuk produk (e) Syarikat kejuruteraan Sistem Penggajian bagi Sesebuah Organisasi 1.7 SP 3.1.7 Mencadangkan idea baharu bagi satu sistem penggajian berpandukan struktur organisasi yang dibina. 1 Gaji ialah bayaran secara tetap yang dibayar oleh majikan kepada para pekerja yang menyumbang tenaga dalam sesebuah organisasi. 2 Penggajian merujuk suatu sistem mengurus data gaji pekerja dalam sesuatu rekod yang menyenaraikan nama pekerja dan jumlah gaji yang patut diterima. 3 Tujuan penggajian: (a) Menarik pekerja untuk berkhidmat dalam organisasi. (b) Mengekalkan pekerja yang berpengalaman untuk kekal bekerja. (c) Memotivasikan pekerja. (d) Menghargai jasa dan sumbangan pekerja yang berbakti dan memajukan organisasi ke tahap yang lebih cemerlang. 4 Penggajian melibatkan dua komponen utama, iaitu gaji dan faedah. Jadual 1.6 Jenis-jenis gaji dan faedah kepada pekerja Gaji Faedah • Gaji Asas • Upah • Elaun • Caruman KWSP • Caruman PERKESO • Pinjaman kewangan • Perkongsian keuntungan • Biasiswa pendidikan • Insuran berkelompok • Insentif-insentif lain • Kemudahan perubatan • Kemudahan cuti • Tempat penjagaan anak-anak • Kemudahan keselamatan • Kemudahan kenderaan • Kemudahan penginapan • Latihan dan kursus • Bonus tunai • Komisen Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://www.mohr.gov.my/index.php/ ms/latest-articles-2/1306-perintahgaji-minimum-2020 untuk mengetahui Perintah Gaji Minimum 2020 kepada Akta Kerja 1955 (Akta 265). Huraikan secara umum lima jenis struktur organisasi yang boleh disesuaikan oleh usahawan mengikut jenis dan skop perniagaan mereka dalam sesebuah organisasi perniagaan dengan menggunakan contoh syarikat pengeluar barang dan perkhidmatan yang bersesuaian di tempat anda. Jadual 1.7 Jenis-jenis gaji kepada pekerja Jenis Keterangan Gaji asas • Gaji yang diberi kepada pekerja tanpa pembayaran tambahan seperti elaun, bonus, komisen dan lain-lain. • Gaji asas akan dibayar mengikut perjanjian pekerjaan yang telah dibuat antara pihak majikan dengan pekerja. Upah • Upah merupakan bayaran yang dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja atau mengikut hari bekerja. • Upah akan dibayar setelah pekerja menyelesaikan tugas mereka mengikut tempoh masa bekerja. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 90 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
91 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 Jenis Keterangan Elaun • Bayaran tambahan yang akan dibayar oleh majikan kepada pekerjanya. • Pemberian elaun bergantung pada jenis jawatan yang disandang. Jadual 1.8 Jenis-jenis faedah kepada pekerja Jenis Keterangan Caruman KWSP Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (1955) yang mewajibkan caruman dibuat oleh majikan (12%) dan pekerja (11%) setiap bulan. Caruman PERKESO Akta Keselamatan Sosial (PERKESO) (1969) yang mewajibkan pihak majikan mengambil insurans pampasan pekerja, iaitu 1.75% daripada gaji bulanan pekerja untuk melindungi majikan daripada tuntutan pekerjanya. Pinjaman kewangan Pinjaman kewangan ialah faedah yang disediakan oleh syarikat mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Perkongsian keuntungan Keuntungan syarikat yang dikongsikan dalam bentuk tunai atau syer. Biasiswa pendidikan Bantuan kewangan kepada pekerja untuk melanjutkan pelajaran dan latihan. Insurans berkelompok Majikan membayar wang premium kepada syarikat insurans untuk melindungi pekerja daripada sebarang risiko semasa bekerja. Kemudahan perubatan Faedah perubatan dan penjagaan kesihatan yang dibiayai majikan atau syarikat. Kemudahan cuti Kemudahan akan diberikan kepada pekerja mengikut tahun perkhidmatan merangkumi cuti tahunan, cuti sakit, cuti rehat, cuti bersalin dan sebagainya. Tempat penjagaan anak-anak Kemudahan penjagaan anak-anak di tempat kerja yang disediakan oleh majikan. Jenis Keterangan Kemudahan keselamatan Penyediaan alat keselamatan dan persekitaran kerja yang selamat supaya pekerja tidak terdedah kepada sebarang risiko. Kemudahan penginapan Tempat tinggal yang disediakan oleh majikan kepada pekerja. Bonus tunai Ganjaran yang diberikan kepada pekerja pada akhir tempoh tertentu dalam bentuk peratusan daripada jumlah gaji pekerja. Komisen • Diberikan kepada pekerja yang terlibat dalam aktiviti jualan. • Jumlah komisen bergantung pada jumlah jualan yang dilakukan oleh pekerja dalam kadar peratusan yang telah disetujui oleh keduadua pihak. Faktor Penentu Sistem Penggajian 1 Setiap organisasi akan mengamalkan sistem penggajian yang berbeza-beza bergantung pada pelbagai penentu-penentu seperti dalam Jadual 1.9. 2 Penentu-penentu sistem pengajian: Jadual 1.9 Penentu-penentu sistem penggajian Bil. Penentu Huraian 1 Kemampuan organisasi Organisasi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh akan memberi lebih banyak ganjaran kepada pekerja. 2 Bentuk dan jenis tugas Pekerja yang menjalankan tanggungjawab yang berat akan diberi ganjaran yang lebih tinggi. 3 Undangundang dan peraturan kerajaan Pihak kerajaan berkuasa menentukan kadar ganjaran minimum yang perlu diberikan oleh sesebuah organisasi. 4 Ganjaran yang dibayar oleh pihak pesaing Bagi mengelakkan pekerja daripada berhenti atau berpindah majikan, majikan akan memberikan ganjaran yang setara atau lebih tinggi berbanding dengan ganjaran yang diberikan oleh pesaing dalam industri yang sama. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 91 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
92 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 Bil. Penentu Huraian 5 Permintaan dan penawaran buruh Permintaan dan penawaran buruh akan menentukan kadar upah di pasaran. 6 Faktor lokasi Kawasan yang berbeza memyebabkan kos sara hidup yang berbeza seperti dibandar kos sara hidup adalah lebih tinggi berbanding dengan di luar bandar. Buat perbincangan secara sumbang saran bersama ahli kumpulan mengenai faktor-faktor yang menentukan sistem penggajian yang diamalkan oleh Malaysia mengikut industri, negeri dan jenis pekerjaan. semak cepat 1.4 1 Berikan beberapa jenis faedah kewangan dan bukan kewangan yang sering diamalkan oleh majikan kepada pekerjanya. 2 Terangkan faktor-faktor yang menjadi penentu kepada sistem penggajian di sesebuah syarikat. 3 Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh pihak pengurusan dalam melaksanakan sistem penggajian yang terbaik? 4 Terangkan empat tujuan penggajian yang diamalkan oleh sesebuah perniagaan. Praktis SPM 1 Kertas 1 Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1 Situasi di bawah menunjukkan peranan pengurusan sumber dalam sesebuah organisasi. KBAT Menilai Memberikan petunjuk atau penanda aras berkaitan sejauh mana pekerja berkemampuan melaksanakan kerja dengan berkesan. Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurus sumber manusia di atas? A Prestasi pasukan B Keperluan pekerja C Pemberian insentif yang munasabah D Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran 2 Situasi di bawah menunjukkan pelbagai kemahiran kebolehkerjaan bagi seorang calon pekerja. • Setiap pekerja perlu mengutamakan matlamat jabatan bagi mencapai misi organisasi. • Kerja berpasukan, komitmen dan daya usaha perlu digemblengkan bagi mewujudkan keharmonian pekerjaan. Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang digunakan untuk memilih pekerja di atas? A Berpengalaman B Kelayakan yang bersesuaian C Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan D Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 92 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
93 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 3 Antara berikut, yang manakah jawatan yang terlibat dalam bahagian fungsian kewangan? A Pegawai kewangan B Pengurus belian C Penyelia jualan D Penyelaras ICT 4 Gambar 1 menunjukkan jenis pekerjaan bagi seseorang pekerja. Gambar 1 Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh pekerja tersebut sebagai seorang juruteknik elektrik? I Kelayakan dalam bidang perniagaan II Pengalaman dan industri pembuatan III Pengalaman terdahulu bekerja dengan syarikat TNB IV Berpengetahuan tentang perkhidmatan sistem pendawaian A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5 Maklumat berikut berkaitan dengan jenisjenis carta struktur organisasi bagi syarikat XYZ. KBAT Menilai • Penempatan pekerja berasaskan kemahiran, pengkhususan dan skop tugas tertentu. • Biasanya wujud dalam organisasi yang menawarkan perkhidmatan seperti bank. Apakah struktur organisasi yang paling sesuai? A Matrik B Jabatan C Fungsian D Pelanggan 6 Antara berikut, yang manakah bukan jenis teras perniagaan dalam struktur organisasi jaringan? A Syarikat pengedaran B Syarikat reka bentuk produk C Syarikat pemasaran dan promosi D Syarikat yang menyediakan perkhidmatan khidmat perundingan 7 Situasi berikut merujuk jenis-jenis ganjaran bagi suatu situasi. KBAT Mengaplikasi Encik Wong telah berkhidmat selama 10 tahun di Syarikat Wonder Heaven Sdn. Bhd. dalam penghasilan minuman berkarbonat. Kebiasaannya, beliau akan menunggang motosikal ke tempat kerjanya di Shah Alam. Namun, beliau telah terlibat dalam kemalangan. Beliau disahkan oleh doktor mengalami kecacatan kekal. Kini, beliau tidak boleh bekerja dan majikannya telah menghentikan perkhidmatan beliau. Sehubungan itu, majikannya turut membayar sebanyak RM200 000 sebagai menghargai perkhidmatan beliau. Antara berikut, yang manakah jenis komponen ganjaran yang dinyatakan di atas? A Pampasan B Komisen C Bonus D Elaun 8 Antara berikut, yang manakah potongan sukarela seseorang pekerja? I Bayaran balik pinjaman perumahan II Caruman kepada PERKESO III Caruman kepada KWSP IV Bayaran skim insurans A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 93 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
94 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 9 Maklumat berikut berkaitan dengan jenis faedah yang diberikan oleh Syarikat Sendayu. • Faedah yang dibiayai oleh syarikat menerusi klinik panel kepada pekerja tanpa perlu membayar. • Syarikat Sendayu membayar wang premium kepada syarikat tertentu untuk melindungi pekerja daripada sebarang risiko. Apakah jenis-jenis faedah yang diterima oleh pekerja? A Kemudahan perubatan dan insurans berkelompok B Kemudahan insurans dan keselamatan C Kemudahan perubatan dan cuti D Kemudahan biasiswa pendidikan 10 Situasi di bawah menunjukkan penentupenentu sistem penggajian yang diamalkan oleh sesebuah perniagaan. KBAT Mengaplikasi Encik Mahalingam merupakan pekerja pengawal keselamatan di Syarikat Media Cetak Sdn. Bhd. di Banting, Selangor. Pada mulanya, majikannya telah memberikan gaji bulanan sebanyak RM900 sebulan. Namun, pihak kerajaan telah menetapkan bahawa gaji minimum untuk semua pekerja sektor awam dan swasta ialah sebanyak RM1 200. Majikannya telah akur melaksanakan skim penggajian tersebut. Apakah faktor penentu utama sistem penggajian yang diterima oleh Encik Mahalingam? A Faktor lokasi B Kemampuan organisasi C Undang-undang dan peraturan kerajaan D Ganjaran yang dibayar oleh pihak pesaing Bahagian A Kertas 2 Jawab semua soalan. 1 (a) Berikan takrifan bagi pengurusan sumber manusia. [2 markah] (b) Nyatakan enam peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan. [6 markah] (c) Mengapakah proses semakan dan ujian pemilihan adalah penting? KBAT Mengaplikasi [2 markah] 2 (a) Nyatakan empat jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh seseorang kakitangan dalam sesebuah perniagaan. [4 markah] (b) Huraikan kaedah penghargaan dan hukuman yang boleh mengubah tingkah laku dan prestasi produktiviti sumber manusia. KBAT Menganalisis [2 markah] (c) Jelaskan empat kesan negatif yang timbul sekiranya pengurusan sumber manusia yang sering mengamalkan sikap pilih kasih dalam proses kenaikan pangkat pekerja. KBAT Menilai [4 markah] 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 94 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
95 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 Bahagian B Jawab semua soalan. 3 Rajah 1 menunjukkan struktur organisasi bagi sebuah perniagaan Roti Kebab Ali Enterprise. Pengarah Urusan Pengarah Ekskutif Pengurus Pemasaran Promosi & Publisiti Pengurus Operasi Eksekutif R&D Eksekutif Halal & QC Eksekutif Pentadbiran Eksekutif Kewangan Rajah 1 (a) Nyatakan struktur organisasi yang sesuai dengan situasi di atas. [2 markah] (b) Terangkan ciri-ciri bagi struktur organisasi Roti Kebab Ali Enterprise berdasarkan soalan 3(a). [6 markah] (c) Cadangkan struktur organisasi yang baharu bagi Roti Kebab Ali Enterprise. Kemukakan alasan anda. KBAT Menilai [7 markah] 4 Maklumat berikut menunjukkan jenis-jenis ganjaran dan faedah yang disediakan oleh syarikat Bumi Niaga Sdn. Bhd. Dr. Kittinggan telah membuka sebuah syarikat menjual pakaian Busana Muslimah pada tahun 2016 di Kudat, Sabah. Pakaian keluaran syarikat beliau telah mendapat sambutan tinggi daripada pelanggan. Malangnya, beliau kekurangan pekerja yang silih berganti khususnya dalam urusan promosi dan pemasaran pelanggan kerana persaingan. Bagi mengatasi masalah ‘pusing ganti’ pekerja, beliau telah memperkenalkan beberapa bayaran tambahan yang menarik seperti elaun makan, elaun harian serta faedah percutian ke luar negara dan kemudahan parkir kepada para pekerjanya. (a) Terangkan maksud gaji dan faedah dalam pengurusan sumber manusia. [4 markah] (b) (i) Berikan tiga jenis gaji yang boleh diberikan kepada para pekerjanya. [3 markah] (ii) Jelaskan gaji-gaji di 4(b)(i). [3 markah] (c) Cadangkan lima jenis faedah lain yang boleh mengatasi masalah ‘pusing ganti’ pekerja yang dihadapi oleh Dr. Kittingan. [5 markah] 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 95 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
96 Pengurusan Sumber Manusia TINGKATAN 5 1 Bahagian C Jawab semua soalan. 5 Encik Azli merupakan seorang Pengurus Sumber Manusia di Syarikat Kencana Pertiwi Sdn. Bhd.. Beliau seorang yang profesional dan kerap berkomunikasi dengan pekerja lain. Sejak operasi syarikat ini bermula tujuh tahun yang lepas, produktiviti dan prestasi syarikat berada dalam kedudukan yang baik. Namun kebelakangan ini, syarikat telah menghadapi masalah mengekalkan tenaga pekerja disebabkan isu ‘pusing ganti’ pekerja. Kedudukan ini akan menjejaskan prestasi, produktiviti dan pencapaian syarikat. Walaupun pelbagai program latihan dan pembangunan telah dikendalikan oleh Syarikat Kencana Pertiwi Sdn. Bhd., namun tahap prestasi produktiviti dan prestasi kerja para pekerja syarikat semakin menurun. Pihak pengurusan telah mengarahkan Encik Azli dan pasukannya mengambil tindakan segera bagi menangani masalah ini. Bilangan Pekerja Syarikat Kencana Pertiwi Sdn. Bhd. dari Tahun 2013 hingga 2020 Bilangan Pekerja yang Meletak Jawatan Tahun 16 14 12 10 8 6 4 2 0 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 Rajah 1.1 Statistik bilangan dan prestasi produktiviti pekerja di syarikat Kencana Pertiwi Sdn. Bhd. dalam tempoh 7 tahun Jadual 1 Tahun 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 Bilangan pekerja yang meletak jawatan (orang) 1 3 4 6 8 10 12 15 Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut: (a) Bincangkan masalah yang dihadapi oleh Encik Azli selaku Pengurus Sumber Manusia Syarikat Kencana Pertiwi Sdn. Bhd. [5 markah] (b) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar diambil oleh Encik Azli untuk menangani masalah pada 5(a) dalam pengurusan sumber manusia? [5 markah] (c) Bincangkan langkah-langkah pengurusan sumber manusia baharu yang perlu dilakukan oleh Encik Azli. [5 markah] (d) Nyatakan penentu-penentu sistem penggajian yang dilaksanakan oleh Syarikat Kencana Pertiwi Sdn. Bhd. yang menarik minat calon dari luar organisasi untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat berkenaan. [5 markah] 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 96 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
97 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 BAB 2 2.0 Pengenalan 1 Setiap organisasi perniagaan memerlukan sumber fizikal dan sumber teknologi yang sentiasa dapat dimanfaatkan untuk digunakan dalam menjalankan aktiviti perniagaan. 2 Sumber fizikal merujuk aset yang berbentuk ketara atau nyata untuk dimanfaatkan oleh organisasi bagi menjalankan perniagaannya. 3 Sumber teknologi pula ialah aset yang berbentuk tidak ketara atau tidak nyata untuk dimanfaatkan oleh organisasi bagi menjalankan perniagaannya. Tujuan Mengurus Sumber Fizikal yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 2.1 SP 3.2.1 Menjelaskan tujuan mengurus sumber fizikal yang diperlukan dalam operasi sesuatu perniagaan. 1 Memastikan semua jenis sumber fizikal, iaitu aset-aset perniagaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat. 2 Memastikan semua sumber fizikal sentiasa berfungsi dan boleh digunakan dengan baik untuk menghasilkan keluaran. 3 Memastikan sumber fizikal sentiasa dalam keadaan mencukupi apabila diperlukan dalam proses pengeluaran. Jenis Sumber Fizikal 1 Antara sumber fizikal yang perlu diuruskan dengan baik: i THINK Peta Buih Jenis sumber fizikal Produk siap Stok Bangunan dan kemudahan Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi Bahan mentah Kilang dan mesin Rajah 2.1 Jenis sumber fizikal Tajuk 1 : Sumber Perniagaan Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi • Aset – harta yang mempunyai nilai dan boleh dijual atau dipindah milik 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 97 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
98 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 Jadual 2.1 Jenis-jenis sumber fizikal Sumber Fizikal Fungsi Tujuan Mengurus Bangunan dan Kemudahan • Bangunan ialah tempat menjalankan operasi perniagaan. • K e m u d a h a n m e r u j u k infrastruktur yang membantu pengurusan perniagaan. • Keadaan bangunan yang selamat. • Kelengkapan kemudahan fizikal dapat menjamin kelancaran operasi perniagaan. Kilang dan Mesin • Kilang ialah tempat memproses bahan mentah kepada produk siap. • Mesin merupakan jentera pemprosesan bahan mentah. • Sentiasa membuat penyelenggaraan kilang dan mesin. • Memastikan pengeluaran barang siap yang efektif. Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi • Peralatan yang digunakan dalam operasi sesebuah perniagaan seperti komputer, telefon dan faksimili. • Diuruskan dengan baik supaya dapat mempercepat dan memudahkan urusan perniagaan. Stok • Stok ialah barang siap yang sedia untuk dijual. • Stok perlu disimpan di dalam gudang dengan selamat dan teratur. • Stok sentiasa mencukupi apabila diperlukan. • Stok disimpan secara sistematik mengikut sistem yang berkesan. Bahan Mentah • Bahan mentah digunakan untuk pengeluaran barang untuk menghasilkan barang lain atau barang siap. • Bahan mentah dijaga dengan baik supaya tidak mudah rosak. • Sentiasa mencukupi apabila diperlukan. Produk Siap • Produk siap ialah barang akhir setelah siap diproses dan sedia untuk dijual. • Barang ini terdiri daripada barangan keperluan dan kehendak. • Diurus secara sistematik supaya kualiti sentiasa berada dalam keadaan baik sebelum memasuki pasaran. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 98 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
99 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 semak cepat 2.1 1 Jelaskan maksud sumber fizikal dalam sesebuah syarikat perniagaan. 2 Apakah tujuan mengurus sumber fizikal? 3 Nyatakan enam sumber fizikal yang perlu diuruskan oleh usahawan. Bincangkan keperluan penyelenggaraan stok secara berkala. INFO dinamik Telefon pintar (Smartphone) merupakan telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Prosedur Mengurus Sumber Fizikal yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 2.2 SP 3.2.2 Menghuraikan prosedur mengurus sumber fizikal yang diperlukan dalam operasi sesuatu perniagaan. 1 Setiap sumber fizikal yang perlu diuruskan dalam sesebuah organisasi perniagaan memerlukan tatacara dan prosedur tertentu dalam menguruskan sumber tersebut. 2 Pengurusan sumber fizikal perniagaan mempunyai langkah seperti perlindungan insurans dan keselamatan serta penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang. 3 Prosedur pengurusan sumber fizikal meliputi: i THINK Peta Pokok Prosedur Mengurus Sumber Fizikal Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang Perlindungan insurans dan keselamatan Rajah 2.2 Prosedur mengurus sumber fizikal INFO dinamik Insurans Liabiliti Awam ialah polisi yang menanggung rugi perniagaan terhadap jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh perniagaan berhubung dengan kecederaan anggota badan atau kesakitan mana-mana orang serta kerugian atau kerosakan pada harta benda. Jadual 2.2 Prosedur Pengurusan sumber fizikal Prosedur Mengurus Sumber Fizikal Fungsi Prosedur Mengurus Perlindungan insurans dan keselamatan 1 Untuk melindungi daripada pelbagai risiko dan elakkan daripada kerugian. 2 Contoh insurans: (a) Kebakaran: melindungi bangunan, mesin dan stok. (b) Kecurian: kehilangan atau kerosakan akibat rompakan aset. (c) Jaminan setia: pecah amanah. (d) Risiko penghantaran stok tertangguh. (e) Perlindungan liabiliti awam. 1 Bangunan perlulah dilengkapi alat pemadam api, kamera litar tertutup, alat penggera dan laluan kecemasan. 2 Setiap mesin mestilah memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan. Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang 1 Untuk mengelakkan kerosakan dan mengganggu produktiviti. 2 Memastikan mesin dapat beroperasi dengan baik tanpa gangguan. 1 Jadual pemeriksaan, penyelenggaraan berkala untuk mencegah kerosakan. 2 Tindakan baik pulih segera untuk membaiki sebarang kerosakan. • Piawaian – standard yang ditetapkan atau menjadi asas • Berkala – terancang atau mengikut jadual 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 99 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
100 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 semak cepat 2.2 1 Nyatakan dua prosedur mengurus sumber fizikal. 2 Bagaimanakah prosedur mengurus sumber fizikal? Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://www.bharian.com. my/bisnes/ lain-lain/2019/07/583003/lebih-50- peratus-pks-tiada-perlindungan-insurans untuk melihat kepentingan mempunyai perlindungan insurans untuk perusahaan. Tujuan Mengurus Sumber Teknologi yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 2.3 SP 3.2.3 Menjelaskan tujuan mengurus sumber teknologi yang diperlukan dalam operasi sesuatu perniagaan. 1 Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. 2 Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan Internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. 3 Setiap organisasi perlu menguruskan sumber teknologi yang dimiliki dengan baik untuk menjamin kemampuan bersaing dalam pasaran dan kelangsungan perniagaan tersebut. 4 Antara sumber teknologi yang perlu diuruskan dengan baik ialah: Kemahiran dan Pengalaman • Teknologi • Perakaunan • Pengaturcaraan • Robotik • Kejuruteraan Lesen Perisian • Perisian MS Office • Windows • Adobe Photoshop Harta Intelek • Reka Bentuk • Lukisan • Muzik • Video Rajah 2.3 Sumber teknologi Jenis Sumber Teknologi Jadual 2.3 Jenis sumber teknologi Sumber Teknologi Maksud Tujuan Mengurus Harta Intelek • Harta intelek merujuk ciptaan yang diperoleh hasil kreativiti dan ciptaan daya intelektual seseorang daripada akal fikiran. • Termasuk hasil kerja sastera dan seni, simbol, nama, imej dalam pelbagai bentuk sama ada gambar atau lukisan dan reka bentuk yang digunakan di dalam perdagangan atau perniagaan. • Tujuan mengurus harta intelek adalah untuk menjaga perniagaan daripada ancaman: – Cetak rompak – Barangan tiruan – Penyalahgunaan – Penggunaan tanpa kebenaran Lesen Perisian • Perjanjian bertulis antara pengguna yang telah membeli perisian tersebut. • Mengandungi terma dan syarat tentang sesebuah perisian boleh digunakan. • Tujuan menguruskan setiap perisian supaya mempunyai lesen yang tulen dan sah kerana: – Penggunaan perisian tanpa lesen adalah kesalahan jenayah. – Mengelakkan perniagaan daripada dikenakan saman. – Melindungi nama baik perniagaan. • Cetak rompak – pencabulan hak cipta 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 100 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
101 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 Sumber Teknologi Maksud Tujuan Mengurus Kemahiran dan Pengalaman • Kemahiran merujuk kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. • Pengalaman pula merujuk pengetahuan atau kemahiran atau pemerhatian sesuatu benda atau peristiwa yang diperoleh melalui penglibatan atau pendedahan kepada benda atau peristiwa itu. • Kemahiran dan pengalaman dalam bidang berkaitan, kemahiran dalam bidang teknologi dan komunikasi, perakaunan, pengaturcaraan, robotik dan kejuruteraan. • Kemahiran dan pengalaman pekerja perlu disusun dan diuruskan dengan sempurna supaya: – Pekerja yang mahir dan berpengalaman dalam bidang yang diceburi dapat mengelak berlakunya kesilapan semasa menjalankan tugas. – Mengelakkan berlaku pembaziran tenaga kerja yang mahir dalam bidang sama. – Menggunakan kemahiran dan kepakaran pekerja secara optimum untuk meningkatkan produktiviti perniagaan. • Setiap pekerja yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang tinggi perlu diberi: – Imbuhan yang setimpal untuk meningkatkan motivasi kerja. – Latihan yang berterusan untuk meningkatkan daya produktiviti. – Perlindungan kerja supaya pekerja rasa sentiasa selesa dan selamat untuk bekerja. INFO dinamik Bill Gates atau nama penuhnya William Henry Gates dilahirkan pada 28 Oktober 1955 di Seattle, Washington. Beliau merupakan pengasas bersama, pengerusi, bekas ketua arkitek perisian dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, syarikat perisian terbesar di dunia. 1 Berapakah harga yang perlu saya tawarkan untuk harta intelek yang dijual? 2 Apakah nilai harta intelek saya? 3 Siapakah yang boleh menilai harta intelek saya? semak cepat 2.3 1 Nyatakan dua sumber teknologi. 2 Berikan definisi lesen perisian. 3 Berikan tujuan mengurus harta intelek. Prosedur Mengurus Sumber Teknologi yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 2.4 SP 3.2.4 Menghuraikan prosedur mengurus sumber teknologi yang diperlukan dalam operasi sesuatu perniagaan. Sumber teknologi sesebuah organisasi perniagaan terutama harta intelek perlu diuruskan dengan sempurna melalui paten dan hak cipta terpelihara. Jadual 2.4 Prosedur mengurus sumber teknologi Pengurusan Sumber Teknologi Paten Hak Cipta Terpelihara Definisi • Sekiranya sesebuah perniagaan telah mereka cipta sesuatu ciptaan baharu atau teknologi yang masih belum wujud, maka ciptaan perniagaan tersebut boleh dilindungi di bawah paten. • Hak cipta ialah perlindungan yang diberikan kepada pencipta karya, pemilik hak cipta dan pelaku tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987. • Hak Cipta ialah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hak cipta di Malaysia adalah berasaskan Akta Hak cipta 1987. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 101 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
102 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 Pengurusan Sumber Teknologi Paten Hak Cipta Terpelihara • Paten merujuk hak eksklusif untuk suatu reka cipta seperti produk atau inovasi terhadap produk sedia ada atau melibatkan proses menghasilkan barang. • Hak eksklusif kepada pencipta karya dan mengawal penggunaan karya mereka. • Boleh diberikan kepada ekspresi idea yang telah dizahirkan. Contoh Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah: • Karya sastera • Karya muzik • Karya seni • Filem • Rakaman bunyi • Siaran • Karya terbitan Kepentingan • Penting bagi sesebuah perniagaan kerana hak cipta dilindungi undang-undang. • Mengeksploit reka cipta yang dipatenkan. • Menyerah hak atau pindah milik. • Membuat kontrak lesen. • Tujuan – untuk melindungi dan tidak disalahgunakan untuk kepentingan pihak lain. • Antara perbuatan pelanggaran hak cipta termasuklah: – Pengeluaran semula karya-karya yang telah mendapat hak cipta dalam pelbagai bentuk seperti tayangan, pertunjukan permainan atau pengedaran kepada masyarakat awam. – Pengimportan salinan langgaran karya-karya berhak cipta ke negara Malaysia selain daripada kegunaan persendirian yang dibenarkan. – Membuat salinan karya yang telah mendapat hak cipta untuk tujuan jualan atau sewaan. – Membuat salinan langgaran karya-karya hak cipta dalam bentuk penjualan, penyewaan dan pengedaran apa-apa dengan cara perdagangan, mendedahkan dan menawarkan untuk jualan atau sewaan. – Mempunyai salinan langgaran untuk tujuan perdagangan selain untuk kegunaan persendirian yang dibenarkan. – Membuat pameran salinan langgaran karya-karya berhak cipta untuk tujuan perdagangan kepada masyarakat awam. Prosedur Mengurus • Pendaftaran boleh dibuat melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). • Pemilikan paten akan dilindungi selama 20 tahun di Malaysia. • Setiap reka cipta belum dizahirkan kepada orang awam oleh mana-mana syarikat. • Melibatkan langkah mereka cipta yang mana reka cipta itu tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi tersebut. • Dapat digunakan dalam pelbagai industri. • Hak cipta ialah hak ekslusif kepada pencipta karya. • Karya-karya di atas dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. • Walau bagaimanapun, perlindungan hak cipta hanya boleh diberikan kepada ekspresi idea dan tidak kepada idea, prosedur, kaedah pengendalian atau konsep matematik. • Perlindungan hak cipta di Malaysia berdasarkan Akta Hak Cipta 1987. • Semua permohonan boleh dikemukakan kepada MyIPO. Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.myipo.gov.my/ms/hak-cipta/?lang=ms 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 102 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
103 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 semak cepat 2.4 1 Jelaskan maksud paten suatu reka cipta produk. 2 Nyatakan maksud hak cipta suatu produk atau karya. 3 Jelaskan tujuan utama memohon hak cipta terpelihara. Secara berkumpulan, bincangkan prosedur mengurus sumber teknologi dalam operasi perniagaan syarikat Les Copaque Production bagi melindungi filem “Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal“ daripada dicetak rompak. INFO dinamik MyIPO menyediakan perlindungan pelbagai bentuk harta intelek seperti tanda dagang (trademark), hak cipta (copyright), paten (patent) dan reka bentuk perindustrian (industrial design). Aplikasikan Pengetahuan Pengurusan Sumber Fizikal dan Sumber Teknologi dalam Satu Perniagaan yang Mampan 2.5 SP 3.2.5 Mengaplikasikan pengetahuan pengurusan sumber fizikal dan sumber teknologi dalam satu perniagaan yang mampan. 1 Satu kajian kes mengenai sumber fizikal dan sumber teknologi boleh dilakukan dengan menggunakan contoh syarikat yang mempunyai pengurusan sumber fizikal dan teknologi yang kukuh seperti Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS). 2 MODENAS telah berjaya menguruskan sumber fizikal dan sumber teknologi secara terancang sehingga dapat menghasilkan pelbagai jenis motosikal yang berkualiti tinggi. Sumber Fizikal Syarikat MODENAS Bangunan dan Kemudahan 1 MODENAS merupakan sebuah anak syarikat DRB-HICOM, beribu pejabat di Gurun, Kedah. 2 Bangunan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran MODENAS. 3 MODENAS juga mempunyai makmal ujian untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan mutu keluaran motosikalnya. 4 MODENAS mempunyai trek ujian kenderaan dan pusat pembelajaran bagi mengeluarkan motosikal yang berkualiti tinggi. 5 MODENAS turut mempunyai lima buah tempat servis utama motosikal di Malaysia, iaitu terletak di Gurun (Kedah), Shah Alam (Selangor), Kuantan (Pahang), Ipoh (Perak) dan Johor Bahru ( Johor). 6 Selain itu, MODENAS juga menyewa sebahagian ruang bangunan untuk dijadikan bilik pameran bagi motosikal yang ingin dipasarkan di setiap cawangannya. 7 Bilik pameran ini juga dilengkapi dengan prasarana yang mencukupi bagi menarik perhatian pelanggan membuat tinjauan, pertanyaan dan seterusnya membuat tempahan motosikal. Kilang dan Mesin 1 Kilang • MODENAS mempunyai kilang di Gurun, Kedah serta berupaya melakukan pengeluaran 130 000 unit setahun. 2 Mesin • Mesin sentiasa diselenggarakan secara berkala mengikut jadual. • Diselenggarakan oleh jurutera dan juruteknik yang berkelayakan. • Hal ini penting untuk mengelakkan mesin dan peralatan mengalami kerosakan dan boleh menjejaskan proses pengeluaran motosikal. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 103 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
104 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1 MODENAS telah menggunakan pelbagai jenis peralatan teknologi maklumat dan telekomunikasi untuk mempercepat dan memudahkan proses pengeluaran motosikal. 2 Antara peralatan teknologi maklumat dan komunikasi yang digunakan termasuklah: (a) Komputer (b) Komputer riba (c) Perisian komputer (d) Multimedia (e) Mesin pencetak (f ) Mesin pengimbas (g) Telefon dan faks (h) Telefon pintar 3 Semua peralatan tersebut diperlukan di kilang, pejabat dan bilik pameran. 4 Pekerja boleh mereka bentuk, mencipta dan menghasilkan model motosikal yang baharu serta mengawal proses pengeluaran motosikal menggunakan perisian komputer yang canggih. 5 Semua pekerja akan diberikan tunjuk ajar tentang tatacara menggunakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi yang terkini. 6 Secara tidak langsung, ia dapat memudahkan pengurusan kilang, pengendalian pejabat serta waktu berurus niaga bersama pelanggan. INFO dinamik Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai MODENAS ialah syarikat pengeluar motosikal nasional yang menghasilkan pelbagai model motosikal kecil 200cc untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Stok 1 Semua stok motosikal yang sudah siap dipasang akan disimpan dalam gudang, bilik pameran dan pusat jualan. 2 Manakala stok motosikal separuh siap yang masih dalam proses pemasangan akan kekal disimpan dalam gudang penyimpanan di kilang pemasangan. 3 Bagi memenuhi tempahan pelanggan pada bila-bila masa, MODENAS sentiasa memastikan stok motosikal sentiasa tersedia. 4 MODENAS akan memastikan semua stok motosikal disimpan dalam keadaan selamat untuk mengelakkan sebarang kecurian atau kerosakan. 5 Selain itu, MODENAS juga mempunyai stok komponen separa siap di kilang pemasangan di Gurun serta di pusat servis seluruh cawangan di Malaysia bagi melancarkan operasi membaik pulih motosikal. Bahan Mentah 1 Dalam industri pemasangan, komponenkomponen separa siap dianggap sebagai bahan mentah dan amat penting dalam proses pengeluaran. 2 MODENAS mempunyai komponenkomponen separa siap yang diperlukan untuk industri pemasangan motosikal. 3 Pengawalan komponen-komponen separa siap ini perlu dilaksanakan dengan ketat bagi mengelakkan sebarang kehilangan, kecurian atau kerosakan sebelum komponen itu mula dipasang menjadi barang siap, iaitu motosikal. Produk Siap 1 MODENAS telah mengeluarkan pelbagai jenis motosikal untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan di pasaran. 2 Antara model motosikal yang dikeluarkan ialah: (a) KRISS 110 (b) KRISS MR2 (c) CT 1155 (d) ELEGAN 250 (e) KARISMA 125 (f ) PULSAR 6S160 (g) PULSAR NS200 (h) PULSAR RS200 (i) PULSAR NS200ABS (j) V15 (k) DOMINAR D400 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 104 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
105 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 3 Untuk meningkatkan hasil jualan motosikal, bahagian penjamin kualiti MODENAS sentiasa menjalankan kaji selidik tentang sikap pelanggan terhadap model motosikal yang pernah dikeluarkan. 4 Maklum balas pelanggan tentang kekuatan dan kelemahan model motosikal adalah penting kepada MODENAS kerana mereka boleh melakukan penambahbaikan motosikal sedia ada serta mencipta motosikal baharu yang lebih berkualiti pada masa hadapan. Sumber Teknologi Syarikat MODENAS Harta Intelek 1 MODENAS mendaftarkan paten bagi reka cipta motosikal baharu yang belum dizahirkan kepada orang awam. 2 Ini untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan atau plagiat ke atas produk yang dikeluarkan. 3 Reka cipta MODENAS akan mendapat perlindungan undang-undang apabila mendaftar paten kerana ia terkandung dalam Akta Paten 1983 dan Peraturan-peraturan Paten 1986. 4 MODENAS juga pernah dianugerahkan “Malaysia Good Design Mark” oleh Majlis Rekabentuk Malaysia. Lesen Perisian 1 MODENAS juga menggunakan lesen perisian yang tulen dalam urusan pentadbiran. 2 Contoh perisian yang mungkin digunakan ialah Perisian Sistem Pengendalian seperti Windows, LINUX dan Mac Os yang merupakan program yang mengawal dan menyelaras aktiviti komputer. 3 Selain itu, MODENAS juga menggunakan perisian aplikasi, iaitu program yang membantu pengguna melaksanakan tugas khusus seperti pemprosesan kata (Word), hamparan elektronik (Excel), persembahan elektronik (PowerPoint), pangkalan data (Access), penyunting grafik (Paint, Photoshop) dan pemain media (WINAMP). 4 MODENAS juga turut menggunakan perisian utiliti untuk menyelenggara perisian dan perkakasan komputer seperti Program Pengurusan Fail (File Manager), Program Diagnostik (Disc Cleanup), Program Defragmentasi dan Program Antivirus (NORTON, AVG, Kaspersky). Kemahiran dan Pengalaman MODENAS telah menjalankan usaha sama dengan Kawasaki Heavy Industries Sdn. Bhd. dan secara tidak langsung ia dapat meningkatkan pengalaman dan kemahiran pekerja dalam teknologi automobil menerusi pemindahan teknologi, perkongsian ilmu dan kepakaran dari Jepun. Dalam kumpulan anda, bincangkan sumber fizikal dan sumber teknologi yang mungkin boleh didapati dalam perniagaan francais Marry Brown Sdn. Bhd. semak cepat 2.5 1 Nyatakan sumber fizikal yang diperlukan MODENAS. 2 Bagaimanakah MODENAS dapat menguruskan sumber fizikal dengan baik? 3 Jelaskan pengurusan sumber teknologi MODENAS terpelihara. Membandingkan Kesan Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi dalam Mempertingkatkan Kecekapan Sesebuah Organisasi Perniagaan 2.6 SP 3.2.6 Membandingkan kesan pengurusan sumber fizikal dan teknologi dalam mempertingkatkan kecekapan sesebuah organisasi perniagaan. 1 Perbandingan antara perniagaan berasaskan produk (perniagaan kek) dengan perniagaan berasaskan perkhidmatan (bengkel membaiki kereta) dari aspek pengurusan sumber fizikal boleh dilihat seperti berikut: 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 105 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
106 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 Jadual 2.5 Perbandingan dari segi aspek pengurusan sumber fizikal Jenis Perniagaan Pengurusan Sumber Perniagaan Berasaskan Produk Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan Kek Syarifah Bengkel Membaiki Kereta Aaron Sumber Fizikal • Premis perniagaan • Peti sejuk • Mesin pengisar • Ketuhar • Rak kek • Dulang pembakar • Bahan mentah • Bengkel • Pemampat angin • Gas hawa dingin • Jek enjin • Jek Hidraulik • Papan roda • Meter hawa dingin • Minyak enjin • Turas minyak • Bateri • Palau pencucuh • Set overhaul Prosedur Mengurus • Insurans kebakaran • Insurans kecurian • Insurans kehilangan • Insurans kerosakan • Penyelenggaraan premis perniagaan, peralatan, kelengkapan dan kenderaan • Insurans kebakaran • Insurans kerosakan • Insurans kemalangan • Penyelengaraan premis perniagaan, peralatan dan kelengkapan 2 Berdasarkan jadual di atas, sumber fizikal memainkan peranan penting bagi kedua-dua jenis perniagaan, iaitu Perniagaan Kek Syarifah dan Bengkel Membaiki Kereta Aaron. 3 Dari aspek prosedur mengurus, kedua-dua jenis perniagaan melindungi risiko mereka dengan mengambil insurans yang bersesuaian seperti insurans kebakaran. 4 Selain itu, kedua-dua jenis perniagaan juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala untuk memastikan sumber fizikal yang digunakan dapat berfungsi dengan baik serta tidak menimbulkan masalah hingga menjejaskan operasi perniagaan. 5 Perbandingan antara perniagaan berasaskan produk (perniagaan kek) dengan perniagaan berasaskan perkhidmatan (bengkel membaiki kereta) dari aspek pengurusan sumber teknologi boleh dilihat seperti berikut: Jadual 2.6 Perbandingan dari segi aspek pengurusan sumber teknologi Jenis Perniagaan Pengurusan Sumber Perniagaan Berasaskan Produk Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan Kek Syarifah Bengkel Membaiki Kereta Aaron Sumber Teknologi • Kemahiran mencipta resepi kek yang baharu. • Kemahiran mengendalikan mesin dan menggunakan peralatan untuk mengeluarkan kek. • Perlindungan harta intelek, iaitu resipi kek. • Kemahiran mengendalikan peralatan untuk membaiki, mengecat dan mengetuk serta menukar tayar kereta. • Bagi membaik pulih dan meningkatkan keupayaan kereta. Prosedur Mengurus • Mendaftarkan paten kek untuk melindungi produk tersebut daripada ditiru oleh pihak lain. • Tidak ada perkhidmatan boleh dipatenkan. • Insurans – perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesbuah syarikat untuk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 106 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
107 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 6 Berdasarkan jadual, Perniagaan Kek Syarifah bukan sahaja memerlukan kemahiran tertentu seperti mencipta resipi kek tetapi juga mampu mengendalikan mesin dan menggunakan peralatan serta mengetahui cara untuk melindungi harta intelek produknya. 7 Sementara itu, Bengkel Membaiki Kereta Aaron hanya memerlukan kemahiran tertentu untuk mengendalikan peralatan untuk membaiki dan membaik pulih kereta. semak cepat 2.6(a) 1 Nyatakan sumber fizikal bagi perniagaan kek. 2 Nyatakan sumber teknologi bagi bengkel membaiki kereta. 3 Nyatakan persamaan yang boleh dilihat dalam prosedur mengurus sumber fizikal dan teknologi bagi perniagaan kek dan bengkel membaiki kereta. INFO dinamik Cetak rompak (atau pencabulan hak cipta) bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi undang-undang hak cipta tanpa izin, maka mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hak cipta asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihak cipta, atau menghasilkan karya hasilan yang berasaskan karya yang dihak cipta itu. Bincangkan kesan yang mungkin berlaku kepada perniagaan sekiranya jenama perniagaan diciplak oleh pihak lain. 8 Dari aspek prosedur mengurus, Perniagaan Kek Syarifah perlu mendaftarkan paten untuk produknya, manakala Bengkel Membaiki Kereta Aaron tidak perlu berbuat demikian. semak cepat 2.6(b) 1 Nyatakan sumber fizikal yang diperlukan bagi perniagaan dobi. 2 Jelaskan sumber teknologi yang diperlukan bagi syarikat perfileman. 3 Jelaskan pengurusan sumber teknologi bagi syarikat penerbitan buku. INFO dinamik Dalam sistem pendaftaran cap dagangan, siapa yang mendaftar dahulu akan mendapat hak prioriti terhadap cap dagangan tersebut dan jika anda cuba mendaftar cap dagangan yang sama, permohonan anda sudah pasti akan ditolak oleh pihak pendaftar dan anda perlu membuat hujahan atau rayuan untuk membuktikan bahawa andalah pemilik sebenar cap dagangan tersebut. Jika anda gagal membuktikan bahawa anda ialah pemilik asal cap dagangan tersebut, anda mungkin akan kehilangan hak terhadap jenama tersebut dan terpaksa menukar jenama anda. Rumusan Perkaitan antara Pengurusan Sumber Fizikal dengan Teknologi 2.7 SP 3.2.7 Membuat rumusan perkaitan di antara pengurusan sumber fizikal dan teknologi dalam mempertingkatkan kecekapan sesebuah organisasi perniagaan. 1 Pengurusan sumber fizikal dan sumber teknologi sangat penting kerana ia menjadi tonggak kejayaan sesebuah perniagaan. 2 Oleh itu, pihak pengurusan perlu memastikan pengurusan kedua-dua sumber ini perlu dilaksanakan secara sistematik, cekap dan berkesan. 3 Pengurusan sumber fizikal dan sumber teknologi sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dan saling berkait antara satu sama lain. 4 Berikut merupakan satu contoh yang menunjukkan perkaitan antara pengurusan sumber fizikal dengan sumber teknologi pada sesebuah organisasi. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 107 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
108 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 Sebuah syarikat pengeluaran tudung, iaitu Fareeza Production Sdn. Bhd. telah beroperasi di Shah Alam, Selangor selama 15 tahun. Perniagaan ini telah menyewa sebuah bangunan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk menjalankan perniagaannya. Fareeza Production Sdn. Bhd. mengeluarkan pelbagai jenis tudung untuk memenuhi keperluan kaum wanita di seluruh Malaysia dengan menggunakan jenamanya sendiri, iaitu Tudung Fareeza. Oleh itu, bagi memastikan aktiviti pengeluaran tudung berjalan dengan lancar, perniagaan ini telah mewujudkan satu bahagian rekaan fesyen dalam bangunan yang sama. Selain itu, Fareeza Production Sdn. Bhd. juga mempunyai sekumpulan tukang jahit yang berpengalaman untuk membantunya mengeluarkan tudung yang berkualiti. Sehubungan itu, Fareeza Production Sdn. Bhd. perlu mengurus sumber fizikal dan teknologi dengan berkesan untuk memastikan: 1 Tukang jahit yang mahir (kemahiran dan pengalaman) perlu menggunakan mesin jahit dan peralatan (mesin) untuk menghasilkan tudung yang cantik dan berkualiti. Untuk menghasilkan sulaman bunga pada tudung, setiap tukang jahit perlu menggunakan perisian (lesen perisian) yang tulen. Mesin jahit dan peralatan yang digunakan perlulah diselenggara secara berkala bagi mengelakkan sebarang kerosakan dan tidak menjejaskan operasi pengeluaran tudung (prosedur mengurus). 2 Pereka fesyen yang berpengalaman (kemahiran dan pengalaman) boleh menghasilkan rekaan tudung (harta intelek) dengan menggunakan komputer riba (peralatan teknologi maklumat dan komunikasi) yang dilengkapi dengan perisian (lesen perisian) yang tulen. 3 Fareeza Production Sdn. Bhd. juga menguruskan paten bagi hasil rekaan Tudung Fareeza untuk mengelakkan produknya digunakan tanpa kebenaran (Prosedur Mengurus). 4 Selain itu, Fareeza Production Sdn. Bhd. juga mempunyai jurugambar yang berpengalaman luas (kemahiran dan pengalaman) menggunakan kamera berteknologi tinggi (peralatan teknologi maklumat dan komunikasi) bagi mengambil gambar Tudung Fareeza untuk tujuan pemasaran. Kesimpulannya, sumber fizikal dan sumber teknologi Fareeza Production Sdn. Bhd. saling mempunyai perkaitan yang rapat dan dapat dilihat ia digunakan secara serentak dalam menjalankan operasi perniagaan. semak cepat 2.7 Jelaskan perkaitan antara pengurusan sumber fizikal dengan sumber teknologi bagi syarikat percetakan. Mengapakah pihak syarikat tidak boleh mengambil tindakan ke atas syarikat yang meniru reka bentuk fesyen tudung? INFO dinamik Pencipta, pemilik hak cipta dan pelaku diberikan hak eksklusif untuk mengawal di bawah undang-undang hak cipta. Hak perundangan yang diberikan kepada mereka termasuk hak untuk menguatkuasakan karya berhak cipta mereka dalam kes-kes pelanggaran sama ada melalui tindakan sivil atau jenayah. Dari segi pelakuan jenayah, ia dijalankan oleh bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atau Polis Diraja Malaysia. • Tulen – bukan tiruan, sejati, asli • Perkaitan – Perhubungan atau pertalian 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 108 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
109 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 Praktis SPM 2 Kertas 1 Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1 Apakah tujuan mengurus stok? A Memastikan stor barangan sentiasa kemas dan tersusun B Mengelakkan berlakunya kekeliruan terhadap barang yang dijual C Memastikan pengurus stor menyelenggara barangan di dalam stor D Memastikan stok barangan sentiasa sedia ada apabila dikehendaki 2 Apakah cara yang betul untuk mengurus paten? A Mendaftar dengan SKM B Mendaftar dengan SSM C Mendaftar dengan MyIPO D Mendaftar dengan KPDNHEP 3 Antara berikut, yang manakah contoh peralatan teknologi maklumat dan komunikasi? I Harta intelek II Lesen perisian III Telefon pintar IV Komputer riba A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4 Mengapakah perlindungan insurans terhadap sumber fizikal penting kepada usahawan? A Boleh melindungi nyawa pekerja B Boleh melindungi produk daripada dicetak rompak C Boleh melindungi diri pekerja daripada penyakit berjangkit D Boleh melindungi perniagaan daripada risiko kebakaran 5 Rajah 1 merupakan prosedur mengurus sumber fizikal. Sumber Fizikal Perlindungan insurans dan keselamatan X Rajah 1 Apakah prosedur X? A Merangka belanjawan bagi kos pembelian sumber bahan mentah B Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang C Merekodkan penggunaan sumber fizikal D Memantau penggunaan sumber fizikal 6 Gambar 1 menunjukkan sebuah teknologi di sebuah kilang. KBAT Menganalisis Gambar 1 Apakah sumber teknologi yang bersesuaian dengan gambar di atas? A Kemahiran dan pengalaman B Sumber pendapatan yang tinggi C Alatan dan mesin yang canggih D Penggunaan teknologi yang terkini 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 109 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
110 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 7 Apakah tujuan mengurus lesen perisian? A Menghasilkan keuntungan dalam jangka masa pendek B Memastikan kedudukan kewangan perniagaan sentiasa kukuh C Mengelakkan perniagaan daripada dikenakan tindakan undang-undang D Mengelakkan perniagaan daripada ancaman cetak rompak dan peniruan 8 Gambar 2 menunjukkan peralatan yang penting di premis perniagaan. KBAT Menilai Gambar 2 Apakah prosedur mengurus sumber yang berkaitan dengan gambar di atas? A Paten B Insurans C Keselamatan D Hak cipta terpelihara 9 Rajah 2 merupakan prosedur mengurus sumber teknologi. Pengurusan Sumber Teknologi Y Hak cipta terpelihara Rajah 2 Antara berikut, yang manakah merupakan prosedur bagi Y? A Paten C Keselamatan B Insurans D Penyelenggaraan 10 Pernyataan yang manakah betul tentang prosedur mengurus sumber teknologi Skop Production Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat perfileman tempatan? KBAT Menilai A Menginsurans semua kamera dan peralatan B Mendaftar hak cipta karya filem dengan MyIPO C Menyediakan kamera yang berteknologi tinggi D Menghasilkan pelbagai jenis filem dan dokumentari Bahagian A Kertas 2 Jawab semua soalan. 1 (a) Senaraikan tiga jenis sumber teknologi. [3 markah] (b) Cik Airis telah membuka sebuah kedai percetakan, iaitu Airis Enterprise di sebuah universiti. Beliau memiliki beberapa buah mesin percetakan bagi memenuhi permintaan penuntut universiti yang sering mencetak nota dan latihan yang diberikan oleh pensyarah. Selain itu, beliau juga sering menerima tempahan mereka cipta logo dan corak pada baju dan kemeja korporat. Oleh itu, beliau menggunakan perisian yang asli bagi melancarkan urusan perniagaannya. Bezakan kedua-dua sumber yang terdapat di Airis Enterprise. [4 markah] (c) Nyatakan kepentingan kemahiran dan pengalaman dalam sumber teknologi. [3 markah] 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 110 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
111 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 2 (a) Nyatakan enam sumber fizikal yang perlu diuruskan usahawan. [6 markah] (b) Gambar 1 menunjukkan dua jenis aset perniagaan. Gambar 1 Berdasarkan gambar di atas, huraikan prosedur menguruskan sumber fizikal tersebut. [4 markah] Bahagian B Jawab semua soalan. 3 Maklumat berikut berkaitan dengan pemilik syarikat Indah Enterprise yang mengeluarkan produk sabun pakaian berjenama ‘Whiteclean’. • Encik Shabir bercadang untuk mengeluarkan produk sabun mencuci pakaian berasaskan isi kelapa sawit untuk kegunaan harian. • Produk tersebut telah dijual di sekitar Kulai dan telah mendapat sambutan yang baik. • Beliau juga bercadang meluaskan pasaran produk tersebut ke seluruh negeri Johor dan juga secara atas talian. (a) Terangkan tiga sumber fizikal yang diperlukan oleh Encik Shabir. [6 markah] (b) Jelaskan dua tujuan mengurus sumber fizikal. [4 markah] (c) Bagaimanakah prosedur mengurus sumber fizikal? [5 markah] 4 Maklumat berikut merujuk kepada seorang graduan multimedia yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. • Cik Raisya merupakan seorang graduan multimedia. • Beliau telah menubuhkan perniagaan Dekoratif Enterprise. • Beliau bercadang menjalankan perniagaan rekaan logo dan percetakan. (a) Jelaskan tiga sumber teknologi yang diperlukan untuk memulakan perniagaan. [6 markah] (b) (i) Apakah prosedur yang diperlukan untuk mengurus sumber teknologi tersebut? [1 markah] (ii) Jelaskan prosedur mengurus sumber teknologi. [8 markah] Bahagian C Jawab semua soalan. 5 Pengusaha Roti Lulusan SPM Puan Diana yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah mencipta kejayaan dengan menjadi usahawan kedai roti yang berjaya. Beliau menggunakan jenama, “Ummi Bakery” telah mengeluarkan pelbagai jenis roti. Antara roti yang menjadi pilihan ramai ialah roti bun manis, roti sosej, roti pizza, roti kopi, roti kentang, roti sardin dan roti sambal bilis. Puan Diana juga telah mempatenkan jenama rotinya di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk melindungi hak ciptanya dari segi undang-undang. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 111 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
112 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi TINGKATAN 5 2 Puan Diana ialah pemilik dan pengasas Diana Enterprise yang beroperasi di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Pada tahun 2010, beliau telah membuka kilang kecil membuat roti di Jitra, Kedah dengan berbekalkan modal sebanyak RM50 000. Kilang kecilnya itu turut dilengkapi dengan ketuhar pembakar, mesin menguli roti, pemotong roti dan mesin pembahagi doh. Puan Diana juga memiliki 25 orang pekerja di bahagian dapur dan 10 orang pekerja di bahagian pentadbiran dan pemasaran serta dua orang pemandu lori. Pekerja-pekerjanya turut diberi latihan dan kemahiran untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Puan Diana juga dibantu oleh suaminya seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan untuk menguruskan hal ehwal kewangan perniagaannya. Kilangnya juga dilengkapi dengan ruang pejabat untuk memastikan operasi pentadbiran dan kewangan dapat dijalankan dengan baik. Puan Diana menggunakan perisian Simplified Business System (SBS) untuk merekodkan setiap belanjawan, stok, sumber manusia dan segala perekodan yang berkaitan dengan operasi perniagaan. Puan Diana memasarkan produknya di pasar raya, kedai runcit, restoran, kantin sekolah, hotel dan turut menerima tempahan untuk majlis perkahwinan ataupun majlis hari lahir. Baru-baru ini, produknya ternyata menjadi pilihan ramai selepas menerima sambutan yang menggalakkan pada karnival, pameran dan jualan di peringkat negeri yang diadakan di Kedah. Beliau bercadang untuk memasarkan roti-rotinya pada peringkat pasaran kebangsaan. Selaku pengusaha, Puan Diana menggunakan Facebook sebagai salah satu cara untuk memasarkan rotinya dengan lebih cepat selain bercadang melantik stokis dan ejen di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Selain itu, produknya turut dipasarkan di Agro Bazaar, Pasar Raya Darul Aman dan Agro Mart sekitar Kedah. Perniagaan Diana Enterprise juga sering menyertai pelbagai pameran dan jualan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sehubungan itu, pegawai dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah turun ke kilang rotinya untuk melihat perkembangan perniagaan serta memberi nasihat dan bimbingan untuk memajukan perusahaan kecil dan sederhana ini. Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut: (a) Terangkan dua sumber fizikal yang disediakan oleh Puan Diana untuk menjalankan perniagaan di atas. [4 markah] (b) Huraikan dua sumber teknologi dalam perniagaan pembuatan roti milik Puan Diana. [6 markah] (c) Jelaskan tujuan penyelenggaraan peralatan perlu dilakukan mengikut masa. [4 markah] (d) Pada pendapat anda, apakah tindakan keselamatan yang harus diambil oleh Puan Diana untuk melindungi premisnya? [6 markah] 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 112 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
113 Sumber Pembiayaan Perniagaan TINGKATAN 5 3 3.0 Pengenalan Sumber pembiayaan ialah modal permulaan yang diperlukan bagi memulakan perniagaan atau kelangsungan operasi perniagaan. Sumber Pembiayaan untuk Sesebuah Perniagaan 3.1 SP 3.3.1 Mengenal pasti sumber pembiayaan untuk sesebuah perniagaan. Perkara yang perlu diambil kira oleh seorang usahawan sebelum mengenal pasti sumber pembiayaan yang diperlukan: 1 Jenis perniagaan yang hendak diusahakan: i THINK Peta Buih Jenis Perniagaan Syarikat Awam Syarikat Persendirian Milikan Tunggal Perkongsian Rajah 3.1 Jenis-jenis perniagaan Jadual 3.1 Sumber pembiayaan mengikut jenis perniagaan Jenis Perniagaan Sumber Modal Milikan tunggal Modal diperoleh daripada simpanan sendiri, pinjaman daripada saudara mara atau bank (jumlah pinjaman yang sedikit). Perkongsian Modal diperoleh daripada setiap rakan kongsi. Syarikat persendirian Modal disumbang oleh pemegang saham dan dikumpul melalui penjualan saham kepada sekumpulan orang persendirian. Syarikat berhad Modal diperoleh daripada terbitan syer yang ditawarkan kepada orang awam. 2 Jenis modal yang diperlukan untuk menjalankan operasi perniagaan ialah: Jenis-jenis Modal Wang tunai Bangunan kilang Inventori Jentera Rajah 3.2 Jenis-jenis modal Tajuk 1 : Sumber Perniagaan Sumber Pembiayaan Perniagaan BAB 3 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 113 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
114 Sumber Pembiayaan Perniagaan TINGKATAN 5 3 Jenis Pembiayaan Dalaman dan Luaran yang Sesuai untuk Sesebuah Perniagaan 3.2 SP 3.3.2 Menghuraikan jenis pembiayaan dalaman dan luaran yang sesuai untuk sesebuah perniagaan. 1 Antara tindakan usahawan untuk mendapatkan sumber pembiayaan ialah mengenal pasti sumber pembiayaan yang boleh diperoleh. 2 Usahawan boleh mendapatkan pembiayaan perniagaan daripada dua sumber utama, iaitu: Sumber Pembiayaan Perniagaan Sumber Dalaman Sumber Luaran Rajah 3.3 Sumber pembiayaan perniagaan INFO dinamik Saham merujuk perkongsian hak milik dalam syarikat. Pemilik dan penyokong pembiaya sesuatu syarikat mungkin membuat keputusan untuk menjual syarikat untuk mendapat aliran tunai. Bagaimanapun, ini mungkin mengakibatkan kehilangan kawalan ke atas syarikat tersebut. Bincangkan sebab usahawan perlu memilih sumber pembiayaan yang tepat. semak cepat 3.1 1 Apakah sumber pembiayaan? 2 Nyatakan empat jenis modal dalam sumber pembiayaan sesebuah perniagaan. 3 Nyatakan dua jenis sumber pembiayaan perniagaan. Sumber Pembiayaan Perniagaan 1 Pada masa kini, terdapat sektor awam dan sektor swasta yang menawarkan sumber pembiayaan kepada perniagaan. 2 Terdapat dua pilihan pinjaman yang ditawarkan oleh bank dan institusi kewangan, iaitu: (a) Secara konvensional (b) Secara Islamik (Syariah) 3 Pemilihan setiap sumber pembiayaan perlu selari dan selaras dengan jenis serta tahap kemampuan perniagaan. Jadual 3.2 Jenis-jenis modal Jenis-jenis Modal Definisi Wang tunai • Wang tunai dapat dikelaskan sebagai aset semasa. • Wang tunai terdiri daripada wang tunai dalam bank, wang tunai dalam perjalanan dan wang tunai dalam tangan. • Sesebuah perniagaan boleh memulakan perniagaan, menampung perbelanjaan modal kerja dan perbelanjaan modal sekiranya mempunyai sumber pembiayaan, sumber kewangan atau modal permulaan yang terdiri daripada wang tunai yang mencukupi. Bangunan kilang • Bangunan dapat dikelaskan sebagai aset tetap. • Bangunan ialah tempat menjalankan operasi perniagaan. • Kilang ialah tempat memproses bahan mentah menjadi produk siap. Inventori • Inventori dapat dikelaskan sebagai aset semasa. • Dalam bentuk bahan atau bekalan yang akan digunakan dalam proses pengeluaran atau semasa menyediakan perkhidmatan. • Dipegang untuk jualan atau pengagihan semasa menjalankan operasi biasa. • Dalam proses pengeluaran untuk jualan atau pengagihan. Jentera • Jentera dapat dikelaskan sebagai aset tetap. • Dapat dikaitkan dengan industri perkilangan, pembuatan dan pertanian. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 114 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
115 Sumber Pembiayaan Perniagaan TINGKATAN 5 3 Sumber Pembiayaan Dalaman • Simpanan peribadi • Modal daripada keuntungan (rizab) Sumber Pembiayaan Luaran • Bank dan institusi kewangan • Agensi kerajaan Rajah 3.4 Jenis sumber pembiayaan perniagaan Sumber Pembiayaan Dalaman Jadual 3.3 Jenis-jenis sumber pembiayaan dalaman Sumber Pembiayaan Dalaman Definisi Contoh Simpanan Peribadi • Sumber asas yang diperlukan oleh usahawan. • Per niagaan dimulakan dengan menggunakan wang simpanan sendiri. • Terdiri daripada wang simpanan di dalam akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap. • Wang yang diperoleh daripada jualan aset peribadi seperti kereta dan rumah. • Encik Danial memulakan perniagaan menjual burger dengan menggunakan wang simpanan sendiri, iaitu sebanyak RM10 000. Modal daripada keuntungan (rizab) • Rizab ialah keuntungan yang diperoleh daripada hasil perniagaan/ pelaburan. • Digunakan sebagai pembiayaan semasa perniagaan dijalankan. • Dijadikan modal pusingan. • Encik Alexander memperoleh keuntungan daripada pelaburan sebanyak RM2 500 dan beliau menggunakan keuntungan tersebut sebagai modal pusingan untuk menambahkan jumlah inventori di kedainya. Sumber Pembiayaan Luaran 1 Terdapat dua sumber pembiayaan luaran iaitu: Bank dan Institusi Kewangan Agensi Kerajaan • Modal permulaan • Sewa beli • Pajakan • Pemfaktoran • Syer • Overdraf • Pinjaman perniagaan @ Gadaian/Ar-Rahnu • Bantuan modal • Jaminan kredit • Geran penyelidikan dan pembangunan Rajah 3.5 Sumber pembiayaan luaran Jadual 3.4 Jenis pembiayaan daripada bank dan institusi kewangan Jenis Pembiayaan Huraian Contoh Modal permulaan • Diberikan kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan. • Dikenali sebagai modal formal. • Memberikan: – Pinjaman berpenggal. – Pinjaman jangka pendek dan jangka panjang. – Pinjaman bercagar. Puan Hazwani membuat pinjaman perniagaan daripada Bank Rakyat sebanyak RM3 000 selama 36 bulan untuk memulakan perniagaan menjual kek cawan secara kecil-kecilan. • Modal – wang atau harta benda yang digunakan sebagai dasar atau asas untuk berniaga 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 115 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
116 Sumber Pembiayaan Perniagaan TINGKATAN 5 3 Jenis Pembiayaan Huraian Contoh Sewa beli • Aktiviti menyewa aset – tujuan untuk membeli aset tersebut. • Sesuai untuk membeli barang yang tahan lama dan mempunyai nilai jualan yang tinggi seperti premis dan kenderaan. • Bank atau institusi kewangan akan membeli aset tersebut. – Menyewakannya kepada usahawan. • Hak milik hanya akan berpindah kepada usahawan. – Selepas semua ansuran dijelaskan. – Sekiranya penyewa gagal membayar ansuran, pemberi sewa berhak menarik balik barang tersebut. Encik Jia Xian telah membeli sebuah van Toyota Hiace berharga RM53 888 dengan bayaran secara ansuran bulanan sebanyak RM699 selama lima tahun daripada Bank CIMB. Van ini akan berpindah milik kepada Encik Jia Xian selepas selesai semua ansuran. Pajakan • Membolehkan usahawan menggunakan sesebuah mesin atau jentera. – Dengan cara menyewanya daripada bank atau institusi kewangan bagi tempoh tertentu. – Pemajak perlu membayar sewa pajakan sepanjang tempoh pajakan. • Contoh aset yang biasanya dipajak ialah premis, mesin, kenderaan atau jentera. • Bank, institusi kewangan atau syarikat pajakan mempunyai hak milik terhadap aset yang dipajak. Encik Harresh telah menyewa jentera pertanian dan membayar sewa secara ansuran bulanan selama 10 tahun daripada Lembaga Pertubuhan Peladang di bawah Skim Sewa Pajak Tanpa Faedah. Pemfaktoran • Kemudahan pembelian akaun penghutang atau invois. – Disediakan oleh bank dan institusi kewangan atau syarikat pemfaktoran untuk sesebuah perniagaan. • Syarikat pemfaktoran. – Membeli invois atau akaun belum terima pada harga diskaun. – Akan membayar nilai invois tersebut dengan segera. • Peniaga memindahkan tugas pengutipan hutang. – Daripada pelanggan kepada syarikat pemfaktoran. Syarikat Aman Damai Sdn. Bhd. telah menjual invois RM100 000 kepada Maybank Berhad pada harga diskaun RM97 000. Oleh itu, Syarikat Aman Damai Sdn. Bhd. telah mendapat tunai dengan segera. Syer • Bahagian dalam modal sesuatu perniagaan atau saham. • Sesebuah perniagaan menerbitkan syer bagi menambah modal. • Bank saudagar – penanggung jaminan terbitan syer oleh syarikat awam yang hendak meluaskan perniagaan mereka dengan cara membeli syer yang tidak dapat dilanggan oleh pelabur. • Syer terbahagi kepada dua, iaitu syer biasa dan syer keutamaan. Maxis Berhad menjual saham di Bursa Saham Malaysia terbuka kepada orang awam. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 116 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.