117 Sumber Pembiayaan Perniagaan TINGKATAN 5 3 Jenis Pembiayaan Huraian Contoh Overdraf • Kemudahan kredit yang disediakan oleh bank perdagangan. – Untuk pemegang akaun semasa. • Pemegang akaun semasa boleh mengeluarkan wang. – Melebihi jumlah simpanan dalam akaun semasa usahawan. – Setakat had yang telah ditetapkan. • Kadar faedah yang dikenakan. – Mengikut kadar harian. – Biasanya, lebih tinggi daripada pinjaman biasa. • Sesuai kepada usahawan yang kurang pasti. – Tentang jumlah, masa dan tempoh pembiayaan yang diperlukan. Dhinesh Enterprise telah memohon overdraf (pinjaman jangka pendek) sebanyak RM2 000 daripada pihak bank untuk membuat bayaran kepada Butik Anusha dengan menggunakan cek. Pinjaman Perniagaan @ Gadaian/ArRahnu • Ar-Rahnu dari sudut syarak: – Satu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran bagi mendapatkan pinjaman. • Jika hutang tersebut tidak dapat dijelaskan: – Barang cagaran akan jadi hak milik Ar-Rahnu. Puan Afiqah telah mencagarkan barang kemasnya kepada Ar-Rahnu Bank Islam Malaysia untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM20 000 sebagai modal pusingan perniagaannya. Jadual 3.5 Kemudahan kewangan oleh agensi kerajaan Kemudahan Kewangan Fungsi/Tujuan Agensi yang memberikan bantuan Bantuan modal Menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat. • Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) • SME Bank • Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) • Majlis Amanah Rakyat (MARA) • Kementerian, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) • Agrobank Jaminan kredit • Usahawan yang sukar mendapatkan pinjaman bank. • Cagaran dan status kreditnya yang kurang baik. – Mempunyai rekod gagal melunaskan hutang pada tempoh masa yang ditetapkan. • Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) Geran Penyelidikan dan Pembangunan Menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk: • Menjadi lebih inovatif dalam menggunakan dan menyesuaikan teknologi yang sedia ada. • Mencipta teknologi dan produk baharu. • Dana yang dibentuk bagi tujuan membangunkan sesuatu idea melalui aktiviti penyelidikan sehingga dikomersialkan. • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) • Majlis Amanah Rakyat (MARA) 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 117 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
118 Sumber Pembiayaan Perniagaan TINGKATAN 5 3 2 Antara agensi kerajaan yang menyediakan kemudahan kewangan seperti bantuan modal, geran penyelidikan dan pembangunan dan jaminan kredit. Jadual 3.6 Agensi Kerajaan yang menyediakan kemudahan kewangan Agensi Kerajaan Bantuan Sasaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) • MARA memainkan peranan penting untuk membangunkan usahawan bumiputera berjaya dan inovatif. • Antara skim yang ditawarkan ialah: – Skim Pembiayaan Kontrak (SpiKe) – Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SpiM). – Skim Pembiayaan Perniagaan Bergerak (Mobile Business). – Skim Pembiayaan Usahawan Teknikal (PUTEK) Contoh skim: Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SpiM) • Kemudahan pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan Bumiputera bertujuan untuk meningkatkan perniagaan dalam pelbagai bidang kecuali bidang pertanian dan penternakan. • Pembiayaan meliputi sektor perniagaan patuh syariah dalam sektor pembuatan, peruncitan, kontraktor dan teknousahawan. • Menyediakan kemudahan seperti ruang niaga, gerai, tapak kilang dan arked. • Menawarkan kursus dan latihan keusahawanan seperti kursus, seminar dan bengkel keusahawanan. Skim Pembiayaan Perniagaan Bergerak (Mobile Business) • Menggalakkan penyertaan golongan belia Bumiputera untuk menjadi usahawan bergerak mobilepreneur khususnya dalam bidang perniagaan makanan foodtruck sejajar dengan perkembangan industri perniagaan masa kini dengan menyediakan kemudahan pembiayaan. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) • Mengamalkan konsep “pinjaman asas simpanan”, iaitu pinjaman digunakan sebagai modal tambahan • Objektif TEKUN ialah: – Menawarkan modal tambahan kepada usahawan. – Menggalakkan budaya menabung dalam kalangan peniaga kecil. – Mewujudkan satu jaringan usahawan secara berkelompok. – Membina kemahiran keusahawanan. • Antara skim yang ditawarkan ialah: – Skim Pembiayaan Tekun Niaga – Skim Pembiayaan Teman Tekun – Skim Pembiayaan Kontrak–I – Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) • Pinjaman dengan TEKUN bermula minimum RM500 sehingga RM50 000 dengan bayaran balik antara sebulan hingga lima tahun. Contoh Skim: Skim Pembiayaan TEKUN Niaga • TEKUN Nasional ialah sebuah institusi pembangunan usahawan yang berperanan menyediakan kemudahan pembiayaan modal kecil perniagaan (micro credit) dengan mudah dan cepat. Matlamat TEKUN Nasional adalah untuk mempertingkatkan lagi penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India • Objektif skim ini adalah untuk menggalakkan masyarakat India menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara inovatif di samping merangsang bidang keusahawanan di Malaysia. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 118 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
119 Sumber Pembiayaan Perniagaan TINGKATAN 5 3 Agensi Kerajaan Bantuan Sasaran Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) • Membantu usahawan untuk maju dan tidak mempunyai cagaran. – Untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan. • Pemberi jaminan kredit. – Memudahkan permohonan pinjaman atau pembiayaan usahawan diterima oleh pihak bank. • Antara skim yang ditawarkan ialah: – Skim Jaminan Anjal (SJA) – Skim Pembiayaan Francais – Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) & Skim Pembiayaan Teknologi Hijau-Islam (SPTH-i) Contoh skim: Skim Jaminan Anjal (SJA) • Skim ini menyediakan jaminan bagi pembiayaan yang diperuntukkan di bawah Dana BNM untuk PKS – Semua Sektor Ekonomi (selain PKS dalam Sektor Pertanian Primer dan Perusahaan Mikro). • Dana ini direka bagi memudahkan akses kepada pembiayaan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia yang berdaya maju. Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) & Skim Pembiayaan Teknologi Hijau- Islam (SPTH-i) • Teknologi Hijau dijangkakan sebagai salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi bagi Malaysia. GTFS/GTFS-i 2.0 telah ditubuhkan oleh kerajaan bertujuan untuk menggalakkan syarikat dan usahawan tempatan supaya terlibat dalam projek berasaskan teknologi hijau bagi menyokong agenda teknologi hijau negara. Agrobank • Bank ini ialah milik kerajaan di bawah Kementerian Kewangan. • Pembangunan dan perniagaan berkaitan dengan pertanian. • Menyediakan pelbagai dana dan tabung pinjaman. • Memberikan kadar caj perkhidmatan yang rendah kepada para petani untuk membeli tanah, mesin, jentera dan jentolak. • Antara dana yang disediakan ialah: – Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-I (Tawarruq). – Tanaman Semula Kelapa Sawit-i (SAWIT-i) – Pembiayaan Berjangka-i – Tabung untuk Makanan (3F) – Kredit Mikro – Agro Cash Line-i – Strategic Alliance Financing-i – Machinery & Equipment Financing-i (MAEF-i) – Paddy-i (Tawarruq) Contoh dana: Tanaman Semula Kelapa Sawit-i (SAWIT-i) • SAWIT- ialah kemudahan pembiayaan kepada pekebun-pekebun kecil yang terlibat dalam tanaman kelapa sawit berskala kecil. Pelaksanaan produk ini adalah berdasarkan transaksi Tawarruq. Machinery & Equipment Financing-i (MAEF-i) • MAEF-i ialah kemudahan pembiayaan untuk membiayai pembelian mesin, peralatan atau kenderaan utiliti pertanian dan pembuatan yang digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk pengeluaran, pemprosesan, dan pemasaran yang berasaskan pertanian atau produk asas tani. Produk ini berdasarkan konsep Syariah Bai’ Bithaman Ajil (BBA) dan Murabahah. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 119 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
120 Sumber Pembiayaan Perniagaan TINGKATAN 5 3 Agensi Kerajaan Bantuan Sasaran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) • Menawarkan geran insentif dalam bidang sains dan teknologi. • Syarikat Malaysia terlibat dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk. • Memperkenalkan dana baharu • Antara dana yang ditawarkan ialah: – Dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) – Dana Kolaborasi Antarabangsa (ICF) – Dana Program Malaysia Social Innovation (MySI) Contoh dana: Dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) • Dana ini ialah inisiatif kerajaan untuk membiayai projek penyelidikan oleh usahawan dan penyelidik yang dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat. • Projek yang dicadangkan mestilah berada pada fasa pembuktian konsep (Proof of Concept), direka dengan baik, terbukti secara saintifik dan berdaya saing. Projek juga dapat menghasilkan produk, proses atau sistem baharu yang boleh diguna pakai oleh masyarakat dan masyarat. semak cepat 3.2 1 Kenal pasti dua jenis sumber pembiayaan dalaman. 2 Senaraikan tiga jenis pembiayaan yang disediakan oleh agensi kerajaan. 3 Terangkan pembiayaan pemfaktoran. Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://www.malaysia.gov.my/portal/ content/27555 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pembiayaan perniagaan. INFO dinamik Pinjaman Konvensional dan Islamik Selain pakej pinjaman konvensional, bank-bank komersial juga menawarkan pakej pembiayaan berlandaskan konsep syariah tanpa riba. Kebanyakan pakej pinjaman Islamik di Malaysia menggunakan konsep Mudharabha dan Tawarruq yang melibatkan akad jual beli komoditi dengan margin atau kadar untung yang disetujui oleh penjual (pemberi pinjaman) dan pembeli (peminjam). Pakej Islamik semakin popular dan ianya bukan sahaja mendapat sambutan daripada umat Islam malah juga daripada peminjam bukan Islam. Encik Wong ingin memohon pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan kedai runcit. Apakah jenis pembiayaan yang sesuai untuk perniagaan tersebut? Keperluan Pembiayaan bagi Sesebuah Perniagaan 3.3 SP 3.3.3 Menyelesaikan keperluan pembiayaan bagi sesebuah perniagaan. 1 Usahawan perlu memilih sumber pembiayaan yang sesuai mengikut keperluan perniagaannya. 2 Penyelesaian keperluan pembiayaan yang melibatkan dua situasi berbeza. Mengembangkan Perniagaan Memulakan Perniagaan Rajah 3.6 Situasi keperluan pembiayaan Situasi 1: Memulakan Perniagaan Encik Hadif ingin menjalankan perniagaan restoran. Beliau memerlukan modal awal sebanyak RM150 000, manakala simpanannya hanya RM50 000. Beliau menghadapi masalah sumber kewangan untuk menjalankan perniagaan. Jadi, Encik Hadif memerlukan pembiayaan untuk menjalankan perniagaan ini. Soalan: Berdasarkan situasi di atas, jelaskan sumber pembiayaan dalaman dan pembiayaan luaran yang boleh membantu Encik Hadif menjalankan perniagaannya. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 120 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
121 Sumber Pembiayaan Perniagaan TINGKATAN 5 3 Cadangan Jawapan: Sumber pembiayaan dalaman yang sesuai dipilih oleh Encik Hadif ialah: 1 Sumber Pembiayaan Dalaman • Modal awal yang digunakan untuk usahawan memulakan perniagaan seperti simpanan peribadi. (a) Sumber asas yang diperlukan usahawan. (b) Perniagaan dimulakan dengan menggunakan wang simpanan peribadi Encik Hadif, iaitu sebanyak RM50 000. 2 Sumber Pembiayaan Luaran • Bank dan institusi kewangan (a) Sumber pembiayaan untuk pelbagai peringkat kitaran perniagaan – Dari peringkat permulaan, perkembangan dan pemulihan perniagaan (b) Jenis pinjaman – Pinjaman jangka pendek dan jangka panjang INFO dinamik Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua kementerian dan agensi yang berkaitan. Berdasarkan pengetahuan anda, nyatakan bantuan lain yang diberikan oleh sesebuah agensi kerajaan selain daripada bantuan kewangan. Situasi 2: Mengembangkan Perniagaan Cik Aafiya merupakan seorang graduan dan telah membuka “Pusat Kecantikan Aafiya” di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Beliau telah menggunakan sumber kewangan sendiri sebagai modal permulaan perniagaan tersebut. Perniagaannya mendapat sambutan ramai kerana beliau menggunakan juru kecantikan yang mahir dan mempunyai kelayakan khusus. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Cik Aafiya bercadang untuk mengembangkan perniagaannya dengan membuka sebuah cawangan baharu di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Dia memerlukan tambahan modal sebanyak RM100 000. Soalan: 1 Berdasarkan situasi di atas, cadangkan jenis pembiayaan dalaman yang sesuai untuk Cik Aafiya. 2 Jelaskan agensi kerajaan yang boleh membantu Cik Aafiya bagi mengembangkan perniagaan Pusat Kecantikan Aafiya. Jawapan: 1 Jenis pembiayaan yang sesuai untuk Cik Aafiya: (a) Sumber Pembiayaan Dalaman • Modal awal yang digunakan untuk usahawan meneruskan kelangsungan perniagaan. (b) Modal daripada keuntungan rizab • Keuntungan yang diperoleh daripada hasil perniagaan Cik Aafiya selama 10 tahun digunakan sebagai pembiayaan semasa perniagaan untuk dijalankan untuk modal pusingan. 2 Sumber Pembiayaan Luaran Agensi Kerajaan (MARA) (a) Bantu perniagaan kaum Bumiputera. • Untuk membangunkan usahawan berjaya dan inovatif. (b) Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana. • Modal daripada MARA – Untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan mereka. • Perniagaan meliputi sektor perniagaan patuh syariah – seperti pembuatan, peruncitan, kontraktor dan teknousahawan. • Antara skim yang ditawarkan ialah: – Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SpiM) – Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) • Menyediakan kemudahan – ruang niaga, gerai, tapak kilang dan arked. • Menawarkan kursus dan latihan keusahawanan. 04 Revisi sukses Perniagaan Form 5.indd 121 15/03/2023 2:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
233 PANDUAN TUGASAN KERJA PROJEK Kandungan Kandungan Halaman 1 Pengenalan dan Ringkasan Eksekutif 7 2 Tujuan Rancangan Perniagaan 8 3 Latar Belakang Perniagaan 9 4 Latar Belakang Pemilik dan Rakan Kongsi 9 5 Kedudukan Tapak Projek Premis Perniagaan 11 6 Objektif Projek 12 7 Rancangan Pentadbiran 14 8 Rancangan Operasi 16 9 Rancangan Pemasaran 20 10 Rancangan Kewangan 22 11 Penutup 27 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 233 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
234 PANDUAN TUGASAN 1.0 Pengenalan dan Ringkasan Eksekutif Pengenalan Kedai Jahitan Jemari Anggun telah ditubuhkan pada 1 Januari 2021. Kedai jahitan ini menawarkan aktiviti berasaskan aktiviti menjahit baju kurung, baju kurung moden, baju kurung kebaya, baju kurung Kedah dan baju kebarung. Kedai Jahitan Jemari Anggun terletak di No. 141, Jalan Indah 4, Taman Indah, 43200 Cheras, Selangor. Kedai ini berbentuk perkongsian yang terdiri daripada tiga orang rakan kongsi yang berpengalaman dalam menguruskan perniagaan jahitan. Ketiga-tiga rakan kongsi ini berperanan sebagai pekerja pengurusan. Kedai Jahitan Jemari Anggun mempunyai bilangan pekerja seramai empat orang, iaitu dua orang tukang jahit dan dua orang pembantu tukang jahit. Kedai Jahitan Jemari Anggun juga bercadang menguasai pasaran jahitan baju pengantin yang dijangka dapat memberikan keuntungan yang lebih besar dalam perniagaan. Visi Kedai Jahitan Jemari Anggun adalah untuk menjadi kedai jahitan yang terkemuka dan terkenal bukan sahaja di sekitar kawasan Cheras malah di seluruh negeri Selangor. Kedai Jahitan Jemari Anggun berhasrat mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuka lebih banyak cawangan di sekitar Selangor dan negeri-negeri yang berhampiran. Misi Kedai Jahitan Jemari Anggun adalah untuk menghasilkan reka bentuk pakaian yang berkualiti serta memenuhi cita rasa pelanggan masa kini. Objektif perniagaan adalah untuk memperoleh keuntungan sebanyak RM500 000 pada tahun 2023. Ringkasan Eksekutif Rancangan perniagaan ini disediakan untuk mendapatkan pembiayaan mesin jahit dan kos operasi Kedai Jahitan Jemari Anggun daripada XYZ Bank Berhad. Kedai Jahitan Jemari Anggun merupakan perniagaan yang menjalankan perkhidmatan menjahit pakaian wanita yang beroperasi di Taman Indah, Cheras, Selangor. Kedai jahitan ini merupakan sebuah perniagaan yang berbentuk perkongsian yang telah didaftarkan pada 1 Januari 2022. Perniagaan ini terdiri daripada tiga orang rakan kongsi, iaitu Nur Aishah bt. Kamaruzzaman, Azlin bt. Muhammad Azlan dan Nur Suraya bt. Salleh. Kedai jahitan ini turut diurus oleh empat orang di bahagian pengurusan, iaitu dua orang tukang jahit dan dua orang pembantu tukang jahit. Antara jenis perkhidmatan jahitan yang sediakan ialah jahitan baju kurung, baju kurung moden, baju kebaya, baju kurung Kedah dan baju kebarung. Kami juga bercadang untuk menghasilkan baju pengantin jika ada permintaan daripada pelanggan. Berbekalkan pengetahuan melalui kursus jahitan dan program latihan keusahawan yang telah dihadiri, kami bercadang untuk memohon pembiayaan untuk menampung kos membeli mesin jahit dan kos operasi Kedai Jahitan Jemari Anggun. Selain mesin jahit, Kedai Jahitan Jemari Anggun juga memerlukan mesin sulam dan mesin jahit tepi yang turut memerlukan kos yang tinggi. Kami juga memerlukan pembiayaan untuk menanggung kos operasi seperti pembelian alatan jahitan bagi melancarkan perniagaan kami. Justeru, saya bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan XYZ Bank Berhad sebanyak RM30 000, manakala modal perniagaan kami ialah sebanyak RM100 000. Kawasan Cheras merupakan lokasi yang sesuai untuk beroperasi kerana ia merupakan kawasan tumpuan orang ramai serta kawasan yang strategik kerana lokasinya berhampiran dengan kawasan perumahan dan pusat perniagaan. Lokasi ini juga berdekatan dengan pembekal alatan jahitan, iaitu Mariah Sales and Service Sdn. Bhd. dan Nyonya Shop Tools Sdn. Bhd. yang beroperasi di Cheras, Selangor. 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 234 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
235 PANDUAN TUGASAN KERJA PROJEK Dengan tahap persaingan yang rendah daripada pelbagai kedai jahitan pakaian sedia ada, kami yakin dapat menguasai lebih kurang 80% daripada saiz pasaran dengan kekuatan pada kualiti perkhidmatan dan harga yang berpatutan di samping menawarkan perkhidmatan yang pantas dan memuaskan hati pelanggan. Berdasarkan trend pasaran masa kini, kami dapati permintaan perkhidmatan jahitan semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan wanita. Permintaan ini semakin memberangsangkan, terutama apabila tiba musim perayaan, perkahwinan dan cuti sekolah. Mengikut permerhatian kami, perniagaan yang kami jalankan ini boleh berkembang pesat berdasarkan trend dan gaya hidup pelanggan yang mahukan keselesaan dan kualiti jahitan yang kemas, cepat, cekap dan efisien. Kami berharap dengan bantuan XYZ Bank Berhad ini, ia dapat merealisasikan rancangan perniagaan kami dan seterusnya dapat meningkatkan potensi yang lebih tinggi untuk ekonomi Bumiputera dalam bidang fesyen. 2.0 Tujuan Rancangan Perniagaan Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM30 000 daripada XYZ Bank Berhad bagi membiayai pembelian mesin jahit, mesin sulam dan mesin jahit tepi. Selain itu, pembiayaan ini juga diperlukan untuk menampung kos operasi, iaitu pembelian alatan jahitan. Kami juga turut memohon bantuan Program Pembangunan Usahawan Bumiputera, iaitu Program Latihan Keusahawanan Bumiputera untuk memantapkan kemahiran dan kecekapan pekerja-pekerja kami. 3.0 Latar Belakang Perniagaan Latar belakang perniagaan ditunjukkan dalam rajah di bawah. Butiran Maklumat Nama perniagaan Kedai Jahitan Jemari Anggun Alamat perniagaan No. 141, Jalan Indah 4, Taman Indah, 43200 Cheras, Selangor Nombor telefon dan faksimili 03-645 XXXX/03-646 XXXX Bentuk perniagaan Perkongsian Kegiatan utama perniagaan Perkhidmatan menjahit pakaian wanita seperti baju kurung, baju kurung moden, baju kebaya, baju kurung Kedah dan baju kebarung Tarikh mula perniagaan 1 Januari 2022 Tarikh pendaftaran 1 Januari 2022 Nombor pendaftaran 00555XXXXX-H Modal permulaan RM100 000 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 235 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
236 PANDUAN TUGASAN Butiran Maklumat Modal pinjaman RM30 000 Nama bank XYZ Bank Berhad Nombor akaun bank 12021000XXXX 4.0 Latar Belakang Pemilik dan Rakan Kongsi Latar belakang pemilik dan rakan kongsi perniagaan adalah seperti berikut: Butiran Maklumat Nama penuh Nur Aishah bt. Kamaruzzaman Nombor kad pengenalan 840720-14-XXXX Tarikh lahir/umur 20 Julai 1984/39 tahun Alamat tetap No. 45, Lorong 3, Taman Penanti Indah, 46150 Petaling Jaya, Selangor Nombor telefon 013-318 XXXX Kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda (Seni Reka Fesyen) Kemahiran Sangat mahir mereka pelbagai fesyen pakaian moden dan tradisional Pengalaman Lima tahun dalam industri jahitan Status perkahwinan Berkahwin Butiran Maklumat Nama penuh Azlin bt. Muhammad Azlan Nombor kad pengenalan 781104-08-XXXX Tarikh lahir/umur 4 November 1978/45 tahun Alamat tetap Lot 29, Jalan Dato Harun, Taman Tunas Muda, 46150 Petaling Jaya, Selangor Nombor telefon 012-248 XXXX Kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) Kemahiran Sangat berkemahiran menyelesaikan masalah perakaunan dan hal-hal kewangan Pengalaman Bekerja selama lima tahun di sektor perbankan Status perkahwinan Berkahwin 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 236 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
237 PANDUAN TUGASAN KERJA PROJEK Butiran Maklumat Nama penuh Nur Suraya bt. Salleh Nombor kad pengenalan 830209-07-XXXX Tarikh lahir/umur 9 Februari 1983/40 tahun Alamat tetap No. 7, Tingkat 1, Pangsapuri Pantai Permai, 46150 Petaling Jaya, Selangor Nombor telefon 017-898 XXXX Kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda (Pemasaran) Kemahiran Mempunyai kemahiran pengucapan awam dan mampu berkomunikasi lebih daripada dua bahasa dengan fasih Pengalaman Berpengalaman bekerja di agensi pelancongan Status perkahwinan Bujang 5.0 Kedudukan Tapak Projek Premis Perniagaan Perniagaan Kedai Jahitan Jemari Anggun beroperasi di No. 141, Jalan Indah 4, Taman Indah, 43200 Cheras, Selangor. 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 237 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
238 PANDUAN TUGASAN 6.0 Objektif Projek Sasaran Jualan Jadual 1 merupakan sasaran jualan perniagaan bagi tempoh satu tahun. Perniagaan mensasarkan jualan bulanan meningkat sekitar 5% – 10% setiap bulan. Jadual 1 Bulan Sasaran Jualan (RM) Januari 24 000 Februari 26 400 Mac 29 040 April 30 492 Mei 32 017 Jun 33 617 Julai 35 298 Ogos 37 063 September 38 916 Oktober 40 862 November 42 905 Disember 45 051 Jumlah 451 661 Sasaran Untung Jadual 2 merupakan sasaran untung perniagaan bagi tempoh dua hingga tiga tahun. Untung perniagaan dijangka meningkat sebanyak 20% daripada sasaran jualan pada setiap bulan. Anggaran purata sasaran untung bulanan sebanyak RM6 927.58 Jadual 2 Bulan Sasaran Untung (RM) Januari 4 800 Februari 5 280 Mac 5 808 April 6 098 Mei 6 403 Jun 6 723 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 238 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
239 PANDUAN TUGASAN KERJA PROJEK Bulan Sasaran Untung (RM) Julai 7 060 Ogos 7 413 September 7 783 Oktober 8 172 November 8 581 Disember 9 010 Jumlah 83 131 Kos Pengeluaran Seunit (Sepasang Baju Kurung) Bil. Bahan Kos Seunit (RM) 1 Benang jahit 0.70 2 Benang jahit tepi 0.50 3 Butang 1.00 4 Getah pinggang 2.00 5 Zip 0.40 6 Cangkuk dan palang 0.30 7 Pelapik 2.50 Kos Sampingan (Overhed) Bil. Bahan Kos (RM) 1 Elektrik 2.00 2 Jahit kemas tepi 0.60 3 Kos upah 20.00 4 Kos berubah seunit 30.00 Sasaran Pelanggan Sasaran pelanggan perniagaan Kedai Jahitan Jemari Anggun ialah golongan bekerjaya seperti golongan profesional dan tidak ketinggalan juga suri-suri rumah, pelajar dan pekerja kilang yang tinggal di sekitar kawasan perumahan Taman Indah, Cheras atau sekitar negeri Selangor. 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 239 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
240 PANDUAN TUGASAN 7.0 Rancangan Pentadbiran Kedai Jahitan Jemari Anggun diuruskan oleh tiga orang rakan kongsi dan dua orang tukang jahitan serta dua orang pembantu tukang jahitan. Carta Organisasi Perniagaan Pengurus Pemasaran Nur Suraya bt. Salleh Pengurus Kewangan Azlin bt. Muhammad Azlan Pengurus Operasi/ Pentadbiran Nur Aishah bt. Kamaruzzaman Tukang Jahitan 1 Pembantu Tukang Jahit Tukang Jahitan 2 Pembantu Tukang Jahit Pengurus Besar Nur Aishah bt. Kamaruzzaman Jadual 3 Jadual spesifikasi kerja bagi Kedai Jahitan Jemari Anggun Jawatan Tugas Pengurus Besar (Nur Aishah bt. Kamaruzzaman) • Mengawal dan mengenal pasti dasar dan misi perniagaan. • Mengawal selia dan memantau perjalanan perniagaan. • Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. Pengurus Pemasaran (Nur Suraya bt. Salleh) • Merangka strategi pemasaran dan mencari alternatif terbaik untuk sasaran pasaran. • Memastikan pelanggan berpuas hati terhadap kualiti perkhidmatan yang diberi. • Mencari peluang terbaik untuk sasaran pasaran. • Memastikan pelanggan berpuas hati terhadap kualiti perkhidmatan yang diberi. Pengurus Operasi/ Pentadbiran (Nur Aishah bt. Kamaruzzaman) • Memastikan tempahan pakaian dapat dijahit dalam tempoh yang ditetapkan. • Memastikan keperluan bekalan bahan sentiasa mencukupi serta dalam keadaan baik dan selamat. Pengurus Kewangan (Azlin bt. Muhammad Azlan) • Memastikan aliran keluar masuk kewangan diurus dengan baik. • Mengemaskinikan akaun dan penyata kewangan syarikat. Tukang Jahit (2 orang) • Menjahit pakaian mengikut tempahan yang dibuat. Pembantu Tukang Jahit (2 orang) • Menjalankan kerja memotong dan menjahit, kerja-kerja akhir dan kekemasan pakaian. • Menjalankan tugas-tugas tempahan, serahan pakaian. 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 240 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
241 PANDUAN TUGASAN KERJA PROJEK Insentif Pekerja Beberapa insentif untuk pekerja diberi seperti cuti tahunan, cuti bersalin, bonus tahunan dan cuti sakit bagi menghargai jasa yang disumbangkan oleh pekerja dalam menjalankan tugas. 1 Cuti tahunan • Cuti tahunan yang diberikan kepada pekerja tidak termasuk dalam cuti umum. Sekiranya pekerja mengambil cuti melebihi cuti tahunan yang diberi, maka gajinya akan ditolak berdasarkan gaji sehari mengikut bilangan hari cuti tambahan yang diambil oleh pekerja. 2 Cuti bersalin • Cuti bersalin selama dua bulan dengan gaji penuh diberikan kepada pekerja wanita yang baru melahirkan anak. 3 Bonus tahunan • Bonus akan diberi kepada pekerja berdasarkan prestasi kerja pada setiap akhir tahun. 4 Cuti sakit • Cuti sakit akan diberi kepada pekerja yang telah mendapat kelulusan daripada doktor yang berdaftar. Gaji pekerja tetap dibayar semasa cuti sakit. Senarai Keperluan Pejabat Peralatan Kuantiti (Unit) Kos Seunit (RM) Jumlah (RM) Komputer 2 2 000 4 000 Mesin pencetak 1 450 450 Pendingin hawa 3 1 700 5 100 Telefon dan mesin faksimili 1 300 300 Meja dan kerusi 5 100 500 Almari 2 500 1 000 Jumlah 11 350 8.0 Rancangan Operasi Rancangan operasi Kedai Jahitan Jemari Anggun merangkumi keperluan operasi perniagaan yang terdiri daripada carta aliran proses operasi, keperluan bahan mentah, senarai mesin dan peralatan, susun atur ruang operasi, perbelanjaan operasi perniagaan dan pembahagian tugas pekerja bahagian operasi. 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 241 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
242 PANDUAN TUGASAN Carta Aliran Proses Carta aliran proses di bawah menunjukkan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran menjahit pakaian wanita. Mula Tamat Menerima tempahan Mengambil ukuran Melukis pola Memotong kain Menjahit kain Menjahit zip dan pinggang kain Menyerahkan pakaian yang sudah siap kepada pelanggan Menerima bayaran Hasil memuaskan? Baju diperbaiki lagi Ya Ya Tidak 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 242 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
243 PANDUAN TUGASAN KERJA PROJEK Keperluan Bahan Mentah Bahan mentah yang diperlukan dalam menjahit pakaian adalah seperti Jadual 4. Penambahan peruntukan perbelanjaan dijangka meningkat sebanyak 5% setahun disebabkan oleh faktor penambahan kenaikan harga bahan mentah. Jadual 4 Bahan Anggaran Sebulan (RM) Anggaran Tahun Pertama (RM) Benang jahit 1 500 18 000 Benang jahit tepi 1 200 14 400 Butang 500 6 000 Getah pinggan 300 3 600 Zip 1 000 12 000 Cangkuk dan Palang 700 8 400 Pelapik 800 9 600 Jumlah 6 000 72 000 Senarai Mesin dan Peralatan Jadual 5 merupakan senarai mesin dan peralatan yang diperlukan bagi tujuan permohonan pinjaman. Jadual 5 Jenis Kuantiti (Unit) Harga (RM) Mesin jahit lurus industri 2 18 000 Mesin jahit tepi industri 2 8 000 Seterika 2 2 400 Meja kerja 8 2 400 Pensel/pen dan kertas 2 kotak pensel/pen 23 gulung kertas 150 Pita ukur 24 120 Gunting fabrik 8 240 Kapur penanda 30 60 Jarum jahit 10 peket 120 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 243 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
244 PANDUAN TUGASAN Susun Atur Ruang Operasi Susun atur ruang operasi Kedai Jahitan Jemari Anggun seperti Rajah 1: Stor Bilik Pengurus Besar Bilik Pengurus Kewangan Bilik Pengurus Pemasaran Bilik Mesyuarat Ruang Operasi Ruang Pameran Ruang Legar Tandas Surau Rajah 1 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 244 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
245 PANDUAN TUGASAN KERJA PROJEK Perbelanjaan Operasi Perniagaan Jadual 6 menunjukkan perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh kedai jahitan untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Jadual 6 Butiran Perbelanjaan Aset (RM) Perbelanjaan Bulanan (RM) Mesin dan peralatan: • Mesin jahit lurus industri • Mesin jahit tepi industri • Seterika • Meja kerja • Jarum jahit • Pensel/Pen/Kertas • Pita ukur • Gunting fabrik • Kapur penanda 18 000 4 000 2 400 2 400 120 150 120 240 60 – – – – – – – – Bahan mentah: • Benang jahit • Benang jahit tepi • Butang • Getah pinggang • zip • Cangkuk dan palang • Pelapik – – – – – – – – 1 500 1 200 500 300 1 000 700 800 Gaji pekerja – 14 800 Belanja utiliti – 500 Jumlah 27 490 21 300 Pembahagian Tugas Jadual 7 merupakan huraian tugasan bagi Kedai Jahitan Jemari Anggun. Jadual 7 Jawatan Bilangan Pekerja (orang) Tugas Pengurus Besar 1 Mengawal selia dan memantau perjalanan perniagaan. Pengurus Pemasaran 1 Merangka strategi pemasaran dan mencari alternatif terbaik untuk sasaran pasaran. Pengurus Operasi 1 Membuat tempahan bahan yang diperlukan serta mengawal selia pekerja. Pengurus Kewangan 1 Memastikan aliran keluar masuk wang diuruskan dengan baik dan sistematik. Tukang Jahit 2 Menjahit pakaian mengikut tempahan. Pembantu Tukang Jahit 2 Membantu menyiapkan kerja-kerja akhir menjahit pakaian. 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 245 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
246 PANDUAN TUGASAN 9.0 Rancangan Pemasaran Analisis SWOT Analisis Penerangan S – Kekuatan • Tukang jahit yang berkemahiran dan berpengalaman dalam jahitan baju wanita Melayu. • Lokasi yang strategik dan berdekatan dengan pelanggan sasaran dan pembekal seperti Nyonya Shop Tools Sdn. Bhd. dan Mariah Sales and Service Sdn. Bhd. di Cheras, Selangor. W – Kelemahan • Bilangan pekerja yang terhad dan kekurangan kewangan untuk membuat aktiviti pemasaran yang berkesan. • Kos operasi yang meningkat setiap bulan. O – Peluang • Teknologi mesin jahit yang terkini dan pelbagai fungsi telah digunakan untuk menghasilkan produk yang dapat memuaskan permintaan pelanggan. • Bekerjasama dengan Program Latihan Keusahawanan Bumiputera. T – Ancaman • Terdapat pesaing sedia ada di kawasan persekitaran premis. • Perubahan cara hidup penduduk di bandar yang menyebabkan pelanggan memilih untuk membeli baju siap di pasaran. Produk Kedai Jahitan Jemari Anggun menawarkan perkhidmatan jahitan pelbagai jenis pakaian wanita agar pelanggan memperoleh kepuasan. Kedai Jahitan Jemari Anggun turut mementingkan kualiti jahitan dengan menggunakan bahan-bahan mentah bermutu tinggi. Antara rekaan baju yang dijahit adalah seperti berikut: • Baju kurung • Baju kebarung • Baju kebaya • Baju kurung moden • Baju kurung Kedah Produk yang kami hasilkan turut mendapat permintaan yang tinggi daripada agensi kerajaan, syarikat swasta, kolej, universiti, sekolah dan hotel di kawasan persekitaran Cheras. Justeru, ia memberi cabaran kepada Kedai Jahitan Jemari Anggun untuk menghasilkan pelbagai rekaan atas permintaan pelanggan di samping dapat meningkatkan keuntungan perniagaan. Kedai Jahitan Jemari Anggun juga berusaha menghasilkan pakaian wanita. Harga Kedai Jahitan Jemari Anggun akan memberi harga potongan jika mendapat tempahan pukal daripada pelanggan seperti tempahan pakaian seragam. Jadual 8 merupakan senarai harga bagi rekaan pakaian wanita yang dijahit oleh Kedai Jahitan Jemari Anggun. Jadual 8 Bil. Jenis Harga Sepasang (RM) 1 2 3 4 5 Baju kurung Baju kebaya Baju kurung Kedah Baju kebarung Baju kurung moden 50 80 40 70 60 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 246 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
247 PANDUAN TUGASAN KERJA PROJEK Promosi Terdapat pelbagai kaedah promosi yang telah diguna pakai bagi menyebarkan maklumat produk kami. Antaranya medium talian seperti Facebook, Wechat, Whatapps, Telegram dan laman sesawang. Risalah juga turut diedarkan kepada hotel-hotel dan badan-badan korporat berdekatan dengan premis. Promosi semasa pembukaan juga akan diadakan seperti memberi baucar diskaun kepada 50 orang pelanggan pertama serta kad ahli VIP kepada mereka yang membelanja sebanyak RM300 dalam satu resit jika tempahan pelanggan dibuat secara online dan pembayaran secara transaksi bank. Agihan Lokasi perniagaan berhampiran dengan kawasan tumpuan ramai seperti kawasan perumahan, hotel dan kawasan perniagaan dapat menarik pelanggan untuk berkunjung ke premis perniagaan. Baju yang ditempah kurang daripada 100 pasang akan disiapkan dalam masa dua minggu dengan mesin jahit yang dimiliki. Pesaing Perniagaan Pesaing Perkhidmatan Kekuatan Kelemahan Bintang Fesyen Sdn. Bhd. Jualan baju siap • Pelbagai fesyen • Menerima tempahan sulaman kerawang • Harga mahal • Hanya menerima tempahan baju wanita sahaja Seri Indah Jahitan baju • Mesin jahit lebih canggih • Boleh menjahit uniform • Harga mahal • Tempoh masa jahitan yang lambat Creative Tailor Jualan kain dan perkhidmatan jahitan • Lebih banyak pilihan • Menerima tempahan jahitan langsir • Tempoh masa jahitan yang lambat • Layanan tidak mesra 10.0 Rancangan Kewangan 1 Modal sumbangan pekongsian (a) 4:3:3 RM40 000:RM30 000:RM30 000 (b) Tunai di bank RM74 000 (c) Kenderaan RM26 000 2 Syarat ikatan perkongsian (a) Pembahagian untung dan rugi 4:3:3 (b) Tiada faedah dikenakan atas modal (c) Tiada faedah dikenakan atas ambilan (d) Setiap rakan kongsian dibayar gaji mengikut jadual di bawah: Pengurus Operasi/Pentadbiran = RM2 800 Pengurus Kewangan = RM2 500 Pengurus Pemasaran = RM2 300 Tiada faedah dikenakan atas pinjaman pekongsian. 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 247 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
248 PANDUAN TUGASAN 3 Jualan RM24 000 dalam bulan Januari. Jualan dijangka meningkat sebanyak 5% – 10% setiap bulan daripada sebelumnya. J F M A M J J O S O N D 24 000 26 400 29 040 30 492 32 017 33 617 35 298 37 063 38 916 40 862 42 905 45 051 4 Belian pada bulan pertama ialah sebanyak RM9 000. Belian dijangka meningkat sebanyak 5% setiap bulan. J F M A M J J O S O N D 9 000 9 900 10 890 11 979 13 176.9 14 494.6 15 944 175 38.5 192 92.3 21 222 23 343.7 25 678 5 Gaji pekerja adalah seperti berikut: Pengurus kewangan RM2 500 Tukang jahit RM1 500 seorang = RM3 000 (Dua orang) Pembantu tukang jahit RM1 100 seorang = RM2 200 (Dua orang) (KWSP dan PERKESO termasuk dalam gaji bulanan pekerja) 6 Sewa bangunan yang disetujui ialah RM2 500 sebulan untuk tahun pertama. 7 (a) Perabot pejabat bernilai RM3 500 dibeli dalam bulan Januari secara sewa beli daripada Kedai Perabot Sejati. (b) Bayaran pendahuluan sebanyak RM500 pada bulan tersebut. (c) Bayaran ansuran dibuat pada bulan berikutnya selama dua tahun. Kadar faedah 5% setahun. Pendahuluan RM500 Ansuran 3 000 24 = RM125 sebulan Faedah sewa beli (3 000 × 5% × 2) 24 = RM12.5 8 (a) Pinjaman RM30 000 melalui XYZ Bank Berhad. (b) Faedah atas pinjaman 5% setahun. Pinjaman matang dalam tempoh lima tahun. (c) Bayaran ansuran pinjaman dibuat pada bulan Februari. Bayaran pinjaman 30 000 60 bulan = RM500 sebulan Faedah atas pinjaman (30 000 × 5% × 5) 60 = RM125 9 Jawapan dalam perpuluhan dibundarkan kepada RM yang hampir. 10 Kadar susut nilai bagi kenderaan dan perabot dan mesin ialah 10% setahun atas kos. 11 Inventori akhir dinilaikan RM30 000. 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 248 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
249 PANDUAN TUGASAN KERJA PROJEK Kedai Jahitan Jemari Anggun Penyata Pendapatan dan Pengasingan Untung Rugi bagi Tahun Berakhir pada 31 Disember 2022 RM RM Jualan 415 662 (–) Kos Jualan Belian 192 459 (–) Inventori akhir 30 000 Kos jualan 162 459 Untung kasar 253 204 (–) Belanja Gaji pekerja 7 200 Sewa bangunan 30 000 Faedah sewa beli 3 600 Faedah atas pinjaman 1 500 Belanja susut nilai kenderaan (10% × 26 000) 2 600 Belanja susut nilai perabot (10% × 3 500 ) 350 Belanja susut nilai mesin jahit (10% × 18 000 ) 1 800 47 050 Untung bersih 206 154 – Gaji pekongsi 7 600 7 600 198 554 Kongsi untung Nur Aishah ( 4 10 × 198 554) 79 421.6 Azlin ( 3 10 × 198 554) 59 566.2 Nur Suraya ( 3 10 × 198 554) 59 566.2 198 554 Pengiraan Modal (RM) Faedah atas Modal (RM) Nur Aishah 40 000 4 000 Azlin 30 000 3 000 Nur Suraya 30 000 3 000 Jumlah 10 000 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 249 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
250 PANDUAN TUGASAN Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis Jumlah Baki awal 101 200 99 638 99 725 100 176 100 953 102 013 103 305 104 767 106 329 107 909 109 406 Penerimaan Modal 74 000 7 4000 Jualan 24 000 26 400 29 040 30 492 32 017 33 617 35 298 37 063 38 916 40 862 42 905 45 051 415 662 Pinjaman 30 000 30 000 J u m l a h penerimaan 128 000 26 400 29 040 30 492 32 017 33 617 35 298 37 063 38 916 40 862 42 905 45 051 519 662 Pembayaran Gaji pekongsi 7 600 7 600 7 600 7600 7 600 7 600 7 600 7 600 7 600 7 600 7 600 7 600 91 200 Belian 9 000 9 900 10 890 11979 13 177 14 495 15 944 17 539 19 292 21 222 23 344 25 678 192 459 Gaji pekerja 7 200 7 200 7 200 7200 7 200 7 200 7 200 7 200 7 200 7 200 7 200 7 200 86 400 Sewa bangunan 2 500 2 500 2 500 2 500 2 500 2 500 2 500 2 500 2 500 2 500 2 500 2 500 30 000 Perabot 500 125 125 125 125 125 125 125 125 125 125 125 1 875 Faedah sewa beli 12.5 12.5 12.5 12.5 12.5 12.5 12.5 12.5 12.5 12.5 12.5 137.50 Pinjaman 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500 5 500 Faedah atas pinjaman 125 125 125 125 125 125 125 125 125 125 125 1 375 J u m l a h pembayaran 26 800 27 963 28 953 30042 31 239 32 557 34 007 35 601 37 355 39 284 41 406 43 741 408 946 Lebihan/ kurangan 10 1200 –1 573 88 451 777 1 060 1 292 1 462 1 562 1 578 1 499 1 310 110 716 Baki akhir 10 1200 99 638 99 725 100 176 100 953 102 013 103 305 104 767 106 329 107 907 109 406 110 716 110 716 Kedai Jahitan Jemari Anggun Proforma Penyata Aliran Tunai bagi 12 Bulan Berakhir pada 31 Disember 2022 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 250 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
251 PANDUAN TUGASAN KERJA PROJEK Kedai Jahitan Jemari Anggun Kunci Kira-kira bagi Tahun Berakhir pada 31 Disember 2022 Aset Bukan Semasa RM RM RM Kenderaan 26 000 (–) Susut nilai terkumpul kenderaan 2 600 23 400 Perabot 3 500 (–) Susut nilai terkumpul perabot 350 3 150 Mesin 18 000 (–) Susut nilai terkumpul mesin 1 800 16 200 42 750 Aset Semasa Inventori akhir 155 338 Bank 110 716 Penghutang 20 000 286 054 Liabiliti Semasa Kedai Perabot Wawasan 3 500 Modal kerja 282 554 Jumlah 325 304 Dibiayai oleh: Ekuiti Pemilik Nur Aishah 40 000 Azlin 30 000 Suraya 30 000 100 000 Akaun Semasa Nur Aishah 78 122 Azlin 58 591 Nur Suraya 58 591 195 304 295 304 Liabiliti Bukan Semasa Pinjaman Bank XYZ Bank Berhad 30 000 Jumlah 325 304 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 251 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
252 PANDUAN TUGASAN 11.0 Penutup Walaupun Kedai Jahitan Jemari Anggun baru mula beroperasi, namun kami yakin dapat melangkah jauh dalam perniagaan jahitan dengan meningkatkan keselesaan dan kualiti seperti jahitan yang kemas, cepat, cekap dan efisien dalam memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Oleh itu, bantuan pinjaman sebanyak RM30 000 diperlukan bagi pembelian peralatan dan mesin jahit yang akan digunakan dalam operasi perniagaan. Kedai Jahitan Jemari Anggun berkeyakinan mempunyai masa depan yang cerah dan seterusnya dapat membuka banyak cawangan di sekitar negeri Selangor. Dengan keuntungan yang kami peroleh, kami berhasrat untuk memberi sumbangan pakaian secara percuma kepada rumah warga emas tua di sekitar Selangor apabila tiba musim perayaan. Secara tidak langsung, ini dapat menceriakan mereka pada hari raya nanti. 06 Revisi sukses Perniagaan Kerja Projek.indd 252 15/03/2023 2:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
253 tingkatan 4 Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan Semak Cepat 1.1 1 (a) Memuaskan kehendak dan keperluan pengguna (b) Pertukaran nilai (c) Keuntungan perniagaan (d) Kontrak perniagaan (e) Barang dan perkhidmatan (f ) Penjual dan pembeli 2 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 berfungsi untuk melindungi pengguna dan memastikan bahawa peniaga berniaga secara jujur tanpa menaikkan harga barang atau perkhidmatan secara sesuka hati. 3 (a) Perniagaan produk makanan homemade (b) Perniagaan pencetakan dan jualan cenderahati (c) Kiosk makanan/pasar malam (d) Perniagaan pakaian kanak-kanak/tudung (e) Dropship (Mana-mana jawapan yang munasabah diterima) Semak Cepat 1.2 1 Untuk melindungi semua pihak termasuk pengguna dan perniagaan itu sendiri. 2 (a) Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) (b) Sahabat Alam Malaysia (SAM) (c) World Wildlife Fund (WWF) (d) Mercy Malaysia (Mana-mana jawapan yang munasabah diterima) 3 (a) Pemegang saham ialah pemilik saham dan perkataan “sendirian” bermaksud pemilik saham terdiri daripada saudara-mara dan kenalan sahaja. (b) Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965. (c) Bilangan ahli dua hingga 50 orang. (d) Saham syarikat tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia. (e) Pindah milik saham hanya boleh dilakukan dengan kebenaran ahli lembaga pengarah. (f ) Lebih mudah mendapatkan modal yang besar untuk membiayai operasi syarikat. (g) Modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer. (h) Pemegang saham menanggung liabiliti terhad. (i) Sekiranya muflis, pemegang syer hanya kehilangan modal syer yang dilaburkan. (j) Semua harta peribadi mereka tidak akan digunakan untuk menyelesaikan hutang piutang syarikat. (k) Pemegang saham terbesar syarikat berhak mengawal setiap operasi syarikat. (Mana-mana dua jawapan di atas) Semak Cepat 1.3 1 (a) Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) (b) Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPF) (c) Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) (d) Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF) (e) Program Pembangunan Francais (PPF) (f ) Program Pembangunan Produk Francais Tempatan (PPFT) 2 Peranan francais adalah untuk menjalankan aktiviti perniagaan mengikut peraturan dan sistem piawaian yang ditetapkan oleh francaisor. 3 (a) Memiliki dan menjalankan satu perniagaan yang sistematik. (b) Reka bentuk yang seragam. (c) Risiko kegagalan perniagaan rendah. (d) Mendapat sokongan pengurusan daripada francaisor. (e) Jenama terkenal dan jaringan perniagaan yang lebih luas. (f ) Tidak perlu banyak pengalaman dalam perniagaan. (Mana-mana jawapan yang munasabah diterima) Semak Cepat 1.4 1 Jenis Perniagaan Perniagaan Bersaiz Sederhana Perniagaan Bersaiz Besar Pengilangan • Mempunyai nilai jualan tahunan sebanyak RM15 juta hingga kurang daripada RM50 juta • Bilangan pekerja 75 hingga kurang daripada 200 orang • Nilai jualan tahunan melebihi RM50 juta • Bilangan pekerja tetap perlu melebihi 200 orang JAWAPAN 07 Revisi sukses Perniagaan Jawapan.indd 253 15/03/2023 2:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
254 Jenis Perniagaan Perniagaan Bersaiz Sederhana Perniagaan Bersaiz Besar Perkhidmatan • Nilai jualan tahunan mestilah bernilai RM3 juta hingga kurang daripada RM20 juta • Bilangan pekerja tetap daripada 30 hingga kurang daripada 75 orang • Nilai jualan tahunan melebihi RM20 juta • Bilangan pekerja melebihi 75 orang 2 • Dalam sektor utama, ia meliputi semua aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi dengan mengeluarkan bahan mentah atau hasil alam semula jadi dari bumi atau laut. Aktiviti yang dijalankan dalam sektor utama seperti perlombongan, pertanian, pembalakan dan perikanan. • Dalam sektor kedua pula, ia melibatkan pemprosesan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau separuh siap. Ia dikategorikan kepada pembuatan dan pengilangan, kejuruteraan, pembekalan tenaga dan pembinaan. • Dalam sektor ketiga, ia melibatkan aktiviti membekalkan perkhidmatan tertentu daripada pengeluar terus kepada pengguna. Oleh itu, sektor ketiga memerlukan sektor utama dan kedua bagi membantu sektor ketiga memasarkan produk mereka. • Contohnya, dalam pembinaan sebuah kereta. Sektor utama membekalkan bahan mentah seperti aluminium dan getah. Kemudian dalam sektor kedua, bahan mentah diproses untuk dijadikan tayar dan badan kereta. Seterusnya, sektor ketiga akan memberikan perkhidmatan pengangkutan dan memasarkan produk tersebut. 3 Untuk mengurangkan kebergantungan kepada barang import. Praktis SPM 1 Kertas 1 1 C 2 B 3 D 4 B 5 C 6 D 7 C 8 A 9 D 10 D Kertas 2 Bahagian A 1 (a) • Menawarkan barang dan perkhidmatan. Memenuhi keperluan dan kehendak. • Organisasi bermotifkan untung (OBU) atau Organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU). • Contoh: Kedai Perabot Fella Design menjual set bilik tidur kepada Zunnur. (b) • Sebagai petunjuk/kecekapan/keberkesanan perniagaan. • Mengukur tahap prestasi/menunjukkan prestasi yang baik. • Memastikan kelangsungan/dapat meneruskan perniagaan. • Mampu mengembangkan perniagaan. • Melambangkan imej baik/tinggi/ kecemerlangan perniagaan. • Menarik pelaburan baharu/meningkatkan pelaburan/ meyakinkan pelabur. • Menjalankan tanggungjawab sosial/derma/ membiayai projek/menyumbang kepada masyarakat. • Menambahkan sumber modal/pembelian aset. • Sumber pendapatan perniagaan. (c) • Modal lebih besar atau meningkatkan modal. • Bilangan ahli ramai (1-50 orang). • Modal dapat dikumpulkan melalui terbitan syer. • Hal ehwal syarikat dirahsiakan. 2 (a) (i) Bentuk pemilikan perniagaan Mak Leha ialah milikan tunggal. (ii) • Kos overhed yang lebih rendah/tidak mempunyai pekerja yang ramai. • Pengurusan perniagaan mudah. • Cepat menyelesaikan masalah rungutan pelanggan. • Fleksibel dari segi masa operasi. • Mudah mengubah strategi/membuat keputusan. • Menikmati keseluruhan untung perniagaan. • Membayar cukai rendah/cukai persendirian. • Mudah ditubuhkan. • Modal sendiri/pinjaman saudara-mara/ peribadi. • Mewujudkan hubungan baik dengan pelanggan. • Berdekatan dengan pelanggan/perumahan. (b) • Keanggotaan sukarela dan terbuka. • Kawalan secara demokratik oleh anggota. • Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi. • Kebebasan autonomi. • Pendidikan, latihan dan maklumat. • Bekerjasama antara koperasi. • Prihatin terhadap komuniti. (Mana-mana lima jawapan di atas) Bahagian B 3 (a) Skala pasaran domestik, iaitu skala kebangsaan. Alasan: • Pengeluaran komputer untuk pasaran Semenanjung Malaysia. • Memenuhi permintaan daripada pelbagai negeri. 07 Revisi sukses Perniagaan Jawapan.indd 254 15/03/2023 2:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
255 (b) • Bentuk pemilikan perniagaan ialah syarikat sdn. bhd.; pemilik dan pengurusan syarikat boleh dipisahkan. • Liabiliti pemegang saham adalah terhad dan bentuk pemilikan perniagaan tidak perlu diubah/sudah bersaiz besar. • Perniagaan juga mempunyai modal yang besar dan mampu menampung kos pengeluaran untuk menjadi kilang komputer yang terunggul. • Pemilik syarikat boleh melantik orang luar/ pekerja mahir/profesional untuk menguruskan pentadbiran/pengeluaran komputer. • Perniagaan juga beroperasi secara besar-besaran/ menikmati ekonomi bidangan. • Modal besar yang diperoleh adalah daripada penjualan syer kepada pemegang saham/ maksimum 50 orang. (c) • Membantu perniagaan untuk memperluas asas perniagaan. Syarikat boleh menjalankan perniagaan di tempat yang belum pernah diterokai. • Dapat meningkatkan dana kewangan dan tenaga kerja untuk menjalankan sesuatu projek. • Meningkatkan pengeluaran kerana pasaran adalah lebih besar. • Mendapat teknologi baharu dan terkini dengan bekerjasama dalam pengeluaran. • Mudah untuk mendapatkan bahan mentah dan sumber-sumber lain daripada syarikat usaha sama. • Harta individu, aset serta pegangan dalam syarikat asal dikekalkan. • Risiko dalam perniagaan dapat dikongsi kerana risiko ditanggung oleh kedua-dua buah syarikat. 4 (a) • Diuruskan secara berseorangan. • Sukar untuk berkembang kerana modal kecil. • Semua beban kerja ditanggung oleh pemilik. • Perniagaan tidak berterusan. • Risiko perniagaan ditutup jika pemilik meninggal dunia. • Sukar berkongsi kepakaran. • Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad. (b) • Perniagaan milikan tunggal mudah diurus. • Saiz perniagaannya kecil. • Bilangan pekerja tidak ramai atau ada lima orang. • Bebas menguruskan perniagaannya. • Tidak dipengaruhi oleh pihak ketiga. • Urusan perniagaan boleh dilakukan di manamana sahaja/rumah sendiri/temu janji. • Dapat membuat keputusan dengan segera. • Keuntungan adalah milik sendiri sepenuhnya. • Mempunyai inisiatif bekerja/bermotivasi tinggi untuk memajukan perniagaannya. • Pengurusan perkongsian terikat dengan perjanjian. • Wujudnya perselisihan faham/kontrak. • Perniagaan mudah terbubar. • Keuntungan dibahagi dengan rakan kongsi. • Tindakan negatif rakan kongsi boleh menjejaskan imej perniagaan. • Keputusan perlu mendapat persetujuan rakan kongsi/sukar membuat persetujuan bersama. (c) (i) Mengisi borang carian nama. (ii) Mengisi Borang A. (iii) Hantar kepada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). (iv) Membuat pembayaran RM30 jika nama sendiri, RM60 jika nama tred. (v) Mendapatkan Borang D, iaitu Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan. Bahagian C 5 (a) Bentuk pemilikan perniagaan Frozen Food Mira dan Emir ialah perkongsian. Kelebihan pemilikan perniagaan: • Modal lebih besar • Mudah ditubuhkan • Dapat berkongsi kepakaran (b) Modal terhad Sukar untuk berkembang kerana modal masih terhad berbanding dengan syarikat berhad. Perniagaan tidak berterusan Perniagaan terbubar jika rakan kongsi meninggal dunia, muflis atau wujud perselisihan faham. Liabiliti tidak terhad Aset peribadi rakan kongsi boleh digunakan untuk menjelaskan hutang perniagaannya. (c) (i) Skala perniagaan: Domestik – Negeri Saiz pasaran besar/peringkat daerah dalam sesebuah negeri. Dipasarkan di daerah Kluang, Kulai dan Kota Tinggi. Antarabangsa – Zon Pasaran di kawasan tertentu yang telah dikenal pasti dipasarkan di negara ASEAN/ Singapura dan Brunei. (ii) Klasifikasi perniagaan: Saiz – Kecil Jumlah jualan tahunan ialah RM300 000 hingga kurang daripada RM15 juta. Bilangan pekerja tetap ialah 5 hingga kurang daripada 75 orang. 07 Revisi sukses Perniagaan Jawapan.indd 255 15/03/2023 2:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
256 Sektor – Kedua (Sekunder) • Melibatkan pemprosesan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap. • Mengeluarkan Kambing Perap BBQ, Daging Perap BBQ, Ayam Perap BBQ dan Ayam Kepak Madu. (d) (i) Wajar • Mempunyai sumber tenaga pakar yang mencukupi dan berkebolehan untuk melaksanakan tugas. • Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi menampung tambahan kos. • Perniagaan dapat dikongsi dan tanggungjawab dengan francaisi. Atau (ii) Tidak wajar • Memadai dengan sumber yang sedia ada. • Tindakan yang perlu diambil ialah membaiki kelemahan perniagaan atau mengenal pasti punca kegagalan tersebut. • Boleh menjejaskan reputasi francaisor sekiranya francaisi tidak mematuhi kualiti makanan sejuk beku yang ditetapkan. Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan Semak Cepat 2.1 1 (a) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (b) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNHEP) (c) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) (d) Bank Negara Malaysia (BNM) 2 (a) Mencari dan membangunkan kawasan perdagangan baharu serta mengenal pasti pasaran baharu di luar negara. (b) Menemukan pengeksport Malaysia dengan pengimport dari luar negara. (c) Mengekalkan perhubungan antara pengimport dengan pengeksport berdaftar. (d) Mencetak dan mengedarkan bahan bacaan mengenai aktiviti perdagangan Malaysia. (e) Mengadakan misi perdagangan ke luar negara untuk pengeluar tempatan dan membawa masuk pengimport dari luar negara. (f ) Mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa dalam usaha mempromosikan barangan keluaran Malaysia dan mengeratkan hubungan perdagangan dengan negara lain. (g) Merancang dan mengendalikan seminar perdagangan antarabangsa untuk pengeksport Malaysia. (Mana-mana empat jawapan di atas) 3 (a) Keselamatan pengguna dalam aspek makanan, ubat-ubatan serta sebarang amalan dan perkhidmatan yang tidak selamat. (b) Kesihatan pengguna bertujuan untuk melindungi pengguna daripada tindakan perniagaan yang boleh mengancam kesihatan pengguna. (c) Hak pengguna mendapat ganti rugi jika pengguna tidak menerima barangan dan perkhidmatan sebagaimana yang dijanjikan oleh peniaga. (d) Melindungi hak pengguna mendapat alam sekitar yang bersih ekoran aktiviti perniagaan mencemarkan alam sekitar, iaitu pencemaran udara, air, bunyi dan tanah. Semak Cepat 2.2 1 (a) Pengangguran bermusim Cara mengatasi: Pemberian insentif kepada perniagaan seperti pengecualian cukai atas pembayaran gaji pekerja yang diambil terus bekerja dalam satu tempoh masa tertentu. (b) Pengangguran kitaran Cara mengatasi: • Menjalankan dasar fiskal dan dasar kewangan dalam mengekang kemelesetan ekonomi. • Aktiviti perniagaan dapat terus beroperasi dan pengecilan bilangan pekerja dapat dikurangkan. (c) Pengangguran struktur Cara mengatasi: • Kerajaan membuat perancangan ekonomi yang sesuai dengan trend perubahan ekonomi dan perniagaan. • Setiap perubahan boleh dihadapi dengan lebih mampan kerana persiapan telah dibuat, terutama dalam keperluan tenaga pekerja yang selari dengan perubahan tuntutan semasa. • Kerajaan perlu peka dengan perubahan global yang boleh mempengaruhi hala tuju dan corak perniagaan pada jangka masa pendek dan panjang. (d) Pengangguran teknologi Cara mengatasi: • Penggunaan mesin-mesin moden hanya digunakan untuk proses tertentu sahaja yang tidak dapat dilaksanakan oleh pekerja. • Maklumat berkaitan peluang pekerjaan juga perlu diberi dan dikongsi dengan semua tenaga buruh. 2 Inflasi merupakan satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan. Ia berlaku disebabkan peningkatan permintaan barang 07 Revisi sukses Perniagaan Jawapan.indd 256 15/03/2023 2:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
257 atau perkhidmatan melebihi jumlah penawaran barang atau perkhidmatan di pasaran. 3 (a) Mengurangkan kadar cukai supaya dapat meningkatkan pendapatan boleh guna penduduk. (b) Memberi khidmat nasihat dan perundangan agar sumber dapat digunakan secara optimum. (c) Menurunkan kadar faedah supaya pengguna mengurangkan simpanan dan meningkatkan perbelanjaan. (d) Melaksanakan dasar fiskal bagi meningkatkan permintaan yang akan meningkatkan harga barang serta merancakkan aktiviti perniagaan. 4 Fasa Kemelesetan • Penduduk tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli produk. • Pendapatan kerajaan merosot. • Kadar pengangguran meningkat. Fasa Melambung • Peningkatan permintaan terhadap produk. • Memerlukan pekerja yang ramai untuk menjalankan aktiviti perniagaan. • Mampu membayar gaji dan upah yang tinggi. • Melibatkan aktiviti eksport dan pelaburan di luar negara. Semak Cepat 2.3 1 Gaya pengurusan laissez-faire (1,1) • Majikan terlalu memberi ruang/kebebasan kepada pekerja. • Mewujudkan tingkah laku pekerja sukar dikawal. • Organisasi gagal mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Gaya pengurusan sokongan (1,9) • Menunjukkan tahap perhubungan yang baik antara pekerja dengan majikan. • Masih wujud risiko kegagalan dalam tindakan majikan dalam mempengaruhi pekerja dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Gaya pengurusan sederhana (5,5) • Majikan bijak menjaga hubungan dengan pekerja. • Bertujuan memberi motivasi kepada pekerja untuk mencapai matlamat. Gaya pengurusan autokratik (9,1) • Tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat. • Menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan sesetengah pekerja. Gaya pengurusan demokratik (9,9) • Tindakan majikan mengamalkan toleransi dan hubungan baik dengan pekerja dalam semua aspek. • Mempengaruhi pekerja terus berusaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan. 2 Kelebihan Kekurangan Memotivasikan pekerja Tidak membawa idea baharu Pekerja lebih memahami budaya organisasi Kekosongan jawatan Maklumat pekerja sedia ada Pengetahuan stereotaip 3 Strategi Huraian Kekuatan –Peluang (S 0) Kekuatan atau keunikan yang ada pada perniagaan yang boleh digunakan untuk merebut peluang yang wujud. Kelemahan –Peluang (W O) Kelemahan yang dihadapi perniagaan perlu diatasi dengan mengambil langkah proaktif supaya peluang perniagaan yang wujud dapat direbut oleh perniagaan. Kekuatan –Ancaman (S T) Kekuatan yang dimiliki oleh perniagaan dapat digunakan dalam strategi menghadapi ancaman yang wujud. Kelemahan –Ancaman (W T) Kekurangan yang dihadapi oleh perniagaan memberi ancaman kepada perniagaan. 4 • Guna tenaga – tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Jika trend menurun dalam guna tenaga, hal ini bermakna kadar pengangguran akan meningkat. • Pendapatan – jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh individu dalam satu jangka masa tertentu, biasanya dalam masa satu tahun, sama ada daripada kegiatan produktif atau tidak produktif. Peningkatan pendapatan boleh guna akan merancakkan pertumbuhan ekonomi. • Pertumbuhan ekonomi – trend pertumbuhan ekonomi yang semakin berkembang melalui dasar fiskal dan dasar kewangan memberi kesan positif kepada perniagaan. Praktis SPM 2 Kertas 1 1 A 2 D 3 D 4 A 5 A 6 C 7 D 8 D 9 B 10 C Kertas 2 Bahagian A 1 (a) • Keadaan ekonomi mengalami pertumbuhan/ kemerosotan/kemelesetan/melambung. Dasar kewangan yang mempengaruhi kadar faedah/penawaran wang/sumber kredit. • Dasar fiskal yang mempengaruhi perubahan kadar cukai/perbelanjaan kerajaan. • Perubahan amalan/cara hidup/sosio budaya yang diamalkan/demografi. 07 Revisi sukses Perniagaan Jawapan.indd 257 15/03/2023 2:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
258 • Perkembangan teknologi semasa membolehkan perniagaan lebih cekap, kos operasi lebih murah/ daya pengeluaran meningkat. • Peraturan/undang-undang berkaitan perniagaan yang diperkenalkan/digubal dari semasa ke semasa. • Perubahan ekologi/pencemaran alam sekitar/ alam sekitar lebih bersih/ kesedaran alam sekitar lebih baik. • Daya saing/persaingan sengit/kurang persaingan. • Keadaan politik semasa. • Menjadi pembekal/mengehadkan sumber bekalan. (b) (i) Pengangguran teknologi • Disebabkan oleh sektor perniagaan mengutamakan penggunaan teknologi menggantikan pekerja. • Hal ini menyebabkan pekerja yang sedia ada kehilangan pekerjaan sementara pekerja baharu tidak memperoleh pekerjaaan. (ii) Pengangguran struktur • Berlaku ekoran perubahan dalam industri secara keseluruhan yang tidak memerlukan kemahiran pekerja. (c) (i) Pengangguran teknologi • Penggunaan mesin-mesin moden hanya digunakan untuk proses tertentu sahaja yang tidak dapat dilaksanakan oleh tenaga buruh. • Maklumat berkaitan peluang pekerjaan juga perlu diberi dan dikongsi dengan semua tenaga buruh. (ii) Pengangguran struktur • Membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi dan perniagaan. • Perlu peka tentang perubahan global yang boleh mempengaruhi hala tuju dan corak perniagaan pada jangka masa pendek dan jangka masa panjang. 2 (a) Inflasi ialah satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan. (b) • Pekerja yang bermotivasi/kreatif/rajin/ berdisiplin/berkemahiran tinggi. • Pengeluaran yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak. • Pengurusan yang cekap dan sistematik. • Gaya pengurusan yang sesuai. • Pemasaran yang berkesan. • Sumber kewangan yang kukuh. • Menggunakan teknologi maklumat. • Memudahkan proses membuat keputusan/ memudahkan promosi. • R&D yang dapat meningkatkan kualiti. (c) • Menarik pelabur asing. • Meningkatkan peluang pekerjaan. • Menurunkan kadar cukai. • Meningkatkan perbelanjaan kerajaan. • Menurunkan kadar faedah atas pinjaman. • Menggalakkan kadar eksport/mengurangkan kadar import. Bahagian B 3 (a) • Memberi motivasi/galakan bekerja. • Memberi latihan/kursus kepada pekerja meningkatkan kemahiran/kepakaran pekerja. • Gaya pengurusan demokratik. • Aktiviti pemasaran yang berkesan/meneroka pasaran baharu. • Pengiklanan/promosi/jualan langsung/ publisiti. • Menggunakan teknologi terkini/canggih. • Membuat penyelidikan/pembangunan untuk mengeluarkan produk berkualiti. • Membaiki pengurusan kewangan syarikat/ perbelanjaan berhemah. • Membeli bahan mentah dengan harga yang rendah. (b) (i) Gaya pengurusan Laissez-faire Menunjukkan majikan terlalu memberi ruang atau kedudukan kepada pekerja mereka. (ii) Gaya pengurusan sokongan • Menunjukkan tahap perhubungan yang baik telah terjalin antara majikan dengan pekerja. (iii) Gaya pengurusan sederhana • Menunjukkan tindakan majikan yang bijak dalam menjaga hubungan dengan pekerja mereka. (iv) Gaya pengurusan autokratik • Menunjukkan tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. (v) Gaya pengurusan demokratik • Menunjukkan tindakan majikan mengamalkan toleransi dan menjalinkan hubungan yang baik dengan pekerja dalam semua aspek. (c) • Memastikan strategi yang dibuat mampu merealisasikan visi, misi dan objektif perniagaan. • Membuat penambahbaikan dalam perniagaan. • Boleh merancang dan melaksanakan strategi perniagaan dengan sistematik. 07 Revisi sukses Perniagaan Jawapan.indd 258 15/03/2023 2:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
259 • Merebut peluang mengembangkan aktiviti perniagaan. • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang dihadapi dalam perniagaan. 4 (a) (i) Agensi kerajaan yang membantu Puan Safiya ialah MATRADE. (ii) Peranan: • Mencari dan membangunkan kawasan perdagangan baharu. • Mengenal pasti pasaran baharu di luar negara. • Menemukan pengeksport Malaysia dengan pengimport di luar negara. • Mengekalkan perhubungan antara pengimport dengan pengeksport berdaftar. • Mencetak dan mengedarkan bahan bacaan mengenai aktiviti perdagangan Malaysia. • Mengadakan misi perdagangan ke luar negara untuk pengeluar tempatan dan membawa masuk pengimport dari luar negara. • Mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa dalam usaha mempromosikan barangan keluaran Malaysia. • Mengeratkan perhubungan perdagangan dengan negara lain. • Mengendalikan seminar perdagangan antarabangsa untuk pengeksport Malaysia. (b) (i) Undang-undang perlindungan pengguna • Undang-undang bertujuan untuk melindungi hak-hak pengguna daripada amalan yang menyalahi undang-undang. • Puan Safiya sepatutnya mengeluarkan produk kosmetik dengan tujuan penggunaan. • Produk kosmetiknya perlu mengandungi bahan yang tidak menjejaskan kesihatan pengguna. (ii) Undang-undang syarikat • Undang-undang diwujudkan sebagai garis panduan untuk memulakan dan menjalankan perniagaan. • Butiran undang-undang syarikat berkaitan dengan entiti perniagaan termasuklah aspek pengurusan/bidang kuasa pihak pengurusan yang ada dalam organisasi perniagaan perlu dipatuhi. (c) • Diberikan kepada syarikat yang menyertai promosi oleh kerajaan. • Dikecualikan daripada pembayaran cukai. • Galakan pelaburan kepada syarikat yang mengeluarkan produk yang membantu pertumbuhan ekonomi. Bahagian C 5 (a) • Aktiviti dan operasi perniagaan semakin berkembang. • Keuntungan meningkat. • Sumber manusia yang ada kepakaran/ pengalaman/kreatif/inovasi /rajin/inovatif/ motivasi tinggi. • Gaya pengurusan cekap dan sistematik. • Teknologi canggih. • Kestabilan politik. • Kestabilan ekonomi. • Permintaan beg tangan meningkat/gaya hidup masa kini. (b) (i) Harga Diva Design mengimport beg tangan dari banyak negara dan dijual pada harga yang berpatutan untuk menarik lebih ramai pembeli untuk membeli beg tangan. (ii) Produk Beg tangan yang dijual oleh Diva Design mempunyai keunikan dalam reka bentuk dan jaminan produk selama satu tahun. (iii) Promosi Bagi meningkatkan jualan beg tangan, Diva Design telah merancang strategi pemasaran untuk memasarkan beg tangan. Antaranya termasuklah pengiklanan di media sosial seperti Instagram dan aktiviti promosi menjual beg tangan pada harga diskaun. (iv) Pengedaran Diva Design juga menyediakan perkhidmatan pengeposan beg tangan ke rumah tanpa bayaran tambahan. (c) (i) Memerlukan program induksi. Pekerja baharu perlu mengikuti program induksi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tempat kerja. (ii) Mengambil masa untuk memahami budaya organisasi. Pekerja memerlukan masa untuk memahami budaya organisasi Diva Design. (d) Pada pandangan saya, Diva Design sering mengalami pusing ganti pekerja yang tinggi kerana: (i) Bentuk dan jenis tugas. Pekerja yang dibayar gaji rendah tidak sepadan dengan tugas yang dilakukan. (ii) Ganjaran yang dibayar oleh pesaing. Majikan memberi gaji yang rendah berbanding dengan tempat lain/tidak membayar gaji dengan segera. 07 Revisi sukses Perniagaan Jawapan.indd 259 15/03/2023 2:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.