The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-10-17 03:20:15

Penulisan Berdiagram Bahasa Melayu SPM

Penulisan Berdiagram Bahasa Melayu SPM

48 Saban tahun ribuan nyawa terkorban akibat kemalangan jalan raya. Hal ini sesuatu yang menyedihkan kita kerana negara kita kehilangan aset yang amat berharga. Justeru, semua pihak haruslah berganding bahu untuk mengurangkan kadar kemalangan di negara kita. Langkah paling utama, kita haruslah mengenal pasti punca-punca utama kemalangan kerap berlaku di negara kita. Punca utama kemalangan kerap berlaku ialah sikap pemandu yang memandang enteng aspek keselamatan di jalan raya. Masih ramai yang memandu kereta atau menunggang motosikal dengan laju. Mereka mahu cepat sampai ke destinasi yang dituju di samping mahu menunjukkan kehebatan diri mereka. Kelajuan memang boleh membunuh seseorang kerana kenderaan yang dipandu laju sukar untuk dikawal jika berlaku sesuatu yang di luar kawalan. Kajian Kementerian Pengangkutan Jalan mendapati bahawa kelajuan merupakan faktor utama berlakunya kemalangan maut. Selain itu, kemalangan juga berlaku kerana keadaan jalan raya di negara kita. Kita mengakui bahawa tahap kualiti jalan raya di negara kita semakin meningkat khususnya jalan-jalan di lebuh raya, namun di sesetengah tempat jalan-jalan di negara kita masih kurang memuaskan. Jalan raya yang rosak dan berlubang tidak diselenggarakan dengan baik. Keadaan ini membahayakan pengguna jalan raya. Jalan raya juga menjadi licin ketika hari hujan. Sekiranya pengguna jalan raya tidak berhati-hati ketika hari hujan, risiko untuk terjadinya kemalangan juga ada. Justeru, kerajaan harus mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan mutu jalan raya di negara kita. Ancaman utama kepada pembinaan jalan raya yang berkualiti ialah sikap sesetengah pihak yang membudayakan amalan rasuah. Akibatnya, jalan yang dibina tidak mematuhi spesifikasi yang sepatutnya. Di samping itu, kemalangan berlaku berpunca daripada sikap pemandu. Ada pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan letih dan mengantuk. Ada juga yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Malahan, ada yang tidak memeriksa kenderaan mereka sebelum memulakan perjalanan menyebabkan kenderaan mengalami kerosakan yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu, pengguna jalan raya haruslah memastikan keadaan mereka benarbenar waras dan segar semasa memandu kenderaan. Bagi pemandu yang mabuk dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah, pihak berkuasa haruslah kerap melakukan pemantauan terhadap golongan ini. Kemalangan jalan raya juga kerap berlaku kerana kegagalan kempen yang dijalankan oleh kerajaan. Hal ini demikian kerana, kempen yang dijalankan kurang menyuntikkan kesedaran kepada masyarakat. Justeru, mesej-mesej yang disampaikan umpama mencurah air ke daun keladi kerana tidak memberi kesan langsung kepada masyarakat. Oleh itu, kempen yang lebih berkesan perlu dijayakan demi meningkatkan kesedaran masyarakat, khsususnya terhadap golongan muda. Contohnya, mangsa-mangsa kemalangan boleh memberikan ceramah kesedaran kepada golongan muda agar berhatihati di jalan raya kerana kemalangan boleh menyebabkan kecederaan parah dan boleh membawa maut. Ceramah ini sudah tentu besar impaknya kepada golongan muda. Kesimpulannya, banyak punca yang menyebabkan kemalangan terus berlaku di negara kita. Semua punca ini harus diteliti dengan mendalam agar solusi kepadanya dapat dicari. Kita yakin bahawa usaha kita untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita dapat dicapai hasil daripada komitmen semua pihak. Contoh Karangan Lengkap Berdiagram BM SPM (Tema1 -2).indd 48 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


49 Perpaduan Kaum Tema 3 Perpaduan Perdana Menteri melancarkan Dasar Perpaduan Negara yang bersifat inklusif, jelas dan kohesif demi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang kukuh teras perpaduannya. Beliau menggariskan tiga objektif utama Dasar Perpaduan Negara yang berkonsepkan Perpaduan dalam Kepelbagaian. (Dipetik dan diubah suai daripada “3 Objektif Utama Dasar Perpaduan Negara – PM” BH Online, 15 Februari 2021) Soalan Fokus Tip Bestari Murid perlu mengemukakan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh mereka sendiri untuk memperkukuh perpaduan kaum. Domain Peribadi Sebagai respons terhadap pernyataan di atas, huraikan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk memperkukuh perpaduan. • membina rasa hormat • membina rasa muhibah • tak kenal maka taka cinta • meruntuhkan rasa prasangka Frasa Menarik Usaha yang Dapat Dilakukan untuk Memperkukuh Perpaduan Bergaul dengan kawan lain yang berbeza kaum Menyertai persatuan, kelab dan sukan yang terdiri daripada pelbagai kaum Mengunjungi rumah rakan ketika mereka menyambut perayaan Memanfaatkan media sosial untuk mempererat perpaduan kaum Berdiagram BM SPM (Tema 3).indd 49 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


50 1 Bergaul dengan kawan lain yang berbeza kaum • Saya tidak akan memilih rakan – akan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang mereka • Saya akan membina rasa hormat terhadap mereka – tak kenal maka tak cinta • Hasil daripada pergaulan – akan membina rasa muhibah antara saya dengan rakan-rakan daripada kaum yang lain 3 Memanfaatkan media sosial untuk mempererat perpaduan kaum • Memuat naik berita atau gambar-gambar tentang aktiviti-aktiviti yang saya lakukan dengan rakan-rakan daripada bangsa lain – di Facebook • Saya juga boleh menulis artikel tentang kebaikan perpaduan kaum • YouTube atau TikTok – memuat naik kandungan yang memaparkan kebaikan hubungan baik antara kaum • Media sosial besar pengaruhnya terhadap masyarakat – harus dimanfaatkan semaksimum yang mungkin 2 Mengunjungi rumah rakan ketika mereka menyambut perayaan • Saya dapat mengetahui agama dan budaya hidup mereka – dapat mengukuhkan kefahaman saya terhadap cara hidup mereka • Saya juga akan menjemput rakan-rakan saya daripada kaum lain untuk datang ke rumah saya semasa sambutan hari raya • Saya akan menghidangkan juadah tradisional – lemang, ketupat dan rendang • Mengutuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia 4 Menyertai persatuan, kelab dan sukan yang terdiri daripada pelbagai kaum • Merupakan platform terbaik untuk memupuk perpaduan kaum • Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bersama – mengutuhkan perpaduan kaum sekali gus meruntuhkan rasa prasangka • Apabila kita bergaul, kita dapat mengenal hati budi mereka Usaha yang Dapat Dilakukan untuk Memperkukuh Perpaduan Idea Utama Berdiagram BM SPM (Tema 3).indd 50 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


51 Negara kita telah merdeka melebihi enam dekad. Dalam tempoh tersebut, banyak onak dan ranjau yang kita hadapi untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita bersyukur kerana saban hari, perpaduan dalam kalangan rakyat semakin utuh. Namun demikian, sebagai rakyat yang cinta akan negara, saya akan berusaha untuk memperkukuh perpaduan rakyat negara kita. Usaha yang saya lakukan bagi memperkukuh perpaduan adalah dengan bergaul dengan kawan lain yang berbeza kaum dengan saya. Saya tidak akan memilih rakan dan saya akan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang mereka. Menerusi pergaulan tersebut, saya akan membina rasa hormat terhadap mereka. Peribahasa kita ada mengatakan tak kenal maka tak cinta. Saya percaya hasil daripada pergaulan dan silaturahim yang dibina akan membina rasa muhibah antara saya dengan kawan daripada kaum yang lain. Selain itu, saya juga akan mengunjungi rumah-rumah rakan saya ketika mereka menyambut perayaan mereka. Menerusi kunjungan tersebut, sudah pasti saya dapat mengetahui agama dan budaya hidup mereka. Hal ini dapat mengukuhkan kefahaman saya terhadap cara hidup mereka. Saya juga akan menjemput rakan-rakan saya daripada kaum lain untuk datang ke rumah saya semasa sambutan hari raya. Saya akan menghidangkan juadah tradisional kepada mereka seperti lemang, ketupat dan rendang. Saya percaya hubungan sebegini mampu mengutuhkan hubungan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Di samping itu, saya juga akan memanfaatkan media sosial yang saya ada untuk mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Di media sosial seperti Facebook, saya boleh memuat naik berita atau gambar-gambar tentang aktiviti-aktiviti yang saya lakukan dengan rakan-rakan daripada bangsa lain. Saya juga boleh menulis artikel tentang kebaikan perpaduan kaum. Di media sosial seperti YouTube atau TikTok saya boleh memuat naik kandungan yang memaparkan kebaikan hubungan baik antara kaum. Hal ini demikian kerana, media sosial besar pengaruhnya terhadap masyarakat. Justeru, media sosial harus dimanfaatkan semaksimum yang mungkin untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, saya juga akan menyertai persatuan, kelab dan sukan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini demikian kerana, persatuan, kelab dan sukan yang sebegini rupa merupakan platform terbaik untuk memupuk perpaduan kaum. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bersama merupakan elemen terbaik untuk mengutuhkan perpaduan sekali gus meruntuhkan rasa prasangka yang mungkin ada di dalam hati sebelum ini. Kesimpulannya, banyak usaha yang dapat saya lakukan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Saya tahu usaha yang saya lakukan ini amat kecil, namun jika saya serius melakukannya, saya yakin usaha kecil ini sudah tentu memberikan impak yang besar terhadap perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Contoh Karangan Lengkap Berdiagram BM SPM (Tema 3).indd 51 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


52 Cabaran-cabaran untuk Memperkukuh Perpaduan “Rakan-rakan saya penganut agama Hindu menyambut perayaan Deepavali. Terima kasih kepada masyarakat India yang turut bersama kaum-kaum serta etnik lain dari Perlis hingga Sabah dalam menjadikan Malaysia yang aman dan stabil hari ini. Aset, kekuatan dan daya tahan Malaysia terletak dalam pembentukan kaum yang pelbagai”. Timbalan Pengarang Utusan Malaysia Soalan Fokus Domain Awam Sebagai respons terhadap pernyataan di atas, huraikan cabaran-cabaran yang kita hadapi untuk memperkukuh perpaduan kaum. • baling batu sembunyi tangan • anak-anak ibarat kain putih • bagai api dalam sekam • marahkan nyamuk, kelambu dibakar • bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing • sudah terang lagi bersuluh Frasa Menarik Tip Bestari Murid perlu mengemukakan cabaran-cabaran yang dihadapi untuk memperkukuh perpaduan kaum. Pengaruh langit terbuka yang dibawa oleh medium Internet Sikap sesetengah ibu bapa yang tidak menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan Cabaran-cabaran untuk Memperkukuh Perpaduan Kaum Sesetengah pemimpin politik yang sengaja meniupkan api perkauman Sikap sesetengah ibu bapa yang kurang menggalakkan anak mereka bergaul dengan kaum lain Berdiagram BM SPM (Tema 3).indd 52 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


53 1 Pengaruh langit terbuka yang dibawa oleh medium Internet • Ada pihak yang berani bersuara kerana yakin akan kebebasan bersuara • Membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh memporakperandakan perpaduan masyarakat • Mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu • Bertindak seolah-olah baling batu sembunyi tangan – tidak berani menyuarakannya secara bersemuka • Mengeruhkan hubungan antara kaum – bagai api dalam sekam 3 Sikap sesetengah ibu bapa yang kurang menggalakkan anak mereka bergaul dengan kaum lain • Menggelar kaum lain dengan pelbagai gelaran buruk • Gelaran ini akan mempengaruhi pemikiran anak-anak • Mereka beranggapan bahawa gelaran tersebut betul – menjadi kera sumbang • Melahirkan masyarakat individualistik – bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing • Didikan negatif seharusnya dihindarkan – membawa kesan buruk dalam usaha untuk membina perpaduan sejak kecil 2 Sesetengah pemimpin politik yang sengaja meniupkan api perkauman • Membangkitkan pelbagai isu seolah-olah kaum mereka dipinggirkan oleh kerajaan • Sengaja ditimbulkan demi mendapatkan sokongan kaum mereka • Menggambarkan kerakusan pemimpin khususnya ahli politik • Meruntuhkan perpaduan yang menjadi tonggak penting kestabilan negara • Kerajaan kita tidak pernah meminggirkan sesuatu kaum walaupun bilangan mereka amat sedikit 4 Sikap sesetengah ibu bapa yang tidak menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan • Sekolah kebangsaan menempatkan murid pelbagai kaum • Ibu bapa lebih yakin akan sekolah aliran ibunda mereka • Sekolah kebangsaan kurang diminati oleh ibu bapa • Ibu bapa seharusnya memberikan sokongan kepada sekolah kebangsaan • Sekolah merupakan institusi terbaik untuk membentuk perpaduan kaum sejak kecil lagi Cabaran-cabaran untuk Memperkukuh Perpaduan Kaum Idea Utama Berdiagram BM SPM (Tema 3).indd 53 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


54 Perpaduan tonggak penting untuk keharmonian dan kestabilan negara kita. Sejak sebelum merdeka sehinggalah kini, pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk tujuan tersebut. Namun, setiap masa ada sahaja cabaran-cabaran yang menggugat perpaduan rakyat Malaysia. Cabaran paling ketara ialah Internet. Ledakan langit terbuka menyebabkan ada pihak yang berani bersuara kerana yakin akan kebebasan bersuara. Di sebalik alam maya, mereka membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh memporak-perandakan perpaduan masyarakat. Mereka mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Golongan ini bertindak seolah-olah baling batu sembunyi tangan kerana tidak berani menyuarakannya secara bersemuka. Sikap sebegini sudah tentu mengeruhkan hubungan antara kaum. Justeru, ketegasan pihak berkuasa amat perlu bagi membendung sikap sebegini yang bertindak bagai api dalam sekam. Selain itu, cabaran lain yang tidak kurang kesan buruknya ialah sikap sesetengah pemimpin kaum yang sengaja memainkan api perkauman. Mereka membangkitkan pelbagai isu seolah-olah kaum mereka dipinggirkan oleh kerajaan. Hal ini sengaja ditimbulkan oleh mereka demi mendapatkan sokongan kaumnya. Sikap sebegini menggambarkan kerakusan sesetengah pemimpin khususnya ahli politik mencapai impian politik mereka sehingga sanggup meruntuhkan perpaduan yang menjadi tonggak penting kestabilan negara. Janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Realitinya, kerajaan negara kita tidak pernah meminggirkan sesuatu kaum walaupun bilangan mereka amat sedikit. Di samping itu, terdapat sesetengah ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka bergaul dengan kaum lain. Mereka menggelarkan kaum lain dengan pelbagai gelaran buruk. Gelaran negatif ini besar pengaruhnya kepada pemikiran anak-anak. Kesannya, mereka beranggapan bahawa gelaran tersebut betul. Akhirnya, mereka menjadi kera sumbang. Perkara ini melahirkan masyarakat individualistik, bak kata pepatah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Didikan negatif seperti ini haruslah dihindarkan sama sekali kerana natijahnya sangat buruk dalam usaha untuk membina perpaduan sejak kecil lagi. Seharusnya anak-anak seperti kain putih harus dicorak dengan warna kasih sayang terhadap semua insan tanpa mengira agama, kaum atau latar belakang mereka. Cabaran lain ialah sikap sesetengah ibu bapa yang tidak menyokong sekolah kebangsaan. Walhal, sekolah kebangsaan menempatkan murid pelbagai kaum. Ibu bapa lebih yakin akan sekolah aliran ibunda mereka. Hal ini menyebabkan sekolah kebangsaan kurang diminati oleh ibu bapa. Ibu bapa memang mempunyai hak menghantar anakanak mereka ke sekolah aliran yang diminati oleh mereka, namun ibu bapa haruslah juga memberikan sokongan kepada sekolah kebangsaan. Sokongan ini amat penting kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa sekolah merupakan institusi terbaik untuk membentuk perpaduan kaum sejak kecil lagi. Belajar di bawah satu bumbung yang sama dan menjalani kehidupan bersama-sama tanpa mengira kaum dan agama sudah pasti akan mendidik anak-anak agar bersatu padu dengan kaum lain. Kesimpulannya, semua cabaran tersebut tidak harus kita pandang enteng. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu untuk memperkukuh perpaduan kaum. Kita berharap suatu masa nanti, semua rakyat Malaysia dikenali sebagai bangsa Malaysia. Usaha ini tidak mudah, namun dengan iltizam yang kuat, kita yakin pada suatu hari nanti bahawa rakyat Malaysia mengetepikan perkauman demi membina bangsa Malaysia yang bersatu hati. Contoh Karangan Lengkap Berdiagram BM SPM (Tema 3).indd 54 PENERBIT 30/03/2023 4:26 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


55 Permainan Tradisional Tema 4 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Terdapat banyak permainan tradisi yang kita mainkan pada zaman dahulu melibatkan anggota badan yang besar, iaitu tangan, kaki dan keseluruhan anggota badan. Aktiviti termasuklah merangkak, berjalan, berlari, melompat, memanjat, membaling, menangkap, mengejar, menarik, menolak dan sebagainya. (Sumber: Internet) Soalan Fokus Tip Bestari Murid perlu mengemukakan manfaat-manfaat yang diperoleh daripada bermain permainan tradisional. Domain Peribadi Sebagai respons terhadap pernyataan di atas, huraikan manfaat-manfaat yang dapat diperoleh daripada bermain permainan tradisional. • mutakhir ini • elemen pergerakan • serampang dua mata • bagai aur dengan tebing • serumpun bak serai, seikat bak sirih • di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Frasa Menarik Memupuk pergaulan secara sihat dalam kalangan generasi muda Membina masyarakat yang bersatu padu Melahirkan masyarakat yang sejahtera Manfaat Bermain Permainan Tradisional Info Ekstra Permainan tradisional merupakan permainan budaya yang sudah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dulu. Permainan ini telah membentuk sebahagian daripada kehidupan mereka. Mereka mengisi waktu lapang dengan bermain permainan tradisional ini bersama-sama dengan rakan dan jiran tetangga mereka. Antara permainan tradisional yang popular suatu ketika dahulu ialah guli, wau, congkak, gasing, baling tin, tingting dan bermacam-macam lagi. Melahirkan generasi yang cergas dan cerdas Berdiagram (Tema 4-6)1st.indd 55 PENERBIT 30/03/2023 4:23 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


56 1 Memupuk pergaulan sihat dalam kalangan generasi muda • Permainan tradisional tidak boleh dimainkan secara bersendirian • Semasa mereka bermain, mereka akan berkomunikasi dan berinteraksi • Mereka juga memupuk semangat toleransi dan kerjasama • Semua nilai ini akan membentuk keterampilan diri mereka – seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial • Berbeza dengan permainan Internet – memupuk semangat keakuan dan individualisme 3 Membina masyarakat yang bersatu padu • Semua pihak bekerjasama, bagai aur dengan tebing – contohnya, permainan wau yang biasanya dimainkan selepas musim menuai • Penduduk akan saling bekerjasama – menyediakan lokasi, menghasilkan wau, mengadakan pertunjukan • Program disusun atur dengan teliti – menarik ramai pengunjung untuk menyaksikannya • Perpaduan yang wujud – serumpun bak serai, seikat bak sirih 2 Melahirkan generasi yang cergas dan cerdas • Ada elemen pergerakan seperti berlari dan melompat – permainan galah panjang dan tingting • Elemen yang melatih kecerdasan seperti berfikir dan mengira – permainan batu seremban dan congkak • Bagaikan serampang dua mata – menimbulkan keseronokan serta belajar berfikir dan mengira – generasi dahulu bijak mengira • Permainan Internet – tiada pergerakan fizikal – anakanak masa kini kelihatan obes 4 Melahirkan masyarakat sejahtera • Permainan tradisional penuh dengan keseronokan dan kepuasan tersendiri • Permainan baling tin – menimbulkan keseronokan kepada pemainnya apabila tin berjatuhan selepas dibaling dengan selipar • Permainan layang-layang – pemain berasa puas apabila melihat layang-layang terbang tinggi di angkasa • Menghilangkan perasaan stres – berbeza dengan masyarakat sekarang Manfaat Bermain Permainan Tradisional Idea Utama Berdiagram (Tema 4-6)1st.indd 56 PENERBIT 30/03/2023 4:23 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


57 Mutakhir ini, permainan tradisional semakin asing bagi kanak-kanak. Mereka tidak kenal lagi permainan tingting, tarik upih dan baling tin. Kehilangan khazanah yang berharga ini satu kerugian. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak kini lebih berminat untuk bermain permainan Internet. Justeru, usaha memugar permainan warisan perlu dilakukan semula kerana banyak manfaat yang diperoleh daripada permainan ini. Manfaat paling ketara, permainan tradisional memupuk pergaulan secara sihat dalam kalangan generasi muda. Hal ini demikian kerana, permainan tradisional tidak boleh dimainkan secara bersendirian. Justeru, semasa mereka bermain, mereka akan berkomunikasi dan berinteraksi. Mereka juga memupuk semangat toleransi dan kerjasama. Semua nilai ini akan membentuk keterampilan diri mereka menjadi individu yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Hal ini sangat berbeza dengan permainan Internet yang memupuk semangat keakuan dan individualisme. Malahan, mereka tidak pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, permainan tradisional juga melahirkan generasi yang cergas dan cerdas. Dalam permainan tradisional, ada elemen pergerakan seperti berlari dan melompat. Contohnya, permainan galah panjang dan tingting. Di samping itu, permainan tradisional juga mempunyai elemen yang melatih kecerdasan seperti berfikir dan mengira. Sebagai contohnya, permainan batu seremban dan congkak. Hal ini bagaikan serampang dua mata. Semasa bermain yang menimbulkan keseronokan, anak-anak juga dapat belajar berfikir dan mengira. Tidak hairanlah jika generasi dahulu bijak mengira. Hal ini sangat berbeza dengan permainan Internet. Tiada pergerakan fizikal diperlukan. Justeru, tidak hairanlah anak-anak masa kini kelihatan obes. Mereka juga tidak bijak berfikir dan mengira. Di samping itu, permainan tradisional juga membina masyarakat yang bersatu padu. Semasa pertunjukan atau pertandingan permainan tradisional, semua pihak bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjayakan program tersebut. Contohnya, permainan wau yang biasanya dimainkan selepas musim menuai. Penduduk akan saling bekerjasama menyediakan lokasi yang sesuai, menghasilkan wau dan mengadakan pertunjukan kepada orang ramai. Program yang disusun atur dengan teliti menarik ramai pengunjung untuk menyaksikannya. Perpaduan yang wujud begitu utuh, bak kata pepatah serumpun bak serai, seikat bak sirih. Hal ini demikian kerana, mereka didorong perasaan dan minat yang sama terhadap permainan tradisional. Permainan tradisional juga melahirkan masyarakat sejahtera. Hal ini demikian kerana, permainan tradisional penuh dengan keseronokan dan kepuasan tersendiri. Sebagai contohnya, permainan baling tin akan menimbulkan keseronokan kepada pemainnya apabila tin berjatuhan selepas dibaling dengan selipar. Demikian juga dengan permainan layang-layang. Pemain berasa puas apabila melihat layang-layang terbang tinggi di angkasa. Keadaan ini sudah tentu akan menghilangkan perasaan stres. Keadaan ini sangat berbeza dengan masyarakat sekarang yang langsung tiada hiburan dan keseronokan dalam hidup mereka. Justeru, mereka mudah dihinggapi kemurungan dan perasaan stres. Kesimpulannya, banyak manfaat yang diperoleh daripada permainan tradisional. Justeru, semua pihak perlu bersatu hati dan menggembleng tenaga untuk mempopularkan permainan tradisional semula. Hal ini memang sukar tetapi tidak mustahil jika semua pihak komited untuk menjayakannya, bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Contoh Karangan Lengkap Berdiagram (Tema 4-6)1st.indd 57 PENERBIT 30/03/2023 4:23 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


58 Kebudayaan Kebangsaan Masalah kebudayaan ini biasanya dihadapi oleh negara-negara yang baru merdeka daripada penjajahan seperti Malaysia. Bagi pemerintah yang baru mengambil alih tampuk pemerintahan daripada bekas penjajah, masalah kerencaman budaya perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pembangunan dalam aspek-aspek lain boleh dilakukan. (Sumber: Internet) Soalan Fokus Domain Awam Sebagai respons terhadap pernyataan di atas, huraikan peranan kebudayaan kebangsaan melahirkan masyarakat yang harmoni. • budaya salam dan senyum • cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit • bersilaturahim dan membina ukhuwah • Bahasa Jiwa Bangsa • tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan Frasa Menarik Tip Bestari Murid perlu mengemukakan peranan-peranan yang dimainkan oleh budaya kebangsaan dalam melahirkan masyarakat yang harmoni. Peranan Kebudayaan Kebangsaan Melahirkan Masyarakat yang Harmoni Info Ekstra Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kebudayaan ialah keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir hidup) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan, kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi). Kebudayaan kebangsaan pula merujuk kepada cara hidup yang diamalkan secara bersama oleh rakyat Malaysia. Menitikberatkan amalan berbudi bahasa Saling berkunjung semasa musim perayaan Menerusi penggunaan bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu Prihatin terhadap kesusahan orang lain Berdiagram (Tema 4-6)1st.indd 58 PENERBIT 30/03/2023 4:23 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


59 1 Menitikberatkan amalan berbudi bahasa • Menghormati orang lain – yang tua kita hormati, yang muda kita sayangi • Kita biasa melihat masyarakat kita saling bertegur sapa walaupun mereka tidak kenal antara satu sama lain • Budaya salam dan senyum sudah bersebati dengan masyarakat kita • Melahirkan masyarakat yang berhemah tinggi – mengutuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat 3 Saling berkunjung semasa musim perayaan • Masyarakat pelbagai kaum datang berkunjung ke rumah terbuka kaum yang lain • Mendorong kerajaan mengadakan Rumah Terbuka Kebangsaan • Kerajaan akan mengadakan rumah terbuka sesuatu perayaan dengan lokasi yang berbeza pada setiap tahun • Penduduk negara ini dapat bersilaturahim dan membina ukhuwah 2 Prihatin terhadap kesusahan orang lain • Apabila bencana atau musibah menimpa – masyarakat daripada pelbagai kaum akan menghulurkan bantuan • Sejajar dengan peribahasa – cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit • Sebagai contohnya, banjir kilat yang melanda Shah Alam pada penghujung tahun 2021 – ramai yang menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang ditimpa musibah itu 4 Menerusi penggunaan bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu • Rakyat di negara ini berasa sangat selesa berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu – slogan Bahasa Jiwa Bangsa • Perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat diperkukuh • Masyarakat saling memahami budaya masing-masing • Perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin utuh Peranan Kebudayaan Kebangsaan Melahirkan Masyarakat yang Harmoni Idea Utama Berdiagram (Tema 4-6)1st.indd 59 PENERBIT 30/03/2023 4:23 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


60 Kebudayaan kebangsaan merujuk kepada cara hidup yang diamalkan secara bersama oleh rakyat Malaysia. Ramai orang yang salah anggap dengan mengatakan kebudayaan sebagai nyanyian, tarian dan hiburan semata-mata. Tanggapan ini amat salah kerana kebudayaan merangkumi cara hidup sesebuah masyarakat. Dalam konteks negara kita yang memiliki masyarakat majmuk, peranan kebudayaan kebangsaan amat penting demi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kebudayaan kebangsaan yang sangat jelas dalam kalangan masyarakat kita ialah aspek budi bahasa. Rata-rata masyarakat kita amat menghormati orang lain. Hal ini sejajar dengan ungkapan yang tua kita hormati, yang muda kita sayangi. Kita biasa melihat masyarakat kita saling bertegur sapa walaupun mereka tidak kenal antara satu sama lain. Budaya salam dan senyum sudah bersebati dengan masyarakat kita. Hal ini melahirkan masyarakat yang berhemah tinggi sekali gus mengutuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Kebudayaan kebangsaan masyarakat kita juga amat prihatin terhadap kesusahan yang ditanggung oleh orang lain. Apabila bencana atau musibah menimpa di sesuatu tempat, masyarakat daripada pelbagai kaum akan menghulurkan bantuan. Hal ini sejajar dengan peribahasa kita, cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit. Sebagai contohnya, banjir kilat yang melanda Shah Alam pada penghujung tahun 2021, ramai yang menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang ditimpa musibah itu. Selain itu, kebudayaan kebangsaan masyarakat kita juga saling berkunjung semasa musim perayaan. Kita biasa melihat masyarakat pelbagai kaum datang berkunjung ke rumah terbuka kaum yang lain. Hal ini mendorong kerajaan mengadakan Rumah Terbuka Kebangsaan. Menerusi program ini, kerajaan akan mengadakan rumah terbuka sesuatu perayaan dengan lokasi yang berbeza pada setiap tahun. Menerusi rumah terbuka ini, penduduk negara ini dapat bersilaturahim dan membina ukhuwah. Seterusnya, kebudayaan kebangsaan terpancar menerusi penggunaan bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu. Penduduk negara ini berasa sangat selesa berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini sejajar dengan slogan Bahasa Jiwa Bangsa. Menerusi bahasa yang sama, perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat diperkukuh. Menerusi bahasa yang sama juga, masyarakat saling memahami budaya masing-masing. Justeru, tidak hairanlah bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin utuh. Kesimpulannya, banyak yang dipaparkan oleh masyarakat Malaysia menerusi kebudayaan kebangsaan yang menjadi amalan masyarakat. Ibu bapa sebagai watak utama bagi pendidikan anak-anak haruslah berusaha untuk memastikan amalan kebudayaan kebangsaan terus berdarah daging dalam kalangan generasi muda. Hal ini amat penting agar amalan ini terus bertahan, bak kata pepatah tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Contoh Karangan Lengkap Berdiagram (Tema 4-6)1st.indd 60 PENERBIT 30/03/2023 4:23 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


61 Faktor Patriotisme Semakin Kurang Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, adalah sangat wajar bagi generasi muda khususnya menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk. (Sumber: Internet) Soalan Fokus Tip Bestari Murid perlu mengemukakan faktorfaktor yang menyebabkan semangat patriotik semakin berkurang dalam kalangan generasi muda. Domain Awam Petikan di atas menjelaskan kepentingan nilai patriotisme terhadap setiap lapisan masyarakat.Huraikan faktor-faktor patriotisme semakin kurang dalam kalangan generasi muda. • dunia tanpa sempadan • semangat patriotik semakin pudar • melentur buluh biarlah waktu rebungnya • mencetuskan fenomena luar biasa • menyegarkan semangat patriotik Frasa Menarik Tema 5 Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Info Ekstra Patriotisme didefinisikan sebagai semangat cinta akan negara dan semangat kemerdekaan yang ada dalam jiwa rakyat untuk memperingati jasa-jasa tokoh yang telah memerdekakan negara daripada penjajah. Pengaruh langit terbuka yang dibawa oleh Internet Sikap ibu bapa yang kurang menerapkan elemen tersebut ke dalam jiwa anak-anak Kurangnya kempen kesedaran dalam kalangan generasi muda Generasi muda tidak mengetahui sejarah negara Faktor Patriotisme Semakin Berkurang Berdiagram (Tema 4-6)1st.indd 61 PENERBIT 30/03/2023 4:23 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


169 Jawapan KERTAS MODEL BAHAGIAN A 354 Taman Muda, Seksyen 17, 46300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Datuk Bandar, Majlis Bandar Raya Shah Alam, Jalan Tembaga, 46000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 15 Mac 20__ Tuan, Aduan Masalah Banjir dan Cadangan-cadangan untuk Menanganinya Merujuk perkara di atas, saya mewakili penduduk Taman Muda ingin membuat aduan mengenai masalah banjir kilat yang kerap melanda kawasan tempat tinggal kami. Masalah ini telah lama berlaku dan menjadi semakin kritikal sejak akhir-akhir ini. 2. Sebab utama banjir kilat ialah aktiviti pembangunan yang terlalu rancak sehingga menyebabkan banyak kawasan tadahan hujan musnah. Justeru, apabila hujan lebat turun dalam tempoh masa yang agak lama, air bertakung dengan banyak sehingga menyebabkan banjir. Tambahan pula, masalah saliran yang tidak baik menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar ke kolam besar. Akibatnya, banjir mudah berlaku sehingga memberikan pelbagai kesan negatif kepada masyarakat. 3. Kesan utama banjir kilat ini ialah lemas. Hal ini berlaku kepada warga emas yang tidak dapat menyelamatkan diri ketika banjir kilat berlaku. Oleh sebab kejadian banjir kilat berlaku tanpa mengira masa dan dalam tempoh masa yang pantas, warga emas tersebut gagal diselamatkan. Selain itu, mangsa banjir kilat yang cuba menyelamatkan diri terdedah kepada kecederaan dan jangkitan kuman akibat bawaan air seperti taun. Ada juga yang terkena renjatan elektrik. Keadaan ini amat membimbangkan masyarakat kerana mendatangkan bahaya. 4. Bagi menangani banjir kilat ini, kami mencadangkan pembinaan tebatan banjir kilat di kawasan ini. Projek ini perlu disegerakan kerana amat berguna untuk mengatasi masalah banjir kilat di kawasan ini. Di samping itu, kami berharap agar tuan dapat membina pusat pemindahan kekal di kawasan ini. Justeru, apabila berlaku banjir kilat, penduduk boleh pergi terus ke pusat pemindahan tersebut untuk menyelamatkan diri. Malahan, sistem pangkalan data penduduk khususnya warga emas harus disimpan oleh pusat pemindahan ini agar segera menyelamatkan warga emas apabila banjir berlaku. Saya berharap agar perkara ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Kerjasama tuan dalam hal ini sangat-sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang benar, Adib …………………………………….. ( Muhammad Adib bin Fahmi ) Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Muda. 169 Berdiagram BM SPM(Jaw).indd 169 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


170 BAHAGIAN B Soalan 1 – Domain Peribadi Sudah terang lagi bersuluh bahawa setiap murid sudah pasti mendambakan kejayaan yang cemerlang dalam setiap aspek. Namun, kecemerlangan tidak akan mudah kita peroleh, bak kata pepatah Melayu yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Oleh itu, saya akan mengatur strategi untuk mencapai kejayaan cemerlang khususnya dalam bidang akademik. Langkah pertama yang akan saya lakukan ialah memberi fokus kepada pengajaran guru di dalam kelas. Hal ini amat penting agar saya benar-benar memahami topik yang diajar oleh guru. Pemahaman yang jitu ini memudahkan saya untuk membuat latihan kerja rumah dan melakukan pembelajaran kendiri. Malahan, pemahaman tersebut membolehkan saya untuk membantu rakan-rakan lain yang mungkin tidak memahami topik tersebut. Perkongsian tersebut sudah pasti akan meningkatkan pemahaman saya. Selain itu, saya juga akan membanyakkan ulang kaji di rumah. Hal ini amat penting untuk mengukuhkan kefahaman saya terhadap perkara yang diajar oleh guru. Antara latihan ulang kaji yang akan saya lakukan adalah dengan membuat latihan beraras tinggi. Latihan sebegini bukan sahaja membiasakan saya dengan set soalan yang berpiawaian tinggi, malahan dapat membina keyakinan saya untuk menjawab soalan semasa peperiksaan sebenar kelak. Di samping itu, saya juga akan mendalami sesuatu topik yang diajar oleh guru dengan merujuk bahan-bahan di Internet. Di samping itu, saya juga akan menubuhkan kumpulan belajar dengan rakan-rakan saya. Kumpulan belajar ini membolehkan kami berkongsi ilmu pengetahuan tentang sesuatu topik bagi sesuatu mata pelajaran. Murid yang pandai boleh membantu murid yang kurang pandai. Malahan, belajar secara berkumpulan lebih menyeronokkan kerana adanya interaksi dalam kalangan murid. Tambahan pula, saya akan menyertai tuisyen fizikal di pusat tuisyen berbayar. Hal ini demikian kerana, pusat tuisyen biasanya memperkenalkan teknik pengajaran yang mudah difahami dan diingati oleh murid. Malahan, pendekatan pusat tuisyen yang berorientasikan peperiksaan dan latih tubi sudah pasti akan meningkatkan keyakinan saya untuk menghadapi peperiksaan. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru tuisyen tentang topik yang tidak saya fahami. Akhir sekali, saya juga akan menyertai kem-kem motivasi yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kem-kem seperti ini amat penting untuk menjana semangat saya bagi menghadapi peperiksaan. Sebagai manusia, ada kalanya saya hilang semangat dan berasa penat. Namun, suntikan motivasi daripada kem-kem motivasi mampu memacu semangat saya untuk terus mengerah kudrat sehingga garisan penamat. Tambahan pula, input keagamaan seperti pergantungan kepada Tuhan, memiliki akhlak yang baik dan pengurusan masa yang cekap sudah pasti memandu saya ke arah pengurusan diri yang baik. Kesimpulannya, kejayaan cemerlang bukanlah sesuatu yang mustahil untuk digapai jika kita mempunyai tekad yang kuat. Oleh itu, saya akan meletakkan sepenuh tenaga saya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Saya percaya bahawa semua ini terletak pada kemahuan diri, bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Soalan 2 – Domain Awam Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang paling bernilai terhadap manusia. Gunung-ganang yang tinggi, laut yang membiru, sungai yang mengalir perlahan dan lain-lain lagi mempunyai peranan tertentu terhadap kehidupan manusia. Namun demikian, alam sekitar kini semakin tercemar dengan pelbagai aspek sehingga menjejaskan kehidupan manusia. Oleh itu, pelbagai pihak haruslah mengambil langkah-langkah proaktif untuk melestarikan alam sekitar. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak agar menjaga alam sekitar. Langkah pertama, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak agar membuang sampah di tempat yang disediakan. Hal ini dapat mengelakkan anak-anak membuang sampah ke dalam longkang, parit atau sungai yang sudah pasti akan merosakkan sumber air yang utama. Selain itu, ibu bapa haruslah mengajak anak untuk menanam pokok di persekitaran rumah. Hal ini demikian kerana, pokok bukan sahaja dapat menghijaukan bumi, malahan dapat menyejukkan kawasan persekitaran. Akhir sekali, ibu bapa hendaklah menggalakkan anakanak mereka menyertai badan-badan sukarela yang menjaga alam sekitar. Berdiagram BM SPM(Jaw).indd 170 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


171 Selain itu, sekolah perlulah melipatgandakan usaha untuk meningkatkan pelibatan murid terhadap penjagaan alam sekitar. Sekolah boleh menjemput pakar dalam bidang alam sekitar untuk menyampaikan ceramah terhadap murid-murid. Ceramah ini sudah tentu akan meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap peranan yang dapat dilakukan oleh mereka dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar. Di samping itu, sekolah juga boleh mengadakan kempen Cintailah Alam Sekitar peringkat sekolah. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan semasa kempen tersebut seperti lawatan, pertandingan, kuiz dan lain-lain lagi. Komuniti setempat seperti persatuan penduduk turut memainkan peranan untuk menggalakkan semangat menjaga alam sekitar dalam kalangan masyarakat. Peranan yang dapat dimainkan oleh persatuan penduduk ialah menjalankan aktiviti gotong-royong di kawasan tempat tinggal mereka. Antara aktiviti tersebut ialah aktiviti membersihkan longkang, sungai dan menanam pokok. Malahan, persatuan penduduk juga boleh menyediakan tong kitar semula agar masyarakat boleh mengasingkan sampah mereka mengikut jenis. Selain itu, persatuan penduduk haruslah mendidik masyarakat agar melaporkan sebarang kegiatan merosakkan alam sekitar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan sebagai kuasa yang paling dominan haruslah bertindak proaktif dalam usaha menggalakkan masyarakat agar menjaga alam sekitar. Usaha yang paling penting adalah dengan menjalankan kempen Sayangilah Alam Sekitar. Kempen tersebut hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh meliputi seluruh agensi kerajaan. Hal ini amat penting agar kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar akan meningkat. Masyarakat pula haruslah memberi sokongan terhadap kempen tersebut. Hal ini amat penting kerana kempen tanpa sokongan masyarakat hanyalah sia-sia, bak kata pepatah, bagai mencurah air ke daun keladi. Pelibatan masyarakat secara total sudah pasti akan merealisasikan matlamat tersebut. Kesimpulannya, banyak pihak dapat memainkan peranan untuk meningkatkan pelibatan masyarakat untuk melestarikan alam sekitar. Hal ini amat penting kerana pelibatan secara berkumpulan sudah pasti akan memberikan impak yang lebih baik terhadap alam sekitar. Ingatlah bahawa alam ini kita pinjam daripada generasi yang akan datang. Oleh itu, kita perlu memastikan alam yang kita pulangkan kepada mereka terjaga kelestariannya. Soalan 3 – Domain Pendidikan Sudah terang lagi bersuluh bahawa pendidikan merupakan elemen yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Hal ini demikian kerana, maju mundurnya sesebuah negara itu terletak pada bidang pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan mampu membangkitkan sesebuah negara daripada kehancuran. Hal ini berlaku kepada negara Jepun yang mampu muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia selepas dua bandarnya, iaitu Nagasaki dan Hiroshima menjadi padang jarak padang tekukur dalam Perang Dunia Kedua. Atas kesedaran itulah, kerajaan menitikberatkan pendidikan sepanjang hayat terhadap rakyat. Terdapat pelbagai kebaikan amalan pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan sepanjang hayat akan melahirkan lebih ramai rakyat negara ini yang berilmu pengetahuan ke peringkat tertinggi. Hal ini amat penting sekali kerana kemunculan ramai golongan intelektual mampu merancakkan pembangunan negara kita. Sebagai contohnya, ramainya golongan cerdik pandai dalam bidang ekonomi akan melahirkan masyarakat yang celik ekonomi. Mereka bukan sahaja mampu memberikan idea untuk berjimat cermat, malahan mereka mampu memberikan idea untuk menjanakan pendapatan, baik kepada individu atau pun negara. Hal ini sudah tentu akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan negara. Selain itu, pendidikan sepanjang hayat juga mampu merancakkan kemunculan pusat-pusat pengajian tinggi sama ada milik kerajaan atau pun milik swasta. Hal ini demikian kerana, permintaan yang tinggi terhadap belajar di universiti menyebabkan universiti dapat berkembang sebagai institusi yang berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing. Malahan, universiti dapat memainkan peranannya sebagai pusat ilmu yang membawa manfaat terhadap kemajuan rakyat dan negara. Keadaan ini sudah pasti dapat mengelakkan universiti menjadi tempat yang lengang dan hidup segan mati tak mahu. Pendidikan sepanjang hayat juga mampu merancakkan ekonomi sesesuatu kawasan. Apabila universiti menjalankan sesuatu program Berdiagram BM SPM(Jaw).indd 171 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


172 pendidikan dalam tempoh masa yang lama, sudah pasti akan ramai pelajar yang berulang-alik untuk datang ke universiti tersebut. Mereka akan tinggal dalam sesuatu tempoh di kawasan universiti berkenaan. Selama berada di universiti berkenaan, sudah pasti mereka akan melakukan transaksi seperti tinggal di hotel, makan di warung dan membeli barangan keperluan yang lain. Hal ini sudah pasti akan merancakkan ekonomi setempat. Akhir sekali, amalan pendidikan sepanjang hayat dapat melahirkan masyarakat yang produktif. Hal ini demikian kerana, pelajar program pendidikan sepanjang hayat ini biasanya terdiri daripada golongan pesara. Pelibatan mereka sebagai mahasiswa dan kemudiannya menjadi graduan dalam bidang tertentu membolehkan mereka memberi sumbangan yang produktif kepada masyarakat. Usia emas dan golongan pesara tidak harus membuang masa sedangkan ada dalam kalangan mereka yang masih cergas dan boleh menuntut ilmu. Kesimpulannya, pendidikan sepanjang hayat amat penting kita laksanakan bagi melonjakkan negara kita menjadi sebuah negara maju setanding dengan negara-negara maju yang lain, bak kata pepatah, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara yang lain. Oleh itu, semua pihak haruslah menyokong usaha kerajaan untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat agar negara kita mampu melahirkan rakyat yang berpendidikan tinggi. Soalan 4 – Domain Kerjaya Mutakhir ini, penggunaan media sosial yang semakin rancak turut merancakkan kegiatan ekonomi khususnya perniagaan dalam talian. Perniagaan ini semakin mendapat sambutan masyarakat khususnya golongan muda yang begitu tangkas mendepani ilmu teknologi maklumat. Pada hakikatnya, perniagaan secara dalam talian mempunyai banyak kebaikan dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat terutamanya generasi muda yang masih tercari-cari peluang pekerjaan. Kebaikan utama perniagaan dalam talian ialah liputan kawasannya yang tiada sempadan. Justeru, para peniaga dalam talian boleh menjual barang atau perkhidmatan mereka ke seantero dunia tanpa batasan geografi. Hal ini merupakan satu kelebihan yang amat besar jika dibandingkan dengan perniagaan secara fizikal yang terhad kawasan pemasarannya. Usahawan Internet terkenal di negara kita, Tuan Irfan Khairi menggunakan medium Internet untuk menjual perkhidmatannya ke serata dunia. Beliau memperoleh jutaan ringgit menerusi jualan dalam Internet. Namun, kita perlu sedar bahawa perniagaan Internet turut mempunyai cabaran tersendiri. Oleh itu, kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum melangkah untuk menjadi usahawan Internet. Selain itu, perniagaan dalam talian tidak memerlukan kos sebesar perniagaan secara fizikal. Hal ini demikian kerana, kita tidak memerlukan kedai dan stok barangan yang banyak. Oleh itu, perniagaan dapat dimulakan dengan kos yang kecil. Dengan kos yang kecil itu, para graduan tidak boleh lagi memberi alasan ketiadaan modal sebagai sebab mereka tidak berniaga. Peribahasa kita ada mengatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Di samping itu, perniagaan secara dalam talian juga mempunyai tempoh masa operasi yang panjang. Kedai dalam talian beroperasi selama 24 jam sehari selama tujuh hari seminggu. Pendek kata, semasa peniaga tidur pun urusan perniagaan boleh berjalan. Hal ini sudah tentu memberi banyak kelebihan berbanding dengan kedai fizikal yang operasinya terhad dalam tempoh lapan hingga 10 jam sehari. Dalam tempoh masa yang panjang tersebut, peniaga boleh memperoleh banyak jualan sekali gus meningkatkan keuntungan mereka. Perniagaan secara dalam talian juga kurang masalah berbanding dengan kedai secara fizikal. Jika perniagaan secara fizikal terdedah kepada hutang lapuk yang tinggi, namun perniagaan secara dalam talian dibuat sebelum sesuatu barangan atau perkhidmatan dilanggan oleh pembeli. Oleh itu, tidak timbul masalah hutang daripada pembeli. Malahan, perniagaan secara dalam talian tidak memerlukan bayaran bil elektrik dan sewa kedai yang membebankan peniaga. Kesimpulannya, banyak kebaikan daripada perniagaan dalam talian berbanding dengan perniagaan secara fizikal. Oleh itu, generasi muda khususnya haruslah merebut peluang dalam perniagaan ini. Berdiagram BM SPM(Jaw).indd 172 PENERBIT 30/03/2023 4:27 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version