The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Ting 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2025-02-26 02:20:13

Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Ting 5

Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Ting 5

ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BH


Topik 1 Karangan Respons Terhad 1 – 7 Topik 2 Karangan Respons Terbuka 8 – 31 Topik 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa 32 – 47 Topik 4 Pemahaman 48 – 69 Topik 5 Rumusan 70 – 80 Kertas Model SPM 81 – 92 Jawapan J1 – J20 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 7233 E-mel: [email protected] Laman web: www.penerbitilmubakti.com © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2025 Pertama kali diterbitkan 2025 ISBN 978-629-473-744-0 Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M). Penyunting: Norziana Mat Rabi Pereka kulit buku: Mohd Tajul Askat Pereka letak: Ailee Teks diset dalam Utopia 10/12 poin Dicetak di Malaysia oleh Bookmate Sdn. Bhd. Kandungan • Skrip Ujian Lisan • Audio Ujian Mendengar Imbas dan Muat Turun PT BM SPM Tg5 Kand 4th.indd 2 07-Feb-25 11:37:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1 TOPIK 1 Karangan Respons Terhad Bahagian A (30 Markah) Kertas 1 Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan e-panggilan. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang kelebihan-kelebihan e-panggilan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras T Praktis 1 E-panggilan memberikan saya peluang pekerjaan dengan menjadi penghantar makanan pada setiap hujung minggu. Sejak ada aplikasi e-panggilan, saya tidak perlu membuang masa keluar pejabat untuk membeli makanan. Banyak kerja di pejabat dapat diselesaikan. PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 1 07-Feb-25 11:39:48 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 Pantun dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan wabak denggi. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang wabak denggi. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras T Praktis 2 Pantun Jaga-jaga Berehat sebentar di bukit Saga, Sayang sekali kawasan kotor; Goyong-royong bersama keluarga, Pasti terhindar bahaya vektor. Cantik sungguh Puteri Seroja, Sesuai dengan pahlawan gagah; Tutup pintu dan tingkap waktu senja, Masalah denggi pasti dicegah. Sumber: Internet PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 2 07-Feb-25 11:39:48 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Sejak sekian lama, mencandat sotong menjadi satu aktiviti yang popular di kawasan perairan di pantai timur terutamanya di Terengganu. Kebiasaannya, musim mencandat sotong bermula pada hujung bulan April hingga September. Aktiviti ini juga dapat menjadi sumber pendapatan penduduk setempat. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kemaman Lubuk Candat Sotong’, Kosmo Online, 8 Julai 2023 Berkayak menguji kekuatan fizikal. Grafik dan petikan di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan aktiviti rekreasi air. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang manfaat-manfaat aktiviti rekreasi air. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras T Praktis 3 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 3 07-Feb-25 11:39:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan keistimewaan Malaysia. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda tentang keistimewaan bercuti di Malaysia. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras T Masyarakat Majmuk Tonggak Perpaduan Negara Pulau Langkawi Pulau Redang Keindahan Pulau yang Memukau Praktis 4 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 4 07-Feb-25 11:39:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


5 Grafik dan petikan di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan keselamatan di sekolah. Berdasarkan maklumat tersebut, tuliskan rencana bertajuk, “Ciri-ciri Sekolah Selamat”. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras T Kuala Lumpur: Latihan kebakaran perlu kerap diadakan sebagai persediaan menghadapi bencana itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hamid Daud berkata, menerusi latihan kebakaran penerangan terperinci langkah yang perlu diambil ketika menghadapi bencana itu dapat diberikan, selain boleh mempraktikkan perkara yang diajar. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Latihan Kebakaran Perlu Kerap Diadakan’, Harian Metro, 14 Disember 2016 Pengawal keselamatan bertanggungjawab menjaga keselamatan sekolah Praktis 5 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 5 07-Feb-25 11:39:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 Iklan-iklan di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan kerja kosong. Berdasarkan maklumat tersebut, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi memohon satu pekerjaan yang anda minati. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras T JAWATAN KOSONG PIB SDN. BHD. Editor Penerbitan Syarat-syarat kelayakan 1 Graduan universiti dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu 2 Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris 3 Kemahiran menulis yang cemerlang dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris Cara Memohon 1 Resume lengkap 2 Salinan sijil berkaitan E-mel: [email protected] Peluang Kerjaya PERSONEL MYSTEP Penterjemah Kelayakan 1 Ijazah Sarjana Muda Terjemahan dan Interpretasi 2 Diploma/Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Melayu/Inggeris/lain-lain bahasa) 3 Diploma/ijazah dalam pelbagai bidang dengan syarat mempunyai penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (kelebihan jika mempunyai lebih daripada satu bahasa asing) Cara Memohon 1 Resume lengkap 2 Salinan sijil berkaitan E-mel: [email protected] Praktis 6 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 6 07-Feb-25 11:39:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


7 Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan kitar semula. Berdasarkan maklumat tersebut, tuliskan e-mel kepada rakan anda tentang amalan kitar semula di sekolah anda. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras T PUSAT KITAR SEMULA Harga Bahan Kitar Semula Jenis Bahan Harga (RM/KG) Jenis Bahan Harga (RM/KG) Surat khabar RM0.29 Tin/Besi RM0.25 Hitam putih RM0.33 Tin aluminium RM0.20 Kotak RM0.27 Plastik RM0.40 Majalah RM0.25 Minyak masak terpakai RM1.20 Kertas campur RM0.18 Tetrapak RM0.20 Lain-lain RM0.20 Tayar lama diguna pakai menjadi hiasan tanaman bunga Praktis 7 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 7 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Aktiviti bersukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil sahaja. Bersukan ialah aktiviti yang penting sebagai proses merembes keluar bahan kumuh yang tidak diperlukan oleh tubuh badan melalui perpeluhan. Aktiviti fizikal seperti berjoging menyebabkan otak melepaskan bahan kimia neurotransmiter yang dikenali sebagai endorfin, yang menghasilkan perasaan euphorik dan mengurangkan tekanan. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/08/01/kepentingan-bersukan-kepada-masyarakat/ Berdasarkan petikan di atas, huraikan manfaat-manfaat aktiviti tersebut. Aras T TOPIK 2 Karangan Respons Terbuka Bahagian B (70 Markah) Kertas 1 Praktis 1 Domain Awam PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 8 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


9 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 9 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


10 Praktis 2 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini melancarkan Kit Duta Sahsiah sebagai panduan bagi memastikan murid dilantik dapat memainkan peranan sebagai ejen perubahan yang berupaya mempengaruhi rakan sebaya serta komuniti mengamalkan nilai positif dalam kehidupan seharian. Dalam kit berkenaan, murid yang dilantik sebagai duta sahsiah dapat menggunakan poster, risalah dan kad aktiviti untuk mendekati komuniti secara kreatif dan berkesan. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional Berdasarkan berita tersebut, huraikan langkah-langkah lain untuk melahirkan murid bersahsiah unggul. Aras T PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 10 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


11 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 11 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


12 Praktis 3 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Menerusi penulisan kreatif, secara sedar atau tidak penulis sebenarnya sedang berkongsi atau menunjukkan nilai-nilai murni kepada pembaca. Walaupun dalam penulisan kreatif, penulisan tersebut masih ada emosi, watak dan perwatakan, konflik dan pelbagai lagi elemen berdasarkan jenis penulisan kreatif, matlamat akhir bagi sesebuah penulisan kreatif adalah untuk mengajak pembaca berfikir dan seterusnya menghayati nilai-nilai murni yang ditonjolkan. Dipetik dan diubah suai daripada https://web15.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2115391 Berdasarkan respons tersebut, bincangkan peranan-peranan pihak sekolah untuk menggalakkan penulisan kreatif dalam kalangan murid. Aras T PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 12 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


13 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 13 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


14 Praktis 4 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Pada tahun 2022, Program Festival Makanan Warisan Negeri Selangor telah mengangkat nasi ambeng sebagai hidangan warisan negeri dan turut melakar sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai hidangan nasi ambeng terbanyak, iaitu 2022 hidangan. Melalui program yang sama pada tahun 2023, Kerajaan Negeri telah melakar rekod hidangan sate kajang terbanyak, iaitu sebanyak 100 000 cucuk sate. Pelaksanaan program seperti ini memberikan anjakan promosi melalui pelibatan orang awam dan liputan pelbagai platform media dalam program tersebut. Dipetik dan diubah suai daripada https://dewan.selangor.gov.my/question/budaya-dan-warisan/ Petikan di atas menunjukkan salah satu peranan pelbagai pihak menjaga warisan tradisional. Bincangkan peranan-peranan lain. Aras T PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 14 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


15 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 15 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


16 Praktis 5 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. KLUANG – Pelaksanaan gaji minimum perlu dilakukan supaya mampu menarik pekerja tempatan terlibat dalam sektor pertanian termasuk industri pengeluaran sayur yang kini bergantung kepada pekerja asing. Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diarah untuk memantau isu tersebut. Menerusi mesyuarat kabinet sebelum ini, menjadi pertimbangan kerajaan mahu tenaga kerja tempatan. Namun, sektor 3D ini kurang diminati oleh pekerja-pekerja tempatan kerana gaji rendah yang ditawarkan. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.sinarharian.com.my/ 14 Mac 2024 Selain punca yang dinyatakan dalam petikan tersebut, jelaskan punca-punca lain yang menjadikan pertanian kurang diminati oleh masyarakat tempatan. Aras S PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 16 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


17 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 17 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


18 Praktis 6 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Masyarakat kini mempunyai pelbagai ruang dan platform untuk menterjemahkan kecintaan mereka terhadap negara, khasnya sepanjang tempoh sambutan kemerdekaan negara ketika ini. Penggunaan media sosial seperti Facebook, Instagram, X dan TikTok menjadi wadah penting bagi masyarakat, terutama generasi muda untuk menzahirkan semangat patriotik mereka. Terdapat pelbagai cara untuk menzahirkan semangat patriotik dalam media sosial antaranya menghias laman media sosial dengan Jalur Gemilang sebagai tanda kesetiaan kepada negara. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/ Selain cara yang dinyatakan dalam petikan di atas, huraikan cara-cara lain untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Aras S PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 18 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


19 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 19 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


20 Praktis 7 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Dapatan daripada sekitar 241 orang usahawan, cabaran utama dihadapi oleh mereka dengan jumlah 29 peratus (67 undian) ialah kos operasi meningkat berikutan kenaikan harga barang, gaji pekerja dan lain-lain. Kedua, 22 peratus (51 undian) mengenai soal penguasaan platform digital seperti media sosial, meskipun ramai sudah tahu akan kepentingannya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada bulan Mac 2020. Ketiga, dengan 17 peratus (41 undian) bila mana usahawan itu sendiri tidak tahu strategi dan ilmu untuk berdepan dengan situasi ketika ini dengan berbagai-bagai isu atau masalah. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.kosmo.com.my/2022/07/24 Petikan berita menyatakan terdapat banyak cabaran yang perlu dilalui oleh bakal usahawan berjaya. Tulis syarahan yang bertajuk, “Ciri-ciri Usahawan yang Mampu Menghadapi Cabaran”. Aras T PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 20 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


21 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 21 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


22 Praktis 8 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Pemilihan kerjaya merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan seseorang insan. Hal ini dikatakan demikian kerana kerjaya yang baik dapat memberikan jaminan masa hadapan yang selesa bagi seseorang insan kerana sudah tentu akan mempunyai pendapatan yang baik juga. Oleh itu, pemilihan kerjaya secara tidak langsung memerlukan faktor-faktor yang boleh mempengaruhinya agar seseorang mampu untuk memilih kerjaya yang bersesuaian dengan dirinya. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Persepsi Pelajar Kolej Komuniti Gerik terhadap Pemilihan Kerjaya’, oleh Norlizawati Hashim dan Norhafinas Abd Latih, ICMASIT, 2020 Sebagai respons di atas, bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang. Aras T PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 22 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


23 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 23 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


24 Praktis 9 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. KUALA LUMPUR – Lima prinsip Rukun Negara bukan hanya setakat perlu dihafal dan dihayati, sebaliknya perlu dipraktikkan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini agar perpaduan lebih utuh dan elakkan sengketa antara kaum. Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, jika kelima-lima prinsip Rukun Negara, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan seharusnya dijunjung oleh rakyat Malaysia pada setiap masa. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.astroawani.com/ Berdasarkan petikan berita tersebut, huraikan cara-cara memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Aras T PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 24 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


25 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 25 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


26 Praktis 10 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. PUTRAJAYA – Sebanyak 25 daripada 672 buah sungai di negara ini berada dalam kategori tercemar, kata Datuk Seri Fadillah Yusof. Timbalan Perdana Menteri berkata, sungai tercemar itu dikesan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak membabitkan pengkelasan kualiti air sungai (IKA) kelas tiga dan empat. “Secara keseluruhan, yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) ada sebanyak 672 buah sungai (di seluruh negara) dan empat peratus atau 25 buah sungai daripadanya, termasuk dalam kategori tercemar. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/06/ Berdasarkan respons tersebut, huraikan punca-punca perkara ini berlaku. Aras T PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 26 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


27 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 27 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


28 Praktis 11 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Penggunaan peranti digital memberi murid satu kemudahan dalam mengakses maklumat dan sumber pendidikan yang sangat meluas. Kini, medium seperti e-buku membolehkan murid mengakses pelbagai e-buku melalui peranti digital seperti tablet, e-reader atau komputer. E-buku menawarkan kelebihan seperti kemudahan pencarian, penanda halaman elektronik dan pengaturan ukuran teks yang dapat disesuaikan. Dengan akses ke perpustakaan digital dan platform e-buku, murid mudah mendapatkan sumber-sumber pembelajaran meluas tanpa bergantung kepada buku bercetak. Dipetik dan diubah suai daripada https://berita.rtm.gov.my/ Teknologi digital memberikan banyak manfaat. Bincangkan. Aras T PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 28 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


29 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 29 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


30 Praktis 12 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. MARANG – Minat yang mendalam terhadap seni kraf tangan mendorong seorang suri rumah menghasilkan barangan rotan untuk dijual sehingga mampu memberikan pulangan pendapatan kepadanya. Nur Fitrah binti Mohd Azizi, 32, berkata beliau telah didedahkan dengan dunia seni kraf tangan sejak kecil lagi, memandangkan ibunya Malati binti Baharom, 54, manakala arwah neneknya, Sarah Dita ialah pengusaha kraf tangan mengkuang. Menurutnya lagi, pengaruh daripada dua orang insan kesayangannya itu membuatkan beliau juga mula menghasilkan barangan kraf tangan daripada mengkuang sejak berusia 14 tahun lagi. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.getaran.my/artikel/usahawan/58400/kraftangan-rotanbantu-suri-rumah-jana-pendapatan Sebagai respons di atas, anda diminta menemu ramah seorang tokoh dalam industri kraf tangan berkaitan dengan pengalaman memajukan perniagaan berbentuk kraf tangan. Aras T Tulis temu ramah anda selengkapnya. PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 30 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


31 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 31 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


32 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata akronim. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata akronim tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Aras S SMK Taman Pelangi telah menganjurkan Minggu Inovasi Kebangsaan dengan kerjasama syarikat jenama Proton baru-baru ini.Terdapat 30 penyertaan dari tadika berhampiran telah menyertai pertandingan Inovasi Cilik manakala 230 penyertaan dari sekolah menengah seluruh negeri Johor bertanding dalam aktiviti penulisan cerpen. Selain itu, tayangan amal perdana juga telah diadakan di pawagam GSC untuk mengutip dana projek inovasi sekolah. Kemuncak acara penutupan telah dimeriahkan dengan persembahan kugiran yang terkenal di Johor. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Laporan Majalah Pelangi Unggul’ [8 markah] Akronim Ayat TOPIK 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa Bahagian A (35 Markah) Kertas 2 Praktis 1 Morfologi PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 32 07-Feb-25 11:39:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


33 Sintaksis Berdasarkan petikan di bawah, tukarkan ayat susunan biasa yang bergaris kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Aras S Perkembangan dunia pada masa ini memperlihatkan perubahan yang pesat tentang kemajuan teknologi maklumat menerusi percantuman teknologi maklumat dan telekomunikasi. Gabungan kedua-dua teknologi itu membolehkan komunikasi pelbagai hala dihubungkan dengan lebih pantas. Kemajuan itu lebih terserlah apabila pelbagai inovasi dilakukan dari semasa ke semasa oleh pemuka-pemuka dalam bidang tersebut. Dalam beberapa tahun yang akan datang, capaian negara dalam bidang jalur lebar sepatutnya melepasi lima puluh peratus. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mengendalikan Maklumat di Hujung Jari’, Berita Harian, Mac 2016 [6 markah] Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Aras S Bahan 1 Penganguran adalah masalah besar yang tidak hanya berlaku di negara-negara sedang membangun, tetapi juga di negara-negara maju. Namun begitu, jumlah pengangguran di negara-negara sedang membangun lebih tinggi. Masalah ini tidak wajar mengabaikan dan perlu dicarikan jalan masuk dengan secepat yang mungkin agar tidak terus menjadi masalah, khususnya di kalangan generasi muda. Setiap tahun, beribu-ribu lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) meninggalkan pusat ilmu dengan harapan untuk menjawat jawatan yang setimpal dengan lulusan mereka. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cabaran Buat Graduan Malaysia’, Utusan Malaysia, Januari 2016 [6 markah] Kesalahan Pembetulan PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 33 07-Feb-25 11:39:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


34 Bahan 2 [5 markah] Kesalahan Pembetulan PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 34 07-Feb-25 11:39:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


35 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Aras S Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Bija Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga. Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Aras S Fauzi merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya. Mereka menjaga Fauzi dengan penuh kasih sayang. Mereka sanggup memenuhi segala permintaan anaknya. Disebabkan ibu bapa terlalu memanjakan Fauzi, dia tidak tahu menghormati orang yang lebih tua daripadanya malah berani melawan cakap orang tua. Perbuatan tersebut telah memalukan kedua-dua orang ibu bapanya. [4 markah] PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 35 07-Feb-25 11:39:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


36 Praktis 2 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata tunggal dan dua kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata tunggal dan kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Aras S Pada sidang tengah hari, Tan Sri Muhyiddin turut mendoakan supaya penularan COVID-19 berjaya ditangani dengan segera dan rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan bersama-sama keluarga dengan selamat. “Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang terbabit secara langsung dalam usaha menangani wabak COVID-19,” katanya. Pandemik diisytiharkan apabila wabak tersebar merentasi sempadan hingga ke seluruh dunia dan membabitkan jumlah populasi yang besar dengan pantas serta menyebabkan kadar kematian yang tinggi. Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online, 13 Mac 2020 [8 markah] Kata Tunggal Ayat Kata Majmuk Ayat Sintaksis Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi ayat yang bergaris. Aras S Kemurungan merupakan kecelaruan mental yang paling mudah dihidapi oleh manusia pascamoden. Istilah lain yang berkaitan dengan kemurungan ialah kecelaruan suasana yang melibatkan kemurungan, mania dan hipomania, yakni keadaan penyakit yang kurang serius daripada keadaan mania, namun tetap memerlukan rawatan. WHO sememangnya memberikan fokus kepada penyakit ini yang semakin menjadi beban kepada insan sejagat. Disebabkan prevalens kecelaruan mental yang lain juga semakin meningkat di dunia, maka satu persidangan WHO telah meluluskan resolusi pada Mei 2013 untuk melaksanakan respons yang terlibat. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hari Kesihatan Mental Usaha Mengurus Kemurungan’ oleh Mohamed Hatta Shaharon, Dewan Masyarakat, November 2020 [6 markah] PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 36 07-Feb-25 11:39:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


37 Subjek Predikat Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Aras S Bahan 1 Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan. Corak permakanan semasa kanak-kanak di negara ini menunjukkan kanak-kanak lebih gemar akan sajian yang mengandungi kadar gula yang tinggi seperti donut, kek dan krim roti yang banyak dijual di kantin-kantin sekolah. Kanak-kanak berusia antara dua dengan sepuluh tahun sebenarnya perlu menikmati lima kumpulan hidangan, iaitu bijian, buah-buah dan sayur-sayuran, daging dan protin, tenusu serta minyak, gula dan garam dalam kadar yang tepat, seimbang serta dipelbagaikan. Namun begitu, kegagalan ibubapa memahami kepentingan panduan piramid makanan telah menyebabkan anak-anak mengalami obesiti. [6 markah] Kesalahan Pembetulan PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 37 07-Feb-25 11:39:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


38 Bahan 2 [5 markah] Kesalahan Pembetulan PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 38 07-Feb-25 11:39:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


39 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Aras S Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?” Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku, sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku.” Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Peribahasa Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian bina ayat menggunakan peribahasa tersebut dengan ayat sendiri. Aras S Pak Yaakob : Pada zaman sebelum merdeka, penduduk kampung terpaksa bekerja dari pagi hingga ke petang demi mencari rezeki untuk keluarga. Itupun cukup-cukup makan sahaja. Afif : Begitu sukar kehidupan dulu ya, datuk? Pak Yaakob : Betul, Afif. Lebih menyedihkan, ada orang kampung yang menjadi dalang dan mengkhianati negara semata-mata demi keuntungan sendiri daripada menjaga maruah bangsa. Afif : Sedihnya apabila ada manusia yang sanggup melakukan perkara tersebut. Pak Yaakob : Walaupun begitu, keangkuhan dan kejahatan mereka akhirnya terbongkar juga. Mereka malu sendiri dan keluar dari kampung. [4 markah] PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 39 07-Feb-25 11:39:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


40 Praktis 3 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata bantu. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata bantu tersebut menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Aras S Kesihatan harus dijadikan aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran sesuatu masyarakat atau negara. Tahap kesihatan masyarakat perlu bermula dengan kesedaran dan celik kesihatan yang berasal daripada dalam diri. Kita boleh bercakap tentang sistem dan teknologi serta kemudahan yang ada. Namun, tanpa budaya dan kesedaran yang baik, kita tidak akan dapat membendung peningkatan masalah kesihatan dalam negara terbabit. Dipetik dan diubah suai daripada, ‘Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara’ oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Jun 2015 [8 markah] Kata Bantu Ayat Sintaksis Baca petikan di bawah. Kemudian, kenal pasti dan tulis pola bagi ayat-ayat yang bergaris sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS). Anda perlu menulis jawapan mengikut contoh seperti di bawah. Aras S Pola Ayat: FN + FK FN: Semua pihak FK: harus bertanggungjawab dan berusaha untuk memupuk minat membaca khususnya dalam kalangan murid Membaca jambatan ilmu. Tahap pembacaan para murid masih lemah. Ibu bapa perlu menyediakan bilik bacaan atau perpustakaan mini dan menyediakan pelbagai bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Bahan bacaan di perpustakaan juga dapat membantu meningkatkan amalan pembacaan. Semua pihak harus bertanggungjawab dan berusaha untuk memupuk minat membaca khususnya dalam kalangan murid. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Semua Pihak Membantu Kanak-kanak Membaca’, Pendidik, Bil. 18, 2006 [6 markah] PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 40 07-Feb-25 11:39:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


41 Pola Ayat Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama Frasa Adjektif Frasa Nama Frasa Sendi Nama Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Aras S Bahan 1 Jiran tetangga perlu mengamalkan amalan bertegur-sapa seperti bertanya khabar atau bertukar-tukar pandangan supaya hubungan kejiranan semakin kukuh. Sebenarnya, semangat kejiranan mampu mendatangkan impak yang ketara pada kesejahteraan masyarakat. Bagi mengukuhkan semangat ini, setiap jiran hendaklah mempunyai matlamat hidup yang sama yang inginkan perpaduan agar kehidupan berjiran akan berkekalan. Amalan ambil peduli terhadap sesuatu keadaan yang jiran hadapi dapat membantu memupuk semangat hidup berjiran. Hal ini kerana banyak masaalah kejiranan dapat diselesaikan apabila masing-masing saling mengambil peduli sesama jiran. Begitu juga dalam hubungan kejiranan yang melibatkan masyarakat yang berbeza bangsa dan agama, sikap saling hormat-menghormati kepercayaan masing-masing dan mengamalkan amalan mulia. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Muafakat Melahirkan Masyarakat Harmoni’, oleh Md. Nizar Parman, Dewan Siswa, Mac 2016 [6 markah] Kesalahan Pembetulan PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 41 07-Feb-25 11:39:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


42 Bahan 2 Etika Kejiranan 1 Kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang mengguris jiran punya perasaan. 2 Kita perlu menhormati jiran dengan tidak membuat bising sehingga menganggu ketenteraman mereka. 3 Kita haruslah meluangkan masa untuk mengunjung ke rumah jiran agar dapat mengeratkan semangat hidup berjiran. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Muafakat Melahirkan Masyarakat Harmoni’, oleh Md. Nizar Parman, Dewan Siswa, Mac 2016 Kesalahan Pembetulan PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 42 07-Feb-25 11:39:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


43 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Aras S Maka bendahara pun kembali ke Melaka menghadap Sultan Muzaffar Syah. Maka segala perihal ehwal sekaliannya dipersembahkan oleh Bendahara ke Bawah Duli Sultan. Maka baginda pun terlalu suka; maka baginda pun memberi persalin akan Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang muliamulia, dengan segala hulubalang yang pergi bersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda persalin masing-masing pada kadarnya. Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Peribahasa Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut. Aras S Gejala rasuah merujuk perbuatan menyogok seseorang dengan wang atau barangan agar orang yang disogok dapat menggunakan kuasa atau kemampuannya untuk menyelesaikan sesuatu tugas secara tidak amanah. Kekurangan pemantauan dan sikap bekerja sambil lewa merupakan punca yang boleh dikenal pasti mengakibatkan gejala rasuah ini semakin berleluasa. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada gejala rasuah agar negara kita boleh terus maju dan sejahtera setanding dengan negara maju yang lain. [6 markah] Peribahasa Maksud PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 43 07-Feb-25 11:39:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


44 Praktis 4 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata kerja terbitan apitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Aras S Konsep pertanian menegak menunjukkan pencapaian amat baik kerana kelebihannya memberikan harapan peningkatan sara diri bagi rakyat dalam menghasilkan hasil makanan yang boleh meringankan kos sara hidup semakin mencanak sekarang. Pertanian menegak ialah konsep dalam pertanian bandar merujuk penggunaan kaedah penanaman tanpa tanah dalam bangunan tinggi secara terkawal. Ketika ini, pertanian menegak merupakan bidang penyelidikan disiplin yang masih baharu, tetapi mempunyai daya tarikan sebagai kaedah pengeluaran makanan mampan dan cekap. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/ [8 markah] Kata Kerja Terbitan Apitan Ayat PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 44 07-Feb-25 11:39:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


45 Sintaksis Berdasarkan petikan di bawah, bina tiga ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong. Aras S Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sivik bermaksud ilmu tatarakyat atau perasaan tanggungjawab terhadap masyarakat. Bermula bulan Jun 2019, pendidikan sivik telah mula diperkenalkan di semua sekolah seluruh Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan pendidikan sivik dilaksanakan selama satu jam pada setiap bulan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan pendidikan sivik. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mengapakah Pendidikan Sivik Diperkenalkan?’ oleh Dr. Maszlee Malik, Dewan Siswa, Bil. 10, 2019 [6 markah] Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan itu semula. Aras S Bahan 1 Belian saham koperasi pada peringkat awal persekolahan akan bertambah saban tahun dengan adanya proses jual beli yang aktif dari warga sekolah. Rentetan daripada situasi tersebut, divident yang terkumpul sepanjang persekolahan dapat ditebus semula selepas murid-murid menamatkan sesi sekolah persis kata peribahasa, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Pemberian bonus pula akan diberikan berdasarkan keuntungan yang diperoleh daripada proses jual beli sepanjang tahun semasa. Sebagai contoh, murid-murid akan diberikan bonus dalam bentuk duit tunai atau pemberian diskoun harga barangan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Peranan Koperasi terhadap Pembangunan Pelajar Sekolah’, oleh Michelle Toi Tze Ching, Dewan Siswa, Bil. 10, 2019 [6 markah] PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 45 07-Feb-25 11:39:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


46 Kesalahan Pembetulan Bahan 2 Antara pembaharuan yang cuba dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia termasuklah diterapkan unsur KBAT dalam soalan peperiksaan, melaksanakan ujian bahasa inggeris mengikut tahap piawai antarabangsa, iaitu dengan pengenalan tahap piawai Common English Framework References (CEFR) dan memansuhkan penilaian terhadap murid Tahap 1 pada peringkat sekolah rendah. Persoalannya, bagaimana para guru dan murid dalam usaha untuk mencapai tahap minimum dalam peperiksaan, menguasai bahasa Inggeris dan mengurangkan capasiti murid buta huruf dalam kalangan murid Tahap 1? Dipetik dan diubah suai daripada ‘Reformasi Sistem Pendidikan Bersediakah Kita?’ oleh Daniel Hakim Hanipi, Dewan Siswa, Bil. 10, 2019 [5 markah] Kesalahan Pembetulan PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 46 07-Feb-25 11:39:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


47 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Aras S Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; Adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?” Dipetik daripada cerita ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’, dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Peribahasa Baca ayat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan menggunakan peribahasa yang sesuai. Aras S 1 Sikap dan perangai dua beradik itu kerana setiap kali bertemu, mereka pasti bergaduh. 2 Ilmu pengetahuan merupakan sinar yang dapat memberikan panduan kepada manusia dalam kehidupan umpama peribahasa . [4 markah] PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 47 07-Feb-25 11:39:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


48 Baca Bahan 1, Bahan 2 dan Bahan 3 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Negara kita juga kaya dengan destinasi pelancongan lain seperti Kompleks Mahsuri di Pulau Langkawi, Tokong Kek Lo Si di Pulau Pinang, Kesultanan Melayu dan Warisan Peranakan di Melaka. Malaysia turut memiliki tapak warisan dunia seperti Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak dan Taman Kinabalu di Sabah. Begitu juga, kerajaan memanfaatkan kawasan hutan simpan dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti rentas hutan dan mendaki gunung yang semakin diminati. Malaysia juga sering menjadi tuan rumah bagi acara-acara berprestij pada peringkat antarabangsa seperti perlumbaan Grand Prix F1, perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dan acara terjunan bebas, KL Tower Base Jump. Menurut laporan dalam Ekspo Milano di Itali, Malaysia berada tempat ketiga dari segi destinasi paling digemari oleh pelancong. Hal ini menunjukkan petanda yang kukuh dan positif bagi industri pelancongan Malaysia. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sektor Pelancongan Beri Sumbangan Ketara kepada Ekonomi Negara’, BH Online, Oktober 2015 Bahan 2 Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun mempengaruhi perkembangan industri pelancongan di negara kita. Iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara Barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik seperti kawasan rekreasi di tanah tinggi dan hutan semula jadi, iaitu hutan hujan khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun menjadi tumpuan para pengkaji tempatan dan luar negara. Di samping itu, pantai-pantai dan pulau-pulau yang masih belum tercemar merupakan aset penting dalam industri pelancongan. Kemajuan industri pelancongan tanah air turut dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk. Dalam hal ini, gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Malaysia Tumpuan Pelancong’, oleh Sofea Suhaimi, Dewan Siswa, Oktober 2015 TOPIK 4 Pemahaman Bahagian B (35 Markah) Kertas 1 Praktis 1 Petikan Umum PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 48 07-Feb-25 11:39:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version