The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-10-17 03:20:15

Penulisan Berdiagram Bahasa Melayu SPM

Penulisan Berdiagram Bahasa Melayu SPM

ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BH


Kandungan Karangan Respons Terhad Panduan Menulis Karangan 2 Contoh 1 Langkah-langkah untuk Merapatkan Hubungan dalam Keluarga 5 Contoh 2 Kenaikan Harga Barang 7 Contoh 3 Pemupukan Nilai Murni dalam Kalangan Generasi Muda 9 Contoh 4 Peranan Bahasa Melayu dalam Masyarakat dan Negara 11 Contoh 5 Kenaikan Harga Racun dan Baja Membebankan Petani 13 Contoh 6 Resume Diri untuk Memohon Pekerjaan 15 Contoh 7 Sikap Masyarakat terhadap Kawasan Pelancongan 17 Contoh 8 Demam Denggi 19 Contoh 9 Aktiviti Pemerdagangan Manusia 21 Contoh 10 Amalan Pembaziran Makanan 23 Contoh 11 Pencemaran Alam Sekitar 25 Contoh 12 Cara Mengawal Penularan Wabak COVID-19 27 Karangan Respons Terbuka Panduan Menulis Karangan 30 Contoh Karangan Cemerlang 32 Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan Penyakit Berjangkit 34 Kepentingan Riadah 37 Pemakanan Sihat 40 Tema 2 Keselamatan Kemalangan di Rumah 43 Punca-punca Kemalangan di Jalan Raya 46 Tema 3 Perpaduan Perpaduan Kaum 49 Cabaran-cabaran untuk Memperkukuh Perpaduan 52 Tema 4 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Permainan Tradisional 55 Kebudayaan Kebangsaan 58 Tema 5 Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Faktor Patriotisme Semakin Kurang 61 Aktiviti Bulan Kemerdekaan 64 Tema 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Kerjaya dalam Bidang Sains 67 Kesan Buruk Penggunaan Internet 70 Berdiagram BM SPM(Kand).indd 1 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tema 7 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Aktiviti Kitar Semula 73 Penjagaan Alam Sekitar 76 Amalan Hijau 79 Tema 8 Pertanian, Penternakan dan Perikanan Memupuk Minat Generasi Muda terhadap Bidang Pertanian 82 Memajukan Sektor Pertanian di Negara Kita 85 Tema 9 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Literasi Kewangan 88 Pengurusan Kewangan Peribadi 91 Tema 10 Pelancongan Industri Pelancongan Negara 94 Memajukan Industri Pelancongan Negara 97 Tema 11 Sejarah dan Warisan Kepentingan Belajar Sejarah 100 Cara Menyeronokkan Belajar Sejarah 103 Tema 12 Sukan dan Rekreasi Penganjuran Sukan Bertaraf Dunia 106 Temasya Sukan di Sekolah 109 Tema 13 Perindustrian Kemajuan Sektor Perindustrian 112 Industri Kecil dan Sederhana (IKS) 115 Tema 14 Pendidikan Manfaat Belajar Secara dalam Talian 118 Pembelajaran Sepanjang Hayat 121 Tema 15 Bahasa dan Kesusasteraan Memartabatkan Kedudukan Bahasa Melayu 124 Semarakkan Sastera dalam Kalangan Masyarakat 127 Tema 16 Kerjaya Masalah Pengangguran dalam Kalangan Belia 130 Perniagaan dalam Talian 133 Tema 17 Integriti Menangani Budaya Rasuah 136 Kepentingan Integriti terhadap Kanak-kanak 139 Tema 18 Pentadbiran dan Politik Kestabilan Politik 142 Usaha Kerajaan Meningkatkan Pentadbiran Negara 145 Contoh Karangan Cemerlang Karangan 1 – Karangan 8 150 Kertas Model 166 Jawapan 169 Berdiagram BM SPM(Kand).indd 2 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


1 Karangan Respons Terhad Berdiagram BM SPM(Panduan).indd 1 PENERBIT 30/03/2023 4:28 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 Panduan Menulis Karangan Panduan Menjawab Soalan Karangan Respons Terhad 1 Teliti semua bahan rangsangan untuk mengenal pasti tema, isu dan skop tugasan. 2 Tema mungkin terdiri daripada pendidikan, alam sekitar, pertanian atau patriotisme. 3 Isu pula berkaitan dengan tema, misalnya isu ponteng sekolah, pendidikan secara dalam talian dan belajar secara berkumpulan bagi tema pendidikan. 4 Cabaran kepada murid adalah untuk mengenal pasti isu karangan dan fokus. 5 Skop tugasan terdiri daripada faktor, langkah, manfaat, kesan dan peranan. 6 Semua perkara ini perlu dikenal pasti dengan teliti kerana daripada skop inilah murid akan menghuraikan isi-isi yang diperoleh daripada bahan rangsangan tersebut. 1 Selepas murid mengenal pasti skop dan bilangannya, murid perlu membuat rangka karangan. 2 Contohnya, punca dan langkah menangani sesuatu perkara. 3 Daripada skop tersebut, rangka karangan harus terdiri daripada: • Pendahuluan – menyentuh tema secara umum • Isi 1 – isi daripada bahan rangsangan • Isi 2 – isi daripada bahan rangsangan • Isi 3 – isi daripada bahan rangsangan • Penutup – mencadangkan sesuatu dan menyatakan harapan 4 Jangan sesekali mengabaikan aspek pembinaan rangka ini kerana bahagian ini sangat penting bagi memastikan penulisan karangan lancar. Meneliti Bahan Rangsangan Membuat Rangka Berdiagram BM SPM(Panduan).indd 2 PENERBIT 30/03/2023 4:28 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Langkah-langkah Menulis Karangan 1 Bagi menulis pendahuluan yang baik, murid boleh menggunakan frasa menarik dan ditambah dengan isu yang dikemukakan pada bahan rangsangan. 2 Contoh frasa menarik yang boleh digunakan ialah ‘sudah terang lagi bersuluh,’ ‘pada era globalisasi ini’, ‘marcapada ini’ dan lain-lain lagi. 3 Tulis pendahuluan antara 17 hingga 25 patah perkataan. Jangan melebihi jumlah ini kerana panjang karangan keseluruhannya tidak melebihi 200 patah perkataan. 1 Isi diambil daripada bahan rangsangan dan dihuraikan dengan menggunakan idea murid. 2 Huraian hendaklah ringkas. Gunakan kosa kata luas dan peribahasa yang bersesuaian. 3 Panjangnya satu-satu perenggan hendaklah antara 40 hingga 55 patah perkataan. 4 Pastikan murid menyentuh fokus-fokus yang ada dalam bahan rangsangan tersebut. 5 Bilangan isi sebaik-baiknya tiga isi. Jangan melebihi bilangan tersebut. Berdiagram BM SPM(Panduan).indd 3 PENERBIT 30/03/2023 4:28 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 Langkah-langkah Menulis Karangan 1 Perenggan penutup haruslah terdiri daripada ayat kesimpulan, ayat cadangan dan juga ayat harapan. 2 Panjang perenggan penutup hendaklah antara 17 hingga 25 patah perkataan. 1 Murid harus memperuntukkan lima minit untuk menyemak karangan bagi mengurangkan kesilapan. 2 Semak kesalahan ejaan, perkataan dan ayat. Jika terdapat kesalahan, murid boleh memotong kesalahan tersebut dengan satu garisan memanjang dan membetulkan kesalahan tersebut pada bahagian atas garisan tersebut. 3 Semak perkataan atau ungkapan yang tertinggal. Murid boleh meletakkan tanda pancangan dan meletakkan perkataan pada bahagian atas ayat tersebut. • Semak bilangan perkataan. Jika bilangan perkataan melebihi jumlah yang ditetapkan, murid boleh memotong perkataan atau ayat tertentu. Pastikan potongan dilakukan dengan teliti. Berdiagram BM SPM(Panduan).indd 4 PENERBIT 30/03/2023 4:28 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


5 Contoh 1 Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan hubungan yang rapat dalam keluarga. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk merapatkan hubungan dalam keluarga. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kalau pergi ke Tanjung darat, Jangan lupa membeli sekaya; Hubungan keluarga perlu dipererat, Barulah keluarga bertambah bahagia. Lelah rasanya pulang berniaga, Singgah sebentar membeli makanan; Luangkan masa bersama keluarga, Setiap masalah diberikan jalan. “Apa sahaja aktiviti yang memerlukan pembabitan semua ahli keluarga akan membawa manfaat kepada hubungan kekeluargaan, termasuklah berkhemah. Bukan sahaja keseronokan, malah kesukaran dan cabaran juga dapat membentuk perkaitan yang utuh antara ibu bapa dengan anak-anak sekiranya ia ditangani dan diuruskan dengan baik”. Noor Afidah Abu Bakar – Perunding Keibubapaan Berdiagram BM SPM(1).indd 5 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 Pendahuluan Penutup • Memiliki keluarga yang bahagia menjadi dambaan semua insan di dunia ini • Keluarga bahagia merupakan tunjang kepada kedamaian dan keharmonian dalam keluarga • Hubungan dalam keluarga semakin rapuh dek kesibukan bekerja dan pengaruh teknologi maklumat • Ibu bapa dan anak-anak perlu memainkan peranan masing-masing untuk merapatkan hubungan dalam keluarga • Pelbagai aktiviti perlu dirancang dan dilaksanakan oleh ibu bapa dan anak-anak • Setiap ahli keluarga berperanan merealisasikan keluarga bahagia Isi 1: Meluangkan masa bersamasama • Apabila kita meluangkan masa bersama-sama, kita dapat menghimpunkan semua anggota keluarga • Siang hari semua ahli keluarga sibuk dengan urusan masing-masing – menjadikan malam dan hari cuti sebagai hari wajib untuk berkumpul dan makan bersama-sama • Berbual-bual tentang aktiviti, hobi dan minat masing-masing • Ibu bapa mengajar anak-anak mengaji dan solat bersama-sama • Hubungan keluarga bertambah rapat Isi 2: Mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak • Ibu bapa perlu mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak – mereka ialah amanah tuhan untuk dijaga dan dididik dengan sebaik-baiknya • Jiwa anak-anak perlu diisi dengan kasih sayang daripada ibu bapa – menyemai sikap penyayang dalam diri mereka • Ibu bapa perlu mendidik anakanak dengan akhlak yang baik dan mulia – bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia • Memberikan didikan agama – melembutkan hati dan menenangkan jiwa anak-anak Isi 3: Melakukan aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama • Aktiviti seperti berjoging, berkelah dan bersantai – aktiviti yang ideal dalam usaha merapatkan hubungan dalam keluarga – dilakukan pada masa senggang • Menyihatkan tubuh dan mendamaikan jiwa • Bergotong-royong melakukan kerja rumah – mengemas rumah, mengelap lantai, membersihkan halaman – pembahagian tugas dilakukan mengikut kesesuaian usia • Memupuk semangat kerjasama dan bertolak ansur Isi-isi Penting Langkah-langkah untuk Merapatkan Hubungan dalam Keluarga Berdiagram BM SPM(1).indd 6 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


7 Contoh 2 Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan kenaikan harga barang. Huraikan pendapat anda tentang kenaikan harga barang. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Gurindam Harga Barang Naik Apabila peniaga bersikap tamak, harga naik mencanak-canak. Apabila peniaga mengejar untung, nasib pengguna tidak dihitung. Apabila pengguna dah mula marah, peniaga tamak diboikotlah sudah. Apabila kerajaan campur tangan, barangan harga dapat dikurangkan. Saudara pengarang, Sejak kebelakangan ini, kenaikan harga barang keperluan semakin menjadi-jadi. Pelbagai alasan diberikan oleh peniaga dan pembekal barangan atas kenaikan harga barangan ini. Namun, kesannya ditanggung oleh pengguna terutamanya yang berpendapatan rendah. Oleh itu, kerajaan haruslah memikirkan mekanisme yang tepat untuk membantu golongan ini agar mereka tidak terus terbeban dengan isu ini. Berdiagram BM SPM(1).indd 7 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 Pendahuluan Penutup • Kebanyakan barangan dan perkhidmatan mengalami kenaikan harga – perbelanjaan rakyat semakin bertambah • Menimbulkan pelbagai kesan negatif – membebankan golongan yang berpendapatan rendah • Mengenal pasti punca kenaikan harga barang – kesan kenaikan harga barang – cara untuk menghadapi • Semua pihak perlu bersatu hati untuk mengawal kenaikan harga barang – kenaikan harga barang membebankan dan menyusahkan semua pihak Isi 1: Punca kenaikan harga barang • Kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa – meningkatkan kos pengeluaran dan pengangkutan – pengeluar memindahkan kos kepada pengguna – harga barang akan naik • Sikap peniaga yang tamak – mahu keuntungan yang banyak – sengaja menyorok barang – sengaja mengurangkan pengeluaran barang • Permintaan barang melebihi penawaran barang – biasanya pada musim perayaan – pembukaan semula sektor ekonomi selepas pandemik COVID-19 turut meningkatkan permintaan Isi 2: Kesan kenaikan harga barang • Membebankan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah – kehidupan semakin terhimpit – kuasa beli semakin berkurang – kais pagi makan pagi, kais petang makan petang • Ada keluarga yang terpaksa mengikat perut – berjimat cermat – tidak dapat menabung – ada yang terpaksa berhutang demi menampung perbelanjaan harian • Kejadian jenayah meningkat – untuk mendapatkan wang membeli makanan Isi 3: Cara menghadapi kenaikan harga barang • Pengguna perlu berjimat cermat – merancang perbelanjaan harian dengan rapi – berbelanja mengikut keperluan – tidak mudah terpedaya dengan iklan – menabung untuk keperluan masa depan – membudayakan makan di rumah • Memboikot peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati – sedar tentang hak mereka – melaporkan penyelewengan yang dilakukan oleh peniaga • Pemantauan pihak berkuasa – menguatkuasakan undang-undang – menetapkan harga barang-barang kawalan – menarik balik lesen peniaga yang ingkar Isi-isi Penting Kenaikan Harga Barang Berdiagram BM SPM(1).indd 8 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


9 Contoh 3 Maklumat di bawah berkaitan dengan pemupukan nilai murni dalam kalangan generasi muda. Huraikan pendapat anda tentang pemupukan nilai murni dalam kalangan generasi muda. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Generasi muda kini merupakan tonggak masa depan negara. Di tangan merekalah terletaknya maju mundur negara. Setiap generasi muda hendaklah diperkasa dengan ilmu dan akhlak agar tidak mudah tumbang dengan propaganda yang datang dari Barat. Jati diri yang kukuh mampu membina generasi muda yang cemerlang demi kemajuan negara. Usaha ini memerlukan komitmen daripada pelbagai pihak. Generasi muda mari dengarkan, untaian syair sebagai pesanan, bina dirimu arah kecemerlangan, dunia dan akhirat capai kejayaan. Ibu bapamu berikanlah taat, agar hidup mendapat berkat, nasihat diberi hendak dibuat, baru kejayaan datang melekat. Pemupukan Nilai Murni Generasi Muda Peranan ibu bapa: Menunjukkan tauladan yang baik Menghargai pencapaian murid Memberikan didikan agama dan moral Peranan media massa: Membudayakan nilai-nilai murni Peranan kerajaan: Melaksanakan dasar pendidikan yang berkesan Peranan guru: memastikan pematuhan disiplin dan peraturan Berdiagram BM SPM(1).indd 9 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


10 Pendahuluan Penutup • Nilai murni ialah amalan-amalan yang baik dalam kehidupan, contohnya sayang-menyayangi, bersopan santun, hormat-menghormati, tolong-menolong, prihatin, bersimpati, berperikemanusian dan lain-lain • Nilai murni penting dalam kalangan generasi muda – menjadi asas kesejahteraan sesebuah negara • Semua pihak harus berusaha memupuk nilai murni terhadap generasi muda • Semua pihak memainkan peranan yang penting – perlu dilakukan secara bersinergi dan proaktif • Generasi muda hari ini tonggak kemajuan negara pada masa depan Isi 1: Peranan remaja sendiri • Taat akan ibu bapa dengan mendengar nasihat mereka – hal ini penting untuk kejayaan di dunia dan di akhirat • Melalui ajaran agama dan moral – setiap agama menuntut penganutnya agar berbuat kebaikan – tolong-menolong, hormat-menghormati • Berpegang pada prinsip dan jati diri – tidak mudah terikut-ikut akan gejala negatif – bersikap tegas dan berani untuk berkata tidak terhadap aktiviti tidak sihat Isi 2: Peranan ibu bapa • Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak – menunjukkan tingkah laku yang positif seperti cara bercakap, amalan menjaga kebersihan, adab melayan tetamu – dapat dicontohi oleh anak-anak – bagaimana acuan begitulah kuihnya • Ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kemasyarakatan – contohnya, gotong-royong – mewujudkan sikap prihatin dan menghormati orang lain • Ibu bapa menerapkan didikan agama kepada anak-anak – dapat memupuk nilai murni dalam diri mereka sejak kecil – penting untuk memperkukuh jati diri generasi muda Isi 3: Peranan guru dan pihak kerajaan • Mendidik murid agar berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah – mengamalkan akhlak yang baik ketika di sekolah – bersama-sama rakan dan guru – disenangi ramai dan mudah didekati • Pihak kerajaan menganjurkan kempen budi bahasa – melahirkan murid yang berbudi bahasa, berhemah tinggi, berdikari dan bersifat cinta akan negara • Kerajaan mengadakan programprogram untuk memperkasakan nilai murni generasi muda Isi-isi Penting Pemupukan Nilai Murni dalam Kalangan Generasi Muda Berdiagram BM SPM(1).indd 10 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


11 Contoh 4 Maklumat di bawah berkaitan dengan peranan bahasa Melayu dalam masyarakat dan negara. Huraikan pendapat anda tentang peranan bahasa Melayu dalam masyarakat dan negara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Buah mengkudu besar gunanya, penuh khasiatnya dijadikan ubat; bahasa Melayu besar peranannya, berbeza latar satukan masyarakat. Memancing ikan berkailkan tangsi, berehatlah sebentar di Pulau Angsa; bahasa Melayu medium komunikasi, hubungan harmoni diserlahi bahasa. Azahar Bahari Teluk Intan. Saudara Pengarang, Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tidak harus dipertikaikan kerana telah termaktub dalam Perlembagaan negara. Justeru, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, bahasa komunikasi dan juga bahasa pentadbiran negara haruslah diperkukuh. Kita jangan sesekali memandang rendah kedudukan bahasa Melayu kerana sejarah telah membuktikan bahawa Melayu menjadi lingua franca yang amat penting dalam sejarah kegemilangan empayar Melaka. Berdiagram BM SPM(1).indd 11 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


12 Pendahuluan Penutup • Bahasa Melayu merupakan asas penting kepada negara – sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan • Sejarah mencatatkan bahawa semua pemimpin bersatu hati memilih bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara kita • Semua pihak harus memperkasa bahasa Melayu agar bertuan di tanah air sendiri • Meningkatkan martabat bahasa Melayu bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi di persada dunia Isi 1: Bahasa komunikasi dan perpaduan • Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa komunikasi dalam kehidupan seharian masyarakat majmuk di Malaysia – memupuk perpaduan kaum • Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah – menjadi medium komunikasi di sekolah – murid dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik – memudahkan mereka untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dari kaum yang lain – mewujudkan hubungan yang baik dan harmoni Isi 2: Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran • Digunakan dalam semua aspek pentadbiran kerajaan – urusan rasmi pentadbiran, suratmenyurat, minit mesyuarat • Kakitangan kerajaan harus mendaulatkan bahasa Melayu • Masyarakat menggunakan bahasa Melayu dan semasa berurusan dengan kakitangan kerajaan Isi 3: Usaha mendaulatkan bahasa Melayu • Mewajibkan semua pihak menggunakan bahasa Melayu dalam situasi rasmi • Perdana Menteri berucap dalam bahasa Melayu semasa persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – membuktikan komitmen kerajaan mendaulatkan bahasa Melayu • Memperkasa Dewan Bahasa dan Pustaka – melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menarik minat orang ramai terhadap keindahan bahasa Melayu Isi-isi Penting Peranan Bahasa Melayu dalam Masyarakat dan Negara Berdiagram BM SPM(1).indd 12 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


13 Contoh 5 Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan masalah kenaikan harga racun dan baja sehingga membebankan petani. Sebagai petani yang terlibat, tulis sepucuk surat kepada Pegawai Pertanian di kawasan anda untuk mengadukan masalah yang dihadapi dan cadangkan tindakan yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kenaikan Harga Racun dan Baja Membebankan Petani KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mendedahkan harga racun serangga meningkat sehingga 199%, iaitu daripada RM66 kepada RM197.50. Selain itu, racun kulat turut mencatatkan peningkatan 20.77%, diikuti racun siput hampir 20%, baja sebatian tiara blue 19.4%, Agrobridge 19.1 % dan NPK biru 14.5 %. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, berkata kenaikan harga itu di luar kawalan MAFI berikutan peningkatan harga pasaran dunia, sekali gus memberi kesan langsung kepada pengeluaran ditanggung petani. Sehubungan itu, katanya, pihak kementerian memperkenal langkah alternatif dengan menggalakkan pengurangan kebergantungan dan peralihan baja kimia kepada organik, selain memperkenal pelbagai pendekatan serta pengembangan perkhidmatan bagi jangka panjang. (Dipetik dan diubah suai daripada Bharian.com, 2 Disember 2021) Berdiagram BM SPM(1).indd 13 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


14 Pendahuluan Penutup • Format surat kiriman rasmi – alamat pengirim, alamat penerima dan tajuk • Memperkenalkan diri dan menyatakan masalah • Berharap agar kerajaan mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah ini • Untuk memastikan produktiviti pengeluaran tidak terjejas – bekalan sentiasa mencukupi – harga yang stabil dan berpatutan Isi 1: Kenaikan harga racun dan baja membebankan petani • Kenaikan ini menyebabkan modal yang besar diperlukan untuk mengusahakan sawah dan ladang • Ada petani yang terpaksa menghentikan aktiviti bertani – tidak mampu menyediakan modal • Ada yang meminjam wang daripada orang tengah – untuk meneruskan aktiviti pertanian Isi 2: Kesan kenaikan harga racun dan baja • Produktiviti dan hasil pertanian berkurangan – menjejaskan hasil pertanian – sayur-sayuran berkurangan – hanya segelintir petani sahaja yang meneruskan usaha bertani • Sumber pendapatan petani semakin kurang – petani sukar meneruskan kehidupan dengan pendapatan yang semakin sedikit • Ada yang terjerat dengan skim pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang tinggi Isi 3: Cadangan untuk menangani kenaikan harga racun dan baja • Pihak kerajaan menetapkan harga siling agar pembekal dan peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati • Pihak kerajaan memberikan subsidi kepada petani – dapat menyerap kenaikan harga tersebut Isi-isi Penting Kenaikan Harga Racun dan Baja Membebankan Petani Berdiagram BM SPM(1).indd 14 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


15 Contoh 6 Maklumat di bawah berkaitan dengan iklan kerja kosong dalam bidang teknologi maklumat. Sediakan resume diri anda yang lengkap bagi memohon satu pekerjaan yang anda minati dalam bidang tersebut. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Berdiagram BM SPM(1).indd 15 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


16 Pendahuluan Penutup • Maklumat peribadi – nama, alamat, nombor telefon dan e-mel • Jawatan yang dipohon • Pihak yang boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan pemohon Isi 1: Latar belakang akademik • Sekolah rendah dan menengah • Pusat pengajian tinggi dan menyatakan bidang yang diambil • Maklumat ko-kurikulum • Kemahiran teknologi maklumat • Kemahiran bahasa • Kemahiran lain yang relevan dengan jawatan yang dipohon – sekiranya ada Isi 2: Pengalaman kerja • Latihan industri – di syarikat tertentu semasa belajar • Bekerja di sebuah syarikat – menyatakan nama syarikat, jawatan dan skop kerja – tempoh masa bekerja Isi 3: Kekuatan diri • Mampu bekerja dalam situasi tekanan yang tinggi • Boleh bekerjasama dalam satu kumpulan • Boleh melakukan tugasan dalam tempoh masa yang diberi • Boleh bekerja dalam pengawasan yang minimum Isi-isi Penting Resume Diri untuk Memohon Pekerjaan Berdiagram BM SPM(1).indd 16 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


17 Contoh 7 Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki membalas satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Daripada: [email protected] Kepada: [email protected] Subjek: Kayanya Khazanah Sejarah Ipoh Salam hormat, Junaida, Apa khabar? Maaf kerana sudah lama tidak menghantar e-mel kepada kamu. Sebenarnya, saya baru sahaja habis peperiksaan pertengahan tahun. Saya ingin berkongsi pengalaman saya berkunjung ke tempat-tempat menarik di sekitar Ipoh. Sudah pasti Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah menjadi destinasi saya. Keunikan binaan bersejarah ini sudah banyak diungkapkan di media-media sosial. Saya terpukau dengan keindahan tempat tersebut. Saya tahu di tempat awak juga banyak bangunan dan tempat bersejarah. Saya ingin tahu tentang bangunan dan tempat bersejarah itu serta keunikannya. Saya menantikan respons daripada awak. Sahabatmu, Azim Daripada: [email protected] Kepada: [email protected] Subjek: Sikap Masyarakat terhadap Kawasan Pelancongan Salam sejahtera, Amanda, Apa khabar? Saya berharap kamu dan keluarga sihat sejahtera. Semenjak pertemuan kita pada pertengahan tahun lepas, kita sudah semakin sukar untuk berjumpa. Maklumlah masing-masing sibuk dengan persiapan untuk menghadapi SPM. Amanda, baru-baru ini saya dan keluarga saya menghabiskan masa selama dua minggu untuk mengunjungi, tempat-tempat menarik di negara kita. Kami bermula dari Kuala Lumpur hingga ke Kedah. Saya berasa sungguh gembira dengan percutian ini tetapi dalam masa yang sama saya turut kecewa dengan sikap segelintir masyarakat kita. Saya sedih melihat sampah sarap dibiarkan bersepah di sana-sini, walhal tong sampah terletak tidak jauh dari mereka. Tidak cukup dengan itu, ada pemandu yang gemar membuang sampah dari kenderaan mereka. Mereka seolah-olah tidak ada rasa bersalah langsung berbuat begitu. Keadaan ini boleh menjejaskan usaha kerajaan untuk memajukan industri pelancongan negara. Bolehkah kamu berikan cadangan yang sesuai untuk saya sampaikan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menangani masalah ini? Saya menantikan balasan e-mel daripada kamu mengenai perkara ini. Terima kasih. Yang benar, Hana Berdiagram BM SPM(1).indd 17 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


18 Pendahuluan Penutup • Mengucapkan terima kasih kepada rakan kerana menghantarkan e-mel • Tertarik dengan isu yang dibangkitkan – sikap masyarakat yang suka membuang sampah di merata-rata tempat • Berharap agar pihak kerajaan memandang serius terhadap kes pembuangan sampah di merata-rata • Sikap ini memberikan imej negatif terhadap negara – kerana nila setitik, rosak susu sebelanga Isi 1: Sikap masyarakat itu sendiri sebagai puncanya • Tidak berasa bersalah membuang sampah di merata-rata – buktinya, terdapat banyak sampah di tempat awam, contohnya kawasan rekreasi • Melambangkan sikap negatif masyarakat – banyak tong sampah disediakan tetapi tidak dimanfaatkan – masih ada yang membuang sampah di merata-rata • Hal ini tidak boleh dibiarkan – bukan sahaja mencacatkan pemandangan tetapi memberi kesan terhadap kesihatan Isi 2: Kerajaan perlu meningkatkan kempen kesedaran • Menguar-uarkannya di media massa – supaya masyarakat sedar akan sikap buruk mereka • Kain rentang dipasang di manamana – supaya masyarakat tahu dan lebih peka • Pihak Berkuasa Tempatan mengadakan program kempen sokongan Isi 3: Pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat • Mengenakan kompaun atau saman terhadap orang yang membuang sampah di merata-rata • Mendidik masyarakat agar mematuhi peraturan • Kita patut mencontohi negara Singapura – bertegas terhadap orang yang pengotor Isi-isi Penting Sikap Masyarakat yang Suka Membuang Sampah di Merata-rata Berdiagram BM SPM(1).indd 18 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


19 Contoh 8 Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan demam denggi. Huraikan pendapat anda tentang demam denggi. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Syair Demam Denggi Hamba bersyair sila dengarkan demam denggi lama gegarkan nyamuk aedes punca khabarkan nyawa melayang boleh sebabkan. Sikap sendirilah menjadi punca kebersihan diabaikan tidak dijaga air bertakung nyamuk pun suka mencari mangsa tak tentu masa. Azahar Bahari Ilham Bestari. Demam denggi ialah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Lebih daripada 100 buah negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi. Kebiasaannya, pesakit akan demam pada hari ketiga hingga hari keempat belas selepas digigit oleh nyamuk. Selalunya pesakit akan mengalami demam yang kuat, sakit kepala yang teruk dan sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot. (Dipetik dan diubah suai daripada http://www.myhealth.gov.my/demam-denggi/) Berdiagram BM SPM(1).indd 19 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


20 Pendahuluan Penutup • Masalah denggi – masalah lama tetapi tiada penyelesaian • Banyak nyawa yang terkorban – harus ditangani agar tidak terus berleluasa • Semua anggota masyarakat perlulah memainkan peranan untuk menangani masalah demam denggi • Semoga rakyat dapat hidup dalam keadaan sihat sejahtera Isi 1: Punca demam denggi • Penyakit bawaan nyamuk – Aedes aegypti – mudah membiak dalam air yang bertakung • Sikap masyarakat yang memandang enteng isu ini – tidak mementingkan kebersihan – membiarkan air bertakung – menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes • Nyamuk aedes tidak kenal mangsa – menyebabkan kes jangkitan sentiasa bertambah Isi 2: Kesan demam denggi • Setelah digigit oleh nyamuk yang membawa virus denggi, pesakit akan mula menunjukkan tandatanda dalam masa tiga hingga 14 hari • Pesakit mengalami demam yang kuat, pening, sakit otot dan sakit sendi • Pesakit juga akan muntah-muntah dan kehilangan selera makan, sakit perut dan badan dinaiki ruam kemerah-merahan Isi 3: Langkah menangani demam denggi • Masyarakat meningkatkan usaha mencegah pembiakan nyamuk aedes – menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes • Membuat semburan kabus di kawasan yang terdapat kes demam denggi • Memasang jaring pada tingkap rumah – menghalang nyamuk memasuki rumah – menggunakan ubat nyamuk atau kelambu semasa tidur • Kerajaan melaksanakan kempen kesedaran dan meningkatkan penguatkuasaan Isi-isi Penting Demam Denggi Berdiagram BM SPM(1).indd 20 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


21 Contoh 9 Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan aktiviti pemerdagangan manusia. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti pemerdagangan manusia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. SEREMBAN – Polis menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia yang didakwa bagi tujuan eksploitasi seks, Sabtu lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, penahanan lelaki berumur lingkungan 30-an di Pulau Pinang kirakira jam 10:30 pagi itu menjadikan setakat ini dua orang ditahan, termasuk seorang selebriti pada 1 Ogos lalu bagi membantu siasatan. “Kami masih menyiasat kes berkenaan dan lelaki itu direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) sehingga 13 Ogos ini,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin. (Dipetik dan diubah suai daripada “Seorang Lagi Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerdagangan Manusia”, BH Online, 9 Ogos 2021) Berdiagram BM SPM(1).indd 21 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


22 Pendahuluan Penutup • Masalah pemerdagangan orang – isu baharu tetapi semakin berleluasa • Tidak boleh dipandang enteng kerana satu bentuk perhambaan moden – jenayah terancang yang ketiga terbesar selepas penyeludupan dadah dan senjata api • Isu pemerdagangan manusia memerlukan pelibatan semua pihak • Berharap agar isu ini dapat ditangani demi kesejahteraan masyarakat Isi 1: Kes yang melibatkan pemerdagangan orang • Mangsa pada mulanya ditaburkan dengan janji-janji manis – pekerjaan, tempat tinggal dan kehidupan yang lebih baik • Sebaliknya mereka dipaksa bekerja sebagai pelacur – di luar kerelaan mangsa • Mangsa dijadikan buruh paksa – bekerja tanpa menerima upah • Penculikan kanak-kanak – organ mangsa seperti buah pinggang, jantung dijual kepada pihak lain Isi 2: Menimbulkan pelbagai kesan negatif • Kezaliman meningkat – pihak tidak bersalah dizalimi demi kepentingan pihak tertentu • Kes jenayah semakin bertambah – penculikan dan peras ugut • Mencemarkan nama negara – menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undangundang • Peningkatan masalah sosial dalam negara – masalah sosial makin berleluasa – penyakit berjangkit turut merebak Isi 3: Usaha untuk menangani kes • Kerajaan menjalankan kempen – meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu ini • Penguatkuasaan undang-undang – mengenakan hukuman yang berat terhadap pesalah • Kerjasama dengan negara-negara serantau – menghadapi isu ini secara bersama Isi-isi Penting Isu Pemerdagangan Manusia Berdiagram BM SPM(1).indd 22 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


23 Contoh 10 Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan sikap masyarakat yang suka membazirkan makanan. Huraikan pendapat anda tentang amalan pembaziran makanan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Sebagai rakyat Malaysia, masalah pembaziran makanan tidak asing lagi bagi kita. Setiap tahun, pasti akan ada peningkatan kadar pembaziran makanan. Sifat tamak tidak terkawal segelintir masyarakat menjadi punca masalah ini melanda Malaysia dan ia seharusnya dibendung supaya tidak mengundang padah, termasuk menjadi penyumbang kepada perubahan iklim. Berdasarkan statistik Food Aid Foundation, rakyat Malaysia membuang 15,000 tan makanan setiap hari dengan 3,000 tan makanan masih boleh dimakan. Lebih mengejutkan lagi SWCorp melaporkan rakyat Malaysia membuang 4,005 tan makanan yang masih boleh dimakan pada Ramadan 2019 sahaja. Masalah pembuangan makanan ini amat membimbangkan kerana pelupusan makanan ini seharusnya dilakukan dengan cara betul supaya ekosistem tidak terjejas. (Dipetik dan diubah suai daripada “Elak Pembaziran Makanan Pulihara Alam Sekitar, Iklim”, BH Online, 11 Januari 2021) Berdiagram BM SPM(1).indd 23 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


24 Pendahuluan Penutup • Amalan membazir makanan sudah menjadi amalan biasa • Sikap ini harus dikawal agar tidak berterusan – sepatutnya menghargai makanan dan mengelakkan pembaziran • Masalah pembaziran makanan tidak boleh dipandang enteng – memberi kesan buruk kepada masyarakat dan alam sekitar • Semua pihak harus bekerjasama untuk menangani isu ini Isi 1: Punca pembaziran makanan • Sikap masyarakat yang suka berbelanja besar ketika membeli barang-barang makanan – menganggap tidak rugi sekiranya makanan tersebut dibuang • Tidak membuat perancangan rapi sebelum membeli barangan dapur – membeli barangan yang tidak perlu – dibuang apabila tiba tarikh luput • Sifat tamak haloba – ketika menghadiri majlismajlis jamuan dan majlis berbuka puasa – mengambil juadah mengikut hawa nafsu – dalam kuantiti yang banyak – tidak habis dimakan dan seterusnya dibuang ke dalam tong sampah • Membeli makanan secara dalam talian – membeli mengikut nafsu – mengundang pembaziran Isi 2: Kesan pembaziran makanan • Sisa bahan buangan semakin bertambah – meningkatkan penggunaan kawasan pembuangan sisa – kesannya, tapak pelupusan sampah semakin berkurangan • Mencemarkan alam sekitar – sisa makanan yang dibuang akan mereput – turut menyebabkan pencemaran bau • Timbulnya masalah kewangan bagi sesetengah individu – membeli makanan yang tidak sepatutnya • Sikap ini terus berlaku dan berulang dalam kalangan masyarakat Isi 3: Cara untuk menangani • Ibu bapa menanamkan sikap menghargai makanan – mendidik anak-anak agar tidak membazirkan makanan – menasihati anak agar menghabiskan makanan • Kerajaan mengadakan kempen – mengingatkan masyarakat tentang kesan-kesan pembaziran makanan • Mengamalkan sikap berjimat cermat dengan mengambil makanan dalam jumlah yang diperlukan • Menyenaraikan barangan yang perlu dibeli agar tidak terbeli makanan yang tidak diperlukan Isi-isi Penting Amalan Pembaziran Makanan Berdiagram BM SPM(1).indd 24 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


25 Contoh 11 Maklumat di bawah berkaitan dengan pencemaran alam sekitar. Huraikan pendapat anda tentang pencemaran alam sekitar. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kerajaan sepatutnya mengenakan tindakan undangundang lebih tegas terhadap pesalah yang melakukan pencemaran alam sekitar. Antaranya ialah pihak berkuasa mengenakan kompaun yang tinggi kepada pesalah tersebut. Menurut Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, dengan hukuman lebih berat tanpa kompromi, hal ini secara tidak langsung akan membuatkan masyarakat berfikir sebelum melakukan pencemaran alam. “Pihak polis perlu memakai pakaian biasa sahaja dan meronda di tepi laut, di sungai atau di pantai untuk memantau keadaan di situ. Jika ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, pihak polis perlu mengeluarkan surat saman tanpa perlu bertolak ansur lagi. (Dipetik dan diubah suai daripada https://headtopics. com/my/isu-pencemaran-alam-sekitar-saman-sahajatanpa-kompromi-22188649) Sikap tidak bertanggungjawab individu dan organisasi Pembakaran terbuka Penguatkuasaan undangundang yang lemah Penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui Aktiviti pembalakan yang menyebabkan hakisan tanah Pembuangan sisa industri dan pertanian yang tidak terkawal Punca-punca Pencemaran Alam Sekitar Berdiagram BM SPM(1).indd 25 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


26 Pendahuluan Penutup • Pencemaran alam sekitar – pencemaran sekeliling yang menjejaskan kualiti kebersihan air, udara dan bumi – merupakan isu lama yang masih gagal ditangani – menimbulkan pelbagai kesan kepada hidup manusia • Perlukan usaha menyeluruh untuk menanganinya Pelestarian alam sekitar tanggungjawab bersama – semua pihak harus memainkan peranan masing-masing Isi 1: Mengenakan tindakan undangundang • Menghukum individu atau organisasi yang didapati bersalah mencemarkan alam sekitar • Menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada – menghukum pihak yang berkenaan – hukuman yang setimpal • Mestilah tegas dalam mengenakan hukuman – diharap dapat menimbulkan keinsafan – sikap berlembut hanya menambahkan masalah alam sekitar Isi 2: Agensi penguatkuasaan harus meningkatkan kawalan • Pelepasan asap kilang, kes pembakaran terbuka, pembuangan sisa toksik ke dalam sungai dan pembuangan minyak ke laut – terus berlaku tanpa kawalan • Pihak berkuasa perlu meningkatkan rondaan – supaya pesalah tidak terus melakukan aktiviti haram itu Isi 3: Penerokaan terhadap penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui • Penggunaan tenaga sekarang seperti petroleum dan gas memberi kesan terhadap alam sekitar – pembebasan gas korbon monoksida secara berlebihan • Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar, air dan angin harus dipertingkatkan • Pelbagai alternatif dan teknologi telah dicipta supaya penggunaannya lebih mesra alam Isi-isi Penting Pencemaran Alam Sekitar Berdiagram BM SPM(1).indd 26 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


27 Contoh 12 Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan wabak COVID-19 yang melanda negara-negara di dunia. Huraikan pendapat anda tentang wabak COVID-19. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Peningkatan berterusan angka kes harian di Lembah Klang dikenal pasti berpunca akibat penularan COVID-19 yang jauh lebih besar berbanding jumlah kes positif dikesan setiap hari. Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan berkata, pesakit juga tidak menyedari mereka dijangkiti dan boleh menyebarkan virus itu kepada orang lain kerana tidak mengalami gejala atau ‘pre-symptomatic’. Katanya, pada masa sama tahap keberkesanan vaksin bertindak balas dan melindungi penerima pula mengambil masa selama dua minggu selepas individu terbabit melengkapkan vaksinasi. Beliau berkata, penularan varian Omicron yang mempunyai kadar jangkitan lebih tinggi, dalam komuniti turut menyumbang kepada peningkatan kes. “Berdasarkan data dari negara yang merekodkan kadar vaksinasi tinggi mendapati, jangkitan COVID-19 masih boleh berlaku akibat varian Omicron, walaupun terdapat pengurangan ketara bilangan pesakit dimasukkan ke hospital dan bergejala teruk”. (Dipetik dan diubah suai daripada “Penularan Meluas COVID-19 Punca Kes Meningkat”, BH Online, 28 Julai 2021) Berdiagram BM SPM(1).indd 27 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


28 Pendahuluan Penutup • Wabak COVID-19 semakin berkurangan • Namun tidak bermakna wabak ini sudah habis • Semua pihak haruslah sentiasa berjaga-jaga – wabak ini masih ada di mana-mana COVID-19 masih belum berakhir – virus masih ada di sekeliling kita – perlu berhati-hati kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa Isi 1: Mengambil vaksin dan dos penggalak • Mengawal penularan wabak COVID-19 – penting untuk menguatkan ketahanan tubuh badan • Mematuhi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) • Sejajar dengan peribahasa kita – mencegah lebih baik daripada mengubati Isi 2: Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) • Terus memakai pelitup hidung dan mulut – ada tempat-tempat tertentu yang diberikan kelonggaran • Mengamalkan penjarakan sosial – kita harus menjaga diri kita sendiri Isi 3: Sentiasa menjaga kebersihan diri • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun – menyingkirkan kuman • Menggunakan cecair pensanitasi tangan – membasmi kuman Isi-isi Penting Cara Mengawal Penularan Wabak COVID-19 Berdiagram BM SPM(1).indd 28 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


29 Karangan Respons Terbuka Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 29 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


30 Malaysia mengalami jumlah kemasukan warga asing yang besar di dunia, terutamanya sebagai buruh berkemahiran rendah. Pekerja asing atau buruh asing merupakan pekerja yang berasal dari negara luar yang datang bekerja di Malaysia bagi sesuatu tempoh tertentu yang dikenali sebagai buruh ekonomi. (Dipetik dan diubah suai daripada http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/11) Contoh Soalan Sudah terang lagi bersuluh (AR), pendatang asing semakin membanjiri serata pelosok negara kita (Isu). Kemakmuran ekonomi dengan peluang pekerjaan yang banyak menjadi faktor penarik mereka datang ke negara kita (AH1). Kita tidak menafikan bahawa kehadiran mereka membawa rahmat kepada kemajuan ekonomi negara kita, namun pada masa yang sama, mereka menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat setempat (AH2). Sebelum nasi menjadi bubur, usahausaha proaktif perlulah dilakukan untuk membendung kedatangan pendatang asing di negara kita (AA). Contoh Perenggan Pendahuluan 1 Memperkenalkan isu secara umum. 2 Pendahuluan perlu ada 3 elemen, iaitu Ayat Rangsangan (AR), Ayat Huraian (AH) dan Ayat Arahan (AA). 3 Ayat Rangsangan (AR) ialah ayat pada permulaan pendahuluan. Murid boleh menggunakan beberapa frasa dalam ayat ini, contohnya, Sudah terang lagi bersuluh + isu, Mutakhir ini + isu dan Marcapada ini + isu 4 Ayat Huraian (AH) ialah ayat yang menghuraikan perkara yang disentuh. 5 Ayat Arahan (AA) ialah ayat yang mengolah arahan soalan menjadi bahagian karangan. 6 Murid sebaik-baiknya menggunakan kosa kata yang tepat dan peribahasa yang sesuai. Pendahuluan Sebagai respons terhadap pernyataan di atas, huraikan langkah-langkah untuk membendung kedatangan pekerja asing ke negara kita. Panduan Menulis Karangan Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 30 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


31 Langkah paling efektif untuk membendung kedatangan pekerja asing ke negara kita adalah dengan membekukan kemasukan pekerja asing (AJ). Kerajaan perlulah tegas dengan keputusan ini agar bilangan pekerja asing di negara kita dapat dikurangkan (AH1). Keputusan ini pasti akan mengundang bantahan daripada agensi pekerja asing, majikan-majikan dan negara-negara yang terlibat kerana menjejaskan sumber pendapatan mereka (AH2). Namun, hal ini amat penting dilakukan demi kemaslahatan masyarakat dan negara dalam jangka panjang (AH3). Agensi pekerja asing harus mengalihkan perniagaan mereka ke bidang perniagaan lain yang terbuka dengan luas di negara kita (AH4). Majikan-majikan pula haruslah menukar pandangan mereka dengan mengambil pekerja tempatan dengan tawaran gaji yang lebih lumayan dan memberikan latihan yang berterusan (AH5). Tuntasnya, ketegasan kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing ke negara kita perlu dilakukan bagi membendung kemasukan mereka (AP). Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu bagaikan aur dengan tebing untuk membendung kemasukan pendatang asing ke negara kita (AP). Hal ini dapat dilakukan dengan memastikan kerajaan memperkasakan peranan agensi-agensi di bawahnya, manakala masyarakat pula menjadi mata dan telinga pihak kerajaan untuk melaporkan sebarang penyeludupan pekerja asing ke negara kita (AC). Kerjasama ini diharapkan dapat membanteras kemasukan pekerja asing secara haram sekali gus menjamin keharmonian dan kestabilan negara kita (AH). Contoh Perenggan Isi Contoh Perenggan Penutup 1 Isi mengandungi elemen-elemen berikut, iaitu AJ + AH1 + AH2 + AH3 + AH4 + AP 2 AJ ialah ayat judul, iaitu isi kepada perenggan tersebut. 3 AH pula ialah ayat huraian, iaitu isi diolah dengan sebaik-baik mungkin bagi memperkukuh isi tersebut. 4 Sebaik-baiknya isi diolah menggunakan prinsip soalan 5W 1H, iaitu apa, bila, di mana, siapa, mengapa dan bagaimana. Bagaimanapun tidak semestinya semua soalan tersebut digunakan untuk mengolah isi. 5 Aspek pengolahan isi amat penting bagi memastikan isi berkembang dengan baik dan dapat mencukupkan bilangan patah perkataan. 6 AP pula ialah ayat penyimpul, iaitu membuat kesimpulan kecil terhadap isi yang diolah. Walau bagaimanapun, murid jangan sesekali menggunakan perkataan kesimpulan kerana ini akan mengelirukan pemeriksa. 7 Sebaik-baiknya, gunakanlah tegasnya, jelaslah dan tuntasnya. 1 Merupakan kesimpulan bagi keseluruhan karangan. 2 Kesimpulan yang baik harus mengandungi AP + AC + AH 3 AP ialah ayat penyimpul yang menggunakan perkataan Kesimpulannya, Konklusinya, dan Intihanya. 4 AC ialah ayat cadangan untuk menambah baik sesuatu keadaan atau kondisi. 5 AH ialah ayat harapan, iaitu harapan murid terhadap cadangan yang dikemukakannya. 6 Menggunakan frasa atau ungkapan menarik seperti peribahasa, kata-kata hikmat, simpulan bahasa, slogan atau cogan kata. Isi-isi Penting Penutup Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 31 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


32 Yang kaya semakin kaya kerana pandai melabur saham. Hal ini kerana, pelaburan saham dalam kalangan bumiputera adalah tidak asing lagi. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi yang tidak mempunyai kemahiran yang baik dalam pelaburan saham. Antara puncanya ialah kurangnya pendedahan dalam bidang saham ini. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.majalahlabur.com/saham/kesedaran-pelaburan-sahamdalam-kalangan-bumiputera/) Sebagai respons terhadap pernyataan di atas, kesedaran masyarakat terhadap aspek pelaburan masih kurang kerana mereka tidak tahu kebaikan melaburkan wang dalam sesuatu produk saham. Jelaskan faedah-faedah yang kita peroleh apabila melaburkan wang dalam sesuatu saham. Pendahuluan Sudah terang lagi bersuluh bahawa rakyat negara kita masih kurang kesedaran untuk membuat pelaburan sama ada pelaburan dalam unit saham amanah mahupun di Bursa Saham Kuala Lumpur (AR). Kajian mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia masih gemar menyimpan wang mereka di dalam bank walaupun kadar pulangannya amat rendah (AH1). Hal ini amat berbeza dengan penduduk di negara-negara maju yang memiliki kesedaran pelaburan yang lebih tinggi (AH2). Justeru, mereka mampu melipatgandakan wang mereka dengan lebih cepat menerusi ilmu pelaburan yang dimiliki oleh mereka (AH3). Pada hakikatnya, banyak kebaikan yang kita peroleh apabila kita mengamalkan tabiat melabur dalam kehidupan kita (AA). Isi-isi penting 1 Menjadi tauke kepada diri kita sendiri Antara kebaikan apabila kita melaburkan wang kita dalam saham ialah kita menjadi tauke kepada diri kita sendiri (AJ). Kita bebas memilih mana-mana kaunter yang mampu memberikan pulangan yang lebih tinggi kepada diri kita (AH1). Bagi memastikan kita mampu menjanakan pendapatan menerusi saham, kita perlulah meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelaburan saham (AH2). Kini, terdapat banyak institusi dan individu yang menawarkan kursus pelaburan saham sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian (AH3). Menerusi ilmu pengetahuan yang kita miliki, kita boleh memahami asas perniagaan sesebuah syarikat dan mengkaji analisis teknikal syarikat tersebut (AH4). Hal ini mampu menjadikan kita lebih mahir dalam pelaburan saham sekali gus dapat menjanakan pendapatan tetap sama ada setiap hari atau setiap minggu kepada kita (AH5). Tegasnya, pelaburan saham menjadikan kita pemilik sesebuah perniagaan menerusi saham yang kita laburkan dalam syarikat tersebut (AP). 2 Kita bebas bekerja mengikut waktu yang ditetapkan Apabila kita memilih pelaburan saham sebagai kerjaya, kita bebas bekerja mengikut waktu yang ditetapkan dalam tempoh masa yang kurang daripada waktu bekerja sebenar (AJ). Kita tidak lagi perlu bekerja dari pukul 9:00 pagi hingga 6:00 petang (AH1). Kita boleh bekerja mengikut masa yang sesuai dengan kita. Jika di negara kita, pasaran saham dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang (AH2). Kita tidak perlu lagi pergi ke firma-firma pelaburan, sebaliknya kita boleh menggunakan telefon bimbit kita untuk melaburkan wang Contoh Karangan Cemerlang Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 32 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


33 (AH3). Kita juga boleh memilih pelaburan di platform saham luar negara yang biasanya dijalankan pada waktu malam seperti NYSE dan NASDAQ (AH4). Kini, semakin ramai yang memilih pelaburan di luar negara kerana memberikan pulangan yang lebih tinggi yang menguntungkan mereka (AH5). Tuntasnya, kerjaya dalam pelaburan saham menawarkan waktu bekerja fleksibel dan lebih singkat (AP). 3 Pelaburan wang dalam unit amanah berisiko rendah dan memberi ketenangan Selain itu, pelaburan wang dalam unit amanah berisiko rendah dan memberi ketenangan kepada kita (AJ). Kini, terdapat banyak unit amanah yang terdapat di negara kita (AH1). Antara unit amanah yang tersohor ialah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) (AH2). Menerusi pelaburan unit amanah, wang kita akan dilaburkan oleh pengurus dana yang bertauliah dan berkepakaran (AH3). Walaupun pulangan menerusi pelaburan unit amanah ini amat rendah, iaitu sekitar lima hingga lapan peratus setahun, namun risikonya juga amat rendah dan amat selamat bagi sesiapa yang langsung tidak memiliki pengetahuan tentang cara pelaburan saham di kaunter terbuka (AH4). Malahan, kerajaan amat menggalakkan rakyat melaburkan wang mereka menerusi unit amanah ini bagi mewujudkan dana pelaburan yang besar bagi mengaktifkan syarikat-syarikat perniagaan yang memerlukan modal menerusi wang pelaburan orang ramai (AH5). Jelaslah bahawa tidak semua pelaburan berisiko besar tetapi memberi pulangan lebih baik kepada para pelabur (AP). 4 Pelaburan wang dalam saham memiliki kecairan yang tinggi Malahan, pelaburan wang dalam saham juga memiliki kecairan yang tinggi sebagaimana kita menyimpan wang di dalam bank (AJ). Apabila kita memerlukan wang, kita boleh sahaja mengeluarkan wang kita dengan segera terutama apabila kita melaburkan wang kita di unit-unit saham amanah (AH1). Jadi, tidak betullah tanggapan bahawa wang pelaburan tidak boleh dikeluarkan apabila kita memerlukan wang itu (AH2). Namun demikian, kita seharusnya mengelakkan pengeluaran wang daripada akaun pelaburan kerana ini boleh mengganggu pelan jangka panjang pelaburan kita sekali gus mengurangkan pulangan pelaburan yang kita peroleh (AH3). Pakar-pakar pelaburan selalu memberi pesanan agar kita melaburkan wang lebihan kita, bukannya wang yang kita peruntukkan untuk perbelanjaan bulanan kita (AH4). Oleh itu, kita dapat memastikan wang pelaburan kita berkembang dengan baik tanpa ada gangguan pengeluaran (AH5). Tuntasnya, wang dalam pelaburan saham turut memiliki kecairan yang tinggi yang membolehkan kita mengeluarkan wang tersebut semasa kita memerlukannya (AP). Penutup Kesimpulannya, banyak manfaat yang dapat kita peroleh apabila kita melaburkan wang kita dalam pasaran saham (AP). Justeru, kita perlu memantapkan ilmu pengetahuan dalam pelaburan saham melalui pelbagai kaedah sama ada belajar secara dalam talian atau pun belajar secara bersemuka (AC). Hal ini penting agar kita dapat meningkatkan keuntungan melalui pelaburan saham yang kita lakukan (AH). Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 33 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


34 Penyakit Berjangkit Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan Kini, semakin banyak penyakit yang membimbangkan masyarakat. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit, tetapi penyakit ini terus melanda masyarakat dengan pelbagai varian dan pelbagai gejala. Justeru, masyarakat haruslah memainkan peranan untuk mengurangkan risiko daripada terkena jangkitan penyakit berjangkit. Soalan Fokus Tip Bestari Murid perlu mengemukakan peranan-peranan yang dapat dilakukan oleh masyarakat bagi membendung penyakit berjangkit. Domain Awam Petikan di atas menjelaskan bahawa masyarakat perlu memainkan peranan yang amat penting untuk menangani penyakit berjangkit. Huraikan peranan-peranan yang dapat dilakukan oleh masyarakat bagi membendung sesuatu penyakit berjangkit. Info Ekstra Penyakit berjangkit ialah apa-apa penyakit yang boleh merebak di antara manusia atau haiwan. Ianya disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria, kulat dan virus. Penyakit berjangkit ini boleh merebak melalui beberapa cara. Mereka yang dijangkiti akan mula menunjukkan gejala-gejala tertentu. Gejala penyakit berjangkit kebanyakannya ringan dan akan hilang selepas beberapa hari. Namun terdapat juga penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa. Mematuhi akan saranan Kementerian Kesihatan Meningkatkan pengetahuan terhadap sesuatu wabak penyakit berjangkit Mementingkan kebersihan dan menjaga pergaulan Mengurangkan pergerakan ke tempat yang berisiko tinggi Peranan Masyarakat bagi Membendung Penyakit Berjangkit • era ledakan teknologi maklumat • sengaja menempah bala • umpama musuh yang tidak dapat kita lihat kehadirannya • mencegah itu lebih baik daripada mengubati Frasa Menarik Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 34 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


35 1 Mematuhi akan saranan Kementerian Kesihatan • Memakai pelitup hidung dan mulut, menjaga penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan dengan air serta sabun • Saranan mengenai sesuatu penyakit berjangkit amat penting dipatuhi oleh masyarakat • Kajian yang teliti telah dilakukan sebelum sesuatu saranan dikemukakan terhadap masyarakat 3 Mementingkan kebersihan dan menjaga pergaulan • Sesuatu wabak penyakit mudah merebak daripada amalan hidup yang tidak mementingkan kebersihan • Kuman suka membiak dan merebak di kawasan yang kotor • Kita perlu mengamalkan aspek kebersihan terutama apabila wabak penyakit sedang merebak • Kerap mencuci tangan dan membersihkan diri – memastikan pakaian yang kita pakai sentiasa bersih 2 Meningkatkan pengetahuan terhadap sesuatu wabak penyakit berjangkit • Maklumat tentang sesuatu penyakit mudah diperoleh pada zaman teknologi di hujung jari • Dapat mengetahui tentang punca penyakit, cara penyakit berjangkit dan cara-cara untuk mengelakkan penyakit berjangkit ini • Kita boleh mengambil langkah yang proaktif bagi mengelakkan kita dan keluarga kita terkena penyakit tersebut 4 Mengurangkan pergerakan ke tempat yang berisiko tinggi • Kita perlu menghindari kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak • Kadar kebolehjangkitan penyakit amat tinggi – jangan pergi ke kawasan tersebut tanpa sebab-sebab yang penting • Menangguhkan sesuatu urusan di tempat itu – suatu masa yang lain ketika wabak sudah mula berkurangan Peranan Masyarakat bagi Membendung Penyakit Berjangkit Idea Utama Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 35 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


36 Wabak penyakit berjangkit semakin berkembang di serata dunia termasuklah di negara kita. Sebelum ini, kita digemparkan dengan wabak COVID-19 yang meragut jutaan nyawa di seluruh dunia, kini kita berhadapan pula dengan wabak tangan, kaki dan mulut serta wabak cacar monyet. Kemunculan wabak demi wabak ini memerlukan kerjasama yang jitu lagi padu daripada seluruh masyarakat agar penularan penyakit ini dapat dibendung sejak awal lagi. Langkah pertama, masyarakat haruslah mematuhi saranan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara saranan yang sering diingatkan KKM ialah kita mesti memakai pelitup hidung dan mulut, menjaga penjarakan sosial dan selalu mencuci tangan. Apabila KKM mengeluarkan sesuatu saranan mengenai sesuatu penyakit berjangkit, saranan tersebut amat penting dipatuhi oleh masyarakat kerana kajian yang teliti telah dilakukan sebelum sesuatu saranan itu dikemukakan terhadap masyarakat. Langkah kedua, kita hendaklah sentiasa meningkatkan pengetahuan kita tentang sesuatu wabak. Pada era ledakan teknologi maklumat ini, amat mudah bagi kita untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu penyakit. Dengan pengetahuan yang kita miliki itu, kita mendapat tahu punca penyakit ini, cara penyakit ini berjangkit dan cara-cara untuk mengelakkan penyakit berjangkit ini. Justeru, kita boleh mengambil langkah yang proaktif bagi mengelakkan kita dan keluarga kita terkena penyakit tersebut. Di samping itu, kita juga haruslah mementingkan kebersihan dan menjaga pergaulan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan penyakit berjangkit berpunca daripada amalan hidup yang tidak mementingkan kebersihan. Natijahnya, kuman suka membiak dan merebak di kawasan yang kotor. Oleh itu, amalan kebersihan merupakan aspek yang paling utama yang perlu kita amalkan terutama apabila wabak penyakit sedang merebak. Justeru, kita patut kerap mencuci tangan dan memastikan pakaian yang kita pakai sentiasa bersih. Selain itu, kita patut mengelakkan pergerakan ke tempat yang berisiko tinggi. Hal ini demikian kerana, tempat tersebut telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak yang patut kita hindari. Di kawasan tersebut, kadar kebolehjangkitan penyakit amat tinggi dan kita sengaja menempah bala jika kita pergi ke kawasan tersebut tanpa sebab-sebab yang penting. Jika urusan kita di kawasan tersebut boleh ditangguhkan, kita patut menangguhkannya ke suatu masa yang lain ketika wabak sudah mula berkurangan. Kesimpulannya, banyak langkah yang boleh kita ambil untuk menghadapi wabak sesuatu penyakit. Dalam hal ini, langkah yang paling penting ialah kita jangan memandang mudah terhadap isu penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, penyakit berjangkit umpama musuh yang tidak dapat kita lihat kehadirannya. Musuh ini boleh menyerang mangsanya pada bila-bila masa tanpa mengenal mangsanya. Oleh itu, kita hendaklah berpegang pada peribahasa kita, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Contoh Karangan Lengkap Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 36 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


37 Kepentingan Riadah Amalan riadah besar manfaatnya terhadap kesihatan manusia. Namun begitu, amat sedikit dalam kalangan masyarakat yang dapat melakukan riadah secara konsisten. Pelbagai alasan yang diberikan oleh masyarakat sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan riadah. Soalan Fokus Tip Bestari Murid perlu mengemukakan alasan-alasan atau sebab-sebab yang menyukarkan masyarakat untuk beriadah. Domain Peribadi Sebagai respons terhadap pernyataan di atas, jelaskan alasan-alasan yang kerap diberikan oleh masyarakat sehingga menyukarkan mereka daripada melakukan riadah. • tak kenal maka tak cinta • dijadikan ikon Frasa Menarik Info Ekstra Riadah bermaksud melakukan aktiviti yang dapat merehatkan minda setelah penat seharian bekerja. Aktiviti riadah juga mampu mengisi masa lapang kita dengan aktiviti-aktiviti yang kita gemari. Terdapat pelbagai jenis aktiviti riadah, contohnya berkumpul dan melakukan aktiviti santai bersama-sama keluarga, berjoging, berkebun, mendaki gunung dan sebagainya. Semua aktiviti riadah mendatangkan manfaat yang sama walaupun dilakukan dengan cara yang berbeza. Alasan Masyarakat Sukar Beriadah Kesibukan dengan rutin harian Kekurangan prasarana riadah di tempat tinggal mereka Faktor kekangan kewangan Kurangnya kempen oleh pihak kerajaan Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 37 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


38 1 Kesibukan dengan rutin harian • Ada yang terpaksa ke luar rumah untuk pergi ke tempat kerja pada awal pagi – pulang pada waktu malam • Waktu malam, masa dihabiskan dengan keluarga – makan bersama-sama, memantau pelajaran anak-anak dan urusan keluarga yang lain • Pada hujung minggu – sibuk membawa anak berjalanjalan atau membeli barangan keperluan • Memang tiada masa langsung untuk beriadah kerana padat dengan aktiviti harian 3 Kekurangan prasarana riadah di tempat tinggal mereka • Kemudahan sukan – gimnasium, dewan, gelanggang sukan dan taman rekreasi hanya terdapat di bandarbandar sahaja • Kemudahan tersebut tidak terdapat di kawasan pedalaman atau luar bandar • Terpaksa bergerak ke bandar yang mencecah puluhan kilometer hanya semata-mata untuk melakukan riadah 2 Kekangan kewangan • Tidak mempunyai wang untuk membeli kemudahan sukan – harga pakaian dan peralatan sukan mencecah ratusan ringgit • Contohnya, jika seseorang ingin bermain tenis – perlu membeli raket tenis, kasut, pakaian yang sesuai • Bagi golongan berpendapatan sederhana dan berpendapatan tinggi – tidak mempunyai masalah untuk membeli barangan tersebut 4 Kurangnya kempen oleh pihak kerajaan • Masyarakat kurang kesedaran terhadap kepentingan beriadah • Dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat • Kempen secara proaktif dan meluas – agensi kerajaan dari semasa ke semasa • Artis yang berakhlak baik dan memiliki gaya hidup sihat boleh dijadikan ikon untuk menarik pelibatan masyarakat Alasan Masyarakat Sukar Beriadah Idea Utama Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 38 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


39 Aktiviti riadah seperti berjoging, berbasikal dan mendaki bukit semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita. Buktinya, pada setiap hujung minggu, kita mendapati kawasan rekreasi tersebut dibanjiri oleh pengunjung yang teruja melakukan aktiviti yang digemari oleh mereka. Namun, pada masa yang sama, masih ramai lagi yang tidak beriadah atas kekangan pelbagai faktor. Kekangan yang kerap kita dengar ialah kesibukan dengan rutin harian. Seawal pagi, ada yang terpaksa ke luar rumah untuk pergi ke tempat kerja. Mereka pulang ke rumah pula pada waktu malam. Pada waktu malam, masa dihabiskan dengan keluarga untuk makan bersama-sama, memantau pelajaran anak-anak dan urusan keluarga yang lain. Pada hujung minggu pula, mereka sibuk membawa anak berjalan-jalan atau membeli barangan keperluan. Jadi, mereka memang tiada masa langsung untuk beriadah kerana padat dengan aktiviti harian. Di samping itu, banyak orang yang tidak melakukan riadah atas faktor kekangan kewangan. Mereka tidak mempunyai wang untuk membeli pakaian dan peralatan sukan yang mencecah ratusan ringgit harganya. Sebagai contohnya, jika seseorang ingin bermain tenis, dia perlu membeli raket tenis, kasut, pakaian yang sesuai dan membayar sewa gelanggang tenis. Bagi golongan berpendapatan sederhana dan berpendapatan tinggi, mereka mungkin tidak mempunyai masalah untuk membeli barangan tersebut. Namun, bagi golongan yang berpendapatan rendah, mereka berasa amat sukar untuk membelinya. Selain itu, masyarakat tidak beriadah kerana kekurangan prasarana riadah di tempat tinggal mereka. Kemudahan sukan berupa gimnasium, dewan, gelanggang sukan dan taman rekreasi hanya terdapat di bandarbandar sahaja. Bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman atau di luar bandar, kemudahan tersebut tidak terdapat di tempat tinggal mereka. Adalah sesuatu yang sukar jika mereka terpaksa bergerak ke bandar yang mencecah puluhan kilometer hanya semata-mata untuk melakukan riadah. Hal ini sepatutnya difikirkan oleh pihak berkuasa agar penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman turut dapat menikmati kemudahan prasarana sukan di tempat mereka. Aktiviti riadah juga masih kurang diamalkan oleh sesetengah pihak kerana kurangnya kempen daripada pihak kerajaan. Kempen ini amat penting untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya aktiviti riadah terhadap mereka bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Justeru, kempen secara proaktif dan meluas perlu dilaksanakan oleh agensi kerajaan dari semasa ke semasa. Artis yang berakhlak baik dan memiliki gaya hidup sihat boleh dijadikan ikon untuk menarik pelibatan masyarakat. Malahan, media sama ada media massa atau media sosial harus diperkasa untuk menguaruarkan kempen tersebut agar sampai ke serata pelosok negara. Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menjadi kekangan kepada amalan riadah dalam kalangan masyarakat kita. Oleh itu, kekangan ini haruslah diatasi oleh semua pihak agar aktiviti riadah ini berdarah daging dalam kalangan masyarakat kita. Kita berharap agar rakyat Malaysia memiliki tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan beriadah demi melahirkan warganegara yang sejahtera demi melonjakkan pembangunan negara ke tahap maksimum. Contoh Karangan Lengkap Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 39 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


40 Pemakanan Sihat Kini masyarakat terdedah kepada pelbagai penyakit akibat gaya pemakanan yang tidak sihat. Natijahnya, negara berhadapan dengan kerugian kerana terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi. Rakyat pula tidak dapat bekerja secara optimum lantaran penyakit yang ditanggung oleh mereka. Justeru, amalan pemakanan yang sihat perlu dibudayakan dalam kalangan masyarakat kita. Soalan Fokus Domain Pendidikan Sebagai respons terhadap pernyataan di atas, andaikan anda sebagai pegawai kesihatan telah diminta menyampaikan ceramah kepada sekumpulan murid mengenai amalan pemakanan sihat. Tulis ceramah anda selengkapnya. • impak negatif terhadap masyarakat dan negara • melonjakkan pembangunan negara • memacu kemajuan negara • meningkatkan kekebalan tubuh Frasa Menarik Amalan Pemakanan Sihat Tip Bestari Murid perlu mengemukakan amalan-amalan pemakanan sihat yang harus diamalkan oleh masyarakat terutamanya murid-murid. Makan mengikut piramid makanan Kurangkan pengambilan makanan segera Kurangkan pengambilan makanan ringan Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 40 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


41 1 Makan mengikut piramid makanan • Murid haruslah makan mengikut piramid makanan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia • Boleh melebihkan makanan yang mengandungi karbohidrat – mengurangkan pengambilan makanan manis dan berlemak kerana makanan ini berbahaya terhadap kesihatan 3 Kurangkan pengambilan makanan segera • Gaya pemakanan remaja telah berubah – perkembangan teknologi maklumat – iklan makanan segera sangat meluas dan kuat pengaruhnya • Tidak ada salahnya jika sesekali kita menikmati makanan tersebut – jika menjadi rutin harian, sudah tentu akan memberikan kesan terhadap kesihatan 2 Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran • Memberikan kesan terhadap imunisasi dan daya tahan tubuh badan untuk melawan sesuatu penyakit • Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai vitamin – meningkatkan kekebalan tubuh melawan serangan virus • Sumber protein seperti ayam, daging dan ikan sahaja tidak cukup untuk meningkatkan kekuatan tubuh badan 4 Kurangkan pengambilan makanan ringan • Amat berbahaya terhadap kesihatan jika dimakan setiap hari • Makanan ringan biasanya mengandungi perisa dan perasa tertentu, kandungan gula dan garam yang amat tinggi dan ada bahan awet • Penggemar makanan ringan terdedah kepada penyakit darah tinggi, diabetes dan kanser Amalan Pemakanan Sihat Idea Utama Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 41 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


42 Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ilham Bestari, barisan guru penolong kanan, guru-guru seterusnya murid-murid sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada pagi ini saya akan menyampaikan ceramah yang bertajuk “Amalan Pemakanan yang Sihat Asas Kesejahteraan Hidup”. Murid-murid yang dikasihi, Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa kadar kesihatan rakyat Malaysia pada masa ini semakin merosot. Penyakit yang kerap dihidapi oleh rakyat Malaysia ialah diabetes, darah tinggi, penyakit jantung dan kanser. Kebanyakan penyakit ini berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana memberikan pelbagai impak negatif terhadap masyarakat dan negara. Amalan pemakanan sihat bukanlah satu pilihan pada masa ini tetapi satu kewajipan terutama bagi murid-murid. Hal ini demikian kerana, murid yang merupakan tonggak kemajuan negara pada masa hadapan haruslah memiliki tubuh badan yang sihat untuk memacu kemajuan negara. Langkah pertama, murid haruslah makan mengikut piramid makanan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Menerusi piramid makanan ini, pengambilan makanan manis dan berlemak perlu dikurangkan kerana makanan ini berbahaya terhadap kesihatan. Murid-murid sekalian, Kajian mendapati bahawa ramai remaja yang tidak gemar makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Hal ini memberikan kesan terhadap imunisasi dan daya tahan tubuh badan untuk melawan sesuatu penyakit. Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai vitaminvitamin tertentu yang meningkatkan kekebalan tubuh menghadapi serangan virus. Pergantungan semata-mata kepada sumber protein seperti ayam, daging dan ikan sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, murid-murid perlu makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk kebaikan mereka. Perkembangan teknologi maklumat kini menyebabkan iklan semakin meluas dan kuat pengaruhnya kepada masyarakat termasuklah remaja. Natijahnya, gaya pemakanan remaja kini mengalami perubahan. Jika dahulu, remaja menikmati makan tengah hari yang seimbang, kini remaja gemar menikmati makanan segera. Jika makanan tersebut menjadi rutin harian, sudah tentu akan memberikan kesan terhadap kesihatan. Hal ini demikian kerana, makanan segera biasanya terdiri daripada makanan yang sudah terproses, memiliki lemak yang tinggi dan kandungan garam yang banyak. Satu lagi kegemaran remaja masa ini ialah makanan ringan berupa kerepek, keropok, snek dan gula-gula. Makanan tersebut tidak begitu besar impaknya jika dimakan sekali-sekala tetapi amat berbahaya terhadap kesihatan jika dimakan setiap hari. Hal ini demikian kerana, makanan ringan biasanya mengandungi perisa dan perasa tertentu, kandungan gula dan garam yang amat tinggi dan ada bahan awet. Oleh itu, murid-murid haruslah mengurangkan pengambilan makanan ringan demi kesejahteraan tubuh badan. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengingatkan murid agar menjaga pemakanan sejak awal lagi supaya memperoleh tubuh badan yang sihat. Ingatlah bahawa kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang sangat berharga yang perlu kita jaga dengan sebaik-baiknya. Contoh Karangan Lengkap Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 42 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


43 Kemalangan di Rumah Tema 2 Keselamatan Keselamatan adalah sangat penting bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan. Antaranya, anda jangan membiarkan rumah anda berselerak dengan barang permainan anak anda. Hal ini boleh menyebabkan sesiapa sahaja boleh luka atau terjatuh jika terpijak permainan tersebut. (Sumber: Internet) Soalan Fokus Tip Bestari Murid perlu mengemukakan langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah. Domain Awam Sebagai respons terhadap pernyataan di atas, huraikan langkah-langkah untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah. • anak-anak yang masih mentah • malang tidak berbau • sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna • sudah terhantuk baru tengadah Frasa Menarik Langkah-langkah untuk Mengelakkan Kemalangan di Rumah Menyimpan peralatan yang tajam di tempat tinggi Membaiki sebarang kerosakan di rumah dengan segera Memastikan peralatan elektrik tidak digunakan oleh anak-anak Memastikan rumah dalam keadaan selamat Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 43 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


44 1 Menyimpan peralatan yang tajam di tempat tinggi • Tempat yang sukar dicapai oleh anak-anak • Anak-anak yang masih mentah tidak dapat membezakan antara peralatan yang berbahaya dengan yang tidak • Mudah terpengaruh dengan adegan-adegan yang dipaparkan di televisyen • Menggunakan peralatan tersebut sekadar untuk bermain-main – mendedahkan mereka kepada bahaya 3 Memastikan rumah dalam keadaan selamat • Lantai hendaklah kering – jika basah hendaklah dimop dengan segera • Tangga juga hendaklah lapang – tiada peralatan yang boleh menghalang laluan • Lapik meja jangan terlalu labuh – anak kecil akan menarik lapik meja itu 2 Memastikan peralatan elektrik tidak digunakan oleh anak-anak • Tidak digunakan sewenang-wenangnya • Peralatan elektrik amat bahaya jika digunakan tanpa pengetahuan yang sesuai • Contohnya, seterika atau alat pemanas air – keduadua peralatan ini boleh mencederakan dan juga boleh menyebabkan kebakaran • Ibu bapa haruslah melarang anak-anak mereka daripada menggunakan peralatan ini 4 Membaiki sebarang kerosakan di rumah dengan segera • Sebarang kerosakan di rumah akan mendedahkan anakanak kepada kemalangan • Jika ada wayar elektrik yang terputus – segera panggil pihak yang sesuai untuk membaiki kerosakan itu • Jika ada singki yang patah atau pecah – perlu segera dibaiki – kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa – anak-anak berhadapan dengan risiko kemalangan Langkah-langkah untuk Mengelakkan Kemalangan di Rumah Idea Utama Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 44 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


45 Kita kerap mendengar berita tentang kemalangan yang berlaku di rumah. Ironinya, kemalangan ini bukan sahaja mendatangkan kecederaan yang parah, malahan boleh membawa maut. Amat sedih sekali jika kemalangan yang berlaku ini terhadap kanak-kanak yang masih kecil akibat kecuaian ibu bapa mereka. Justeru, kita haruslah mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi mengelakkan kemalangan berlaku di rumah kerana malang tidak berbau. Langkah paling utama, ibu bapa haruslah menyimpan peralatan yang tajam di tempat tinggi yang sukar dicapai oleh anak-anak. Hal ini demikian kerana, anak-anak yang masih mentah tidak dapat membezakan antara peralatan yang berbahaya dengan yang tidak. Tambahan pula, mereka mudah terpengaruh dengan adegan-adegan yang dipaparkan di televisyen. Justeru, mereka ingin menggunakan peralatan tersebut sekadar untuk bermain-main, namun hal ini mendedahkan mereka kepada bahaya. Selain itu, ibu bapa haruslah memastikan peralatan elektrik tidak sewenang-wenangnya digunakan oleh anak-anak tanpa pemantauan ibu bapa. Jelas sekali, peralatan elektrik amat bahaya jika digunakan tanpa pengetahuan yang sesuai. Sebagai contohnya, anak-anak menggunakan seterika atau alat pemanas air. Kedua-dua peralatan ini boleh mencederakan mereka dan lebih buruk lagi boleh menyebabkan kebakaran. Dalam hal ini, ibu bapa haruslah melarang anak-anak mereka daripada menggunakan peralatan ini. Di samping itu, ibu bapa juga haruslah memastikan rumah dalam keadaan selamat dan tidak menyebabkan kemalangan terhadap anakanak. Lantai hendaklah kering dan jika basah hendaklah dimop dengan segera. Tangga juga hendaklah lapang dan tiada peralatan yang boleh menghalang laluan anak-anak. Di samping itu, lapik meja juga tidak terlalu labuh kerana ini menyebabkan anak-anak kecil akan menarik lapik meja tersebut. Semua perkara ini harus diteliti oleh ibu bapa kerana banyak kemalangan yang berlaku di rumah akibat sikap ibu bapa yang memandang enteng terhadap perkara tersebut. Apabila berlaku kemalangan, barulah mereka sesal sedangkan peribahasa kita ada mengatakan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Ibu bapa juga haruslah segera membaiki kerosakan yang berlaku di rumah mereka. Hal ini demikian kerana, sebarang kerosakan akan mendedahkan anak-anak kepada kemalangan. Sebagai contohnya, jika ada wayar elektrik yang terputus, ibu bapa haruslah segera memanggil pihak yang sesuai untuk membaiki kerosakan tersebut. Demikian juga, jika ada singki yang patah atau pecah, kerosakan tersebut perlu segera dibaiki kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa terhadap anak. Janganlah sudah terhantuk baru tengadah, kerana hal ini boleh menyebabkan anak-anak berhadapan dengan risiko kemalangan. Kesimpulannya, ibu bapa sebagai individu yang berperanan penting di rumah haruslah bertindak proaktif bagi mengelakkan kemalangan berlaku di rumah. Tindakan segera amat penting bagi memastikan rumah sebagai tempat yang paling selamat untuk didiami oleh anakanak, sesuai dengan konsep ‘rumahku, syurgaku’. Contoh Karangan Lengkap Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 45 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


46 Punca-punca Kemalangan Jalan Raya Statistik kemalangan jalan raya di negeri ini merekodkan 11,951 kes bermula Januari lalu sehingga semalam, iaitu meningkat berbanding 7,759 kes dalam tempoh sama tahun lalu. Ketua Polis Pahang berkata, dalam tempoh itu, kes kemalangan maut turut meningkat membabitkan 213 kes berbanding 156 tahun lalu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kemalangan Maut di Pahang Meningkat”, Utusan Malaysia, 20 Julai 2022) Soalan Fokus Domain Awam Petikan akhbar di atas menunjukkan statistik kemalangan jalan raya yang semakin meningkat. Huraikan punca-punca kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. • memandang enteng • umpama mencurahkan air ke daun keladi Frasa Menarik Punca-punca Kadar Kemalangan Jalan Raya Meningkat Tip Bestari Murid perlu mengemukakan puncapunca kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Sikap pemandu yang memandang enteng aspek keselamatan di jalan raya Keadaan jalan raya di negara kita Sikap pemandu ketika memandu Kegagalan kempen yang dijalankan oleh kerajaan Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 46 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


47 1 Sikap pemandu yang memandang enteng aspek keselamatan di jalan raya • Memandu kereta atau menunggang motosikal dengan laju – mahu cepat sampai ke destinasi yang dituju • Mahu menunjukkan kehebatan diri mereka memandu kenderaan • Kelajuan boleh membunuh – kenderaan yang dipandu laju sukar untuk dikawal jika berlaku sesuatu yang di luar kawalan • Kelajuan merupakan faktor utama berlakunya kemalangan 3 Keadaan jalan raya di negara kita • Keadaan jalan raya yang berlubang dan tidak selenggarakan dengan baik • Jalan raya menjadi licin ketika hari hujan • Kualiti jalan raya di negara kita semakin meningkat khususnya jalan-jalan di lebuh raya • Sesetengah tempat jalan-jalan di negara kita masih kurang memuaskan • Pembinaan jalan raya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan 2 Sikap pemandu ketika memandu • Memandu dalam keadaan letih dan mengantuk • Memandu kenderaan dalam keadaan mabuk dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah • Tidak memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan – kenderaan mengalami kerosakan yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain 4 Kegagalan kempen yang dijalankan oleh kerajaan • Kempen yang dijalankan kurang menyuntik kesedaran kepada masyarakat • Mesej-mesej yang disampaikan tidak memberi kesan langsung kepada masyarakat • Mangsa-mangsa kemalangan boleh memberikan ceramah kesedaran kepada golongan muda – lebih berhati-hati di jalan raya Punca-punca Kadar Kemalangan Jalan Raya Meningkat Idea Utama Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 47 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version