The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2024-05-01 23:50:22

Revisi Smart Perniagaan Ting 4 & 5

Price: WM : RM19.90
EM: RM20.90

81 BAB 1 TINGKATAN 5 Bil. Peranan Huraian 2 Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran • Menimbulkan budaya dan semangat berpasukan. • Prestasi pencapaian kerja setiap pekerja yang berusaha dapat dilihat dalam capaian Indek Pencapaian Utama (KPI) pasukan. • Wujud kerjasama melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman, kemahiran untuk mencapai sasaran pasukan. 3 Prestasi pasukan • Prestasi pasukan akan mempengaruhi produktiviti, kuantiti dan kualiti pengeluaran sesuatu perniagaan. • Mengadakan latihan dan kursus secara intensif dapat meningkatkan prestasi dan motivasi pasukan. 4 Latihan peningkatan kemahiran • Sentiasa mengadakan program latihan dan pembangunan secara berterusan mengikut keperluan semasa. • Setiap program latihan dan pembangunan seperti latihan sambil bekerja, latihan di luar tempat bekerja dan pembelajaran kendiri boleh melengkapkan pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan yang khusus. 5 Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni • Persekitaran kerja yang kondusif akan meningkatkan produktiviti, motivasi, kepuasan kerja, mengurangkan kesilapan tugas, menangani tekanan kerja dan mengekalkan pekerja. • Bagi jangka masa panjang, persekitaran kerja yang harmoni akan menjana banyak idea baharu dan perniagaan mampu menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan pihak luar. 6 Pemantapan budaya profesional • Amalan kerja yang beretika, berintegriti dan mementingkan kecemerlangan dapat mewujudkan dan memantapkan budaya profesional di tempat kerja. • Contoh, konsep pengurusan Jepun seperti Kualiti Pengurusan Menyeluruh (TQM), Kaizen, 5S, Zero Defect dan sebagainya boleh diamalkan dalam memberikan perkhidmatan dan produk terbaik kepada para pelanggan. 7 Menggalakkan kreativiti dan inovasi • Pengurusan sumber manusia perlu menggalakkan pembangunan bakat pekerja menerusi pelbagai aktiviti simulasi dan sumber pembiayaan pendidikan untuk menggalakkan proses menambahkan pengetahuan, keupayaan, kemahiran dan penyelidikan oleh pekerja untuk jangka masa panjang. • Pekerja yang kreatif dan inovatif akan dilahirkan menerusi kerjasama syarikat dengan pihak swasta dan kerajaan yang menyediakan dana penyelidikan, kursus dan latihan profesional. • Pekerja yang kreatif dan inovasi akan diberikan ganjaran atas penghargaan kerana sumbangan, produktiviti dan motivasi kerja mereka. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 81 19/3/2024 9:34:42 AM


82 BAB 1 TINGKATAN 5 Bil. Peranan Huraian 8 Pemberian insentif yang munasabah • Pengurus sumber manusia perlu menyediakan skim kesihatan dan keselamatan yang bersesuaian bagi membolehkan pekerja memberi sumbangan maksimum dalam mencapai matlamat syarikat. • Fungsi ganjaran dan faedah kepada pekerja adalah untuk meningkatkan pencapaian prestasi kerja, motivasi diri, kesetiaan pekerja dan memastikan pekerja rasa dihargai. 9 Pemberhentian pekerja • Terdapat beberapa jenis penamatan kontrak perkhidmatan seperti persaraan, penamatan perkhidmatan secara sukarela, penamatan perkhidmatan secara pemberhentian, tindakan disiplin dan pemecatan terhadap pekerja. • Pekerja yang diberhentikan atau menamatkan perkhidmatan akan diberikan ganjaran atau pampasan setimpal oleh majikan seperti pembayaran gratuiti, persaraan dan pencen sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka. • Syarikat perlu ada sistem pemberhentian kerja yang sistematik supaya: 1 Tidak ada pembaziran sumber. 2 Mewujudkan suasana harmoni dan hubungan baik antara majikan dengan pekerja di dalam syarikat. 3 Memberi motivasi kepada pekerja. Aplikasi Pengurusan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan yang Mampan 1.3 SP 3.1.3 Mengaplikasikan peranan pengurusan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan. 1 Sesebuah perniagaan yang memiliki kekuatan yang tersendiri dapat dilihat dari segi berkembang yang pesat dan memiliki prestasi yang baik. 2 Perniagaan yang mampan dapat dilihat juga dalam aspek penciptaan nilai. 3 Perniagaan yang mampan mampu mengekalkan pencapaian prestasi kedudukan kewangan dan penarafan yang meningkat secara berterusan. 4 Sehubungan itu, setiap perniagaan yang wujud perlulah mempunyai semangat yang kompetitif dalam usaha membangunkan pengurusan sumber manusia secara berterusan. SEMAK CEPAT 1.1 1 Jelaskan pengurusan sumber manusia dalam perniagaan dari aspek membentuk persekitaran kerja dan menggalakkan kreativiti dan inovasi. 2 Pengurusan sumber manusia penting kepada perniagaan. Jelaskan. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 82 19/3/2024 9:34:42 AM


83 BAB 1 TINGKATAN 5 Contoh Perniagaan: Syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah membina satu elemen terasnya dalam mengukuhkan strategi korporat perniagaan tersebut. Sehubungan itu, mereka telah membentuk pemimpin korporat serta meningkatkan kecekapan teknikal tenaga kerja. Sewaktu penubuhan syarikat ini, mereka mengetahui industri petroleum merupakan salah satu industri yang mencabar. Jadi, mereka telah memperkukuh bahagian sumber manusia kerana bahagian ini merupakan aset paling bernilai untuk mencapai matlamatnya. 1 Pada tahun 1979, PETRONAS telah membuka jabatan latihan dalaman yang pertama, iaitu PETRONAS Management Training Sdn. Bhd. (PMTSB). Matlamat PMTSB ialah menjadi salah satu perniagaan yang membangun serta memiliki kecekapan teknikal dan menjadi pembekal khidmat latihan yang terkenal. Seiring dengan perkembangan perniagaan, PMTSB telah berubah menjadi sebuah anak syarikat PETRONAS sejak 16 tahun yang lepas. Seiring dengan keperluan perniagaan jangka panjang PETRONAS, PMTSB diamanahkan menjadi sebuah syarikat yang kompetensi dalam modal pembangunan insan. 2 Pada tahun 1992, PMTSB telah dijadikan sebagai anak syarikat PETRONAS. Selaku ahli kumpulan PETRONAS yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, perniagaannya berasaskan pembangunan, pembentukan dan penyampaian dalam setiap program latihan industri gas dan minyaknya. Dengan menyediakan programprogram pembelajaran inovatif serta latihan teknikal ‘hands on’, ia dapat membantu semua pekerja PETRONAS meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam pekerjaan. Ia seiring dengan tanggungjawab PMTSB sebagai anak syarikat PETRONAS. 3 PMTSB telah melaksanakan beberapa program latihan yang berlainan dengan tenaga kerja di PETRONAS. Antara program tersebut ialah Pusat Latihan Pengurusan PETRONAS (PERMATA) yang terletak di Putrajaya serta Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) yang terletak di Batu Rakit, Terengganu. PERMATA bermatlamat menjadi sebuah institusi pengurusan perniagaan yang dapat membantu penyelesaian pembelajaran bertumpu serta khidmat rundingan kepada PETRONAS. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 83 19/3/2024 9:34:42 AM


84 BAB 1 TINGKATAN 5 INSTEP bertanggungjawab membangunkan kumpulan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Jadi, INSTEP mengambil langkah menjadi sebuah pusat kecemerlangan teknikal. 6 Semua kakitangan dan tenaga kerja di PETRONAS bermatlamat menjadi satu pasukan serta dapat memberi tanggungjawab sepenuhnya terhadap syarikat. Setiap amanah yang dipikul secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi pasukan serta nama syarikat. Oleh itu, peningkatan PETRONAS sejak tiga tahun lepas dapat dilihat apabila disenaraikan sebagai antara 20 perbadanan dunia yang paling menguntungkan, selain disenaraikan dalam kedudukan 500 teratas Perbadanan Terkemuka Dunia oleh Majalah Fortune Global 500. Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada https://www.mstar.com.my/lain-lain/ rencana/2009/02/26/menerap-budaya-kerjacemerlang-di-petronas Aktiviti KBAT Huraikan peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi perniagaan dengan menggunakan contoh syarikat pengeluar barang dan perkhidmatan yang bersesuaian di tempat anda. 4 Seiringan dengan itu, PERMATA telah menawarkan lebih daripada 100 program latihan. Ia meliputi julat luas disiplin pengurusan, kemahiran fungsi serta modul-modul pembangunan. Jawatankuasa Teknikal Rekabentuk dan Pembangunan Program (PDDTC) bertindak sebagai penilaian dalaman untuk setiap program dan modul latihannya dibangunkan. Tindakan ini dititikberatkan bagi memastikan ia selaras dengan keperluan pertubuhan serta standard antarabangsa. PETRONAS dengan kerjasama University of Melbourne telah membentuk program Menjana Kecemerlangan Pengurusan (BME) dan Program Pembangunan Pengurusan (MDP). Sehubungan itu, PERMATA dengan kerjasama INSEAD dari Perancis juga telah membentuk Program Pembangunan Pengurusan Kanan (SMDP). Kerjasama ini dapat meningkatkan strategik kepintaran dalam perniagaan serta keupayaan pengurusan di kalangan pengurus kanan serta pengurus besar. 5 Dalam keperluan jangka panjang PETRONAS, mereka bertanggungjawab membangunkan kumpulan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi terutamanya dari segi teknikal. Sehubungan itu, RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 84 19/3/2024 9:34:43 AM


85 BAB 1 TINGKATAN 5 Contoh Perniagaan: Syarikat Media Prima Berhad Media Prima Berhad merupakan salah satu syarikat media dan hiburan bersepadu di Malaysia. Ibu pejabat Media Prima terletak di Bandar Utama. Syarikat merupakan firma perniagaan yang terbesar dari segi pendapatan, pendapatan operasi, pendapatan bersih, aset, ekuiti, permodalan pasaran dan bilangan pekerja. Pada tahun 2003, Media Prima menjalankan pemecahan aset media Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB). Sehubungan itu, Media Prima telah tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia. Kini, syarikat ini memiliki 100 peratus kepentingan ekuiti dalam TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Media Prima juga memegang lebih 98 peratus kepentingan ekuiti dalam The New Straits Times Press, iaitu syarikat penerbitan akhbar terbesar di Malaysia yang menerbitkan akhbar-akhbar terkemuka seperti New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro. Selain itu, Media Prima juga memiliki empat buah stesen radio, iaitu Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM. Media Prima juga terlibat dalam bidang penerbitan karya seperti pengurusan acara dan bakat. Kumpulan ini menjadi peneraju dalam bidang pengiklanan luar melalui Big Tree Outdoor, UPD, The Right Channel dan Kurnia Outdoor. Kumpulan ini juga telah mengembangkan sayapnya dengan melancarkan video portal yang lebih canggih dan berkemampuan definisi tinggi (HD). Secara tidak langsung, mereka menawarkan kebebasan memilih kandungan secara individu dan rangkaian sosial yang interaktif melalui Alt Media dengan pelancaran portal Internet gaya hidup, gua.com.my dan Tonton. com.my. 1 Media Prima telah dianugerahkan sebagai ‘Syarikat Terbaik untuk Kerja HR Asia’ pada tahun 2017. Ini merupakan salah satu pencapaian terbesar kerana Media Prima merupakan salah satu daripada 45 syarikat di Malaysia yang mendapat anugerah tersebut. Penganugerahan ini telah meyakinkan Media Prima bahawa pekerja merupakan aset terbesar dalam sesebuah syarikat. Secara tidak langsung, ia dapat merangsang pasukan pengurusan sumber manusia untuk lebih ke hadapan serta berinovatif supaya manfaat tersebut dapat diterima oleh semua pekerja di Media Prima. 2 HR Asia merupakan syarikat penerbitan berwibawa di Asia untuk bidang profesional HR kanan. Dalam anugerah kategori ini, ia meliputi 12 pasaran di rantau ini. Pada tahun 2017, terdapat 320 buah syarikat daripada pelbagai industri di Malaysia yang menyertai anugerah ini. Setiap perincian yang dititikberatkan dalam penganugerahan ini termasuklah cara proses audit dengan tumpuan pada pembabitan pekerja, budaya kerja dan peluang pembangunan. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 85 19/3/2024 9:34:43 AM


86 BAB 1 TINGKATAN 5 3 Antara anugerah yang pernah dirangkul oleh Media Prima ialah Anugerah Rekrutmen Sumber Manusia Asia 2016 bagi kategori `Best On-boarding Experience’ (anugerah perak) dan kategori Laman Web Kerjaya Terbaik oleh Pasukan HR Syarikat (anugerah gangsa); Anugerah HR Malaysia (Terbaik dalam Inovasi Sumber Manusia (perak)); Anugerah Menteri Sumber Manusia 2016 (Untuk Max Airplay Sdn Bhd), Anugerah Kecemerlangan Sumber Manusia 2015 dan Anugerah Kecemerlangan Sumber Manusia 2014. Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Media_Prima_ Berhad, https://www.bharian.com.my/berita/ nasional/2017/10/337003/ media-primaantara-syarikat- terbaik-di-asia Aspek Pengelolaan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan 1.4 SP 3.1.4 Menganalisis aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan. Kebanyakan pencari kerja akan menitikberatkan beberapa faktor dalam pemilihan pekerjaan. Antara faktor utama ialah aspek ganjaran dan pampasan, kelulusan akademik, faedah sampingan, suasana tempat bekerja, pengalaman dan kemahiran, jarak lokasi, prospek pekerjaan, keadaan ekonomi serta pengaruh keluarga dan rakan sekerja. Namun begitu, Jadual 1.2 menunjukkan perbandingan antara peluang kerjaya dan pekerjaan mengikut sektor ekonomi di Malaysia. Jadual 1.2 Perbandingan antara peluang kerjaya dan pekerjaan mengikut sektor ekonomi Perbezaan Sektor Utama Sektor Kedua Sektor Ketiga Bidang pekerjaan Kerjaya dalam bidang pertanian, perikanan, perhutanan, penternakan dan perlombongan serta kuari. Kerjaya dalam bidang perkilangan, pembinaan dan pembuatan. Kerjaya dalam bidang perkhidmatan. Kelayakan akademik Kerjaya yang memerlukan kelayakan khusus seperti Pegawai Pertanian (Ijazah Sarjana Muda Sains Bioteknologi), Pegawai Perhutanan (Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan). Kerjaya yang memerlukan kelayakan khusus seperti jurutera (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan) dan Arkitek (Ijazah Sarjana Muda Seni Bina). Kerjaya yang memerlukan kelayakan khusus seperti Akauntan (Ijazah Sarjana Muda Sains Perakaunan), Pegawai Pentadbiran Perniagaan (Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran Perniagaan atau Ekonomi). RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 86 19/3/2024 9:34:43 AM


87 BAB 1 TINGKATAN 5 Perbezaan Sektor Utama Sektor Kedua Sektor Ketiga Faedah sampingan Faedah sampingan yang diterima adalah terbatas. Petani dan nelayan tidak mempunyai faedah sampingan. Banyak faedah sampingan yang dinikmati seperti kemudahan pengangkutan, rawatan perubatan percuma, elaun makan, cuti tahunan, bonus produktiviti dan pakaian seragam. Banyak faedah sampingan yang dinikmati seperti kemudahan pengangkutan, rawatan perubatan percuma, elaun makan, cuti tahunan dan bonus produktiviti. Suasana tempat bekerja Kebanyakan masa dihabiskan di luar pejabat dan sanggup menghadapi risiko pekerjaan yang tinggi. Individu mestilah berminat dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Individu yang sanggup bekerja di kilang dan tapak pembinaan dan menghadapi risiko pekerjaan yang tinggi terutama di kilang kimia dan pembuatan. Individu mesti mempunyai kemahiran dan daya kreativiti yang tinggi. Individu menghadapi risiko pekerjaan yang rendah. Individu perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan dinamik. Biasanya, pekerja bekerja di pejabat atau premis komersial. Tingkat ganjaran Upah dan gaji yang diterima tidak menentu kerana mengikut musim dan pengeluaran. Upah dibayar mengikut harian dan biasanya rendah kerana tidak ada kesatuan sekerja untuk menuntut upah yang lebih tinggi. Upah yang diterima adalah tetap dan dibayar secara berkala. Pekerja mendapat ganjaran yang tinggi apabila bekerja lebih masa dan mempunyai kesatuan sekerja yang membela nasib mereka khususnya syarikat elektrik dan elektronik. Upah yang diterima adalah tetap dan dibayar secara berkala. Sesetengah pekerja mendapat komisen dan bonus daripada jualan dan keuntungan tahunan syarikat. Contoh pekerjaan Petani, nelayan, peladang, pekerja kuari, penoreh getah, pelombong, penternak. Operator pengeluaran, inspektor kawalan mutu, jurutera kilang, pengurus kilang, arkitek, kontraktor dan pengurus projek. Akauntan, peguam, doktor, pensyarah, guru, pengurus hotel, pegawai bank, pengurus kredit, pengawai perhubungan dan pelanggan. Namun begitu, pengurus sumber manusia memainkan peranan penting untuk menganalisis aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 87 19/3/2024 9:34:43 AM


88 BAB 1 TINGKATAN 5 Jadual 1.3 Aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan Aspek Huraian Contoh Penempatan pekerja dan fasiliti • Penempatan pekerja adalah mengikut aspek kemahiran, kebolehan, minat kerjaya dan pengalaman selari dengan keperluan perniagaan. • Maklumat dalam inventori kemahiran pekerja ialah sejarah kerjaya, pengalaman kerja, pendidikan, kemahiran bahasa, program latihan yang diikuti, tanggungjawab luar, sejarah penilaian prestasi dan hubungan antarabangsa pekerja amatlah penting. • Kegunaan inventori kemahiran ialah untuk tujuan kenaikan pangkat, menjalankan projek tertentu, pemindahan, aliran perubahan demografi dan penempatan pekerja serta fasiliti yang bersesuaian. • Fasiliti yang sesuai dapat meningkatkan kecekapan dan prestasi kerja. • Seorang pakar komputer perlu memgetahui perisian dan perkakasan ICT yang terkini. • Seorang pensyarah memerlukan kemahiran pengajaran secara atas talian sebagai pelengkap kepada kaedah konvensional. Standard prosedur operasi tugas • Standard Prosedur Operasi (SOP) merupakan dokumen arahan bertulis untuk mencapai keseragaman pelaksanaan tugas dan fungsi-fungsi tertentu. • Penghuraian kerja ialah satu dokumen formal yang merupakan ringkasan bagi sesuatu kerja yang khusus seperti maklumat tajuk kerja, ringkasan kerja, tanggungjawab kerja, hubungan autoriti, hubungan antara pekerja, suasana kerja dan kemudahan fizikal tempat kerja. • Ini memastikan kerja dilakukan mengikut piawaian serta meminimumkan risiko di tempat kerja dan keselamatan pekerja. • Seorang doktor perlu menggunakan prosedur perubatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam merawat pesakit. • Setiap bangunan awam atau swasta perlu mempunyai alat pemadam kebakaran yang diperakui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 88 19/3/2024 9:34:43 AM


89 BAB 1 TINGKATAN 5 Aspek Huraian Contoh Sistem Penggajian • Pemberian penggajian merupakan satu pematuhan majikan terhadap peruntukan undang-undang seperti Akta Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 dan Akta Keselamatan Sosial 1969 supaya dapat menjaga kebajikan pekerja agar mempunyai tahap kesihatan yang baik, produktif dan berupaya menyara diri. • Program penggajian yang setimpal akan meningkatkan tahap motivasi, sumbangan kerja, kepuasan kerja, menggerakkan pekerja, mengurangkan isu pusing ganti pekerja dan membiayai persaraan yang menarik untuk para pekerja memberi sumbangan terbaik dan pencapaian kepada matlamat organisasi. • Anggota Keselamatan Malaysia perlu mempunyai perlindungan insurans berkelompok kerana mereka sering melakukan tugas yang berisiko tinggi. • Pekerja senior biasanya mendapat skim imbuhan penggajian yang tinggi berbanding dengan pekerja yang baharu. Penghargaan dan Hukuman • Pekerja yang telah diterima bekerja di dalam sesebuah organisasi akan diberikan imbuhan dan pampasan oleh majikan sebagai satu tindak balas ke atas sumbangan fizikal dan mental terhadap organisasi. • Pekerja yang didapati melakukan kesalahan tersebut, akan diberi tindakan disiplin terhadap pekerja tersebut berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan. • Antara jenis kesalahan yang boleh membawa kepada tindakan disiplin: – Pecah amanah – Menerima rasuah – Ponteng kerja – Tidak beretika – Menyalahgunakan aset syarikat bagi tujuan peribadi – Mengingkari arahan pihak atasan tanpa sebab yang kukuh • Tujuan hukuman sebagai pengajaran, peringatan dan kes supaya pekerja lebih berdisiplin, komited dan berintegriti. • Pekerja menonjol dan mempunyai prestasi yang meningkat akan menerima kenaikan gaji, kenaikan pangkat, insentif dan faedah sampingan. • Pekerja yang semakin merosot prestasinya akan dikenakan potongan gaji, insentif, tukar jabatan dan tatatertib. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 89 19/3/2024 9:34:43 AM


90 BAB 1 TINGKATAN 5 Aspek Huraian Contoh Penyelesaian Masalah • Perhubungan industri merupakan hubungan yang wujud antara majikan dengan pekerja atau kesatuan sekerja di dalam sesebuah organisasi. • Perhubungan perindustrian meliputi pengurusan pekerja daripada aspek perundangan buruh dan pekerjaan, terma atau syarat perkhidmatan serta hak pekerja dan majikan. • Perhubungan harmoni antara majikan dan pekerja dapat mewujudkan suasana tempat kerja yang sejahtera bagi merangsang pencapaian matlamat peribadi pekerja dan organisasi. • Kejayaan organisasi turut dipengaruhi keupayaan majikan dan kesatuan sekerja untuk bertolak ansur dalam menyelesaikan pertikaian yang wujud. • Hak-hak pekerja akan dijamin dan diselesaikan oleh kesatuan sekerja manakala hak-hak majikan di bawah bidang kuasa kesatuan majikan. • Perundingan kesatuan sekerja-majikan boleh mewujudkan keharmonian dalam organisasi. Struktur Organisasi • Struktur organisasi adalah untuk memberi penjelasan tentang tanggungjawab, jawatan, jalur berkomunikasi dan deskriptif tugasan. • Struktur organisasi akan membolehkan pengurusan menguruskan sumber-sumber dalaman organisasi dengan cekap dan berkesan. Terdapat struktur organisasi seperti fungsian, produk, matriks, rangkaian, pelanggan dan wilayah mengikut kesesuaian dan sumber dalaman organisasi. Mengagihkan sumber dalam organisasi mengikut keperluan setiap unit, bahagian atau jabatan dalam organisasi dengan lebih cekap dan berkesan. Mewujudkan rantaian arahan dan komunikasi membolehkan bahagian atau jabatan diwujudkan untuk mengendalikan bidang tugas tertentu selari dengan matlamat organisasi. Menghuraikan kedudukan setiap individu dalam organisasi dengan jelas dan terperinci. Membolehkan penyelarasan antara fungsian kerana setiap bahagian atau jabatan dalam organisasi mempunyai objektif yang berlainan serta penyelarasan antara jabatan adalah sangat penting bagi menentukan aktivitiaktiviti selaras dengan matlamat organisasi. Menetapkan bidang tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang pekerja untuk melaksanakan tugas dengan baik berdasarkan kompetensi, pengetahuan dan kepakaran. Kepentingan Struktur Organisasi RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 90 19/3/2024 9:34:43 AM


91 BAB 1 TINGKATAN 5 Hubung Kait antara Kemahiran Kebolehkerjaan Pekerja dengan Kejayaan Sesebuah Perniagaan 1.5 SP 3.1.5 Menilai hubung kait antara kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dimiliki pekerja dengan kejayaan sesebuah perniagaan. 1 Kebolehkerjaan boleh didefinisikan sebagai kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh para pekerja yang membuatkan bakal majikan berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka. 2 Kemahiran kebolehkerjaan ini tidak meliputi kemahiran kualiti yang diperlukan dalam sesuatu bidang pekerjaan yang khusus sahaja malah merangkumi semua bidang kerjaya. Antara kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan ialah kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, perancangan dan pengurusan diri, keupayaan pembelajaran, penggunaan teknologi terkini, berinisiatif dan keusahawanan. 3 Kemahiran kebolehkerjaan akan membantu pekerja melaksanakan kerja dengan cekap dan sistematik serta menyumbang kepada kejayaan organisasi. Jadual 1.4 Keperluan kemahiran kebolehkerjaan dalam membantu pekerja melaksanakan kerja dengan cekap Elemen Keterangan Contoh Kelayakan yang sesuai Seseorang pekerja perlu mempunyai kelayakan akademik mengikut bidang pengkhususan bagi proses pemadanan dengan tugas dan kriteria yang diperlukan oleh majikan. Seorang pekerja yang menjawat jawatan setiausaha perlu memiliki kelayakan akademik dalam bidang kesetiausahaan dan mempunyai pengetahuan dalam pentadbiran. Berpengalaman Seseorang pekerja yang berpengalaman akan membolehkan mereka melakukan pekerjaan dengan cekap dan berkesan. Pengalaman boleh diperoleh secara formal dan bukan formal. Usahawan restoran lebih mengutamakan pengambilan chef yang berpengalaman dalam bahagian kulinari kerana mereka terlatih, berkebolehan, berkreativiti dan secara tidak langsung mengurangkan kos latihan serta pembangunan. Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan Seseorang pekerja yang dinamik dan kreatif perlu memahami kelebihan dan keunikan produk dan perkhidmatan agar pengguna mendapat manfaat daripada penggunaannya. Pegawai bank bukan sahaja perlu tahu produk perbankan terkini tetapi juga perkhidmatan sampingan yang ditawarkan untuk memberikan nilai tambah kepada pelanggannya. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 91 19/3/2024 9:34:43 AM


92 BAB 1 TINGKATAN 5 Elemen Keterangan Contoh Pengalaman dalam industri tertentu Seseorang pekerja yang mempunyai kepelbagaian maklumat dan pengalaman dalam pelbagai industri boleh menjadi satu kelebihan, inovasi dan kreativiti dalam memperkasakan kelangsungan perniagaan mereka. Kejayaan usahawan terkemuka, Dato’ Dr. Haji Ramly Mokni yang terkenal dengan Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Ramly Burger telah berkecimpung dalam industri makanan berasaskan daging burger serta telah mendapat status halal Bumiputera. Beliau menetapkan sasaran untuk menjadi usahawan pada umur 45 tahun dan menetapkan penguasaan pasaran makanan berasaskan daging sekitar 45% pada tahun 2016. Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan/ jabatan Seseorang pekerja yang mempunyai pengalaman, kreativiti dan potensi boleh penyumbang kepada pencapaian sasaran individu dan pasukan/jabatan. Pengalaman yang bersesuaian dengan kerja yang ditawarkan akan meningkatkan produktiviti organisasi. Kejayaan usahawan terkemuka D’Herbs, Dato Aliff Syukri Kamarzaman bukan hanya sebagai pengerusi D’Herbs Healthy Marketing tetapi terlibat secara langsung dalam pengiklanan produk D’Herbs. Beliau telah berjaya mencapai sasaran jualan syarikat sekitar RM5 juta dengan penguasaan pasaran 15% pada 2015 seperti yang dirancangkan. Kemahiran berkomunikasi Kerja berpasukan Penyelesaian masalah Inisiatif dan keusahawanan Perancangan dan pengurusan diri Penggunaan teknologi terkini Keupayaan pembelajaran Jenis Kemahiran Kebolehkerjaan Rajah1.2 Jenis kemahiran kebolehkerjaan SEMAK CEPAT 1.2 1 Bincangkan secara ringkas hubung kait antara kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dimiliki pekerja dengan matlamat pengurusan untuk kejayaan sesebuah perniagaan. 2 Kenal pasti tujuh kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan oleh seseorang majikan dalam menyumbang kejayaan perniagaan mereka. Peta Buih i THINK RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 92 19/3/2024 9:34:43 AM


93 BAB 1 TINGKATAN 5 Aktiviti KBAT Maklumat berikut berkaitan dengan iklan jawatan kosong berasaskan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh majikan di media massa. Iklan jawatan kosong berasaskan produk Iklan jawatan kosong berasaskan perkhidmatan Jelaskan keperluan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu ada pada calon yang ingin memohon jawatanjawatan di atas. Mencipta Satu Struktur Organisasi dalam Sesebuah Perniagaan 1.6 SP 3.1.6 Mencipta satu struktur organisasi dalam sebuah perniagaan. 1 Struktur organisasi merupakan satu kumpulan sumber yang diwujudkan oleh pihak pengurusan secara formal untuk menjalankan pelbagai tugas dalam organisasi. 2 Terdapat empat aspek penting dalam struktur organisasi, iaitu: Jadual 1.5 Aspek penting dalam struktur organisasi Aspek Penerangan Pembahagian kerja Pengagihan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Hubungan antara ketua – pekerja Ketua mempunyai kuasa mengarah kepada pekerja di bawahnya. Jenis tugas Tugas dan tanggungjawab. Hierarki pengurusan Peringkat atasan, pertengahan dan bawahan. 3 Tujuan setiap fungsian dapat dilakukan dengan pantas dan efisien dengan mencapai visi, misi dan objektif: Tujuan Pengkhususan dan pembahagian tugasan dalam melakukan kerja yang sama. Meningkatkan kemahiran dan bakat pekerja. Mudah untuk melatih pekerja baharu kerana bidang yang sama. Mengurangkan kos dan masalah pengurusan dengan mengamalkan sistem perkongsian sumber organisasi. 4 Ianya dianggap usaha untuk mengumpulkan pelbagai sumber yang berkaitan dalam satu kelompok (jabatan/unit/bahagian) dan kelompok-kelompok tersebut disusun secara sistematik. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 93 19/3/2024 9:34:44 AM


94 BAB 1 TINGKATAN 5 5 Terdapat beberapa jenis struktur organisasi bagi memenuhi keperluan perniagaan: (a) Struktur organisasi berdasarkan fungsi • Kebanyakan organisasi menggunakannya kerana ia mudah dibentuk dan dipraktikkan. • Diwujudkan berdasarkan fungsi-fungsi utama dalam organisasi seperti pemasaran, pengeluaran, kewangan, penyelidikan dan pembangunan, serta pengurusan sumber manusia. • Menempatkan pekerja berdasarkan kemahiran atau kepakaran dalam sesuatu fungsi. Contoh: Pekerja yang mempunyai kelulusan dalam bidang pemasaran akan ditempatkan di Jabatan Pemasaran. Peta Pokok i THINK Pengurus Jabatan Pengeluaran Pengurus Jabatan Pemasaran Pengurus Jabatan Sumber Manusia Pengurus Jabatan Kewangan Pengurus Jabatan R&D Pengurus Besar Rajah 1.3 Contoh struktur organisasi berdasarkan fungsi (b) Struktur organisasi berdasarkan produk • Organisasi berskala besar melakukan pengeluaran pelbagai jenis produk. • Diwujudkan untuk memudahkan pihak pengurusan menyelaraskan operasi atau perkhidmatan yang berkaitan. • Setiap pekerja akan ditempatkan mengikut pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam penghasilan produk tertentu. Contoh: Pekerja yang mempunyai kebolehkerjaan dalam penghasilan produk C akan ditempatkan dalam jabatan produk C. Peta Pokok i THINK Pengurus (Produk A) Pengurus (Produk C) Pengurus (Produk E) Pengurus (Produk B) Pengurus (Produk D) Pengurus Besar Rajah 1.4 Contoh struktur organisasi berdasarkan produk (c) Struktur organisasi berdasarkan geografi/ wilayah • Struktur organisasi ini diwujudkan berdasarkan kawasan pasaran yang menjadi tumpuan syarikat. • Struktur organisasi ini memerlukan sejumlah kakitangan yang besar di ibu pejabat bagi tujuan penyelarasan jabatan/ unit/bahagian di pelbagai wilayah. • Contoh: Pekerja yang tinggal di Kelantan dan Terengganu akan ditempatkan di wilayah timur. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 94 19/3/2024 9:34:44 AM


95 BAB 1 TINGKATAN 5 Peta Pokok i THINK Pengurus (Wilayah Utara) Pengurus (Wilayah Timur) Pengurus (Wilayah Sarawak) Pengurus (Wilayah Selatan) Pengurus (Wilayah Sabah) Pengurus Besar Rajah 1.5 Contoh struktur organisasi berdasarkan wilayah/geografi (d) Struktur organisasi berdasarkan pelanggan • Struktur ini diwujudkan mengikut keperluan dan kehendak pelanggan syarikat. • Barangan akan ditempatkan di lokasi tertentu seperti di pasar raya. Contoh: Pelanggan boleh membeli barang keperluan harian di tingkat satu, pakaian di tingkat dua, peralatan alat tulis di tingkat tiga dan barangan elektrik dan elektronik di tingkat empat. Peta Pokok i THINK Pelanggan A (Perkhidmatan kaunter) Pelanggan C (Pembantu jualan) Pelanggan E (Perkhidmatan lain-lain) Pelanggan B (Pembantu khidmat pelanggan) Pelanggan D (Pegawai keselamatan) Pengurus Besar Rajah 1.6 Contoh struktur organisasi berdasarkan keperluan pengguna di pasar raya (e) Struktur organisasi berdasarkan matriks • Dikenali sebagai sistem berbilang arahan. • Kombinasi dua jenis struktur organisasi mengikut fungsi dan struktur organisasi mengikut produk. • Contoh: Kaedah yang digunakan dalam syarikat pembinaan dan pengurusan projek. Pengarah Produk Pengarah Pereka Grafik Pengarah Pengilangan Pengarah Kewangan Pengarah Pemasaran Pengarah Sumber Manusia Pengurus Produk A Pengurus Produk B Pengurus Produk C Pengurus Produk D Pengurus Besar Rajah 1.7 Contoh struktur organisasi berdasarkan matriks RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 95 19/3/2024 9:34:44 AM


96 BAB 1 TINGKATAN 5 SEMAK CEPAT 1.3 1 Huraikan struktur organisasi berdasarkan struktur matriks yang diamalkan oleh industri pembinaan. 2 Berikan maksud struktur organisasi dan nyatakan empat kepentingan struktur organisasi kepada sesebuah perniagaan. Info Dinamik Antara struktur organisasi yang lain: Struktur organisasi jaringan/rangkaian 1 Organisasi maya berbentuk rangkaian di mana boleh diselaraskan dengan penggunaan Internet dan media komunikasi. 2 Contoh syarikat maya seperti Amazon.com, Dell, Axiata 3 Teras perniagaan syarikat: (a) Syarikat pembuatan (b) Syarikat pemasaran dan promosi (c) Syarikat pengedaran (d) Syarikat reka bentuk produk (e) Syarikat kejuruteraan Sistem Penggajian bagi Sesebuah Organisasi 1.7 SP 3.1.7 Mencadangkan idea baharu bagi satu sistem penggajian berpandukan struktur organisasi yang dibina. 1 Gaji ialah bayaran secara tetap yang dibayar oleh majikan kepada para pekerja yang menyumbang tenaga dalam sesebuah organisasi. 2 Penggajian merujuk suatu sistem mengurus data gaji pekerja dalam sesuatu rekod yang menyenaraikan nama pekerja dan jumlah gaji yang patut diterima. 3 Tujuan penggajian: (a) Menarik pekerja untuk berkhidmat dalam organisasi. (b) Mengekalkan pekerja yang berpengalaman untuk kekal bekerja. (c) Memotivasikan pekerja. (d) Menghargai jasa dan sumbangan pekerja yang berbakti dan memajukan organisasi ke tahap yang lebih cemerlang. 4 Penggajian melibatkan dua komponen utama, iaitu gaji dan faedah. Jadual 1.6 Jenis-jenis gaji dan faedah kepada pekerja Gaji Faedah • Gaji Asas • Upah • Elaun • Caruman KWSP • Caruman PERKESO • Pinjaman kewangan • Perkongsian keuntungan • Biasiswa pendidikan • Insuran berkelompok • Insentif-insentif lain • Kemudahan perubatan • Kemudahan cuti • Tempat penjagaan anak-anak • Kemudahan keselamatan • Kemudahan kenderaan • Kemudahan penginapan • Latihan dan kursus • Bonus tunai • Komisen RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 96 19/3/2024 9:34:44 AM


97 BAB 1 TINGKATAN 5 Aktiviti KBAT Huraikan secara umum lima jenis struktur organisasi yang boleh disesuaikan oleh usahawan mengikut jenis dan skop perniagaan mereka dalam sesebuah organisasi perniagaan dengan menggunakan contoh syarikat pengeluar barang dan perkhidmatan yang bersesuaian di tempat anda. Jadual 1.7 Jenis-jenis gaji kepada pekerja Jenis Keterangan Gaji asas • Gaji yang diberi kepada pekerja tanpa pembayaran tambahan seperti elaun, bonus, komisen dan lain-lain. • Gaji asas akan dibayar mengikut perjanjian pekerjaan yang telah dibuat antara pihak majikan dengan pekerja. Upah • Upah merupakan bayaran yang dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja atau mengikut hari bekerja. • Upah akan dibayar setelah pekerja menyelesaikan tugas mereka mengikut tempoh masa bekerja. Elaun • Bayaran tambahan yang akan dibayar oleh majikan kepada pekerjanya. • Pemberian elaun bergantung pada jenis jawatan yang disandang. Jadual 1.8 Jenis-jenis faedah kepada pekerja Jenis Keterangan Caruman KWSP Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (1955) yang mewajibkan caruman dibuat oleh majikan (12%) dan pekerja (11%) setiap bulan. Jenis Keterangan Caruman PERKESO Akta Keselamatan Sosial (PERKESO) (1969) yang mewajibkan pihak majikan mengambil insurans pampasan pekerja, iaitu 1.75% daripada gaji bulanan pekerja untuk melindungi majikan daripada tuntutan pekerjanya. Pinjaman kewangan Pinjaman kewangan ialah faedah yang disediakan oleh syarikat mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Perkongsian keuntungan Keuntungan syarikat yang dikongsikan dalam bentuk tunai atau syer. Biasiswa pendidikan Bantuan kewangan kepada pekerja untuk melanjutkan pelajaran dan latihan. Insurans berkelompok Majikan membayar wang premium kepada syarikat insurans untuk melindungi pekerja daripada sebarang risiko semasa bekerja. Kemudahan perubatan Faedah perubatan dan penjagaan kesihatan yang dibiayai majikan atau syarikat. Kemudahan cuti Kemudahan akan diberikan kepada pekerja mengikut tahun perkhidmatan merangkumi cuti tahunan, cuti sakit, cuti rehat, cuti bersalin dan sebagainya. Tempat penjagaan anak-anak Kemudahan penjagaan anak-anak di tempat kerja yang disediakan oleh majikan. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 97 19/3/2024 9:34:44 AM


98 BAB 1 TINGKATAN 5 Jenis Keterangan Kemudahan keselamatan Penyediaan alat keselamatan dan persekitaran kerja yang selamat supaya pekerja tidak terdedah kepada sebarang risiko. Kemudahan penginapan Tempat tinggal yang disediakan oleh majikan kepada pekerja. Bonus tunai Ganjaran yang diberikan kepada pekerja pada akhir tempoh tertentu dalam bentuk peratusan daripada jumlah gaji pekerja. Komisen • Diberikan kepada pekerja yang terlibat dalam aktiviti jualan. • Jumlah komisen bergantung pada jumlah jualan yang dilakukan oleh pekerja dalam kadar peratusan yang telah disetujui oleh kedua-dua pihak. Faktor Penentu Sistem Penggajian 1 Setiap organisasi akan mengamalkan sistem penggajian yang berbeza-beza bergantung pada pelbagai penentu seperti dalam Jadual 1.9. 2 Penentu-penentu sistem pengajian: Jadual 1.9 Penentu-penentu sistem penggajian Bil. Penentu Huraian 1 Kemampuan organisasi Organisasi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh akan memberi lebih banyak ganjaran kepada pekerja. Bil. Penentu Huraian 2 Bentuk dan jenis tugas Pekerja yang menjalankan tanggungjawab yang berat akan diberi ganjaran yang lebih tinggi. 3 Undangundang dan peraturan kerajaan Pihak kerajaan berkuasa menentukan kadar ganjaran minimum yang perlu diberikan oleh sesebuah organisasi. 4 Ganjaran yang dibayar oleh pihak pesaing Bagi mengelakkan pekerja daripada berhenti atau berpindah majikan, majikan akan memberikan ganjaran yang setara atau lebih tinggi berbanding dengan ganjaran yang diberikan oleh pesaing dalam industri yang sama. 5 Permintaan dan penawaran buruh Permintaan dan penawaran buruh akan menentukan kadar upah di pasaran. 6 Faktor lokasi Kawasan yang berbeza memyebabkan kos sara hidup yang berbeza seperti di bandar kos sara hidup adalah lebih tinggi berbanding dengan di luar bandar. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 98 19/3/2024 9:34:45 AM


99 BAB 1 TINGKATAN 5 Aktiviti KBAT Buat perbincangan secara sumbang saran bersama ahli kumpulan mengenai faktor-faktor yang menentukan sistem penggajian yang diamalkan oleh Malaysia mengikut industri, negeri dan jenis pekerjaan. SEMAK CEPAT 1.4 1 Berikan beberapa jenis faedah kewangan dan bukan kewangan yang sering diamalkan oleh majikan kepada pekerjanya. 2 Terangkan faktor-faktor yang menjadi penentu kepada sistem penggajian di sesebuah syarikat. 3 Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh pihak pengurusan dalam melaksanakan sistem penggajian yang terbaik? 4 Terangkan empat tujuan penggajian yang diamalkan oleh sesebuah perniagaan. Bagi menjawab soalan struktur/esei: Jawapan yang dikemukakan hendaklah selaras dengan jumlah markah yang diperuntukkan. • Biar ringkas tetapi menepati keperluan kehendak soalan. • Bagi soalan kajian kes, masukkan nama individu/syarikat yang terlibat dalam kajian kes. Ingat! Anda perlu menjawab lima soalan di Bahagian A, dua soalan di Bahagian B dan satu soalan di Bahagian C dalam masa dua jam lima belas minit. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 99 19/3/2024 9:34:45 AM


100 BAB 2 TINGKATAN 5 2.0 Pengenalan 1 Setiap organisasi perniagaan memerlukan sumber fizikal dan sumber teknologi yang sentiasa dapat dimanfaatkan untuk digunakan dalam menjalankan aktiviti perniagaan. 2 Sumber fizikal merujuk aset yang berbentuk ketara atau nyata untuk dimanfaatkan oleh organisasi bagi menjalankan perniagaannya. 3 Sumber teknologi pula ialah aset yang berbentuk tidak ketara atau tidak nyata untuk dimanfaatkan oleh organisasi bagi menjalankan perniagaannya. Tujuan Mengurus Sumber Fizikal yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 2.1 SP 3.2.1 Menjelaskan tujuan mengurus sumber fizikal yang diperlukan dalam operasi sesuatu perniagaan. 1 Memastikan semua jenis sumber fizikal, iaitu aset-aset perniagaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat. Tajuk 1 : Sumber Perniagaan Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi Bab 2 2 Memastikan semua sumber fizikal sentiasa berfungsi dan boleh digunakan dengan baik untuk menghasilkan keluaran. 3 Memastikan sumber fizikal sentiasa dalam keadaan mencukupi apabila diperlukan dalam proses pengeluaran. Jenis Sumber Fizikal 1 Antara sumber fizikal yang perlu diuruskan dengan baik: Peta Buih i THINK Jenis sumber fizikal Produk siap Stok Bangunan dan kemudahan Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi Bahan mentah Kilang dan mesin Rajah 2.1 Jenis sumber fizikal Info Dinamik Telefon pintar (Smartphone) merupakan telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Istilah Penting • Aset – harta yang mempunyai nilai dan boleh dijual atau dipindah milik RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 100 19/3/2024 9:34:49 AM


101 BAB 2 TINGKATAN 5 Jadual 2.1 Jenis-jenis sumber fizikal Sumber Fizikal Fungsi Tujuan Mengurus Bangunan dan Kemudahan • Bangunan ialah tempat menjalankan operasi perniagaan. • Kemudahan merujuk infrastruktur yang membantu pengurusan perniagaan. • Keadaan bangunan yang selamat. • Kelengkapan kemudahan fizikal dapat menjamin kelancaran operasi perniagaan. Kilang dan Mesin • Kilang ialah tempat memproses bahan mentah kepada produk siap. • Mesin merupakan jentera pemprosesan bahan mentah. • Sentiasa membuat penyelenggaraan kilang dan mesin. • Memastikan pengeluaran barang siap yang efektif. Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi • Peralatan yang digunakan dalam operasi sesebuah perniagaan seperti komputer, telefon dan faksimili. • Diuruskan dengan baik supaya dapat mempercepat dan memudahkan urusan perniagaan. Stok • Stok ialah barang siap yang sedia untuk dijual. • Stok perlu disimpan di dalam gudang dengan selamat dan teratur. • Stok sentiasa mencukupi apabila diperlukan. • Stok disimpan secara sistematik mengikut sistem yang berkesan. Bahan Mentah • Bahan mentah digunakan untuk pengeluaran barang untuk menghasilkan barang lain atau barang siap. • Bahan mentah dijaga dengan baik supaya tidak mudah rosak. • Sentiasa mencukupi apabila diperlukan. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 101 19/3/2024 9:34:51 AM


102 BAB 2 TINGKATAN 5 SEMAK CEPAT 2.1 1 Jelaskan maksud sumber fizikal dalam sesebuah syarikat perniagaan. 2 Apakah tujuan mengurus sumber fizikal? 3 Nyatakan enam sumber fizikal yang perlu diuruskan oleh usahawan. Prosedur Mengurus Sumber Fizikal yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 2.2 SP 3.2.2 Menghuraikan prosedur mengurus sumber fizikal yang diperlukan dalam operasi sesuatu perniagaan. 1 Setiap sumber fizikal yang perlu diuruskan dalam sesebuah organisasi perniagaan memerlukan tatacara dan prosedur tertentu dalam menguruskan sumber tersebut. 2 Pengurusan sumber fizikal perniagaan mempunyai langkah seperti perlindungan insurans dan keselamatan serta penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang. 3 Prosedur pengurusan sumber fizikal meliputi: Peta Pokok i THINK Prosedur Mengurus Sumber Fizikal Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang Perlindungan insurans dan keselamatan Rajah 2.2 Prosedur mengurus sumber fizikal Info Dinamik Insurans Liabiliti Awam ialah polisi yang menanggung rugi perniagaan terhadap jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada orang awam atau pihak ketiga dalam perniagaan merangkumi kecederaan anggota badan, kematian akibat kemalangan serta kerugian atau kerosakan pada harta benda. Aktiviti KBAT Bincangkan keperluan penyelenggaraan stok secara berkala. Sumber Fizikal Fungsi Tujuan Mengurus Produk Siap • Produk siap ialah barang akhir setelah siap diproses dan sedia untuk dijual. • Barang ini terdiri daripada barangan keperluan dan kehendak. • Diurus secara sistematik supaya kualiti sentiasa berada dalam keadaan baik sebelum memasuki pasaran. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 102 19/3/2024 9:34:51 AM


103 BAB 2 TINGKATAN 5 SEMAK CEPAT 2.2 1 Nyatakan dua prosedur mengurus sumber fizikal. 2 Bagaimanakah prosedur mengurus sumber fizikal? lmbas kod QR atau layari https://www.bharian.com. my/ bisnes/lain-lain/2019/07/583003/ lebih-50-peratus-pks-tiadaperlindungan-insurans untuk melihat kepentingan mempunyai perlindungan insurans untuk perusahaan. Untuk tujuan pembelajaran Tujuan Mengurus Sumber Teknologi yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 2.3 SP 3.2.3 Menjelaskan tujuan mengurus sumber teknologi yang diperlukan dalam operasi sesuatu perniagaan. 1 Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. 2 Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan Internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Jadual 2.2 Prosedur pengurusan sumber fizikal Prosedur Mengurus Sumber Fizikal Fungsi Prosedur Mengurus Perlindungan insurans dan keselamatan 1 Untuk melindungi daripada pelbagai risiko dan elakkan daripada kerugian. 2 Contoh insurans: (a) Kebakaran: melindungi bangunan, mesin dan stok. (b) Kecurian: kehilangan atau kerosakan akibat rompakan aset. (c) Jaminan setia: pecah amanah. (d) Risiko penghantaran stok tertangguh. (e) Perlindungan liabiliti awam. 1 Bangunan perlulah dilengkapi alat pemadam api, kamera litar tertutup, alat penggera dan laluan kecemasan. 2 Setiap mesin mestilah memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan. Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang 1 Untuk mengelakkan kerosakan dan mengganggu produktiviti. 2 Memastikan mesin dapat beroperasi dengan baik tanpa gangguan. 1 Jadual pemeriksaan, penyelenggaraan berkala untuk mencegah kerosakan. 2 Tindakan baik pulih segera untuk membaiki sebarang kerosakan. Istilah Penting • Piawaian – standard yang ditetapkan atau menjadi asas • Berkala – terancang atau mengikut jadual RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 103 19/3/2024 9:34:51 AM


104 BAB 2 TINGKATAN 5 3 Setiap organisasi perlu menguruskan sumber teknologi yang dimiliki dengan baik untuk menjamin kemampuan bersaing dalam pasaran dan kelangsungan perniagaan tersebut. 4 Antara sumber teknologi yang perlu diuruskan dengan baik ialah: Harta Intelek • Reka Bentuk • Lukisan • Muzik • Video Lesen Perisian • Perisian MS Office • Windows • Adobe Photoshop Kemahiran dan Pengalaman • Teknologi • Perakaunan • Pengaturcaraan • Robotik • Kejuruteraan Rajah 2.3 Sumber teknologi Jenis Sumber Teknologi Jadual 2.3 Jenis sumber teknologi Sumber Teknologi Maksud Tujuan Mengurus Harta Intelek • Harta intelek merujuk ciptaan yang diperoleh hasil kreativiti dan ciptaan daya intelektual seseorang daripada akal fikiran. • Termasuk hasil kerja sastera dan seni, simbol, nama, imej dalam pelbagai bentuk sama ada gambar atau lukisan dan reka bentuk yang digunakan di dalam perdagangan atau perniagaan. • Tujuan mengurus harta intelek adalah untuk menjaga perniagaan daripada ancaman: – Cetak rompak – Barangan tiruan – Penyalahgunaan – Penggunaan tanpa kebenaran Lesen Perisian • Perjanjian bertulis antara pengguna yang telah membeli perisian tersebut. • Mengandungi terma dan syarat tentang sesebuah perisian boleh digunakan. • Tujuan menguruskan setiap perisian supaya mempunyai lesen yang tulen dan sah kerana: – Penggunaan perisian tanpa lesen adalah kesalahan jenayah. – Mengelakkan perniagaan daripada dikenakan saman. – Melindungi nama baik perniagaan. Istilah Penting • Cetak rompak – pencabulan hak cipta RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 104 19/3/2024 9:34:52 AM


105 BAB 2 TINGKATAN 5 Sumber Teknologi Maksud Tujuan Mengurus Kemahiran dan Pengalaman • Kemahiran merujuk kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. • Pengalaman pula merujuk pengetahuan atau kemahiran atau pemerhatian sesuatu benda atau peristiwa yang diperoleh melalui penglibatan atau pendedahan kepada benda atau peristiwa itu. • Kemahiran dan pengalaman dalam bidang berkaitan, kemahiran dalam bidang teknologi dan komunikasi, perakaunan, pengaturcaraan, robotik dan kejuruteraan. • Kemahiran dan pengalaman pekerja perlu disusun dan diuruskan dengan sempurna supaya: – Pekerja yang mahir dan berpengalaman dalam bidang yang diceburi dapat mengelak berlakunya kesilapan semasa menjalankan tugas. – Mengelakkan berlaku pembaziran tenaga kerja yang mahir dalam bidang sama. – Menggunakan kemahiran dan kepakaran pekerja secara optimum untuk meningkatkan produktiviti perniagaan. • Setiap pekerja yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang tinggi perlu diberi: – Imbuhan yang setimpal untuk meningkatkan motivasi kerja. – Latihan yang berterusan untuk meningkatkan daya produktiviti. – Perlindungan kerja supaya pekerja rasa sentiasa selesa dan selamat untuk bekerja. Aktiviti KBAT 1 Berapakah harga yang perlu saya tawarkan untuk harta intelek yang dijual? 2 Apakah nilai harta intelek saya? 3 Siapakah yang boleh menilai harta intelek saya? SEMAK CEPAT 2.3 1 Nyatakan dua sumber teknologi. 2 Berikan definisi lesen perisian. 3 Berikan tujuan mengurus harta intelek. Info Dinamik Bill Gates atau nama penuhnya William Henry Gates dilahirkan pada 28 Oktober 1955 di Seattle, Washington. Beliau merupakan pengasas bersama, pengerusi, bekas ketua arkitek perisian dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, syarikat perisian terbesar di dunia. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 105 19/3/2024 9:34:52 AM


106 BAB 2 TINGKATAN 5 Prosedur Mengurus Sumber Teknologi yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 2.4 SP 3.2.4 Menghuraikan prosedur mengurus sumber teknologi yang diperlukan dalam operasi sesuatu perniagaan. Sumber teknologi sesebuah organisasi perniagaan terutama harta intelek perlu diuruskan dengan sempurna melalui paten dan hak cipta terpelihara. Jadual 2.4 Prosedur mengurus sumber teknologi Pengurusan Sumber Teknologi Paten Hak Cipta Terpelihara Definisi • Sekiranya sesebuah perniagaan telah mereka cipta sesuatu ciptaan baharu atau teknologi yang masih belum wujud, maka ciptaan perniagaan tersebut boleh dilindungi di bawah paten. • Paten merujuk hak eksklusif untuk suatu reka cipta seperti produk atau inovasi terhadap produk sedia ada atau melibatkan proses menghasilkan barang. • Hak cipta ialah perlindungan yang diberikan kepada pencipta karya, pemilik hak cipta dan pelaku tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987. • Hak Cipta ialah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hak cipta di Malaysia adalah berasaskan Akta Hak cipta 1987. • Hak eksklusif kepada pencipta karya dan mengawal penggunaan karya mereka. • Boleh diberikan kepada ekspresi idea yang telah dizahirkan. Contoh Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah: • Karya sastera • Karya muzik • Karya seni • Filem • Rakaman bunyi • Siaran • Karya terbitan Kepentingan • Penting bagi sesebuah perniagaan kerana hak cipta dilindungi undang-undang. • Mengeksploit reka cipta yang dipatenkan. • Menyerah hak atau pindah milik. • Membuat kontrak lesen. • Tujuan – untuk melindungi dan tidak disalahgunakan untuk kepentingan pihak lain. • Antara perbuatan pelanggaran hak cipta termasuklah: – Pengeluaran semula karyakarya yang telah mendapat hak cipta dalam pelbagai bentuk seperti tayangan, pertunjukan permainan atau pengedaran kepada masyarakat awam. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 106 19/3/2024 9:34:53 AM


107 BAB 2 TINGKATAN 5 Pengurusan Sumber Teknologi Paten Hak Cipta Terpelihara – Pengimportan salinan langgaran karya-karya berhak cipta ke negara Malaysia selain daripada kegunaan persendirian yang dibenarkan. – Membuat salinan karya yang telah mendapat hak cipta untuk tujuan jualan atau sewaan. – Membuat salinan langgaran karya-karya hak cipta dalam bentuk penjualan, penyewaan dan pengedaran apa-apa dengan cara perdagangan, mendedahkan dan menawarkan untuk jualan atau sewaan. – Mempunyai salinan langgaran untuk tujuan perdagangan selain untuk kegunaan persendirian yang dibenarkan. – Membuat pameran salinan langgaran karya-karya berhak cipta untuk tujuan perdagangan kepada masyarakat awam. Prosedur Mengurus • Pendaftaran boleh dibuat melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). • Pemilikan paten akan dilindungi selama 20 tahun di Malaysia. • Setiap reka cipta belum dizahirkan kepada orang awam oleh mana-mana syarikat. • Melibatkan langkah mereka cipta yang mana reka cipta itu tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi tersebut. • Dapat digunakan dalam pelbagai industri. • Hak cipta ialah hak ekslusif kepada pencipta karya. • Karya-karya di atas dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karyakarya itu dihasilkan. • Walau bagaimanapun, perlindungan hak cipta hanya boleh diberikan kepada ekspresi idea dan tidak kepada idea, prosedur, kaedah pengendalian atau konsep matematik. • Perlindungan hak cipta di Malaysia berdasarkan Akta Hak Cipta 1987. • Semua permohonan boleh dikemukakan kepada MyIPO. Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.myipo.gov.my/ms/hak-cipta/?lang=ms RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 107 19/3/2024 9:34:53 AM


108 BAB 2 TINGKATAN 5 SEMAK CEPAT 2.4 1 Jelaskan maksud paten suatu reka cipta produk. 2 Nyatakan maksud hak cipta suatu produk atau karya. 3 Jelaskan tujuan utama memohon hak cipta terpelihara. Aktiviti KBAT Secara berkumpulan, bincangkan prosedur mengurus sumber teknologi dalam operasi perniagaan syarikat Les’ Copaque Production bagi melindungi filem “Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal“ daripada dicetak rompak. Info Dinamik MyIPO menyediakan perlindungan pelbagai bentuk harta intelek seperti tanda dagang (trademark), hak cipta (copyright), paten (patent) dan reka bentuk perindustrian (industrial design). Aplikasi Pengetahuan Pengurusan Sumber Fizikal dan Sumber Teknologi dalam Satu Perniagaan yang Mampan 2.5 SP 3.2.5 Mengaplikasikan pengetahuan pengurusan sumber fizikal dan sumber teknologi dalam satu perniagaan yang mampan. 1 Satu kajian kes mengenai sumber fizikal dan sumber teknologi boleh dilakukan dengan menggunakan contoh syarikat yang mempunyai pengurusan sumber fizikal dan teknologi yang kukuh seperti Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS). 2 MODENAS telah berjaya menguruskan sumber fizikal dan sumber teknologi secara terancang sehingga dapat menghasilkan pelbagai jenis motosikal yang berkualiti tinggi. Sumber Fizikal Syarikat MODENAS Bangunan dan Kemudahan 1 MODENAS merupakan sebuah anak syarikat DRB-HICOM, beribu pejabat di Gurun, Kedah. 2 Bangunan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran MODENAS. 3 MODENAS juga mempunyai makmal ujian untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan mutu keluaran motosikalnya. 4 MODENAS mempunyai trek ujian kenderaan dan pusat pembelajaran bagi mengeluarkan motosikal yang berkualiti tinggi. 5 MODENAS turut mempunyai lima buah tempat servis utama motosikal di Malaysia, iaitu terletak di Gurun (Kedah), Shah Alam (Selangor), Kuantan (Pahang), Ipoh (Perak) dan Johor Bahru (Johor). 6 Selain itu, MODENAS juga menyewa sebahagian ruang bangunan untuk dijadikan bilik pameran bagi motosikal yang ingin dipasarkan di setiap cawangannya. 7 Bilik pameran ini juga dilengkapi dengan prasarana yang mencukupi bagi menarik perhatian pelanggan membuat tinjauan, pertanyaan dan seterusnya membuat tempahan motosikal. RC_SPM Perniagaan Fr5 B1-B3_Vim2p.indd 108 19/3/2024 9:34:54 AM


289 Jawapan Tingkatan 4 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan Bab 1 Semak Cepat 1.1 1 Enam konsep asas perniagaan ialah: • Memuaskan kehendak dan keperluan pengguna • Pertukaran nilai • Keuntungan perniagaan • Kontrak perniagaan • Barang dan perkhidmatan • Penjual dan pembeli 2 Fungsi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 ialah: Melindungi pengguna dan memastikan bahawa peniaga berniaga secara jujur tanpa menaikkan harga barang atau perkhidmatan secara sesuka hati. 3 Tiga jenis perniagaan yang boleh dimulakan dengan menggunakan modal yang kecil ialah: • Perniagaan produk makanan homemade • Perniagaan pencetakan dan jualan cenderahati • Kiosk makanan/pasar malam • Perniagaan pakaian kanak-kanak/ tudung • Dropship (Mana-mana jawapan yang munasabah diterima) Semak Cepat 1.2 1 Sebab setiap perniagaan perlu didaftarkan mengikut prosedur yang ditetapkan kerana: Untuk melindungi semua pihak termasuk pengguna dan perniagaan itu sendiri. 2 Empat organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) yang anda tahu ialah: • Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) • Sahabat Alam Malaysia (SAM) • World Wildlife Fund (WWF) • Mercy Malaysia (Mana-mana jawapan yang munasabah diterima) 3 Dua ciri syarikat Sendirian Berhad ialah: • Pemegang saham ialah pemilik saham dan perkataan “sendirian” bermaksud pemilik saham terdiri daripada saudara-mara dan kenalan sahaja. • Tertakluk kepada Akta Syarikat 2016. • Bilangan ahli satu hingga 50 orang. • Saham syarikat tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia. • Pindah milik saham hanya boleh dilakukan dengan kebenaran ahli lembaga pengarah. • Lebih mudah mendapatkan modal yang besar untuk membiayai operasi syarikat. • Modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer. • Pemegang saham menanggung liabiliti terhad. • Sekiranya muflis, pemegang syer hanya kehilangan modal syer yang dilaburkan. • Semua harta peribadi mereka tidak akan digunakan untuk menyelesaikan hutang piutang syarikat. • Pemegang saham terbesar syarikat berhak mengawal setiap operasi syarikat. (Mana-mana dua jawapan di atas) Semak Cepat 1.3 1 Peranan francais ialah: Menjalankan aktiviti perniagaan mengikut peraturan dan sistem piawaian yang ditetapkan oleh francaisor. 2 Tiga kelebihan perniagaan francais kepada francaisi ialah: • Memiliki dan menjalankan satu perniagaan yang sistematik. • Reka bentuk yang seragam. • Risiko kegagalan perniagaan rendah. RC_SPM Perniagaan Jaw 3rd.indd 289 18/4/2024 11:45:06 AM


290 JAWAPAN • Mendapat sokongan pengurusan daripada francaisor. • Jenama terkenal dan jaringan perniagaan yang lebih luas. • Tidak perlu banyak pengalaman dalam perniagaan. (Mana-mana jawapan yang munasabah diterima) Semak Cepat 1.4 1 Perbezaan antara perniagaan bersaiz sederhana dengan perniagaan bersaiz besar ialah: Jenis Perniagaan Perniagaan Bersaiz Sederhana Perniagaan Bersaiz Besar Pengilangan • Mempunyai nilai jualan tahunan sebanyak RM15 juta hingga kurang daripada RM50 juta • Bilangan pekerja 75 hingga kurang daripada 200 orang • Nilai jualan tahunan melebihi RM50 juta • Bilangan pekerja tetap perlu melebihi 200 orang Perkhidmatan • Nilai jualan tahunan mestilah bernilai RM3 juta hingga kurang daripada RM20 juta • Bilangan pekerja tetap daripada 30 hingga kurang daripada 75 orang • Nilai jualan tahunan melebihi RM20 juta • Bilangan pekerja melebihi 75 orang 2 Kepentingan sektor utama, kedua dan ketiga dalam membantu penjanaan ekonomi negara ialah: • Dalam sektor utama, ia meliputi semua aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi dengan mengeluarkan bahan mentah atau hasil alam semula jadi dari bumi atau laut. Aktiviti yang dijalankan dalam sektor utama seperti perlombongan, pertanian, pembalakan dan perikanan. • Dalam sektor kedua pula, ia melibatkan pemprosesan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau separuh siap. Ia dikategorikan kepada pembuatan dan pengilangan, kejuruteraan, pembekalan tenaga dan pembinaan. • Dalam sektor ketiga, ia melibatkan aktiviti membekalkan perkhidmatan tertentu daripada pengeluar terus kepada pengguna. Oleh itu, sektor ketiga memerlukan sektor utama dan kedua bagi membantu sektor ketiga memasarkan produk mereka. • Contohnya, dalam pembinaan sebuah kereta. Sektor utama membekalkan bahan mentah seperti aluminium dan getah. Kemudian dalam sektor kedua, bahan mentah diproses untuk dijadikan tayar dan badan kereta. Seterusnya, sektor ketiga akan memberikan perkhidmatan pengangkutan dan memasarkan produk tersebut. 3 Sebab kerajaan menggalakkan rakyat menceburi sektor kedua pada era 1990- an ialah: Untuk mengurangkan kebergantungan kepada barang import. Trend Semasa dalam Perniagaan Bab 2 Semak Cepat 2.1 1 Kementerian yang sedia membantu perniagaan bersaing pada peringkat domestik dan antarabangsa ialah: • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Kos Sara Hidup (KPDN) • Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) • Bank Negara Malaysia (BNM) 2 Empat peranan MATRADE dalam mempromosikan aktiviti yang berkaitan dengan perdagangan di luar Malaysia ialah: RC_SPM Perniagaan Jaw 3rd.indd 290 18/4/2024 11:45:06 AM


291 JAWAPAN • Mencari dan membangunkan kawasan perdagangan baharu serta mengenal pasti pasaran baharu di luar negara. • Menemukan pengeksport Malaysia dengan pengimport dari luar negara. • Mengekalkan perhubungan antara pengimport dengan pengeksport berdaftar. • Mencetak dan mengedarkan bahan bacaan mengenai aktiviti perdagangan Malaysia. • Mengadakan misi perdagangan ke luar negara untuk pengeluar tempatan dan membawa masuk pengimport dari luar negara. • Mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa dalam usaha mempromosikan barangan keluaran Malaysia dan mengeratkan hubungan perdagangan dengan negara lain. • Merancang dan mengendalikan seminar perdagangan antarabangsa untuk pengeksport Malaysia. (Mana-mana empat jawapan di atas) 3 Matlamat undang-undang perlindungan pengguna ialah: • Keselamatan pengguna dalam aspek makanan, ubat-ubatan serta sebarang amalan dan perkhidmatan yang tidak selamat. • Kesihatan pengguna bertujuan untuk melindungi pengguna daripada tindakan perniagaan yang boleh mengancam kesihatan pengguna. • Hak pengguna mendapat ganti rugi jika pengguna tidak menerima barangan dan perkhidmatan sebagaimana yang dijanjikan oleh peniaga. • Melindungi hak pengguna mendapat alam sekitar yang bersih ekoran aktiviti perniagaan mencemarkan alam sekitar, iaitu pencemaran udara, air, bunyi dan tanah. Semak Cepat 2.2 1 Jenis pengangguran yang terdapat di sesebuah negara dan cara mengatasinya ialah: Pengangguran bermusim Cara mengatasi: Pemberian insentif kepada perniagaan seperti pengecualian cukai atas pembayaran gaji pekerja yang diambil terus bekerja dalam satu tempoh masa tertentu. Pengangguran kitaran Cara mengatasi: • Menjalankan dasar fiskal dan dasar kewangan dalam mengekang kemelesetan ekonomi. • Aktiviti perniagaan dapat terus beroperasi dan pengecilan bilangan pekerja dapat dikurangkan. Pengangguran struktur Cara mengatasi: • Kerajaan membuat perancangan ekonomi yang sesuai dengan trend perubahan ekonomi dan perniagaan. • Setiap perubahan boleh dihadapi dengan lebih mampan kerana persiapan telah dibuat, terutama dalam keperluan tenaga pekerja yang selari dengan perubahan tuntutan semasa. • Kerajaan perlu peka dengan perubahan global yang boleh mempengaruhi hala tuju dan corak perniagaan pada jangka masa pendek dan panjang. Pengangguran teknologi Cara mengatasi: • Penggunaan mesin-mesin moden hanya digunakan untuk proses tertentu sahaja yang tidak dapat dilaksanakan oleh pekerja. • Maklumat berkaitan peluang pekerjaan juga perlu diberi dan dikongsi dengan semua tenaga buruh. 2 Inflasi ialah: Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan. Ia berlaku disebabkan peningkatan permintaan barang atau perkhidmatan melebihi jumlah penawaran barang atau perkhidmatan di pasaran. 3 Peranan kerajaan dalam mengawal deflasi ialah: (a) Mengurangkan kadar cukai supaya dapat meningkatkan pendapatan boleh guna penduduk. (b) Memberi khidmat nasihat dan perundangan agar sumber dapat digunakan secara optimum. RC_SPM Perniagaan Jaw 3rd.indd 291 18/4/2024 11:45:06 AM


292 JAWAPAN (c) Menurunkan kadar faedah supaya pengguna mengurangkan simpanan dan meningkatkan perbelanjaan. (d) Melaksanakan dasar fiskal bagi meningkatkan permintaan yang akan meningkatkan harga barang serta merancakkan aktiviti perniagaan. 4 Pengaruh trend pertumbuhan ekonomi dalam membantu perkembangan perniagaan ialah: Fasa Kemelesetan • Penduduk tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli produk. • Pendapatan kerajaan merosot. • Kadar pengangguran meningkat. Fasa Melambung • Peningkatan permintaan terhadap produk. • Memerlukan pekerja yang ramai untuk menjalankan aktiviti perniagaan. • Mampu membayar gaji dan upah yang tinggi. • Melibatkan aktiviti eksport dan pelaburan di luar negara. Semak Cepat 2.3 1 Gaya pengurusan yang wujud dalam faktor dalaman sesuatu perniagaan ialah: Gaya pengurusan laissez-faire (1,1) • Majikan terlalu memberi ruang/ kebebasan kepada pekerja. • Mewujudkan tingkah laku pekerja sukar dikawal. • Organisasi gagal mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Gaya pengurusan sokongan (1,9) • Menunjukkan tahap perhubungan yang baik antara pekerja dengan majikan. • Masih wujud risiko kegagalan dalam tindakan majikan dalam mempengaruhi pekerja dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Gaya pengurusan sederhana (5,5) • Majikan bijak menjaga hubungan dengan pekerja. • Bertujuan memberi motivasi kepada pekerja untuk mencapai matlamat. Gaya pengurusan autokratik (9,1) • Tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat. • Menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan sesetengah pekerja. Gaya pengurusan demokratik (9,9) • Tindakan majikan mengamalkan toleransi dan hubungan baik dengan pekerja dalam semua aspek. • Mempengaruhi pekerja terus berusaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan. 2 Kelebihan dan kekurangan sumber manusia dalaman dalam mempengaruhi persekitaran perniagaan ialah: Kelebihan Kekurangan Memotivasikan pekerja Tidak membawa idea baharu Pekerja lebih memahami budaya organisasi Kekosongan jawatan Maklumat pekerja sedia ada Pengetahuan stereotaip 3 Kaedah menggunakan SWOT: Strategi Huraian Kekuatan –Peluang (S 0) Kekuatan atau keunikan yang ada pada perniagaan yang boleh digunakan untuk merebut peluang yang wujud. Kelemahan –Peluang (W O) Kelemahan yang dihadapi perniagaan perlu diatasi dengan mengambil langkah proaktif supaya peluang perniagaan yang wujud dapat direbut oleh perniagaan. Kekuatan –Ancaman (S T) Kekuatan yang dimiliki oleh perniagaan dapat digunakan dalam strategi menghadapi ancaman yang wujud. Kelemahan –Ancaman (W T) Kekurangan yang dihadapi oleh perniagaan memberi ancaman kepada perniagaan. 4 Kesan perubahan dari aspek trend ialah: • Guna tenaga – tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Jika trend menurun dalam guna tenaga, hal ini bermakna kadar pengangguran akan meningkat. RC_SPM Perniagaan Jaw 3rd.indd 292 18/4/2024 11:45:06 AM


293 JAWAPAN • Pendapatan – jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh individu dalam satu jangka masa tertentu, biasanya dalam masa satu tahun, sama ada daripada kegiatan produktif atau tidak produktif. Peningkatan pendapatan boleh guna akan merancakkan pertumbuhan ekonomi. • Pertumbuhan ekonomi – trend pertumbuhan ekonomi yang semakin berkembang melalui dasar fiskal dan dasar kewangan memberi kesan positif kepada perniagaan. Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan Bab 3 Semak Cepat 3.1 1 Maksud: (a) Visi • Melibatkan fokus dan perancangan jangka masa panjang. • Sebagai panduan untuk membuat keputusan dan tindakan supaya hala tuju perniagaan berada di landasan yang tepat. (b) Misi • Satu pernyataan ringkas yang menjelaskan tujuan atau matlamat utama sesebuah perniagaan. • Dibentuk menjadi satu ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan untuk mencapai matlamat. (c) Objektif • Merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus. • Sasaran boleh diukur bagi mencapai tujuan organisasi. 2 Perbandingan antara organisasi bermotifkan untung dengan organisasi bukan bermotifkan untung dari segi aktiviti, tujuan dan sumber kewangan: Dimensi Organisasi Bermotifkan Untung Organisasi Bukan Bermotifkan Untung Aktiviti Mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Tertumpu pada aktiviti memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Tujuan Memaksimumkan keuntungan. Memberi kepuasan dan menjaga kebajikan ahli. Sumber Kewangan Sumber modal daripada pemilik, pinjaman dan keuntungan perniagaan. Dapat pembiayaan daripada kerajaan, sumbangan dan yuran keahlian. 3 Empat tumpuan pertubuhan sukerela ialah: • Bercorak kebajikan dan faedah bersama. • Lebih berfokus pada perkhidmatan yang disediakan untuk ahli dan masyarakat. • Lebih bercorak aktiviti selaras dengan tujuan organisasi tersebut didaftarkan. • Lebih dikenali dengan nama persatuan, kelab, yayasan dan angkatan. Semak Cepat 3.2 1 Ciri-ciri objektif perniagaan yang baik ialah: • Spesific (Spesifik) • Measureable (Boleh diukur) • Attainable (Boleh dicapai) • Realistic (Munasabah) • Time frame (Jangka masa) 2 Fakta asas untuk menentukan kemampuan dalam penetapan objektif sesebuah organisasi ialah: • Penentuan objektif perlu mengambil kira kemampuan syarikat dalam aspek sumber yang ada dalam organisasi. Antaranya aspek sumber manusia yang meliputi pengalaman, kemahiran, pengetahuan dan bilangan pekerja. • Pihak pengurusan boleh mendapatkan data tentang maklumat pekerja inventori kemahiran. 3 Maksud visi dan misi ialah: • Visi – wawasan yang dimasukkan dalam komponen pengurusan strategik dan proses untuk mencapainya mengambil masa lebih daripada lima tahun. • Misi – menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud pada masa ini berdasarkan matlamat yang telah dinyatakan dalam visi. RC_SPM Perniagaan Jaw 3rd.indd 293 18/4/2024 11:45:07 AM


294 JAWAPAN Semak Cepat 3.3 1 Lima faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menghasilkan visi, misi dan objektif perniagaan ialah: • Titik pulang modal • Pertumbuhan • Memaksimuman keuntungan • Daya saing • Syer pasaran • Jualan • Penyediaan perkhidmatan (Mana-mana lima jawapan di atas) 2 Tujuan penggunaan titik pulang modal (TPM) ialah: • Memastikan perniagaan yang dijalankan boleh kekal dalam pasaran. • Asas ukuran kepada perniagaan baharu atau penghasilan produk baharu untuk mengetahui perniagaan tersebut boleh terus beroperasi atau tidak. 3 Empat penyediaan perkhidmatan jualan dalam talian yang kamu ketahui ialah: • Shopee • Fashionvalet • Poplook • Carousell (Mana-mana jawapan munasabah diterima) 4 Empat langkah penyelesaian yang boleh digunakan oleh sesebuah perniagaan apabila gagal mencapai sesuatu matlamat perniagaan ialah: • Mengurangkan kos. • Menurunkan harga produk. • Mempelbagaikan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan. • Mengurangkan jumlah atau kadar pembayaran dividen kepada pemegang saham. • Menggunakan kaedah atau teknologi baharu dalam pengeluaran. • Menyemak semula matlamat perniagaan. (Mana-mana empat jawapan di atas) 5 Tiga perbezaan antara kos tetap dan kos berubah ialah: Kos Tetap Kos Berubah Kos yang tidak dipengaruhi oleh kuantiti dalam sesuatu pengeluaran. Kos yang dipengaruhi oleh kuantiti dalam sesuatu pengeluaran. Kos yang ditanggung sama tanpa perlu mengikut jumlah kuantiti pengeluaran. Kos yang ditanggung bergantung pada kuantiti produk yang dikeluarkan. Contoh: kos bangunan, insurans, pekerja, kilang dan jentera. Contoh: bahan mentah, kos air, kos elektrik dan kos telefon. Semak Cepat 3.4 1 Empat kitaran ekonomi dalam mempengaruhi kitaran ekonomi ialah: • Pertumbuhan – tahap ini memberikan kesan positif kepada perniagaan. Visi, misi dan objektif perniagaan pada tahap ini perlulah bersesuaian dengan kitaran ekonomi. • Kemerosotan – tahap ini memberikan kesan negatif kepada perniagaan. Perniagaan perlu mengubah suai visi, misi dan objektif supaya bersesuaian dengan kemampuan operasi perniagaan. • Kemelesetan – permintaan terhadap perniagaan akan jatuh, kuantiti jualan merosot, hasil akan merosot, keuntungan juga turut jatuh. Dalam hal ini, visi, misi dan objektif yang terdahulu perlu diubah suai semula. • Melambung – tahap ini memberikan kesan positif kepada sesebuah perniagaan. Oleh itu, visi, misi dan objektif perlu bersesuaian dengan kitaran ekonomi. 2 Tiga kriteria penilaian yang boleh digunakan bagi mencapai visi, misi dan objektif perniagaan ialah: • Titik pulang modal • Pertumbuhan perniagaan • Memaksimumkan keuntungan • Daya saing • Syer pasaran • Jualan • Penyediaan perkhidmatan (Mana-mana tiga jawapan di atas) RC_SPM Perniagaan Jaw 3rd.indd 294 18/4/2024 11:45:07 AM


Click to View FlipBook Version