The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2024-05-01 23:50:22

Revisi Smart Perniagaan Ting 4 & 5

Price: WM : RM19.90
EM: RM20.90

Format pentaksiran SPM Pelajaran Perniagaan (3766) vi TINGKATAN 4 Tajuk 1: Tujuan Perniagaan Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 1 Bab 1 1.1 Tujuan Perniagaan 2 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan 4 1.3 Bentuk-bentuk Perniagaan Lain 11 1.4 Klasifikasi Perniagaan 13 1.5 Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi dan Skala Perniagaan 17 1.6 Perkembangan Sektor Perniagaa di Malaysia 18 Trend Semasa dalam Perniagaan 19 Bab 2 2.1 Peranan Kerajaan dalam Menangani Isu-isu Tempatan, Negara dan Serantau 19 2.2 Trend Persekitaran Perniagaan 29 2.3 Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada Persekitaran Perniagaan 34 2.4 Kesan Perubahan Persekitaran Terhadap Organisasi Perniagaan 40 Tajuk 2: Organisasi Perniagaan Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan 43 Bab 3 3.1 Maksud Visi, Misi dan Objektif Perniagaan 43 Kandungan 3.2 Perbandingan Visi, Misi dan Objektif Beberapa Perniagaan yang Berbeza 44 3.3 Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan 45 3.4 Tujuan Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan sebagai Panduan Perniagaan 46 3.5 Menghasilkan Visi, Misi dan Objektif bagi Perniagaan Tertentu 48 3.6 Kesan kepada Perniagaan akibat Kegagalan Mencapai Matlamat dan Objektif 53 3.7 Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan 55 3.8 Pencapaian Visi, Misi dan Objektif Perniagaan yang Dipilih 58 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan 60 Bab 4 4.1 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan 60 4.2 Tujuan Setiap Bahagian Fungsian 61 4.3 Pembangunan Produk dan Pasaran Baharu 71 4.4 Penggunaan Teknologi Maklumat 72 4.5 Hubungan dan Interaksi antara Bahagian Fungsian Lain 73 4.6 Interaksi dan Perkaitan antara Bahagian Fungsian dalam Dua Perniagaan Berlainan 76 00 RC_SPM Perniagaan content 01.indd 2 3/11/2024 9:25:00 AM


TINGKATAN 5 Tajuk 1: Sumber Perniagaan Pengurusan Sumber Manusia 79 Bab 1 1.1 Definisi Pengurusan Sumber Manusia 79 1.2 Peranan Pengurusan Sumber Manusia dalam Sesebuah Perniagaan 80 1.3 Aplikasi Pengurusan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan yang Mampan 82 1.4 Aspek Pengelolaan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan 86 1.5 Hubung Kait antara Kemahiran Kebolehkerjaan Pekerja dengan Kejayaan Sesebuah Perniagaan 91 1.6 Mencipta Satu Struktur Organisasi dalam Sesebuah Perniagaan 93 1.7 Sistem Penggajian bagi Sesebuah Organisasi 96 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi 100 Bab 2 2.1 Tujuan Mengurus Sumber Fizikal yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 100 2.2 Prosedur Mengurus Sumber Fizikal yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 102 2.3 Tujuan Mengurus Sumber Teknologi yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 103 2.4 Prosedur Mengurus Sumber Teknologi yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 106 2.5 Aplikasi Pengetahuan Pengurusan Sumber Fizikal dan Sumber Teknologi dalam Satu Perniagaan yang Mampan 108 2.6 Membandingkan Kesan Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi dalam Mempertingkatkan Kecekapan Sesebuah Organisasi Perniagaan 111 2.7 Rumusan Perkaitan antara Pengurusan Sumber Fizikal dengan Teknologi 114 Sumber Pembiayaan Perniagaan 116 Bab 3 3.1 Sumber Pembiayaan untuk Sesebuah Perniagaan 116 3.2 Jenis Pembiayaan Dalaman dan Luaran yang Sesuai untuk Sesebuah Perniagaan 117 3.3 Keperluan Pembiayaan bagi Sesebuah Perniagaan 126 3.4 Kekuatan dan Kelemahan Jenis Pembiayaan untuk Sesebuah Perniagaan 128 3.5 Prosedur Mendapatkan Sumber Pembiayaan untuk Sesebuah Perniagaan 129 3.6 Justifikasi Jenis Pembiayaan yang Sesuai Digunakan untuk Memulakan Sesebuah Perniagaan 133 Penyata Kewangan Perniagaan 137 Bab 4 4.1 Definisi Penyata Kewangan 137 4.2 Butiran dalam Penyata Kewangan 138 4.3 Pihak yang Berkepentingan kepada Penyata Kewangan Sesebuah Perniagaan 146 00 RC_SPM Perniagaan content 01.indd 3 3/11/2024 9:25:02 AM


4.4 Menganalisis Kepentingan Penyata Kewangan terhadap Operasi Kewangan Sesebuah Perniagaan 147 4.5 Mentafsir Penyata Kewangan Menggunakan Nisbah Asas 150 4.6 Justifikasi Kedudukan Kewangan Sesebuah Perniagaan Berdasarkan Penyata Kewangan 155 Tajuk 2: Usaha Niaga Persediaan Menjadi Usahawan 158 Bab 5 5.1 Ciri-ciri Keperibadian, Kekuatan Diri dan Kelebihan Menjadi Usahawan 158 5.2 Faktor-faktor Penyumbang untuk Memulakan Perniagaan 170 5.3 Kelebihan Berniaga Sebagai Satu Peluang Kerjaya 176 Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 179 6.1 Akta-akta Penubuhan Sesebuah Entiti Perniagaan 179 6.2 Prosedur Pendaftaran Sesebuah Entiti Perniagaan 182 6.3 Tanggungjawab yang Perlu Dipatuhi oleh Usahawan Setelah Mendaftarkan Perniagaan 185 6.4 Dokumen Perniagaan yang Perlu Disimpan 186 6.5 Simulasi Penyediaan dan Penyimpanan Dokumen Perniagaan yang Dirancang 188 6.6 Penyediaan Penyata Aliran Tunai 190 6.7 Pemasaran dan Jualan 196 6.8 Persediaan untuk Menjalankan Aktiviti Pemasaran dan Jualan bagi Produk dan Perkhidmatan 197 Merancang Pengendalian Perniagaan 202 Bab 7 7.1 Definisi Rancangan Perniagaan 202 7.2 Kepentingan Menyediakan Rancangan Perancangan 203 7.3 Format Rancangan Perniagaan 204 Kertas Model SPM 222 Panduan Tugasan Kerja Projek 239 Contoh Tugasan Kerja Projek 242 Contoh Rancangan Perniagaan 265 Jawapan 289 00 RC_SPM Perniagaan content 01.indd 4 3/11/2024 9:25:04 AM


1 BAB 1 TINGKATAN 4 Tajuk 1 : Tujuan Perniagaan Bab 1 1.0 Pengenalan 1 Perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. 2 Aktiviti ini melibatkan pertukaran nilai antara penjual dengan pembeli dalam memperoleh keuntungan. 3 Setiap perniagaan bertanggungjawab untuk: (a) Menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. (b) Membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan. (c) Menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti: (i) Melindungi alam sekitar. (ii) Meningkatkan infrastruktur setempat. 1.0.1 Konsep Asas Perniagaan 1 Konsep asas ini merupakan perkara utama dan asas yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara penjual dengan pembeli. 2 Konsep asas perniagaan merangkumi enam komponen utama, iaitu: Peta Buih i THINK Konsep Asas Perniagaan Penjual dan pembeli Kontrak perniagaan Memuaskan kehendak dan keperluan pengguna Keuntungan perniagaan Barang dan perkhidmatan Pertukaran nilai Jadual 1.1 Konsep asas perniagaan Konsep Asas Perniagaan Definisi Barang dan perkhidmatan Barang – sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal yang dapat dilihat dan disentuh. Perkhidmatan – aktiviti yang memberikan faedah kepada pengguna dan peniaga. Memuaskan kehendak dan keperluan pengguna Keperluan – sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan hidup, terhad, mudah dipuaskan serta sama bagi setiap individu. Istilah Penting • Nilai – taksiran harga Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 1 3/14/2024 3:31:20 PM


2 BAB 1 TINGKATAN 4 Konsep Asas Perniagaan Definisi Kehendak – keinginan manusia untuk hidup dengan lebih selesa, sukar dipuaskan dan berbeza antara individu. Pertukaran nilai Aktiviti urus niaga yang melibatkan tindakan pembeli memberikan sesuatu yang bernilai (wang) kepada penjual sebagai balasan kepada produk yang diperoleh. Keuntungan perniagaan Lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos yang terlibat. Penjual dan pembeli Penjual – individu yang menawarkan barang atau perkhidmatan. Pembeli – pihak yang memerlukan atau menghendaki barang atau perkhidmatan tersebut. Kontrak perniagaan Perjanjian yang dimeterai oleh dua atau lebih individu. Gambar 1.1 Keperluan Gambar 1.2 Kehendak 1.0.2 Aktiviti Perniagaan Aktiviti perniagaan terbahagi kepada dua, iaitu: Aktiviti Berasaskan Barang Aktiviti Berasaskan Perkhidmatan Melibatkan penggunaan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang fizikal. Melibatkan penawaran barang tidak nyata yang dapat memberikan keselesaan, kepuasan dan kecekapan kepada pengguna. Contoh: Kilang perabot menghasilkan perabot. Contoh: Pendidikan menawarkan pembangunan modal insan dari aspek mental dan fizikal. Gambar 1.3 Aktiviti berasaskan barang Gambar 1.4 Aktiviti berasaskan perkhidmatan 1.1 Tujuan Perniagaan SP 1.1.1 Menerangkan tujuan perniagaan. 1 Tujuan perniagaan adalah untuk menawarkan barang atau RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 2 3/14/2024 3:31:21 PM


3 BAB 1 TINGKATAN 4 perkhidmatan oleh seseorang peniaga atau organisasi kepada pembeli. 2 Aktiviti ini melibatkan pembayaran atau pertukaran wang untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang dikehendaki oleh pembeli. Jadual 1.2 Tujuan perniagaan Menawarkan Barang atau Perkhidmatan Bermotifkan Untung (OBU) Bukan Bermotifkan Untung (OBBU) Terlibat secara langsung dalam aktiviti pengeluaran dan penjualan barang serta perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan. Organisasi yang memenuhi keperluan awam dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan, keagamaan, sosial dan budaya. Keuntungan digunakan untuk mengukur tahap prestasi dan menentukan hala tuju sesebuah perniagaan. Bermatlamat untuk meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan. Keuntungan juga membolehkan organisasi perniagaan menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyumbang keuntungan semula kepada masyarakat seperti membina tempat rekreasi. Kaedah perniagaan: • Secara percuma – Barang dan perkhidmatan selalunya disediakan oleh kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Menawarkan Barang atau Perkhidmatan Bermotifkan Untung (OBU) Bukan Bermotifkan Untung (OBBU) • Jualan pada harga kos – Tiada sebarang keuntungan yang diperoleh penjual. • Jualan pada harga di bawah kos – Harga yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding dengan kos sebenar dan kebiasaannya mendapat subsidi daripada pihak kerajaan. – Contoh: Program Penstabilan Harga minyak masak (COSS) dan Program Subsidi Tepung Gandum dan Kegunaan Am. (sumber: KPDN. gov.my.) SEMAK CEPAT 1.1 1 Senaraikan enam konsep asas perniagaan. 2 Apakah fungsi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011? Mengaplikasi 3 Nyatakan tiga jenis perniagaan yang boleh dimulakan dengan menggunakan modal yang kecil. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 3 3/14/2024 3:31:21 PM


4 BAB 1 TINGKATAN 4 Gambar 1.5 Aktiviti sukarelawan juga merupakan salah satu perkhidmatan yang biasanya disediakan oleh pertubuhan bukan kerajaan Aktiviti KBAT Berdasarkan pengetahuan anda, bincangkan kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan. Imbas kod QR atau layari http://mnawf.org.my tentang organisasi bukan bermotifkan untung (Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia). Untuk tujuan pembelajaran Bentuk Pemilikan Perniagaan 1.2 SP 1.1.2 Menjelaskan pelbagai bentuk pemilikan perniagaan. Milikan Tunggal 1 Sejenis aktiviti perniagaan yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh seorang individu sahaja. 2 Sumber pembiayaan bagi bentuk pemilikan perniagaan ini diperoleh daripada wang simpanan pemilik, pinjaman daripada saudara-mara, agensi kerajaan dan institusi kewangan. 3 Proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan di premis tetap perlu melalui proses seperti berikut: (a) Mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan Peta Alir i THINK Mengisi Borang carian nama (PNA 42) Mengisi Borang A Hantar borang kepada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Membuat pembayaran RM30.00 jika nama sendiri, RM60.00 jika nama tred Mendapatkan Borang D, iaitu Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan Rajah 1.1 Proses pendaftaran penubuhan perniagaan (b) Mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 4 Kelebihan dan kekurangan milikan tunggal: Kelebihan Kekurangan Mudah ditubuhkan Diuruskan secara berseorangan Beban cukai rendah Sukar berkongsi kepakaran Bebas menguruskan perniagaan Perniagaan tidak berterusan Mudah diuruskan kerana saiznya yang kecil Semua beban kerja ditanggung oleh pemilik Keputusan dibuat oleh pemilik Risiko perniagaan ditutup jika pemilik meninggal dunia Tidak banyak syarat dan hanya memerlukan modal kecil Sukar untuk berkembang kerana modal kecil Pemilik hanya perlu membayar cukai individu Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad (melibatkan harta peribadi) RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 4 3/14/2024 3:31:21 PM


5 BAB 1 TINGKATAN 4 Info Dinamik Bentuk Perniagaan Milikan Tunggal 1 Setiap keuntungan yang diperoleh pemilik akan dikenakan cukai pendapatan perseorangan. 2 Bentuk perniagaan milikan tunggal merupakan jenis pemilikan perniagaan yang popular di Malaysia. Perkongsian 1 Perkongsian ditakrifkan sebagai kerjasama antara dua atau lebih individu bagi menjalankan perniagaan. 2 Perniagaan perkongsian ditubuhkan secara lisan atau bertulis. 3 Perkongsian yang ditubuhkan tanpa perjanjian bertulis adalah tertakluk kepada peruntukan Akta Perkongsian 1961. 4 Pihak-pihak yang terlibat akan membentuk satu persetujuan bersama dalam surat ikatan perkongsian yang merupakan perjanjian perkongsian. Kandungan Perjanjian Perkongsian Kandungan perjanjian ini termasuklah: 1 Nama firma 2 Nama semua rakan kongsi 3 Peruntukan berkaitan dengan hak dan tanggungjawab rakan kongsi 4 Jenis dan tempat perniagaan 5 Nisbah pembahagian keuntungan atau kerugian 6 Cara menjalankan perniagaan 7 Menamatkan perkongsian Ciri-ciri Perkongsian Antara ciri perkongsian: 1 Bilangan rakan kongsi yang terlibat seramai dua hingga 20 orang. 2 Dalam bidang profesion seperti peguam dan akauntan tidak melebihi 50 orang rakan kongsi. 3 Perniagaan secara perkongsian tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978). Jenis-jenis dan Liabiliti Rakan Kongsi Jadual 1.3 Perbezaan rakan kongsi dalam perniagaan perkongsian Jenis Rakan Kongsi Penerangan Rakan kongsi berhad Liabiliti rakan kongsi ini terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan sahaja dan tiada kuasa pengurusan serta dibenarkan untuk memeriksa rekod dan akaun perniagaan. Rakan kongsi lelap Menanggung liabiliti tidak terhad dan tidak aktif dalam pengurusan serta menyumbangkan modal sahaja. Rakan kongsi biasa Menanggung liabiliti tidak terhad dan berhak menguruskan perniagaan. Rakan kongsi aktif Menanggung liabiliti tidak terhad dan aktif dalam pengurusan serta dibayar gaji secara bulanan. Rakan kongsi nominal (namaan) Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa mengeluarkan modal dan perlu menanggung liabiliti yang tidak terhad. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 5 3/14/2024 3:31:22 PM


6 BAB 1 TINGKATAN 4 Bilangan Rakan Kongsi 1 Perkongsian biasa – antara dua hingga 20 orang. 2 Perkongsian berhad – antara dua hingga 50 orang. 3 Perkongsian liabiliti terhad – minimum dua orang dan tiada had bilangan maksimum. Peta Pokok i THINK • Modal lebih besar – Banyak modal dapat dikumpulkan oleh rakan kongsi. • Mudah ditubuhkan – Tidak banyak peraturan perlu dipatuhi. • Berkongsi kepakaran – Gabungan tenaga rakan kongsi menambahkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman. Kelebihan • Modal terhad – Sukar untuk berkembang kerana modal masih terhad. • Perniagaan tidak berterusan – Perniagaan terbubar jika rakan kongsi meninggal dunia, muflis atau wujud perselisihan faham. • Liabiliti tidak terhad – Aset peribadi rakan kongsi boleh digunakan untuk menjelaskan hutang perniagaan. Kekurangan Perkongsian Rajah 1.2 Kelebihan dan kekurangan perkongsian Gambar 1.6 Setiap perkongsian dalam perniagaan perlulah mempunyai kata sepakat daripada semua pihak dalam setiap perkara Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein Pengasas syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 buah kedai termasuklah 12 buah pasar raya besar, 18 buah emporium borong, tiga buah bazar, 53 buah pasar raya mini, 10 buah kedai serbaneka dan lima buah francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Info Dinamik Jenis-jenis perkongsian Perkongsian Biasa • Menanggung liabiliti tidak terhad. • Mempunyai kuasa, tanggungjawab serta hak yang sama menguruskan perniagaan. Perkongsian Berhad • Menanggung liabiliti yang terhad. • Tidak mempunyai kuasa dalam pengurusan perniagaan. Perkongsian Liabiliti Terhad (PaLT) • Satu bentuk perniagaan alternatif yang menggabungkan ciriciri perkongsian dengan syarikat sendirian berhad. • Ciri-ciri PLT: – Entiti berasingan – Liabiliti terhad – Hayat berterusan RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 6 3/14/2024 3:31:22 PM


7 BAB 1 TINGKATAN 4 Peta Pokok i THINK • Pemilik dan perniagaan dalam PLT merupakan dua pihak yang berbeza. • Perniagaan dalam PLT mempunyai hak menyaman, didakwa, memperoleh dan melupuskan harta. Entiti Berasingan • Rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad setakat modal yang dilaburkan sahaja. • Tidak melibatkan harta peribadi pemilik. Liabiliti Terhad • Setiap perubahan yang berlaku dalam pekongsi PLT tidak akan menjejaskan kewujudan, hak atau liabiliti PLT. • Contohnya, jika salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, kurang siuman atau muflis, perniagaan masih boleh diteruskan seperti biasa. Hayat Berterusan Ciri-ciri PLT Jadual 1.4 Kelebihan perkongsian liabiliti terhad Kelebihan Perkongsian Liabiliti Terhad Entiti berasingan Rakan kongsi bebas daripada tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap syarikat. Liabiliti terhad Aset peribadi semua rakan kongsi dalam PLT dilindungi sekiranya perniagaan muflis. Fleksibiliti perniagaan Rakan kongsi boleh meletakkan syarat-syarat tambahan menurut perjanjian perkongsian. Penjimatan kos PLT tidak tertakluk kepada sistem audit dan pematuhan pada undangundang berkanun. Selain itu, tiada had bilangan maksimum rakan kongsi atau keperluan modal minimum. Perkongsian Berhad 1 Seorang rakan kongsi biasa akan menanggung semua liabiliti perniagaan dan bertanggungjawab terhadap pengurusan perniagaan. 2 Pekongsi juga dibenarkan untuk memeriksa rekod dan akaun perniagaan. Tanggungjawab Rakan Kongsi 1 Menjaga kepentingan rakan kongsi lain. 2 Melindungi rahsia perniagaan termasuk rahsia kewangan, maklumat perniagaan dan akaun perniagaan. 3 Mencari peluang dan sumber tambahan bagi memajukan perniagaan yang dijalankan. 4 Memberikan idea dan pendapat bagi menyelesaikan setiap masalah yang timbul. Info Dinamik Istilah Penting • Liabiliti – nilai tanggungan atau hutang sesebuah syarikat kepada orang lain • Fleksibiliti – keadaan atau sifat RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 7 3/14/2024 3:31:22 PM


8 BAB 1 TINGKATAN 4 Syarikat Berhad 1 Syarikat Berhad merupakan entiti yang didaftarkan secara sah dengan SSM dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965 (digantikan dengan Akta Syarikat 2016). 2 Syarikat Berhad ditubuhkan oleh sekumpulan individu bagi tujuan menjalankan aktiviti perniagaan. 3 Keanggotaan Syarikat Berhad terdiri daripada: (a) Ahli lembaga pengarah (i) Ahli lembaga pengarah yang paling kanan akan dilantik sebagai pengarah urusan syarikat. (ii) Ahli lembaga yang lain pula terdiri daripada pengarah eksekutif yang menetapkan pelbagai polisi dan membuat keputusan berkaitan dengan perniagaan. (b) Pemegang saham (i) Pemegang saham merupakan pihak yang memegang kepentingan dalam bentuk milikan saham. 4 Hak pemegang saham sesebuah syarikat adalah seperti berikut: (a) Mengundi dalam mesyuarat agung tahunan. (b) Mendengar dan memberikan pendapat tentang laporan tahunan aktiviti dan laporan kewangan syarikat. (c) Mempersoalkan polisi syarikat jika difikirkan perlu. (d) Mengundi untuk meluluskan atau menolak setiap cadangan yang dibawa oleh ahli lembaga pengarah. (e) Mengundi untuk melantik ahli lembaga pengarah. Info Dinamik Akta Syarikat 1965 telah digantikan dengan Akta Syarikat 2016 berkuat kuasa pada 31 Januari 2017. 5 Jenis-jenis Syarikat Berhad: Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Syarikat Awam Berhad 1 Pemegang saham merupakan pemilik saham dan perkataan “sendirian” bermaksud pemilik saham terdiri daripada saudara-mara dan kenalan sahaja. 2 Ciri-ciri: (a) Tertakluk kepada Akta Syarikat 2016 – berkuat kuasa pada 31 Januari 2017. (b) Bilangan ahli antara sekurangkurangnya seorang hingga 50 orang (Akta Syarikat 2016). 1 Pemegang saham merupakan pemilik syarikat dan perkataan “awam” bermaksud saham boleh dijual kepada orang awam melalui penerbitan prospektus. 2 Ciri-ciri: (a) Bilangan ahli antara satu hingga tiada had maksimum (Akta Syarikat 2016). (b) Sahamnya boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 8 3/14/2024 3:31:22 PM


9 BAB 1 TINGKATAN 4 Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Syarikat Awam Berhad (c) Saham syarikat tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia. (d) Pindah milik saham hanya boleh dilakukan dengan kebenaran ahli lembaga pengarah. (e) Lebih mudah mendapatkan modal yang besar untuk membiayai operasi syarikat. (f) Modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer. (g) Pemegang saham menanggung liabiliti terhad. (h) Sekiranya muflis, pemegang syer hanya kehilangan modal syer yang dilaburkan. (i) Semua harta peribadi mereka tidak akan digunakan untuk menyelesaikan hutang piutang syarikat. (j) Pemegang saham terbesar syarikat berhak mengawal setiap operasi syarikat. (c) Pemegang saham asal berisiko kehilangan kawalan atas syarikatnya sekiranya terdapat pembelian saham dalam kuantiti yang besar (saham majoriti) oleh pihak tertentu dalam usaha untuk mengambil alih pengurusan syarikat daripada pemegang saham asal. Kelebihan Kekurangan Kelebihan Kekurangan Modal lebih besar Penawaran syer terhad Modal lebih besar Proses penubuhan rumit Liabiliti terhad Beban cukai yang tinggi Liabiliti terhad Pemilik dan pengurusan yang terpisah Hal ehwal syarikat dirahsiakan Syer tidak boleh dipindah milik secara bebas Kewujudan kekal Tiada kerahsiaan Menikmati ekonomi bidangan Beban cukai yang tinggi Info Dinamik Haji Ismail Group (HIG Langkawi Holdings Sdn. Bhd.) HIG Langkawi Holdings Sdn. Bhd. ialah syarikat Bumiputera sepenuhnya yang telah diperbadankan secara rasmi pada 16 November 2009 di bawah Akta Syarikat 1965. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 9 3/14/2024 3:31:22 PM


10 BAB 1 TINGKATAN 4 Gambar 1.7 FELCRA Berhad SEMAK CEPAT 1.2 1 Mengapakah setiap perniagaan perlu didaftarkan mengikut prosedur yang telah ditetapkan? Menganalisis 2 Senaraikan empat organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) yang anda tahu. 3 Nyatakan dua ciri Syarikat Sendirian Berhad. Koperasi 1 Koperasi ialah sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela. 2 Koperasi juga ditubuhkan dengan konsep “milik bersama” oleh semua anggota. 3 Ciri-ciri koperasi: (a) Melaksanakan kegiatan berkaitan dengan ekonomi untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya. (b) Aktiviti tidak berunsurkan politik. (c) Aktiviti koperasi diuruskan berdasarkan akta, peraturan dan undang-undang kecil koperasi. (d) Modal perniagaan disumbangkan oleh anggota. (e) Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan. (f) Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal atau yuran sahaja. 4 Prinsip-prinsip koperasi: (a) Keanggotaan sukarela dan terbuka. (b) Kawalan secara demokratik oleh anggota. (c) Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi. (d) Kebebasan autonomi. (e) Pendidikan, latihan dan maklumat. (f) Bekerjasama antara koperasi. (g) Prihatin terhadap komuniti. 5 Hak keanggotaan dalam koperasi: (a) Mempunyai hak untuk mengundi (satu undi) dalam mesyuarat agung tahunan koperasi tanpa mengira jumlah syer yang dimiliki dalam koperasi yang dianggotainya. (b) Terlibat secara langsung dalam proses pembuatan keputusan. (c) Mengambil semula modal syer apabila keluar dari koperasi. (d) Menerima pulangan dalam bentuk dividen. 6 Kelebihan dan kekurangan koperasi: Kelebihan Kekurangan Liabiliti terhad Anggota hanya rugi setakat modal dilaburkan. Kadar pulangan Dividen rendah berbanding dengan pelaburan dalam syarikat. Pentadbiran secara demokrasi Setiap anggota diberi hak mengundi ALK. Pengurusan dan pemilik terpisah Pekerja mungkin tidak terdorong untuk memajukan perniagaan. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 10 3/14/2024 3:31:22 PM


11 BAB 1 TINGKATAN 4 Kelebihan Kekurangan Tiada beban cukai Dikecualikan daripada cukai. Pemilikan syer terhad Setiap individu tidak boleh memiliki syer melebihi 20 peratus. Rebat Insentif yang diberikan kepada pelanggan koperasi. Pindah milik syer Syer tidak boleh dipindah milik kepada orang lain. Bentuk-bentuk Perniagaan Lain 1.3 1.3.1 Francais Francais merujuk hubungan antara dua pihak dari segi perjanjian urus niaga antara francaisor dengan francaisi. Ciri Umum Francais Mengikut Akta Francais 1998 1 Perniagaan mesti dikendalikan mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh francaisor. 2 Perniagaan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian. 3 Francaisi berhak untuk menggunakan cap atau rahsia dagangan milik francaisor. 4 Francaisi akan membuat sesuatu bayaran dalam bentuk fi atau bentuk balasan lain yang disetujui kepada francaisor. 5 Francaisor mengenakan kawalan berterusan kepada francaisi. 6 Francaisor bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada francaisi. 7 Francaisor dan francaisi boleh menjalankan aktiviti perniagaan secara berasingan. Francaisor 1 Francaisor merupakan syarikat induk yang memiliki hak asal atas jenama produk. 2 Peranan francaisor ialah: (a) Memberikan hak untuk menggunakan imej, jenama, sistem operasi dan format perniagaannya kepada francaisi. (b) Menyediakan khidmat latihan kepada francaisi. (c) Membiayai kos pengiklanan francaisi dengan menjalankan aktiviti promosi bersepadu. 3 Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisor: Kelebihan Kekurangan Dapat mengembangkan perniagaan secara global. Boleh menjejaskan reputasi francaisor sekiranya francaisi tidak mematuhi kualiti produk yang ditetapkan. Berkongsi risiko dan tanggungjawab dengan francaisi. Kesukaran memilih francaisi yang baik dan berdaya saing. Istilah Penting • Rebat – potongan daripada sejumlah bayaran yang kena dibayar atau pemulangan sebahagian daripada amaun yang telah dibuat sebagai bayaran RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 11 3/14/2024 3:31:22 PM


12 BAB 1 TINGKATAN 4 Kelebihan Kekurangan Menikmati ekonomi bidangan dalam bentuk peningkatan dalam jumlah sesuatu pengeluaran. Peningkatan dalam kos sokongan operasi untuk francaisi. Mekanisme yang berkesan bagi menembusi pasaran baharu. Struktur pengurusan tidak begitu besar – pengurusan outlet francaisi dilakukan oleh francaisi sendiri. Francaisi 1 Francaisi merupakan syarikat yang membeli hak kebenaran untuk menggunakan jenama daripada francaisor. 2 Peranan francaisi adalah untuk menjalankan aktiviti perniagaan mengikut peraturan dan sistem piawaian yang ditetapkan oleh francaisor. 3 Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisi: Kelebihan Kekurangan Memiliki dan menjalankan satu perniagaan yang sistematik. Perlu mengawal kualiti barang kerana boleh menjejaskan nama baik francaisor. Kelebihan Kekurangan Reka bentuk yang seragam. Terikat dengan perjanjian francais dan bergantung pada francaisor. Risiko kegagalan perniagaan rendah. Tiada inovasi dan inisiatif sendiri untuk memajukan perniagaan. Mendapat sokongan pengurusan daripada francaisor. Jenama terkenal dan jaringan perniagaan yang lebih luas. Tidak perlu banyak pengalaman dalam perniagaan. 1.3.2 Usaha Sama Usaha sama ialah suatu perkongsian strategik antara dua atau lebih individu atau syarikat dan mereka bersetuju untuk bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam jangka masa yang tertentu. Tujuan Usaha Sama Tujuan usaha sama dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kedudukan syarikat, perkongsian kepakaran dan menambahkan keuntungan perniagaan pemilik. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 12 3/14/2024 3:31:22 PM


13 BAB 1 TINGKATAN 4 Kelebihan dan Kekurangan Usaha Sama Jadual 1.5 Kelebihan dan kekurangan usaha sama Kelebihan Kekurangan Meningkatkan pengeluaran kerana pasaran adalah lebih besar. Visi dan misi yang berbeza antara pihak yang bergabung menyebabkan berlakunya konflik. Membantu perniagaan untuk memperluas asas perniagaan. Perbezaan budaya dan cara pengurusan yang berbeza dalam menjalankan sesebuah perniagaan boleh membawa masalah kepada pengurusan pada masa hadapan. Dapat meningkatkan dana kewangan dan tenaga kerja untuk menjalankan sesuatu projek. Mendapat teknologi baharu dan terkini dengan bekerjasama dalam pengeluaran. Mudah untuk mendapatkan bahan mentah dan sumber-sumber lain daripada syarikat usaha sama. Risiko dalam perniagaan dapat dikongsi kerana risiko ditanggung oleh kedua-dua buah syarikat. Harta individu, aset serta pegangan dalam syarikat asal dikekalkan. SEMAK CEPAT 1.3 1 Apakah peranan francais? 2 Berikan tiga kelebihan perniagaan francais kepada francaisi. Mengaplikasi 1.4 Klasifikasi Perniagaan SP 1.1.3 Mengklasifikasikan perniagaan mengikut saiz kecil, sederhana dan besar. Klasifikasi perniagaan merupakan penyusunan perniagaan dalam sesuatu kelompok tertentu mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Rajah 1.3 Klasifikasi perniagaan 1.4.1 Saiz Faktor penentuan saiz perniagaan ialah: • Jumlah jualan tahunan • Bilangan pekerja tetap Peta Pokok i THINK Tempatan Negeri Kebangsaan Zon Global Klasifikasi Perniagaan Kecil Utama (Primer) Sederhana Kedua Pasaran Domestik (Sekunder) Besar Ketiga (Tertier) Antarabangsa Saiz Sektor Skala RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 13 3/14/2024 3:31:23 PM


14 BAB 1 TINGKATAN 4 Jadual 1.6 Klasifikasi saiz perniagaan Klasifikasi Saiz Pengilangan Perkhidmatan Jumlah Jualan Tahunan Bilangan Pekerja Tetap (Orang) Jumlah Jualan Tahunan Bilangan Pekerja Tetap (Orang) Kecil RM300 000 hingga kurang daripada RM15 juta 5 hingga kurang daripada 75 RM300 000 hingga kurang daripada RM3 juta 5 hingga kurang daripada 30 Sederhana RM15 juta hingga kurang daripada RM50 juta 75 hingga kurang daripada 200 RM3 juta hingga kurang daripada RM20 juta 30 hingga kurang daripada 75 Besar RM50 juta dan ke atas 200 dan ke atas RM20 juta dan ke atas 75 dan ke atas Perniagaan Bersaiz Kecil 1 Kelebihan dan kekurangan perniagaan bersaiz kecil: Kelebihan Kekurangan Kos overhed yang lebih rendah. Kos pengeluaran tinggi. Cepat menyelesaikan masalah dan rungutan pelanggan. Kurang berdaya saing. Fleksibel. Sukar mendapat pekerja mahir dan berpengalaman. Kos upah yang lebih rendah. Kekurangan sumber kewangan. 2 Cabaran perniagaan bersaiz kecil: (a) Masalah aliran tunai timbul berikutan daripada pelanggan yang lambat menjelaskan hutang. (b) Bebanan kerja ditanggung oleh pemilik akibat tiada pengkhususan kerja. (c) Memotivasikan pekerja supaya pekerja gembira dengan persekitaran kerja dan lebih produktif. (d) Peniaga perlu membuat kajian dan membentuk strategik yang terbaik bagi mengekalkan pelanggan lama dan mendapatkan pelanggan baharu. (e) Kos overhed yang tinggi akan mengakibatkan perniagaan terpaksa ditutup. Gambar 1.8 Perniagaan bersaiz kecil RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 14 3/14/2024 3:31:23 PM


15 BAB 1 TINGKATAN 4 Perniagaan Bersaiz Sederhana 1 Kelebihan dan kekurangan perniagaan bersaiz sederhana: Kelebihan Kekurangan Mudah ditubuhkan. Sukar menyediakan latihan. Fleksibel. Sukar untuk memajukan kerjaya. Semangat berpasukan yang tinggi. Wujud jurang hubungan. Pelaporan kewangan syarikat dirahsiakan. 2 Cabaran perniagaan bersaiz sederhana: (a) Sukar meningkatkan hasil kerana perbelanjaan perniagaan cenderung untuk naik secara mendadak. (b) Terdapat persaingan dengan perniagaan besar dalam pengambilan pekerja yang pakar dan berpengalaman. (c) Semakin besar sesebuah perniagaan, semakin banyak undang-undang dan peraturan kerajaan yang perlu dipatuhi. Gambar 1.9 Perniagaan bersaiz sederhana Perniagaan Bersaiz Besar 1 Kelebihan dan kekurangan perniagaan bersaiz besar: Kelebihan Kekurangan Menikmati ekonomi bidangan. Komunikasi kurang berkesan. Dapat menguasai pasaran. Birokrasi. Wujud pengkhususan. Risiko kerugian lebih besar. 2 Cabaran perniagaan bersaiz besar: (a) Ketidakpastian pasaran akibat daripada keadaan ekonomi dan politik global yang tidak menentu, pesaing, perubahan teknologi dan peraturan yang sentiasa berubah. (b) Persaingan dengan perniagaan lain dalam pengambilan pekerja yang pakar dan berpengalaman. (c) Sukar meningkatkan keuntungan tahunan kerana proses perubahan sukar dilaksanakan dalam tempoh masa singkat. (d) Perniagaan harus peka terhadap perundangan peraturan kerajaan supaya mengetahui setiap perubahan yang berlaku dalam undangundang seperti perlindungan pengguna. Aktiviti KBAT Berdasarkan sumber rujukan yang ada, senaraikan inisiatif yang dilaksanakan oleh KPDN. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 15 3/14/2024 3:31:23 PM


16 BAB 1 TINGKATAN 4 1.4.2 Sektor Perniagaan Terbahagi kepada tiga, iaitu: Sektor Utama (Primer) Sektor Kedua (Sekunder) Sektor Ketiga (Tertier) Aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi dengan mengeluarkan bahan mentah atau hasil alam semula jadi dari bumi atau laut. Pemprosesan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap. Aktiviti membekalkan perkhidmatan tertentu daripada pengeluar terus kepada pengguna. Contoh: perlombongan, pertanian, pembalakan dan perikanan. Contoh: pembuatan dan pengilangan, kejuruteraan, pembekalan tenaga dan pembinaan. Contoh: perkhidmatan awam, perkhidmatan swasta dan perkhidmatan sukarela/kebajikan. 1.4.3 Skala Perniagaan SP 1.1.4 Menerang dan menganalisis saiz dan skala perniagaan berdasarkan kriteria tempatan, zon dan kebangsaan. Peta Pokok i THINK Skala Perniagaan Tempatan Zon Negeri Kebangsaan Global Domestik Antarabangsa Rajah 1.4 Skala perniagaan Pasaran Domestik 1 Pasaran domestik melibatkan penjualan produk pada peringkat pasaran dalam negara. 2 Terbahagi kepada tiga tahap, iaitu: Skala Tempatan Membekalkan barang dan perkhidmatan mereka di kawasan tertentu sahaja. Skala Negeri Menembusi pasaran yang lebih besar pada peringkat daerah di sesebuah negeri. Skala Kebangsaan Saiz pasaran yang lebih besar meliputi pasaran di seluruh negara. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 16 3/14/2024 3:31:23 PM


17 BAB 1 TINGKATAN 4 Pasaran Antarabangsa 1 Melibatkan beberapa aktiviti perniagaan yang dijalankan antara sebuah negara dengan negara lain. 2 Pasaran antarabangsa dibahagikan kepada dua, iaitu: Skala Zon Skala Global Peniaga memberi fokus kepada pasaran di kawasankawasan tertentu yang telah dikenal pasti bersesuaian dengan barang dan perkhidmatan. Contoh: Telekung Siti Khadijah dipasarkan di Indonesia dan United Kingdom. Pasaran adalah luas merentasi sempadan negara dan untuk semua penduduk di dunia. Contoh: 1.5 Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi dan Skala Perniagaan SP 1.1.5 Menjelas dan menghubungkaitkan sesuatu perniagaan berdasarkan penawaran barang dan perkhidmatan, pemilikan, saiz dan skala serta klasifikasi perniagaan. 1 Sesebuah perniagaan boleh menawarkan barang, perkhidmatan atau kedua-duanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. 2 Pemilik sesebuah perniagaan boleh memilih untuk menubuhkan perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad atau koperasi. 3 Perniagaan boleh dikategorikan mengikut skala, iaitu domestik dan antarabangsa. Saiz perniagaan tidak mempengaruhi skalanya. 4 Sesebuah perniagaan tidak perlu bersaiz besar untuk menawarkan barang dan perkhidmatan ke pasaran global. 5 Teknologi moden seperti Internet membolehkan perniagaan yang bersaiz kecil menembusi pasaran pada peringkat antarabangsa dan seterusnya meningkatkan jualan serta keuntungan perniagaan. 6 Terdapat tiga sektor dalam perniagaan, iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga. 7 Di Malaysia, lazimnya sektor utama seperti pertanian adalah untuk memenuhi pasaran atau skala domestik. 8 Sektor kedua dan ketiga, iaitu sektor pengilangan dan perkhidmatan adalah untuk pasaran domestik dan juga antarabangsa. 9 Semua sektor yang terlibat memerlukan aktiviti perniagaan untuk mengagihkan barang dan perkhidmatan yang ditawarkan. Aktiviti KBAT Berdasarkan pengetahuan anda, huraikan empat kategori yang ada dalam sektor kedua serta kepentingannya kepada negara. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 17 3/14/2024 3:31:24 PM


18 BAB 1 TINGKATAN 4 1.6 Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia SP 1.1.6 Menjelaskan perkembangan perniagaan pada sektor utama, kedua dan ketiga. Menjelang Abad ke-21 Sumbangan sektor ketiga, iaitu sektor perkhidmatan semakin meningkat selaras dengan perkembangan ekonomi negara bagi mencapai matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju. Era 1990-an Pelbagai galakan telah diberikan oleh kerajaan kepada pengusaha untuk menceburi sektor kedua bagi mengurangkan kebergantungan kepada barang import dan melebihkan eksport. Selepas Merdeka Kebanyakan penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian dan perlombongan yang menyebabkan negara sukar untuk maju. SEMAK CEPAT 1.4 1 Nyatakan perbezaan antara perniagaan bersaiz sederhana dengan perniagaan bersaiz besar. 2 Terangkan kepentingan sektor utama, kedua dan ketiga dalam membantu penjanaan ekonomi negara. 3 Mengapakah kerajaan menggalakkan rakyat menceburi sektor kedua pada era 1990-an? Aktiviti KBAT Dalam kumpulan anda, bincangkan perkembangan sektor perniagaan dari sebelum mencapai kemerdekaan sehingga tahun 2020 di Malaysia. Untuk menjawab soalan objektif, gariskan kehendak soalan dan kata kunci dalam jawapan. Jika sukar untuk mencari jawapan tepat, maka tolak dahulu jawapan yang paling tidak tepat. Akhir sekali, jika terdapat dua jawapan yang sukar dibezakan, pilihlah jawapan yang anda rasa paling tepat dan kebarangkalian jawapan anda betul adalah lebih tinggi. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 18 3/14/2024 3:31:24 PM


19 BAB 2 TINGKATAN 4 Peranan Kerajaan dalam Menangani Isu-isu Tempatan, Negara dan Serantau 2.1 S.P. 1.2.1 Mengenal pasti peranan kerajaan dalam menangani isu-isu tempatan, negara dan serantau mengenai pertumbuhan, guna tenaga penuh, inflasi dan deflasi. 1 Peranan kerajaan amat penting dalam menangani isu-isu berkaitan pertumbuhan, guna tenaga penuh, inflasi dan deflasi yang berlaku pada peringkat tempatan, negara dan serantau. 2 Antara kementerian yang sedia membantu perniagaan bersaing pada peringkat domestik dan antarabangsa ialah: (a) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (b) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) (Dahulu dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP)) (c) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) (d) Bank Negara Malaysia (BNM) 3 Antara fungsi Bank Negara Malaysia ialah: Tajuk 1 : Tujuan Perniagaan Trend Semasa dalam Perniagaan Bab 2 (a) Memantau dan mengawal keadaan ekonomi negara termasuklah dalam bidang perniagaan. (b) Mengawal selia infrastruktur sistem pembayaran negara yang menekankan aspek kecekapan dan keselamatan sistem kewangan negara. BNM MITI MATRADE Gambar 2.1 Antara logo kementerian yang membantu dalam perniagaan 2.1.1 Peranan Kerajaan Pusat, Negeri dan Tempatan 1 Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menangani isu-isu yang berlaku pada peringkat tempatan, negara dan serantau. 2 Setiap permasalahan akan diselesaikan mengikut peringkat paling bawah dahulu. Istilah Penting • Inflasi – kemerosotan nilai wang dan kenaikan harga umum secara berterusan • Deflasi – kejatuhan harga umum atau berlaku kemelesetan ekonomi RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 19 3/14/2024 3:31:33 PM


20 BAB 2 TINGKATAN 4 Jadual 2.1 Isu tempatan, negara dan serantau Isu Tempatan Isu Negara Isu Serantau Ia melibatkan perniagaan di kawasan setempat seperti hubungan perniagaan dengan komuniti, pengguna tempatan, tanggungjawab sosial dengan masyarakat sekeliling dan faktor sosiobudaya masyarakat setempat. Isu permasalahan yang dihadapi oleh sesebuah negara seperti inflasi, deflasi, kadar pertumbuhan ekonomi dan jumlah pendapatan negara. Ia melibatkan hubungan antara Malaysia dengan negara jiran seperti negara Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei. Info Dinamik Tan Sri Mokhtar Al Bukhari (Taikun/Hartawan Usahawan Bumiputera) Beliau merupakan usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia dengan aset sebanyak RM167 bilion. Namanya sangat dikenali sama ada di dalam mahupun di luar negara. Beliau mempunyai daya pemikiran yang kritis dan tidak mudah putus asa. Beliau sangat berhati-hati dalam membuat keputusan yang melibatkan perniagaan, terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan sesebuah syarikat atau projek. Beliau akan memikirkan kepentingan orang ramai, terutamanya Bumiputera sebelum membuat sebarang keputusan penting dalam perniagaan. Peranan Kerajaan Pusat 1 Kerajaan Pusat mempunyai fungsi dan bidang kuasa tersendiri dalam menangani isu ekonomi dan perniagaan dari: (a) Aspek perundangan. (b) Aspek kewangan. (c) Aspek perkembangan aktiviti perniagaan. 2 Pusat pentadbiran Malaysia terletak di Putrajaya. Aspek Perundangan 1 Kerajaan Malaysia mempunyai kuasa untuk menggubal sesuatu undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan melalui Parlimen Malaysia. 2 Hal ini dapat membantu aktiviti perniagaan berjalan lancar. 3 Setiap isu tempatan, negara dan serantau juga dapat diatasi dengan baik. 4 Kuasa undang-undang seperti berikut: (a) Penggubalan undangundang (i) Akta-akta yang digubal bertujuan untuk mengawal perjalanan aktiviti perniagaan bagi menangani isu tempatan, negara dan serantau dalam aspek perundangan. (ii) Pihak kerajaan juga berperanan untuk memastikan setiap perniagaan yang dijalankan mesti didaftarkan dan dibuat berdasarkan entiti perniagaan yang ditubuhkan serta tertakluk kepada akta yang berkaitan. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 20 3/14/2024 3:31:33 PM


21 BAB 2 TINGKATAN 4 (iii) Contohnya, semua syarikat perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Peta Buih i THINK Akta Perhubungan Industri 1967 (Pindaan 1980) Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 2012) Akta Kontrak 1950 Akta Sewa Beli 1967 1980) Akta Syarikat 1965 (Pindaan 2016) Akta Jualan Barangan 1957 Akta dalam Perniagaan Rajah 2.1 Contoh akta dalam perniagaan (b) Perlindungan Pengguna (i) Melindungi pengguna daripada ditindas peniaga yang menjalankan amalan perniagaan yang tidak sihat. (ii) Contohnya, mengelirukan pengguna berkaitan dengan harga dan kualiti barang. (iii) Setiap isu atau kes yang timbul akan dirujuk atau dikemukakan kepada pihak atau agensi kerajaan yang bertanggungjawab seperti Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan mahkamah. (iv) Rajah 2.2 menunjukkan matlamat undangundang perlindungan pengguna. Peta Pokok i THINK Matlamat Undang-undang Perlindungan Pengguna Kesihatan pengguna bertujuan untuk melindungi pengguna daripada tindakan perniagaan yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Keselamatan pengguna dalam aspek makanan, ubat-ubatan serta sebarang amalan dan perkhidmatan yang tidak selamat. Melindungi hak pengguna mendapat alam sekitar yang bersih ekoran aktiviti perniagaan mencemarkan alam sekitar, iaitu pencemaran udara, air, bunyi dan tanah. Hak pengguna mendapat ganti rugi jika pengguna tidak menerima barangan dan perkhidmatan sebagaimana yang dijanjikan oleh peniaga. Rajah 2.2 Matlamat undang-undang perlindungan pengguna (c) Pelepasan Cukai (i) Pelepasan cukai bertujuan untuk menggalakkan rakyat menceburi sesuatu perniagaan. (ii) Jenis-jenis pelepasan cukai: • Taraf perintis • Elaun cukai pelaburan • Potongan cukai • Pengecualian cukai • Elaun pelaburan semula RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 21 3/14/2024 3:31:33 PM


22 BAB 2 TINGKATAN 4 Majlis Amanah Rakyat (MARA) Amanah Ikhtiar Malaysia i THINK Peta Dakap Jenis-jenis Pelepasan Cukai Diberikan kepada syarikat yang menyertai promosi oleh kerajaan. Syarikat dikecualikan pembayaran cukai selama lima tahun. Ia dapat menarik pelaburan dalam industri berteknologi tinggi. Taraf perintis Pelepasan cukai ekoran daripada pelaburan modal yang diberikan kepada perniagaan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan berasaskan bahan mentah tempatan. Elaun cukai pelaburan Potongan cukai diberikan kepada pengeksport yang menjual barangan tempatan dengan kadar potongan bergantung pada jenis perbelanjaan yang terlibat. Potongan cukai Diberikan kepada syarikat berstatus MSC dan terlibat dalam industri teknologi tinggi. Perbelanjaan yang mendapat pengecualian cukai ialah penyelidikan pasaran eksport, pameran dan pengiklanan di luar negara. Pengecualian cukai Diberikan kepada syarikat yang terlibat dalam perniagaan pengeluaran makanan, pembinaan jalan dan pembukaan tanah untuk pembelian aset modal. Pendapatan syarikat dilabur semula untuk pembelian aset. Elaun pelaburan semula Rajah 2.3 Huraian jenis-jenis pelepasan cukai Aspek Kewangan 1 Ia merujuk sumber pembiayaan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi. 2 Aspek kewangan perlu ditangani dengan baik oleh pihak kerajaan bagi memastikan ekonomi dapat terus berkembang. 3 Bank Negara Malaysia (BNM) turut berperanan dalam memastikan semua aktiviti perniagaan hendaklah selaras dengan dasar kewangan yang ditentukan dari semasa ke semasa. 4 Contoh agensi yang membantu usahawan dari aspek kewangan ialah: (a) Majlis Amanah Rakyat (MARA) (b) Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) (c) Tekun Nasional Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad Gambar 2.3 Logo bagi agensi pembiayaan perniagaan RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 22 3/14/2024 3:31:34 PM


23 BAB 2 TINGKATAN 4 Aspek Perkembangan Aktiviti Perniagaan 1 Dengan perkembangan perniagaan yang pesat, ia dapat membuka peluang pekerjaan yang tinggi untuk setiap syarikat yang memerlukannya. 2 Namun, dengan kemelesatan ekonomi dunia, ia menjadi penghalang kepada perkembangan sesebuah syarikat. 3 Pihak kerajaan perlu memberi perhatian dan turut berperanan melaksanakan dasar fiskal dan dasar kewangan untuk membantu memulihkan keadaan ekonomi. 4 Jadi, pihak kerajaan memberi tumpuan kepada beberapa aktiviti, iaitu: Aktiviti Promosi Aktiviti Latihan dan Pembangunan Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan • Bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi ke arah lebih stabil dan kukuh. • Ia termasuk dengan meningkatkan aktiviti promosi. • Contohnya, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ditubuhkan pada tahun 1993 berperanan sebagai agensi kerajaan dengan mempromosikan aktiviti yang berkaitan dengan perdagangan di luar Malaysia bagi pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). • Kerajaan melalui pelbagai agensi di bawahnya menganjurkan pelbagai jenis latihan dan kursus. • Ia bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peniaga terutama dalam kalangan Bumiputera supaya dapat terus berdaya saing dalam pasaran. • Latihan ialah inisiatif yang dijalankan oleh sesebuah organisasi untuk menggalakkan peningkatan produktiviti dalam kalangan pekerja. • Pembangunan pula bermaksud inisiatif yang diambil oleh organisasi dalam jangka masa yang panjang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pekerja dari semasa ke semasa. • Ia dapat menjana kreativiti dan inovasi untuk memangkin kejayaan dalam dunia perniagaan. • Kemajuan ekonomi dalam sesebuah industri dapat berkembang pesat dengan bantuan serta kemajuan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). • Kajian secara sistematik dan intensif bagi membaiki tahap pertumbuhan dan pembangunan sesebuah industri selaras dengan wawasan Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Contoh Agensi: MATRADE, MITI Contoh Agensi: MPC, MEDEC Contoh Agensi: MARDI, SIRIM, MPOB Jadual 2.2 Pembiayaan perniagaan Agensi Pembiayaan Perniagaan Majlis Amanah Rakyat Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad Amanah Ikhtiar Malaysia Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad Skim Pembiayaan Am Perkhidmatan menyewa jentera Skim Pembiayaan Ikhtiar Skim Jaminan Laluan Terus Skim Pembiayaan Pengangkutan Projek pembangunan Skim Pembiayaan Ikhtiar Ibu Tunggal Skim Pembiayaan Francais Skim Pembiayaan Profesional Pinjaman beli aset Skim Jaminan Utama Baharu Skim Pembiayaan Kecil Bimbingan pengurusan dan keusahawanan Skim Jaminan Anjal I-Guarantee RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 23 3/14/2024 3:31:34 PM


24 BAB 2 TINGKATAN 4 Peranan Kerajaan Negeri 1 Kawasan industri diwujudkan bagi meningkatkan hasil pendapatan kerajaan melalui bayaran lesen yang dikenakan. 2 Kerjasama dengan sektor swasta menggalakkan aktiviti perniagaan. 3 Dapat menarik kemasukan pelabur tempatan untuk melabur modal dalam pelbagai bidang seperti bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan infrastruktur. 4 Dapat membantu kerajaan sesebuah negeri untuk memacu kerancakan aktiviti perniagaan. 5 Syarikat berkepentingan kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dibentuk agar dapat merancakkan aktiviti perniagaan. 6 Pengurusan tanah merupakan penguasaan kerajaan negeri. Sebagai contoh, skim galakan yang sesuai dan kompetitif diberi kepada sektor swasta untuk mengusahakan sesuatu projek pertanian. Peranan Matrade • Mencari dan membangunkan kawasan perdagangan baharu. • Mengenal pasti pasaran baharu di luar negara. • Menemukan pengeksport Malaysia dengan pengimport dari negara luar. • Mengekalkan perhubungan antara pengeksport dengan pengimport berdaftar. • Mencetak dan mengedarkan bahan bacaan mengenai aktiviti perdagangan Malaysia. • Mengadakan misi perdagangan ke luar negara untuk pengeluar tempatan dan membawa masuk pengimport dari luar negara. • Mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa dalam usaha mempromosikan barangan keluaran Malaysia dan mengeratkan perhubungan perdagangan dengan negara lain. • Merancang dan mengendalikan seminar perdagangan untuk pengeksport Malaysia. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 24 3/14/2024 3:31:34 PM


25 BAB 2 TINGKATAN 4 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 1 PBT ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). 2 PBT melaksanakan dasar pada peringkat akar umbi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada warga penduduk tempatan. 3 Badan ini bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir sesebuah kawasan yang terlibat berasaskan kepentingan tempatan seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Peta Dakap i THINK Peranan PBT • Penyediaan kemudahan infrastruktur • Pewujudan pusat perniagaan atau perdagangan • Kawalan terhadap kesihatan awam dan keselamatan • Pelaksanaan tanggungjawab sosial meliputi pembangunan kemudahan awam • Merancang sesuatu pembangunan dalam keadaan sempurna • Memastikan kawasan pentadbirannya berada dalam keadaan selamat Rajah 2.4 Peranan PBT 4 PBT juga bertanggungjawab: (a) Memastikan setiap pembinaan bangunan dalam keadaan baik dan sempurna. (b) Merangka dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan setempat. (c) Menggubal sesuatu undangundang kecil yang berkaitan dengan perniagaan, iaitu pengawalan premis perniagaan, pengawalan pengiklanan dan mengatur sebarang jualan awam. Majlis Perbandaran Taiping Majlis Daerah Sabak Bernam Gambar 2.4 Antara pihak berkuasa tempatan SEMAK CEPAT 2.1 1 Senaraikan kementerian yang sedia membantu perniagaan bersaing pada peringkat domestik dan antarabangsa. 2 Berikan empat peranan MATRADE dalam mempromosikan aktiviti yang berkaitan dengan perdagangan di luar Malaysia. 3 Apakah matlamat undang-undang perlindungan pengguna? 2.1.2 Peranan Kerajaan dari Aspek Pertumbuhan Ekonomi 1 Pertumbuhan ekonomi merujuk peningkatan dalam sesuatu kegiatan yang berkaitan dengan ekonomi. Pendapatan Isi Rumah • Meliputi perubahan dalam nilai mata wang, kemampuan atau pendapatan isi rumah, perubahan nilai pasaran dalam sektor ekonomi dan sebagainya. • Turut dipengaruhi oleh faktor-faktor pada peringkat tempatan, negara dan serantau. Kuasa Beli Pengguna • Perbelanjaan isi rumah akan menyebabkan berlakunya peningkatan permintaan. • Permintaan yang meningkat akan menyebabkan perniagaan berusaha untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Keuntungan Negara Meningkat • Peningkatan dalam aktiviti perniagaan akan meningkatkan pendapatan penduduk setempat. • Apabila perniagaan berkembang, hal ini akan membantu perkembangan ekonomi sesebuah negara. Rajah 2.5 Pertumbuhan ekonomi negara RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 25 3/14/2024 3:31:34 PM


26 BAB 2 TINGKATAN 4 2 Terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Contohnya: (a) Program Transformasi Kerajaan (GTP) • Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) • Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) (b) Program Transformasi Ekonomi (ETP) • Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA) • Inisiatif Transformasi Strategik (SRI) Peringkat Tempatan 1 Perkembangan yang wujud dalam perniagaan pada peringkat tempatan akan membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat. 2 Ini membolehkan penduduk berbelanja lebih dan membantu memacu pertumbuhan ekonomi setempat. Peringkat Negara 1 Dasar fiskal • Dilaksanakan melalui tindakan perbelanjaan pihak kerajaan dan pelaksanaan cukai tertentu yang boleh mempengaruhi permintaan. • Kesannya, perniagaan akan berusaha meningkatkan pengeluaran barang atau perkhidmatan tertentu seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk setempat. • Seterusnya, dapat membantu perkembangan ekonomi sesebuah negara. 2 Dasar kewangan • Ia dilaksanakan melalui peranan bank pusat, iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) yang berupaya untuk mengurangkan kadar faedah bagi menggalakkan penduduk berbelanja dan aktiviti pelaburan oleh perniagaan. • Seterusnya, ia dapat menstabilkan kewangan negara. Peringkat Serantau 1 Perbelanjaan penduduk akan meningkatkan penawaran dan membantu mengukuhkan ekonomi negara. 2 Kerajaan boleh menyediakan elaun eksport untuk menggalakkan perniagaan mengeksport lebih banyak barang dan perkhidmatan ke luar negara. 2.1.3 Peranan Kerajaan dari Aspek Guna Tenaga 1 Guna tenaga penuh berlaku apabila sesebuah negara mencapai kadar pengangguran kurang daripada empat peratus. 2 Apabila tenaga penuh ini dicapai, hal ini membolehkan pekerja memperoleh pendapatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam kehidupan. 3 Sebaliknya, jika ia gagal, hal ini akan menyebabkan wujud pengangguran. 4 Jadual 2.3 menunjukkan empat jenis pengangguran. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 26 3/14/2024 3:31:34 PM


27 BAB 2 TINGKATAN 4 Jadual 2.3 Jenis-jenis pengangguran dan cara mengatasinya Pengangguran Bermusim Pengangguran Kitaran Pengangguran Struktur Pengangguran Teknologi • Pekerja bekerja dalam jangka masa pendek pada setiap tahun. • Apabila pekerjaan telah tamat, pekerja terpaksa mencari pekerjaan yang lain. • Contoh: Pekerja kontrak yang tamat kontrak pekerjaan dan nelayan yang tidak dapat turun ke laut menangkap ikan ketika musim tengkujuh. • Keadaan ekonomi meleset menyebabkan perniagaan kehilangan sebahagian pendapatan. • Majikan tidak mampu membayar gaji pekerja. • Majikan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja. • Contoh: Syarikat Penerbangan Tambang Murah Air Asia terpaksa mengurangkan pekerjanya susulan daripada Pandemik Covid-19 kerana tidak mampu membayar gaji pekerja. • Perubahan dalam industri secara keseluruhan yang tidak memerlukan kemahiran pekerja. • Contoh: Apabila struktur ekonomi sesebuah perniagaan berubah daripada sektor pertanian, maka, pekerja sektor pertanian tersebut yang tidak mempunyai kemahiran untuk bekerja di sektor perindustrian terpaksa menganggur. • Sektor perniagaan mengutamakan penggunaan teknologi. • Hal ini menyebabkan pekerja yang sedia ada kehilangan pekerjaan. • Pekerja baharu pula tidak memperoleh pekerjaan. Cara mengatasi: Pemberian insentif kepada perniagaan seperti pengecualian cukai atas pembayaran gaji pekerja yang diambil terus bekerja dalam satu tempoh masa tertentu. Cara mengatasi: • Menjalankan dasar fiskal dan dasar kewangan dalam mengekang kemelesetan ekonomi. • Aktiviti perniagaan dapat terus beroperasi dan pengecilan bilangan pekerja dapat dikurangkan. Cara mengatasi: • Kerajaan membuat perancangan ekonomi yang sesuai dengan trend perubahan ekonomi dan perniagaan. • Setiap perubahan boleh dihadapi dengan lebih mampan kerana persiapan telah dibuat, terutama dalam keperluan tenaga pekerja yang selari dengan perubahan tuntutan semasa. Cara mengatasi: • Penggunaan mesin-mesin moden hanya digunakan untuk proses tertentu sahaja yang tidak dapat dilaksanakan oleh pekerja. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 27 3/14/2024 3:31:34 PM


28 BAB 2 TINGKATAN 4 Gambar 2.5 Temu duga pekerjaan 2.1.4 Peranan Kerajaan dari Aspek Ekonomi Inflasi 1 Inflasi merupakan satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan. 2 Ia berlaku disebabkan peningkatan permintaan barang atau perkhidmatan melebihi jumlah penawaran barang atau perkhidmatan di pasaran. 3 Inflasi juga boleh berlaku disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan yang dikenali sebagai inflasi tolakan kos. 4 Peranan kerajaan dalam mengawal inflasi seperti berikut: (a) Mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan. (b) Memastikan kebajikan pengguna atau pelanggan sentiasa dilindungi dan dipelihara. (c) Menangani masalah kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. 5 Langkah-langkah bagi mengatasi inflasi: (a) Melaksanakan dasar galakan pelaburan bagi meningkatkan kadar pengeluaran sesuai dengan jumlah permintaan. (b) Memberi subsidi kepada pengeluar supaya tidak berlaku peningkatan kos pengeluaran yang dihadapi oleh pengeluar dan mengelakkan berlaku peningkatan harga barang dan perkhidmatan. (c) Meningkatkan kadar faedah bagi menggalakkan penduduk menyimpan wang. (d) Melaksanakan dasar kerajaan yang mendorong kepada peningkatan permintaan terhadap produk tempatan daripada pengguna negara luar. Gambar 2.6 Jualan barang keperluan Gambar 2.7 Aktiviti import dan eksport Deflasi 1 Satu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan. 2 Faktor-faktor deflasi: (a) Permintaan jatuh disebabkan oleh penduduk tidak mampu membeli barang di pasaran. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 28 3/14/2024 3:31:35 PM


29 BAB 2 TINGKATAN 4 (b) Penduduk meramalkan harga barang dan perkhidmatan akan terus jatuh, kesannya pembeli akan menangguhkan pembelian. 3 Kesan-kesan deflasi: Peta Pokok i THINK Membantutkan aktiviti perniagaan Penduduk kehilangan pekerjaan Kuasa beli penduduk menurun Kesan Deflasi 4 Peranan kerajaan dalam mengawal deflasi seperti berikut: (a) Mengurangkan kadar cukai supaya dapat meningkatkan pendapatan boleh guna penduduk. (b) Memberi khidmat nasihat dan perundangan agar sumber dapat digunakan secara optimum. (c) Menurunkan kadar faedah supaya pengguna mengurangkan simpanan dan meningkatkan perbelanjaan. (d) Melaksanakan dasar fiskal bagi meningkatkan permintaan yang akan meningkatkan harga barang serta merancakkan aktiviti perniagaan. Trend Persekitaran Perniagaan 2.2 S.P. 1.2.2 Mengimbas dan menggariskan trend persekitaran perniagaan. S.P. 1.2.3 Mengaplikasikan peranan kerajaan dalam perubahan persekitaran perniagaan. 1 Trend persekitaran perniagaan bermaksud arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan. 2 Ia dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor luaran. 3 Faktor dalaman merupakan faktor yang dikawal oleh organisasi yang dikenali sebagai faktor persekitaran tugas. 4 Faktor ini terdiri daripada: (a) Gaya pengurusan (b) Sumber manusia (c) Pemasaran (d) Pengeluaran (e) Kewangan dan perakaunan (f) Teknologi maklumat (g) Penyelidikan dan pembangunan 5 Faktor luaran pula dikenali sebagai persekitaran umum. 6 Faktor ini terdiri daripada: (a) Ekonomi (b) Politik dan perundangan (c) Pelanggan (d) Masyarakat (e) Persaingan (f) Jaringan 1 Cuba jawab semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda akan membuang masa jika mengambil masa yang lama. 2 Bulatkan nombor-nombor soalan yang tidak dapat dijawab. 3 Setelah menjawab semua soalan, kembali kepada soalan-soalan yang dibulatkan itu. Aktiviti KBAT Dalam kumpulan anda, bincangkan peranan MATRADE dalam mempromosikan aktiviti berkaitan dengan perdagangan di luar negara. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 29 3/14/2024 3:31:35 PM


30 BAB 2 TINGKATAN 4 Jadual 2.4 Perkembangan sesuatu perniagaan Arah Aliran Perkembangan Sesuatu Perniagaan Trend Faktor Dalaman Faktor Luaran 2.2.1 Meningkat • Menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan semakin meningkat. • Hal ini menggambarkan situasi persekitaran perniagaan yang dihadapi oleh sesebuah organisasi perniagaan dapat memacu perkembangan sesebuah perniagaan. • Pekerja yang bermotivasi tinggi, kreatif, inovatif, rajin, berdisiplin dan berkemahiran tinggi dapat meningkatkan daya pengeluaran sesebuah perniagaan. • Perniagaan dapat menawarkan barang dan perkhidmatan yang lebih banyak akan meningkatkan keuntungan. • Pengurusan yang cekap dan sistematik dapat membantu meningkatkan aktiviti dan operasi perniagaan. • Ekonomi berkembang pesat. • Politik dan perundangan stabil. • Perkembangan teknologi terkini dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan kos. • Kewujudan persaingan dan jaringan perniagaan yang positif boleh menjana kreativiti dan inovasi sesebuah perniagaan. 2.2. Menurun Menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan semakin menurun. • Gaya pengurusan tidak sesuai. • Sumber manusia kurang produktif. • Aktiviti pemasaran kurang berkesan. • Pengeluaran yang tidak mencukupi. • Tiada teknologi maklumat dan penyelidikan. • Ekonomi lembap dan perlahan. • Politik dan perundangan tidak stabil. • Kejadian bencana alam menyukarkan memperoleh bahan mentah. • Persaingan dan jaringan perniagaan yang negatif akan menyebabkan kurang menjana kreativiti dan inovasi perniagaan. 2.2.3 Mendatar Menggambarkan keadaan konsisten dalam perniagaan (malar). Tiada perubahan ketara terhadap faktor dalaman. Tiada perubahan ketara terhadap faktor luaran. 2.2.4 Pasaran 1 Pasaran merupakan suatu keadaan berlakunya urus niaga antara penjual dengan pembeli, pada suatu tingkat harga dan masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 2 Jenis-jenis pasaran: (a) Pasaran untuk semua (mass market) – produk yang dikeluarkan adalah untuk ditawarkan kepada semua pengguna. Contohnya, barangan keperluan harian. (b) Pasaran produk – berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua jenis produk. Contohnya, perumahan dan pendidikan. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 30 3/14/2024 3:31:35 PM


31 BAB 2 TINGKATAN 4 (c) Pasaran kewangan – berkaitan dengan jual beli saham dan sekuriti, pertukaran wang asing, pinjaman dan pelaburan. Contohnya, jual beli saham di Bursa Saham Malaysia. 2.2.5 Trend Guna Tenaga, Pendapatan dan Pertumbuhan Ekonomi Trend Guna Tenaga 1 Guna tenaga ialah pekerja yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam sesuatu pekerjaan. 2 Pembangunan negara banyak dipengaruhi oleh aktiviti pengeluaran dan bidang penyelidikan pada awalnya. Namun, perkembangan teknologi telah berjaya membantu ramai usahawan mengembangkan aktiviti perniagaan mereka. Bidang Profesional • Negara maju terkenal dalam bidang industri dan perkhidmatan. • Negara maju juga mempunyai ramai pekerja berkemahiran tinggi. Aktiviti Pembinaan • Mengutamakan penggunaan modal dalam menjalankan aktiviti pekerjaan. • Contohnya, menggunakan mesin, komputer, perkakas, robot dan teknologi. • Trend penggunaan tenaga pekerja negara maju berkurangan, kesannya kadar upah semakin meninggi. Pembangunan Negara Aktiviti Pengeluaran • Terlibat dalam aktiviti sektor utama seperti pertanian dan hasil semula jadi. • Tidak memerlukan pekerja berkemahiran tinggi. • Mengutamakan penggunaan tenaga pekerja manusia dalam menjalankan aktiviti pekerjaan. Bidang Penyelidikan • Mempelbagaikan sektor ekonomi dengan menceburi sektor perindustrian dan perkhidmatan bagi mengurangkan kebergantungan pada sektor utama. • Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) agar berkembang seiring dengan negara maju. Perubahan dalam Guna Tenaga Peta Alir i THINK • Pengambilan pekerja sambilan oleh sesetengah sektor menyebabkan angka bilangan pekerja tidak begitu tepat. • Contohnya, sektor peruncitan dan hospitaliti. Penambahan bilangan pekerja Bilangan pekerja yang diperlukan semakin berkurang. Perkembangan dalam teknologi Sangat diperlukan untuk menggunakan teknologi dan secara tidak langsung meningkatkan nilai kebolehpasaran guna tenaga dalam sesebuah industri. Kepakaran guna tenaga berkemahiran tinggi Rajah 2.6 Perubahan dalam guna tenaga RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 31 3/14/2024 3:31:35 PM


32 BAB 2 TINGKATAN 4 Trend Pendapatan 1 Keuntungan dalam perniagaan diperoleh melalui hasil jualan ditolak dengan kos dan perbelanjaan perniagaan yang sedang dijalankan. 2 Perniagaan yang beroperasi dengan cekap memberi keuntungan maksimum terhadap perniagaan. 3 Sumber pendapatan lain yang boleh diperoleh seperti: (a) Penyewaan bangunan. (b) Dividen daripada pelaburan saham. (c) Faedah daripada simpanan wang di bank. Pertumbuhan Ekonomi 1 Keuntungan yang meningkat akan menyebabkan perniagaan membayar cukai keuntungan yang tinggi kepada kerajaan. 2 Pekerja juga akan dibayar dengan gaji dan upah yang tinggi. 3 Cukai pendapatan yang dibayar oleh pekerja turut meningkat. 4 Dengan jumlah pendapatan yang diperoleh, kerajaan dapat membangunkan negara seterusnya mendorong perkembangan sesebuah perniagaan. Peta Dakap i THINK Trend Pertumbuhan Ekonomi Fasa Kemelesetan Fasa Melambung • Penduduk tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli produk. • Pendapatan kerajaan merosot. • Kadar pengangguran meningkat. • Menyebabkan wujudnya deflasi. • Peningkatan permintaan terhadap produk. • Memerlukan pekerja yang ramai untuk menjalankan aktiviti perniagaan. • Mampu membayar gaji dan upah yang tinggi. • Melibatkan aktiviti eksport dan pelaburan di luar negara. Rajah 2.7 Huraian kitaran ekonomi 2.2.6 Undang-undang Perniagaan 1 Undang-undang merupakan suatu peraturan yang termaktub dan ditentukan oleh sesebuah masyarakat untuk mengawal kelakuan dan tingkah laku anggota sendiri. 2 Ia bertujuan untuk memastikan setiap aktiviti perniagaan dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 3 Perkara yang terdapat dalam organisasi perniagaan mengikut kerangka perundangan adalah seperti kesihatan dan keselamatan, pekerjaan, maklumat, perancangan, perlindungan pengguna, persaingan, pengiklanan, undang-undang syarikat dan persekitaran. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 32 3/14/2024 3:31:35 PM


33 BAB 2 TINGKATAN 4 Jadual 2.5 Undang-undang yang berkaitan perniagaan boleh memberi kesan terhadap aspek persekitaran di bawah Organisasi Perniagaan dalam Kerangka Perundangan Kesihatan dan keselamatan • Berkaitan dengan peraturan kebakaran dan perlindungan pemakanan pekerja. • Undang-undang memastikan organisasi perniagaan mematuhi peraturan keselamatan dalam menjalankan operasi perniagaan. Pekerjaan • Menekankan kadar upah minimum, tempoh waktu bekerja dan diskriminasi pekerjaan. • Undang-undang melarang perniagaan mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja berdasarkan kaum, agama dan jantina. Maklumat • Dunia mengalami ledakan maklumat yang membolehkan maklumat mudah diperoleh dan boleh dicapai dengan cepat. • Undang-undang perlindungan maklumat penting untuk mengelakkan berlakunya cetak rompak dan perlindungan data sulit daripada diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perancangan • Perniagaan memerlukan bangunan sebagai premis untuk menjalankan operasi perniagaan. • Lesen perniagaan diperoleh berdasarkan undang-undang persekutuan sementara bangunan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Perlindungan pengguna • Bertujuan untuk melindungi hak-hak pengguna daripada amalan perniagaan yang menyalahi undang-undang. • Perniagaan perlulah mengeluarkan makanan yang tidak mengandungi pengawet yang boleh menjejaskan kesihatan. Persaingan • Sistem ekonomi negara menggalakkan unsur persaingan dengan harga yang berdaya saing untuk memberikan faedah yang besar kepada pengguna. • Untuk mewujudkan persaingan yang sihat, undang-undang diperlukan untuk mengawal aktiviti persaingan, iaitu dalam persaingan harga, pasaran dan antarabangsa. Pengiklanan • Aktiviti ini merupakan satu komponen dalam campuran promosi yang menyebarkan maklumat produk kepada pengguna dengan menggunakan media massa. • Undang-undang berkaitan pengiklanan perlu digubal atau meminda undang-undang sedia ada supaya sesuai dengan keperluan semasa. Undangundang syarikat • Undang-undang diwujudkan sebagai garis panduan untuk memulakan dan menjalankan operasi sesebuah perniagaan. • Butiran undang-undang syarikat berkaitan dengan entiti perniagaan termasuklah aspek pengurusan dan bidang kuasa pihak pengurusan yang ada dalam organisasi. Persekitaran • Aktiviti perniagaan pada masa ini memerlukan inisiatif penggubalan undang-undang berkaitan alam sekeliling dengan mengambil kira kepentingan masyarakat. • Ia termasuklah pengurusan perniagaan dalam pembuangan sisa pengeluaran yang berbahaya kepada manusia. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 33 3/14/2024 3:31:35 PM


34 BAB 2 TINGKATAN 4 4 Persekitaran perniagaan dari aspek undang-undang seperti berikut: (a) Akta Kontrak 1950 (b) Akta Jualan Barangan 1957 (c) Akta Sewa Beli 1967 (d) Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 1974) (e) Akta Syarikat 1965 (Pindaan 1992)/Akta Syarikat 2016 (f) Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) (g) Akta Perhubungan Industri 1967 (Pindaan 1980) (h) Akta Hak Cipta 1987 SEMAK CEPAT 2.2 1 Jelaskan jenis pengangguran yang terdapat di sesebuah negara dan cara mengatasinya. 2 Apakah yang dimaksudkan dengan inflasi? 3 Nyatakan peranan kerajaan dalam mengawal deflasi. 4 Jelaskan pengaruh trend pertumbuhan ekonomi dalam membantu perkembangan perniagaan. Mengaplikasi Analisis Faktorfaktor yang Membawa Perubahan kepada Persekitaran Perniagaan 2.3 S.P. 1.2.4 Menganalisis faktor-faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan. 1 Faktor yang membawa kepada perubahan persekitaran perniagaan terbahagi kepada dua, iaitu dalaman dan luaran. 2 Kedua-dua faktor ini boleh dianalisis dengan menggunakan analisis SWOT. 3 Analisis SWOT merupakan analisis persekitaran keseluruhan yang melibatkan organisasi dalam aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. 4 Analisis ini digunakan untuk menggubal strategi perniagaan bagi merealisasikan visi, misi dan objektif perniagaan. 2.3.1 Faktor Dalaman 1 Faktor ini merujuk faktor-faktor yang dimiliki oleh syarikat yang boleh memberi kekuatan dan kelemahan kepada sesebuah organisasi. 2 Faktor dalaman terdiri daripada: (a) Gaya pengurusan: Jadual 2.6 Beberapa gaya pengurusan yang diamalkan dalam perniagaan Teknik Mengurus Sesebuah Perniagaan Gaya Pengurusan Huraian Laissezfaire (1,1) • Majikan terlalu memberi ruang/ kebebasan kepada pekerja. • Mewujudkan tingkah laku pekerja sukar dikawal. • Organisasi gagal mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Sokongan (1,9) • Menunjukkan tahap perhubungan yang baik antara pekerja dan majikan. • Masih wujud risiko kegagalan dalam tindakan majikan bagi mempengaruhi pekerja dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 34 3/14/2024 3:31:35 PM


35 BAB 2 TINGKATAN 4 Gaya Pengurusan Huraian Sederhana (5,5) • Majikan bijak menjaga hubungan dengan pekerja. • Bertujuan memberi motivasi kepada pekerja untuk mencapai matlamat. Autokratik (9,1) • Tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat. • Menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan sesetengah pekerja. Demokratik (9,9) • Tindakan majikan mengamalkan toleransi dan hubungan baik dengan pekerja dalam semua aspek. • Mempengaruhi pekerja terus berusaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan. (b) Sumber manusia: (i) Sumber manusia ialah fungsi perniagaan yang memberi fokus kepada keperluan tenaga kerja semasa termasuk pengurusan pembahagian kerja dan menambah baik tenaga kerja sedia ada. (ii) Sumber yang mencukupi dan baik akan menjadikan persekitaran perniagaan lebih berkesan dan berdaya saing. (iii) Sumber manusia terbahagi kepada dua, seperti yang ditunjukkan pada Jadual 2.7 di bawah: Jadual 2.7 Sumber Manusia Sumber Manusia Dalaman Sumber Manusia Luaran • Pekerja yang sedang berkhidmat dalam sesebuah organisasi perniagaan. • Penggunaan sumber ini dapat mengurangkan kos perniagaan dan memudahkan proses pengambilan dengan merujuk rekod pekerja sedia ada. • Pengambilan pekerja dari luar organisasi. • Penggunaan sumber luaran memerlukan proses yang lebih rumit dan kos tertentu termasuk pengiklanan dan lain-lain. Kelebihan Kekurangan Kelebihan Kekurangan Memotivasikan pekerja Tidak membawa idea baharu Melahirkan idea baharu Memerlukan program induksi Pekerja lebih memahami budaya organisasi Kekosongan jawatan Kemahiran baharu Mengambil masa untuk memahami budaya organisasi Maklumat pekerja sedia ada Pengetahuan stereotaip Semangat Kos merekrut yang tinggi RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 35 3/14/2024 3:31:35 PM


36 BAB 2 TINGKATAN 4 (c) Pemasaran: (i) Satu sistem aktiviti sesebuah perniagaan yang dibentuk dalam merancang dan melaksanakan strategi produk, penentuan harga, promosi dan pengedaran barang atau perkhidmatan. (ii) Perniagaan boleh menggunakan elemenelemen yang terdapat dalam campuran pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap barang dan perkhidmatan yang ditawarkan. Peta Pokok i THINK Campuran Pemasaran • Tahap kualiti • Reka bentuk • Gaya dan jenama • Pembungkusan • Saiz produk • Jaminan produk Produk Pengedaran Promosi Harga • Saluran pengedaran • Kawasan pengedaran • Kadar inventori • Pengangkutan • Lokasi syarikat • Kaedah pengiklanan • Pendekatan jualan • Aktiviti promosi • Program publisiti • Harga yang ditetapkan • Kadar diskaun • Tempoh bayaran jualan kredit • Kemudahan kredit Rajah 2.8 Elemen-elemen yang terdapat dalam campuran pemasaran (d) Pengeluaran: (i) Satu proses menghasilkan barang atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang tidak terhad. (ii) Ia melibatkan proses mengubah input kepada output melalui aktiviti tambah nilai. (e) Kewangan: Merujuk struktur kewangan perniagaan yang berkaitan dengan sumber pendapatan dan peluang pelaburan perniagaan. (f) Teknologi maklumat: (i) Maklumat lebih mudah diperoleh dan disampaikan melalui Internet. (ii) Membolehkan proses pencapaian, penghantaran dan penyimpanan maklumat menjadi lebih teratur. (iii) Membantu dan memudahkan proses membuat keputusan. (iv) Pasaran perniagaan bagi barang dan perkhidmatan menjadi lebih meluas. (g) Penyelidikan dan pembangunan: (i) Merupakan aktiviti kreatif dan inovatif yang dijalankan secara sistematik bagi meningkatkan pengetahuan dan hasil sedia ada kepada RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 36 3/14/2024 3:31:36 PM


37 BAB 2 TINGKATAN 4 pembangunan dan penciptaan produk baharu yang bermanfaat. (ii) Ia perlu dilakukan untuk memastikan barang yang dikeluarkan mampu mendapat tempat dalam pasaran. (iii) R&D penting dalam sesebuah perniagaan untuk meningkatkan kualiti barang atau perkhidmatan bagi memenuhi cita rasa dan kehendak pengguna yang sentiasa berubahubah. 2.3.2 Faktor Luaran 1 Faktor ini merujuk faktor yang boleh memberi peluang dan ancaman kepada sesebuah syarikat. 2 Faktor luaran terdiri daripada: Faktor Luaran Huraian Politik • Keputusan dalam sesebuah perniagaan turut dipengaruhi oleh perkembangan politik. • Setiap dasar yang ditetapkan oleh kerajaan mempengaruhi persekitaran perniagaan. • Kerajaan boleh meluluskan undangundang yang membawa kesan positif atau negatif yang akan dihadapi oleh sesebuah perniagaan. Faktor Luaran Huraian Ekonomi • Faktor ekonomi mempengaruhi kuasa beli dan gaya perbelanjaan pengguna. • Apabila kuasa membeli meningkat, maka pendapatan meningkat. • Apabila sesuatu ekonomi itu baik, prestasi perniagaan juga menjadi baik. Sosiobudaya • Cara hidup dan sosiobudaya yang diamalkan oleh pelanggan akan mempengaruhi permintaan terhadap barang dan perkhidmatan. • Setiap etnik yang ada di Malaysia membentuk corak permintaan terhadap keluaran. • Sikap pengguna terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan berubah mengikut masa. Teknologi • Perubahan dalam teknologi mewujudkan peluang dan pasaran baharu yang lebih banyak kepada usahawan. Contohnya, menggunakan mesin atau jentera yang canggih. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 37 3/14/2024 3:31:36 PM


38 BAB 2 TINGKATAN 4 Faktor Luaran Huraian • Perkembangan teknologi menawarkan barang dan perkhidmatan baharu kepada pengguna. • Ia menjadikan barang dan perkhidmatan sedia ada ditawarkan dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga pasaran. • Perkembangan teknologi komputer membolehkan barang dan perkhidmatan disampaikan dengan lebih efisien kepada pengguna. Ekologi • Melibatkan isu alam sekitar yang memberi kesan kepada perniagaan. • Ia melibatkan sumber bahan mentah, sumber tenaga, kadar pencemaran serta campur tangan kerajaan dalam pengurusan sumber semula jadi. • Sumber semula jadi sedia ada yang terhad menjadi semakin berkurangan dengan permintaan yang memerlukan penyelesaian untuk masalah tersebut. Faktor Luaran Huraian • Terdapat pelbagai agensi telah melakukan usahausaha penyelidikan dan pembangunan produk baharu untuk menggantikan atau mengurangkan penggunaan sumber semula jadi. Undangundang • Peraturan dan undang-undang perlu dalam setiap organisasi perniagaan untuk melindungi semua pihak termasuk masyarakat dan alam sekitar. • Ia juga mewujudkan persaingan yang sihat dan melindungi pengguna daripada penyelewengan peniaga yang tidak bertanggungjawab. Gambar 2.8 Mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Gambar 2.9 Teknologi solar RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 38 3/14/2024 3:31:36 PM


39 BAB 2 TINGKATAN 4 2.3.3 Analisis Faktor Dalaman dan Faktor Luaran 1 Analisis faktor dalaman dan luaran sesebuah organisasi perniagaan boleh dilakukan dengan menggunakan analisis SWOT. 2 Analisis SWOT merupakan salah satu kaedah menganalisis yang digunakan dalam perancangan dan persediaan dalam sesuatu perniagaan. 3 SWOT bermaksud: S = Strengths (Kekuatan) W = Weaknesses (Kelemahan) O = Opportunities (Peluang) T = Threats (Ancaman) 4 Objektif analisis SWOT bertujuan untuk menilai kesan perubahan persekitaran dalaman dan luaran yang boleh mempengaruhi aktiviti organisasi perniagaan. Faktor Dalaman Faktor Luaran Kekuatan Peluang Kelemahan Ancaman + + ➞ ➞ Rajah 2.9 Analisis menggunakan matriks SWOT Analisis Faktor Dalaman 1 Analisis faktor dalaman ialah penilaian secara terperinci tentang kekuatan dan kelemahan dalam sesebuah organisasi perniagaan. 2 Antara faktor dalaman yang boleh dianalisis dan dinilai ialah struktur organisasi, budaya kerja, sumber kewangan, kecekapan pengeluaran, kualiti pengeluaran dan sumber manusia. 3 Analisis faktor dalaman terdiri: (a) Kekuatan (i) Keupayaan dan kemampuan yang dimiliki oleh perniagaan untuk bersaing. (ii) Contoh: jenama yang popular, hubungan yang baik dengan pelanggan, paten, sumber kewangan yang kukuh dan lainlain. (b) Kelemahan (i) Kekurangan yang wujud dari aspek sumber tenaga, kepakaran dan bahan mentah. (ii) Contoh: pekerja yang kurang berkemahiran, jenama yang belum dikenali. Analisis Faktor Luaran 1 Analisis ini ialah penilaian berkaitan dengan peluang dan ancaman yang wujud di persekitaran luaran perniagaan. 2 Faktor-faktor luaran yang boleh dinilai adalah seperti pelanggan, persaingan, trend pasaran, pembekal, keadaan ekonomi, sosial, teknologi, politik dan perundangan. 3 Analisis faktor luaran terdiri: (a) Peluang (i) Kelebihan yang diperoleh kesan daripada perubahan yang berlaku dalam persekitaran luaran perniagaan. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 39 3/14/2024 3:31:36 PM


40 BAB 2 TINGKATAN 4 (ii) Contoh: kewujudan teknologi baharu, perubahan cita rasa pelanggan. (b) Ancaman (i) Sesuatu perubahan daripada persekitaran luaran perniagaan yang boleh membantutkan perkembangan perniagaan. (ii) Contoh: perubahan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan, muncul barang atau perkhidmatan pengganti daripada pesaing. Cara Menggunakan Matriks SWOT 1 Analisis SWOT ini dibuat berdasarkan hubungan antara faktor dalaman dengan faktor luaran. 2 Kaedah menggunakan SWOT: Strategi Huraian KekuatanPeluang (S O) Kekuatan atau keunikan yang ada pada perniagaan yang boleh digunakan untuk merebut peluang yang wujud. KelemahanPeluang (W O) Kelemahan yang dihadapi perniagaan perlu diatasi dengan mengambil langkah proaktif supaya peluang perniagaan yang wujud dapat direbut oleh perniagaan. Strategi Huraian KekuatanAncaman (S T) Kekuatan yang dimiliki oleh perniagaan dapat digunakan dalam strategi menghadapi ancaman yang wujud. KelemahanAncaman (W T) Kekurangan yang dihadapi oleh perniagaan memberi ancaman kepada perniagaan. Kesan Perubahan Persekitaran terhadap Organisasi Perniagaan 2.4 S.P. 1.2.5 Menilai kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan. 1 Setiap trend dan faktor persekitaran akan memberi kesan kepada persekitaran perniagaan sama ada secara langsung atau tidak langsung. 2 Usahawan perlu sentiasa peka terhadap keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah. 3 Antara kesan perubahan persekitaran terhadap sesebuah organisasi ialah pasaran, trend dan undang-undang. 2.4.1 Kesan Perubahan dari Aspek Pasaran 1 Perubahan fesyen dan gaya hidup pengguna menyebabkan permintaan terhadap produk lama semakin berkurang. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 40 3/14/2024 3:31:36 PM


41 BAB 2 TINGKATAN 4 2 Lambakan barang import yang murah menjejaskan perniagaan tempatan. 3 Pembangunan dalam teknologi menyebabkan permintaan terhadap produk lama semakin berkurang. 2.4.2 Kesan Perubahan dari Aspek Trend 1 Guna tenaga – tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Jika trend menurun dalam guna tenaga, hal ini bermakna kadar pengangguran akan meningkat. 2 Pendapatan – jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh individu dalam satu jangka masa tertentu, biasanya dalam masa satu tahun, sama ada daripada kegiatan produktif atau tidak produktif. Peningkatan pendapatan boleh guna akan merancakkan pertumbuhan ekonomi. 3 Pertumbuhan ekonomi – trend pertumbuhan ekonomi yang semakin berkembang melalui dasar fiskal dan dasar kewangan memberi kesan positif kepada perniagaan. 2.4.3 Kesan Perubahan dari Aspek Undang-undang Melindungi Pengguna daripada Sebarang Penipuan – Akta Kontrak 1950 1 Kerajaan akan menggubal dan meminda undang-undang berkaitan dengan perniagaan untuk melindungi sesebuah organisasi perniagaan dari semasa ke semasa. 2 Akta Kontrak 1950 – memberi peruntukan dalam aspek perundangan berkaitan dengan elemen-elemen kontrak yang wujud supaya pihak-pihak perniagaan yang terlibat dapat mematuhi elemen kontrak yang dipersetujui. 3 Akta ini juga menetapkan setiap perjanjian perlu wujud konsep balasan atas pihak yang membuat kontrak. 4 Balasan merupakan faedah yang diperoleh semua pihak yang menjalankan urus niaga. 5 Jika sesuatu pihak gagal mendapat balasan, sesuatu kontrak akan terbatal. Mewujudkan Perniagaan Secara Adil – Akta Persaingan 2010 1 Setiap organisasi perniagaan tidak boleh lari daripada unsur persaingan. 2 Peruntukan undang-undang membolehkan sesebuah perniagaan mendapat hak dalam menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mendapat hak persaingan yang sihat. 3 Akta Persaingan 2010 memberi peruntukan kepada sesebuah perniagaan bersaing secara adil serta mengelakkan daripada terlibat dalam perjanjian persaingan termasuk penyalahgunaan kedudukan dominan sesebuah perniagaan dalam pasaran. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 41 3/14/2024 3:31:36 PM


42 BAB 2 TINGKATAN 4 Melindungi Hak Semua Pihak di dalam Perniagaan – Akta Hak Cipta 1987 1 Pihak kerajaan telah menggubal dan menguatkuasakan hak paten perniagaan lain tanpa mendapat kebenaran bagi mengelakkan berlakunya unsur peniruan dan mengambil hak cipta perniagaan. 2 Akta Hak Cipta 1987 bertujuan memberi perlindungan terhadap karya-karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi dan siaran. 3 Perkara ini boleh berlaku apabila perniagaan lain mengambil hak cipta tanpa mendapat kebenaran seperti menjual, mengeluarkan, memiliki dan menyalin bagi tujuan perniagaan. SEMAK CEPAT 2.3 1 Huraikan gaya pengurusan yang wujud dalam faktor dalaman sesuatu perniagaan. 2 Nyatakan kelebihan dan kekurangan sumber manusia dalaman dalam mempengaruhi persekitaran perniagaan. 3 Jelaskan kaedah menggunakan SWOT. 4 Jelaskan kesan perubahan dari aspek trend. Mengaplikasi 1 Jawapan yang baik ialah jawapan yang mempunyai banyak fakta, penerangan yang jelas dan contoh yang konkrit. 2 Untuk soalan perbezaan, tunjukkan dengan jelas dalam bentuk jadual. Bezakan berdasarkan perkara yang sama. 3 Untuk persamaan, tidak perlu jadual. Info Dinamik Saiful Nang (Jutawan Usahawan Fotografi) Saiful Nang merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal serta cukup berpengaruh dalam kalangan jurugambar di Malaysia. Selain dianugerahkan sebagai jurugambar terbaik di Asia, beliau turut tersenarai sebagai salah seorang daripada 20 usahawan yang berjaya serta paling kreatif di Malaysia. Kejayaan beliau mula terserlah apabila syarikatnya CandidSyndrome International mula dikenali di dunia luar. Selain itu, Saiful Nang juga turut mengasas Saiful Nang Academy dan Rarecation Ventures, Werda & SARCS. Imbas kod QR atau layari https://www.punb.com. my/ms/?option=com_ content&view=article&id=5 untuk mengetahui soalan lazim berkaitan dengan PUNB. Untuk tujuan pembelajaran RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 42 3/14/2024 3:31:37 PM


43 BAB 3 TINGKATAN 4 Maksud Visi, Misi dan Objektif Perniagaan 3.1 S.P. 2.1.1 Menyatakan maksud visi, misi dan objektif perniagaan. 1 Visi, misi dan objektif (VMO) perniagaan merupakan jenis perancangan yang digunakan oleh organisasi perniagaan dalam Tajuk 2 : Organisasi Perniagaan Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan Bab 3 mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. 2 Visi, misi dan objektif perniagaan dijadikan sebagai panduan dalam pengurusan organisasi dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan yang diambil. 3 Ia juga merupakan asas pembentukan strategi perniagaan. Peta Pokok i THINK Maksud Visi, Misi dan Objektif • Penetapan perancangan melibatkan fokus dan perancangan jangka masa panjang. • Sebagai panduan untuk membuat keputusan dan tindakan supaya hala tuju perniagaan berada di landasan yang tepat. • Contoh: Visi FAMA ialah “Peneraju utama pemasaran makanan dan hasil pertanian negara”. Visi • Satu pernyataan ringkas yang menjelaskan tujuan atau matlamat utama sesebuah perniagaan. • Dibentuk menjadi satu ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan untuk mencapai matlamat. • Contoh: Misi FAMA ialah membangunkan rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan. Misi • Merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus. • Sasaran boleh diukur bagi mencapai tujuan organisasi. • Contoh: Objektif FAMA ialah “FAMA menyasarkan jualan RM16 juta bagi program My Best Buy pada tahun 2020. Objektif Info Dinamik Tan Sri Hamdan Mohamad Tan Sri Hamdan Mohamad dikenali sebagai tokoh usahawan Melayu yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dalam industri pembinaan dan infrastruktur. Beliau merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill Holdings Berhad. Beliau telah berjaya mentranformasikan syarikat ini daripada menyediakan khidmat perundangan kepada syarikat kejuruteraan Bumiputera yang menyerlah di Malaysia. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 43 3/14/2024 3:31:45 PM


44 BAB 3 TINGKATAN 4 Perbandingan Visi, Misi dan Objektif Beberapa Perniagaan yang Berbeza 3.2 S.P. 2.1.2 Membanding dan menghuraikan visi, misi dan objektif beberapa perniagaan yang berbeza. Jadual 3.1 Perbezaan antara OBU, OBBU dan Pertubuhan sukarela Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU) Pertubuhan Sukarela • Perniagaan yang mempunyai objektif untuk memaksimumkan keuntungan bagi memuaskan kehendak pemilik perniagaan. • Didaftarkan di bawah Pendaftar Perniagaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). • Terdiri daripada entiti perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad dan koperasi. • Visi, misi dan objektif menjurus kepada matlamat yang sama, iaitu memaksimumkan keuntungan. • Contoh: Felda Global Venture (FGV) • Perniagaan yang mempunyai objektif berorientasi kepada kebajikan ahli, masyarakat dan memberi perkhidmatan kepada orang ramai. • Didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). • Berbentuk persatuan, pertubuhan, yayasan, kelab, angkatan dan kesatuan. • Visi, misi dan objektif tertumpu kepada kepentingan orang ramai, iaitu penyediaan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada ahli. • Contoh: Majlis Belia Malaysia (MBM) • Bercorak kebajikan dan faedah bersama (aktiviti dan perkhidmatan). • Lebih dikenali dengan nama persatuan, kelab, yayasan dan angkatan. • Lebih berfokus pada perkhidmatan yang disediakan untuk ahli dan masyarakat. • Lebih bercorak aktiviti selaras dengan tujuan organisasi tersebut didaftarkan. • Visi, misi dan objektif ialah kemampuan menarik ahli yang ramai serta aktif menjalankan aktiviti yang dirancang. • Contoh: Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) SEMAK CEPAT 3.1 1 Jelaskan maksud: (a) Visi (b) Misi (c) Objektif 2 Nyatakan perbandingan antara organisasi bermotifkan untung dan organisasi bukan bermotifkan untung dari segi aktiviti, tujuan dan sumber kewangan. Menganalisis 3 Nyatakan empat tumpuan pertubuhan sukarela. Aktiviti KBAT Berdasarkan sumber rujukan yang anda peroleh, nyatakan visi, misi dan objektif Jabatan Pentadbiran Pertubuhan Malaysia (ROS). Kemudian, terangkan fungsi agensi ini. RC_SPM Perniagaan Fr4.indd 44 3/14/2024 3:31:45 PM


79 BAB 1 TINGKATAN 5 1.0 Pengenalan 1 Secara umumnya, pengurusan sumber manusia merujuk penerapan objektif, falsafah, polisi, amalan dan prosedur yang dilakukan oleh organisasi dalam menguruskan sumber manusia. 2 Pengurusan sumber manusia merujuk pengurusan tenaga kerja yang perlu dirangka, dirancang dan dilaksanakan secara teliti, profesional dan teratur bagi mencapai matlamat perniagaan. 3 Pengurusan sumber manusia merupakan usaha pembangunan sistem dalam organisasi bertujuan menarik, membangun dan mengekalkan tenaga kerja berprestasi tinggi. 4 Terdapat pelbagai perspektif pengurusan sumber manusia: (a) Dianggap menguruskan pekerja sebagai menimba pengalaman dan membina bakat seseorang. (b) Sebagai membina kemahiran teknikal dari segi penilaian, pemilihan, latihan dan sebagainya. (c) Menjadikan pekerja sebagai aset dan sumber dalaman bagi sesebuah organisasi. Tajuk 1 : Sumber Perniagaan Pengurusan Sumber Manusia Bab 1 Definisi Pengurusan Sumber Manusia 1.1 SP 3.1.1 Menyatakan definisi pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan. 1 Usahawan seharusnya mempunyai sifat kepimpinan yang dapat dijadikan panduan dan amalan baik pada tenaga sumber manusia dalam perniagaan. 2 Usahawan haruslah berwawasan, bersikap tegas, adil, tidak memilih kasih, bertimbang rasa dan memberi layanan yang positif kepada kakitangannya. 3 Usahawan mestilah memberikan teladan yang baik serta berkebolehan untuk menggembleng tenaga kerja sumber manusia sesebuah organisasi ke arah matlamat dan visi yang ditetapkan. Gambar 1.1 Antara buku yang membantu dalam pembangunan modal insan RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 79 19/3/2024 9:34:41 AM


80 BAB 1 TINGKATAN 5 Info Dinamik Definisi pengurusan sumber manusia oleh beberapa pengkaji: Pengkaji Tahun Definisi Bohlander et al. 2001 Pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan semua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. Ivencevich 2010 Pengurusan sumber manusia sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan pengurusan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu. Maimunah Aminuddin 2011 Pengurusan sumber manusia ialah satu usaha pembangunan dan pelaksanaan sistem dalam organisasi bertujuan untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi. Peta Dakap i THINK Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia • Sumber manusia sentiasa mencukupi • Sumber manusia diberikan latihan yang cukup dan terkini • Pengagihan sumber manusia secara berkesan • Kebajikan pekerja sentiasa dijaga • Prestasi sumber manusia sentiasa dipantau • Tahap motivasi pekerja sentiasa tinggi Rajah 1.1 Kepentingan pengurusan sumber manusia Peranan Pengurusan Sumber Manusia dalam Sesebuah Perniagaan 1.2 SP 3.1.2 Menjelaskan peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan. 1 Pengurusan sumber manusia merujuk amalan, dasar dan sistem yang mempengaruhi tingkah laku, sikap dan prestasi pekerja. 2 Secara tidak langsung, ia melibatkan proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal keperluan sumber manusia dalam perniagaan. 3 Jadual 1.1 menunjukkan peranan pengurusan sumber manusia: Jadual 1.1 Peranan Pengurusan Sumber Manusia Bil. Peranan Huraian 1 Keperluan pekerja, merekrut pekerja, kontrak pekerjaan dan deskripsi tugas • Teknik merekrut yang baik dan proses pemilihan boleh menarik calon yang berkelayakan menyertai sesebuah syarikat. • Keterangan berkaitan dengan tugas yang jelas dapat memastikan pekerja menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. • Tawaran kerja yang menarik dapat memastikan kesetiaan pekerja. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 80 19/3/2024 9:34:42 AM


Click to View FlipBook Version