The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2025-02-25 21:20:33

Revisi Pintar UASA Sains Tahun 6

Revisi Pintar UASA Sains Tahun 6

NERBIT ILMU BAKTI SDN. BH


iii Kandungan Nota Berdiagram N1 – N16 Format Instrumen Pentaksiran iv Tema 1 Inkuiri dalam Sains Unit 1 : Kemahiran Saintifik 1 1.1 Kemahiran Proses Sains 1 Praktis Formatif 1 4 Tema 2 Sains Hayat Unit 2 : Manusia 6 2.1 Pembiakan Manusia 6 2.2 Sistem Saraf 8 Praktis Formatif 2 11 Unit 3 : Mikroorganisma 13 3.1 Proses Hidup dan Kesan Tindakan Mikroorganisma 13 Praktis Formatif 3 20 Unit 4 : Interaksi antara Hidupan 22 4.1 Interaksi antara Haiwan 22 4.2 Interaksi antara Tumbuhan 25 Praktis Formatif 4 28 Unit 5 : Pemeliharaan dan Pemuliharaan 30 5.1 Pemeliharaan dan Pemuliharaan untuk Keseimbangan Alam 30 Praktis Formatif 5 34 Tema 3 Sains Fizikal Unit 6 : Daya 36 6.1 Daya dan Kesannya 36 6.2 Daya Geseran 38 6.3 Tekanan Udara 41 Praktis Formatif 6 44 Unit 7 : Kelajuan 47 7.1 Kelajuan 47 Praktis Formatif 7 51 Tema 4 Sains Bahan Unit 8 : Teknologi Pengawetan Makanan 53 8.1 Kerosakan Makanan 53 8.2 Pengawetan Makanan 56 Praktis Formatif 8 62 Unit 9 : Bahan Buangan 64 9.1 Pengurusan Bahan Buangan 64 Praktis Formatif 9 70 Tema 5 Bumi dan Angkasa Unit 10 : Gerhana 72 10.1 Fenomena Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari 72 78 Unit 11 : Galaksi 80 11.1 Galaksi Bima Sakti 80 83 Unit 12 : Kestabilan dan Kekuatan 85 12.1 Kestabilan dan Kekuatan Objek dan Binaan 85 90 Unit 13 : Teknologi 92 13.1 Kebaikan dan Keburukan Teknologi 92 99 Jawapan 101 Praktis Formatif 10 Praktis Formatif 11 Praktis Formatif 12 Praktis Formatif 13 • Pentaksiran Pertengahan Tahun • Ujian Akhir Sesi Akademik dan Jawapan Imbas dan muat turun Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 kandungan.indd 3 26/10/2024 10:31 AM i_iv_sains_T6_MASTER 213X148.indd 3 6/12/2024 2:32:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N1 1 2 3 12 11 10 4 5 6 7 8 9 Kemahiran Proses Sains Kemahiran yang diamalkan semasa menjalankan suatu penyiasatan saintifik Menggunakan perhubungan ruang-masa Berkomunikasi Meramal Membuat inferens Mengukur dan menggunakan nombor Mengelas Memerhati Mengeksperimen Membuat hipotesis Mengawal pemboleh ubah Mendefinisi secara operasi Mentafsir data Menggunakan semua deria dan alat jika perlu untuk membuat pemerhatian Mengenal pasti persamaan dan perbezaan berdasarkan ciri-ciri sepunya Menggunakan alat dan unit piawai Menyatakan kesimpulan awal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa atau fenomena Merekod dan mempersembahkan maklumat atau idea secara sistematik Menyusun kejadian sesuatu fenomena mengikut kronologi masa Memberi penerangan dengan memilih idea yang relevan atau pola yang terdapat pada data Memerihalkan konsep tentang perkara yang dilakukan atau diperhatikan Mengenal pasti semua pemboleh ubah Membuat penyataan umum yang boleh diuji Untuk menguji kesahihan hipotesis Kemahiran Proses Sains Unit 1: Kemahiran Saintifik Tema: Inkuiri dalam Sains Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 1 28/10/2024 9:16 AM N1 1 2 3 12 11 10 4 5 6 7 8 9 Kemahiran Proses Sains Kemahiran yang diamalkan semasa menjalankan suatu penyiasatan saintifik Menggunakan perhubungan ruang-masa Berkomunikasi Meramal Membuat inferens Mengukur dan menggunakan nombor Mengelas Memerhati Mengeksperimen Membuat hipotesis Mengawal pemboleh ubah Mendefinisi secara operasi Mentafsir data Menggunakan semua deria dan alat jika perlu untuk membuat pemerhatian Mengenal pasti persamaan dan perbezaan berdasarkan ciri-ciri sepunya Menggunakan alat dan unit piawai Menyatakan kesimpulan awal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa atau fenomena Merekod dan mempersembahkan maklumat atau idea secara sistematik Menyusun kejadian sesuatu fenomena mengikut kronologi masa Memberi penerangan dengan memilih idea yang relevan atau pola yang terdapat pada data Memerihalkan konsep tentang perkara yang dilakukan atau diperhatikan Mengenal pasti semua pemboleh ubah Membuat penyataan umum yang boleh diuji Untuk menguji kesahihan hipotesis Kemahiran Proses Sains Unit 1: Kemahiran Saintifik Tema: Inkuiri dalam Sains Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 1 28/10/2024 9:16 AM Nota Berdiagram Nota Berdiagram N1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 1 9/12/2024 9:28:25 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N2 Organ Pembiakan Lelaki dan Perempuan Sistem Saraf Manusia Unit 2: Manusia Tema: Sains Hayat Organ pembiakan lelaki Zakar Testis Sistem saraf manusia terdiri daripada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Sistem-sistem saraf ini bersama membantu bahagian berlainan tubuh berkomunikasi dan membolehkan otak mengawal segala fungsi tubuh. Otak Saraf tunjang Saraf Sistem kranium saraf pusat Saraf spina Sistem saraf periferi Organ pembiakan perempuan Testis Organ pembiakan lelaki yang menghasilkan sel sperma Zakar Organ pembiakan lelaki yang mengandungi saluran yang membawa sperma ke dalam organ pembiakan perempuan untuk persenyawaan Faraj Saluran dari uterus ke bukaan luar yang menerima sperma daripada zakar Ovari Organ pembiakan perempuan yang menghasilkan sel telur setiap bulan Tiub Fallopio Tempat proses persenyawaan berlaku antara sperma dan ovum Uterus Tempat ovum tersenyawa menempel dan fetus berkembang. Uterus juga dikenali sebagai rahim. Tiub Fallopio Uterus Faraj Ovari Sistem saraf pusat Otak mengawal segala fungsi tubuh, termasuk emosi dan perasaan kita, cara kita bergerak, pernafasan dan degupan jantung. Otak melakukan semua ini dengan menghantar perutusan ke bahagian tubuh yang lain melalui saraf tunjang. Sistem saraf periferi Saraf periferi terdiri daripada rangkaian saraf yang menyerupai wayar komunikasi yang membawa isyarat ke seluruh bahagian tubuh. Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 2 28/10/2024 9:16 AM N1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 2 9/12/2024 9:28:26 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N3 Jenis mikroorganisma yang terdapat di sekeliling kita Protozoa Sering ditemui di habitat berair seperti kolam dan sungai. Alga Hidupan yang menyerupai tumbuhan ringkas dan membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Bakteria Wujud dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna, dan di pelbagai persekitaran. Unit 3: Mikroorganisma Tema: Sains Hayat Jenis Mikroorganisma Mikroorganisma ialah hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Biasanya, mikroskop digunakan untuk memerhatikan mikroorganisma dengan jelas. Fungi Hidupan yang menyerupai tumbuhan ringkas yang tidak menjalankan fotosintesis. Yis Rhizopus (kulat roti) Cendawan Amoeba Chlamydomonas Spirillum Virus Mikroorganisma paling seni yang hanya dapat dilihat di bawah mikroskop elektron. HIV Paramesium Streptococcus Basilus Spirogyra Infl uenza Hepatitis B Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 3 28/10/2024 9:16 AM N1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 3 9/12/2024 9:28:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N4 Interaksi antara hidupan ialah bentuk hubungan yang berlaku antara hidupan di satu habitat untuk memperoleh keperluan asas. Jenis Interaksi antara Hidupan Unit 4: Interaksi antara Hidupan Tema: Sains Hayat Peta Pokok Persaingan Hubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup yang sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan). Simbiosis Hubungan antara dua spesies yang berlainan yang hidup bersama. Ada yang mendapat faedah, ada yang tidak mendapat faedah dan ada yang mengalami kerugian. Interaksi antara hidupan Mangsa-pemangsa Hubungan yang melibatkan satu hidupan (pemangsa) menangkap dan makan hidupan yang lain (mangsa). Parasitisme Interaksi antara dua spesies yang memberi manfaat kepada sebelah pihak sahaja dan merugikan satu pihak yang lain Contoh: Kucing dan sengkenit Komensalisme Interaksi yang hanya memberi manfaat kepada satu pihak tetapi satu pihak lagi tidak mendapat sebarang manfaat mahupun kesan buruk Contoh: Ikan remora dan ikan yu Simbiosis antara haiwan Mutualisme Interaksi antara dua spesies yang memberi manfaat kepada keduadua pihak Contoh: Burung gembala dan kerbau Simbiosis antara tumbuhan Komensalisme Interaksi antara dua spesies yang hanya memberi manfaat kepada satu spesies tetapi satu spesies lagi tidak mendapat sebarang manfaat mahupun kesan buruk Contoh: Pokok paku langsuyar dan pokok kelapa sawit Parasitisme Interaksi antara dua spesies yang membawa manfaat kepada sebelah pihak sahaja dan merugikan satu pihak yang lain Contoh: Pokok dedalu dan pokok mangga Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 4 28/10/2024 9:16 AM N1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 4 9/12/2024 9:28:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N5 Kepupusan haiwan bermaksud lenyapnya atau sudah tiada lagi spesies haiwan itu di Bumi. Haiwan yang Telah Pupus Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tema: Sains Hayat Burung Dodo ialah satu spesies burung jinak dari kepulauan Mauritius. Setelah ditemui oleh pelayar yang singgah di situ, burung itu telah diburu sehingga pupus. Burung Dodo terakhir dibunuh pada tahun 1681. Mamot yang menyerupai seekor gajah hidup pada zaman ais. Pemburuan giat oleh manusia dan kehilangan habitat akibat perubahan iklim telah menyebabkan kepupusannya. Serigala Tasmania yang pernah ditemui di Australia mempunyai belang di bahagian belakangnya. Pemburuan giat dan pemusnahan habitatnya telah menyebabkan kepupusan haiwan ini. Harimau bertaring lengkung mempunyai taring yang boleh mencecah sehingga 30 cm. Haiwan yang hidup pada zaman ais ini pupus akibat perubahan cuaca yang melampau. Quagga yang pernah hidup di Afrika Selatan mempunyai badan yang sebahagiannya menyerupai kuda dan sebahagian lagi menyerupai kuda belang. Haiwan ini diburu oleh manusia untuk kulit dan dagingnya. Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 5 28/10/2024 9:17 AM N1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 5 9/12/2024 9:28:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N6 Bencana alam Bencana alam seperti banjir, gempa bumi, ribut taufan dan kebakaran hutan menyebabkan kemusnahan habitat dan kematian hidupan liar. Pemanasan global Peningkatan suhu Bumi menyebabkan ais di kutub melebur dan paras air laut meningkat. Habitat haiwan dan tumbuhan di kawasan pantai tenggelam dan musnah. Faktor yang Menyebabkan Haiwan dan Tumbuhan Diancam Kepupusan Peta Pokok Faktor yang menyebabkan spesies diancam kepupusan Aktiviti manusia • Pembalakan haram dan penerokaan hutan secara tidak terancang untuk tujuan pertanian, perumahan, industri dan pembinaan jalan raya memusnahkan habitat semula jadi hidupan liar. • Pemburuan haiwan secara haram untuk daging, kulit, bulu, gading, tanduk, lemak atau sumbu dan dijadikan makanan, pakaian, ubat tradisional atau perhiasan. Pencemaran alam • Pembuangan sampah merata-rata menjejaskan hidupan akuatik dan menyebabkan banjir kilat. • Tumpahan minyak daripada enjin kapal dan sisa toksik akan mencemarkan laut dan menyebabkan kematian hidupan laut. Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 6 28/10/2024 9:17 AM N1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 6 9/12/2024 9:28:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N7 Unit 6: Daya Tema: Sains Fizikal Kesan daya Daya tidak dapat dilihat tetapi kesan daya boleh dirasai atau diperhatikan. Kesan Daya Peta Pokok Daya dapat mengubah arah gerakan objek Bola pingpong melantun dari pemukul Daya dapat mengubah bentuk objek Memicit belon Menekan span Menghentikan bola yang sedang bergolek di atas tanah Daya dapat menghentikan objek yang bergerak Daya dapat menggerakkan objek pegun Menendang bola sepak yang pegun Kelajuan basikal boleh dipercepat atau diperlambat Daya dapat mengubah kelajuan objek Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 7 28/10/2024 9:17 AM N1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 7 9/12/2024 9:28:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N8 Daya tidak dapat dilihat tetapi kesan daya boleh dirasai atau diperhatikan. Kelajuan Unit 7: Kelajuan Tema: Sains Fizikal sentimeter per saat (cm/s) meter per saat (m/s) kilometer per jam (km/j) Siput ini hanya boleh bergerak sejauh 0.5 cm dalam masa 1 saat. Pelari ini boleh berlari sejauh 0.5 m dalam masa 1 saat. Bas ini boleh bergerak sejauh 72 km dalam masa 1 jam. 0.5 cm/s 0.5 m/s Apakah itu kelajuan? Unit kelajuan Kelajuan ialah ukuran kepantasan pergerakan suatu objek dari suatu tempat ke tempat yang lain. Kelajuan boleh ditakrifkan sebagai jarak yang dilalui oleh sesuatu objek dalam tempoh satu unit masa. Setiap objek yang bergerak mempunyai kelajuan. Contoh 1: Pemandu A membuat 12 pusingan di sebuah litar lumba kereta dalam masa sejam, manakala pemandu B membuat 10 pusingan. Maka, pemandu A adalah lebih laju daripada pemandu B. Contoh 2: Rizal mengambil masa 2 minit untuk berenang merentasi kolam renang. Sam pula mengambil masa 3 minit. Maka, Rizal adalah lebih laju daripada Sam. Objek pegun mempunyai kelajuan sifar. Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 8 28/10/2024 9:17 AM N1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 8 9/12/2024 9:28:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N9 Jarak Kelajuan Masa Jarak = Kelajuan × Masa Jarak Kelajuan Masa Masa = Jarak Kelajuan Jarak Kelajuan Masa Kelajuan = Jarak Masa Mengira Kelajuan, Jarak dan Masa Menggunakan Rumus Masalah Melibatkan Kelajuan CONTOH 1 Kereta mainan Suresh bergerak sejauh 15 m dalam masa 5 saat. Berapakah kelajuan kereta mainan itu? Kelajuan = Jarak Masa = 15 m 5 s = 3 m/s CONTOH 2 Rita berjoging pada kelajuan malar 10 km/j. Berapakah tempoh masa yang diambil oleh Rita untuk berlari sejauh 15 km? Masa = Jarak Kelajuan = 15 km 10 km/j = 1.5 jam CONTOH 3 Encik Kamil mengambil masa 30 minit untuk memandu dari rumah ke pejabatnya. Jika Encik Kamil memandu pada kelajuan 90 km/j, berapakah jarak di antara rumah dan pejabatnya? 30 minit = 30 60 jam = 0.5 jam Jarak = Kelajuan × Masa = 90 km/j × 0.5 j = 45 km Kelajuan dinyatakan dalam unit km/j. Maka, unit bagi masa mesti dinyatakan dalam unit 'jam'. Maka, jarak di antara rumah dan pejabat Encik Kamil ialah 45 km. Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 9 28/10/2024 9:17 AM N1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 9 9/12/2024 9:28:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N10 Ciri-ciri makanan rosak • Berbau busuk • Berasa masam • Berubah warna menjadi hitam (berkulat) • Berubah tekstur menjadi lembik atau berlendir Roti dan kek menjadi bertompok hitam, akibat pertumbuhan kulat. Buah-buahan yang rosak berubah warna, berubah tekstur dan berkulat. Sayur-sayuran yang rosak berubah warna dan tekstur. Susu segar yang rosak akan berbau busuk, berasa masam, berbuih dan berketul. Daging seperti ayam akan berbau busuk, berlendir dan bertukar warna menjadi kehitaman. Ikan yang rosak menjadi lembik dan berlendir, serta berbau busuk. Nasi menjadi lembik, berlendir dan bertompok hitam. Makanan yang dibiarkan terdedah kepada udara terlalu lama akan menjadi rosak atau basi. Kerosakan Makanan Unit 8: Teknologi Pengawetan Makanan Tema: Sains Bahan Ciri-ciri Makanan Rosak Teknologi pengawetan makanan membolehkan… • masalah bekalan makanan diatasi • makanan bermusim sentiasa diperoleh • makanan mudah untuk disimpan dan diangkut • makanan yang dihasilkan di sesebuah negara dinikmati di negara lain • makanan bertahan lebih lama dan memenuhi keperluan sepanjang tahun Kepentingan teknologi pengawetan makanan Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 10 28/10/2024 9:17 AM N1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 10 9/12/2024 9:28:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N11 Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan lagi dan tidak mahu disimpan. Tinja Bahan buangan yang disingkirkan daripada badan manusia dan haiwan Kaca Botol, balang dan peralatan kaca (seperti cermin dan lampu) Kertas Surat khabar lama, majalah dan kotak kadbod Logam Besi buruk, tin aluminium dan tin susu Plastik Pembungkus makanan, botol dan bekas plastik, peralatan plastik Sisa toksik Cecair kimia, cecair bateri, bahan buangan industri Sisa makanan Bahan buangan domestik seperti tulang, kulit buah-buahan, sisa sayuran dan makanan yang rosak Jenis bahan buangan Pengurusan Bahan Buangan Unit 9: Bahan Buangan Tema: Sains Bahan Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 11 28/10/2024 9:17 AM N1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 11 9/12/2024 9:28:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N12 Gerhana Bulan Unit 10: Gerhana Tema: Bumi dan Angkasa Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan dalam satu garis lurus. Matahari ialah sumber cahaya dalam Sistem Suria. Cahaya matahari bergerak dalam garis lurus dan tidak dapat menembusi Bumi. Bumi berada di antara Matahari dan Bulan semasa gerhana Bulan. Bumi menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bulan. Bayang-bayang Bumi terbentuk di permukaan Bulan. Gerhana Bulan berlaku pada waktu malam apabila Bulan berada pada fasa bulan purnama. Matahari Orbit Bulan Bumi 2 Bulan 3 1 1 2 3 Gerhana Bulan separa mula dilihat apabila Bulan memasuki kawasan gelap separa. Gerhana Bulan separa kelihatan semula apabila Bulan keluar dari kawasan gelap penuh. Gerhana Bulan penuh dilihat apabila seluruh bahagian Bulan berada dalam kawasan gelap penuh. Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 12 28/10/2024 9:17 AM N1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 12 9/12/2024 9:28:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


8/10/2024 9:17 AM N13 Kita harus menggunakan penuras yang sesuai seperti cermin mata khas semasa melihat gerhana Matahari. Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi dalam satu garis lurus. Fenomena ini hanya berlaku pada waktu siang dan apabila Bulan berada pada fasa anak bulan. Gerhana Matahari Cahaya matahari bergerak dalam garis lurus tetapi tidak dapat menembusi Bulan. Bulan berada di antara Matahari dan Bumi semasa gerhana Matahari. Bulan melindungi Bumi daripada cahaya matahari secara keseluruhan atau sebahagiannya. Saiz Bulan adalah lebih kecil daripada Bumi. Jadi, bayangbayang Bulan tidak menutupi keseluruhan Bumi. Matahari Bulan Bumi Dapat dilihat dari kawasan bayang-bayang Bulan yang separa gelap b Gerhana Matahari separa Keadaan persekitaran menjadi gelap seperti waktu malam. Matahari kelihatan seperti bulatan gelap dikelilingi gegelang cerah, iaitu korona. c Gerhana Matahari penuh Dapat dilihat dari kawasan bayang-bayang Bulan yang separa gelap d Gerhana Matahari separa a b e c d a b Korona c d e Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 13 28/10/2024 9:17 AM N1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 13 9/12/2024 9:28:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N14 Galaksi Galaksi Bima Sakti dan Sistem Suria Unit 11: Galaksi Tema: Bumi dan Angkasa Galaksi ialah suatu sistem yang terdiri daripada berjuta-juta bintang, gas, debu dan jirim lain. Terdapat berbilion-bilion galaksi yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz dalam alam semesta. Galaksi berpilin Galaksi elips Galaksi tidak sekata Jenis galaksi • Bumi merupakan sebahagian daripada Sistem Suria yang terdiri daripada Matahari, Bumi dan semua planet dan jasad lain yang mengelilingi Matahari. • Sistem Suria hanya sebahagian kecil daripada galaksi Bima Sakti. • Galaksi Bima Sakti mempunyai bentuk pilin berpalang yang mempunyai dua lengan utama. • Galaksi ini mempunyai pusat bintang yang cerah dan tebal. • Sistem Suria berada di pinggir satu daripada lengan berpilin galaksi Bima Sakti. • Sistem Suria mengorbit mengelilingi pusat galaksi itu. Sistem Suria Planet Galaksi Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 14 28/10/2024 9:17 AM Revisi Pintar KSN1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 14 9/12/2024 9:28:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N15 Tujuan: Menyiasat hubungan antara ketinggian objek dengan kestabilan objek. Langkah-langkah: 1 Sediakan tiga gulung kertas manila yang serupa tetapi dengan ketinggian yang berbeza. 2 Letakkan ketiga-tiga gelung kertas manila di atas sekeping kadbod tebal. 3 Condongkan kadbod perlahan-lahan. Kadbod A CB Pemerhatian: Gelung C tumbang dahulu, diikuti gelung B. Kesimpulan: Semakin bertambah ketinggian objek, semakin berkurang kestabilan objek itu. Tujuan: Menyiasat hubungan antara luas tapak objek dengan kestabilan objek. Langkah-langkah: 1 Sediakan tiga gulung kertas manila yang sama tinggi tetapi dengan luas tapak yang berbeza. 2 Letakkan ketiga-tiga gelung kertas manila di atas sekeping kadbod tebal. 3 Condongkan kadbod perlahan-lahan. ZYX Kadbod Pemerhatian: Gelung X tumbang dahulu, kemudian gelung Y. Kesimpulan: Semakin besar luas tapak objek, semakin bertambah kestabilan objek itu. Kestabilan Objek dan Binaan Unit 12: Kestabilan dan Kekuatan Tema: Teknologi dan Kehidupan Lestari Kestabilan objek dan binaan ialah keupayaan objek dan binaan untuk kekal atau kembali ke kedudukan asal objek dan binaan tersebut. Kestabilan sesuatu objek bergantung pada luas tapak dan ketinggian objek. Dapat digunakan dalam tempoh yang lama Menjimatkan kos membaik pulih Selamat untuk digunakan Tidak mudah rosak Kepentingan binaan yang kuat dan stabil Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 15 28/10/2024 9:17 AM N1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 15 9/12/2024 9:28:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N16 Kren dan jentolak membantu kita mengangkat objek yang besar atau berat. Pelbagai jenis kenderaan membolehkan kita pergi ke tempat yang jauh. Komputer membolehkan kita menyimpan maklumat yang banyak. Kalkulator membolehkan kita mengira dengan pantas dan tepat. Mikroskop membolehkan kita melihat mikroorganisma dan objek yang sangat seni Kanta pembesar membantu kita melihat objek yang halus dengan lebih jelas. Binokular membolehkan kita melihat objek yang sangat jauh. Teleskop membolehkan manusia melihat planet, Bulan dan objek yang sangat jauh di angkasa. Teknologi dan kepentingannya Unit 13: Teknologi Tema: Teknologi dan Kehidupan Lestari Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Nota.indd 16 28/10/2024 9:17 AM Peralatan yang memudahkan kehidupan manusia N1-N16_sains_T6_MASTER 213X148.indd 16 9/12/2024 9:28:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


1 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 Kemahiran Saintifik 1 Kemahiran saintifik ialah kemahiran menggunakan kaedah saintifik ketika menjalankan penyiasatan. 2 Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. 1.1 Kemahiran Proses Sains TP 2: Memerihalkan kemahiran proses sains 1 Menjalankan penyiasatan yang boleh membawa kepada penguasaan kemahiran proses sains. Contohnya, (a) mengeksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi daya geseran (b) mengeksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma. 2 Contoh: Merancang dan menjalankan eksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi daya geseran. TP 6: Mereka bentuk eksperimen bagi menyelesaikan masalah secara sistemati k dan bertanggungjawab ke atas diri, rakan dan alam sekitar 1. Mengenal pasti masalah: Adakah daya geseran bertambah apabila berat objek bertambah? 2. Membuat hipotesis: Semakin bertambah berat objek, semakin bertambah daya geseran. 3. Mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah: (a) Dimanipulasi: Berat objek (b) Bergerak balas: Daya yang diperlukan untuk menggerakkan bongkah kayu (c) Dimalarkan: Jenis permukaan 4. Menyenaraikan alat dan bahan: Tiga ketul bongkah kayu dengan berat 10 g, 20 g, dan 30 g, meja dan neraca spring 5. Mengeksperimen dan mengumpul data: (a) Langkah: (i) Bongkah kayu dengan berat 10 g diletakkan di atas meja. (ii) Neraca spring disambungkan pada bongkah kayu dan ditarik sehingga bongkah kayu bergerak seperti dalam Rajah 1.1. (iii) Sebelum bongkah kayu bergerak, bacaan pada neraca spring direkodkan. (iv) Eksperimen diulang dengan menggunakan bongkah kayu 20 g dan 30 g. Neraca spring Meja Bongkah kayu Tarik Rajah 1.1 Unit Kemahiran Saintifik Tema 1: Inkuiri Dalam Sains 1 Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 1 26/10/2024 10:36 AM 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 1 6/12/2024 9:27:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


2 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 6. Mentafsir data dalam jadual: Berat bongkah kayu dengan daya yang diperlukan untuk menggerakkan bongkah kayu Jadual 1.1 Berat bongkah kayu (g) Daya yang diperlukan untuk menggerakkan bongkah kayu (N) 10 4.0 20 6.0 30 8.0 Data dalam Jadual 1.1 boleh dipersembahkan dalam bentuk carta palang seperti dalam Rajah 1.2. Daya yang diperlukan untuk menggerakkan bongkah kayu (N) Berat bongkah kayu (g) 0 2 4 6 8 10 20 30 Rajah 1.2 Berdasarkan carta palang, daya yang diperlukan untuk menggerakkan bongkah kayu bertambah apabila berat bongkah kayu bertambah. 7. Membuat kesimpulan: Berdasarkan keputusan dan tafsiran data, hipotesis diterima. Semakin bertambah berat bongkah kayu, semakin bertambah daya geseran. 8. Melaporkan keputusan eksperimen: Membuat satu laporan lengkap bagi eksperimen ini. 3 Contoh: Merancang dan menjalankan eksperimen untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma TP 6: Mereka bentuk eksperimen bagi menyelesaikan masalah secara sistematik, dan bertanggungjawab ke atas diri, rakan dan alam sekitar 1. Mengenal pasti masalah: Adakah suhu persekitaran mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma? 2. Membuat hipotesis: Mikroorganisma tumbuh dengan baik dalam suhu bilik yang sesuai. 3. Mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah; (i) Dimanipulasi: Suhu sekeliling tempat penyiasatan (ii) Bergerak balas: Bilangan tompok hitam pada roti (iii) Dimalarkan: Bilangan hari penyiasatan, jenis roti 4. Menyenaraikan alat dan bahan: Beg plastik, kanta pembesar, roti dan peti sejuk Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 2 26/10/2024 10:36 AM Unit 1 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 2 6/12/2024 9:27:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


3 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 5. Mengeksperimen dan mengumpul data: Roti A Roti B Langkah-langkah: (i) Dua keping roti yang sama dilabelkan sebagai A dan B. (ii) Roti A dan B masing-masing disimpan di dalam beg plastik. (iii) Roti A ditinggalkan di dalam peti sejuk, sementara roti B dibiarkan pada suhu bilik. (iv) Roti A dan B dibiarkan selama 5 hari. (v) Pemerhatian dibuat setiap hari selama 5 hari. 6. Keputusan: Jadual 1.2 Keadaan roti dengan suhu persekitaran yang berbeza Roti Suhu persekitaran Pemerhatian A Suhu sangat rendah Tiada tompok hitam terbentuk selepas 5 hari B Suhu bilik Beberapa tompok hitam terbentuk selepas 5 hari 7. Mentafsir data: Data dalam Jadual 1.2 juga boleh dipersembahkan dalam bentuk carta palang seperti Rajah 1.3. Sangat rendah Bilik Suhu Bilangan tompok hitam Rajah 1.3 Berdasarkan carta palang, bilangan tompok hitam pada roti yang disimpan pada suhu bilik bertambah, manakala tiada tompok hitam kelihatan pada roti yang disimpan dalam suhu yang sangat rendah. 8. Membuat kesimpulan: Mikroorganisma tumbuh dengan baik pada suhu bilik yang sesuai. 9. Melaporkan keputusan eksperimen: Membuat satu laporan lengkap bagi eksperimen ini. 1 Beri lima langkah yang terlibat dalam kemahiran proses sains. 2 Senaraikan tiga jenis pemboleh ubah. Semak Cepat 1.1 Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 3 26/10/2024 10:36 AM Unit 1 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 3 6/12/2024 9:27:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


4 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 Praktis Formatif 1 1 Maklumat di bawah menunjukkan langkahlangkah yang terlibat dalam melakukan eksperimen. (i) Merancang eksperimen (ii) Menjalankan eksperimen dan mengumpul data (iii) ………………………….………………. (iv) Membuat kesimpulan Apakah langkah (iii)? A Mentafsir data B Membuat laporan C Membuat hipotesis D Menyatakan tujuan eksperimen 2 Rajah 1 menunjukkan perubahan yang berlaku kepada doh dan yis yang dibiarkan selama 30 minit. Doh + yis 30 minit Sebelum Selepas Rajah 1 Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada pemerhatian ini? A Mikroorganisma bernafas B Mikroorganisma bergerak C Mikroorganisma berjangkit D Mikroorganisma bertumbuh 3 Jadual 1 menunjukkan masa yang diambil oleh empat orang murid dalam acara lumba lari 100 meter. Nama murid Azmi Raju Meng John Masa (saat) 14 13 16 12 Jadual 1 Apakah pemboleh ubah yang dimalarkan dalam penyiasatan di atas? A Nama murid B Kelajuan murid C Masa yang diambil oleh murid D Jarak larian bagi setiap murid 4 Rajah 2 menunjukkan contoh-contoh haiwan yang dikelaskan dalam kumpulan X. X Orang utan Tapir Badak sumbu Harimau Rajah 2 Antara berikut, yang manakah tepat mewakili X? A Haiwan omnivor B Haiwan yang sudah pupus C Haiwan yang diancam kepupusan D Haiwan yang hidup berkumpulan 5 Rajah 3 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh Razin. Lapisan minyak Rajah 3 Mengapakah ikan di dalam bekas mati selepas satu hari? A Ikan tidak mendapat air B Ikan tidak mendapat udara C Ikan tidak mendapat makanan D Ikan tidak mendapat cahaya matahari Arahan: Jawab semua soalan. Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan, A, B, C dan D. Pilih jawapan yang betul. Soalan Objektif Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 4 26/10/2024 10:36 AM Unit 1 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 4 6/12/2024 9:27:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


5 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 1 Rajah 1 menunjukkan tiga kaedah untuk menyimpan ikan. Selepas seminggu, pemerhatian terhadap keadaan ikan dibuat. A B C Larutan garam Rajah 1 (a) Apakah tujuan penyiasatan ini? [1 markah] (b) Ramalkan pemerhatian kamu terhadap ikan yang disimpan dalam keadaan A, B dan C selepas seminggu. [1 markah] (c) Beri satu inferens berdasarkan jawapan kamu di 1(b). [1 markah] (d) Berdasarkan penyiasatan ini, nyatakan (i) pemboleh ubah dimanipulasi: (ii) pemboleh ubah bergerak balas: [2 markah] (e) Nyatakan satu kaedah lain pengawetan makanan. [1 markah] Soalan Subjektif Arahan: Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan. Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 5 26/10/2024 10:36 AM Unit 1 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 5 6/12/2024 9:27:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


6 Unit 2 Manusia Unit 2 1 Manusia membiak untuk memastikan kemandirian spesiesnya. 2 Proses pembiakan manusia melibatkan pasangan individu lelaki dan perempuan. 3 Hasil daripada proses pembiakan ialah bayi yang akan dilahirkan selepas tempoh kehamilan. 2.1 Pembiakan Manusia TP 1: Mengenal pasti organ pembiakan lelaki dan perempuan 1 Rajah 2.1 menunjukkan organ pembiakan lelaki yang terdiri daripada testis dan zakar dan organ pembiakan perempuan yang terdiri daripada uterus, tiub Fallopio, ovari dan faraj. 2 Organ-organ pembiakan lelaki dan perempuan membentuk sistem pembiakan. Organ pembiakan lelaki Organ pembiakan perempuan Testis Zakar Uterus Tiub Fallopio Ovari Faraj Rajah 2.1 Organ pembiakan lelaki dan perempuan Fungsi Organ Pembiakan Lelaki dan Perempuan TP 3: Memerihalkan fungsi organ pembiakan lelaki dan perempuan. 1 Jadual 2.1 menunjukkan organ-organ pembiakan lelaki dan fungsinya. Jadual 2.1 Fungsi organ pembiakan lelaki Organ pembiakan Fungsi Testis Menghasilkan sperma Zakar Memindahkan sperma ke dalam faraj 2 Jadual 2.2 menunjukkan organ-organ pembiakan perempuan dan fungsinya. Jadual 2.2 Fungsi organ pembiakan perempuan Organ pembiakan Fungsi Tiub Fallopio Tempat persenyawaan sperma dan ovum Ovari Tempat penghasilan ovum atau ‘telur’ setiap bulan Uterus Tempat penempelan embrio dan fetus membesar, juga dikenali sebagai rahim Faraj Saluran yang menerima sperma yang dilepaskan oleh zakar Unit Manusia Tema 2: Sains Hayat 2 Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 6 26/10/2024 10:36 AM 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 6 6/12/2024 9:27:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


7 Unit 2 Manusia Unit 2 Persenyawaan 1 Sel pembiakan lelaki ialah sperma yang dihasilkan di dalam testis apabila lelaki mencapai akil baligh. 2 Sel pembiakan perempuan dikenali sebagai ovum atau telur. 3 Apabila sperma lelaki dibebaskan ke dalam faraj, sperma-sperma ini akan berenang ke dalam tiub Fallopio untuk sampai ke ovum. 4 Sekiranya satu ovum matang hadir di dalam tiub Fallopio, persenyawaan akan berlaku. 5 Sperma-sperma akan mengelilingi ovum. Hanya satu kepala sperma akan berjaya menembusi ovum, manakala ekornya akan tertinggal di luar. 6 Nukleus sperma bercantum dengan nukleus ovum. Proses percantuman ini disebut persenyawaan. 7 Persenyawaan akan membentuk zigot yang kemudiannya bergerak ke uterus. 8 Zigot akan membahagi berulang kali untuk menghasilkan satu bebola sel yang dinamakan embrio. 9 Embrio akan terbenam pada lapisan uterus yang lembut. Proses ini disebut penempelan dan wanita itu kini telah hamil. 10 Embrio akan terus membesar dan berkembang dalam uterus. 11 Di akhir bulan pertama, jantung dan sistem peredaran darah embrio terbentuk. 12 Embrio mendapat nutrien dan oksigen daripada darah ibu melalui plasenta. Embrio menyingkirkan bahan-bahan kumuh ke dalam darah ibu juga melalui plasenta. 13 Embrio dihubungkan dengan plasenta melalui tali pusat. 14 Embrio dilindungi oleh membran berisi bendalir yang dinamakan bendalir amnion. Bendalir amnion bertindak sebagai kusyen untuk menyerap hentakan. 15 Selepas dua bulan, anggota utama badan terbentuk dan embrio menjadi fetus. 16 Fetus akan terus berkembang dan dilahirkan sebagai bayi selepas 9 bulan. 17 Rajah 2.2 menunjukkan langkah-langkah dalam proses persenyawaan manusia sehingga bayi dilahirkan. Imbas kod QR atau layari https://www.youtube.com/ watch?v=DGyRD9HnXVs untuk menonton video tentang persenyawaan manusia. Kod QR Untuk tujuan pembelajaran + Sperma Fetus + Persenyawaan + Ovum + + Bayi + Embrio + Zigot + Rajah 2.2 Proses persenyawaan manusia Kepentingan Pembiakan kepada Manusia TP 4: Menaakul kepentingan sistem pembiakan kepada manusia 1 Pembiakan penting kepada manusia kerana: (a) menghasilkan individu yang baharu. (b) menambahkan bilangan individu untuk mengelakkan kepupusan. 2 Pembiakan juga membolehkan ciri-ciri warisan diturunkan. 1 Namakan sel pembiakan lelaki dan sel pembiakan perempuan. 2 Nyatakan fungsi ovari dalam organ pembiakan perempuan. 3 Beri maksud persenyawaan dan tempat berlakunya proses tersebut. 4 Berapakah tempoh masa yang diperlukan dari proses persenyawaan manusia sehingga bayi dilahirkan? 5 Nyatakan tiga kepentingan pembiakan kepada manusia. Semak Cepat 2.1 Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 7 26/10/2024 10:36 AM Unit 2 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 7 6/12/2024 9:27:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


8 Unit 2 Manusia Unit 2 2.2 Sistem Saraf 1 Sistem saraf manusia ialah sistem yang mengawal fungsi semua bahagian tubuh dan mengkoordinasi setiap tindakan yang dilakukan. 2 Sistem saraf manusia menyelaraskan cara bahagian tubuh badan bergerak balas apabila bersentuhan dengan sesuatu rangsangan. Jenis Sistem Saraf Manusia TP 2: Menyatakan bahagian utama dalam sistem saraf pusat 1 Sistem saraf menyampaikan maklumat kepada bahagian badan yang berbeza melalui penghantaran isyarat. 2 Kelajuan penghantaran isyarat ialah beberapa ratus kilometer sejam. 3 Oleh itu, masa yang diambil oleh isyarat hanya kurang daripada satu saat untuk bergerak dari bahagian kepala ke bahagian kaki. 4 Rajah 2.3 menunjukkan unit asas sistem saraf manusia yang dinamakan sel saraf atau neuron. 5 Sistem saraf manusia terdiri daripada otak, saraf tunjang dan rangkaian saraf di seluruh badan. 6 Sistem saraf manusia boleh dibahagi kepada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4. Otak Saraf tunjang Saraf spina Saraf kranium Sistem saraf pusat Sistem saraf periferi Rajah 2.4 Sistem saraf manusia Sistem Saraf Pusat dan Fungsinya TP 3: Memerihalkan fungsi sistem saraf pusat 1 Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang. 2 Sistem saraf pusat berfungsi sebagai pusat untuk menerima rangsangan yang dikesan oleh organ deria dan menghasilkan gerak balas. 3 Rajah 2.5 menunjukkan urutan aliran isyarat daripada rangsangan kepada gerak balas. Peta Alir Rajah 2.5 Aliran isyarat daripada rangsangan kepada gerak balas Rajah 2.3 Neuron Rangsangan (seperti makanan, bau, bunyi, cahaya atau sentuhan) dikesan oleh Organ deria (seperti lidah, hidung, telinga, mata atau kulit) akan menghantar maklumat ke Sistem saraf pusat (otak) untuk menghasilkan Gerak balas Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 8 26/10/2024 10:36 AM Unit 2 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 8 6/12/2024 9:27:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


9 Unit 2 Manusia Unit 2 4 Otak mengkoordinasi tindakan terkawal, iaitu tindakan yang disedari di bawah kawalan kita. 5 Contoh tindakan terkawal adalah seperti menulis, mendengar, menghidu dan berjalan. 6 Rajah 2.6 menunjukkan bagaimana sistem saraf manusia mengawal dan menyelaraskan mata untuk melihat gambar pada skrin komputer dan bahagian jari dan tangan untuk menekan papan kekunci semasa menggunakan komputer. 1 Rangsangan Gambar dari skrin komputer 3 Maklumat di hantar ke otak 2 Organ deria Mata 4 Gerak balas Jari menekan papan kekunci 3 2 1 4 Rajah 2.6 Koordinasi tindakan terkawal oleh otak 7 Otak juga mengkoordinasi tindakan luar kawal, iaitu tindakan yang berlaku tanpa disedari. 8 Contoh tindakan luar kawal adalah seperti pernafasan, denyutan jantung dan pencernaan. 9 Saraf tunjang membawa maklumat dari seluruh badan ke otak dan dari otak ke seluruh badan. 10 Saraf tunjang juga mengawal tindakan refleks, iaitu tindakan tanpa disedari yang berlaku dengan pantas. 11 Antara contoh tindakan refleks ialah bersin apabila habuk masuk ke dalam hidung, menarik tangan apabila menyentuh objek panas, mata berkelip apabila debu masuk dan menarik kaki apabila terpijak objek tajam. 12 Rajah 2.7 meringkaskan tindakan refleks apabila tangan menyentuh objek panas. 1 2 4 3 Cerek panas 1 Rangsangan Cerek panas 3 Maklumat di hantar ke saraf tunjang 2 Organ deria Kulit 4 Gerak balas Menarik tangan daripada cerek panas Rajah 2.7 Tindakan refleks Sistem Saraf Periferi dan Fungsinya TP 3: Memerihalkan fungsi sistem saraf periferi 1 Sistem saraf periferi terdiri daripada rangkaian saraf dan dikawal oleh sistem saraf pusat. 2 Rangkaian saraf ini berada di luar otak dan saraf tunjang. 3 Fungsi sistem saraf periferi adalah untuk menghantar isyarat dari bahagian tubuh ke sistem saraf pusat dan menghantar isyarat arahan dari sistem saraf pusat ke seluruh bahagian tubuh badan seperti contoh dalam Rajah 2.8. Peta Alir Peta Alir Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 9 26/10/2024 10:36 AM Unit 2 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 9 6/12/2024 9:27:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


10 Unit 2 Manusia Unit 2 Isyarat dari bahagian kaki dihantar ke sistem saraf pusat. Isyarat arahan dari sistem saraf pusat dihantar ke bahagian kaki untuk bergerak balas. Info Sains Sistem saraf periferi juga terdiri daripada saraf kranium dan saraf spinal. Rajah 2.8 Aliran isyarat arahan dalam sistem saraf periferi TP 5: Merumuskan kepenti ngan penjagaan sistem saraf ke arah kesejahteraan hidup manusia 4 Sistem saraf periferi yang terjejas akan mengganggu proses hidup dan aktiviti harian manusia. 5 Senarai berikut menunjukkan keadaan yang mungkin berlaku jika sistem saraf periferi tidak berfungsi: (a) Lumpuh sebahagian atau keseluruhan badan. (b) Penyakit Bell’s palsy yang menyebabkan pesakit sukar untuk senyum atau menutup mata kerana saraf periferi di bahagian otot muka rosak. (c) Hilang keseimbangan ketika berjalan apabila saraf di bahagian kaki rosak. (d) Neuropati periferi yang menyebabkan perubahan dalam sensasi atau kelemahan deria. Cara Menjaga Sistem Saraf 1 Lindungi sistem saraf pusat, iaitu otak dan saraf tunjang dengan: (a) memakai topi keledar keselamatan semasa melakukan aktiviti seperti berbasikal, meluncur dan menunggang motosikal. (b) memakai tali pinggang keledar setiap kali menaiki kenderaan bermotor. 2 Lakukan aktiviti harian seperti duduk, berdiri dan mengangkat beban dengan postur yang betul untuk melindungi saraf tunjang. 3 Elakkan mengambil dadah, alkohol, rokok atau sebarang bahan yang boleh merosakkan sel-sel badan, termasuk sel-sel saraf. 4 Makan makanan seimbang yang mengandungi vitamin B kompleks dan mineral untuk menjaga sistem saraf. 5 Air juga penting untuk sistem saraf. Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi yang boleh menyebabkan kekeliruan dan masalah ingatan. 6 Dapatkan rehat yang mencukupi. Tidur malam yang mencukupi akan membantu otak berfungsi dengan baik. Otak memerlukan banyak rehat untuk menguatkan ingatan kita. 7 Senaman juga penting untuk mengekalkan kesihatan sistem saraf. 1 Sistem saraf manusia terdiri daripada sistem saraf __________ dan sistem saraf ___________. 2 Nyatakan bahagian utama sistem saraf pusat. 3 Namakan bahagian utama dalam badan yang mengawal semua aktiviti badan seperti menari, mendengar dan berjalan. 4 Apakah bahagian utama dalam badan yang mengawal tindakan refleks seperti sentakan lutut, berpeluh dan menggigil? 5 Nyatakan fungsi sistem saraf periferi. 6 Sistem saraf periferi terdiri daripada ___________ saraf dan dikawal oleh sistem saraf ___________. 7 Ramalkan keadaan yang berlaku jika sistem saraf periferi tidak berfungsi. Semak Cepat 2.2 Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 10 26/10/2024 10:36 AM Unit 2 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 10 6/12/2024 9:27:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


11 Unit 2 Manusia Unit 2 Arahan: Jawab semua soalan. Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan, A, B, C dan D. Pilih jawapan yang betul. Soalan Objektif Praktis Formatif 2 1 Rajah 1 menunjukkan satu proses yang berlaku dalam organ pembiakan perempuan. Rajah 1 Dimanakah proses yang ditunjukkan dalam Rajah 1 berlaku dalam organ pembiakan perempuan? A Faraj C Uterus B Ovari D Tiub Fallopio 2 Rajah 2 menunjukkan sejenis sel pembiakan. Rajah 2 Antara organ berikut, yang manakah menghasilkan sel dalam Rajah 2? A Hati C Testis B Otak D Ovari 3 Jadual 1 menunjukkan organ pembiakan lelaki dengan fungsinya. Organ pembiakan Fungsi Q Menghasilkan sperma dan hormon testosteron R Memindahkan sperma ke dalam faraj Jadual 1 Pilih padanan organ pembiakan lelaki yang betul bagi Q dan R. Q R A Uterus Zakar B Testis Zakar C Zakar Uterus D Testis Uterus 4 Apakah fungsi tali pusat kepada fetus? A Membekalkan nutrien kepada fetus B Menyalurkan bahan kumuh daripada ibu C Melindungi fetus daripada hentakan D Membekalkan karbon dioksida kepada fetus 5 Antara berikut, yang manakah benar mengenai komponen sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi manusia? Sistem saraf pusat Sistem saraf periferi A Saraf kranial Saraf spina Otak Saraf tunjang B Saraf spina Otak Saraf kranial Saraf tunjang C Saraf tunjang Saraf kranial Saraf spina Otak D Otak Saraf tunjang Saraf kranial Saraf spina 6 Apakah yang dimaksudkan dengan tindakan refleks? A Sejenis tindakan terkawal B Tindakan tanpa disedari yang berlaku dengan pantas C Tindakan yang disedari di bawah kawalan kita D Tindakan luar kawal yang berlaku dengan perlahan Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 11 26/10/2024 10:36 AM Unit 2 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 11 6/12/2024 9:27:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


12 Unit 2 Manusia Unit 2 1 Rajah 1 menunjukkan sistem saraf manusia. Z Y X W Rajah 1 (a) Antara W, X, Y dan Z, yang manakah membentuk sistem saraf pusat? [1 markah] (b) Apakah fungsi sistem saraf pusat? [1 markah] (c) Bagaimanakah maklumat dihantar melalui sistem saraf? [1 markah] (d) Namakan saraf yang bermula dari bahagian X dalam Rajah 1 hingga organ deria di kepala. [1 markah] (e) Namakan satu organ di kepala yang disambungkan ke saraf di 1(d). [1 markah] Soalan Subjektif Arahan: Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan. Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 12 26/10/2024 10:36 AM Unit 2 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 12 6/12/2024 9:27:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


13 Unit 3 Mikroorganisma Unit 3 3.1 Proses Hidup dan Kesan Tindakan Mikroorganisma 1 Mikroorganisma ialah hidupan yang sangat seni. 2 Mikroorganisma tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. 3 Mikroorganisma boleh didapati di merata-rata tempat seperti: (a) tanah (b) air (c) udara Jenis-jenis Mikroorganisma TP 2: Menyatakan jenis dan contoh mikroorganisma 1 Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma, iaitu fungi, protozoa, alga, bakteria dan virus. 2 Fungi (a) Fungi kelihatan sama seperti tumbuhan tetapi tidak boleh membuat makanannya sendiri. (b) Fungi menyerap makanan dari persekitarannya. (c) Fungi membiak melalui spora dan boleh tumbuh dengan baik di kawasan yang lembap dan teduh. (d) Fungi boleh didapati pada roti yang telah tamat tarikh luput, pokok-pokok dan makanan yang basi. (e) Yis, Rhizopus dan Penicillium merupakan contoh-contoh fungi. Yis Rhizopus (kulat roti) Penicillium Fotograf 3.1 Fungi 3 Protozoa (a) Protozoa boleh didapati di habitat berair seperti di kolam, tasik, paya dan sungai. (b) Contoh-contoh protozoa ialah Paramesium, Euglena, Amoeba dan Plasmodium. Paramesium Euglena Fotograf 3.2 Protozoa 4 Alga (a) Alga merupakan organisma seperti tumbuhan. Unit Mikroorganisma Tema 2: Sains Hayat 3 Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 13 26/10/2024 10:36 AM 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 13 6/12/2024 9:27:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


14 Unit 3 Mikroorganisma Unit 3 (b) Alga biasanya boleh didapati di laut, sungai, tasik atau kolam. (c) Alga terdiri daripada dua jenis iaitu: (i) alga unisel, iaitu alga yang sangat kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Alga jenis ini hanya boleh dilihat di bawah mikroskop. Contohnya, fitoplankton. (ii) alga multisel, iaitu alga yang besar seperti rumpai laut. Contohnya, alga kelpa gergasi yang membesar sehingga 50 meter panjang. (d) Alga mempunyai klorofil dan boleh menjalankan proses fotosintesis. (e) Contoh-contoh alga ialah Chlamydomonas, Spirulina, Chlorella, Spirogyra dan Volvox. Spirulina Chlorella Spirogyra Fotograf 3.3 Alga 5 Bakteria (a) Bakteria ialah organisma unisel. (b) Bakteria wujud dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk seperti rod, sfera dan berlingkar. (c) Contoh-contoh bakteria adalah seperti Escherichia coli, Bacillus, Salmonella, Streptococcus dan Staphylococcus. Bacillus berbentuk rod Staphylococcus berbentuk sfera Bakteria bentuk berlingkar Fotograf 3.4 Bakteria 6 Virus (a) Virus merupakan mikroorganisma yang paling seni dan hanya boleh dilihat di bawah mikroskop elektron. (b) Virus hanya dapat tumbuh dan membiak dalam badan sel perumah. (c) Virus didapati dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz. (d) Contoh-contoh virus adalah seperti Immunodeficiency Virus (HIV) dan Virus Influenza. Virus Influenza Bakteriofaj Imbas Kod QR atau layari https://www.youtube.com/ watch?v=5DGwOJXSxqg tentang penyakit Koronavirus. Kod QR Untuk tujuan pembelajaran Fotograf 3.5 Virus Pada tahun 2019, penyakit Koronavirus (COVID-19) telah dikesan di China dan mengorbankan banyak nyawa. Penyakit ini merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Info Sains Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 14 26/10/2024 10:36 AM Unit 3 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 14 6/12/2024 9:27:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


15 Unit 3 Mikroorganisma Unit 3 Proses Hidup Mikroorganisma 1 Mikroorganisma merupakan hidupan. 2 Walaupun bersaiz kecil, mikroorganisma juga menjalani proses-proses hidup yang berlainan. 3 Mikroorganisma boleh bernafas, bertumbuh dan bergerak. Mikroorganisma Bernafas TP 2: Memerihalkan mikroorganisma menjalani proses hidup 1 Mikroorganisma ialah hidupan, maka mikroorganisma boleh bernafas. 2 Apabila bernafas, mikroorganisma mengambil gas oksigen dan membebaskan gas karbon dioksida. 3 Yis, iaitu sejenis kulat merupakan mikroorganisma. (a) Yis memerlukan gula sebagai sumber tenaga. (b) Yis digunakan dengan meluasnya dalam industri makanan seperti dalam pembuatan roti, keju, tempe dan tapai. (c) Dalam pembuatan roti, yis bernafas dan menghasilkan gas karbon dioksida dan sedikit etanol. Gelembung-gelembung gas karbon dioksida yang terperangkap dalam adunan roti menyebabkan adunan roti naik. TP 2: Memerihalkan mikroorganisma menjalani proses hidup berdasarkan akti viti yang dijalankan Eksperimen 3.1 Tujuan: Untuk menyiasat hubungan antara kehadiran yis dalam adunan roti dengan saiz adunan roti selepas 30 minit. Hipotesis: Kehadiran yis menyebabkan adunan roti naik kerana yis bernafas dan membebaskan gas karbon dioksida. Pemboleh ubah: • Perkara yang diubah (dimanipulasi): Kehadiran yis dalam adunan roti • Perkara yang diperhatikan (bergerak balas): Saiz adunan roti selepas 30 minit • Perkara yang dibiarkan tetap (dimalarkan): Kuantiti gula dan tepung yang digunakan untuk membuat adunan Bahan dan radas: Dua mangkuk kosong, tepung, air suam, gula dan yis kering. Langkah: 1 Satu cawan tepung dicampurkan dengan satu sudu kecil gula di dalam mangkuk. 2 Air suam dituangkan ke dalam campuran itu. 3 Campuran itu dibahagikan kepada dua bahagian, A dan B. 4 Satu sudu kecil yis ditambahkan ke dalam campuran A. 5 Campuran A dan B diuli secara berasingan sehingga menjadi adunan. 6 Adunan itu dibiarkan selama 30 minit. Saiz kedua-dua adunan diperhatikan dan dibandingkan. Keputusan: Adunan Saiz adunan selepas 30 minit A Lebih besar (naik) B Tiada perubahan Inferens: Adunan A menjadi lebih besar kerana yis di dalam adunan A mengambil oksigen dan membebaskan karbon dioksida ketika bernafas. Gas karbon dioksida yang terperangkap dalam adunan roti A menyebabkan roti naik. Saiz adunan B tidak berubah kerana tiada yis. Kesimpulan: Kehadiran yis menyebabkan adunan roti naik kerana yis bernafas dan membebaskan gas karbon dioksida. Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 15 26/10/2024 10:36 AM Unit 3 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 15 6/12/2024 9:27:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


16 Unit 3 Mikroorganisma Unit 3 Mikroorganisma Bertumbuh 1 Mikroorganisma bertumbuh dan membiak seperti hidupan lain. 2 Mikroorganisma memerlukan air, makanan serta suhu dan persekitaran yang sesuai untuk bertumbuh dengan baik. 3 Mikroorganisma boleh bertumbuh di atas makanan dan menyebabkan makanan menjadi rosak. TP 2: Memerihalkan mikroorganisma menjalani proses hidup berdasarkan akti viti yang dijalankan Eksperimen 3.2 Tujuan: Untuk menyiasat hubungan antara bilangan hari dengan luas tompok hitam pada roti. Hipotesis: Semakin lama, semakin banyak tompok hitam pada roti yang menunjukkan kulapuk (mikroorganisma) bertumbuh. Pemboleh ubah: • Perkara yang diubah (dimanipulasi): Bilangan hari • Perkara yang diperhatikan (bergerak balas): Luas tompok hitam pada roti • Perkara yang dibiarkan tetap (dimalarkan): Suhu persekitaran Bahan dan radas: Beg plastik, kanta pembesar, roti dan air. Langkah: Air Roti A Beg plastik 1 Beberapa titis air direnjiskan di atas sekeping roti. 2 Roti itu diletakkan di dalam satu beg plastik. 3 Beg plastik itu diikat dan diletakkan di tempat yang sederhana panas di bilik Sains. 4 Roti itu dibiarkan selama beberapa hari. 5 Roti diperhatikan dengan menggunakan kanta pembesar tanpa mengeluarkannya daripada beg plastik. Keputusan: Hari 1234 Luas tompok hitam (cm2 ) 0135 Tompok-tompok hitam kelihatan di atas permukaan roti. Tompok hitam semakin besar setiap hari. Inferens: Tompok-tompok hitam kelihatan di atas permukaan roti kerana kulapuk bertumbuh di atas permukaan roti tersebut. Kesimpulan: Semakin lama masa, semakin luas tompok hitam pada roti yang menunjukkan kulapuk (mikroorganisma) bertumbuh. Mikroorganisma Bergerak 1 Mikroorganisma boleh bergerak. 2 Mikroorganisma bergerak ke arah sumber makanan dan menjauhi rangsangan yang tidak digemari seperti asid dan cahaya cerah. 3 Mikroorganisma mempunyai struktur khas seperti silia dan flagela untuk membantunya bergerak. 4 Paramesium bergerak dengan menggunakan struktur yang dikenali sebagai silia yang terdapat di sekeliling mikroorganisma tersebut. 5 Amoeba bergerak dengan menggunakan pseudopod. 6 Manakala, Euglena dan Chlamydomonas bergerak dengan menggunakan struktur yang dikenali sebagai flagela. Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 16 26/10/2024 10:36 AM Unit 3 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 16 6/12/2024 9:27:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


17 Unit 3 Mikroorganisma Unit 3 TP 2: Memerihalkan mikroorganisma menjalani proses hidup berdasarkan akti viti yang dijalankan Aktiviti 3.1 Tujuan: Untuk menunjukkan mikroorganisma bergerak. Bahan dan radas: Slaid kaca, kaca penutup, mikroskop dan air kolam. Langkah: Air kolam Mikroskop Slaid kaca Kaca penutup 1 Setitis air kolam dititiskan di atas sekeping slaid kaca. 2 Perlahan-lahan kaca penutup diletakkan di atas slaid kaca untuk menutup titisan air kolam tanpa memerangkap gelembung udara dengan menggunakan pin. 3 Slaid yang tersedia ini diperhatikan di bawah mikroskop. Keputusan: 1 Terdapat benda halus yang bergerak di dalam air kolam apabila diperhatikan di bawah mikroskop. 2 Benda halus ini ialah Paramesium dan Amoeba. 3 Mikroorganisma yang berlainan bergerak dengan cara yang berlainan. Kesimpulan: Mikroorganisma bergerak. Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma TP 5: Membuat kesimpulan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma 1 Mikroorganisma memerlukan keadaan yang tertentu untuk bertumbuh dan membiak seperti (a) air (d) suhu yang sesuai (b) nutrien (e) keasidan yang sesuai (c) udara 2 Mikroorganisma bertumbuh dengan baik dalam julat suhu yang sesuai, iaitu antara 5 o C hingga 65 o C. 3 Sekiranya suhu terlalu tinggi atau terlalu rendah, pertumbuhan mikroorganisma akan menjadi lambat atau langsung tiada pertumbuhan. 4 Mikroorganisma memerlukan keasidan yang sesuai untuk bertumbuh. Mikroorganisma tidak dapat bertumbuh dalam medium yang terlalu berasid atau beralkali. 5 Oleh itu, makanan yang direndam dalam cuka boleh tahan bagi tempoh masa yang lama kerana mikroorganisma tidak boleh bertumbuh dalam keadaan yang berasid. 6 Bakteria dan fungi bertumbuh dengan baik dalam keadaan lembap dan panas. 7 Oleh itu, makanan dengan kandungan air yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan mudah menjadi busuk. Makanan yang kering tahan lebih lama dan tidak mudah rosak. Biskut Biskut Kek Kek Tepung Tepung Ikan Ikan Tepung Buah-buahan Buah-buahan Susu tepung Daging Daging Susu Tepung Susu tepung Gula Gula Gula Beras Beras Golden rice Sayur-sayuran Sayur-sayuran Rajah 3.1 Makanan yang tahan lama Rajah 3.2 Makanan yang mudah rosak Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 17 26/10/2024 10:36 AM Unit 3 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 17 6/12/2024 9:27:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


18 Unit 3 Mikroorganisma Unit 3 TP 5: Menguji faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma Eksperimen 3.3 Tujuan: Untuk menyiasat hubungan antara kehadiran air dengan pertumbuhan fungi di atas roti. Hipotesis: Fungi tumbuh dengan kehadiran air. Pemboleh ubah: • Perkara yang diubah (dimanipulasi): Kehadiran atau ketiadaan air • Perkara yang diperhatikan (bergerak balas): Luas tompok hitam pada roti • Perkara yang dibiarkan tetap (dimalarkan): Jenis roti, suhu persekitaran Bahan dan radas: Beg plastik, kanta pembesar, roti dan air. Langkah: Air Roti A Beg plastik 1 Dua keping roti yang sama jenis dan saiz dilabelkan A dan B. 2 Sedikit air dititiskan di atas roti A sementara roti B dibiarkan kering. 3 Roti A dan roti B masing-masing disimpan di dalam beg plastik dan diikat kemas serta dibiarkan selama lima hari. 4 Pemerhatian dibuat setiap hari selama lima hari. Keputusan: Roti Pemerhatian A Beberapa tompok hitam terbentuk selepas lima hari. B Tiada tompok hitam terbentuk selepas lima hari. Inferens: Fungi tumbuh di atas roti A tetapi tidak tumbuh di atas roti B kerana fungi tumbuh dengan baik dalam persekitaran yang lembap dan panas. Kesimpulan: Fungi tumbuh dengan kehadiran air. Mikroorganisma Berbahaya TP 3: Menerangkan kesan buruk mikroorganisma 1 Sesetengah mikroorganisma adalah berbahaya kepada kita. 2 Mikroorganisma ini menyebabkan penyakit apabila memasuki badan kita. 3 Jadual 3.1 menunjukkan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma yang berlainan. Jadual 3.1 Penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma Mikroorganisma Penyakit Virus Campak, beguk, AIDS, Influenza, Konjunktivitis Bakteria Sakit perut, gigi reput, tuberkulosis Fungi Kurap, panau Protozoa Malaria, disentri 4 Kesan-kesan berbahaya mikroorganisma ialah: (a) menyebabkan penyakit berjangkit (b) menyebabkan pereputan gigi (c) menyebabkan keracunan makanan (d) menyebabkan makanan menjadi rosak (e) merosakkan tanaman Bakteria seperti Salmonella yang terdapat dalam makanan yang rosak akan membiak dan mengeluarkan toksik di dalam usus manusia jika makanan tersebut dimakan lalu menyebabkan keracunan makanan. Info Sains Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 18 26/10/2024 10:36 AM Revisi Pintar SaiUnit 3 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 18 6/12/2024 9:27:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


19 Unit 3 Mikroorganisma Unit 3 Mikroorganisma Berfaedah Kegunaan mikroorganisma TP 4: Menjelas dengan contoh kegunaan mikroorganisma 1 Sesetengah mikroorganisma berfaedah kepada manusia. 2 Mikroorganisma ini digunakan dalam pembuatan arak, tempe, roti dan pemprosesan makanan yang lain. 3 Mikroorganisma juga digunakan dalam proses penapaian dalam pembuatan hasil tenusu seperti yogurt dan keju. 4 Yis ialah satu contoh mikroorganisma yang digunakan untuk membuat roti, keju, tempe dan tapai. Yogurt Roti Keju Tempe Kicap soya Fotograf 3.6 Makanan yang dihasilkan dengan menggunakan mikroorganisma 5 Sesetengah fungi digunakan untuk menghasilkan antibiotik. Contohnya, Penicillium digunakan untuk menghasilkan antibiotik penisilin. 6 Sesetengah bakteria dan virus digunakan untuk menghasilkan vaksin. Vaksin diperbuat daripada bakteria atau virus yang dilemahkan dalam jumlah yang kecil untuk merangsang sistem pertahanan badan bagi menghasilkan antibodi. 7 Antibiotik dan vaksin digunakan untuk menghalang pertumbuhan mikroorganisma berbahaya yang menyebabkan penyakit. 8 Bakteria dan fungi di dalam tanah menyebabkan penguraian bahan organik seperti sisa tumbuhan, najis haiwan dan organisma mati. Kaedah ini diaplikasikan dalam pembuatan baja organik dan rawatan sisa kumbahan. 9 Alga seperti spirulina dan chlorella digunakan dalam pembuatan makanan tambahan untuk kesihatan. Fotograf 3.7 Vaksin Fotograf 3.8 Makanan tambahan untuk kesihatan yang diperbuat daripada alga spirulina dan chlorella 1 Nyatakan jenis-jenis mikroorganisma dan beri dua contoh bagi setiap jenis mikroorganisma. 2 Apakah proses-proses hidup yang dijalani oleh mikroorganisma? 3 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma? 4 Nyatakan empat kesan buruk mikroorganisma. 5 Beri tiga kegunaan mikroorganisma. 6 Apakah yang digunakan untuk menghasilkan (a) antibiotik? (b) vaksin? 7 Namakan tiga mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit. Semak Cepat 3.1 Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 19 26/10/2024 10:36 AM Unit 3 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 19 6/12/2024 9:27:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


20 Unit 3 Mikroorganisma Unit 3 Praktis Formatif 3 1 Pernyataan yang berikut menerangkan tentang suatu teknik pemprosesan makanan. “Makanan yang dikeringkan akan tahan lebih lama.” Apakah inferens berdasarkan pernyataan di atas? A Mikroorganisma memerlukan air untuk bertumbuh B Mikroorganisma memerlukan udara untuk bertumbuh C Mikroorganisma tidak dapat hidup dalam keadaan tiada air D Mikroorganisma memerlukan suhu yang sesuai untuk hidup 2 Tena mengalami masalah pereputan gigi akibat suka makan makanan yang manis dan malas menggosok gigi. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang masalah yang dialami Tena? A Makanan manis menyebabkan pereputan gigi B Virus di dalam gigi membiak dan merosakkan gigi C Kita hendaklah menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari supaya gigi menjadi sihat dan kuat D Bakteria dalam mulut menukarkan gula dan kanji dalam makanan kepada asid yang menyebabkan pereputan gigi 3 Maklumat berikut menunjukkan lima jenis mikroorganisma. • Alga • Virus • Fungi • Bakteria • X Antara berikut, yang manakah mewakili X? A B C D 4 Sekumpulan murid telah menjalankan satu eksperimen untuk menyiasat proses hidup mikroorganisma. Berikut ialah senarai bahan yang telah disediakan. Botol plastik, sudu kecil dan besar, air suam, belon, yis dan gula Susun semula langkah-langkah S, T, U dan V mengikut urutan yang betul semasa menjalankan eksperimen itu. S – Masukkan 1 sudu kecil yis ke dalam botol T – Tambahkan 1 sudu besar gula dan goncangkan botol U – Pasang belon pada mulut botol V – Isikan air suam ke dalam botol A V, S, T, U B U, T, S, V C S, T, U, V D T, S, U, V Arahan: Jawab semua soalan. Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan, A, B, C dan D. Pilih jawapan yang betul. Soalan Objektif Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 20 26/10/2024 10:36 AM Unit 3 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 20 6/12/2024 9:27:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


21 Unit 3 Mikroorganisma Unit 3 1 Rajah 1 menunjukkan susunan radas semasa Afrina menjalankan eksperimen untuk menyiasat proses hidup mikroorganisma. Belon Botol A Botol B Larutan gula + yis Larutan gula Rajah 1 (a) Bagaimanakah keadaan belon selepas 30 minit? Lakarkan jawapan kamu dalam ruang di bawah. Botol A Botol B [1 markah] (b) Beri satu inferens bagi jawapan kamu di 1(a). [1 markah] (c) Nyatakan dua proses hidup mikroorganisma selain daripada proses hidup yang dikaji dalam eksperimen ini. [2 markah] (d) Jika Afrina kehabisan gula untuk menyediakan larutan gula. Apakah bahan lain yang boleh digunakan untuk menjalankan penyiasatan ini? Wajarkan. [2 markah] Soalan Subjektif Arahan: Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan. Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 21 26/10/2024 10:36 AM Unit 3 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 21 6/12/2024 9:27:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


22 Unit 4 Interaksi antara Hidupan Unit 4 1 Interaksi ialah hubungan antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan keperluan asas bagi meneruskan hidup. 2 Hidupan yang hidup dalam satu habitat yang sama saling berinteraksi antara satu sama lain untuk kemandirian hidup masing-masing. 3 Interaksi antara hidupan dengan alam sekelilingnya membentuk ekosistem yang stabil. 4.1 Interaksi antara Haiwan TP 1: Menyatakan maksud interaksi antara hidupan 1 Biasanya, terdapat pelbagai jenis haiwan yang hidup di suatu habitat. 2 Haiwan-haiwan ini berinteraksi antara satu sama lain untuk mendapatkan keperluan asas bagi meneruskan hidup. 3 Interaksi antara haiwan boleh dikumpulkan kepada tiga jenis, iaitu mangsa-pemangsa, persaingan dan simbiosis. Mangsa-Pemangsa 1 Haiwan yang memburu haiwan lain untuk dimakan dinamakan pemangsa. 2 Haiwan yang diburu atau dimakan oleh haiwan lain dinamakan mangsa. 3 Seperti contoh dalam Fotograf 4.1, helang ialah pemangsa yang memburu ayam. Ayam ialah mangsa yang dimakan oleh helang. Fotograf 4.1 Helang menangkap ayam Interaksi mangsa-pemangsa juga terdapat antara haiwan dan tumbuhan seperti pokok periuk kera dengan lalat. Pokok periuk kera ialah pokok pemangsa kepada lalat. Info Sains Persaingan antara Haiwan 1 Haiwan bersaing sesama sendiri untuk keperluan yang sama dan sumber yang terhad. 2 Persaingan boleh berlaku antara haiwan yang sama spesies atau berlainan spesies. TP 3: Memerihalkan faktor persaingan antara haiwan 3 Persaingan intraspesies antara haiwan berlaku apabila keperluan asas yang berikut adalah terhad: (a) Air (c) Pasangan (b) Makanan (d) Tempat tinggal/kawasan Unit Interaksi antara Hidupan Tema 2: Sains Hayat 4 Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 22 26/10/2024 10:36 AM 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 22 6/12/2024 9:27:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


23 Unit 4 Interaksi antara Hidupan Unit 4 4 Persaingan interspesies antara haiwan berlaku apabila keperluan asas yang berikut adalah terhad: (a) Air (b) Makanan (c) Tempat tinggal/kawasan Pada musim kemarau, haiwan bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan air. Haiwan bersaing untuk mendapatkan kawasan yang sesuai untuk tempat tinggal. Haiwan bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan sumber makanan yang sama. Sewaktu musim mengawan, haiwan jantan berlawan sesama sendiri untuk mendapatkan haiwan betina (pasangan). Fotograf 4.2 Persaingan antara haiwan Haiwan mempertahankan kawasannya yang meliputi sarang dan sumber makanannya. Haiwan menandakan kawasannya dengan air kencing, najis atau menggeselkan bahagian badannya pada tempat tertentu. Info Sains 5 Dalam satu persaingan, haiwan yang lebih kuat akan menang dan mendapat lebih banyak sumber serta mempunyai peluang yang lebih besar untuk meneruskan hidup. 6 Haiwan yang lebih lemah akan kalah dan terpaksa berpindah ke kawasan lain ataupun mati. Simbiosis antara Haiwan TP 4: Menjelaskan melalui contoh jenis interaksi simbiosis bagi haiwan 1 Jenis interaksi antara haiwan dijelaskan dalam rajah di bawah. Peta Pokok Simbiosis Komensalisme Mutualisme Parasitisme Interaksi antara haiwan Rajah 4.1 Interaksi antara haiwan Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 23 26/10/2024 10:36 AM Unit 4 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 23 6/12/2024 9:27:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


24 Unit 4 Interaksi antara Hidupan Unit 4 2 Simbiosis (a) Interaksi antara dua haiwan berlainan spesies yang hidup bersama. (b) Terdapat tiga jenis simbiosis, iaitu komensalisme, mutualisme dan parasitisme. 3 Komensalisme (a) Komensalisme ialah interaksi yang memberi manfaat kepada satu spesies tetapi satu spesies lagi tidak mendapat sebarang manfaat mahupun kesan buruk. (b) Satu haiwan (komensal) mendapat faedah, manakala satu lagi haiwan (perumah) tidak mendapat apa-apa atau tidak terjejas. (c) Contoh-contoh komensalisme: (i) Ikan remora (komensal) yang melekat pada ikan jerung (perumah) mendapat makanan, perlindungan dan pengangkutan percuma tanpa merugikan ikan jerung. (ii) Teritip (komensal) yang melekat pada kulit ikan paus (perumah) mendapat sumber makanan baharu dan pengangkutan percuma daripada ikan paus. Ikan paus tidak terjejas mahupun mendapat faedah. Ikan remora (a) mushroom on tree trunk (b) Flea Cangkerang Umang-umang entakel uran aut pecies competition Ikan remora Rajah 4.2 Ikan remora dan ikan jerung Fotograf 4.3 Teritip yang hidup pada badan ikan paus 4 Mutualisme (a) Mutualisme ialah interaksi antara dua haiwan yang berlainan spesies yang memberi manfaat kepada kedua-dua haiwan tersebut. (b) Contoh-contoh mutualisme: (i) Semut yang hidup pada pokok membantu menghalang herbivor daripada makan daun pokok tersebut. Pokok pula membekalkan nektar (makanan) kepada semut. (ii) Burung gembala kerbau yang bertenggek pada belakang badan kerbau makan kutu yang terdapat pada kulit kerbau. Ini membantu mengurangkan kutu yang terdapat pada kulit kerbau. (iii) Buran laut mendapat pengangkutan percuma dan sisa makanan daripada umangumang. Umang-umang dilindungi daripada musuhnya oleh tentakel buran laut yang beracun. Fotograf 4.4 Semut yang makan serangga perosak hidup di pokok Fotograf 4.5 Burung makan kutu pada kulit kerbau Rajah 4.3 Buran laut dan umang-umang Revisi Ekspres Sains Tahun 6 (2C) 24 Nov 2015 Ikan remora Jadual 4.1 (a) mushroom on tree trunk Cangkerang Umang-umang Alga hijau Tentakel buran laut (a) Intraspecies competition (b) Interspecies competition Kulat Tentakel Cangkerang buran laut Umang-umang 5 Parasitisme (a) Parasitisme ialah interaksi yang memberi manfaat kepada satu haiwan dan merugikan haiwan yang satu lagi. (b) Satu haiwan (parasit) mendapat faedah, manakala haiwan yang satu lagi (perumah) terjejas dan akhirnya mati. (c) Haiwan parasit hidup sama ada di luar atau di dalam badan haiwan perumah. Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 24 26/10/2024 10:36 AM Unit 4 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 24 6/12/2024 9:27:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


25 Unit 4 Interaksi antara Hidupan Unit 4 (d) Contoh-contoh parasitisme: (i) Kutu (parasit) yang hidup pada kulit haiwan mamalia (perumah) mendapat makanan dengan menghisap darah perumah tersebut. Contohnya, kutu anjing dan kutu rambut. (ii) Cacing gelang (parasit) dan cacing pita (parasit) mendapat makanan dengan hidup di dalam usus manusia (perumah) atau haiwan lain (perumah). Kutu anjing Kutu rambut Cacing pita Fotograf 4.6 Haiwan parasit Imbas kod QR atau layari https://www.youtube.com/ watch?v=EscV2lAzJb4 tentang simbiosis antara haiwan. Kod QR Untuk tujuan pembelajaran 1 Apakah maksud interaksi antara haiwan? 2 Beri satu contoh interaksi antara haiwan bagi setiap yang berikut. (a) Mutualisme (b) Komensalisme (c) Parasitisme Semak Cepat 4.1 4.2 Interaksi antara Tumbuhan 1 Interaksi antara tumbuhan berlaku apabila tumbuhan yang hidup dalam satu habitat bersaing untuk mendapatkan keperluan asas yang sama. 2 Interaksi antara tumbuhan boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu persaingan dan simbiosis. Persaingan antara Tumbuhan 1 Faktor persaingan antara tumbuhan termasuk: (a) air (b) ruang (c) nutrien (d) cahaya matahari 2 Tumbuhan bersaing sesama sendiri apabila: (a) tiada cahaya matahari yang mencukupi (b) terdapat kekurangan air (c) terdapat kekurangan nutrien atau mineral (d) terdapat kesesakan dan sedikit ruang untuk membesar 3 Persaingan boleh berlaku antara tumbuhan yang sama spesies atau berlainan spesies. 4 Sekiranya terlalu banyak tumbuhan yang tumbuh di sesuatu kawasan, kawasan tersebut akan mengalami kesesakan. 5 Kesesakan boleh mengakibatkan kekurangan air, nutrien dan ruang. 6 Maka, tumbuhan perlu lebih bersaing untuk mendapatkan sumber-sumber yang terhad ini. 7 Di hutan hujan, persaingan bagi mendapatkan cahaya matahari menghasilkan pokok yang berlainan ketinggian. 8 Pokok tinggi menghalang cahaya matahari daripada terkena tanah, menyebabkan pokok kecil mendapat kurang cahaya matahari. Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 25 26/10/2024 10:36 AM Unit 4 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 25 6/12/2024 9:27:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


26 Unit 4 Interaksi antara Hidupan Unit 4 9 Sesetengah tumbuhan tumbuh atau memanjat di atas tumbuhan lain dengan menggunakan akar lekap, sulur paut atau hanya menjalar mengelilingi batang pokok yang lebih tinggi untuk mendapatkan lebih cahaya matahari. Contohnya, (a) pokok duit-duit dan ara menggunakan akar lekap untuk memanjat pokok tinggi (b) pokok rotan menggunakan duri pada batangnya untuk memanjat pokok lain bagi mendapatkan lebih cahaya matahari 10 Dengan adanya persaingan, tumbuhan yang menerima cukup cahaya matahari, air, nutrien dan ruang, tumbuh dengan lebih tinggi, kuat dan sihat. 11 Tumbuhan yang lebih lemah akan menjadi bantut, layu atau mati. Eksperimen 4.1 Tujuan: Untuk menyiasat hubungan antara ruang di antara anak pokok dengan saiz daun anak pokok. Hipotesis: Semakin bertambah ruang di antara anak pokok, semakin bertambah saiz daun anak pokok. Bahan dan radas: Kotak plastik, tanah dan anak pokok. Pemboleh ubah: • Perkara yang diubah (dimanipulasi): Ruang antara anak pokok • Perkara yang diperhatikan (bergerak balas): Saiz daun dan ketinggian anak pokok • Perkara yang dibiarkan tetap (dimalarkan): Bilangan anak pokok, kuantiti air Langkah: A B A B 2 cm 8 cm 1 Dua buah kotak yang serupa disediakan dan dilabel A dan B. 2 Kedua-dua kotak itu diisi dengan tanah dengan jenis dan kuantiti yang sama. 3 Empat anak pokok ditanam dengan jarak 2 cm di dalam kotak A. 4 Empat anak pokok ditanam dengan jarak 8 cm di dalam kotak B. 5 Kedua-dua kotak itu dibiarkan di tempat yang terang dan anak pokok disiram dengan kuantiti air yang sama setiap hari. 6 Pemerhatian dibuat selama satu bulan. Pemerhatian: Saiz daun anak pokok di dalam kotak B adalah lebih besar daripada saiz daun anak pokok di dalam kotak A. Inferens: Anak pokok di dalam kotak B kurang persaingan untuk ruang berbanding dengan anak pokok di dalam kotak A. Kesimpulan: Semakin bertambah ruang di antara anak pokok, semakin bertambah saiz daun anak pokok. Simbiosis antara Tumbuhan 1 Terdapat dua jenis interaksi simbiosis, iaitu komensalisme dan parasitisme dalam tumbuhan. 2 Komensalisme (a) Komensalisme ialah interaksi yang berlaku apabila satu tumbuhan (komensal) mendapat manfaat, manakala satu lagi tumbuhan (perumah) tidak mendapat sebarang manfaat mahupun kesan buruk. (b) Contoh komensalisme: (i) Orkid (komensal) hidup pada dahan pokok (perumah) untuk mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi tanpa menjejaskan pokok tersebut. (ii) Pokok langsuyar (komensal) hidup pada batang pokok kelapa sawit (perumah) atau pokok yang lebih tinggi untuk memperoleh cahaya matahari. Pokok langsuyar tidak menjejaskan pokok perumah yang ditumpanginya. Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 26 26/10/2024 10:36 AM Unit 4 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 26 6/12/2024 9:27:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


27 Unit 4 Interaksi antara Hidupan Unit 4 (a) muCangkerang Umang-umang Alga hijau Tentakel buran laut (a) Intraspecies competition (b) Interspecies competition Kulat Rajah 4.4 Orkid yang hidup pada batang pokok perumah Rajah 4.5 Pokok langsuyar 3 Parasitisme (a) Parasitisme ialah interaksi apabila hanya satu tumbuhan (parasit) yang mendapat faedah, manakala tumbuhan yang satu lagi (perumah) terjejas dan akhirnya mati. (b) Contoh parasitisme ialah fungi (parasit) yang hidup pada batang pokok (perumah) menyerap nutrien daripada pokok tersebut. (c) Pokok dedalu (parasit) tumbuh pada batang pokok mangga (perumah) untuk mendapatkan sumber nutrien dan air. Rajah 4.6 Cendawan yang hidup pada batang pokok Ikan remora (a) mushroom on tree trunk (b) Flea Cangkerang Umang-umang mpetition Rajah 4.7 Pokok dedalu yang hidup pada dahan pokok mangga Pokok mangga Dedalu 1 Nyatakan empat faktor persaingan antara tumbuhan. 2 Beri jenis-jenis interaksi simbiosis antara tumbuhan. 3 Nyatakan jenis interaksi yang wujud antara dua spesies tumbuhan yang berikut: (a) Pokok dedalu dan pokok rambutan (b) Pokok langsuyar dan pokok kelapa sawit Semak Cepat 4.2 4.3 Kepentingan Interaksi antara Hidupan kepada Ekosistem 1 Beberapa kepentingan interaksi antara hidupan kepada ekosistem: (a) Hidupan saling bergantung dan berinteraksi antara satu sama lain untuk memastikan kemandirian spesiesnya. (b) Interaksi berbentuk persaingan dan mangsa-pemangsa boleh mengawal populasi hidupan dalam sesuatu habitat. Contohnya dalam persaingan antara harimau dan singa untuk mendapat makanan, haiwan yang lebih kuat akan menang, dan haiwan yang lebih lemah akan mati dan berkurang populasinya. (c) Populasi jentik-jentik di dalam kolam dapat dikawal dengan kehadiran haiwan pemangsa seperti ikan kecil. (d) Tumbuhan yang bersaing antara satu sama lain dan yang berjaya kekal hidup dan menghasilkan baka-baka anak yang berkualiti dapat mengekalkan sumber semula jadi. (e) Semua jenis interaksi antara hidupan dalam suatu habitat dapat menjaga keseimbangan alam. 1 Beri empat kepentingan interaksi antara hidupan kepada ekosistem. Semak Cepat 4.3 Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 27 26/10/2024 10:36 AM Unit 4 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 27 6/12/2024 9:27:59 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


28 Unit 4 Interaksi antara Hidupan Unit 4 Praktis Formatif 4 1 Rajah 1 menunjukkan sejenis interaksi antara haiwan. Rajah 1 Antara padanan haiwan berikut, yang manakah mempunyai jenis interaksi yang sama seperti haiwan dalam Rajah 1? A Ketam dan teritip B Buaya dan burung C Burung helang dan ayam D Ikan badut dan buran laut 2 Rajah 2 menunjukkan sekawan burung sedang makan. Rajah 2 Apakah pernyataan yang paling tepat berkaitan situasi dalam Rajah 2? A Haiwan tersebut merupakan haiwan omnivor B Interaksi antara haiwan tersebut ialah kerjasama C Persaingan interspesies berlaku antara haiwan tersebut D Persaingan intraspesies berlaku antara haiwan tersebut 3 Rajah 3 menunjukkan sejenis interaksi simbiosis antara dua jenis haiwan. Rajah 3 Apakah jenis simbiosis antara haiwan tersebut? A Komensalisme C Parasitisme B Mutualisme D Simbiosis 4 Rajah 4 menunjukkan sejenis interaksi yang berlaku antara dua jenis tumbuhan. Rajah 4 Apakah interaksi yang berlaku pada tumbuhan dalam Rajah 4? A Komensalisme C Parasitisme B Mutualisme D Simbiosis 5 Rajah 5 menunjukkan beberapa ekor ikan kecil di dalam sebuah akuarium. Rajah 5 Apakah faktor persaingan antara ikan dalam akuarium itu? A Makanan dan udara B Makanan dan ruang C Makanan, udara dan ruang D Makanan, air dan pasangan Arahan: Jawab semua soalan. Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan, A, B, C dan D. Pilih jawapan yang betul. Soalan Objektif Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 28 26/10/2024 10:36 AM Unit 4 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 28 6/12/2024 9:28:00 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


29 Unit 4 Interaksi antara Hidupan Unit 4 1 Rajah 1 menunjukkan keadaan anak-anak benih pokok cili yang ditanam di dalam sebuah pasu. Rajah 1 (a) Mengapakah persaingan berlaku antara anak benih di dalam pasu itu? [1 markah] (b) Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya anak-anak benih itu dibiarkan selama 3 bulan. [2 markah] (c) Nyatakan satu cara untuk mengurangkan persaingan antara anak benih tersebut. [1 markah] (d) Senaraikan dua faktor persaingan lain antara tumbuhan. [2 markah] (e) Selain persaingan, terdapat satu lagi jenis interaksi antara tumbuhan. Apakah interaksi itu? [1 markah] (f) Bagi menjamin keperluan air tumbuhan. Pasu dengan sistem pengairan sendiri dicipta. Wajarkan penggunaan ciptaan ini. [2 markah] Soalan Subjektif Arahan: Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan. Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 29 26/10/2024 10:36 AM Unit 4 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 29 6/12/2024 9:28:00 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


30 Unit 5 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Unit 5 5.1 Pemeliharaan dan Pemuliharaan untuk Keseimbangan Alam 1 Pemeliharaan bermaksud usaha mengekalkan keadaan asal dan seimbang haiwan dan tumbuhan supaya tidak dimusnahkan. 2 Pemuliharaan bermaksud usaha mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal dan semula jadi supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Konvensyen Ramsar ialah perjanjian antarabangsa untuk pemuliharaan dan pemeliharaan tanah lembap. Ia dinamakan sempena bandar Ramsar di Iran pada tahun 1971. Info Sains Haiwan yang Telah Pupus TP 1: Menyatakan contoh haiwan yang pupus 1 Kepupusan bermaksud lenyapnya sesuatu spesies secara berkekalan. 2 Haiwan yang pupus ialah haiwan yang tidak lagi wujud di muka bumi dan tiada sebarang haiwan pupus masih hidup pada hari ini. 3 Berikut ialah contoh-contoh haiwan yang telah pupus. (a) Burung Dodo ialah sejenis burung yang tidak boleh terbang. Haiwan ini terdapat di Pulau Mauritius di Lautan Hindi. Ia telah pupus sejak pertengahan ke akhir abad ke-17. Haiwan ini pupus kerana pemburuan yang berlebihan oleh kelasi, manakala telurnya dimakan oleh tikus dan kucing. (b) Mamot ialah sejenis spesies dari genus Mammuthus yang telah pupus. Haiwan ini kelihatan seperti gajah. Haiwan ini mula berkurangan akibat perubahan cuaca yang melampau dan akhirnya pupus kerana diburu oleh manusia. (c) Quagga ialah subspesies kuda belang biasa yang telah pupus. Ia telah diburu hingga pupus untuk daging dan kulitnya. (d) Dinosaur ialah sejenis reptilia yang hidup pada zaman Mesolitik dan telah pupus 65 juta tahun dahulu akibat perubahan cuaca yang melampau. (e) Serigala Tasmania ialah sejenis haiwan marsupial karnivor yang pernah wujud di Australia dan New Guinea. Haiwan ini telah pupus akibat aktiviti pemburuan melampau, penebangan hutan dan wabak penyakit. (f) Harimau bertaring lengkung yang mempunyai taring sepanjang 30 cm telah pupus akibat perubahan cuaca yang melampau. Harimau bertaring lengkung Serigala Tasmania Unit Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tema 2: Sains Hayat 5 Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 30 26/10/2024 10:36 AM 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 30 6/12/2024 9:28:00 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


31 Unit 5 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Unit 5 Burung Dodo Mamot Quagga Dinosaur Rajah 5.1 Haiwan yang pupus 4 Sesetengah haiwan menjadi pupus kerana perubahan iklim dan cuaca yang melampau. Contohnya dinosaur dan mamot. 5 Namun begitu, aktiviti manusia yang keterlaluan juga boleh menyebabkan kepupusan haiwan. Contohnya, burung dodo yang menjadi pupus kerana aktiviti pemburuan yang keterlaluan. Haiwan dan Tumbuhan yang Diancam Kepupusan TP 2: Memerihalkan haiwan dan tumbuhan yang mengalami ancaman kepupusan 1 Pada hari ini, bilangan haiwan dan tumbuhan semakin berkurangan. 2 Sekiranya bilangan ini terus berkurangan, spesies akan menjadi jarang dijumpai dan seterusnya menjadi pupus. 3 Haiwan dan tumbuhan yang sedang menghadapi ancaman kepupusan ini dikenal sebagai spesies terancam. 4 Tindakan mesti diambil untuk melindungi dan memulihara spesies terancam daripada menjadi pupus. 5 Berikut ialah contoh-contoh haiwan yang diancam kepupusan. Beruang panda Badak sumbu Orang utan Tapir Malaya Penyu Burung kenyalang Gorila Gajah Harimau Malaya Dugong Fotograf 5.1 Haiwan yang terancam 6 Contoh-contoh tumbuhan terancam ialah pokok pakma, pokok periuk kera, orkid selipar dan pokok tongkat ali. Pokok pakma Pokok periuk kera Orkid selipar Pokok tongkat ali Fotograf 5.2 Tumbuhan yang terancam Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 31 26/10/2024 10:36 AM Unit 5 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 31 6/12/2024 9:28:00 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


32 Unit 5 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Unit 5 Lady’s slipper ialah istilah yang digunakan untuk sejenis orkid daripada subfamili Cypripedioidea. Ia mudah dikenali dengan kantung berbentuk selipar yang berfungsi untuk memerangkap serangga. Info Sains Faktor-faktor yang Menyebabkan Haiwan dan Tumbuhan Diancam Kepupusan TP 3: Memerihalkan faktor yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan 1 Salah satu sebab spesies haiwan dan tumbuhan menghadapi ancaman kepupusan ialah aktiviti manusia. 2 Antara faktor yang mengakibatkan kepupusan spesies haiwan dan tumbuhan ialah pemusnahan habitat, pemanasan global, pemburuan haram, bencana alam dan pencemaran. (a) Pemusnahan habitat (i) Hutan ditebang dan kayu balak digunakan untuk membina rumah, kilang, lebuh raya, ladang dan projek pembangunan yang lain. (ii) Apabila pembalakan dijalankan pada skala yang besar, banyak tumbuhan dan haiwan akan mati. (iii) Aktiviti pembalakan yang keterlaluan menyebabkan pemusnahan habitat semula jadi tumbuhan dan haiwan. (iv) Ini akan mewujudkan ketidakseimbangan alam dan mungkin akan membawa kepada kepupusan hidupan lain. (b) Pemburuan haram (i) Manusia memburu dan membunuh haiwan untuk mendapatkan daging, kulit, bulu, tanduk, gading dan telur untuk dijadikan barang-barang komersil. (ii) Jadual 5.1 menunjukkan senarai haiwan yang diburu untuk tujuan komersial. Jadual 5.1 Haiwan yang diburu dan kegunaannya Haiwan Bahagian badan yang diburu Kegunaan Harimau Kulit Membuat kot Gajah Gading Perhiasan mewah Rusa Daging Makanan Badak sumbu Tanduk Ubat-ubatan Penyu Telur Makanan Buaya Kulit Kasut, tali pinggang, beg, pakaian Tenggiling Daging Makanan (iii) Pemburuan haram dan keterlaluan menyebabkan haiwan-haiwan ini menghadapi ancaman kepupusan. (c) Pencemaran (i) Membuang sampah seperti sisa plastik boleh memerangkap dan membunuh haiwan akuatik. Ini juga menghalang sistem perparitan dan menyebabkan banjir kilat. (ii) Air yang tercemar oleh sisa toksik dan tumpahan minyak mengancam nyawa haiwan di dalam air. (d) Pemanasan global (i) Peningkatan gas rumah hijau seperti karbon dioksida daripada pembakaran bahan api fosil dari serombong kilang dan asap kenderaan, menghasilkan satu lapisan di atmosfera yang memerangkap lebih banyak haba dan meningkatkan suhu bumi. Ini dikenali sebagai pemanasan global. Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 32 26/10/2024 10:36 AM Unit 5 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 32 6/12/2024 9:28:00 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Click to View FlipBook Version