ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BH
Topik 1 Karangan Respons Terhad 1 – 16 Topik 2 Karangan Respons Terbuka 17 – 29 Topik 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa 30 – 48 Topik 4 Pemahaman 49 – 68 Topik 5 Rumusan 69 – 80 Peperiksaan Akhir Sesi Akademik 81 – 92 Jawapan J1 – J20 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 7233 E-mel: [email protected] Laman web: www.penerbitilmubakti.com © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2025 Pertama kali diterbitkan 2025 ISBN 978-629-473-732-7 Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M). Penyunting: Nur Hasliza Harun Pereka kulit buku: Mohd Tajul Askat Pereka letak: Ailee Teks diset dalam Utopia Std 10/12 poin Dicetak di Malaysia oleh Commercial Book Binders Sdn. Bhd. Kandungan • Skrip Ujian Lisan • Audio Ujian Mendengar Imbas dan Muat Turun IFC PT BM Tg4 Kand 4th.indd 2 10-Feb-25 4:50:59 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan sukan air. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang sukan air. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras S AKTIVITI LUMBA PERAHU MAMPU MEMBENTUK NILAI MURNI SESEORANG Umum mengetahui bahawa sukan air merupakan sukan yang boleh dijalankan di kawasan laut, sungai, air terjun dan sebagainya. Sukan ini bukanlah baharu dalam kalangan rakyat Malaysia malah semakin diamalkan oleh kebanyakan masyarakat. Bahagian A (30 Markah) Kertas 1 Praktis 1 TOPIK 1 Karangan Respons Terhad PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 1 10-Feb-25 4:53:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 2 10-Feb-25 4:53:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Praktis 2 Maklumat di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan pelancongan gastronomi. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang pelancongan gastronomi. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras S Pelancong asing memilih Malaysia sebagai destinasi kerana mereka dapat merasai cita rasa masyarakat kita. Pelancongan gastronomi bermaksud pelancongan yang bertujuan untuk menikmati makanan dan minuman khas di sesuatu kawasan. Di Malaysia, pelancongan gastronomi mula menjadi perhatian kerana orang ramai gemar menikmati makanan asli di tempat asalnya malah masyarakat kini lebih terbuka dengan mencuba pelbagai makanan daripada pelbagai etnik di negara kita seperti Melayu, Cina dan India. Hiris halia tangan terluka, Sayang tiada yang ambil peduli; Datang Malaysia singgah Melaka, Sajian warisan pasti dikenali. Nasi lemak Kek lapis PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 3 10-Feb-25 4:53:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 4 10-Feb-25 4:53:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Praktis 3 Maklumat di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan keluarga bahagia. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha melahirkan keluarga bahagia. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras S Tunjukkan cara berkomunikasi yang baik kepada anak KELUARGA BAHAGIA Seisi rumah tangga yang mengamalkan corak hidup berkasih sayang, berdisiplin dan saling menghormati Masa bersama, merapatkan keluarga PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 5 10-Feb-25 4:53:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 Praktis 4 Baca e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab e-mel berdasarkan bahan yang diberikan. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras S Daripada Kepada Perkara Tarikh Mesej Baharu Gavin Goh, Apa khabar, Gavin? Saya berharap agar Gavin dan keluarga sentiasa sihat sejahtera. Gavin, tahniah diucapkan kerana berjaya memperoleh tempat pertama dalam Projek Taman Herba di sekolah saudara. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sektor pertanian ini, terutamanya manfaat-manfaatnya kepada kita. Bolehkah saudara memberikan sedikit maklumat kepada saya? Saya menantikan balasan e-mel daripada saudara. Sekian, Terima kasih. Rakanmu, Rodery Kimi [email protected] [email protected] Manfaat Sektor Pertanian Peluang pekerjaan dalam sektor pertanian PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 6 10-Feb-25 4:53:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 7 10-Feb-25 4:53:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 Praktis 5 Iklan di bawah menunjukkan jawatan kosong dalam sektor perkhidmatan awam. Berdasarkan iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan pekerjaan yang anda minati. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras T JAWATAN KOSONG PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 [JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)] PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Kami mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut: (i) Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi (ii) Mempunyai kelayakan/profesionalisme yang sesuai dengan jawatan (iii) Mempunyai keterampilan yang baik GAJI MINIMUM : RM2,422.00 GAJI MAKSIMUM : RM9,631.00 Syarat kelayakan untuk memohon jawatan: (i) Calon mestilah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. (ii) Calon mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan dari institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. MOHONLAH SECARA DALAM TALIAN: http://www.spa.gov.my PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 8 10-Feb-25 4:53:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
9 PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 9 10-Feb-25 4:53:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 Praktis 6 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan amalan hidup bermasyarakat. Berdasarkan maklumat tersebut, berikan pendapat anda tentang amalan hidup bermasyarakat. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras S Bergotong-royong Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud: Saling menolong ketika senang atau susah Kunjung-mengunjungi Selamat Hari Raya, Encik Azrul, Puan Asmah. Akhirnya, sampai juga ke rumah saya. Jemputlah masuk. Selamat Hari Raya, Encik Haikal, Puan Mazlina. PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 10 10-Feb-25 4:53:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
11 PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 11 10-Feb-25 4:53:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 Praktis 7 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan kokurikulum. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sebuah rencana tentang kebaikan-kebaikan kokurikulum dalam kalangan murid. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras S Unit Beruniform Pengakap Kelab Badminton Kelab Sains dan Matematik Pengiraan markah merit merangkumi 10 peratus kokurikulum bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin memohon melanjutkan pengajian melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU). PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 12 10-Feb-25 4:53:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
13 Praktis 8 Puisi dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan budaya membaca di Malaysia. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang peranan pelbagai pihak dalam membudayakan amalan membaca. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras S DEKAD MEMBACA DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN DEKAD MEMBACA DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN S TATISTIK MALAYSI A MEMBAC A MALAYSIA DALAM KEDUDUKAN KE - DARIPADA 61 BUAH NEGARA MEMBACA Kajian The World’s Most Literate Nations (WMLN) 2016 BUDAYA MEMBACA Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996 32000 SASARAN MENCAPAI NEGARA MAJU 24000 16000 19713 2017 2020 8000 0 31700 STATISTIK PENERBITAN MALAYSIA Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996 SECARA PURATA SETIAP RAKYAT MALAYSIA HANYA MEMBACA 15-20 BUKU SETAHUN BAGI MENCAPAI SASARAN IDEAL RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMBACA 30 BUKU SETAHUN Laporan Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) #MALAYSIAMEMBACA PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 13 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 14 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
15 Praktis 9 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan sukan lasak . Berdasarkan maklumat tersebut, tulis laporan tentang aktiviti sukan lasak sempena Hari Belia Negara. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras S Ekspedisi Berakit Arus Deras dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu Jom sertai kami Tarikh : 21 – 24 Jun 20__ Lokasi : Sungai Nenggiri, Gua Musang, Kelantan Sasaran : Belia berumur 18 tahun hingga 35 tahun sahaja Yuran : Percuma Hubungi : 017-353 xxxx untuk tempahan PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 15 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 16 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
17 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. KOTA BHARU: Pengalaman mengharungi banjir suatu masa dahulu selain terkesan dengan kesukaran yang sedang dilalui masyarakat di bumi kelahirannya, Kelantan Darul Naim membuatkan pempengaruh Khairul Aming tidak menunggu lama untuk menggerakkan misi bantuan kemanusiaan. Khairul Aming berserta pasukannya bekerja dengan penuh dedikasi menyelaraskan bahan bantuan, tenaga kerja serta pengangkutan dalam usaha memastikan sumbangan disalurkan kepada golongan sasar. Dianggarkan, sepanjang tiga hari misi bantuan banjir tersebut telah berjaya meliputi hampir 10,000 mangsa banjir di Jajahan Pasir Mas, Tumpat dan Machang. Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bantuan-banjir-mungkin-ini-yang-terbaikmampu-saya-lakukan-khairul-aming-498853 Berdasarkan petikan di atas, tulis pengalaman anda semasa menjadi sukarelawan dalam misi bantuan banjir yang melanda baru-baru ini. Aras S Topik/Tema Misi banjir Fokus soalan Pengalaman Format Catatan pengalaman (tiada format) Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan suasana berdasarkan stimulus tersebut. TOPIK 2 Karangan Respons Terbuka Bahagian B (70 Markah) Kertas 1 Praktis 1 Domain Awam PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 17 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 Praktis 2 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Situasi ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah, sejak kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Sumber: https://sites.google.com/a/ipgkbm.org/rumahmelayu/ permainan-tradisional-melayu Berdasarkan petikan, huraikan pendapat anda tentang peranan pelbagai pihak untuk mempromosikan permainan tradisional di Malaysia. Aras T Topik/Tema Permainan Tradisional Fokus soalan Peranan pelbagai pihak Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan idea sendiri tanpa merujuk stimulus (bahan bacaan/petikan) PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 18 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
19 Praktis 3 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. KUALA TERENGGANU: Seramai 161 orang belia termasuk 74 orang yang mengikuti Program Jati Diri Kesukarelawan Nasional (PJKN) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Marang, mengalami cirit-birit dan muntah dipercayai akibat keracunan makanan yang disajikan di kantin institut itu pada malam tadi. Berdasarkan petikan di atas, tulis sebuah rencana tentang ciri-ciri sebuah kantin sekolah pilihan pengguna. Aras T Topik/Tema Kebersihan Fokus soalan Ciri-ciri kantin sekolah Format Rencana Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan idea sendiri. PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 19 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 Praktis 4 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Bazar Ramadan di negara kita bukan sekadar menjadi tumpuan umat Islam yang ingin membeli juadah untuk berbuka puasa tetapi turut menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bukan beragama Islam. Bukan itu sahaja, para pelancong dari luar negara juga gemar mengunjungi bazar Ramadan untuk lebih mengenali budaya masyarakat Malaysia menerusi makanan tradisional. Dipetik dan diubah suai daripada “Bazar Ramadan Saji Keunikan Makanan Tradisi Malaysia”, oleh Amirah Syazwani Baderol Sham, Dewan Budaya, Bil. 4/2022 Berdasarkan petikan, bincangkan keistimewaan-keistimewaan mewarisi makanan tradisional. Aras S Topik/Tema Makanan Tradisional Fokus soalan keistimewaan-keistimewaan Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid boleh menghuraikan idea sendiri atau mengambil idea dalam stimulus atau mencampurkan idea sendiri dan idea dalam stimulus. PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 20 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
21 Praktis 5 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya yang kaya dengan pelbagai suku kaum, bahasa, makanan serta adat istiadat yang menarik dan unik. Sebagai contoh, UNESCO telah mengiktiraf Pulau Langkawi sebagai ‘Geopark Dunia’ bagi mempromosikan warisan geologi, biologi dan budaya pulau tersebut. Langkah-langkah proaktif perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memulihkan industri pelancongan untuk meningkatkan ekonomi negara. Dipetik daripada “Industri Pelancongan Perlu Bangkit Perkukuh Ekonomi Negara”, https://www.bernama.com/ Berdasarkan petikan di atas, huraikan langkah-langkah untuk memajukan industri pelancongan di Malaysia. Aras T Topik/Tema Industri Pelancongan Malaysia Fokus soalan Langkah-langkah Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan idea sendiri. PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 21 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 Praktis 6 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Kuala Lumpur: Persekitaran digital memainkan peranan yang semakin penting dalam perkembangan kanak-kanak, terutama ketika berdepan cabaran pandemik COVID-19. Pesuruhjaya Kanak-kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, penggunaan Internet dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan meningkat sepanjang tempoh pandemik itu. Menurutnya, walaupun teknologi memberi peluang kepada anak untuk belajar dan menonjolkan kreativiti, peralatan itu juga dapat meningkatkan pendedahan terhadap risiko seperti buli siber dan eksploitasi seksual yang membahayakan kesihatan mental serta kesejahteraan anak. “Penggunaan tanpa had boleh mendedahkan kanak-kanak kepada kandungan pornografi dan menjadi mangsa eksploitasi seksual secara dalam talian,” katanya dalam sesi webinar Perlindungan Kanak-kanak dalam Talian anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). Dipetik dan diubah suai daripada “Penggunaan Internet Tanpa Had Risiko kepada Kanak-kanak”, https://www.hmetro.com.my/ Berdasarkan petikan, huraikan kesan penggunaan Internet jika tidak dikawal. Aras S Topik/Tema Dunia Semakin Canggih Fokus soalan Implikasi-implikasi /keburukan-keburukan Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid wajib menghuraikan idea berdasarkan stimulus dan menambah idea lain. PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 22 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
23 Praktis 7 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Daripada penilaian sejarah tamadun manusia, daya tahan moral dan sosial manusia akan menjadi semakin pudar dengan bertambah majunya kehidupan mereka. Budaya keselesaan (complacency), individualistik dan materialistik lebih menguasai kehidupan mereka. Tahap kebergantungan kepada pemahaman moral dan keagamaan terus lusuh dan longgar. Hal Ini dapat dibuktikan berikutan timbulnya beberapa gejala yang sememangnya dilarang keras oleh ajaran agama seperti perzinaan dan bersekedudukan, pembunuhan, arak dan alkohol, perjudian serta sebagainya. Dipetik daripada https://www.ikim.gov.my/ Petikan di atas menunjukkan maklumat tentang cabaran remaja kini. Sebagai pemimpin sekolah, anda diminta untuk menyampaikan pidato tentang “Cabaran-cabaran Remaja Kini dan Penyelesaiannya. Tulis teks pidato tersebut selengkapnya. Aras S Tema Remaja kini Fokus/kata kunci Cabaran dan penyelesaiannya Format Pidato Kehendak soalan Murid boleh menghuraikan idea sendiri atau mengambil idea dalam stimulus atau mencampurkan idea sendiri dan stimulus. PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 23 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 Praktis 8 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. KOTA KINABALU: Sabah merekodkan peningkatan kes jenayah siber, termasuk scam dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini dengan jumlah 4,686 kes membabitkan lebih RM100 juta kerugian dilaporkan sejak 2020 hingga September lalu. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jenayah siber paling banyak di negeri ini ialah penipuan panggilan telefon, penipuan cinta, pinjaman tidak wujud, pelaburan, belian dalam talian dan kesalahan Akta Jenayah Komputer 1997. Dipetik dan diubah suai daripada “Lebih RM100 Juta Kerugian Akibat Jenayah Siber di Sabah”, https://www.bharian.com.my/berita/nasional Berdasarkan petikan akhbar di atas, huraikan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut. Aras T Tema Jenayah Siber Fokus/kata kunci Langkah-langkah Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan cara mengatasi masalah jenayah siber seperti dalam stimulus (bahan). PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 24 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
25 Praktis 9 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Persepsi negatif terhadap mata pelajaran Sejarah yang wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilihat menjadi antara halangan proses pembinaan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Bagi menyingkirkan persepsi itu, Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang antara lain untuk memperkasakan mata pelajaran yang dilabelkan sebagai membosankan, kaku dan tiada nilai komersial itu. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.malaysiakini.com/news/253393 Berdasarkan petikan di atas, bincangkan kepentingan-kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah. Aras T Tema Subjek Sejarah Fokus/kata kunci Kepentingan Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan idea sendiri. PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 25 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 Praktis 10 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Obesiti boleh dikatakan sebagai satu penyakit yang kompleks dan juga kronik. Obesiti berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya pengambilan gula dan lemak berlebihan yang menyebabkan pengumpulan lemak jahat yang berlebihan sehingga menjejaskan tahap kesihatan manusia. Walaupun faktor-faktor obesiti hampir sama bagi semua peringkat umur, namun wujud sedikit perbezaan yang berlaku kerana bergantung pada tahap umur itu sendiri seperti pengambilan pemakanan segera dan aturan waktu makan yang tidak teratur. Dipetik dan diubah suai daripada https://hellodoktor.com/pemakanan/obesiti/faktor-faktor-obesiti/ Berdasarkan petikan di atas, huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Aras S Tema Obesiti Fokus/kata kunci Usaha-usaha Format Respons terbuka *(perlu menulis saya akan) kerana soalan menjurus kepada anda Kehendak soalan Murid boleh menyatakan usaha berdasarkan masalah dalam stimulus (Pengambilan gula berlebihan/ makanan segera / waktu makan tidak teratur). PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 26 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
27 Praktis 11 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun-temurun, kini jelas semakin terpinggir. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur, antaranya perubahan gaya hidup masyarakat yang terlalu sibuk dengan hal sendiri serta sibuk mencari rezeki masing-masing. Sumber: SinarHarian, 22 Februari 2021 Berdasarkan petikan di atas, bincangkan peranan ahli keluarga dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Aras T Tema Semangat Kejiranan Fokus/kata kunci Peranan ahli keluarga Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan peranan ahli keluarga (ibu, ayah, adik-beradik) mengikut idea sendiri. PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 27 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 Praktis 12 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. BINTULU: Seramai 51 peserta dari seluruh Sarawak menyertai Kursus Pengurusan Ternakan Ayam Penelur dan Penyediaan Pelan Perniagaan di Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu (UPMKB) baru-baru ini. Kursus anjuran Taman Pertanian Universiti (TPU) UPMKB itu bertujuan menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada petani agar dapat menjadi usahawan yang berjaya. Dipetik dan diubah suai daripada https://btu.upm.edu.my/article/51 Berdasarkan petikan di atas, tulis ceramah yang bertajuk, “Ciri-ciri Penternak yang Berjaya”. Aras S Tema Pertanian Fokus/kata kunci Ciri-ciri Format Ceramah Kehendak soalan Murid boleh menghuraikan idea sendiri atau mengambil idea dalam stimulus atau mencampurkan idea sendiri dan stimulus. PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 28 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
29 Praktis 13 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Ketika ini ramai yang mula mengambil langkah berjimat cermat setelah menyedari bahawa merungut dan menyatakan rasa tidak puas hati di media sosial tentang kenaikan harga barang tidak mengubah apa-apa. Mereka yang benar-benar terkesan tidak punya pilihan, sama ada berbelanja secara berhemah atau mencari pendapatan sampingan. Tentunya pada yang sudah lama dan biasa berjimat, ia bukanlah sesuatu yang sukar tetapi bagi yang baru mahu berjimat kerana terpaksa sebab tiada pilihan, kehidupan sudah mula terasa peritnya. Dipetik dan diubah suai daripada “Berjimat Cermat Saja Jalan Selesai?” https://www.utusan.com.my/rencana/2022/08 Berdasarkan petikan di atas, bincangkan kebaikan amalan berjimat cermat. Aras T Tema Berjimat-cermat Fokus/kata kunci Kebaikan-kebaikan Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan idea sendiri. PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 29 10-Feb-25 4:53:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
30 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Aras T Campur tangan di Perak bermula akibat masalah perlumbaan takhta kerajaan Perak antara Sultan Abdullah dengan Sultan Ismail. Sultan Abdullah telah bertindak dengan cuba meminta tolong dan sokongan daripada pihak British. Perjanjian Pangkor berjaya ditandatangani pada 20 Januari 1874 dan Sultan Abdullah dilantik sebagai Sultan Perak. Kesannya, Sistem Residen yang berat sebelah diperkenalkan oleh pihak British. Residen kononnya bertindak sebagai penasihat kepada Sultan Perak dalam urusan pentadbiran negeri. Residen pertama yang dilantik oleh pihak British ialah J.W.W. Birch. Sir Andrew Clark menyatakan bahawa J.W.W. Birch merupakan calon yang paling layak kerana beliau pernah bertugas sebagai pegawai British di Ceylon sebelum ini dan menunjukkan kemampuan luar biasa dalam pengurusan. Malangnya, kemasukan J.W.W. Birch di Perak sebagai residen tidak disenangi dalam kalangan orang Melayu. Dipetik dan diubah suai daripada “Perancangan Pembunuhan J.W.W. Birch”, oleh Wan Mohd Rahimi Rahim, Dewan Siswa, Januari 2016 Kata Majmuk Ayat (i) (ii) (iii) (iv) (i) (ii) (iii) (iv) TOPIK 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa Bahagian A (35 Markah) Kertas 2 Praktis 1 Morfologi PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 30 10-Feb-25 4:53:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
31 Sintaksis Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat cakap ajuk yang bergaris kepada bentuk ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya. Anda tidak perlu menyalin ayat bergaris semula. Aras S “Bagaimanakah dengan rancangan awak?” tanya Rick. “Rancangan apa?” soal Xavier kembali. “Rancangan berbasikal yang awak kata pada saya tempoh hari,” kata Rick. “Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Rabu depan,” jelas Xavier. “Bagus, Xavier. Saya sokong rancangan itu!” kata Rick. Xavier tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. [6 markah] Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Aras T Bahan 1 Banyak kemajuan yang telah generasi muda capai melalui usaha keras mereka sendiri dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Walaubagaimanapun, generasi muda juga menghadapi pelbagai masalah. Jika hal ini tidak diatasi secara menyeluruh akan memberi kesan kepada usaha pembangunan. Pelbagai permasalahan sosial dalam kalangan generasi muda kerap diperkatakan. Hal ini terbukti menerusi kes jenayah dan salah laku membabitkan mereka di negara kita kian serius dan tambah kronik. Penyalahgunaan dadah pula masih lagi menunjukkan bahawa kedudukan masalah ini masih pada peringkat yang membimbangkan. Kesan penyalahgunaan dadah kepada negara boleh melewatkan usaha untuk menjayakan dasar-dasar yang diubah. Oleh itu, generasi muda perlu mengelakkan diri dari dadah kerana mereka adalah aset yang bernilai bagi negara Dipetik dan diubah suai daripada “Di Manakah Semangat Patriotisme Kita”, Dewan Siswa, Ogos 2015 [8 markah] PT BM Tg4 T1-T5-KM 5pp.indd 31 14-Feb-25 11:29:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
32 Kesalahan Pembetulan Bahan 2 Jambatan Siti Nurbaya menghubung kawasan Kota Tua Padang di Berok Nipah dengan kaki Gunung Padang. Jambatan ini mengisahkan tentang cinta antara sepasang remaja, Samsulbahri dengan Siti Nurbaya yang ingin hidup bersama-sama tetapi cita-cita mereka tidak tercapai kerana Samsulbahri dipaksa pergi ke Batavia oleh keluarganya. Tidak lama kemudian, Nurbaya merelakan dirinya untuk berkahwin dengan Datuk Meringgih yang kaya untuk melansaikan hutang ayahnya. Dia kemudian dibunuh oleh Datuk Meringgih yang memberikannya lemang racun. Kisah ini berakhir dengan Samsulbahri yang merupakan anggota tentera koloni Belanda membunuh Datuk Meringgih. Dipetik dan diubah suai daripada “Kenangan Terindah di Bandar Aceh dan Padang”, Oleh Abdul Halim Abdullah, Dewan Siswa Bil.1 / 2019 [6 markah] Kesalahan Pembetulan PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 32 10-Feb-25 4:53:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
33 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah maksud dan bentuk asalnya. Aras S Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.” Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawa kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan. Maka titah baginda kepada Bendahara “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini? Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia. [6 markah] Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini. Aras T Sepuluh tahun lalu, Jamal meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini, hubungannya dengan adik-beradiknya semakin mesra. [6 markah] (i) (ii) (iii) PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 33 10-Feb-25 4:53:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
34 Praktis 2 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata nama terbitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama terbitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Aras T Bencana alam yang sering terjadi dan menghantui masyarakat kita dewasa ini ialah banjir lumpur. Banjir teruk yang membawa lumpur bukanlah disebabkan oleh faktor semula jadi seperti hujan lebat yang berterusan dalam jangka masa yang lama semata-mata, sebaliknya diburukkan dengan aktiviti penggondolan hutan untuk mendapatkan kayu balak yang semakin berleluasa. Menurut Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, masyarakat yang tinggal di kawasan mudah dilanda banjir berdepan dengan risiko banjir teruk sepanjang tahun sekiranya aktiviti tersebut dibiarkan berterusan tanpa sistem tadahan air sebagai penampan. Dipetik dan diubah suai daripada “Gondol Hutan Punca Banjir Makin Buruk”, oleh Suzalina Halid, BHarian Online, 11 Januari 2021 [8 markah] Kata Nama Terbitan Ayat (i) (ii) (iii) (iv) (i) (ii) (iii) (iv) Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Aras S Murid berbilang kaum telah membahagikan tugas mereka sebelum gotong-royong bermula. Kebanyakan murid aktif membersihkan kawasan surau tanpa mengira di dalam surau mahupun di sekitar kawasan surau. Keadaan ini telah menunjukkan masyarakat Malaysia mampu melakukan sesuatu bersama-sama walaupun kaum, agama dan budaya mereka berbeza. Mereka tidak menunjukkan sikap perkauman ketika melakukan aktiviti khidmat masyarakat tersebut. Mereka berasa gembira selepas semua kerja telah diselesaikan walaupun penat. [6 markah] PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 34 10-Feb-25 4:53:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
35 Penyuntingan Baca surat kiriman dengan teliti. Surat kiriman tersebut mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin surat kiriman tersebut. Aras T Ahmad Khusairi bin Ismail, SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Aras 3, Bangunan Mustapha Kamal, No. 2251, Jalan Usahawan, 63000 Cyberjaya, Selangor. 5 Febuari 20__. Tuan, Tunjuk Sebab Lewat Hantar Tuntutan Elaun Perjalanan Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada aduan diatas. 2. Untuk makluman pihak tuan, kelewatan saya membuat tuntutan elaun perjalanan ialah kerana saya kekurangan dokumen (Borang Rasmi Kebenaran Lampiran A). Saya akan melengkapkan dokumen lalu menghantarnya dengan segera pada pihak tuan sebaik-baik sahaja mendapat dokumen tersebut. 3. Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan. Semoga perkara ini mendapat pemerhatian dan pertimbangan dari pihak tuan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT DEMI UNTUK NEGARA” “KHIDMAT TANPA RASUAH ” Saya yang menurut perintah, Ahmad Khusairi (Ahmad Khusairi bin Ismail) Pegawai Pendidikan Siswazah, SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin. [9 markah] Kesalahan Pembetulan PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 35 10-Feb-25 4:53:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
36 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Aras S Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang bernama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah. Maka orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi. Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Peribahasa Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah. Aras S 1 Berasa gembira kerana memperoleh sesuatu yang sangat disukai. ( ) 2 Memberi pertolongan dalam pelbagai bentuk kepada seseorang yang memerlukannya. ( ) 3 Orang yang selalu menurut kemahuan orang. ( ) [6 markah] Praktis 3 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata kerja terbitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif dan kata kerja terbitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Aras T Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami sudah bersiap sedia dengan pakaian yang sesuai untuk aktiviti utama kami, iaitu merentasi hutan. Bak orang mengantuk disorongkan bantal, hasrat kami untuk memasuki Taman Negara, menjadi lebih mudah dengan adanya bas pelancong. Terdapat 11 laluan hutan di Taman Negara dan Tapak Warisan Dunia ini, antaranya ialah King Billy Walk, Knyvet Falls, Weindorfers Forest Walk, Ronny Creek to Dove Lake, dan Dove Lake Circuit. Sumber: Dipetik daripada Menyusuri “Pulau Inspirasi”, Buku Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia [8 markah] Kata Adjektif Ayat (i) (ii) (i) (ii) PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 36 10-Feb-25 4:53:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
37 Kata Nama Terbitan Ayat (i) (ii) (i) (ii) Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti dan tulis pola bagi ayat-ayat yang bergaris sama ada FN + FN, FN + FK, FN + FA atau FN + FS. Aras S Tuk Mat tidak pernah melukakan hatiku. Walaupun kadangkala aku ini kepala angin, Tuk Mat tidak pernah memarahiku apatah lagi memukulku. Sebaliknya, Tuk Mat banyak memberikan nasihat kepadaku. Hingga kini, kata-kata itu masih segar dalam ingatanku. Aku payah untuk melupakan kenangan bersama Tuk Mat. Memori ini telah sebati dengan jiwaku. Tanpa kusedari, air mataku berlinangan di pipi. Aku benar-benar rindu akan kasih sayang Tuk Mat. Doaku, semoga Tuk Mat damai di alamnya. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya atas roh Tuk Mat. [6 markah] Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Aras T Bahan 1 Peningkatan kos sara hidup adalah realiti yang harus dihadapi oleh penduduk sesebuah negara terutamanya oleh golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Ramai kalangan penduduk di Malaysia rata-rata membuatkan dua pekerjaan semata-mata untuk menampung kos sara hidup yang dikatakan membebankan rakyat pada masa kini. Perkara ini bukan sahaja untuk menampung kenaikan harga barangan malah untuk memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak kerana tanpa pendidikan, anak-anak tiada hala tuju pada masa akan datang. Peningkatan kos sara hidup yang tidak sejajar dengan peningkatan di dalam kenaikan gaji menyebabkan hampir keseluruhan gaji digunakan untuk membeli barang keperluan harian, membayar rumah sewa atau pinjaman perumahan dan kenderaan. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.ikma.edu.my/images/ dokumen/penerbitan/demensi/demensi-koop-44/44-3.pdf [7 markah] PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 37 10-Feb-25 4:53:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
38 Kesalahan Pembetulan Bahan 2 Apakah itu inflasi? Inflasi bermaksud penaikan harga barang dan perkhidmatan secara terus. Keadaan ini akan mengurangkan kuasa beli pengguna. Bagaimana kita sebagai pengguna boleh mengurangkan tekanan inflasi? 1 Pengguna mesti merancang pebelanjaan • membeli barang mengikut keperluan, bukan kehendak. 2 Mengelakkan hal berhutang • membayar segala bil dan pinjaman tepat pada masa. • elakkan pembayaran melalui kredit kad yang melebihi kemampuan. [6 markah] Kesalahan Pembetulan PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 38 10-Feb-25 4:53:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
39 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Aras S Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu, lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling istana itu. Maka dibubuhnya suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya dan kayu itu palu-memalu, terlalu gemuruh bunyinya. [4 markah] Peribahasa Isi tempat kosong dengan peribahasa yang tepat. Aras S 1 Selepas pernah tertipu oleh penjual minyak wangi dalam laman sosial, Norizan lebih berhati-hati apabila membeli-belah dalam talian kerana . 2 “Pihak kerajaan menyeru agar pemuda yang terlibat dalam masalah merokok segera insaf akan kesilapan sendiri. Ingatlah, ,” kata Menteri Belia dan Sukan. [4 markah] Praktis 4 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata hubung. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama dan kata hubung tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Aras T Kajian mendapati bahawa graduan yang beretika dan mempunyai nilai spiritual yang baik biasanya mudah ditawarkan pekerjaan. Hal ini kerana reputasi yang baik sebagai pelajar tanpa sebarang rekod salah laku akan memberikan imej positif kepada bakal majikan. Memiliki penampilan diri yang menarik juga merupakan suatu kelebihan yang dilihat dan dinilai oleh majikan sebelum seseorang itu diambil bekerja. Dengan memiliki kelebihan tersebut, seseorang graduan dapat menarik minat majikan dan memberikan kesan positif kepada kerjayanya. Seterusnya, para graduan perlu menonjolkan diri sebagai individu yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi tekanan kerana alam pekerjaan lazimnya memberikan pelbagai jenis tekanan. Dipetik dan diubah suai daripada “Kemahiran Sebelum Bergelar Graduan” oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, Jun 2015 [8 markah] PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 39 10-Feb-25 4:53:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
40 Kata Nama Ayat (i) (ii) (i) (ii) Kata Hubung Ayat (i) (ii) (i) (ii) Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut: Aras S Subjek: Predikat: Malaysia terus mengorak langkah dalam bidang penerokaan angkasa lepas apabila melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa lepas melalui kerjasama dengan beberapa buah negara lain. Pemilihan calon angkasawan pertama negara tidak menghadapi sebarang masalah kerana ramai peserta telah menawarkan diri untuk menyertainya. Calon-calonnya terdiri daripada pendidik, doktor, jurutera, saintis dan juruterbang. Kejayaan program ini memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Negara dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut. Kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang tersebut. Dipetik dan diubah suai daripada “Meneroka Angkasa Lepas” oleh Haslin Ghafur, Utusan Malaysia, 26 Mei 2006 [6 markah] 1 Subjek: Predikat: 2 Subjek: Predikat: 3 Subjek: Predikat: PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 40 10-Feb-25 4:53:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
41 Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Aras T Bahan 1 Sejak zaman-berzaman, generasi tua terasuh dengan budaya dan adat sopan yang menitikberatkan nilai-nilai budi di dalam setiap perbuatan dan perbualan. Mereka sentiasa meletakkan budi bahasa sebagai kelengkapan kehidupan berhemah. Budi bahasa lazimnya merujuk pada tutur kata, kelakuan dan sopan santun yang meliputi akhlak mulia. Untuk menyuburkan amalan yang mulia ini, kerajaan melancarkan kempen budi bahasa. Justeru, kesedaran sivik masyarakat umum mestilah ditingkatkan oleh semua pihak-pihak untuk melahirkan warga negara yang berhemah tinggi. [6 markah] Salah Betul Bahan 2 Pada pendapat saya, antara persediaanpersediaan untuk menempuh alam pekerjaan ialah seseorang murid memerlukan kelayakan akademik yang tertinggi sekali. Tahap pelajaran yang diperlukan berbeza-beza berdasarkan pekerjaan tertentu. Aiman, pada pendapat awak, apakah persediaan-persediaan bagi seseorang murid dengan menempuh alam pekerjaan? Betul. kelayakan akademik menjadi pra syarat bagi murid membuat persediaan awal. [5 markah] PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 41 10-Feb-25 4:53:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
42 Salah Betul Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Aras S Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana. Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [4 markah] Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Aras S Kes salah laku murid di sekolah hendaklah disiasat oleh guru disiplin dengan teliti agar mereka tidak menjatuhkan hukuman kepada murid yang tidak bersalah. Walaupun murid yang melakukan kesalahan-kesalahan itu licik dan cuba mengelakkan diri daripada sebarang hukuman, namun guru pasti dapat membongkar kegiatan mereka pada suatu hari nanti. Murid yang menimbulkan masalah ini sepatutnya berfikir semasak-masaknya sebelum berbuat sesuatu yang tidak menyesal. [6 markah] PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 42 10-Feb-25 4:53:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
43 Praktis 5 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata ganda. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif dan kata ganda tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Aras T Pengangguran merupakan salah satu permasalahan sosioekonomi yang terus menghambat negara ini. Setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan harapan menggunung untuk mendapatkan kerjaya yang setimpal; namun, tidak semuanya bernasib baik. Pengangguran bukan sahaja terdiri daripada siswazah lepasan ijazah, tetapi siswazah ijazah kedua (sarjana, PhD), pelajar lepasan diploma daripada kolej-kolej, pelajar lepasan institusiinstitusi kemahiran dan juga pelajar lepasan sekolah menengah. Sikap terlalu memilih kerjaya menyebabkan peningkatan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. Hal ini menjadikan siswazah sanggup menunggu pekerjaan yang eksklusif dan bergaji tinggi. Keadaan ini bertambah buruk apabila siswazah mempunyai interpretasi terlalu tinggi terhadap prasarana kerja seperti kredibiliti syarikat, fleksibiliti waktu bekerja, jarak, infrastruktur dan sistem pengangkutan yang baik. Ada juga sesetengah siswazah yang tidak optimistik dalam memilih bidang kerjaya. [8 markah] Kata Adjektif Ayat (i) (ii) (i) (ii) Kata Ganda Ayat (i) (ii) (i) (ii) Sintaksis Berdasarkan petikan di bawah, tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif. Aras S Guru membentuk murid untuk menjadi warganegara dan rakyat yang berguna kepada negara. Selain itu, guru telah banyak melahirkan warganegara yang cinta akan negara untuk membangunkan negara. Oleh itu, kita haruslah mendoakan guru pada setiap hari kerana jasa guru tidak ternilai dan harus dikenang sampai bila-bila. Dipetik dan diubah suai daripada “Hormati dan Sayangi Guru” oleh Md Ishak A.Rahman, Dewan Siswa, Mei 2018 [6 markah] PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 43 10-Feb-25 4:53:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
44 Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Aras T Bahan 1 Iklim bilik darjah yang konklusif amat penting dalam diwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini, iklim bilik darjah amat bergantung pada penstrukturan kelas malahan memberi perhatian kepada pembangunan potensi murid secara holistik dan bersepadu dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni seperti yang dituntut dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Setiap murid mempunyai kelebihan yang tersendiri dan berbeza di antara satu dengan yang lain. Sehubungan dengan itu, percampuran murid cemerlang dan murid lemah dalam satu kelas yang sama tanpa diskriminasi jurang kepandaian mampu memperlihatkan pelbagai implikasi yang positif terhadap budaya belajaran murid berdasarkan kelebihan yang mereka miliki. Dipetik dan diubah suai daripada “Kelas Campur Rangsang Persekitaran Pembelajaran Positif”, oleh Dr. Suresh Kumar N Vellymalay, Majalah Pendidik, Mei 2018 [6 markah] Kesalahan Pembetulan Bahan 2 KEBAIKAN MEMBACA SELAMA 20 MINIT DI SETIAP HARI 20 MINIT • Dapat memperluas perbendaharaan kata • Dapat meransang minda • Dapat meningkatkan memori • Dapat mengkurangkan stress • Dapat memperkuatkan kemahiran berfikir [5 markah] PT BM Tg4 T1-T5-KM 5pp.indd 44 14-Feb-25 11:29:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
45 Kesalahan Pembetulan Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Aras S Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar. Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [4 markah] Peribahasa Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Aras S Ibu : Suzi, jagalah diri baik-baik ketika kamu berada di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Suzi : Terima kasih, ibu. Saya akan sematkan nasihat ibu itu dalam hati saya. Ibu : Di luar negara nanti ibu berharap Suzi belajar rajin-rajin sehingga berjaya mendapat segulung ijazah, bak kata peribahasa alang-alang berdakwat, biarlah hitam. Suzi : Saya tidak lupa akan nasihat ibu itu. Ibu : Satu lagi, jangan lupa pulang ke kampung halaman bagai ikan pulang ke lubuk setelah tamat pengajian di luar sana. [6 markah] PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 45 10-Feb-25 4:53:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
46 Praktis 6 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata sendi nama dan dua kata kerja. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada kata sendi nama dan kata kerja tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Aras T Pada masa ini, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri. Walau bagaimanapun, hasrat murni kementerian ini menghadapi beberapa kekangan, antaranya termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah. Kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin bagi mengatasi masalah ini. [8 markah] Kata Sendi Nama Ayat (i) (ii) (i) (ii) Kata Kerja Ayat (i) (ii) (i) (ii) Sintaksis Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan songsang yang bergaris kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya. Aras S Memerlukan makanan untuk hidup setiap manusia. Pemakanan seimbang bermaksud makanan yang mengandungi kumpulan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Penting untuk memastikan seseorang itu mencapai taraf kesihatan yang baik pengambilan makanan seimbang. Perlu banyak mengambil makanan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran kerana mengandungi sumber vitamin, mineral dan serat orang ramai. Amalan pemakanan seimbang dalam kalangan masyarakat perlu menjadi agenda utama negara untuk melahirkan rakyat yang cergas. Dipetik dan diubah suai daripada “Pengambilan Makanan Seimbang” oleh Siti Balkis Budin, Dewan Masyarakat, Mei 2007 [6 markah] PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 46 10-Feb-25 4:53:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
47 Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Aras T Bahan 1 Pelancaran Program Bulan Bahasa 2019 telah dilaksanakan di 10 April 2019 yang lalu di Dewan Perdana SMK Bintulu. Cikgu Norilla Yussof selaku GKMP Bahasa telah memberi ucapan pembukaan dan diikuti oleh Cikgu Siti Zaiton selaku Pengetua SMK Bintulu. Tema untuk Bulan Bahasa pada tahun ini adalah “Indahnya Bahasa”. Bulan bahasa ini bertujuan untuk menggalakan murid menggunakan bahasa dengan betul, sopan dan berhemah di kalangan warga SMK Bintulu. Oleh itu, diharapkan dengan murid dapat mengambil peluang ini bagi memperkukuhkan kosa kata dan meningkatkan ilmu yang telah dipelajari di samping menjunjung bahasa kebangsaan. [6 markah] Salah Betul Bahan 2 Maklumat 1: Penciptaan kecerdasan buatan telah membawa perubahan arus dan corak pendidikan negara yang baharu pada masa kini. Maklumat 2: Keupayaan teknologi kecerdasan buatan bukan sahaja boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar tetapi juga boleh diguna bagi menyusun serta merangka rancangan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik. Maklumat 3: Kebaikan Kecerdasan Buatan • Menambahbaik interaksi murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan motivasi murid untuk belajar • Meningkatkan prestasi akademik murid • Memperkasakan sistem penilaian murid dalam jangka hayat panjang Kecerdasan Buatan Di Dalam Sistem Pendidikan Kecerdasan Buatan di Dalam [5 markah] PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 47 10-Feb-25 4:53:25 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
48 Kesalahan Pembetulan Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Aras S Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?” Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu, bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.” Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [4 markah] Peribahasa Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa dalam petikan, kemudian berikan Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Aras S Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada murid untuk melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru haruslah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid. Sebagai contoh, murid akan senang bekerjasama dengan guru bagai aur dengan tebing dalam mematuhi peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Hasilnya, guru dapat mengurus dan mengawal murid dengan lebih efektif. Selain itu, mereka juga hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa depan kerana usaha tangga kejayaan. Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana muafakat membawa berkat. [6 markah] PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 48 10-Feb-25 4:53:25 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.