99 Soalan 4 berdasarkan gambar situasi di bawah. 4 (a) Senaraikan dua hak yang diperoleh mangsa bencana alam. (i) Tempat tinggal sementara (ii) Makanan dan minuman / pakaian [2 Markah] (b) Nyatakan dua tanggungjawab anda sebagai warganegara terhadap mangsa bencana alam. (i) Menjadi sukarelawan dalam membantu mangsa bencana alam. (ii) Membersihkan rumah mangsa bencana alam. [2 Markah] (c) Apakah kesan pengabaian terhadap hak dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat? F1 Boleh berlaku perselisihan faham dalam kalangan anggota masyarakat H1 Akan mengancam keselamatan negara F2 Taraf hidup rakyat terjejas H2 Kehidupan mereka menjadi tidak sejahtera [4 Markah] (d) Bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia kepada negara? Menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara Mematuhi peraturan dan undang-undang negara [2 Markah] Strategi A+ Pendidikan Moral Ting4 PAT.indd 99 02/11/2023 2:16 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
100 Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah. Gambar menunjukkan perpaduan berbilang kaum dan bangsa dalam kalangan masyarakat Malaysia. 5 (a) Nyatakan perasaan anda apabila melihat gambar di atas. Gembira / bangga Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup bersatu padu dan saling menghormati antara satu sama lain [2 Markah] (b) Agenda utama kerajaan ialah untuk mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia. Nyatakan tiga kepentingan amalan perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum. (i) Mengekalkan kedaulatan dan keselamatan negara (ii) Rakyat hidup dalam suasana harmoni dan aman (iii) Meningkatkan keyakinan pelabur asing [3 Markah] (c) Jelaskan tiga contoh amalan yang boleh anda lakukan bagi mengekalkan perpaduan kaum. (i) Saya akan menyertai aktiviti sambutan hari kemerdekaan (ii) Saya akan menghadiri majlis keramaian rumah terbuka musim perayaan (iii) Melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan membantu mangsa bencana alam [3 Markah] (d) Senaraikan dua cabaran dalam usaha membina masyarakat yang bersatu padu. (i) Kurang menghormati dan memahami agama dan kepercayaan kaum lain (ii) Penyebaran maklumat palsu dan negatif seperti isu perkauman [2 Markah] Strategi A+ Pendidikan Moral Ting4 PAT.indd 100 02/11/2023 2:16 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
101 Bahagian B [10 Markah] Jawab mana-mana satu soalan. Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah . 6 (a) Apakah yang anda fahami dengan integriti keluarga? [2 Markah] (b) Jelaskan amalan integriti dalam kalangan anggota keluarga untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. [8 Markah] Soalan 7 berdasarkan ilustrasi gambar di bawah. 7 (a) Jelaskan perasaan anda apabila mengikuti sambutan perayaan-perayaan utama di Malaysia. [2 Markah] (b) Bagaimanakah sambutan perayaan di Malaysia dapat mengekalkan keunikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum? [8 Markah] Strategi A+ Pendidikan Moral Ting4 PAT.indd 101 02/11/2023 2:16 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
102 Bahagian C [10 Markah] Jawab mana-mana satu soalan. Soalan 8 berdasarkan petikan akhbar di bawah. KUALA LUMPUR: Golongan millennial, yang merujuk kepada golongan muda berumur 25 hingga 44 tahun di negara ini mencatat peningkatan membimbangkan dalam jumlah individu yang diisytihar muflis, demikian mengikut satu laporan kajian Bank Dunia. Laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 yang diterbitkan Bank Dunia, menganggarkan sejumlah 60 peratus daripada keseluruhan individu muflis di Malaysia adalah dari golongan berkenaan, ekoran daripada tabiat berbelanja melebihi pendapatan. Tabiat berkenaan disifatkan berbahaya kepada golongan millennial jika dibiarkan berterusan tanpa pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan. “Kadar muflis yang tinggi adalah disebabkan pinjaman untuk kegunaan peribadi bukannya untuk pelaburan dan pengumpulan kekayaan. Hal ini semakin membimbangkan kerana berlaku dalam kalangan peminjam muda yang mempunyai pengetahuan kewangan yang terhad dan tidak begitu celik kewangan.” “Kegagalan membayar balik pinjaman peribadi dan kenderaan menyumbang hampir separuh daripada jumlah kes muflis dengan terbaharu, 49 peratus pada 2018.” “Jumlah peminjam muflis disebabkan pinjaman peribadi dan kredit kad juga meningkat sebanyak 104 peratus dan 43 peratus, masing-masing pada 2018 berbanding 2012,” kata Bank Dunia dalam kajian berkenaan. (Sumber: Berita Harian, 11 Disember 2019) 8 (a) Mengapakah isu muflis berlaku dalam kalangan golongan muda? [4 Markah] (b) Jelaskan cara pengurusan perbelanjaan secara beretika. [8 Markah] (c) Jelaskan kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika terhadap individu dan masyarakat. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [8 Markah] Soalan 9 berdasarkan maklumat di bawah. Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama 9 (a) Huraikan tindakan yang patut diambil oleh rakyat Malaysia dalam menangani isu-isu yang menggugat kedaulatan negara. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [10 Markah] (b) Terangkan cabaran dalam mengekalkan kedaulatan negara. [10 Markah] KERTAS SOALAN TAMAT Strategi A+ Pendidikan Moral Ting4 PAT.indd 102 06/11/2023 9:27 AM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA