The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Ting 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2025-02-26 21:32:38

Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Ting 4

Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Ting 4

49 Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Sememangnya sudah ada pelan komprehensif untuk melahirkan masyarakat yang faham tentang teknologi hijau demi kelangsungan dan kemandirian manusia. Kerajaan telah mewujudkan sistem pengangkutan baharu seperti sistem transit massa (MRT). Perancangan untuk mewujudkan MRT berasaskan elektrik dapat mengurangkan jejak karbon bagi setiap penduduk terutamanya di bandar besar. Selain itu, terdapat seruan kepada rakyat agar berbasikal atau berjalan kaki untuk jarak dekat manakala ada sesetengah pihak membuat syor agar mengurangkan atau menghapuskan terus penggunaan kenderaan bermotor. Semua usaha dan cadangan ini dilakukan untuk membawa masyarakat keluar daripada pergantungan yang keterlaluan terhadap sumber tenaga daripada petroleum dan mengurangkan kesan pencemaran karbon dioksida terutamanya daripada asap kenderaan. Hal ini dikatakan demikian kerana kajian mendapati bahawa ekzos kereta di seluruh dunia mengeluarkan kira-kira 300 juta tan gas beracun pada setiap tahun seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur dioksida, dan partikel padu. Dipetik dan diubah suai daripada “Teknologi Hijau Melestarikan Alam” oleh Syahril Izwan Abdul Yamin, Dewan Kosmik, Januari 2016 Bahan 2 Kita baru sahaja meraikan sambutan Hari Alam Sekitar, iaitu pada tanggal 5 Jun yang lalu. Setiap tahun pada tarikh tersebut, seluruh dunia meraikan Hari Alam Sekitar yang bermatlamat untuk mempertingkatkan tahap kesedaran masyarakat dunia terhadap isu alam sekitar serta mempertingkatkan tindakan dan pelibatan mereka terhadap sebarang perubahan yang berlaku kepada alam sekitar. Walaupun disambut dengan tema yang berbeza pada setiap tahun, namun tujuannya hanyalah untuk melestarikan alam sekitar daripada terjejas atau musnah akibat perlakuan manusia yang tidak berharmoni dalam tindak-tanduk seharian mereka. Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini bertemakan kepelbagaian biologi, iaitu “Time for Nature”. Bersempena sambutan tersebut, di seluruh dunia lazimnya, pelbagai program dan aktiviti yang berkaitan dengan usaha menyayangi, melindungi, memelihara dan memulihara alam sekitar diadakan seperti acara penanaman pokok, kem kesedaran alam sekitar, larian bertemakan alam sekitar, pertandingan berpidato dan mewarna serta pelbagai pameran dan kempen yang kesemuanya memberi penekanan terhadap keperluan melestarikan alam sekitar. Sumber: Internet TOPIK 4 Pemahaman Bahagian B (35 Markah) Kertas 2 Praktis 1 Petikan Umum PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 49 10-Feb-25 4:53:25 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


50 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud pelan komprehensif. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan langkah-langkah melestarikan alam sekitar. [3 markah] (iii) Umum mengetahui bahawa pencemaran alam sekitar akan mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap kehidupan manusia. Banyak masalah yang telah timbul akibat daripada pencemaran alam sekitar. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan negatif pencemaran alam sekitar? KBAT [3 markah] (iv) Pada suatu hari, anda ternampak seorang murid membuang sampah di merata-rata tempat ketika menyertai aktiviti di sekolah. Bagaimanakah anda mengatasi masalah tersebut? KBAT [4 markah] Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 “Gunakan tatabahasa yang betul. Jangan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa ibunda dalam ayat. Guna bahasa Melayu standard. Pergi ke perpustakaan.” Peringatan dan teguran Cikgu Tania berhasil menyedarkan dirinya bahawa dia sememangnya melakukan kesilapan besar dalam penulisan bahasa Melayu. Tidak perlu dia menegakkan benang yang telah basah. Tidak kenal maka tak cinta. Sejak itu, Bonny menjadi pengunjung tetap lubuk ilmu di sekolahnya. Saban hari, dia pasti akan membaca dan meminjam buku rujukan bahasa Melayu, novel, kumpulan cerpen dan surat khabar untuk menggali harta karun yang tersembunyi di dalamnya kerana orang tua pernah berpesan, “bahasa Melayu mesti kita pertahankan kerana ia melambangkan jati diri kita. Ia juga merupakan khazanah warisan bangsa yang dimiliki bersama oleh seluruh warganegara.”. “Oh, tidak! Menulis sudah menjadi darah daging Bonny,” tepisnya dengan penuh keyakinan. Berkat daripada teguran gurunya, Bonny akhirnya berjaya menguasai Bahasa Melayu dengan baik, malahan memperoleh gred A dalam SPM. Tidak berhenti di situ, dia turut memberanikan diri dengan menulis karya kreatif yang kemudiannya tersiar di dada akhbar nasional. Dipetik dan diubah suai daripada cerpen “Kepulangan”, Clayton Robert, Pelita Bahasa, Bil. 9 2019 Aras S Aras R Aras S Aras T PT BM Tg4 T1-T5-KM 4pp.indd 50 10-Feb-25 4:53:25 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM - Jawapan J1 Topik 1 Karangan Respons Terhad Praktis 1 Tema Sukan Air Fokus soalan Cadangan jawapan mengikut bahan – kebaikan Format Tiada Sasaran (KBAT) Umum Umum mengetahui bahawa sukan air merupakan sukan yang boleh dijalankan di kawasan laut, sungai, air terjun dan sebagainya. Sukan air masih kurang dikenali oleh masyarakat Malaysia kerana mereka tidak mengetahui kebaikannya, bak kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Persoalannya, apakah kepentingan sukan air? Sukan air mampu membentuk nilai murni dalam jiwa seseorang. Hal ini dikatakan demikian kerana sukan air bukan sahaja melibatkan acara individu, malah kebanyakannya melibatkan acara berkumpulan. Misalnya, aktiviti lumba perahu yang memerlukan sekurang-kurangnya sepuluh orang peserta dapat menyemarakkan penghayatan nilai kerjasama dalam jiwa masyarakat. Nilai ini semestinya mendorong masyarakat kita hidup bersama secara aman, persis slogan ‘bersekutu bertambah mutu’. Bukan itu sahaja, sukan air mampu melahirkan masyarakat yang sihat. Sukan air melibatkan pergerakan seluruh badan dari kepala hingga kaki. Sebagai contoh, semasa menjalankan sukan air, toksin badan akan dikeluarkan bersama-sama peluh, seterusnya hormon adrenalina yang dirangsang akan membantu untuk menguatkan jantung kita. Impaknya, pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti dapat dicegah, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Konklusinya, sukan air mendatangkan seribu satu maslahat kepada kita. Pihak berwajib, khasnya pihak kerajaan mesti membangunkan pelbagai kemudahan sukan air agar masyarakat kita lebih berminat untuk menceburi diri dalam bidang ini. Semoga Malaysia menjadi negara kuat sukan air. Praktis 2 Tema Pelancongan gastronomi Fokus soalan Cadangan jawapan mengikut bahan – kepentingan Format Tiada Sasaran (KBAT) Umum Pelancongan gastronomi bermaksud pelancongan yang bertujuan untuk menikmati makanan dan minuman khas di sesuatu kawasan. Pelancongan gastronomi menjadi trend yang semakin berkembang bagai belut diketil ekor kerana masyarakat kini lebih terbuka untuk mencuba pelbagai makanan daripada pelbagai etnik di negara kita, Oleh itu, kepentingan industri pelancongan gastronomi wajar kita ketahui. Antara kepentingannya ialah pelancongan gastronomi membolehkan pelancong mengenali sajian warisan yang terdapat di Malaysia. Sajian warisan dijadikan produk pelancongan kerana sajian sebegini mempunyai nilai komersial yang tinggi. Sebagai contoh, masyarakat Sarawak mengekalkan resipi asli serta kaedah penyediaan kek lapis sehingga kek lapis menjadi rebutan pelancong dari dalam negara dan dari luar negara. Kesannya, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, kepopularan kek lapis Sarawak tersebar luas pada peringkat global. Bukan itu sahaja, pelancongan gastronomi membolehkan pelancong merasai cita rasa masyarakat kita. Tak kenal maka tak cinta, pelancong gemar merasai keaslian sajian yang disediakan dengan sendiri. Sebagai contoh, mereka bertandang ke Malaysia untuk merasai nasi lemak yang digandingkan dengan pelbagai cara masakan ayam seperti kari ayam, rendang ayam, ayam goreng dan sebagainya. Kesannya, keenakan ini akan tinggal selama-lamanya dalam jiwa mereka sehingga mereka sanggup datang kembali lagi. Intihanya, pelancongan gastronomi amat bermanfaat kepada Malaysia. Pelbagai usaha konkrit hasil daripada gabungan tenaga pelbagai pihak wajar dilaksanakan untuk membangunkan industri ini. Mudah-mudahan pelancongan gastronomi Malaysia semakin meningkat. Praktis 3 Tema Keluarga Bahagia Fokus soalan Cadangan jawapan mengikut bahan – caracara Format Tiada Sasaran (KBAT) Umum Keluarga bahagia bermaksud seisi rumah tangga yang mengamalkan corak hidup berkasih sayang, berdisiplin dan saling menghormati. Sebuah keluarga bahagia sememangnya kita dambakan kerana menurut George Bernard Shaw, keluarga yang bahagia ialah syurga yang ada di dunia. Oleh itu, setiap ahli keluarga mesti bersungguh-sungguh memastikan keluarga sentiasa bahagia. Untuk melahirkan keluarga bahagia, ibu bapa mesti menjadi contoh terbaik bagi anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana teladan daripada ibu bapa akan menjadi ikutan anakanak yang berumur setahun jagung. Misalnya, ibu bapa harus menunjukkan cara berkomunikasi secara lemah lembut dan bersopan kepada anak-anak dari kecil. Mereka juga mesti mempamerkan tingkah laku positif seperti tidak merokok semasa berada di rumah. Kesannya, teladan ini akan menjadi budaya hidup anak-anak, persis peribahasa, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Bukan itu sahaja, setiap ahli keluarga mesti meluangkan masa bersama-sama supaya iklim rumah tangga yang bahagia dapat dibentuk. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal dan berjoging bersama-sama pada setiap hujung minggu untuk mengeratkan ukhuwah kekeluargaan. Usaha sedemikian dapat memberikan peluang kepada setiap ahli keluarga untuk saling memahami dan menggalakkan kerjasama antara satu sama lain terjalin. Konklusinya, pelbagai usaha harus dilaksanakan untuk membina sebuah keluarga bahagia. Usaha ini memerlukan komitmen daripada setiap ahli keluarga kerana tepuk tangan sebelah takkan berbunyi. Mudah-mudahan hasrat Malaysia menjadi negara bahagia di dunia dapat direalisasikan dengan adanya keluarga bahagia. (207 patah perkataan) Jawapan PT BM Tg4 Jaw 4pp.indd 1 10-Feb-25 4:52:07 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2025 J2 Praktis 4 Tema Sektor Pertanian Fokus soalan Cadangan jawapan mengikut bahan – kebaikan Format E-mel Sasaran (KBAT) Rakan Daripada : [email protected] Kepada : [email protected] Subjek : Kebaikan-kebaikan bidang pertanian kepada masyarakat dan negara Rodery Kimi, Terima kasih atas kiriman e-mel dan ucapan tahniah. Saya baik dan seronok di sini. Memandangkan saudara sangat berminat terhadap sektor pertanian, saya akan menerangkan manfaat-manfaatnya secara lanjut kepada saudara. Sektor pertanian di Malaysia sebenarnya berkembang pantas bagai belut diketil ekor. Salah satu kebaikannya ialah sektor pertanian mampu mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan. Kawasan ladang dan sawah yang begitu luas itu pastinya memerlukan sumber manusia untuk menguruskannya. Kemajuan sektor pertanian juga mendorong lebih banyak kilang didirikan untuk memproses produk pertanian. Sebagai contoh, pengusaha akan mengupah masyarakat setempat untuk bekerja sebagai pengendali mesin dan pekerja am bagi meningkatkan produktiviti mereka. Impaknya, masalah pengangguran dapat dikurangkan. Di samping itu, sektor pertanian membantu kita mengurangkan import makanan dari negara asing. Disebabkan pertambahan penduduk di Malaysia, Malaysia terpaksa mengimport makanan dari negara luar. Sebagai misalan, apabila sektor pertanian di Malaysia semakin berkembang, kita dapat mengeluarkan makanan asas sendiri. Kawasan terbiar dapat dibangunkan untuk mempelbagaikan tanaman mengikut permintaan rakyat Malaysia. Kesannya, kos import dapat dikurangkan, seterusnya digunakan untuk pembangunan aspek lain di Malaysia, bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Kesimpulannya, sektor pertanian sememangnya berpotensi besar untuk dimajukan di Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab seharusnya menggembleng ikhtiar untuk melibatkan diri dalam pembangunan sektor pertanian. Saya berharap agar perkongsian saya memanfaatkan awak. Semoga kita bertemu di lembaran seterusnya. Sekian, terima kasih. Rakanmu, Gavin Goh Praktis 5 Tema Jawatan Kosong Fokus soalan Berdasarkan bahan (iklan) Format Resume Sasaran (KBAT) Umum Jawatan yang Dipohon: Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (Jabatan Perkhidmatan Awam) A Maklumat Peribadi Nama: Muhammad Ghazali Yunus bin Shahrizal Nombor Telefon: 012-553 XXXX Alamat e-mel: [email protected] Alamat Rumah: Lot-1283, Jalan Tanjung Ria, Taman Setia Desa, 52200 Kuala Lumpur. B Objektif Pemilihan Jawatan Saya berminat untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik kerana saya ingin menyumbang kepada pembangunan negara melalui penggubalan dasar yang strategik dan pelaksanaan program yang efektif. Saya berhasrat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia, di samping meningkatkan kecekapan pentadbiran awam negara. C Pencapaian Akademik Saya memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Pengajian ini telah melengkapkan diri saya dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang pengurusan organisasi, strategi perniagaan dan penyelesaian masalah yang kritikal. D Potensi Diri Saya mempunyai kemampuan untuk memimpin pasukan dengan cekap dan memastikan setiap ahli pasukan mencapai matlamat yang ditetapkan bersama. Selain itu, saya juga berkemahiran untuk menganalisis data dan situasi dengan teliti dan perinci untuk membuat keputusan yang terbaik kepada organisasi. Bukan itu sahaja, saya mampu berkomunikasi dengan baik untuk memastikan penyampaian mesej yang jelas dan berkesan. E Anugerah / Pencapaian di Sekolah Saya menerima anugerah Tokoh Pelajar semasa Tingkatan 5 atas pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Saya juga diberi peluang untuk mewakili sekolah dalam pertandingan debat peringkat negeri dan berjaya memenangi tempat pertama. F Kemahiran Saya fasih berbahasa Melayu dan Inggeris serta mampu berkomunikasi asas dalam Bahasa Mandarin. Saya juga mahir menggunakan perisian seperti Microsoft Office (Word, Excel, dan PowerPoint) untuk tugasan pentadbiran. Di samping itu, saya berkemahiran dalam penyelidikan dalam talian untuk mendapatkan maklumat yang relevan dan terkini. G Pengalaman Kerja Saya pernah memegang jawatan sebagai setiausaha untuk program pembangunan komuniti pada peringkat daerah. Antara skop tugas saya ialah mengurus dokumentasi, memantau pelaksanaan program dan menyediakan laporan lengkap kepada pihak berkepentingan. H Rujukan Encik Wong Beng Siu Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Titiwangsa, Kuala Lumpur No. Telefon: 012-339 XXXX Praktis 6 Tema Amalan Hidup Bermasyarakat Fokus soalan Umum / * Cadangan jawapan mengikut bahan – Cara-cara Format Tiada Sasaran (KBAT) Umum Pendahuluan Amalan hidup bermasyarakat merupakan warisan nenek moyang kita yang perlu dipelihara. Amalan ini merupakan satu amalan mulia yang menjamin keharmonian. Amalan ini umpama serumpun bak serai, sesusun bak sirih yang menunjukkan kepentingan hidup bermasyarakat yang bersatu padu. Idea pertama Gotong-royong merupakan salah satu amalan hidup bermasyarakat – melakukan secara kerjasama – tanpa mengira kaum – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sebagai contoh, membersihkan Kawasan peparitan – mengecat dewan PT BM Tg4 Jaw 4pp.indd 2 10-Feb-25 4:52:07 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM - Jawapan J3 serbaguna – menebas semak samun – dapat mengeratkan silaturahim – cabutan bertuah – masak bersama-sama Idea kedua Budaya kunjung-mengujungi amalan tradisi lapisan masyarakat – kerap dilakukan semasa musim perayaan – amalan ini menjadikan saling mengenali – bertukar-tukar juadah dan pendapat – bukan saja pada musim perayaan – menziarahi semasa ditimpa musibah – kenduri-kendara dan mendapat zuriat – berasa seronok – ambil berat dan saling mengingati – perlu diteruskan kerana menujukkan budaya bangsa – contohnya hari raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali Kesimpulan Sebagai warganegara yang cinta akan keamanan, kita perlulah menjaga keharmonian negara dengan mengamalkan budaya hidup bermasyarakat – sepakat membawa berkat Praktis 7 Tema Kokurikulum Fokus soalan Kebaikan-kebaikan (berdasarkan bahan ) Format Rencana Sasaran (KBAT) Kalangan murid Pendahuluan Semua sekolah di Malaysia kini mewajibkan para murid melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Kokurikulum bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar waktu persekolahan seperti pada waktu petang selepas masa Pembelajaran dan Pemudahcaraan. Aktiviti kokurikulum merangkumi unit beruniform, Sukan Permainan dan Kelab atau Persatuan. Idea pertama Kokurikulum membantu murid melanjutkan pelajaran ke universti awam – pengiraan markah merit merangkumi 10 peratus kokurikulum bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin memohon melanjutkan pengajian melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU) – memberikan persaingan sihat dalam kalangan murid. Idea kedua Kokurikulum juga dapat membentuk disiplin murid – disiplin penting dalam menguruskan banyak perkara dan membentuk peribadi mulia – aktiviti berkawad memerlukan disiplin yang tinggi – menyertai pertandingan kawad kaki Kadet Polis – disiplin pakaian – disiplin formasi dan pelbagai lagi – usaha tangga kejayaan – menang pertandingan kawad kaki Kesimpulan Konklusinya, aktiviti kokurikulum memberi banyak kepentingan kepada murid-murid. Para murid pasti akan dapat menggunakan manfaat yang diperoleh sesama aktiviti kokurikulum untuk digunakan pada masa akan datang. Sesungguhnya, otak yang cerdas datangnya daripada tubuh badan yang sihat. Praktis 8 Tema Amalan Membaca Fokus soalan Peranan pelbagai pihak (murid mengaitkan peranan berdasarkan bahan) Format Tiada Sasaran (KBAT) Rakan anda Pendahuluan Slogan Membaca Jambatan Ilmu begitu sinonim dengan rakyat Malaysia – namun budaya ini tidak dipraktikkan malah lebih parah apabila masih ditahap sederhana – stastistik menunjukkan Malaysia masih di kedudukan 53 daripada 61 dan hanya membaca 15 – 20 buah buku setahun Idea pertama Ibu bapa memainkan peranan penting – budaya membaca – menjadi suri teladan kepada anak-anak – bagaimana acuan, begitulah kuihnya – membawa anak-anak ke perpustakaan – membaca bersama-sama – seminggu sekali – luang masa – mengeratkan hubungan kekeluargaan Idea kedua Pihak sekolah cakna dalam melahirkan generasi ulat buku – membaca dapat membantu mereka meneroka ilmu baharu – mengadakan pertandingan dan program NILAM – merebut anugerah gangsa, perak, emas dan nilam Kesimpulan Kesimpulannya, budaya membaca perlu dijadikan satu amalan – membina bangsa membaca – menaikkan taraf hidup dan pembangunan negara Praktis 9 Tema Sukan Lasak Fokus soalan Umum Format Laporan Sasaran (KBAT) Belia Pendahuluan Pada 21 – 24 Jun 20__, seramai 50 orang telah menyertai Ekspedisi Berakit Arus Deras – bertempat di Sungai Nenggiri, Gua Musang, Kelantan – disertai peserta dalam kalangan belia yang berumur 18 tahun hingga 35 tahun – penyertaan percuma Idea pertama Pelbagai aktiviti menarik untuk golongan belia – mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah – aktiviti bersama-sama – mengeratkan silaturahim – dapat mengenali pelbagai lapisan masyarakat – aktiviti berakit meredah jeram memberikan keseronokan – sungai yang deras – keselamatan diutamakan – Mereka seronok dapat melepasi jeram yang berliku – kepuasan pada wajah anak muda Idea kedua Aktiviti sukan lasak ini menguji kekuatan fizikal – dapat membina keyakinan diri kepada peserta – berani menghadapi cabaran – para peserta dapat melepaskan tekanan malah badan akan sentiasa sihat dan segar – akan menjadi aktiviti tahunan Universiti Malaysia Terengganu Kesimpulan Pada akhir program, peserta bergambar bersama-sama – mengukir kenangan – Semoga kem belia negara dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang Topik 2 Karangan Respons Terbuka Praktis 1 Domain Awam Pendahuluan • Keadaan mangsa banjir yang berlaku di Selangor telah menggamit hati sekumpulan anak muda dari Johor untuk memberikan bantuan sukarela – kami sekumpulan tujuh orang telah bertolak dari Johor menuju ke Dengkil – membantu meringankan kesengsaraan dan penderitaan mangsa banjir di sana – misi ini bermula pada 23 hingga 26 Disember 20__ yang lalu Isi-isi penting (i) Bermalam di transit sementara yang terletak di sebuah poliklinik – telah diberikan penerangan terperinci keadaan banjir oleh rakan-rakan yang lain dan membuat beberapa persediaan yang dapat membantu kami melaksanakan misi bantuan kemanusiaan ini – mendengar taklimat PT BM Tg4 Jaw 4pp.indd 3 10-Feb-25 4:52:07 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2025 J4 ringkas mengenai tugas dan peranan setiap individu dalam kumpulan ini – kami bertolak ke Taman Dengkil bagi memulakan misi menyelamat dan membantu mangsa banjir – perjalanan ke destinasi tidak dapat diteruskan kerana air masih lagi menggenangi sebahagian besar pekan ini – terpaksa mencari jalan alternatif. Kami memilih pusat penempatan sementara mangsa banjir Sekolah Menengah Agama (ii) Membantu mangsa banjir mengemaskan rumah – keadaan persekitaran penuh dengan sampah sarap seperti perabot rumah, pakaian dan barangan dapur – air telah surut dan kelihatan ramai penghuni rumah yang membersihkan rumah masing-masing – banjir yang melanda adalah malapetaka besar dan bukannya banjir yang biasa kita lihat dan dengar – dipecahkan kepada dua kumpulan untuk membantu membersihkan rumah mangsa banjir – operasi bantuan ini berjaya merapatkan hubungan kami dengan penduduk sekitar untuk memberi perkhidmatan terbaik mereka (iii) Kami kembali ke pusat penempatan sementara untuk makan tengah hari, solat zuhur dan rehat – kami telah memilih surau sebagai penempatan sementara dan markas operasi bagi membincangkan tindakan selanjutnya – kehadiran pasukan ini disambut baik oleh ahli jemaah surau dan kehadiran kami sangat dirasai – sebelah petang kami bertolak semula ke kawasan sekitar taman untuk meninjau keadaan mangsa banjir – keadaan semakin pulih dengan kebanyakan penduduk membersihkan rumah masingmasing – air masih lagi berada di paras lutut bagi kawasan berhampiran ladang kelapa sawit di belakang taman ini dan keadaan terkawal (iv) Pagi 25 Disember, semua ahli kumpulan telah diberikan taklimat ringkas mengenai tugas dan peranan masingmasing – sekumpulan telah membantu tukang masak menyediakan sarapan pagi kepada mangsa banjir manakala sekumpulan lagi membersihkan persekitaran tempat tinggal mangsa banjir – pukul 10:00 pagi, kami dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil dan dibantu oleh semuanya berjumlah 15 orang – setiap kumpulan dikehendaki mencari dan membantu mengemaskan rumah mangsa banjir – antara rumah yang terlibat ialah petugas tukang masak dan rumah di sekitarnya di Jalan Belinjau – sebanyak empat buah rumah telah dibersihkan – didapati keadaan persekitaran masih tidak berubah dengan sampah sarap berselerakan di sana sini – ketika ini bekalan elektrik telah dapat dipulihkan – empat orang telah ditugaskan di tempat memasak bagi membantu penyediaan makanan manakala dua orang lagi membantu kumpulan perubatan ke dewan penempatan sementara yang berdekatan Penutup Hari terakhir kami di sini merupakan kenangan indah bersama mangsa banjir – berkenalan dengan tukang masak sukarela yang bersama-sama menyediakan makanan adalah suasana indah dan tidak akan dapat dilupakan dalam sepanjang hidup kami – semua sukarelawan mengemaskan pakaian masing-masing dan memberikan khidmat dengan membersihkan surau untuk menamatkan operasi membantu mangsa banjir – misi ini telah berjaya mencetuskan semangat kesukarelaan anak-anak muda dari Johor di samping merapatkan hubungan dengan RELA, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, pejabat Pegawai Daerah dan pihak sekolah Praktis 2 Domain Peribadi Pendahuluan • Pelbagai cabaran dalam menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga mengalami pembangunan yang pesat – permainan tradisional turut disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana – permainan tradisional dapat ditakrifkan secara literal sebagai permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat untuk satu tempoh tertentu – kebudayaan kita ditelan dalam peredaran zaman dan lenyap di bumi kita ini Isi-isi penting (i) Peranan ibu bapa Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam usaha untuk memperkenalkan permainan tradisional sebagaimana yang kita ketahui – menjadi suri teladan untuk anak-anak mereka yang sedang meningkat dewasa – peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya – membelikan anak-anak permainan tradisional sebagai hadiah atau buah tangan sekiranya ibu bapa pulang dari bekerja di luar daerah seperti congkak dan gasing – membawa anak-anak ke tempat rekreasi untuk bermain dengan permainan tradisional – mengajar tentang teknik dan cara-cara bermain (ii) Peranan pihak sekolah Memainkan peranan yang penting dalam kalangan remaja – pihak sekolah lebih mengenali dan meminati permainan tradisional – tak kenal maka tak cinta – menganjurkan kelab permainan tradisional untuk menarik minat murid menyertai program-program yang dianjurkan – menyediakan alatan permainan di sekolah bagi memudahkan para murid untuk menggunakan alatan permainan ini – murid akan lebih mendekatkan diri dengan permainan tradisional dan mengekalkan warisan bangsa dalam diri – pengekalan permainan ini yang perlu ditekankan oleh setiap pihak agar warisan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas (iii) Peranan kerajaan Peranan yang penting dalam mengekalkan permainan tradisional – Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan boleh mengekalkan permainan ini dengan mengadakan pesta permainan tradisional pada peringkat negeri dan kebangsaan – rakyat daripada pelbagai kaum dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional yang hampir tenggelam oleh peredaran zaman – meluaskan permainan tradisional negara Malaysia sehingga pada peringkat antarabangsa – dapat membuka mata bahawa permainan warisan kita dapat dibawa pada peringkat antarabangsa dan mendapat perhatian di mata dunia – ramai pelancong asing akan melawat ke Malaysia untuk melihat pertandingan layanglayang yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia pada saban tahun – permainan tradisional tidak akan mudah terhakis pada zaman akan datang Penutup Masyarakat Malaysia tidak seharusnya membiarkan warisan Malaysia yang berharga seperti permainan tradisional ini lenyap terus daripada muka bumi ini – peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna – pewaris khazanah negara tidak harus membiarkan permainan ini menjadi sejarah yang tiada siapa pun dapat mewarisi teknik bermain Praktis 3 Domain Pendidikan Pendahuluan Berita tentang pengusaha kantin mengabaikan kebersihan kantin semakin kedengaran – mengancam nyawa warga sekolah – kantin – mercu tanda yang perlu dilawati oleh pengunjung ke sekolah – menyedihkan – terdapat pelbagai ciri kantin yang baik Isi-isi penting (i) Layanan yang mesra – pekerja melontarkan senyuman – tidak sombong – bersikap jujur – menggunakan kata-kata yang sopan – memenuhi permintaan pelanggan – mematuhi piagam pelanggan – menarik orang ramai berkunjung lagi PT BM Tg4 Jaw 4pp.indd 4 10-Feb-25 4:52:07 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version