The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISBN: 978-629-7536-06-2
Price: WM: 24.90 / EM: 25.90

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-04-03 21:24:04

Revisi Cepat Geografi Ting 123

ISBN: 978-629-7536-06-2
Price: WM: 24.90 / EM: 25.90

Nota rafik Bab 11 Penduduk dan Petempatan di Asia Tenggara Taburan Penduduk Padat • Ibu negara dan bandar utama • Sungai menjadi jalan perhubungan • Delta dan lembah sungai yang subur • Dataran pantai yang sesuai untuk aktiviti perikanan Taburan Penduduk Jarang • Kebiasaannya terletak di kawasan pedalaman yang mempunyai perhubungan yang terhad • Kawasan pergunungan dan banjaran • Kawasan berpaya dan berhutan tebal • Darjah ketersampaian ke kawasan berkenaan rendah dan sukar Taburan Penduduk Sederhana Padat • Penduduk sederhana padat di kawasan pinggir bandar • Kawasan bandar baharu • Pusat pengumpulan hasil pertanian 11.1 Taburan Penduduk Asia Tenggara 11.2 Fungsi-fungsi Petempatan Bandar Utama di Asia Tenggara Ibu negara dan pusat pentadbiran • Kebanyakan bandar utama di Asia Tenggara merupakan ibu negara dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran • Contohnya, Jakarta, Bangkok dan Manila Pusat pelancongan • Bandar utama di Asia Tenggara menjadi tarikan pelancong • Melawat dan melihat budaya masyarakat serantau • Contohnya, Jakarta, Bangkok dan Kuala Lumpur Pusat perdagangan • Terdapat pusat perniagaan, gedung beli-belah serta aktiviti import dan eksport di bandar utama • Contohnya, Johor Bahru dan Orchard Road Pusat perindustrian • Aktiviti perindustrian penting dalam pembangunan ekonomi di Asia Tenggara • Bandar utama merupakan pusat perindustrian bagi setiap negara • Bangkok terkenal dengan industri elektrik dan elektronik serta industri makanan Pusat pelancongan • Bandar utama di Asia Tenggara menjadi tarikan pelancong • Melawat dan melihat budaya masyarakat serantau • Contohnya, Jakarta, Bangkok dan Kuala Lumpur 96 (096N) RC 2023 Geo Tg1 (B11) 1pp.indd 96 22/03/2023 12:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 11 97 11.1 Taburan Penduduk Asia Tenggara TP 1 Menyatakan taburan penduduk di Asia Tenggara. TP 2 Melabelkan taburan penduduk di Asia Tenggara. TP 3 Menjelaskan dengan contoh taburan penduduk berdasarkan fungsi petempatan bandar utama mana-mana negara di Asia Tenggara. TP 4 Menghubungkait taburan penduduk mana-mana negara di Asia Tenggara. 1 Taburan penduduk di Asia Tenggara adalah berbeza-beza mengikut kawasan. 2 Asia Tenggara ialah salah sebuah kawasan yang padat penduduk di dunia. 3 Jumlah penduduk di Asia Tenggara dianggarkan melebihi 640 juta orang (sehingga Jun 2016). Angka tersebut bersamaan 8.62% daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia. U • • • • • • • Naypyidaw • Vientiane Phnom Penh Laut China Selatan Bandar Seri Begawan Kuala Lumpur Singapura Jakarta Bangkok Hanoi • Manila Lautan Pasifik Laut Sulu Lautan Hindi Petunjuk Padat Sederhana Jarang • Ibu Negara Sempadan Antarabangsa Dili • Peta 11.1 Taburan penduduk di Asia Tenggara 11 Penduduk dan Petempatan di Asia Tenggara Bab Geografi Kawasan (097 103) RC 2021 Geo Tg1(11) 4pp.indd 97 18/12/2021 10:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 11 98 4 Singapura mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi di Asia Tenggara, iaitu 6.67 orang sekilometer persegi. 5 Laos pula mempunyai kepadatan penduduk yang paling rendah di Asia Tenggara, iaitu 28 orang sekilometer persegi. 6 Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara tinggal di luar bandar. 7 Secara keseluruhannya, taburan penduduk di Asia Tenggara adalah tidak sekata. Jadual 11.1 Anggaran jumlah penduduk mengikut negara di Asia Tenggara sehingga Jun 2016 Negara Jumlah Penduduk Malaysia 30 791 098 Indonesia 260 834 826 Singapura 5 705 230 Thailand 68 164 086 Brunei Darussalam 428 408 Laos 6 929 312 Filipina 102 395 857 Vietnam 94 528 565 Kemboja 15 850 684 Myanmar 54 407 086 Timor Leste 1 213 743 8 Taburan penduduk di Asia Tenggara terbahagi kepada tiga, iaitu padat, sederhana dan jarang. 9 Ciri-ciri taburan penduduk di kawasan padat penduduk: (a) Ibu negara dan bandar utama. (b) Mempunyai sungai yang digunakan sebagai jalan perhubungan dan pengangkutan. (c) Delta dan lembah sungai yang subur. (d) Dataran pantai untuk aktiviti perikanan dan pelabuhan. 10 Ciri-ciri taburan penduduk di kawasan sederhana penduduk: (a) Terletak di kawasan pinggir bandar. (b) Meliputi bandar baharu. (c) Kawasan pertanian. (d) Contohnya, pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai barat Sumatera dan pinggir Sungai Mekong. (097 103) RC 2021 Geo Tg1(11) 4pp.indd 98 18/12/2021 10:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 11 99 11 Ciri taburan penduduk di kawasan jarang penduduk: (a) Kawasan pedalaman yang mempunyai perhubungan yang terhad. (b) Kawasan pergunungan dan banjaran. (c) Kawasan berpaya dan berhutan tebal. (d) Contohnya, kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak (Malaysia) dan kawasan banjaran Annam (Vietnam). Semak Cepat 11.1 1 Berapakah jumlah penduduk di Asia Tenggara sehingga Jun 2016? 2 Nyatakan kawasan di Asia Tenggara yang mempunyai jumlah penduduk paling sedikit. 3 Apakah negara yang mengalami kepadatan penduduk paling rendah? Fungsi-fungsi Petempatan Bandar Utama di Asia Tenggara 11.2 TP 3 Menjelaskan dengan contoh fungsi petempatan bandar utama mana-mana negara di Asia Tenggara. TP 4 Menghubungkait taburan penduduk dan fungsi petempatan bandar utama mana-mana negara di Asia Tenggara. TP 5 Membandingkan fungsi petempatan bandar utama sekurang-kurangnya antara dua buah negara di Asia Tenggara. Kuala Lumpur 1 Kuala Lumpur terletak di pertemuan sungai Klang dan sungai Gombak. 2 Jumlah penduduknya melebihi 1.76 juta orang (2016). 3 Bandar metropolitan terbesar di Malaysia. 4 Fungsi bandar raya Kuala Lumpur adalah seperti berikut: Jadual 11.2 Fungsi Kuala Lumpur Fungsi Keterangan Ibu negara Kuala Lumpur yang terletak di Lembah Klang menjadi ibu negara Malaysia. Pusat pentadbiran Kuala Lumpur masih menjadi pusat pentadbiran kerana sesetengah jabatan kerajaan masih beroperasi di Kuala Lumpur. Kebanyakan jabatan kerajaan kini telah berpindah ke Putrajaya. Pusat perdagangan Berfungsi sebagai pusat perdagangan dan perniagaan kerana mempunyai kemudahan perdagangan dan perniagaan yang lengkap seperti institusi kewangan, bank dan insurans. Pusat pendidikan Terdapat pelbagai jenis pusat pendidikan tinggi awam dan swasta seperti Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Malaya, Kolej Taylor dan Universiti Tunku Abdul Rahman. (097 103) RC 2021 Geo Tg1(11) 4pp.indd 99 18/12/2021 10:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 1 Bab 11 100 Fungsi Keterangan Pusat pelancongan dan kebudayaan Terdapat banyak pusat pelancongan dan kebudayaan seperti Muzium Negara, Muzium Kesenian Islam, Balai Seni Negara, Masjid Negara dan Pusat Islam. Pusat pengumpulan dan pengedaran Kuala Lumpur berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran bahan mentah, barangan separuh siap dan barangan siap. Pusat perhubungan dan pengangkutan Kuala Lumpur terletak di pusat tumpuan pengangkutan darat, laut dan udara. KL Sentral menjadi tumpuan pelbagai jenis pengangkutan darat. Singapura 1 Bandar raya Singapura terletak di selatan pulau Singapura. 2 Jumlah penduduknya melebihi 5.70 juta orang (2016). 3 Fungsi bandar raya Singapura adalah seperti berikut: Jadual 11.3 Fungsi Singapura Fungsi Keterangan Ibu negara Bandar raya Singapura ialah ibu kota Singapura dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran, kebudayaan dan agama. Pusat persinggahan antarabangsa Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah jalan udara dan laut antara Barat dengan Timur menjadikannya sebagai pusat persinggahan antarabangsa. Pusat pelabuhan Pelabuhan utama seperti Pelabuhan Singapura sangat dalam, terlindung, moden dan dilengkapi kemudahan kontena dan dermaga. Pusat perdagangan dan perindustrian • Bandar raya ini dihubungkan dengan negara-negara lain di rantau ini melalui pengangkutan darat, air dan udara telah menggalakkan perdagangan dan perindustrian. • Singapura mempunyai kawasan perindustrian seperti Jurong dan Kallang. • Negara-negara jiran menjadi lingkungan pengaruhnya untuk membekalkan bahan mentah untuk aktiviti perindustrian seperti: – Malaysia membekalkan getah, minyak sawit, kayu balak dan bijih timah. – Thailand membekalkan beras dan kayu jati. – Indonesia membekalkan petroleum, getah dan kayu balak. (097 103) RC 2021 Geo Tg1(11) 4pp.indd 100 18/12/2021 10:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1 Apakah jenis hutan di sekitar Tasik Great St. Lawrence di Kanada? A Hutan Savana B Hutan Konifer C Hutan Hujan Tropika D Hutan Daun Luruh Sederhana 2 Maklumat berikut berkaitan dengan jenis tanih. Campuran tanah liat dan pasir Berwarna merah atau coklat kemerahan Apakah jenis tanih tersebut? A Podzol B Latosol C Aridisols D Terra rossa 3 Foto 1 menunjukkan hidupan liar di suatu kawasan iklim. Foto 1 Apakah jenis iklim yang dikaitkan dengan hidupan liar tersebut? A Iklim Siberia B Iklim Laurentia C Iklim Gurun Panas D Iklim Monsun Tropika 4 Apakah ciri lantai Hutan Hujan Tropika? I Terdapat tumbuhan epifit di atas pokok lain II Ketinggian pokok melebihi 10 meter III Tumbuh-tumbuhan jarang IV Diliputi daun kering A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5 Apakah jenis hutan yang dikaitkan dengan tanih berpasir? A Hutan Pantai B Hutan Gunung C Hutan Hujan Tropika D Hutan Paya Air Masin 6 Kawasan tanah tinggi yang dikaitkan dengan tumbuhan semula jadi dalam Foto 2. BAHAGIAN A [20 markah] Jawab semua soalan. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tingkatan 3 U1 (UASA) Tingkatan 3 (411) U01 – 08 RC 2023 Geo Tg03 (UASA) 5pp.indd 1 22/03/2023 11:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U A B C D 10 Apakah sumber mineral yang dikaitkan dengan lokasi berikut? Merit-Pila Silimpopon A Emas C Petroleum B Gas asli D Arang batu 11 Kombinasi yang manakah berkaitan dengan sumber mineral dan kegunaannya? Sumber Mineral Kegunaan A Kuprum Wayar B Pasir Industri kimpalan C Kaolin Bahan bakar D Bijih timah Bahan asas aluminium 12 Rajah 1 menunjukkan produk suatu jenis industri di Malaysia. Rajah 1 Foto 2 A Banjaran Annam B Banjaran Crocker C Banjaran Himalaya D Banjaran Appalachian 7 Apakah jenis hidupan liar yang berkaitan dengan lokasi berikut? Lanjak Entimau Wildlife Sanctuary Taman Negara Batang Ai A Enggang B Orang utan C Beruang madu D Monyet Belanda 8 Foto 3 menunjukkan produk daripada sumber logam. Foto 3 Apakah sumber tersebut? A Bauksit B Kuprum C Bijih besi D Bijih timah 9 Lokasi dalam peta dikaitkan dengan pengeluaran sumber arang batu ialah (UASA) Tingkatan 3 U2 (411) U01 – 08 RC 2023 Geo Tg03 (UASA) 5pp.indd 2 22/03/2023 11:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


A Menjaga biodiversiti hidupan akuatik B Menyediakan lokasi industri asas tani C Mempromosikan budaya setempat sesuatu kaum D Menjaga tanah lembap khususnya hutan paya bakau 17 Apakah peranan penting badan yang dikaitkan dengan logo dalam Rajah 2? Global Environment Centre Rajah 2 A Memberi kesedaran alam sekitar melalui media sosial B Menguruskan pengetahuan tentang konservasi biodiversiti C Menggalakkan perlindungan dan penggunaan lestari hutan dan tanah lembap D Membangunkan teknologi berkaitan spesies hidupan liar yang mengalami kepupusan 18 Apakah jenis sisa pepejal yang dikaitkan dengan maklumat di bawah? Sisa dapur Lampin pakai buang A Sisa baki B Sisa pukal C Sisa kebun D Sisa kitar semula Apakah jenis industri tersebut? A Industri automotif B Industri berasaskan kayu C Industri berasaskan getah D Industri berasaskan kelapa sawit 13 Mengapakah haiwan di kawasan gurun bergerak aktif pada waktu malam? A Mencari makanan B Melindungi serangan musuh C Melindungi badan daripada hujan D Mengelakkan fenomena ribut pasir 14 Negara yang menjana sumber tenaga geoterma di dunia ialah A Jepun B Rusia C Iceland D Perancis 15 Berikut berkaitan dengan sebuah pertubuhan antarabangsa. Kerjasama ekonomi serantau Dianggotai 10 buah negara Asia Tenggara Apakah pertubuhan antarabangsa tersebut? A EU B WTO C APEC D ASEAN 16 Apakah peranan Tapak Ramsar di Malaysia? U3 (UASA) Tingkatan 3 (411) U01 – 08 RC 2023 Geo Tg03 (UASA) 5pp.indd 3 22/03/2023 11:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


20 Berikut merupakan program kitar semula di sebuah negara. Program Waste 21 Program Cukai Hijau Apakah negara tersebut? A Taiwan C Sweden B Jerman D Denmark 19 Apakah amalan kitar semula yang dijalankan di Jerman? A Ordinan Pembungkusan B Program Green Dot C Program 4-Dalam-1 D Pemulihan Tenaga BAHAGIAN B [40 markah] Soalan 1 berdasarkan maklumat di bawah. Pada tahun 2021 satu kajian berkaitan dengan cita-cita murid tingkatan 3 SMK Taman Selasih telah dilakukan. Hasil kajian mendapati 37% murid berminat untuk menjadi jurutera, 25% bercita cita untuk menjadi akauntan, diikuti profesion guru sebanyak 16%. Seterusnya, hanya 10% yang berminat untuk menjadi ahli perniagaan pada masa akan datang. Cita-cita untuk menjadi doktor dan pakar ICT mencatatkan 7% dan 5% sahaja. 1 (a) Berdasarkan maklumat di atas, bina sebuah jadual yang lengkap berkaitan cita-cita murid Tingkatan 3 di SMK Taman Selasih pada tahun 2021. Cita-cita Murid Peratus (%) Sudut Sektor (°) Jumlah 100 360 [6 markah] (UASA) Tingkatan 3 U4 (411) U01 – 08 RC 2023 Geo Tg03 (UASA) 5pp.indd 4 22/03/2023 11:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(b) Berdasarkan jadual yang anda bina, lukiskan sebuah carta pai yang menunjukkan cita-cita murid Tingkatan 3 SMK Taman Selasih pada tahun 2021. Gunakan jejari 2.5 cm untuk carta pai tersebut. [8 markah] (c) Berdasarkan carta pai yang anda bina, apakah yang dapat ditafsirkan tentang cita-cita murid Tingkatan 3 SMK Taman Selasih pada tahun 2021. [6 markah] U5 (UASA) Tingkatan 3 (411) U01 – 08 RC 2023 Geo Tg03 (UASA) 5pp.indd 5 22/03/2023 11:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Soalan 2 berdasarkan Foto 1. Foto 1 2 (a) Apakah tujuan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dalam Foto 1 dilakukan? [2 markah] (b) Nyatakan tiga contoh aktiviti yang memerlukan EIA. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Berdasarkan pengetahuan anda, terangkan objektif EIA perlu diperkenalkan di Malaysia. [3 markah] (d) Satu projek pembinaan lapangan terbang akan dimulakan berdekatan taman perubahan anda. Sebagai pengerusi taman perumahan, adakah anda bersetuju projek tersebut diteruskan? Berikan alasan anda. [2 markah] (UASA) Tingkatan 3 U6 (411) U01 – 08 RC 2023 Geo Tg03 (UASA) 5pp.indd 6 22/03/2023 11:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Soalan 3 berdasarkan foto di bawah. Foto 2 3 (a) Apakah jenis tumbuhan semula jadi yang ditunjukkan dalam Foto 2? [1 markah] (b) Nyatakan dua spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi dalam hutan tersebut. (i) (ii) [2 markah] (c) Jelaskan ciri tumbuhan semula jadi yang ditunjukkan dalam foto di atas. [3 markah] (d) Terangkan kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di atas terhadap alam sekitar. [4 markah] U7 (UASA) Tingkatan 3 (411) U01 – 08 RC 2023 Geo Tg03 (UASA) 5pp.indd 7 22/03/2023 11:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


BAHAGIAN C [20 markah] Jawab dua soalan sahaja. 1 (a) Mengapakah kerajaan mengadakan Program Penubuhan Ladang Hutan (PPLH)? [4 markah] (b) PPLH telah mencukupi bagi pengurusan sumber alam semula jadi yang mampan di Malaysia. Bincangkan. [6 markah] 2 (a) Terangkan faktor kemanusiaan yang mempengaruhi industri automatif di Malaysia. [4 markah] (b) Bagaimanakah industri automatif merancakkan pembangunan negara? [6 markah] 3 (a) Kegiatan ekonomi di Malaysia terbahagi kepada tiga jenis, iaitu primer, sekunder dan tertier. Terangkan maksud sektor sekunder. [4 markah] (b) Pada pandangan anda, mengapakah Malaysia berpotensi memajukan sektor pelancongan? Berikan alasan anda. [6 markah] 4 (a) Pokok kaktus dapat tumbuh di kawasan Gurun Panas yang mempunyai cuaca panas ekstrem. Huraikan ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan tersebut. [6 markah] (b) Bagaimanakah tumbuh-tumbuhan semula jadi di dunia membantu dalam perkembangan ekopelancongan? [4 markah] (UASA) Tingkatan 3 U8 (411) U01 – 08 RC 2023 Geo Tg03 (UASA) 5pp.indd 8 22/03/2023 11:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tajuk Kajian: Kajian tentang faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi, kesannya terhadap alam sekitar dan cadangan mengatasinya di kawasan tempat tinggal atau sekolah anda. 1 Penghargaan Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada guru geografi saya, Cikgu Rosle bin Ahmad kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan Kerja Lapangan ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah, Encik Zainuddin bin Ahmad yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa tersayang saya yang telah memberi dorongan dan bantuan dari segi kewangan untuk saya menjalankan kajian ini. Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada ahli kumpulan saya, iaitu Salimah binti Ali, Tan Rui Qi, Melvin Ong dan Siti Aisyah binti Roslan. Akhir sekali, tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada 10 orang responden dalam kajian ini. 2 Pendahuluan Menurut Buku Teks KSSM Geografi Tingkatan 3 (2018), kegiatan ekonomi merupakan kegiatan manusia yang menghasilkan pendapatan. Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor, iaitu sektor primer, sekunder dan tertier. Sektor primer ialah kegiatan yang mengeluarkan bahan mentah terus daripada sumber semula jadi. Contohnya, sektor primer meliputi aktiviti pertanian, pembalakan, perikanan, perlombongan dan penternakan. Sektor sekunder pula ialah aktiviti ekonomi yang berasaskan bahan mentah. Ia memberi keutamaan dalam menukarkan bahan mentah kepada barangan siap kepada pengguna. Contohnya, sektor sekunder terdiri daripada aktiviti pembuatan atau perindustrian dan pembinaan. Sektor tertier ialah kegiatan ekonomi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna. Sektor ini juga disebut juga sebagai sektor perkhidmatan. Contohnya, aktiviti pelancongan, perdagangan, pengangkutan, kewangan dan pendidikan. Contoh Kerja Lapangan 411 Contoh Kerja Lapangan Revisi Cepat Geo Cth Kerja Lapangan 3pp.indd 411 22/03/2023 12:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Objektif Kajian Kajian ini tentang kegiatan ekonomi pertanian kelapa sawit di Semenyih Indah yang merangkumi beberapa objektif seperti berikut: (a) Menghuraikan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi di kawasan kajian. (b) Menerangkan latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan kajian. (c) Membina jadual tentang faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi yang berasaskan pertanian kelapa sawit di kawasan kajian. (d) Melukis dan mentafsir graf bar mudah tentang faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi yang berasaskan pertanian kelapa sawit di kawasan kajian. (e) Menyenaraikan dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi pertanian kelapa sawit di kawasan kajian. (f) Menjelaskan kesan kegiatan ekonomi yang berasaskan pertanian kelapa sawit terhadap alam sekitar di kawasan kajian. (g) Mencadangkan usaha untuk mengatasi kesan kegiatan ekonomi yang berasaskan pertanian kelapa sawit terhadap alam sekitar di kawasan kajian. 4 Kawasan Kajian Kawasan kajian ialah Semenyih Indah, Semenyih. Saya memilih kawasan ini kerana kedudukannya yang berhampiran dengan pekan Semenyih, iaitu kira-kira 3 km. Bentuk muka bumi di sebelah barat daya kawasan kajian saya ialah beralun-alun dengan ketinggian lebih kurang 60 m. Ini menyebabkan kegiatan ekonomi pertanian kelapa sawit dapat dijalankan. Tambahan, terdapat ciri budaya seperti Lebuhraya LEKAS di barat daya kawasan kajian menjadikan kawasan ini senang dihubungi. Kawasan ini juga dihubungi dengan jalan raya ke Pekan Semenyih, Jalan Bangi Lama dan kawasan sekitarnya. Selain itu, terdapat kawasan perumahan dengan kemudahan sosial seperti surau, sekolah dan lain-lain. 5 Kaedah Kajian Saya menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Kaedah kajian seperti berikut: (a) Pemerhatian Saya telah melawat kawasan kajian di Semenyih Indah, Semenyih untuk membuat pemerhatian tentang latar belakang kawasan tersebut. Saya memerhatikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi pertanian kelapa sawit di kawasan kajian serta kesan kegiatan ini terhadap alam sekitar di Semenyih Indah, Semenyih. 412 Contoh Kerja Lapangan Revisi Cepat Geo Cth Kerja Lapangan 3pp.indd 412 22/03/2023 12:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(b) Soal selidik Saya menyediakan satu set borang soal selidik untuk diajukan kepada 10 responden di kawasan kajian. Kandungan soal selidik tersebut berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi pertanian kelapa sawit, kesan terhadap alam sekitar dan cadangan untuk mengatasi kesan tersebut. (c) Rujukan Saya telah merujuk Buku Teks Geografi Tingkatan 3 untuk mendapatkan maklumat tentang konsep dan takrifan kegiatan ekonomi. Saya juga merujuk buku rujukan geografi di perpustakaan sekolah dan melayari laman sesawang untuk mendapatkan maklumat tambahan semasa menjalankan kajian. 6 Hasil Kajian (a) Jadual Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi pertanian di Semenyih Faktor-faktor Pilihan responden Bentuk muka bumi 8 Tanih 5 Iklim 3 Teknologi 2 Permintaan tempatan 6 Buruh 8 Modal 7 Infrastruktur 4 [Sumber: Kerja Lapangan Julai 2019] 413 Contoh Kerja Lapangan Revisi Cepat Geo Cth Kerja Lapangan 3pp.indd 413 22/03/2023 12:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(b) Graf bar mudah Petunjuk Bentuk muka bumi Tanih Iklim Teknologi Permintaan tempatan Buruh Modal Infrastruktur Bilangan respoden (orang) Faktor kegiatan ekonomi Faktor yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi Pertanian di Semenyih 0 2 4 6 8 Berdasarkan maklumat dari graf di atas, faktor bentuk muka bumi dan buruh merupakan faktor yang paling banyak dipilih oleh responden, iaitu lapan kali. Faktor modal menduduki tempat kedua dalam pilihan responden. Faktor yang terendah ialah teknologi, iaitu sebanyak dua pilihan sahaja. (c) Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi pertanian kelapa sawit di Semenyih Indah Bentuk muka bumi Lapan responden memilih aspek bentuk muka bumi sebagai faktor yang mempengaruhi penanaman kelapa sawit di kawasan kajian. Di bahagian barat daya kawasan kajian, bentuk muka bumi beralunalun dengan ketinggian kira-kira 60 m dari aras laut. Tanih Lima responden telah memberi pandangan tentang jenis tanih sebagai faktor yang mempengaruhi penanaman kelapa sawit. Tanih laterit yang luas di kawasan bahagian barat daya menggalakkan penanaman kelapa sawit. 414 Contoh Kerja Lapangan Revisi Cepat Geo Cth Kerja Lapangan 3pp.indd 414 22/03/2023 12:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Iklim Tiga responden menyatakan pendapat bahawa faktor iklim mempengaruhi penanaman kelapa sawit. Secara am, suhu 27°C dan jumah hujan tahunan melebihi 2 600 mm menggalakkan penanaman kelapa sawit. Teknologi Bilangan responden yang memilih faktor teknologi terendah, iaitu hanya dua orang sahaja. Mereka berpandangan bahawa penggunaan baja kimia dan benih yang berkualiti meningkatkan produktiviti atau keluaran kelapa sawit per hektar. Permintaan pasaran tempatan Enam orang responden menyatakan faktor permintaan pasaran tempatan mempengaruhi penanaman kelapa sawit di semenyih. Kelapa sawit dihantar ke kilang berdekatan untuk diproses. Keluaran minyak kelapa sawit dihantar ke kilang di Bandar Baru Bangi dan Seremban. Buruh Lapan orang responden memilih faktor kedapatan buruh yang ramai sebagai faktor yang mempengaruhi penanaman kelapa sawit. Terdapat banyak ladang di Semenyih yang menawarkan tenaga kerja kepada penduduk yang tinggal di kawasan persekitaran. Di samping itu, ladang juga mengambil buruh asing dari Bangladesh dan Indonesia untuk bekerja dalam sektor perladangan. (d) Kesan kegiatan ekonomi pertanian kelapa sawit ke atas alam sekitar di Semenyih Indah Pencemaran udara Mengikut responden yang bernama Rozanna Binti Mansor, kilang kelapa sawit berdekatan Semenyih Indah mengeluarkan asap hitam yang mampu menjejaskan kesihatan penduduk setempat. Kadang kala asap tersebut bergerak jauh bergantung pada keadaan angin yang bertiup. Pencemaran air Mengikut Encik Wahid bin Othman dan Puan Atikah binti Farid, penggunaan baja kimia dalam aktiviti perladangan kelapa sawit menyebabkan pencemaran air sungai Semenyih. Kandungan bahan kimia dalam baja serta penggunaan baja yang tidak mengikut sukatan piawaian mampu memusnahkan hidupan akuatik. Pencemaran tanah Menurut Encik Roslan bin Ahmad penggunaan baja kimia, racun serangga dan racun kulat akan meninggalkan bahan toksik yang tidak larut air di kawasan sekitar. Contohnya, plumbum dan zink dalam baja kimia terkumpul di dalam tanah. Keadaan ini meningkatkan keasidan tanih. 415 Contoh Kerja Lapangan Revisi Cepat Geo Cth Kerja Lapangan 3pp.indd 415 22/03/2023 12:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(e) Cadangan mengatasi kesan kegiatan ekonomi pertanian kelapa sawit di Semenyih Indah Undang-undang Tindakan yang tegas perlu dilaksanakan terhadap syarikat yang melakukan kemusnahan alam seperti mengenakan saman atau denda ke atas pemilik ladang berkenaan yang menyebabkan pencemaran udara. Pihak berkuasa perlu mempertingkat mutu kawalan atau memperhebat lagi pemantauan ke atas kilang kelapa sawit yang berhampiran sungai. Rawatan sisa-sisa Rawatan sisa dari kilang kelapa sawit mampu mengurangkan impak pencemaran terhadap alam sekitar. Pemilik kilang pemprosesan haruslah menyediakan kawasan rawatan sisa sebelum melepaskannya ke dalam sungai. Jabatan Alam Sekitar (JAS) harus memantau proses rawatan sisa yang dilaksanakan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Penggunaan kaedah kawalan biologi Pengusaha ladang sawit disaran menggunakan kaedah kawalan biologi untuk mengawal makhluk perosak. Contohnya, ular dan burung hantu digunakan untuk menangkap tikus yang makan buah kelapa sawit. Kaedah kawalan biologi ini dapat menggantikan penggunaan racun kimia yang mencemarkan alam sekitar. 7 Rumusan Saya sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja lapangan saya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menjalankan kajian ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya juga memahami kesan aktiviti pertanian kelapa sawit ke atas alam sekitar di kawasan kajian saya. Daripada situ lahirlah kesedaran pentingnya untuk mengadakan usaha untuk mengatasi kesan tersebut. Akhir kata, sebagai masyarakat dan penduduk yang prihatin terhadap alam sekitar, usaha untuk mengatasi kesan kegiatan ekonomi pertanian kelapa sawit di Semenyih Indah, Semenyih, seharusnya dijalankan sama ada secara individu atau bermasyarakat. Pihak yang bertanggungjawab seharusnya lebih prihatin dan mengambil langkah yang sewajarnya. 8 Rujukan (a) Buku Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman, Rajini Gauri Muthusamy, Pau Anak Utek, 2018. Buku Teks Geografi Tingkatan 3. Johor Bahru: IMS Books Trading Sdn. Bhd. (b) Orang Sumber Muhammad Rashid bin Amir, 40 tahun, No 20, Jalan Semenyih Indah 7, Taman Semenyih Indah, 43500 Semenyih, Selangor. (c) Internet https://pengertiandefinisi.com>Ekonomi www.utusan.com.my/sains.../cabaran-sektor-pertanian-1.523705 416 Contoh Kerja Lapangan Revisi Cepat Geo Cth Kerja Lapangan 3pp.indd 416 22/03/2023 12:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version