49 Bahan 3 Wah, saya suka ke negara awak yang sangat unik. Kepelbagaian budaya dan warisan tradisional menjadikan saya jatuh hati dengan negara Malaysia. Negara saya kaya dengan pelbagai budaya dan warisan kerana kami mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan banyak lagi. (i) Berdasarkan Bahan 1, senaraikan jenis penganjuran berprestij yang pernah dianjurkan oleh Malaysia. Aras R [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1, Bahan 2 dan Bahan 3, terdapat pelbagai tarikan Malaysia yang mendorong kemasukan pelancong asing. Nyatakan tarikan-tarikan tersebut. Aras S [4 markah] (iii) Industri pelancongan negara kita memberikan impak positif kepada ekonomi negara. Pada pendapat anda, apakah impak-impak positif tersebut? KBAT Aras T [3 markah] (iv) Pelancong asing berkunjung ke negara kita atas pelbagai tarikan. Disebabkan perbezaan budaya dan bahasa, mereka memerlukan bantuan kita sekiranya mereka datang ke Malaysia. Cadangkan bantuan-bantuan yang dapat anda berikan kepada pelancong asing. KBAT Aras T [4 markah] PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 49 07-Feb-25 11:39:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
50 Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana tahun itu. Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tetapi setiap kali bapa pulang dari rimba belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua. Tahun itu kami makan gadung itulah kerana padi habis jahanam kerana Sungai Ceper betul-betul mengamuk. Dan ibu waktu itu macam Ceper juga, betul-betul naik angin dan mengamuk. Naik angin dan mengamuk menentang Ceper yang ganas dan tidak berperikemanusiaan itulah. Ibu akhirnya mengalah tetapi ibu tidak kalah seterusnya. Apabila Ceper kembali tenang dan air tidak lagi membedal, ibu kembali ke sawah semula dan tahun berikutnya kami tidak lagi makan gadung. Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini bukan kerana banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau.Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbulan-bulan. Sawah habis kering. Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper saja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan kubang di sawah kering. Baruh-baruh yang dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga. Dipetik daripada cerpen ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka Bahan 2 Pantun Buat Ibu Tarian gamelan lagu senandung, Warisan bangsa penuh keramat; Sembilan bulan sarat mengandung, Tetap ceria sedia berkhidmat. Anak ikan di dalam balang, Tidak banyak berenang sendiri; Sakit melahirkan bukan kepalang, Melihat anak wajah berseri. Anak rubah dipanggang api, Dimakan oleh orang Iban; Penat lelah tolak ke tepi, Demi anak rela berkorban. Pergi ke pekan membeli laici, Singgah berehat bersama teman; Marahnya bukan marah membenci, Sebagai nasihat jadikan pedoman. Sumber: Internet PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 50 07-Feb-25 11:39:53 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
51 Bahan 3 Jasa Bonda Kau dibuai mimpi dia jaga Kau bersenang dia bekerja Untukmu tiada terbatas Memberi tak minta dibalas Ingin dibinanya untuk mu Kehidupan yang sempurna Punya kekuatan jiwa Punyai maruah Leterannya dari rasa luhur Menegur sebelum terlanjur Itulah yang diwarisi Pesan ibu terpahat di hati Beringat-ingatlah berpesan-pesan Untuk kebaikan Marah bukan kebencian Tapi tanda sayang Engkau semakin dewasa Berjiwa merdeka Sedang dia semakin tua Membilang usia di saat kau berjaya Lagu: Jasa Bonda Artis: Warisan (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan sebab penduduk kampung menjadi papa kedana pada tahun itu. Aras R [2 markah] (ii) Dengan merujuk semua bahan, nyatakan jasa ibu kepada anak. Aras S [3 markah] (iii) Umum mengetahui bahawa seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak, namun sepuluh orang anak belum tentu lagi dapat menjaga seorang ibu. Lumrah kini memperlihatkan semakin ramai ibu bapa dihantar ke rumah orang tua. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? KBAT Aras T [3 markah] (iv) Ibu anda tinggal bersendirian di kampung. Pada suatu hari, ibu anda menelefon anda dan menyatakan hasratnya untuk menziarahi anda. Cadangkan cara-cara yang akan anda laksanakan untuk menguruskan perkara ini. KBAT Aras T [4 markah] PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 51 07-Feb-25 11:39:53 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
52 Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pengantin lelaki melangkah perlahan-lahan ke arah pelamin. Aiman mengiringinya sebagai pengapit pengantin. Zahid yang segak berpakaian baju Melayu cekak musang fabrik songket ungu, berkain samping dan tengkolok ikatan kreatif sedondon perlahan-lahan menghampiri peterana yang dibina di hadapan pintu utama Tajau Emas. Tangan kanannya menggenggam sebilah keris yang menjadi lambang kelelakian. Menurut juruhiasnya, tidak boleh tidak, keris mesti dibawa. Zahid dengan Aiman ketawa mendengar penerangan tentang adat yang tidak boleh dipertikaikan. ‘Tidak apa, adat ini tidak menyalahi hukum agama’, Zahid memujuk hati sendiri. Pengantin lelaki berhenti seketika bagi memberikan laluan kepada dua orang pesilat membuka bunga pencak. Dipetik daripada novel Tirani oleh Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagaimanakah pemakaian Zahid sebagai seorang pengantin lelaki? Aras R [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Tirani karya Beb Sabariah (b) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (c) Silir Daksina karya Nizar Parman (d) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan, jelaskan satu amalan baik yang perlu kita laksanakan dalam kehidupan harian bagi setiap novel. Aras S [6 markah] PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 52 07-Feb-25 11:39:53 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
53 PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 53 07-Feb-25 11:39:53 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
54 Praktis 2 Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Individu yang berintegriti akan tetap mematuhi peraturan jalan raya walaupun lampu isyarat merah menyala dan tiada sesiapa di situ kecuali diri sendiri pada pukul 2:00 pagi. Hal ini dikatakan demikian kerana takrif integriti memerlukan individu bertingkah laku berdasarkan prinsip moral dan nilai-nilai etika, tanpa mengambil kira sama ada dilihat ataupun tidak. Mereka yang tidak berintegriti cenderung melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka berpendapat bahawa tiada hukuman yang akan dikenakan terhadap salah laku mereka. Oleh itu, untuk menjadi manusia yang berintegriti, seseorang individu itu perlu menjadi manusia yang bermoral dan beretika dalam semua aspek kehidupan pada setiap masa. Dalam aspek tadbir urus dan pentadbiran organisasi, misalnya keruntuhan integriti menyebabkan berlakunya pelbagai kepincangan seperti peningkatan amalan rasuah dan pecah amanah. Tidak kira sama ada dalam organisasi awam mahupun swasta, pemegang jawatan ataupun pekerja yang tidak memiliki integriti diri yang tinggi akan sentiasa mencari peluang untuk melakukan penyelewengan demi kepentingan peribadi tanpa memikirkan implikasi perbuatan mereka terhadap imej organisasi dan negara. Dalam aspek pendidikan pula, tindakan oleh individu-individu tidak berintegriti boleh mencemarkan kesucian bidang yang sangat penting untuk membangunkan modal insan negara ini. Perbuatan-perbuatan memanipulasi kelayakan akademik bukan sahaja akan meruntuhkan reputasi si pelakunya, tetapi juga boleh mengakibatkan kualiti sistem pendidikan negara pada semua peringkat dipertikaikan secara keseluruhannya. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.kemas.gov.my/integriti-dalam-kehidupan/ Bahan 2 Mutakhir ini, saban hari kita dihidangkan dengan berita yang berkaitan dengan skandal korporat, rasuah skala besar, penyelewengan dana, ketirisan bantuan, pecah amanah, penipuan peruntukan dan pembelian malah banyak lagi jenayah moden yang menggambarkan wujudnya ciri-ciri masyarakat maju, tetapi tidak berintegriti. Adakah ini petanda elemen integriti dalam kalangan kita semakin lemah? Orang ramai bukan sahaja tidak lagi berasa malu untuk melakukan rasuah malah juga tidak takut akan hukuman. Terdapat segelintir pihak pula berasa bangga apabila perlakuan buruknya tidak dapat dibuktikan. Di sesetengah sempadan dan pelabuhan negara, diesel, petrol, beras, minyak masak, gula dan pelbagai barangan bersubsidi kelihatan sangat mudah keluar dari negara ini disebabkan wujudnya manusia tidak berintegriti. Bunyinya seperti tidak ada apa-apa dan tidak memudaratkan, tetapi memberikan kesan sangat buruk kepada orang lain, menjejas kesejahteraan hidup, menggugat keselamatan, keharmonian dan pertumbuhan ekonomi. Orang yang tidak berintegriti sebenarnya tidak boleh dipercayai. Orang yang tidak berintegriti sentiasa berkemungkinan melanggar peraturan dan undang-undang, mengkhianati amanah, mungkir janji, mementingkan diri sendiri, bersikap kurang ajar, tidak menghormati orang lain dan sebagainya. Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 54 07-Feb-25 11:39:53 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
55 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata meruntuhkan reputasi. Aras R [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan orang yang tidak berintegriti. Aras S [4 markah] (iii) Integriti dalam bidang pendidikan perlu diperkukuh supaya lebih ramai murid yang cemerlang dapat dilahirkan. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat pelbagai amalan tidak berintegriti berlaku dalam bidang pendidikan. Pada pendapat anda, apakah amalan-amalan tidak berintegriti tersebut? KBAT Aras T [3 markah] (iv) Aiman dimarahi oleh ibunya kerana enggan hadir ke sekolah pagi tadi. Selepas itu, Aiman menyimpan perasaan dendam terhadap ibunya kerana berpendapat dirinya tidak bersalah. Dia berasa ibunya tidak menyayanginya lagi. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah. Anda mendapat tahu perkara ini dan berpendapat bahawa tindakan ini merupakan tindakan yang tidak berintegriti dalam keluarga. Selaku rakan sekelas Aiman, anda perlu mencadangkan pelbagai langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Cadangkan langkah-langkah tersebut. KBAT Aras T [4 markah] PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 55 07-Feb-25 11:39:53 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
56 Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Gurindam Beberapa Petua Hidup Fikir dan Kata Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar. Ilmu Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna. Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar. Dipetik daripada ‘Kalung Bunga Za’ba’, 2008, Dewan Bahasa dan Pustaka Bahan 2 Saya hayati cerita bonda tentang sejarah yang hampir memusnahkan negara ini. Kota besar itulah yang menjadi gelanggang pertumpahan darah dan korban kematian yang bukan sedikit. Semuanya berlaku angkara kejahilan terhadap salasilah tanah air yang terpecah kepada pagar-pagar perkauman yang tebal. Justeru, saya bertekad memenuhkan dahulu dada saya dengan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman di tanah desa halaman ini sebelum saya bersedia mencampakkan diri saya di tengah gelora kota. Saya ingin memahirkan lidah dengan bahasa ibunda kerana inilah saja khazanah warisan tinggalan bangsa yang mendiami bumi ini sejak sekian lama. Ilmu-ilmu berkaitan kewajipan perlu memenuhi dada saya sebagai benteng ampuh daripada segala anasir dan gejala hitam yang boleh meruntuhkan keperibadian sebelum bersedia untuk mengatur gerak langkah membina dunia baharu di ibu kota agung itu. Dipetik daripada ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 56 07-Feb-25 11:39:53 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM – Jawapan J1 Topik 1 Karangan Respons Terhad Praktis 1 Tema/Tajuk Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Kehendak soalan Fokus kedua-dua bahan rangsangan adalah sama Fokus bahan 1 Menyatakan maksud e-panggilan Fokus bahan 2 Kebaikan/manfaat e-panggilan Format Tiada format Sasaran (KBAT) Umum E-panggilan merupakan satu medium yang kian mendapat tempat dalam setiap alat elektronik masyarakat kini. Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4, e-panggilan boleh ditakrifkan sebagai penempahan khidmat pengangkutan secara dalam talian melalui aplikasi tertentu. Aplikasi e-panggilan memberikan banyak manfaat kepada masyarakat untuk membuat pesanan makanan dan penghantaran barangan. Aplikasi ini dapat menjimatkan masa. Misalnya, wanita bekerjaya tidak perlu berperang di dapur apabila pulang ke rumah. Mereka boleh memesan makanan melalui aplikasi ini bagi menjimatkan kos memasak dan masa untuk berehat. Lanjutan itu juga, e-panggilan ini juga memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Perkhidmatan ini mula rancak semasa pandemik COVID-19 yang memaksa ramai individu duduk di rumah. Oleh itu, ramai menggunakan peluang ini dengan menjadi penghantar makanan. Pekerjaan penghantar makanan dan barangan ini mampu meraih hampir belasan ribu ringgit sekiranya banyak tempahan perkhidmatannya. Selain itu juga, perkhidmatan penumpang seperti Grab juga mendapat sambutan apabila ramai memilih untuk menjadi pemandu Grab sebagai kerja sampingan. Hal ini menjadi rancak apabila ramai menggunakan khidmat ini untuk lebih mudah mencari tempat yang dituju dan mengelakkan rasa stres dengan kesesakan jalan raya di ibu kota. Secara holistiknya, perkhidmatan e-panggilan ini perlu diteruskan bersesuaian dengan negara maju dan kepintaran teknologi kini. Sudah pasti, negara kita terus selari dengan negara-negara maju ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dalam penggunaan menggunakan eletronik yang canggih ini. (203 patah perkataan) Praktis 2 Tema/Tajuk Kebersihan dan Kesihatan Kehendak soalan Fokus ketiga-tiga bahan rangsangan ialah berlainan Fokus bahan 1 Langkah dan kesan menghindari wabak denggi Fokus bahan 2 Faktor pembiakan nyamuk aedes Fokus bahan 3 Kes demam denggi Format Tiada format Sasaran (KBAT) Umum Saban tahun kita disajikan dengan pelbagai penyakit. Era yang serba canggih ini, kita masih dibelenggu dengan peningkatan penyakit berbahaya seperti wabak denggi. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan data jumlah kumulatif demam denggi mencecah 100 236 kes sehingga tahun 2024. Adakah kita hanya perlu berpeluk tubuh? Demam denggi yang berpunca daripada pembawa vektor nyamuk aedes ini cukup cepat membiak. Faktor iklim yang lembap menjadikan nyamuk ini mudah mencari tempat untuk bertelur. Antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah kawasan air hujan yang bertakung seperti dalam tayar yang terbiar. Oleh itu, masyarakat perlu mengadakan gotong-royong dengan kerap. Pihak rukun tertangga boleh mengadakan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya dua minggu sekali dalam kawasan perumahan. Hal ini pasti akan menjadikan vektor ini sukar untuk melebarkan sayapnya mencari mangsa. Selain kerjasama antara masyarakat bagai aur dengan tebing, kita yang berteduh di dalam rumah perlu memastikan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Nyamuk aedes begitu aktif bermula senja hingga waktu malam. Oleh itu, setiap ahli masyarakat perlu menutup pintu dan tingkap untuk memastikan nyamuk ini sukar menerobos ruang rehat semasa kita berehat. Sebagai kesimpulannya, wabak denggi ini sukar untuk diputuskan penularannya jika tiada kesedaran dalam masyarakat. Kita perlu bahu-membahu dalam mengatasi masalah ini agar kehidupan kita sentiasa sihat terpelihara. (202 patah perkataan) Praktis 3 Tema/Tajuk Sukan dan Rekreasi/ Aktiviti Rekreasi Air Kehendak soalan Fokus ketiga-tiga bahan rangsangan adalah berbeza Fokus bahan 1 Pertandingan memancing ikan Fokus bahan 2 Manfaat – Berkayak menguji kekuatan fizikal Fokus bahan 3 Aktiviti mencandat sotong Format Tiada format Sasaran (KBAT) Umum Dasawarsa ini, aktiviti rekreasi air begitu sinonim dengan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana ramai yang menggunakan masa lapang untuk melakukan pelbagai aktiviti rekreasi air seperti berkayak, memancing ikan dan mencandat sotong. Tuntasnya, aktiviti rekreasi air mempunyai banyak manfaat. Jawapan PT BM SPM Tg5 Jaw 4th.indd 1 07-Feb-25 11:38:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2025 J2 Antara manfaat aktiviti rekreasi air adalah dapat menenangkan fikiran. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti air dapat memberikan ketenangan kepada kita. Misalnya, aktiviti memancing ikan dan mencandat sotong. Di samping menghilangkan stres, aktiviti ini juga memberikan pulangan yang lumayan sekiranya dapat menyertai pertandingan yang dianjurkan. Oleh itu, pemancing dan pencandat sotong akan mendapat kepuasan menarik joran di samping menambah wang kocek ibarat peribahasa sambil menyelam minum air. Jelaslah, aktiviti rekreasi air mendidik penggemar memancing dan mencandat sotong tentang kesabaran di samping menjadi sumber rezeki mereka. Selain itu, manfaat aktiviti rekreasi air adalah dapat menguji kekuatan fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti air semakin popular dalam pelbagai lapisan masyarakat. Oleh itu, pelbagai aktiviti rekreasi air telah dipopularkan seperti berkayak. Aktiviti ini memerlukan kemahiran mendayung dan mengawal kayak. Misalnya, pendayung perlu mengerah tenaga untuk menggerakkan pendayung dari kiri dan kanan akan menguatkan otot tangan ibarat peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tuntasnya, aktiviti berkayak dapat menguji kekuatan fizikal para pendayung. Kesimpulannya, rekreasi air menjadi pilihan masyarakat untuk mengisi masa lapang. Oleh itu, aktiviti ini dapat digunakan untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga dan rakanrakan. Tuntasnya, aktiviti ini penting untuk kesejahteraan masyakarat. (209 patah perkataan) Praktis 4 Tema/Tajuk Pelancongan / Keistimewaan Malaysia Kehendak soalan Fokus soalan adalah sama – keistimewaan Malaysia Fokus bahan 1 Tempat menarik Fokus bahan 2 Masyarakat pelbagai kaum dan etnik Fokus bahan 3 Pelbagai makanan enak Format Surat tidak rasmi Sasaran (KBAT) Umum Muhammad Emran Fateh, Lot 2, Kampung Susur Kiri, 23000 Dungun, Terengganu. 30 Disember 20__ Menemui sahabatku, Ha Seul yang berada di Korea. Semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saudari, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berkongsi tentang keistimewaan Malaysia dalam sektor pelancongan. Jika saudari ingin berkunjung ke negara saya, sudah pasti saya cadangkan tempat yang menjadi tumpuan pelancongan, iaitu pulaupulau yang menarik. Pulau-pulau di Malaysia terkenal dengan keindahan dan ketenangannya. Misalnya, Pulau Langkawi sudah terkenal di seantero dunia dek kerana penganjuran LIMA, namun masih banyak pulau yang indah seperti Pulau Redang, Pulau Damai dan Pulau Sibu yang menggamit panorama saujana mata memandang. Tuntasnya, khazanah alam semula jadi ini masih dipelihara. Selain itu, Malaysia juga meriah dengan pelbagai kaum dan etnik. Hal ini dikatakan demikian kerana kaum-kaum di sini mempunyai pelbagai budaya masing-masing yang cukup unik. Misalnya, Melayu, India, Cina dan etnik Sabah dan Sarawak menjadikan Malaysia begitu terkenal dengan tradisi pelbagai kaum. Tambahan lagi, dengan kaum yang pelbagai, sudah tentu menjadikan Malaysia terkenal sebagai syurga makanan. Misalnya, Pulau Pinang salah satu negeri yang cukup popular dengan pelbagai makanan yang enak seperti rojak, pasembor dan nasi kandar. Tuntasnya, Malaysia sebuah negara yang aman dengan perpaduan kaum yang erat di samping mengamalkan toleransi yang tinggi dalam bermasyarakat. Akhir kata, banyak lagi yang istimewa di negara ini. Saya pasti saudari juga ingin kongsikan keistimewaan negara Korea yang begitu popular di Malaysia. Semoga persahabatan kita terus berkekalan. Yang benar, Emran (210 patah perkataan) Praktis 5 Tema/Tajuk Keselamatan / Sekolah Selamat Kehendak soalan Fokus soalan adalah berbeza Fokus bahan 1 Jenis-jenis alat pemadam api Fokus bahan 2 Latihan kebakaran perlu diadakan Fokus bahan 3 Tugas pengawal keselamatan Format Rencana Sasaran (KBAT) Umum Ciri-ciri Sekolah Selamat oleh: Zukhairi Zokri Persekitaran sekolah yang selamat menjadi fokus utama dalam memastikan operasi sekolah berjalan lancar. Oleh itu, sekolah selamat memerlukan ciri-ciri keselamatan dalam memastikan warga sekolah sentiasa dalam keadaan selamat. Misalnya, menyediakan pelbagai jenis pemadam api ibarat peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Tuntasnya, keselamatan warga sekolah bergantung pada ciri-ciri keselamatan yang disediakan. Antara ciri keselamatan yang menjadi tunjang utama adalah dengan mempunyai sistem kawalan keselamatan. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawal keselamatan memainkan peranan penting terutama memastikan persekitaran dalam sekolah sentiasa terkawal. Misalnya, pengawal keselamatan yang amanah akan sentiasa meronda, membuat pemantauan dan memastikan pintu utama sentiasa ditutup agar tiada penceroboh mahupun orang luar mengganggu gugat keselamatan warga sekolah ibarat peribahasa kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek. Tegasnya, keselamatan warga sekolah perlulah diutamakan. Ciri lain yang perlu dititikberatkan dalam sekolah ialah latihan kebakaran. Hal ini dikatakan demikian kerana warga sekolah sentiasa bersedia menghadapi musibah. Oleh itu, latihan kebakaran perlu diadakan bagi mendedahkan murid-murid menggunakan pemadam api. Implikasinya, pengenalan dalam menggunakan pemadam api memberikan pengetahuan awal dalam menghadapi bencana kebakaran sebelum melaporkan kepada pihak bomba. Misalnya, penggunaan pemadam api perlu sesuai dengan jenis-jenis kebakaran seperti jenis air, debu, karbon dioksida dan buih. Tegasnya, penggunaan dan persediaan yang betul dapat mencegah daripada merebak lebih teruk. Konklusinya, semua pihak perlu cakna dalam isu keselamatan di sekolah. Oleh itu, persediaan yang rapi perlu dilakukan demi keselamatan murid-murid. Tegasnya, peranan pelbagai pihak sangat penting dalam memastikan keselamatan warga sekolah terjamin agar tidak menjadi bagai enau dalam belukar, melepas pucuk masing-masing. (203 patah perkataan) PT BM SPM Tg5 Jaw 4th.indd 2 07-Feb-25 11:38:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM – Jawapan J3 Praktis 6 Format: Resume Pendahuluan • Nama: • Alamat: • Nombor telefon: • E-mel: Isi-isi penting 1 Pendidikan • menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Gambut • menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar • menamatkan pengajian pada peringkat SPM dan STPM • menyambung pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu 2 Jawatan yang dipohon • editor penerbitan 3 Kemahiran • mahir berbahasa Melayu dan Inggeris • boleh bertutur dengan fasih dan menulis dalam kedua-dua bahasa ini dengan cemerlang • kelebihan ini dapat menjamin kualiti kerja dan produktiviti semasa bekerja adalah tinggi 4 Pencapaian • memperoleh keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 20__ • bergiat aktif dalam Lembaga Pengacara Sekolah dan memegang jawatan sebagai pengerusi • mewakili pasukan debat sekolah • pernah menjuarai Pertandingan Debat Negeri Pahang pada tahun 20__ 5 Pengalaman • pernah bekerja sambilan di Meng Meng Publishing Sdn. Bhd. sebagai pembantu editor selama setahun • pernah berkhidmat sebagai penyunting tesis secara kontrak di Universiti Kebangsaan Malaysia selama setahun Penutup Rujukan – mendapatkan perakuan berkaitan diri saya – hubungi Profesor Madya Dr. Fahrin Ahmad bin Tajuddin – Pengerusi Rancangan Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia di talian 012-2288xxx Praktis 7 Tema/Tajuk Alam Sekitar dan Teknologi Hijau / Kitar Semula Kehendak soalan Fokus soalan adalah berbeza Fokus bahan 1 Kegunaan tayar lama Fokus bahan 2 Harga bahan kitar semula Fokus bahan 3 Kempen kitar semula Format E-mel Sasaran (KBAT) Umum Kepada: Noami Chan Daripada: Aeroshimi Perkara: Kitar Semula Selamat sejahtera sahabatku, Noami. Saya sudah menerima perkongsian e-mel saudari tentang penjagaan alam sekitar di sekolah saudari. Saya kagum dengan kesungguhan pihak sekolah dengan mewujudkan sekolah dalam taman. Sekolah saya tidak ketinggalan mengadakan kempen kitar semula dalam usaha menjaga alam sekitar. Kempen ini bertujuan memberikan kesedaran kepada warga sekolah tentang peri pentingnya menjaga alam sekitar. Misalnya, melalui kempen kitar semula, murid-murid diajarkan tentang 3R, iaitu reuse, reduce, recycle. Salah satu contoh yang boleh diketengahkan dengan mengguna pakai tayar terbuang sebagai pasu bunga. Aktiviti ini boleh dijadikan sebagai pertandingan antara kelab atau persatuan ibarat peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tuntasnya, kempen kitar semula ini dapat membimbing murid-murid tentang kepentingan alam sekitar. Selain itu, sekolah saya juga mengadakan pertandingan jualan kitar semula. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid tentang kepentingan kitar semula. Walaupun barang-barang terbuang harganya tidaklah lumayan, namun jika diamalkan sedikit demi sedikit, sudah pasti hasil jualan akan banyak bak kata peribahasa sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit. Contohnya, harga surat khabar lama yang dikumpul berharga 29 sen sekilo, apabila kita berjaya mengumpulkan setiap minggu hingga mencecah puluhan kilo, nescaya nilainya cukup untuk menambah hasil tabungan. Jelaslah, kesedaran kitar semula perlu dipupuk sejak di bangku sekolah. Sampai di sini perkongsian saya tentang amalan kitar semula di sekolah saya. Saya pasti segala program yang dirancang pasti memberikan banyak manfaat kepada murid-murid. Semoga kita bertemu lagi. Sahabatmu, Aeroshimi (208 patah perkataan) Topik 2 Karangan Respons Terbuka Praktis 1 Doman Awam Pendahuluan • Pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia • Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan profesional melalui pertubuhan bukan kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan • Pelibatan masyarakat dalam bidang sukan memberikan manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara Isi-isi penting Masyarakat 1 Mengekalkan kesihatan fizikal dan mental • kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental • kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran • golongan profesional dan separa profesional pada alaf baru sering mengabaikan kegiatan fizikal • kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental 2 Sukan berkemampuan menjadi sebuah industri yang mampu menarik pelaburan • sukan bola sepak di benua Eropah dan sukan bola keranjang di Amerika Syarikat yang menjana keuntungan daripada hak-hak penyiaran di televisyen dan media massa • latihan yang jitu dan bimbingan yang tepat, kita mampu untuk melahirkan atlet-atlet yang bersaing pada peringkat dunia seperti Datuk Azizulhasni Awang PT BM SPM Tg5 Jaw 4th.indd 3 07-Feb-25 11:38:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2025 J4 • atlet yang bersaing pada peringkat dunia mampu mendapat habuan yang banyak sekiranya konsisten bertanding dan menjuarai kejohanan yang disertai 3 Mengeratkan hubungan perpaduan • mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat negara yang berbilang kaum • melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan • sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui pelibatan dalam kegiatan sukan – bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat • hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat • para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum 4 Menambahkan pendapatan • sukan mampu memberikan ruang untuk menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan • atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya – boleh meningkatkan ekonomi mereka • penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar • kegiatan sukan secara serius pada peringkat glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing kepada negara • industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi Penutup • Pelibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai kebaikan kepada masyarakat • Semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis aktiviti sukan kerana bersukan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing • Mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain • Sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara • Kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat Praktis 2 Domain Peribadi Pendahuluan • Pencapaian akademik bukanlah kayu pengukur kejayaan murid • Kelunturan sahsiah yang baik menyebabkan kerapuhan budi baik • Sikap materialistik membawa kelunturan akhlak dan sahsiah yang baik Isi-isi penting 1 Murid mestilah berpegang teguh pada ajaran agama • menekankan keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam kehidupan • bertindak menjaga tingkah laku diri • mempraktikkan saranan agama 2 Murid bijak memilih rakan • membawa pengaruh kepada prinsip kehidupan dan gaya hidup kita • rakan yang bersopan santun • tidak sesekali menderhaka kepada ibu bapa • melayan rakan dengan penuh kesopanan – amalan mulia budaya kita 3 Rajin dan patuh pada arahan ibu bapa • lebih banyak makan garam • mendengar amaran dan didikan ibu bapa • ditegur mahupun dipuji – ingat agar tidak sesekali kecundang 4 Mematuhi didikan dan pesanan guru di sekolah • menjaga kelakuan di mana-mana jua • tidak menconteng arang di muka Penutup • Meningkatkan sahsiah sendiri agar wawasan untuk membina serta melahirkan remaja yang berakhlak mulia dan berfikiran aras tinggi • Bersahsiah – masyarakat – sejahtera Praktis 3 Domain Pendidikan Pendahuluan • Murid perlu digalakkan melahirkan karya kreatif seperti cerpen ke arah meningkatkan budaya membaca dalam masyarakat – membaca amalan mulia • Penulisan cerpen mampu menyedarkan orang di samping menimbulkan cara berfikir yang maju • Lebih berminat menggunakan gajet – kurang dipraktikkan – memalapkan unsur kekreatifan Isi-isi penting 1 Guru perlu mengkaji karya cerpen bermutu • semasa pengajaran dan pembelajaran • memberikan pedoman dan menerangkan ciri-ciri cerpen • memastikan murid-murid tidak berasa asing dengan karya cerpen • menjauhi bahan picisan 2 Sekolah perlu mengadakan bengkel/kem penulisan kreatif • mendedahkan keindahan dan pengolahan karya • dibimbing secara terancang untuk mengembangkan bakat penulisan kreatif • menghasilkan cerpen yang bermutu 3 Pertandingan penulisan cerpen • merangsang minat dan mencungkil bakat penulisan • berasa keghairahan dan bakat dihargai menerusi anugerah penulis kreatif • meningkatkan keyakinan murid untuk meneroka keseronokan menulis cerpen 4 Melaksanakan minggu penghayatan cerpen • menghayati karya – mencambahkan minat • berjinak-jinak dengan penulisan kreatif • pendedahan yang berterusan daripada pihak sekolah – asal ditugal ada benihnya Penutup • Murid-murid digalakkan menceburkan diri dalam bidang penulisan cerpen Praktis 4 Domain Kerjaya Pendahuluan • Warisan tradisional dan budaya merupakan aset yang sangat berharga bagi setiap negara, termasuk Malaysia PT BM SPM Tg5 Jaw 4th.indd 4 07-Feb-25 11:38:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.