The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISBN: 978-629-7536-06-2
Price: WM: 24.90 / EM: 25.90

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-04-03 21:24:04

Revisi Cepat Geografi Ting 123

ISBN: 978-629-7536-06-2
Price: WM: 24.90 / EM: 25.90

Nota rafik Bab 6 Bentuk Muka Bumi Pemandangan yang menarik dan suhu yang nyaman Struktur tanah yang stabil sesuai untuk membina petempatan Dilengkapi infrastruktur asas sesuai dijadikan kawasan perindustrian dan perdagangan Pembinaan jaringan jalan raya, landasan kereta api dan lapangan terbang Padi ditanam di Dataran KedahPerlis, Dataran Kelantan dan Delta Rajang Tanaman hawa sederhana seperti sayur-sayuran, bunga-bungaan dan buahbuahan Jumlah hujan tahunan yang tinggi amat berpotensi membangunkan kuasa hidroelektrik Pelancongan Petempatan Perindustrian dan perdagangan Perhubungan dan pengangkutan Pertanian Pertanian Jana kuasa hidroelektrik Kepentingan Tanah Tinggi Kepentingan Tanah Pamah • Sempadan antarabangsa • Contoh: Sungai Golok – sempadan antarabangsa antara Malaysia dengan Thailand • Sempadan negeri • Contoh: Sungai Bernam – sempadan negeri antara Perak dengan Selangor Kawasan pesisiran pantai kaya dengan sumber petroleum dan gas asli • Mengangkut kayu balak dari kawasan pedalaman • Mengangkut penumpang dari kawasan pedalaman ke bandar berdekatan Pelbagai ciri fizikal yang menggalakkan aktiviti pelancongan Hulu sungai dibina empangan untuk tujuan penjanaan kuasa hidroelektrik Kawasan pinggir laut yang berteluk dan terlindung daripada tiupan angin kencang Sempadan Perlombongan Perhubungan dan pengangkutan Pelancongan Penjanaan hidroelektrik Pelabuhan Kepentingan Saliran Kepentingan Pinggir Laut 6.3 Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia 46 (046N) RC 2023 Geo Tg1 (B06) 1pp.indd 46 22/03/2023 11:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 6 47 TP 1 Menyatakan empat bentuk muka bumi di Malaysia. Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi, iaitu tanah tinggi, tanah pamah, saliran dan pinggir laut. Tanah Tinggi 1 Tanah tinggi merangkumi banjaran gunung dan dataran tinggi yang mempunyai ketinggian melebihi 180 m dari aras laut. 2 Banjaran gunung di Malaysia terbentuk daripada proses lipatan. Gunung lipat Rajah 6.1 Proses lipatan kerak bumi 3 Tanah tinggi di Malaysia terbahagi kepada dua bentuk, iaitu: (a) Semenanjung Malaysia – Banjaran terbentuk di bahagian tengah (bermula dari Banjaran Titiwangsa di utara dan semakin rendah ke selatan). (b) Sarawak dan Sabah – Banjaran terbentuk di pedalaman Sarawak dan di barat serta pedalaman Sabah. 4 Tanah tinggi mempunyai suhu yang rendah mengikut ketinggian kawasan pergunungan. Contohnya, purata suhu di Cameron Highlands adalah lebih rendah, iaitu 19°C berbanding suhu di Kuala Lumpur 27°C. 6 Bentuk Muka Bumi Geografi Fizikal: Bentuk Muka Bumi dan Saliran Bab 6.1 Bentuk Muka Bumi di Malaysia (047 059) RC 2021 Geo Tg1(06) 4pp.indd 47 18/12/2021 10:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 6 48 Tanah Pamah 1 Kawasan tanah pamah ialah kawasan yang rendah, rata dan beralun, ketinggian tidak melebihi 180 m dari aras laut. 2 Kebanyakan kawasan tanah pamah di Malaysia terletak di lembangan sungai, delta dan dataran pantai. 3 Tanah pamah penting untuk pelbagai jenis kegiatan, iaitu petempatan, pertanian, perindustrian, pengangkutan dan perhubungan. 4 Tanah pamah di pantai barat Semenanjung Malaysia adalah lebih lebar berbanding pantai timur Semenanjung Malaysia. 5 Sebagai contoh, Dataran Kelantan, Dataran Kedah-Perlis, Delta Rajang dan Delta Segama. Pinggir Laut 1 Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kira-kira 4 800 km. 2 Malaysia dikelilingi oleh Laut China Selatan, Selat Melaka, Selat Tebrau Laut Sulawesi dan Laut Sulu. 3 Malaysia terletak di atas pentas benua yang cetek dan dikenali sebagai Pentas Sunda. 4 Ciri Pentas Sunda ialah: (a) Terletak di kawasan yang cetek (b) Terbentuk lebih 500 juta tahun dahulu (c) Kedalaman kurang daripada 180 m 5 Pinggir laut mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti pulau, teluk, tanjung dan lagun. Saliran 1 Malaysia mempunyai banyak sungai dan tasik kerana: (a) Mempunyai banyak banjaran gunung yang menjadi kawasan tadahan air. (b) Menerima hujan yang lebat sepanjang tahun. 2 Tasik di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu tasik semula jadi dan tasik buatan manusia. Keistimewaan Malaysia Malaysia terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan jalan udara serta jalan laut antarabangsa timur-barat. Malaysia juga bebas daripada ancaman bencana alam seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi kerana terletak di luar Lingkaran Api Pasifik. Galeri Info (047 059) RC 2021 Geo Tg1(06) 4pp.indd 48 18/12/2021 10:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 6 49 Semak Cepat 6.1 1 Namakan empat bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia. 2 Apakah nama gunung yang tertinggi di Malaysia. Lokasi Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia 6.2 TP 2 Memberi contoh pelbagai bentuk muka bumi berdasarkan peta Malaysia. Tanah Tinggi Tanah Tinggi di Semenanjung Malaysia 1 Tanah tinggi di Semenanjung Malaysia berpunca dari Dataran Tinggi Yunan di pedalaman negara China yang merentasi Thailand dan menganjur dari bahagian utara ke selatan Semenanjung Malaysia. 2 Banjaran gunung di Semenanjung Malaysia merupakan gunung lipat tua yang stabil. Banjaran Titiwangsa 1 Banjaran Titiwangsa tinggi di bahagian utara dan menganjur semakin rendah ke bahagian selatan. 2 Panjang kira-kira 480 km dan tingginya antara 900 m hingga 2 100 m dari aras laut. 3 Kemuncak tertinggi ialah Gunung Korbu (2 183 m). 4 Banjaran terpanjang di Malaysia dan menjadi “tulang belakang” Semenanjung Malaysia. 5 Menjadi kawasan tadahan air yang utama dan legeh Sungai Bernam dan Sungai Selangor. 6 Banjaran ini terdiri daripada batu kapur dan batu granit. 7 Mempunyai tiga pusat peranginan utama, iaitu Cameron Highlands, Genting Highlands dan Bukit Fraser (Pahang). Foto 6.1 Gunung Korbu (047 059) RC 2021 Geo Tg1(06) 4pp.indd 49 18/12/2021 10:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 6 50 Banjaran Tahan 1 Banjaran tertinggi di Semenanjung Malaysia dan mempunyai kemuncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, iaitu Gunung Tahan (2 187 m). 2 Terletak di timur Banjaran Titiwangsa. 3 Penting untuk pelancongan dan lokasi yang terkenal ialah Taman Negara. Foto 6.2 Gunung Tahan Tanah Tinggi di Sarawak dan Sabah 1 Kawasan tanah tinggi terletak di pedalaman Sarawak dan Sabah. 2 Di Sarawak dan Sabah terdapat banjaran dan gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu. 3 Banjaran Crocker, Banjaran Trus Madi dan Banjaran Brassey terletak di Sabah. 4 Banjaran Tama Abu, Banjaran Pergunungan Iran, Pergunungan Hose dan Banjaran Kapuas Hulu terletak di Sarawak. 5 Taman Negara Mulu mempunyai rangkaian gua yang terpanjang di dunia. Banjaran Crocker 1 Banjaran terpanjang di Sabah dan mempunyai kemuncak tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu (4 101 m). 2 Banjaran ini menganjur dari timur laut ke barat daya. 3 Terdapat pusat pelancongan seperti Taman Negara Kinabalu dan Taman Negara Crocker. Banjaran Tama Abu 1 Merupakan sambungan daripada Banjaran Crocker di Sabah. 2 Mempunyai kemuncak tertinggi di Sarawak, iaitu Gunung Murud (2 425 m). (047 059) RC 2021 Geo Tg1(06) 4pp.indd 50 18/12/2021 10:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 6 51 U 17 18 16 15 14 9 10 THAILAND Gunung Bintang (1 862 m) Gunung Korbu (2 183 m) Gunung Tahan (2 187 m) Gunung Benom (2 107 m) BRUNEI DARUSSALAM Gua Mulu/ Lubang Nasib Bagus Gunung Kinabalu (4 101 m) Gunung Trus Madi (2 644 m) Gunung Murud (2 425 m) Gunung Mulu (2 371 m) Gua Niah KALIMANTAN (INDONESIA) Gunung Witti Gunung Ledang (1 276 m) LAUT CHINA SELATAN SELAT MELAKA Petunjuk: Kawasan tanah tinggi Banjaran Gunung Gua 8 5 7 6 3 4 2 1 11 12 13 1 Banjaran Nakawan 2 Banjaran Kedah- Singgora 3 Banjaran Bintang 4 Banjaran Titiwangsa 5 Banjaran Keledang 6 Banjaran Tahan 7 Banjaran Benom 8 Banjaran Pantai Timur 9 Banjaran Crocker 10 Banjaran Trus Madi 11 Banjaran Brassey 12 Banjaran Maitland 13 Banjaran Witti 14 Banjaran Tama Abu 15 Pergunungan Iran 16 Pergunungan Hose 17 Banjaran Kapuas Hulu 18 Banjaran Kelingkang Sarawak Sabah Semenanjung Malaysia Peta 6.1 Kawasan tanah tinggi dan banjaran utama di Malaysia Semak Cepat 6.2 1 Di manakah terletaknya kawasan tanah tinggi di Malaysia? 2 Apakah proses yang mempengaruhi pembentukan kawasan tanah tinggi di Malaysia? 3 Namakan kemuncak yang tertinggi di Banjaran Titiwangsa. 4 Namakan banjaran yang terpanjang di Sabah? 5 Di manakah terletaknya Gunung Murud? Tanah Pamah 1 Kawasan tanah pamah berada pada ketinggian kurang daripada 180 m dari aras laut dan berbentuk rata. 2 Lazimnya, kawasan tanah pamah terletak di lembah sungai dan berhampiran dengan laut. 3 Lembah sungai ialah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai dan cawangan-cawangannya. 4 Semenanjung Malaysia mempunyai jaluran tanah pamah di pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Bahagian tengahnya diliputi tanah tinggi. Lihat jadual di bawah. Jadual 6.1 Kawasan tanah pamah di pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia Bahagian Pantai Barat (a) Jaluran tanah pamah pantai barat Semenanjung Malaysia menganjur dari Perlis di utara hingga ke Johor di selatan. (b) 800 km panjang dan lebarnya di antara 20 km hingga 65 km dari pantai Selat Melaka ke kawasan tanah tinggi. (047 059) RC 2021 Geo Tg1(06) 4pp.indd 51 18/12/2021 10:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 6 52 (c) Sepanjang lembah sungai terdapat tanah pamah, contohnya lembah Sungai Perak, Sungai Bernam dan Sungai Muar. (d) Di bahagian hilir sungai terdapat dataran (kawasan rendah, luas, rata dan kurang 15 m). (e) Contoh dataran luas, Dataran Kedah, Dataran Perlis dan Tanah Rendah Beralunalun Selatan (Dataran Johor). (f) Tanah rendah Beralun-alun Selatan adalah beralun, terdapat kawasan paya yang luas dan sebahagian besar ditanami kelapa sawit, getah dan nanas. Bahagian Pantai Timur (a) Jalur tanah pamah pantai timur Semenanjung Malaysia menganjur dari Kelantan hingga ke Johor. (b) Sempit, berpasir dan tidak berterusan kerana kaki banjaran pantai timur menganjur masuk ke tanah pamah ini. (c) Lebarnya di antara 10 km hingga 45 km. (d) Di kawasan pantai timur terdapat lembah sungai, contohnya Lembah Sungai Pahang, lembah Sungai Terengganu dan lembah Sungai Kelantan. (e) Contoh dataran luas, Dataran Pahang, Dataran Kelantan dan Dataran Johor. (f) Tanah pamah di pantai timur kurang maju kerana dilanda banjir bermusim dan tanih kurang subur. 5 Tanah pamah di Sarawak dan Sabah pula ditunjukkan dalam Jadual 6.2 di sebelah. Jadual 6.2 Kawasan tanah pamah di Sarawak dan Sabah Sarawak (a) Dataran di sepanjang pantai barat Sarawak merupakan tanah pamah yang luas dan subur untuk kegiatan pertanian seperti lada hitam, padi dan nanas. (b) Kawasan di pantai barat sangat sesuai dijadikan pusat petempatan dan pentadbiran. (c) Delta Rajang adalah satu dataran yang luas dan subur di pantai barat Sarawak. (d) Kesuburan tanih disebabkan mendapan daripada kejadian banjir. Oleh itu, kegiatan pertanian dijadikan kegiatan utama. (e) Dataran pinggir laut di bahagian barat daya terputus-putus oleh gunungganang, contohnya Gunung Serapi dan Gunung Gading. (f) Sepanjang pinggir laut terdapat paya, pantai berlumpur dan berpasir. Sabah (a) Kawasan tanah pamah terletak di pantai timur dan pantai barat. (b) Tanah pamah (dataran) di sebelah pantai timur lebih luas berbanding pantai barat. (c) Dataran pantai timur, contohnya Lembah Kinabatangan, Lembah Kalabakan, Delta Segama dan Delta Labuk. (d) Dataran pantai timur Sabah sesuai untuk kegiatan pertanian seperti kelapa sawit, getah dan koko. (047 059) RC 2021 Geo Tg1(06) 4pp.indd 52 18/12/2021 10:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 6 53 (e) Kawasan tanah pantai di pantai barat dikenali sebagai Dataran Pinggir Laut Barat Sabah. (f) Lebih sempit kerana Banjaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut. (g) Bahagian dataran ini yang paling luas ialah Dataran Likas. Petunjuk: Tanah tinggi Tanah pamah (kurang daripada 200 m) U Dataran Kelantan Dataran Kedah Dataran Perlis Dataran Terengganu LAUT CHINA SELATAN LAUT SULU LAUT SULAWESI Dataran Pahang S. Pahang S. Pera Dataran k Hilir Sungai Perak Dataran Pinggir Laut Selangor Lembah SELAT MELAKA Klang Dataran Johor SINGAPURA THAILAND Dataran Pantai Barat Sabah S. Labuk S.Kinabatangan Delta Segama Sekitar Tawau Delta Kinabatangan Delta Labuk KALIMANTAN (INDONESIA) Lembangan Rajang Dataran Baram Dataran Pantai Utara Sarawak BRUNEI DARUSSALAM S. Rajang Delta Rajang S. Kelantan S. Kelantan S. Muda S. Muda Peta 6.2 Kawasan tanah pamah di Malaysia Kegiatan pertanian, perlombongan dan perindustrian di kawasan tanah rendah telah menggalakkan tumpuan penduduk. Kegiatan ini telah menyebabkan banyak bandar besar dibina seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu. Petempatan ini juga menjadi pusat pentadbiran dan kewangan. Di sini terdapat bangunan pejabat, bank dan institusi kewangan. Galeri Info Semak Cepat 6.3 1 Namakan tiga jenis kawasan tanah pamah di Malaysia. 2 Namakan lima kawasan dataran/delta yang terdapat di Semenanjung Malaysia. 3 Apakah dataran yang dikenali sebagai “Jelapang Padi Malaysia”? 4 Nyatakan lima kepentingan kawasan tanah pamah di Malaysia. Menganalisis Pinggir Laut 1 Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang. 2 Secara keseluruhannya, kawasan pantai di Malaysia kira-kira 4 800 km. 3 Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut, kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. (047 059) RC 2021 Geo Tg1(06) 4pp.indd 53 18/12/2021 10:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 6 54 4 Kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia menghadap ke Selat Melaka. 5 Pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai Sarawak dan pantai barat Sabah menghadap ke Laut China Selatan. 6 Pantai timur Sabah menghadap ke Laut Sulu. 7 Laut di sekeliling Malaysia adalah cetek kerana terletak di atas pentas benua yang dikenal sebagai Pentas Sunda. 8 Kawasan pinggir laut di Malaysia mempunyai pelbagai ciri fizikal, iaitu pulau, tanjung dan sebagainya. Tebing tinggi Tanjung Gua Pantai Teluk Gerbang laut Batu tunggul Batu sisa/ tunggul sisa Rajah 6.2 Ciri fizikal di sepanjang kawasan pinggir laut Aras air pasang Aras air surut Batu sisa Batu tunggul Gerbang Gua Lagun Pantai Tombolo Pulau Anak tanjung (tetanjung) Beting pasir Rajah 6.3 Tebing tinggi Rajah 6.4 Pembentukan teluk dan tanjung Batuan keras Batuan lembut Tebing tinggi Teluk Tanjung Laut hakisan ombak laut batuan lembut batuan keras Rajah 6.5 Pembentukan ciri-ciri hakisan ombak Rajah 6.6 Pembentukan ciri pemendapan ombak (047 059) RC 2021 Geo Tg1(06) 4pp.indd 54 18/12/2021 10:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 6 55 Jadual 6.3 Ciri kawasan pinggir laut di Malaysia Bentuk Muka Bumi Ciri-ciri Tebing tinggi • Batuan curam yang menganjur ke laut. • Mengalami proses hakisan yang giat dan berkesan semasa air pasang. Gua • Terbentuk daripada proses hakisan ombak terhadap tebing tinggi. • Contohnya, gua di Pulau Siamil (Sabah). Gerbang laut Terbentuk disebabkan hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding gua. Batu tunggul dan batu sisa • Batu tunggul terbentuk disebabkan hakisan ombak yang berterusan terhadap gerbang laut sehingga runtuh. • Batu sisa terbentuk daripada hakisan ombak terhadap batu tunggul. Tanjung • Terbentuk daripada hakisan ombak terhadap batuan lembut dan batuan keras yang kekal akan menganjur ke laut membentuk tanjung. • Contohnya, Tanjung Bungah (Pulau Pinang), Tanjung Datu (Sarawak) dan Tanjung Piai (Johor). Teluk • Terbentuk daripada proses hakisan ombak terhadap batuan lembut di pinggir pantai. • Contohnya, Teluk Darvel (Sabah), Teluk Kemang (Negeri Sembilan) dan Teluk Chempedak (Pahang). Pulau • Daratan yang dikelilingi oleh laut. • Contohnya, Pulau Pangkor (Perak), Pulau Langkawi (Kedah) dan Pulau Sipadan (Sabah). Beting pasir • Timbunan pasir yang hampir dengan pantai. • Mengalami proses pemendapan, lama-kelamaan akan membentuk anak tanjung. Tombolo Timbunan pasir yang menyambung pulau dengan daratan. Foto 6.3 Gua dan batu tunggul di kawasan pinggir laut (047 059) RC 2021 Geo Tg1(06) 4pp.indd 55 18/12/2021 10:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 6 56 Tindakan Ombak Pinggir laut sentiasa mengalami perubahan kerana tindakan ombak, pasang surut air laut dan arus lautan. Ombak terbentuk kerana tiupan angin di permukaan laut. Ombak boleh mengubah kawasan pinggir laut melalui proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan. Galeri Info Saliran 1 Malaysia mempunyai banyak sungai dan tasik kerana: (a) Mempunyai banyak banjaran gunung yang menjadi kawasan tadahan air semula jadi. (b) Menerima hujan lebat sepanjang tahun. 2 Terdapat dua ciri aliran sungai, iaitu: (a) Sungai mengalir dari kawasan tanah tinggi ke tanah rendah. (b) Sungai mengalir masuk ke laut. 3 Di Sarawak dan Sabah, sungai berpunca daripada kawasan tanah tinggi dan mengalir masuk ke Laut China Selatan dan Laut Sulu. 4 Sungai di Semenanjung Malaysia adalah pendek dan beraliran deras, serta sesuai untuk tujuan pelancongan dan menjana kuasa hidroelektrik. Contohnya, Sungai Perak. 5 Selain itu, terdapat beberapa tasik semula jadi dan tasik buatan manusia seperti Tasik Chini dan Tasik Bera, Pahang serta Tasik Kenyir, Terengganu. Semak Cepat 6.4 1 Senaraikan tiga ciri fizikal hakisan yang terdapat di kawasan pinggir laut. 2 Namakan tiga ciri fizikal pemendapan yang terdapat di kawasan pinggir laut. 3 Nyatakan dua kepentingan kawasan teluk. Menilai 4 Nyatakan dua kepentingan ciri fizikal tanjung. Menilai 5 Berikan ciri aliran sungai di Malaysia. Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia 6.3 Kepentingan Tanah Tinggi 1 Pusat pelancongan (a) Kawasan tanah tinggi dengan suhu yang sederhana dan pemandangan yang indah menjadi pusat pelancongan utama. (b) Contohnya, Bukit Fraser, Cameron Highlands dan Genting Highlands di Banjaran Titiwangsa. (047 059) RC 2021 Geo Tg1(06) 4pp.indd 56 18/12/2021 10:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 6 57 2 Pertanian hawa sederhana (a) Kawasan tanah tinggi yang mengalami iklim sederhana dengan suhu kira-kira 18°C sangat sesuai untuk penanaman teh, bunga, buah-buahan dan sayur. (b) Contohnya, di Cameron Highlands, Kundasang dan Nalapak. 3 Jana kuasa hidroelektrik (a) Kawasan tanah tinggi dengan sungai yang beraliran deras sesuai dijadikan sebagai tapak bina stesen kuasa hidroelektrik. (b) Antara empangan yang dibina di kawasan tanah tinggi untuk tujuan penjanaan kuasa hidroelektrik seperti Empangan Temenggor dan Empangan Chenderoh (hulu Sungai Perak). 4 Kawasan tadahan air (a) Kawasan tanah tinggi yang diliputi hutan menjadi kawasan tadahan air semula jadi. (b) Contohnya, Banjaran Titiwangsa menjadi kawasan tadahan air bagi Sungai Selangor dan Sungai Bernam. 5 Legeh sungai (a) Kawasan tanah tinggi menjadi legeh (pemisah) sungai. (b) Contohnya, Banjaran Bintang menjadi legeh bagi Sungai Perak dan cawangannya Sungai Kinta. 6 Pembekal sumber hutan (a) Kawasan tanah tinggi (kurang dari 1 000 m) diliputi hutan hujan Tropika membekalkan sumber kayu keras. (b) Contohnya, kayu balak yang mempunyai harga yang tinggi seperti kayu cengal, meranti, keruing dan merbau. Kepentingan Tanah Pamah 1 Petempatan dan tumpuan penduduk (a) Kawasan tanah pamah menjadi tumpuan penduduk kerana pelbagai jenis kemudahan asas disediakan. (b) Petempatan mudah dibina di kawasan tanah pamah. (c) Contohnya, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Sandakan dan Kota Bharu. 2 Perindustrian dan perdagangan (a) Padat dengan jaringan pengangkutan yang memudahkan pemasaran dan pengilangan barang industri. (b) Kawasan lembah sungai yang kaya dengan sumber mineral menggalakkan kegiatan perlombongan. 3 Pengangkutan dan perhubungan (a) Kos pembinaan dan penyelenggaraan jaringan pengangkutan dan perhubungan kawasan tanah pamah adalah lebih murah berbanding di kawasan tanah tinggi. (047 059) RC 2021 Geo Tg1(06) 4pp.indd 57 18/12/2021 10:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 6 58 (b) Contohnya, Lebuhraya Utara-Selatan dan landasan kereta api dari Johor Bahru (Selatan) ke Padang Besar (Utara). 4 Kawasan pertanian (a) Dataran dan lembangan yang subur dan terdiri daripada tanih aluvium yang sangat sesuai untuk kegiatan penanaman padi. (b) Contohnya, di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kerian dan Dataran Kelantan. (c) Kawasan dataran dan tanah beralun yang bersaliran baik sesuai untuk kegiatan penanaman getah dan kelapa sawit. Kepentingan Pinggir Laut 1 Aktiviti perikanan Perkembangan kawasan petempatan nelayan dan aktiviti perikanan di pinggir pantai seperti di Kuala Besut, Kemaman, Mersing dan Pantai Remis. 2 Rekreasi dan ekopelancongan (a) Kawasan pinggir laut mempunyai pelbagai ciri fizikal yang menggalakkan kegiatan pelancongan. (b) Contohnya, pusat pelancongan di Semenanjung Malaysia seperti Teluk Batik, Pulau Pangkor, Pulau Ketam dan Port Dickson. (c) Sarawak dan Sabah di Pulau Sipadan, Teluk Darvel, Tanjung Datu dan Tanjung Baram. 3 Perlombongan (a) Kawasan persisiran pantai kaya dengan sumber mineral seperti petroleum dan gas asli. (b) Sumber ini terdapat di luar kawasan persisir pantai Terengganu, Sarawak dan Sabah. 4 Pelabuhan (a) Kawasan pinggir laut yang berteluk dan terlindung daripada tiupan angin kencang sesuai dijadikan kawasan pelabuhan. (b) Pelabuhan kontena yang utama di Malaysia terletak di pinggir laut seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Bintulu. Kepentingan Saliran 1 Sempadan (a) Sungai di Malaysia berfungsi sebagai sempadan antarabangsa dan sempadan negeri. (b) Contohnya, Sungai Golok menjadi sempadan antara Malaysia dengan Thailand. Manakala, Sungai Bernam menjadi sempadan antara negeri Perak dan Selangor. (047 059) RC 2021 Geo Tg1(06) 4pp.indd 58 18/12/2021 10:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 6 59 2 Sumber domestik (a) Sungai di Malaysia juga penting sebagai sumber air bersih dan sumber protein. (b) Sungai dan tasik penting untuk kegiatan penternakan dan penangkapan ikan air tawar. (c) Selain itu, sungai penting bagi membekalkan air bagi kawasan pertanian. (d) Sungai Muda di Kedah dan Sungai Kelantan membekalkan air untuk sawah padi dan membolehkan padi ditanam dua kali setahun. 3 Perhubungan dan pengangkutan (a) Di Sabah dan Sarawak, sungai adalah penting sebagai jalan pengangkutan ke pedalaman, menghubungkan kawasan di pedalaman dan mengangkut kayu balak dari kawasan pembalakan. (b) Contohnya, Sungai Kinabatangan, Sungai Baram dan Sungai Rajang. 4 Pengairan dan penjanaan hidroelektrik (a) Sungai di Malaysia adalah pendek dan beraliran deras serta sangat sesuai dijadikan kawasan penjanaan kuasa hidroelektrik. (b) Sungai dibina empangan untuk penjanaan kuasa hidroelektrik. Contohnya, empangan Temenggor, empangan Tenom Pangi dan empangan Bakun. Semak Cepat 6.5 1 Senaraikan kepentingan kawasan tanah tinggi berserta contoh. 2 Nyatakan kesan positif pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) terhadap sektor sosioekonomi masyarakat. Menganalisis 3 Senaraikan lima empangan yang menjana elektrik dengan empangan hidroelektrik. (047 059) RC 2021 Geo Tg1(06) 4pp.indd 59 18/12/2021 10:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nota rafik Bab 7 Saliran Profil Rentas Sungai Susuh bukit berpanca Tebing tinggi sungai Pandang Darat Fizikal 7.1 Pandang Darat Fizikal Peringkat Aliran Sungai Lurah bentuk ‘V’ sempit Cerun curam Cerun semakin landai Tanah pamah Laut Sungai Lurah bentuk ‘U’ lebar Sungai Lurah bentuk ‘U’ landai Laut Sungai Peringkat Hulu Sungai Peringkat Tengah Sungai Peringkat Hilir Sungai Jeram Lubang periuk Dataran banjir dan tetambak Likuan terpenggal dan tasik ladam Susuh bukit berpanca Sungai Tubir Dataran mendap Dataran mendap Tanih aluvium Likuan sungai Alur-alur delta Laut Sungai Tetambak Dataran banjir Sungai Lubang periuk Terbentuk akibat pusaran air Sungai Hakisan di tebing cekung Pemendapan di tebing cembung Likuan terpenggal Tasik ladam Tasik ladam terbentuk kesan tindakan lanjutan sungai daripada likuan terpenggal Air terjun Kolam air terjun Batuan keras Batuan lembut Jeram Air terjun Jeram Lubang periuk Likuan sungai dan tubir Susuh bukit berpanca Tebing tinggi sungai Delta Dataran banjir dan tetambak Likuan terpenggal dan tasik ladam 60 (060 061N) RC 2023 Geo Tg1 (B07) 1pp.indd 60 22/03/2023 11:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U KALIMANTAN Laut China Selatan Petunjuk: Tasik Sungai U THAILAND SINGAPURA Petunjuk: Tasik Sungai Pandang Darat Fizikal Sungai Bernam • Mengalir dari Gunung Liang Timur • Berfungsi sebagai sempadan semula jadi antara Perak dengan Selangor Tasik Bera • Terletak di daerah Bera (Pahang) • Tasik semula jadi terbesar di Malaysia Sungai Pahang • Terletak di Pahang • Sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia (457 km) Sungai Endau • Mengalir dari Banjaran Tahan (Pahang) • Berfungsi sebagai sempadan semula jadi antara Johor dengan Pahang Tasik Kenyir • Terletak di hulu Sungai Kenyir • Tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara Tasik Chini • Terletak di daerah Pekan (Pahang) • Merupakan tasik semula jadi • Kebanyakan sungai di Malaysia berpunca dari kawasan tadahan hujan yang terletak di kawasan tanah tinggi • Tasik ialah kawasan lekukan atau takungan air. Tasik di Malaysia terdiri daripada tasik semula jadi dan tasik buatan manusia • Peta di bawah menunjukkan sungai dan tasik utama di Semenanjung Malaysia Sungai dan tasik utama di Semenanjung Malaysia Loagan Bunut • Tasik semula jadi terbesar di Malaysia • Terletak kira-kira 120 km di tenggara bandar Miri Sungai Kinabatangan • Mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya Sabah ke Laut Sulu (560 km) Peta di bawah menunjukkan sungai dan tasik utama di Sabah dan Sarawak Sungai dan tasik utama di Sabah dan Sarawak Sungai Rajang • Berpunca dari Banjaran Iran dan mengalir ke Laut China Selatan • Panjang sungai ini kira-kira 563 km • Sungai terpanjang di Malaysia Sungai Baram • Mengalir dari Banjaran Iran dan mengalir ke arah barat 7.2 Sungai dan Tasik Utama di Malaysia 61 (060 061N) RC 2021 Geo Tg1 (B07) 5pp.indd 61 23/12/2021 10:07 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 7 62 TP 1 Menyenaraikan pandang darat fizikal di setiap peringkat aliran sungai. 1 Air mengalir melalui lurah dari kawasan tadahan hujan di kawasan tanah tinggi ke kawasan tanah rendah akhirnya ke tasik atau laut. 2 Sungai dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu: (a) Peringkat hulu sungai (b) Peringkat tengah sungai (c) Peringkat hilir sungai 3 Peringkat hulu sungai terletak di kawasan pergunungan. (a) Sungainya lurus dan mengalir deras menuruni cerun yang curam. (b) Sungai mempunyai kuasa menghakis yang kuat. (c) Ciri fizikal yang terbentuk ialah jeram, air terjun dan gaung. 4 Pada peringkat tengah aliran sungai, sungai mula berliku-liku dan mengalir sederhana deras. (a) Tindakan hakisan melebar lebih pesat. (b) Ciri fizikal yang terbentuk ialah susuh bukit berpanca dan likuan sungai. (c) Berlaku hakisan sungai. 5 Pada peringkat hilir, hakisan sungai semakin berkurangan. (a) Sungai berliku-liku dan aliran sungai perlahan serta proses pemendapan sungai lebih aktif dan dominan. (b) Ciri fizikal yang terbentuk ialah likuan sungai yang besar, tasik ladam, dataran banjir, tetambak dan delta. Foto 7.1 Aliran sungai pada peringkat hulu Foto 7.2 Aliran sungai pada peringkat hilir 7 Saliran Geografi Fizikal: Bentuk Muka Bumi dan Saliran Bab 7.1 Pandang Darat Fizikal Peringkat Aliran Sungai (062 068) RC 2021 Geo Tg1(07) 4pp.indd 62 18/12/2021 10:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 7 63 6 Rajah 7.1 menunjukkan pandang darat fizikal yang dihasilkan di setiap peringkat aliran sungai. Kawasan tadahan Likuan sungai Air terjun Tasik ladam Delta Hulu Sungai Tengah Sungai Hilir Sungai Sungai Lurah sempit berbentuk ‘V’ Sungai Lurah berbentuk ‘U’ Sungai Tetambak Aluvium Lurah semakin melebar dan cetek Batuan keras Batuan lembut Jeram Jeram – air sungai mengalir dengan deras melalui batuan keras dan lembut secara berselang-seli Susuh bukit berpanca terbentuk apabila sungai mengalir berlikuliku untuk mengelak susuh bukit yang berselang-seli Susuh bukit berpanca berpanca Susuh bukit berpanca Tasik ladam Tasik ladam – hakisan berterusan pada likuan sungai akan memotong sungai (062 068) RC 2021 Geo Tg1(07) 4pp.indd 63 18/12/2021 10:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 7 64 Air terjun Kolam air terjun Air terjun – air sungai mengalir dari aras tinggi ke tanah rendah secara tiba-tiba Tebing tinggi sungai Pemendapan Hakisan di tebing membentuk cerun curam yang dikenali tebing tinggi sungai Delta Dataran mendap Sungai Dataran mendap Delta – pemendapan di muara sungai Lubuk sungai Sungai Likuan sungai Tetambak Sungai Rajah 7.1 Pandang darat fizikal yang dihasilkan di setiap peringkat aliran sungai Pembentukan Delta Pembentukan delta bergantung pada beberapa faktor, iaitu: • Berlakunya hakisan yang giat di hulu sungai. • Terdapat pantai yang terlindung dan tidak mengalami pasang surut yang ketara. • Terdapat laut yang cetek di muara. Galeri Info Semak Cepat 7.1 1 Berapakah peringkat aliran sungai di Malaysia? 2 Apakah ciri utama aliran sungai peringkat hulu? 3 Apakah ciri utama aliran sungai peringkat hilir? 4 Senaraikan ciri fizikal aliran sungai peringkat hulu. Air sungai Pemendapan Tasik ladam Likuan terpenggal Likuan terpenggal Air sungai Pemendapan Air sungai Hakisan Pemendapan Hakisan Pemendapan Pemendapan Likuan sungai Likuan terpenggal Tasik ladam Proses Pembentukan Tasik Ladam (062 068) RC 2021 Geo Tg1(07) 4pp.indd 64 18/12/2021 10:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 7 65 7.2 Sungai dan Tasik Utama di Malaysia TP 2 Mengenal pasti nama dan lokasi sungai atau tasik utama berdasarkan peta Malaysia. Sungai 1 Kebanyakan sungai di Malaysia berpunca dari kawasan tadahan hujan yang terletak di kawasan pedalaman atau tanah tinggi. 2 Malaysia mempunyai banyak sungai kerana menerima hujan lebat sepanjang tahun kira-kira 2 600 mm. U LAUT CHINA SELATAN LAUT SULU Tasik Kenyir Tasik Bera Sungai Baram Sungai Rajang Sungai Kinabatangan Kinabatangan Loagan Bunut Tasik Chini Sungai Pahang Sungai Bernam Sungai Endau Peta 7.1 Sungai dan tasik utama di Malaysia 3 Sungai di Malaysia pada umumnya: (a) Pendek (b) Beraliran deras di bahagian hulu (c) Berliku-liku di bahagian hilir 4 Kebanyakan sungai di Semenanjung Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa dan mengalir ke Selat Melaka (pantai barat Semenanjung Malaysia) dan Laut China Selatan (pantai timur Semenanjung Malaysia). 5 Di Sarawak dan Sabah, sungai berpunca dari banjaran gunung di pedalaman dan mengalir ke Laut China Selatan. 6 Umumnya, sungai di Malaysia adalah deras alirannya di peringkat hulu manakala alirannya di peringkat hilir semakin perlahan. 7 Sungai membawa kelodak yang dimendap di kuala membentuk dataran yang luas. (062 068) RC 2021 Geo Tg1(07) 4pp.indd 65 18/12/2021 10:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 7 66 Jadual 7.1 Sungai utama di Malaysia Sungai Ciri istimewa Sungai Pahang • Sungai Pahang terletak di negeri Pahang. • Sungai ini merupakan sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, iaitu kira-kira 457 km. Sungai Bernam • Sungai Bernam mengalir dari Gunung Liang Timur. • Menjadi sempadan semula jadi antara negeri Perak dan Selangor. Sungai Endau • Sungai yang mengalir dari Banjaran Tahan di negeri Pahang. • Menjadi sempadan semula jadi antara negeri Pahang dan Johor. Sungai Rajang • Sungai yang terpanjang di Malaysia, iaitu kira-kira 563 km. • Mengalir dari Banjaran Iran ke Laut China Selatan. Sungai Kinabatangan • Sungai yang penting di Sabah dari segi pengangkutan penumpang dan menghanyut kayu balak. • Sungai yang mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya Sabah ke Laut Sulu. Tasik 1 Tasik ialah kawasan takung air. Di Malaysia terdapat beberapa jenis tasik, iaitu: (a) Tasik semula jadi – Tasik Bera dan Tasik Chini di Pahang. Tasik Bera merupakan tasik semula jadi air tawar yang terbesar di Malaysia. (b) Tasik buatan manusia – Tasik Chenderoh, Tasik Temenggor dan Tasik Kenyir. 2 Tasik lain yang terbentuk akibat daripada kegiatan perlombongan bijih timah termasuklah Tasik Titiwangsa. Jadual 7.2 Tasik utama di Malaysia Tasik Ciri istimewa Tasik Kenyir • Terletak di hulu Sungai Kenyir. • Merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Tasik Chini • Tasik Chini terletak di daerah Pekan, Pahang. Tasik Bera • Tasik semula jadi terbesar di Malaysia. • Tasik Bera terletak di daerah Bera, Pahang. Loagan Bunut • Tasik semula jadi yang terbesar di Sarawak. • Terletak kira-kira 120 km di tenggara Miri. (062 068) RC 2021 Geo Tg1(07) 4pp.indd 66 18/12/2021 10:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 7 67 Foto 7.3 Tasik Bera di Pahang Foto 7.4 Sungai Rajang di Sarawak Semak Cepat 7.2 1 Dari kawasan manakah punca sungai di Semenanjung Malaysia? 2 Namakan dua tasik semula jadi yang penting di Malaysia. 3 Namakan dua tasik buatan manusia yang penting di Malaysia. 4 Apakah sungai yang terpanjang di Sarawak? 7.3 Kepentingan Sungai dan Tasik di Malaysia TP 3 Menjelaskan kepentingan sungai atau tasik utama di Malaysia. TP 4 Menghuraikan dengan contoh kepentingan sungai dan tasik utama di Malaysia. TP 5 Membandingkan kepentingan sungai dan tasik utama di Malaysia. TP 6 Mempersembahkan idea tentang potensi sungai atau tasik di persekitaran atau mana-mana kawasan di Malaysia dengan menggunakan pelbagai media . Sungai dan tasik di Malaysia mempunyai kepentingan yang tersendiri seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah: Jadual 7.3 Kepentingan sungai dan tasik Kepentingan Penerangan Pembentukan dataran aluvium • Aliran sungai di bahagian hilir sungai membentuk dataran aluvium yang subur. • Kawasan ini penting dengan kegiatan pertanian, terutamanya penanaman padi, contohnya di Dataran Kedah-Perlis dan Delta Kelantan. Sempadan semula jadi Sempadan negeri • Sungai Kerian, di antara Kedah dengan Perak. • Sungai Muda, di antara Kedah dengan Pulau Pinang. • Sungai Bernam, di antara Perak dengan Selangor. • Sungai Endau, di antara Johor dengan Pahang. • Sungai Gemas, di antara Johor dengan Negeri Sembilan. Sempadan Antarabangsa • Sungai Golok menjadi sempadan antara Malaysia dengan Thailand. • Sungai Padaruan menjadi sempadan antara Sarawak dengan Brunei Darussalam. (062 068) RC 2021 Geo Tg1(07) 4pp.indd 67 18/12/2021 10:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 7 68 Kepentingan Penerangan Penjanaan kuasa hidroelektrik • Bahagian hulu sungai yang beraliran deras diempang untuk menjana kuasa hidroelektrik. • Empangan Temengor dan Empangan Chenderoh di Sungai Perak, Empangan Batang Ai di Sungai Lupar dan Empangan Tenom Pangi di Sungai Padas. • Empangan juga dibina untuk membekalkan air seperti Empangan Klang Gate dan Empangan Kenyir. Sumber pengairan • Sumber pengairan yang baik membolehkan padi ditanam dua kali setahun diusahakan seperti: – Sungai Muda dan Sungai Pedu (Kedah) – Sungai Perak – Sungai Kelantan – Sungai Pahang – Sungai Bernam (Selangor) Kegunaan domestik • Air dari sungai dan tasik disalur kepada pengguna untuk kegunaan domestik. • Contohnya Sungai Klang, Sungai Selangor, Sungai Perak, Tasik Kenyir dan Empangan Chenderoh. Kaedah perhubungan dan pengangkutan • Sungai Rajang digunakan untuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar, contohnya sungai ini dapat dimudiki sehingga ke Kapit. • Mengangkut kayu balak dari kawasan pedalaman ke kilang papan dan pelabuhan berdekatan, contohnya: – Sungai Kinabatangan – Sungai Segama – Sungai Sugut Sumber mineral Sungai Kinta menghakis dan membawa longgokan bijih timah ke lembahnya, contohnya Lembah Kinta. Ekopelancongan • Air terjun di hulu sungai sesuai dijadikan tempat rekreasi seperti air terjun Kota Tinggi dan Air Terjun Sekayu. • Tasik menjadi pusat rekreasi atau ekopelancongan, contohnya Tasik Kenyir, Tasik Bera dan Tasik Chini. Tapak tamadun dan pusat perdagangan • Lembah dan muara sungai menjadi tapak dan pusat perdagangan seperti: – Lembah Bujang di muara Sungai Merbok (Kedah) – Muara Sungai Melaka (Melaka) – Lembah Sungai Kinta Semak Cepat 7.3 1 Nyatakan tiga kepentingan sungai di Malaysia. 2 Berdasarkan pengetahuan anda, senaraikan sungai yang penting bagi aktiviti pertanian. Menganalisis (062 068) RC 2021 Geo Tg1(07) 4pp.indd 68 18/12/2021 10:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nota rafik Bab 8 Penduduk di Malaysia Kepadatan penduduk = Jumlah penduduk Luas kawasan Berpenduduk sederhana padat (50 hingga 200 orang sekilometer persegi) Berpenduduk jarang (kurang 50 orang sekilometer persegi) Berpenduduk padat (melebihi 200 orang sekilometer persegi) Faktor Fizikal Faktor Ekonomi • Tanah pamah – berpenduduk padat kerana sesuai untuk pelbagai aktiviti ekonomi, mempunyai jaringan pengangkutan yang baik dan petempatan mudah dibina • Tanah tinggi – kurang menjadi tumpuan penduduk kerana darjah ketersampaian rendah, petempatan sukar dibina, pembinaan jaringan pengangkutan dan pembangunan melibatkan kos yang tinggi • Pinggir laut dan saliran – berpenduduk padat dan sederhana padat kerana dipengaruhi kegiatan ekonomi pertanian dan perikanan • Pertanian – berpenduduk padat, contohnya Dataran Kedah-Perlis dan Delta Rajang • Perlombongan – berpenduduk padat, contohnya perlombongan petroleum dan gas asli Kerteh dan Miri • Perikanan – berpenduduk sederhana padat, contohnya Tumpat di Kelantan dan Semporna di Sabah • Perindustrian – lazimnya berpenduduk padat kerana peluang pekerjaan telah menggalakkan penghijrahan penduduk ke kawasan tersebut Faktor Sosial Dasar Kerajaan/Governan • Infrastruktur – kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti bekalan elektrik, air, kemudahan pengangkutan dan telekomunikasi menjadi tumpuan penduduk • Pendidikan – kawasan yang mempunyai kemudahan pendidikan menjadi tumpuan penduduk kerana peluang pekerjaan serta kemudahan infrastruktur yang lengkap • Pembukaan bandar baharu – menarik lebih banyak penduduk berhijrah • Tanah rancangan – pembukaan tanah rancangan pertanian dan petempatan oleh FELDA menyebabkan kawasan tersebut berpenduduk sederhana padat • Pewartaan hutan simpan dan taman negara – diwartakan demi kelestarian alam, kurang menjadi tumpuan penduduk 8.1 Taburan Penduduk di Malaysia 8.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Taburan Penduduk Malaysia 69 (069N) RC 2023 Geo Tg1 (B08) 1pp.indd 69 22/03/2023 11:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 8 70 TP 1 Menyatakan taburan penduduk di Malaysia. TP 2 Melabel taburan penduduk pada peta Malaysia. 1 Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama atau lebih dikenali sebagai masyarakat majmuk. 2 Pada tahun 1970, jumlah penduduk Malaysia berjumlah 10.9 juta orang. 3 Pada tahun 1990, jumlah penduduk Malaysia telah meningkat kepada 18.1 juta orang. 4 Pada tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia terus meningkat kepada 28.8 juta orang. 5 Pada tahun 2016, jumlah penduduk Malaysia terus meningkat berjumlah 31.7 juta orang. Saya seorang daripada 31.7 juta penduduk Malaysia pada tahun 2016 31.7 juta penduduk 10.9 juta penduduk 18.1 juta penduduk 28.3 juta penduduk PENDUDUK MALAYSIA 2016 2010 1990 1970 Rajah 8.1 Jumlah penduduk Malaysia (1970 – 2016) 8 Penduduk di Malaysia Geografi Manusia: Penduduk dan Petempatan Bab 8.1 Taburan Penduduk di Malaysia (070 078) RC 2021 Geo Tg1(08) 5pp.indd 70 23/12/2021 10:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 8 71 6 Dijangkakan, jumlah penduduk Malaysia akan meningkat kepada 38.5 juta menjelang 2040. 7 Setakat suku tahun pertama 2021, kaum Bumiputera mencatat peratusan 69.7% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia diikuti Cina (22.5%), India (6.8%) dan lain-lain (1.0%). Taburan Penduduk 1 Taburan penduduk di negara Malaysia tidak sekata. 2 Semakin banyak penduduk di sesebuah kawasan, maka semakin padat jumlah penduduk di kawasan tersebut. 3 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan kawasan yang paling padat penduduk di Malaysia, diikuti oleh Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan dan Selangor. KALIMANTAN (INDONESIA) Kapit Lahad Datu Tawau Kapit Lahad Datu Bintulu Miri BRUNEI DARUSSALAM DARUSSALAM Sandakan LAUT SULU LAUT SULAWESI Bintulu Miri BRUNEI DARUSSALAM Kota Kinabalu Wilayah Persekutuan Labuan Sandakan Sibu Sarikei Kuching Mersing Melaka Johor Bahru Kuala Lipis Mentakab Gua Musang Kuala Krai Batu Pahat Seremban Kuala Lumpur Klang Shah Alam Georgetown Taiping Sungai Petani Kangar Alor Star Ipoh Mersing Melaka Johor Bahru Kuala Lipis Mentakab Gua Musang Kuala Krai Muar Batu Pahat Seremban Kuala Lumpur Klang Shah Alam Georgetown Taiping Sungai Petani Kangar Alor Star Ipoh Teluk Intan Wilayah Persekutuan THAILAND Kuala Terengganu rengganu Kerteh Kuantan SINGAPURA Kota Bharu Kuala Terengganu Kerteh Chukai Kuantan SINGAPURA SELAT MELAKA LAUT CHINA SELATAN U Petunjuk: Padat (> 200 orang) Sederhana (50-200 orang) Jarang (< 50 orang) Peta 8.1 Taburan penduduk Malaysia 4 Terdapat tiga jenis kepadatan penduduk, iaitu: (a) Kawasan berpenduduk padat (b) Kawasan berpenduduk sederhana (c) Kawasan berpenduduk jarang 5 Kepadatan penduduk dapat dikira dengan menggunakan formula berikut: Kepadatan penduduk = Jumlah penduduk Luas kawasan (070 078) RC 2021 Geo Tg1(08) 5pp.indd 71 23/12/2021 10:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 8 72 6 Penduduk lebih tertumpu di bandar utama di pantai barat Semenanjung Malaysia berbanding pantai timur Semenanjung Malaysia. 7 Kawasan berpenduduk padat menjadi tumpuan penduduk kerana kawasannya rata dan subur serta sesuai untuk pelbagai kegiatan seperti aktiviti pertanian, perindustrian, perlombongan dan perniagaan. 8 Kawasan berpenduduk sederhana yang tertumpu di kawasan pertanian, pesisir pantai dan bandar kecil. 9 Kawasan berpenduduk jarang tertumpu di kawasan yang berhutan tebal (pedalaman) dan kawasan tanah tinggi. 10 Kepadatan penduduk di Malaysia ditunjukkan dalam Jadual 8.1. Jadual 8.1 Kepadatan penduduk di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak Kepadatan Semenanjung Malaysia Sarawak dan Sabah Kawasan berpenduduk padat (lebih daripada 200 orang sekilometer persegi) Pantai Barat Dataran Kedah-Perlis, Lembah Kinta, Pulau Pinang, Seberang Prai, Ipoh, Lembah Klang, Seremban, Bandar Raya Melaka, Johor Bahru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pantai Timur Dataran Kelantan termasuk Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan Sarawak Kuching, Sibu, Bintulu, Miri Sabah Kota Kinabalu Kawasan berpenduduk sederhana padat (50 hingga 200 orang sekilometer persegi) Pantai Barat Dataran Pantai – Kulim dan Jitra, Teluk Intan, Sepang, Port Dickson, Jasin, Muar Pantai Timur Bachok, Marang, Jerantut Sarawak Samarahan, Sri Aman, Limbang, Mukah, Oya Sabah Tuaran, Semporna, Kudat, Keningau Kawasan berpenduduk jarang (kurang daripada 50 orang sekilometer persegi) Kawasan tengah Semenanjung Malaysia Banjaran Nakawan, Banjaran Bintang dan Banjaran Keledang Bahagian pantai timur Johor Selatan – Mersing yang berpaya Sarawak Kawasan rancangan pembangunan tanah FELDA di Sarikei. Kawasan banjaran – Banjaran Hose, Banjaran Kapuas Hulu, Banjaran Iran, Banjaran Tama Abu (070 078) RC 2021 Geo Tg1(08) 5pp.indd 72 23/12/2021 10:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 8 73 Kepadatan Semenanjung Malaysia Sarawak dan Sabah Kawasan rancangan pembangunan tanah FELDA – Trolak, Triang dan Jengka Tiga Segi Kawasan berpaya – Tasik Chini, Pahang Sabah Kawasan rancangan pembangunan tanah FELDA di Umas dan Gugusan Sahabat Kawasan banjaran – Banjaran Crocker, Banjaran Trus Madi Murid-murid boleh mengira kepadatan penduduk sesebuah negeri berpandukan contoh di bawah: Soalan: Apakah kepadatan penduduk negeri Perak yang mempunyai penduduk seramai 2 051 236 orang dan keluasan 21 005 km2 ? Penyelesaian: Kepadatan penduduk = Jumlah Penduduk Luas kawasan = 2 051 236 orang 21 005 km2 = 97.6 orang/km2 Galeri Info Semak Cepat 8.1 Kawasan Keluasan (km persegi) Jumlah Penduduk (orang) A 30 2 100 B 60 1 800 C 10 500 D 5 375 1 Berapakah jumlah penduduk di kawasan A? 2 Berapakah jumlah penduduk di kawasan D? 3 Berikan kawasan yang mengalami kepadatan penduduk paling tinggi. 4 Nyatakan kawasan yang mengalami kepadatan penduduk paling rendah. 5 Berapakah kepadatan penduduk di kawasan A? (070 078) RC 2021 Geo Tg1(08) 5pp.indd 73 23/12/2021 10:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 8 74 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Taburan Penduduk Malaysia 8.2 TP 3 Menjelaskan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. TP 4 Menerangkan dengan contoh faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. TP 5 Membandingkan faktor penduduk padat dan penduduk jarang di Malaysia. Faktor Fizikal Tanah Pamah 1 Tanah pamah yang subur, rata dan luas menjadi kawasan tumpuan penduduk kerana sesuai untuk: (a) Membina petempatan (b) Membina sistem pengangkutan (c) Menjalankan aktiviti ekonomi (d) Menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan 2 Contoh kawasan tanah pamah yang berpenduduk padat ialah: (a) Lembah Klang (c) Dataran Kedah (b) Lembah Kinta (d) Dataran Kelantan Foto 8.1 Dataran Kedah 3 Kawasan tanah aluvium yang subur di lembah sungai dan delta lazimnya berpenduduk padat kerana sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian, contohnya Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan (Kelantan), Tanjung Karang (Selangor). 4 Kawasan tanah pamah bersaliran baik merupakan kawasan tumpuan penduduk. Tanah Tinggi 1 Kawasan yang bergunung-ganang dan berhutan tebal berpenduduk jarang disebabkan darjah ketersampaian yang rendah seperti Banjaran Tahan, Banjaran Titiwangsa, Banjaran Trus Madi dan Banjaran Crocker. 2 Aktiviti pertanian, pembinaan jalan raya dan petempatan sukar dijalankan di kawasan tersebut kerana bentuk muka bumi yang tidak rata serta melibatkan kos yang tinggi. (070 078) RC 2021 Geo Tg1(08) 5pp.indd 74 23/12/2021 10:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 8 75 3 Terdapat juga kawasan tanah tinggi yang berpenduduk sederhana padat iaitu Cameron Highlands, Bukit Frazer, Genting Highlands dan Kundasang. 4 Kawasan tanah tinggi ini berpenduduk sederhana padat kerana perkembangan kegiatan pelancongan. Pinggir Laut dan Saliran 1 Kawasan yang berpenduduk padat dan sederhana padat disebabkan tumpuan penduduk terhadap kegiatan ekonomi perikanan dan pertanian. 2 Kawasan pesisir pantai dan sungai menyediakan kemudahan perhubungan yang baik seperti di Besut, sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan. 3 Kawasan berpenduduk jarang juga di kawasan berpaya dan kawasan bersaliran buruk seperti di sekitar Tasik Bera dan Tasik Chini. Faktor Ekonomi Pertanian 1 Peluang pekerjaan yang wujud dalam sektor pertanian, menarik minat penduduk tertumpu di kawasan berkenaan. 2 Kawasan penanaman padi mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, contohnya: (a) Dataran Kedah-Perlis (b) Dataran Kelantan (c) Dataran Terengganu 3 Kawasan penanaman getah dan kelapa sawit mempunyai kepadatan penduduk yang sederhana, iaitu di Kuala Pilah, Kuala Lipis, Teluk Intan, Gua Musang, Labis, Kota Tinggi dan Kluang. Perlombongan 1 Kawasan yang menjadi tumpuan penduduk berasaskan aktiviti perlombongan bijih timah ialah di Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. 2 Kuala Lumpur merupakan bandar raya yang mempunyai penduduk paling padat di Lembah Klang. 3 Malaysia juga kaya dengan hasil petroleum dan gas asli yang dilombong di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak. 4 Perlombongan mineral mempengaruhi perkembangan industri petroleum dan gas asli. 5 Kawasan penapisan petroleum yang menjadi tumpuan penduduk ialah di Kerteh, Lutong, Port Dickson dan Tangga Batu. (070 078) RC 2021 Geo Tg1(08) 5pp.indd 75 23/12/2021 10:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 8 76 Foto 8.2 Bandar Kerteh menjadi tumpuan penduduk kesan aktiviti petroleum 6 Industri petrokimia yang berkembang di Kerteh dan Bintulu telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik penduduk bertumpu di bandar tersebut. 7 Apabila sumber di kawasan perlombongan telah berkurangan, kawasan ini tidak lagi menjadi tumpuan penduduk seperti di Sungai Lembing, Bukit Besi dan Mamut. THAILAND Petunjuk: Kilang penapis petroleum Loji gas asli cecair Loji memproses gas G Port Dickson Kerteh Miri Lutong LAUT SULAWESI LAUT SULU SELAT MELAKA Tangga Batu SINGAPURA BRUNEI DARUSSALAM Bintulu KALIMANTAN (INDONESIA) LAUT CHINA SELATAN U G Peta 8.2 Pusat penapisan petroleum dan pusat pencairan gas asli Perikanan 1 Kawasan perikanan juga menjadi kawasan tumpuan penduduk. 2 Peluang pekerjaan dalam kegiatan perikanan menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan penduduk. 3 Kawasan perikanan berpenduduk sederhana padat, contohnya, Semporna, Tumpat dan Kemaman. (070 078) RC 2021 Geo Tg1(08) 5pp.indd 76 23/12/2021 10:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 8 77 Perindustrian 1 Sektor perindustrian menyediakan peluang pekerjaan yang tinggi. 2 Perkembangan sektor ini menggalakkan penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan perindustrian. 3 Penghijrahan ini menjadikan kawasan perindustrian berpenduduk padat dan seterusnya berkembang menjadi bandar. 4 Contohnya, kawasan perindustrian di Bayan Lepas, Shah Alam, Batu Berendam dan Nilai. U Chuping Chuping Alor Star Arang Tikam Batu Tikam Batu Kulim Bakar Perai Bayan Lepas Ipoh Tasek Jelapang Jelapang Jelapang Kuala Krai Kuala Terengganu Chukai Kuantan Muadzam Muadzam shah Shah Bandar Penawar SINGAPURA Kota Samarahan Kota Samarahan Sibu Estet Perindustrian Bintulu Estet Perindustrian Kemena Bintulu Kidurong Miri BRUNEI DARUSSALAM Sarikei Kuching Kuching KALIMANTAN (INDONESIA) Johor Bahru Ayer Keroh Melaka Seremban Shah Alam Petaling Jaya Kuala Lumpur Tongkang Pecah ngkang Pecah Temerloh Maran Kota Bharu Kamunting Kamunting SELAT MELAKA LAUT CHINA SELATAN Kudat Kota Kinabalu Likas Lok Kawi Tawau Penampang Penampang Semporna THAILAND Lahad Datu Sandakan LAUT SULU LAUT SULAWESI Peta 8.3 Pusat perindustrian utama di Malaysia Faktor Sosial Infrastruktur 1 Penduduk akan tertumpu di kawasan yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti bekalan air, elektrik, kemudahan telekomunikasi serta pengangkutan yang baik. 2 Kawasan pedalaman yang kurang penduduk disebabkan tidak mempunyai kemudahan sosial yang lengkap. Pendidikan 1 Kawasan yang mempunyai institusi pendidikan seperti pusat pengajian tinggi mempunyai taburan penduduk padat. 2 Contohnya, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). (070 078) RC 2021 Geo Tg1(08) 5pp.indd 77 23/12/2021 10:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 8 78 Dasar Kerajaan/Governan Tanah Rancangan 1 Objektif utama FELDA ditubuhkan bertujuan untuk: (a) Membangunkan kawasan luar bandar. (b) Mengurangkan kadar kemiskinan penduduk. 2 Di bawah rancangan ini, petani, nelayan dan masyarakat luar bandar diberi tanah rancangan untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit dan getah secara komersial. 3 Pada masa kini, tanah rancangan mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik dan berpenduduk sederhana padat. Pembukaan Bandar Baharu 1 Dasar Perindustrian Negara juga telah diwujudkan untuk memajukan sektor perindustrian. 2 Di bawah dasar ini, kawasan perindustrian yang mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik telah diwujudkan, contohnya, di Bayan Lepas, Perai, Tikam Batu, Tasek, Petaling Jaya, Sungai Way, Shah Alam, Senawang serta Estet Perindustrian Bintulu, Likas dan Tawau. 3 Zon Perdagangan Bebas juga telah diwujudkan untuk menggalakkan perkembangan sektor perindustrian, contohnya Pasir Gudang, Sungai Way dan Bayan Lepas. Foto 8.3 Kawasan perindustrian di Sungai Way menyebabkan kawasan sekitarnya menjadi tumpuan penduduk Pewartaan Hutan Simpan dan Taman Negara 1 Kerajaan mewartakan kawasan tertentu sebagai hutan simpan dan taman negara demi kelestarian alam menjadikan kawasan tersebut berpenduduk jarang. 2 Contohnya, Taman Negara di Pahang dan Hutan Simpan Royal Belum di Perak. Semak Cepat 8.2 1 Mengapakah aktiviti pertanian, pembinaan jalan raya dan petempatan sukar dijalankan di kawasan tanah tinggi? Menilai 2 Apakah kepentingan pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)? (070 078) RC 2021 Geo Tg1(08) 5pp.indd 78 23/12/2021 10:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nota rafik Bab 9 Petempatan di Malaysia Petempatan Bandar Petempatan Luar Bandar Ciri-ciri: • Jumlah penduduk melebihi 10 000 orang • Terdapat kemudahan asas yang pelbagai • Kawasan kediaman berciri moden • Penduduk terlibat dengan kegiatan ekonomi: – perniagaan – perkhidmatan – perindustrian – pembinaan – pentadbiran Ciri-ciri: • Jumlah penduduk kurang daripada 10 000 orang • Terdapat kemudahan asas yang minimum/terhad • Kawasan kediaman sederhana dan berciri tradisional • Penduduk terlibat dengan kegiatan ekonomi: – pertanian – industri desa – penternakan • Rumah dan bangunan dibina secara berselerak antara satu sama lain • Kelihatan bertaburan dan tidak seragam • Terdapat di kebun kecil getah, kebun kelapa, dusun, sawah padi dan perkampungan tradisional Petempatan berselerak • Susunan rumah berkelompok dan terancang di sesuatu kawasan • Terdapat di simpang jalan raya, jalan kereta api, muara sungai, ladang getah dan ladang kelapa sawit • Perkampungan nelayan di luar pantai juga mempunyai pola ini Petempatan berkelompok • Rumah disusun secara padat dan bertumpu di sekeliling sebuah bangunan yang penting • Lazimnya mempunyai tanda panduan yang jelas • Mempunyai jaringan jalan raya yang baik dan pelbagai kemudahan infrastruktur Petempatan berpusat • Rumah dan bangunan dibina di sepanjang jalan raya atau di tepi pantai • Kelihatan tersusun secara deretan dan hampir seragam • Terdapat di sepanjang jalan raya, jalan kereta api, parit, tali air, terusan, permatang, lereng bukit dan pinggir laut Petempatan berjajar 9.1 Jenis-jenis Petempatan di Malaysia 9.2 Pola Petempatan di Malaysia Laut Sek. P.D. B.P. Laut Sek. P.D. B.P. Laut Sek. P.D. B.P. Laut Sek. P.D. B.P. 79 (079 080N) RC 2023 Geo Tg1 (B09) 4pp.indd 79 22/03/2023 12:00 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Fungsi Petempatan Bandar • Bandar pelancongan – Port Dickson dan Bandaraya Melaka • Bandar perlombongan – Kerteh dan Bintulu • Bandar teknologi maklumat – Taman Teknologi Malaysia dan Cyberjaya • Bandar pelabuhan – Pasir Gudang, Bintulu, Teluk Sepanggar dan Klang • Bandar perindustrian – Shah Alam dan Perai Fungsi Petempatan Bandar • Bandar pentadbiran – berfungsi sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran seperti Kuantan dan Kota Kinabalu • Bandar sempadan – bandar yang berfungsi sebagai pintu masuk dan keluar negara. Contohnya, Rantau Panjang dan Padang Besar • Bandar pertahanan – menempatkan pangkalan tentera seperti Lumut dan Port Dickson • Bandar Diraja – bandar yang menjadi kediaman rasmi Sultan atau raja seperti Kuala Kangsar, Pekan dan Arau • Bandar satelit – bandar sokongan kepada bandar utama seperti Petaling Jaya dan Senawang • Bandar pendidikan – pembinaan institusi pendidikan di sesebuah kawasan dan berkembang menjadi bandar seperti di Tanjung Malim Fungsi Petempatan Luar Bandar Fungsi Petempatan Luar Bandar • Pertanian – penanaman padi, kelapa sawit, getah dan sayursayuran • Penternakan – lembu, kambing dan ikan air tawar • Perlombongan – penerokaan sumber mineral seperti emas dan tanah liat • Industri desa – menghasilkan produk kraf tangan dan makanan tradisional • Menyediakan perkhidmatan pengurusan pentadbiran • Urusan penduduk boleh dilaksanakan di pejabat: – penghulu – ketua kampung – tok batin – tuai rumah – penggawa • Balai raya menjadi pusat kegiatan kemasyarakatan penduduk setempat • Menyediakan kemudahan sosial kepada penduduk setempat, contohnya: – klinik kesihatan – bekalan air bersih – bekalan sumber tenaga elektrik – rumah ibadat (masjid, tokong, kuil, gurdwara) – perkhidmatan pos – pusat komuniti setempat 9.3 Fungsi Petempatan Bandar dan Luar Bandar Ekonomi Sosial Kerajaan/Governan Ekonomi Sosial Kerajaan/Governan 80 (079 080N) RC 2021 Geo Tg1 (B09) 4pp.indd 80 18/12/2021 9:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 9 81 TP 1 Menyatakan jenis petempatan di Malaysia. TP 2 Memberi contoh jenis petempatan di Malaysia. TP 3 Menjelaskan dengan contoh jenis petempatan di Malaysia. 1 Di Malaysia terdapat dua jenis petempatan, iaitu: (a) Petempatan bandar (b) Petempatan luar bandar 2 Terdapat faktor yang membezakan kedua-dua jenis petempatan ini, iaitu: (a) Fungsi (jenis kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial) (b) Saiz penduduk (c) Kepadatan penduduk Petempatan Bandar 1 Petempatan bandar merujuk kawasan petempatan yang mempunyai jumlah penduduk yang padat. Foto 9.1 Petempatan bandar 2 Jumlah penduduk bagi petempatan bandar adalah besar lazimnya melebihi 10 000 orang. 3 Lazimnya, bandar terdiri daripada bandar, bandar besar dan bandar raya. 4 Kepadatan penduduk bandar di Malaysia lazimnya tinggi sehingga melebihi 200 orang sekilometer persegi. 5 Petempatan bandar mempunyai kemudahan asas yang pelbagai. 9 Petempatan di Malaysia Geografi Manusia: Penduduk dan Petempatan Bab 9.1 Jenis-jenis Petempatan di Malaysia (081 087) RC 2021 Geo Tg1(09) 5pp.indd 81 23/12/2021 10:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 9 82 6 Kegiatan ekonomi melibatkan sektor perkhidmatan, perniagaan, perdagangan, perindustrian dan pentadbiran. Petempatan Luar Bandar 1 Petempatan luar bandar merujuk kawasan petempatan yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah. Foto 9.2 Petempatan luar bandar 2 Petempatan luar bandar di negara kita terdiri daripada kampung dan pekan. 3 Petempatan kampung mempunyai jumlah penduduk yang kurang daripada 10 000 orang. 4 Penduduk luar bandar menjalankan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perikanan seperti: (a) Penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis (b) Menangkap ikan di Pulau Ketam 5 Kebanyakan petempatan luar bandar mempunyai kediaman sederhana dan berciri tradisional. 6 Kesemua negeri di Malaysia mempunyai petempatan luar bandar kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. 7 Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk di sekitar petempatan luar bandar hanya terhad kepada kegiatan pertanian, penternakan dan industri desa. Semak Cepat 9.1 1 Berapakah jumlah penduduk petempatan luar bandar dan bandar? 2 Bagaimanakah kepadatan penduduk petempatan bandar? 3 Apakah sektor ekonomi yang lazimnya dijalankan oleh penduduk luar bandar? 4 Apakah sektor ekonomi yang melibatkan penduduk yang tinggal di kawasan bandar? (081 087) RC 2021 Geo Tg1(09) 5pp.indd 82 23/12/2021 10:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 9 83 9.2 Pola Petempatan di Malaysia TP 1 Menyatakan pola petempatan di Malaysia. TP 3 Menjelaskan dengan contoh pola petempatan di Malaysia. TP 4 Menerangkan pola petempatan di Malaysia. TP 5 Menjelaskan pola petempatan kawasan persekitaran masing-masing. 1 Pola petempatan bermaksud bentuk susunan atur bangunan di sesuatu tempat. 2 Terdapat empat jenis pola petempatan di Malaysia, iaitu: Jadual 9.1 Pola petempatan di Malaysia Pola Petempatan Keterangan Pola berselerak • Rumah dan bangunan dibina jauh di antara satu dengan yang lain serta kelihatan tidak seragam dan bertaburan. • Rumah dihubungkan dengan jalan raya atau lorong pejalan kaki. • Terdapat di kebun kecil getah, dusun, sawah padi dan perkampungan tradisional. • Petempatan dibina di tanah persendirian. Pola berkelompok • Terdapat susunan bangunan dibina secara berkelompok dan terancang di sesuatu kawasan. • Terdapat di simpang jalan raya, jalan kereta api dan muara sungai, ladang getah dan kelapa sawit. • Contohnya di kawasan petempatan Rancangan Pembangunan Tanah Persekutuan seperti Felda Trolak, Felda Air Tawar dan Felda Sahabat. Pola berpusat Sek. P.P P.D • Susun atur rumah secara padat dan menjadi tumpuan penduduk. • Lazimnya mempunyai tanda panduan yang jelas seperti tempat ibadat, sekolah, kedai, pejabat daerah dan pejabat pos. • Mempunyai jaringan jalan raya yang baik dan pelbagai kemudahan infrastruktur. Pola berjajar • Nama lain ialah pola petempatan linear. • Rumah dan bangunan dibina di sepanjang jalan raya, jalan kereta api, parit, tali air, permatang, lereng bukit dan pinggir pantai. • Terdapat di kawasan pinggir laut dan sepanjang sungai, contohnya di sepanjang Sungai Rajang dan persisir pantai Kuala Besut. (081 087) RC 2021 Geo Tg1(09) 5pp.indd 83 23/12/2021 10:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 9 84 Semak Cepat 9.2 1 Namakan empat jenis pola petempatan di Malaysia. 2 Nyatakan dua kawasan pola petempatan berpusat. 3 Apakah nama lain bagi petempatan berjajar? 4 Nyatakan empat kawasan terdapat pola petempatan berselerak. 9.3 Fungsi Petempatan Bandar dan Luar Bandar TP 4 Membezakan fungsi petempatan bandar dan luar bandar di Malaysia. TP 5 Menjelaskan fungsi petempatan kawasan persekitaran masing-masing. Fungsi Petempatan Bandar Ekonomi 1 Bandar pelancongan (a) Bandar yang berfungsi sebagai pusat pelancongan serta pelbagai aktiviti pelancongan. Contohnya Bandar Raya Melaka, Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu. (b) Kawasan pelancongan seperti pantai yang indah, muzium, zoo, pusat hiburan dan pusat kraf tangan terdapat di bandar pelancongan. (c) Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan disediakan untuk menarik pelancong seperti hotel, restoran, pusat beli-belah dan pemandu pelancong. (d) Menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan, perniagaan dan perkhidmatan. 2 Bandar pelabuhan (a) Bandar yang menjalankan urusan import dan eksport. (b) Penduduk di kawasan berdekatan melibatkan diri dalam sektor perkapalan dan penguatkuasaan maritim. (c) Contoh bandar yang berkembang kesan daripada aktiviti pelabuhan ialah Pasir Gudang, Klang, Georgetown, Bintulu dan Teluk Sepanggar. 3 Bandar perindustrian (a) Bandar yang berkembang disebabkan kesan kegiatan industri. (b) Kebanyakan penduduk bekerja dalam bidang pengeluaran, kejuruteraan dan teknikal. (c) Terdapat bandar yang berfungsi sebagai pusat perindustrian seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Perai dan Sungai Way. (d) Pelbagai kemudahan asas disediakan di pusat perindustrian seperti bekalan air, bekalan elektrik, jalan raya dan kemudahan telekomunikasi. (081 087) RC 2021 Geo Tg1(09) 5pp.indd 84 23/12/2021 10:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 9 85 4 Bandar teknologi maklumat (a) Bandar yang berperanan mengembangkan penggunaan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT). (b) Kewujudan bandar ini menawarkan pelbagai peluang pekerjaan yang melibatkan penggunaan ICT termasuk pemasaran dan pengaturcaraan komputer. (c) Cyberjaya dan Taman Teknologi Malaysia telah berkembang sebagai bandar teknologi maklumat. 5 Bandar perlombongan (a) Bandar yang berkembang akibat penerokaan sumber mineral. (b) Menawarkan peluang pekerjaan dalam kegiatan perlombongan dan cari gali sumber mineral. (c) Contohnya, Kerteh dan Bintulu berfungsi sebagai bandar perlombongan petroleum dan pusat pencairan gas asli. (d) Bandar Miri, Lutong, Kerteh, Port Dickson dan Tangga Batu berfungsi sebagai pusat penapisan petroleum. Sosial 1 Bandar diraja (a) Bandar yang menjadi tempat terletaknya istana, iaitu kediaman rasmi bagi sultan dan raja bagi setiap negeri di Malaysia. (b) Bandar ini menjadi tempat bersemayam raja-raja Melayu. (c) Menawarkan peluang pekerjaan sampingan kepada penduduk setempat disebabkan aktiviti pelancongan. (d) Contoh bandar diraja ialah Kuala Kangsar (Perak), Sri Menanti (Negeri Sembilan), Klang (Selangor), Pekan (Pahang) dan Anak Bukit (Perlis). 2 Bandar pendidikan (a) Institusi pendidikan tinggi seperti kolej, maktab dan universiti terdapat di bandar yang berfungsi sebagai pusat pendidikan. (b) Kemunculan bandar ini mewujudkan peluang pekerjaan seperti pensyarah serta kakitangan institusi pendidikan. (c) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terletak di Bandar Baru Bangi dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) terletak di Shah Alam, Selangor. 3 Bandar satelit (a) Bandar satelit berperanan sebagai bandar sokongan kepada bandar utama yang terletak di pinggir bandar utama. (b) Menawarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang sektor seperti perkhidmatan, perindustrian, perniagaan dan sebagainya. (c) Sebagai contoh, Petaling Jaya (Selangor) dan Senawang (Negeri Sembilan). (081 087) RC 2021 Geo Tg1(09) 5pp.indd 85 23/12/2021 10:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 9 86 Kerajaan/Governan 1 Bandar pertahanan (a) Bandar yang menjadi pangkalan tentera dan berkembang sebagai petempatan yang lebih besar. (b) Lumut, Perak berkembang sebagai pangkalan bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). (c) Selain itu, Port Dickson berkembang sebagai pangkalan bagi Tentera Darat Malaysia. 2 Bandar sempadan (a) Berfungsi sebagai pintu masuk dan keluar negara. (b) Memudahkan aktiviti pelancongan dan perdagangan antara negara di sempadan. (c) Terdapat kawasan bebas cukai membantu perkembangan bandar ini. (d) Contohnya, Rantau Panjang (Kelantan) dan Padang Besar (Perlis). 3 Bandar pentadbiran (a) Bandar yang berfungsi sebagai ibu negeri, ibu negara dan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia. (b) Menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan kepada penduduk. (c) Sebagai contoh, Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia manakala Kota Kinabalu, Kuantan dan Kangsar berperanan sebagai ibu negeri bagi negeri berkenaan. Foto 9.3 Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan yang baharu Fungsi Petempatan Luar Bandar Ekonomi 1 Petempatan luar bandar menjalankan kegiatan ekonomi primer seperti aktiviti pertanian, penternakan, perlombongan dan industri desa yang menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduknya. 2 Aktiviti pertanian di luar bandar meliputi aktiviti penanaman padi, getah, kelapa sawit dan sayur-sayuran. (081 087) RC 2021 Geo Tg1(09) 5pp.indd 86 23/12/2021 10:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 9 87 3 Aktiviti penternakan dilakukan secara kecil-kecilan seperti penternakan lembu, kambing dan ikan air tawar. 4 Perlombongan melibatkan aktiviti penerokaan sumber mineral. 5 Industri desa membolehkan penduduk menghasilkan produk seperti kraf tangan dan makanan. Sosial 1 Kemudahan asas yang disediakan bagi memudahkan urusan harian penduduk tanpa perlu pergi ke bandar. 2 Contohnya, di tanah rancangan FELDA terdapat tempat kediaman peneroka yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, perhubungan telefon, klinik kesihatan, perkhidmatan pos, bekalan air dan elektrik. 3 Petempatan luar bandar menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk khususnya dalam sektor pertanian, perikanan dan perlombongan. Kerajaan/Governan 1 Petempatan luar bandar berfungsi sebagai pusat pengurusan pentadbiran secara kecil-kecilan di luar bandar. 2 Penduduk dapat menyelesaikan urusan mereka melalui pejabat penghulu, ketua kampung, tuai rumah, tok batin dan penggawa yang menjadi wakil kepada kerajaan dan menjalankan peranan terhadap masyarakat setempat. 3 Di kampung terdapat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang mentadbir kampung. 4 Kampung diketuai oleh ketua kampung dan mukim diketuai oleh penghulu atau penggawa. 5 Rumah panjang di Sarawak diketuai oleh tuai rumah. 6 Perkampungan Orang Asli diketuai oleh tok batin. 7 Balai raya berperanan sebagai pusat kegiatan kemasyarakatan. Semak Cepat 9.3 1 Nyatakan lima fungsi petempatan bandar di Malaysia. 2 Nyatakan lima fungsi petempatan luar bandar di Malaysia. 3 Siapakah yang mengetuai kampung dan mukim? 4 Namakan tiga petempatan luar bandar yang berfungsi sebagai pusat pengeluaran dan pengumpulan hasil pertanian. (081 087) RC 2021 Geo Tg1(09) 5pp.indd 87 23/12/2021 10:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Nota rafik Bab 10 Bentuk Muka Bumi dan Saliran di Asia Tenggara Pinggir laut • Semua negara di Asia Tenggara mempunyai pinggir laut kecuali Laos • Laut yang terdapat di Asia Tenggara seperti Laut Andaman, Laut China Selatan, Laut Jawa, Laut Sulawesi dan Laut Sulu • Pinggir laut di Asia Tenggara cetek dan dikenali sebagai pentas benua Tanah tinggi • Tanah tinggi di Asia Tenggara terdiri daripada banjaran gunung lipat muda dan banjaran gunung lipat tua • Banjaran tinggi berpunca dari Banjaran Himalaya di utara dan menganjur ke Asia Tenggara bermula di Banjaran Arakan Yoma (Myanmar) • Banjaran lain ialah Banjaran Annam di Vietnam, Banjaran Bilauktaung di Thailand dan Banjaran Crocker di Malaysia Tanah pamah • Tanah pamah banyak terdapat di delta dan lembah sungai • Kawasan tanah pamah subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian seperti penanaman padi • Kawasan ini berpenduduk padat kerana petempatan dan jaringan perhubungan mudah dibina Gunung berapi • Gunung berapi banyak terdapat di Indonesia dan Filipina • Ini kerana Indonesia dan Filipina terletak di atas lingkaran api pasifik • Gunung berapi yang masih aktif di Indonesia ialah Gunung Kerinci, Gunung Krakatau dan Gunung Merapi • Gunung berapi yang masih aktif di Filipina ialah Gunung Pinatubo dan Gunung Mayon Bentuk Muka Bumi di Asia Tenggara 10.1 Negara-negara di Asia Tenggara 10.2 Bentuk Muka Bumi di Asia Tenggara Kedudukan Asia Tenggara • Asia Tenggara terletak di bahagian tenggara benua Asia • Terletak pada kedudukan latitud 11°S hingga 28°U dan longitud 93°T hingga 135°T • Terdapat 11 buah negara di Asia Tenggara. Tanah Besar dan Kepulauan Asia Tenggara • Tanah Besar Asia Tenggara ialah Malaysia (Semenanjung Malaysia), Myanmar, Thailand, Kemboja, Laos dan Vietnam • Kepulauan Asia Tenggara ialah Malaysia (Sabah dan Sarawak), Singapura, Indonesia, Timor Leste, Brunei Darussalam dan Filipina 88 (088N) RC 2023 Geo Tg1 (B10) 1pp.indd 88 22/03/2023 12:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 10 89 10.1 Negara-negara di Asia Tenggara TP 1 Menyatakan nama negara-negara di Asia Tenggara. TP 2 Melabelkan nama negara-negara di Asia Tenggara di atas peta. 1 Asia Tenggara terletak di bahagian tenggara benua Asia. 2 Asia Tenggara meliputi negara yang terletak di antara latitud 28°U hingga 11°S dan antara longitud 93°T hingga 135°T. 3 Garisan Khatulistiwa merentasi Pulau Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi. 4 Asia Tenggara meliputi kawasan seluas 4.50 juta kilometer persegi. U MYANMAR THAILAND Phnom Penh Bangkok Vientiane Hanoi Sumatera INDONESIA BRUNEI DARUSSALAM Petunjuk: Ibu negara Laut China Selatan VIETNAM KEMBOJA FILIPINA Manila LAOS CHINA Sempadan antarabangsa Negara-negara ASEAN Kuala Lumpur MALAYSIA Bandar Seri begawan G. Sartan TIMOR LESTE Khatulistiwa SINGAPURA Jakarta Nypyidaw Peta 10.1 Kedudukan negara-negara di rantau Asia Tenggara 10 Bentuk Muka Bumi dan Saliran di Asia Tenggara Geografi Kawasan Bab (089 095) RC 2021 Geo Tg1(10) 5pp.indd 89 23/12/2021 10:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 10 90 5 Asia Tenggara terdiri daripada dua bahagian seperti di bawah: Tanah Besar • Semenanjung Malaysia • Thailand • Myanmar • Laos • Kemboja • Vietnam Kepulauan • Sabah dan Sarawak (Malaysia) • Singapura • Brunei Darussalam • Indonesia • Filipina • Timor Leste Asia Tenggara 6 Indonesia dengan keluasan 2 000 600 km persegi merupakan negara yang paling besar di Asia Tenggara. 7 Singapura dengan keluasan 620 km persegi merupakan negara yang paling kecil di Asia Tenggara. Semak Cepat 10.1 1 Di manakah kedudukan rantau Asia Tenggara dalam peta Asia? 2 Berapakah keluasan Asia Tenggara? 3 Namakan negara yang terdapat di rantau Asia Tenggara. 4 Negara yang paling kecil di Asia Tenggara. 5 Negara yang paling besar di Asia Tenggara. Keistimewaan Asia Tenggara Sebahagian besar Asia Tenggara bebas daripada ancaman bencana alam seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi kerana terletak di luar Lingkaran Api Pasifik. Hanya Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Nusa Tenggara, Pulau Sulawesi dan Filipina yang mengalami letusan gunung berapi dan gempa bumi. Galeri Info 10.2 Bentuk Muka Bumi di Asia Tenggara TP 3 Menjelaskan bentuk muka bumi, sungai dan tasik di Asia Tenggara. TP 4 Menjelaskan melalui contoh bentuk muka bumi, sungai dan tasik di Asia Tenggara. TP 5 Membandingkan bentuk muka bumi, sungai dan tasik antara dua buah negara di Asia Tenggara. 1 Bentuk muka bumi Asia Tenggara terbahagi kepada: (a) Kawasan tanah tinggi (b) Kawasan tanah pamah (c) Kawasan pinggir laut (d) Gunung berapi (089 095) RC 2021 Geo Tg1(10) 5pp.indd 90 23/12/2021 10:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 10 91 Tanah Tinggi 1 Banjaran gunung di Asia Tenggara ialah jenis gunung lipat dan menjadi tulang belakang bagi negara-negara yang dilaluinya. 2 Gunung lipat terbentuk hasil proses pergerakan bumi secara besarbesaran akibat daripada daya tekanan yang kuat terhadap kerak bumi. 3 Pada umumnya, banjaran gunung dan dataran tinggi Asia Tenggara terdiri daripada gunung lipat tua dan gunung lipat muda. 4 Perbezaan ciri gunung lipat tua dan gunung lipat muda dalam Jadual 10.1. Jadual 10.1 Perbezaan gunung lipat tua dan gunung lipat muda Gunung Lipat Tua Gunung Lipat Muda • Berpunca dari Dataran Tinggi Yunnan yang menganjur ke selatan. • Berpunca dari Banjaran Himalaya yang menganjur ke selatan melalui Myanmar. • Membentuk Dataran Tinggi Shan di Myanmar, Banjaran Bilauktaung di Thailand, Banjaran Annam di Vietnam dan Banjaran Titiwangsa di Malaysia. • Membentuk banjaran Arakan Yoma • Bercabang membentuk lingkaran luar dan lingkaran dalam. Tanah Pamah 1 Kawasan tanah pamah di Asia Tenggara terdiri daripada lembangan sungai, delta dan dataran pantai. 2 Kebanyakan lembah sungai utama di Asia Tenggara membentuk lembangan sungai yang besar dan delta yang luas, contohnya: Myanmar • Lembangan Irrawaddy • Lembangan Sittang Thailand • Lembangan Chao Phraya Vietnam • Lembangan Merah • Lembangan Mekong 3 Kawasan delta utama di Asia Tenggara pula termasuklah Delta Rajang, Delta Chao Phraya, Delta Irrawaddy, Delta Mekong, Delta Merah dan Delta Musi. Dataran Tanah lanar Rajah 10.1 Kawasan delta (089 095) RC 2021 Geo Tg1(10) 5pp.indd 91 23/12/2021 10:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 10 92 4 Dataran pantai di Asia Tenggara pada umumnya adalah sempit, contohnya: (a) Dataran pantai di Sabah dan Sarawak (b) Dataran pantai Andaman (c) Pantai utara dan selatan Pulau Jawa Daratan Cagayan Delta Merah Dataran Manila Delta Mekong Delta Kelantan Delta Rajang Delta Chao Dataran Phraya KedahPelis Delta Irrawaddy Daratan Pantai Barat Delta Musi Delta Solo Petunjuk: Tanah tinggi Tanah pamah U Peta 10.2 Kawasan tanah pamah di Asia Tenggara Pinggir Laut 1 Semua negara di Asia Tenggara mempunyai pinggir laut kecuali Laos. 2 Pinggir laut Asia Tenggara cetek dan dikenali sebagai pentas benua. 3 Pentas benua merujuk dasar laut cetek yang berhampiran dengan pantai dengan kedalaman kurang daripada 180 meter. Daratan Paras laut Pentas benua 180 meter Jurang laut Laut Rajah 10.2 Kedudukan pentas benua dan jurang laut 4 Rantau Asia Tenggara mempunyai dua pentas benua yang utama, iaitu Pentas Sunda dan Pentas Sahul. (089 095) RC 2021 Geo Tg1(10) 5pp.indd 92 23/12/2021 10:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 10 93 Pentas Sunda • Merupakan dataran purba yang telah ditenggalami air. • Meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Jawa. • Jurang lautan seperti Jurang Mindanao, Jurang Mariana dan Jurang Jawa. • Jurang Mariana ialah jurang paling dalam di dunia dengan kedalaman 11 033 meter. Pentas Sahul • Meliputi Laut Arafura Gunung Berapi 1 Kebanyakan gunung berapi terdapat di Indonesia dan Filipina. 2 Indonesia dan Filipina berada dalam lingkaran api pasifik yang menjadikan kawasan disekitarnya aktif gunung berapi. 3 Gunung berapi yang masih aktif di Indonesia ialah Gunung Merapi, Gunung Kerinci dan Gunung Krakatau. 4 Gunung Pinatubo dan Gunung Mayon merupakan gunung berapi yang masih aktif di Filipina. Semak Cepat 10.2 1 Nyatakan tiga bentuk muka bumi utama di Asia Tenggara. 2 Dari manakah punca gunung lipat muda dan gunung lipat tua di Asia Tenggara? 3 Senaraikan empat kepentingan kawasan tanah tinggi di Asia Tenggara. 4 Nyatakan dua negara yang mempunyai gunung berapi. 10.3 Sungai dan Tasik Utama di Asia Tenggara TP 3 Menjelaskan bentuk muka bumi, sungai dan tasik di Asia Tenggara. TP 4 Menjelaskan melalui contoh bentuk muka bumi, sungai dan tasik di Asia Tenggara . TP 5 Membandingkan bentuk muka bumi, sungai dan tasik antara dua buah negara di Asia Tenggara. Sungai Mekong 1 Sungai yang paling panjang di Asia Tenggara (4 880 km). 2 Sungai Mekong berpunca daripada Dataran Tibet mengalir melalui Yunan, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. 3 Sungai ini menjadi nadi kepada lebih 90 juta penduduk atau pesawah padi untuk menjalankan kegiatan pertanian. 4 Kawasan lembah sungai yang subur sangat sesuai untuk kegiatan pertanian, kesan daripada pemendapan tanih di lembah sungai. 5 Tanaman padi sawah giat dijalankan. Dianggarkan lebih 140 000 km persegi padi sawah dijalankan di sepanjang sungai ini. (089 095) RC 2021 Geo Tg1(10) 5pp.indd 93 23/12/2021 10:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 10 94 Sungai Irrawaddy 1 Sungai Irrawaddy sungai terpanjang di Myanmar (2 293 km). 2 Sungai ini mengalir dari arah utara hingga ke selatan dan berakhir di Laut Andaman. 3 Sungai ini mempunyai peranan yang penting, antaranya: (a) Jalan perhubungan dan pengangkutan (b) Menjadi tumpuan penduduk untuk sumber air (c) Sumber protein penduduk 4 Kawasan delta Irrawaddy sangat sesuai dijadikan kawasan pertanian terutama untuk tanaman padi. U 7 6 5 1 2 4 3 8 9 10 11 16 17 14 13 15 12 18 19 Laut Flores Laut Banda Laut Jawa Nusa Tenggara Laut Arafura Lautan Pasi k Laut Sulawesi Laut Sulu Tasik Tonle Sap Teluk Martaban Laut Andaman Telukan Siam Laut China Selatan Danau Toba Lautan Hindi 20 Selat Makasar Selat Melaka Petunjuk: Sungai 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Sungai Merah Sungai Hitam Sungai Mekong Menam Chao Phraya Sungai Salween Sungai Sittang Sungai Irrawaddy Sungai Perak Sungai Pahang Sungai Batang Hari Sungai Musi Sungai Kinabatangan Sungai Rajang Sungai Kapuas Sungai Barito Sungai Solo Sungai Brantas Sungai Mindanao Sungai Agusan Sungai Cagayan Telukan Telukan Tonkin Telukan Peta 10.3 Sistem saliran Asia Tenggara Menam Chao Phraya 1 Panjang Menam Chao Phraya kira-kira 372 km. 2 Sungai ini mengalir dari utara Thailand dan mengalir ke Teluk Siam. 3 Di kawasan lembah Chao Phraya sangat kaya dengan tanih aluvium yang subur dan sangat sesuai untuk tanaman padi. 4 Sungai ini menjadi jalan pengangkutan utama di Thailand. (089 095) RC 2021 Geo Tg1(10) 5pp.indd 94 23/12/2021 10:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 10 95 5 Bandar raya Bangkok sangat terkenal dengan pasar terapung sehingga diberi nama jolokan “Venice Timur”. 6 Sungai ini juga berperanan untuk mengangkut kayu balak dan barangan pukal dari kawasan pedalaman. Tonle Sap 1 Tonle Sap ialah tasik air tawar semula jadi terbesar di Asia Tenggara (2 569 km persegi) terletak di bahagian barat Kemboja. 2 Tasik ini membekalkan sumber air untuk keperluan domestik penduduk Kemboja. 3 Tasik ini membekalkan air untuk pengairan kawasan penanaman padi. 4 Aktiviti perikanan air tawar menjadi kegiatan ekonomi utama yang dijalankan sepanjang tahun, terutama semasa musim kemarau air tasik akan menjadi cetek yang memudahkan ikan ditangkap. 5 Aktiviti pelancongan giat dijalankan di kawasan tasik ini apabila pelancong menaiki kapal ke kawasan tasik melalui Sungai Mekong. Danau Toba 1 Danau Toba ialah tasik yang terbentuk di kawasan pergunungan. 2 Tasik ini terletak di Sumatera Utara, Indonesia yang sangat terkenal dengan aktiviti pelancongan. 3 Tasik ini ialah tasik vulkanik yang terbentuk daripada ledakan gunung berapi yang terjadi antara 73 000 hingga 75 000 tahun dahulu. 4 Saiz Danau Toba ialah 100 km panjang dan 30 km lebar dan kedalamannya mencapai 500 m menjadikan Danau Toba sebagai tasik vulkanik paling dalam di dunia. 5 Tasik ini membekalkan sumber air dan protein kepada masyarakat setempat untuk keperluan domestik dan aktiviti pertanian. Semak Cepat 10.3 1 Dari manakah punca sungai utama di kebenuaan Asia Tenggara? 2 Namakan tiga negara yang direntasi oleh Sungai Mekong. 3 Namakan tiga sungai utama di Sarawak yang mengalir masuk ke arah barat memasuki Laut China Selatan. 4 Namakan tiga sungai di Kalimantan (Indonesia) yang mengalir ke arah selatan memasuki Laut Jawa. 5 Apakah peranan Tonle sap kepada penduduk setempat? Menilai 6 Bagaimanakan Danau Toba terbentuk? Menganalisis Imbas Kod QR atau layari https://www. youtube.com/watch?v=uFZb3PGV15I tentang eksplorasi sepintas lalu tentang Tasik Toba di Sumatera, Indonesia. PAK-21 (089 095) RC 2021 Geo Tg1(10) 5pp.indd 95 23/12/2021 10:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version