PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1: Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan 1 – 6 Unit 2: Peribadi Mulia Hiasan Diri 7 – 11 Unit 3: Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan 12 – 17 Unit 4: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika 18 – 23 Unit 5: Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri 24 – 28 Unit 6: Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani 29 – 33 Unit 7: Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera 34 – 39 Unit 8: Hak dan Tanggungjawab Warganegara 40 – 45 Unit 9: Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara 46 – 50 Unit 10: Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika 51 – 56 Unit 11: Keunikan Rakyat Malaysia 57 – 62 Unit 12: Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama 63 – 68 Peperiksaan Akhir Tahun 69 – 74 Jawapan J1 – J20 KANDUNGAN PT SPM Pendidikan Moral Tg4 Kand.indd 1 02/02/2023 7:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 1 Dialog yang berikut menunjukkan perbualan adik-beradik tentang ibu mereka. James : Abang cadangkan kita hantar saja mama ke rumah orang tua. John : Saya setuju dengan cadangan abang. Lagipun, kita sibuk dengan urusan dan keluarga masingmasing. James : Betul, tu. Di sana nanti, mama akan mendapat penjagaan yang lebih rapi dan mama tidak akan berasa bosan atau sunyi lagi. John : Kalau begitu, elok kita maklumkan kepada mama tentang keputusan ini. James : Baiklah. (a) Wajarkah tindakan James dan John terhadap ibu mereka? Kemukakan hujah anda. TP [2 markah] (b) Huraikan dua nilai yang patut diamalkan oleh adik-beradik tersebut. TP [4 markah] (c) Terangkan dua cara kita menunjukkan penghargaan terhadap kedua-dua ibu bapa. TP [4 markah] Jawab semua soalan. Bahagian A Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan UNIT 1 Bidang 5: Insan Bermoral PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 1 10/02/2023 5:03 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan norma masyarakat Malaysia. • Menghormati orang yang lebih tua • Duduk ketika makan • Mengetuk pintu sebelum masuk • Beratur ketika menggunakan pengangkutan awam (a) Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan maksud norma masyarakat. BT ms.4 TP [2 markah] (b) Huraikan dua kepentingan norma masyarakat dalam membentuk sebuah negara yang sejahtera. BT ms.6 TP KBAT Menilai [4 markah] (c) Pengabaian norma masyarakat bakal mengundang implikasi buruk terhadap kehidupan bermasyarakat. Berikan justifi kasi anda terhadap pernyataan di atas. BT ms.7 TP [4 markah] 3 Maklumat yang berikut berkaitan dengan pengamalan adat resam di Malaysia. Alice mengadakan majlis perkahwinannya mengikut tradisi masyarakat Cina demi menghormati pendirian kedua-dua ibu bapanya. Beliau berbuat demikian setelah berbincang dengan mereka secara terbuka. (a) Pada pendapat anda, adakah tindakan tersebut wajar dilaksanakan? TP [2 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 2 10/02/2023 5:03 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 (b) Jelaskan dua nilai universal yang diamalkan oleh Alice dan keluarganya. TP [4 markah] (c) Huraikan kesan pengabaian norma masyarakat dalam kehidupan seharian kita. TP [4 markah] Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Ilustrasi di bawah menunjukkan suasana bergotong-royong di satu kawasan perumahan. Berdasarkan gambar di atas, huraikan kepentingan amalan norma masyarakat tersebut. TP [10 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 3 10/02/2023 5:03 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 2 Ilustrasi yang berikut menunjukkan permainan tradisional rakyat Malaysia. Permainan tradisional semakin dilupakan oleh generasi muda pada hari ini. Berikan langkah-langkah untuk menarik minat generasi muda terhadap permainan tersebut. TP [10 markah] Bahagian C Jawab semua soalan. 1 Keratan berita yang berikut berkaitan dengan satu insiden yang berlaku dalam sebuah minggu fesyen yang diadakan. ALOR SETAR: Penganjur Minggu Fesyen Kedah 2022 (KFW22) akan dipanggil memberi penjelasan berhubung penampilan yang didakwa mencolok mata seorang model yang mengambil bahagian dalam acara berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, tindakan akan dikenakan ke atas pihak berkenaan jika mereka didapati melanggar peraturan yang ditetapkan. Katanya, hasil semakan awal mendapati pihak penganjur juga tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT). “Saya menerima aduan mengenai penganjuran KFW22 yang menampilkan model dengan pakaian yang mencolok mata. Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini. (Sumber: www.utusan.com.my, 10 Ogos 2022) (a) Pada pandangan anda, adakah tindakan penganjur fesyen tersebut wajar? Berikan justifi kasi anda berdasarkan nilai-nilai universal yang anda pelajari. TP [10 markah] (b) Huraikan kepentingan amalan norma masyarakat dalam membentuk insan yang berperibadi mulia. BT ms.6 TP [10 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 4 10/02/2023 5:03 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 GILIRAN ROBIN (RALLY ROBIN) Arahan untuk menjalankan aktiviti: 1 Guru memberi arahan kepada murid supaya membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada dua orang murid bagi setiap kumpulan. 2 Setiap kumpulan akan diberikan sekeping sampul surat yang mengandungi soalan yang berkaitan dengan norma masyarakat. 3 Setiap murid dalam satu kumpulan perlu menjawab soalan yang diberikan secara bergilir-gilir dalam bentuk lisan. 4 Guru akan mendengar jawapan yang diberikan oleh setiap murid. 5 Kemudian, guru akan membuat penilaian terhadap jawapan tersebut. Cadangan soalan yang diberikan: 1 Contoh norma masyarakat 2 Kepentingan amalan norma masyarakat 3 Kesan pengabaian norma masyarakat 4 Cara mengamalkan norma masyarakat 5 Perubahan norma masyarakat dahulu dan kini Aktiviti PAK 21 2 Ilustrasi yang berikut menunjukkan budaya swafoto. (a) Budaya swafoto menjadi kegilaan golongan remaja pada hari ini. Berikan justifi kasi anda terhadap budaya ini. TP [10 markah] (b) Walaupun budaya swafoto mempunyai pelbagai kelebihan, namun pengabaian norma masyarakat semasa mengamalkannya akan mendatangkan impak yang negatif. Berikan justifi kasi anda berdasarkan nilai-nilai universal yang telah anda pelajari, TP [10 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 5 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 1 Lengkapkan peta pelbagai alir di bawah dengan kepentingan amalan norma masyarakat dan kesan pengabaian norma tersebut. TP (a) (c) (b) (d) Norma Masyarakat yang Positif 2 Senaraikan norma masyarakat yang positif. TP Praktis Pengukuhan (a) (a) (b) (b) (c) (c) (d) (d) Kepentingan Kesan Amalan Norma Masyarakat i-THINK Peta Pelbagai Alir i-THINK Peta Buih PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 6 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 Jawab semua soalan. 1 Ilustrasi di bawah menunjukkan perbuatan vandalisme yang melibatkan murid sekolah. (a) Huraikan satu nilai yang sepatutnya diamalkan oleh murid-murid yang terbabit. TP [2 markah] (b) Sekiranya rakan anda terlibat dalam gejala di atas, bagaimanakah cara anda menghalangnya? TP [4 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah gejala vandalisme dalam kalangan murid sekolah semakin berleluasa? TP [4 markah] Bahagian A Peribadi Mulia Hiasan Diri UNIT Bidang 5: Insan Bermoral 2 PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 7 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 2 Keratan berita yang berikut menunjukkan sikap jujur seorang pemandu bas. Kluang: “Sudah jadi tanggungjawab diri ini untuk pulangkan semula kepada pemiliknya kerana itu bukan hak saya,” kata pemandu bas, Noor Aznan Md Tanizi. Noor Aznan, 34, memberi reaksi itu susulan kisahnya yang tular di laman sosial kerana mengembalikan semula beg tangan mengandungi barangan berharga milik penumpang bas. Kejujuran bapa seorang anak yang menetap di Taman Pelangi, di sini mendapat pujian warganet malah ada dalam kalangannya turut berkongsi pengalaman menerima layanan baik ketika menaiki bas dipandu Noor Aznan. Berkongsi kisah sebenar, Noor Aznan berkata, beg tangan itu ditemukan ialah milik seorang penumpang wanita yang menaiki bas dipandunya dari sini ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. (Sumber: www.hmetro.com.my, 11 Oktober 2022) (a) Pada pendapat anda, adakah tindakan pemandu bas tersebut wajar? Berikan justifi kasi jawapan anda. TP [2 markah] (b) Huraikan dua ciri individu berkeperibadian mulia yang terdapat pada pemandu bas tersebut. BT ms.18 TP [4 markah] (c) Jelaskan dua kesan sekiranya pemandu bas tersebut tidak memulangkan beg tangan yang dijumpainya. KBAT Menganalisis - TP [4 markah] 3 Gambar di bawah menunjukkan sikap berkeperibadian mulia. KBAT Menganalisis - TP PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 8 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
9 (a) Senaraikan sikap berkeperibadian mulia dalam gambar tersebut. TP [2 markah] (b) Jelaskan kepentingan sikap berkeperibadian mulia sesama manusia. BT ms.20 TP [4 markah] (c) Huraikan cara-cara mempraktikkan sikap berkeperibadian mulia dalam kehidupan bermasyarakat. BT ms.19 KBAT Menganalisis - TP [4 markah] Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Keratan berita yang berikut menunjukkan jumlah salah laku murid yang direkodkan sepanjang tahun 2018. SEREMBAN: Sebanyak 10,154 kes disiplin bagi pelbagai kesalahan membabitkan pelajar di negeri ini, direkodkan sepanjang tahun lalu. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Pkharuddin Ghazali, berkata daripada jumlah itu, kesalahan ponteng sekolah mencatat bilangan tertinggi, iaitu 7,709 kes, manakala baki ialah kes disiplin lain seperti tingkah laku kurang sopan, kekemasan diri dan vandalisme. Beliau berkata, statistik itu menunjukkan usaha menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar perlu digembleng secara bersepadu oleh semua pihak terbabit, secara langsung mahupun tidak langsung. (Sumber: Berita Harian, 18 Februari 2019) Huraikan kewajaran kita mengelakkan diri daripada salah laku disiplin. TP [10 markah] 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan dilema yang dihadapi oleh Joseph. Joseph bangun lewat dan tergesa-gesa ke sekolah kerana dia akan menduduki ujian pada hari ini. Dalam perjalanan ke sekolah, dia ternampak satu kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal. Penunggang motosikal tersebut cedera parah dan terlantar di tepi jalan. Pada ketika itu, tiada sesiapa pun yang berada di tempat kejadian kecuali Joseph. Berdasarkan norma masyarakat global, huraikan tindakan yang wajar dilakukan oleh Joseph. KB KBAT Menganalisis - TP [10 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 9 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 Bahagian C Jawab semua soalan. 1 Tajuk keratan akhbar dan maklumat di bawah ini merujuk gejala rasuah yang semakin menular dalam masyarakat. (Sumber: www.bharian.my, 10 Mei 2019) Kita tidak boleh bertolak ansur dengan amalan rasuah dan membiarkannya menjadi budaya dalam organisasi dan masyarakat. Elemen integriti, nilai moral dan tingkah laku beretika harus disepadukan dan dihayati dalam kehidupan harian. Kita harus mendidik masyarakat khususnya golongan pekerja supaya meningkatkan integriti dan menolak rasuah. (a) Pada pendapat anda, apakah kesan jangka panjang sekiranya gejala rasuah dalam organisasi semakin berleluasa? Justifi kasikan jawapan anda berdasarkan nilai universal yang dipelajari. TP [10 markah] (b) Huraikan langkah-langkah untuk membendung gejala rasuah daripada terus menular dalam masyarakat. TP [10 markah] 2 Keratan berita yang berikut berkaitan dengan penggunaan telefon bimbit semasa memandu. KUALA LUMPUR: Kadar penggunaan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan dalam kalangan pemandu di bandar raya ini turun mendadak selepas kesalahan itu dikategorikan sebagai saman tidak boleh dikompaun Julai lalu. Berdasarkan kajian dan pemerhatian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sepanjang bulan ini, penggunaan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan di kawasan bandar dengan jumlah laluan kenderaan yang tinggi hanyalah sekitar 0.53 hingga hingga 3.93 peratus. Jumlah itu bagaimanapun jauh lebih rendah berbanding 43.4 peratus pemandu menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan yang direkodkan berdasarkan kajian MIROS pada 2016. Pasukan yang diketuai pegawai penyelidik, Dr Sharifah Liew melakukan pemerhatian terhadap 57,106 kenderaan di beberapa jalan raya utama termasuk di Jalan Persekutuan, Kuala Lumpur dalam tempoh empat hari. (Sumber: www.bharian.com.my, 26 Disember 2020) (a) Berdasarkan berita tersebut, wajarkah tindakan undang-undang yang ketat dikenakan ke atas pengguna jalan raya yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu? Berikan justifi kasi jawapan anda berdasarkan nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] (b) Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, penggunaan gajet dalam kalangan remaja perlu dikawal. Berikan justifi kasi jawapan anda. TP [10 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 10 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
11 1 Senaraikan kepentingan berkeperibadian mulia bagi setiap individu. TP 2 Bandingkan keperibadian mulia dengan keperibadian negatif. TP (a) (e) (g) (c) (f) (h) (d) (b) Kepentingan Berkeperibadian Mulia Perbezaan Keperibadian Mulia dengan Keperibadian Negatif Keperibadian Mulia Keperibadian Negatif (a) (b) (c) (d) (a) (b) (c) (d) Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Buih i-THINK Peta Pokok PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 11 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 Jawab semua soalan. 1 Keratan berita yang berikut berkaitan dengan langkah kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori. KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini, dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah Keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada Mesyuarat Jemaah Menteri, kelmarin. Wan Junaidi dalam satu kenyataan, hari ini, berkata kerajaan juga secara prinsipnya menerima serta mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian itu. "Jemaah Menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah. (Sumber: Berita Harian, 10 Jun 2022) (a) Berdasarkan keratan berita di atas, wajarkah tindakan tersebut dilaksanakan oleh kerajaan? Justifi kasi jawapan anda berdasarkan prinsip keadilan atau keprihatinan. TP [2 markah] (b) Huraikan dua kesan sekiranya kerajaan mengabaikan prinsip keprihatinan dalam melaksanakan undang-undang. TP [4 markah] (c) Senaraikan contoh strategi penyelesaian konfl ik yang perlu dilakukan semasa menyelesaikan dilema moral. BT ms.34 TP [4 markah] Bahagian A Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan UNIT 3 Bidang 5: Insan Bermoral PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 12 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
13 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan uji kaji yang dilakukan di sebuah makmal sains. (a) Huraikan nilai universal yang patut dipraktikkan untuk menjaga kebajikan haiwan. TP [2 markah] (b) Wajarkah tindakan individu yang membunuh haiwan untuk tujuan uji kaji? Berikan alasan anda. TP [3 markah] (c) Berdasarkan prinsip keprihatinan, terangkan dua cara yang boleh anda lakukan untuk menghalang penggunaan haiwan sebagai bahan uji kaji. TP [4 markah] (d) Nyatakan akta yang diwujudkan untuk menjaga kebajikan haiwan. TP [1 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 13 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 3 Keratan akhbar yang berikut berkaitan dengan golongan wanita yang diperdaya untuk menjadi keldai dadah. (Sumber: http://connetolove.blogspot.com/2012/11/keldai-dadah.html) (a) Jelaskan dua punca yang menyebabkan golongan wanita mudah terperdaya dalam kegiatan keldai dadah. TP [4 markah] (b) Nyatakan dua usaha yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk menangani masalah keldai dadah di Malaysia. TP [2 markah] (c) Bagaimanakah prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan dapat digunakan untuk mengadili keldai dadah? BT ms.34 TP (i) Prinsip keadilan [2 markah] (ii) Prinsip keprihatinan [2 markah] 4 Maklumat yang berikut berkaitan dengan kes mahkamah. Rajuman telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga kali sebatan setelah disabitkan dengan kesalahan merogol buat kali kedua. Hakim menjatuhkan hukuman berat terhadapnya kerana memandang serius kes tersebut. PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 14 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
15 (a) Sejauh manakah prinsip keadilan dapat mengadili kes Rajuman? BT ms.32 TP [4 markah] (b) Jelaskan kewajaran Rajuman dijatuhi hukuman yang berat. TP [4 markah] (c) Nyatakan dua cara bagi membendung jenayah rogol dalam masyarakat. TP [2 markah] Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Dialog di bawah berkaitan dengan perbualan ibu bapa mengenai prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan dalam keluarga mereka. Puan Rita : Mengapakah kamu lebih mementingkan anak lelaki kita daripada anak perempuan? Walaupun keputusan peperiksaan mereka adalah sama cemerlang, kamu hanya membenarkan anak lelaki kita sahaja yang belajar di institusi pengajian tinggi. Sebaliknya, kamu meminta anak perempuan kita supaya berhenti belajar dan menyuruhnya bekerja. Encik Muthu : Saya memang lebih menyayangi anak lelaki daripada anak perempuan. Lagipun, saya sudah membuat keputusan untuk menyerahkan semua harta kepada anak lelaki kita. Berdasarkan pengetahuan anda tentang prinsip keadilan, terangkan dua nilai yang patut diamalkan oleh Encik Muthu. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan pembahagian rumah kos rendah oleh kerajaan. Pembahagian rumah kos rendah perlu menitikberatkan beberapa faktor bagi mencerminkan nilai keadilan yang diamalkan. Bincangkan kriteria yang mungkin dititikberatkan oleh agensi perumahan dalam mengagihkan rumah tersebut kepada pembeli. Bincangkan langkah yang wajar diambil dalam proses pengagihan rumah kos rendah kepada pembeli yang layak. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 15 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan pelaksanaan hukuman mati. Hukuman mati merupakan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah kepada penjenayah sebagai balasan setelah melakukan sesuatu jenayah. Walaupun banyak negara yang mengenakan hukuman mati bagi jenayah berat, namun masih terdapat beberapa buah negara yang tidak mengenakan hukuman ini seperti negara-negara dalam Kesatuan Eropah. Mereka menganggap bahawa hukuman ini melanggar hak kemanusiaan. Di Malaysia, kaedah hukuman mati dilaksanakan adalah melalui hukuman gantung. Kes jenayah seperti membunuh dengan niat, mengedar dadah dan memiliki senjata api boleh menyebabkan penjenayah dihukum gantung sampai mati. (a) Pada pendapat anda, wajarkah hukuman mati dilaksanakan terhadap penjenayah? Huraikan sebab untuk menyokong pendirian anda. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] (b) Berdasarkan situasi di atas, jelaskan pertimbangan moral yang perlu dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan. TP [10 markah] 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan kajian untuk memansuhkan hukuman mati. KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan kajian hanya dijalankan bagi cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori, bukan hukuman mati secara keseluruhan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata langkah itu selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Katanya, pihaknya mengambil maklum kebimbangan yang dikemukakan oleh waris mangsa pembunuhan pada mesyuarat bersama Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum di Putrajaya, semalam. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, 15 Januari 2020) (a) Pada pendapat anda, adakah hukuman mati wajar dilaksanakan? Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] (b) Berdasarkan prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan, kenal pasti kewajaran hukuman mati dilaksanakan. TP [10 markah] AKTIVITIMEJA BULAT (ROUND TABLE) Arahan untuk menjalankan aktiviti: 1 Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada empat orang murid bagi setiap kumpulan. 2 Murid perlu mencari idea secara bergiliran. 3 Idea yang diperoleh akan dipersembahkan dalam bentuk peta pokok. 4 Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan kertas dan pen marker. 5 Murid akan diberikan masa untuk menyiapkan peta pokok tersebut. 6 Hasil dapatan akan dibentangkan di hadapan kelas melalui pilihan guru secara rawak. Cadangan soalan yang diberikan: 1 Contoh prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan dalam proses membuat keputusan 2 Perbezaan antara prinsip keadilan dengan prinsip keprihatinan dalam proses membuat keputusan 3 Kepentingan membuat keputusan melalui prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan 4 Kesan tidak mengamalkan prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan dalam membuat keputusan 5 Cara mengamalkan prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan dalam membuat keputusan Jawab semua soalan. Bahagian C Aktiviti PAK 21 PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 16 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
17 1 Nyatakan contoh bagi prinsip keadilan. TP Perbezaan Prinsip Keadilan dengan Prinsip Keprihatinan Prinsip Keadilan Prinsip Keprihatinan (a) (b) (c) (a) (b) (c) Contoh Prinsip Keadilan Buku teks Guru Majalah Rakan-rakan (a) (b) (f) (c) (e) (d) 2 Jelaskan perbezaan antara prinsip keadilan dengan prinsip keprihatinan. TP Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Bulatan i-THINK Peta Pokok PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 17 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan penyebaran berita fi tnah di media sosial. (a) Nyatakan dua etika penggunaan teknologi maklumat. BT ms.46 TP [2 markah] (b) Huraikan dua kesan penyebaran fi tnah di media sosial. BT ms.49 TP [4 markah] (c) Sebagai seorang pengguna media sosial yang beretika, nyatakan tindakan anda untuk menghalang penyebaran fi tnah di media sosial. TP [4 markah] Bahagian A Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika UNIT 4 Bidang 5: Insan Bermoral PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 18 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
19 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan jenayah siber yang berlaku di negara kita. (Sumber: https://www.cybersecurity.my/cybernews/2015/Q2/malay/media.html) (a) Berikan dua contoh jenayah siber. TP [2 markah] (b) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah siber. TP [2 markah] (c) Senaraikan dua kesan jenayah siber. TP [2 markah] (d) Nyatakan empat cara yang boleh dilakukan oleh setiap pengguna komputer untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber. TP (i) (ii) (iii) (iv) [4 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 19 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 3 Maklumat yang berikut berkaitan dengan karya yang diwartakan di bawah perlindungan hak cipta. i-THINK Peta Buih Karya muzik Karya sastera Karya terbitan Filem Karya yang Dilindungi oleh Hak Cipta (a) Nyatakan maksud hak cipta. TP [2 markah] (b) Selain daripada karya yang ditunjukkan dalam rajah di atas, berikan dua contoh karya lain yang dilindungi oleh hak cipta. TP [2 markah] (c) Jelaskan dua hak moral bagi pencipta karya di bawah perlindungan hak cipta. TP [4 markah] (d) Mengapakah hak cipta perlu dihormati dalam dunia digital? TP [2 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 20 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
21 Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan jenayah siber yang sering kali melibatkan pengguna media sosial. Jenayah atas talian atau scam semakin membimbangkan. Mangsa akan diperdaya dengan mesej yang menawarkan hadiah yang menarik dan akhirnya menjadi mangsa penipuan. Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan kes jenayah dalam (online) atau scam semakin berleluasa. Berikan hujah anda secara terperinci berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan buli siber. Buli siber bermaksud penggunaan telefon bimbit atau peranti elektronik yang lain untuk menghantar teks atau gambar yang bertujuan untuk mencederakan, menakutkan, mengancam atau memalukan orang lain. Buli siber lebih bahaya daripada perbuatan membuli orang lain kerana identiti pembuli tidak mudah diketahui dan dia boleh membuli mangsanya pada bila-bila masa. Mangsa akan mengalami tekanan emosi apabila melihat kata-kata negatif yang menyakitkan hati sehingga mereka membuat keputusan untuk membunuh diri. Biasanya, jenayah buli siber ini berlaku disebabkan oleh perasaan tidak puas hati pembuli terhadap mangsa. Netizen dan masyarakat siber juga akan terikut-ikut untuk menghantar komen negatif kepada mangsa. Apakah perasaan anda apabila mengetahui kejadian buli siber? Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh mangsa buli siber apabila menghadapi masalah ini. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] 3 Gambar yang berikut menunjukkan contoh bentuk penipuan yang berlaku kepada pengguna telefon bimbit. Apakah tindakan anda sekiranya mendapat mesej seperti di atas? Jelaskan. TP [10 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 21 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 1 Gambar yang berikut berkaitan dengan urusan perbankan dalam talian. Anda menerima e-mel yang menyerupai laman sesawang sebuah bank yang meminta anda untuk mengemas kini maklumat akaun. Tanpa ragu-ragu, anda terus mengemas kini maklumat peribadi tersebut. Beberapa hari kemudian, pihak bank menghubungi anda untuk mengesahkan pengeluaran sejumlah besar wang yang telah dibuat. (a) Apakah perasaan anda, apabila pihak bank meminta anda membuat pengesahan tersebut? Jelaskan tindakan yang akan anda lakukan. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] (b) Teknologi maklumat dan komunikasi sangat penting pada masa kini. Huraikan cara anda memanfaatkan teknologi dan komunikasi secara beretika. TP [10 markah] 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan jenayah Macau Scam. TAMPIN: Seorang kerani sebuah syarikat swasta di sini kerugian RM693 900 selepas ditipu oleh sindiket Macau Scam yang menghubungi dan mendakwa wanita itu terbabit dalam pengubahan wang haram. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Supt Aibee Abd Ghani berkata wanita berusia 59 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada suspek yang tidak dikenali pada 27 Oktober lalu yang membaca nama dan nombor kad pengenalannya dengan tepat. (Sumber: Berita Harian, 13 Disember 2020) (a) Jelaskan faktor yang mengakibatkan ramai pengguna menjadi mangsa jenayah siber tersebut. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] (b) Huraikan langkah yang boleh diambil oleh pengguna untuk mengelak daripada menjadi mangsa Macau Scam. TP [10 markah] Jawab semua soalan. Bahagian C PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 22 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
23 1 Lengkapkan peta pelbagai alir di bawah dengan etika dan kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). TP Kesan Penggunaan TMK Secara Tidak Beretika (a) Ketidaktepatan maklumat (c) Serangan virus (d) Ketagihan penggunaan (b) Isu keselamatan (i) (ii) (i) (ii) (i) (ii) (i) (ii) 2 Senaraikan kesan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara tidak beretika. TP (a) (a) (b) (b) (c) (c) (d) (d) Etika Kepentingan Penggunaan TMK Secara Beretika Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Dakap i-THINK Peta Pelbagai Alir PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 23 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan prestasi Tee Shang dalam peperiksaan sekolahnya. Tee Shang sering gagal dalam peperiksaan yang dijalankan oleh pihak sekolah. Hal ini menyebabkan dia berasa sangat kecewa. Ibu bapa Tee Shang juga sering memarahinya kerana dia tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan seperti abang dan kakaknya. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk meniru dalam peperiksaan agar mendapat keputusan yang baik. (a) Nyatakan dua nilai universal yang patut diamalkan oleh Tee Shang supaya tidak meniru dalam peperiksaan. TP [2 markah] (b) Ramalkan dua kesan buruk jika Tee Shang ditangkap meniru dalam peperiksaan. KBAT Menilai TP [2 markah] (c) Nyatakan dua cara yang dapat dilakukan untuk mengelakkan perbuatan meniru dalam peperiksaan. TP [2 markah] (d) Berikan dua contoh perbuatan salah laku dalam peperiksaan yang akan menjejaskan integriti sebagai seorang murid. KBAT Menganalisis TP [2 markah] (e) Pada pendapat anda, mengapakah ibu bapanya mahu Tee Shang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan? KBAT Menilai TP [2 markah] Bahagian A Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri UNIT 5 Bidang 6: Jati Diri Moral PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 24 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
25 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan plagiarisme dalam kalangan murid sekolah. Plagiarisme merupakan perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau semua karya orang lain untuk melakukan tugasan dan mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. (a) Jelaskan dua punca yang menyebabkan plagiarisme berlaku dalam kalangan murid. TP [4 markah] (b) Berikan dua kesan terhadap murid jika didapati melakukan plagiarisme. TP [2 markah] (c) Bagaimanakah cara untuk menangani perbuatan plagiarisme di sekolah? KBAT Menganalisis TP [2 markah] (d) Pada pendapat anda, mengapakah perbuatan plagiarisme perlu dielakkan? KBAT Menilai TP [2 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 25 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 3 Maklumat yang berikut berkaitan dengan Kempen Bersih, Cekap dan Amanah (BCA). Slogan ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ disarankan agar dipraktikkan oleh badan-badan kerajaan dan badanbadan bukan berkanun dalam pelaksanaan setiap tugas dan tanggungjawab mereka. (a) Terangkan dua nilai universal yang berkaitan dengan slogan tersebut. TP [4 markah] (b) Jelaskan faedah yang akan diperoleh dengan mengamalkan konsep ‘Bersih, Cekap dan Amanah’. TP [2 markah] (c) Nyatakan dua cara untuk mempraktikkan slogan tersebut dalam pentadbiran negara. KBAT Mengaplikasi TP [2 markah] (d) Namakan akta yang berkaitan dengan rasuah. TP [2 markah] Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan dilema seorang ketua tingkatan. Ravindran merupakan seorang ketua tingkatan. Dia telah ternampak beberapa orang rakannya merokok serta menggunakan telefon bimbit pada waktu rehat. Walau bagaimanapun, dia tidak menegur perbuatan mereka dan juga tidak melaporkan perbuatan mereka kepada guru disiplin kerana dia tidak mahu menyinggung perasaan mereka dan ingin mengekalkan hubungan persahabatan. Sekiranya anda berada dalam situasi Ravindran, apakah tindakan anda? Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan tajuk-tajuk akhbar. SPRM Siasat Pemalsuan MyKad Pengarah Syarikat Terima Rasuah Bahan Bukti Mahkamah Lesap Tajuk-tajuk di atas sering menghiasi dada akhbar tempatan. Bincangkan nilai-nilai universal yang perlu diamalkan oleh anggota masyarakat dalam membanteras gejala negatif tersebut. TP [10 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 26 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
27 JALAN GALERI (GALLERY WALK) Arahan untuk menjalankan aktiviti: 1 Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada lima orang murid bagi setiap kumpulan. 2 Murid dikehendaki mencari bahan untuk aktiviti yang akan dijalankan pada kelas seterusnya. 3 Apabila tibanya kelas tersebut pada hari yang lain, murid akan dibekalkan dengan kertas sebak, pen penanda dan kertas kecil untuk mencatatkan komen. 4 Murid perlu melukis peta minda berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru. 5 Peta minda yang dilukis akan ditampal pada meja supaya dapat dilihat oleh kumpulan lain. 6 Guru akan mengarahkan murid-murid dalam sesebuah kumpulan untuk bergerak melihat hasil kerja rakan-rakan lain. 7 Kumpulan asal perlu menyediakan pen dan kertas di atas meja sendiri supaya kumpulan lain yang datang dapat menulis komen bagi mengukuhkan hasil kerja mereka. 8 Setelah kembali ke kumpulan asal, murid-murid akan menceritakan hasil pembelajaran yang diperoleh melalui aktiviti ini. Cadangan soalan yang diberikan: 1 Kepentingan integriti individu dalam kehidupan 2 Contoh-contoh perbuatan individu yang tidak berintegriti 3 Faktor-faktor yang menjejaskan integriti individu 4 Kesan jika individu tidak mengamalkan integriti 5 Cara memupuk integriti individu 6 Langkah pelbagai pihak untuk menyelesaikan masalah integriti individu Aktiviti PAK 21 Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan rasuah. Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang yang dilakukan oleh seseorang individu dengan menyogok seseorang yang mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu keputusan dengan menggunakan wang atau hadiah supaya pembuat keputusan dapat meluluskan sesuatu tender atau projek. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, terdapat empat jenis kesalahan rasuah, iaitu memberi rasuah, menerima rasuah, melakukan tuntutan palsu dan menyalahgunakan kuasa yang diperoleh dalam sesuatu jawatan. (a) Terangkan langkah yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menangani isu rasuah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] (b) Huraikan implikasi rasuah terhadap diri dan negara. TP [10 markah] 2 Maklumat yang berikut merupakan luahan hati seorang remaja yang menyesali perbuatan lampaunya. Saya menyesal berkelakuan liar tanpa kawalan. Saya berkawan dengan orang yang salah. Walaupun ibu dan ayah menegur, saya tidak mengendahkan nasihat mereka. Kini, maruah saya dan keluarga tercemar. Masa hadapan saya juga turut menjadi kelam. (a) Jelaskan tiga nilai universal yang sepatutnya diamalkan oleh remaja untuk mengelakkan kelakuan tersebut. TP [10 markah] (b) Terangkan dua cara anda boleh mengelakkan diri daripada perlakuan yang tidak baik seperti di atas. TP [10 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 27 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 Kepentingan Integriti Individu (a) Komited dalam tugas (c) Mengakui kesalahan (d) Mengamalkan prinsip Bersih, Cekap dan Amanah (b) Setia kepada keluarga (i) (ii) (i) (ii) (i) (ii) (i) (ii) 1 Senaraikan kepentingan integriti individu. TP 2 Jelaskan implikasi perbuatan yang tidak berintegriti. TP Implikasi Perbuatan Tidak Berintegriti Buku teks Guru Buku rujukan Rakan-rakan (f) (a) (e) (b) (d) (c) Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Dakap i-THINK Peta Bulatan PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 28 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
29 Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan luahan perasaan seorang nenek yang ditinggalkan di sebuah pusat jagaan orang tua. TP “Nenek sungguh sayu setelah ditempatkan di sini. Nenek sedar bahawa tujuan anak-anak nenek itu baik tetapi nenek tidak dapat menerimanya. Nenek rindu belaian kasih sayang anak-anak, kampung halaman serta gelak ketawa cucu-cicit. Nenek berasa sungguh sunyi dan ingin balik ke rumah.” (a) Apakah perasaan anda setelah membaca luahan perasaan tersebut? Jelaskan. TP [3 markah] (b) Sekiranya nenek itu ialah ibu anda, adakah anda sanggup menghantarnya ke pusat jagaan orang tua? KBAT Menilai TP [3 markah] (c) Anggota keluarga yang tua dan uzur amat memerlukan penjagaan dan kasih sayang. Terangkan dua cara anda dapat menunjukkan kasih sayang terhadap mereka. KBAT Menganalisis - TP (i) (ii) [4 markah] Bahagian A Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani UNIT 6 Bidang 6: Jati Diri Moral PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 29 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
30 2 Gambar di bawah menunjukkan suasana semasa sambutan Tahun Baharu Cina keluarga Lim. (a) Nyatakan dua nilai yang diamalkan oleh keluarga Lim. TP [2 markah] (b) Jelaskan dua ciri integriti yang dipupuk oleh keluarga Lim. TP [4 markah] (c) Huraikan dua impak perlakuan tidak berintegriti terhadap anggota keluarga. KBAT Menilai TP [4 markah] 3 Maklumat yang berikut berkaitan dengan perbualan antara ayah dengan anak-anak tentang cita-cita. Andy : Ayah, saya hendak menjadi seorang penyanyi apabila dewasa kelak. Ayah : Ayah tidak mahu kamu menjadi seorang penyanyi. Ayah mahu anda menjadi seorang peguam kerana gaji yang lebih tinggi dan masa hadapan yang lebih cerah. Andy : Kenapa ayah tidak menghormati cita-cita saya? (dengan suara yang kuat) Abang : Andy, tolonglah hormati ayah kita. Kita boleh berbincang lagi tentang kerjaya yang kamu suka. (a) Huraikan dua nilai yang harus diamalkan oleh Andy. TP (i) (ii) [4 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 30 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
31 (b) Nyatakan dua cara Andy menunjukkan integriti keluarga apabila berlaku perselisihan pendapat tentang pemilihan kerjaya dengan ayahnya. TP (i) (ii) [2 markah] (c) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan pergaduhan dalam kalangan ahli keluarga ketika berbincang sesuatu perkara? KBAT Menilai TP [2 markah] (d) Nyatakan dua kesan jika anggota keluarga melakukan perbuatan yang tidak berintegriti. KBAT Menganalisis TP [2 markah] Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut merujuk kehidupan warga emas di pusat jagaan orang tua. Antara amalan integriti yang perlu diamalkan oleh anak-anak ialah memastikan pelibatan warga emas dalam semua aktiviti keluarga yang dijalankan. Hal ini bermakna anak-anak perlu menghormati ibu bapa mereka. Walau bagaimanapun, terdapat ramai anak yang tidak sanggup menjaga ibu bapa mereka yang telah tua dan uzur serta menganggap mereka sebagai bebanan. Oleh itu, mereka membuat keputusan untuk menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang tua. Wajarkah tindakan anak-anak tersebut? Terangkan cara yang patut dilakukan oleh anak-anak yang berkelakuan sedemikian untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa supaya amalan integriti dapat diteruskan dalam keluarga. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan sambutan Hari Bapa. Hari Bapa disambut pada setiap tahun di seluruh dunia dan sambutan ini adalah amat penting untuk memupuk amalan integriti dalam keluarga. Jelaskan kebaikan yang diperoleh semasa menyambut Hari Bapa. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 31 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
32 3 Keratan berita di bawah berkaitan dengan kes penderaan warga emas yang berlaku di negara kita. KUALA SELANGOR: Seorang wanita berusia 56 tahun maut dipercayai dipenggal kepala oleh anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang, di sini, petang semalam. (Sumber: Berita Harian, 16 Januari 2022) Wajarkah tindakan anak warga emas tersebut? Huraikan tiga alasan anda berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] Bahagian C Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan tugas seorang ketua keluarga. Seorang ketua keluarga harus merancang perbelanjaan keluarganya mengikut keutamaan dan kemampuan. Kesihatan dan pendidikan anak-anak perlu diutamakan. (a) Huraikan dua nilai universal yang perlu diamalkan bagi membentuk sebuah keluarga yang berintegriti. TP [4 markah] (b) Berdasarkan ciri-ciri integriti keluarga, terangkan kewajipan seorang ketua keluarga. TP [8 markah] (c) Huraikan implikasi perbuatan tidak berintegriti terhadap anggota keluarga. TP [8 markah] 2 Ilustrasi yang berikut menunjukkan pergaduhan yang tercetus dalam sebuah keluarga. (a) Nyatakan perasaan anda apabila melihat situasi tersebut. Jelaskan langkah-langkah untuk menyelesaikan konfl ik tersebut dengan cara yang paling berkesan. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] (b) Huraikan kesan sekiranya situasi di atas berterusan. TP [10 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 32 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
33 1 Senaraikan ciri integriti keluarga. TP Cara Memupuk Integriti Keluarga Memberi Penghargaan Layanan Adil Kemahiran Keibubapaan (a) (b) (c) (d) (e) (f) Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Buih i-THINK Peta Pokok 2 Kenal pasti cara memupuk sikap integriti dalam diri setiap anggota keluarga. TP (a) (e) (g) (c) (f) (h) (d) (b) Ciri Integriti Keluarga PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 33 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
34 Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan khidmat bantuan sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Anjung Singgah yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang memberi khidmat bantuan sosial untuk membantu golongan gelandangan. Anjung Singgah menyediakan tempat tinggal sementara, makanan, minuman dan pusat intervensi untuk mempersiapkan para gelandangan untuk meneruskan hidup mereka. (a) Apakah perasaan anda apabila membaca petikan di atas? Berikan alasan anda. TP [2 markah] (b) Nyatakan tiga nilai universal yang dimiliki oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam membela nasib golongan gelandangan. TP [3 markah] (c) Senaraikan tiga jenis bantuan yang dapat dihulurkan kepada golongan gelandangan. TP [3 markah] (d) Selain Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), senaraikan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut membantu golongan gelandangan. TP [2 markah] Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera UNIT 7 Bidang 6: Jati Diri Moral Bahagian A PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 34 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
35 2 Keratan berita yang berikut berkaitan dengan kes pembuangan bayi. (Sumber: https://www.theborneopost.com/2016/10/09/suspek-buang-bayi-dicekup/) (a) Nyatakan dua nilai yang perlu diamalkan oleh ibu bapa yang membuang bayi. TP [2 markah] (b) Mengapakah masalah pembuangan bayi ini berlaku? TP [3 markah] (c) Cadangkan tiga langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah pembuangan bayi di negara kita. TP [3 markah] (d) Pada pendapat anda, apakah kesan terhadap negara jika jumlah kes pembuangan bayi semakin meningkat? KBAT Menganalisis TP [2 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 35 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
36 3 Keratan berita yang berikut berkaitan dengan isu pemerdagangan manusia. IPOH: Sindiket memperdagangkan manusia membabitkan penyeludupan warga India ke Eropah dari sempadan negara terutama Pengkalan Hulu yang aktif sejak 10 tahun lalu, tumpas dengan tertangkapnya dalang utama kegiatan itu dalam serbuan pihak berkuasa semalam. Operasi bersepadu secara besar-besaran dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta Imigresen Thailand bermula Isnin lalu hingga semalam, dijalankan di beberapa lokasi sekitar Alor Setar dan Baling, Kedah serta Pengkalan Hulu. (Sumber: Berita Harian Online, 24 Mei 2014) (a) Berdasarkan pemahaman anda, jelaskan maksud pemerdagangan manusia. TP [3 markah] (b) Nyatakan dua nilai universal yang perlu diamalkan oleh pihak yang terlibat dalam pemerdagangan manusia. TP (i) (ii) [2 markah] (c) Senaraikan dua langkah yang perlu diambil bagi menangani isu pemerdagangan manusia. TP [2 markah] (d) Huraikan kesan pemerdagangan manusia terhadap isu kemanusiaan. KBAT Menganalisis TP [3 markah] Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan spesies penyu yang hampir pupus. Orang ramai diingatkan supaya tidak membuang sampah sarap seperti beg plastik dengan sesuka hati ke dalam laut. Peringatan ini bertujuan untuk mengelakkan penyu mati akibat termakan sampah sarap. Sampah seperti beg plastik memberi ancaman yang besar kepada spesies penyu dan seterusnya menyebabkan kepupusan penyu jika keadaan ini terus berlaku. Apakah perasaan anda apabila mengetahui bahawa kematian penyu berpunca daripada pembuangan beg-beg plastik oleh orang ramai ke dalam laut? Jelaskan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 36 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
37 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan kejayaan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam bidang akademik. (Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, 22 Disember 2019) Terangkan lima pengajaran yang boleh anda contohi daripada kejayaan tokoh tersebut. TP [10 markah] Bahagian C Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan penganiayaan kanak-kanak. (a) Berdasarkan maklumat di atas, wajarkah kanak-kanak menjadi mangsa untuk melepaskan kemarahan? Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] (b) Anda ternampak anak jiran anda didera lalu anda melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa. Huraikan kepentingan melaporkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa. TP [10 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 37 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
38 2 Berita yang berikut merujuk kes penderaan kanak-kanak yang pernah berlaku di Johor. BATU PAHAT: Pasangan suami isteri yang disyaki terbabit dalam kejadian dera sehingga menyebabkan seorang daripada anak asuhan mereka meninggal dunia semalam, direman tujuh hari bermula hari ini, di Mahkamah Majistret Batu Pahat. Majistret Nurul ‘Izzati Mohamad membenarkan permohonan reman berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan. Terdahulu, pengasuh dan suaminya dilihat tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.20 pagi, namun menyembunyikan wajah kerana tidak selesa dengan kehadiran media. Media semalam melaporkan, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat pada jam 7.15 pagi semalam, dipercayai didera oleh pengasuhnya. (Sumber: Berita Harian, 30 Mac 2020) (a) Jelaskan perlakuan berperikemanusiaan yang patut ada pada setiap individu bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku. Berikan justifi kasi anda berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] (b) Ramalkan kesan sekiranya perlakuan berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak dalam masyarakat semakin terhakis. TP [10 markah] FIKIR-PASANG-KONGSI (THINK-PAIR-SHARE) Arahan untuk menjalankan aktiviti: 1 Guru memberi arahan kepada para murid untuk membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada dua orang murid bagi setiap kumpulan. 2 Guru akan memberikan soalan kepada setiap kumpulan. 3 Murid akan diberikan masa selama lima minit untuk mencari jawapan bagi soalan yang diberikan oleh guru. 4 Setiap kumpulan perlu berbincang dan membuat satu jawapan. 5 Jawapan yang dibuat akan dikongsikan dengan rakan-rakan lain. 6 Jawapan yang ditulis akan disimpan dalam sebuah fail. Cadangan soalan yang diberikan: 1 Contoh perbuatan yang berperikemanusiaan dan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan. 2 Kepentingan sikap berperikemanusiaan dalam kalangan individu. 3 Punca yang menyebabkan perbuatan tidak berperikemanusiaan berlaku. 4 Kesan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan kepada manusia dan penghuni lain di bumi. 5 Langkah untuk meningkatkan sikap berperikemanusiaan dalam kalangan individu. Aktiviti PAK 21 PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 38 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
39 1 Nyatakan ciri perlakuan berperikemanusiaan. TP 2 Mengenal pasti kepentingan berperikemanusiaan. TP (a) (e) (g) (c) (f) (h) (d) (b) Ciri Perlakuan Berperikemanusiaan (a) (c) (b) (d) Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Buih PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 39 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
40 Jawab semua soalan. 1 Stastistik berita di bawah berkaitan dengan penangkapan keldai dadah yang melibatkan rakyat Malaysia. (Sumber: Sinar Harian, 23 Disember 2018) (a) Pada pendapat anda, adakah perbuatan di atas wajar dilakukan? TP [2 markah] (b) Huraikan kesan terhadap negara sekiranya gejala keldai dadah dibiarkan berterusan. KBAT Menganalisis TP [4 markah] (c) Jelaskan tanggungjawab anda sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab. BT ms.106 - 107 TP [4 markah] Bahagian A Hak dan Tanggungjawab Warganegara UNIT 8 Bidang 7: Moral dan Kenegaraan PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 40 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
41 2 Ilustrasi yang berikut berkaitan dengan warganegara Malaysia yang bertanggungjawab untuk memajukan negara dalam bidang kejuruteraan. Encik Jonathan Khoo merupakan seorang jurutera yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran yang tinggi. Beliau telah mendapat tawaran untuk bekerja di luar negara dengan gaji yang lumayan. Walau bagaimanapun, beliau telah menolak tawaran kerja tersebut kerana beliau ingin berkhidmat di negara sendiri. Beliau ingin menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara untuk membangunkan negara dan memastikan dasar kerajaan untuk memajukan negara tercapai. (a) Huraikan dua nilai universal yang telah diamalkan oleh Encik Jonathan Khoo sebagai seorang warganegara Malaysia. TP (i) (ii) [4 markah] (b) Senaraikan dua faedah jika warganegara Malaysia sanggup berkhidmat di negara sendiri. TP [2 markah] (c) ‘Brain drain’ merupakan penghijrahan warganegara Malaysia yang mempunyai kemahiran tertentu dan pengetahuan tinggi ke negara lain. Terangkan dua kesan terhadap negara jika keadaan ‘brain drain’ terus berlaku. TP [4 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 41 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
42 3 Ilustrasi yang berikut berkaitan dengan proses pilihan raya di negara kita. Pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah negara sama ada di peringkat negeri atau persekutuan. Pilihan raya dijalankan secara sulit melalui prosedur yang telus dan teratur. (a) Nyatakan tiga tujuan pilihan raya dilaksanakan di negara kita. TP [3 markah] (b) Senaraikan dua syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya. TP (i) (ii) [2 markah] (c) Berikan dua sebab warganegara perlu melibatkan diri dalam pilihan raya. TP [2 markah] (d) Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan demokrasi yang diamalkan di negara kita? TP [2 markah] (e) Namakan suruhanjaya yang bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan pilihan raya di Malaysia. TP [1 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 42 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
43 Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan hak kewarganegaraan. Antara hak kewarganegaraan ialah hak kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Walau bagaimanapun, terdapat batasan yang dikenakan kepada warganegara, iaitu tidak boleh mempersoalkan isu-isu sensitif. Melalui Perlembagaan Persekutuan, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat seperti yang berikut: • Isu kewarganegaraan • Hak keistimewaan orang Melayu • Agama Islam sebagai agama rasmi • Isu kedaulatan raja • Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Apakah yang harus diamalkan oleh warganegara Malaysia untuk menghormati hak kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan yang diperuntukkan mengikut Perlembagaan Persekutuan? Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] 2 Maklumat berikut berkaitan dengan hak Orang Asli berdasarkan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134). Seksyen 6(2)(iii) Tiada mana-mana tanah boleh diberi hak milik, diberi, dipajak atau dilepaskan secara lain kepada orang yang bukan Orang Asli yang biasanya bermastautin di dalam kawasan Orang Asli atau kepada mana-mana perusahaan komersial tanpa berunding dengan Ketua Pengarah. Seksyen 17(1) Tiada kanak-kanak Orang Asli boleh dihalang daripada belajar di mana-mana sekolah semata-mata oleh sebab dia Orang Asli. (Sumber: Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] ) Jelaskan lima usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menjaga kebajikan Orang Asli. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] Bahagian C Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan masalah alam sekitar yang sering berlaku di Malaysia. Pihak kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Walau bagaimanapun, masalah alam sekitar seperti jerebu, banjir dan tanah runtuh masih berlaku. Oleh itu, warganegara Malaysia perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha mengatasi masalah-masalah alam sekitar. (a) Bagaimanakah warganegara Malaysia dapat menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengelakkan masalah alam sekitar daripada terus berlaku? Jelaskan langkah yang perlu dilakukan. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [10 markah] (b) Jelaskan kesan pencemaran alam sekitar terhadap kesejahteraan hidup manusia. TP [10 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 43 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
44 2 Maklumat di bawah berkaitan dengan Datin Paduka Marina binti Mahathir. • Seorang aktivis sosial • Bekas Presiden Majlis AIDS Malaysia (1993-2005) • Pembela mangsa AIDS dan menentang keganasan terhadap wanita • Menerima pelbagai anugerah atas jasa beliau termasuklah gelaran Tokoh Sepanjang Tahun 2010 oleh PBB dan Anugerah Datuk Paduka Mahkota Selangor, 1997 (a) Bagaimanakah sumbangan Datin Paduka Marina binti Mahathir memberikan inspirasi kepada anda untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab? TP [10 markah] (b) Jelaskan amalan nilai-nilai universal yang boleh dicontohi daripada Datin Paduka Marina binti Mahathir. TP [10 markah] JARING KATA KUMPULAN (TEAM WORD-WEB) Arahan untuk menjalankan aktiviti: 1 Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada tiga orang murid bagi setiap kumpulan. 2 Setiap kumpulan akan diberikan soalan yang berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia. 3 Setiap kumpulan perlu mencari maklumat yang berkaitan dengan pilihan raya melalui laman sesawang. 4 Peta minda akan dibuat di atas kertas mahjong selepas maklumat yang berkaitan dengan proses pilihan raya dicari. 5 Setiap kumpulan akan menggunakan pen penanda yang berlainan warna untuk mewakili maklumatmaklumat penting yang ditulis. 6 Hal ini akan memudahkan guru untuk mengenal pasti hasil kerja bagi setiap murid. 7 Pada akhir aktiviti ini, kertas mahjong akan dihantar kepada guru untuk dibuat penilaian. Cadangan soalan yang diberikan: 1 Prosedur pilihan raya di Malaysia 2 Kepentingan pilihan raya 3 Kepentingan amalan demokrasi dalam sistem pemerintahan di Malaysia 4 Syarat menjadi pengundi dalam proses pilihan raya 5 Syarat menjadi calon dalam proses pilihan raya 6 Tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 7 Perkara yang tidak boleh dilakukan dalam proses pilihan raya Aktiviti PAK 21 PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 44 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
45 1 Lengkapkan peta bulatan dengan hak sebagai warganegara. TP (a) Diri (b) Masyarakat (c) Negara Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Bulatan Hak sebagai Warganegara Buku teks Guru Buku rujukan Rakan-rakan (a) (b) (c) (e) (d) 2 Jelaskan kesan sekiranya tanggungjawab sebagai seorang warganegara diabaikan. TP PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 45 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
46 Jawab semua soalan. 1 Ilustrasi di bawah menunjukkan sambutan Hari Kebangsaan di sebuah Sekolah Wawasan. (a) Huraikan dua nilai universal yang dapat diamalkan dalam kalangan murid yang belajar di Sekolah Wawasan. TP (i) (ii) [2 markah] (b) Nyatakan kebaikan penubuhan Sekolah Wawasan. KBAT Menilai TP [4 markah] (c) Jelaskan punca segelintir ibu bapa yang kurang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Wawasan. KBAT Menganalisis TP [4 markah] Bahagian A Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara UNIT 9 Bidang 7: Moral dan Kenegaraan PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 46 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
47 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan usaha kerajaan melaksanakan dasar perpaduan. (a) Namakan dua dasar kerajaan yang diperkenalkan untuk memupuk perpaduan kaum. TP [2 markah] (b) Huraikan dua tindakan yang menjejaskan perpaduan kaum. TP [4 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah kesan terhadap negara jika perpaduan kaum tidak wujud? KBAT Menganalisis TP [4 markah] Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar perpaduan yang bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum. PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 47 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
48 3 Maklumat yang berikut berkaitan dengan sambutan perayaan utama di negara kita. Sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Aidilfi tri, Tahun Baharu Cina dan Hari Deepavali diraikan secara besar-besaran di Malaysia oleh semua rakyat. Rakyat juga diberi cuti umum untuk menyambut perayaan tersebut. (a) Nyatakan dua nilai universal yang berkaitan dengan maklumat di atas. TP (i) (ii) [2 markah] (b) Jelaskan keistimewaan rakyat Malaysia selain daripada kepelbagaian perayaan dan adat resam. TP [3 markah] (c) Senaraikan dua kepentingan amalan perpaduan perlu diperkukuh dalam masyarakat majmuk. BT ms.134 TP [2 markah] (d) Setelah mencapai kemerdekaan lebih daripada 65 tahun, persoalan perpaduan antara kaum masih hangat diperdebatkan. Berikan ulasan anda. TP [3 markah] Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Ilustrasi di bawah menunjukkan suasana di sebuah majlis rumah terbuka. Nyatakan perasaan anda apabila melihat suasana tersebut. Jelaskan kepentingan menghadiri rumah terbuka semasa musim perayaan. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. KBAT Menganalisis TP [10 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 48 10/02/2023 5:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.